Mengenai Sambutan Haul

4
Mengenai sambutan Hol Surat yang dikirimkan oleh Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim al- Rasyid kepada muridnya Shaykh Ismail al-Bilyah ada mengandungi beberapa penerangan mengenai persoalan amalan Tariqat Ahmadiah [1] . Antaranya adalah satu kupasan yang padat mengenai sambutan Hol. Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim ar-Rasyid telah menulis : “… majlis hol ini merupakan amalan yang dikerjakan oleh penduduk Hijaz [2] . Sedangkan setiap manusia yang mengadakan majlis ini adalah untuk memberikan sedekah kepada orang yang telah mati selepas setahun demi setahun kematiannya. Majlis ini tidak diadakan melainkan kerana kasihnya seseorang kepadanya dan kami pula, tidak ada seorang pun yang lebih kami kasihi daripada Sayyid Ahmad ibn Idris [3] . Kelebihan bagi orang yang mengadakan majlis hol ini dan orang- orang yang datang membantu dan penyebab terjadinya majlis ini, di sisi Allah tidak terkira pahalanya. Kelebihannya juga tidak boleh dimuatkan di dalam kitab-kitab, tidak boleh tejangkau oleh akal melainkan dengan keimanan kepada Allah. Orang yang mengadakan majlis hol ini pula, pada sisi Sayyid Ahmad ibn Idris , seolah-olah telah berbudi kepadanya. Ahlullah adalah orang yang mempunyai maruah dan kemuliaan yang tinggi. Mereka akan membalas kebaikan kepada orang-orang yag melakukan kebaikan kepada mereka dengan berlipat kali ganda mengikut maqam kedudukan mereka. Sesiapa yang melakukan suatu sunnah yang baik, maka diberikan balasan baginya dan balasan bagi orang-orang yang beramal dengannya hingga hari Kiamat ...” Memperingati kewafatan adalah sesuatu perkara yang Rasulullah sendiri telah melaksanakan. Baginda telah menziarahi perkuburan isteri, bapa saudaranya dan ibubapanya secara rutin. Imam Baihaqi meriwayatkan bahawa Rasulullah menziarahi perkuburan syuhada Uhud tiap-tiap tahun secara rutin – “ ‘ala ra’si kulli hawl”. Juga diriwayatkan oleh Imam Baihaqi bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang

description

Sambutan Haul dan pendapat2 yg menyokong keharusan mengadakan Haul meraikan tuan2 guru

