Menarik di dalam - Indah Water

48
3 Buletin INDAHAN 2018 Menarik di dalam... 4-5 Eksklusif bersama Pengerusi Baharu IWK 6-7 Coretan Ketua Pegawai Eksekutif 8-9 Lahirnya Sebuah Lagenda Kebanggaan Negara Oleh Prof. Ir. Mohamed Haniffa Abdul Hamid 10-11 IWK Sayang Malaysia 12 Anugerah Loji Rawatan Kumbahan Terbaik 13 Pelancaran Aplikasi Mudah Alih IWK 14-15 KIND Malaysia Hargai Sumbangan & Komitmen Indah Water 17 Pengebilan Bersepadu Bil Pembetungan dan Air 18 e-Bill Perkhidmatan Bil Atas Talian 19 Peraduan Bayar dan Menang 20-21 Pelancaran Program IWK Friends of Rivers (FoR) 22-23 Aktiviti FoR Sepanjang Tahun 2018 24-28 ASPIRASI Indahan 29 Trenchless Asia 2018 30-31 Pertandingan Program Kreativiti dan Inovasi 2018 32-33 Pemulihan Sumber IWK Sedia Membekalkan Air Alternatif 34-35 Kolaborasi Bersama WWF 36-37 Wacana Sinar IWK Bukan Sekadar Kumbahan 38-39 Secawan Kopi bersama Azian Ahmad 40-41 Galeri Pembetungan Pertama di Malaysia 42-43 Info Menarik 45-50 Imbasan 2018

Transcript of Menarik di dalam - Indah Water

Page 1: Menarik di dalam - Indah Water

3Buletin INDAHAN 2018

Menarik di dalam...4-5Eksklusif bersama Pengerusi Baharu IWK

6-7CoretanKetua Pegawai Eksekutif

8-9Lahirnya Sebuah Lagenda Kebanggaan Negara Oleh Prof. Ir. Mohamed Haniffa Abdul Hamid

10-11IWK Sayang Malaysia

12Anugerah Loji Rawatan Kumbahan Terbaik

13PelancaranAplikasi Mudah Alih IWK

14-15KIND MalaysiaHargai Sumbangan & Komitmen Indah Water

17Pengebilan Bersepadu Bil Pembetungan dan Air

18e-BillPerkhidmatan Bil Atas Talian

19Peraduan Bayar dan Menang

20-21Pelancaran ProgramIWK Friends of Rivers (FoR)

22-23Aktiviti FoRSepanjang Tahun 2018

24-28ASPIRASI Indahan

29 Trenchless Asia 2018

30-31Pertandingan ProgramKreativiti dan Inovasi 2018

32-33Pemulihan Sumber IWK Sedia Membekalkan Air Alternatif

34-35Kolaborasi Bersama WWF

36-37Wacana SinarIWK Bukan Sekadar Kumbahan

38-39Secawan Kopibersama Azian Ahmad

40-41Galeri Pembetungan Pertama di Malaysia

42-43Info Menarik

45-50Imbasan 2018

Page 2: Menarik di dalam - Indah Water

4Buletin INDAHAN 2018

Saat melangkah masuk ke pejabat untuk pertemuan kali pertama bersama Pengerusi baharu IWK, Encik Amiruddin Abdul Aziz, hati terasa sedikit berdebar.

Namun, selepas beberapa minit kami bersama beliau untuk sesi temubual ini, kami merasa senang dan mudah berbicara dengannya. Beliau mula menceritakan latar belakang keluarga dan pengalaman kerjayanya. Ikuti sedutan temubual yang diadakan bersama Shahrul Nizam Sulaiman dan Huda Muhammad Farid di pejabatnya baru-baru ini.

Encik Amiruddin Abdul Aziz telah mulakan perkhidmatan sebagai Pengerusi Indah Water Konsortium (IWK) pada 6 September 2018 bagi menggantikan Tan Sri Abu Zahar Ujang yang telah berkhidmat bersama IWK selama dua tahun. Seorang yang serius dan berkarisma, tetapi kelihatan sangat rendah diri dan mudah didekati.

KELUARGA

Dilahirkan pada tahun 1959, anak kelahiran Kelantan ini telah berkahwin dengan permaisuri pilihannya dan memiliki empat orang cahaya mata. Anak sulung beliau merupakan Pengarah Kreatif di sebuah syarikat animasi, Les’ Copaque yang kini bakal menyiapkan filem terbaru ‘Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal’. Anak kedua pula kini berkhidmat di Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) manakala anak ketiga merupakan seorang jurugambar bebas, dan yang bongsu kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik. Menurutnya, beliau sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada anak-anaknya untuk memilih bidang kerjaya masing-masing, tanpa memberi tekanan untuk mengikuti jejak langkahnya.

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Encik Amiruddin telah memulakan pendidikan menengah pada tahun 1971 sehingga 1972 di Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar. Beliau kemudiannya berpindah ke Ipoh, Perak dan bersekolah di St. Michael’s Institution pada tahun 1973 sehingga 1975. Selepas tamat persekolahan, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor. Pada tahun 1979, Encik Amiruddin telah menyambung pengajian dan telah mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Ohio, Athens, Amerika Syarikat.

PENGALAMAN BEKERJA

Encik Amiruddin telah berkecimpung dalam pelbagai bidang sepanjang lebih daripada 30 tahun kerjayanya. Mula berkecimpung dalam industri perbankan dan kewangan sebagai seorang pegawai, beliau kemudiannya berkhidmat sebagai seorang Ketua Jabatan Kewangan di sebuah

konglomerat terbesar di negara ini. Dalam perkhidmatannya yang lebih daripada 20 tahun , beliau telah menimba pengalaman yang luas terutamanya di dalam bidang kewangan, penilaian projek dan pembiayaan, pengurusan projek serta pengurusan syarikat.

Pada 2010 hingga 2015, beliau meluaskan pengalamannya ke bidang modal teroka (venture capital) pula. Beliau merupakan Pegawai Prinsipal untuk dana pembangunan di CIMB Private Equity & Venture Capital. Dana ini dikhususkan untuk pelaburan dalam sektor pertanian termasuk dalam aktiviti pertanian yang melibatkan teknologi tinggi. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan - Pelaburan di Malaysia Venture Capital Management Berhad di mana fokus beliau pada masa itu adalah dalam “renewable energy”/teknologi hijau dan aktiviti-aktiviti multimedia kreatif. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah di beberapa syarikat swasta yang tersenarai di Bursa, seperti Time Engineering Berhad, Time dotcom Berhad dan EPE Power Corporation Berhad.

GAYA HIDUP

Biarpun dalam kesibukan merencana kerjayanya, beliau tidak ketinggalan untuk melakukan aktiviti riadah dan santai. Bercakap tentang sukan kegemaran, beliau lebih gemar melakukan aktiviti ‘solo sport’ seperti berenang, memancing dan bermain catur. Tidak dinafikan, beliau juga pernah terlibat dengan sukan hoki dan softball suatu ketika dahulu. Pada zaman akhir persekolahannya, beliau pernah mewakili negeri ke Kejohanan Gusti Amatur Kebangsaan

Page 3: Menarik di dalam - Indah Water

5Buletin INDAHAN 2018

EKSKLUSIFbersamaPENGERUSI BAHARU IWK

dan mendapat pingat gangsa. Yang paling menarik, Encik Amiruddin juga berbakat dalam bidang fotografi, berkebun dan menanam pokok-pokok yang unik seperti periuk kera. Menurutnya, aktiviti-aktiviti dijalankan kerana cintanya terhadap alam semulajadi dan kehijauan tumbuhan.

MENGENALI IWK

Diminta untuk berkongsi pandangan sebelum menyertai IWK, beliau menyatakan bahawa jika dahulu, beliau tidak begitu banyak mengetahui mengenai syarikat kerana hanya mengenali IWK apabila menerima bil pembetungan dan membuat pembayaran yang sewajarnya. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja beliau mula bersama IWK, beliau amat kagum dengan pencapaian syarikat dan memuji sistem operasi yang dikendalikan oleh syarikat ini, biarpun pelbagai cabaran yang dihadapi.

Menurutnya, beliau bukan sahaja tertarik dengan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan, malah beliau tertarik dengan program-program bermanfaat seperti ‘Friends of Rivers (FoR). Beliau juga menggalakkan semua kakitangan untuk terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan yang dapat menyumbang kepada keharmonian dan kebersihan alam sekitar.

HARAPAN DAN NASIHAT

Selepas mengkaji pencapaian dan segala perancangan syarikat ini, Pengerusi baru IWK yakin akan potensi dan kecekapan syarikat dalam menuju ke arah status yang lebih cemerlang. Pada masa yang sama, sempena ulangtahun perkhidmatan IWK yang ke-25 tahun tidak lama lagi, beliau berharap seluruh warga Indahan akan terus berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan ke tahap yang lebih efisien tertutama dari segi ‘energy saving’ dan penjimatan kos.

Beliau juga menekankan kepentingan bagi perancangan syarikat yang cekap dan mampan untuk kita menghadapi tahun-tahun yang mendatang. Sebelum mengakhiri temubual ini, Encik Amiruddin turut mengajak warga

Indahan terus menjalinkan kerjasama yang erat bagi memastikan perkhidmatan yang cekap.

5Buletin INDAHAN 2018

Page 4: Menarik di dalam - Indah Water

6Buletin INDAHAN 2018

Ke hadapan Warga Indahan yang dikasihi,

Selamat Tahun Baru kepada semua. Dalam kita melangkah masuk ke tahun baru, marilah kita sama-sama bergerak maju ke hadapan dan pada masa yang sama, mengimbau semula perjalanan tahun 2018. Tahun lepas merupakan tahun yang luar biasa bagi Malaysia dan seluruh rakyat negara ini. Semangat perubahan untuk negara ini telah menyuntik harapan dan keyakinan dalam kita membuka lembaran baru menuju masa hadapan. Walaupun pelbagai cabaran mendatang, adalah penting untuk kita mengambil perhatian akan pencapaian dan usaha kolektif yang telah disumbangkan ke arah pencapaian ini.

2019 telah tiba dalam sekelip mata. Saya amat berbangga dengan kerja-kerja yang telah kita semua laksanakan dalam menjadikan Indah Water Konsortium (IWK), satu entiti yang baik untuk alam sekitar. Tahniah kepada semua Indahan di atas kerja keras dan komitmen anda. Kita juga berterima kasih kepada para pelanggan dan pihak berkepentingan atas sokongan mereka.

