MENGAPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME DALAM BILIK DARJAH.pdf

24
1 PENDAHULUAN Teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Melalui teori- teori pembelajaran ini, pengajar akan memahami pelbagai cara murid-muridnya bagaimana belajar, dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukum pembelajaran dengan kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan berkesan. Menurut James (1890) seperti yang dipetik oleh Mok Soon Sang (2009), psikologi pembelajaran merupakan satu sains yang masih baru, dan ahli-ahli psikologi tidak mula mengkaji fenomena yang dinamakan pembelajaran sehingga kira-kira satu ratus tahun yang lalu. Semenjak itu berbagai-bagai huraian tentang proses pembelajaran telah muncul, sesetengahnya telah lenyap manakala yang lainnya masih bertahan. Pembelajaran akan dihuraikan mengikut tiga perspektif yang berbeza iaitu teori behaviorisme, kognitif dan kognitif sosial. Setiap perspektif tersebut telah diasaskan kepada bertahun-tahun penyelidikan dan dapat memberi berbagai implikasi dalam amalan bilik darjah. Menurut Elias R.M. (2007) seperti di dalam buku Psikologi Pendidikan untuk Perguruan, teori merupakan satu prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan bagi sesuatu ilmu pengetahuan. Teori juga merupakan satu rumusan yang terdiri daripada pengetahuan sedia ada dalam diri seseorang untuk memberi panduan bagi menjalankan penyelidikan dan juga untuk mendapatkan sesuatu maklumat baru. Menurut Kamarudin Hj Husin (1993) Pedagogi 3 Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah, konsep pembelajaran pula merupakan perubahan tingkah laku yang berlaku kepada seseorang melalui pengalaman mereka dan juga merupakan bantuan yang diberikan oleh seseorang guru melalui proses pemerolehan ilmu dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukkan sikap dan kepercayaan seorang murid. Menurut Rahil Mahyuddin J. M. (2000) seperti di dalam buku Psikologi

description

PSIKOLOGI PENDIDIKAN -UPM-

Transcript of MENGAPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME DALAM BILIK DARJAH.pdf

  • 1

    PENDAHULUAN

    Teori-teori pembelajaran merujuk kepada prinsip-prinsip dan hukum-hukum

    pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Melalui teori-

    teori pembelajaran ini, pengajar akan memahami pelbagai cara murid-muridnya bagaimana

    belajar, dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukum pembelajaran dengan kaedah

    dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pelajaran dengan berkesan.

    Menurut James (1890) seperti yang dipetik oleh Mok Soon Sang (2009), psikologi

    pembelajaran merupakan satu sains yang masih baru, dan ahli-ahli psikologi tidak mula

    mengkaji fenomena yang dinamakan pembelajaran sehingga kira-kira satu ratus tahun yang

    lalu. Semenjak itu berbagai-bagai huraian tentang proses pembelajaran telah muncul,

    sesetengahnya telah lenyap manakala yang lainnya masih bertahan. Pembelajaran akan

    dihuraikan mengikut tiga perspektif yang berbeza iaitu teori behaviorisme, kognitif dan

    kognitif sosial. Setiap perspektif tersebut telah diasaskan kepada bertahun-tahun penyelidikan

    dan dapat memberi berbagai implikasi dalam amalan bilik darjah.

    Menurut Elias R.M. (2007) seperti di dalam buku Psikologi Pendidikan untuk

    Perguruan, teori merupakan satu prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan bagi sesuatu

    ilmu pengetahuan. Teori juga merupakan satu rumusan yang terdiri daripada pengetahuan

    sedia ada dalam diri seseorang untuk memberi panduan bagi menjalankan penyelidikan dan

    juga untuk mendapatkan sesuatu maklumat baru. Menurut Kamarudin Hj Husin (1993)

    Pedagogi 3 Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah, konsep pembelajaran pula merupakan

    perubahan tingkah laku yang berlaku kepada seseorang melalui pengalaman mereka dan juga

    merupakan bantuan yang diberikan oleh seseorang guru melalui proses pemerolehan ilmu dan

    pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukkan sikap dan kepercayaan

    seorang murid. Menurut Rahil Mahyuddin J. M. (2000) seperti di dalam buku Psikologi

  • 2

    Pendidikan II, dari aspek psikologi pula pembelajaran merupakan perubahan tetap atau

    penguasaan ilmu dan perlakuan yang relatif. Relatif pula bermaksud pembelajaran bukan

    muktamad dan maklumat dikuasai pada masa sekarang boleh diubah dengan maklumat yang

    didapati pada masa hadapan. Dalam konteks pendiidkan pula guru-guru akan mengajar

    supaya seseorang murid dapat belajar dan menguasai isi pelajaran sehingga dia mencapai

    objektif yang ditetapkan oleh guru tersebut.

