Mengenalpasti Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan Dan Perkhidmatan Yang Disediakan Di Kolej...

22
MENGENALPASTI TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH Oleh : Nor Aishah Binti Othman Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran Kolej Komuniti Temerloh ABSTRAK Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Kolej Komuniti Temerloh. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik untuk mendapatkan data. Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar Kolej Komuniti Temerloh yang dipilih secara rawak iaitu seramai 163 orang yang merangkumi empat program iaitu Sijil Teknologi Maklumat,Sijil Fesyen dan Pakaian,Sijil Teknologi Pembuatan Perabot dan Sijil Penyenggaraan Bangunan. Persoalan kajian yang dikaji merangkumi tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Kolej Komuniti Temerloh. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar di Kolej Komuniti Temerloh memberikan maklum balas pada tahap kepuasan antara 79.8% hingga 85.3% terhadap kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di Kolej Komuniti Temerloh. Selain itu, dapatan kajian juga mendapati 73.5% hingga 100% telah mencapai tahap kepuasan bagi Program Sijil Teknologi Maklumat,Sijil Fesyen dan Pakaian,Sijil Teknologi Pembuatan Perabot dan Sijil Penyenggaraan Bangunan. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa perkhidmatan dan kemudahan di Kolej Komuniti Temerloh berada pada tahap yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan iaitu pelajar.

description

Generasi hadapan merupakan aset yang paling penting dalam usaha kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah negara yang maju, cemerlang, gemilang dan terbilang menjelang Wawasan 2020. Justeru, bagi merealisasikan hasrat tersebut, persekitaran yang kondusif seperti kemudahan dan perkhidmatan di kolej-kolej komuniti perlulah berkualiti dan memenuhi kepuasan pengguna.

Transcript of Mengenalpasti Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan Dan Perkhidmatan Yang Disediakan Di Kolej...

Page 1: Mengenalpasti Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan Dan Perkhidmatan Yang Disediakan Di Kolej Komuniti Temerloh

MENGENALPASTI TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP KEMUDAHAN DAN

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH

Oleh :

Nor Aishah Binti Othman

Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran

Kolej Komuniti Temerloh

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kepuasan pelajar terhadap

kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Kolej Komuniti Temerloh. Reka bentuk

kajian ini ialah kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik untuk

mendapatkan data. Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar Kolej Komuniti Temerloh

yang dipilih secara rawak iaitu seramai 163 orang yang merangkumi empat program iaitu

Sijil Teknologi Maklumat,Sijil Fesyen dan Pakaian,Sijil Teknologi Pembuatan Perabot dan Sijil

Penyenggaraan Bangunan. Persoalan kajian yang dikaji merangkumi tahap kepuasan

pelajar terhadap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Kolej Komuniti

Temerloh. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar di Kolej Komuniti Temerloh

memberikan maklum balas pada tahap kepuasan antara 79.8% hingga 85.3% terhadap

kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di Kolej Komuniti Temerloh. Selain itu, dapatan

kajian juga mendapati 73.5% hingga 100% telah mencapai tahap kepuasan bagi Program

Sijil Teknologi Maklumat,Sijil Fesyen dan Pakaian,Sijil Teknologi Pembuatan Perabot dan Sijil

Penyenggaraan Bangunan. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa

perkhidmatan dan kemudahan di Kolej Komuniti Temerloh berada pada tahap yang dapat

memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan iaitu pelajar.

Page 2: Mengenalpasti Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan Dan Perkhidmatan Yang Disediakan Di Kolej Komuniti Temerloh

1.0 PENGENALAN

Generasi hadapan merupakan aset

yang paling penting dalam usaha kerajaan

merealisasikan kewujudan sebuah negara

yang maju, cemerlang, gemilang dan

terbilang menjelang Wawasan 2020. Oleh

itu, Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia bertanggungjawab untuk

membantu meningkatkan kualiti

pengajaran dan pembelajaran di Kolej-

kolej Komuniti seluruh Malaysia. Justeru,

bagi merealisasikan hasrat tersebut,

persekitaran yang kondusif seperti

kemudahan dan perkhidmatan di kolej-

kolej komuniti perlulah berkualiti dan

memenuhi kepuasan pengguna.

Kepuasan pengguna merupakan

satu elemen penting dalam menentukan

mutu produk dan perkhidmatan yang

disediakan oleh sesebuah institusi.

Penekanan terhadap kepuasan pengguna

amat penting bagi mendapatkan

kepercayaan pengguna terhadap produk

dan servis yang disediakan (Johnson and

Fornell 1991). Oleh itu, untuk

memastikan peningkatan terhadap kualiti

sesuatu produk atau servis yang

diberikan, sesebuah institusi perlu

mengambil kira keperluan pengguna

sebagai kunci kejayaan dalam sesuatu

perniagaan.

Kolej Komuniti mempunyai visi,

misi dan objektif yang tersendiri. Oleh itu

antara visi Kolej Komuniti Temerloh

adalah untuk menjadi pusat

perkembangan pendidikan dengan

iltizam untuk membina komuniti yang

berilmu dan berkemahiran seiring

dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

Selain itu, salah satu objektif yang penting

dalam penubuhan kolej komuniti adalah

menyediakan pendidikan dan latihan

yang dinamik dan berkualiti dengan

menyediakan kemudahan dan

perkhidmatan pilihan berpusatkan

komuniti. Sehubungan itu, kajian ini

dilaksanakan bagi mengkaji

keberkesanan kualiti kemudahan dan

perkhidmatan di Kolej Komuniti

Temerloh dalam lima aspek iaitu

kemudahan dan perkhidmatan di bilik

kuliah atau dewan besar atau makmal

atau bengkel, perpustakaan, unit hal – hal

pelajar, pejabat pentadbiran dan kolej

komuniti.

