MEMORI Model Pemprosesan Maklumat Dalam Memori Jangka Pendek Dan Memori Jangka Panjang PENGENALAN...

9
MEMORI Model Pemprosesan Maklumat Dalam Memori Jangka Pendek dan Memori Jangka Panjang PENGENALAN Model pemprosesan maklumat amat penting dalam bidang pembelajaran motor. Melalui model ini, jurulatih atau guru dapat melakukan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan terhadap atlit dan pelajarnya. Apabila mengikuti model ini, jelaslah sekali bahawa ianya amat berkait rapat dengan memori jangka pendek dan memori jangka panjang. Tumpuan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah bagi mengekalkan ingatan pelajar kepada tahap yang paling maksimum iaitu ingatan jangka masa panjang. Empat Proses Utama Terlibat dalam Model Pemprosesan Maklumat. 1) Pengkodan ('Encoding') Pengkodan ialah proses yang menentukan cara maklumat dienkod dan diletakkan dalam perakam deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Proses ini bermula dengan hasil pendengaran dan pemerhatian apabila sesuatu maklumat itu disampaikan oleh jurulatih ataupun guru melalui cara demonstrasi di hadapan atlit atau pelajar. 2) Penyimpanan ('Storage') Penyimpanan pula ialah proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam ketiga- tiga stor memori. Biasanya, proses ini berlaku selepas daripada proses pengkodan telah berlaku kepada atlit atau pelajar itu. 3) Mengingat Kembali ('Retrieval') Mengingat kembali ialah proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Proses ini berlaku setelah proses pengkodan dan proses penyimpanan telah berlaku pada sebelumnya. Keadaan mengingat kembali boleh berlaku dalam masa sejam, seminggu, sebulan, setahun malahan bertahun-tahun lamanya. Ianya bergantung kepada kekuatan seseorang itu dapat mengenkod dan menyimpan data dengan berkesan. 4) Lupaan ('forgetting') Lupaan ialah proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar diingat kembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan panjang. Proses lupaan sering kali berlaku dalam kehidupan seseorang. Keadaan berlaku mungkin kerana data yang telah tersimpan lama tidak digunakan atau diaplikasikan sepanjang masa. Akibatnya, apabila data ini ingin dikeluarkan, ianya tidak pula dapat diingat dengan baik. ‘Working Memory’ Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang. Contoh: seorang kawan telah memberikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk menulisnya kita

description

memori

Transcript of MEMORI Model Pemprosesan Maklumat Dalam Memori Jangka Pendek Dan Memori Jangka Panjang PENGENALAN...

MEMORI Model Pemprosesan Maklumat Dalam Memori Jangka Pendek dan Memori Jangka Panjang PENGENALAN Model pemprosesan maklumat amat penting dalam bidang pembelajaran motor. Melalui model ini, jurulatih atau guru dapat melakukan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan terhadap atlit dan pelajarnya. Apabila mengikuti model ini, jelaslah sekali bahawa ianya amat berkait rapat dengan memori jangka pendek dan memori jangka panjang. Tumpuan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah bagi mengekalkan ingatan pelajar kepada tahap yang paling maksimum iaitu ingatan jangka masa panjang. Empat Proses Utama Terlibat dalam Model Pemprosesan Maklumat. 1) Pengkodan ('Encoding') Pengkodan ialah proses yang menentukan cara maklumat dienkod dan diletakkan dalam perakam deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Proses ini bermula dengan hasil pendengaran dan pemerhatian apabila sesuatu maklumat itu disampaikan oleh jurulatih ataupun guru melalui cara demonstrasi di hadapan atlit atau pelajar. 