MENANGI BARANGAN MENARIK MAJALAH SHOUT! DARI CFM · Sentiasa aktif dan mahukan yang terbaik Q 3 2 0...

15
SHOUT! www.consumerinfo.my KDN PP 17752/11/2013 (033132) consumer.forum.malaysia cfm_malaysia INTERAKSI BERSAMA... DATUK JAKE ABDULLAH Sentiasa aktif dan mahukan yang terbaik Q 3 2 0 1 7 ISU BULETIN – MENUJU KE MASA DEPAN 5G bakal merevolusi kelajuan internet dan pelbagai perkara DIGITAL – KEKAL SELAMAT DI DUNIA MAYA Bulan Kesedaran Keselamatan Siber segalanya tentang perlindungan diri di atas talian MENANGI BARANGAN MENARIK MAJALAH SHOUT! DARI CFM Muat naik gambar artikel kegemaran anda dalam isu ini di Facebook/Instagram berserta hashtag #cfmshout2017 TERBITAN FORUM PENGGUNA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA BULETIN SUKU TAHUNAN NASKHAH PERCUMA

Transcript of MENANGI BARANGAN MENARIK MAJALAH SHOUT! DARI CFM · Sentiasa aktif dan mahukan yang terbaik Q 3 2 0...

Page 1: MENANGI BARANGAN MENARIK MAJALAH SHOUT! DARI CFM · Sentiasa aktif dan mahukan yang terbaik Q 3 2 0 1 7 ... NOTA EDITOR Setakat tahun 2017 ini, kita telah menyaksikan pelbagai kemajuan

SHOUT!www.consumerinfo.my

KDN PP 17752/11/2013 (033132)

consumer.forum.malaysia cfm_malaysia

INTERAKSI BERSAMA...

DATUK JAKE ABDULLAHSentiasa aktif dan mahukan yang terbaik

Q3

2017

ISU BULETIN – MENUJU KE MASA DEPAN5G bakal merevolusi kelajuan internet dan pelbagai perkara

DIGITAL – KEKAL SELAMAT DI DUNIA MAYABulan Kesedaran Keselamatan Siber segalanya tentang

perlindungan diri di atas talian

MENANGI BARANGAN MENARIK MAJALAH SHOUT! DARI CFMMuat naik gambar artikel kegemaran anda dalam isu ini di Facebook/Instagram berserta hashtag

#cfmshout2017

TERBITAN FORUM PENGGUNA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA

BULETIN SUKU TAHUNAN

NASKHAH PERCUMA

Page 2: MENANGI BARANGAN MENARIK MAJALAH SHOUT! DARI CFM · Sentiasa aktif dan mahukan yang terbaik Q 3 2 0 1 7 ... NOTA EDITOR Setakat tahun 2017 ini, kita telah menyaksikan pelbagai kemajuan

2 S U K U K E T I G A 2 0 1 7

P E N G E N A L A N

N O T A E D I T O RSetakat tahun 2017 ini, kita telah menyaksikan pelbagai kemajuan dalam dunia teknologi. Antaranya ialah termasuk penambahbaikan dari segi sambungan, kelajuan dan juga meningkatkan ‘realiti’.

Dan kerana itu, Isu Buletin kami pada edisi kali ini akan memberikan pendedahan tentang 5G, apa yang ditawarkan dan masa depannya di Malaysia. Ia akan memberi lebih daripada itu dan bukan sekadar evolusi dalam teknologi rangkaian mudah alih. Jadi, teruskan membaca untuk mengetahui selanjutnya tentang 5G.

Tahun 2017 juga turut menyaksikan peningkatan kesedaran tentang ancaman dan pelbagai kes jenayah siber yang semakin membimbangkan. Setiap inovasi yang kita nikmati pasti mempunyai cabaran dan kekurangannya. Oleh itu, bagi memperkasakan para pembaca dengan pengetahuan yang tepat, kami menyediakan beberapa tips dan panduan berguna tentang isu ini untuk anda.

Jika anda selak ke bahagian Digital, anda akan ketahui tentang cara untuk kekal selamat di atas talian dengan memberi perlindungan kepada komputer dan peranti mudah alih anda. Panduan ini kami sediakan untuk anda kerana kami turut meraikan Bulan Kesedaran Keselamatan Siber yang disambut pada setiap bulan Oktober. Anda perlukannya agar dapat kekal selamat dan bersedia untuk berhadapan dengan segala hal digital.

Kami juga mendedahkan tentang isu keselamatan secara lebih mendalam dengan menyenaraikan beberapa pilihan terbaik aplikasi keselamatan untuk telefon mudah alih. Anda boleh baca selanjutnya di bahagian Zon App dan akan mengetahui beberapa pilihan untuk melindungi telefon pintar anda. Satu langkah keselamatan yang mudah boleh menyelamatkan anda!

Bagi penghias muka depan, kami menampilkan Datuk Jake Abdullah, seorang figura yang sangat dikenali dalam industri penyiaran dan juga dalam dunia kecergasan. Teruskan membaca untuk mengenali beliau dari sisi lain dalam SHOUT ini. Juga, jangan terlepas temu bual kami bersama pentinju wanita MMA Malaysia yang pertama, Ann Osman. Semangatnya yang membara pasti akan memberi inspirasi kepada anda.

Dengan pelbagai topik menarik dalam isu kali ini, kami pasti anda akan menikmati semua bahan bacaan hingga ke lembaran terakhir.

Teruskan bersama kami untuk mendapatkan lebih banyak maklumat dan jadilah pengguna yang bijak!

Megat Ishak Ma’amunor RashidEditor

1

2

3

3 PERKARA UNTUK DIPELAJARI DALAM ISU KALI INI

TIPS PERMUDAH PENGGUNAAN MEDIA

SOSIAL

Ketahui cara dari menyekat troll hingga penggunaan

pelbagai filter.

C A R A U N T U K M E N G H E N T I K A N P E S A N A N S UA R A

Peti mel suara meningkatkan bil telefon anda? Dapatkan maklumat yang tepat untuk

menghentikan servis tersebut.

F O T O G R A F I T E L E F O N P I N TA R

Serlahkan Instagram anda dengan gambar-gambar yang menarik hanya dari kamera telefon pintar. Ikuti tips yang kami berikan dan anda boleh

bersedia untuk perjalanan anda!

K A N D U N G A N

D I G I TKetahui Laporan Ericsson tentang Ramalan terhadap Langganan Mudah Alih bagi teknologi rangkaian mudah alih terkini dan apa yang bakal datang kepada kita pada masa depan

PAU TA NIkuti perkembangan dan aktiviti CFM bersama pengguna

M E D I A S O S I A L

TIPS PERMUDAH PENGGUNAAN MEDIA SOSIALPanduan menggunakan media sosial untuk kepuasan peribadi dan untuk meningkatkan strategi pemasaran anda

T O P G E A R Ketahui pilihan telefon pintar dengan kamera dwi-lensa – fotografi mudah alih masa depan

I N T E R A K S I

D AT U K J A K E A B D U L L A H Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Radio dan peminat kecergasan berkongsi cerita mengenai kerjaya dan minatnya

S A N TA I

P E T I N J U M M A : A N N O S M A NSi jelita dengan kemahiran lasak yang mengagumkan berkongsi cerita tentang pengalamannya dan perkara yang mendorongnya untuk menjadi juara

I S U B U L E T I N

M E N UJ U K E M A S A D E PA N: 5G Ketahui segalanya tentang 5G dan masa depannya di Malaysia

Z O N A P P

A P L I K A S I K E S E L A M ATA N T E L E F O N T E R B A I KMencegah pencerobohan privasi dan lihat senarai pilihan kami untuk aplikasi keselamatan terbaik

D I G I TA L

B U L A N K E S E D A R A N K E S E L A M ATA N S I B E R (O K T O B E R )Semak amalan keselamatan atas talian anda dan ketahui kepentingan bulan kesedaran tersebut kepada kita semua

M O B I L I T I

P E R K H I D M ATA N P E T I M E L S UA R A Semua yang anda perlu tahu mengenai servis tersebut, dan bagaimana untuk berhenti melanggannya

T U T O R I A L

F O T O G R A F I T E L E F O N P I N TA RAnda pasti akan suka dengan tips yang kami berikan untuk mendapatkan gambar yang lebih menyerlah dengan hanya menggunakan telefon pintar anda!

