Mendepani Seni Warisan dan Kreatif Dalam Mencapai Satu ... · PDF fileApabila menyentuh soal...

17
1 Mendepani Seni Warisan dan Kreatif Dalam Mencapai Satu Gagasan Melayu di Nusantara Dr. Sabzali Musa Kahn En. Effendi Shamsuddin Dr. Nik Nairan Abdullah Universiti Malaya Abstrak Pembinaan Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang mempunyai berbilang kaum, seni serta warisan di rantau Nusantara. Keupayaan membina bangsa bergantung pada perkongsian nilai serta semangat cintakan negara. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai masyarakat. Oleh itu, persoalan pembinaan suatu bangsa merupakan persoalan penting yang terus menjadi agenda utama negara dalam perlaksanaan seni warisan dan kreatif dalam mencapai gagasan Malayu-Nusantara di rantau ini. Justeru itu, seni warisan dan kreatif dirasakan amat penting untuk dijadikan sebahagian dari strategi bagi memupuk pembinaan bangsa terutama ke arah persamaan, toleransi, dan persefahaman di kalangan masyarakat. Kertas kerja ini melihat sejauh mana seni warisan dan kreatif dalam mencapai gagasan satu Malaysia mampu menjadi asas kepada pewujudan nilai-nilai jati diri, dan toleransi di kalangan masyarakat sebagai satu cabaran pembinaan bangsa. Seminar yang berkaitan dengan seni warisan dan kreatif secara bijaksana boleh menjadi pemangkin kepada usaha jati diri untuk pembinaan bangsa Malaysia. Apabila masyarakat memahami aspek yang berkaitan dengan seni warisan dan kreatif yang mereka miliki, dengan sendirinya mereka akan berusaha membina satu ketamadunan Malaysia di Nusantara yang tinggi nilainya sebagai satu kaedah pembinaan bangsa pada masa hadapan. 1.0 Pengenalan Pembinaan negara satu gagasan amat penting bagi sebuah negara yang mempunyai berbilang kaum, seni serta warisan seperti Malaysia. Keupayaan membina gagasan ini bergantung pada perkongsian nilai serta semangat cintakan negara. Ia menjadi semakin penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas nilai, budaya,

Transcript of Mendepani Seni Warisan dan Kreatif Dalam Mencapai Satu ... · PDF fileApabila menyentuh soal...

Page 1: Mendepani Seni Warisan dan Kreatif Dalam Mencapai Satu ... · PDF fileApabila menyentuh soal kesenian dan kebudayaan, rata-rata berfikiran bahawa kesenian dan kebudayaan adalah cabang

1

Mendepani Seni Warisan dan Kreatif Dalam Mencapai

Satu Gagasan Melayu di Nusantara

Dr. Sabzali Musa Kahn

En. Effendi Shamsuddin

Dr. Nik Nairan Abdullah

Universiti Malaya

Abstrak

Pembinaan Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang mempunyai berbilang kaum, seni serta warisan di rantau Nusantara. Keupayaan membina bangsa bergantung pada perkongsian nilai serta semangat cintakan negara. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai masyarakat. Oleh itu, persoalan pembinaan suatu bangsa merupakan persoalan penting yang terus menjadi agenda utama negara dalam perlaksanaan seni warisan dan kreatif dalam mencapai gagasan Malayu-Nusantara di rantau ini. Justeru itu, seni warisan dan kreatif dirasakan amat penting untuk dijadikan sebahagian dari strategi bagi memupuk pembinaan bangsa terutama ke arah persamaan, toleransi, dan persefahaman di kalangan masyarakat. Kertas kerja ini melihat sejauh mana seni warisan dan kreatif dalam mencapai gagasan satu Malaysia mampu menjadi asas kepada pewujudan nilai-nilai jati diri, dan toleransi di kalangan masyarakat sebagai satu cabaran pembinaan bangsa. Seminar yang berkaitan dengan seni warisan dan kreatif secara bijaksana boleh menjadi pemangkin kepada usaha jati diri untuk pembinaan bangsa Malaysia. Apabila masyarakat memahami aspek yang berkaitan dengan seni warisan dan kreatif yang mereka miliki, dengan sendirinya mereka akan berusaha membina satu ketamadunan Malaysia di Nusantara yang tinggi nilainya sebagai satu kaedah pembinaan bangsa pada masa hadapan.

1.0 Pengenalan

Pembinaan negara satu gagasan amat penting bagi sebuah negara yang mempunyai

berbilang kaum, seni serta warisan seperti Malaysia. Keupayaan membina gagasan ini

bergantung pada perkongsian nilai serta semangat cintakan negara. Ia menjadi semakin penting

terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas nilai, budaya,

Page 2: Mendepani Seni Warisan dan Kreatif Dalam Mencapai Satu ... · PDF fileApabila menyentuh soal kesenian dan kebudayaan, rata-rata berfikiran bahawa kesenian dan kebudayaan adalah cabang

2

warisan dan kepercayaan dari pelbagai masyarakat. Oleh itu, persoalan pembinaan gagasan satu

merupakan persoalan penting yang harus menjadi agenda utama negara dalam perlaksanaan

aspek seni warisan dan kreatif untuk mencapai wawasan 2020. Justeru itu, seni warisan dan

kreatif dirasakan amat penting untuk dijadikan sebahagian dari strategi bagi memupuk

pembinaan bangsa terutama berteraskan ajaran islam ke arah persamaan, toleransi, dan

persefahaman di kalangan masyarakat. Penulis juga mendapati seni warisan dan kreatif dalam

mencapai gagasan satu ini mampu menjadi asas kepada pewujudan nilai-nilai jati diri, dan

toleransi di kalangan masyarakat sebagai satu cabaran pembinaan bangsa. Apabila masyarakat

memahami aspek yang berkaitan dengan seni warisan dan kreatif yang mereka miliki. Maka

dengan sendirinya mereka akan berusaha membina satu ketamadunan yang tinggi nilainya

sebagai satu kaedah pembinaan bangsa dan agama yang tinggi nilainya pada masa hadapan.

