menggalakkan pendidikan teknikal dan latihan vokasional

16
PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN MAMPAN: MENGGALAKKAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN LATIHAN VOKASIONAL (TEVT) PEKELILING AMALAN PERNIAGAAN TERBAIK 4/2013

Transcript of menggalakkan pendidikan teknikal dan latihan vokasional

Page 1: menggalakkan pendidikan teknikal dan latihan vokasional

United Nations Children’s FundMalaysia Country OfficeWisma UN, Blok C, Tingkat 2Kompleks Pejabat DamansaraJalan Dungun, Damansara Heights50490 Kuala Lumpur, MALAYSIAT (+6.03) 2095 9154F (+6.03) 2093 0582

E-mel : [email protected]

w w w. u n i c e f . o r g / m a l a y s i a

Dicetak atas 100% kertas kitar semula

PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN MAMPAN:

MENGGALAKKAN PENDIDIKAN TEKNIKALDAN LATIHAN VOKASIONAL (TEVT)

PEKELILING AMALAN PERNIAGAANTERBAIK 4/2013

Suruhanjaya Syarikat MalaysiaMenara SSM @ SentralNo. 7, Jalan Stesen Sentral 5Kuala Lumpur Sentral50470, Kuala LumpurT (+6.03) 2299 4400F (+6.03) 2299 4411

E-mel : [email protected]

w w w. s s m . c o m . m y

Page 2: menggalakkan pendidikan teknikal dan latihan vokasional

PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN MAMPAN:

MENGGALAKKAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN LATIHAN VOKASIONAL (TEVT)

Page 3: menggalakkan pendidikan teknikal dan latihan vokasional

3

OBJEKTIF

LATAR BELAKANG

Takrif Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT)

1. Kementerian Pendidikan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025: Laporan Awal, http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-Eng.pdf, halaman 7-72. United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation, http://www.unesco.org/new/en/newdelhi/areas-of-action/education/technical-vocational-education-and trainingtvet/3. UNESCO dan ILO (2002) Technical and Vocational Education for the Twenty-First Century: ILO and UNESCO Recommendations, UNESCO, Paris dan ILO, Geneva, http://unesdoc. unesco.org/images/0012/001260/126050e.pdf, halaman 7

2. Menurut Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, TEVT ditakrifkan seperti berikut:

3. The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) mentakrifkan

Seterusnya TEVT juga dianggap sebagai:

(i) Bahagian penting dalam pendidikan am;

(ii) Persediaan untuk bidang pekerjaan dan untuk menyertai dunia pekerjaan dengan berkesan;

(iii) Aspek pembelajaran sepanjang hayat dan melahirkan rakyat yang bertanggungjawab;

(iv) Wahana untuk menggalakkan pembangunan mampan dan kukuh yang mesra alam; dan

(v) Kaedah untuk membantu mengurangkan kemiskinan.3

“Pendidikan vokasional membantu pelajarmembuat persediaan kerjaya yang memerlukan kepakaran dalam bidang teknik tertentu. Kerjaya ini merangkumi kemahiran teknikal atau vokasional seperti pertukangan kayu sehinggalah kepada jawatan dalam bidang kejuruteraan dan pekerjaan lain. Berbeza dengan aliran teknik yang membantu pelajar membuat persediaan untuk pendidikan lanjutan, aliran vokasional lebih berorientasikan kerjaya.”1

“pendidikan teknikal dan vokasional sebagai aspek proses pendidikan yang melibatkan, selain pendidikan am, pembelajaran tentang teknologi dan sains yang berkaitan, serta pemerolehan kemahiran praktikal, sikap, pemahaman dan ilmu yang berkaitan dengan pekerjaan dalam pelbagai sektor ekonomi dan kehidupan sosial”.2

LATAR BELAKANG

1. Objektif Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik 4/2013 adalah:

Menggalakkan dan menyokong perkongsian awam-swasta (PPP) dalam menyediakan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT), sebagai alternatif untuk menentukan aliran pendidikan terutamanya untuk pelajar tercicir; dan

Menyediakan sektor korporat panduan berhubung tanggungjawab dalam pekerjaan bagi pekerja muda yang dilahirkan oleh program TEVT, serta menghormati dan menyokong hak kanak-kanak berdasarkan Hak Kanak-kanak dan Prinsip Perniagaan (CRBP) yang dilancarkan di Malaysia pada 11 September 2012.

Page 4: menggalakkan pendidikan teknikal dan latihan vokasional

4 PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN MAMPAN: MENGGALAKKAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN LATIHAN VOKASIONAL

LATAR BELAKANG

Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional sebagai Agenda Utama di Malaysia

4. Kerajaan menggalakkan kerjasama dengan sektor korporat dalam menangani cabaran sosioekonomi melalui pendidikan kerana terdapat hubungan antara pendidikan dengan kemajuan ekonomi. Perubahan yang pantas dalam teknologi serta persekitaran kerja dan sosial mesti ditangani bagi memenuhi permintaan tempatan dan global.

5. Bagi memenuhi permintaan pasaran global, Kementerian Pendidikan (KPM) telah melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pelan Pembangunan) pada 12 September 2012 berikutan rancangan Kerajaan untuk mengubah sistem pendidikan negara bagi membantu pelajar di Malaysia membuat persediaan dalam memenuhi standard global.

6. Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (10MP), Jabatan Pembangunan Kemahiran (DSD) di bawah Kementerian Sumber Manusia, telah diberi tanggungjawab untuk menentukan aliran latihan kemahiran melalui TEVT.4 DSD telah mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan Unit Skills Malaysia Partnership (SMP) untuk menguatkuasakan hubungan dan kerjasama strategik dengan sektor swasta.

