MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi...

67
MENCARI RAHMAT ALLAH DI SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT HAFIZ F IRDAUS ABDULLAH SYAFIQ HADZIR

Transcript of MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi...

Page 1: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

MENCARI RAHMAT ALLAH DI

SEBALIK PERBEZAAN

PENDAPAT

HAFIZ FIRDAUS ABDULLAH

SYAFIQ HADZIR

Page 2: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Hak Cipta © 2018 Syafiq Hadzir.

Hak Cipta Terpelihara.

Tidak ada bahagian daripada penerbitan ini yang bolehditerbitkan semula, diedarkan, atau disiarkan dalamsebarang bentuk atau dengan apa-apa cara, termasukfotokopi, rakaman, atau kaedah elektronik atau mekanikalyang lain, atau dengan apa jua cara lain yang boleh diperolehisemula dari mana-mana sistem penyimpanan danpengambilan maklumat tanpa kebenaran bertulis daripadapenerbit, kecuali dalam hal petikan yang sangat ringkas yangterkandung ulasan kritikal dan penggunaan bukan komersiallain yang dibenarkan oleh undang-undang hak cipta.

Penerbitan buku yang dikarang oleh Kapten Hafiz FirdausAbdullah ini telah disunting dan diterbitkan semula dalambentuk PDF oleh Syafiq Hadzir bagi memudahkanmasyarakat untuk mengenal pasti perbezaan pendapat yangmana sesuai dengan apa yang dinyatakan di dalam al-Qurandan al-Sunnah atau pendapat yang menyimpang.

Buku ini telah diperkemaskan semula ejaan-ejaan didalamnya berpandukan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustakaberdasarkan teks asal yang di ambil dari laman sesawangrasmi Kapten Hafiz Firdaus Abdullah.

(www.hafizfirdaus.com)

Page 3: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Hak Cipta © Hafiz Firdaus Abdullah

Hak Cipta Terpelihara

Judul:

Mencari Rahmat Allah Di Sebalik Perbezaan Pendapat

Penulis

Hafiz Firdaus Abdullah

[email protected]

Penyunting

Hafiz Firdaus Abdullah

[email protected]

019-384 8467

Tidak dibenarkan mengulang cetak atau menyalin

dengan apa cara jua untuk tujuan komersial tanpa

keizinan bertulis daripada penulis atau penerbit.

Page 4: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Penerbit (Asal):

Perniagaan Jahabersa

15, Jalan Dataran 3/3, Taman Kempas,

81200 Johor Bahru,

Johor Darul Takzim,

Malaysia

Tel: 07-235 1602, 235 1605

Fax: 07-235 1603

http://www,jahabersa.com.my

[email protected]

[email protected]

Cetakan Pertama: 2006

Page 5: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Penerbit (PDF):

Syafiq Hadzir

019-904 3852 (Whatsapp)

https://syafiqhadzir.com

[email protected]

Cetakan Pertama: 2018

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui e-mel

dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang

tertera di atas.

Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

terlibat di dalam apa sahaja bentuk perniagaan

berkaitan penerbitan ini sebelum, selepas atau sewaktu

buku ini diterbitkan semula ke dalam bentuk PDF.

Pengulangan cetak atau penyalinan semula dengan apa

cara jua untuk tujuan komersial tanpa keizinan bertulis

daripada penulis atau penerbit asal adalah dilarang

sama sekali.

Page 6: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Kandungan

Perbezaan Pendapat Adalah Ujian Allah 1

Kategori Pertama 7

Kepelbagaian Pendapat Yang Dibenarkan 7

Sebab-Sebab Berlakunya Kepelbagaian 10

Mendapatkan Rahmat Allah 12

Kategori Kedua 23

Kepelbagaian Pendapat Yang Dilarang 23

Sebab-Sebab Berlakunya Kepelbagaian 23

Mendapatkan Rahmat Allah 32

Persatuan Dan Pendapat 51

Perbezaan Pendapat Adalah Ujian Allah 58

Page 7: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Perbezaan Pendapat Adalah Ujian Allah

إن الحمد هلل نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بااهلل من شرور انفسنا

ومن سيئات اعمالنا من يهده اهلل فال مضل له ومن يضلل فال هادي له

ونشهد أن ال إله اال اهلل وحده الشريك له ونشهد أن محمدا عبده ورسوله

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha

Penyayang. Segala puji bagi Allah, kami memuji-Nya dan

kami memohon pertolongan-Nya dan kami memohon

keampunan-Nya, dan kami berlindung kepada Allah dari

keburukan diri kami dan dari keburukan perbuatan kami.

Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah

kesesatan baginya dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah

maka tiadalah petunjuk baginya. Kami bersaksi bahawa

tiada tuhan kecuali Allah yang Maha Esa, tiada sekutu

bagi-Nya dan kami bersaksi bahawa Muhammad adalah

hamba-Nya dan Rasul-Nya.[1]

1 Buku kecil ini asalnya adalah kertas kuliah yang saya susun atas

permintaan para pelajar Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Ia telah

saya bentangkan pada 1 April 2006 di surau Kolej Kediaman

Kelima, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Kemudian saya juga telah

membentangkan kertas kuliah ini pada 7 April 2006 di Dewan

Muktamar 1, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti

Institut Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Hasil daripada

maklumbalas para hadirin, saya telah melakukan beberapa

penambahan dan ubahsuai sehingga akhirnya menjadi buku kecil

ini. Segala puji hanya bagi Allah.

1

Page 8: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Firman Allah Subhanahuwataala:

الذي خلق الموت والحياة ليبلوكم أيكم أحسن عمال وهو العزيز

الغفور

Dia-lah yang telah menciptakan adanya mati dan hidup

(kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan

kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik

amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu),

lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang

bertaubat).[2]

Kehidupan ini, sama ada disedari atau tidak, adalah

merupakan ujian daripada Allah Subhanahuwataala demi

menentukan siapakah yang terbaik amalannya. Ujian

tersebut wujud dalam pelbagai bentuk, sebahagiannya

kita kenali dan sebahagian lain tidak kita kenali.

2 al-Mulk 67:02.

2

Page 9: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Antara ujian tersebut ialah bagaimana sikap kita apabila

berhadapan dengan perbezaan pendapat dalam agama.

Ujian ini boleh dirujuk kepada firman Allah dalam ayat

berikut:

ة واحدة وال يزالون مختلفين إال من ولو شاء ربك لجعل الناس أم

ة ك ألمألن جهنم من الجن ت كلمة رب رحم ربك ولذلك خلقهم وتم

والناس أجمعين

Dan kalaulah Tuhanmu menghendaki, tentulah Dia

menjadikan umat manusia semuanya umat yang satu.

(Tetapi Dia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah

mereka terus-menerus berselisihan.

Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh

Tuhanmu, (mereka tidak berselisihan) dan untuk

(perselisihan dan rahmat) itulah Allah menciptakan

manusia.[3]

3 Hud 11:118-119.

3

Page 10: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Daripada ayat di atas dapat difahami bahawa:

• Allah Subhanahuwataala berkuasa untuk

menjadikan manusia semuanya bersepakat di atas

satu agama, satu pendapat.

• Akan tetapi Allah sengaja tidak berbuat demikian,

maka kerana itulah manusia sentiasa berbeza

pendapat. Dalam ertikata yang lain, menjadi fitrah

manusia untuk saling berbeza pendapat antara

satu sama lain.

Pengecualian adalah bagi mereka yang diberi

rahmat oleh Allah Subhanahuwataala, dimana mereka

tidak berbeza pendapat. “Tidak berbeza pendapat”

bukanlah bererti mereka semua bersepakat di atas satu

pendapat, akan tetapi mereka bersikap terbuka kepada

beberapa pendapat yang ada sehingga di sisi mereka,

“perbezaan” tersebut sebenarnya adalah satu

“kepelbagaian”.