2.0 Memartabatkan Perpaduan Dari Konteks Seni Warisan dan Budaya Kreatif.

Salah satu daripada tujuan mempelajari dan mendepani seni warisan dan budaya kreatif ialah

untuk menjaga dan memartabatkan kesenian dan kebudayaan satu bangsa. Timbulnya tujuan ini

adalah untuk menjaga dan memartabatkan kesenian dan kebudayaan sebagai satu gagasan kerana

penulis sedar bahawa ianya dapat menyatu dan meningkatkan maruah bangsa seterusnya dapat

mencapai gagasan satu Malaysia di Nusantara yang boleh kita banggakan. Kerajaan Malaysia

melalui Rancangan Malaysia Ke Sembilan (2006-2010), memperakui bahawa peranan budaya

dan seni mampu menyumbang ke arah membangun individu secara keseluruhan. Ianya juga

dapat mempereratkan perpaduan serta mempertingkatkan kualiti hidup melalui penglibatan aktif

semua golongan dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan. Malahan ia dapat mewujudkan

Page 3: Mendepani Seni Warisan dan Kreatif Dalam Mencapai Satu ... · PDF fileApabila menyentuh soal kesenian dan kebudayaan, rata-rata berfikiran bahawa kesenian dan kebudayaan adalah cabang

3

kesedaran dan penghayatan yang lebih baik terhadap kekayaan warisan serta seni budaya negara

yang kita miliki sekarang di Malaysia maupun di alam Nusantara.

Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka mentakrifkan

perpaduan sebagai penggabungan, persesuaian, kecocokan, dan perihal berpadu (bergabung

menjadi satu, sepakat dan lain-lain), persatuan, manakala keutuhan bermaksud perihal (sifat,

keadaan) utuh. Perpaduan juga bermaksud penggabungan. Perihal bergabung menjadi satu atau

persatuan. Menurutnya lagi, lawan bagi perpaduan ialah permusuhan, kehancuran dan

perpecahan. Dalam pengertian yang lain, perpaduan bererti hubungan erat yang bersifat toleransi

bagi mencapai matlamat secara jujur dan ikhlas. Oleh itu, perpaduan adalah proses

menyatupadukan seluruh masyarakat bagi membentuk satu identiti, mewarisi seni serta budaya,

menanamkan perasaan cinta dan seterusnya mencapai gagasan satu Malaysia dikongsi bersama

dengan masyarakat di Nusantara.

Kesenian adalah sesuatu produk, pertunjukan atau persembahan, benda atau apa-apa yang

berseni yang memiliki ciri-ciri estetika, keindahan atau kecantikan. Kesenian lahir dari sentuhan

rasa yang mendalam. Ianya dihasilkan untuk meninggalkan kesan kepada nurani orang lain. Seni

daripada sumber Ensiklopedia, menterjemahkan seni sebagai jelmaan rasa indah yang

terkandung dalam jiwa manusia, dilahirkan dengan perantaraan alat komunikasi ke dalam bentuk

yang dapat ditangkap oleh pancaindera pendengaran (seni suara), penglihatan (seni lukis) atau

dilahirkan dengan perantaraan gerak (seni tari atau drama). Bergitu juga dengan aspek budaya,

budaya akan wujud dengan adanya kelompok bangsa atau kaum. Kebudayaan tercetus apabila

budaya sesuatu bangsa itu mempunyai nilai peradaban yang tinggi dalam sesuatu tamadun.

Dalam kebudayaan terdapat empat komponen penting iaitu fikiran atau idea (contoh : falsafah,

Page 4: Mendepani Seni Warisan dan Kreatif Dalam Mencapai Satu ... · PDF fileApabila menyentuh soal kesenian dan kebudayaan, rata-rata berfikiran bahawa kesenian dan kebudayaan adalah cabang

4

mitos, lagenda, sastera, kepercayaan, bahasa dan lain-lain), kebendaan (contoh : seni bina,

perkakasan, teknologi, perubatan dan lain-lain), kesenian (contoh : seni lakon, tarian, nyanyian,

seni visual, lukisan dan lain-lain), nilai dan norma (contoh : undang-undang, adat resam,

perlakuan, kesopanan dan kesantunan, nilai-nilai keagamaan, pantang larang dan lain-lain).