Dalam kita menetapkan halatuju bagi 2019, dan menyambut ulangtahun yang ke-25, kita harus sentiasa semat dalam hati bahawa perkhidmatan yang

disediakan IWK adalah untuk kemudahan orang ramai. Kecekapan operasi dan fokus terhadap perlindungan alam sekitar, terutamanya dalam memastikan tahap piawaian tinggi pelepasan efluen, adalah pemacu utama untuk mencapai tahap kualiti perkhidmatan kita. Bersama-sama, kita telah memberi kesan kepada isu-isu penting yang dihadapi masyarakat. Kita telah memberikan komitmen teguh bagi menyediakan sistem pembetungan yang terbaik selaras dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan lagi perkhidmatan yang penting ini. Saya berharap, setiap Indahan sentiasa ingat bahawa kita sememangnya membawa perubahan penting kepada hampir 25 juta penduduk di Malaysia!

Walaupun pekerjaan yang kita laksanakan dilihat sebagai kotor, sukar dan merbahaya, perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat mendorong kita untuk menggunakan pendekatan berorientasikan pelanggan. Dalam kita memupuk minda yang mengutamakan pelanggan, ia membuat kita untuk sentiasa melaksanakan perkhidmatan dengan kualiti yang tinggi. Industri kita telah berkembang menjadi satu industri yang memenuhi kehendak pelanggan dan kerana itu, kita mesti turut berkembang dalam menepati tahap piawaian yang lebih tinggi. Walaupun ini memberikan cabaran yang lebih hebat,

CoretanKetua Pegawai Eksekutif

Page 5: Menarik di dalam - Indah Water

7Buletin INDAHAN 2018

ia juga membuka peluang, melalui teknologi dalam menghasilkan bi-produk untuk memberi penyelesaian holistik ke arah alam sekitar yang lebih bersih dan kualiti hidup yang lebih baik.

Sebagai sebuah syarikat pembetungan nasional, kita telah menambahbaik perkhidmatan dan telah memperkenalkan beberapa inisiatif baru untuk kemudahan para pelanggan, iaitu:

• Lebih daripada 96% aduan saluran paip pembetungan awam tersumbat telah diselesaikan dalam tempoh 24 jam;

• Pelbagai saluran pembayaran atas talian dan perkhidmatan e-Bill diperkenalkan, di samping saluran pembayaran lain yang memberikan kemudahan lebih baik kepada pelanggan;

• Mencapai 95% tahap pematuhan di loji rawatan kumbahan (STP) untuk mengurangkan kesan buruk ke alam sekitar;

• Memulakan program “Friends of Rivers” di semua unit bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai kesan STP kepada kualiti hidup masyarakat setempat;

• Melancarkan aplikasi mudah alih untuk telefon pintar – bagi tujuan pembayaran bil, membuat aduan, mendapat maklumat terkini mengenai perkhidmatan IWK.

Kesemua pencapaian dan inisiatif ini berjaya dicapai apabila kita bergerak sebagai satu pasukan ke arah matlamat yang sama. Walaupun masih banyak cabaran yang perlu dihadapi, kita tidak perlu merasa dihalangi dalam kita berusaha untuk lebih berorientasikan pelanggan untuk apa jua yang kita lakukan - daripada kekangan kewangan hinggalah ke pemuliharaan alam sekitar. Kita perlu berusaha memastikan kecekapan operasi mematuhi semua peraturan dan piawaian, walaupun pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi.

Slogan kita – Era Baharu Air – memberikan kita satu perspektif dan aspirasi baru, sejajar dengan matlamat “United Nation’s Sustainable Development Goal (SDG)”. Daripada initipati SDG, Pelan Induk Teknologi Hijau Malaysia telah menggariskan keperluan untuk mengguna semula 1/3 daripada jumlah bioefluen

dan juga 100% biopepejal yang terhasil. Dengan hala tuju ini, IWK sebenarnya telahpun menyumbang ke arah “Circular Economy” yang semakin mendapat perhatian sebagai kaedah untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi daripada sisa buangan.

Dalam kita menurunkan tirai 2018 dan sejengkal lagi mendekati misi kita menjadi syarikat air sisa terunggul, adalah penting untuk kita melihat pertumbuhan industri demi generasi akan datang. Sejajar dengan usaha menuju ke arah misi ini, kita juga berhadap agar generasi muda akan sama-sama menyumbang kepada masa depan industri pembetungan dan IWK, khususnya dengan menanam semangat untuk menjaga kelestarian alam sekitar. Akhir sekali, saya merasa amat teruja dengan apa yang akan kita kecapi untuk tahun 2019, dan masih berpeluang untuk bekerjasama dengan anda semua dalam merealisasikan perancangan kita. Sekali lagi, Selamat Tahun Baru kepada semua warga Indahan!

Terima kasih. Ikhlas,Faizal Othman

Kesemua pencapaian dan inisiatif ini berjaya dicapai

apabila kita bergerak sebagai satu pasukan

ke arah matlamat yang sama.

Page 6: Menarik di dalam - Indah Water

8Buletin INDAHAN 2018

banyak negara, negeri dan bandar-bandar di pelosok dunia. Sepanjang 25 tahun ini juga, IWK telah memenangi berbagai anugerah dalam dan luar negara. Apakah istimewanya IWK???

IWK, sebagai sebuah syarikat utiliti, adalah sangat mustahak terhadap kehidupan seharian manusia; dan dengan yang sedemikian telah menyumbang banyak pembaharuan dan permodenan terhadap pembangunan sistem pembetungan negara. Sehingga kini, sebanyak 88 daripada 102 PBT di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan telah menyerahkan pengurusan sistem pembetungan masing-masing kepada IWK. Sejak ambil alih, IWK telah membaikpulih dan mempertingkatkan sistem- sistem pembetungan seluruh negara termasuk rangkaian paip-paip pembetungan, stesen-stesen pam dan loji-loji rawatan kumbahan yang sehingga kini memberi perkhidmatan kepada lebih 25 juta penduduk setara. Dalam waktu singkat 25 tahun ini, banyak kemudahan telah diperkenalkan termasuk sistem komunikasi yang efektif untuk memperbudayakan kepentingan sistem pembetungan dalam kehidupan seharian manusia. Di samping pembangunan teknikal; banyak pembangunan ‘bukan teknikal’ menjadi faktor pendorong kepada kejayaan pengurusan pembetungan negara.

Sehingga Disember 2018, IWK menguruskan hampir 20,000km rangkaian paip pembetungan, 6,727 loji rawatan kumbahan, 1,189 stesen pam dan memberi perkhidmatan kepada hampir 4 juta premis (perumahan, bangunan kerajaan, komersial dan industri) merangkumi hampir 25 juta penduduk setara. Dalam tempoh 25 tahun ini juga, IWK telah banyak menyumbang terhadap pembangunan sektor pembangunan negara. Sebelum 1994, tiada fokus

Selagi adanya manusia di muka muka bumi ini, selagi itu akan berhasil kumbahan (iaitu – air buangan yang dihasilkan daripada aktiviti domestik manusia, khususnya dari tandas, bilik air, mesin basuh, dapur, segala jenis cucian di rumah/bangunan dan sebagainya). Bayangkan pada hari ini, penduduk dunia sudah menghampiri angka 8 billion orang dan sekiranya setiap penduduk menghasilkan kumbahan purata sebanyak 100 liter sehari, dunia perlu menguruskan (atau melupuskan) sebanyak 800,000 juta liter kumbahan setiap hari. Malaya telah dijajah selama 446 tahun, iaitu Portugis (130 tahun), Belanda (183 tahun), British (130 tahun) dan Jepun (selama 3 tahun). Sewaktu Malaya mencapai kemerdekaan pada 31hb Ogos 1957, rata-rata sistem pembetungan yang ditinggalkan pihak penjajah waktu itu adalah terdiri dari jenis sistem tandas angkut, sistem tandas palong, sistem tandas gantung dan sistem tandas curah. Sistem pembetungan bersambung hampir tidak wujud waktu itu. Selepas kemerdekaan, dan juga selepas terbentuknya Malaysia pada tahun 1963, sistem pembetungan seperti tangki septik Individu/Komunal, Imhoff, Kolam Oxidasi dan Sistem Bersambung Mekanikal telah diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia. Sistem-sistem ini dapat mencapai matlamat untuk mempertingkatkan tahap kesihatan umum rakyat negara ini. Namun, pengurusan yang dikendalikan oleh pihak-pihak berkuasa tempatan negeri dan jabatan-jabatan kesihatan sewaktu itu tidak holistik dan akhirnya telah menyumbang kepada pencemaran sungai-sungai dan sistem perparitan Negara, disamping memberi impak negatif terhadap kualiti alam sekitar. Keadaan seperti ini juga pernah berlaku pada Sungai Thames di London yang mengalir melalui Rumah Parlimen Kerajaan Britain. Kerajaan Malaysia telah menggubal satu akta khusus yang dinamakan Akta Perkhidmatan Pembetungan, 1993 yang telah diluluskan oleh Parlimen pada bulan Jun 1993. AKTA 508 ini memberi amanat kepada Kerajaan Pusat untuk mengambil alih tanggungjawab dan kuasa sepenuhnya terhadap pembangunan, pengurusan dan kawalselia urusan kumbahan seluruh negara. Disinilah lahirnya satu lagenda negara yang kian membesar menjadi gergasi menguruskan utiliti pembetungan setanding dengan Tenaga Nasional (elektrik), Telekom Malaysia (komunikasi) dan Pihak Berkuasa Air Negeri. Indah Water Konsortium mula beroperasi pada tanggal 2hb April 1994, dan tahun-tahun selanjutnya menjadi sejarah lahirnya sebuah syarikat utiliti khusus yang bertanggung-jawab terhadap pengurusan kumbahan bagi negara tercinta Malaysia kita. Sepanjang 25 tahun ini, IWK telah pun menjadi nama (branding) yang sinonim dengan rakyat Malaysia setanding dengan TNB, TM, Milo, Maggi, MAS, Colgate, Petronas dan sebagainya. Nama IWK juga telah terkenal di seantero dunia sebagai sebuah syarikat pembetungan yang dikenalpasti oleh Bank Dunia dan Bill & Melinda Gates Foundation sebagai mentor kepada

Nukilan Prof. Ir. Mohamed Haniffa Abdul Hamid

Lahirnya Sebuah Lagenda Kebanggaan Negara

Page 7: Menarik di dalam - Indah Water

9Buletin INDAHAN 2018

menyeluruh terhadap sektor pembetungan ini. Tetapi hari ini, kita ada banyak infrastuktur serta tenaga kerja mahir dan khusus di sektor ini dan merangkumi pengurusan polisi, pengawal selia, juruperunding, kontraktor, operator, pembekal, pembuat dan sebagainya. Di samping itu, kewujudan satu sistem komunikasi umum yang efektif telah banyak menyumbang terhadap penyampaian kesedaran pentingnya perkhidmatan pembetungan kepada kesejahteraan rakyat dan alam sekitar negara kita. Satu lagi pencapaian penting adalah sektor ini yang pada masa lalu bergantung sepenuhnya kepada kewangan Kerajaan, kini dapat berdikari dan berdaya maju. Sistem pengebilan, iaitu mengenakan caj pembetungan (walaupun cajnya masih terlalu rendah) telah membawa keluar sektor ini dari kemelut kewangan yang sangat sempit di masa lalu. Kini, sektor ini dapat menjana pendapatan sendiri untuk menyampaikan perkhidmatan secara komersial dan dijangka dalam tempoh 5 tahun lagi dapat berdiri sepenuhnya secara persendirian tanpa bantuan dari pihak-pihak ketiga.