    Di samping itu, pembelajaran begini berlaku sepanjang hayat dan berterusan

    sepanjang hayat dalam hidup seseorang murid. Proses pembelajaran juga berkait rapat dengan

    teori-teori pembelajaran yang menjelaskan bagaimana dan mengapa perubahan tingkah laku

    berlaku. Para penyelidik sains telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memahami tingkah

    laku seorang manusia, cara memperoleh ilmu dan menentukan mengapa seseorang individu

    itu berkelakuan dalam sesuatu cara tertentu dan terdapat pelbagai pembelajaran yang

    dipelopori oleh ahli-ahli psikologi yang lain. Teori-teori pembelajaran merujuk kepada

    huraian prinsip-prinsip dan hukum-hukum yang terjalin dan saling bergantung dalam

    penguasaan ilmu dan sesuatu maklumat. Ia bertujuan untuk mengkelaskan pelbagai

    pemerhatian yang dibuat dalam pembelajaran serta faktor-faktor yang mempengaruhinya.

  • 3

    ISI

    1.0 Teori Pembelajaran Behaviorisme

    Menurut Rahil Mahyuddin J. M. (2000) seperti di dalam buku Psikologi

    Pendidikan II, antara tokoh-tokoh mazhab behaviorisme yang terpengaruh dalam

    pembentukan teori pembelajaran ialah Pavlov, Thorndike dan Skinner. Mereka

    berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku.

    Kebanyakan teori pembelajaran mereka adalah hasil daripada pemerhatian dan ujian

    ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan burung dalam keadaan bilik makmal.

    Ujian mereka ditumpukan kepada perhubungan ransangan dan gerak balas yang

    menghasilkan perubahan tingkah laku. Menurut mereka, tingkah laku murid boleh

    diperhatikan, dikawal dan diramal. Mereka menekankan bahawa perkaitan gerak balas

    individu dengan ransangan adalah sesuatu proses pembelajaran, demi membentuk

    sesuatu tingkah laku yang baru.

    Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dia dilahirkan, sehingga

    sukar bagi kita untuk membeza dan memisahkan antara pembelajaran dengan

    tumbesaran, kerana kedua-duanya adalah saling berkaitan. Behaviorisme

    menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan

    dan boleh diukur. Ahli-ahli psikologi behaviorisme berpendapat sesuatu benda yang

    wujud adalah benda yang kita boleh perhatikan. Kita tidak dapat melihat pemikiran,

    tetapi kita dapat membuat pemerhatian terhadap perlakuan manusia. Dari tingkah laku

    ini kita dapat membuat kesimpulan tentang apa yang sedang difikirkan.

    Teori Pembelajaran Behaviorisme terbahagi kepada dua bahagian iaitu Teori

    Pelaziman Operan dan Teori Pelaziman Klasik. Teori Pelaziman Operan dipelopori

    oleh dua orang pengasas iaitu Thorndike dan Skinner manakala Teori Pelaziman

  • 4

    Klasik dipelopori Pavlov dan Watson. Apa yang perlu diketahui daripada Teori

    Behaviorisme ini adalah prinsip-prinsip teori tersebut yang terdiri daripada model

    pelaziman klasik Pavlov dan hukum-hukum teori pelaziman operan Thorndike. Selain

    daripada itu, perkara yang mestilah diketahui juga adalah bagaimana cara

    mengaplikasikan Teori Behaviorisme ini terhadap pengajaran dan pembelajaran dari

    aspek kurikulum, pengajaran dan penilaian. Berikut adalah perbandingan pandangan

    yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh teori behaviorisme.

    ASPEK

    John Broadus

    Watson

    (1878-1958)

    Ivan Petrovich

    Pavlov

    (1849-1936)

    Edward Lee

    Thorndike

    (1874-1949)

    Burrhus Frederic

    Skinner

    (1904-1990)

    Nama Teori Pelaziman

    Klasik

    Pelaziman

    Klasik

    Pelaziman

    Operan Pelaziman Operan

    Bahan Ujikaji

    Albert B

    (bayi 9 bulan) Anjing Kucing Tikus Putih

    Asas Teori

    Berkaitan

    pelaziman &

    kawalan emosi

    manusia iaitu

    ujikaji tentang

    Albert (1920)

    Ransangan &

    gerak balas

    (R-G)

    Hubungan

    antara ransangan

    dengan gerak

    balas akan

    menjadi kukuh

    jika kesan

    tingkah laku

    menyeronokkan

    atau memuaskan

    Menekankan hasil

    kesan akibat

    membawa kepada

    tingkahlaku baru,

    tingkahlaku

    diteruskan atau

    diulang &

    sebaliknya

    Jadual 1

  • 5

    Teori Behaviorisme ini yang dikenali sebagai teori tingkah laku, amat

    mengutamakan pembelajaran kemahiran-kemahiran tertentu khususnya kemahiran

    fizikal. Mereka menganggap pembelajaran ialah perubahan yang berlaku pada tingkah

    laku manusia yang berasaskan situasi-situasi tertentu.

