Mendgr Ghibah Turut Berdosa

download Mendgr Ghibah Turut Berdosa

of 1

Transcript of Mendgr Ghibah Turut Berdosa

  • 8/14/2019 Mendgr Ghibah Turut Berdosa

    1/1

    RASULULLAH ketika ditanya oleh seorang sahabat apakah itu ghibah,Baginda bersabda maksudnya : "Menyebut sesuatu yang tidak disukaioleh saudaramu di belakangnya!" Kemudian Baginda ditanyalagi: "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan itu benar?" JawabBaginda: "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulahghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkautelah melakukan buhtan (pembohongan besar)." (Hadis riwayat Muslim,Abu Daud dan At-Tarmizi).

    Ghibah (menyebut keburukan orang lain walaupun benar) amat buruk,apatah lagi buhtan (memfitnah dan mengada-adakan keburukan seseorang).

    Orang yang mendengar ucapan ghibah turut memikul dosa ghibah keranadia masuk dalam ghibah itu sendiri. Kecuali dia mengingkarinya denganlidah atau menerima dengan hatinya.

    Apabila ada kesempatan, maka lebih utama baginya mengalihkan ghibahitu dengan pembicaraan lain yang lebih bermanfaat.

    Rasulullah bersabda bermaksud: "Seseorang hamba yang membicarakan

    sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya), akandilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat." (Hadis riwayatMuslim)

    Jelasnya, ghibah bukan hanya pada ucapan lidah, malah setiap gerakan,isyarat, ungkapan, sindiran, celaan, tulisan atau segala sesuatu yangdifahami sebagai hinaan.

    Mendengar orang yang sedang ghibah dengan kagum dan menyetujui apa-apa yang dikatakannya, hukumnya sama dengan ghibah.

    Pahala amal kebaikan orang yang melakukan ghibah akan diberikankepada orang yang menjadi sasaran ghibahnya. Islam mengharamkan danmelarang ghibah kerana boleh mengakibatkan putus ukhuwah, rosak kasihsayang, timbul permusuhan, tersebar aib, lahir kehinaan dan timbulkeinginan untuk melakukannya.