MEMPERKASAKAN KEWANGAN SOSIAL MELALUI...

17
1 KONVENSYEN MURABBI UMMAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2019 AUDITORIUM CEMPAKA SARI, KOMPLEKS PERBADANAN PUTRAJAYA 28 SEPTEMBER 2019 / 28 MUHARAM 1441H MEMPERKASAKAN KEWANGAN SOSIAL MELALUI KONSEP RAHMAH Tuan Haji Ahmad Shukri Bin Yusoff Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat-MAIWP PENDAHULUAN Kewangan sosial telah memainkan peranan penting dalam mengatasi kemiskinan dan pembangunan sosio-ekonomi. Secara umumnya, kewangan sosial bermaksud suatu pendekatan mengurus dana tertentu dengan tujuan menyelesaikan isu-isu yang dihadapi masyarakat. Kewangan sosial juga ditakrifkan sebagai penyediaan perkhidmatan kewangan untuk membina perlindungan sosial kepada golongan berkeperluan; serta membantu mengurangkan kebergantungan mereka melalui kerjasama komuniti, pembiayaan mikro, perusahaan, bantuan dermawan dan sumber pelaburan. Bagi konteks Islam, kewangan sosial merujuk kepada penyediaan sumber kewangan kepada ahli masyarakat untuk membina kebajikan sosioekonomi selagi mana ia tidak melanggar batas-batas syarak. Beberapa instrumen terdapat dalam sistem kewangan sosial Islam bagi mencapai matlamat ini iaitu Zakat, Waqaf dan Sedekah yang telah diterima pakai dan digunakan walaupun di luar dunia Islam. Instrumen ini digunakan untuk menyediakan pendidikan dan penjagaan kesihatan, membangun infrastruktur dan mengekalkan peruntukan kebajikan sosial untuk golongan fakir dan miskin. Sistem ini bertujuan untuk menjadi platform untuk memperkuat dan mengagihkan kekayaan dan pendapatan kepada masyarakat.

Transcript of MEMPERKASAKAN KEWANGAN SOSIAL MELALUI...

Page 1: MEMPERKASAKAN KEWANGAN SOSIAL MELALUI ...azka.zakat.com.my/wp-content/uploads/2020/02/02...2020/02/02  · Pusat Pungutan Zakat-MAIWP PENDAHULUAN Kewangan sosial telah memainkan peranan

1

KONVENSYEN MURABBI UMMAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

AUDITORIUM CEMPAKA SARI, KOMPLEKS PERBADANAN PUTRAJAYA

28 SEPTEMBER 2019 / 28 MUHARAM 1441H

MEMPERKASAKAN KEWANGAN SOSIAL

MELALUI KONSEP RAHMAH

Tuan Haji Ahmad Shukri Bin Yusoff

Ketua Pegawai Eksekutif

Pusat Pungutan Zakat-MAIWP

PENDAHULUAN

Kewangan sosial telah memainkan peranan penting dalam mengatasi kemiskinan

dan pembangunan sosio-ekonomi. Secara umumnya, kewangan sosial bermaksud

suatu pendekatan mengurus dana tertentu dengan tujuan menyelesaikan isu-isu

yang dihadapi masyarakat. Kewangan sosial juga ditakrifkan sebagai penyediaan

perkhidmatan kewangan untuk membina perlindungan sosial kepada golongan

berkeperluan; serta membantu mengurangkan kebergantungan mereka melalui

kerjasama komuniti, pembiayaan mikro, perusahaan, bantuan dermawan dan

sumber pelaburan.

Bagi konteks Islam, kewangan sosial merujuk kepada penyediaan sumber

kewangan kepada ahli masyarakat untuk membina kebajikan sosioekonomi selagi

mana ia tidak melanggar batas-batas syarak. Beberapa instrumen terdapat dalam

sistem kewangan sosial Islam bagi mencapai matlamat ini iaitu Zakat, Waqaf dan

Sedekah yang telah diterima pakai dan digunakan walaupun di luar dunia Islam.

Instrumen ini digunakan untuk menyediakan pendidikan dan penjagaan kesihatan,

membangun infrastruktur dan mengekalkan peruntukan kebajikan sosial untuk

golongan fakir dan miskin. Sistem ini bertujuan untuk menjadi platform untuk

memperkuat dan mengagihkan kekayaan dan pendapatan kepada masyarakat.

Page 2: MEMPERKASAKAN KEWANGAN SOSIAL MELALUI ...azka.zakat.com.my/wp-content/uploads/2020/02/02...2020/02/02  · Pusat Pungutan Zakat-MAIWP PENDAHULUAN Kewangan sosial telah memainkan peranan

2

Mahu tidak mahu, kita perlu akur bahawa kewangan sosial Islam menjadi asas

pembangunan masyarakat Muslim. Malah, dengan peruntukan kewangan yang

mencukupi, maka kemudahan kesihatan, pendidikan, keselamatan dapat

disediakan, infrastruktur dapat dibina, golongan-golongan yang lemah dapat dibantu.

Oleh sebab itu Islam tidak menolak keperluan aspek kewangan dalam kehidupan.