4

Page 11: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

• Demikian merupakan antara sebab Allah

Subhanahuwataala mencipta manusia, sekaligus

menjadi ujian bagi mereka. Orang yang gagal ujian

tersebut dapat dikenali dengan sikapnya yang

sentiasa negatif apabila berhadapan dengan

perbezaan pendapat. Orang yang lulus pula, yakni

yang diberi rahmat oleh Allah, dapat dikenali

dengan sikapnya yang sentiasa positif apabila

berhadapan dengan kepelbagaian pendapat.

• Berdasarkan ayat di atas juga dapat ditegaskan

bahawa usaha sebahagian orang yang cuba

menyatukan umat Islam di atas satu pendapat

adalah sia-sia kerana ia bertentangan dengan

fitrah manusia dan kehendak Allah.

• Sebaliknya usaha sebahagian lain yang cuba

membuka umat Islam ke arah bersatu di atas

kepelbagaian pendapat, mereka itulah yang

berada di atas jalan yang benar, yang akan

mendapat rahmat Allah Subhanahuwataala, insya-

Allah.

5

Page 12: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Apabila saya menyebut “terbuka kepada

kepelbagaian pendapat”, ia sebenarnya memerlukan

perincian. Ini kerana kepelbagaian pendapat terbahagi

kepada dua jenis.

• Pertama adalah kepelbagaian yang dibenarkan

oleh Islam.

• Kedua adalah kepelbagaian yang dilarang oleh

Islam.

6

Page 13: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Kategori Pertama:

Kepelbagaian Pendapat Yang Dibenarkan.

Islam membenarkan kepelbagaian pendapat

apabila berhadapan dengan isu-isu cabang (furu’) selagi

mana pokoknya (usul) berdiri di atas sesuatu yang

disepakati. Perkara ini dapat diumpamakan kepada

sebuah pokok dimana batangnya hanya satu manakala

cabangnya, yakni dahannya, pelbagai bentuk dan panjang.

Demikian jugalah dengan kepelbagaian pendapat

yang dibenarkan dalam Islam. Ia dibenarkan selagi mana

kepelbagaian tersebut terhasil daripada pokok atau usul

yang disepakati. Pokok atau usul yang dimaksudkan

adalah al-Qur’an dan al-Sunnah yang difahami

berdasarkan pemahaman para sahabat dan kaedah-

kaedah ilmu yang digariskan oleh para ilmuan Islam.

Al-Qur’an dan al-Sunnah sahaja tidak mencukupi

kerana sejarah telah membuktikan kewujudan banyak

individu atau aliran menyeleweng yang tetap merujuk

kepada al-Qur’an dan al-Sunnah, akan tetapi mereka

mentakwilkannya ke arah kefahaman yang mereka

kehendaki sendiri. Maka perlu ditambah dengan syarat

7

Page 14: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

“berdasarkan pemahaman para sahabat” kerana

merekalah, para sahabat Rasulullah radiallahuanhum

yang paling memahami tujuan, konteks dan cara

mempraktikkan al-Qur’an dan al-Sunnah.

Adapun “kaedah-kaedah ilmu”, maka yang

dimaksudkan ialah ilmu Usul al-Tafsir, ilmu Takhrij Hadith,

ilmu Usul al-Fiqh dan sebagainya. Perinciannya adalah

seperti berikut:

• Ilmu Usul al-Tafsir antara lain merangkumi

bentuk penyusunan ayat, kategori ayat antara

Makkiyyah dan Madaniyyah, antara Muhkamat dan

Mutasyabihat, Nasikh dan Mansukh dan pelbagai

kaedah dalam menafsirkan sesebuah ayat.

• Ilmu Takhrij Hadith merujuk kepada kaedah

mengambil sesebuah hadis daripada kitabnya yang

asal, menelusuri sanad-sanad atau jalan-jalan

periwayatannya, menyemak kedudukan para

perawinya dari sudut al-Jarh wa al-Ta’dil dan

akhirnya menilai darjat hadis tersebut sama ada

sahih, hasan, dhaif dan seterusnya.

8

Page 15: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

• Ilmu Usul al-Fiqh ialah ilmu yang menggariskan

kaedah-kaedah untuk mengeluarkan hukum

daripada nas al-Qur’an dan al-Sunnah. Selain itu

hukum juga boleh dikeluarkan melalui kaedah lain

seperti ijma’, qiyas, istihsan, istihlah, qaul shahabah

dan sebagainya.

9

Page 16: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Sebab-Sebab Berlakunya Kepelbagaian Pendapat

Kategori Pertama.

Mungkin ada yang bertanya, jika pokok atau

usulnya adalah sesuatu yang disepakati, kenapakah hasil

yang muncul daripadanya adalah pelbagai? Ringkasnya,

persoalan ini dapat dijawab sebagai berikut:

1. Sebahagian nas, yakni ayat al-Qur’an atau al-

Sunnah, ada yang memiliki satu maksud (Qath’ie)

manakala sebahagian lain ada yang memiliki

beberapa maksud (Dzanni). Terhadap nas yang

memiliki satu maksud, memang tidak ada

kepelbagaian pendapat yang dibenarkan. Akan

tetapi bagi nas yang memiliki beberapa maksud,

kepelbagaian pendapat mungkin berlaku dan ini

dibenarkan.

2. Setiap hadis perlu dinilai darjat kekuatannya

sebelum dapat dijadikan sumber hukum. Akan

tetapi dalam menilai kekuatan hadis, berlaku

kepelbagaian pendapat sehingga sebahagian

tokoh mungkin menilai sesebuah hadis sebagai

sahih manakala sebahagian tokoh yang lain

mungkin menilai hadis yang sama sebagai dhaif.

10

Page 17: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Ini adalah kepelbagaian pendapat yang

dibenarkan selagi mana tokoh-tokoh tersebut

adalah mereka yang layak untuk menilai darjat

hadis.

3. al-Qur’an dan al-Sunnah perlu difahami mengikut

kefahaman para sahabat dan kaedah-kaedah ilmu

yang telah digariskan oleh para ilmuan Islam.

Namun adakalanya timbul kepelbagaian dalam

memilih metod kefahaman atau kaedah yang

paling tepat, sehingga akhirnya menghasilkan

kesimpulan hukum yang pelbagai. Ini sekali lagi

merupakan kepelbagaian yang dibenarkan selagi

mana ia terhasil daripada mereka yang layak untuk

berijtihad.[4]

4 Contoh-contoh bagi kepelbagaian ini telah saya kemukakan dalam

buku Pedoman-Pedoman Bermazhab Dalam Islam (Jahabersa,

Johor Bahru, 2004).

11

Page 18: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Cara Mendapat Rahmat Allah Di Sebalik Kepelbagaian Pendapat Kategori Pertama.

Terdapat tiga cara utama untuk mendapat rahmat

Allah Subhanahuwataala apabila berinteraksi dengan

kepelbagaian pendapat yang duduk dalam kategori

pertama ini. Sebelum menyenaraikan cara-cara tersebut,

ingin saya tegaskan bahawa seseorang itu hendaklah

terlebih dahulu memastikan bahawa sesuatu

kepelbagaian pendapat tersebut benar-benar duduk

dalam kategori pertama ini. Jika ragu-ragu atau tidak

pasti, cara-cara yang bakal disenaraikan di bawah tidak

boleh dipraktikkan.

Pertama: Menerima Dan Mempraktikkan Semua

Pendapat.

