MEMPERKASA TVET UNTUK MELAHIRKAN TENAGA SUMBER … · KANDUNGAN •Pengenalan •Isu & Cabaran...

52
MEMPERKASA TVET UNTUK MELAHIRKAN TENAGA SUMBER MANUSIA YANG KOMPETEN DAN BERDAYA SAING Siti Sarah Bt Shazali P93516 Ani Mardhiah Jalaludin P93513 Siti Zunaida Bt Yusop P89311 Hajjarlina Bt Jaafar P93636 Surenthiran Pillai A/L Venayagam Pillai P92554

Transcript of MEMPERKASA TVET UNTUK MELAHIRKAN TENAGA SUMBER … · KANDUNGAN •Pengenalan •Isu & Cabaran...

MEMPERKASA TVET UNTUK MELAHIRKAN TENAGA SUMBER

MANUSIA YANG KOMPETEN DAN BERDAYA SAING

Siti Sarah Bt Shazali P93516

Ani Mardhiah Jalaludin P93513

Siti Zunaida Bt Yusop P89311

Hajjarlina Bt Jaafar P93636

Surenthiran Pillai A/L Venayagam Pillai P92554

KANDUNGAN• Pengenalan

• Isu & Cabaran berkaitan TVET

• Pembangunan Modal Insan melalui TVET

• Penambahbaikan TVET dalam Sistem

Pendidikan di Malaysia

• Rumusan

PENGENALAN

ISU & CABARAN BERKAITAN TVET

Mengarusperdana

TVET

Mengatasi

Masalah

Polarisasi Kaum

Menambah baik

Persepsi Terhadap

TVET

Tawaran

Institusi TVET

Sistem

Penyampaian

yang tidak

Bersepadu/

Kelestarian

Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) berperanan bukan sahaja sebagai satu

saluran untuk memproses dan menghasilkan tenaga mahir tempatan, malahan juga sebagai

enjin pembangunan negara. Bagaimanapun, TVET sering disalah anggap sebagai bidang

terakhir yang menjadi pilihan dalam meneruskan pengajian. Dalam memenuhi hasrat

meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai untuk menjadi eknonomi berpendapatan tinggi,

Malaysia mesti menambah enrolmen dalam TVET dan meningkatkan kualiti latihan secara

keseluruhan. Sekiranya perubahan ini tidak dilakukan dengan segera, negara dikhuatiri

menjadi tidak kompeten di peringkat global dan akan terus ketinggalan.

1. Mengarusperdanakan TVET

■ Bilangan kemasukan pelajar yang rendah■ Syarat kemasukan yang terlalu tinggi■ Tiada penyelarasan agensi-agensi menawarkan kursus TVET■ Keperluan untuk membangunkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan

kemahiran untuk menyokong ekonomi negara.

2. Menambah baik Persepsi Terhadap TVET

■ Dijadikan tempat mengisi pelajar lemah atau pelajar yang gagal dalam bidang akademik

■ Pengiktirafan yang rendah oleh kerajaan dan masyarakat■ Peluang melanjutkan pelajaran tinggi yang terhad■ Ibubapa golongan atasan kurang menggalakkan anak-anak mereka

yang berminat dalam bidang kemahiran untuk meneruskan pengajian dalam bidang teknik dan vokasional (Yahya, 1993).

3. Mengatasi Masalah Polarisasi Kaum

■ laluan pendidikan TVET yang berbeza di antara kaum berlainan

■ suasana pembelajaran yang tidak mesra kepada kaum bukan bumiputera

4. Tawaran Institusi TVET

● Pentadbiran TVET yang tidak selaras● Perlu dinamik, berkualiti kepada semua peringkat dan menyediakan

pembelajaran sepanjang hayat dalam pembangunan komuniti berpengetahuan (k-community), menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran (upskilling) dan melatih semula (reskilling) untuk keperluan tenaga kerja negara.

● program pendidikan lanjutan (PJJ) adalah disebabkan oleh jadual kursus yang rigid dan lokasi pusat latihan yang tidak sesuai.

● Penyediaan prasarana.● Meningkatkan bilangan Sekolah dan Institut Kemahiran.

5. Sistem Penyampaian yang Tidak Bersepadu/Kelestarian

● Menurut Nordin (2011), segelintir tenaga pengajar di institusi TVET tidakdapat memahami secara saintifik dan mencari jalan penyelesaian yangsesuai dalam kaedah P&P. Penggunaan sumber yang tidak lestari dan tidakdiaplikasikan dalam pengajaran antara punca P&P yang kurang bermakna.

