Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

60

Transcript of Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

Page 1: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu
Page 2: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu
Page 3: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

11

Page 4: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

22

ISBN: 983-9384-48-1 Hakcipta Terpelihara © Harun Yahya

Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana,ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa juga carapunsama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara lain sebelum mendapatizin bertulis daripada penerbit.

Terbitan Pertama Bahasa Melayu, Januari 2004

No. 1-2-1, Prima Peninsula, Jalan Setiawangsa 11,Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: 6-03-42518792, 42510498Fax: 6-03-42562030

http://www.saba.com.myE-mail: [email protected]

Terbitan Bahasa Inggeris oleh Bookwork, Norwich, UK. 1420 CE/1999 AH.

Judul Asal: Beavers: Skillful Dam Constructors

Diterjemahkan oleh

Rohidzir Rais

Penulis:

Harun Yahya

Laman Web:http: // www.harunyahya.orghttp: // www.harunyahya.comhttp: // www.harunyahya.net

Dicetak oleh:Innovation Paper Products Sdn. Bhd.

(400991-V)

(Co. No. 410060-X)

Page 5: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

Terjemahan

ROHIDZIR RAIS

Page 6: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

PengarangPengarang buku ini, yang menggunakan nama

pena HARUN YAHYA, telah dilahirkan di Ankara pada1956. Setelah menamatkan pengajian rendah danmenengahnya di Ankara, dia kemudian mempelajariseni di Universiti Mimar Sinan, Istanbul dan falsafahdi Universiti Istanbul. Semenjak 1980-an lagi,pengarang ini telah menerbitkan banyak buku didalam isu-isu politik, agama dan sains. Harun Yahyadikenali sebagai seorang pengarang yang telahmenulis hasil kerja penting yang menyingkapkeruntuhan evolusi, kepalsuan dakwaan-dakwaan

mereka dan hubungan jahat di antara fahamanDarwin dan ideologi-ideologi berdarah

lain.

Nama penanya adalah gabungandaripada nama “Harun” (Aaron)dan “Yahya” (John), sebagai ingatankepada dua orang nabi yang gigihmenentang kepincangan iman. CapNabi di kulit buku ini mempunyaimakna simbolik berkaitan dengan

kandungannya. Cap ini mewakiliAl-Quran, kitab dan kalam Allah

yang terakhir, dan nabikita, penutup segala nabi.

Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, pengarangmeletakkan matlamatnya untuk menyangkal setiapajaran asas ideologi-ideologi tidak beragama danuntuk memberikan mereka “kata akhir”, dengan itu

Page 7: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

ia dapat melenyapkan penentangan terhadap agama.Cap nabi ini, yang mengandungi kesempurnaan darisegi kebijaksanaan dan moral, digunakan sebagaitanda matlamatnya menyatakan kata akhir ini.

Semua hasil kerja pengarang ini berlegar padasatu matlamat: untuk menyampaikan ajaranAl-Quran kepada manusia, untuk menggalakkanmereka memikirkan tentang isu-isu keagamaan,seperti kewujudan Allah, kesatuan-Nya dan HariAkhirat, dan untuk mendedahkan dasar-dasar lemahdan hasil kerja sesat sistem tanpa Tuhan.

Harun Yahya mempunyai ramai pembaca dibanyak negara, daripada India ke Amerika, Englandke Indonesia, Poland ke Bosnia, dan Sepanyol keBrazil. Sebahagian bukunya boleh didapati di dalambahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol,Portugis, Urdu, Arab, Albania, Rusia, Serbo-Croat(Bosnia), Poland, Melayu, Uygur, Turki, danIndonesia, dan ia telah dibaca oleh pembaca seluruhdunia.

Dihargai di seluruh dunia, hasil kerja ini telahmembantu ramai orang untuk beriman dengan Allahdan sebahagian yang lain pula mendalami keimananmereka. Gaya ilmiah, lurus dan mudah difahamiyang digunakan memberikan buku-buku inisentuhan berbeza yang menyedarkan sesiapasahaja yang membaca atau mengkajinya. Tidakdapat disanggah, hasil kerja ini dikenali dengansifat-sifat keberkesanannya, hasil memuaskan dantidak dapat disanggah. Selalunya sesiapa yang

Page 8: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

membaca buku-buku ini dan memikirkannya denganserius tidak akan menyokong falsafah-falsafahmaterialistik, ateisme dan ideologi-ideologi danfalsafah-falsafah sesat lain. Jika mereka masihmenyokongnya, itu adalah penolakan sentimentalkerana buku-buku ini telah membatalkan ideologi-ideologi ini dari dasarnya lagi. Semua gerakanmoden ini telah dikalahkan secara ideologinya hariini, terima kasih kepada koleksi buku-buku tulisanHarun Yahya.

Tidak dapat dinafikan, natijah ini disebabkan olehkeilmiahan dan kejelasan Al-Quran. Pengarang tidakmerasa megah; sebaliknya dia hanya bermaksuduntuk membantu sesiapa sahaja yang mahumencari jalan Allah yang lurus. Tambahan pula,tiada ganjaran materialis diperolehnya daripadapenerbitan buku-buku ini.

Oleh itu, sesiapa sahaja yang menggalakkanorang ramai membaca buku-buku ini, yangmembuka “mata” hati dan membimbing merekamenjadi hamba Allah yang taat, telah memberikansumbangan yang tidak ternilai.

Sementara itu, adalah membuang masa dantenaga mempropagandakan buku-buku lain yangmengelirukan minda orang, mengheret merekakepada ideologi sesat, dan yang tidak dapatmenghilangkan keraguan di dalam hati manusia,seperti yang dibuktikan daripada pengalaman-pengalaman lepas. Adalah mustahil untuk buku-buku yang lebih menitikberatkan kehebatan

Page 9: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

pengarang daripada matlamat murni untukmenyelamatkan manusia daripada kehilangan iman,untuk berkesan. Mereka yang meragui perkara inidapat melihat matlamat buku-buku Harun Yahya iniadalah untuk mengatasi kekufuran dan menyebarkannilai-nilai moral Al-Quran. Kejayaan dan keberkesanankerja ini dapat dilihat pada pengakuan pembaca-pembaca.