Page 3: Mengenalpasti Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan Dan Perkhidmatan Yang Disediakan Di Kolej Komuniti Temerloh

1.1 PENYATAAN MASALAH

Pada masa kini, terdapat pelbagai

institusi pendidikan yang telah dan

sedang berkembang samada institusi

pendidikan awam atau institusi

pendidikan swasta. Perkembangan ini

merupakan satu perkembangan yang

positif bagi membuka peluang kepada

rakyat Malaysia untuk menyambung

pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

Walaubagaimanapun, kerajaan tidak

hanya prihatin dan memberi tumpuan

kepada kuantiti pendidikannya sahaja

malah kepada kualiti pendidikannya.

Justeru, pelbagai polisi pendidikan telah

dibuat pada semua peringkat bagi

meningkatkan dan memastikan kualiti

pendidikan di institusi pengajian tinggi

tercapai. Beberapa piawai telah

diamalkan oleh institusi pendidikan bagi

memastikan mutu perkhidmatan yang

baik kepada pelajar dilaksanankan.

Antara piawai yang digunakan oleh IPTA

adalah Quality Assurance (QA) dan

International Organization of Standard

(ISO). Sementara itu,badan Lembaga

Akreditasi Negara (LAN) merupakan

badan yang bertanggungjawab untuk

mengiktiraf IPTS dalam melaksanakan

kualiti perkhidmatan.

Sehubungan dengan itu, Kolej

Komuniti Temerloh telah dan sedang

melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti

bagi proses Pemberian Latihan Teknikal

dan Vokasional di peringkat sijil dalam

bidang Teknologi, Perniagaan dan

Industri Perkhidmatan bagi memenuhi

visi dan misi penubuhan kolej komuniti

dan memenuhi kehendak negara

berasaskan Standard MS ISO 9001: 2008.

Sistem Pengurusan Kualiti ini

dilaksanakan di Bahagian Pengurusan

Kolej Komuniti dan kolej-kolej komuniti

yang lain termasuklah Kolej Komuniti

Temerloh. Pada tahun 2009, Unit Kualiti

menggunakan Standard MS ISO

9001:2000 dan bermula tahun 2010, Unit

Kualiti telah melaksanakan Sistem

Pungurusan Kualiti berasaskan Standard

MS ISO 9001:2008.

1.2 PERSOALAN KAJIAN

1) Sejauhmanakah tahap kepuasan

bagi perkhidmatan dan

kemudahan bilik kuliah,dewan

besar, makmal atau bengkel

Page 4: Mengenalpasti Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan Dan Perkhidmatan Yang Disediakan Di Kolej Komuniti Temerloh

terhadap pelajar di Kolej Komuniti

Temerloh?

2) Sejauhmanakah tahap kepuasan

bagi perkhidmatan dan

kemudahan perpustakaan

terhadap pelajar di Kolej Komuniti

Temerloh?

3) Sejauhmanakah tahap kepuasan

bagi perkhidmatan dan

kemudahan unit hal – hal pelajar

terhadap pelajar di Kolej Komuniti

Temerloh?

4) Sejauhmanakah tahap kepuasan

bagi perkhidmatan dan

kemudahan pejabat pentadbiran

terhadap pelajar di Kolej Komuniti

Temerloh?

5) Sejauhmanakah tahap kepuasan

bagi perkhidmatan dan

kemudahan kolej komuniti

terhadap pelajar di Kolej Komuniti

Temerloh?

6) Yang manakah tahap kepuasan

bagi perkhidmatan dan

kemudahan Kolej Komuniti

Temerloh terhadap pelajar di Kolej

Komuniti Temerloh mencapai

peratus yang paling tinggi?

7) Yang manakah tahap kepuasan

bagi perkhidmatan dan

kemudahan Kolej Komuniti

Temerloh terhadap pelajar di Kolej

Komuniti Temerloh mencapai

peratus yang paling rendah?

8) Sejauhmanakah tahap kepuasan

bagi perkhidmatan dan

kemudahan bilik kuliah,dewan

besar, makmal atau bengkel

terhadap pelajar di Kolej Komuniti

Temerloh bagi Program Sijil

Teknologi Maklumat, Sijil

Penyenggaraan Bangunan, Sijil

Teknologi Pembuatan Pembuatan

Perabot dan Sijil Fesyen dan

Pakaian?

9) Sejauhmanakah tahap kepuasan

bagi perkhidmatan dan

kemudahan perpustakaan

terhadap pelajar di Kolej Komuniti

Temerloh Bagi Program Sijil

Teknologi Maklumat, Sijil

Penyenggaraan Bangunan, Sijil

Teknologi Pembuatan Pembuatan

Perabot dan Sijil Fesyen dan

Pakaian?

10) Sejauhmanakah tahap kepuasan

bagi perkhidmatan dan

kemudahan unit hal – hal pelajar

terhadap pelajar di Kolej Komuniti

Temerloh bagi Program Sijil

Teknologi Maklumat, Sijil

Penyenggaraan Bangunan, Sijil

Page 5: Mengenalpasti Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan Dan Perkhidmatan Yang Disediakan Di Kolej Komuniti Temerloh

Teknologi Pembuatan Pembuatan

Perabot dan Sijil Fesyen dan

Pakaian?

11) Sejauhmanakah tahap kepuasan

bagi perkhidmatan dan

kemudahan pejabat pentadbiran

terhadap pelajar di Kolej Komuniti

Temerloh bagi Program Sijil

Teknologi Maklumat, Sijil

Penyenggaraan Bangunan, Sijil

Teknologi Pembuatan Pembuatan

Perabot dan Sijil Fesyen dan

Pakaian?

12) Sejauhmanakah tahap kepuasan

bagi perkhidmatan dan

kemudahan kolej komuniti

terhadap pelajar di Kolej Komuniti

Temerloh bagi , Sijil

Penyenggaraan Bangunan, Sijil

Teknologi Pembuatan Pembuatan

Perabot dan Sijil Fesyen dan

Pakaian?