7. Di bawah Model Ekonomi Nasional (NEM), Inisiatif Pembaharuan Strategik (IPS)5 bertujuan membangunkan tenaga kerja berkualiti dan berkemahiran melalui sistem pendidikan bersasaran dan menyeluruh. Ia juga bertujuan memupuk minda yang mahir dan ingin tahu demi melahirkan pekerja yang inovatif. Usaha ini akan terus mendorong peningkatan produktiviti.6

8. Projek Permulaan (EPP) 5, di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), menetapkan projek yang bertujuan untuk menambah peruntukan latihan kemahiran swasta, yang boleh meningkatkan bilangan pekerja mahir sebanyak 50% menjelang 2020.7 Projek ini termasuk memberikan lebih banyak peluang kepada bekas

pelajar Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) atau pelajar tercicir untuk meneruskan pendidikan alternatif dalam bentuk TEVT.

9. Kerajaan sedang mengambil pelbagai langkah untuk menggalakkan penglibatan sektor korporat dalam pembangunan pekerja berkemahiran tinggi. Langkah ini termasuk menyediakan dan menyesuaikan geran latihan bagi membantu majikan industri kecil dan sederhana melalui bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman untuk latihan, pembiayaan dana bersama dengan majikan bagi pengajian Doktor Falsafah dalam industri yang berkaitan, meluaskan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)8 yang meliputi pelajar lepasan SPM dan mereka yang tidak dapat menamatkan sekolah menengah sepenuhnya atau 11 tahun pendidikan dan menganugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia disamping menggalakkan pelbagai PPP. 9

10. Bajet 2013 baru-baru ini mengumumkan peruntukan kewangan berjumlah RM3.7 bilion untuk melatih pelajar dalam bidang teknik dan vokasional.10 Agensi di bawah telah dilantik oleh

Kerajaan untuk menyediakan sokongan kewangan dalam bentuk pinjaman, tajaan dan sumbangan kepada pekerja daripada pelbagai

sektor industri: 11

(i) Kementerian Sumber Manusia melalui Dana Pembangunan Kemahiran;

(ii) Pembangunan Sumber Manusia Berhad through the Human Resources Development Fund (HRDF);

(iii) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui Sistem Pembangunan Modal Insan (E-HCD); dan

(iv) Persatuan Badan Berkanun Malaysia melalui Yayasan Amanah Latihan Berkanun.

4. Bidang tumpuan utama DSD ialah meningkatkan persepsi terhadap TEVT, mengasah pengajar TEVT yang berkemahiran dan berpengetahuan luas, menyusun kurikulum TEVT bagi memenuhi keperluan industri dan mewujudkan sistem penyampaian TEVT yang kemas dan rapi serta dinamik. 5. SRI ialah langkah dasar yang akan menjadikan Malaysia lebih kompetitif. 51 langkah dasar telah dibahagikan kepada dua kumpulan bagi memastikan pelaksanaannya. 14 daripadanya diletakkan dalam ‘Natural Homes’ sedia ada di beberapa NKEA dan NKRA, manakala 37 dasar lagi telah dibahagikan kepada 6 Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) iaitu (1) Persaingan, Standard & Liberalisasi, (2) Peranan Kerajaan dalam Perniagaan, (3) Pembangunan Modal Insan, (4) Penyampaian Perkhidmatan Awam, (5) Mengurangkan Ketaksamaan (PKS Bumiputera) dan (6) Kewangan Awam.6. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, Model Ekonomi Nasional untuk Malaysia, Bahagian 1: Dasar Hala Tuju Strategi, 30 Mac 2010, https://www.pmo.gov.my/ dokumenattached/NEM_Report_I.pdf laporan, halaman 20 7. Program Transformasi Ekonomi, Bidang Ekonomi Utama Negara, Projek Permulaan 58. Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) akan meluaskan kurikulumnya yang semasa, iaitu menyediakan latihan dan jurulatih khusus agar dapat memenuhi keperluan pelajar tercicir serta dana tambahan akan digunakan bagi menyediakan elaun untuk perantisan dan menampung kos latihan. 9. Pejabat Perdana Menteri Malaysia, Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015, Ucapan oleh Perdana Menteri di Dewan Rakyat, 10 Jun 2010, http://www.pmo.gov.my/?menu =speech&news_id=297&page=1676&speech_cat=210. Kementerian Kewangan Malaysia, Bajet 2013, http://www.treasury.gov.my/images/pdf/budget/bs13.pdf, perenggan 65 11. Ibid.

Page 5: menggalakkan pendidikan teknikal dan latihan vokasional

5

11. Menurut data yang direkod dalam Statistik Pendidikan Malaysia 2011, kadar kemasukan tahap sekolah rendah mencapai lebih 90% dari 2007 hingga 2011 (Rajah 1). Bagi sekolah menengah rendah dan menengah atas, masing-masing berada di bawah 90% dan 80%. Kadar terus merosot pada peringkat menengah atas dan peringkat tinggi kepada paras di bawah 20%, dari 2008 hingga 2011.

12. Pencapaian akademik yang rendah, kurang minat dan masalah disiplin12 boleh menyebabkan pelajar tercicir. Menurut kajian yang dilakukan oleh KPM dan UNESCO pada tahun 2004, kira-kira 85% daripada pelajar tercicir di negeri

yang kurang membangun di Malaysia berasal daripada keluarga miskin. Alasan yang disebutkan di atas serta kemiskinan boleh menyebabkan pelajar daripada keluarga miskin menghadapi risiko tercicir pelajaran yang lebih tinggi dan akhirnya terpaksa bekerja. Biasanya, mereka akan menjadi pekerja muda dan tidak berpeluang menikmati manfaat daripada sistem

pendidikan.13

JUSTIFIKASI PERNIAGAAN: JURANG DALAM PENDIDIKAN

RAJAH 1*Data diperoleh daripada Statistik PendidikanMalaysia 2011, Kementerian Pendidikan Malaysia**Data berdasarkan lahir hidup dan kemasukan ke institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

2007 2008 2009 2010 20110

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

Tahap Pendidikan dan Kumpulan Umur

Sekolah Rendah (6+ - 11+)

Menengah Rendah (12+ - 14+)

Menengah Atas (15+ - 16+)

Menengah Lanjutan & Tinggi (17+ - 18+)

Kad

ar K

emas

ukan

%

12. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Malaysia dan Pasukan Negara PBB Malaysia: Matlamat Pembangunan Milenium pada 2012, April 2011, http:// www.undp.org. my/files/editor_files/files/Malaysia%20MDGs%20report%20clean%200419.pdf, halaman 3713. Ibid.