  • 6

    2.0 Teori Pelaziman Klasik (Ivan P.Pavlov)

    Teori ini juga dikenali sebagai pelaziman gantian, pelaziman pemindahan dan

    pelaziman bergerak balas/reponden. Pembelajaran melalui pelaziman ini adalah

    pertama kali dikaji oleh seorang ahli sains Rusia, Ivan P.Pavlov. Teori Pavlov juga

    mempunyai empat fasa yang dilalui oleh seseorang individu untuk menguasai ataupun

    mengubah tingkah laku mereka. Empat fasa tersebut ialah fasa perolehan, fasa

    penghapusan, fasa diskriminasi dan fasa generalisasi (Mok Soon Sang, 2009).

    Pertamanya ialah fasa perolehan. Fasa perolehan merupakan fasa di mana fasa

    permulaan pembelajaran sesuatu gerak balas kepada sesuatu rangsangan. Fasa

    perolehan ini merupakan proses ulangan seusatu perlakuan yang mengaitkan gerak

    balas dengan seusatu rangsangan. Sesuatu pembelajaarn itu menjadi lebih kukuh lagi

    apbila teori pelaziman ini dikuatkan dengan ulangan secara berulang kali. Sebagai

    contohnya, dalam eksperimen Pavlov, anjing itu belajar untuk mengeluarkan air liur

    setelah kedengaran bunyi loceng dan pembelajaran ini berlaku apabila anjing tersebut

    diajar secara berulang kali untuk mendengar bunyi loceng sebelum menerima

    makanan tersebut. Menurut Pavlov juga, beliau berasa amat sukar untuk meramalkan

    beberapa kali sesuatu rangsangan dan gerak balas yang perlu diulangi sebelum ia

    menjadi pembelajaran perlakuan yang kukuh. Dalam sesuatu situasi itu, pembelajaran

    boleh berlaku dengan serta merta. Sebagai contohnya, anak yang tersentuh sebuah

    periuk yang panas akan sentiasa takut mendekati periuk tersebut. Oleh itu, beliau

    merumuskan bahawa pembelajaran berlaku melalui satu siri ulangan tingkah laku

    yang sama.

    Fasa kedua ialah fasa penghapusan. Fasa ini berlaku apabila organisma yang

    telah mempelajari sesuatu gerak balas melalui peneguhan, tidak lagi menerima

    rangsangan yang meneguhkan dan jika sesuatu rangsangan terlazim tidak diikuti

  • 7

    dengan rangsangan tak terlazim, maka perlakuan tersebut tidak akan diulangi lagi.

    Dalam fasa penghapusan ini, anjing tidak menerima makanan iaitu rangsangan tak

    terlazim apabila loceng dibunyikan dan lama kelamaan, anjing tidak akan

    mengeluarkan air liur, iaitu tiada apa-apa gerak balas apabila anjing mendengar bunyi

    loceng iaitu rangsangan terlazim.

    Seterusnya ialah fasa pembezaan atau pun diskriminasi. Dalam fasa

    diskriminasi, seseorang individu dapat mebezakan tidak balas untuk situasi atau

    rangsangan yang berlainan. Hal ini kerana anjing dalam eksperimen Pavlov belajar

    untuk membezakan bunyi loceng daripada bunyi yang lain melalui proses pelaziman.

    Dalam fasa diskriminasi, anjing tidak menunjukkan sebarang gerak balas apabila

    mendengar bunyi-bunyi yang lain seperti bunyi gendang. Dalam eksperimen ini,

    apabila Pavlov membunyikan bunyi gendang, anjing tidak lagi mengeluarkan air

    liurnya dan ini menunjukkan bahawa anjing tersebut sudah belajar untuk membezakan

    di antara bunyi loceng dengan bunyi gendang.

    Fasa yang terakhirnya ialah fasa kesimpulan atau pun generalisasi. Fasa

    generalisasi ini merupakan satu gerak balas terlazim yang dipelajari daripada satu

    keadaan tetapi yang dapat diaplikasikan kepada semua situasi lain yang sama atau

    hampir sama. Di samping itu, pembelajaran juga boleh menghasilkan dua jenis tabiat

    atau perlakuan iaitu tabiat baik atau buruk. Sesuatu tabiat yang baik akan dimurnikan

    pemahamannya melalui diskriminasi dan generalisasi untuk mengembangkan

    penggunaannya di dalam situasi-situasi lain yang serupa. Manakala, semua tabiat

    buruk dalam diri seseorang boleh dihapuskan melalui proses pelaziman.