13) Yang manakah tahap kepuasan

bagi perkhidmatan dan

kemudahan Kolej Komuniti

Temerloh terhadap pelajar di Kolej

Komuniti Temerloh bagi Program

Sijil Penyenggaraan Bangunan, Sijil

Teknologi Pembuatan Pembuatan

Perabot dan Sijil Fesyen dan

Pakaian mencapai peratus yang

paling tinggi?

14) Yang manakah tahap kepuasan

bagi perkhidmatan dan

kemudahan Kolej Komuniti

Temerloh terhadap pelajar di Kolej

Komuniti Temerloh bagi Program

Sijil Penyenggaraan Bangunan, Sijil

Teknologi Pembuatan Pembuatan

Perabot dan Sijil Fesyen dan

Pakaian mencapai peratus yang

paling rendah?

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji

perkara seperti berikut:

i) Tahap kepuasan bagi

perkhidmatan dan kemudahan

bilik kuliah,dewan besar, makmal

atau bengkel terhadap pelajar di

Kolej Komuniti Temerloh

ii) Tahap kepuasan bagi

perkhidmatan dan kemudahan

perpustakaan terhadap pelajar di

Kolej Komuniti Temerloh

iii) Tahap kepuasan bagi

perkhidmatan dan kemudahan

unit hal – hal pelajar terhadap

Page 6: Mengenalpasti Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan Dan Perkhidmatan Yang Disediakan Di Kolej Komuniti Temerloh

pelajar di Kolej Komuniti

Temerloh

iv) Tahap kepuasan bagi

perkhidmatan dan kemudahan

pejabat pentadbiran terhadap

pelajar di Kolej Komuniti

Temerloh

v) Tahap kepuasan bagi

perkhidmatan dan kemudahan

kolej komuniti terhadap pelajar di

Kolej Komuniti Temerloh

vi) Tahap kepuasan bagi

perkhidmatan dan kemudahan

bilik kuliah,dewan besar, makmal

atau bengkel terhadap pelajar di

Kolej Komuniti Temerloh bagi

Program Sijil Teknologi Maklumat,

Sijil Fesyen Dan Pakaian, Sijil

Teknologi Pembuatan Perabot Dan

Sijil Penyenggaraan Bangunan.

vii) Tahap kepuasan bagi

perkhidmatan dan kemudahan

perpustakaan terhadap pelajar di

Kolej Komuniti Temerloh bagi

Program Sijil Teknologi Maklumat,

Sijil Fesyen Dan Pakaian, Sijil

Teknologi Pembuatan Perabot Dan

Sijil Penyenggaraan Bangunan.

viii) Tahap kepuasan bagi

perkhidmatan dan kemudahan

unit hal – hal pelajar terhadap

pelajar di Kolej Komuniti

Temerloh bagi Program Sijil

Teknologi Maklumat, Sijil Fesyen

Dan Pakaian, Sijil Teknologi

Pembuatan Perabot Dan Sijil

Penyenggaraan Bangunan.

ix) Tahap kepuasan bagi

perkhidmatan dan kemudahan

pejabat pentadbiran terhadap

pelajar di Kolej Komuniti

Temerloh bagi Program Sijil

Teknologi Maklumat, Sijil Fesyen

Dan Pakaian, Sijil Teknologi

Pembuatan Perabot Dan Sijil

Penyenggaraan Bangunan.

x) Tahap kepuasan bagi

perkhidmatan dan kemudahan

kolej komuniti terhadap pelajar di

Kolej Komuniti Temerloh bagi

Program Sijil Teknologi Maklumat,

Sijil Fesyen Dan Pakaian, Sijil

Teknologi Pembuatan Perabot Dan

Sijil Penyenggaraan Bangunan.

xi) Untuk membuat penambahbaikan

terhadap perkhidmatan dan

kemudahan terhadap pelajar di

Kolej Komuniti Temerloh

Page 7: Mengenalpasti Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan Dan Perkhidmatan Yang Disediakan Di Kolej Komuniti Temerloh

1.4 SKOP KAJIAN

Skop kajian yang dijalankan ini terbuka

kepada pelajar di Kolej Komuniti

Temerloh yang terdiri daripada pelajar

semester 1,2 dan 4 yang terdiri daripada

Program Sijil Teknologi Maklumat, Sijil

Fesyen dan Pakaian, Sijil Teknologi

Pembuatan Perabot dan Sijil

Penyenggaraan Bangunan bagi sesi Julai

2010.

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Dapatan akhir kajian ini diharap dapat

membantu pihak Kolej Komuniti

Temerloh untuk melaksanakan perkara-

perkara berikut:

a) SUMBANGAN AKADEMIK

1) Hasil kajian akan dapat digunakan

bagi memperkukuhkan

lagiinstrumen pengukuran kualiti

perkhidmatan dan kepuasan

pelajar.

2) Kajian ini akan menjadi rujukan

akademik kepada pelajar dan

pensyarah dalam aspek kepuasan

mereka di institusi pendidikan.

b) SUMBANGAN KEPADA KOLEJ

KOMUNITI TEMERLOH

1) Hasil kajian ini dapat memberi

maklumat kepada pihak Kolej

Komuniti Temerloh dalam

meningkatkan kualiti kemudahan

dan perkhidmatan yang

dilaksanakan.

1.6 BATASAN KAJIAN

Berikut disenaraikan batasan kajian yang

dapat dikenalpasti:

i) Kajian ini hanya melibatkan

pelajar–pelajar Kolej Komuniti

Temerloh sahaja.

ii) Hasil dapatan ini adalah

berdasarkan kepada

perkhidmatan dan kemudahan

yang disediakan di Kolej Komuniti

Temerloh sahaja.