2) Penyimpanan ('Storage') Penyimpanan pula ialah proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam ketiga-tiga stor memori. Biasanya, proses ini berlaku selepas daripada proses pengkodan telah berlaku kepada atlit atau pelajar itu. 3) Mengingat Kembali ('Retrieval') Mengingat kembali ialah proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Proses ini berlaku setelah proses pengkodan dan proses penyimpanan telah berlaku pada sebelumnya. Keadaan mengingat kembali boleh berlaku dalam masa sejam, seminggu, sebulan, setahun malahan bertahun-tahun lamanya. Ianya bergantung kepada kekuatan seseorang itu dapat mengenkod dan menyimpan data dengan berkesan. 4) Lupaan ('forgetting') Lupaan ialah proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar diingat kembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan panjang. Proses lupaan sering kali berlaku dalam kehidupan seseorang. Keadaan berlaku mungkin kerana data yang telah tersimpan lama tidak digunakan atau diaplikasikan sepanjang masa. Akibatnya, apabila data ini ingin dikeluarkan, ianya tidak pula dapat diingat dengan baik. Working Memory Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang. Contoh: seorang kawan telah memberikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk menulisnya kita mengulang nombor itu supaya tidak lupa. Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika kita tidak ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat. Komponen fungsi dalam struktur memori yang beroperasi untuk menyimpan sementara dan menggunakan info yang baru diterima. Ia juga memberikan ruang kerja sementara untuk mengintergrasikan info yang baru dengan info yang dipulihkan daripada long term memory untuk selesaikan masalah, buat keputusan dan aktiviti persediaan tindakan. Ingatan Jangka Pendek ('Short Term Memory') Pemindahan ke ingatan jangka pendek berlaku apabila kita memberi perhatian kepada bahagian maklumat yang disalurkan ke ingatan jangka pendek melalui tumpuan terpilih ('selective attention'). Maklumat yang pada asalnya tidak bermakna dikenal pasti berdasarkan pola-pola yang sedia ada dan dipindah ke ingatan jangka pendek. Kapasiti ingatan jangka pendek menurut Miller (1956) ialah 7 + 2 (7 campur-tolak 2) 'chunks' dan kemudian dicadangkan oleh Simon (1974) sebagai 5 + 2 (5 campur-tolak 2) 'chunks'. Sesuatu 'chunk' tidak mempunyai unit tertentu dan boleh merupakan satu huruf /angka, satu perkataan, satu ayat atau pun satu perenggan, tertakluk kepada kebolehan seseorang menyimpan butir maklumat dan oleh itu berbeza antara individu. Kita mencari maklumat daripada ingatan jangka pendek secara 'scanning' bersiri (satu demi satu) atau 'scanning' selari (serentak). Ingatan Jangka Panjang ('Long Term Memory') Satu komponen dalam struktur memori yang menyediakan gudang atau stor penyimpanan yang kekal segala maklumat. Memori jangka panjang adalah lebih kekal penyimpanan maklumatnya. William James (1980) mengatakan bahawa memori jangka panjang sebagai kesempurnaan memori. Ia adalah komponen memori yang mengandungi info tentang peristiwa lepas yang spesifik termasuk pengetahuan am tentang dunia. Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dikod, disimpan, diingat kembali dan lupa. Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ini jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah. Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali. Ingatan jangka panjang sebenarnya melibatkan gelombang otak semasa sesuatu proses kemasukan maklumat itu berlaku. Bagaimana atlit dapat menyimpan memori dalam jangka masa panjang? Seseorang atlit itu perlu memahami mengenai gelombang otak. Terdapat empat jenis gelombang otak 1. Beta () gelombang otak sedar berlaku semasa jaga, menumpu perhatian, alert, berfikir dan aktif belajar. 2. Alfa () gelombang ini berlaku semasa otak relax tetapi alert, berzikir (meditation), Berkhayal (day-dream). 3. Teta () gelombang otak ini berlaku semasa awal tidur (twilight zone), dimana otak Memproses maklumat hari itu dan terbayang sesuatu inspirasi. 