Jika di dalam sesuatu perkara terdapat

kepelbagaian pendapat, hendaklah diterima dan

dipraktikkan semua pendapat yang wujud dalam

kepelbagaian tersebut. Tidak boleh menerima satu

pendapat sahaja kerana ia bererti menyempitkan sesuatu

yang luas.

12

Page 19: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Tidak boleh mempraktikkan satu pendapat sahaja

kerana ia akan memberi sangkaan kepada orang awam

bahawa dalam perkara tersebut hanya ada satu pendapat.

Malah, sangkaan tersebut akan beralih kepada satu

keyakinan palsu bahawa hanya apa yang dipraktikkan

adalah betul manakala praktik lain adalah salah.

Oleh itu, dengan menjadikan solat berjamaah

sebagai contoh, jika imam membaca Basmalah dengan

kuat bagi solat Maghrib, hendaklah dia membaca

Basmalah dengan perlahan bagi solat Isyak. Jika pada hari

ini imam membaca doa qunut bagi solat Subuh,

hendaklah pada esok harinya dia tidak membaca doa

qunut. Jika imam selepas solat Zohor berzikir secara

perlahan, hendaklah selepas solat Asar dia berzikir

dengan kuat atas tujuan mengajar makmum, dengan

syarat zikir tersebut adalah sahih daripada Rasulullah

Sallallahualaihiwasallam dan ia pula tidak mengganggu

makmum yang masbuq.[5]

5 Lebih lanjut tentang hukum membaca Basmalah, doa qunut Subuh

dan zikir selepas solat, sila rujuk buku Beberapa Persoalan Lazim

Tentang Solat oleh Mohd. Yaakub Mohd Yunus (Jahabersa, Johor

Bahru, 2006).

13

Page 20: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Merupakan sesuatu yang amat naïve lagi jumud

apabila kita dapati sebahagian orang masa kini yang

berpendapat praktik pelbagai seperti yang saya sebut di

atas akan menyebabkan perpecahan kepada umat Islam.

Sebenarnya merekalah yang menyebabkan perpecahan.

Ini kerana sikap mereka yang hanya menerima dan

mempraktikan satu pendapat di antara kepelbagaian

pendapat akan memberi sangkaan kepada masyarakat

bahawa yang benar hanyalah apa yang mereka praktikkan

manakala apa yang dipraktikkan oleh masyarakat lain di

tempat lain adalah salah.

14

Page 21: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Dr. Abdullah bin Md Zin menjelaskan:

“Pihak yang berusaha menyatukan umat Islam

dalam satu pendapat yang tidak berbeza tentang hukum-

hukum ibadat, muamalah dan masalah furu’ yang lain,

mereka sebenarnya menginginkan sesuatu yang tidak

boleh berlaku. Usaha-usaha mereka untuk menghapuskan

perbezaan itu tidak akan menghasilkan apa-apa selain

melebarkan lagi jurang perbezaan dan perselisihan itu

sendiri.” [6]

Dari satu sudut, menerima dan mempraktikkan

satu pendapat memang kelihatan seolah-olah

menyatukan umat. Akan tetapi ia hanyalah persatuan dari

sudut yang amat kecil dan jangka masa pendek. Jika

diukur dari sudut umat Islam sedunia dan dalam jangka

masa panjang, ia sebenarnya adalah perpecahan yang

dilarang oleh Islam. Justeru persatuan atau perpecahan

umat Islam sangat bergantung kepada bagaimana cara

kita berinteraksi dengan kepelbagaian pendapat.

Hendaklah mereka yang mampu berfikir memikirkan

semula hal ini.

6 Adab Mengendalikan Perbezaan Pendapat Menurut Islam (JAKIM,

2005), ms. 21.

15

Page 22: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Kedua: Memberi Prioriti Kepada Usaha Lain Yang Lebih

Penting.

Tidak dinafikan bahawa di dalam sesuatu

kepelbagaian pendapat, seorang itu mampu mengkaji dan

mengunggulkan satu pendapat yang paling kuat (rajih).

Akan tetapi apa yang dianggap kuat olehnya mungkin

dianggap lemah (marjuh) oleh orang yang lain dan

demikianlah sebaliknya. Perkara ini, yakni timbul

tenggelam antara rajih dan marjuh, tidak pernah akan

mengenal titik noktah.

Maka apabila berinteraksi dengan kepelbagaian

pendapat yang duduk dalam kategori pertama ini,

seseorang itu hendaklah mempraktikkan Fiqh al-

Awlawiyyat. Fiqh al-Awlawiyyat ialah memberi prioriti

kepada perkara yang sememangnya memerlukan prioriti

mengikut tempat, masa dan keadaan. Seorang muslim

yang cemerlang, hebat dan mengharapkan rahmat Allah

bukanlah terdiri daripada mereka yang melakukan amalan

sesuka hatinya, akan tetapi adalah mereka yang mampu

menilai antara beberapa amalan yang ada, manakah yang

patut diberi tumpuan demi manfaat untuk seluruh umat

Islam.

16

Page 23: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Memerah fikiran dan mengembeling tenaga untuk

membeza antara yang rajih dan marjuh bagi sesuatu

kepelbagaian pendapat yang duduk dalam kategori

pertama tidak sepatutnya menjadi prioriti seorang

muslim yang hendak mencari rahmat Allah pada masa dan

zaman kini. Terdapat banyak isu lain yang sepatutnya

diberi prioriti, seperti membanteras bid’ah, membetulkan

penyelewengan agama oleh golongan Islam Liberal,

Syi‘ah, Orientalis dan media, berdakwah kepada golongan

bukan Islam dan melakukan amar ma’ruf serta nahi

mungkar.

17

Page 24: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Ketiga: Memberi Tumpuan Kepada Pendapat Yang Lebih

Memudahkan.

Seandainya di dalam sesuatu kepelbagaian

terdapat pendapat atau hukum yang lebih memudahkan

umat Islam, hendaklah diberi tumpuan kepada pendapat

atau hukum tersebut. Ini disebut sebagai Fiqh al-Taysir

dan ia memang selari dengan tuntutan al-Qur’an dan al-

Sunnah. Dalam al-Qur’an umpamanya, Allah

Subhanahuwataala mengajar kita sebuah doa yang

berbunyi:

ف الله نفسا إال وسعها لها ما كسبت وعليها ما اكتسبت ربنا ال يكل

ال تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأنا ربنا وال تحمل علينا إصرا كما

لنا ما ال طاقة لنا به واعف حملته على الذين من قبلنا ربنا وال تحم

عنا واغفر لنا وارحمنا أنت موالنا فانصرنا على القوم الكافرين

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengira kami

salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan

kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami

bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau

bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada

kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan

kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya.

18

Page 25: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah

dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah

Penolong kami; oleh itu tolonglah kami untuk mencapai

kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.” [7]

Rasulullah Sallallahualaihiwasallam juga pernah berpesan:

روا روا وال تنف روا وبش روا وال تعس يس

“Permudahkanlah dan jangan menyusahkan,

gembirakanlah dan jangan menakutkan.”[8]

Contoh pendapat yang lebih mudah dalam

kepelbagaian pendapat yang dibenarkan adalah syarat

yang membolehkan seseorang itu mempraktikkan

hukum-hukum musafir. Secara umumnya pendapat

tentang syarat-syarat boleh dibahagikan kepada dua:

• Pendapat Pertama adalah yang meletakkan jarak

minima dan tempoh maksima sebelum seseorang

itu dapat mempraktikkan hukum-hukum musafir.

Pendapat ini seterusnya terbahagi kepada

7 al-Baqarah 2:286

8 Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahih-nya – hadis no:69.

