Mengenali Kanak-kanak Autisme · Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang...

23
GGGE2153 Teknologi Pendidikan Tajuk Mengenali Kanak-kanak Autisme Tarikh Dihantar 17. Disember. 2012 Disediakan oleh Siti Hajar Binti Abdul Talib (A137562) Noor Asheikin Binti Ja’afar ( A137085) Nur Izzati Binti Shahidan (A138511) Dihantar kepada En. Mohd Yusoff Bin Daud

Transcript of Mengenali Kanak-kanak Autisme · Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang...

Page 1: Mengenali Kanak-kanak Autisme · Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu

GGGE2153

Teknologi Pendidikan

Tajuk

Mengenali Kanak-kanak Autisme

Tarikh Dihantar

17. Disember. 2012

Disediakan oleh

Siti Hajar Binti Abdul Talib (A137562)

Noor Asheikin Binti Ja’afar ( A137085)

Nur Izzati Binti Shahidan (A138511)

Dihantar kepada

En. Mohd Yusoff Bin Daud

Page 2: Mengenali Kanak-kanak Autisme · Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu

Apa itu Autisme

Ketika memerhatikan anak-anak bermain, ada ketikanya kita mendapati sesetengah kanak-

kanak berada di dalam dunianya sendiri. Mereka gagal bercampur dan bermain dengan riang

seperti anak-anak lain. Bahkan, ada antara anak-anak ini sangat cepat mengamuk. Mereka juga

mempunyai masalah pertuturan, walaupun secara logiknya pada usia tertentu mereka sudah

boleh bercakap. Apabila berbual, mata mereka akan menoleh ke arah lain dan bukannya kepada

si penutur.

Sekiranya anda mempunyai anak-anak yang bersikap seperti ini jangan mengandaikan ia

perkara normal. Ada kemungkinannya anak-anak ini menghidap autisme. Sebenarnya, ada

banyak tanda lain yang boleh diperhatikan pada anak-anak austisme ini. Mereka juga bermain

dengan cara yang janggal dan suka menyusun mainannya. Mereka seolah-olah sedang bermain

dalam dunianya sendiri dan tidak menghiraukan orang lain, walaupun mereka sedang bermain

dengan anak-anak lain.

Ada ketikanya, mereka ini sangat hiperaktif dan cenderung bermain dengan benda yang

tidak dianggap barang mainan seperti barang-barang di dapur dan sebagainya. Sebab itulah, ibu

bapa seharusnya memerhatikan sindrom autisme ini sepatutnya diperhatikan. Adakalanya tanpa

rawatan awal, sindrom ini akan melarat sehingga dewasa yang menyebabkan tindakan yang

diambil pada waktu itu mungkin sudah terlambat. Inilah hakikat yang perlu diperhatikan oleh ibu

bapa apabila kanak-kanak ini membesar. Sehingga kini, punca autisme masih samar-samar.

Bagaimanapun, autisme bukanlah penyakit yang berjangkit. Walaupun belum ada

penawar, tetapi pengetahuan ibu bapa mampu memberikan mereka harapan. Mereka patut

didedahkan dengan spesifikasi keupayaan tertentu. Secara umumnya, autisme wujud dalam

semua budaya. Di Malaysia, pada tahun 2000 dianggarkan terdapat 47,000 rakyat Malaysia yang

menghidap austisme. Di United Kingdom, dianggarkan setengah juta orang mengalami autisme.

Sekiranya ada dalam kalangan ahli masyarakat yang mempunyai anak-anak autisme, ia tidak

perlu berakhir dengan kekecewaan.

Page 3: Mengenali Kanak-kanak Autisme · Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu

Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada

kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu bapanya. Anak yang autistik

hidup dalam dunianya tersendiri. Misalnya, walaupun anak tidak pekak, anak seakan-akan tidak

mendengar apa yang dikatakan kepadanya. Ramai antara mereka langsung tidak bertutur atau

bertutur dengan cara yang aneh. Jika ibu bapa mengimbas kembali sejarah anak, mereka akan

mendapati semasa bayi, anak mereka jarang tersenyum dan tidak pernah meminta untuk

didukung.

Sejak penyakit ini mula dibincangkan pada tahun 1943, pelbagai teori tentang punca

gangguan ini telah dikemukakan tetapi baru kini diketahui bahawa keadaan ini bukan berpunca

daripada perlakuan ibu bapa atau tindak balas terhadap faktor persekitaran. Autisme biasanya

tidak dikesan sehingga ibu bapa mendapati bahawa anak mereka masih belum pandai bertutur.

Pada ketika ini, anda mungkin menyedari hakikat bahawa anak kerap menyisihkan diri dan

menghabiskan masa bermain seorang diri.

Kerap kali anak akan menunjukkan kelakuan yang tertentu, seperti menyentuh benda

dalam turutan yang tertentu atau menggoyangkan badannya ke depan dan belakang. Jika

diganggu, anak akan melenting dan membuat perangai. Kelakuan ini menunjukkan keperluannya

untuk berada di persekitaran yang tidak berubah. Ada kanak-kanak autistik yang sangat peka

terhadap sesuatu benda. Misalnya mereka akan menumpukan perhatian terhadap pergerakan

tangan atau jari atau menggosok-gosok sesuatu permukaan seakan-akan menghayatinya.

Tanda-tanda autisme

Tidak suka bersosial.

Pendengaran tidak normal.

Mengelak daripada bertentang mata.

Gangguan pertuturan.

Corak kelakuan yang berulang.

Tidak mengendahkan rasa sakit.

Page 4: Mengenali Kanak-kanak Autisme · Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu

Seorang anak yang menghadapi masalah autisme, memang sukar untuk dididik secara

biasa dan ianya memerlukan kesabaran serta perhatian yang khusus kepadanya. Ada juga anak

istimewa, selain mempunyai masalah autisme mereka juga menaglami masalah hiperaktif. Hanya

Allah yang mengetahui bagaimana kesabaran yang perlu ada untuk mendidik anak yang begini.

Anak istimewa adalah anugerah Allah, dan berapa istimewanya juga ibu bapa yang terpilih untuk

mengasuh mereka.

