MENGKAJI PERMASALAHAN GURU-GURU PELATIH … filemengkaji permasalahan guru-guru pelatih universiti...

24
MENGKAJI PERMASALAHAN GURU-GURU PELATIH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DAN MATEMATIK YANG MENJALANI LATIHAN MENGAJAR DI SEKOLAH MOHD KHAIRUL NIZAM BIN ISNIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of MENGKAJI PERMASALAHAN GURU-GURU PELATIH … filemengkaji permasalahan guru-guru pelatih universiti...

Page 1: MENGKAJI PERMASALAHAN GURU-GURU PELATIH … filemengkaji permasalahan guru-guru pelatih universiti teknologi malaysia bagi program ijazah sarjana muda sains dan matematik yang menjalani

MENGKAJI PERMASALAHAN GURU-GURU PELATIH UNIVERSITI TEKNOLOGI

MALAYSIA BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DAN MATEMATIK

YANG MENJALANI LATIHAN MENGAJAR DI SEKOLAH

MOHD KHAIRUL NIZAM BIN ISNIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MENGKAJI PERMASALAHAN GURU-GURU PELATIH … filemengkaji permasalahan guru-guru pelatih universiti teknologi malaysia bagi program ijazah sarjana muda sains dan matematik yang menjalani

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: MENGKAJI PERMASALAHAN GURU-GURU PELATIH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DAN MATEMATIK YANG MENJALANI LATIHAN MENGAJAR DI SEKOLAH

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya: MOHD KHAIRUL NIZAM ISNIN (HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi 4. ** Sila Tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan Oleh:

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 11, JALAN LABIS 102 KAWASAN 19 JALAN KAPAR 41400 KLANG SELANGOR DARUL EHSAN.

PROF MADYA DR. SETH BIN

SULAIMAN Nama Penyelia

Tarikh:______________________ Tarikh:_______________________

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/oganisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda(PSM)

Page 3: MENGKAJI PERMASALAHAN GURU-GURU PELATIH … filemengkaji permasalahan guru-guru pelatih universiti teknologi malaysia bagi program ijazah sarjana muda sains dan matematik yang menjalani

i

MENGKAJI PERMASALAHAN GURU-GURU PELATIH UNIVERSITI

TEKNOLOGI MALAYSIA BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

SAINS DAN MATEMATIK YANG MENJALANI LATIHAN MENGAJAR DI

SEKOLAH

MOHD KHAIRUL NIZAM BIN ISNIN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

OKTOBER 2008

Page 4: MENGKAJI PERMASALAHAN GURU-GURU PELATIH … filemengkaji permasalahan guru-guru pelatih universiti teknologi malaysia bagi program ijazah sarjana muda sains dan matematik yang menjalani

ii

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)”

Tandatangan : _____________________________

Nama Penyelia : PM DR SETH BIN SULAIMAN__

Tarikh : 22 OKTOBER 2008_______

Page 5: MENGKAJI PERMASALAHAN GURU-GURU PELATIH … filemengkaji permasalahan guru-guru pelatih universiti teknologi malaysia bagi program ijazah sarjana muda sains dan matematik yang menjalani

iii

PERAKUAN

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ________________________________

Nama Penulis : MOHD KHAIRUL NIZAM BIN ISNIN

Tarikh : 22 OKTOBER 2008___________

Page 6: MENGKAJI PERMASALAHAN GURU-GURU PELATIH … filemengkaji permasalahan guru-guru pelatih universiti teknologi malaysia bagi program ijazah sarjana muda sains dan matematik yang menjalani

iv

DEDIKASI

Teristimewa buat papa dan mama

Haji Isnin Haji Awan dan Hajah Halimah Haji Hitam

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kerana tidak jemu-jemu memberi dorongan

dan sokongan sejak diri ini mula di bangku sekolah lagi..... Harapan dan kasih

sayang papa dan mama menjadi penguat semangat untuk diri ini menggapai erti

sebuah kejayaan....

Adik beradik tersayang

Mohd Khairul Anuar

Nurul Huda

Nurul Ain

Nurshahirah

Terima kasih di atas segala-galanya.... Doa kalian membakar semangat.... Semoga

kejayaan menjadi milik kita semua....

Fatimah Nadirah Mohd Ghazali

Terima kasih atas segala sokongan yang diberikan sepanjang penulisanku....

Keikhlasan dan kekhilafan dalam persahabatan ini akan ku kenangi selamanya....

Page 7: MENGKAJI PERMASALAHAN GURU-GURU PELATIH … filemengkaji permasalahan guru-guru pelatih universiti teknologi malaysia bagi program ijazah sarjana muda sains dan matematik yang menjalani

v

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T tuhan sekalian alam. Sembah dan salam

ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah syukur ke hadrat

Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmat dari-Nya, maka dapatlah penulis

menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya dalam tempoh masa yang

ditetapkan.

Pertama sekali, penulis ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada

penyelia Projek Sarjana Muda iaitu PM Dr. Seth bin Sulaiman di atas segala

tunjuk ajar, galakan, dan kritikan yang membina kepada penulis selama ini.