Malah, kewangan juga digambarkan dengan kebaikan atau kalimah شخ melalui

ayat-ayat Al-Quran seperti berikut:

رشك دإ ى ٱى أحذم حضش إرا ن عي شامزت خ ىذ ى

ىي ىصخ ٱى

زق حقبعيٱى شوف ع ثٱى شث ق وٱل

Maksudnya: “Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati,

jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu

bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama),

sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.” (Surah Al-

Baqarah [2]: 180)

Merujuk kepada ayat di atas, Abdullah Nasih 'Ulwan, seorang ulama yang dilahirkan

di bandar Halb, Syria, menyifatkan ia merupakan petunjuk yang halus di mana Islam

tidak memandang nilai harta melainkan apabila ia digunakan untuk kebaikan (rujuk

At-Takaful fi Al-Islam). Malah harta yang dibelanjakan di jalan Allah merupakan

salah satu faktor yang menjamin keadilan sosial dan pengikat yang menghubungkan

saluran bantuan sesama insan.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa dalam kalangan masyarakat terdapat

golongan yang lemah dan golongan yang kuat. Bagi golongan lemah, kelemahan

dari segi fizikal atau intelektual menjadikan mereka sukar mendapatkan punca rezeki

yang banyak. Sebaliknya, bagi golongan yang kuat dan berdaya saing, kelebihan ini

digunakan untuk mendapatkan harta yang lebih. Namun, Islam tidak pernah

membezakan komposisi masyarakat dari pandangan materialistik. Bahkan, Allah

mendidik manusia menggunakan keadaan ini untuk mendekati-Nya. Firman Allah

SWT yang berbunyi:

Page 3: MEMPERKASAKAN KEWANGAN SOSIAL MELALUI ...azka.zakat.com.my/wp-content/uploads/2020/02/02...2020/02/02  · Pusat Pungutan Zakat-MAIWP PENDAHULUAN Kewangan sosial telah memainkan peranan

3

جش ٱى ن وى شة غ وٱى شق ش

ٱى قجو وجىهن رىىىا أ جش ٱى ش ۞ى

توٱىجنز ئنخوٱى

ي خشوٱى ٱل ى وٱى ثٱلل ءا به

وءارٱى

وٱىضبئي ٱىضجو وٱث ن ض وٱى ز

وٱى ث قش ٱى رو حجهۦ عي

إرا ذه ثعه ىفى وٱى ح مى ٱىز وءار ح يى ٱىص وأقب قبة ٱىش وف

ص جأ ٱى ف جش وٱىص هذوا ع ٱىز ئل أوى س جأ ٱى وح اء وٱىضش بء

زقى ٱى ئله وأوى صذقىا

Maksudnya: “Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan

muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya

seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala

Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya

sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan

orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada

orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi;

dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat;

dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka

membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa

kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur

dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya),

mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan);

dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.” (Surah Al-Baqarah [2]:

177)

Ayat ini menjelaskan penggunaan harta di jalan yang betul merupakan antara jalan-

jalan kebaikan. Ia meliputi pemberian sebahagian harta kepada golongan yang patut

menerimanya iaitu kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, orang yang dalam

kesusahan sewaktu bermusafir, orang yang memerlukan, dan hamba-hamba abdi

untuk dimerdekakan. Uniknya, dalam satu ayat ini, konsep kewangan sosial telah

dapat digambarkan secara menyeluruh melalui proses pengurusan harta yang baik.

Page 4: MEMPERKASAKAN KEWANGAN SOSIAL MELALUI ...azka.zakat.com.my/wp-content/uploads/2020/02/02...2020/02/02  · Pusat Pungutan Zakat-MAIWP PENDAHULUAN Kewangan sosial telah memainkan peranan

4

Ayat di atas juga menjelaskan terdapat dua kelompok utama yang patut diberikan

bantuan iaitu ahli keluarga dan masyarakat awam. Beberapa mekanisme yang

diperuntukkan dalam Islam untuk ahli keluarga dan kaum kerabat ialah nafkah,

faraid dan wasiat. Manakala, untuk masyarakat awam yang memerlukan terdapat

pelbagai mekanisme atau wasilah bagi menyalurkan harta sebagai bantuan kepada

mereka. Sebab itu telah dinyatakan sebelum ini bahawa mekanisme yang penting

ialah zakat, waqaf, sedekah termasuklah hibah dan kafarah. Kesemua mekanisme

ini merupakan jaminan yang utuh jika dipatuhi secara telus bagi memastikan tiada

kelompok dalam masyarakat yang terabai.

Selain itu, sistem kewangan sosial Islam mampu membawa kepada keadilan sosial

dan ekonomi. Bersumberkan kerajaan, individu dan perniagaan, dana daripada

mekanisme yang disebutkan disalurkan kepada institusi-institusi berautoriti seperti

institusi zakat atau baitulmal, serta institusi pembangunan ekonomi ummah. Dana

yang dikumpulkan ini akan melalui proses penilaian sebelum diagihkan kepada

lapan asnaf zakat, dan bidang-bidang kebajikan dan perlindungan, kemudahan

awam dan agama, pendidikan dan keilmuan, kesihatan dan perubatan.

RAHMAH DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT ISLAM

Islam amat menekankan usaha mewujudkan masyarakat penyayang. Dalam

menjamin keharmonian masyarakat, beberapa ciri asas yang menjadi dasar

pembentukan masyarakat perlu ditekankan. Islam mengaitkan pembentukan

masyarakat penyayang dengan tiga hubungan dasar iaitu hubungan manusia

dengan Allah, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan

alam. Hasrat untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan sebuah negara yang

aman tidak akan tercapai melainkan dengan membentuk individu yang berteraskan

Islam terlebih dahulu.

Keperibadian yang mulia dan pegangan agama yang mantap adalah faktor penting

dalam mewujudkan masyarakat penyayang. Sifat kasih sayang sesama manusia

juga bertepatan dengan maksud perkataan Islam itu sendiri yang berasal dari

perkataan „salama’ iaitu sejahtera. Kasih sayang dan sejahtera merupakan satu

kombinasi penting yang boleh dijadikan sebagai penawar dalam mengharmonikan

masyarakat. Hal ini kerana sifat kasih sayang dan kesejahteraan merupakan dua

Page 5: MEMPERKASAKAN KEWANGAN SOSIAL MELALUI ...azka.zakat.com.my/wp-content/uploads/2020/02/02...2020/02/02  · Pusat Pungutan Zakat-MAIWP PENDAHULUAN Kewangan sosial telah memainkan peranan

5

nilai yang disepakati oleh semua kaum dan agama untuk dicapai tanpa wujudnya

sikap diskriminasi daripada mana-mana pihak.