2.0 KAJIAN LITERATUR

Terdapat beberapa kajian yang

telah dibuat mengenai tahap kepuasan

pelanggan terhadap kemudahan dan

perkhidmatan yang disediakan di institusi

Page 8: Mengenalpasti Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan Dan Perkhidmatan Yang Disediakan Di Kolej Komuniti Temerloh

masing-masing. Antara kajian yang telah

dilaksanakan adalah seperti berikut :

2.1 KAJIAN OLEH AMINUDDIN YUSOF

SHAMSARIZAL & ABD AZIZ,

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Kajian ini dijalankan oleh oleh Aminuddin

Yusof Shamsarizal & Abd Aziz daripada

Universiti Putra Malaysia. Tujuan utama

kajian ini dilakukan adalah untuk

mengetahui kualiti perkhidmatan yang

ditawarkan, perbezaan yang wujud antara

fakulti dan jangkaan pelajar serta

persepsi mereka terhadap kualiti

perkhidmatan yang ditawarkan. Subjek

terdiri daripada 109 orang pelajar iaitu

36 lelaki dan 73 perempuan daripada

sebuah kolej matrikulasi. Subjek perlu

menilai kualiti perkhidmatan kemudahan

sukan yang terdapat di kolej tersebut

serta kepuasan mereka ketika melakukan

aktiviti sukan. Kepuasan dalam

menjalankan aktiviti sukan diukur

menggunakan soal selidik. Dapatan kajian

menunjukkan tidak terdapat hubungan

yang signifikan di antara kualiti

perkhidmatan dengan tahap kepuasan

pengguna. Ini menunjukkan bahawa

kualiti perkhidmatan bukan peramal

kepada tahap kepuasan dalam melakukan

aktiviti sukan dan rekreasi.

2.2 KAJIAN OLEH ABD RAHMAN BIN

YAACOB DI POLITEKNIK TUANKU SYED

SIRAJUDDIN

Kajian ini dibuat oleh Abd Rahman Bin

Yaacob di Politeknik Tuanku Syed

Sirajuddin. Tujuan kajian ini adalah untuk

mengenalpasti tahap kepuasan pelajar

terhadap kemudahan dan perkhidmatan

yang disediakan di pusat sumber

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

Kajian ini adalah berdasarkan kaedah

persampelan “convenience” iaitu sampel

dipilih berdasarkan semua pelajar PTSS

yang menggunakan kemudahan dan

perkhidmatan yang disediakan oleh pusat

sumber PTSS iaitu seramai 100 orang.

Instrumen kajian yang digunakan

adalah borang soal selidik. Dapatan

kajian menunjukkan bahawa pelajar

memberikan maklum balas pada tahap

sederhana kepada tandas, koleksi

bahan, sistem peminjaman buku dan

sumber media (internet). Manakala

dapatan kajian kepada peralatan, loker

perkhidmatan pelanggan dan waktu

Page 9: Mengenalpasti Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan Dan Perkhidmatan Yang Disediakan Di Kolej Komuniti Temerloh

operasi menunjukkan tahap maklum

balas pelajar adalah sangat setuju.

2.3 KAJIAN OLEH ALDRIDGE DAN

ROWLEY (1998) DI UNITED KINGDOM

Kajian ini dijalankan oleh Aldridge dan

Rowley (1998) yang bertujuan untuk

mengetahui kepuasan pelajar terhadap

perkhidmatan dan kemudahan

infrastruktur yang ditawarkan di

universiti tersebut. Kajian ini terdiri

daripada beberapa bahagian iaitu kajian

soal selidik, kajian pandangan dan melalui

prosedur membuat aduan di universiti.

Responden kajian yang digunakan adalah

seramai 391 orang pelajar. Hasil daripada

kajian mendapati bahawa isu yang paling

ketara dalam mendapatkan perhatian

pelajar adalah “keberkesanan sistem

tutor yang diamalkan” diikuti dengan

“perkhidmatan makanan yang baik” serta

“harga yang berpatutan”, kepentingan

pelajar dengan persatuan” dan

“peruntukan yang bersesuaian terhadap

perkhidmatan yang ditawarkan di

universiti”.

2.4 KAJIAN OLEH ADEE ATHIYAMAN

(1997)

Kajian yang telah dijalankan oleh Adee

Athiyaman (1997) bertujuan untuk

membuat perbandingan konseptual

antara kualiti yang dirasai dan

kepuasan pelanggan dalam konteks

pengajian di IPT. Instrumen yang

digunakan adalah borang soal selidik.

Hasil kajian menunjukkan kualiti yang

dirasai bergantung kepada kepuasan.

Implikasi yang penting daripada kajian ini

ialah setiap perkhidmatan perlu

diuruskan dengan betul untuk

meningkatkan kepuasan pelanggan.

2.5 KESIMPULAN KAJIAN LITERATUR

Beberapa kajian yang telah diulas,

terdapat persamaan di antara kajian-

kajian tersebut dengan kajian yang akan

dijalankan oleh penyelidik. Kajian-kajian

lepas mempunyai matlamat dan objektif

kajian yang hampir sama iaitu bagi

menilai tahap kualiti dan kepuasan

pelajar terhadap kemudahan dan

perkhidmatan yang ditawarkan di

institusi masing-masing. Oleh itu, kualiti

perkhidmatan yang ditawarkan haruslah

memenuhi kepuasan pelanggan serta

Page 10: Mengenalpasti Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan Dan Perkhidmatan Yang Disediakan Di Kolej Komuniti Temerloh

persepsi pelanggan. Secara keseluruhan,

kajian ini mendapati bahawa jika kualiti

perkhidmatan baik, maka kepuasan

pelanggan akan meningkat.

Namun begitu, kebanyakan kajian

yang telah dijalankan adalah di peringkat

universiti dan politeknik. Justeru,

keadaan ini telah mendorong penyelidik

untuk membuat kajian seumpama di atas

dengan mengenalpasti tahap kepuasan

pelajar terhadap kemudahan dan

perkhidmatan yang disediakan di Kolej

Komuniti Temerloh.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Bab ini membincangkan mengenai

metodologi dan teknik penganalisaan

data yang digunakan dalam kajian ini.