3

4

6

7

8

10

11

12

13

14

15

SHOU T !

diterbitkan setiap suku tahun oleh:Forum Pengguna Komunikasi dan

Multimedia Malaysia (CFM)Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia

Malaysia (MCMC), Off Persiaran Multimedia,

Jalan Impact, 63000 Cyberjaya, Selangor

T: 03-8320 9033 F: 03-8320 9083

W: www.consumerinfo.my

DIC ETA K OL E H

Ultimate Print Sdn. BhdLot 2, Jalan Sepana 15/3,

Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor

KDN PP 17752/11/2013 (033132)

Page 3: MENANGI BARANGAN MENARIK MAJALAH SHOUT! DARI CFM · Sentiasa aktif dan mahukan yang terbaik Q 3 2 0 1 7 ... NOTA EDITOR Setakat tahun 2017 ini, kita telah menyaksikan pelbagai kemajuan

3S U K U K E T I G A 2 0 1 7

D I G I T

J A N G K A A N T E R H A D A P L A N G G A N A N M U D A H A L I H

Sumber: Laporan Mobiliti Ericsson, Jun 2017

Sedang dunia menuju ke arah teknologi rangkaian mudah alih yang lebih canggih, penyebaran rangkaian 5G menjadi antara perkara yang amat dinanti di seluruh dunia. Kemajuan tersebut diperlukan untuk meningkatkan kelajuan data dan untuk infrastruktur bagi ‘Internet Segalanya’ (Internet of Things - IoT).

Pada masa ini, rangkaian 4G telah dipertingkatkan kepada LTE-Advanced dan LTE-Advanced Pro untuk menampung lebih banyak kelajuan data yang diperlukan. Proses digitalisasi secara besar-besaran masih berterusan dan menurut Laporan Mobiliti Ericsson, LTE dijangka menjadi teknologi akses mudah alih yang dominan pada tahun 2018, dan kemungkinan akan mencapai 5 bilion langganan menjelang akhir tahun 2022.

L A N G G A N A N M U D A H A L I H M E N E R U S I T E K N O L O G I ( B I L I O N )

P E N E R A N G A N:Piawaian untuk generasi rangkaian selular mudah alih yang berbeza:2G – GSM atau CDMA3G – WCDMA4G – LTE, HSPA + semuanya berdasarkan WCDMA, Wi-Max5G – Generasi kelima teknologi rangkaian mudah alih

P E N E R A N G A N:Piawaian untuk generasi rangkaian selular mudah alih yang berbeza:2G – GSM atau CDMA3G – WCDMA4G – LTE, HSPA + semuanya berdasarkan WCDMA, Wi-Max5G – Generasi kelima teknologi rangkaian mudah alih

L A N G G A N A N T E L E F O N P I N T A R M E N E R U S I T E K N O L O G I

Langganan mudah alih menerusi teknologi (bilion)

7.5bilion

3.9bilion

6.8bilion

9bilion

90 peratus langganan telefon pintar adalah untuk 3G dan 4G

Kemampuan pemilikan peranti yang semakin baik memacu kepada peningkatan penggunaan telefon pintar. Pada akhir tahun 2016, terdapat 3.9 bilion langganan telefon pintar. Majoriti langganan ini (90 peratus) menggunakan rangkaian 3G dan 4G. Menjelang 2022, jumlah langganan telefon pintar dijangka mencecah 6.8 bilion; hampir kesemuanya adalah untuk penggunaan jalur lebar mudah alih.

Syarikat rangkaian 5G yang tidak bergerak sendiri akan menggunakan rangkaian LTE dan rangkaian Evolved Packet Core yang sedia ada sebagai peneraju pengurusan mobiliti dan liputan, di samping tambahan akses radio 5G yang baharu untuk membolehkan penggunaan rangkaian 5G pada hal tertentu bermula pada tahun 2019.Nota rajah: Sambungan IoT dan langganan Akses Tetap Tanpa Wayar (Fixed Wireless Access - FWA) tidak termasuk dalam graf di atas

Bilangan pengguna jalur lebar tetap adalah sekurang-kurangnya tiga kali ganda bilangannya berbanding dengan bilangan sambungan jalur lebar tetap, disebabkan oleh perkong-sian langganan dalam isi rumah, perusahaan dan tempat akses awam. Situasi ini pula berbeza dengan telefon mudah alih di mana jumlah langganan melebihi jumlah pengguna.

5 bilionlangganan LTE

bakal diraih pada akhir

2022

5GLTEWCDMA/HSPAGSM/EDGE-sahajaTD-SCDMACDMA-sahajaLain-lain

5GLTEWCDMA/HSPAGSM/EDGE-sahajaLain-lain

Langganan mudah alih menerusi teknologi

Jumlah tambahan

2.9bilion

Page 4: MENANGI BARANGAN MENARIK MAJALAH SHOUT! DARI CFM · Sentiasa aktif dan mahukan yang terbaik Q 3 2 0 1 7 ... NOTA EDITOR Setakat tahun 2017 ini, kita telah menyaksikan pelbagai kemajuan

4 S U K U K E T I G A 2 0 1 7

CFM meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepenggunaan dengan memberikan tips mengenai komunikasi dan multimedia serta peranannya menerusi siri Pocket Talk CFM. Hampir 200 orang penuntut daripada kolej universiti KPJ Healthcare Nilai telah menghadiri ceramah berkenaan. Ceramah itu telah disampaikan oleh Pegawai Komunikasi dan Perhubungan Awam CFM, Nurul Hafiz Haque Fazlul Haque.

S A M B U TA N M E R I A H D I S I R I C E R A M A H P O C K E T TA L K C F M 21 Jun 2017 | Nilai, Negeri Sembilan

Pengerusi CFM, Megat Ishak Maamunor Rashid telah ditemuramah oleh BERNAMA untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai peranan CFM bagi melindungi hak-hak pengguna. Antara topik yang dibincangkan ialah tempoh sah kad SIM prabayar, 5 jenis aduan yang kerap diterima oleh CFM dan aplikasi mudah alih CFM – MY Mobile Rights.

CFM memberikan penerangan kepada Berita TV9 tentang tips memilih pelan telco terbaik untuk penjimatan wang. Pengerusi CFM, Megat Ishak Maamunor Rashid telah ditemuramah oleh Berita TV9 untuk segmen “Bijak Belanja.” Dengan pelbagai pilihan yang ada pada hari ini, Megat Ishak menasihati pengguna untuk membuat sedikit kajian sebelum membeli pelan Telco yang mereka perlukan.

T E M U B UA L B E R S A M A B E R N A M A 25 Julai 2017 | MCMC, Cyberjaya

T E M U B UA L B E R I TA T V 9 B E R S A M A P E N G E R U S I C F M 24 Julai 2017 | Wisma Tune Talk, Damansara Heights

C E R A M A H C F M D I C J W O W S H O P10 Julai 2017 | Balai Berita Anjung Riong, Bangsar

Pengarah CFM, Ahmad Izham Khairuddin menyampaikan ceramah mengenai peranan CFM dan berkongsi tips untuk menjadi pengguna yang bijak kepada kakitangan CJ Wow Shop di New Straits Time Press (NSTP) Bangsar bagi siri Pocket Talk CFM. Ceramah itu telah berlangsung dari 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.

C F M KO N G S I T I P S B E R G U N A K E PA D A P E N D E N G A R T R A X X F M 3 Ogos 2017 | Wisma Radio, Angkasapuri, Kuala Lumpur

CFM memberi penerangan kepada orang awam mengenai cara untuk memilih pelan telco terbaik yang dapat membantu menjimatkan wang mereka di Traxx FM. Stesen radio terkenal itu telah menjemput Pengerusi CFM, Megat Ishak Maamunor Rashid untuk turut berkongsi mengenai 5 jenis aduan yang kerap diterima oleh CFM. Sesi temu bual secara langsung itu telah bermula pada 11.15 pagi dan tamat pada 11.45 pagi.

S E S I I N T E R A K T I F D I U E M S U N R I S E 10 Ogos 2017 | Solaris Dutamas, Kuala Lumpur

CFM telah dijemput untuk memberi pendedahan mengenai peranan dan tanggungjawab CFM selain berkongsi tips dan panduan untuk menjadi pengguna yang bijak sempena program Wellness of the Week (WOW) di UEM Sunrise. Perkongsian itu telah disampaikan oleh Pengarah CFM, Ahmad Izham Khairuddin selama sejam di samping menjalankan kuiz online yang menarik untuk disertai oleh peserta program.