Selain itu, Islam merupakan sebuah agama yang menganjurkan umatnya agar

bersifat rahmah. Rahmah yang berasal dari kata dasar ‘rahima-yarhamu-rahmah’

juga bererti kasih sayang dan disebut berulang kali di dalam al-Quran. Bahkan Allah

SWT sendiri menyifatkan diri-Nya dengan sifat rahmah. Hal ini menunjukkan betapa

Allah sangat menitikberatkan sifat rahmah atau pun kasih sayang di dalam diri umat

Islam. Firman Allah SWT:

ضه ف عي مزت لل قو ض س وٱل د ى ٱىض ف ب ى قو خ ح ٱىش

ل فه أفضه خضشوا ٱىز فه ت س ل خ قٱى ى إى عن ىج

ى ؤ

Maksudnya: “Bertanyalah (wahai muhammad): "Hak milik siapakah segala

yang ada di langit dan di bumi?" Katakanlah: "(Semuanya itu) adalah milik

Allah. Ia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat. Demi

sesungguhnya Ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat yang tidak

ada sebarang syak padanya". Orang-orang yang merugikan diri sendiri

(dangan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab

yang tersebut) tidak beriman.” (Surah al-An'am [6]: 12)+

Allah menyifatkan diri-Nya dengan sifat rahmah atau kasih sayang kepada semua

hamba-Nya dalam ayat di atas. Sudah semestinya Allah menuntut agar manusia

yang merupakan hamba-Nya menyemai sifat ini ke dalam diri mereka. Islam yang

dibawa oleh Rasulullah SAW mengatur hidup manusia dan mengawal hubungan

antara sesama manusia serta hidupan lain di bumi agar tidak wujud pertelingkahan

sesama mereka. Selain itu, Islam juga mengajar bagaimana seharusnya seorang

manusia itu melayani atau berhadapan dengan manusia yang lain dengan penuh

hikmah dan kasih sayang supaya kebaikan dapat disebarkan.

Sebenarnya sifat kasih sayang merupakan suatu fitrah yang amat bernilai dalam diri

manusia. Ia adalah suatu aktiviti mental yang rasional dan logikal. Setiap individu

Page 6: MEMPERKASAKAN KEWANGAN SOSIAL MELALUI ...azka.zakat.com.my/wp-content/uploads/2020/02/02...2020/02/02  · Pusat Pungutan Zakat-MAIWP PENDAHULUAN Kewangan sosial telah memainkan peranan

6

hendaklah mengendalikan hubungan dengan penuh tanggungjawab sehingga

tercapai matlamat kebahagiaan di dalam kehidupannya. Kebolehan dalam

mencurahkan kasih sayang merupakan asas dalam pembinaan masyarakat dan

keluarga bahagia. Ini kerana setiap anggota mampu menunjukkan kasih sayang

sesama mereka bagi mengeratkan hubungan. Jika masyarakat kita kurang

mengamalkan sikap penyayang bererti mereka tidak mengamalkan Islam secara

keseluruhannya.

Gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

Gagasan „Rahmatan Lil Alamin‟ adalah satu pendekatan besar yang dibawa oleh

pihak kerajaan ke arah mewujudkan sebuah negara „rahmah‟. Gagasan Rahmatan lil

„Alamin adalah manifestasi kepada prinsip utama pengurusan hal ehwal Islam yang

dilaksanakan dalam kerangka Maqasid Syariah bagi melahirkan Model Malaysia

sebagai dasar serta hala tuju Malaysia Baharu. Ia diterjemahkan melalui tingkah laku

dan keperibadian unggul rakyat Malaysia dan seterusnya menjadi model Malaysia

iaitu model negara Islam berbilang kaum yang boleh dicontohi dunia luar. Model

Malaysia ini dibentuk sesuai dengan keadaan (waqi‟), adat dan budaya bangsa

Malaysia tanpa meninggalkan asas-asas Islam.

YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, Menteri di jabatan Perdana Menteri (Agama)

dalam membawa Gagasan „Rahmatan Lil Alamin‟ telah menjelaskan maksud

perkataan huruf-huruf yang terdapat dalam perkataan RAHMAH seperti berikut:

R: Rahmah Pentadbiran yang membawa mesej Santun, Keprihatinan dan

Peduli.

A: Aman Pentadbiran yang membawa mesej Keamanan, Keadilan dan

Kesejahteraan.

H: Harmoni Pentadbiran yang menghargai kemajmukan melestarikan hidup

dalam kedamaian serta menjaga hubungan antara kaum dan

agama.

M: Mesra Pentadbiran yang menyediakan keselesaan perkhidmatan

kepada semua lapisan masyarakat, memberikan kemudahan

tanpa mengetepikan kelompok minority dan berinteraksi dengan

Page 7: MEMPERKASAKAN KEWANGAN SOSIAL MELALUI ...azka.zakat.com.my/wp-content/uploads/2020/02/02...2020/02/02  · Pusat Pungutan Zakat-MAIWP PENDAHULUAN Kewangan sosial telah memainkan peranan

7

semua pihak.

A: Alami Pentadbiran yang membudayakan gaya hidup mesra alam,

memelihara, memulihara dan mengamalkan penjimatan tenaga

dan cinta alam.

H: Hormat Pentadbiran yang mempunyai nilai prinsip kemanusiaan,

kepelbagaian agama dan membina keperibadian yang dihormati

dan menghormati sesuai dengan kemuliaan insan.

Bagi mencapai matlamat Gagasan „Rahmatan Lil Alamin‟, pihak kerajaan telah

memperkenalkan tujuh kluster Rahmah iaitu 1. Kehakiman dan Perundangan; 2.

