Mengapa Rancangan Kesihatan Sekolah

3
Saya memang setuju dengan pendapat Konsep Pembangunan Modal Insan adalah cetusan idea Yang amat Berhormat Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pada tahun 2006 . Salah satu aspek penting dalam pembangunan modal insane adalah keperluan kesihatan. Kesihatan adalah harta yang paling berharga bagi seseorang manusia, tanpa badan yang sihat, seseeorang itu tidak dapat melakukan apa-apa kerja dan aktiviti. Ini adalah kerana Otak yang cerdas juga datangnya daripada badan yang sihat. Otak yang cerdas juga membolehkan kita berfikir dengan rasional apabila menghadapi sesuatu perkara atau masalah, seterusnya kita akan menjadi lebih kreatif dan inovatif. Oleh itu, kesihatan adalah perkara yang paling diutamakan dalam pembinaan sesebuah negara. Di samping itu, pelaksanaan kempen-kempen dan program- program juga dapat memberikan kesan positif kepada seseorang terutama dari segi kerohanian, emosi, intelek, bina insan, perpaduan dan patriotism serta melatih murid mendisiplinkan diri melalui setiap aktiviti yang telah dirancang. Program ini juga diharap dapat dapat melahirkan modal insan yang cergas disamping menyihatkan badan. Kesimpulannya, Warga Negara yang sihat akan mewujudkan tenaga kerja yang produktif dan merupakan satu input penting bagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan modal insan.

Transcript of Mengapa Rancangan Kesihatan Sekolah

Page 1: Mengapa Rancangan Kesihatan Sekolah

Saya memang setuju dengan pendapat Konsep Pembangunan Modal Insan

adalah cetusan idea Yang amat Berhormat Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pada

tahun 2006 . Salah satu aspek penting dalam pembangunan modal insane

adalah keperluan kesihatan.

Kesihatan adalah harta yang paling berharga bagi seseorang manusia, tanpa

badan yang sihat, seseeorang itu tidak dapat melakukan apa-apa kerja dan

aktiviti. Ini adalah kerana Otak yang cerdas juga datangnya daripada badan yang

sihat. Otak yang cerdas juga membolehkan kita berfikir dengan rasional apabila

menghadapi sesuatu perkara atau masalah, seterusnya kita akan menjadi lebih

kreatif dan inovatif. Oleh itu, kesihatan adalah perkara yang paling diutamakan

dalam pembinaan sesebuah negara.

Di samping itu, pelaksanaan kempen-kempen dan program-program juga dapat

memberikan kesan positif kepada seseorang terutama dari segi kerohanian,

emosi, intelek, bina insan, perpaduan dan patriotism serta melatih murid

mendisiplinkan diri melalui setiap aktiviti yang telah dirancang.  Program ini juga

diharap dapat dapat melahirkan modal insan yang cergas disamping

menyihatkan badan.

Kesimpulannya, Warga Negara yang sihat akan mewujudkan tenaga kerja yang

produktif dan merupakan satu input penting bagi pertumbuhan ekonomi dan

pembangunan modal insan.

Oleh itu, kerajaan telah memberikan banyak tenaga dalam pembangunan modal insan. Contohnya, projek susu sekolah 1 Malaysia yang telah dilancarkan akan dimanfaatkan murid di samping pemberian multi vitamin di sekolah rendah seluruh negara bagi meningkatkan kesihatan, sekali gus menyeimbangkan pemikiran dan membentuk modal insan sihat, cergas dan berkualiti.

Selain itu, amalan gaya hidup sihat penting kepada semua lapisan masyarakat untuk menikmati tahap kesihatan yang baik. Tahap kesihatan rakyat yang baik dapat menjamin maruah diri dan meningkatkan produktiviti negara. Oleh itu, setiap individu perlu menjauhi gaya hidup yang negatif dan tidak sihat seperti pengambilan alkohol yang banyak, ketagihan rokok dan juga pengambilan dadah atau pil-pil perangsang. Hal ini

Page 2: Mengapa Rancangan Kesihatan Sekolah

dikatakan demikian kerana amalan gaya hidup yang tidak sihat akan menjejaskan kesihatan dan mengancam nyawa sendiri atau nyawa orang lain.

Modal insan inilah yang merupakan aset yang boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya. Kesihatan merupakan salah satu unsure utama dalam pembangunan modal insan bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti negara. Bersesuaian dengan kehendak industri serta pasaran semasa dan masa hadapan, pembangunan modal insan perlu dirancang dengan rapi agar dapat meningkatkan bina upaya generasi muda Malaysia ke arah melahirkan guna tenaga yang terlatih dan berdaya saing, sepadan dan mencukupi dengan keperluan negara pada 2020.

Kesihatan terbentuk hasil dari satu keadaan seimbang di antara seseorang individu dengan persekitaran fizikal, biologi dan sosialnya.  Keseimbangan ini membolehkan modal insane berfungsi dengan baik.

Salam sejahtera.

Kesihatan merupakan salah satu unsur utama dalam pembangunan modal insan bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti negara. Saya setuju kepada pandangan cikgu. Sebagai seorang manusia, kita dapat mengetahui bahawa aspek kesihatan adalah berkait rapat dengan kehidupan kita, tanpa kesihatan sama seperti tanpa nyawa dan ini dapat menerangkan perkembangan negara tersebut dengan secara langsung.

Ciri-ciri yang berkualiti tinggi mestilah dimiliki oleh seseorang individu yang digolongkan kepada kumpulan modal insan, misalnya mengamalkan bersemangat, pengamalan budi bahasa yang tinggi, bersedia bekerja kuat dan bekerja dengan rajin. Di samping itu, tahap kesihatan yang tinggi akan membekalkan fikiran yang munasabah dan idea yang kritis serta kreatif untuk melancarkan dan menjayakan program-program yang dilaksanakan. Dengan ini, seseorang individu yang mempunyai tubuh badan yang sihat, fikiran yang positif, jiwa yang bersemangat akan menjadi modal insan dan ini juga akan melahirkan modal insan yang mempunyai kualiti tinggi dan sedia memberi sumbangan terhadap pembangunan masyarakat.