IWK telah bekerjasama erat dengan Kerajaan Pusat dan Negeri untuk menyediakan pelan-pelan jangka pendek dan jangka panjang bagi pembangunan sistem pengurusan pembetungan yang mantap dan mapan. IWK juga telah bantu dalam penyediaan polisi-polisi pembetungan, garispanduan rekabentuk dan pembinaan ‘infrastruktur pembetungan’ dan juga menyediakan latihan dalam pelbagai bidang pengurusan dan kerja-kerja berkaitan pembetungan. IWK amat berbangga dengan Pusat Latihan Indah Water (IWTC) yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Banyak modul-modul latihan telah disediakan dan berbagai

peringkat telah mendapat manfaat daripada latihan yang disediakan oleh IWTC ini. Apa yang lebih membanggakan adalah IWTC ini telah berkembang menjadi pusat latihan pembetungan serantau di mana wakil-wakil dari negara asing diberi latihan khusus dalam sektor pembetungan. Satu lagi ikon IWK adalah Pusat Penyelidikan Indah Water (IWRC) yang terletak di Titiwangsa, Kuala Lumpur. Pusat ini menjadi tumpuan kepada pelbagai penyelidikan dan pembangunan untuk memajukan sektor ini. Penyelidikan dalam kategori rawatan air kumbahan, enapcemar dan penggunaan semula sumber melalui Teknologi Hijau menjadi fokus pusat ini. IWK sebagai peneraju sektor pembetungan negara telah juga mewujudkan satu ‘muzium’ yang dinamakan Galeri Pembetungan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Galeri ini mempamirkan artifak-artifak dan bahan rujukan pembangunan sektor pembetungan negara. Bangunan galeri ini merupakan stesen pam pertama di Kuala Lumpur yang telah dirasmikan oleh YAM Raja Muda Selangor sewaktu itu, iaitu pada tahun 1959 dan dijangka akan menjadi khazanah (heritage) negara. Sejarah ringkas mengenai pembangunan sektor pembetungan dalam masa 25 tahun ini yang diterajui oleh IWK jelas mengambarkan lahirnya suatu lagenda kebanggaan negara yang diharapkan akan menaiktaraf sektor serta perkhidmatan pembetungan di Malaysia dan memperkembangkan perkhidmatan dan kepakaran di merata pelosok dunia demi kesejahteraan negara secara khusus dan kebaikan manusia sejagat dan kelestarian alam sekitar secara amnya. Saya amat bersyukur dan berbangga dapat turut menyumbang dan melihat sendiri pembangunan sektor pembetungan negara kita.“Majulah IWK Demi Kesejahteraan Negara!!!

Page 8: Menarik di dalam - Indah Water

10Buletin INDAHAN 2018

RUMAH SEJAHTERA KOTA TINGGI, JOHOR

MASJID TAMAN UDA, ALOR SETARKEDAH

MASJID KOK KLANG, KANGAR, PERLIS

MASJID TAIPING, PERAK

GEREJA ST KERIS JALAN OMAR, KLUANG, JOHOR

KUIL POKOK ASSAM SIKH, TAIPING, PERAK

10Buletin INDAHAN 2018

IWK SAYANG MALAYSIASempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2018, IWK telah menjalankan Program “IWK Sayang Malaysia”, satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan memberi perkhidmatan pengosongan tangki septik individu secara percuma kepada 61 rumah kebajikan dan tempat ibadat di seluruh Malaysia. Ia merupakan salah satu usaha mendekati masyarakat dan komuniti tanpa mengira agama dan bangsa. Pelaksanaan program ini dapat melahirkan pekerja yang lebih beretika, mewujudkan syarikat yang lebih prihatin terhadap keperluan masyarakat, di samping dapat mengurangkan pencemaran dan kerosakan alam sekitar. Pelaksanaan tanggungjawab sosial korporat ini sememangnya mendatangkan kesan yang positif kepada syarikat, masyarakat dan kepentingan pemeliharaan alam sekitar terutamanya penjagaan sumber air kita.

Page 9: Menarik di dalam - Indah Water

11Buletin INDAHAN 2018

ARULMIGU SRI BALASUBRAMANAR, SKUDAI, JOHOR

QUAN YIN FU YUAN RELIGIOUS SOCIETY, SKUDAI, JOHOR

GEREJA ST LOUIS, TAIPING, PERAK

IWK SAYANG MALAYSIAPerkhidmatan pengosongan tangki septik dikendalikan di bawah Unit Pengosongan Enapcemar (DBU). Demi mempertingkatkan mutu perkhidmatan tangki septik, Lembaga Pengarah telah meluluskan penubuhan DBU berkuatkuasa pada 1 Januari 2016 selaras dengan Pelan Peniagaan Tangki Septik Individu IWK kepada Suruhanjaya Perkhidamatan Air Negara (SPAN). Tujuan Unit ini ditubuhkan adalah untuk mewujudkan kesedaran dan menggalakkan semua pelanggan di dalam kawasan perkhidmatan IWK mengosongkan tangki septik mereka. Ia juga untuk memastikan kesan positif berterusan bagi meningkatkan kesihatan awam dan memelihara sumber air serta alam sekitar. Ia bersesuaian dengan visi dan misi DBU yang komited dalam menyediakan pengosongan tangki septik individu yang efisien dan berterusan untuk menjadi pembekal perkhidmatan pengosongan yang utama di Malaysia.

Page 10: Menarik di dalam - Indah Water

12Buletin INDAHAN 2018

Loji Rawatan Kumbahan Batu Feringghi telah menerima Anugerah Loji Rawatan Kumbahan Terbaik pada Majlis Anugerah dan Makan Malam Ulang Tahun ke-30, anjuran Malaysian Water Association (MWA) yang berlangsung pada 7 September 2018 di Hotel Marriot, Putrajaya. Anugerah itu diiktiraf berdasarkan pencapaian cemerlang IWK dalam menyelenggara loji rawatan yang berkesan, lengkap dengan ciri-ciri sistem keselamatan yang efektif dan pensijilan nasional yang perlu untuk loji bertaraf moden. IWK juga turut menerima anugerah “Special Mention” untuk kategori Pengurusan dan kategori Penyelidikan. Ketiga-tiga anugerah tersebut telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dr Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS).

ANUGERAH LOJI RAWATAN KUMBAHAN TERBAIK

12Buletin INDAHAN 2018

Oleh: Aqiel Azmi Khair

Page 11: Menarik di dalam - Indah Water

13Buletin INDAHAN 2018

PELANCARAN APLIKASI MUDAH ALIH IWKoleh Ketua Pegawai Operasi IWK, Ir Mohamed Haniffa Abdul Hamid, Ketua-ketua Jabatan dan para tetamu.

Encik Faizal Othman berkata IWK telah memasuki ulang tahun ke-25 dan komited memberikan perkhidmatan rawatan kumbahan air sisa selama bertahun-tahun serta sentiasa menaiktaraf dan memperluaskan perkhidmatannya untuk mewujudkan persekitaran hidup yang lebih baik. "Kerja-kerja rawatan kumbahan tidak mudah, malah dianggap sebagai kerja yang kotor, sukar dan berbahaya, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Warga Indahan atas usaha mereka." Beliau juga berpendapat bahawa aplikasi mudah alih tersebut akan memudahkan para pelanggan untuk memeriksa dan membayar bil tanpa perlu menunggu di kaunter, serta meningkatkan pengalaman positif pengguna.

Indah Water sentiasa memberikan yang terbaik buat para pelanggan. Sejajar dengan arus kemodenan, IWK mengambil langkah inisiatif dengan melancarkan aplikasi mudah alih bagi memudahkan para pelanggan menyemak akaun IWK, membuat pembayaran bil dan lain-lain lagi. Majlis pelancaran telah diadakan pada 19 Disember 2018 di L’Motichan, Bangsar bersempena dengan Malam Penghargaan Media, bagi meraikan wakil-wakil media yang selama ini banyak memberi sokongan kepada IWK. Pelancaran telah disempurnakan oleh Pengerusi IWK, Encik Amiruddin Abdul Aziz di samping Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Encik Faizal Othman dan disaksikan

13Buletin INDAHAN 2018

Page 12: Menarik di dalam - Indah Water

14Buletin INDAHAN 2018

Baru-baru ini, IWK telah mendapat peng ikt i ra fan untuk ker ja -ker ja penyelenggaraan sistem pembetungan yang telah dijalankan selama ini. UBM Asia selaku penganjur Kind Malaysia 2018 telah memillih dan menjemput beberapa badan korporat elit termasuk IWK untuk menyertai acara mereka yang telah berlangsung selama dua hari bermula dari 24 sehingga 25 Oktober 2018 bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). Pada masa yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Faizal Othman turut dijemput berkongsi pandangan dalam satu forum perbincangan yang diadakan sempena acara tersebut.

Kind Malaysia 2018 merupakan satu kempen, yang dilancarkan oleh UBM Asia bagi memupuk hubungan dan jalinan strategik antara badan korporat dan komuniti. Ia merupakan satu landasan untuk membantu pihak korporat mengenalpasti peluang-peluang baharu dan berkongsi amalan terbaik dalam kegiatan tanggungjawab sosial korporat (CSR). Di samping itu, acara tersebut dianjurkan khas bagi memberi inspirasi, pendedahan serta menggalakkan syarikat korporat untuk menyebarkan kebaikan dan rasa bertanggungjawab terhadap komuniti.

IWK telah dipilih pihak penganjur bukan sahaja kerana sumbangan syarikat sebagai syarikat perkhidmatan

KIND MALAYSIA pembetungan nasional, malahan kerana komitmen syarikat dalam melaksanakan pelbagai program tanggungjawab sosial korporat khususnya apabila syarikat ini melancarkan kempen “IWK Sayang Malaysia” pada bulan kemerdekaan lepas.

14Buletin INDAHAN 2018

Oleh: Ching Mei Lan

Page 13: Menarik di dalam - Indah Water

15Buletin INDAHAN 2018

KIND MALAYSIA HARGAI SUMBANGAN & KOMITMEN INDAH WATER Kempen “IWK Sayang Malaysia” telah dilaksanakan dengan jayanya dengan bantuan dan khidmat Unit Pengosongan Enapcemar (DBU) di bawah Jabatan Operasi dan Penyelenggaraan. Menerusi kempen ini, kakitangan DBU telah memberi perkhidmatan pengosongan tangki septik individu secara percuma kepada 61 rumah kebajikan dan ibadah di seluruh Semenanjung Malaysia.