Dakwah dan Media; 3. Pendidikan dan Modal Insan; 4. Halal dan Tabung Haji; 5.

Masjid; 6. Maqasid dan Penyelidikan; dan 7. Sosio-Ekonomi.

Fokus kepada kluster ketujuh iaitu Sosio-Ekonomi, menekankan tentang pembelaan

golongan mustadhafin atau B40 (Bottom 40% Income Classification) dan penjanaan

ekonomi berasaskan pulangan kepada manfaat rakyat bergerak dalam kerangka

RAHMAH ini.

Justeru, instrumen kewangan sosial seperti zakat, waqaf dan sedekah menjadi

penggerak bagi menaikkan sosio-ekonomi umat Islam dalam usaha pemeliharaan

kebajikan sosial. Seterusnya ia menjadi agenda penting yang perlu diberi perhatian

bagi merealisasikan matlamat peningkatan kualiti sosial dalam masyarakat dalam

kerangka rahmah. Penyediaan polisi, program dan perkhidmatan yang berkualiti

yang telah sedia wujud dan pelbagai usaha baru akan dilaksanakan bagi memenuhi

keperluan asasi masyarakat serta menangani masalah sosial. Pelbagai program

sokongan dan bantuan sosial dilaksanakan adalah sebagai satu sistem jaringan

perlindungan sosial dalam memastikan golongan marhaen tidak dibebani masalah-

masalah sosial seperti kemiskinan, ketidakupayaan bekerja akibat daripada

kecacatan serta halangan-halangan sosial yang lain bagi membantu mereka

bersaing secara aktif dalam lapangan kehidupan. Berdasarkan pendekatan ini, Islam

telah mewajibkan zakat sebagai mekanisme pengalihan harta daripada golongan

kaya untuk diberikan kepada mereka yang berhak dan memerlukan pertolongan

seperti fakir, miskin dan sebagainya disokong oleh dana waqaf dan sedekah.

Page 8: MEMPERKASAKAN KEWANGAN SOSIAL MELALUI ...azka.zakat.com.my/wp-content/uploads/2020/02/02...2020/02/02  · Pusat Pungutan Zakat-MAIWP PENDAHULUAN Kewangan sosial telah memainkan peranan

8

KEWANGAN SOSIAL DAN RAHMAH SEBAGAI MEKANISME MEMAJUKAN

TARAF EKONOMI UMMAH

Allah SWT menjadikan manusia sebagai khalifah atau pentadbir bumi ini.

Tanggungjawab sebagai khalifah tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan jaya

tanpa mengadakan hubungan yang baik sesama manusia secara adil dan rahmah.

Perlu kita ingat bahawa hubungan yang pertama sesama manusia yang wajib

dipelihara ialah hubungan dengan ibu bapa. Arahan supaya berbuat baik kepada

kedua-dua ibu bapa datangnya secara langsung selepas arahan supaya

menyembah dan mentauhidkan Allah SWT. Selepas berbuat baik kepada ibu bapa,

Islam memerintahkan umatnya memelihara hubungan kekeluargaan dan silaturrahim

sesama kaum kerabat. Firman Allah SWT:

ش ثهۦ شمىا رش ول ٱلل جذوا وثز۞وٱع ب ض إح ىذ ىوثٱى ا

جت ٱى جبس وٱى ث قش ٱى ر جبس وٱى ن ض

وٱى زوٱى ث قش

ٱى

ين ب ٱىضجوو توٱث ج بحتثٱى وٱىص لحت ٱلل إ ن أ ذ

زبلفخىسا خ مب

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah

kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat

baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan

orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang

jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba

yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang

sombong takbur dan membangga-banggakan diri.” (Surah An-Nisaa' [4]:36)

Islam dalam kerangka „rahmah‟ memberikan perhatian yang serius terhadap agenda

pembasmian kemiskinan kerana ia merupakan antara faktor penyumbang kepada

berlakunya jenayah dalam masyarakat. Di samping itu, kemiskinan juga boleh

mencetuskan bibit-bibit benci dan permusuhan antara golongan kaya dan miskin

seterusnya membawa kepada konflik sosial dalam masyarakat. Sehubungan dengan

itu, para sarjana Muslim telah menetapkan bahawa aspek yang perlu diberikan

Page 9: MEMPERKASAKAN KEWANGAN SOSIAL MELALUI ...azka.zakat.com.my/wp-content/uploads/2020/02/02...2020/02/02  · Pusat Pungutan Zakat-MAIWP PENDAHULUAN Kewangan sosial telah memainkan peranan

9

penekanan dan fokus utama dalam agihan dana kewangan sosial seperti zakat,

waqaf dan sedekah dalam pembasmian kemiskinan.

Pada masa yang sama, pembinaan ummah yang berkualiti tinggi memerlukan

kepada sumber dana dan instrumen kewangan kukuh bagi memastikan setiap

matlamat yang direncanakan mampu dicapai. Zakat, waqaf dan sedekah merupakan

antara instrumen utama yang memainkan peranan penting dalam mengukuhkan

kedudukan ekonomi umat Islam serta menjamin keadilan dan kestabilan sosial

menerusi pengurangan jurang pendapatan dalam kalangan masyarakat. Menerusi

kewajipan berzakat, dan galakan untuk berwaqaf dan bersedekah, Islam telah

mewujudkan sifat prihatin dan bertanggungjawab dalam diri setiap Muslim supaya

mereka mengambil peduli mengenai golongan yang memerlukan dalam masyarakat.

