Menghayati erti kemerdekaan negara
-
Upload
yatiman-normanja -
Category
Presentations & Public Speaking
-
view
734 -
download
4
description
Transcript of Menghayati erti kemerdekaan negara
MENGHAYAT
I ERT
I
KEMERDEKAAN NEGARA
SMK K
OTA
SAMATAHAN
MENGIMBAU SAMBUTAN KEMERDEKAAN
TERIMA KASIH PEMIMPI N NEGARA
PENGERTIAN LOGO
Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
LATAR BELAKANG
• Logo Hari Kemerdekaan untuk tahun ini dipilih daripada 1,586 hasil ciptaan peserta Pertandingan Mereka Cipta Logo Hari Kemerdekaan ke-57.
• Di umum semasa majlis prapelancaran Hari Kemerdekaan pada 25 Jun 2014 oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
APA TUJUAN TEMA INI?
• Tema yang dipilih itu sangat signifikan bagi memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara di dalam hati semua rakyat.
• mewujudkan masyarakat yang cintakan negara dan sanggup berkorban dan bekerja keras demi menjamin keamanan, kemajuan, kesejahteraan dan kemakmuran negara pada jangka masa panjang
PENGERTIAN LOGO
• Jalur Gemilang yang sedang berkibar megah merupakan satu perlambangan kepada negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.
•Angka 57 membawa maksud ulangtahun ke-57 kemerdekaan Malaysia. Lambang kematangan negara dibawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecermerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.
PENGERTIAN ……SEBUAH CINTA
• Angka 57 yang diberikan sentuhan retro, menjadi refleksi kepada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957, mencerminkan impian dan harapan serta semangat cintakan negara yang tidak berbelah bagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia hari ini terutama golongan muda.
• Kibaran Jalur Gemilang menyelimuti angka 57 turut mencerminkan kemakmuran dan keamanan negara yang telah wujud sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, berupaya dikekalkan sehingga ke saat ini dengan sokongan dan dukungan kuat oleh rakyat berbilang etnik dan kepercayaan yang bergabung menjadi satu masyarakat Malaysia yang unik dan bertoleransi.
PENGERTIAN ……SEBUAH CINTA
• Bulan sabit dan bintang berbucu 14 melambangkan kedaulatan negara, menjadi kewajipan setiap pemimpin dan rakyat untuk terus memelihara dan mengekalkannya.
• Tema 'Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' diletakkan pada sudut bersesuaian dengan rekabentuk logo bagi menyokong kekuatannya dari segi imbangan, maksud dan nilai estetika.
PENGERTIAN WARNA PADA LOGO
• Warna Merah-Lambang keberanian dan kesetiaan pada negara yang tercinta.
• Warna Biru-Lambang penyatuan dan keharmonian antara kaum.
• Warna kuning- Lambang kedaulatan negara dibawah naungan Raja Berpelembagaan dan diterajui kepimpinan yang prihatin dengan pencapaian negara serta keperluan rakyat.
• Warna putih-Menjadi perlambangan kepada kejujuran, ketelusan dan komitmen serta kerjasama yang erat di antara pemimpin dan rakyat.
PENGERTIAN ……SEBUAH CINTA
• Cinta kepada negara• Cinta akan perpaduan• Cinta akan keharmonian• Cinta akan keamanan• Cinta akan kedaulatan• Cinta akan kebebasan• Cinta akan ilmu pengetahuan
Perasaan cinta itu fitrah….iaitu ada dalam diri manusia
LIRIK LAGU DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA
CintaCinta kepada nusaKini dan selamanyaTak berbelah bagi
Cinta bergemaSejarah kebangkitanSemangat bagai pahlawanAlangkah oh bertuahnya
KitaPunya rasa yang dalamPada pertiwi iniKita terus berganding ke mercu
Korus
Di sini lahirnya sebuah cintaCinta yang semarakkanPenyatuan kita semuaDi sini lahirnya sebuah cintaCurahkan sepenuhnyaJasa dan budi kita
Segala cabaranKita terus tempuhiJangan ada yang lekaTetap berjuang