PAU TA N

P R O G R A M C F MB E R S A M A P E N G G U N A

Page 5: MENANGI BARANGAN MENARIK MAJALAH SHOUT! DARI CFM · Sentiasa aktif dan mahukan yang terbaik Q 3 2 0 1 7 ... NOTA EDITOR Setakat tahun 2017 ini, kita telah menyaksikan pelbagai kemajuan

5S U K U K E T I G A 2 0 1 7

SIRI POCKET TALK CFM DITERUSKAN DI UEM SUNRISE 16 Ogos 2017 | Nusajaya, Johor

T E M U B UA L K H A S B E R S A M A U F M 22 Ogos 2017 | UiTM Shah Alam

C F M M E N D E K AT I P E N G G U N A D I K E D A H 25 Ogos 2017 | Kubang Pasu, Kedah

M E N I N G K AT K A N K E S E D A R A N P E N G G U N A D I P R O G R A M A N N E YO N G H A S E YO D AY 20 Ogos 2017 | Bagan Datuk, Perak

P E R KO N G S I A N T I P S M E N G E N A I P E R AYAUA N A N TA R A B A N G S A B E R S A M A J O H O R F M 16 Ogos 2017 | Jabatan Penyiaran Malaysia Johor, Johor Bahru

Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran kepada orang awam, CFM telah mengadakan siri Pocket Talk yang seterusnya di UEM Sunrise Berhad di Ledang Heights, Johor. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Pengarah CFM, Ahmad Izham Khairuddin kepada 30 orang staff UEM Sunrise Berhad. Antara topik utama yang menjadi perbincangan di sesi perkongsian yang berlangsung selama sejam itu ialah mengenai peranan CFM dan tips untuk menjadi pengguna bijak.

CFM telah dijemput untuk temu bual secara langsung di UFM mengenai peranan CFM, tips untuk memilih pelan telco terbaik dan 5 jenis aduan yang diterima oleh CFM. Pengarah CFM, Ahmad Izham Khairuddin telah mewakili CFM untuk sesi temu bual selama satu jam itu bermula dari jam 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

CFM telah dijemput oleh Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) Kubang Pasu untuk menyampaikan ceramah mengenai isu komunikasi dan multimedia kepada guru sekolah, kakitangan kerajaan dan masyarakat setempat di SM Sains Kubang Pasu. Penceramah pada hari tersebut ialah Timbalan Pengerusi CFM, Mohamad Yusrizal Dato’ Yusuff yang berkongsi tentang peranan CFM dan panduan menjadi pengguna bijak kepada 50 peserta yang hadir.

CFM telah menyertai Anneyong Haseyo Day yang mempromosikan Pusat Internet 1Malaysia selain turut menghebahkan tentang aktiviti dan perkembangan ICT. Pameran itu dihadiri oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk, Datuk Khairuddin Tarmizi dan Ketua Pegawai Keselamatan, Pemantauan Media Baru, Pematuhan dan Advokasi MCMC, Dr. Mazlan Ismail. Program yang turut dihadiri 200 orang peserta itu bertempat di Dewan Dato’ Muhammad Jamrah, Sungai Sumun telah dianjurkan oleh pelajar Korea bagi menggalakkan pertukaran budaya antara Malaysia dan Korea Selatan. CFM turut mengadakan pameran bagi mendidik masyarakat setempat mengenai hak mereka sebagai pengguna dan cara untuk membuat aduan kepada CFM. Program ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada 2.30 petang.

Pengarah CFM, Ahmad Izham Khairuddin menghadiri sesi temu bual oleh Johor FM menerusi segmen Ekspresi. Perkongsian selama 30 minit itu bertujuan untuk berkongsi tips perayauan (roaming) antarabangsa khususnya kepada Jemaah haji serta meningkatkan kesedaran orang awam mengenai peranan CFM termasuk lima jenis aduan yang kerap diterima CFM. Temu bual secara langsung itu telah ke udara pada 3.30 petang dan berakhir pada 4.00 petang.

Bersempena program promosi Pusat Internet 1Malaysia, CFM turut mengambil bahagian dalam pameran di Anneyong Haseyo Day. Seramai 100 orang perserta turut memeriahkan pameran itu yang berlangsung di Dewan Saidina Abu Bakar, SK Telok Ramunia. Turut hadir di program tersebut ialah ADUN Tanjung Surat, Dato’ Ir. Syed Sis A. Rahman dan Ketua Pegawai Keselamatan, Pemantauan Media Baru, Pematuhan dan Advokasi MCMC, Dr Mazlan Ismail. Anneyong Haseyo Day juga diadakan untuk mempromosikan perkembangan dan aktiviti ICT hasil kerjasama antara sukarelawan ICT Malaysia (MIV) dan Program Sukarelawan ICT Antarabangsa (IIV). CFM telah turun padang untuk meningkatkan kesedaran mengenai hak pengguna dan berkongsi tips mengenai isu-isu komunikasi dan media kepada orang ramai.

CFM SERTAI ANNEYONG HASEYO DAY 15 Ogos 2017 | Pengerang, Johor

PAU TA N

Page 6: MENANGI BARANGAN MENARIK MAJALAH SHOUT! DARI CFM · Sentiasa aktif dan mahukan yang terbaik Q 3 2 0 1 7 ... NOTA EDITOR Setakat tahun 2017 ini, kita telah menyaksikan pelbagai kemajuan

6 S U K U K E T I G A 2 0 1 7

Tidak kira sama ada anda menggunakan media sosial untuk mengurus akaun peribadi dengan lebih baik atau untuk meningkatkan kreativiti pemasaran, anda perlu tahu tips yang dapat menjimatkan masa untuk menggunakan media sosial anda secara optimum.

M E D I A S O S I A L

Jika anda telah menyimpan banyak gambar di Instagram, ini adalah idea baik untuk mengelakkan kekacauan pelbagai visual yang menarik dengan menyimpan foto dalam folder tertentu. Pada profil anda, klik tab penanda halaman (tab kanan-atas di sebelah atas foto anda) untuk melihat gambar yang disimpan. Kemudian klik tab “Koleksi” dan mula bina folder yang anda inginkan. Untuk memindahkan gambar yang disimpan ke folder yang ditetapkan, hanya klik “Tambah ke Koleksi”. Anda sudah tidak perlu bersusah payah mencari gambar melalui foto yang disimpan, dan kini anda boleh menyusunnya dalam kategori tertentu seperti “Makanan” atau “Tempat kegemaran”.

Jika anda mempunyai filter Instagram kegemaran anda, anda mungkin tahu yang anda tidak boleh mendapatkan kesan filter tersebut pada gambar kecuali setelah memuat naiknya di Instagram. Jangan risau! Jika anda ingin menggunakan filter Instagram semata-mata tetapi belum bersedia untuk menyiarkan foto tersebut, anda boleh melakukannya semasa telefon anda berada dalam mod pesawat. Tetapi pastikan anda telah mengaktifkan “Simpan Foto Asal” dalam tetapan anda.

Jadi sekarang, aktifkan mod pesawat anda, buka Instagram dan lakukan langkah seperti yang biasa anda lakukan; muat naik gambar, edit dan klik “Kongsi”. Muat naik akan gagal, tetapi foto yang diedit akan berada di galeri telefon anda.

Sekiranya komen pada laman Facebook anda tidak mengandungi perkataan yang diharamkan tetapi anda ingin memadamkannya, cara terbaik adalah dengan menggunakan pilihan ‘sembunyi’. Memadam komen hanya akan mencetuskan lagi si pembuat troll untuk mengulas lebih banyak. Dengan menyembunyikannya, hanya si pembuat troll dan pengikutnya mereka sahaja dapat melihat komen itu, tetapi orang ramai tidak akan dapat melihatnya. Anda boleh melakukannya dengan menekan di sudut atas-kanan pada komen individu itu.

Jika anda mahu gambar anda kelihatan lebih hebat dengan menggunakan dua filter, pertama anda cuma perlu ‘swipe’ untuk menambah satu filter. Kemudian, sambil menahan satu jari pada skrin anda, luncurkan jari yang lain untuk menambah filter yang kedua. Sekarang gambar anda memberi lebih banyak cerita daripada sebelumnya.

Cerita-cerita yang panjang lebar masih boleh disampaikan di Twitter dengan menggunakan rantaian tweet (atau lebih dikenali sebagai ‘thread’). Apa yang anda perlu lakukan ialah balas tweet anda sendiri, tetapi pastikan anda memadamkan ‘@’ sebutan nama anda supaya anda tidak kelihatan seperti bercakap dengan diri sendiri. Untuk mengekalkan pembaca pada tweet anda, tamatkan setiap tweet dengan beberapa jenis penarik, seperti elipsis (...) atau ayat tergantung (cliffhangers). Selepas ini, pembaca yang melihat tweet pertama atau tweet apa pun dalam rantaian itu boleh membaca cerita penuh dengan hanya menekan pilihan ‘View Conversation’. Tips ini anda boleh gunakan jika anda perlu menjelaskan tentang sesuatu isu.