Di Malaysia, terdapat pelbagai institusi kewangan sosial Islam yang boleh

diaplikasikan untuk membuat kebajikan dan menambah zakat, waqaf dan sedekah

seperti institusi zakat di setiap negeri, institusi atau perbadanan wakaf negeri,

baitulmal di samping institusi lain bagi membantu golongan yang miskin dan amat

memerlukan. Ruang yang terbuka luas ini wajar diambil manfaat oleh orang Islam

bagi sama-sama untuk menyumbang dalam bentuk sedekah tambahan, bayaran

zakat harta dan fitrah, berwakaf secara tunai atau harta kekal juga bagi mensucikan

harta yang haram atau syubhah. Amatlah rugi sekiranya peluang yang ada disia-

siakan oleh orang Islam bagi menjana pahala tambahan dan berlipat kali ganda. Ini

selaras dengan hadith Nabi SAW yang memberi sumbangan kepada orang miskin

dan yang memerlukan seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah untuk menyucikan dari perbuatan

yang tidak bermanfaat dan keji serta sebagai makanan bagi orang miskin.”

(Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Manfaat yang bakal diperolehi oleh golongan yang kurang berkemampuan melalui

kewujudan institusi kewangan sosial Islam ini bukanlah sedikit. Misalnya, dana zakat

dan sedekah yang dikumpulkan daripada penyumbang mampu membela nasib

asnaf-asnaf untuk mengecapi hidup yang lebih bermakna. Selain itu, zakat dan

sedekah boleh diperuntukkan dalam bentuk bantuan berterusan seperti sara hidup

Page 10: MEMPERKASAKAN KEWANGAN SOSIAL MELALUI ...azka.zakat.com.my/wp-content/uploads/2020/02/02...2020/02/02  · Pusat Pungutan Zakat-MAIWP PENDAHULUAN Kewangan sosial telah memainkan peranan

10

miskin tegar, sumbangan bencana alam, perlindungan daripada musibah dan

kesulitan serta bantuan perubatan kerana keperluannya adalah mendesak dan

segera. Selain itu, dana waqaf dan lain-lain sumbangan pula boleh digunakan untuk

membiayai projek-projek pembangunan jangka panjang contohnya, di Negeri

Sembilan di mana orang Islam setempat dapat memperolehi manfaat daripada

pembinaan dua masjid iaitu Masjid Sri Sendayan dan Masjid Hussain yang dibina

sepenuhnya melalui konsep wakaf. Kos pembinaan masjid ini yang mencecah jutaan

ringgit diperolehi melalui amalan wakaf individu yang berhati mulia iaitu pengasas

syarikat perbankan Kumpulan RHB, Tan Sri Abd Rashid Hussain, yang mana

kewujudan masjid ini mampu menyemarakkan lagi aktiviti keagamaan di kawasan

setempat.

Sumbangan Kewangan Sosial Dalam Memajukan Taraf Ekonomi

Dana zakat, waqaf dan sedekah boleh dimanfaatkan bagi program pembangunan

ekonomi bertujuan meningkatkan taraf ekonomi golongan asnaf. Dengan membantu

golongan ini terlibat secara langsung dalam bidang-bidang tersebut, dana kewangan

sosial telah memainkan peranan sebagai instrumen agihan ekonomi yang seimbang

bagi mengurangkan kadar kemiskinan, meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan,

menyediakan kehidupan yang selesa dan sejahtera seterusnya membawa kepada

pembentukan negara yang berprestij pada masa hadapan. Proses pengagihan

semula kekayaan secara seimbang dalam masyarakat sebenarnya dapat

merapatkan jurang kekayaan yang terbentuk antara golongan kaya dan miskin.

Dalam hal ini, zakat, waqaf dan sedekah berperanan dalam mengawal

perkembangan pendapatan setiap individu agar tunduk di bawah asas kecukupan

diri semua manusia. Hal ini dapat mengelakkan berlakunya penumpuan harta di

kalangan golongan tertentu sahaja dalam masyarakat sebagaimana yang

dinyatakan menerusi firman Allah SWT yang berikut:

ث قش صىهوىزٱى فييهوىيش قشي وٱى أه سصىىهۦ عي بأفبءٱلل

ز وٱى ن بء غ ٱل ثدوىخ لنى ٱىضجوم وٱث ن ض

وٱى

Maksudnya: “Apa saja harta rampasan yang diberikan Allah kepada Rasul-

Nya (dari harta benda) yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah

Page 11: MEMPERKASAKAN KEWANGAN SOSIAL MELALUI ...azka.zakat.com.my/wp-content/uploads/2020/02/02...2020/02/02  · Pusat Pungutan Zakat-MAIWP PENDAHULUAN Kewangan sosial telah memainkan peranan

11

untuk Allah, untuk Rasul, kaum kerabat, anakanak yatim, orang-orang miskin

dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan beredar di

antara orang-orang kaya saja di antara kamu.” (Surah al-Hasyr [59]: 7)

Pencegahan ini sebenarnya mempunyai signifikan yang cukup penting dalam

mengembalikan ekonomi Islam di tahap yang lebih kukuh dan lebih maju serta

menghalang harta daripada terbatas dalam genggaman orang-orang kaya sahaja.

Secara lazimnya, golongan miskin hanya mempunyai keupayaan membeli yang

terhad disebabkan kekangan pendapatan yang rendah. Maka, mereka biasanya

akan berhadapan dengan kesukaran untuk menampung dan melengkapkan

keperluan hidup mereka. Pengurangan kuasa beli ini menyebabkan golongan ini

terpaksa membuat pilihan dengan memastikan hanya barangan yang benar-benar

berada di bawah kemampuan kewangan mereka sahaja yang dibeli. Secara tidak

langsung, situasi ini telah membawa kepada peningkatan kecenderungan mengguna

dalam kalangan golongan kaya. Namun begitu, golongan kaya pula dilihat lebih

cenderung untuk menggunakan barangan mewah dan kurang memberi penumpuan

kepada barangan keperluan asas. Hal ini menyebabkan wujudnya kelompangan

dalam permintaan terhadap barangan keperluan asas sehingga membawa kepada

penurunan penawaran produk tersebut oleh pihak pengeluar dan pengusaha. Maka,

ketika inilah zakat memainkan peranan yang penting dalam menstabilkan semula

ketidakseimbangan kitaran ekonomi yang sedang berlaku.