3.0 Perpaduan Dalam Seni Warisan dan Kreatif Dalam Mencapai Gagasan.

Perpaduan antara masyarakat yang melibatkan aspek seni warisan dan budaya penting dalam

mencapai kesepakatan dan kesatuan bangsa. Perlunya perpaduan sebegini adalah kerana

keteguhan bangsa membolehkan masyarakat maju dalam pelbagai lapangan di samping

menikmati kehidupan aman dan bebas daripada ketakutan. Perpaduan bukan sesuatu yang sukar

untuk dicapai. Ia juga boleh dicapai antaranya melalui kesenian dan kebudayaan. Gangasan yang

inovatif dan kreatif mampu untuk mengeratkan perpaduan yang utuh di samping menjadi bangsa

yang berbudaya dan mempunyai moral yang tinggi nilainya. Akan tetapi, bagi mencapai

perpaduan ini sesuatu bangsa tidak terlepas daripada rintangan dan halangan. Rintangan dan

halangan ini ada yang berpunca dari dalam setiap sikap individu dalam masyarakat itu sendiri

dan tidak kurang juga yang datang dari luar.

Sifat sombong adalah sifat yang perlu dikikis oleh sesuatu bangsa. Sifat ini adalah

penghalang utama seseorang untuk menerima pendapat atau buah fikiran orang lain dan ianya

mendorong ke arah perpecahan. Selain itu, sesuatu bangsa perlu buang sikap menyebarkan hal

atau keburukan orang lain. Perbuatan ini akan menggagalkan perpaduan. Sesungguhnya tidak

ada sesiapa yang mahu keburukan atau masalah yang dihadapi dicanang atau disebar kepada

khalayak umum. Bagi mencapai perpaduan bangsa yang padu, maka kita perlulah berpegang

Page 5: Mendepani Seni Warisan dan Kreatif Dalam Mencapai Satu ... · PDF fileApabila menyentuh soal kesenian dan kebudayaan, rata-rata berfikiran bahawa kesenian dan kebudayaan adalah cabang

5

kepada prinsip dan nilai agama yang tinggi, menghormati budaya, mencintai seni warisan,

mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan, memelihara maruah diri, berdisiplin,

bertoleransi, prihatin dan pendamaian. Perpaduan sesuatu bangsa akan terbentuk dengan adanya

kesedaran. Apabila ianya mulai sedar, segala pembentukan dan perlaksanaan pelbagai agenda ke

arah satu gagasan mudah digerak dan dirancang. Ini kerana kesedaran akan membawa kepada

usaha yang bersungguh-sungguh dalam mencapai objektif yang akan ditetapkan.

4.0 Kesenian dan Kebudayaan Mengeratkan Perpaduan

Apabila menyentuh soal kesenian dan kebudayaan, rata-rata berfikiran bahawa kesenian dan

kebudayaan adalah cabang yang membawa kepada hiburan. Pemikiran konvensional sebegini

menghalang kita daripada meneroka kesenian dan kebudayaan yang kita warisi dengan lebih

mendalam lagi, sedangkan sedar atau tidak pemikiran ini telah membuatkan masyarakat kita kian

lupa akan kesenian dan kebudayaan bangsa sendiri terutama aspek-aspek kesenian yang

berteraskan Islam sebagai pegangannya . Ini dapat kita lihat apabila menyentuh soal Melayu,

secara majoritinya mereka adalah beragama Islam. Apabila menyentuh soal kesenian dan

kebudayaan, persoalan yang timbul ialah adakah Islam mengharamkan kesenian dan kebudayaan

secara keseluruhan? Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi (2005) dalam tulisannya mengenai seni dan

hiburan dalam islam menyatakan bahawa perkara-perkara yang melibatkan seni dan budaya

dibolehkan selagi perkara-perkara tersebut tidak melalaikan dan tidak bertentang dengan tuntutan

agama Islam. Katanya lagi, seni dan budaya akan mengurangi keimanan dan memasukkan

seseorang ke lembah kelalaian dan seterusnya menjadi haram adalah disebabkan oleh sikap

manusia itu sendiri yang berlebih-lebihan sewaktu menikmati keindahan sehingga menyebabkan

kenikmatan yang dinikmati itu bertentangan dengan tuntutan Islam.

Page 6: Mendepani Seni Warisan dan Kreatif Dalam Mencapai Satu ... · PDF fileApabila menyentuh soal kesenian dan kebudayaan, rata-rata berfikiran bahawa kesenian dan kebudayaan adalah cabang

6

Menyentuh tentang perpaduan mencapai gagasan satu Malaysia melalui kesenian,

warisan dan kebudayaan, dilihat bahawa program atau upacara yang berkait rapat dengan

kesenian dan kebudayaan mampu mewujudkan persefahaman dan kekuatan kerjasama sesama

kita. Kesenian dan kebudayaan bangsa satu Malaysia bukan sahaja tinggi nilai estetika dalam

seni drama tari sahaja (merujuk kepada persembahan Mak Yong yang merupakan seni budaya

dari Malaysia) malahan keindahannya juga dapat dilihat melalui seni tari, seni suara, lukisan,

seni hiasan dan fesyen, dan filem dan sebagainya.

Kesemua kesenian dan kebudayaan yang disebutkan di atas sememangnya mampu

memperkukuhkan perpaduan bangsa dan mencapai gagasan satu Malaysia di Nusantara

sekiranya penglibatan secara serius dan bersungguh-sungguh dilakukan. Ini kerana, aktiviti serta

dan program yang melibatkan kesenian dan kebudayaan memerlukan penglibatan lebih daripada

seorang bagi menjayakan. Dengan penglibatan menjayakan aktiviti dan program sebegini sesuatu

bangsa akan lebih bersatu dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Penglibatan

dalam aktiviti dan program sebegini secara tidak langsung akan menganjurkan perpaduan bangsa

kita melalui aktiviti bekerja berpasukan, bertukar-tukar pendapat atau idea serta persepakatan.