19

Page 26: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

• beberapa pendapat yang lain. Masyhur di

Malaysia, jarak minima ditetapkan sebagai 90

kilometer manakala tempoh maksimun ialah 3

hari. Jika seseorang itu membuat satu perjalanan

yang melebihi 90 kilometer dan keseluruhan

perjalanan itu pula kurang daripada 3 hari, maka

dia boleh mengqasarkan solatnya dan berbuka jika

dia sedang berpuasa.

• Pendapat Kedua adalah yang tidak meletakkan

apa-apa jarak minima atau tempoh maksima.

Asalkan seseorang itu membuat satu perjalanan

yang melebihi kebiasaan dan tidak berniat untuk

menetap dalam perjalanan tersebut, dia boleh

meng-qasar-kan solatnya dan berbuka jika dia

sedang berpuasa.

Jika dianalisa, Pendapat Kedua adalah lebih

memudahkan dan mendekati tujuan syariat Islam yang

ingin mengelakkan kesukaran bagi seorang yang sedang

bermusafir. Ini kerana individu yang berlainan akan

menghadapi kadar kesukaran yang berbeza antara satu

sama lain dalam perjalanan yang saling berlainan.

Menetapkan syarat yang sama bagi semua individu dalam

semua perjalanan menjauhi tujuan syariat di sebalik

20

Page 27: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

hukum musafir itu sendiri.[9]

Adakalanya sebahagian orang keberatan untuk

menyampaikan sesuatu yang memudahkan umat kerana

sikap berhati-hati dan bimbang kemudahan tersebut akan

diperlecehkan oleh masyarakat. Keberatan ini tidak

sepatutnya timbul kerana dua sebab:

1. Sikap berhati-hati memang baik, namun hendaklah

juga berhati-hati agar sikap tersebut tidak

diletakkan pada tempat yang salah. Dalam kes ini,

sikap berhati-hati tidak boleh dijadikan alasan

untuk menyembunyikan sesuatu yang mudah

kerana kemudahan itu sendiri merupakan roh atau

tujuan syariat Islam. Menyembunyikan sesuatu

yang mudah bererti menyembunyikan Islam yang

sebenar dan seseorang itu lebih patut berhati-hati

daripada melakukan kesalahan seumpama ini.

2. Orang yang memperlecehkan hukum agama

bukanlah mereka yang mempraktikkan

kemudahan agama secara berlebih-lebihan, akan

tetapi adalah mereka yang tidak mempraktikkan

9 Lebih lanjut, rujuk buku Sembahyang Jamak dan Qasar Adalah

Sedekah Allah oleh Mohd. Yaakub bin Mohd. Yunus (Jahabersa,

Johor Bahru, 2005).

21

Page 28: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

apa-apa hukum agama. Oleh itu tidak perlu

bimbang akan kemungkinan sesuatu kemudahan

agama akan diperlecehkan oleh masyarakat.

Malah sesuatu yang lebih patut dibimbangkan

ialah, kenapa sebahagian masyarakat tidak

mempraktikkan apa-apa hukum agama?

Mungkinkah, saya ulang: mungkinkah salah satu

daripada faktor utama adalah kerana mereka

selama ini dipaksa dengan pelbagai hukum yang

berat dan azab yang menakutkan sehingga

akhirnya mereka berputus asa dan menjauhkan

diri daripada agama? Saya buka soalan ini untuk

renungan para pembaca sekalian.

22

Page 29: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Kategori Kedua

Kepelbagaian Pendapat Yang Dilarang.

Kepelbagaian pendapat adalah dilarang jika ia

terhasil bukan daripada pokok (usul) yang disepakati.

Dalam susunan kata yang lain, kepelbagaian yang terhasil

daripada sumber yang lain daripada al-Qur’an dan al-

Sunnah, atau berdasarkan kefahaman yang berbeza

dengan pemahaman para sahabat dan kaedah-kaedah

ilmu, maka ia tidak dibenarkan dalam Islam.

Sebab-Sebab Berlakunya Kepelbagaian Pendapat

Kategori Kedua.

Kepelbagaian pendapat dalam kategori kedua ini

terhasil disebabkan oleh kesalahan dalam menentukan

apakah yang menjadi pokok (usul) dalam agama ini. Di

antara kesalahan-kesalahan pokok tersebut adalah:

1. Menjadikan para tokoh agamawan seperti syeikh,

imam dan ustaz sebagai sumber pokok agama

sehingga menerima apa sahaja pendapat dan

hukum yang mereka keluarkan.

23

Page 30: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Ini adalah satu kesalahan kerana peranan para

syaikh, imam dan ustaz adalah menyampaikan al-

Qur’an dan al-Sunnah berdasarkan pemahaman

sahabat dan kaedah-kaedah ilmu, bukannya

menggantikan al-Qur’an dan al-Sunnah dengan

teori atau kaedah tersendiri. Allah

Subhanahuwataala berfirman:

سول وأولي األمر يا أيها الذين آمنوا أطيعوا الله وأطيعوا الر

سول إن كنتم منكم فإن تنازعتم في شيء فردوه إلى الله والر

تؤمنون بالله واليوم اآلخر ذلك خير وأحسن تأويال

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu

kepada Allah dan taatlah kamu kepada

Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang

yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian

jika kamu berbantah-bantah (berselisihan)

dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu

mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-

Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu

benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu),

dan lebih elok pula kesudahannya.[10]

10 al-Nisa’ 4:59

24

Page 31: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

ين ما لم يأذن به الله ولوال أم لهم شركاء شرعوا لهم من الد

المين لهم عذاب أليم كلمة الفصل لقضي بينهم وإن الظ

Adakah mereka mempunyai sembahan-sembahan

selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka

agama yang tidak diizinkan oleh Allah? [11]

Oleh itu umat Islam perlu membetulkan mind set

mereka terhadap para tokoh agamawan.

Pembetulan yang saya maksudkan bukanlah

“membuang” mereka secara total, akan tetapi

membetulkan peranan mereka menjadi

“penyampai” al-Qur’an dan al-Sunnah dan

bukannya “pengganti” al-Qur’an dan al-Sunnah.

Demikian juga, para agamawan hendaklah

menyampaikan ilmu agama secara ilmiah dan

amanah. Sesiapa yang menyampaikan ajaran

agama dengan hadis yang tidak diketahui

sumbernya, hukum yang tidak diketahui sumber

asalnya dan pendapat yang tidak diterangkan

kaedahnya, tidak boleh dimasukkan ke dalam

kategori “para agamawan”.

11 al-Syura 42:21

25

Page 32: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

2. Menjadikan amalan masyarakat dan adat tradisi

sebagai hujah agama sehingga apa yang dilakukan

oleh majoriti dijadikan dalil yang yang mengatasi

al-Qur’an dan al-Sunnah. Ini juga adalah satu

kesalahan kerana amalan masyarakat dan adat

tradisi bukanlah hujah agama. Sikap seperti ini

pernah dikritik dalam al-Qur’an:

بع ما ألفينا عليه إذا قيل لهم اتبعوا ما أنزل الله قالوا بل نت

آباءنا أولو كان آباؤهم ال يعقلون شيئا وال يهتدون

Dan apabila dikatakan kepada mereka:

“Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh

Allah”, mereka menjawab: “(Tidak), bahkan kami

(hanya) menurut apa yang kami dapati datuk

nenek kami melakukannya.” Patutkah (mereka

menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak

faham sesuatu (apa pun tentang perkara-

perkara agama), dan tidak pula mendapat

petunjuk hidayah (dari Allah)?[12]

12 al-Baqarah 2:170

26

Page 33: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

3. Menjadikan jemaah masing-masing sebagai tujuan

beragama. Ini berleretan sehingga menganggap

jemaah tersendiri adalah yang paling benar dan

paling baik berbanding mana-mana jemaah yang

lain. Hasilnya, setiap jemaah akan ada ciri-ciri

tersendiri yang dijadikan dalil agama sehingga

membelakangkan al-Qur’an dan al-Sunnah.