Sekiranya anda memiliki Facebook page dan ingin menyekat sebilangan haters yang dahsyat, anda boleh mengharamkan komen yang menggunakan kata-kata negatif tertentu. Dalam Tetapan Page anda, pergi ke “Page Moderation” dan tambah sebarang perkataan yang anda mahu haramkan dari laman anda seperti “unfollowing” (tidak mengikuti) atau “unlike” (tidak suka). Apabila perkataan yang diharamkan itu digunakan, komen akan disembunyikan daripada orang awam, tetapi masih dapat dilihat oleh orang yang memberi komen dan juga rakan-rakannya. Walaupun ia tidak mengharamkan komen sepenuhnya, sekurang-kurangnya anda boleh mengurangkan aura negatif di laman Facebook anda.

T I P S P E R M U D A H P E N G G U N A A N M E D I A S O S I A L Y A N G A N D A P E R L U T A H U

B I N A KO L E K S I G A M B A R K E G E M A R A N A N D A D I I N S TA G R A M

G U N A K A N ‘F I LT E R ’ I N S TA G R A M TA N PA M E N G H A N TA R S E B A R A N G F O T O

MENGENDALIKAN KOMEN TROLL SEPERTI PRO!

S E K AT P E R K ATA A N YA N G M E R O S A K K A N R E P U TA S I A N D A D I FA C E B O O K

TAK TAHU MEMILIH ANTARA DUA FILTER SNAPCHAT KETIKA MENGAMBIL GAMBAR? GUNAKAN KEDUA-DUANYA

D A PAT K A N L E B I H D A R I PA D A 140 H A D P E R K ATA A N D I T W I T T E R

STEP 1 STEP 2 STEP 3

Page 7: MENANGI BARANGAN MENARIK MAJALAH SHOUT! DARI CFM · Sentiasa aktif dan mahukan yang terbaik Q 3 2 0 1 7 ... NOTA EDITOR Setakat tahun 2017 ini, kita telah menyaksikan pelbagai kemajuan

7S U K U K E T I G A 2 0 1 7

T O P G E A R

T E L E F O N P I N T A R K A M E R A B E R K E M B A R J A D I P I L I H A N M A S A K I N I

Benarkah telefon pintar dwi-lensa menjadi pilihan ketika ini? Kelebihan yang ada pada telefon pintar kamera berkembar ini membolehkannya untuk menangkap lebih banyak perincian dan dapat menghasilkan kualiti gambar yang lebih baik selain menjadikan aktiviti mengambil gambar dengan latar

belakang kabur lebih mudah di samping membantu mendapatkan gambar yang lebih baik ketika di zoom. Gambar yang dihasilkan melalui bidikan kamera dwi-lensa akan tampak lebih menarik!

Telefon dwi-kamera diperbuat daripada dua kamera yang mempunyai kamera utama dan kamera kedua. Kamera utamanya mempunyai fungsi yang sama atau terdapat sedikit perubahan berbanding dengan telefon pintar biasa manakala kamera kedua biasanya mempunyai dua ciri. Ciri pertama adalah untuk menambah kejelasan imej dengan bantuan kesan monokrom manakala ciri kedua menyediakan kanta telefoto untuk menambahbaik zoom. Bergantung

kepada tetapan telefon tersebut, satu kamera boleh digunakan untuk mengambil gambar manakala kamera kedua boleh menangkap ruang kedalaman (depth of field) untuk menghasilkan gambar berkualiti seakan gambar profesional yang dihasilkan dari kamera DSLR. Dengan kelebihan yang ada pada kamera

berkembar, berikut kami senaraikan beberapa telefon pintar dwi-lensa yang dapat menepati pilihan anda.

iPhone 7 Plus Harga daripada RM3,799

Berada di pasaran pada Oktober 2016 yang lalu, iPhone 7 Plus dilancarkan serentak dengan iPhone 7 tetapi dengan penambahan kanta telefoto 12 megapiksel yang membolehkan pembesaran zoom optikal sebanyak dua kali ganda. Kanta kedua yang tidak terdapat pada iPhone 7 ini menawarkan dua kali ganda fokus membuatkan subjek yang berada jauh kelihatan lebih dekat berbanding dengan telefon pintar yang memiliki kamera bersudut luas.

Samsung Galaxy Note 8 Harga daripada RM3,999

Samsung Note 8 dilengkapi dengan teknologi dwi-lensa dan ciri yang terdapat padanya akan menarik perhatian ramai pengguna telefon pintar yang gemarkan fotografi untuk memberi tumpuan kepadanya. Dwi-kameranya akan dilengkapi dengan enam elemen kanta penstabilan imej optik yang digabungkan untuk memberikan zoom optikal dengan tiga kali ganda. Sekiranya anda mahu mengambil gambar jarak dekat di konsert yang anda bakal hadiri, ini mungkin merupakan telefon pintar yang tepat buat anda.

Hydrogen One Harga daripada RM1,195

Syarikat kamera profesional RED juga telah mengumumkan rancangan mereka untuk melancarkan telefon pintar pertamanya iaitu Hydrogen One pada awal 2018. Walau bagaimanapun, fungsi sistem kamera berkembarnya masih tidak lagi dijelaskan secara terperinci sama ada ia akan memfokuskan pada zoom, tangkapan sudut luas, imej monokrom, atau sesuatu yang benar-benar baharu. Modul kamera di bahagian belakang telefon pintar ini agak besar dan kelihatan tahan lasak.

Nokia 8 Harga daripada RM3,030

HMD Global juga kelihatan sedang mengusahakan telefon pintar pertama mereka, Nokia 8 juga dilengkapi dengan dwi-kamera yang mampu memberikan saingan sengit kepada pesaingnya. Imej awal Nokia 8 yang ditunjukkan memperaga dwi-kamera belakang bersama lensa optik dari Carl Zeiss yang disusun secara menegak. HMD juga mempertaruhkan mod “bothies” pada Nokia 8 iaitu keupayaan menangkap imej dan video dari kamera depan dan belakang pada masa yang sama.

LG G5 Harga daripada RM1,999

LG G5 adalah telefon pintar pertama dari LG yang dilengkapi kamera berkembar. Dengan keupayaan penstabil imej F1.8, penstabilan imej optik, beserta modul asas 16MP pada kameranya tidak menunjukkan banyak perbezaan dengan LG G4. Namun ia tetap berupaya memberikan sudut pandang 78 darjah yang setara dengan telefon pintar berkualiti masa kini. LG G5 juga memberikan kejutan yang besar pada dunia telefon pintar apabila kedua-dua lensa berupaya untuk berfungsi secara bebas dengan mana-mana ciri yang terdapat pada LG G5.

Page 8: MENANGI BARANGAN MENARIK MAJALAH SHOUT! DARI CFM · Sentiasa aktif dan mahukan yang terbaik Q 3 2 0 1 7 ... NOTA EDITOR Setakat tahun 2017 ini, kita telah menyaksikan pelbagai kemajuan

8 S U K U K E T I G A 2 0 1 7

I N T E R A K S I

I N T E R A K S I B E R S A M A D AT U K J A K E A B D U L L A H CEO ASTRO RADIO

I N T E R A K S I B E R S A M A D AT U K J A K E A B D U L L A H CEO ASTRO RADIO

BERBEKALKAN PENGALAMAN YANG LUAS DALAM INDUSTRI PENYIARAN DAN HIBURAN TANAH AIR, DATUK JAKE ABDULLAH KINI MENIKMATI HASIL KEJAYAAN YANG DISEMAINYA SEJAK BERTAHUN LALU. KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF ASTRO RADIO INI SENTIASA MELAKUKAN YANG TERBAIK WALAUPUN SIBUK MENGURUSKAN KEHIDUPAN HARIAN DAN KERJAYANYA.

Page 9: MENANGI BARANGAN MENARIK MAJALAH SHOUT! DARI CFM · Sentiasa aktif dan mahukan yang terbaik Q 3 2 0 1 7 ... NOTA EDITOR Setakat tahun 2017 ini, kita telah menyaksikan pelbagai kemajuan

9S U K U K E T I G A 2 0 1 7

I N T E R A K S I

1. Bagaimanakah bermulanya kerjaya Datuk dalam dunia penyiaran?

Saya bermula dengan menjadi seorang penyampai radio dan eksekutif muzik pada tahun 1996 di Astro Radio. Saya masih ingat betapa terujanya saya pada waktu itu dengan impian untuk melakukan sebuah pembaharuan dalam industri penyiaran radio. Perkara itu juga pada masa yang sama merupakan sebuah peluang keemasan kerana saya inginkan perubahan dan mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan keadaan saya kerana anak saya, Larissa pada waktu itu masih bayi. Kini, 20 tahun telah berlalu dan saya mempunyai ramai sahabat yang begitu baik yang saya anggap seperti keluarga sendiri.