Sesuatu persembahan kesenian dan kebudayaan akan berjaya dengan adanya sifat-sifat yang

dinyatakan. Jadi, jelaslah bahawa penganjuran aktiviti dan program sebegini mampu memupuk

nilai-nilai murni dalam kehidupan di negara kita bersesuaian dengan Malaysia sebagai sebuah

negara Islam di rantau ini .

Oleh itu, usaha memartabatkan seni, budaya dan warisan memerlukan perancangan yang

bersepadu dan tersusun serta melibatkan kerjasama sektor awam, pihak swasta dan komuniti

Page 7: Mendepani Seni Warisan dan Kreatif Dalam Mencapai Satu ... · PDF fileApabila menyentuh soal kesenian dan kebudayaan, rata-rata berfikiran bahawa kesenian dan kebudayaan adalah cabang

7

masyarakat. Justeru itu, pembentukan sesuatu bangsa yang bertamadun dalam erti kata

mendepani seni warisan dan kreatif dalam mencapai satu gagasan . Ianya suatu proses membina

negara bangsa yang tidak mungkin tercapai tanpa perancangan yang terancang. Pelaksanaan

perancangan ke arah tersebut perlu disertai pendekatan praktikal yang lebih menyeluruh hingga

sampai ke akar umbi.

6.0 Kepentingan Seni Warisan Dalam Satu Gagasan

Warisan adalah berkaitan dengan sesuatu yang diwarisi secara turun-temurun oleh seseorang dan

sesuatu kelompok masyarakat daripada generasi yang terdahulu. Warisan menggambarkan

memori kepada keseluruhan kehidupan sesuatu bangsa dan seterusnya melambangkan

ketamadunannya. Warisan secara umumnya terbahagi kepada dua kategori iaitu warisan ketara

(tangible heritage) dan warisan tak ketara (intangible heritage). Warisan ketara adalah sesuatu

yang kekal dilihat dan boleh dipegang sama ada statik atau mudah alih. Selain daripada itu,

terdapat satu lagi kategori warisan yang dikenali sebagai warisan budaya (culture heritage) dan ia

juga bolehlah dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu warisan budaya ketara (tangible

culture heritage) dan warisan budaya tak ketara (intangible culture heritage).

Sehubungan dengan itu, memandangkan sesebuah warisan budaya ketara mempunyai

nilai harta budaya yang tinggi, maka sewajarnya ia perlu dipulihara. Bagi memastikan warisan

budaya ketara yang akan dipulihara adalah warisan yang benar-benar mempunyai kepentingan

dari nilai emosi, budaya dan kegunaan, maka terdapat beberapa kriteria yang perlu diambil kira

dalam usaha untuk mengenalpastinya. Setiap satu daripada warisan berkenaan hendaklah

menepati atau mempunyai kriteria seperti antaranya, tarikan arkitektural yang berupaya menarik

Page 8: Mendepani Seni Warisan dan Kreatif Dalam Mencapai Satu ... · PDF fileApabila menyentuh soal kesenian dan kebudayaan, rata-rata berfikiran bahawa kesenian dan kebudayaan adalah cabang

8

perhatian awam disebabkan oleh rekabentuk senibina, dekorasi dan pertukangannya yang halus

sepertimana yang terdapat pada kebanyakan bangunan, monumen dan tapak tanah bersejarah.

Teknologi pembinaan yang mempunyai contoh penting dari segi jenis dan teknik pembinaan

serta mempunyai reka bentuk pelan yang ganjil juga seperti yang terdapat pada kebanyakan

bangunan, monumen dan tapak tanah bersejarah. Nilai kemasyarakatan iaitu bangunan,

monumen dan tapak tanah bersejarah yang mempunyai kepentingan arkitektural, ekonomi,

sejarah, budaya, adat resam dan keagamaan seperti kampung, kota, bandar serta pelabuhan yang

amat penting pada suatu masa dahulu pada sesebuah negara. Tarikan sejarah yang berupaya

menggambarkan aspek penting dari segi sosiologi dan budaya masyarakat setempat seperti asal

usul, lagenda, mitos dan keagamaan. Hubungan sejarah yang mempunyai hubungkait dengan

tokoh negarawan negara atau penjajah asing dengan bangunan, monumen dan tapak tanah

bersejarah di mana pernah berlaku peristiwa-peristiwa penting di dalam sejarah negara seperti

pembunuhan, perperangan dan perjuangan menuntut kemerdekaan.

7.0 Kepentingan Pemuliharaan Seni Warisan dan kreatif Sebagai satu Gagasan.

Dalam usaha untuk memulihara sesuatu seni warisan terutama sekali warisan budaya,

pemuliharaan perlu dilaksanakan dengan mengambil kira beberapa faktor seperti nilai sejarah,

fungsi, senibina, usia, bahan binaan serta sokongan daripada pelbagai pihak yang berkaitan

dengannya. Kesedaran mengenai kepentingan terhadap usaha pemuliharaan warisan adalah

merupakan satu tanggungjawab yang harus dipikul oleh setiap individu dalam masyarakat.