Definisi Autisme

Autisme bermula sejak awal 20 masihi lagi. Perkataan autisme berasal daripada perkataan

bahasa Greek iaitu “autos” yang bermaksud sendiri. Dalam situasi ini, autos merujuk kepada

seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Seorang ahli psikologi dari Harvard iaitu Leo

Kanner telah memperkenalkan istilah austis pada tahun 1943 berdasarkan pemerhatian beliau

terhadap penghidap autisme yang menunjukkan respon yang negatif dalam berkomunikasi

dengan orang lain, pengasingngan diri, keadaan yang tidak fleksibel dengan orang lain dan cara

komunikasi yang berbeza daripada orang biasa. Hasil kajian, (Michael Waldman, Sean

Nicholson,& Nodir Adilov, 2006), di dalam jurnalnya yang bertajuk “Does Television Cause

Autism?” menyatakan bahawa 1 daripada 166 kanak-kanak di dunia merupakan penghidap

autisme.

Menurut kamus Oxford Advance Learner autism ialah ‘a mental condition in which a

person is unable to communicate or form relationships with other’. Kamus Electronik Encarta

terbitan Microsoft Coporation pula menyatakan bahawa autisme ialah ‘a disturbance in

phycological development in which use of language, reaction to stimuli, interpretation of the

world, and the formation of relationships are not fully established and follow unusual pattern’.

Maka, dapat disimpulkan di sini, autisme merupakan ganguan psikologi terhadap perkembangan

komunikasi, gerakan tubuh badan, sikap, emosi, sosial, dan sentuhan.

Menurut Dr. Widowo Judarwanto di dalam jurnalnya yang bertajuk “Pencegahan Autis

Pada Anak”, kebiasaanya autistik tidak langsung mempedulikan suara, penglihatannya ataupun

perkara-perkara yang berlaku dipersekitaran mereka. Sekiranya mereka memberi reaksi terhadap

sesuatu perkara, kebiasaanya, reaksi mereka langsung tidak menyentuh mengenai perkara

tersebut, malah adakalanya mereka tidak langsung memberi apa-apa reaksi.

Page 5: Mengenali Kanak-kanak Autisme · Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu

Punca-punca Autisme

Berbagai-bagai kajian telah dijalankan bagi mengkaji punca kepada masalah autisme.

Sejak tahun 1930 lagi banyak penyelidikan telah mula dijalankan, namun setelah kajian-kajian

tersebut dilakukan, punca yang konkrit masih belum dapat dipastikan. Namun begitu,

berdasarkan kajian-kajian tersebut, kebanyakan pengkaji dalam bidang perubatan menyatakan

bahawa autisme berkemungkinan satu penyakit keturunan. Ia merupakan satu masalah biologi

yang menganggu perkembangan dan sistem saraf otak. Seperti yang dinyatakan oleh Patricia M.

Rodier ( 2000 ), beliau menyatakan bahawa hal ini mungkin juga berpunca daripada

pengambilan pil ‘Thalidomide’’ yang digunakan untuk mengatasi masalah ‘’morning sickness’’

yang sering menyerang ibu-ibu yang sedang mengandung. Kajian beliau telah membuktikan

bahwa satu kajian yang telah dijalankan oleh Milller dan Stromland mendapati bahawa 5%

daripada mangsa yang ibunya mengambil pil tersebut.

Deskripsi awal yang telah dibentangkan oleh Kanner ialah kontroversu “nature of

nature”. Kannaer mengatakan bahawa berlaku masalah ketidakupayaan atau kegagalan untuk

menunjukkan kasih sayang dan kurang perhubungan antara anak-anak dengan ibu bapa yang

terdiri daripada golongan sosio ekonomi yang tinggi. Keadaan ini menyumbang kepada suatu

persekitaran yang akan menyebabkan masalah autisme boleh berlaku. Frances Tustin

menyokong pernyataan tesebut dengan bersungguh-sungguh dan beliau turut menjelaskan

bahawa pada peringkat awal , bayi berada dalam keadaan yang tidak sedar mengenai bahagian-

bahagian tubuhnya dan orang lain atau objek sebagai satu unit yang berasingan.

Namun begitu, apabila seorang bayi mencecah usia 6 bulan mereka sudah mula boleh

membezakan antara objek dengan manusia. Hubungan baik antara ibu dan anak adalah melalui

penyusuan. Sebagai seorang ibu, seorang ibu juga tidak mungkin akan dapat memenuhi semua

kehendak bayi mereka kerana mereka sendiri tidak dapat memahami apa kehendak bayi mereka.

Fasa perkembangan ini juga dikenali sebagai fasa percaya dan tidak percaya. Beliau juga turut

menggunakan istilah normal primary autism untuk fasa tersebut. Semasa fasa ini, bayi akan

berasa terancam dan akan menarik diri mereka dari dunia luar dan mereka akan menjadi seorang

yang autistik.

Page 6: Mengenali Kanak-kanak Autisme · Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu

Bruno Bettelheim pula telah memperkenalkan istilah psychogenic dimana ia bermaksud

kanak-kanak yang sangat aktif pada peringkat awal dan dapat memberikan respon atau isyarat

adalah semasa mereka lapar. Tetapi sebaliknya apabila mereka berasa seperti terhalang untuk

melakukan sesuatu yang mereka mahukan, mereka akan berasa kecewa dan berasakan mereka

tidak boleh melakukan apa-apa dan ini menyebabkan mereka menarik diri dari sesuatu situasi

dan menjadi autistik.

Selain itu, terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa ibu-ibu yang mengalami

tekanan semasa mengandung juga akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungannya. Bayi

berkenaan akan mengalami masalah perkembangan sensori yang perlahan. Terdapat juga kajian

yang menunjukkan bahawa masalah rubella semasa mengandung juga turut mengundang kepada

masalah autisme. Rubella boleh mengakibatkan kesan kesihatan yang agak serius di kalangan

kanak-kanak yang lahir daripada ibu yang dijangkiti. Antara penyakit yang terjadi disebabkan

masalah rubella adalah penyakit sawan dan pekak. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa

kanak-kanak autisme boleh mendapat penyakit sawan di peringkat dewasa. Hasil-hasil kajian ini

memungkinkan rubella menjadi punca utama kepada masalah autisme.