Isu Pelajar TercicirKadar Kemasukan mengikut Tahap Pendidikan

JUSTIFIKASI PERNIAGAAN: JURANG DALAM PENDIDIKAN

Page 6: menggalakkan pendidikan teknikal dan latihan vokasional

6 PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN MAMPAN: MENGGALAKKAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN LATIHAN VOKASIONAL

Kadar Kemasukan mengikut Jantina dan Tahap Pendidikan

RAJAH 2*Data diperoleh daripada Statistik Pendidikan Malaysia 2011, Kementerian Pendidikan Malaysia**Data berdasarkan kemasukan ke institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

13. Analisis Education for All Mid-Decade Assessment (EFA-MDA) menunjukkan bahawa kadar kemasukan pelajar lelaki jauh lebih rendah berbanding pelajar perempuan di Malaysia.14 Perkara ini dapat dilihat dalam Rajah 2 berdasarkan Statistik Pendidikan Malaysia 2011, yang menunjukkan kadar kemasukan yang hampir sama bagi pelajar lelaki dan perempuan pada tahap pendidikan sekolah rendah dan menengah rendah. Pada tahap menengah atas dan menengah lanjutan, kadar kemasukan pelajar lelaki dicatatkan kira-kira separuh daripada kadar kemasukan pelajar perempuan.

14. Pelan Pembangunan menunjukkan bahawa jurang jantina dalam pendidikan adalah ketara dan semakin meningkat.15 Pelajar lelaki daripada sistem pendidikan aliran biasa lebih kerap tercicir, manakala pelajar perempuan membentuk kira-kira 70% daripada statistik kemasukan terkini di beberapa universiti.16

15. Berdasarkan persepsi jantina yang biasa, budak lelaki dilihat lebih berdikari, kurang berminat dalam pembelajaran, dan boleh menjana pendapatan apabila bekerja juga boleh menjadi faktor yang menyumbang kepada keciciran pelajar lelaki dalam sistem pendidikan.17

16. Penyelidikan terkini oleh United Nations Girls’ Education Initiative (UNGEI) mendapati “struktur pendidikan yang meluas seperti bilangan tahun pendidikan yang diwajibkan menurut undang-undang, sama ada pendidikan disediakan percuma dan proses aliran biasa akademik” boleh menjadi faktor dorongan yang tidak disengajakan yang menyebabkan pelajar lelaki meninggalkan bangku persekolahan.18

17. Penyelidikan yang sama oleh UNGEI juga menganggap jurang jantina berlaku kerana budak lelaki menganggap menghadiri persekolahan aliran biasa hanya untuk budak perempuan. Ramai budak lelaki menyatakan rajin dan tekun belajar sebagai sifat kewanitaan.19

0 10 20 30 40 50 60 70 80

Lelaki % Perempuan %

SEKOLAH RENDAH(daripada Darjah 1 – 6 dan

Kelas Khas untukMasalah Pembelajaran)

MENENGAH RENDAH(Tingkatan 1 − 3 dan

Kelas Khas untukMasalah Pembelajaran)

MENENGAH ATAS (Tingkatan 4 dan 5)

MENENGAH LANJUTAN (Tingkatan 6 Bawah dan Atas)

14. UNICEF, Education for All Mid-Decade Assessment, Gender Equality in Education, East Asia and Pacific, 2009, http://www.unicef.org/eapro/Gender_progressNote_web.pdf, halaman 26 15. Kementerian Pendidikan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015: Laporan Awal, http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-Eng.pdf, halaman 3-1916. Ibid.17. United Nations Girls’ Education Initiative, Why are boys under-perfoming in Education?: Gender Analysis of Four Asia-Pacific Countries, http://www.ungei.org/files/report_why_are_ boys_underperforming_FINAL.pdf, halaman 218. Ibid.19. Id., halaman 28

JURANG DALAM PENDIDIKAN

Page 7: menggalakkan pendidikan teknikal dan latihan vokasional

7

20. Id., halaman 2921. Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Malaysia dan Pasukan Negara PBB Malaysia, Malaysia: Matlamat Pembangunan Milenium pada 2012, April 2011, http:// www. undp.org.my/files/editor_files/files/Malaysia%20MDGs%20report%20clean%200419.pdf, halaman 3722. United Nations Girls’ Education Initiative, Why are boys under-perfoming in Education?: Gender Analysis of Four Asia-Pacific Countries, http://www.ungei.org/files/report_why_are_ boys_underperforming_FINAL.pdf, halaman 3323. Kertas Kerja 2012/2 Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), Local Economic and Employment Development (LEED), Skills Development Pathways in Asia, halaman 2824. Kementerian Pendidikan, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025: Laporan awal, http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-Eng.pdf, halaman 7-725. Ibid.

KEPERLUAN TEVT

21. Kini, sebanyak 77% daripada tenaga buruh di Malaysia memiliki 11 tahun pendidikan dan hanya 28% daripada pekerjaan adalah dalam kumpulan berkemahiran tinggi. Unit Perancang Ekonomi (EPU) menjangkakan menjelang 2020, tenaga buruh dalam kumpulan kemahiran tinggi hanya akan meningkat sebanyak 4%. Walau bagaimanapun, matlamat Kerajaan adalah untuk mencapai peningkatan sebanyak 33% menjelang 2015 dan 50% menjelang 2020.23

22. Bilangan pelajar yang memasuki sekolah menengah vokasional telah menurun daripada 62,200 pada 2008 kepada 51,500 pada 2011.24

Pada 2008, Kementerian Sumber Manusia melaporkan kekurangan tenaga buruh yang melebihi 700,000 pekerja mahir dalam industri perkilangan, pertanian dan pembinaan.