Tanpa bimbingan yang beliau berikan, mustahil penulis dapat menyediakan

sebuah kajian yang memerlukan banyak pengetahuan dan kemahiran.

Seterusnya kepada rakan-rakan seperjuangan yang tidak pernah mengenal

erti penat dan jemu membakar serta memberi semangat, dorongan, tunjuk ajar,

panduan dan nasihat dalam penyediaan kajian ini seterusnya

melaksanakannya sehingga berjaya disiapkan dengan sempurna.

Dikesempatan ini juga, penulis ingin merakamkan ucapan penghargaan yang

tidak terhingga kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak

dalam menyiapkan kajian ini termasuk yang telah memberi dorongan dan sokongan

kepada penulis serta memberi kekuatan dan ilham dalam menyiapkan Projek Sarjana

Muda ini dengan jayanya.

Akhir sekali, penulis berharap agar kajian ini dapat memberikan faedah

dan kebaikan kepada semua, insya-Allah. Sekian, terima kasih.

Page 8: MENGKAJI PERMASALAHAN GURU-GURU PELATIH … filemengkaji permasalahan guru-guru pelatih universiti teknologi malaysia bagi program ijazah sarjana muda sains dan matematik yang menjalani

vi

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengkaji masalah-masalah guru

pelatih Jabatan Sains dan Matematik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai semasa menjalani latihan mengajar (LM) di sekolah. Seramai 80

orang pelajar dari tahun tiga dan empat daripada Jabatan Sains dan Matematik

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang telah menjalani latihan

mengajar (LM) telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini adalah kajian

deskriptif berbentuk tinjauan dengan menggunakan instrumen set soal selidik. Data

yang diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif dengan menggunakan komputer

perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) dan secara manual. Kajian

mendapati masalah yang dihadapi oleh guru pelatih adalah dari aspek masalah

persekitaran dari segi tempat tinggal dan kewangan bagi tempoh 12 minggu LM.

Bagi aspek penyediaan bahan pengajaran, penyediaan alat bantu mengajar (ABM)

kurang memberi masalah kepada mereka. Guru pelatih didapati mengalami masalah

dari aspek penyediaan buku persediaan mengajar. Perancangan bagi peruntukan

masa proses pengajaran dan pembelajaran juga tidak sistematik. Guru pelatih harus

memberi perhatian di dalam mengatasi masalah ini. Cadangan yang membina

dikemukakan untuk mengatasi serta mengurangkan masalah yang dihadapi oleh guru

pelatih semasa menjalani LM.

Page 9: MENGKAJI PERMASALAHAN GURU-GURU PELATIH … filemengkaji permasalahan guru-guru pelatih universiti teknologi malaysia bagi program ijazah sarjana muda sains dan matematik yang menjalani

vii

ABSTRACT

This research was a survey looking into the problems faced by teacher

trainees in Mathematics and Science Department Faculty of Education University

Technology Malaysia Skudai during their practical teaching in schools. Eighty

students from third and fourth year from Mathematics and Science Department

Faculty of Education University Technology Malaysia Skudai who had undergone

practical teaching have been chosen to participate in this research. This research was

a descriptive survey and used questionnaire as instrument. The compiled data was

analyzed by of descriptive statistics methods using Statistical Packages for social

Sciences (SPSS) computer software whereas the data gathered from open ended

questions and being manually. The research showed that most of the teacher trainees

facing problem during twelve weeks of practical teaching are from environment

problem from aspect of accommodation and finances. In the aspect preparation of

teaching aid this problems gave them only a few troubles. Teacher trainees seem to

have problems from aspect of lesson plan preparation. Time allotment on teaching

and learning process should be considered because it was not planned in a systematic

ways. Teacher trainees should focus on this area. Suggestions are given to solve and

reduce a problems faced by teacher trainees during practical teaching.

Page 10: MENGKAJI PERMASALAHAN GURU-GURU PELATIH … filemengkaji permasalahan guru-guru pelatih universiti teknologi malaysia bagi program ijazah sarjana muda sains dan matematik yang menjalani

viii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS -

HALAMAN TAJUK i

PENGESAHAN PENYELIA ii

PERAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

ISI KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop Kajian 9

1.8 Batasan Kajian 10

1.9 Definisi Istilah

1.9.1 Pengajaran 10

1.9.2 Guru Pelatih 11

Page 11: MENGKAJI PERMASALAHAN GURU-GURU PELATIH … filemengkaji permasalahan guru-guru pelatih universiti teknologi malaysia bagi program ijazah sarjana muda sains dan matematik yang menjalani

ix

1.9.3 Masalah 11

1.9.4 Sekolah 12

1.9.5 Pembelajaran 12

1.9.6 Latihan Mengajar 12

1.9.7 Pengendalian Pengajaran 13

2.0 Rumusan 13

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Profesionalisme Perguruan 15