Tajuk perbincangan meliputi rekabentuk

kajian, populasi dan sampel kajian,

pengukuran dan instrument kajian dan

teknik penganalisaan data. Untuk

mencapai objektif kajian, data yang sesuai

dan relevan telah dikumpulkan. Berikut

adalah maklumat lanjut mengenai

metodologi kajian.

3.1 REKABENTUK KAJIAN

Rekabentuk kajian yang dikenal

pasti bersesuaian dengan tujuan kajian ini

ialah rekabentuk kajian tinjauan. Oleh itu,

kajian ini menggunakan soal selidik untuk

mendapatkan data. Soal selidik ini

mempunyai 20 item, iaitu 5 item untuk

kemudahan dan perkhidmatan di bilik

kuliah/dewan besar/makmal/bengkel, 5

item untuk kemudahan dan

perkhidmatan di perpustakaan, 4 item

untuk kemudahan dan perkhidmatan di

unit hal-hal pelajar, 3 item untuk

kemudahan dan perkhidmatan di pejabat

pentadbiran dan 3 item untuk perasaan

pelajar terhadap Kolej Komuniti

Temerloh.

3.2 POPULASI DAN SASARAN

KAJIAN

Populasi kajian melibatkan

pelajar-pelajar Kolej Komuniti Temerloh

yang terdiri daripada pelajar Sijil

Teknologi Maklumat, Sijil Penyenggaraan

Bangunan dan Sijil Fesyen dan Pakaian

dan Sijil Teknologi Pembuatan Perabot

iaitu pelajar semester 1 , 2 dan 4. Lokasi

kajian ini adalah di Kolej Komuniti

Temerloh. Seterusnya borang soal

Page 11: Mengenalpasti Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan Dan Perkhidmatan Yang Disediakan Di Kolej Komuniti Temerloh

selidik diserahkan oleh penyelidik

kepada responden menggunakan kaedah

persampelan ”convenience” di mana

penyelidik mengedarkan borang soal

selidik kepada 163 orang responden yang

menggunakan kemudahan dan

perkhidmatan di Kolej Komuniti

Temerloh. Jumlah ini adalah mencukupi

untuk mewakili jumlah keseluruhan

pelajar pada sesi Julai 2010 iaitu daripada

200 orang pelajar.

3.3 KAEDAH DAN INSTRUMEN

KAJIAN

Instrumen yang digunakan bagi

kajian ini ialah borang soal selidik. Dari

segi pembentukan borang soal-selidik,

teknik “open-ended” dan “closed-ended”

digunakan untuk membentuk soalan di

dalam borang soal-selidik.

1) Teknik “open-ended”

Teknik ini digunakan untuk

mendapatkan pandangan dan

pendapat responden

2) Teknik “closed-ended”

Teknik ini disediakan bagi

memudahkan responden membuat

pilihan jawapan yang tepat dengan

membulatkan skala likert yang

telah disediakan.

Selain itu juga, borang soal-selidik

ini adalah daripada dokumen kualiti MS:

ISO 9001: 2008 iaitu pengendalian

maklumbalas pelanggan (KKTM-PK-PS-

05) yang telah berkuatkuasa mulai 1

Oktober 2010. Format borang soal-selidik

untuk responden terbahagi kepada tiga

bahagian utama iaitu:

1) Bahagian A hingga bahagian E:

Bahagian ini mengandungi kenyataan-

kenyataan yang berkaitan dengan

persepsi pelajar terhadap perkhidmatan,

kemudahan dan persekitaran di Kolej

Komuniti Temerloh. Senarai bahagian-

bahagian tersebut adalah seperti berikut :

1) Bahagian A : Bilik kuliah / Dewan

Besar / Makmal / Bengkel

2) Bahagian B : Perpustakaan

Page 12: Mengenalpasti Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan Dan Perkhidmatan Yang Disediakan Di Kolej Komuniti Temerloh

3) Bahagian C : Unit hal-hal pelajar

4) Bahagian D : Pejabat pentadbiran

5) Bahagian E : Kolej komuniti

Penilaian responden terhadap kualiti

perkhidmatan dan kemudahan

berdasarkan kriteria- kriteria kualiti

perkhidmatan dan kemudahan yang telah

disenaraikan.

2) Bahagian F: Pandangan dan

cadangan (jika ada)

Bahagian ini mengandungi pandangan

dan cadangan responden terhadap

perkhidmatan dan kemudahan yang

disediakan di Kolej Komuniti Temerloh.

Manakala kaedah yang digunakan

bagi kajian ini ialah kaedah kuantitatif

dan kualitatif. Melalui kaedah kuantitatif,

penyelidik menggunakan Skala Likert

untuk mengukur tahap persetujuan

responden terhadap soal selidik yang

dikemukakan. Dengan menggunakan

Skala Likert, responden dapat memberi

maklum balas dengan lebih teliti dan

tepat terhadap soalan yang dikemukakan.

Selain itu, melalui kaedah kuantitatif,

penyelidik boleh mendapatkan secara

langsung maklumbalas dan maklumat-

maklumat yang diperlukan dari

responden yang terlibat dalam menilai

tahap kepuasan pelajar terhadap

kemudahan dan perkhidmatan yang

disediakan di Kolej Komuniti Temerloh.