Selain rubella, ada juga hasil kajian yang menunjukkan bahawa autisme juga mungkin

berpunca darpada jangkitan virus. Desmond (dalam Paluszny 1979) dalam kajiannya mendapati

bahawa 64 kes yang dijangkiti rubella, 8 adalah autistik. Selain itu, kajian Chess (dalam

Paluszny 1979) , beliau mendapati bahawa 243 kes yang dijangkiti rubella, 10 daripada mereka

mengalami masalah autisme.

Page 7: Mengenali Kanak-kanak Autisme · Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu

Namun begitu, selain dari punca-punca di atas, antara punca lain yang memungkinkan terjadinya

autisme hasil daripada kajian-kajian yang telah dijalankan, antaranya ialah :

Teori Kelebihan Opioid

Teori Gluten atau Casean dan Hubunutoimun dengan Penyakit Celiac

Kolokistokinin

Metilation

Imunitasi Teori Autoimun dan Alergi makanan

Zat darah penyerang kuman ke Myelin Protein Basic

Teori Sekratin

Teori kelainan saluran cerna

Kekurangan vitamin, mineral nutrisi tertentu

Selain daripada punca-punca yang dikenalpasti di atas, terdapat satu lagi punca yang

mungkin menyebabkan terjadinya autisme. Masalah autisme turut dikaitkan dengan masalah

pencernaan. Lebih daripada 60% daripada mereka memiliki sistem pencernaan yang kurang baik.

Makanan yang berasakan susu haiwan dan tepung gandum merupakan antara makanan yang

tidak dapat dicernakan dengan baik oleh kanak-kanak autisme. Protein daripada makanan-

makanan tersebut tidak bertukar menjadi asid amino atau peptone yang dibuang. Sebaliknya ia

diserap kembali ke tubuh, memasuki aliran darah lalu terus masuk ke otak dan berubah menjadi

morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin yang seterusnya akan merosakkan sel-sel otak. Ini

seterusnya akan menyebabkan fungsi otak mereka terganggu. Fungsi otak melibatkan fungsi

kognitif, komunikasi reseptif, perhatian dan tingkah laku mereka.

Page 8: Mengenali Kanak-kanak Autisme · Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu

Antara punca lain yang boleh menyebabkan autisme adalah :

i. Organik : kerosakan otak ( 30% daripada mereka mengalami epilepsi )

ii. Biokimia : gangguan metabolism

iii. Imunologi HLA atau Human Leucoyle Antigen yang terdapat dalam serum ibu bapa

iv. Faktor alam sekeliling

Selain itu, salah satu punca autisme yang dikenali adalah pendedahan pada bahan-bahan

toksik atau keracunan arsenik yang seterusnya akan menyebabkan mereka mengalami masalah :

i. Sistem imun menjadi lemah

ii. Alergi pada sesuatu makanan

iii. Masalah gastrointestinal

iv. Gangguan tidur

v. Isu neurologi seperti gangguan pertuturan

vi. Mengasingkan diri

vii. Perasaan bimbang

viii. Gangguan masalah koordinasi motor halus dan motor kasar

ix. Mudah tertekan dan murung

Berdasarkan punca-punca yang dibincangkan di atas, telah terbukti bahawa mungkin satu

atau lebih punca yang menyebabkan terjadinya autisme. Disebabkan bukti-bukti punca yang

menyebabkan autisme masih lagi kabur, kajian-kajian haruslah diteruskan pada masa akan

datang.

Page 9: Mengenali Kanak-kanak Autisme · Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu

Antara penyebab lain autisme ialah:

1. Vaksin yang mengandungi thimerosal

Thimerosal adalah zat pengawet yang digunakan sebagai vaksin. Ada pendapat yang

mengatakan bahwa jika terlalu banyak vaksin Hepatitis B yang termasuk dalam MMR (Mumps,

Measles dan Rubella ) boleh mengakibatkan anak mengidap penyakit autisme. Ini kerana vaksin

ini mengandung zat pengawet Thimerosal, yang terdiri dari Etilmerkuri yang menjadi penyebab

utama sindrom Autisme Spectrum Disorder. Biasanya, vaksin mengandungi plumbum, merkuri

dan aluminium. Bahkan sesetengah vaksin ditambah dengan ekstrak punggung babi, anjing dan

monyet yang kebanyakannya diimport dari luar Negara.

2. Televisyen dan komputer

TV dan komputer mempunyai pengaruh yang sangat kuat terhadap minda seseorang kanak-

kanak. Sesetengah pakar berpendapat pengaruhnya boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak

boleh menghidap pelbagai penyakit otak termasuk autisme.

3. Genetik

Ini adalah dugaan awal dari penyebab autisme, kerana autisme juga boleh diturunkan dari

orang tua kepada anak, cucu dan cicitnya.

4. Makanan

Makanan menjadi penyumbang utama terhadap pelbagai penyakit termasuk autisme. Ini

kerana pelbagai bahan kimia dan bahan pengawet terdapat disetiap makanan yang kita beli di

pasaraya. Lebih-lebih lagi kadar melamin yang agak tinggi di setiap makanan bersusu dan

berperisa coklat. Sesetengah makanan ringan pula mengandungi plumbum, merkuri dan

aluminium yang jika diambil berpanjangan akan menjejaskan sistem saraf kanak-kanak sehingga

otak kanak-kanak tersebut menjadi lemah atau hyperaktif.

Page 10: Mengenali Kanak-kanak Autisme · Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu

Pada tahun 1970an, seorang pengkaji makanan bernama Dr. Feingold telah menyaksikan

peningkatan kes ADHD (Attention Dificit Hyperactivity Disorder) dalam skala yang sangat

besar. Sebagai seseorang yang pernah hidup di era tahun 1920an hingga 1930an, beliau masih

ingat bahawa kes ADHD nyaris tidak ada sama sekali di zaman tersebut.