Di samping itu, IWK juga diiktiraf pihak penganjur apabila menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporatnya melalui program Rakan Sungai (Friends of Rivers - FoR) di mana 21 sungai telah dikenalpasti untuk dijadikan sungai angkat. Sehingga hari ini, beberapa siri gotong-royong telah diadakan di beberapa sungai yang terpilih dengan melibatkan kegiatan membersihkan sungai, menanam pokok menggunakan bi-produk proses rawatan air kumbahan, mewujudkan kemudahan rekreasi serta pusat informasi. Program FoR ini turut mendapat kerjasama daripada penduduk dan peniaga setempat, wakil-wakil rakyat, pertubuhan bukan kerajaan, wakil-wakil jabatan Kerajaan dan pelajar institut pengajian tinggi.

Terima kasih “Kind Malaysia” di atas pengiktirafan yang diberikan kepada warga Indahan!

Page 14: Menarik di dalam - Indah Water

16Buletin INDAHAN 2018

Page 15: Menarik di dalam - Indah Water

17Buletin INDAHAN 2018

Bagi masyarakat di negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun, China dan negara-negara di benua Eropah, kebanyakan mereka telah biasa menerima bil-bil utiliti yang telah digabungkan bersama seperti air, pembetungan, elektrik, gas, telefon dan sebagainya. Malah, negara jiran seperti Singapura juga telah lama mengamalkan pengabungan bil-bil utiliti kepada rakyat mereka. Sekiranya anda masih ingat, pengabungan bil-bil utiliti pembetungan dan air telah pertama kali dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Labuan apabila Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) dan Jabatan Bekalan Air Labuan (JBAL) bersetuju untuk melakukannya pada 1 March 2016. Masyarakat di Labuan kini telah serasi dengan pengebilan bersepadu dimana mereka menerima gabungan bil air dan pembetungan yang dikeluarkan setiap bulan oleh pihak JBAL dan melibatkan sekitar 6,400 akaun pembetungan bersambung IWK. Kini IWK terus mengorak langkah seterusnya apabila menandatangani memorandum persefahaman dengan operator air untuk negeri Johor iaitu syarikat Ranhill SAJ Sdn Bhd (Ranhill SAJ) pada 7 November 2018 lalu di Johor Bahru. Hampir 330,000 akaun pembetungan bersambung akan digabungkan bersama dengan bil air yang akan dikeluarkan oleh pihak Ranhill SAJ sebagai satu bil bersepadu yang dijangka bermula pada April 2019 nanti. Pengebilan bersepadu bil air dan pembetungan adalah merupakan hasrat Kerajaan Malaysia sebagai langkah pertama sebelum perlaksanaan pengebilan berasaskan volumetrik serta integrasi perkhidmatan air dan pembetungan di masa hadapan. Bil bersepadu akan memberikan banyak kebaikan dan kemudahan kepada para pengguna apabila mereka hanya perlu menguruskan satu bil sahaja yang mengabungkan dua perkhidmatan utiliti. IWK juga sedang berbincang

PENGEBILAN BERSEPADU BIL PEMBETUNGAN DAN AIR

dengan beberapa operator air di negeri lain untuk turut sama melaksanakan konsep bil bersepadu ini. Bil bersepadu ini juga adalah salah satu daripada inisiatif teknologi hijau yang akan mengurangkan penggunaan kertas sebagai bahan cetak serta mengekalkan pokok-pokok demi memastikan sumber-sumber di muka bumi terus terpelihara. Selain daripada pengebilan bersepadu, kita juga boleh menyumbangkan kepada alam persekitaran yang mampan dengan berhijrah daripada bil cetakan kertas kepada bil digital IWK atau lebih dikenali sebagai ‘IWK e-Bill’. Kedua-dua inisiatif sudah pasti memberikan manfaat besar kepada para pengguna dan penjagaan alam sekitar kita di masa hadapan.

Oleh: Shahrul Nizam Sulaiman

Page 16: Menarik di dalam - Indah Water

18Buletin INDAHAN 2018

Untuk menjadi syarikat air sisa terunggul, pelbagai bentuk cabaran yang perlu dihadapi selain menyusun strategi perancangan untuk syarikat. Bagi tahun 2018, antara isu yang diketengahkan adalah, kadar tarif pembetungan dan bil bersepadu. Oleh itu, IWK terus berusaha mencari peluang untuk menambah baik perkhidmatan agar dapat memenuhi keperluan pelanggan selain memberi manfaat kepada semua pihak. Selaras dengan konsep ‘kemudahan di hujung jari’, IWK telah memperkenalkan perkhidmatan IWK

e-bill, iaitu satu kemudahan buat para pelanggan mendapatkan bil IWK melalui e-mel untuk menyemak baki bil, sekali gus melunaskan pembayaran secara atas talian tanpa perlu menunggu bil diposkan ke rumah.

Perkhidmatan IWK e-bill telah dilancarkan pada 29 Jun 2018 di Loji Rawatan Kumbahan Serantau Pantai 2, Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah disempurnakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Fahmi Fadzil bersama Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Encik Faizal Othman, Ketua Pegawai Operasi IWK, Ir Mohamed Haniffa Abdul Hamid dan Ketua Jabatan Pelanggan, Pengebilan dan Pemungutan, Mr. Jothesvaran Nadarajah. Kira-kira 20,000 pendaftaran telah diterima pada awal pembukaan dan jumlah semakin meningkat sehingga kini.

Perkhidmatan Bil Atas Talian

18Buletin INDAHAN 2018

Page 17: Menarik di dalam - Indah Water

19Buletin INDAHAN 2018

Sebagai usaha promosi dan tanda menghargai para pelanggan yang setia membayar bil pembetungan, IWK turut membuka peluang kepada pelanggan domestik untuk menyertai Peraduan Bayar dan Menang. Peserta hanya perlu menjelaskan bil perkhidmatan pembetungan IWK, mendaftar IWK e-Bill dan seterusnya berpeluang memenangi pakej percutian atau sebuah kereta. Peraduan ini telah bermula pada 1 April sehingga 31 Ogos 2018 dan dibahagikan kepada 2 pusingan. Majlis penyampaian hadiah bagi pemenang pusingan

pertama telah berlangsung pada 20 Julai 2018. Seramai 10 orang pemenang bertuah telah terpilih memenangi percutian ke Gold Coast, Australia. Bagi pusingan kedua pula, majlis penyampaian hadiah telah berlangsung pada 22 Oktober dan seramai 11 orang pemenang bertuah terpilih memenangi pakej percutian ke Osaka, Jepun dan sebuah kereta Myvi. Tahniah kepada para pemenang! Semoga usaha ini dapat menarik lebih ramai pelanggan untuk membayar bil pembetungan IWK di masa akan datang dan membawa syarikat ke peringkat yang lebih berdaya saing.

Encik Mohd. Hafiz Hazaipah, pemenang hadiah utama

Pemenang Pusingan Pertama dan Kedua

PERADUAN BAYAR DAN MENANG

Page 18: Menarik di dalam - Indah Water

20Buletin INDAHAN 2018

IWK telah menjalankan beberapa aktiviti untuk program IWK Friends of Rivers, di antaranya aktiviti gotong-royong, membina gazebo, kiosk informasi, trek pejalan kaki bagi tujuan rekreasi di tebing sungai, menanam anak pokok dan melukis mural di stesen pam IWK. Ia menjadi sebuah tarikan masyarakat sekitar untuk melakukan aktiviti sihat dan riadah di samping mewujudkan hubungan harmoni antara manusia dan alam

Aktiviti membersih dan memelihara sungai merupakan satu amalan yang harus dipupuk oleh segenap lapisan masyarakat kerana air merupakan sumber keperluan yang sangat penting di muka bumi. Justeru itu, IWK mengorak langkah dengan mengadakan program ‘Friends of Rivers (FoR)’, iaitu satu inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) membersih dan memulihara sungai. Ia diilhamkan daripada program ‘Friends of Langat River’, sebuah kumpulan masyarakat yang prihatin terhadap alam sekitar dan kebersihan sungai. IWK telah memilih 21 sungai di seluruh Malaysia bagi program ini.

Majlis pelancaran Program ‘IWK Friends of Rivers’ (FoR) dan logo FoR telah berlangsung di Sungai Air Hitam, Klang, pada 23 September 2018. Pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Encik Shahrul Adnan diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Encik Faizal Othman dan Ketua Pegawai Operasi IWK, Ir Mohamed Haniffa Abdul Hamid. Turut hadir adalah Setiausaha Bahagian Kanan Sektor Air dan Pembetungan dari Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli (KATS), Dr Ching Thoo, Pengarah Konservasi WWF-Malaysia, Dr Henry Chan, Tuan Haji Hashim bin Mat Piah dan Puspavali A/P Mahalinggam, Ahli-ahli Majlis Perbandaran Klang dan Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Arista, Ustaz Mohd Faizal Othman.

PELANCARAN PROGRAM‘IWK Friends of Rivers (FoR)’

Page 19: Menarik di dalam - Indah Water

21Buletin INDAHAN 2018

sekitar. Masyarakat setempat turut dijemput untuk menyertai program ini bagi mengeratkan lagi hubungan selain memupuk semangat kerjasama dan cintakan alam sekitar.

Semoga inisiatif ini dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menjaga sungai agar alam sekitar kita terpelihara.

Page 20: Menarik di dalam - Indah Water

22Buletin INDAHAN 2018

Pejabat Operasi Pulau Pinang - Sungai Batu Ferringhi

Pejabat Operasi Shah Alam - Sungai Tambul, Kota Damansara

22Buletin INDAHAN 2018

Pejabat Operasi Pahang - Taman Air Putih Perdana

Pejabat Operasi Terengganu - Sungai Ibai

Pejabat Operasi Subang Jaya Sungai Pati Liat, Taman Serdang Jaya

Pejabat Operasi Kuala Lumpur - Sungai Penchala

Pejabat Operasi Seberang Perai - Sungai Lahar Endin

Aktiviti FoR Sepanjang Tahun 2018

Page 21: Menarik di dalam - Indah Water

23Buletin INDAHAN 2018

Pejabat Operasi Langat - Sungai Air Hitam

Pejabat Operasi Taiping - Sungai Jana Kamunting

Pejabat Operasi Melaka - Sungai Air Keroh

Pejabat Operasi Langkawi - Tasik Anak, Pantai Tengah Langkawi

Pejabat Operasi Alor Star - Sungai Anak Bukit

Pejabat Operasi Ipoh - Sungai Meru

Pejabat Operasi Seremban- Sungai Menyala Sunggala

Pejabat Operasi Manjung - Sungai Bekah

23Buletin INDAHAN 2018

Pejabat Operasi Labuan - Taman Ekologi Paya

Bakau Kina Benua

Aktiviti FoR Sepanjang Tahun 2018

Page 22: Menarik di dalam - Indah Water

24Buletin INDAHAN 2018

Aspirasi IndahanAssalamualaikum w.b.t. ,Sejak ditubuhkan IWK telah banyak memberi peluang kepada kita untuk memahami apa itu nilai khidmat social kepada rakyat Malaysia dan juga sumbangan besar terhadap kesihatan alam sekitar. Di IWK juga kita berpeluang mempelajari teknologi terkini dalam pengendalian sisa kumbahan sehingga ada negara lain yang menjadikan IWK sebagai bahan rujukan, satu kebanggaan kepada warga Indah Water, Tahniah. Oleh itu kepada pekerja di IWK gunakan peluang ni sebaik mungkin untuk menimba ilmu, menjadi pekerja yang berkemahiran tinggi dan seterusnya menjadi contoh kepada masyarakat di luar sana. Ingat, di Indah Water kita adalah satu keluarga, susah senang tetap bersama, saling bantu membantu.