4. Delta () gelombang otak ini berlaku semasa tidur nyenyak (deep sleep,dreamless Sleep). Selain itu, atlit perlu mengetahui bahawa, persekitaran adalah sesuatu yang penting untuk pembelajaran secara optimum. Melalui persekitaran visual, sebanyak 80 hingga 90 % maklumat yang diserap oleh otak ialah dalam bentuk visual (Jensen,2000). Mata boleh menerima atau mendaftar 36,000 mesej visual sejam. Oleh itu pendekatan demonstrasi oleh guru atau jurulatih adalah satu kaedah yang sesuai dalam urusan pengukuhan proses ingatan seseorang atlit. Seseorang atlit itu juga perlu menyedari bahawa proses ingatan sentiasa dikukuhkan melalui pembinaan sinaps yang baru. Apabila sinaps berhubungan ia menjadi lebih kompleks seumpama hutan rimba. Jalinan atau rangkaian neurons ini dibentuk hasil pengalaman yang dialami oleh pelajar. Perhubungan antara sel neuron membina struktur pemahaman (skema). Skema ini sentiasa berubah kerana sifat plasticity otak kita. Apabila kukuh ia menjadi ingatan iaitu memori. Kepentingan pendekatan pemprosesan maklumat bagi menentukan tindakan dalam aktiviti sukan Dalam aktiviti sukan, setiap pergerakkan didorong oleh persoalan tentang apa yang akan dilakukan dalam keadaan tertentu dan seterusnya menjurus kepada keputusan yang perlu dibuat. Keputusan ini perlu dibuat segera. Pengumpulan maklumat prestasi sukan pada peringkat awal melibatkan tiga proses penting, iaitu mengenal pasti rangsangan, memilih tindakan dan memprogramkan tindakan. 1. Mengenal pasti rangsangan Pada peringkat ini, berbagai-bagai deria iaitu penglihatan, pendengaran, bau, sentuhan dan kinestesis digunakan untuk mengesan sesuatu rangsangan. Rangsangan ini akan wujud dalam keadaan pelbagai dimensi seperti bentuk (bulat, bujur), arah dan kelajuan (static atau bergerak. Contohnya seorang pemain hoki ingin menahan bola hoki. Dia akan melihat dari mana arah bola hoki itu dating, anggaran kelajuan. 2. Memilih tindakan Selepas menerima maklumat, pemain hoki itu akan menilai dan membuat keputusan untuk bertindak. Kepantasan pergerakan pemain menahan bola hoki adalah bergantung kepada maklumat yang diterima olehnya. 3. Memprogramkan tindakan. Selepas menerima rangsanagn itu, satu program tindakan akan diwujudkan. Pemain hoki mungkin merendahkan badanya untuk mencari kesesuaian untuk menahan bola hoki yang yang bergerak berdasarkan kelajuan, ketinggian dan kedudukan bola hoki itu. Program ini membolehkan otot dikerah dan digerakan mengikut urutan bagi menghasilkan tindakan yang diingini. Pengkodan Maklumat dalam Ingatan Jangka Panjang (Encoding Information in Long Term Memory) Apakah yang dimaksudkan dengan 'pengkodan'? Pengkodan ialah proses memori yang melibatkan transformasi (pembentukan) maklumat untuk diingat kepada bentuk yang boleh disimpan dalam memori. Pengkodan ialah cara maklumat dikenal pasti, dikod dan diletakkan dalam memori. Mula-mula maklumat di kenal pasti dan kemudian dikod. Pelbagai eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji bagaimana manusia mengkod maklumat yang diterima. Salah satu sebab lupaan berlaku ialah kerana maklumat itu tidak dikod dengan baik atau berkesan. Walau pun maklumat itu berada diingatan jangka pendek, selagi kita tidak melakukan sesuatu seperti pengulangan elaborasi ('elaborative rehearsal'), maklumat itu tidak akan dipindahkan ke ingatan jangka panjang. Kajian-kajian menunjukkan bahawa individu yang mengkod maklumat pada peringkat MAKSUD ('meaning level') berjaya memindahkan maklumat itu ke ingatan jangka panjang dengan lebih berkesan dan seterusnya membantu proses mengingat kembali maklumat berkenaan. Ini terbukti dengan eksperimen yang dijalankan oleh Craik & Lockhart pada 1972. Prinsip penentuan pengkodan (encoding) Prinsip memori yang menunjukan perkaitan rapat antara encoding dan proses pemulihan memori yang menetapkan bahawa pencapaian dalam ujian memori secara tidak langsung berkait dengan jumlah persamaan antara praktis