● Pernyataan tersebut selari dengan kenyataan Paryono (2010), TVETmemainkan peranan penting dalam melaksanakan dan menggalakkanpembangunan lestari kerana institusi TVET adalah pembekal utama tenagakerja yang akan berada di barisan hadapan dalam berurusan secaralangsung dengan isu-isu kelestarian.

● Persekitaran pengajaran yang kreatif daripada guru/pensyarah

PEMBANGUNAN MODAL INSAN MELALUI TVET

Elemen-elemen Kemahiran Insaniah

PMI di kalangan remaja■ mudah terdedah - kes salah laku, juvana, remaja bermasalah

■ fasa remaja : - gemar bereksplorasi, mencuba sesuatu yang baharu, sukakan cabaran

& mempunyai daya saing yang tinggi- fasa yang penting untuk pembentukan personaliti & penampilan

bakat

■ sifat-sifat positif- amat merugikan jika tidak diterapkan- boleh diketengahkan dalam aktiviti bersifat akademik atau latihan

kemahiran

PMI melalui TVET

■ peluang di TVET- pelajar yang keciciran akademik- pelajar yang terlibat dalam masalah salah laku- pelajar yang meminati bidang kemahiran

■ kurikulum : bentuk latihan teknikal & vokasional- boleh mempelajari kemahiran yang boleh menempatkan diri dengan

industri- buka ruang untuk menceburi bidang kemahiran yang diminati- bentuk bakat sedia ada di kalangan remaja- beri panduan & strategi untuk kembangkan bakat- terap dan dedah kepada kemahiran insaniah (Kemahiran komunikasi,

bertutur dalam bahasa inggeris, keusahawanan)

■ kemahiran yang mendapat permintaan tinggi dalam sektor pekerjaan & perniagaan (Muhd Khaizer 2017)

- kemahiran mekanik enjin- kemahiran pendawaian elektrik- kemahiran jahitan- kemahiran kulinari

Kelebihan TVET

■ menguasai kemahiran teknikal & vokasional dan kemahiran insaniah■ mampu menempatkan diri dalam pasaran kerjaya■ memberi sumbangan kepada masyarakat melalui kemahiran TVET■ mampu menjana pendapatan sendiri■ pemangkin kepada daya saing untuk menceburi bidang

keusahawanan

Cadangan PMI melalui TVET

■ Memperkenalkan skim-skim biasiswa berasaskan kemahiran teknikal dan vokasional dalam membentuk bakat remaja.

■ Mengetengahkan potensi-potensi remaja yang mempunyai bakat dalam kemahiran tertentu khususnya yang mempunyai masalah akademik.

■ Menbuat jaringan dan hubung jalin antara pihak industri dan masyarakat setempat tentang peluang-peluang kerjaya kepada remaja yang keciciran akademik dan latihan internship.

■ Mencakna peluang-peluang kemahiran dengan kos-kos yang berpatutan di institusi-institusi PTV melibatkan pelajar-pelajar yang keciciran akademik.

DR.MUHD. KHAIZER OMAR

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN, UPM

PENAMBAHBAIKAN TVET DALAM SISTEM

PENDIDIKAN DI MALAYSIA● Rancangan Malaysia Kesepuluh, 2011-2015 (RMKe-10)

● Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016-2020 (RMKe-11)

● Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025

(Pendidikan Tinggi)

RMKe10 - Pengarusperdanaan dan perluasan akses pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT)

■ Pendekatan dwi-laluan pendidikan- membenarkan pertukaran aliran antara TEVT dengan aliran akademik

diperkembang

■ Kempen kesedaran di peringkat nasional - disasarkan kepada pelajar dan ibu bapa untuk menambah baik

persepsi terhadap TEVT

■ Program sangkutan industri dan pekerjaan kepada pelajar lepasan institusi TEVT

- menggalakkan penyertaan industri secara langsung dalam program latihan kemahiran

■ Penyeragaman pensijilan TEVT - Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) akan diguna pakai sebagai persijilan

kebangsaan

■ Lembaga Teknologis Malaysia(MBOT) ditubuhkan- bagi menjalankan pengiktirafan terhadap persijilan teknikal

■ Laluan kemajuan kerjaya tenaga pengajar TEVT diperkemas- menjadikannya sebagai kerjaya pilihan yang menarik kepada tenaga

pengajar yang berprestasi tinggi

■ Kapasiti pusat latihan tenaga pengajar dipertingkat - melatih dan menyediakan lebih ramai tenaga pengajar yang berkualiti