Abdul Razak Bin Abu Talib Jabatan Teknologi MaklumatBerkhidmat sejak 1 September 1995

Saya amat berbangga menjadi salah seorang kakitangan di

syarikat yang telah matang 25 tahun. Sempena ulang tahun yang

ke-25 IWK, saya berharap IWK akan terus maju jaya dan mampu berdaya saing ke tahap antarabangsa. Selamat Menyambut Ulang Tahun Suku Abad.

Amery Goh Chong KiowJabatan Modal Insan dan PentadbiranBerkhidmat sejak 18 September 1995

Diharapkan pada usia 25 tahun, IWK terus maju jaya untuk menjadi salah satu Syarikat Utiliti yang berjaya dan disegani.

Mohd Taufik Bin SallehKetua Operasi Wilayah Selatan

Berkhidmat sejak 4 November 1996

Setelah berkhidmatBersama-sama iwk selama 20 tahun saya dapati bahawa iwk telah banyak mentransformasi sistem pembetungan negara sehingga diiktiraf oleh seantero dunia. Saya juga berdoa agar dengan titik tolak pada tahun 2020 iwk akan menjadi syarikat pembetungan terunggul dengan moto “New Life for Water.

Mohamad Shukri Bin BaharomPejabat Operasi TaipingBerkhidmat sejak 15 Ogos 1998

Syarikat yang disegani dalam menangani masalah air kumbahan dan pengurusan air kumbahan tercekap di rantau Asia demi memastikan generasi akan datang

terjamin dari sumber air bersih.

Hj. Jamil Bin Mat ZekonPejabat Operasi SerembanBerkhidmat sejak 1 April 1994

Page 23: Menarik di dalam - Indah Water

25Buletin INDAHAN 2018

Saya mendoakan kejayaan IWK dalam industri pembetungan sehingga ke persada antarabangsa.

Aspirasi Indahan Selama hampir dua dekad bersama IWK, berpeluang melihat banyak perubahan ke arah kemajuan dan memperkasakan syarikat yang telah dilakukan oleh pihak pengurusan. Berharap dengan sokongan berterusan dari semua kakitangan dari pelbagai peringkat dan jabatan dalam mengadaptasikan perubahan, menjadikan IWK sebuah syarikat utiliti yang unggul dan mampan.

Shar Anoruddin Bin Shar AnuarPejabat Operasi Kuala LumpurBerkhidmat sejak 1994

Mohd Lutpee Bin SallehPejabat Operasi KlangBerkhidmat sejak 15 September 1999

Alhamdulillah, saya telah berkhidmat bersama IWK hampir 25 tahun dan saya akan terus setia berkhidmat dan memberi yang terbaik buat syarikat ini.

Harun Bin KasimJabatan Modal Insan dan PentadbiranBerkhidmat sejak 1994

Harapan saya moga IWK sentiasa memberi perkhidmatan yang cemerlang utk semua pelanggan. Sentiasa maju ke depan dengan perkhidmatan yang canggih lagi berkualiti. Cara pengebilan and caj yang lebih realistik & berpatutan.

Rozianah Binti BahardinPejabat Operasi Kuala LumpurBerkhidmat sejak 1 September 1994

It has been my wish to someday see IWK turning profitable. IWK was part of Tun Mahathir’s brainchild when it was established in 1994 with the far sightedness of improving the effluent for the purpose of a cleaner environment through reducing river pollution. A technology transfer took place whereby our staff became specialists in the treatment of sewerage effluent. Unfortunately even then, the proposed rates had to be curtailed to avoid plaguing the public with this unfamiliar cost.

Lawrence Dominic NicePejabat Operasi Subang JayaBerhidmat sejak 2 January 2002 (Was with IWK during its birth 1993 to 1994)

Page 24: Menarik di dalam - Indah Water

26Buletin INDAHAN 2018

We have to dream big to leapfrog to the future to ensure IWK’s contribution towards the local community and global environment in the next 25 years and many more.

Majulah Sistem Pembetungan Utk Negara, IWK, Dulu, Kini dan Selamanya.

Aspirasi Indahan

Wah! IWK dah masuk 25 tahun! IWK terbaik. Saya sayang IWK. Semoga IWK terus maju.

Bahrin Bin SaariJabatan Modal Insan dan PentadbiranBerkhidmat sejak 1994

I love IWK!Selamat Maju Jaya

Amaloat Pavammadhass A/P SaverinayagamJabatan Modal Insan dan PentadbiranBerkhidmat sejak 15 November 1994

Hopefully upgraded before retirement .

Murugan A/L PonnanPejabat Operasi KlangBerkhidmat sejak 2 May 1996

Lim Sook MayJabatan Perancangan KorporatBerkhidmat sejak Oktober 1994

Ir. Mohamed Anwar Bin Naik MohdNorth Planning Unit, PED9 December 1996

Page 25: Menarik di dalam - Indah Water

27Buletin INDAHAN 2018

27Buletin INDAHAN 2018

Aspirasi IndahanUntuk melihat IWK menjadi satu syarikat contoh kepada dunia luar, kerana dalam masa 25 tahun IWK telah mentranformasikan sistem pembetungan dari yang lama kepada yang termoden dan Lestari.

Phillip Malcolm RajooPejabat Operasi Alor SetarBerkhidmat sejak Oktober 1993

Harapan saya semoga IWK akan terus membina kecemerlangan di atas kejayaan yang sedia ada. Sebagai pekerja, saya akan memberikan komitmen untuk terus menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Keserasian selama 23 tahun bersama IWK sentiasa memberikan aspirasi kepada saya untuk terus maju.

A Rodzi Bin Hj SharifPejabat Operasi LangatBerkhidmat sejak 1 September 1997

Semoga IWK sukses selalu

Musaddin Bin OthmanJabatan Modal Insan dan PentadbiranBerkhidmat sejak 15 Februari 1994

Alhamdulillah, IWK hampir menyambut ulang tahun ke 25. Saya doakan agar IWK terus maju dan menjadi syarikat air sisa terunggul di rantau Asia. In Sha Allah.

Salmiah Binti MasrumJabatan Modal Insan dan PentadbiranBerkhidmat sejak 3 Februari 1995

Saya ingin melihat IWK bukan setakat menjadi pengendali sektor pembetungan terulung negara malah menjadi peneraju industri di peringkat Asia dan seterusnya terkenal di seluruh dunia. Kepakaran yang dimiliki serta pengalaman luas selama 25 tahun menerajui industri pembetungan negara seharusnya digunakan dengan sebaik mungkin. Saya juga mahu melihat kebajikan serta perjalanan karier kakitangan dalam syarikat lebih terpelihara kerana saya percaya setiap individu dalam keluarga besar IWK mempunyai peranan serta sumbangan masing masing dalam menjayakan aspirasi syarikat, tanpa mengira kedudukan mereka.

Raimy Bin Muhamed NadzirAgensi Perakuan Negeri SelangorBerkhidmat sejak 2 April 1994

Page 26: Menarik di dalam - Indah Water

28Buletin INDAHAN 2018

Siti Rahayu Binti JamaluddinJabatan Modal Insan dan PentadbiranBerkhidmat sejak 24 Oktober1994

Semoga IWK terus maju dan berjaya dalam industri pembetungan negara. I love IWK lah!

Saya memuji dan menyambut baik kejayaan selama 25 tahun yang dirintis hasil daripada usaha kakitangan IWK bersama. Semoga pencapaian ini mendorong kita untuk terus berkhidmat kepada negara agar IWK menjadi syarikat air sisa terunggul hingga ke persada antarabangsa.

Aspirasi Indahan

Semoga IWK sukses maju menuju era milenium selaras kebajikan pekerja

IWK perlu teruskan tradisi menawarkan perkhidmatan pembetungan bermutu tinggi dengan caj yang

berpatutan untuk memenuhi hasrat pelanggan. Inilah perasaan pelanggan “benci tetapi cinta” ke atas IWK

yang menjayakan kita selama ini.

Aiman Hakim Bin AbdullahPejabat Operasi PantaiBerkhidmat sejak April 1994

Norita Binti AbdullahJabatan KewanganBerkhidmat sejak 1 Disember 1994

Semoga IWK menjadi sebuah syarikat pembetungan yang moden dan efisen di Malaysia dan sekaligus menjadi lebih gah serta menjadi syarikat pembentungan contoh di rantau Asia.

Rozita Binti Abu Bakar Jabatan Modal Insan dan PentadbiranBerkhidmat sejak 1994

Shahrul Nizam Bin SulaimanJabatan Komunikasi KorporatBerkhidmat sejak Jun 1995

Page 27: Menarik di dalam - Indah Water

29Buletin INDAHAN 2018

TRENCHLESS ASIA 2018

Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) telah bekerjasama dengan Westrade Group Ltd sebagai Rakan Kongsi Acara untuk Persidangan dan Pameran Teknologi Trenchless Asia 2018 yang telah berlangsung pada 7 dan 8 Mei 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur. Trenchless Asia 2018 merupakan acara ke-10 yang dianjurkan, setiap dua tahun sekali. Pameran dan persidangan tersebut memfokuskan kepada teknologi pemasangan paip terkini dengan teknik dan produk daripada 22 buah negara.

Teknologi “Trenchless” adalah merupakan teknologi yang amat diperlukan pada masa kini terutamanya bagi projek-projek utiliti di mana ia memberikan banyak kebaikan daripada segi kos, masa, keselesaan orang awam, keselamatan dan sebagainya. Seperti tahun-tahun sebelum ini, acara yang dianjurkan oleh Westrade Group Ltd dan disokong oleh International Society for Trenchless Technology (ISTT) telah menarik banyak syarikat tempatan dan antarabangsa untuk mempamerkan teknologi Trenchless yang disesuaikan mengikut keadaan tempatan dan disokong oleh jurutera perbandaran yang berpengalaman serta agensi kerajaan, perunding dan kontraktor.