4.0 ANALISIS DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan kajian yang telah

dilaksanakan, dapatan kajian yang

diperolehi adalah seperti berikut:

Page 13: Mengenalpasti Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan Dan Perkhidmatan Yang Disediakan Di Kolej Komuniti Temerloh

Bahagian A B C D E

Jenis

kemudahan &

perkhidmatan

Bilik kuliah

/ Dewan

Besar/

Makmal/

Bengkel

Perpustakaan Unit hal-hal

pelajar

Pejabat

pentadbiran

Kolej

komuniti

Peratus tahap

kepuasan

84.7 % 83.6% 79.8% 81% 85.3%

Jadual 1: Tahap kepuasan keseluruhan pelajar Kolej Komuniti Temerloh terhadap

perkhidmatan dan kemudahan A,B,C,D dan E

Bahagian A B C D E

Jenis

kemudahan &

perkhidmatan

Bilik kuliah

/ Dewan

Besar/

Makmal/

Bengkel

Perpustakaan Unit hal-hal

pelajar

Pejabat

pentadbiran

Kolej

komuniti

Peratus tahap

kepuasan

86.4% 88.7% 81.5% 82.4% 83.7%

Jadual 2 : Tahap kepuasan pelajar Kolej Komuniti Temerloh bagi Program Sijil Teknologi

Maklumat terhadap kemudahan A,B,C,D dan E

Page 14: Mengenalpasti Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan Dan Perkhidmatan Yang Disediakan Di Kolej Komuniti Temerloh

Bahagian A B C D E

Jenis

kemudahan &

perkhidmatan

Bilik kuliah

/ Dewan

Besar/

Makmal/

Bengkel

Perpustakaan Unit hal-hal

pelajar

Pejabat

pentadbiran

Kolej

komuniti

Peratus tahap

kepuasan

80.4% 77.9% 74.1% 73.5% 81.5%

Jadual 3 : Tahap kepuasan pelajar Kolej Komuniti Temerloh bagi Program Sijil Fesyen dan

Pakaian terhadap kemudahan A,B,C,D dan E

Bahagian A B C D E

Jenis

kemudahan &

perkhidmatan

Bilik kuliah

/ Dewan

Besar/

Makmal/

Bengkel

Perpustakaan Unit hal-hal

pelajar

Pejabat

pentadbiran

Kolej

komuniti

Peratus tahap

kepuasan

94.6% 96% 95% 100% 100%

Jadual 4 : Tahap kepuasan pelajar Kolej Komuniti Temerloh bagi Program Sijil Teknologi

Pembuatan Perabot terhadap kemudahan A,B,C,D dan E

Page 15: Mengenalpasti Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan Dan Perkhidmatan Yang Disediakan Di Kolej Komuniti Temerloh

Bahagian A B C D E

Jenis

kemudahan &

perkhidmatan

Bilik kuliah

/ Dewan

Besar/

Makmal/

Bengkel

Perpustakaan Unit hal-hal

pelajar

Pejabat

pentadbiran

Kolej

komuniti

Peratus tahap

kepuasan

83.7% 80.3% 78.2% 79.8% 83.1%

Jadual 5 : Tahap kepuasan pelajar Kolej Komuniti Temerloh bagi Program Sijil

Penyenggaraan Bangunan terhadap kemudahan A,B,C,D dan E.

5.0 PERBINCANGAN

Berdasarkan daripada dapatan

kajian, secara keseluruhan peratus bagi

perkhidmatan dan kemudahan bilik

kuliah/dewan besar/makmal/bengkel

mencapai pada tahap 84.7%. Manakala

perkhidmatan dan kemudahan di

perpustakaan adalah sebanyak 83.6%,

unit hal-hal pelajar adalah sebanyak

79.8%, pejabat pentadbiran sebanyak

81% dan kolej komuniti sebanyak 85.3%

(sila rujuk rajah 1). Dapatan ini

menunjukkan bahawa kemudahan dan

perkhidmatan di kolej komuniti mencapai

tahap yang paling tinggi iaitu 85.3%.

Secara keseluruhan, dapatan ini

menunjukkan bahawa pelajar di Kolej

Komuniti Temerloh sentiasa berasa

selamat, bangga dan mereka mengetahui

kolej ini mengamalkan Sistem

Pengurusan Kualiti. Walaubagaimanapun,

tahap kepuasan bagi perkhidmatan dan

kemudahan di unit hal-hal pelajar

mencapai tahap kepuasan yang rendah

iaitu 79.8%. Dapatan ini menunjukkan

bahawa layanan dan maklumat berkaitan

hal-hal pelajar adalah rendah berbanding

perkhidmatan dan kemudahan yang lain.

Page 16: Mengenalpasti Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan Dan Perkhidmatan Yang Disediakan Di Kolej Komuniti Temerloh

A B C D E

84.7

83.6

79.8

81

85.3

A

B

C

D

E

Rajah 1: Tahap kepuasan keseluruhan pelajar Kolej Komuniti Temerloh terhadap

kemudahan A,B,C,D dan E

Selain itu juga, terdapat perbezaan tahap

kepuasan bagi setiap program iaitu

Program Sijil Teknologi Maklumat, Sijil

Fesyen dan Pakaian, Sijil Teknologi

Pembuatan Perabot dan Sijil

Penyenggaraan Bangunan terhadap

perkhidmatan dan kemudahan di Kolej

Komuniti Temerloh.

Berdasarkan dapatan kajian bagi

program Sijil Teknologi Maklumat, jelas

menunjukkan bahawa perkhidmatan dan

kemudahan di bilik kuliah/ dewan besar/

makmal/bengkel mencapai tahap

kepuasan sebanyak 86.4%. Manakala

perkhidmatan dan kemudahan di

perpustakaan mencapai tahap kepuasan

sebanyak 88.7%, unit hal- hal pelajar

adalah sebanyak 81.5%, pejabat

pentadbiran mencapai tahap kepuasan

sebanyak 82.4% dan kolej komuniti

adalah sebanyak 85.5% ( sila rujuk rajah

2 ). Dapatan kajian ini menunjukkan

bahawa perkhidmatan dan kemudahan di

perpustakaan mencapai tahap kepuasan

yang paling tinggi iaitu sebanyak 88.7%.