Justeru itu, usaha pemuliharaan seni warisan perlu dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab

agar generasi yang akan datang berpeluang untuk melihat dan menikmatinya pada masa hadapan.

Page 9: Mendepani Seni Warisan dan Kreatif Dalam Mencapai Satu ... · PDF fileApabila menyentuh soal kesenian dan kebudayaan, rata-rata berfikiran bahawa kesenian dan kebudayaan adalah cabang

9

Antara kategori kepentingan pemuliharaan warisan ialah seni warisan budaya mempunyai

nilai nostalgia, senibina, estetik, simbolik, sejarah, dokumentari, arkeologi, ekonomik, sosial dan

juga politik serta rohani. Seni warisan budaya berupaya menggambarkan ciri-ciri keunikan

sesuatu seni bangsa. Seni warisan budaya juga berupaya memberi imej dan identiti pada rupa

bentuk bandar dan budaya setempat. Dengan adanya seni warisan budaya, lokasi dan kawasan

persekitaran akan menjadi lebih dikenali seterusnya menyumbang kepada pembangunan

ekonomi melalui industri pelancongan dan sebagainya. Peninggalan warisan seni budaya akan

mengingatkan generasi sekarang kepada sejarah penjajahan masa lampau seterusnya memberi

iktibar dan meningkatkan semangat patriotisme serta semangat cintakan negara kepada segenap

lapisan masyarakat kita.

Penumpuan yang lebih harus diberi untuk mempertingkat peranan budaya dan seni dalam

kehidupan rakyat serta menggalakkan industri berkaitan seni warisan dan kreatif. Penumpuan ini

adalah kerana penglibatan aktif semua golongan dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian juga

menyumbang ke arah membangun individu secara total, mempererat perpaduan negara serta

mempertingkatkan kualiti hidup rakyat. Sehubungan ini, usaha lebih gigih harus diambil bersama

bagi mewujudkan kesedaran dan penghayatan yang lebih baik terhadap kekayaan warisan

budaya negara.

7.1 Mendepani seni warisan dan kreatif, tumpuan yang perlu diberikan ialah

nilai budaya yang positif.

Usaha yang berterusan untuk membangun nilai budaya yang positif dan mewujudkan satu bangsa

adalah penting untuk mengekalkan perpaduan negara dan keharmonian dalam mencapai

matlamat pembangunan terutamanya dalam suasana kepelbagaian etnik di Malaysia maupun di

Page 10: Mendepani Seni Warisan dan Kreatif Dalam Mencapai Satu ... · PDF fileApabila menyentuh soal kesenian dan kebudayaan, rata-rata berfikiran bahawa kesenian dan kebudayaan adalah cabang

10

Nusantara. Sehubungan ini, beberapa kempen ke arah memperkukuh nilai sosial dan kesedaran

diberi penekanan. Kempen dan program lain yang berkaitan akan memberi tumpuan kepada

perlunya seseorang rakyat mengamalkan sikap bertolak ansur, hormat-menghormati dan nilai

positif lain yang perlu untuk mengekal perpaduan negara begi mencapai satu gagasan

Bagi memupuk penghayatan yang lebih baik kepada budaya, seni dan warisan di

kalangan rakyat, akses kepada aktiviti kesenian dan kebudayaan harus ditingkatkan manakala

penglibatan aktif kesemua komuniti mesti digalakkan. Sehubungan ini, program merakyatkan

seni dan budaya yang bertujuan untuk mendekatkan seni kepada masyarakat serta menjadikan

seni yang berteraskan ajaran islam sebahagian daripada kehidupan seharian perlu dijayakan.

Aktiviti seperti ini antaranya boleh merangkumi persembahan seperti tarian tradisional dan

moden, drama dan muzik serta aktiviti berkaitan seni halus dan kraf dan akan melibatkan semua

lapisan sama ada masyarakat di bandar dan luar bandar.

7.2 Mendepani seni warisan dan kreatif, tumpuan yang perlu diberikan ialah

menghubungkan komuniti seni dengan sektor pendidikan.

Program untuk mendidik dan menghebahkan kepentingan dan penghayatan nilai budaya,

seni dan warisan di kalangan belia harus diberi penekanan yang lebih mendalam. Bagi mencapai

tujuan ini, langkah gigih harus diambil oleh agensi berkaitan untuk menambah bilangan yang

dilatih dalam pelbagai bidang berkaitan budaya dan seni. Mereka ini harus dihantar kepada

beberapa institusi yang berkaitan dengannya bagi menjalani latihan dalam bidang kesenian.

Program ini menghubungkan komuniti seni dengan sektor pendidikan bagi menyokong

pembangunan profesional pendidik seni dan penyedia pendidikan seni. Di samping itu, program

yang sama harus diperluas meliputi kakitangan sektor awam dan belia bagi meningkatkan

Page 11: Mendepani Seni Warisan dan Kreatif Dalam Mencapai Satu ... · PDF fileApabila menyentuh soal kesenian dan kebudayaan, rata-rata berfikiran bahawa kesenian dan kebudayaan adalah cabang

11

mereka terhadap bidang kesenian. Perkongsian strategik antara kerajaan, pihak berkuasa

tempatan, organisasi berasaskan seni dan masyarakat berserta sektor swasta harus diwujudkan

untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan program ini.