dan konteks ujian. Contohnya, lebih banyak persamaan, lebih baik pencapaian dalam ujian tersebut. Penyimpanan (atau 'Perwakilan') Pengetahuan dalam Ingatan Jangka Panjang (Storage or 'Representation' of Knowledge in Long Term Memory) Maklumat yang kita simpan atau mewakili dalam ingatan jangka panjang boleh merupakan pengalaman beberapa minit yang lampau atau pengalaman berpuluh tahun yang lampau (seperti memori kita semasa kita kanak-kanak lagi). Berdasarkan apa diketahui pada masa kini, maklumat disimpan dalam Ingatan Jangka Panjang terbahagi kepada 3 bentuk utama: 1) Pengetahuan Deklaratif a) Memori Semantik b) Memori Episodik. 2) Pengetahuan Prosedural 3) Imageri Pengetahuan Deklaratif ialah semua maklumat yang terdiri daripada fakta, konsep, prinsip, teori, hukum yang dipanggil Memori Semantik, manakala segala peristiwa yang telah berlaku kepada diri kita dipanggil Memori Episodik. Contoh: Memori semantik Ciri-ciri hari akan hujan dan tidak sesuai untuk meneruskan permainan Memori episodic Saya tercedera semasa bermain hoki semalam Collins & Quillian (1969) mencadangkan Model TLC yang menerangkan bagaimana manusia menyimpan atau mewakili maklumat dalam ingatan jangka panjang. Model ini mencadangkan bahawa kita menyimpan maklumat sebagai suatu hiraki yang berjaringan ('network hierarchy structure'). Maklumat yang disimpan berdekatan lebih cepat diingat kembali berbanding dengan maklumat yang terletak jauh. Pengetahuan Prosedural ialah semua maklumat berkenaan cara, kaedah atau prosedur melakukan sesuatu. Contoh: Saya tahu menukarkan mentol yang terbakar. Imageri ialah perwakilan abstrak dalam ingatan jangka panjang mengenai sesuatu objek atau peristiwa. Berapakah bilangan bola yang ada dalam simpanan? Secara tidak langsung seseorang itu akan cuba membayangkan dirinya berada di stor peralatan sukan dan melihat kea rah bola tersebut. Ini bermakna kita mempunyai imej mental ('mental image') keadaan stor sukan yang disimpan dalam ingatan jangka panjang. Mengingat Kembali Apabila kita cuba mengingat kembali maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang, beberapa perkara berlaku seperti kita menambahkan maklumat dan kita meninggalkan maklumat. Terdapat 3 fenomena yang mendorong kita berbuat demikian: 1) Inferens Contohnya, seseorang penjaga gol cedera di kepala semasa perlawanan bola sepak. Dalam pada masa yang sama tidak pula dinyatakan bagaimana kepala penjaga itu boleh tercedera. Mungkin terkena kaki pemain lawan, mungkin juga terhantuk pada tiang gol atau sebagainya. 2) Stereotaip Stereotaip ialah butir maklumat / pengetahuan berkenaan ciri-ciri personaliti atau atribut fizikal yang kita andaikan sebagai benar bagi suatu kumpulan orang. Bermaksud kita hanya mengandaikan sahaja mengenai orang itu. 3) Skema Skema ialah struktur kognitif dalam ingatan jangka panjang yang merupakan perwakilan abstrak mengenai sesuatu objek, perkara atau peristiwa yang kita telah mengalami dalam dunia sebenar. Lupaan Lupaan ialah kegagalan mengingat kembali sesuatu butir maklumat dengan tepat. Tiga teori diutarakan bagi menerangkan lupaan. 1) Teori Reputan ('Decay Theory') Maklumat menjadi pudar atau reput disebabkan oleh masa. 2) Teori Ingat Kembali ('Retrieval Theory') Maklumat itu ada terdapat tetapi tidak dapat dicari kerana kiu ('cue') yang sesuai tidak ada untuk mengeluarkan maklumat itu. 3) Teori Gangguan ('Interference Theory') Maklumat lain menggangu maklumat yang hendak diingat a) Gangguan Proaktif ('Proactive Interference') Kumpulan Belajar Belajar Ujian A S-T S-U S-U B --- S-U S-U Kumpulan B mengingat lebih banyak maklumat daripada Kumpulan A kerana maklumat lama (S-T) menggangu mengingat kembali maklumat baru (S-U) b) Gangguan Retroaktif ('Retroaktif Interference') Kumpulan Belajar Belajar Ujian A S-T S-U S-T B S-T ---- S-T Kumpulan B mengingat lebih banyak maklumat daripada Kumpulan A kerana maklumat baru (S-U) menggangu mengingat kembali maklumat lama (S-T). Sumber: http://nasran-rushdi.blogspot.com/2009/08/tajuk-model-pemprosesan-maklumat-dalam.html