Dapatan ini menunjukkan bahawa

layanan di kaunter perpustakaan dan

bahan yang terdapat di perpustakaan

mencukupi. Walaubagaimanapun,

perkhidmatan dan kemudahan di unit

hal-hal pelajar mencapai tahap kepuasan

Page 17: Mengenalpasti Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan Dan Perkhidmatan Yang Disediakan Di Kolej Komuniti Temerloh

yang rendah iaitu 81.5%. Dapatan ini

menunjukkan bahawa layanan dan

maklumat berkaitan hal-hal pelajar

adalah mencapai tahap kepuasan yang

rendah bagi pelajar Program Sijil

Teknologi Maklumat.

Rajah 2 : Tahap kepuasan pelajar Kolej Komuniti Temerloh bagi Program Sijil Teknologi

Maklumat terhadap kemudahan A,B,C,D dan E

Selain itu, berdasarkan dapatan

kajian bagi program sijil fesyen dan

pakaian menunjukkan bahawa

perkhidmatan dan kemudahan di bilik

kuliah/ dewan besar/ makmal/bengkel

mencapai tahap kepuasan 80.4%.

Manakala perkhidmatan dan kemudahan

di perpustakaan mencapai tahap

kepuasan sebanyak 77.9%, unit hal- hal

pelajar adalah sebanyak 74.1%, pejabat

pentadbiran mencapai tahap kepuasan

sebanyak 73.5% dan perkhidmatan dan

kemudahan di kolej komuniti adalah

sebanyak 81.5% ( sila rujuk rajah 3).

Dapatan ini menunjukkan bahawa

kemudahan dan perkhidmatan di kolej

komuniti mencapai tahap yang paling

tinggi iaitu 81.5%. Secara keseluruhan,

dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar

di Kolej Komuniti Temerloh sentiasa

berasa selamat, bangga dan mereka

mengetahui kolej ini mengamalkan

Page 18: Mengenalpasti Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan Dan Perkhidmatan Yang Disediakan Di Kolej Komuniti Temerloh

Sistem Pengurusan Kualiti. Manakala

perkhidmatan dan kemudahan di pejabat

pentadbiran mencapai tahap kepuasan

yang rendah iaitu 73.5%. Dapatan ini

menunjukkan bahawa layanan,urusan

dikaunter dan urusan dengan pegawai

pentadbiran mencapai tahap kepuasan

yang rendah.

Rajah 3 : Tahap kepuasan pelajar Kolej Komuniti Temerloh bagi Program Sijil Fesyen dan

Pakaian terhadap kemudahan A,B,C,D dan E

Manakala bagi Program Sijil

Teknologi Pembuatan Perabot, dapatan

kajian menunjukkan bahawa

perkhidmatan dan kemudahan di bilik

kuliah/ dewan besar/ makmal/bengkel

mencapai tahap kepuasan 94.6%.

Manakala perkhidmatan dan kemudahan

di perpustakaan mencapai tahap

kepuasan sebanyak 96%, unit hal- hal

pelajar adalah sebanyak 95%, pejabat

pentadbiran dan kolej komuniti mencapai

tahap kepuasan yang sama iaitu sebanyak

100% (sila rujuk rajah 4). Dapatan ini

menunjukkan bahawa kemudahan dan

perkhidmatan di pejabat pentadbiran dan

kolej komuniti mencapai tahap yang sama

dan paling tinggi iaitu 100%. Secara

keseluruhan, dapatan ini menunjukkan

bahawa pelajar di Kolej Komuniti

Temerloh sentiasa berasa selamat,

Page 19: Mengenalpasti Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan Dan Perkhidmatan Yang Disediakan Di Kolej Komuniti Temerloh

bangga dan mereka mengetahui kolej ini

mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti.

Selain itu, dapatan kajian ini

menunjukkan bahawa layanan,urusan

dikaunter dan urusan dengan pegawai

pentadbiran mencapai tahap kepuasan

yang tinggi. Walaubagaimanapun,

perkhidmatan dan kemudahan di unit

hal-hal pelajar mencapai tahap kepuasan

yang rendah iaitu sebanyak 95%. Dapatan

ini menunjukkan bahawa layanan dan

maklumat berkaitan hal-hal pelajar

adalah mencapai tahap kepuasan yang

rendah berbanding perkhidmatan dan

kemudahan lain.

Rajah 4 : Tahap kepuasan pelajar Kolej Komuniti Temerloh bagi Program Sijil Teknologi

Pembuatan Perabot terhadap kemudahan A,B,C,D dan E

Seterusnya, berdasarkan dapatan

kajian bagi Program Sijil Penyenggaraan

Bangunan menunjukkan bahawa

perkhidmatan dan kemudahan di bilik

kuliah/ dewan besar/ makmal/bengkel

mencapai tahap kepuasan 83.7%.

Manakala perkhidmatan dan kemudahan

di perpustakaan mencapai tahap

kepuasan sebanyak 80.3%, unit hal- hal

pelajar adalah sebanyak 78.2%, pejabat

pentadbiran mencapai tahap kepuasan

sebanyak 79.8% dan kolej komuniti

Page 20: Mengenalpasti Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan Dan Perkhidmatan Yang Disediakan Di Kolej Komuniti Temerloh

adalah sebanyak 83.1% ( sila rujuk rajah

5). Dapatan kajian ini menunjukkan

bahawa kemudahan dan perkhidmatan di

bilik kuliah/dewan

besar/makmal/bengkel mencapai tahap

kepuasan yang tinggi iaitu sebanyak

83.7%. Oleh itu, pelajar di Kolej Komuniti

Temerloh bagi Program Sijil

Penyenggaraan Bangunan mempunyai

peralatan kerusi, meja dan papan putih

adalah mencukupi untuk keperluan

pembelajaran, peralatan dan keperluan

amali mencukupi dan beroperasi

sepenuhnya, persekitaran di dalam bilik

kuliah dan bengkel adalah bersih, selamat

dan selesa, persekitaran di dalam dewan

besar dan makmal adalah bersih, selesa

dan selamat serta peraturan di dalam

bilik kuliah/dewan

besar/makmal/bengkel dipamerkan.