  • 8

    3.0 Mengaplikasikan Teori Pelaziman Klasik dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    Mengikut teori pelaziman klasik Pavlov, gerak balas positif dapat dipupuk

    melalui pelaziman klasik. Model Pembelajaran Pelaziman Pavlov pada asalnya mula

    digunakan dalam bidang fisiologi pula dapat diaplikasikan dalam bidang tingkah laku

    pembelajaran orang manusia. Di sini kami menerangkan proses pelaziman dalam

    rajah dibawah seperti berikut :-

    Sebelum Pelaziman

    Semasa Pelaziman

    Selepas Pelaziman

    Rajah 1

    Guru Bahasa Melayu mengajar

    kelas kali pertama

    (ransangan tak terlazim)

    Gerak balas terlazim terhadap

    aktiviti pengajaran sahaja

    (perhatian murid)

    Guru mengajar dengan cara yang

    menarik

    (ransangan terlazim)

    Guru mengajar dengan cara yang

    menarik

    (gerak balas tak terlazim)

    Kehadiran guru

    (ransangan terlazim)

    Murid menumpukan perhatian

    (gerak balas terlazim)

  • 9

    Untuk mengajar dengan berkesan, guru harus mengaitkan pengalaman positif

    (ransangan terlazim) dengan tugasan pembelajaran (ransangan tak terlazim) demi

    menghasilkan gerak balas terlazim, iaitu melalui aktiviti pembelajaran yang

    memuaskan. Bimbing murid menggunakan kemahiran untuk membuat generalisasi

    dengan tepat, dengan memberi pelbagai contoh yang berkaitan.

    Bimbing murid dengan menggunakan kemahiran untuk membuat diskriminasi,

    misalnya mengenal pasti kesalahan tatabahasa dan kesalahan ayat. Berikan latihan

    yang cukup untuk mengukuhkan ransangan terlazim dengan gerak balas terlazim.

    Misalnya, memberi latihan mencari kesalahan tatabahasa di dalam ayat kerap kali.

    Gunakan peneguhan sekunder untuk mengekalkan gerak balas terlazim yang

    menunjukkan fenomena proses penghapusan. Misalnya, menggunakan ransangan baru

    sebagai ransangan terlazim dalam proses memotivasikan murid semasa aktiviti

    pembelajaran. Membantu murid memulihkan ingatan dengan memberikan masa rehat

    yang cukup hingga segala gangguan pembelajaran yang sedia ada dihilangkan.

  • 10

    4.0 Teori Pelaziman Operan (Thorndike)

    Pembelajaran Pelaziman Operan ini merujuk sesuatu bentuk pembelajaran

    seseorang individu yang menggunakan sesuatu gerak balas yang kukuh dan tetap

    dipilih daripada beberapa gerak balasnya. Model Pembelajaran Pelaziman Operan

    merangkumi empat konsep utama. Antaranya ialah :-

    Gerak balas operan berlaku secara diri sendiri (tidak sama dengan gerak balas

    daripada ransangan yang berdasrkn Teori Pelaziman Klasik), jika mendapat

    hasil yang berkesan, ia akan dikukuh dan dikekalkan.

    Sebarang ransangan (termasuk orang, perkara, benda dan sebagainya) yang

    dapat mengukuhkan gerak balas individu adalah disebut sebagai peneguh

    (reinforcer), atau ransangan meneguh (reinforcing stimulus), peneguh boleh

    bersifat positif atau negative. Misalnya, ganjaran ialah peneguhan positif,

    manakala denda ialah peneguhan negative. Di bawah konteks pembelajaran,

    kedua-duanya pula menghasilkan peneguhan (reinforcement) ke atas gerak

    balas yang berkenaan.

    Peneguhan merupakan sesuatu teknik atau proses yang menggunakan

    peneguhan untuk mengukuh dan mengekalkan gerak balas yang berkenaan.

    Seperti peneguh, peneguhan juga ada peneguhan positif dan peneguhan

    negatif. Misalnya, ganjaran (peneguhan positif) diberi selepas sesuatu tingkah

    laku berlaku dengan tepat boleh mengukuh dan mengekalkan tingkah laku

    pelajar yang berkenaan. Manakala, denda (peneguhan negatif) dikenakan

    selepas sesuatu tingkah laku yang berlaku salah, dan sekiranya pelajar itu

    mengelakkan diri daripada kena denda, membetulkan tingkah lakunya, denda

    seterusnya dihentikan. Menarik balik denda itu merupakan kehilangan

    peneguh negatif yang mendorongkan pembentukan tingkah laku yang tepat.

  • 11

    Contoh yang lain adalah, Ikmal mesti membaca satu tajuk drama dalam buku

    komsasnya sebelum hujung minggu. Dia tidak mahu tugasnya ditanggunhkan

    oleh itu dia selesaikannya lebih awal. Apabila tugasnya siap, dia tidak perlu

    risau tentangnya lagi. Sebagai guru kita tidak menggunakan peneguhan negatif

    dengan kerap. Kita perlu mewujudkan persekitaran bilik darjah yang

    mengandungi sedikit ransangan yang hendak dielakkan oleh pelajar. Kita perlu

    sedar bahawa peneguhan negatif mempunyai kesan ke atas tingkah laku.

    Sebagai contoh seorang murid mungkin menyiapkan tugasannya supaya ia

    tidak menggangunya dan bukan kerana ia menimbulkan kepuasan intrinsik.