Pemindahan harta daripada golongan pembayar zakat dan penyumbang waqaf

mahupun sedekah kepada golongan sasaran ini mampu meningkatkan kuasa beli

mereka terhadap barang-barang keperluan asas harian seterusnya membawa

kepada peningkatan permintaan terhadap barangan dalam pasaran di mana

penerima bantuan akan membelanjakan sebahagian besar daripada perolehan dana

tersebut untuk kegunaan seharian mereka. Peningkatan kuasa beli dalam kalangan

asnaf ini boleh merangsang pertumbuhan serta perkembangan ekonomi negara

menerusi peningkatan aktiviti permintaan dan penawaran dalam pasaran. Maka,

dapat dilihat bahawa aktiviti pengutipan dan pengagihan dana sosial ini bukan

sahaja berperanan dalam mewujudkan agihan ekonomi yang seimbang malahan

dapat menjana pendapatan negara ke aras yang lebih tinggi.

Page 12: MEMPERKASAKAN KEWANGAN SOSIAL MELALUI ...azka.zakat.com.my/wp-content/uploads/2020/02/02...2020/02/02  · Pusat Pungutan Zakat-MAIWP PENDAHULUAN Kewangan sosial telah memainkan peranan

12

Pada masa yang sama, pertambahan penggunaan daripada golongan asnaf bagi

memenuhi keperluan hidup akan meningkatkan permintaan terhadap barangan dan

produk keperluan asas seterusnya menjana peluang pekerjaan dan perniagaan

kepada masyarakat. Peningkatan peluang ini mampu menyediakan platform baru

untuk diterokai oleh pelbagai pihak dan secara tidak langsung kadar pengangguran

dalam negara juga dapat dikurangkan. Pengangguran menyebabkan penurunan

produktiviti dalam negara di mana bilangan guna tenaga yang produktif berada pada

tahap yang minimum sehingga membawa kepada peningkatan kadar kemiskinan

yang berisiko mengakibatkan tercetusnya krisis sosial dalam kalangan masyarakat.

Selain daripada berperanan sebagai pengguna dalam pasaran, golongan asnaf yang

berpotensi juga turut digilap sebagai pengusaha dan pengeluar untuk terlibat secara

aktif dalam pasaran semasa.

Hasil daripada batu loncatan yang disediakan oleh Islam ini, golongan asnaf juga

akan berusaha untuk memajukan ekonomi mereka seterusnya meningkatkan

pendapatan mereka sehingga melepasi had kelayakan sebagai penerima bantuan

zakat atau lain-lain bantuan. Situasi ini secara tidak langsung dapat mengubah

golongan penerima bertukar menjadi penyumbang zakat, waqaf atau sedekah dan

secara automatiknya mereka terkeluar daripada penerima bantuan berterusan.

Inisiatif yang lazimnya dilaksanakan oleh pihak berwajib seperti institusi zakat,

baitulmal dan Majlis Agama Islam ini menerusi pelbagai program yang disediakan

berpotensi menjana peningkatan dan pengagihan ekonomi yang seimbang dan

menumbang ke arah kesejahteraan hidup dalam masyarakat

Dari segi pembangunan sosial, pengagihan dana kewangan sosial bertujuan

membangunkan kualiti sosial masyarakat dengan memenuhi keperluan asasi

golongan asnaf seperti perlindungan, bantuan sara hidup dan penjagaan kesihatan.

Kewujudan golongan yang tidak berkemampuan dalam sesebuah negara

merupakan suatu lumrah yang sukar dielakkan. Ketidakseimbangan yang wujud

dalam aspek sosioekonomi antara golongan kaya dan miskin berpotensi

melemahkan masyarakat secara keseluruhannya selain menjejaskan keharmonian

hidup bermasyarakat sekiranya dibiarkan berterusan. Oleh itu, pendekatan

berorientasikan kewangan sosial seperti zakat, waqaf mahupun sedekah sewajarnya

diketengahkan sebagai satu bentuk penyelesaian terhadap masalah yang wujud ini.

Page 13: MEMPERKASAKAN KEWANGAN SOSIAL MELALUI ...azka.zakat.com.my/wp-content/uploads/2020/02/02...2020/02/02  · Pusat Pungutan Zakat-MAIWP PENDAHULUAN Kewangan sosial telah memainkan peranan

13

Secara keseluruhannya, konsep Malaysia Negara Rahmah amat berkait rapat

dengan maslahah sosio-ekonomi umat Islam kini. Ia juga menjadi teras kepada

Maqasid Syariah yang menjaga maslahah ummah kerana ia bersesuaian untuk

semua manusia pada setiap tempat dan zaman; sama ada untuk orang Islam atau

bukan Islam. Konsep Islam rahmat untuk sekalian alam dan syariatnya adalah selari

dan menepati fitrah manusia dan menjadi tonggak kepada kesejahteraan manusia

agar kemaslahatan rakyat dan negara terjamin.

SEBAHAGIAN USAHA YANG TELAH DILAKSANAKAN

Agihan Zakat MAIWP

Program agihan zakat merupakan program utama Majlis Agama Islam Wilayah

Persekutuan (MAIWP). Ia merupakan satu amanah para pembayar zakat yang

dipikul oleh MAIWP. Wang zakat yang dibayar oleh mereka perlu diagihkan kepada

golongan asnaf sepertimana yang ditetapkan oleh syara‟ agar hasrat pembayar

zakat tertunai. MAIWP bertindak secara proaktif, kreatif dan inovatif dalam

pengagihan zakat. Selain pengagihan zakat terus melalui skim-skim bantuan, zakat

turut dimanfaatkan melalui operasi institusi pendidikan, perlindungan dan kebajikan

yang ditubuhkan oleh MAIWP.