Sikap seperti ini merupakan satu kesalahan yang

amat berat sebagaimana amaran daripada Allah

Subhanahuwataala:

قوا دينهم وكانوا وال تكونوا من المشركين من الذين فر

شيعا كل حزب بما لديهم فرحون

Dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana

golongan orang musyrik, Iaitu orang-orang yang

menjadikan fahaman agama mereka

berselisihan mengikut kecenderungan masing-

masing serta mereka pula menjadi berpuak-

puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa

yang ada padanya (dari fahaman dan amalan

masing-masing).[13]

13 al-Rum 30:31-32.

27

Page 34: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

4. Menjadikan kedudukan, kemasyhuran dan

kepentingan sendiri sebagai agenda beragama,

sehingga ke tahap sanggup menyampaikan

pendapat atau hukum yang menyelisihi

kefahaman yang benar terhadap al-Qur’an dan al-

Sunnah.

Orang yang memiliki kedudukan, kemasyhuran

dan kepentingan hendaklah menyedari bahawa

semua itu adalah ujian daripada Allah

Subhanahuwataala. Maka hendaklah dia lulus ujian

tersebut dengan menjadikan semua kelebihan

yang Allah kurniakan untuk menegakkan

kebenaran. Firman Allah:

لناه نعمة منا قال إنما فإذا مس اإلنسان ضر دعانا ثم إذاb خو

أوتيته على علم بل هي فتنة ولكن أكثرهم ال يعلمون

Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu

bahaya, dia segera berdoa kepada Kami;

kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu

nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah

dia (dengan sombongnya):

28

Page 35: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

“Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan

pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku.”

(Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu)

bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah

ujian (adakah dia bersyukur atau sebaliknya),

akan tetapi kebanyakan mereka tidak

mengetahui (hakikat itu).[14]

Orang yang gagal dalam ujian ini adalah mereka

yang menyalahgunakan kelebihan yang Allah

kurniakan. Kegagalan tersebut pula berpunca

daripada pelbagai penyakit hati yang dialaminya.

Ketahuilah bahawa antara penyakit hati tersebut

adalah hasad dengki dan inilah punca utama yang

menyebabkan perpecahan.

14 al-Zumar 39:49.

29

Page 36: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Allah Subhanahuwataala menerangkan hakikat ini:

رين ومنذرين وأنزل ين مبش بي ة واحدة فبعث الله الن ان الناس أم

معهم الكتاب بالحق ليحكم بين الناس فيما اختلفوا فيه وما

نات بغيا بينهم اختلف فيه إال الذين أوتوه من بعد ما جاءتهم البي

Pada mulanya manusia ialah umat yang satu

(menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah

itu mereka berselisihan), maka Allah

mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar

gembira (kepada orang-orang yang beriman

dengan balasan Syurga), dan pemberi amaran

(kepada orang-orang yang ingkar dengan

balasan azab neraka); dan Allah menurunkan

bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang

(mengandungi keterangan-keterangan yang)

benar, untuk menjalankan hukum di antara

manusia mengenai apa yang mereka

perselisihkan.

Dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan

perselisihan melainkan orang-orang yang telah

diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu

sesudah datang kepada mereka keterangan-

keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih

30

Page 37: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

semata-mata kerana hasad dengki sesama

sendiri.[15]

15 al-Baqarah 2:213.

31

Page 38: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Cara Mendapat Rahmat Allah Di Sebalik

Kepelbagaian Pendapat Kategori Kedua.

Jelas bahawa sebab-sebab yang menghasilkan

kepelbagaian pendapat dalam kategori kedua adalah

salah. Namun kita tetap perlu berusaha mencari rahmat

Allah Subhanahuwataala dalam berinteraksi dengannya.

Untuk mencari rahmat tersebut, hendaklah kita:

Pertama: Berbaik sangka.

Sekalipun sebab-sebab yang saya senaraikan di atas

adalah jelas salah, hendaklah kita cuba berbaik sangka

kepada orang yang terjebak dalam kepelbagaian kategori

kedua ini. Sebabnya, berbaik sangka adalah sesuatu yang

memang dituntut oleh Islam dalam perhubungan antara

sesama umat.

32

Page 39: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Allah Subhanahuwataala berfirman:

ن إثم وال ن إن بعض الظ يا أيها الذين آمنوا اجتنبوا كثيرا من الظ

سوا وال يغتب بعضكم بعضا أيحب أحدكم أن يأكل لحم أخيه تجس

اب رحيم ميتا فكرهتموه واتقوا الله إن الله تو

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah

kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak

menyangka sangkaan yang dilarang) kerana

sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah

dosa;

Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-

cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah

setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.

Adakah seseorang dari kamu suka memakan

daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian

keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik

kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan

yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah;

sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha

mengasihani.[16]

16 al-Hujurat 49:12.

33

Page 40: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Berbaik sangka yang saya maksudkan adalah dari

beberapa segi:

1. Mungkin orang yang terjebak dalam kepelbagaian

kategori kedua yang dilarang ini benar-benar tidak

tahu bahawa dia sedang melakukan satu

kesalahan dan selama ini tidak ada orang yang

menerangkan kepadanya bahawa ia adalah salah.

2. Mungkin berlaku salah faham (misunderstanding)

atau salah hubungan (miscommunication) sehingga

apa yang disandarkan sebagai satu kesalahan di

sisi seseorang sebenarnya tidak berasal daripada

orang tersebut.

3. Mungkin orang yang dianggap melakukan

kesalahan sebenarnya memiliki hujah yang betul

dan ia tidak diketahui oleh pihak yang

menganggap ia salah. Maka apa yang pada

awalnya dianggap salah sebenarnya adalah betul

dan persoalan tersebut sebenarnya duduk dalam

kepelbagaian yang dibenarkan (Kategori Pertama)

dan bukan kepelbagaian yang dilarang (Kategori

Kedua).

34

Page 41: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Maka atas kemungkinan-kemungkinan di atas,

apabila berinteraksi dengan orang yang pada zahirnya

kelihatan duduk dalam kepelbagaian kategori kedua,

janganlah dimulakan dengan sangkaan buruk kepadanya

tetapi mulakanlah dengan sangkaan baik terhadapnya.

Kedua: Menggariskan format perbincangan.

Perbincangan sahaja tidak akan membuahkan hasil yang

bermanfaat jika tidak ditetapkan terlebih dahulu format

perbincangan. Oleh itu apabila ingin melakukan

perbincangan dalam sesuatu persoalan yang duduk dalam

kepelbagaian kategori kedua ini, hendaklah terlebih

dahulu menggariskan format perbincangan. Format

perbincangan yang dimaksudkan ialah mencari dan

bersetuju ke atas sesuatu pendapat yang paling

mendekati al-Qur’an dan al-Sunnah berdasarkan

kefahaman para sahabat dan kaedah-kaedah ilmu.

35

Page 42: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Format ini disebut oleh Allah Subhanahuwataala di dalam

al-Qur’an:

سول إن كنتم تؤمنون فإن تنازعتم في شيء فردوه إلى الله والر

بالله واليوم اآلخر ذلك خير وأحسن تأويال

Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan)

dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu

mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran)

dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman

kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah

lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula

kesudahannya.[17]

17 al-Nisa’ 4:59

36

Page 43: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Ketiga: Berbincang melalui adab Islam.