Satu perkara yang perlu diingati; Punca utamaberlarutnya kekejaman dan konflik, dan semuapenderitaan yang dialami manusia, ialah ideologi-ideologi kufur. Perkara ini hanya dapat diselesaikandengan mengalahkan ideologi kufur ini danmemastikan semua manusia mengetahui tentangkeajaiban ciptaan Allah dan moral Al-Quran, semogamanusia dapat hidup dengannya. Melihat kepadakeadaan dunia hari ini, yang memaksa manusiamelakukan keganasan, rasuah dan konflik, jelaslahkerja ini perlu dilakukan dengan lebih cepat danberkesan. Atau, ia mungkin akan terlambat.

Tidak keterlaluan jika dikatakan koleksi buku-bukuHarun Yahya telah menjalankan tanggungjawab ini.Dengan izin Allah, buku-buku ini akan menjadipenyebab bagi manusia di abad ke-21 ini untukmendapatkan kedamaian dan kebahagiaan, keadilandan kegembiraan yang dijanjikan di dalam Al-Quran.

Page 10: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

Karim adalah watak pertama di dalam buku kitaini. Dia gemar bersukan, membaca buku dan amatberminat dengan haiwan-haiwan. Terima kasihkepada buku-buku yang telah dibacanya, dia telahbelajar banyak perkara tentang haiwan. Malah diamengetahui perkara-perkara tentang haiwan yangorang lain tidak mengetahuinya. Dia mengenalihaiwan-haiwan di dalam gambar dan mengetahuisifat-sifat mereka dengan baik. Kerana itulah,sahabat-sahabatnya sukakan Karim. Mereka sukaberbual dengannya ketika rehat atau ketika pergiatau balik daripada sekolah.

Ibu bapanya mengetahui tentang minat Karimterhadap alam semula jadi. Oleh itu, merekamembawanya berjalan pada hujung minggu dan

ketika cuti apabila cuaca baik. Diantara perjalanan-perjalanan

ini, Karim paling sukakan

11

Page 11: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

perkhemahan musim bunga yang mereka pergisetiap tahun, kerana banyak perkara menarikberlaku kepadanya di dalam perkhemahan ini. Diadapat berkenalan dan bersahabat dengan berbagaimanusia, dan mempelajari tentang makhluk-makhlukyang menakjubkan. Apabila waktu perkhemahansemakin hampir, Karim menjadi lebih beria-iatentang pengalaman-pengalaman mengejutkan danpengembaraan yang akan diperolehnya diperkhemahan itu tahun ini.

Sekarang mari kita lihat apa yang berlaku kepadaKarim di perkhemahan ini dan kita juga akanbertemu dengan watak-watak lain.

22

Page 12: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

Hari pertama perkhemahan ini agak sibukdaripada hari-hari berikutnya kerana ibubapa Karimperlu memasang sebuah khemah dan mengeluarkanbarang-barang mereka. Ketika mereka telah selesaimenyiapkan kerja-kerja mereka, hari telah pungelap. Jadi, Karim terpaksa menunggu sehinggapagi esok untuk melihat keadaan sekelilingnya.

Pagi berikutnya, Karim bangun awal danmembangunkan ayahnya dan mereka merancanguntuk menjelajah perkhemahan tersebut, yangKarim belum pernah sampai ke sana sebelum ini.Terdapat pokok-pokok besar di merata-rata tempat.Di sebalik pokok-pokok ini ialah sebatang sungaiyang deras dengan bunga-bunga yang cantik danberwarna-warni di tebing-tebingnya.

Karim gembira sekali mendengar bunyi airmengalir yang hampir menenggelamkan kicauandan decitan lagu burung-burung. Pemandanganyang dilihatnya menyebabkannya merasa kagumdan mereka berada di sana beberapa lama. Tetapihari telah lewat, dan ayahnya memberitahunyabahawa telah tiba masa untuk pulang, jadi merekaberpatah balik.

33

Hari Pertama Di

Perkhemahan Musim

Bunga

Page 13: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu
Page 14: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

Karim memberitahu kakak, abang dan ibunyatentang pemandangan menakjubkan dan sungaiyang telah mereka saksikan. Mereka menyatakanbahawa mereka juga berminat untuk pergi bersamadengannya esok. Mereka tertanya-tanya darimanakah bunyi bising itu datang.

Keesokan harinya, Karim, kakak dan abangnyamerancang untuk menjelajah kawasan tersebut.Apabila mereka sampai di tebing sungai, Karimmendapati beberapa batang pokok yang dilihatnyasemalam telah ditebang. Ia telah ditumbangkandan hanya akarnya sahaja yang tinggal. KetikaKarim sedang tertanya-tanya siapakah yangmenebang pokok-pokok tersebut dan mengapa,kakaknya memanggil:

“Lihat Karim, ada kayu balak di dalam air”.

Karim terperanjat. Dia tertanya-tanya mengapa

55

Page 15: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

Sudah tentu kamutertanya-tanya apalonggokan balak inibuat di dalam air. Jaditeruskan membaca.Apa yang akan kamupelajari adalahsesuatu yangmemeranjatkan danjuga menyeronokkan.

ada orang yang melakukan perkara seperti ini. Diajuga tidak dapat melihat sesiapa di sekelilingnya.Selepas meluangkan masa yang agak lama di atastebing sungai, mereka kembali ke perkhemahan.

Karim, kakak dan abangnya pergi semula ketebing sungai tersebut beberapa hari kemudian, danmenjadi bertambah hairan kerana mereka mendapatisetiap hari beberapa batang pokok telah ditebangdan dicampakkan ke dalam sungai. Tambahan pula,ranting-rantingnya telah dipisahkan daripada pokokdengan cermat, dan dilonggokkan dengan sengajabersama dengan kayu balak. Sekarang bunyi bisingsungai telah diperlahankan dan sebuah kolam keciltelah mula terbentuk. Karim mula memikirkanbahawa perkara ini tidak mungkin berlaku secarakebetulan. Seolah-olah ada orang yang bekerjakeras di tebing sungai ini setiap hari danmelakukannya dengan tujuan tertentu. Siapakahorang yang penuh misteri itu?

66

Page 16: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

Karim membuat rancangan untuk memuaskanhatinya. Dia bercadang untuk pergi ke tebing sungailebih awal, untuk mencari siapa yang telahmelakukan semua perkara ini. Dia memberitahuabangnya dan meyakinkannya untuk pergibersamanya. Pagi berikutnya, mereka menjalankanrancangan mereka.