2. Apakah cabaran paling besar yang Datuk hadapi sepanjang kerjaya di dalam industri ini dan bagaimana cara Datuk mengatasinya?

Saya terpaksa membuat keputusan sukar untuk meninggalkan Astro kerana saya telah ditawarkan untuk menguruskan iM4U pada tahun 2012. Saya berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif selama setahun di iM4U sebelum kembali semula ke Astro pada tahun 2013.

3. Siapakah selebriti yang Datuk anggap sebagai ikon?

Saya sukakan aktiviti kecergasan, jadi sudah semestinya Dwayne “The Rock” Johnson.

4. Jika dapat kembali semula ke masa silam, apakah yang akan Datuk ingin katakan kepada diri Datuk sewaktu berumur 10 tahun?

Pelajari pelbagai kemahiran termasuklah ilmu perdagangan semasa masih muda dan pelajari segalanya tentang komputer yang dapat mengubah segala-galanya!

5. Telefon pertama Datuk ialah…

Nokia.

6. Mungkin malu untuk mengaku, tetapi Datuk menonton … (Siri drama / filem)

Banyak filem Disney.

7. Jika berpeluang membuat luahan di media sosial untuk sehari, perkara yang akan Datuk muat naik ialah…

Saya tak rasa ia akan berbeza dengan apa yang saya lakukan sekarang kerana saya akan fokus berkongsi mengenai kesihatan, kecergasan dan motivasi.

8. Android atau Apple. Mana satukah pilihan Datuk?

Apple!

9. Lima aplikasi yang mesti ada di dalam telefon pintar Datuk?

Saya ada beberapa aplikasi. Saya suka Snapseed, kerana ia sebuah aplikasi yang terbaik untuk menyunting gambar. Waze, kerana saya lemah dengan arah jalan. Juga, aplikasi Pacer yang membantu untuk merekod larian saya.

10. Mana yang lebih penting bagi Datuk, lebih masa untuk berbual atau lebih data internet?

Data. Ia penting untuk memastikan fakta anda sahih.

11. Perkara pertama yang akan Datuk periksa di telefon pintar apabila bangun pagi?

Paparan laman sosial saya dan skor bola sepak.

12. Mana satu pilihan Datuk? Telefon pintar dengan kamera canggih atau telefon dengan bateri tahan lama?

Semestinya bateri yang tahan lama supaya kita boleh selalu menyunting foto.

13. Permainan mudah alih terbaik yang pernah Datuk main?

Sebenarnya saya tidak begitu banyak bermain permainan mudah alih tetapi pernah bermain Candy Crush selama beberapa tahun.

14. Apakah perkara yang paling Datuk gemar lakukan?

Saya suka bersenam di gim selain meluangkan masa untuk bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.

15. Adakah Datuk pernah mendengar mengenai CFM sebelum ini?

Sudah semestinya.

Datuk Jake Abdullah bukan hanya aktif di gim, tetapi turut aktif di media sosial. Ikuti beliau di:

@jakeabdullah @jakeabdullah

Page 10: MENANGI BARANGAN MENARIK MAJALAH SHOUT! DARI CFM · Sentiasa aktif dan mahukan yang terbaik Q 3 2 0 1 7 ... NOTA EDITOR Setakat tahun 2017 ini, kita telah menyaksikan pelbagai kemajuan

10 S U K U K E T I G A 2 0 1 7

Atlet wanita pertama Malaysia bagi seni mempertahankan diri campuran (MMA), Ann Osman tidak berjuang untuk kekal dalam zon selesa. Jaguh tempur MMA yang juga ahli perniagaan ini telah merasa turun naik sepanjang kariernya, namun kemahiran tempurnya yang sering memberi saingan sengit menjadikan dirinya suri teladan dalam apa yang dilakukannya.

A N N O S M A N , P E T I N J U M M A

Setelah mendapat Diploma dalam bidang Sains Komputer, saya bekerja di pelbagai syarikat yang kebanyakannya dalam bahagian Jualan & Pemasaran termasuk di Astro Radio dan syarikat pelancongan. Ketika saya mula-mula membuat kemunculan pertama Pro MMA, saya bekerja sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan untuk iProperty.com Malaysia. Saya meninggalkan tugas itu setahun kemudian untuk menumpukan perhatian terhadap karier MMA saya serta memulakan syarikat pelancongan saya sendiri iaitu Travel Rite Tours Sdn Bhd pada hari ini.

Pertama kali saya terlibat dalam MMA adalah selepas jurulatih saya, AJ “Pyro” Lias (juga Petinju Kejohanan ONE) menjemput saya ke kelas MMA beliau selepas beberapa sesi latihan Muay Thai bersama dengannya. Tidak banyak wanita menyertai latihan MMA pada masa itu tetapi selepas menyertai sesi latihan pertama, saya terus ketagih! AJ tidak mempunyai gim sendiri pada masa itu tetapi saya sentiasa datang untuk berlatih setiap kali ada peluang. Tidak lama selepas itu, saya bertanding dalam pertandingan MMA Amatur pertama saya di Petaling Jaya pada September 2012. Saya tewas dalam pertandingan MMA tersebut tetapi ia telah memberi minat yang lebih mendalam kepada saya dan untuk bersaing lebih banyak. Saya mula bersaing dalam perlawanan Muay Thai yang lain dan kemudian pada tahun itu, saya telah dipilih oleh ONE Championship untuk bertarung di Singapura pada Oktober 2013. Selebihnya adalah sejarah.

S A N TA I

Secara umumnya, saya berlatih setiap hari sekurang-kurangnya 2 jam sehari. Latihan akan menjadi semakin sulit dan lebih lama apabila saya membuat persediaan untuk menghadapi perlawanan. Jurulatih saya selalu mengingatkan saya untuk “bertenang dan lakukan sehabis baik” dan ia telah membantu diri saya di dalam dan di luar sangkar perlawanan.

Saya sangat bersemangat dalam apa jua yang saya lakukan dan ia turut menjadi pendorong kepada diri saya sendiri. Pada hari-hari yang saya rasa tidak bersemangat, saya akan membayangkan diri saya mencapai impian dan matlamat saya. Apabila menggambarkan hasil penamat, ia selalu memberikan saya motivasi untuk terus mengejar matlamat saya.

Di luar arena perlawanan, saya sangat aktif di Instagram dan Facebook. Saya suka berkongsi pengalaman dan kehidupan harian saya dengan orang lain tetapi saya cuba untuk tidak menyiarkan hal peribadi terlalu banyak. Saya suka berhubung dengan kawan-kawan lama dan juga berkenalan dengan kawan-kawan baharu dalam kalangan pemain industri. Di Facebook, saya suka membaca artikel dan menonton video yang dikongsi rakan-rakan. Di Instagram, saya suka mengikuti petinju-petinju MMA, pengamal seni mempertahankan diri, pakar-pakar kecergasan dan usahawan-usahawan yang dapat memberikan inspirasi.

Kepada pembaca CFM, percaya dan usaha - itulah yang diperlukan untuk mencapai apa sahaja yang anda mahukan dalam kehidupan. Percaya kepada diri sendiri, percaya kepada perkara-perkara yang anda lakukan dan percaya dengan matlamat yang anda ingin capai. Saya selalu beritahu kakitangan jualan saya, “Jika anda tidak mempercayai produk, bagaimana anda akan menjualnya?” Seperti itu juga diri anda. Sekiranya anda tidak percaya kepada diri sendiri dan bakat anda, ia akan menghentikan anda dari terus berjuang. Namun dengan rasa percaya sahaja, kejayaan tidak selalu dapat dicapai jika anda tidak mengusahakannya. Jadi dapatkannya dan bekerja keraslah untuk apa yang anda inginkan.