Untuk meningkatkan penghayatan seni dan budaya terutamanya di peringkat akar umbi,

pelbagai program terancang harus dipergiat dan diperluaskan ke semua negeri atau wilayah. Bagi

meningkatkan kesedaran dan penghayatan serta kefahaman dalam seni tampak dan persembahan,

beberapa program interaktif melibatkan penyertaan remaja atau belia, masyarakat dan sektor

swasta harus dilaksanakan dengan lebih tersusun dan terancang bagi merealisasikan Kuala

Lumpur sebagai pusat budaya dan aktiviti kesenian pada masa hadapan.

Seni persembahan juga merupakan jentera bagi pemuliharaan dan penyebaran seni

budaya dan warisan di samping sebagai sumber ilmu, hiburan yang berlandaskan ajaran islam

dan penghayatan kebudayaan kepada individu. Sehubungan ini, peranan Istana Budaya di Kuala

Lumpur sebagai pusat kecemerlangan bagi pementasan seni persembahan yang berkualiti tinggi

harus diperkukuhkan. Usaha yang berterusan harus diambil untuk menarik lebih banyak

pementasan asing menggunakan Istana Budaya sebagai tempat persembahan yang akan

menyumbang ke arah menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat budaya serantau.

7.3 Mendepani seni warisan dan kreatif, tumpuan yang perlu diambil ialah

penghayatan terhadap seni warisan dan budaya.

Penyelidikan yang mendalam serta terkini tentang aspek seni warisan dan budaya akan

membolehkan satu pendekatan dan pemuliharaan produk seni warisan negara secara lebih selaras

Page 12: Mendepani Seni Warisan dan Kreatif Dalam Mencapai Satu ... · PDF fileApabila menyentuh soal kesenian dan kebudayaan, rata-rata berfikiran bahawa kesenian dan kebudayaan adalah cabang

12

dan bersepadu. Ianya meliputi langkah penguatkuasaan bagi memastikan amalan pemeliharaan

mematuhi piawaian standard antarabangsa. Kesedaran dan penghayatan penyelidikan semasa

akan memudahkan proses mengenalpasti dan menentukan bangunan, monumen dan tapak yang

mempunyai kepentingan sejarah untuk diwartakan sebagai zon bersejarah. Bagi tujuan ini,

penyelidik dan institusi yang terlibat secara langsung harus mempelbagai dan meningkatkan

kualiti koleksi dan perkhidmatannya serta memperluaskan kepakarannya dalam pelbagai bidang

berkaitan dengannya. Berikutan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, maka

penyimpanan rekod elektronik dan pemeliharaan dokumen yang mempunyai nilai sejarah secara

digital dan senang untuk dicapai oleh mereka yang berminat dengan seni warisan atau bahan

yang berkaitan dengannya.

7.4 Dengan mendepani seni warisan dan kreatif, tumpuan yang perlu diambil ialah

penjagaan budaya dan warisan.

Usaha untuk memupuk kesedaran dan penjagaan terhadap kekayaan warisan budaya, bilangan

muzium harus tambah contoh seperti muzium menggunakan kenderaan tertentu dan sebagainya

Dengan adanya penambahan muzium dan perbagaikan pameran, ianya dapat membantu

menyebar pengetahuan dan maklumat serta menggalakkan penyelidikan produk seni warisan dan

kesenian seperti tenunan, songket, batik, lukisan, seramik, arca dan lain-lain dari seluruh negara.

Muzium ini juga menjadi pusat sumber yang baik kepada pelajar, penyelidik, ahli akademik,

pengusaha kraf dan mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya.

7.5 Dengan mendepani seni warisan dan kreatif, tumpuan yang perlu ialah nilai

pasaran seni warisan dan kreativiti budaya.

Page 13: Mendepani Seni Warisan dan Kreatif Dalam Mencapai Satu ... · PDF fileApabila menyentuh soal kesenian dan kebudayaan, rata-rata berfikiran bahawa kesenian dan kebudayaan adalah cabang

13

Usaha yang berterusan harus diambil untuk membangun dan meningkatkan kualiti hasil seni

warisan. Usaha ini termasuklah menjalankan penyelidikan dan pembangunan mengenai kaedah

baru bagi meningkatkan kemahiran pertukangan serta membangunkan reka bentuk dan teknologi

baru dalam penghasilannya. Usaha mempromosi seni dan warisan dipasaran harus dilaksanakan

secara meluas dengan kerjasama dengan berbagai sektor swasta. Kaedah pemasaran yang

inovatif dan kreatif serta penjenamaan baru produk seni negara harus diusahakan dan

diutamakan.

7.6 Dengan mendepani seni warisan dan kreatif, tumpuan yang perlu diambil ialah

sumber seni budaya yang kreatif.

Malaysia dan negara-negara di sekitar Nusantara mempunyai sumber budaya yang kreatif dan

luas dalam bidang seni persembahan, seni halus, kaligrafi Islam, filem, pendidikan seni dan kraf

yang boleh dimaju dan diterokai. Potensi ekonomi terhadap industri budaya kreatif ini harus

terus dibangunkan melalui kerjasama erat antara berbagai sektor awam dan swasta. Bagi

memudahkan pembangunan industri ini, kerajaan harus menyediakan persekitaran yang

kondusif. Pihak industri harus digalakkan untuk mengguna pelbagai kemudahan di peringkat

negeri seperti pusat kebudayaan negeri dan galeri untuk menjayakan aktiviti mereka. Di samping

itu, kerajaan juga harus menyediakan premis perniagaan yang sesuai kepada usahawan untuk

mempromosi produk seni warisan dan kreatif kraf keluaran mereka. Promosi dan pemasaran

keluaran seni, budaya dan produk warisan di peringkat tempatan dan antarabangsa harus

dipergiatkan melalui pelbagai kempen pemasaran dan penganjuran acara antarabangsa yang

menarik dan berprestij.