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

MEMORI MEMORI Pemposesan maklumat dan ingatan. Ingatan merupakan pengekalan maklumat dalam masa yang agak lama melalui proses pengkodan, penyimpanan dan pengeluaran semula maklumat. Setiap daripada tiga proses ini- pengkodan,penyimpanan, dan pengeluaran semula adalah mewakili proses-proses yang berbeza. Pengkodan. Pengkodan adalah satu cara di mana maklumat diproses untuk disimpan dalam ingatan. Ia akan melibatkan proses penukaran maklumat kasar kepada bentuk yang boleh disimpan dalam ingatan. 1. Penumpuan : pengkodan ingatan bermula dengan kita perlu memberikan tumpuan kepada maklumat. Ini berkaitan rapat dengan proses persepsi terhadap rangsangan . 2. Tahap pemprosesan : tumpuan yang mudah kepada sesuatu rangsangan tidak cukup untuk dijelaskan proses pengkodan. i. Peringkat cetek : ciri-ciri kederiaan dan fizikal kederiaan. ii. Peringkat pertengahan ; rangsangan yang disedari dan diiktiraf dan diberikan label. iii. Peringkat paling dalam : maklumat diproses secara semantik dari segi maknanya. 3. Pemerincian : pemerincian adalah pemprosesan secara eksentif di semua peringkat. 4. Penggunaan imej mental : cara pengkodan yang berkesan adalah dengan menggunakan dengan imej mental. Membayangkan imej mental mengenai sesuatu yang akan diingati adalah satu cara yang lebih berkesan. Penyimpanan. Penyimpanan merupakan proses penyimpanan atau menyelengarakan informasi dalam ingatan. 1. Ingatan kederiaan : jangka masanya daripada kurang setengah saat kepada beberapa saat. 2. Ingatan jangka pendek : jangka masanya sehingga 30 saat. 3. Ingatan jangka panjang : jangka masanya sehingga seumur hidup. Pengeluaran semula maklumat. Ingatan yang disimpan dalam ingatan jangka panjang perlu dikeluarkan kembali untuk kegunaaan tertentu. Ingatan jangka pendek. Maklumat yang dikekalkan hanya untuk masa yang terlalu pendek. Walau bagaimanapun, sesetengah daripda maklumat,khususnya maklumat yang diberikan perhatian akan dipindahkan kepada ingatan jangka pendek ( short- term- memory). Ingatan jangka panjang. Ingatan jangka panjang merupakan tempat simpanan bagi maklumat-maklumat. Ingatan ini mengandungi kemahiran dan pengetahuan serta pengalaman yang pernah dialami. Jenis ingatan jangka panjang. 1. Ingantan episodik : maklumat yang lebih personal dan spesifik yang disimpan dalam ingatan jangka panjang yang dikenali sebagai ingatan epsiodik. 2. Ingatan semantik : maklumat umum disimpan dalam kotak ingatan yang dikenali sebagai ingatan semantik. 3. Ingatan berprosedur : ingatan ini merupakan ingatan yang berkaitan dengan apa yang dipelajari dan apa yang lazim. Penyusunan ingatan jangka panjang. 1. Hierarki : dalam banyak perkara kita dapat mengingat fakta dengan lebih baik daripada kita menyusun fakta secara berhierarki. 2. Rangkaian semantik : kita sering menggunakan rangkaian semantik untuk menyusun bahan-bahan dalam ingatan episodik. 3. Skema : apabila kita menyimpan maklumat dalam ingatan kita sering menyesuaikannya dengan koleksi maklumat yang telah sedia wujud. Faktor ingatan. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi ingatan seseorang. 1. Skema dan ingatan : rekod-rekod pengalaman yang lepas yang tercatat dalam ingatan. 2. Budaya dan ingatan : mampu menghafal skrip dan nombor, mengingat kembali semula peristiwa serta mengemukakan fakta terhadap sejarah lalu merupakan tanda-tanda ingatan yang baik. 3. Emosi dan ingatan : maklumat akan mudah diingati apabila kita berada dalam mood yang sama dengan kejadian yang dialami. 4. Biologi dan ingatan : penglihatan dan pertuturan, ingatan juga dikatakan terdapat pada bahagian otak yang tertentu. 