Ingin tahu lebih lanjut tentang Ann Osman? Ikuti Ann di media sosial:

@annosmanAnn “Athena” Osman

Page 11: MENANGI BARANGAN MENARIK MAJALAH SHOUT! DARI CFM · Sentiasa aktif dan mahukan yang terbaik Q 3 2 0 1 7 ... NOTA EDITOR Setakat tahun 2017 ini, kita telah menyaksikan pelbagai kemajuan

11S U K U K E T I G A 2 0 1 7

M E N U J U K EM A S A D E P A N : 5 G

Kini, kebanyakan kita selesa dengan kelajuan 4G yang telah dimiliki. Memandangkan kelajuan datanya berada dalam keadaan cukup baik dan terdapat pelbagai pelan data yang berbeza sehingga membuatkan kita dilema untuk membuat pilihan, agak sukar untuk membayangkan ada lagi rangkaian yang lebih cepat tetapi dalam masa yang sama lebih murah. Dunia mudah alih kini sangat teruja dengan kehadiran rangkaian 5G, dan pada masa akan datang kelajuan yang melebihi 10 Gbps (Gigabits sesaat) besar kemungkinan tidak akan didengari lagi.

5G adalah generasi kelima kepada rangkaian selular. Berikut adalah pecahan untuk membandingkannya dengan rangkaian terdahulu:

• 1G adalah mengenai suara (selular analog)

• 2G, yang juga generasi pertama teknologi selular digital, membolehkan untuk suara dan teks

• 3G adalah mengenai suara + teks + data, dan pada ketika ini, kita dapat mencapai kelajuan dari 200 Kbps ke beberapa Mbps

• Teknologi 4G lebih cepat, dan rangkaian ini sedang berkembang kepada LTE-Advanced (LTE-A) dan LTE-Advanced Pro (LTE-A Pro)

LTE-A Pro dengan jayanya menawarkan kelajuan data 3 Gbps, namun begitu penggunaan komersil LTE-A Pro sepenuhnya ada ketika masih tidak boleh didapati. Menurut Deloitte Global, ia akan tersedia secara komersial menjelang akhir tahun 2017, namun tidak semua syarikat telco akan menawarkannya. Bagaimanapun, dunia telah pun mula mengambil langkah yang diperlukan untuk pra-5G.

BILAKAH 5G AKAN TIBA?

Tidak ada kenyataan rasmi mengenai bilakah standard teknologi 5G yang baharu akan tiba, jadi peralihan itu tidak akan berlaku dengan pantas. Merujuk Laporan Mobiliti Ericsson, kadar penggunaan jalur lebar mudah alih 5G dijangka akan menyamai dengan LTE, dan pelancarannya

I S U B U L E T I N

akan bermula di kawasan metro utama, mencapai liputan sekitar 15 peratus populasi menjelang 2022. Revolusi 5G bukan sekadar menawarkan kelajuan data yang lebih pantas ke telefon anda. Tidak lama lagi, peranti di rumah kita akan saling berhubung, dan semua yang di atas jalan akan berkomunikasi! Kereta tanpa pemandu akan berinteraksi antara satu sama lain untuk menawarkan keselamatan yang lebih baik. Maklumat (kebolehan) seperti ini bergerak dalam paket data yang kecil , namun perlu dilakukan dengan seberapa segera. Di sinilah kelebihan 5G - ia menawarkan tempoh pendaman (masa yang diambil untuk data paket bergerak dari satu titik ke titik yang lain) yang sangat pendek. Mengikut kecanggihan yang terdapat pada rangkaian 5G, pelaksanaan teknologi 5G memerlukan peningkatan infrastruktur secara besar-besaran.

ADAKAH 5G BAKAL BERADA DI MALAYSIA?

Pada Mei lalu, Celcom Axiata Berhad telah bekerjasama dengan penyedia teknologi komunikasi, Ericsson untuk menjalankan percubaan teknologi 5G. Kedua-dua syarikat telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) 5G pada awal Februari 2017.

Percubaan itu adalah yang pertama dilakukan pada jalur 28GHz di Asia Tenggara. Ia juga menampilkan Prototaip

Radio 5G dari Ericsson yang mampu mencapai daya pemprosesan sehingga 18 Gbps dan kependaman serendah 3 milisaat. Sewaktu percubaan, kedua-dua syarikat juga menunjukkan contoh penggunaan 5G di masa depan seperti kawalan robotik, persekitaran yang berhubung, realiti maya, Internet Segalanya (IoT) dan banyak lagi.

Sebelum ini, Celcom juga telah mengumumkan perkhidmatan Lightning Fast LTE mereka yang terhasil berdasarkan rangkaian LTE-A Pro dan mula tersedia pada bulan Ogos. Untuk menikmati kelajuan sehingga 400 Mbps yang ditawarkan, pengguna perlu menaik taraf peranti mudah alih mereka kepada model terbaharu yang menyokong 4x4 MIMO (multiple-input and multiple-output), contohnya seperti Samsung Galaxy S8 / S8 +.

Perkembangan digitalisasi tidak dapat dielakkan dan evolusi dalam industri komunikasi yang akan sentiasa terus berlaku, begitu jugalah permintaan pengguna dalam negara ini. Setakat ini, masa depan 5G di Malaysia kelihatan cerah dan meyakinkan. Apa yang boleh kita harapkan sekarang dari teknologi ini adalah semua hal dalam kehidupan seharian akan berlaku dengan sangat-sangat pantas.

Perkhidmatan semasa Menuju 5G Pengalaman 5G

Jalur lebar mudah alih yang dipertingkatkan

Carian, media sosial, muzik, video

‘Akses Tanpa Wayar Tetap’, konsert ‘live’ dan acara sukan yang interaktif

Video 4K/8K, permainan AR/VR mudah alih, media ‘hidup’

Automotif Hotspot Wi-Fi, data peta GPS atas permintaan

Penyelenggaraan kenderaan yang tersusun, menangkap data sensor dalam masa sebenar untuk perkhidmatan yang berbeza

Kawalan kenderaan sepenuhnya, sistem mengelak perlanggaran yang efektif, pengesan pengguna jalan raya yang telus

Industri pembuatan

Barangan saling berhubung, komunikasi perusahaan antara syarikat

Automasi proses dan pengurusan aliran, pengawasan jarak jauh dan kawalan mesin dan bahan

Robot kawalan jauh, sokongan realiti gabungan dalam latihan, penyelenggaraan, pembinaan, dan pembaikan

Tenaga dan utilitiPemeteran pintar, grid yang dinamik dan dwi-arah

Pengurusan sumber tenaga diagih, system automasi pengedaran

Kawalan generasi era grid, loji tenaga maya, pengimbangan beban masa-nyata

Penjagaan kesihatan

Pemantauan pesakit jarak jauh, ambulan saling berhubung, rekod kesihatan elektronik

Pembedahan jarak jauh (telesurgery), rawatan bantuan perubatan realiti gabungan

Ketepatan dalam perubatan, pembedahan robotik jarak jauh

Teknologi rangkaian

• Rangkaian pelbagai standard

• Cat-M1/NB-IoT• Fungsi rangkaian

perkhidmatan awan yang dioptimumkan

• Perancangan VNF

• LTE berstatus Gigabit• Penggunaan MIMO secara

besar-besaran• Pelbagai rangkaian maya • Servis perancangan

dinamik• Analisis jangkaan

• ‘Radio Baru’ (New Radio – NR)• RAN maya• Pelbagai rangkaian maya

bersekutu• Perkhidmatan awan yang

diagihkan• Mesin pembelajaran masa

sebenar/AI

Contoh situasi evolusi penggunaan dan teknologi rangkaian sokongan:

Page 12: MENANGI BARANGAN MENARIK MAJALAH SHOUT! DARI CFM · Sentiasa aktif dan mahukan yang terbaik Q 3 2 0 1 7 ... NOTA EDITOR Setakat tahun 2017 ini, kita telah menyaksikan pelbagai kemajuan

12 S U K U K E T I G A 2 0 1 7

A P L I K A S I K E S E L A M A T A N T E L E F O N T E R B A I K - M E L I N D U N G I P R I V A S I A N D A

Dengan 500 juta muat turun dan penarafan 4.7 bintang, Security Master tidak dapat diragui lagi sebagai aplikasi keselamatan telefon nombor satu buat pengguna Android. Ia menawarkan dua fungsi utama; antivirus dan perlindungan peribadi, dengan ciri-ciri pelengkap hebat seperti alat pengurusan yang dapat menyembunyikan dan menyusun mesej peribadi dan sejarah pelayar, amaran penceroboh bagi akses yang tidak dibenarkan, serta perlindungan di luar talian.

Dicipta oleh pembangun perisian keselamatan yang terkemuka membantu aplikasi Mobile Security & Antivirus oleh Avast mencatat 100 juta muat turun sehingga hari ini. Fungsi teras aplikasi ini ialah perlindungan terhadap virus dan malware, namun ia tetap dilengkapi dengan ciri-ciri lain seperti anti-kecurian, pendorong RAM, pembersih junk dan banyak lagi ciri-ciri hebat lain yang dapat melindungi peranti anda.