Apabila mereka hampir kepada sungai, Karimmula berjalan di atas hujung jari kakinya. Diamelihat lebih banyak ranting-ranting dan kayu balakdi dalam air. Dia melihat sekeliling dan menyangkatiada sesiapa di kawasan sekitar. Dia hampirmemanggil abangnya, apabila tiba-tiba dia melihatdua ekor haiwan yang cantik terapung-apung di atasair. Dia bersembunyi. Tanpa melihat Karim, haiwan-haiwan ini menyambung kerja mereka. Tidak lamakemudian, abangnya yang bernama Imran, datangdan berbisik kepada Karim dengan perasaan kagum:“Jadi memerang inilah yang menebang pokok-pokokdan membawanya ke dalam air”. Karim sangatgembira melihat memerang yang betul-betul hidup,

77

KARIM BERTEMU

DENGAN ORANG ASING

YANG PENUH MISTERI

Page 17: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

yang telah dilihatnya di dalam buku-buku tetapi diatidak tahu banyak tentangnya. Mereka memerhatikedua-dua haiwan yang menarik dan kuat bekerjaini sepanjang hari.

Abang Karim memberitahunya bahawa memerangini sedang cuba mengempang air supaya merekadapat membina sebuah rumah. Kelakuan memerangini amat menakjubkan. Mereka meletakkan ranting-

88

Di sebalik pokok, Karimdan Imran memerhatikanmemerang-memerangtersebut dan tugasmenakjubkan yangmereka lakukan, tanpamenyedari merekasedang diperhatikan.

Page 18: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

ranting yang mereka bawa dengan mulut mereka dihadapan longgokan terbesar yang mereka telahbawa ke dalam air. Kemudian mereka naik ke tebingdan menuju ke arah pokok-pokok berhampiran.Salah seekor memerang ini memakan daun-daunpokok, dan kemudian mula mengerit kulit pokokdengan giginya. Ia mengerit kayu di sekelilingbatang pokok, dalam keadaan yang sama padasetiap bahagian. Ia melakukannya sehingga bahagianpokok yang pecah menjadi seperti sebatang pencilyang ditajamkan.

Ketika memerang tersebut mengerit batangpokok, Karim tertanya-tanya bagaimana haiwanyang kecil ini akan membawa pokok yang besar.

99

Page 19: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

Pada ketika itu juga, pokok itu jatuh ke dalam air,menyelesaikan masalah bagaimana ia akan dibawa.

Kemudian memerang yang seekor lagi puladatang dan mula mengerit sebatang pokok, yangsekali lagi jatuh terus ke dalam air. Kemudian, yanglain, kemudian yang lain... Semua pokok-pokokyang memerang-memerang tebang, tumbang danjatuh ke dalam air. Seolah-olah ketika memerang-memerang itu mula mengerit pokok-pokok tersebut,mereka telah membuat pengiraan untukmemastikannya jatuh ke dalam air. Karimterperanjat kerana dia tidak terfikir cara seperti iniuntuk membawa pokok-pokok tersebut. Diamemberitahu Imran apa yang difikirkannya danmendapati dia juga berpendapat sedemikian.

1100

Page 20: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

Di dalamhalamanberikutnya,kamu dapatmelihat pokok-pokok yangditebang olehmemerang.Jangan lupahaiwan kecilyang menebangpokok-pokokbesar,melakukannyadengandorongandaripada Allah.

Sebelum mulabekerja,memerangmemakandaun-daunyang dibawa,dan inimemberikanmereka tenaga.

1111

Page 21: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

1122

Page 22: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

Imran: Terus terang saya katakan, saya jugatidak terfikir bagaimana hendak melakukannya.Tetapi saya pernah terbaca tentangnya. Memerangmembuat anggaran bagaimana untuk membolehkanpokok jatuh ke dalam air dan mengerit pokok padasudut tertentu. Tetapi apabila mereka gagal, merekaakan mengheret pokok tersebut ke dalam airdengan gigi mereka. Karim, saya rasa sudah cukupuntuk hari ini. Apakah kamu mahu saya beritahukamu lebih banyak tentang memerang apabila kitakembali ke perkhemahan? Kita boleh membacatentang mereka jika kamu mahu.

Karim: Ya, saya suka melakukannya. Sayakagum bagaimana memerang ini dapat membuatanggaran seperti itu dan bertindak dengan begitubijaksana. Ia juga amat mengelirukan. Mengapamereka mengempang sungai untuk membinasebuah rumah? Tidakkah gigi mereka rosak denganmemakan kulit pokok? Saya mempunyai banyakpersoalan berkenaan dengannya. Saya bolehbercakap tentang mereka sepanjang malam.

Imran: Baiklah, tetapi kita mesti kembali keperkhemahan sekarang. Kita banyak membuangmasa berbual, dan hari sudah hampir gelap. Marikita kembali sebelum ibu bimbangkan kita. Lagipun,saya merasa mengantuk dan letih. Marilah cepat.

Mereka bergegas pulang ke perkhemahan dalamkeadaan tergesa-gesa. Bagaimanapun, banyakpersoalan-persoalan terlintas di fikiran Karim dalam

1133

Page 23: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

perjalanan pulang. Sebaik sahaja mereka sampai keperkhemahan, mereka menikmati hidangan lazatyang disediakan oleh ibu mereka. Kemudian merekamencari memerang di dalam buku-buku. TetapiKarim mendapati Imran telah tertidur. Oleh ituKarim mula membaca sendirian.

Ini meninggalkan Karim sendirian bersamadengan persoalan-persoalan di dalam fikirannya.Jadi dia membuat rancangan baru. Dia akanbertemu dengan memerang-memerang tersebutpagi esok dan akan belajar daripada mereka apayang mereka lakukan. Tidak lama kemudian dia puntertidur...

1144

Apabila mereka gagal untukmenjatuhkan pokok ke dalam air,memerang akan mengheret balak-balakini ke dalam air dengan gigi mereka. Didalam gambar di atas, kamu melihatEncik Memerang sedang mengheretsebatang pokok.

Page 24: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

Karim bangun awal pagi dan segera pergi ketebing sungai. Sekali lagi dia menemui memerang-memerang sedang bekerja. Dengan mengumpulkankeberaniannya, dia menghampiri mereka danberkata:

“Helo, nama saya Karim. Bolehkah saya berkawandengan awak?