Dr. Feingold berpendapat punca kes ADHD meningkat ialah kerana makanan moden

yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat besar yang kebanyakannya mengandungi bahan pengawet

dan bahan kimia yang berlebihan. Sejak Dr. Feingold membongkar bahan kandungan yang

digunakan oleh industri pemakanan, semenjak itu beliau di khianati oleh The Nutrition

Faundation, di mana Coca-Cola, Kraft Food dan beberapa syarikat besar idustri makanan adalah

ahlinya. Namun, beliau tetap tidak putus-putus menulis buku tentang bahaya makanan moden.

5. Imbasan ultrasound

Para saintis telah cuba meyedarkan orang ramai mengenai bahaya imbasan Ultrasound

kepada otak bayi. Disebabkan kepala berbentuk mangkuk, radiasi bertambah besar dan boleh

mengakibatkan beberapa bahagian otak terdedah kepada kepanasan tambahan yang tinggi. Satu

kajian menunjukkan bahawa bayi yang terkena gelombang Ultrasonic berlebihan akan cenderung

menjadi kidal. Dengan semakin banyaknya radiasi di sekitar kita, ada kemungkinan radiasi juga

berperanan menyebabkan penyakit autisme.

6. Folic asid

Zat ini biasanya diberikan kepada wanita hamil untuk mencegah kecacatan pada janin.

Hasilnya memang cukup memberangsangkan, kadar kecacatan pada janin menurun sehingga

30%. Namun, jika diambil berlebihan ia boleh menyebabkan penyakit autism. Untuk

menggantikan Folic Asid, para ibu yang mengandung disarankan memakan buah-buahan segar

sebanyak mungkin.

Page 11: Mengenali Kanak-kanak Autisme · Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu

Ciri-ciri Kanak-kanak Autisme

Kanak-kanak autisme selalunya mengalami masalah pembelajaran menyeluruh

termasuklah mempelajari kemahiran-kemahiran asas seperti membersihkan diri, berpakaian dan

makan. Ibu bapa, guru-guru dan masyarakat sekeliling sukar untuk berkomunikasi dengan

kanak-kanak autisme ini. Oleh sebab itu, orang sekelilingnya, terutama sekali ibu bapa dan guru-

guru sukar untuk menentukan apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui mereka. Terdapat

juga sesetengah kanak-kanak autistik yang mungkin mempunyai pengetahuan atau ingatan secara

terperinci tentang sesuatu perkara dalam bidang tertentu. Walau bagaimanapun, mereka tidak

dapat memanfaatkan pengetahuan ini sekalipun sekiranya ia boleh dipraktikkan.

Antara salah satu ciri-ciri kanak-kanak autisme adalah mereka tidak mahu memandang

muka orang yang berada di sekeliling mereka. Terutama sekali muka orang yang sedang

bercakap dengan mereka. Walaubagaimanapun, dalam banyak budaya terutama sekali budaya

dalam kalangan masyarakat di Malaysia, merenung mata orang dewasa adalah tidak sopan.

Walaupun ini merupakan salah satu ciri-ciri kanak-kanak yang mengalami autisme, tapi

kecenderungan ini tidak disenaraikan sebagai kriteria untuk mengesan autisme. Hal ini kerana,

terdapat banyak kanak-kanak tipikal yang tidak memandang wajah orang yang bercakap dengan

mereka. Jadi, memang agak sukar untuk mengesan kanak-kanak autisme dengan hanya sekali

pandang. Pemerhatian haruslah dilakukan dengan lebih teliti sebelum membuat kesimpulan

seseorang individu itu mengalami autisme.

Terdapat banyak ciri-ciri autisme yang telah dikenal pasti oleh pakar-pakar perubatan,

pengkaji-pengkaji tingkah laku, ahli-ahli psikologi dan ramai lagi. Walaubagaimanapun, jika

seseorang individu itu mengalami masalah autisme ini, tidak semestinya dia akan menunjukkan

semua ciri-ciri autisme yang akan dibincangkan nanti. Mungkin dia hanya menunjukkan

sebilangan kecil sahaja ciri-ciri autisme, atau mungkin dia menunjukkan semua ciri-ciri yang

akan dibincangkan nanti atau mungkin lebih.

Page 12: Mengenali Kanak-kanak Autisme · Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu

Individu yang selalu dapat mengesan ciri-ciri tingkah laku yang berbeza pada seseorang

kanak-kanak yang menghidapi autisme ini biasanya ibu bapa dan guru-guru. Hal ini kerana, ibu

bapa dan guru-guru adalah orang yang selalu mendampingi kanak-kanak tersebut. Walaupun

begitu, guru akan lebih peka terhadap perbezaan tingkah laku yang ditunjukkan. Ini adalah

disebabkan oleh, seseorang individu yang mengambil bidang perguruan, mereka perlu

mempelajari ciri-ciri perkembangan kanak-kanak tipikal. Oleh itu, lebih senang untuk mereka

mengesan perbezaan perkembangan atau tingkah laku seseorang kanak-kanak yang mengalami

autisme.

Mari kita sama-sama bincangkan apakah ciri-ciri tingkah laku yang ditunjukkan oleh

kanak-kanak autisme bagi memudahkan guru atau ibu bapa untuk mengenal pasti perbezaan

tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid atau anak mereka. Antara ciri-ciri tingkah laku yang

sangat ketara ditunjukkan oleh kanak-kanak autisme adalah masalah interaksi dan komunikasi

yang sangat teruk dengan orang sekelilingnya. Ini termasuklah ibu bapa, guru-guru, pengasuh

dan juga rakan sebaya mereka.

Ciri yang kedua adalah apabila kanak-kanak itu memandang orang dewasa yang sedang

berkomunikasi dengannya, orang tersebut akan merasakan kanak-kanak itu sebenarnya tidak

memandangnya. Hal ini mungkin disebabkan oleh pergerakan mata mereka yang pantas untuk

mengelakkan mereka memandang wajah orang lain atau mungkin juga disebabkan oleh masalah

tumpuan mereka yang sangat terhad.