Jika anda pernah cuba untuk mengakses iPhone yang dilengkapi dengan aplikasi Best Phone Security, aplikasi tersebut akan merakam gambar anda jika anda memasukkan kod laluan yang salah. Ia juga memiliki bunyi penggera kecemasan yang boleh ditetapkan terlebih dahulu untuk membanteras kemungkinan percubaan oleh penceroboh tidak dikehendaki.

Dicipta dengan membolehkan pengguna menggunakan satu kata laluan untuk semua program lain. Aplikasi ini turut disokong oleh Apple Watch. Walaupun ringkas, namun kekuatan ciri-ciri keselamatan 1Password tidak dapat ditandingi. Bayangkan anda hanya memerlukan satu kata laluan utama untuk semua pendaftaran masuk, kata laluan dan maklumat pembayaran. Disokong oleh perkhidmatan sokongan yang kuat, 1Password disukai dan digunakan oleh jutaan pengguna Apple.

Z O N A P P

PERCUMA UNTUK ANDROID

PERCUMA UNTUK ANDROID

iOS (PERCUMA, RM3.90 UNTUK

VERSI PRO)

iOS (PERCUMA UNTUK TEMPOH PERCUBAAN 30 HARI, BERMULA DARI RM12.77 KE

RM21.32)

SECURIT Y MASTER - ANTIVIRUS, VPN, APPLOCK, BOOSTER

AVAST SECURIT Y

BEST PHONE SECURIT Y

1PASSWORD

Keselamatan menjadi aspek penting bila berbicara mengenai pemilikan peranti mudah alih. Tidak kira apa jua peranti kegemaran anda, sama ada Android atau iPhone, ilmu pengetahuan mengenai keselamatan peranti mudah alih perlu diketahui pengguna. Android mungkin sebuah sistem sumber terbuka, tapi pembangun pihak ketiga telah mengeluarkan pelbagai jenis aplikasi yang mampu bersaing dengan sistem keselamatan Apple pada bila-bila

masa sahaja. Pengguna iPhone pula boleh bergantung harap kepada sistem keselamatan Apple yang sangat terjamin untuk mengawal pangkalan data mereka. Namun begitu, tanggungjawab masih di tangan pengguna untuk memastikan data dan privasi mereka dikawal dengan selamat.

Fungsi asas bagi aplikasi keselamatan telefon yang baik antaranya perlu memiliki antivirus, penghalang kecurian data dan peranti, diagnosis pintar (pendorong dan pembersih), sambungan VPN (rangkaian peribadi maya), dan lain-lain lagi. Tapi aplikasi yang mana satu terbaik buat anda? Baca ulasan

berikut dan anda tentukan sendiri.

Page 13: MENANGI BARANGAN MENARIK MAJALAH SHOUT! DARI CFM · Sentiasa aktif dan mahukan yang terbaik Q 3 2 0 1 7 ... NOTA EDITOR Setakat tahun 2017 ini, kita telah menyaksikan pelbagai kemajuan

13S U K U K E T I G A 2 0 1 7

D I G I TA L

B U L A N K E S E D A R A N K E S E L A M A T A N S I B E R – M U L A L A T I H D I R I D E N G A N T I P S K E S E L A M A T A N A T A S T A L I A N

APAKAH ITU BULAN KESEDARAN KESELAMATAN SIBER?

Bulan Kesedaran Keselamatan Siber telah dimulakan di Amerika Syarikat pada tahun 2004. Ia dikenali sebagai Bulan Kesedaran Keselamatan Siber Nasional (NCSAM) dan diraikan pada setiap bulan Oktober. Pada tahun ini, NCSAM akan memasuki tahun ke-14 kewujudannya di sana.

Tahun ini, NCSAM akan disambut dengan tema-tema mingguan berikut:

Sejak beberapa tahun lalu, Bulan Kesedaran Keselamatan Siber telah menerima pengiktirafan global dan negara-negara seperti Kanada, Norway dan negara-negara Eropah yang lain juga sudah mula memerhatikan kepentingan bulan tersebut. Pada dasarnya, Bulan Kesedaran Keselamatan Siber diadakan untuk memaklumkan dan meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya keselamatan siber kepada orang ramai.

Walaupun jenayah siber jarang sekali didengari di Malaysia seperti di negara lain, sekurang-kurangnya ia sesuatu yang amat berguna untuk kita mengetahui tentang langkah-langkah mudah ke arah penggunaan internet yang lebih selamat. Halangan perbezaan ruang masa global menjadi semakin kabur dan tidak lama lagi rakyat Malaysia juga akan berhadapan dengan ledakan perhubungan digital. Jadi, ia adalah sangat penting untuk setiap orang memainkan peranan dalam menjadikan internet sebagai tempat yang lebih selamat.

Minggu Tarikh Tema

1 2-6 Oktober, 2017

Langkah Mudah ke Arah Keselamatan Atas Talian

2 9-13 Oktober, 2017

Keselamatan Siber di Tempat Kerja adalah Tanggungjawab Semua

3 16-20 Oktober, 2017

Ramalan Hari Ini untuk Internet Hari Esok

4 23-27 Oktober, 2017

Internet Perlukan ANDA: Pertimbangkan Kerjaya dalam Keselamatan Siber

5 30-31 Oktober, 2017

Melindungi Infrastruktur Kritikal daripada Ancaman Siber

TIPS KESEL AMATAN UNTUK KOMPUTER ANDA

PASTIKAN SEGALA-GALANYA SENTIASA DIKEMAS KINI Pastikan sistem pengendalian komputer anda dikemas kini. Kemas kini adalah sangat perlu untuk menangani masalah ketidakserasian program dan sebarang kesilapan serta kelemahan berkaitan keselamatan. Kemas kini yang berkala atau secara automatik boleh membantu mengelakkan sebarang akses tanpa kebenaran atau kecurian maklumat.

G U N A K A N P E R I S I A N A N T I - V I R U S Dengan menggunakan perisian anti-virus, anda boleh menghalang virus daripada menjangkiti komputer riba atau PC anda. Anda perlu sentiasa ingat untuk mengemaskini komputer anda secara berkala supaya anda dapat menerima perlindungan yang optimum.

A K T I F K A N F I R E W A L L A N D A Firewall adalah penghadang utama bagi pertahanan atas talian. Ia berfungsi sebagai penghalang antara rangkaian yang dipercayai dan tidak dipercayai dengan menyekat sambungan dari mana-mana laman yang tidak diketahui atau berbahaya di samping dapat menghalang virus. Firewall juga melindungi anda dari mana-mana percubaan tanpa kebenaran untuk mengakses komputer anda.

1

2

3

TIPS KESELAMATAN UNTUK PERANTI MUDAH ALIH ANDA

P A S T I K A N P E R A N T I M U D A H A L I H D A N A P L I K A S I A N D A S E N T I A S A D I K E M A S K I N IPeranti mudah alih juga bersifat mudah diserang seperti komputer riba dan PC. Perkara terbaik yang anda boleh lakukan untuk memastikan sistem peranti anda dilindungi adalah dengan mengemas kini perisian dan aplikasi mudah alih secara berkala.

B E R H A T I - H A T I D E N G A N R I S I K O W I - F I P E R C U M A Wi-Fi awam dan hotspot sebenarnya tidak selamat dan berpotensi untuk mendedahkan semua aktiviti atas talian anda. Elakkan log masuk atau memberikan akaun sulit anda seperti e-mel dan e-dagang kepada sumber yang tidak dipercayai. Untuk lebih selamat, gunakan data anda sendiri atau rangkaian yang dipercayai sahaja.

H A D K A N A K S E S K E P A D A A P L I K A S ISesetengah aplikasi memerlukan anda untuk memberi maklumat tentang senarai kenalan, lokasi dan galeri anda. Fikirkan sebelum memberikan akses kepada maklumat sulit anda dan pastikan bahawa aplikasi itu dipercayai.