Lanjutan daripada sikap berbaik sangka, hendaklah kita

berbincang dan bertukar pendapat dengan mereka yang

pada zahirnya kelihatan duduk dalam katagori kedua ini

secara hikmah, lemah lembut dan bijaksana. Sikap seperti

ini sememangnya dituntut oleh Islam sebagaimana firman

Allah Subhanahuwataala:

ك بالحكمةb والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي ادع إلى سبيل رب

أحسن إن ربك هو أعلم بمن ضل عن سبيله وهو أعلم بالمهتدين

Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah

kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan

berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu)

dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhan-mu

Dia-lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang

sesat dari jalan-Nya, dan Dia-lah jua yang lebih

mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah

petunjuk.[18]

18 al-Nahl 16:125.

37

Page 44: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Berikut diterangkan beberapa adab Islam dalam

melakukan perbincangan:

Bersikap lemah lembut dalam menggunakan

perkataan, susunan ayat, nada dan gerak badan (body

language). Ini kerana sikap berlemah lembut adalah

sesuatu yang dituntut oleh Islam dalam semua suasana.

Pesan Rasulullah Sallallahualaihiwasallam:

ه فق في األمر كل إن الله يحب الر

“Sesungguhnya Allah menyukai sikap lemah lembut

dalam segala urusan.”[19]

19 Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahih-nya – hadis no: 2165.

38

Page 45: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Bersabar seandainya rakan perbincangan memiliki

adab yang kurang baik. Rasulullah

Sallallahualaihiwasallam bersabda:

المؤمن الذي يخالط الناس ويصبر على أذاهم أعظم أجرا من

المؤمن الذي ال يخالط الناس وال يصبر على أذاهم

Seorang mukmin yang bergaul bersama manusia dan

bersabar atas sikapnya yang menyakitkan adalah lebih

besar ganjarannya daripada seorang mukmin yang

tidak bergaul dengan manusia dan tidak bersabar atas

sikapnya yang menyakitkan.[20]

20 Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani

dalam Shahih Sunan Ibn Majah – hadis no: 4032.

Catatan tambahan, hadis di atas ditujukan kepada mereka

yang memiliki jati diri yang kuat sehingga mampu membimbing

mereka yang memiliki sikap yang buruk ke arah kebaikan. Adapun

bagi mereka yang memiliki jatidiri yang rendah, hadis berikut

menjadi rujukan:

وء كحاملb المسك ونافخ الكير الح والجليس الس إنما مثل الجليس الص

بة ا أن تجد منه ريحا طي ا أن تبتاع منه وإم ا أن يحذيك وإم فحامل المسك إم

ا أن تجد ريحا خبيثة ا أن يحرق ثيابك وإم .ونافخ الكير إم

Sesungguhnya perumpamaan teman yang salih dan teman yang

buruk hanyalah seumpama pembawa minyak wangi dan peniup

39

Page 46: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Selain bersabar, hendaklah mencontohkan adab

perbincangan lebih baik kerana ia memiliki manfaat yang

besar di sebaliknya. Allah Subhanahuwataala

menasihatkan:

ئة ادفع بالتي هي أحسن فإذا الذي بينك ي وال تستوي الحسنة وال الس

وبينه عداوة كأنه ولي حميم

Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan

yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan

kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau

berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa

permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan

menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.[21]

tungku api seorang tukang besi. Bagi pembawa minyak wangi,

boleh jadi sama ada dia memberinya kepada kamu (minyak wangi)

atau kamu membeli daripadanya (minyak wangi) atau kamu

mendapat bau harum daripadanya. Bagi peniup tungku api

seorang tukang besi, boleh jadi sama ada ia akan membakar

pakaian kamu (kerana kesan tiupan api) atau kamu mendapat bau

yang tidak sedap daripadanya (bau besi). [Sahih: Dikeluarkan oleh

Muslim di dalam kitab Shahih-nya – hadis no: 2628]

21 al-Fussilat 41:34.

40

Page 47: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Tidak menggelar rakan perbincangan dengan sesuatu

yang negatif seperti “Kamu orang Wahabi!”, “Geng anda

memang dari kalangan Jamaah Tabligh yang jumud!”,

“Tariqat seperti kamu sah sesat!” dan sebagainya.

Menggelar dan melabel sesama umat Islam dengan

sesuatu yang negatif adalah kesalahan yang besar seperti

yang diperingatkan oleh Allah Subhanahuwataala dalam

ayat berikut:

يا أيها الذين آمنوا ال يسخر قوم من قوم عسى أن يكونوا خيرا

منهم وال نساء من نساء عسى أن يكن خيرا منهن وال تلمزوا

أنفسكم وال تنابزواb باأللقاب بئس االسم الفسوق بعد اإليمان ومن لم

المون يتب فأولئك هم الظ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu

kumpulan (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-

rendahkan kumpulan lelaki yang lain, (kerana) mungkin

kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada

mereka; dan janganlah pula sesuatu kumpulan dari

kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan

kumpulan perempuan yang lain, (kerana) mungkin

kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada

mereka;

41

Page 48: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban

setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu

panggil-memanggil antara satu dengan yang lain

dengan gelaran yang buruk.

(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang

yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah

buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang)

sesudah dia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak

bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka

merekalah orang-orang yang zalim.[22]

22 al-Hujurat 49:11.

42

Page 49: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Keempat: Menjauhi perdebatan.

Hendaklah dijauhi perdebatan kerana ia hanya

akan menyebabkan berlakunya kebencian dan kezaliman

antara sesama mukmin. Malah suasana perdebatan akan

“memaksa” seseorang itu terus berhujah sekali pun dia

sendiri sedar bahawa hujahnya adalah lemah, bahkan

salah. Perdebatan hanya dibolehkan jika dapat dipastikan

bahawa manfaatnya adalah jauh lebih besar daripada

mudaratnya. Rasulullah Sallallahualaihiwasallam

bersabda:

ا ة لمن ترك المراء وإن كان محق أنا زعيم ببيت في ربض الجن

ة لمن ترك الكذب وإن كان مازحا وببيت في وببيت في وسط الجن

ن خلقه ة لمن حس أعلى الجن

Saya menjamin satu rumah di pinggir syurga bagi orang

yang meninggalkan perdebatan sekalipun dia benar,

satu rumah di tengah syurga bagi orang yang

meninggalkan penipuan sekalipun bergurau dan satu

rumah di tempat tertinggi dalam syurga bagi orang

yang baik akhlaknya.[23]

23 Hasan: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai hasan oleh al-Albani

dalam Shahih Sunan Abu Daud – hadis no: 4800.

43

Page 50: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Termasuk dalam adab menjauhi perdebatan

adalah berwaspada seandainya sesuatu perbincangan

yang dimulakan dengan adab Islam akan berubah menjadi

satu perdebatan. Oleh itu hendaklah sentiasa prihatin

kepada tanda-tanda yang bakal mengubah satu

perbincangan kepada perdebatan, seperti:

• Sikap berlemah lembut mula berubah kepada

perkataan yang kesat, bahasa yang kasar, nada

yang tinggi dan gerak badan yang mengancam.

• Format perbincangan berubah daripada ilmiah

kepada emosi.

• Mula timbul gelaran-gelaran yang negatif.

Apabila timbul tanda-tanda di atas atau apa-apa

yang seumpama, hendaklah menarik diri daripada

perbincangan tersebut dengan kata-kata yang baik,

seperti:

“Kelihatan perbincangan ini semakin jauh daripada

adab-adab Islam. Maka saya berhenti dan menarik diri di

sini. Terima kasih kerana sudi bertukar pandangan dengan

saya.”