Trenchless Asia 2018 menjadi landasan kepada pertemuan industri antarabangsa bukan hanya dari Malaysia tetapi dari luar negara termasuk Singapura, Thailand, Hong Kong, Australasia, Filipina, China,

Jepun, Korea, Jerman, United Kingdom, Belgium dan Amerika Syarikat. Teknologi Trenchless sangat relevan di negara membangun seperti Malaysia kerana beberapa projek utama dijalankan setiap hari untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dan pelbagai keperluan masyarakat. Seperti negara maju lain yang telah menggunapakai teknologi ini, penggiat industri di Malaysia turut menekankan manfaat menggunakan kaedah ini dalam pemasangan, pengubahsuaian atau pemulihan sistem utiliti bawah tanah seperti air, pembetungan, telekomunikasi, minyak dan gas.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Encik Faizal Othman, antara manfaat penggunaan teknologi Trenchless adalah mengurangkan gangguan kepada persekitaran dan infrastruktur sekitarnya, mengurangkan halangan kepada arus lalu lintas, mempercepatkan masa pembaikan, mengurangkan risiko keselamatan dan kesihatan kepada orang ramai.Teknologi ini juga mesra alam kerana ia mempunyai jejak karbon yang lebih rendah. IWK turut menyertai pameran di Trenchless Asia 2018 dan dianggarkan seramai 1,500 peserta telah menghadiri pameran tersebut.

Oleh : Huda Muhammad Farid

Page 28: Menarik di dalam - Indah Water

30Buletin INDAHAN 2018

PERTANDINGAN PROGRAM KREATIVITI DAN INOVASI 2018

Manhole Cover Jack - OMD / UO ManjungA professional method to open manhole covers in less than 15 minutes and avoid back pain

Integrated Geographical Information System (IGIS) For External User – PED / KLHOIntroduce a charge to external users for using IWK GIS data maps by State.

Kategori: Teknologi

Bil Tajuk Projek Jabatan/Unit

1 Low Level Oil Detector For Gearbox Air Blower Tempat Pertama OMD / UO Skudai

2 Integration between Idea & SBR Process for Energy Optimization Tempat Kedua OMD / UO Gombak

3 Integrated Geographical Information System (IGIS) For External User Tempat Ketiga PED / KLHO

4 Aeration Control System for Ammonium Removal in The Activated Sludge System Saguhati OMD / UO Kuala Lumpur

5 Manhole Cover Jack Saguhati OMD / UO Manjung

Kategori: Bukan Teknologi

Bil Tajuk Projek Jabatan/Unit

1 Educate, Sustain and Promote IWK’s for The Young Tempat Pertama IAD / KLHO

2 Meningkatkan Pendapatan Responsif Tempat Kedua OMD / UO Skudai

3 Visual Indication as Early Identification of Abnormal Operation Tempat Ketiga OMD / KLHO

4 3D Interactive Fun Learning Saguhati HCAD / KLHO

5 Mesra Bersama IWK Saguhati OMD / UO Sg. Petani

Tahniah diucapkan kepada para finalis Pertandingan Program Kreativiti dan Inovasi 2018. Kepada yang tidak dapat melayakkan diri ke pusingan akhir, cuba lagi tahun hadapan.

Pertandingan Program Kreativiti dan Inovasi 2018 telah dilancarkan pada 1 Jun 2018. Program ini diadakan pada setiap tahun dan bertujuan untuk menjadi aspirasi syarikat dalam menjadi syarikat perkhidmatan pembetungan yang efisien yang sentiasa cemerlang dalam menyediakan penyelesaian pembetungan secara mampan.

Sebanyak 104 jumlah penyertaan telah diterima dan sebanyak 20 penyertaan telah diipilih oleh juri untuk mara ke Peringkat 2. Bagi Peringkat dua iaitu Inkubasi, para peserta yang layak ke separuh akhir telah diberi tempoh selama 3 bulan untuk menjalankan kajian, penyelidikan, perintis dan prototaip bagi idea mereka bermula dari 1 Ogos sehingga 1 November 2018. Pada peringkat ini, para peserta bekerja dengan Mentor yang berperanan memberi sokongan praktikal, meningkatkan rancangan peluang dan mengubah idea menjadi realiti.

Kriteria penilaian dikira berdasarkan pemilihan projek dan takrif, analisis peluang peningkatan, penyelesaian kreatif dan inovatif, penggunaan kos dan persembahan. Berikut adalah pemenang bagi setiap kategori:-

Page 29: Menarik di dalam - Indah Water

31Buletin INDAHAN 2018

Pemenang tempat pertama - Low Level Oil Detector For Gearbox Air Blower dari Unit Skudai

Pemenang tempat pertama- Educate, Sustain and Promote IWK for The Young dari Ibu Pejabat Jabatan Audit Dalaman (IAD)

Pemenang tempat kedua - Integration between Idea & SBR Process for Energy Optimization dari Unit Gombak

Pemenang tempat kedua - Service Due Telesale (Meningkatkan Pendapatan Responsif) dari Unit Skudai

Pemenang tempat ketiga - Integrated Geographical Information System (IGIS) For External User dari Ibu Pejabat Jabatan Perancangan Kejuruteraan (PED)

Pemenang tempat ketiga-Visual Indication as Early Identification of Abnormal Operation dari Ibu Pejabat Jabatan Operasi dan Penyelenggaraan (OMD)

KATEGORI BUKAN TEKNOLOGI

KATEGORI TEKNOLOGI

Page 30: Menarik di dalam - Indah Water

32Buletin INDAHAN 2018

Air adalah keperluan manusia yang paling asas. Namun, dunia kini sedang menghadapi masalah bekalan air bersih yang tidak mencukupi. Menurut Laporan Pembangunan Air Dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tahun 2015, permintaan air akan meningkat sebanyak 55 peratus menjelang tahun 2030 tetapi sumber air yang ada hanya dapat memenuhi 60 peratus daripada keperluan air dunia.

Permintaan air di kalangan penduduk Malaysia adalah agak tinggi. Malaysia merupakan di antara pengguna air yang tertinggi di Asia Tenggara dengan hampir 300 liter per kapita setiap hari. Pertumbuhan penduduk adalah berterusan di mana kadar pertumbuhan purata tahunan boleh mencapai sehingga 5.8 - 5.9% mengikut Jabatan Perangkaan Negara. Ini secara langsung meningkatkan jumlah permintaan air. Tambahan pula, dengan kepesatan urbanisasi dan perindustrian, pertambahan penduduk turut menyebabkan peningkatan pengeluaran makanan yang memerlukan jumlah air terawat yang bukan sedikit.

Persepsi umum adalah bahawa kita mempunyai banyak air di dunia ini. Walhal, 97 peratus daripada air di muka bumi adalah di lautan dan hanya tiga peratus adalah air bersih bagi memenuhi keperluan

Pemulihan SumberIWK Sedia Membekalkan Air Alternatif

manusia. Oleh itu, IWK sentiasa giat menjalankan usaha mempromosi budaya hijau dan penjimatan penggunaan air terawat kepada masyarakat.

Selain merawat air sisa kumbahan, IWK juga menghasilkan pelbagai produk hiliran seperti biopepejal, bioefluen dan biogas daripada sisa kumbahan tersebut. IWK telah membekalkan bioefluen kepada badan-badan Kerajaan dan swasta untuk pelbagai kegunaan bagi menggantikan penggunaan air bersih dalam pencucian, landskap dan pembinaan. Penggunaan bioefluen bukan perkara baharu dan telah dipraktikkan di luar negara dalam usaha melestarikan alam sekitar dengan menggunakan teknologi hijau.

Sebagai contoh, IWK telah membekalkan bioefluen dan biopepejal kepada Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD). MPPD menjadi pihak berkuasa tempatan pertama di Malaysia yang menggunakan bi-produk rawatan air sisa kumbahan IWK untuk menguruskan pokok-pokok hiasan dan landskap bagi menggantikan penggunaan baja kimia dan sumber air biasa. Air kumbahan terawat yang sedia ada boleh digunakan sebagai air bukan minuman bagi mengurangkan 7 peratus beban ke atas bekalan air Malaysia, yang mana secara tidak langsung akan

Oleh : Huda Muhammad Farid

Page 31: Menarik di dalam - Indah Water

33Buletin INDAHAN 2018

menjimatkan bekalan air untuk kegunaan penduduk.

Air sisa kumbahan mempunyai keupayaan untuk digunakan sebagai sumber pengairan dan tanaman landskap. Pengeluaran air sisa kumbahan tidak tergantung kepada faktor iklim. Penggunaan air kitar semula di sektor perladangan memberi kebaikan dari segi mengurangkan beban keperluan air terawat, meningkatkan kekuatan tanah, meminimumkan luahan air sisa ke saliran dan memperbaiki keberkesanan ekonomi. Sehubungan itu, pengitaran semula air sisa kumbahan sebagai alternatif sumber air (untuk pengairan) mempunyai potensi tinggi sebagai salah satu usaha pengurusan lebih bersepadu.

33Buletin INDAHAN 2018

Page 32: Menarik di dalam - Indah Water

34Buletin INDAHAN 2018

IWK telah menyertai program ‘Journey of Water’ (JoW) Malaysia yang pertama, satu kempen yang dianjurkan World Wide Fund for Nature (WWF)-Malaysia dengan tujuan memberi penekanan bahawa air bukan datang dari paip semata-mata. Program selama tiga hari di Malaysia ini telah bermula pada 21 April 2018, di salah satu sumber utama air di Lembah Klang, dan kemudiannya berakhir di Loji Rawatan Kumbahan Serantau Pantai 2 (P2RSTP) pada 23 April 2018.

Kempen ini merupakan usaha WWF-Malaysia bersama agensi kerajaan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan memelihara sumber air tawar dan ekosistemnya, serta kebergantungan manusia kepada sumber air. Selain itu, kempen ini bertujuan untuk membuka mata orang awam mengenai ancaman yang dihadapi sumber air tawar di Malaysia serta memahami peranan utama alam semula jadi berasaskan infrastruktur teknologi hijau dalam usaha pemuliharaan air semasa.

Seramai 30 orang peserta yang dikenali sebagai ‘Water Heroes’ terdiri daripada penaja utama, Royal Bank of Canada (RBC), selebriti tempatan, agensi kerajaan, syarikat bekalan air dan pembetungan, pakar industri air, dan rakan media. Pada penghujung perjalanan, mereka telah dibawa melawat P2RSTP untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sistem pembetungan dan memahami bagaimana air kumbahan dirawat sebelum ia dilepaskan ke perairan semulajadi.

Kolaborasi bersama WWFJourney of Water

Oleh : Huda Muhammad Farid

Page 33: Menarik di dalam - Indah Water

35Buletin INDAHAN 2018

Jurutera Rawatan di Pejabat Operasi Shah Alam, Encik Altamish Bin Abdul Mohamed juga merupakan salah seorang ‘Water Heroes’ bagi program ini. Beliau menegaskan bahawa semua orang patut melindungi alam sekitar kerana ia merupakan sumber alam semulajadi yang sangat penting dan akan memberi kesan kepada kita, sama ada baik atau buruk. Syabas diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program ini.