Haiwan-haiwan tersebut mulanya merasaterkejut, tetapi melihatkan sikap persahabatan yangditunjukkan Karim, memerang yang paling besartampil ke hadapan dan membalas:

“Sudah tentu, nama saya Encik Memerang. Danini isteri saya Puan Memerang. Gembira bertemudengan anda”.

Ini membuatkan Karim gembira, kerana sekarangdia dapat bertanya mereka apa yangmenghairankannya. Jadi mereka mula berbual:

1155

SATU KEJUTAN BESAR

Page 25: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

Karim: Saya telah memerhatikan kamu denganrasa ingin tahu beberapa lama, dan terdapat banyaksoalan yang hendak saya tanya kepada kamu...Bermula dengan batang-batang pokok. EncikMemerang, mengapa kamu mengheret batang-batang ini ke dalam air dan meletakkannya di atasyang lain?

Encik Memerang: Semua pasangan memerang,seperti kami, berpindah untuk membina rumahbaru. Kami sampai ke sini tidak lama dahulu, danbaru berpindah ke sungai ini. Sekarang kamisedang membina kediaman kami. Tetapi untukmelakukannya, kami memerlukan air yang tenang.Jadi kami perlu menyekat aliran air dahulu. Kerana

1166

Page 26: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

itulah kami longgokkan balak-balak ini untukmembentuk kolam tiruan.

Karim: Jadi kamu sedang membina sebuahempangan? Hebat. Adakah kamu tahu? Kamimanusia juga membina empangan sejak beberapalama dengan cara yang sama untuk menyekat aliranair. Sebelum ini guru geografi kami mengajar kamitentang empangan-empangan di dalam negara kamidan menjelaskan bagaimana ia dibina. Ia sungguhmemeranjatkan, saya fikir sudah tentu ia amatsukar untuk membina sebuah tembok di hadapan airyang mengalir. Tetapi apa yang kamu lakukanadalah lebih menakjubkan dan sukar. Bagaimanakamu dapat menyekat aliran air yang deras?Bagaimana kamu menemui cara ini? Adakah kamumemilih untuk melakukannya dengan cara iniapabila kamu melihat empangan-empangan buatanmanusia?...

Di dalam kekaguman ini, Karim telah menyoalsatu demi satu soalan. Kata-katanya dankekagumannya membuatkan Encik Memerangtersenyum, kerana apa yang mereka lakukan adalahterlalu mudah sehinggakan mereka tidak pernahmemikirkannya.

1177

Page 27: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

Encik Memerang: Baik, Karim, berhentiseketika. Saya akan menjawab soalan-soalan kamusatu persatu. Jangan bimbang, kamu akan belajarsemuanya. Pengetahuan kami tentang bagaimanauntuk membina empangan-empangan dan untukmembina kediaman-kediaman seperti ini kamidapatinya secara semula jadi. Sudah tentu,pengetahuan ini tidak datang kepada kami secarakebetulan. Bukannya suatu hari tiba-tiba kamiberkata, “Mari bina sebuah empangan dan membinasebuah kediaman di dalam air”. Kami telah memilikipengetahuan ini, kerana ia telah diajarkan kepadakami sebelum kami lahir. Kerana itu, kamimengetahui apa yang perlu dilakukannya denganbegitu baik dan melakukan kerja-kerja kami denganjayanya. Sekali lagi, terima kasih kepada pengetahuanini, kami tahu bagaimana menumbangkan pokok-pokok besar dan membawanya ke dalam air.

Mendengar kepada Encik Memerang denganpenuh kekaguman, Karim telah dikejutkan olehsuara Imran di belakangnya:

“Saya boleh menjawab semua soalan-soalan kamuKarim. Tetapi sebelum itu kamu mesti jelaskan.

1188

Page 28: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

Mengapa kamu meninggalkan perkhemahansendirian? Sudah tentu kami akan bimbang jikakami tidak melihat surat ringkas kamu.

Karim: Saya... saya minta maaf. Saya begitugembira sehinggakan tidak dapat menghalangdaripada datang ke sini. Tapi saya tahu kamu pastiakan melihat surat ringkas saya. Bolehkah kamuberitahu saya siapakah yang mengajar memerangini semua perkara ini?

Imran: Baiklah Karim. Kamu masih ingat kitamembaca Al-Quran bersama-sama minggu lepas?Allah berfirman di dalam banyak ayat bahawa Dialahyang menjadikan segala yang ada di langit, di bumidan di antara keduanya. Kita bercakap tentanghaiwan-haiwan yang kita ketahui dan tentangperlakuan-perlakuan mereka yang istimewa.Kemudian kita merumuskan bahawa mereka tidakdapat melakukan perkara-perkara ini sendiri dansebenarnya mereka telah diajar bagaimana untukbertindak oleh satu Pencipta.

Karim: Ya, saya ingat.

Imran: Semua hidupan bertindak berdasarkanapa yang telah diajarkan kepada mereka oleh Allah.Sejak mereka baru dilahirkan, mereka semua telahmengetahui bagaimana untuk bertindak. Untuk

1199

Page 29: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

memahami tindakan-tindakan mereka, kita manusiamelakukan kajian-kajian dan menjalankanpenyelidikan-penyelidikan selama beberapa tahun;dan kita menggunakan alat-alat berteknologi,membaca buku-buku dan melakukan eksperimen-eksperimen. Tetapi perkara-perkara ini yang kitaberusaha keras untuk memahaminya dilakukandengan mudah oleh haiwan-haiwan. Contohnya,mereka membuat kiraan-kiraan yang membingungkanpakar-pakar sekalipun. Encik Memerang dan PuanMemerang melakukan apa yang telah diajarkanTuhan kita kepada mereka untuk dilakukan. JikaEncik Memerang memberitahu kita lebih banyaktentang apa yang mereka lakukan, kamu akan dapatmemahami apa yang saya maksudkan dengan lebihbaik.

Encik Memerang: Ya, Karim.Nanti saya akan memberitahu kamusecara terperinci tentang rumahyang sedang kami bina. Kamu jugaakan mengetahui bahawa adalahmustahil untuk kami melakukansemua perkara ini denganmenggunakan kebijaksanaan kamisendiri.

2200

Page 30: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

Karim mendengar Encik Memerang dan Imrandengan teliti, kerana dia menyedari kepentinganperbualan ini. Jadi dia memutuskan untuk memberiperhatian terhadap apa yang mereka katakan danbertanya tentang perkara-perkara yang gemardipelajarinya.