Seterunya, kanak-kanak yang menghidapi autisme ini selalunya menunjukkan sikap

yang negatif dalam kalangan rakan sebayanya. Sebagai contoh, dia akan menunjukkan sikap

tidak mahu berinteraksi dengan rakan-rakan sebayanya. Dia akan menjadi seorang kanak-kanak

yang sangat pasif dalam kalangan rakan sebayanya yang lain. Dia akan menunjukkan sikap tidak

mahu bergaul dengan rakan-rakannya, tidak mahu bermain bersama-sama, dan lebih suka

menyendiri di sudut yang di gemarinya. Apabila guru meminta dia melakukan aktiviti

berkumpulan bersama-sama rakannya pada waktu sesi pengajaran dan pembelajaran, dia

biasanya tidak mahu mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut.

Page 13: Mengenali Kanak-kanak Autisme · Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu

Ciri keempat yang dapat dilihat pada kanak-kanak autisme ini adalah mereka

menunjukkan bentuk interaksi yang sangat luar biasa. Sebagai contoh, ketika berada di dalam

kelas, apabila guru menyoal padanya, dia tidak akan menjawab pertanyaan guru tersebut, tetapi

sebaliknya dia akan mengulangi pertanyaan dan kata-kata guru tersebut. Ini adalah salah satu

contoh bentuk interaksi yang luar biasa yang ditunjukkan oleh kanak-kanak autisme.

Seterusnya, kanak-kanak ini mungkin akan menangis atau pun menjerit tanpa sebab yang

ketara. Hal ini sering berlaku di mana-mana sahaja, seperti di dalam bilik darjah, di rumah, di

pusat membeli belah dan lain-lain tempat lagi. Ciri keenam yang ditunjukkan adalah dia tidak

suka disentuh oleh sesiapa pun. Sebagai contoh, ketika berada di dalam bilik darjah, guru sedang

mengajar di hadapan, dan dengan tiba-tiba kanak-kanak ini akan menjerit atau menangis dengan

kuat sehingga mengejutkan orang yang berada di sekelilingnya, dan apabila guru atau rakannya

ingin menyentuhnya untuk tujuan memujuknya agar tidak menangis lagi, dia akan menepis

tangan tersebut kerana dia tidak suka disentuh.

Selain daripada itu, kanak-kanak autisme ini juga mungkin akan melakukan pergerakan

kompulsif atau ritualistik atau berulang-ulang tanpa tujuan. Tingkah laku yang ditunjukkan ini

sangat pelik dan berbeza dengan rakan-rakan sebayanya yang lain. Rakan-rakannya akan

menganggap dia seorang yang pelik dan membuatkan mereka tidak mahu berkawan dengannya

kerana takut akan menjadi pelik sepertinya. Antara pergerakan yang biasa dilakukan oleh kanak-

kanak ini adalah menggoyang-goyangkan tangan di hadapan mukanya, berjalan-jalan keluar

masuk bilik tanpa sebab, dan menggoyangkan daun atau jerami.

Ciri yang kelapan yang akan dibincangkan adalah kanak-kanak ini akan memperlihatkan

gabungan kemahiran motor yang sangat baik dalam beberapa aspek, tetapi pergerakan yang

kekok dalam aspek yang lain. Sebagai contoh, kanak-kanak ini menunjukkan kemahiran yang

baik dalam menangkap bola dan membaling bola, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang

baik dalam memegang pensil atau pemadam atau pembaris.

Page 14: Mengenali Kanak-kanak Autisme · Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu

Kanak-kanak yang menghidapi masalah autisme ini selalunya sangat gemar mendengar

muzik, dan apabila dia berbuat demikian, kita dapat lihat dia seolah-olah sedang berada dalam

‘dunianya sendiri’. Dia tidak suka diganggu apabila dia sedang mendengar muzik. Mungkin itu

yang menyebabkan orang sekelilingnya melihat dia seperti berada dalam dunianya sendiri.

Tambahan pula, kanak-kanak ini sering menujukkan sikap yang pasif terhadap persekitarannya.

Ini juga menyumbang kepada anggapan masyarakat yang dia mempunyai dunianya sendiri dan

tidak mempedulikan dunia luar yang sebenar.

Ciri seorang kanak-kanak autisme yang ke sepuluh adalah mereka akan dikategorikan

sebagai kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran. Hal ini demikian kerana, mereka

ini mengalami masalah untuk belajar 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira. Ini kerana,

kemahiran 3M merupakan satu kemahiran asas yang harus dikuasai oleh setiap kanak-kanak bagi

membolehkan mereka terus mempertingkatkan ilmu mereka dari semasa ke semasa.

Walaubagaimanapun, terdapat juga sesetengah kanak-kanak autisme yang berjaya mempelajari

kemahiran membaca atau menulis tetapi malangnya, mereka tidak memahaminya atau tidak

berupaya menggunakan kemahiran tersebut.

Selain daripada itu, setiap kanak-kanak autisme ini mempunyai rutin mereka sendiri dan

mereka tidak suka andai rutin mereka diganggu. Ini akan menyebabkan mereka marah, geram,

mengamuk dan sebagainya. Mereka akan menunjukkan sikap yang sangat agresif andai rutin

mereka diganggu. Sebagai contoh, jika pada pukul 10 pagi adalah masa untuk kanak-kanak itu

makan, tetapi guru tidak membenarkan dia untuk keluar makan sebagai denda kerana tidak

menjawab pertanyaan guru dengan betul semasa sesi pengajaran dan pembelajaran itu tadi,

kanak-kanak ini akan mengamuk dan menjadi sangat marah. Oleh yang demikian, kanak-kanak

yang mengalami masalah autisme akan menghadapi masalah bagi menyesuaikan dengan rutin

bilik darjah. Hal ini kerana, ketika berada dalam bilik darjah, setiap hari guru yang berbeza akan

masuk dan mengajar mata pelajaran yang berbeza dan membuat aktiviti yang berbeza. Bagi

kanak-kanak yang mengalami masalah autisme, ini merupakan satu perkara yang sukar untuk

mereka.

Page 15: Mengenali Kanak-kanak Autisme · Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu

Ciri yang terakhir yang akan dibincangkan pada kali ini adalah kanak-kanak yang

mengalami masalah autisme ini akan menjadi sangat susah hati apabila dia disuruh untuk

melakukan sesuatu. Mereka akan menunjukkan sikap yang tidak senang dengan perkara tersebut.