Walaubagaimanapun, dapatan kajian ini

menunjukkan bahawa perkhidmatan dan

kemudahan di unit hal-hal pelajar

mencapai tahap kepuasan yang rendah

iaitu 78.2%. Dapatan ini menunjukkan

bahawa layanan dan maklumat berkaitan

hal-hal pelajar adalah berada pada tahap

kepuasan yang rendah berbanding

perkhidmatan dan kemudahan yang lain.

Rajah 5 : Tahap kepuasan pelajar Kolej Komuniti Temerloh bagi Program Sijil

Penyenggaraan Bangunan terhadap kemudahan A,B,C,D dan E

Page 21: Mengenalpasti Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan Dan Perkhidmatan Yang Disediakan Di Kolej Komuniti Temerloh

Secara kesimpulannya, pelajar di

Kolej Komuniti Temerloh mencapai tahap

kepuasan bagi kemudahan dan

perkhidmatan di Kolej Komuniti

Temerloh pada tahap kepuasan antara

79.8% hingga 85.3%. Manakala, bagi

keempat-empat program yang terdapat di

Kolej Komuniti Temerloh iaitu Program

Sijil Teknologi Maklumat, Sijil Fesyen dan

Pakaian,Sijil Teknologi Pembuatan

Perabot dan Sijil Penyenggaraan

Bangunan mencapai tahap kepuasan

antara 73.5% hingga 100%. Dapatan ini

menunjukkan bahawa tahap kepuasan

pelajar bagi perkhidmatan dan

kemudahan di Kolej Komuniti Temerloh

berada pada tahap yang berbeza.

6.0 CADANGAN DAN PENDAPAT

Berdasarkan soal selidik yang

telah diedarkan, terdapat beberapa

cadangan dan pendapat yang telah

diberikan oleh responden iaitu pelajar.

Antarany pendapat yang diberikan

seperti kemudahan di kantin yang amat

tidak memuaskan, mahal dan tidak sedap

dan kemudahan komputer serta internet

yang tidak mencukupi kepada pelajar.

Selain itu juga, antara cadangan yang

diberikan oleh responden adalah seperti

pihak kolej perlu memperbanyakkan

aktiviti di dalam dan di luar kolej,

melaksanakan pemantauan di kawasan

rumah sewa kerana ada segelintir pelajar

yang dibuli di luar rumah, mengambil

tindakan ke atas pelajar-pelajar yang suka

membuli pelajar lain, menguruskan wang

biasiswa dengan segera, menyediakan

televisyen litar tertutup di tempat parkir

motor kerana terdapat banyak kes

kecurian helmet, membina asrama untuk

pelajar dan menyediakan elaun untuk

pelajar latihan industri.

Berdasarkan cadangan dan

pendapat yang telah diberikan oleh

pelajar, pihak pengurusan Kolej Komuniti

Temerloh khususnya perlu mengambil

tindakan yang sewajarnya bagi

memastikan kepuasan pelanggan dapat

dicapai dengan sepenuhnya dan kualiti

perkhidmatan dan kemudahan di Kolej

Komuniti Temerloh dapat

dipertingkatkan.

Page 22: Mengenalpasti Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan Dan Perkhidmatan Yang Disediakan Di Kolej Komuniti Temerloh

7.0 PENUTUP

Secara keseluruhan, kajian yang

dilaksanakan adalah berhasil dan

mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Oleh itu, diharapkan agar hasil kajian ini

dapat dijadikan bahan rujukan akademik

kepada pelajar dan pensyarah dalam

aspek hubungan pelanggan dan kepuasan

mereka di institusi pendidikan dan

menjadi bahan rujukan kepada

pensyarah- pensyarah lain di Kolej

Komuniti Temerloh untuk menjalankan

kajian penyelidikan pada masa akan

datang. Selain itu juga, diharapkan agar

hasil kajian ini dapat memberi gambaran

yang lebih jelas bagi meningkatkan mutu

perkhidmatan dan kemudahan di Kolej

Komuniti Temerloh demi memenuhi

kepuasan pelanggan.

BIBLIOGRAFI

Aminuddin Yusof Shamsarizal & Abd Aziz.

Kajian Mengenai Hubungan Antara Kualiti

Perkhidmatan Kemudahan Sukan Kolej

Matrikulasi dengan Kepuasan Pelajar.

Retreived September 1, 2011, from

www.usm.my/education.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran

Malaysia. ( 2006 ). Kertas Kerja Seminar

Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan Ke

XIII . Kuala Lumpur : Percetakan Watan

Sdn. Bhd.

Hamidah Abdul Rahman, PM Dr. Zainab

Khalifah, PM Shoki Arif, Rosnah Sirin,

Hafilah Zainal Abidin & Norzarina Sulong.

Kajian Mengenai Tahap Kualiti

Pendidikan Tinggi dari Perspektif Pelajar

di Universiti Teknologi Malaysia.

Retrieved September 5, 2011,from

http://eprints.utm.my

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung

Malaysia. ( 2008 ). Kajian Sikap Pencari-

Pencari Kerja Di Semenanjung Malaysia.

Putrajaya : Kementerian Sumber Manusia.

Omar Hisham Mohd. Baharin. ( 2008 ) .

Nota Kuliah: Kajian Tindakan Dalam

Pendidikan. Perak: Universiti Pendidikan

Sultan Idris.

Sidek Mohd Noah. ( 2005 ). Reka Bentuk

Penyelidikan : Falsafah,Teori Dan Praktis.

Selangor: Syarikat Aremes (M) Sdn. Bhd