    Di dalam konteks psikologi pendidikan, penggunaan ganjaran adalah lebih

    berkesan daripada denda. Ini adalah kerana ganjaran membawa kesan meneguhan

    secara langung, sedangkan denda membawa kesan peneguhan secara tidak langsung.

    Teori Pelaziman Operan juga dikenali sebagai teori cuba-ralat. Teori cuba-

    ralat ini adalah dikemukan oleh Edward L. Thorndike pada tahun 1911. Pembelajaran

    merupakan proses cuba-ralat (trial and error) atau memilih dan menghubungkait

    (selecting and connecting). Di dalam proses ini, oleh kerana latihan dilakukan secara

    berulang-ulang, gerak balas yang salah dihasilkan pada peringkat permulaan akan

    semakin berkurang, perhubungan di antara ransangan dengan gerak balasnya akan

    semakin bertambah kukuh. Maka, persepsi perhubungan di antara ransangan dengan

    gerak balasnya sebenarnya merupakan konsep pembelajaran.

    Mengikut Thorndike, perhubungan ini yang dapat berlaku adalah berdasarkan

    kepada bilangan kali latihan, keadaan kesediaan individu dan keberkesanan latihan.

    Terdapat 3 hukun pembelajaran, iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum

    Kesan (Mok Soon Sang, 2003).

  • 12

    4.1 Hukum Kesediaan

    Merupakan keupayaan persiapan seseorang individu di dalam kendirinya

    untuk memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Mengikut Thorndike, terdapat tiga

    keadaan yang berlaku dalam proses pembelajaran yang berkaitan dengan Hukum

    Kesediaan, iaitu :-

    - Apabila seseorang murid bersedia untuk belajar, maka

    pembelajarannya yang dijalankan akan menghasilkan kepuasan.

    - Apabila seseorang murid berdia untuk belajar, tetapi tidak dapat

    dilakukannya, maka ia akan menghasilkan perasaan kecewa ataupun

    kesakitan.

    - Apabila seseorang murid tidak bersedia untuk belajar, tetapi dipaksa

    untuk belajar, maka ia akan juga menghasilkan perasaan kecewa

    ataupun kesakitan.

    Hukum Kesediaan menekankan bahawa ganjaran hanya akan berkesan jika

    murid mempunyai kesanggupan, dari segi psikologinya, untuk menerimanya.

    Sekiranya murid itu sanggup menerima sesuatu ganjaran yang diberikan tiap-tiap kali

    dan dapat kepuasannya, maka perhubungan di antara gerak balasnya dengan ganjaran

    tersebut akan semakin bertambah kukuh. Pemberian ganjaran yang sesuai dengan

    kehendak murid akan mendorongkan lebih bersedia untuk menjalan proses

    pembelajaran pada masa akan datang.

    4.2 Hukum Latihan

    Semakin banyak latihan yang tertentu dijalankan, semakin bertambah kukuh

    ikatan atau asosiasi gerak balas yang tertentu dengan ransangan yang berkaitan.

    Sekiranya pasangan ransangan-gerak balas (stimulus-response) wujud berkali-kali,

  • 13

    maka ikatannya akan bertambah kukuh, dan lebih tinggi kemungkinannya gerak balas

    itu akan berlaku semula apabila ransangan yang berkenaan wujud lagi pada masa akan

    datang untuk menguasai kemahiran sesuatu gerak balas, langkah yang sesuai diambil

    ialah mengadakan banyak latihan untuk mengukuh ikatanya dengan ransangan yang

    berkenaan.

    4.3 Hukum Kesan

    Ikatan ransangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh sekiranya

    individu memperolehi kesan yang memuaskan selepas gerak balasnya dihasilkan.

    Gerak balas yang tidak mendatangkan hasil yang berkesan akan menjadi lemah,

    apabila sesuatu gerak balas yang membawa kesan yang menyakitkan atau kurang

    seronok. Apabila seorang kanak-kanak melakukan sesuatu gerak balas yang tepat, jika

    orang dewasa memujinya dengan serta-merta, kanak-kanak yang berkenaan akan

    mendapat kepuasan, dan gerak balas itu akan diperkukuh serta dikekalkan.

  • 14

    Disini kami menghuraikan secara ringkas ketiga-tiga hukum dalam teori pembelajaran

    Thorndike.

    Rajah 2

    Hukum Kesediaan

    Murid bersedia belajar (ransangan motivasi) pembelajaran berkesan dan memuaskan.

    Murid belum bersedia belajar ataupun dipaksa belajar (tanpa ransangan) pembelajaran tidak berkesan.

    Hukum Latihan

    Pertalian antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan, aplikasi serta aktiviti pengukuhan diberikan kerap kali.

    Hukum Kesan

    Pertalian antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika dapat kesan pengalaman yang menyeronokkan dan gerak balas ini akan diulang.

    Jika kesan pengalaman itu menyakitkan, gerak balas tersebut akan lenyap.