RMKe11 - Mentransformasi TVET untuk memenuhi permintaan industri

■ Memperkukuh tadbir urus TVET untuk pengurusan yang lebih baik- Menubuhkan sistem akreditasi tunggal diguna pakai oleh MQA & JPK- Mengharmonikan sistem penarafan institusi TVET awam & swasta kepada sistem

penarafan tunggal

■ Memperkasa kualiti dan penyampaian program TVET untuk menambah baik kebolehpasaran graduan

- Menjayakan program yang diterajui industri bagi mengurangkan jurang kemahiran

- Mengarusperdana Sistem Latihan Dual Nasional - Pembiayaan berasaskan penawaran dan prestasi kepada institusi oleh PTPK- Membangunkan tenaga pengajar berkualiti bagi menambah baik penyampaian

■ Meningkatkan penjenamaan untuk menarik minat terhadap TVET- Mempromosi TVET sebagai laluan pilihan menerusi kempen media yang diselaras

oleh SkillsMalaysia- Mengiktiraf teknologis sebagai profesional melalui Lembaga Teknologis Malaysia

(MBOT)

DaripadaKepada

PPPM 2015 -2025 (Pend. Tinggi) - Graduan TVET Berkualiti

Strategi A: Kurikulum berlandaskan industri

Penyedia TVET Kementerian akan melibatkan industri dalam menambah baik program sedia ada dan menjadikannya lebih relevan. Penambahbaikan ini melibatkan tenaga pelatih yang berkelayakan dengan pengalaman industri dan pensijilan yang bersesuaian.

Strategi B: Struktur tadbir urus yang bersepadu dan terselaras

Kementerian akan menambah baik tadbir urus institusi TVET yang berada di bawah bidang kuasanya dengan menubuhkan pasukan petugas penyelarasan pusat untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan. Kementerian juga akan memberikan kuasa autonomi yang lebih besar kepada politeknik untuk membuat inovasi seperti yang diperlukan.

Strategi C: Penjajaran kelayakan

Penyedia TVET Kementerian akan menjajarkan semua program dengan rangka kerja kelayakan terkini negara untuk memastikan program mendapat akreditasi dan pengiktirafan. Bagi menambah baik kualiti program TVET, penyedia juga akan mendapatkan pengiktirafan antarabangsa daripada badan dan institusi yang berwibawa.

Strategi D: Penjenamaan semula TVET

Penyedia TVET Kementerian akan meningkatkan tawaran program teknologi tinggi dan nilai tinggi yang dikaitkan dengan gaji tinggi, dan bekerja dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk menjenamakan TVET sebagai laluan kerjaya yang menarik.

Hasil Pencapaian TVET di Malaysia

Sumber : Unit Perancang Ekonomi 2015. Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020: Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat.

RUMUSAN

Kebaikkan TVET terhadap masyarakat

■ mengurangkan kadar keciciran pelajar■ menyediakan keseimbangan diantara kemahiran umum dan khusus■ melahirkan modal insan yang berkualiti■ membolehkan graduan terus bersaing dalam pasaran pekerjaan

“ TVET diperakui pendidikan paling tepat untuk menyediakan

modal insan yang sedia memasuki terus pasaran kerja pada

peringkat separa mahir.”

(Dr Mohd Zolkifli , 2016)

TVET memainkan peranan penting dalam melahirkan pekerja atau graduan yang berkemahiran tinggi demi memastikan pengurusan organisasi dan perkhidmatan di Malaysia dapat memenuhi matlamat negara menjelang 2020.

Namun dengan persaingan yang dihadapi pada tahun-tahun akan datang khususnya dalam kegawatan ekonomi yang melanda, tenaga manusia yang bakal dilahirkan oleh pendidikan teknik dan vokasional haruslah mempunyai daya saing dan peka kepada perubahan yang berlaku.

RUJUKANKementerian Pendidikan Malaysia 2015. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2015-2025 (Pendidikan Tinggi). Putrajaya, Kementerian Pendidikan Malaysia.Unit Penyampaian Perkhidmatan Awam 2017. Laporan Tahunan Program Transformasi

Negara. Putrajaya, Jabatan Perdana Menteri.Unit Perancang Ekonomi 2010. Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015. Jabatan

Perdana Menteri. Kuala Lumpur, Percetakan Nasional Malaysia Berhad.Unit Perancang Ekonomi 2015. Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020:

Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat. Jabatan Perdana Menteri. Kuala Lumpur, Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Muhd Khaizer, O. 2017. Pembangunan Modal Insan Melalui Pendidikan Teknik Dan Vokasional. Utusan Malaysia, 10 Jun: 12.