35Buletin INDAHAN 2018

Page 34: Menarik di dalam - Indah Water

36Buletin INDAHAN 2018

Usaha untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar giat diteruskan oleh IWK. Sistem pembetungan yang baik bukan sahaja datang dari komitmen IWK, malah keprihatinan dan tanggungjawab orang awam turut menyumbang kepada kesan pengurusan sisa air dan alam sekitar. Isu ini sering menjadi masalah utama kerana kebanyakan orang awam masih tidak faham mengenai pengurusan sisa air yang berkait rapat dengan alam sekitar.

Pada 30 November 2018 yang lalu, satu sesi Wacana Sinar berkenaan dengan topik IWK Bukan Sekadar Kumbahan telah berlangsung di Dewan Karangkraf, Shah Alam, Selangor. Antara barisan panel yang tampil dalam wacana tersebut adalah Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, YBM Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Encik Faizal Othman dan Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Dato Teo Yen Hua.

IWKBUKAN SEKADAR KUMBAHAN

Wacana Sinar

Oleh: Huda Muhammad Farid

Page 35: Menarik di dalam - Indah Water

37Buletin INDAHAN 2018

Menurut Yen Hua, langkah untuk menjaga kelestarian serta kemapanan alam sekitar adalah penting bagi memastikan generasi akan datang masih dapat menikmati pembangunan alam sekitar. Bagaimanapun, usaha meningkatkan kesedaran agak sukar dilaksanakan sekiranya masyarakat masih menganggap IWK sebagai sebuah agensi pembetungan sahaja sedangkan ia lebih daripada itu.

Kegunaan air yang dirawat oleh IWK sangat berpotensi untuk digunakan dalam aktiviti bukan minuman seperti pembinaan paya buatan, pengairan tanaman bukan makanan, perlindungan kebakaran dan lain-lain lagi. Industri pembetungan sangat luas dan hasil daripada sisa pembetungan boleh dijadikan pelbagai kegunaan untuk industri pertanian, pembinaan dan sebagainya.

Selain itu, cabaran menghadapi masalah pengguna yang enggan membayar bil IWK juga masih dihadapi sehingga kini. Namun begitu, menurut Faizal Othman, kesedaran pengguna untuk membayar bil pembetungan IWK juga semakin meningkat. Ia adalah hasil inisiatif IWK turun padang mendekati masyarakat untuk menerangkan fungsi syarikat ini. Pelbagai platform yang digunakan oleh IWK seperti e-Bill dan transaksi atas talian bagi memudahkan pembayaran. Inisiatif ini memberi kesan kepada peningkatan pembayaran yang melebihi 90 peratus.

Bagaimanapun, tarif yang dikenakan masih tidak mencukupi untuk menampung kos operasi yang semakin meningkat memandangkan setiap tahun IWK menerima teknologi baharu dengan loji-loji yang menepati piawaian dan semestinya kos meningkat dengan tarif yang mendatar. Namun dengan sistem-sistem baru ini IWK dapat memastikan operasi berjalan dengan cara paling efisien.

37Buletin INDAHAN 2018

Page 36: Menarik di dalam - Indah Water

38Buletin INDAHAN 2018

CERITAKAN SERBA SEDIKIT LATAR BELAKANG (NAMA PENUH, TARIKH LAHIR, TEMPAT ASAL, KELUARGA, DSBNYA) Nama diberi Azian binti Hj Ahmad, saya berumur 41 tahun. Lahir pada 28 August 1977 di Labuan, Sabah. Ayah seorang pesara tentera, dan saya dilahirkan di Sabah ketika ayah saya bertugas di sana. Sebenarnya, asal keluarga saya adalah dari Segamat, Johor. Walau bagaimanapun, keluarga saya sering berpindah-randah disebabkan mengikut tempat ayah saya bertugas. Saya telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai tiga orang anak berumur 13,11 dan 7 tahun.

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH, MENENGAH DAN PENGAJIAN TINGGI) Saya memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan (1) Kuala Ampang, kemudian menyambung persekolahan saya di peringkat menengah di Sekolah Menengah Hulu Kelang, Ampang, Selangor sebelum meneruskan pembelajaran di peringkat matrikulasi 1 di Sek Men Sains Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis dan seterusnya meneruskan pengajian matrikulasi 2 di kampus utama USM, Pulau Pinang. Oleh kerana minat yang mendalam di dalam bidang kejuruteraan, saya telah memilih untuk meneruskan pembelajaran dengan mengambil jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Kampus Cawangan Perak yang terletak di Tronoh, Perak (Sekarang kampus tersebut telah dibeli oleh Universiti Teknologi Petronas).

APAKAH HOBI, JENIS SUKAN DAN MUZIK YANG DIMINATI? Hobi saya adalah menonton wayang, jenis sukan adalah berenang dan untuk muzik, saya meminati semua jenis muzik yang sedap didengar. Kadang kadang bila selalu dengar lagu K-pop yang dimainkan oleh anak saya pun boleh jatuh minat. Hihi..

BOLEHKAH KONGSIKAN PENGALAMAN BEKERJA SEBELUM BERKHIDMAT DI IWK. Sebelum saya bekerja di Indah Water, saya pernah bekerja di bidang pengkilangan di bawah syarikat Brother Industry (Johor) Sdn Bhd sebagai Junior Engineer. Saya kemudiannya berhijrah ke Kuala Lumpur dan bertugas juga di industri pengkilangan di bawah syarikat Jepun, Mori Hatsujo (M) Sdn Bhd selama setahun sebagai QA Executive.

Secawan Kopi bersama AZIAN AHMAD

PENGURUS RAWATAN, INDAH WATER KONSORTIUM SDN BHD

CERITAKAN PENGALAMAN BEKERJA DI IWK (TARIKH MULA BERKHIDMAT, TEMPAT DAN JAWATAN AWAL SEHINGGA KINI, SKOP KERJA, RUTIN KERJA) Perjalanan karier saya bersama Indah Water bermula pada tahun 2001 sebagai Jurutera di bawah Jabatan Perancangan dan Kejuruteraan yang ketika itu terletak Bangunan City Square. Saya kemudiannya menyertai Jabatan Operasi dan Penyelenggaraan (OMD) pada tahun 2003 sehingga kini. Selama 15 tahun bersama OMD, terlalu banyak pengalaman berharga telah saya perolehi. Bermula sebagai Jurutera yang ditugaskan untuk menjaga bahagian SCADA dan Instrumentasi di Loji Rawatan Kumbahan Pantai 1 di mana saya perlu memastikan setiap instrument yang berada di dalam loji beroperasi dengan baik agar proses automasi dapat berjalan dengan lancar. Saya juga perlu memastikan komunikasi, ladder diagram untuk setiap PLC berfungsi sepenuhnya dan proses automasi berjalan seperti yang dikehendaki.

Saya kemudiannya meneruskan tugas di Loji Rawatan Kumbahan Bandar Tun Razak sebagai jurutera SCADA dan Instrumentasi, sebelum ditugaskan untuk mengambil alih bahagian Mekanikal dan Elektrikal serta SCADA dan Instrumentasi sekaligus. Setelah beberapa tahun, saya kemudiannya diberikan kepercayaan untuk mengendalikan seksyen ‘Liquid Process’, di mana saya perlu memastikan air kumbahan yang diterima, dirawat dengan baik sebelum dilepaskan. Bagi saya, ini adalah seksyen yang paling saya gemari kerana ketika saya mengendalikan sekyen ini, pelbagai cabaran, inisiatif serta optimasi telah dapat kami lakukan dengan jayanya. Selain dari tugas sebagai Jurutera, saya juga berpeluang untuk melibatkan diri dengan aktiviti pensijilan ISO 9001 dan 14001.

Bagi saya, pengalaman saya bertugas di loji Bandar Tun Razak amatlah berharga kerana di situlah saya banyak belajar tentang cara yang terbaik untuk mengoperasi loji.

Pada tahun 2013, saya telah ditugaskan di Ibu Pejabat di bawah unit ‘Quality and Information Management’ di bawah OMD. Tugas di sini juga amat mencabar kerana ia sangat berbeza dengan cara kerja saya di loji. Banyak data, informasi dan analisa yang perlu dilakukan bagi memastikan data-data ini dapat digunapakai dengan betul bagi memastikan strategi-strategi yang dirancang dapat disempurnakan dengan berkesan.

Pada tahun 2017, saya berpeluang untuk meneruskan tugasan saya di Pejabat Operasi Pulau Pinang untuk menguruskan kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan di Loji Rawatan Kumbahan Serantau Jelutong dan Batu Feringghi. Kedua-dua loji ini amat sensitif dan sentiasa menjadi tumpuan pelbagai pihak untuk lawatan, penguatkuasaan serta rujukan, terutama sekali Loji Rawatan Kumbahan Serantau Batu Ferringhi, di mana ianya terletak betul-betul di hadapan Hotel Hard Rock Penang,

Page 37: Menarik di dalam - Indah Water

39Buletin INDAHAN 2018

AZIAN AHMADPENGURUS RAWATAN

INDAH WATER KONSORTIUM SDN BHD

tempat tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Kami perlu sentiasa memastikan efluen terawat bukan sahaja mematuhi piawaian, malahan perlu lebih baik dari itu.

Kini, saya telah ditugaskan untuk menguruskan kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan Loji Rawatan Kumbahan Serantau Pantai 2, loji rawatan yang moden dan berteknologi hijau yang pertama di Malaysia serta loji-loji lain di bawah kawasan Selatan Kuala Lumpur. Saya masih lagi cuba untuk memahirkan diri saya dan senantiasa bertanya kepada pasukan saya yang telah lama berkhidmat di sana.

PENGALAMAN YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN SEPANJANG BERKHIDMAT DI IWK SERTA PENCAPAIAN SEPANJANG BERKHIDMAT Pengalaman yang tidak boleh dilupakan sepanjang berkhidmat di IWK adalah apabila saya menerima anugerah hasil daripada keringat dan usaha saya iaitu Bandar Tun Razak STP - STP pertama yang dianugerahkan ISO 9001 dan ISO 14001, anugerah pekerja terbaik tahun 2012 dan anugerah STP terbaik (Loji Rawatan Kumbahan Serantau Batu Ferringhi) daripada ‘The Malaysian Water Association’.

APAKAH PANDANGAN ANDA MENGENAI PERSEPSI ORANG AWAM TERHADAP IWK DAN POTENSI BISNES IWKWalaupun tahap penerimaan terhadap IWK semakin baik, tetapi saya tidak dapat menafikan yang masih ramai tidak faham mengenai fungsi dan peranan IWK. Berpeluang bertugas di loji yang terletak di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Penang, saya dapati kesedaran pelanggan terhadap kemampuan IWK mengurus dan menyelenggara sistem pembetungan adalah amat baik. Pun begitu, mereka senantiasa mengharapkan servis yang terbaik diterima oleh mereka sejajar dengan komitmen mereka melunaskan pembayaran bil-bil IWK. Saya masih ingat semasa saya bertugas di Loji Rawatan Kumbahan Serantau Batu Ferringhi, ada satu lawatan yang diuruskan oleh Penang Green Council di mana, mereka telah membuka peluang untuk orang awam melawat loji di Feringghi. Amat mengujakan bahawa sambutan yang diterima oleh orang awam sangat menggalakkan. Kita dapat lihat mereka sangat berminat untuk mengetahui apa yang berlaku di sebalik tabir tugasan di IWK.