1

2

3

Page 14: MENANGI BARANGAN MENARIK MAJALAH SHOUT! DARI CFM · Sentiasa aktif dan mahukan yang terbaik Q 3 2 0 1 7 ... NOTA EDITOR Setakat tahun 2017 ini, kita telah menyaksikan pelbagai kemajuan

14 S U K U K E T I G A 2 0 1 7

Adakah anda atau pemanggil anda pernah dikenakan caj servis peti mel suara? Mengikut aduan yang diterima oleh CFM, sesetengah pengguna tidak tahu servis peti mel suara untuk nombor mereka telah diaktifkan atau termasuk dalam pakej telekomunikasi yang mereka langgan. Ada dalam kalangan pengguna lain telah meminta penyedia perkhidmatan mereka untuk menyahaktifkan servis tersebut tetapi tidak berjaya. Akibatnya, pemanggil yang menghubungi nombor mereka akan dikenakan caj sehingga melibatkan kos di luar jangkaan. Terdapat juga kes di mana pengguna telah dikenakan caj servis perayauan peti mel suara ketika mereka berada di luar negara. Setakat ini, CFM telah menerima 30 aduan mengenai perkhidmatan peti mel suara sejak 2012 hingga 2017. Walaupun jumlahnya agak kecil, pengguna harus cakna tentang hak mereka sebagai pengguna. Melalui kes-kes seperti ini, ia amat penting untuk pengguna mendapatkan maklumat yang betul dan tepat supaya dapat mengelak duit anda daripada melayang.

Anda juga boleh menghentikan langganan servis peti mel suara dengan mengikuti kaedah ini:

CARA UNTUK MENYAHAKTIFKAN SERVIS PETI MEL SUARA

Penyedia Perkhidmatan

Peti Mel Suara Maklumat untuk Pengguna

Celcom (Prabayar & Pascabayar)

1111Adahttps://www.celcom.com.my/personal/support/faq/voicemail?pid=1360826581220

Maxis (Prabayar & Pascabayar)

Hubungi PP & PPO Tiada

Digi (Prabayar & Pascabayar)

Hubungi PP MyDigi USSD: *128#

Adahttps://community.digi.com.my/t5/Postpaid/Disable-Voice-Mail/td-p/6814

U Mobile (Prabayar & Pascabayar)

Hubungi PPAdahttps://www.u.com.my/support/selfhelp/faqs/73/1651?page=1

WebeTiada servis Peti Mel Suara

Tiada

RedOne Hubungi PP Tiada

Altel Hubungi PP Tiada

XOX Hubungi PP Tiada

TuneTalk Hubungi PPUSSD: *111#

Adahttp://www.tunetalk.com/my/en/help-center/shortcodes

**Kaedah untuk menyahaktifkan servis peti mel suara seperti di atas adalah yang terkini sewaktu naskhah ini dicetak

*PP – Perkhidmatan Pelanggan

PPO – Perkhidmatan Pelanggan Online

A P A K A H I T U S E R V I S P E T I M E L S U A R A ?

Peti mel suara adalah perkhidmatan tambahan yang dikenakan caj apabila pemanggil menyampaikan rakaman mesej suara. Ia adalah perkhidmatan tambahan kepada pengguna telekomunikasi prabayar dan pasca bayar. Antara fungsi servis peti mel suara ialah:• Pemberitahuan Panggilan Terlepas• Panggilan Keluar Peti Mel Suara dan Panggilan Balik menerusi Peti Mel Suara • Ucapan Peribadi• Perakam Suara

B A G A I M A N A P E T I M E L S U A R A D I A K T I F K A N ?

Servis peti mel suara disediakan untuk semua pengguna pascabayar dan prabayar. Namun, caj bagi servis peti mel suara mungkin berbeza mengikut penyedia perkhidmatan. Biasanya, ia diaktifkan secara automatik melalui tetapan umum menerusi langganan. Anda boleh menyahaktifkan/mengaktifkan servis peti mel suara dengan menggunakan sistem bantu-diri pada telefon atau menghubungi perkhidmatan pelanggan Telco anda untuk mendapatkan bantuan.

T I P S U N T U K P E N G G U N A

Untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik bagi peti mel suara dan berbaloi dengan wang yang telah anda belanjakan, berikut ialah beberapa tips yang anda boleh lakukan:

1 Semak sama ada pelan telekomunikasi anda telah termasuk dengan servis peti mel suara.

2 Tanya penyedia perkhidmatan anda mengenai caj yang dikenakan bagi servis peti mel suara, juga caj untuk servis perayauan peti mel suara.

3 Jika anda bercadang untuk pergi bercuti ke luar negara, anda boleh meminta untuk menyahaktifkan servis peti mel suara anda sekurang-kurangnya 14 hari sebelum anda berlepas.

4 Lakukan ujian pada telefon anda selepas anda membuat permohonan menyahaktifkan untuk memastikan peti mel suara anda telah dinyahaktifkan sepenuhnya.

VOICEMAIL

P E T I M E L S U A R A

M O B I L I T I

Page 15: MENANGI BARANGAN MENARIK MAJALAH SHOUT! DARI CFM · Sentiasa aktif dan mahukan yang terbaik Q 3 2 0 1 7 ... NOTA EDITOR Setakat tahun 2017 ini, kita telah menyaksikan pelbagai kemajuan

15S U K U K E T I G A 2 0 1 7

P I L I H M E L I N T A N G

Mengambil gambar secara melintang memberikan lebih ruang untuk anda bermain dengan frame yang memberikan sudut pandangan lebih luas berbanding posisi menegak seperti imej landskap, dataran hijau yang luas atau sungai. Mengambil gambar secara menegak bukanlah tidak menarik, namun ia akan menghadkan keluasan gambar anda. Anda boleh mengambil gambar dengan posisi menegak sekiranya anda mahu menonjolkan ketinggian subjek atau pergerakan atas dan bawah.

GUNAKAN MOD BURST UNTUK MENANGKAP MOMEN DENGAN SEMPURNA

Kita tidak dapat meramal detik indah akan terjadi dan kerana itu mod burst diperlukan. Momen seperti burung terbang di luar tingkap, bunga api, atau percikan air berlaku dengan sangat pantas dengan hanya sekelip mata. Dengan menggunakan mod pecutan atau burst mode, anda boleh mengambil banyak gambar serentak dalam suatu masa. Dengan bantuan mod ini, anda boleh memilih gambar terbaik dan membuang gambar yang tidak diperlukan. Mod ini juga sangat berguna sekiranya anda ingin menangkap gambar dengan kesan suasana yang berangin seperti rumput, pakaian atau rambut. Cara ini akan membuatkan gambar anda kelihatan semulajadi.

Selain dapat menimati keindahan alam semulajadi, sinaran cahaya matahari terbit juga dapat membantu mengindahkan lagi foto anda. Anda tidak perlu berdepan dengan pancaran matahari terik dan bayang-bayang pada objek juga dapat dielakkan. Mengambil gambar sewaktu matahari terbit juga dapat memberi kesan berbeza kepada gambar kerana pencahayaan yang sempurna.

M E M A N F A A T K A N S I N A R A N M A T A H A R I T E R B I T

J A N G A N G U N A K A N K E S A N K A B U R P A L S U

Antara kelemahan kamera telefon pintar ialah tidak dapat menangkap gambar ruang kedalaman (depth of field) berbanding kamera DSLR dan sukar untuk anda mendapatkan gambar dengan kesan kabur yang natural. Ramai yang menggunakan aplikasi di telefon pintar untuk kesan kabur tetapi cara ini hanya akan memburukkan gambar. Bagi memberikan penekanan kepada sesuatu objek, anda haruslah bijak memilih komposisi yang baik.

M E M A H A M I K O M P O S I S I T H E R U L E O F T H I R D S

Ini merupakan kunci untuk mendapatkan komposisi gambar yang baik. Semua kamera telefon pintar mempunyai fungsi ini yang dipanggil sebagai garis grid. Garis menegak dan mendatar ini membahagikan gambar kepada sembilan petak kecil. Anda boleh meletakkan objek utama di dalam gambar anda pada garisan tersebut. Ini merupakan cara efektif untuk memberikan fokus kepada objek tertentu di dalam gambar.

J A N G A N B E R H E N T I H I N G G A M A T A H A R I T E R B E N A M

Suasana ketika matahari terbit dan terbenam benar-benar membantu membuat gambar anda kelihatan hebat dengan kehadiran sinaran cahayanya. Salah satu cara untuk memanfaatkan mod semasa matahari terbenam ialah dengan menggunakan objek atau seseorang untuk menghasilkan gambar silhouette yang akan memberikan elemen menarik pada gambar anda.

Foto yang melintang memberi pandangan lebih luas. Gambar secara menegak lebih sesuai untuk menunjukkan ketinggian sesuatu benda.

Ia akan kelihatan seperti ini jika gambar diambil secara menegak.

1

2

x

3

5 6

4

L A N G K A H M U D A H ,U N T U K G A M B A R Y A N G M E N Y E R L A H

Jika anda seorang pengembara yang gemar mengambil gambar namun tidak begitu mahir menggunakan DSLR, usah risau. Kini, hanya menggunakan telefon pintar dengan sedikit kemahiran, foto-foto anda boleh kelihatan menyerlah di paparan laman Instagram.

T U T O R I A L