Ciri ini juga boleh dikaitkan dengan ciri sebelum ini iaitu mereka mempunyai rutin mereka

sendiri dan tidak suka andai rutin mereka diganggu. Hal ini kerana, melakukan sesuatu yang baru

tidak termasuk dalam rutin harian mereka. Oleh yang demikian, mereka akan berasa takut dan

gelisah atau marah andai disuruh melakukan sesuatu perkara yang baru.

Keperluan Kanak-kanak Autisme

Sesetengah kanak-kanak yang mempunyai autisme ini mengelirukan guru kerana mereka

pandai dalam bidang akademik, tetapi pada masa yang sama mereka juga menunjukkan tingkah

laku yang pelik daripada rakan sebayanya dan tingkah laku yang tidak dapat diterima oleh

masyarakat. Jadi, apakah yang dapat dilakukan oleh guru-guru dan ibu bapa bagi membantu

keperluan kanak-kanak autisme ini?

Terdapat banyak keperluan yang harus di sediakan oleh guru-guru dan ibu bapa bagi

membantu kanak-kanak autisme ini. Oleh yang demikian, kita akan membincangkan apakah

keperluan yang boleh disediakan untuk membantu mereka. Yang pertama, guru-guru dan ibu

bapa perlulah menyediakan persekitaran yang terurus dan tersusun bagi membantu kanak-kanak

autisme ini. Hal ini kerana, kanak-kanak yang menghidapi autisme ini tidak boleh berada dalam

keadaan yang bersepah dan tidak kemas. Mereka akan berasa rimas dan tidak selesa.

Yang kedua, guru-guru dan ibu bapa haruslah menyediakan satu ruang yang selesa di

sekitar kerusinya. Hal ini kerana agar tumpuan kanak-kanak tersebut tidak terganggu dengan

keadaan persekitarannya. Seterusnya, guru terutamanya haruslah peka terhadap minat kanak-

kanak autisme tersebut agar dapat memberikan tugasan yang bersesuaian dengan minat kanak-

kanak tersebut. Dengan cara ini, guru dapat menarik minat pelajar tersebut agar dia boleh belajar

sesuatu yang bermanfaat pada dirinya.

Page 16: Mengenali Kanak-kanak Autisme · Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu

Yang keempat, guru juga haruslah memberi arahan yang jelas dan ringkas. Hal ini

kerana, kanak-kanak autisme ini mempunyai tumpuan yang sangat rendah. Oleh itu, arahan yang

panjang dan kurang jelas tidak dapat menarik perhatian kanak-kanak tersebut. Selain itu juga,

guru haruslah memberi tugasan yang guru kenal pasti berkemungkinan pelajar tersebut dapat

selesaikan. Hal ini penting kerana, ia akan memberikan pelajar tersebut perasaan gembira kerana

dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan guru dan dia dapat menguasai kemahiran tersebut.

Guru juga boleh memecahkan tugasan tersebut kepada beberapa bahagian kecil. Hal ini

penting kerana pelajar-pelajar dengan masalah autisme ini tidak dapat melakukan satu tugasan

yang banyak dalam satu masa yang singkat. Oleh yang demikian, dengan memecahkan tugasan

tersebut kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. Yang ketujuh, guru yang sedang mengajar

dalam sesi pengajaran dan pembelajaran haruslah memberikan ‘masa selingan’ kepada pelajar-

pelajar. Hal ini kerana, ini dapat memberikan ruang kepada pelajar-pelajar autisme ini untuk

bergerak ke sana ke mari agar mereka tidak berasa bosan berada di dalam kelas.

Keperluan lain yang harus disediakan oleh guru kepada kanak-kanak autisme ini adalah

memberi galakkan dan bersabar. Hal ini kerana kanak-kanak ini tidak dapat mengawal perasaan

gelisahnya. Selain itu, guru juga haruslah memberi pujian kepada kanak-kanak ini apabila

mereka berjaya melakukan sesuatu perkara. Walaupun perkara tersebut bagi kita adalah biasa,

tetapi bagi mereka, itu satu pencapaian yang membanggakan. Tetapi andai mereka gagal dalam

melakukan tugasan atau sesuatu perkara, galakan dan dorongan haruslah diberikan untuk mereka

terus berusaha lagi sehingga berjaya. Hal ini penting bagi menunjukkan bahawa guru memberi

perhatian kepada dirinya.

Langkah seterusnya adalah, jika guru tersebut mencapai persetujuan dengan kanak-

kanak tersebut dalam sesuatu perkara, persetujuan itu mestilah sejajar dengan potensi kanak-

kanak tersebut. Ini penting kerana, setiap kanak-kanak autisme ini mempunyai potensi yang

berbeza dan kehendak yang berlainan antara satu sama lain. Akhir sekali, guru haruslah cuba

untuk memastikan sama ada menyanyi boleh menenteramkan jiwa kanak-kanak itu dan

membawa kesan penenang apabila kanak-kanak itu susah hati. Agar kanak-kanak tersebut dapat

menjalankan aktiviti dengan baik.

Page 17: Mengenali Kanak-kanak Autisme · Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu

Kesimpulan yang dapat dibuat di sini adalah, setiap kanak-kanak yang menghidapi

masalah autisme ini adalah berbeza keperluan mereka. Oleh yang demikian, guru-guru dan ibu

bapa haruslah mempunyai komunikasi yang baik agar dapat bekerjasama bagi memastikan

keperluan kanak-kanak tersebut memenuhi kesesuaian dirinya. Dengan cara itu, kanak-kanak

tersebut akan dapat hidup dalam suasana yang membantu perkembangan dirinya.

Aktiviti untuk kanak-kanak autisme

Kanak-kanak autisme ini merupakan kanak-kanak yang mempunyai sifat di mana mereka

ini tidak atau sukar untuk bergaul dengan orang lain. Mereka ini seolah-olah berada di dalam

dunia mereka sendri tanpa menghiraukan keadaan persekitaran. Disebabkan itu, aktiviti yang

menarik dan bersesuaian perlu disediakan kepada kanak-kanak ini terutama sekali dalam aspek

pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlulah sentiasa berfikiran kreatif dan kritis ketika

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah kerana kanak-kanak ini tidak

menyukai aktiviti yang membosankan dan tidak menarik minat mereka.