7.7 Dengan mendepani seni warisan dan kreatif, tumpuan yang perlu diambil ialah

Page 14: Mendepani Seni Warisan dan Kreatif Dalam Mencapai Satu ... · PDF fileApabila menyentuh soal kesenian dan kebudayaan, rata-rata berfikiran bahawa kesenian dan kebudayaan adalah cabang

14

program dan pembangunan seni budaya yang berterusan.

Selaras dengan aspirasi untuk mencapai kecemerlangan di kalangan profesional dalam bidang

kesenian dan kebudayaan. Kursus yang ditawarkan diperingkat pengajian tinggi haruslah

diperluaskan meliputi kursus di peringkat ijazah dalam bidang pengajian seni warisan

merangkumi museumology, arkeologi dan sains arkib. Di samping itu, pihak institusi pengajian

tinggi kerajaan mahupun swasta juga harus mempergiatkan latihan kemahiran untuk melahirkan

tenaga profesional yang berkualiti dalam bidang kesenian dan budaya seperti yang berkaitan

dengan pementasan dan pengurusan teater, pencahayaan dan bunyi, peralatan dan serta

pemasaran yang berkesan. Untuk terus menggalak dan membangunkan industri tersebut,

penekanan harus juga diberikan kepada aktiviti bina upaya untuk membangunkan modal insan

berkemahiran tinggi dalam bidang berkaitan denganya. Program bina upaya harus terus

dilaksanakan di institut-institusi berkaitan serta melalui pelbagai program pembangunan

usahawan bagi menyumbang kepada pembangunan artisan berkemahiran teknologi bagi

menghadapi cabaran masa depan. Harus juga diwujudkan program-program khas, seperti skim-

skim perantisan yang berkaitan dengan seni warisan dan kreatif untuk memberi kemahiran di

samping memelihara seni warisan dan kreatif dalam industri seni kraf tradisional dan juga kraf

moden.

8.0 Kesedaran dan Penghayatan Terhadap Seni Warisan dan Budaya.

Selaras dengan usaha untuk mewujudkan masyarakat yang kaya dengan budaya, pelbagai

program dilaksanakan untuk meningkatkan penghayatan terhadap seni dan budaya di kalangan

rakyat di semua peringkat. Sehubungan ini, aktiviti berkaitan seni dan budaya harus dilaksanakan

Page 15: Mendepani Seni Warisan dan Kreatif Dalam Mencapai Satu ... · PDF fileApabila menyentuh soal kesenian dan kebudayaan, rata-rata berfikiran bahawa kesenian dan kebudayaan adalah cabang

15

secara terancang di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan kampung. Taman budaya

merupakan tempat yang terbaik untuk memperkenalkan aktiviti kesenian dan kebudayaan serta

menganjurkan program latihan dan bina upaya untuk memupuk bakat dalam seni persembahan

dikalangan masyarakat sama ada di bandar mahupun luar bandar.

Dalam usaha untuk memupuk penghayatan dan cintakan budaya di kalangan generasi

muda. Pelbagai program dan aktiviti seperti kelab seni warisan harus dianjur di sekolah rendah

dan menengah. Bantuan dalam bentuk latihan, khidmat nasihat dan kostum serta peralatan juga

harus disediakan. Pelajar yang terlibat dalam aktiviti ini diberi peluang untuk menghasilkan

persembahan kreatif dalam majlis rasmi atau tidak resmi di setiap peringkat. Ianya bertujuan

untuk untuk menyebar kesedaran dan penghayatan seni budaya serta warisan di kalangan lebih

ramai rakyat Malaysia.

9. Kesimpulan

Sesungguhnya perpaduan dalam aspek kesenian dan warisan adalah penting kerana melaluinya,

ianya boleh mencapai visi dan misi sesebuah kejayaan negara. Sesungguhnya kekuatan terhadap

seni warisan dan kreatif boleh menjadi antara formula kejayaan negara pada masa sekarang dan

hadapan. Maka melalui kesedaran ini, kita hendaklah sentiasa memupuk kesedaran generasi

sekarang supaya menghargai nilai perpaduan serta berusaha untuk memelihara dan

memperelokkannya. Kita juga mesti sentiasa mengingatkan generasi sekarang supaya mereka

menjauhi daripada gejala-gejala yang boleh mencemarkan maruah bangsa dan berpecah-belah

serta bermusuhan antara satu sama lain. Perpaduan satu bangsa Melayu Islam melalui seni

warisan dan budaya bukan sahaja mampu untuk menyatupadukan sesuatu kaum sahaja malah

Page 16: Mendepani Seni Warisan dan Kreatif Dalam Mencapai Satu ... · PDF fileApabila menyentuh soal kesenian dan kebudayaan, rata-rata berfikiran bahawa kesenian dan kebudayaan adalah cabang

16

kesenian dan kebudayaan adalah satu bidang yang profesional yang dapat menyumbang ke arah

menjana pendapatan negara sekiranya kita bersungguh-sungguh memperjuangkan melalui

kesenian dan kebudayaan bangsa kita sendiri. Oleh itu, sesuatu bangsa perlulah sedar dan

berusaha dengan gigih serta teratur dalam memartabatkan perpaduan yang dikecapi pada hari ini

terpelihara selamanya malahan lebih baik daripada apa yang dicapai pada hari ini. Seterusnya

mendepani seni warisan dan kreatif untuk mencapai satu gagasan yang lebih mantap pada masa

hadapan.