  • 15

    5.0 Mengaplikasikan Teori Pelaziman Operan (Throndike) dalam Pengajaran dan

    Pembelajaran

    Untuk meningkatkan tahan kesediaan belajar, guru harus menggunakan

    motivasi yang sesuai. Mengukuhkan pertalian antara ransangan dan gerak balas murid

    dengan membanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi, serta pengukuhan dalam

    keadaan yang menyeronokkan. Memberi ganjaran atau peneguhan untuk respons atau

    gerak balas yang betul kepada murid.

    Suatu gerak balas yang diikuti dengan konsekuan yang diingini, akan

    meningkat dari segi kekerapannya. Apabila tingkah laku tidak menghasilkan sesuatu,

    ia akan belajar dan menunjukkan tingkah laku baru untuk konsekuen yang dibawa

    oleh tingkah laku tersebut. Berikut adalah beberapa contoh :

    - Fateeya belajar dengan lebih bersungguh-sungguh dalam mata pelajaran

    Kimia. Beliau mendapat gred A dalam mata pelajaran itu.

    - Melur meniru jawapan ujian Bahasa Melayu daripada kertas Sarah. Beliau

    mendapat gred A untuk ujian itu.

    - Faiq membawa basikal barunya ke sekolah dan mendapati dirinya dikelilingi

    oleh rakan-rakan yang ingin cuba menaikinya. Faiq mendapat kawan baru.

    Banyak daripada tingkah laku yang sesuai dan produktif seperti belajar Bahasa

    Melayu atau cuba pendekatan baru dalam permainan, diperoleh sebab kesan dan

    konsekuen yang diingini akan dicapai. Banyak juga tingkah laku yang tidak sesuai

    dan tidak diingini, seperti meniru dalam ujian dan mengangkat tangan dan melambai-

    lambai guru untuk menjawab soalan, mungkin diperoleh atas sebab yang sama.

    Sebagai guru, kita perlu pastikan suapaya meneguhkan tingkah laku yang kita

    mahu murid kita belajar. Kalau guru mahu pelajar membaca dengan kerap,

    bekerjasama dalam kelas, guru patut meneguhkan tingkah laku tersebut apabila ia

  • 16

    berlaku. Pada masa yang sama guru perlu berhati-hati supaya tidak meneguhkan

    sebarang tingkah lau yang tidak sesuai dan tidak produktif. Kita ingat bahawa prinsip

    pelaziman operan akan berlaku sama ada disengajakan atau tidak.

    5.1 Peneguhan Positif dan Peneguhan Negatif

    Apabila sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang dihasilkan adalah

    memuaskan, peluang mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah.

    Tingkah laku operan ini boleh diajar dan dipelajari melalui stimulasi yang

    sesuai dan diberi sebaik sahaja wujudnya tingkah laku operan itu. Stimulasi ini

    dinamakan sebagai peneguhan (reinforcement). Peneguhan berupa positif

    atau negatif.

    5.1.1 Peneguhan Positif

    Apabila sesuatu gerak balas operan diikuti dengan sesuatu

    peneguhan positif, sebagaimana yang disebut oleh Thorndike sebagai

    sesuatu yang memuaskan, maka kebarangkalian bagi gerak balas

    operan itu berlaku akan bertambah. Peneguhan positif di sini berfungsi

    sebagai ganjaran yang mendorong individu berulang-ulang gerak balas

    responden tersebut.

    Peneguhan positif ialah stimulasi yang boleh menambahkan

    kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan, seperti

    memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja

    tingkah laku operan yang sesuai itu berlaku. Di sini kami sertakan

    contohnya.

  • 17

    Guru : Apakah maksud ayat majmuk?

    Ikmal : Ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat

    tunggal atau lebih.

    Guru : Bagus! (pujian)

    5.1.2 Peneguhan Negatif

    Ialah stimulasi yang dipindahkan atau dihapuskan dengan

    tujuan menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan.

    Contohnya, menghalau seorang murid yang membuat bising dari kelas

    akan dapat menambahkan peluang murid-murid lain supaya

    meneruskan aktiviti pembelajaran mereka tanpa gangguan.

    Terdapat juga peneguhan negatif yang boleh menyakiti atau

    menghindari seseorang individu kerana tingkah laku operannya kurang

    sesuai, seperti mengejek kesilapan seseorang individu di depan orang

    ramai. Di sini kami sediakan contohnya.

    Guru : Apakah maksud imbuhan apitan, Alia?

    Alia : (Tidak menjawab)

    Guru : Alia mungkin sudah lupa cara bercakap.

    Peneguhan tersebut yang digunakan oleh guru tidak akan

    mengubah sikap Alia. Sebaliknya, ia akan menambah kebarangkalian

    berulangnya tingkah laku operan itu pada masa depan. Rajah di bawah

    ini kami menghuraikan tingkah laku operan secara ringkas.