23. Permintaan kemahiran vokasional dijangka akan terus meningkat kerana 3.3 juta pekerjaan dijangka akan diwujudkan di bawah NKEA menjelang 2020 dan 46% daripada pekerjaan ini memerlukan sijil atau diploma vokasional.25 Bagi memenuhi permintaan ini, sebanyak 50,000 tempat tambahan dalam pendidikan vokasional perlu diwujudkan setiap tahun.

18. Kajian yang dijalankan khusus di Malaysia oleh Goolamally & Ahmad (2010) mendapati prestasi yang tidak memuaskan dalam kalangan pelajar lelaki berlaku kerana cara pembelajaran yang berbeza antara jantina, dan menganggap bahawa pelajar lelaki lebih menggemari pendekatan yang praktikal apabila melibatkan pendidikan.20

19. Selain itu, seperti yang dikenal pasti dalam laporan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM, faktor seperti kesulitan pengangkutan di kawasan luar bandar yang terpencil, penghijrahan kerana faktor ekonomi, keperluan membantu kerja di ladang keluarga dan menjaga adik-beradik, pekerjaan dan perkahwinan awal serta kurang sokongan keluarga sangat ketara di Sabah dan Sarawak.21

20. Penyelidikan UNGEI mengesyorkan supaya mewujudkan keperluan segera untuk memulakan perbincangan yang menyeluruh tentang pendidikan yang juga termasuk peruntukan pendidikan vokasional dalam skala besar di Asia Tenggara dan Pasifik22

JUSTIFIKASI PERNIAGAAN: JURANG DALAM PENDIDIKAN

Page 8: menggalakkan pendidikan teknikal dan latihan vokasional

8 PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN MAMPAN: MENGGALAKKAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN LATIHAN VOKASIONAL

PELAKSANAAN GARIS PANDUAN

24. Dengan menggalakkan penglibatan sektor korporat dalam TEVT, pastinya orang muda yang sedang menjalani atau pernah menjalani TEVT akan menjadi pekerja muda di bawah penggajian sektor korporat. Oleh itu, sektor korporat sebagai majikan, perlu mengambil kira dan meneliti keperluan tertentu untuk pekerja muda.

25. Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC), yang dipersetujui oleh Malaysia pada 1995, menghormati hak setiap kanak-kanak dalam

pendidikan. Perkara 28 CRC menyatakan bahawa “Pihak Negara hendaklah …(b) menggalakkan pembangunan pelbagai bentuk pendidikan menengah, termasuk pendidikan am dan vokasional, menyediakannya dan membenarkan kemasukan semua kanak-kanak…” dan “…(e) mengambil langkah menggalakkan kehadiran tetap di sekolah dan mengurangkan kadar keciciran…”. Perkara 1 CRC mentakrifkan kanak-kanak sebagai sesiapa sahaja yang berumur di bawah 18 tahun.

Prinsip Panduan bagi Penggajian Pekerja Muda

Prinsip 3 Hak Kanak-kanak dan Perniagaan (CRBP)26

menyatakan,

Tanggungjawab korporat yang perlu diberi pertimbangan termasuk:

a. Menyediakan kerja yang sesuai bagi pekerja muda

“Semua perniagaan hendaklah menyediakan kerja yang sesuai untuk pekerja muda, ibu bapa dan pengasuh”.

26. UNICEF, UN Global Compact, Save the Children, Children’s Rights and Business Principles, http://www.unicef.org/malaysia/Childrens_Rights_and_Business_Principles.pdf, halaman 20 dan 21

Menghormati hak kanak-kanak yang melebihi umur bekerja minimum, dan menggalakkan komunikasi sosial dan hak di tempat kerja, peruntukan persekitaran kerja yang selamat, perlindungan daripada salah guna dan eksploitasi, serta kebenaran untuk menggunakan kemudahan bekalan air, sanitasi dan kebersihan yang sesuai mengikut jantina.

b. Responsif terhadap kerentanan pekerja muda yang melebihi umur bekerja

minimum i. Semua perniagaan hendaklah mengguna

pakai dan mengendorskan komitmen dasarnya pada peringkat tertinggi berhubung dengan hak kanak-kanak dan pekerja muda termasuk hak mereka supaya dilindungi daripada keganasan dan salah guna. Dasar ini hendaklah melindungi kanak-kanak yang bekerja melebihi umur minimum daripada kerja berbahaya. Dasar ini hendaklah mempertimbangkan, antara lain, had jam bekerja; sekatan tentang kerja pada ketinggian berbahaya, bekerja dengan jentera, kelengkapan dan alat berbahaya; pengangkutan beban berat; pendedahan kepada bahan atau proses berbahaya, dan keadaan yang sukar seperti bekerja pada waktu malam atau kerja yang menyebabkan pekerja muda tidak dibenarkan meninggalkan premis majikan tanpa sebab yang wajar. Tanggungjawab melaksanakan

Page 9: menggalakkan pendidikan teknikal dan latihan vokasional

9PELAKSANAAN GARIS PANDUAN

Sektor Korporat dalam Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional

26. Di samping itu, halangan budaya atau tradisi perlu diberi pertimbangan, terutamanya apabila melibatkan kumpulan rentan seperti budak perempuan, penduduk orang asli dan/atau imigran dengan menentukan cara penyampaian latihan.27

27. Sektor korporat adalah tempat yang sesuai untuk merangka kandungan TEVT yang menggambarkan permintaan pasaran buruh, serta menilai dan

menyediakan maklum balas tentang prestasi keseluruhan untuk menyokong dan memperbaik sistem secara berterusan.