Bibliografi:

Abdul Latiff Abu Bakar, 2000. Media dan Seni Warisan Melayu Serumpun Dalam Gendang

Nusantara . Media dan Seni Warisan Melayu Serumpun dalam Gendang Nusantara. Jabatan

Pengajian Media, Universiti Malaya & Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah.

Alan P. Merriam, 1964. The Anthropology of Music. Northwestern University Press, United

States of America.

Asmah Haji Omar, 1986, Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka

Azhar Hj Mad Aros, 2000,Titas Kertas 2, Petaling Jaya : Fajar Bakti

Cote, James E. and Charles Levine (2002). Identity Formation, Agency, and Culture. New

Jersey: Lawrence Erlbaum Associates.

Hayes, John R., 1976, The Genius of Arab Civilization-Source of Renaissance, Great Britain:

Westerham Press

Ismail al-Faruqi dan Lois Lamya al-Faruqi, 1992, Atlas Budaya Islam, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka

Kamus Dewan , Edisi Ketiga, 1994. Dewan Bahasa Dan Pustaka , Kuala Lumpur.

Mat Rofa bin Ismail, 1996, ‘Pembudayaan Matematik Dalam Gugusan Kepulauan Melayu’,

dalam Mohd Yusuf Hj. Othman (ed.), 1996, Siri Wacana Sejarah dan Falsafah Sains Jilid 5,

Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

Mounir Farah dan Andrea Barens Karls, 1994, World History The Human Experience, New

York: Macmillan

Page 17: Mendepani Seni Warisan dan Kreatif Dalam Mencapai Satu ... · PDF fileApabila menyentuh soal kesenian dan kebudayaan, rata-rata berfikiran bahawa kesenian dan kebudayaan adalah cabang

17

Nathan Sivin, 1988, The Contemporary Atlas of China, London : Weidenfeld & Nicolson

Nik Rosila Nik Yaacob, “TITAS : Mampukah Melahirkan Generasi Berjiwa Malaysia? Jun 1998,

Dewan Masyarakat.

Samuel P.Huntington, 1997, The Clash of Civilizations and The Remaking of World Order,

London: Simon & Schuster.

Seyyed Hossein Nasr, 1968, Science and Civilization in Islam, New york : New American

Library

Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, 2000, Tamadun Dunia, Shah

Alam: Fajar Bakti

Sudheer Birodkar, 1998, India’s Contribution to The World Culture, Hindu Press

Wan Fuad Wan Hassan, 1996, Ringkasan Sejarah Sains, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka

Biodata

Dr.Sabzali Musa Kahn dilahirkan di Besut, Terengganu. Latar belakang akademik dan bidang

pengajian beliau ialah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Seni Halus), Universiti Sains

Malaysia, Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana

(Pendidikan) Universiti Putra Malaysia, Sarjana Pengurusan (Irish Univ.) seterusnya pemegang

Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Pengajian Senibina di Universiti Putra Malaysia.

Sebagai pengiat seni, beliau telah menimba pengetahuan dan pengalaman dalam dan luar negara

dengan menyertai pelbagai pameran-pameran utama anjuran universiti-universiti, galeri-galeri,

Balai Seni lukis Negeri dan juga Balai Seni Lukis Negara. Beliau juga memberi tumpuan

penyelidikan dalam bidang seni rupa, teater dan bengkel dalam aspek kreativiti pengajaraan di

peringkat pra-sekolah serta pembangunan kurikulum pengajian seni visual di peringkat

universiti. Beliau juga telah berjaya memenangi beberapa pertandingan dalam bidang senilukis

dan senireka. Antaranya mendapat Hadiah Insentif Utama dalam pameran Media Seni 2006,

pemenang Anugerah Khas Media Seni VIII, 2009 dan Anugerah Khas Media Seni IX, 2010.

Beliau juga pemenang ‘Gold Medal’ dalam pameran Innovation and Creativity EXPO 2010,

University of Malaya. Penyelidikan ini yang menjurus kepada penggunaan bahan serta teknik

baru dalam penghasilan karya seni visual. Merupakan rakyat Malaysia yang pertama terpilih

menjadi juri hakim dalam kategori seni visual di pertandingan 8th International Abilympics

Seoul 2011 yang berlangsung di Korea. Beliau juga menjadi pelatih kepada peserta dalam

kategori lukisan sutera dan berjaya membawa meraih ‘Gold Medal’ di 8th International

Abilympics Seoul. Beliau turut terlibat dalam kerja kreativiti sosial dan program yang

melibatkan pendekatan aktiviti kreatif, seni visual bersama masyarakat. Pada masa sekarang,

beliau bertugas sebagai Timbalan Pengarah (Ijazah Dasar) dan juga Penyelaras Program Seni

Rupa di Pusat Kebudayaan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.