Karim: Encik Memerang, saya rasa kamumenggunakan kaki dan gigi kamu menebang pokok-pokok untuk membentuk kolam ini. Tetapi mengapagigi kamu begitu kuat? Gigi saya, misalnya, pastiakan patah jika saya cuba menggigit sebatangranting. Saya tidak akan melakukannya.

Encik Memerang: Soalan yang baik, Karim.Saya dan isteri saya dapat menebang kira-kira 400batang pokok setahun. Kami melakukannya denganmengerit dengan gigi kami. Kami menggunakanempat gigi hadapan untuk mengerit ranting-rantingpokok. Gigi kami juga akan menjadi haus, walaupunbukan sehaus seperti gigi kamu, dan kadang kalapatah. Tetapi ini tidak menjejaskan kami, kerana

2211

Page 31: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

gigi hadapan kami, yang digelar gigi kacip, akanterus tumbuh sepanjang hidup kami.

Karim: Jadi gigi kamu tumbuh berterusan, samaseperti kuku kami, bukan?

Puan Memerang: Biar saya jawab soalan kamukarim. Ya, kamu betul. Allah menjadikan gigi kamiberbeza daripada hidupan lain. Jika Dia tidakmelakukannya, kami tidak akan dapat mencarimakan dan membina rumah kami, yang pasti tidakbaik untuk kami. Kerana anggota-anggota spesieskami akan mati kebuluran, spesies kami akanperlahan-lahan menjadi pupus, iaitu, kami tidakakan berada di sini hari ini. Kamu tidak akanmenemui walau seekor pun memerang di mukabumi ini. Bagaimanapun, gigi saya, seperti juga gigiEncik Memerang dan semua memerang lain, tumbuhdengan cepat. Seperti yang dapat kamu lihat, gigikami amat penting kepada kami.

Karim: Baiklah. Tetapi sekarang bagaimanakamu belajar berenang? Saya telah mempelajarinyabaru-baru ini. Bagaimana kamu menjadi perenangyang sempurna?

2222

Page 32: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

Encik Memerang: Karim, semua memerangboleh berenang tidak lama selepas merekadilahirkan. Ia amat mudah bagi kami, kerana tubuhkami sesuai untuk berenang. Contohnya, kaki kamiberselaput, supaya kami dapat menolak air denganmudah, dan selain daripada itu, ekor kami yangleper bertindak sebagai sirip, supaya kami dapatbergerak dengan mudah di dalam air. Seperti manakamu memakai gogal untuk melindungi mata kamudaripada air dan membantu kamu melihat di dalamair, kami mempunyai gogal semula jadi. Dan telingadan lubang hidung kami dapat menutup denganrapat untuk menghalang air. Kami juga mempunyaitiga kelopak mata pada setiap mata. Salah satudaripadanya adalah separuh lut sinar, membolehkankami melihat di dalam air dan juga melindungi matakami daripada kemungkinan bahaya dalam air.

Karim: Sahabat-sahabat kecilku, saya juga bolehberenang dengan pantas dan mudah apabila sayamemakai sirip renang di kaki saya. Ayah saya yangmembelikan saya sirip renang itu, tetapi kamumemilikinya sejak lahir. Allah telah menjadikankamu dengan sifat-sifat yang kamu perlukan.

Imran: Kamu betul, Karim. Encik Memerangbolehkah kamu tolong terangkan kepada kami lebihlanjut tentang empangan-empangan yang kamubina?

Encik Memerang: Mula-mula, kami heret kayu-kayu balak dan ranting-ranting ke dasar sungai.

2233

Page 33: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

Kemudian kami longgokkan ranting-ranting yangringan di atas yang berat. Tetapi kami perlumeletakkannya dengan cermat di tempatnya, jikatidak air yang mengalir akan menghanyutkan apayang telah kami bina. Kerana itulah, kamimenambah kayu-kayu balak dan menguatkannyadengan batu-batu. Tetapi ia masih tidak begitu kuat,oleh itu, kami perlu menampungnya. Jadi kamilekatkan ranting-ranting ini bersama dengan satucampuran khas daripada lumpur dan daun-daun.Campuran kalis air ini juga tahan kepada kesan-kesan hakisan air.

Karim: Jika tidak sudah tentu kamu tidak dapatmembina rumah yang kering di dalam air, segalausaha kamu akan sia-sia.

Puan Memerang: Kamu betul, Karim. Tetapi,empangan yang kami bina ini sangat kuat dan iamenjadi bertambah besar dan kuat setiap hari.Apabila empangan bertambah besar, paras air yangdikumpulkan sebelum ini meningkat. Oleh itu,selepas beberapa bulan, sebuah kolam empanganterbentuk. Tetapi apabila kolam menjadi bertambahbesar, kami mesti menguatkan dan membaikiempangan ini. Seperti yang dikatakan oleh EncikMemerang, kami meletakkan di kawasan antararanting-ranting ini dengan lumpur dan semak.Lagipun, terdapat satu lagi perkara yang sangatpenting, adakah kamu perasan bentuk empangankami? Ia kelihatan seperti sebuah lengkungan,bukankah begitu?

2244

Page 34: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

Yang demikian (sifat-sifat-Nya dan kekuasaan-Nya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang

berhak disembah) melainkan Dia, yangmenciptakan tiap-tiap sesuatu, maka

beribadatlah kamu kepada-Nya. Dan (ingatlah)Dia lah yang mentadbirkan segala-galanya.

(Surah Al-An’am: 102)

2255

Page 35: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

Seperti mana ekoryang berfungsi sebagaisirip (di atas), kaki,gigi, malah setiapanggota badanmemerang telahdijadikan denganbegitu istimewa dansempurna oleh Allah.Tanpa sifat-sifat ini,memerang tidakmungkin dapat hidup.

2266

Page 36: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

Memerang menggunakan lumpur untuk membinarumah mereka. Mereka melekatkan ranting-rantingdan kayu-kayu balak dengan lumpur.

Bentuk ini yang dilenturkan ke dalam dipanggilcekung. Semua empangan-empangan dibinamemerang secara cekung. Kami cuba untukmenyekat air pada sudut 45 darjah.