BAGAIMANA ANDA MENGHADAPI DAN MENANGANI MASALAH PROVOKASI DARI PIHAK YANG SERING MENYALAHKAN IWK APABILA BERLAKU ISU YANG TIDAK DIINGINI?Seperti yang kita sedia maklum, IWK merupakan salah sebuah syarikat utiliti dan perkhidmatan IWK adalah amat penting dalam memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati hidup yang selesa. Walaubagaimanapun, kadangkala terdapat isu-isu yang tidak diingini berlaku contohnya seperti limpahan air kumbahan, tandas tidak dapat digunakan akibat paip kumbahan penuh, isu paip tersumbat dan sebagainya. Masalah ini kadangkala memang tidak dapat dielakkan disebabkan oleh faktor usia paip pembetungan yang telah tua, pembuangan minyak dan gris ke dalam paip pembetungan tanpa kawalan, aktiviti pengorekan jalan dan tanah tanpa kajian dan sebagainya yang menyebabkan pengguna tidak selesa, lebih-lebih lagi ianya melibatkan air kumbahan. Bagi mengatasi atau menenangkan pihak yang membuat provokasi ini, penerangan yang tepat dan berkesan perlu dilakukan diikuti dengan tindakan pantas dari pihak IWK untuk menyelesaikan isu tersebut. Kita juga

tidak boleh beremosi dalam menyelesaikan masalah-masalah provokasi ini, sebaliknya perlu bersikap profesional supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan baik. Hubungan baik dengan pelanggan dan penduduk setempat adalah perlu dan sangat penting bagi membolehkan mereka lebih memahami isu yang dihadapi.

BEBERAPA BULAN LAGI IWK AKAN MENYAMBUT ULANGTAHUN PERKHIDMATAN YANG KE-25. APAKAH HARAPAN ANDA TERHADAP SISTEM PEMBETUNGAN NEGARA?Saya amat bangga dengan pencapaian IWK pada masa ini. IWK juga sering menjadi rujukan daripada negara-negara luar untuk pembangunan sistem pembetungan di negara mereka. Adalah amat jelas bahawa sistem pembetungan negara kita telah berubah dan semakin maju ke hadapan. Saya amat berharap agar sistem pembetungan negara kita dapat berdiri dan dipandang tinggi seperti syarikat utiliti yang lain seperti Tenaga Nasional. Saya juga berharap agar rakyat akan lebih menyedari akan kepentingan syarikat IWK di Malaysia ini. Selain itu, saya juga berharap agar tarif pembetungan dapat disemak semula sejajar dengan kenaikan kos pada masa kini terutamanya kos bahan api yang merupakan kos terbesar ditanggung oleh IWK untuk memastikan operasi loji dapat berjalan dengan lancar.

APAKAH MOTO HIDUP ANDA?Moto hidup saya adalah sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik.

NASIHAT KEPADA SEMUA KAKITANGAN UNTUK LEBIH MAJU KE HADAPAN.Pandangan saya yang mungkin boleh dikongsi bersama rakan sekerja yang lain adalah perlu sentiasa memberikan yang terbaik dalam apa jua yang kita lakukan, sentiasa ikhlas, tidak malu untuk selalu belajar dan bertanya serta tidak kedekut untuk berkongsi ilmu.

Page 38: Menarik di dalam - Indah Water

40Buletin INDAHAN 2018

GALERI PEMBETUNGAN PERTAMA DI MALAYSIA

40

Page 39: Menarik di dalam - Indah Water

41Buletin INDAHAN 2018

Majlis perasmian Galeri Pembetungan IWK telah disempurnakan oleh bekas Pengerusi IWK, Tan Sri Abu Zahar Ujang pada 9 Ogos 2018 di Loji Rawatan Kumbahan Serantau Pantai 1, Kuala Lumpur. Perasmian tersebut disaksikan oleh Ahli Lembaga Pengarah IWK, Encik Adam Saffian Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Encik Faizal Othman, Ketua Pegawai Operasi IWK, Ir Mohamed Haniffa Abdul Hamid serta Ketua-ketua Jabatan IWK. Terdahulu, Galeri Pembetungan IWK merupakan stesen pam pertama Malaysia yang telah dibina pada tahun 1956.

41Buletin INDAHAN 2018

Ia telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Tengku Abdul Aziz Shah, Raja Muda Selangor pada Februari 1959 sempena pembukaan rancangan besar pembetungan dan pusat pembersihan Kuala Lumpur. Stesen pam tersebut telah dinaiktaraf kepada Galeri Pembetungan di mana khazanah-khazanah lama berkaitan pembetungan dijadikan bahan pameran bersejarah dalam galeri sambil mengekalkan ciri-ciri asal stesen pam tersebut.

Page 40: Menarik di dalam - Indah Water

42Buletin INDAHAN 2018

INFO MENARIK

Jutawan Microsoft, Bill Gates telah melancarkan tandas futuristik yang tidak memerlukan air atau pembetung dan menggunakan bahan kimia untuk menjadikan sisa manusia menjadi baja. Tandas tersebut akan dijual dan ia merupakan gagasan projek penyelidikan yang dibiayai oleh Yayasan Bill dan Melinda Gates, organisasi swasta terbesar di dunia. Apabila Gates mengumumkan hal ini di Twitter, dia mengakui dia ‘suka’ membincangkan topik berkenaan dengan tandas.

Perkara ini mungkin pelik tetapi menurut yayasan tersebut, sanitasi yang buruk boleh membunuh setengah juta kanak-kanak di bawah umur lima tahun setiap tahun dan menelan kos dunia lebih dari USD200 bilion setahun untuk menampung penjagaan kesihatan. Terdapat pelbagai reka bentuk tandas baru, tetapi semuanya berfungsi dengan memisahkan sisa cecair dan pepejal. ‘Tandas semasa hanya menghantar sisa di dalam air, sedangkan tandas ini tidak mempunyai pembetung,’ kata Gates. Dia membandingkan perubahan dari tandas tradisional menjadi model tanpa air seperti yang serupa dengan pembangunan

dalam pengkomputeran sekitar masa yang dia menubuhkan Microsoft pada pertengahan 1970-an.

Yayasan Gates telah menghabiskan kos kira-kira USD200 juta untuk projek tandas dan mengharapkan untuk menghabiskan jumlah yang sama sekali lagi sebelum tandas berdaya maju untuk pengedaran berskala luas. ‘Tahun ini, jumlah tandas tentu akan berada pada 100-an sementara orang masih menendang tayar (menguji mereka),’ kata Gates. Semasa ucapan pada majlis di Beijing, Gates memegang sebotol najis manusia untuk menggambarkan pentingnya meningkatkan sanitasi.

“Ini adalah kali pertama Yayasan Gates telah menangani peristiwa di China, di mana Presiden Xi Jinping mempromosikan revolusi tandas tiga tahun untuk membina 64,000 tandas awam menjelang tahun 2020 untuk membantu meningkatkan pelancongan dan pertumbuhan ekonomi. Gates berkata langkah seterusnya bagi projek ini adalah untuk mengetengahkan konsep itu kepada pengilang, dengan mengatakan ia menjangkakan pasaran untuk tandas melebihi USD6 bilion menjelang tahun 2030.

Sumber: https://metro.co.uk/2018/11/06/bill-gates-unveils-toilet-of-the-future-and-admits-he-really-loves-lavatories-8109420/

Rekaan Bill Gates

Page 41: Menarik di dalam - Indah Water

43Buletin INDAHAN 2018

WATER STRESS BY COUNTRY 2040

INFO MENARIK

14 of the 33 likely most water stressed countries in 2040 are in the Middle East, including 9 considered extremely highly stressed with a score of 5/5: Bahrain, Kuwait, Palestine, Qatar, United Arab Emirates, Israel, Saudi Arabia, Oman and Lebanon.

Page 42: Menarik di dalam - Indah Water

44Buletin INDAHAN 2018

Page 43: Menarik di dalam - Indah Water

45Buletin INDAHAN 2018

Kenduri 1 Wilayah, Eco Park, Kuala Lumpur.

Majlis Pelancaran Pusat Informasi Awam - Projek Pembetungan Langat

IMBASAN 2018

Thaipusam Charity Event oleh Pejabat Operasi Gombak

45Buletin INDAHAN 2018

Hari Air Sedunia, Kuala Kangsar, Perak

Page 44: Menarik di dalam - Indah Water

46Buletin INDAHAN 2018

IMBASAN 2018

Program Walkabout, Raub.

Hari Organik CETDEM 2018, Petaling Jaya

Program S.U.K.A, Kuala Lumpur

46Buletin INDAHAN 2018

Seminar Kesedaran Perlindungan Lapisan Ozon, Melaka

Page 45: Menarik di dalam - Indah Water

47Buletin INDAHAN 2018

IMBASAN 2018

Program Demo Silat Cekak, Ibu pejabat Kuala Lumpur

Trenchless Asia 2018, Kuala Lumpur

Asia Water 2018, Kuala Lumpur

47Buletin INDAHAN 2018

Page 46: Menarik di dalam - Indah Water

48Buletin INDAHAN 2018

Penang World Water Day, Pulau Pinang

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Rumah Amal Cahaya Kasih Bestari, Subang, Selangor

Kempen Derma DarahIbu Pejabat, Kuala Lumpur

Retro Raya, Eco Park, Kuala Lumpur

IMBASAN 2018

Page 47: Menarik di dalam - Indah Water

49Buletin INDAHAN 2018

Lawatan Menteri Wilayah ke Loji Rawatan Kumbahan Serantau Titiwangsa, Kuala Lumpur

Retro Raya, Eco Park, Kuala Lumpur

Majlis Perasmian Pengindahan Bandar, Kuala Lumpur

KIND Malaysia, Kuala Lumpur

49Buletin INDAHAN 2018

IMBASAN 2018

Taklimat BOM, Ibu Pejabat Kuala Lumpur

Perhimpunan Bulanan Kerajaan Melaka

IGEM 2018, Kuala Lumpur

Page 48: Menarik di dalam - Indah Water

50Buletin INDAHAN 2018

Karnival Sukan 2018Kuala Lumpur, Eco Park, Kuala Lumpur

Sambutan Deepavali, Bukit Damansara

50Buletin INDAHAN 2018

Pusat Zakat Selangor, Surau Al-Hidayah, Ibu Pejabat IWK