Kanak-kanak autisme ini sangat sukar dalam memberikan tumpuan atau fokus ketika

berada di dalam kelas. Hal ini akan menyukarkan guru untuk menjalankan proses pengajaran dan

pembelajaran kepada mereka. Selain itu, kanak-kanak autisme juga mengalami masalah

pertuturan yang kurang jelas dan sukar untuk difahami. Hal ini akan menyukarkan mereka dalam

menyampaikan apa yang diigini serta menyukarkan orang di sekeliling untuk memahami apa

yang diingini oleh kanak-kanak tersebut.

Selain itu, kanak-kanak autisme juga tidak suka untuk melakukan kerja sekolah. Hal ini

akan menyebabkan mereka sentiasa mengelak daripada membuat kerja dengan cara menangguh,

berlari, atau membuat perangai seperti menangis, dan menjerit. Kanak-kanak autisme juga sering

melakukan perlakuan merangsang diri sendiri kepada tingkah laku yang berulang-ulang tanpa

tujuan tertentu. Contohnya, seperti berjalan mundar mandir, ketawa secara berlebihan, bermain

dengan jari dan sebagainya.

Page 18: Mengenali Kanak-kanak Autisme · Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu

Oleh itu guru-guru perlu menjalankan proses pengajaran yang boleh menarik minat

mereka. Contohnya, guru perlu menggunakan bahan bantu mengajar yang mudah untuk

berinteraksi seperti buku berwarna-warni ataupun kad bergambar (flash cards). Pada peringkat

awal, guru perlu mengunakan bantuan visual selama satu hingga dua minggu, mengikut

keupayaan kanak-kanak tersebut. Dengan cara ini, kita dapat melatih mereka mengolah deria

visual mereka dengan lebih baik dan dapat menarik perhatian mereka untuk belajar dengan

mudah.

Disamping itu, guru-guru juga boleh mengajar kanak-kanak tersebut meminta atau

menerima sesuatu dengan cara beratur terlebih dahulu ( how to takes turn ). Contohnya, ketika

guru hendak memberikan makanan atau sesuatu benda seperti alat tulis dan sebagainya. Guru-

guru juga perlu mengajar mereka cara untuk berkomunikasi dengan baik contohnya

mengucapkan terima kasih atau menggunakan pandangan mata (eye contacts) kepada orang yang

memberikan sesuatu. Cara ini akan melatih mereka untuk bertenang dan bersabar dalam setiap

perkara yang mereka hendak lakukan. Jika tidak, dia akan kembali ke cara negatif dengan

mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi.

Seterusnya, guru juga boleh menggunakan alunan muzik dan disertai pergerakan badan

yang tersusun seperti di dalam kelas khas bagi melatih kebolehan tindak balas terhadap arahan

yang mudah di dalam pembelajaran. Contohnya, apabila lirik lagu menyuruh mereka ‘please sit

down and turn around’, mereka akan melakukan setiap langkah itu satu per satu mengikut urutan

dan meniru apa yang guru mereka lakukan walaupun dalam keadaan yang lambat. Jika dipraktis

setiap minggu, kepantasan tindak balas gerakan tubuh mereka akan meningkat.

Aktiviti seterusnya yang boleh dijalankan kepada kanak-kanak autisme ialah dengan

menggunakan konsep pembayang awal. Contohnya, jika mahu menghentikan sesuatu aktiviti

guru hendaklah memberikan amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit

supaya kanak-kanak itu bersedia. Jangan berhenti secara mendadak kerana walaupun mereka

tahu bercakap, kanak-kanak autisme mempunyai masalah untuk mengenali konsep masa.

Contohnya cikgu memberikan arahan bahawa ‘dalam kiraan lima kita akan berhenti bermain’.

Page 19: Mengenali Kanak-kanak Autisme · Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu

Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang supaya kanak-kanak autisme

mendengarnya. Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kepada kanak-kanak autisme

bersedia untuk peralihan aktiviti.Bagi kanak-kanak normal, kepelbagaian rutin atau aktiviti akan

menambah keseronokan, tapi bagi kanak-kanak autisme perubahan rutin atau aktiviti akan

membuatkan mereka berasa cemas dan gelisah, terutama kepada kanak-kanak yang kurang

memahami bahasa.

Akhir sekali, perkara ini perlu dilakukan secara berulang-ulang kali agar kanak-kanak

autisme ini mengingati apa yang telah diajarkan. Oleh itu, ibu bapa juga harus memainkan

peranan dalam mendidik anak mereka. Ibu bapa seharusnya mempelbagaikan aktiviti dirumah

serta mengulangi semula apa yang diajarkan oleh guru ketika di sekolah. Pendekatan ini perlu

dilakukan secara konsisten sama ada di sekolah atau rumah bagi mendapat perubahan yang

memberangsangkan. Kesimpulannya, ibu bapa harus sentiasa berbincang dengan guru-guru

supaya dapat membantu perkembangan anak mereka.

Teknologi yang boleh membantu kanak-kanak autisme

Kini pelbagai teknologi yang boleh digunakan di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran untuk membantu pelajar supaya lebih memahami apa yang diajarkan. Hal ini

adalah kerana dengan penggunaan teknologi guru-guru dapat mempelbagaikan kaedah

pengajaran mereka seperti memasukkan video yang berkaitan dengan subjek yang diajar dan

sebagainya. Penggunaan teknologi ini juga tidak terkecuali kepada kanak-kanak autisme untuk

membantu perkembangan mereka.

Antara teknologi yang boleh digunakan untuk membantu perkembangan kanak-kanak

autisme ini adalah ‘Anugerah Agung Brainwave For Autism Therapy’. Alat ini merupakan

sejenis alat terapi audio dan stimulasi gelombang otak untuk kanak-kanak yang mengalami

autisme. Ianya dapat membantu mengurangkan gejala-gejala autisme dan menyokong agar

kanak-kanak ini boleh hidup dengan normal.