28. Berhubung dengan kualiti TEVT, sektor korporat hendaklah memastikan latihan mempunyai kaitan dengan pasaran buruh tempatan dengan memastikan pelatih berpeluang mendapat pekerjaan apabila tamat kursus.

dasar ini hendaklah dimaklumkan dan dikongsi oleh pengurusan, walaupun perniagaan memilih untuk menetapkan tanggungjawab pengurusan tertentu dalam menyelia pelaksanaannya.

ii. Dasar perniagaan tentang gangguan hendaklah memberi perhatian kepada kerentanan pekerja muda. Dasar ini hendaklah dikuatkuasakan secara konsisten dan pekerja serta yang lain di

dalam premis syarikat hendaklah diberikan latihan tentang perkara ini. Mekanisme kilanan hendaklah berkesan dan terbuka kepada pekerja muda.

iii. Perniagaan mungkin memerlukan pengurusan dan menggalakkan kesatuan sekerja dan wakilnya yang dipilih supaya memberikan perhatian khas untuk melindungi hak pekerja muda. Kesatuan sekerja boleh memutuskan untuk memilih wakil/pengelola pekerja muda untuk memantau keadaan bekerja pekerja muda; perkara ini merupakan keputusan berautonomi bagi kesatuan sekerja yang berkenaan.

Komitmen korporat dalam memberikansokongan termasuk:

c. Menyediakan kerja yang sesuai untuk pekerja muda Memberikan peluang kerja yang sesuai untuk pekerja muda, termasuk perlindungan sosial serta maklumat dan perkhidmatan kesihatan mengikut kesesuaian umur. Pendidikan berkualiti dan latihan vokasional yang berkaitan serta program pembangunan punca pendapatan adalah antara yang diutamakan, begitu juga peluang untuk menyara hidup.

d. Menyediakan syarat pekerjaan yang sesuai yang menyokong pekerja lelaki dan wanita, dalam peranan mereka sebagai ibu bapa atau pengasuh

Selain pematuhan undang-undang, berikan perhatian khas pada syarat pekerjaan, seperti bayaran gaji, tempoh dan fleksibiliti waktu kerja, peruntukan wanita hamil dan menyusukan anak, keperluan cuti parental, menyokong pekerja migran dan bermusim yang menghadapi pengasuhan jarak jauh, dan menyediakan kemudahan penjagaan kanak-kanak, penjagaan kesihatan dan pendidikan yang berkualiti untuk tanggungan pekerja.

27. United Nations Girls’ Education Initiative, Why are boys under-perfoming in Education?: Gender Analysis of Four Asia-Pacific Countries, http://www.ungei.org/files/report_why_are_ boys_underperforming_FINAL.pdf, halaman 2

KUMPULAN SASARAN TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL OLEH SEKTOR KORPORAT

Menyediakan TEVT untuk kumpulan sasaran, memberikan mereka peluang untuk meneruskan laluan pendidikan alternatif

Menyediakan pekerjaan untuk kumpulan sasaran yang menerima TEVT selepas mencapai umur majoriti (18 tahun)

Menyediakan TEVT yang berterusan kepada pekerja muda untuk meningkatkan kemahiran, agar mereka terus menerima hak pendidikan

Pelajar tercicir di bawah umur 18 tahun/pelajar yang tidak menamatkan pendidikan menengah/pelajar yang tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam akademik

Pekerja muda berumur antara16 - 18 tahun

Page 10: menggalakkan pendidikan teknikal dan latihan vokasional

10 PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN MAMPAN: MENGGALAKKAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN LATIHAN VOKASIONAL

MANFAAT PELAKSANAAN

a. Peruntukan TEVT sebagai inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) akan dibentuk berdasarkan komitmen negara ke arah mengukuhkan PPP;

b. Mewujudkan kumpulan pekerja teknikal berbakat dalam pelbagai industri perniagaan untuk menyokong keperluan pasaran negara, serantau dan global;

c. Menyokong pelaksanaan keutamaan pendidikan negara;

d. Mewujudkan pembangunan modal insan yang menyeluruh dalam negara supaya dapat melahirkan tenaga kerja pasaran buruh yang kompetitif;

e. Mengadakan program latihan dalaman yang diiktiraf boleh menarik pekerja baharu dan komited; dan

UNTUK SEKTOR SWASTA

Bagi menyokong dan melaksanakan PPP dalam menyediakan TEVT untuk pelajar tercicir, disenaraikan beberapa manfaat pelaksanaan untuk sektor korporat dan industri sasaran di bawah.

29. Latihan dalam kerja boleh membantu menghasilkan pekerja yang berkemahiran dan cekap yang boleh meningkatkan keberuntungan dan kebolehkendalian syarikat. Perniagaan akan mempunyai kedudukan yang baik apabila mereka tahu dan faham tentang syarat dan keperluan dalam industri perniagaannya.

30. Perniagaan mempunyai kemahiran yang diperlukan dalam menyediakan TEVT yang selaras dan sesuai dengan operasi syarikat. Inisiatif ini membina kumpulan pekerja berbakat yang sudah memiliki kemahiran yang dikehendaki untuk menjadi pekerja syarikat.

31. Kerajaan ingin menggalakkan dan menambah penglibatan sektor korporat melalui PPP supaya mengadakan program latihan dalaman

yang diiktiraf yang dibuka bukan sahaja untuk pekerjanya. Penyampaian latihan langsung daripada syarikat dalam industri tertentu akan memastikan kandungan latihan dapat memenuhi sepenuhnya keperluan industri.

32. Perkara ini merupakan peluang bagi syarikat untuk mendapatkan perakuan rasmi bagi inisiatif tanggungjawab korporat sama ada di bawah sistem Perakuan Kemahiran Malaysia atau oleh badan perakuan antarabangsa. Ia juga boleh memberikan peluang membina jenama syarikat sebagai “syarikat yang dicari-cari” untuk

mempelajari kemahiran. Dengan berbuat demikian, perniagaan juga mengukuhkan kemahiran negara, iaitu sesuatu yang sangat penting dalam keutamaan ekonomi.

f. KPM berhasrat melaburkan sumber tambahan dalam Pelan Transformasi Vokasional bagi memastikan sasarannya dapat dicapai. KPM juga ingin meningkatkan kerjasama dengan rakan kongsi industri untuk menyediakan latihan dalam kerja kepada pelajar dan menggalakkan rakan kongsi berpotensi supaya turut serta dengan menyediakan insentif. Insentif termasuk pengecualian sementara cukai dan peluang utama kepada graduan dalam pengambilan pekerja. Syarikat boleh mewujudkan perkongsian dengan KPM melalui Memorandum Persefahaman (MOU) yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Sasarannya adalah untuk mendapatkan 40% daripada kolej vokasional awam (KV) menandatangani MOU dengan industri pembekal utama menjelang 2015.