44

Page 51: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Menarik diri bukan bererti mengalah, akan tetapi kerana

mencari rahmat Allah di sebalik kepelbagaian pendapat

yang sedang di hadapi saat itu. Perhatikan ayat berikut:

وال تجادلوا أهل الكتاب إال بالتي هي أحسن إال الذين ظلموا منهم

وقولوا آمنا بالذي أنزل إلينا وأنزل إليكم وإلهنا وإلهكم واحد

ونحن له مسلمون

Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab

melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-

orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan

katakanlah (kepada mereka yang berlaku zalim): “Kami

beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada

kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan

kepada kamu; dan Tuhan kami juga Tuhan kamu adalah

Satu; dan kepada-Nyalah kami patuh dengan berserah

diri.”[24]

Dalam ayat di atas, Allah Subhanahuwataala

menerangkan cara untuk kita berhadapan dengan kaum

Ahli Kitab, iaitu kaum Yahudi dan Nasrani. Allah melarang

kita daripada berbahas atau berdebat dengan mereka

melainkan dengan cara yang lebih baik.

24 al-Ankabut 29:46.

45

Page 52: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Cara yang lebih baik tersebut ialah perbincangan yang

menepati adab-adab Islam. Jika kaum Ahli Kitab bersikap

zalim, seperti ingin meneruskan perdebatan, maka kita

menarik diri daripada perdebatan tersebut dengan kata-

kata yang baik, yang menyedarkan mereka tentang

hakikat yang sebenar.

Kelima: Bersikap adil dalam menerima hasil

perbincangan.

Adil adalah salah satu sikap yang membentuk mukmin

yang bertaqwa. Allah Subhanahuwataala berfirman:

امين لله شهداء بالقسط وال يجرمنكم يا أيها الذين آمنوا كونوا قو

قوى واتقوا الله إن الله شنآن قوم على أال تعدلوا اعدلوا هو أقرب للت

خبير بما تعملون

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu

semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan

keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran;

dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap

sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak

melakukan keadilan.

46

Page 53: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua)

kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan

bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha

Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu

lakukan.[25]

25 al-Maidah 5:08.

47

Page 54: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Oleh itu seorang mukmin yang bertaqwa

hendaklah bersikap adil sebelum, semasa dan selepas

perbincangan. Adil sebelum perbincangan adalah berbaik

sangka, adil semasa perbincangan adalah bersikap lemah

lembut manakala adil selepas perbincangan adalah:

• Jika rakan perbincangan mengakui kesalahannya,

maka hendaklah bersyukur kepada Allah.

Janganlah pula mengejek rakan tersebut atau

mengungkit-ungkit kesalahannya yang lama.

Jika rakan perbincangan juga memiliki dalil dan

hujah yang betul, hendaklah diakui kesalahan kita

sendiri yang pada awalnya telah menganggap

persoalan tersebut duduk dalam kepelbagaian

yang dilarang (Kategori Kedua). Seterusnya

hendaklah kita menerima serta mempraktikkan

dalil dan hujah tersebut dan mendudukkannya

dalam kepelbagaian yang dibenarkan (Kategori

Pertama).

48

Page 55: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

• Jika rakan perbincangan tetap berdegil dengan

kesalahannya, hendaklah dianalisa dua

kemungkinan berikut:

1. Mungkinkah dia berdegil kerana kesilapan

kita sendiri yang berbincang dengannya

secara keras dan tidak berhikmah? Jika ini

adalah faktornya, hendaklah dianalisa diri

sendiri dan mengubah cara berbincang

pada masa-masa akan datang.

2. Mungkin dia menerima kesalahannya, akan

tetapi sukar baginya untuk mengakui

kesalahan tersebut secara serta merta. Jika

ini adalah faktornya, maka berilah dia

ruang untuk berfikir dan mengubah

pendapatnya secara bertahap-tahap.

• Jika kesalahan yang dilakukan oleh rakan

perbincangan telah tersebar luas di kalangan

masyarakat, hendaklah dijelaskan kepada

masyarakat akan kesalahan tersebut.

Walaubagaimanapun penjelasan ini hendaklah

dilakukan secara adil dan tanpa menghina rakan

tersebut (rujuk semula ayat 11 surah al-Hujurat).

49

Page 56: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Tindakan menghina bukan sahaja bertentangan

dengan ajaran Islam tetapi juga menutup ruang

untuk dia mengakui kesalahannya dan bertaubat

pada masa-masa kemudian.

50

Page 57: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Antara Persatuan Umat Dan Kepelbagaian

Pendapat.

Apabila menyentuh isu perbezaan pendapat, saya

dapati kebanyakan orang, termasuk para ilmuan,

agamawan dan ahli fikir, mengaitkannya kepada isu

persatuan umat Islam. Ringkasnya, mereka cuba

menyelesaikan cabaran perbezaan pendapat dengan

menyeru umat Islam agar meninggalkan perbezaan

tersebut dan memberi tumpuan kepada persatuan umat

Islam. Persatuan umat Islam memang penting, namun

saya melihat ada beberapa kelemahan apabila dikaitkan

dengan isu perbezaan pendapat, iaitu:

Pertama:

Apabila diseru kepada persatuan umat dengan

cara menghindari perbezaan pendapat, seolah-olah diseru

kepada umat Islam agar jangan berbeza pendapat.

Ini adalah cara yang salah kerana berbeza

pendapat adalah fitrah manusia dan kehendak Allah

Subhanahuwataala sebagaimana yang dijelaskan pada

awal penulisan ini. Maka cara yang benar bukan menyeru

umat untuk menghindari perbezaan pendapat tetapi

51

Page 58: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

mengajar umat cara berinteraksi dengan kepelbagaian

pendapat.

Kedua:

Kepelbagaian pendapat itu sendiri terbahagi

kepada dua kategori, pertama yang dibenarkan dan

kedua yang dilarang. Kedua-dua jenis kepelbagaian ini

memerlukan cara yang berbeza untuk berinteraksi

dengannya. Setakat pengamatan saya, seruan ke arah

persatuan umat Islam di sebalik kepelbagaian pendapat

jarang-jarang membahagikan kepelbagaian tersebut

kepada yang dibenarkan dan yang dilarang.

Sebetulnya, kedua-dua jenis kepelbagaian

memiliki cara yang berbeza untuk berinteraksi dengannya

apabila dikaitkan kepada persatuan umat. Ia seperti

berikut:

Persatuan umat diunggulkan apabila berhadapan

dengan kepelbagaian kategori pertama. Ini kerana

persatuan umat melibatkan isu pokok (usul)

agama manakala kepelbagaian kategori pertama

melibatkan isu cabang (furu’) agama, maka tidak

boleh isu cabang diunggulkan di atas isu pokok.

52

Page 59: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Perbincangan bagi menyelesaikan kepelbagaian

kategori kedua diunggulkan berbanding persatuan

umat Islam. Ini kerana kepelbagaian kategori

kedua melibatkan isu pokok (usul) agama yang jika

tidak ditangani dengan bijak, akan merosakkan

pokok yang lain, iaitu persatuan umat Islam.

Sebagai contoh, fahaman anti hadis, aliran Syiah,

pemikiran Islam Liberal dan amalan bidaah tidak

boleh didiamkan demi menjaga persatuan umat

Islam. Jika didiamkan atau dibiarkan, ia akan

menyelinap masuk bertahap-tahap sehingga apa

yang batil akan dianggap benar oleh umat Islam.

“Persatuan” mungkin terpelihara tetapi apakah

erti persatuan jika ia bercampur aduk antara

kebenaran dan kebatilan?