Tertarik dengan apa yang Encik dan PuanMemerang ceritakan kepadanya, Karim menyampuk:

Karim: Bagaimana kamu mengetahuinya? Kamipernah pergi ke sebuah empangan bersama gurukami, dan pada hari itu dia memberitahu kamibahawa empangan-empangan moden telah dibinasama seperti kamu punya. Semuanya melengkungke dalam. Dia juga memberitahu kami bahawakerana bentuk ini, yang digelar cekung, manusiadapat mengempang air pada sudut 45 darjah tepat.

2277

Page 37: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

Encik Memerangmenerangkankepada Karimbagaimana merekamembawa kayu-kayu balak danranting-rantingpokok ke dalam air(halaman sebelah)dan kemudianbagaimana PuanMemerangmelekatkannya.

Empangan-empangan cekung yang kuat adalahamat sesuai untuk menahan tekanan air. Tetapibagaimana kamu memperoleh pengetahuan sepertiini, Encik dan Puan Memerang? Siapakah yangmengajar kamu? Saya tahu empangan tersebuttelah dibina oleh jurutera-jurutera. Kakak saya jugaseorang jurutera; dia terpaksa meluangkan masabertahun-tahun untuk pengajian sebelum dia dapatmenjadi seorang jurutera. Tetapi kamu tidak boleh

2288

Page 38: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

Ranting-ranting yangdilonggokkanini tidak lamalagi akanmembentukrumahmemerang.

Ketika membina rumah mereka,memerang-memerang ini dengan pantasmembawa ranting-ranting kecil terlebihdahulu. Allah menjadikan makhluk inibegitu mahir dan bijak.

2299

Page 39: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

Kemudian pecahan-pecahan kayu yanglebih berat danranting-rantingdibawa olehmemerang-memerang yangrajin ini.

Memerangmenggunakanlumpur untukmembina rumahmereka. Merekamelekatkanranting-rantingdan kayu-kayubalak denganlumpur.

3300

Page 40: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

SementaraPuanMemerangmenerangkankepada Karimbagaimanamerekamembinaempangan...

pergi ke sekolah, jadi bagaimana kamu dapatmengetahuinya? Siapakah yang mengajarkan kamupengetahuan ini?

Imran: Karim, adalah mustahil untuk keluargamemerang ini melakukan semua ini dengan carayang rawak. Apakah kamu masih ingat kamu pernahbertanya kepada saya tentang seorang yangbernama Darwin? Di mana buku yang kamu bacamenyatakan bahawa haiwan-haiwan telah wujuddan memperoleh ciri-ciri mereka secara kebetulan.

3311

Page 41: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

Kamu dapati ia tidak masuk akal dan menganggapapa yang telah dikatakan oleh Darwin adalah satupembohongan.

Karim: Ya, saya ingat. Dan saya memahamikamu dengan baik. Sudah tentu, Encik Memerangdan Puan Memerang tidak mempelajari perkara-perkara ini secara kebetulan. Sudah tentu Darwintelah menipu manusia.

Encik Memerang: Seperti yang telah sayakatakan sebelum ini, kami tahu bagaimana hendak

3322

Apa yangmengejutkanKarim ialahbagaimanamemerang dapatmembina sebuahempangan yangsama sepertiyang dilakukanoleh manusia.

Page 42: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

KarimmemerhatikanEncik Memerangdan PuanMemerang denganpenuh kekagumandan kehairananketika merekaperlahan-lahanmembinaempangan. Diaberfikir,“Bagaimanamerekamelakukannya?”.

3333

Page 43: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

3344

Page 44: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

melakukan semua ini sejak lahir. Kamu adalahseorang budak yang bijak, Karim. Sudah tentu sayatidak pernah pergi ke sekolah. Dan sudah tentu jugasaya tidak menemui perkara ini dengan caramencuba. Jika sesiapa mengemukakan pendapatyang tidak masuk akal ini, kamu dapat menyoalnyadengan beberapa soalan:

Jika kita anggarkan seekor memerang, mengetahuibagaimana hendak membina rumah ini secarakebetulan, kita lihat semua memerang membina

3355

Di dalam gambar ini, kamu boleh lihat Darwin, yangtelah berbohong dan cuba menipu semua orang. Karimadalah seorang budak yang pintar. Terima kasih kepadaapa yang diberitahukan oleh Imran dan buku-buku yangtelah dibacanya, dia dengan segera mengetahui bahawaDarwin adalah seorang yang membingungkan manusia.

Page 45: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

3366

rumah mereka dengan cara yang sama. Adakahmereka mengetahuinya secara kebetulan juga?

Apabila gigi saya telah haus, gigi yang baru akantumbuh di tempatnya. Ia sama sahaja pada semuamemerang. Bukankah telah jelas di sini bahawa iatidak mungkin berlaku secara kebetulan?

Seperti yang dapat kamu lihat, seseorang ituperlu berfikir untuk melihat bagaimana mustahilnyaperkara ini dan bagaimana tidak masuk akalnyadakwaan ini. Tolong tanya kakak kamu di dalamkursus yang mereka pelajari bahawa empanganmesti dibina pada sudut 45 darjah dan perkiraanapakah yang mereka perlu lakukan. Kemudian kamuakan lebih memahami saya.

Karim: Memang betul Encik Memerang. Jelaslahbahawa suatu Kebijaksanaan Tertinggi telahmengajar kamu semua perkara-perkara ini. Ibu sayamemberitahu saya bahawa Allah itu Maha Bijaksana.Ia adalah bukti kebijaksanaan Tuhan kita yang tiadatolak bandingannya maka Dia mengajarkan kepadakedua-dua kamu dan memerang-memerang laindan begitu juga kepada memerang-memerang yangpernah hidup setakat ini. Saya juga tahu bahawabukan kamu sahaja yang Allah ajarkan apa yangperlu dilakukan, tetapi juga kepada semua hidupan.

Imran: Ya, Karim. Allah menjadikan semuabenda hidup dan menguasai semuanya. Sepertiyang dinyatakan di dalam sepotong ayat Al-Quran:

Page 46: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yangbergerak itu dari air; maka sebahagian di antaramereka menjalar atas perutnya, dan sebahagiandi antaranya berjalan dengan dua kaki, dansebahagian lagi berjalan dengan empat kaki.Allah menciptakan apa sahaja yang Iakehendaki (selain dari yang tersebut), keranasesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiapsesuatu.