Page 11: menggalakkan pendidikan teknikal dan latihan vokasional

11

Industri Sasaran

alternatif untuk pendidikan aliran utama, serta menyediakan kemahiran yang bermanfaat dalam pembangunan diri yang membolehkan mereka mencapai potensi sepenuhnya.

35. Sektor korporat boleh melahirkan orang muda yang berkemahiran dan bekerja dalam komuniti yang secara tidak langsung dapat membantu keluarga, terutama mereka dari latar belakang kewangan yang tidak stabil.

33. Pelbagai industri ekonomi di Malaysia digalakkan melaksanakan TEVT. Dalam Rajah 3 di bawah, yang diambil daripada Pelan Pembangunan, ialah penyenaraian khas oleh industri sasaran, yang menunjukkan peluang bagi lokasi inisiatif TEVT mungkin dibentuk.

34. Sektor korporat akan membantu mengisi jurang dalam pendidikan dan mengurangkan kadar pelajar tercicir dengan menyediakan laluan

WILAYAH EKONOMI KORIDOR UTARA(NCER) - Kedah, Perak, Perlis, Pulau Pinang

WILAYAH EKONOMI KORIDOR TIMUR(ECER) - Kelantan, Terengganu, Pahang

MINYAK, GAS DAN TENAGA BOLEH BAHARU• Teknologi Tenaga Solar• Teknologi Tenaga dan Kuasa PERTANIAN• Pengurusan Tapak Semaian• Bioteknologi Pertanian• Pemprosesan Produk Pertanian (Halal)• Pemprosesan Produk Ternakan (Halal) PENGANGKUTAN DAN LOGISTIK• Penyelenggaraan Pesawat Udara• Teknologi Avionik

KORIDOR PEMBANGUNAN SABAH(SDC)

ISKANDAR MALAYSIA - JohorKUALA LUMPUR RAYA/LEMBAH KLANG

LOGISTIK DAN PENGANGKUTAN• Teknologi Perkhidmatan Marin• Teknologi Logistik Global dan Rantaian Bekalan TEKNOLOGI MAKLUMAT• Teknologi Sistem Komputer• Keperluan Pangkalan Data dan Pengaturcaraan• Perkhidmatan Sokongan Rangkaian• Permainan/Simulasi/Animasi/ Audio/Kesan Video PERTANIAN • Bioteknologi Pertanian• Pemprosesan Produk Pertanian

PERKILANGAN (infrastruktur, kelengkapan & kemudahan sedia ada) PELANCONGAN• Pelancongan Sukan (Golf)

MINYAK, GAS DAN TENAGA BOLEH BAHARU• Teknologi Tenaga Solar• Teknologi Tenaga dan Kuasa PEMASARAN DAN JUALAN• Pemasaran• Pengurusan Peruncitan PERKILANGAN• Teknologi Elektrik dan Kelengkapan PELANCONGAN• Pelancongan Perubatan• Pelancongan Agro

TEKNOLOGI MAKLUMAT• Teknologi Sistem Komputer• Keperluan Pangkalan Data dan Pengaturcaraan• Rangkaian Perkhidmatan Sokongan• Teknologi Telekomunikasi PERTANIAN• Pengurusan Tapak Semaian• Bioteknologi Pertanian• Pemprosesan Produk Pertanian• Akuakultur PELANCONGAN• Pelancongan Perubatan• Pelancongan Agro

PENGANGKUTAN DAN LOGISTIK• Teknologi Logistik Global dan Rantaian Bekalan• Teknologi Lokomotif SAINS KESIHATAN• Teknologi Makmal Perubatan• Kesihatan Persekitaran KEWANGAN• Perbankan• Insurans PELANCONGAN• Pelancongan Perubatan• Pelancongan Sukan (Golf)

KORIDOR SARAWAK BAGI TENAGA BOLEH BAHARU (SCORE) MINYAK, GAS & TENAGA BOLEH BAHARU• Teknologi Tenaga Solar• Teknologi Tenaga dan Kuasa PENGANGKUTAN DAN LOGISTIK• Teknologi Logistik Global dan Rangkaian Bekalan• Teknologi Perkhidmatan Marin PELANCONGAN• Pelancongan Perubatan• Pelancongan Agro PERTANIAN DAN PERIKANAN• Pengurusan Tapak Semaian• Bioteknologi Pertanian• Akuakultur• Industri Unggas

RAJAH 3: Industri sasaran yang berpotensi untuk kerjasama dengan sekolah vokasional

MANFAAT PELAKSANAAN

Page 12: menggalakkan pendidikan teknikal dan latihan vokasional

12 PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN MAMPAN: MENGGALAKKAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN LATIHAN VOKASIONAL

Potongan untuk latihan prapekerjaan

Potongan dua kali untuk latihan yang diluluskan

Potongan dua kali untuk latihan orang kelainan upaya

Potongan untuk latihan residen yang bukan merupakan pekerja syarikat

Potongan dua kali untuk tawaran biasiswa

Perbelanjaan latihan yang ditanggung sebelum memulakan perniagaan layak menerima sekali potongan. Syarikat mesti membuktikan bahawa mereka akan mengambil pelatih bekerja.

Syarikat perkilangan dan bukan perkilangan yang tidak membuat sumbangan untuk Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) layak menerima potongan dua kali ke atas perbelanjaan yang ditanggung untuk latihan yang diluluskan, iaitu:

a) kerajaan/separa kerajaanb) institut berasaskan persatuan; dan/atauc) program latihan yang diluluskan. (untuk senarai penuh institusi latihan yang diluluskan, layari www.treasury.gov.my)

Bagi sektor perkilangan, latihan boleh diadakan secara dalaman atau di institusi latihan yang diluluskan.

Bagi sektor bukan perkilangan, latihan hendaklah diadakan di institusi latihan yang diluluskan sahaja. Kelulusan diberikan secara automatik apabila latihan diadakan di institusi yang diluluskan.