Di bawah Malaysia Baharu yang diterajui oleh YAB Perdana Menteri Tun. Dr.

Mahathir Mohamed, kerajaan komited memegang amanah dalam menjalankan

pentadbiran kerajaan dengan efisien, tulus, dinamik serta menyantuni rakyat.

Kerajaan juga akan memastikan setiap daripada rakyat Malaysia akan menikmati

kemakmuran dan kekayaan negara dengan perkongsian dan pembahagian yang

saksama. Justeru itu, MAIWP sebagai sebuah agensi pengurusan Islam utama di

Wilayah Persekutuan telah membantu merealisasikan wawasan ini.

Semua usaha ini telah digarap menerusi tiga prinsip utama pengurusan hal ehwal

Islam yang diperkenalkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri

Dr. Mujahid bin Yusof iaitu menggunakan pendekatan Rahmatan lil „Alamin yang

bersendikan Maqasid Syariah dan melahirkan model Malaysia sebagai dasar serta

hala tuju Malaysia Baharu sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini.

Page 14: MEMPERKASAKAN KEWANGAN SOSIAL MELALUI ...azka.zakat.com.my/wp-content/uploads/2020/02/02...2020/02/02  · Pusat Pungutan Zakat-MAIWP PENDAHULUAN Kewangan sosial telah memainkan peranan

14

Pada tahun 2018, MAIWP melalui Pusat Pungutan Zakat MAIWP telah berjaya

mengutip zakat sebanyak RM651.23 juta daripada 180 ribu pembayar. Kemampuan

untuk membuat kutipan dalam jumlah yang besar ini dilihat antaranya adalah hasil

kesedaran umat Islam dalam menunaikan tanggungjawab berzakat bukan sahaja di

Wilayah Persekutuan bahkan di seluruh Malaysia amnya.

Secara keseluruhannya, MAIWP pada tahun 2018 sebanyak RM733 juta telah

dibelanjakan meliputi pengagihan zakat, kakitangan dan pengurusan dan lain-lain

lagi. Justeru itu, amanah yang dipikul oleh MAIWP dalam mengagihkan dana zakat

itu ditunaikan menerusi pelbagai program dan aktiviti. Sebanyak RM433 juta telah

dibelanjakan antaranya merangkumi agihan zakat khusus menerusi 28 skim bantuan

zakat kepada 110,045 orang penerima.

Bantuan zakat yang disalurkan tidak hanya bermatlamat memberi bantuan semata-

mata, namun menjadi harapan yang lebih besar adalah mengeluarkan penerima

daripada kemiskinan. Oleh itu, mulai tahun 2019 MAIWP mensasarkan untuk

mengeluarkan asnaf daripada kemiskinan pada kadar 2-4% setahun.

Selari dengan hasrat ini juga, MAIWP pada tahun 2018 telah berjaya melahirkan

seramai 10 orang usahawan yang telah berjaya keluar daripada kepompong

kemiskinan dan meraih pendapatan di antara RM8,000.00 hingga RM30,000.00

sebulan MAIWP dari masa ke semasa sentiasa mempermudahkan proses

permohonan bantuan zakat. Selain itu, dana zakat juga diagihkan oleh MAIWP

melalui lain-lain aktiviti agihan seperti operasi dan aktiviti institusi pendidikan,

dakwah dan kebajikan serta pembangunan prasarana yang menjadi keperluan umat

Islam seperti masjid, surau dan sebagainya. Pada tahun 2018, sebuah prasarana

yang dibangunkan khusus untuk kebajikan mualllaf iaitu Darul Hidayah telah

dirasmikan pada 7 Mac. MAIWP juga telah menyalurkan peruntukan tambahan

sebanyak RM3 juta kepada Pusat Pembedahan Katarak MAIWP-Hospital Selayang

bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat.

Skim Kafalah Muzakki PPZ-MAIWP

Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) kini

menyediakan „insentif‟ skim perlindungan kepada pembayar zakat. Skim ini

Page 15: MEMPERKASAKAN KEWANGAN SOSIAL MELALUI ...azka.zakat.com.my/wp-content/uploads/2020/02/02...2020/02/02  · Pusat Pungutan Zakat-MAIWP PENDAHULUAN Kewangan sosial telah memainkan peranan

15

merupakan sumbangan ikhlas dari PPZ-MAIWP untuk diberikan kepada waris

pembayar zakat apabila berlaku kematian terhadap pembayar zakat yang membayar

zakat di PPZ-MAIWP serta tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

Melalui skim ini, sumbangan bantuan yang berjumlah RM3,000 akan diserahkan

kepada waris pembayar zakat. Pembayaran tersebut akan diserahkan kepada waris

dalam tempoh 14 hari bekerja setelah permohonan dibuat di mana-mana kaunter

PPZ-MAIWP. Bagi tempoh permohonan skim ini, waris perlu membuat permohonan

selewat-lewatnya enam bulan selepas kematian pembayar zakat dengan

menyediakan dokumen yang diperlukan antaranya seperti sijil kematian dan salinan

kad pengenalan.

Wakalah (Dasar Pengembalian Semula)

Wakalah merupakan dasar pengembalian wang zakat oleh MAIWP kepada entiti

yang membayar zakat kepada Pusat Pungutan Zakat-MAIWP untuk diagihkan

kepada asnaf yang layak. MAIWP telah menerima konsep Wakalah sebagai dasar

pengembalian semula wang zakat kepada pembayar zakat untuk diagihkan kepada

asnaf yang layak. Konsep Wakalah ini adalah bukan akad pemilikan yang memberi

kebebasan memanipulasi wang zakat. Pembayar dilantik menjadi wakil kepada

MAIWP untuk melakukan proses agihan zakat bagi pihak MAIWP berdasarkan

syarat dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh MAIWP.