Page 20: Mengenali Kanak-kanak Autisme · Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu

Alat ‘Brainwave Autisme Therapy’ ini sangat sesuai untuk kanak-kanak autisme kerana

ia tidak mengandungi sebarang bahan kimia, steroid dan dadah. Ianya hanya merawat melalui

kaedah berasaskan gelombang tenaga. Alat ini bertindak merangsang 'Central Nerve System'

(CNS) bagi mengaktifkan dan merawat fungsi organ serta meningkatkan sistem imun tubuh

badan secara semula jadi. Ia juga mampu bertindak memperbaiki kerosakan DNA seseorang

pesakit.

Terapi Brainwave secara amnya adalah teknik terapi dengan memperdengarkan pelbagai

macam bunyi kepada kanak-kanak autisme. Bunyi yang diperdengarkan tersebut dapat

merangsang perkembangan fungsi bahasa verbal dan tidak verbal, interaksi sosial, dan

kemahiran motor mereka. Terapi ini menggunakan stimulasi gelombang otak yang akan

memberikan rangsangan berupa gelombang bunyi dengan frekuensi tertentu yang boleh berubah-

ubah frekuensinya dalam jangka masa yang tertentu untuk melatih fleksibiliti anak autisme. Cara

untuk menggunakan alat ini ialah alat ini dimainkan ketika anak tidur dan bangun atau

beraktiviti dengan volume kecil yang cukup didengari oleh semua orang yang berada

disekitar mereka.

Selain itu, guru-guru dan ibu bapa juga boleh menggunakan komputer untuk mengajar

komunikasi kepada kanak-kanak ini. Contohnya, latihan untuk meningkatkan kosa kata dan

perkataan boleh diajari melalui program yang boleh diprogramkan di dalam komputer. Namun,

kanak-kanak ini mungkin akan melupai sebahagian perkara yang diajarkan selepas tiga bulan.

Oleh itu guru-guru serta ibu bapa perlulah sentiasa mengulangi apa yang diajarkan supaya

mereka boleh mengingati dengan lebih lama.

Antara program komputer yang boleh diprogramkan ialah VOCA iaitu satu program

yang dapat membantu kanak-kanak ini di dalam pertuturan. Selain itu, terdapat juga soalan-

soalan ringkas dimana kanak-kanak ini boleh memberikan jawapan yang mudah seperti ya atau

tidak serta menggunakan ayat yang kompleks. Soalan-soalan yang dikemukakan juga disertakan

dengan gambar-gambar yang dapat memudahkan kanak-kanak autisme untuk membuat pilihan.

Page 21: Mengenali Kanak-kanak Autisme · Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu

Seterusnya, terdapat juga program komputer iaitu ‘Picture Exchange Communication

System’ (PECS). Antara kelebihan program ini ialah ianya menggunakan keupayaan visual

untuk membantu meningkatkan kemahiran komunikasi, memperbaiki interaksi sosial dan

mengurangkan masalah tingkah laku. Bahasa isyarat juga dipadankan dengan penggunaan

gambar dan ianya meningkatkan peluang serta menggalakkan kanak-kanak autisme untuk

berinteraksi.

Akhir sekali, program penggunaan komputer iaitu sistem representasi visual juga boleh

digunakan. Kebanyakkan program komputer yang sesuai bagi kanak-kanak ini ialah program

komputer yang bergambar serta mempunyai ayat yang ringkas. Hal ini penting untuk kanak-

kanak ini lebih memahami tentang perkara yang dilihatnya. Contohnya, terdapat pelbagai sistem

visual yang boleh digunakan seperti foto, gambar garis, dan perkataan.

Kebanyakkan kanak-kanak autisme ini tidak bercakap, oleh itu penggunaan gambar

boleh membantu mereka untuk menyatakan apa yang mereka ingini. Mereka akan menunjukkan

gambar yang berkaitan untuk menyatakan apa yang mereka ingini. Jadi persekitaran di sekolah

dan rumah harus dihiasi dengan gambar-gambar yang bersesuaian agar memudahkan komunikasi

kanak-kanak autisme ini. Kesimpulannya, kanak-kanak autisme ini boleh berkomunikasi dengan

menggunakan pelbagai kaedah jika dibantu.

Page 22: Mengenali Kanak-kanak Autisme · Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu

Kesimpulan

Setelah membincangkan mengenai definisi, punca-punca, ciri-ciri, keperluan, aktiviti, serta

teknologi yang bersesuaian untuk kanak-kanak autisme ini, kita dapat mengetahui mengenai

serba sedikit maklumat tentang kanak-kanak autisme ini. Melalui maklumat ini kita dapat

membantu kanak-kanak autisme ini dari pelbagai aspek seperti aspek tingkah laku, pengurusan

diri dan sebagainya. Selain itu, ibu bapa dan guru juga dapat menggunakan bahan bantu

mengajar berteknologi dalam membantu perkembangan kanak-kanak ini. Dewasa ini, terdapat

pelbagai bahan bantu mengajar yang berteknologi telah dihasilkan bertujuan untuk membantu

kanak-kanak yang mengalami masalah autisme. Dengan menggunakan bahan bantu mengajar

berteknologi ini sedikit sebanyak ianya dapat menjimatkan masa guru dan ibu bapa kerana

terdapat pelbagai program komputer yang disediakan. Justeru itu, tiada alasan untuk kita

membantu perkembangan kanak-kanak ini kerana terdapat pelbagai maklumat serta bahan bantu

mengajar yang boleh kita jadikan rujukan.

Page 23: Mengenali Kanak-kanak Autisme · Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu

Rujukan

http://www.excelqhalif.com/2012/02/22/cara-terbaik-menangani-anak-autisme/

http://pkhasipip2008.blogspot.com/2008/10/3.html

http://www.terapiotak4u.com/b-autism-aspergers-syndrome.htm

http://syueworld.blogspot.com/2012/04/autisme-punca-punca.html

http://www.currentlife2u.com/2012/04/28/apa-itu-austisme-bagaimana-mengesannya/

http://kumpulanperubatanelektronikterengganu.blogspot.com/2009/07/autisme-sindrom-

asperger-dan-sindrom.html

Jamila K.A. Mohamed. 2006. Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa : 63-65

Vijayen Gopal. Autisme:Satu Pengenalan : 27-33

Buku Pendidikan Kanak-kanak Berkeperluan Khas: Konsep dan Amalan

Zalizan Mohd Jelas 2012