Oleh itu kajian, penulisan, penyebaran maklumat

dan dialog perlu diusahakan dengan aktif apabila

berinteraksi dengan kepelbagaian kategori kedua

agar persatuan umat Islam sentiasa terpelihara di

atas kebenaran.

53

Page 60: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Ketiga:

Terdapat segelintir pihak yang cuba

menjustifikasikan kepelbagaian pendapat yang dilarang

(Kategori Kedua) di atas slogan “Demi persatuan umat

Islam”. Ini sekali lagi adalah sikap yang salah. Firman Allah

Subhanahuwataala:

قوا واعتصموا بحبل الله جميعا وال تفر

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali

Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-

berai.”[26]

Berdasarkan ayat di atas, dapat difahami bahawa

berpecah-belah, yakni bercerai-berai sesama umat Islam,

adalah sesuatu yang dilarang. Oleh itu hendaklah kita

semua umat Islam bersatu padu. Namun bersatu di atas

apa?

26 Ali Imran 3:103.

54

Page 61: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Jawapannya terdapat dalam ayat tersebut, iaitu

bersatu dengan berpegang teguh kepada “tali Allah”,

iaitu agama Islam yang diasaskan daripada al-Qur’an dan

al-Sunnah yang sahih berdasarkan kefahaman para

sahabat dan kaedah-kaedah yang digariskan oleh para

ilmuan. Kita tidak boleh bersatu di atas “tali masyarakat”,

“tali pendapat tokoh sekian-sekian”, “tali kemodenan”,

“tali pemikiran baru” atau apa jua “tali” selain daripada

“tali Allah”.

Keempat:

Menyampaikan kebenaran demi membetulkan amalan

masyarakat tidak boleh dihalangi atas alasan ia akan

merosakkan persatuan umat Islam (baca: masyarakat). Ini

adalah sesuatu yang lazim berlaku, dimana apabila

seseorang itu ingin membetulkan amalan masyarakat

dengan menyampaikan ayat al-Qur’an atau sabda

Rasulullah, akan ada pihak yang berkata seumpama:

“Kami tahu apa yang kamu katakan adalah benar,

akan tetapi menyampaikannya kepada masyarakat akan

menyebabkan perpecahan. Maka ketepikanlah persoalan

ini demi persatuan umat Islam”

55

Page 62: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Seandainya benar menyampaikan ayat-ayat Allah

dan hadis-hadis Rasul-Nya akan menyebabkan

perpecahan masyarakat, maka faktor perpecahan tidak

boleh ditujukan kepada usaha menyampaikan. Sebaliknya

hendaklah ditujukan kepada “masyarakat” yang enggan

menerimanya. Ini kerana jika faktor perpecahan ditujukan

kepada usaha menyampaikan, kita secara tidak langsung

menyalahkan Rasulullah Sallallahualaihiwasallam kerana

usaha baginda menyampaikan risalah Islam telah juga

menyebabkan perpecahan di kalangan masyarakat Arab

saat itu.

Oleh itu hendaklah kita semua membetulkan arah

pandang dalam persoalan ini. Para penyampai kebenaran

tidak boleh dituduh sebagai pemecah belah persatuan

masyarakat. Sebaliknya masyarakatlah yang patut dididik

agar bersikap terbuka dalam berinteraksi dengan

kepelbagaian pendapat. Jika sesuatu amalan mereka

termasuk dalam kepelbagaian yang dilarang, masyarakat

perlu bersikap terbuka untuk berbincang dan menerima

teguran daripada pihak lain, tanpa mengira siapa atau apa

kedudukan pihak tersebut.

56

Page 63: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Masyarakat perlu dididik agar tidak membela atau

berkeras dengan kepelbagaian yang dilarang kerana sikap

tersebut adalah faktor sebenar yang menyebabkan

perpecahan masyarakat dan sekali gus umat Islam

keseluruhannya.

57

Page 64: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Ini Adalah Ujian Yang Sememangnya Hebat.

Kembali kepada firman Allah Subhanahuwataala

dalam ayat 118-119 surah Hud yang dikemukakan pada

awal penulisan ini, dapat dikatakan bahawa mencari

rahmat Allah di sebalik perbezaan – atau lebih tepat:

kepelbagaian pendapat – adalah satu ujian yang amat

hebat. Namun seorang muslim yang hebat tidak akan

dikalahkan oleh ujian yang hebat. Malah ia menjadikan

ujian tersebut sebagai pemangkin untuk menambah

kehebatan dirinya, dengan izin Allah. Bak kata pepatah

Inggeris: When the going gets tough, the tough gets going!

Sebahagian daripada cara-cara yang saya gariskan

dalam penulisan ini untuk mencari rahmat Allah di sebalik

kepelbagaian pendapat mungkin sukar untuk

dipraktikkan. Kesukaran ini dapat dipermudahkan dengan

dua cara:

1. Hendaklah sentiasa tekun menuntut ilmu dan

menguasai kepelbagaian pendapat di kalangan

para ilmuan. Antara musibah yang melanda umat

Islam masa kini adalah sikap seseorang yang hanya

mencukupkan diri dengan membaca atau

58

Page 65: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

mendengar pendapat seorang tokoh atau satu

aliran lalu menganggap ia adalah muktamad.

Sikap seperti ini perlu diubah kepada mengkaji dan

menganalisa pendapat pelbagai tokoh dan aliran,

merenungi dalil-dalilnya dan menelusuri kaedah-

kaedahnya. Kemudian hendaklah diambil yang

terbaik dan ditinggalkan yang tidak baik.

Hendaklah juga diinsafi bahawa adakalanya yang

terbaik itu bukanlah satu, tetapi mungkin dua atau

tiga. Selain itu hendaklah juga disedari bahawa

apa yang dianggap terbaik oleh seseorang

mungkin dianggap kurang baik oleh orang lain dan

begitulah sebaliknya.

59

Page 66: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

Dengan sikap seperti ini, akan terhasil satu prinsip

yang amat penting dalam berinteraksi dengan

ilmu, iaitu ilmu tidak pernah bersifat statik tetapi

sentiasa dinamik. Lebih penting, orang yang

beristiqamah dengan sikap seperti ini akan

memperoleh hidayah daripada Allah

Subhanahuwataala:

اغوت أن يعبدوها وأنابوا إلى الله والذين اجتنبوا الط

بعون ر عبادي الذين يستمعون القول فيت لهم البشرى فبش

أحسنه أولئك الذين هداهم الله وأولئك هم أولو األلباب

Oleh itu gembirakanlah hamba-hamba-Ku, (iaitu

mereka) yang berusaha mendengar perkataan-

perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka

memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya

(pada segi hukum agama); mereka itulah orang-

orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah

dan mereka itulah orang-orang yang berakal

sempurna. [27]

27 al-Zumar 39:17-18.

60

Page 67: MENCARI RAHMAT ALLAH D SEBALIK PERBEZAAN PENDAPAT Rahmat... · dan pesanan ringkas aplikasi Whatsapp seperti yang tertera di atas. Penerbit juga ingin menegaskan bahawa penerbit tidak

2. Jika tidak pasti sama ada sesuatu persoalan

termasuk dalam kategori kepelbagaian yang

dibolehkan atau dilarang, gunakanlah langkah-

langkah yang disebut dalam Kategori Kedua, iaitu

berbaik sangka, berbincang dengan adab Islam

dan menerima hasil perbincangan dengan adil.

Setelah itu barulah dimasukkan persoalan

tersebut dalam kepelbagaian yang dibolehkan

atau dilarang.

Semoga dua cara di atas dapat membantu kita

untuk sama-sama lulus dalam ujian yang hebat ini dan

mendapat rahmat Allah Subhanahuwataala di sebalik

perbezaan atau kepelbagaian pendapat. Amin.

61