  • 18

    Rajah 3

    5.1.3 Dendaan

    Tujuan mengenakan denda adalah semata-mata untuk

    menghentikan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan hanya

    boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja. Selepas itu,

    tingkah laku yang tidak diingini biasanya berulang lagi. Murid yang

    didenda, kerana tidak boleh menguasai sesetengah komponen bahasa

    melayu, mungkin akan timbulnya sikap kebencian terhadap

    pembelajaran bahasa.

    Sikap pembelajaran bahasa melayu telah menunjukkan

    beberapa sebab mengapa ramai murid di sekolah tidak boleh

    menguasai komponen bahasa melayu. Ramai murid dipaksa belajar

    kerana takut kena denda daripada guru atau ibu bapa mereka.

    Tingkah laku operan

    Peneguhan Positif

    Kebarangkalian berulangnya tingkah

    laku operan yang diingini atau

    sebaliknya ditambah

    Peneguhan Negatif

    Kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan ditambah

    dengan memindahkan atau

    menghapuskan stumulasi yang mengganggu

  • 19

    6.0 Mengaplikasikan Teori Pelaziman Operan (Thorndike) dalam Pengajaran dan

    Pembelajaran

    Sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberi

    peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya kemahiran atau

    teknik itu dapat dikukuh dan dikekalkan. Penggunaan peneguhan positif yang

    membawa keseronokkan adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif yang

    membawa kesakitan.

    Prinsip penghapusan melalui proses pelaziman operan adalah sesuai

    digunakan untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak dingini, misalnya

    menghentikan peneguhan yang diberikan dahulu, sama ada peneguhan positif atau

    peneguhan negatif. Membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalui proses

    pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat.

    Peneguhan negatif kadangkala sesuai digunakan untuk mendapat tingkah laku

    yang diingini. Misalnya, menarik balik pemberian masa rehat jika murid tidak

    mematuhi peraturan atau disiplin bilik darjah.

  • 20

    7.0 Teori Pelaziman Tingkah Laku (J.B. Watson)

    Tingkah laku manusia ialah sesuatu refleks terlazim (conditioned reflex), iaitu

    sesuatu gerak balas yang dipelajari melalui proses pelaziman klasik. Gerakan-gerakan

    yang mudah misalnya, berkelip-kelip mata, bersin apabila hidung gatal dan segala

    gerakan yang berlaku secara semula jadi adalah tingkah laku yang diwarisi dan tidak

    perlu dipelajari. Untuk mengatasi situasi-situasi baru yang lebih kompleks, manusia

    hendaklah membina atau menggabungkan beberapa gerakan refleks yang berkaitan

    melalui proses pelaziman, iaitu mengaitkan pelbagai ransangan baru, termasuk

    ransangan yang asal, dengan gerakan-gerakan refleks itu, demi menghasilkan gerak

    balas terlazim yang baru. Proses pelaziman ini merupakan cara bagaimana manusia

    mempelajari gerak balas untuk menyesuaikan diri mereka dalam situasi-situasi baru

    (Mok Soon Sang, 2010).

    Selain daripada tingkah laku, pembelajaran emosi manusia juga

    berhubungkait. Manusia mewarisi tiga jenis emosi semula jadi, iaitu takut, marah dan

    kasih sayang. Emosi manusia atau perubahannya adalah dipelajari melalui proses

    pelaziman. Contohnya adalah seperti berikut :-

    - Guru memasuki kelas dengan membawa rotan. Murid menunjukkan reaksi

    normal terhadap rotan tersebut.

    - Izdiyad telah melakukan kesalahan disiplin lalu guru menjatuhkan hukuman

    ke atas beliau dengan merotan.

    - Langkah 2 diulang beberapa kali

    - Guru masuk ke dalam kelas tanpa rotan, Izdiyad menunjukkan reaksi takut.

    Guru, rotan Reaksi takut

    (ransangan terlazim) (gerak balas tak terlazim)

    Guru Reaksi takut

    (ransangan terlazim) (gerak balas terlazim)

  • 21

    Berdasarkan contoh di atas, apa yang dapat kami rumuskan bahawa Izdiyad

    telah menghubungkaitkan rotan dengan guru yang dilihatnya. Dengan proses

    pelaziman ini, Izdiyad telah belajar tingkah laku takut.

  • 22

    8.0 Mengaplikasikan Teori Pembelajaran (Watson) dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    Seorang guru boleh mempengaruhi pembelajaran dengan menentukan

    pelbagai jenis rangsangan dalam pengajarannya. Guru-guru juga boleh menentukan

    jenis gerak balas yang diinggini oleh murid-murid dan menyediakan rangsangan yang

    sejajar dengannya. Dengan menggabungkan rangsangan dan gerak balas yang

    diinggini oleh para murid, guru-guru boleh mengajar pelbagai topik pengajaran secara

    berkesan dan efektif.