( Surah An-Nuur: 45 )

Page 47: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

Karim: Encik Memerang kamu katakan bahawakamu membina empangan ini untuk membinasebuah rumah. Tetapi saya tidak dapat melihat apa-apapun yang kelihatannya seperti sebuah rumah.Hanya terdapat longgokan kayu-kayu balak. Di manakamu membina rumah kamu?

Encik Memerang: Memang betul. Kamu tidakdapat melihat rumah kami dari luar. Kamimembinanya seperti ini bertujuan supaya ia menjaditempat yang lebih selamat. Ketika membinaempangan, kami juga menyediakan rumah kami diatas tebing kolam, berhampiran dengan darat.Rumah kami kelihatan seperti satu longgokan kayu-kayu daripada luar. Tetapi kamu jangan terpedayadengannya; kami membina dalamannya dengancermat. Paling utama, keselamatan amat pentingkepada kami. Kerana itulah, satu-satunya pintumasuk ke rumah kami ialah di bawah air. Sudahtentu, tiada siapa yang dapat memasukinya denganmudah. Kami melalui terowong-terowong rahsiauntuk masuk dan keluar.

Karim: Sungguh hebat. Rumah kamu adalahseperti sebuah kubu yang dikelilingi oleh parit-parit.

3388

PERBUALAN

BERTERUSAN...

Page 48: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

Ia hampir mustahil untuk dimasuki.

Encik Memerang dan Puan Memerang ketawaterhadap ulasan Karim.

Encik Memerang: Terowong ini membawa kesebuah bilik. Kami pastikan bilik ini berada di atasparas air. Keluarga kami tinggal di dalam bilik yangkering dan selamat ini. Kadang kala kami membinarumah dua tingkat, di mana pintu masuk dan ruangtamu di tingkat pertama, dan bilik makan dan biliktidur di tingkat kedua. Rumah yang kami binamempunyai dua pintu masuk bawah air dan satusaluran pengudaraan di bahagian atas. Dengan caraini, selain daripada selamat daripada bahaya luaran,kamu juga hidup dengan selesa.

Karim: Ini adalah perkara yang menakjubkan.Tidak nampak pun adanya sebuah bilik di bawahnya;ia kelihatan seolah-olah ia hanyalah longgokankayu-kayu dan ranting-ranting. Ini adalah satususunan yang hebat. Saya mempunyai satu lagi

3399

Tentu kamutertanya-tanya,“Apa gunanyalonggokanranting-rantingini di dalam air?”Gambar inimenunjukkansebahagiandaripada rumahmemerang, yangberada di ataspermukaan air.

Page 49: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

soalan: berapa dalamkah kolam ini? Dari sini iakelihatan agak dalam.

Encik Memerang: Kadang-kadang ia sedalam 3hingga 4 meter. Sebenarnya, kami tidak memerlukanair yang dalam untuk membina rumah kami. Tetapi,permukaan kolam akan membeku pada musimsejuk dan satu lapisan ais yang tebal terbentuk diatasnya. Jika air tidak cukup dalam, pembekuanakan turun ke bawah sehinggakan seluruh kolamakan beku sepenuhnya. Dalam keadaan ini, sudahtentu kami tidak dapat bergerak di sekeliling kolamini. Oleh itu, kami dalamkan kolam ini sedalam yangboleh. Kemudian jika permukaannya beku, masihterdapat lapisan air di bawah kolam ini, yangmembolehkan kami bergerak dan mencari makan.

Imran: Kamu tahu, Karim. Encik Memerang danPuan Memerang mengetahui dengan baik apa yangmereka lakukan. Jika kita membina sebuah rumah

4400

Page 50: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

Memerangberenang melaluisebuah terowonguntuk memasukirumah mereka.Hanya memerangyang tahutentang terowongini.

4411

Page 51: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

Membuat persediaan untuk musim sejukadalah satu lagi bukti kebijaksanaanmemerang. Walaupun rumah merekadiseliputi salji atau permukaan kolambeku, memerang tinggal di dalam rumahmereka dengan selesa, terima kasihkepada langkah-langkah yang merekamengambil lebih awal.

Memerang adalahhaiwan yang sangatbijak. Apabila rumahmereka rosak, merekaakan segeramenyedarinya danmemperbaikinya,seperti yang dapatdilihat di dalam gambardi sebelah kanan ini.

4422

Page 52: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

di atas tasik, mungkin tidak satupun perincian iniyang kita terfikir tentangnya. Tetapi sahabat kita iniberfikir ke hadapan dan mengerjakan apa yangperlu dibuat. Sudah tentu Allahlah yang telahmelengkapkan mereka dengan kemahiran untukmemikirkan perincian yang sebegini teliti danmengajar mereka apa yang perlu dilakukan.

Sekali lagi Karim memikirkan tentang kakaknya,seperti yang telah kamu sedia maklum, adalahseorang jurutera awam. Dia telah belajar selamabeberapa tahun dan bekerja keras untuk menjadiseorang jurutera. Karim masih ingat ketika diamemasuki bilik kakaknya dan melihat kerjasekolahnya. Kemudian baru dia mengetahui bahawadia melukis benda-benda seperti bangunan, jambatandan lain-lain. Dia terperanjat apabila dia melihat

4433

Page 53: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

hasil kerjanya dan tidak memahami apa-apapun.Apa yang dilakukannya memerlukan ketekunanyang tinggi, sukar dan rumit. Terdapat banyakgarisan-garisan dan rajah-rajah di atas kertas yangtidak diketahui apakah maksudnya. Dia bertanyakepada kakaknya apakah semuanya itu, dan diaterperanjat apabila mendapat tahu sebuahbangunan akan dibina berdasarkan kepada lukisan-lukisan ini.

Sehingga hari tersebut, dia tidak mengetahuibahawa kejuruteraan awam begitu sukar. Tambahanpula, kakaknya telah memberitahunya bahawa diahanya berurusan dengan reka bentuk bangunansahaja. Pada peringkat berikutnya, pekerja-pekerjaakan datang untuk bekerja dan membina bangunan,menggunakan berbagai peralatan dan material.

Karim: Ini sungguh menarik. Kamu membinarumah kamu berdasarkan kepada satu pelan yangtelah dibuat terlebih dahulu sama seperti Zainab.Setiap benda yang kamu lakukan menunjukkankebijaksanaan yang hebat. Saya masih ingat kakaksaya bekerja keras selama beberapa jam untukmembuat perkiraan-perkiraan yang rumit...