Transcript of Mengenai Sambutan Haul

Mengenai sambutan HolSurat yang dikirimkan oleh Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim al-Rasyidkepada muridnya Shaykh Ismail al-Bilyah ada mengandungi beberapa penerangan mengenai persoalan amalan Tariqat Ahmadiah[1].Antaranya adalah satu kupasan yang padat mengenai sambutanHol. Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim ar-Rasyidtelah menulis : majlis hol ini merupakan amalan yang dikerjakan oleh penduduk Hijaz[2]. Sedangkan setiap manusia yang mengadakan majlis ini adalah untuk memberikan sedekah kepada orang yang telah mati selepas setahun demi setahun kematiannya. Majlis ini tidak diadakan melainkan kerana kasihnya seseorang kepadanya dan kami pula, tidak ada seorang pun yang lebih kami kasihi daripada Sayyid Ahmad ibn Idris[3].Kelebihan bagi orang yang mengadakan majlis hol ini dan orang-orang yang datang membantu dan penyebab terjadinya majlis ini, di sisi Allah tidak terkira pahalanya. Kelebihannya juga tidak boleh dimuatkan di dalam kitab-kitab, tidak boleh tejangkau oleh akal melainkan dengan keimanan kepada Allah.Orang yang mengadakan majlis hol ini pula, pada sisi Sayyid Ahmad ibn Idris, seolah-olah telah berbudi kepadanya. Ahlullah adalah orang yang mempunyai maruah dan kemuliaan yang tinggi. Mereka akan membalas kebaikan kepada orang-orang yag melakukan kebaikan kepada mereka dengan berlipat kali ganda mengikut maqam kedudukan mereka.Sesiapa yang melakukan suatu sunnah yang baik, maka diberikan balasan baginya dan balasan bagi orang-orang yang beramal dengannya hingga hari Kiamat ...Memperingati kewafatan adalah sesuatu perkara yang Rasulullahsendiri telah melaksanakan. Baginda telah menziarahi perkuburan isteri, bapa saudaranya dan ibubapanya secara rutin. Imam Baihaqi meriwayatkan bahawa Rasulullahmenziarahi perkuburan syuhada Uhud tiap-tiap tahun secara rutin ala rasi kulli hawl. Juga diriwayatkan oleh Imam Baihaqibahawa Rasulullahbersabda: Sesiapa yang menziarahi kubur kedua ibubapanya atau salah seorang daripadanya pada setiap hari Jumaat, diampunkan baginya dan dia dicatat sebagai anak yang berbakti. - (Man zaara qabra abawayhi aw ahadihima fi kulli Jumu`ah, ghufira lahu wa kutiba barran)[4]. Maka tidak diduga bahawa Rasulullahsendiri adalah yang paling layak sebagai anak yang paling berbakti. Juga, al-Bazzar meriwayatkan bahawa Rasulullahmenziarahi Jannat al-Mala di Mekkah di mana terletaknya perkuburan Saiyidatina Khatijah dan Baginda telah ungkapkan : Nima al-maqbarah Hadhihi.Imam Jaafar as-Sodiqmeriwayatkan daripada sanadnya daripada al-Hassan bin Alibahawa Saiyidatina Fatimah (anak Rasulullah) sering menziarahi kubur bapa saudaranya Saiyidina Hamza bin Abd al-Mutalibpada setiap hari Jumaat, di mana beliau telah menandakan kuburnya dengan sebuah batu supaya dapat dikenalinya, dan di sana beliau berdoa dan menangis[5].Menurut Tuan Shaykh Sayyid Soleh al-Jaafari,holadalah sesuatu ibadat yang berkaitan dengan sedekah-sedekah yang dihadiahkan kepada orang yang telah mati. Dan mengikut segolongan besar ulama, sedekah sebegini sampai kepada orang mati pada bila-bila masa.Saiyyiduna Saadtelah sedekahkan kebunnya dengan maksud menghadiahkan pahalanya kepada ibunya yang telah meninggal dunia. Maka Rasulullahtelah memperakui perbuatannya itu dan menyuruh Saadbersedekah air untuk dihadiahkan pahalanya kepada ibunya[6]. Perkara ini telah disyarahkan oleh Shaykh Habibullah al-Syanqitidi dalam kitabnyaZad al Muslim.Imam Muslimmeriwayatkan sebuah hadis tatkala Bagindaditanyakan tentang solat qasar dalam suasana aman. Baginda bersabda : Ia adalah sedekah yang disedekahkan oleh Allah kepada kamu. Maka terimalah sedekahnya.[7]. Al-Qurtubimengatakan : Asal kepada bab ini ialah sedekah yang tidak ada pertikaian pendapat dikalangan ulamak. Sebagaimana pahala sedekah sampai kepada si mati maka begitu jugalah pahala membaca al-Quran sampai kepada si mati. Ini kerana semua itu termasuk dalam erti kata sedekah. Sedekah bukan terbatas kepada harta benda sahaja. Sebagaimana sabda Rasulullahketika Baginda ditanyakan tentang solat qasar dalam keadaan aman.Ibn Qayyim(ketika membicarakan panjang lebar tentang sampainya pahala amalan-amalan yang dihadiahkan kepada si mati beserta dalilnya)[8]mengatakan : Adapun membaca al-Quran dan menghadiahkan pahalanya kepada si mati secar sukarela tanpa mengambil upah maka ia sampai kepada si mati sebagaimana pahala puasa dan hajiShaykh Ibn Taimiyyahmengatakan[9]: Barangsiapa yang berkeyakinan bahawa manusia tidak dapat mengambil manfaat kecuali dengan amalannya sahaja beerti dia telah melanggar ijmak. Pendapat itu terbatal dengan beberapa sudut Ibnu Taimiyahpernah ditanya tentang bacaan Al-Quran untuk mayat dan juga tentang tasbih, tahmid, tahlil dan takbir jika dihadiahkan kepada mayat. Sampaikah pahalanya atau tidak? Maka beliau menjawab sebagaimana tersebut dalam kitab beliau, Sampai kepada mayat pahala bacaan Al-Quran dari keluarganya, dan tasbih, takbir serta seluruh zikir mereka kepada Allah apabila mereka menghadiahkan pahalanya kepada mayat akan sampai pula kepadanyaMengenai ungkapan Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim al-Rasyid, tidak ada seorang pun yang lebih kami kasihi daripada Sayyid Ahmad ibn Idris ,Tuan Shaykh Sayyid Soleh al-Jaafarimenerangkan bahawa ini adalah perkataan yang baik dan benar. Tuan Shaykh Sayyid Ibrahim al-Rasyidtidak keseorangan di dalam perkara ini, kerana ia turut diperkatakan oleh Sayyid Uthman al-Mirghani, Sayyid Muhammad ibn Ali al-Sanusi, Shaykh Muhammad ibn Sulaiman al-Ahdal(Mufti Zabid, Yaman) dan diperkatakan juga oleh orang-orang yang pernah mengambil tariqah daripada Sayyid Ahmad ibn Idrisdan orang yang pernah mengambil wiridnya hingga hari ini.

__________________________________________[1]Dirumuskan daripada manaqib Sayyid Ibrahim Al Rashid karangan Shaykh Muhammad Fuad bin Kamaludin, cetakan kedua 2004, ABNAK Productions.[2]Penduduk Hijaz menyambut ulang tahun kewafatan seseorang dengan bersedekah. Pahala sedekah tersebut dihadiahkan kepada orang yang telah meninggal dunia. Manakala di Mesir pula, mereka menyambut hari ulang tahun kelahiran seseorang wali (bukan ulang tahun kewafatannya), namun tujuannya adalah sama.[3]Sebenarnya ungkapan itu bermaknanya : Tidak ada yang lebih kami kasihi selepas Allah, Rasulullah dan ahli baitnya serta sahabat-sahabatnya daripada Sayyid Ahmad ibn Idris.[4]Al-Bayhaqi also narrated in Shu`ab al-Imaan (6:201 #7901)[5]Narrated by al-Hakim (1990 ed. 1:533, 3:30) who declared its chain sound, al-Bayhaqi,al-Sunan al-Kubra(4:78), and Ibn `Abd al-Barr in al-Tamhid (3:234). `Abd al-Razzaq in his Musannaf (3:572) sebagai riwayat munqati di mana Jaafar bin Muhammad daripada bapanya tanpa menyebut al-Hassan[6]Hadith ini terdapat di dalam kitabal Muwatta,Sahih Bukharidan lain-lain lagi.[7]Muslim bin Hajjaj, Sahih Muslim, hlm 478 juz 1[8]Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, al-Ruh, hlm 152-159[9]Ibn Taimiyyah al-Harrani, MajmuFataawa, jilid 24 hlm 324

Sumber: http://www.ahmadiah-idrisiah.com/hol.php