    Teori Pembelajaran Tingkah Laku dapat membantu guru untuk memerhatikan

    tingkah laku seseorang pelajar, mengawal tingkah laku tersebut dan guru turut dapat

    mengawal tingkah laku pelajarnya. Contohnya, guru perlu memberikan rangsangan

    seperti memberi kata pujian atau ganjaran kepada pelajar terutamnya pelajar yang

    kurang minat untuk belajar. Melalui rangasangan yang diberikan, guru akan dapat

    memerhatikan tingkah laku pelajar tersebut sebelum dan selepas diberikan

    rangsangan. Kemudian guru secara tidak langsung dapat mengawal tingkah laku

    pelajar itu seterusnya guru akan dapat mengawal tingkah laku pelajar tersebut pada

    kelas yang seterusnya.

    Guru dapat memberikan penekanan kepada latihan dan gerak balas yang

    berulang-ulang. Guru dapat memberikan latihan yang konsisten dan berterusan

    kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran dan kefahaman mereka dalam

    pelajaran. Oleh itu, rangsangan dapat dikukuhkan dalam membentuk kelaziman.

    Contohnya, Izdiyad telah menyiapkan latihan yang diberikan dengan cepat daripada

    pelajar lain. Jadi guru memberi peneguhan dengan memberikan kata-kata pujian

    kepada Izdiyad. Hal ini akan menyumbang untuk membentuk kelaziman di mana

    Izdiyad akan lebih berusaha untuk menyiapkan latihan yang diberikan lebih awal pada

    kelas yang akan datang kerana dia mahukan kata-kata pujian daripada guru.

  • 23

    KESIMPULAN

    Kadang kala keadaan dan suasana bilik darjah atau sekolah juga menimbulkan

    keadaan yang kurang selesa kepada pelajar-pelajar. Malahan, ini turut menyebabkan pelajar

    bertingkah laku negatif kepada proses pembelajaran mereka. Antara contohnya ialah bilangan

    pelajar dalam kelas terlalu ramai, alat kelengkapan tidak mencukupi, suasana di dalam kelas

    tidak terapeutik, alat bantu mengajar tidak mencukupi, gangguan dari luar, dan keadaan

    sekolah yang kurang dari segi kemudahan asas. Kesemua ini boleh menimbulkan kegelisahan

    dan mengganggu kelancaran perjalanan PdP di dalam kelas. Oleh itu, pendapat-pendapat dan

    kajian daripada tokoh terkenal boleh dijadikan panduan oleh pihak sekolah untuk merancang

    strategi-strategi untuk meningkatkan lagi keberkesanan mengatasi tingkah laku bermasalah

    dan prestasi murid-murid dan akademik di sekolah.

    Sebagai guru, kita mestilah menunaikan tanggungjawab yang diberikan sebaiknya

    kerana itu adalah amanah daripada Allah. Guru mestilah menunjukkan keghairahan dalam

    proses P&P kerana aura positif ini boleh mempengaruhi pelajar-pelajar kita agar mereka

    berminat untuk belajar. Selain itu, guru juga harus menunjukkan sikap kasih sayang dan

    berperikemanusiaan supaya pelajar-pelajar merasakan diri mereka diterima dan dihargai.

    Sebagai guru yang berdedikasi, kita seharusnya memberikan peluang kepada pelajar-

    pelajar kita menyuarakan pendapat atau permasalahan mereka. Kita mesti membantu mereka

    dengan memberikan sokongan dan panduan agar mereka boleh mengatasi masalah

    pembelajaran dengan betul dan berkesan. Guru yang baik juga perlu mengamalkan sikap

    memberikan ganjaran atau peneguhan setiap kali pelajar memberikan tindak balas yang

    diingini semasa proses PdP. Galakan dan motivasi juga sangat diperlukan untuk mengatasi

    masalah pembelajaran dalam kalangan pelajar-pelajar.

  • 24

    RUJUKAN

    Elias, R. M. (2007). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Karisma Publication Sdn. Bhd.

    Kamarudin Hj Husin (1993). Pedagogi 3 Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah.

    Selangor Darul Ehsan : Longman Malaysia Sdn. Bhd.

    Mok Soon Sang (2003). Psikologi Pendidikan, Kumpulan Pendidikan Budiman Sdn.Bhd,

    Subang Jaya.

    Mok Soon Sang (2007). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran dan Pembelajaran,

    Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

    Mok Song Sang. (2010). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar. Kuala

    Lumpur. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

    Rahil Mahyuddin, J. M. (2000). Psikologi Pendidikan II. Addison Wesley Longman Malaysia

    Sdn. Bhd.

    Teori Pengajaran Tingkah Laku. Diperolehi semula pada 29 Oktober, 2014 daripada

    http://upsi-kpt4033-s.wikispaces.com/Teori+pengajaran+tingkahlaku

    Pendekatan Psikologi Dalam Masalah Pembelajaran. Diperolehi semula pada 31 Oktober,

    2014 daripada http://izanoriza.wordpress.com/2012/05/22/pendekatan-psikologi

    dalam-masalah-pembelajaran/

    Pedagogi dalam Pemdidikan. Diperolehi semula pada 8 Oktober, 2014 daripada

    http://pomizi-pedagogi.blogspot.com/p/teori.html