Bagi program latihan perniagaan operasi hotel dan pelancongan, yang diadakan secara dalaman atau di institusi latihan yang diluluskan, Kementerian Pelancongan hendaklah meluluskan kenaikan taraf kemahiran dan profesionalisme dalam industri pelancongan.

Perbelanjaan yang ditanggung bagi menyediakan latihan (dalaman atau di mana-mana institusi latihan yang diluluskan di Malaysia untuk meningkatkan prospek pekerjaannya).

Perbelanjaan yang ditanggung bagi menyediakan latihan praktikal untuk residen yang bukan merupakan pekerja syarikat boleh diberi pertimbangan untuk sekali potongan.

Biasiswa yang ditawarkan oleh syarikat swasta kepada pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi.

Bukan pekerja yang akan menjadi pekerja

Pekerja

Bukan pekerja

Residen yang bukan merupakan pekerja

Biasiswa ditawarkan untuk pelajar yang memenuhi kriteria yang berikut:

a) Pelajar sepenuh masa;

b) Tiada punca pendapatan; dan

c) Jumlah pendapatan bersama ibu bapa atau penjaga bagi pelajar tidak melebihi RM5,000 sebulan.

Jabatan Hasil Dalam Negeri

Jabatan Hasil Dalam Negeri

Jabatan Hasil Dalam Negeri

Jabatan Hasil Dalam Negeri

Jabatan Hasil Dalam Negeri(Tahun penilaian 2012 hingga 2016)

INSENTIF HURAIAN KUMPULAN SASARAN PENYERAHAN

Insentif berkaitan cukai

Elaun bangunan industri khas

Potongan untuk caruman tunai

Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) di bawah skim yang berikut:

a) Skim Jurupelan di bawah Rancangan Latihan Tahunan (PLT);

b) Skim Perantisan; dan

c) Skim Bakal Pekerja

Layak menuntut Elaun Bangunan Industri (IBA) khas setiap tahun sebanyak 10% selama 10 tahun bagi perbelanjaan modal yang layak untuk membina atau membeli bangunan untuk latihan industri, teknik atau vokasional.

Caruman tunai untuk institusi latihan teknik atau vokasional yang tidak beroperasi terutamanya untuk keuntungan serta yang ditubuhkan dan diselenggara oleh badan berkanun layak mendapat sekali potongan.

Potongan cukai atau layak membuat tuntutan untuk kos latihan daripada HRDF untuk syarikat/majikan yang layak.

(Berdaftar dengan Majlis Pembangunan Sumber Manusia (HRDC) atau Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB)

a) Satu kali pelaksanaan sahaja. Kelulusan daripada PSMB hendaklah diperoleh terlebih dahulu dan kadar bantuan kewangan akan ditentukan oleh PSMB;

b) Fi latihan yang ditanggung akan dibayar sepenuhnya oleh PSMB. Elaun bulanan untuk perantis (RM500) akan ditolak daripada akaun levi majikan (kehadiran perantis ialah 80% dan ke atas). Bahan guna habis semasa latihan dalam kerja, perlindungan insurans perantis sepanjang tempoh program layak menerima bantuan kewangan pada kadar 100% daripada kos yang dibenarkan; dan

c) Bantuan kewangan untuk latihan dalam kerja (latihan dalaman di premis majikan) seperti Elaun Jurulatih Dalaman sebanyak RM500 sehari, elaun pelatih maksimum RM500 sebulan, kos dibenarkan seperti elaun makan RM20 sehari bagi setiap pekerja dan bahan latihan guna habis.

Majikan

Majikan

Pekerja dan bukan pekerja

a) Sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah tenaga kerja syarikat dengan sekurang- kurangnya 15% daripada mereka adalah pekerja peringkat rendah, memiliki kelayakan SPM dan lebih rendah; b) Bukan pekerja, terutamanya bekas pelajar PMR atau SPM dan pelajar tercicir; dan

c) Bukan pekerja

Jabatan Hasil Dalam Negeri

Jabatan Hasil Dalam Negeri

Jabatan Hasil Dalam Negeri

INSENTIF HURAIAN KUMPULAN SASARAN PENYERAHAN

12

MANFAAT PELAKSANAAN

PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN MAMPAN: MENGGALAKKAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN LATIHAN VOKASIONAL

Page 13: menggalakkan pendidikan teknikal dan latihan vokasional

13

Potongan untuk latihan prapekerjaan

Potongan dua kali untuk latihan yang diluluskan

Potongan dua kali untuk latihan orang kelainan upaya

Potongan untuk latihan residen yang bukan merupakan pekerja syarikat

Potongan dua kali untuk tawaran biasiswa

Perbelanjaan latihan yang ditanggung sebelum memulakan perniagaan layak menerima sekali potongan. Syarikat mesti membuktikan bahawa mereka akan mengambil pelatih bekerja.

Syarikat perkilangan dan bukan perkilangan yang tidak membuat sumbangan untuk Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) layak menerima potongan dua kali ke atas perbelanjaan yang ditanggung untuk latihan yang diluluskan, iaitu:

a) kerajaan/separa kerajaanb) institut berasaskan persatuan; dan/atauc) program latihan yang diluluskan. (untuk senarai penuh institusi latihan yang diluluskan, layari www.treasury.gov.my)

Bagi sektor perkilangan, latihan boleh diadakan secara dalaman atau di institusi latihan yang diluluskan.

Bagi sektor bukan perkilangan, latihan hendaklah diadakan di institusi latihan yang diluluskan sahaja. Kelulusan diberikan secara automatik apabila latihan diadakan di institusi yang diluluskan.

Bagi program latihan perniagaan operasi hotel dan pelancongan, yang diadakan secara dalaman atau di institusi latihan yang diluluskan, Kementerian Pelancongan hendaklah meluluskan kenaikan taraf kemahiran dan profesionalisme dalam industri pelancongan.

Perbelanjaan yang ditanggung bagi menyediakan latihan (dalaman atau di mana-mana institusi latihan yang diluluskan di Malaysia untuk meningkatkan prospek pekerjaannya).