Imran: Kamu betul. Saya juga memikirkantentang Zainab. Tetapi sahabat kecil kita inimelakukan kerja-kerja berat sama seperti Zainablakukan. Ini juga menunjukkan kemahiranmenakjubkan yang dianugerahkan Allah kepadamereka. Bagaimanapun, sahabat kecil, sekarang

4444

Page 54: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

masanya untuk kami kembali semula keperkhemahan. Terima kasih banyak-banyak di atassegalanya. Kamu telah memberikan jawapan kepadasemua soalan-soalan yang Karim ingin ketahui.Sekarang kami mesti ucapkan selamat tinggal.

Karim: Saya juga hendak mengucapkan terimakasih. Saya amat gembira dengan perbualan kita.Tetapi saya tidak mahu mengucapkan selamattinggal. Saya ingin melawat kamu lagi, jika kamutidak kisah.

Encik dan Puan Memerang: Selamat tinggal,Karim. Sudah tentu kamu boleh menziarahi kamibila-bila masa sahaja yang kamu mahu. Mungkinkamu hendak melihat rumah kami disempurnakan.Selamat tinggal.

Karim merasa kagum dengan tugas-tugas yangdilakukan oleh memerang-memerang ini. Sekarangsemua soalan-soalannya telah terjawab, dia inginkembali ke perkhemahan dan memberitahu oranglain tentang apa yang telah dipelajarinya.

4455

Page 55: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

Jadi kamu telah mempelajari tentang memerangbersama dengan Karim. Seperti yang dapat kamusaksikan, terima kasih kepada kemahiran-kemahiranyang dimilikinya semenjak lahir, sahabat baru Karimini dapat mereka bangunan, yang merupakan satutugas yang sangat sukar dan rumit. Kemudianmereka melaksanakan pelan ini dengan kemahiranyang hebat. Tidak seperti kakak Karim, memerangtidak pergi ke sekolah, dan juga tidak dilatihbeberapa tahun. Tetapi mereka mengetahui dengantepat apa yang hendak dilakukan, kerana terdapatKekuasaan Tertinggi yang mengajar mereka semuaperkara-perkara ini. Iaitu Allah, yang menjadikansemuanya, termasuk kita.

Ingat! Seekor memerang tidak dapat memperolehkemahiran untuk membina empangan secarakebetulan. Ia tidak dapat menjadikan tubuhnyabersesuaian dengan keperluannya. Ia tidak dapatmenemui sendiri bentuk untuk membina empanganyang cukup kuat untuk menahan tekanan air. Danyang lebih penting, ia tidak dapat memastikanmemerang-memerang lain memperoleh kemahiranyang sama.

4466

ALLAH YANG

MENJADIKAN

MEMERANG

Page 56: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

Apabila kamumembaca bukuatau menontonfilem tentanghaiwan, ingatlahbahawa merekatelah dijadikanoleh Allah

4477

Page 57: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

Terdapat satu lagi fakta yang mesti dicatatkan:Memerang tidak akan dapat hidup jika kekurangansalah satu sifat-sifatnya. Contohnya cuba kitafikirkan tentang giginya. Jika gigi belakang mereka,walaupun tidak haus, terus tumbuh seperti gigikacip hadapan, ia akan menjadi terlalu besar, danmemberikan tekanan kepada rahang danmenyebabkannya tidak dapat menggunakanmulutnya.

Bagaimana memerang dapat mengerit danmembina empangan dalam keadaan ini? Bagaimanaia dapat membina rumahnya? Sudah tentu ia tidakakan dapat melakukan semua perkara-perkara ini.Malah ia juga tidak dapat makan disebabkan olehstruktur mulutnya, jadi sudah tentu ia akan matikebuluran.

Tambahan pula, banyak organ-organ lain selaindaripada giginya telah dijadikan khusus untuk kerja-kerja yang mereka lakukan. Kelopak mata lut sinaruntuk melindungi matanya ketika berada di dalamair seperti juga cara istimewa yang menutup telingadan lubang hidungnya untuk menghalang air masuk,adalah di antara sifat-sifat yang dimiliki olehmemerang. Selain daripada itu, memerang juga

4488

Page 58: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

mempunyai kaki belakang yang berkulit selaput danekor yang keras dan rata, yang membantu haiwanini menjadi perenang yang hebat. Semua ini adalahsifat-sifat istimewa yang memerang miliki sejaklahir.

Sekarang, sudah tentu kami faham mengapaKarim merasa begitu kagum dengan sahabatkecilnya.

Sahabat kecil Karim memiliki struktur tubuh ini,dan pengetahuan dan kemahiran untuk membinaempangan sejak lahir. Semua memerang membinarumah mereka dengan panduan Allah dan bergerakberdasarkan kepada apa yang telah “didorong” oleh-Nya agar mereka melakukannya. Allah Yang MahaKuasa telah menjadikan makhluk-makhluk ini danmemberikan mereka kemahiran hebat.

Allah menjadikan semua hidupan dengan sifat-sifat yang paling sesuai untuk tugas-tugas yangmereka lakukan dan memenuhi keperluan mereka.Allah pengasih kepada semua hidupan. Seperti yangAllah nyatakan di dalam Al-Quran:

4499

Page 59: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

Malaikat itu menjawab: "Mahasuci Engkau (Ya Allah)! Kami

tidak mempunyai pengetahuanselain dari apa yang Engkau

ajarkan kepada kami;sesungguhnya Engkau jualahyang Maha Mengetahui, lagi

Maha Bijaksana".

(Surah Al-Baqarah:32)

5500

"Sesungguhnya Tuhan kamu hanya Allah, yangtidak ada Tuhan melainkan Dia, yang meliputipengetahuan-Nya akan tiap-tiap sesuatu".

(Surah Ta Ha:98)

Page 60: Memerang pembina empangan yang mahir. bahasa melayu

Bahasa MelayuHARUN YAHYAHARUN YAHYAKanak-kanak

Untuk senarai lengkap, lawati

www.saba.com.my

LLEEBBAAHH MMAADDUU

Pembina Sarang YangSempurna

KKeeiinnddaahhaann ddii LLaannggiitt KKeeaajjaaiibbaann CCiippttaaaann AAllllaahhMMaarrii KKiittaa PPeellaajjaarrii IIssllaamm

MMEEMMEERRAANNGG

Pembina EmpanganYang Mahir

SSEEMMUUTT

Dunia Sahabat KecilKita