5. Hormon dan ingatan : kajian yang dilakukan oleh McGaugh dan Cahill, terdapat dua cara untuk membentuk ingatan. Yang pertama adalah untuk maklumat biasa dan kedua adalah untuk ingatan yang disertakan dengan emosi. 6. Ingatan Flashbulb : ingatan yang amat jelas terhadap sesuatu perkara dan perisiwa yang berlaku. Kaedah khusus dalam meningkatkan dan mengekalkan ingatan. 1. Kaedah lokus : individu mengaitkan bahan ingatan dengan suatu tempat. 2. Mengelompokkan askara-askara : askara-askara yang panjang dikelompokkan kepada nombor kecil. 3. Akrostik : menggunakan huruf pertama perkataanuntuk mengingat yang hendak dihafal. 4. Akronim : adalah sejenis kata singkatan. 5. Anekdot : mengingat maklumat melalui cerita-cerita pendek yang lucu. 6. Kata kunci dalam bentuk sebuah anekdot : cerita melibatkan imaginasi dengan menghayalkan satu plot yang mempunyai kesinambungan. 7. Peta minda : kaedah menyalin secara grafik. 8. SQ3R : melibatkan langkah untuk mengingat. Ianya adalah Survey, Question, Read, Recite, Review. Dilakukan secara berulang-ulang kali. Lupaan. 1. Teori reputan: ingatan yang digunakan akan semakin lesap atau hilang dimakan masa. 2. Teori gangguan : diasaskan kepada bukti-bukti yang menjukkan bahawa lupaan dalam ingatan jangka panjang terjadi bukan kerana faktor masa yang lama. 3. Teori skema : maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang. 4. Teori lupaan bermotivasi : tentang usaha-usaha sengaja manusia untuk melupakan sesuatu maklumat dan peristiwa yang tidak menyenangkan dalam ingatan. Faktor lupaan. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu lupa. 1. Keusangan : disimpan dalam ingatan dibiarkan begitu sahaja tanpa usaha untuk mengingat kembali. Maklumat tersebut akan pudar lama-kelamaan dan seterusnya luput dari ingatan. 2. Gangguan retroaktif : menggangu maklumat yang sedia ada. 3. Gangguan proaktif : maklumat lama yang lebih kurang sama dengan maklumat baru sukar untuk diingati secara keseluruhan. 4. Tekanana : tekanana perasaan menyebabkan seseorang individu cuba melupakan peristiwa-peristiwa ataupun maklumat-maklumat tertentu. 5. Kebimbangan : keadaan cemas, takut dan bimbang seseorang individu akan mendapati maklumat yang diingat. 6. Tempoh masa : mengingat kembali juga dipengaruhi oleh tempoh masa. 7. Aras keyakinan : aras keyakinan yang tinggi akan meningkatkan keupayaan individu untuk mengingat kembali maklumat yang diingini.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Kesimpulannya, ahli-ahli psikologi kognitif mengkaji situasi pembelajaran pelbagai yang berfokus pada perbezaan perkembangan kognitif individu yang berbeza. Oleh itu, teori-teori pembelajaran kognitif berasaskan prinsip dan andaian masing-masing serta tidak melahirkan peraturan am seperti yang dirumuskan dalam teori-teori pembelajaran behaviorisme. Justeru, teori pembentukan Gestalt sehingga munculnya pendekatan konstrukturvisme, didapati pemikiran minda dapat diperkembangkan daripada yang berfungsi untuk memproses maklumat baru kepada yang interaksi dua hala antara pengalaman sedia ada dengan ilmu yang diterima untuk membentuk struktur kognitif yang semakin kompleks dan berstruktur. Oleh itu, apabila teori-teori pembelajaran berkembang mengikut masa, ahli-ahli psikologi pendidikan mendapati bahawa teori pembelajaran kognitif yang menekankan perolehan ilmu intelek dan kemahiran tidak dapat memberi gambaran dan penjelasan yang menyeluruh terhadap perkembangan pembelajaran yang pelbagai. Selain itu, pengaruh dan implikasi teori dan proses pembelajaran terhadap guru amat ketara. Guru-guru yang berdedikasi perlu mempunyai pengetahuan teori pembelajaran ini dan mengaplikasikannya dalam merancang serta pelaksanaan pengajaran. Justeru, guru yang berpengetahuan mengadakan pelbagai rangsangan di dalam bilik darjah dapat mewujudkan kesan pembelajaran yang positif bagi murid-murid mereka.