Perbelanjaan yang ditanggung bagi menyediakan latihan praktikal untuk residen yang bukan merupakan pekerja syarikat boleh diberi pertimbangan untuk sekali potongan.

Biasiswa yang ditawarkan oleh syarikat swasta kepada pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di institusi pengajian tinggi tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi.

Bukan pekerja yang akan menjadi pekerja

Pekerja

Bukan pekerja

Residen yang bukan merupakan pekerja

Biasiswa ditawarkan untuk pelajar yang memenuhi kriteria yang berikut:

a) Pelajar sepenuh masa;

b) Tiada punca pendapatan; dan

c) Jumlah pendapatan bersama ibu bapa atau penjaga bagi pelajar tidak melebihi RM5,000 sebulan.

Jabatan Hasil Dalam Negeri

Jabatan Hasil Dalam Negeri

Jabatan Hasil Dalam Negeri

Jabatan Hasil Dalam Negeri

Jabatan Hasil Dalam Negeri(Tahun penilaian 2012 hingga 2016)

INSENTIF HURAIAN KUMPULAN SASARAN PENYERAHAN

Elaun bangunan industri khas

Potongan untuk caruman tunai

Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) di bawah skim yang berikut:

a) Skim Jurupelan di bawah Rancangan Latihan Tahunan (PLT);

b) Skim Perantisan; dan

c) Skim Bakal Pekerja

Layak menuntut Elaun Bangunan Industri (IBA) khas setiap tahun sebanyak 10% selama 10 tahun bagi perbelanjaan modal yang layak untuk membina atau membeli bangunan untuk latihan industri, teknik atau vokasional.

Caruman tunai untuk institusi latihan teknik atau vokasional yang tidak beroperasi terutamanya untuk keuntungan serta yang ditubuhkan dan diselenggara oleh badan berkanun layak mendapat sekali potongan.

Potongan cukai atau layak membuat tuntutan untuk kos latihan daripada HRDF untuk syarikat/majikan yang layak.

(Berdaftar dengan Majlis Pembangunan Sumber Manusia (HRDC) atau Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB)

a) Satu kali pelaksanaan sahaja. Kelulusan daripada PSMB hendaklah diperoleh terlebih dahulu dan kadar bantuan kewangan akan ditentukan oleh PSMB;

b) Fi latihan yang ditanggung akan dibayar sepenuhnya oleh PSMB. Elaun bulanan untuk perantis (RM500) akan ditolak daripada akaun levi majikan (kehadiran perantis ialah 80% dan ke atas). Bahan guna habis semasa latihan dalam kerja, perlindungan insurans perantis sepanjang tempoh program layak menerima bantuan kewangan pada kadar 100% daripada kos yang dibenarkan; dan

c) Bantuan kewangan untuk latihan dalam kerja (latihan dalaman di premis majikan) seperti Elaun Jurulatih Dalaman sebanyak RM500 sehari, elaun pelatih maksimum RM500 sebulan, kos dibenarkan seperti elaun makan RM20 sehari bagi setiap pekerja dan bahan latihan guna habis.

Majikan

Majikan

Pekerja dan bukan pekerja

a) Sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah tenaga kerja syarikat dengan sekurang- kurangnya 15% daripada mereka adalah pekerja peringkat rendah, memiliki kelayakan SPM dan lebih rendah; b) Bukan pekerja, terutamanya bekas pelajar PMR atau SPM dan pelajar tercicir; dan

c) Bukan pekerja

Jabatan Hasil Dalam Negeri

Jabatan Hasil Dalam Negeri

Jabatan Hasil Dalam Negeri

INSENTIF HURAIAN KUMPULAN SASARAN PENYERAHAN

Insentif berkaitan cukai

13MANFAAT PELAKSANAAN

Page 14: menggalakkan pendidikan teknikal dan latihan vokasional

14 PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN MAMPAN: MENGGALAKKAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN LATIHAN VOKASIONAL

Untuk maklumat lanjut tentang program yang berkaitan dengan TEVT yang telah dijalankan

di Malaysia, sila layari laman web yang berikut:

Kementerian Sumber Manusia

• www.dsd.gov.my

• www.skillsmalaysia.gov.my

Pembangunan Sumber Manusia Berhad

• www.hrdf.com.my

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

• www.mosti.gov.my

MAKLUMAT LANJUT

Page 15: menggalakkan pendidikan teknikal dan latihan vokasional

Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik ini tidak mewujudkan apa-apa obligasi undang-undang

untuk dipatuhi oleh syarikat dan perniagaan, dan hanya menggariskan amalan terbaik

untuk diguna pakai mengikut pilihan syarikat/perniagaan. SSM dan UNICEF menggalakkan

penggunaan Pekeliling Amalan Perniagaan Terbaik ini ke arah memastikan kemampanan

perniagaan.

CATATAN:

PENDAFTAR SYARIKAT/PERNIAGAANSURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

5 Mac 2013

Page 16: menggalakkan pendidikan teknikal dan latihan vokasional

United Nations Children’s FundMalaysia Country OfficeWisma UN, Blok C, Tingkat 2Kompleks Pejabat DamansaraJalan Dungun, Damansara Heights50490 Kuala Lumpur, MALAYSIAT (+6.03) 2095 9154F (+6.03) 2093 0582

E-mel : [email protected]

w w w. u n i c e f . o r g / m a l a y s i a

Dicetak atas 100% kertas kitar semula

PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN MAMPAN:

MENGGALAKKAN PENDIDIKAN TEKNIKALDAN LATIHAN VOKASIONAL (TEVT)

PEKELILING AMALAN PERNIAGAANTERBAIK 4/2013

Suruhanjaya Syarikat MalaysiaMenara SSM @ SentralNo. 7, Jalan Stesen Sentral 5Kuala Lumpur Sentral50470, Kuala LumpurT (+6.03) 2299 4400F (+6.03) 2299 4411

E-mel : [email protected]

w w w. s s m . c o m . m y