Bagi syarikat/organisasi, dasar pengembalian semula wang zakat ini mampu

mengurangkan bebanan cukai korporat memandangkan setakat ini,

syarikat/organisasi tidak mendapat rebat cukai bagi pembayaran zakat perniagaan

berbanding pelaksanaan zakat oleh individu. Dasar pengembalian semula wang

zakat ini adalah tertakluk kepada pembayar zakat yang membayar zakat kepada

PPZ serta mengemukakan surat permohonan.

Agihan zakat secara wakalah yang diaplikasikan oleh MAIWP merupakan contoh

sistem agihan zakat yang amat bagus terutama bagi membantu agihan zakat agar

sampai kepada golongan sasar disebabkan masyarakat yang mewakili antara empat

segmen iaitu individu, IPTA, syarikat dan segmen majikan mendapat peluang untuk

Page 16: MEMPERKASAKAN KEWANGAN SOSIAL MELALUI ...azka.zakat.com.my/wp-content/uploads/2020/02/02...2020/02/02  · Pusat Pungutan Zakat-MAIWP PENDAHULUAN Kewangan sosial telah memainkan peranan

16

mengagihkan sendiri zakat mereka kepada golongan fakir miskin tanpa berdosa

mengikut syarat yang telah ditetapkan.

PENUTUP

Harapan yang sangat tinggi diletakkan kepada sistem kewangan sosial Islam untuk

memberikan sumbangan yang lebih signifikan kepada pembangunan, kadar

pertumbuhan ekonomi dan sektor kebajikan sosial. Harapan juga diletakkan agar ia

mampu menjadi peneraju bagi mengurangkan ketidakadilan ekonomi dan

merapatkan jurang kemiskinan. Lantas atas perkara ini, sistem kewangan sosial

perlu bergerak seiring dengan dasar kerajaan agar segala usaha membangunkan

status ekonomi khususnya dalam kluster sosio-ekonomi dapat bergerak maju dan

baik. Maka, pentingnya juga agar umat Islam mengahayati konsep rahmah agar juga

menerapkan sifat berkasih sayang sesama manusia.

Dukacita kini, kebanyakan manusia suka menghitung kepentingan diri sendiri

sebelum meninjau kepentingan orang lain. Kebiasaan sebeginilah yang menjadikan

seseorang itu tidak berlaku adil terhadap orang lain. Malah meminta-minta agar

orang lain memenuhi keperluan kita tetapi kita enggan memberi sesuatu untuk

menyempurnakan kepentingan mereka. Bagi merealisasikan konsep masyarakat

penyayang, sikap sebegini perlu diubah. Keseimbangan dalam memenuhi keperluan

diri dan masyarakat sekitar hendaklah dipraktikkan dalam kegiatan hidup seharian.

Sekiranya sesebuah masyarakat itu berjaya mempraktikkan nilai-nilai rahmah di

samping mempergiatkan usaha mendokong sistem kewangan sosial; seperti

membayar zakat, mewaqafkan harta serta gemar mengeluarkan sedekah dalam

kehidupan seharian mereka, sudah tentu negara akan dapat mewujudkan sebuah

masyarakat yang kuat serta berbudaya penyayang.

RUJUKAN

Mushaf al-Quran al-Karim

Abdullah Nasih 'Ulwan, At-Takaful Al-Ijtima'iy fi Al-Islam, (Jedah: Dar As-Saudiyah,

1987)

Page 17: MEMPERKASAKAN KEWANGAN SOSIAL MELALUI ...azka.zakat.com.my/wp-content/uploads/2020/02/02...2020/02/02  · Pusat Pungutan Zakat-MAIWP PENDAHULUAN Kewangan sosial telah memainkan peranan

17

Ahmad Sanusi Azmi dan Mohd Yusuf Ismail, “Konsep Rahmatan Lil Alamin Dalam

Hadith: Penerokaan Makna Serta Aplikasi Di Malaysia”, Journal of Hadith

Studies Vol. 3 No. 1(2-SI) (Nov 2018)

Ibn Kathir, Abu al-Fidaa Ismail „Imad al-Din bin „Umar (al-Hafidz). (t.t.). Tafsir al-

Quran al-„Adzim, Dar al-Sya‟b, Kaherahah,

MaRS Centre for Impact Investing. (2016). Diambil dari

http://impactinvesting.marsdd.com/ Retrieved on 31/12/2018.

Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Taqwa Zabidi, “Petunjuk-Petunjuk Keadilan

Sosial,” Jurnal Penyelidikan Islam (Volume 22, 2009).

Mohd. Nakhaie Ahmad, “KONSEP DAN AGENDA RAHMATAN LIL‟ALAMIN,” Usrah

Bulanan MUAFAKAT – April 2012.

Rachel Kalbfleisch, “Social Finance Week: Social Finance 101”, Charity Village.

https://charityvillage.com/Content.aspx?topic=Social_

Finance_101#.V5cCl2R97u2

Siti Norlina Muhamad et. Al, “Budaya Penyayang Dalam Kehidupan Masyarakat

Islam: Antara Teori Dan Praktis,” diambil dari

http://repo.uum.edu.my/1804/1/7.pdf

YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, “Gagasan Rahmatan Lil Alamin Dalam Malaysia

Baharu,” kertas kerja dibentangkan di seminar Nadwah Ulama Nahdhah Jadid

di MITC Ayer Keroh Melaka pada 20 Julai 2019

YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, “Gagasan Pentadbiran Islam Di Era Malaysia

Baharu,” kertas kerja sempena Perhimpunan Agensi-Agensi Di Bawah Yb

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Pada 7 Januari 2019

(Isnin) Di Auditorium, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, “Malaysia Negara Rahmah,” slaid pembentangan

diambil dari

http://www.islam.gov.my/images/documents/Malaysia_Negara_Rahmah_-

_FINAL.pdf