Memohon dan Memberi Pengampunan

download Memohon dan Memberi Pengampunan

of 2

Transcript of Memohon dan Memberi Pengampunan

  • 7/29/2019 Memohon dan Memberi Pengampunan

    1/2

    Ampunilah kami akan kesalahan kami, seperti kami juga mengampuni orang yang bersalah

    kepada kami(Matius 6:12).

    Yesus mengajar murid-murid-Nya untuk memohon pengampunan daripada Bapa untuk kesalahan-

    kesalahan mereka. Ini adalah satu amalan mesti yang baik yang perlu setiap orang Kristian lakukan

    kerana tidak ada orang Kristian yang tidak berdosa dan berlaku salah (lihat 1 Yohanes 1:8-10).

    Pengampunan dalam Alkitab membawa maksud penyingkiran, meninggalkan, mengetepikan atau

    menghantar pergi. Setiap hari, ramai orang dihantar pergi di lapangan terbang dan mereka yang

    tinggal, melambai sedih kerana banyak kali yang pergi itu tidak akan kembali. Apabila Bapa

    mengampuni kita, kita boleh melambai dengan sukacita kerana salah kita telah terbang pergi dibawa

    Tuhan dan tidak akan kembali atau dilihat lagi.

    Adalah menarik bahawa perkataan yang dipakai Yesus yang diterjemahkan kesalahan ialah

    opheilema dalam bahasa Yunani yang bermaksud hutang. Apabila kita berdosa kita berhutang

    dengan Tuhan; apabila kita berlaku salah kepada orang lain kita juga berhutang dengan mereka.Apabila seseorang itu membunuh manusia lain (dosa pembunuhan) dia dikatakan mempunyai

    hutang nyawa. Apabila seseorang itu bercakap salah dan salahnya diketahui, sering kali dia akan

    diminta memohon maaf kerana itu hutangnya (dalam bahasa Inggeris dia dikatakan owe an

    apology). Jadi, bila pengampunan diminta, apa sebenarnya diminta ialah supaya hutang yang terhasil

    daripada salah kita itu dimansuhkan, diabaikan, diketepikan, dilambaikan pergi.

    Sebagai orang Kristian yang memohon pengampunan dan diampuni Bapa, kita dituntut untuk juga

    mengampuni orang yang bersalah terhadap kita, yang berhutang dengan kita kerana salah laku atau

    salah katanya. Keengganan mengampuni tidak sesuai dengan mana-mana anak Tuhan kerana kita

    dipanggil berlaku seperti bapa kita di syurga. Ini sangat penting sehingga amaran diberi bahawa jikakita tidak mengampuni, maka Bapa pun tidak akan mengampuni kita (Matius 10:14-15).

    Mesti ditekankan di sini bahawa kita disuruh mengampuni kesalahan yang dilakukan orang ke atas

    kita dan bukannya mengampuni dosa orang sembarangan, lagi-lagi yang tidak ada kaitan dengan

    kita. Juga mesti didedahkan di sini bahawa perkataan kesalahan dalam Matius 10:14-15 bermaksud

    kesilapan atau kegagalan moral yang tidak sengaja atau sengaja terhadap kita. Mengampuni

    perbuatan seperti ini bermaksud kita tidak menuntut pembalasan, bayaran atau tindakan yang

    setimpal dengan salah mereka.

    Walaupun begitu, saya mesti tekankan bahawa hal memohon pengampunan dan memberi

    pengampunan tidak hanya disentuh di sini dalam ajaran Yesus. Untuk pemahaman yang lengkap,

    ayat-ayat lain juga mesti diperhatikan supaya ajaran/kesimpulan yang seimbang akan terhasil. Kalau

    tidak, apa yang akan terjadi ialah pembikinan komen seperti ini:

    Tidak apalah, ampuni dia Tidak baik kalau kamu tidak ampuni suami kamu yang memukul kamu dan tidur dengan

    perempuan lain. Tidakkah kita disuruh mengampuni?

    Ampunilah dia walaupun dia tidak mahu mengaku dia bersalah. Kita mesti mengampunisemua orang

    Ketiga-tiga contoh di atas ialah salah pengamalan ajaran Yesus tentang pengampunan kerana lupa

    memerhatikan SATU lagi syarat penting pengampunan: permohonan maaf kerana sudah bertaubat.

  • 7/29/2019 Memohon dan Memberi Pengampunan

    2/2

    Perhatikan ayat-ayat ini:

    Matius 18:26 hamba diampuni sesudah memohon belas kasihan Lukas 17:4- saudara diampuni 7 kali tujuh puluh tujuh kali, setiap kali sesudah dia datang

    dan mengaku salahnya

    1 Yohanes 1:9 Tuhan mengampuni sesudah ada pengakuan dosaSebagai anak-anak Bapa yang diampuni serta-merta SESUDAH kita datang kepada Bapa, mengaku

    dosa kita dan memohon maaf, kita juga mesti serta-merta mengampuni sesiapa sahaja yang

    bersalah terhadap kita SESUDAH dia datang kepada kita, mengaku dosanya dan memohon maaf.

    Marilah kita mulai hari ini tidak serik meminta pengampunan daripada Bapa dan menerima

    pengampunan-Nya. Mari kita juga tidak serik mengampuni semua orang yang memohon

    pengampunan daripada kita. Kita hidup sebagai orang yang diampuni yang mengampuni!