2.3 UTM 15

2.3.1 Fakulti Pendidikan 16

2.4 Latihan Mengajar 17

2.5 Pengajaran Mikro 18

2.6 Persediaan LM 19

2.6.1 Tempat Tinggal 20

2.6.2 Kewangan 20

2.6.3 Pengangkutan 22

2.7 Pengendalian Pengajaran 23

2.7.1 Pengawalan Kelas Dari Segi Disiplin

Pelajar 24

2.7.2 Peruntukan Masa 25

2.7.3 Persediaan Alat Bantu Mengajar 26

2.7.4 Penulisan Perancangan Pengajaran 27

2.8 Rumusan 28

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 29

3.2 Reka Bentuk Kajian 30

3.3 Populasi 31

3.4 Instrumen Kajian 31

3.5 Prosedur Kajian 34

Page 12: MENGKAJI PERMASALAHAN GURU-GURU PELATIH … filemengkaji permasalahan guru-guru pelatih universiti teknologi malaysia bagi program ijazah sarjana muda sains dan matematik yang menjalani

x

3.6 Kajian Rintis 35

3.7 Analisis Data 36

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 38

4.2 Analisis Data Bahagian A 39

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 39

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 40

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Kursus 41

4.3 Analisis Data Bahagian B 43

4.3.1 Taburan Pembahagian Masa Penyediaan

Buku Persediaan Mengajar 43

4.3.2 Taburan Pembahagian Masa Bahan Bantu

Mengajar 44

4.3.3 Taburan Pembahagian Masa Menyediakan

Bahan Bantu Mengajar 46

4.3.4 Taburan Pembahagian Masa Kerja-Kerja

Lain Selain Dari Mengajar 47

4.3.5 Taburan Pembahagian Masa Menyiapkan

Projek/Folio Dalam Masa Sehari 48

4.4 Analisis Data Bahagian C 49

4.4.1 Analisis Data Persoalan Kajian 1 50

4.4.2 Analisis Data Persoalan Kajian 2 55

4.4.3 Analisis Data Persoalan Kajian 3 58

4.5 Analisis Keseluruhan Soal Selidik 64

4.6 Rumusan 65

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 66

5.2 Perbincangan Kajian 67

5.2.1 Latar Belakang Responden 67

Page 13: MENGKAJI PERMASALAHAN GURU-GURU PELATIH … filemengkaji permasalahan guru-guru pelatih universiti teknologi malaysia bagi program ijazah sarjana muda sains dan matematik yang menjalani

xi

5.2.2 Perbincangan Persoalan Kajian 1 68

5.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 2 70

5.2.4 Perbincangan Persoalan Kajian 3 72

5.3 Rumusan 72

5.4 Cadangan Kajian 74

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 76

5.7 Penutup 77

BIBILIOGRAFI 79

LAMPIRAN 83

Page 14: MENGKAJI PERMASALAHAN GURU-GURU PELATIH … filemengkaji permasalahan guru-guru pelatih universiti teknologi malaysia bagi program ijazah sarjana muda sains dan matematik yang menjalani

xii

SENARAI JADUAL

NOMBOR TAJUK HALAMAN

3.1 Jumlah bilangan populasi mengikut kursus 31

3.2 Kandungan instrumen kajian 33

3.3 Tahap nilai min 37

4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Mengikut Jantina 40

4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Mengikut Bangsa 41

4.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Mengikut Kursus 42

4.4 Taburan Pembahagian Masa Penyediaan Buku

Persediaan Mengajar 44

4.5 Taburan Pembahagian Masa Bahan Bantu Mengajar 45

4.6 Taburan Pembahagian Masa Menyediakan Bahan

Bantu Mengajar 46

4.7 Taburan Pembahagian Masa Kerja-Kerja Lain Selain

Dari Mengajar 47

4.8 Taburan Pembahagian Masa Menyiapkan

Projek/Folio Dalam Masa Sehari 48

4.9 Analisis Data Persoalan Kajian 1 50

5.0 Analisis Data Persoalan Kajian 2 55

5.1 Analisis Data Persoalan Kajian 3 59

5.2 Purata Min Keseluruhan Untuk Setiap Tinjauan 64

Page 15: MENGKAJI PERMASALAHAN GURU-GURU PELATIH … filemengkaji permasalahan guru-guru pelatih universiti teknologi malaysia bagi program ijazah sarjana muda sains dan matematik yang menjalani

xiii

SENARAI RAJAH

NOMBOR TAJUK HALAMAN

4.1 Taburan responden mengikut jantina 40

4.2 Taburan responden mengikut bangsa 41

4.3 Taburan responden mengikut kursus 42

4.4 Taburan pembahagian masa penyediaan buku

persediaan mengajar 44

4.5 Taburan pembahagian masa bahan bantu mengajar 45

4.6 Taburan pembahagian masa menyediakan bahan

Bantu mengajar 46

4.7 Taburan pembahagian masa kerja-kerja lain selain

dari mengajar 47

4.8 Taburan pembahagian masa menyiapkan projek/folio

dalam masa sehari 48

Page 16: MENGKAJI PERMASALAHAN GURU-GURU PELATIH … filemengkaji permasalahan guru-guru pelatih universiti teknologi malaysia bagi program ijazah sarjana muda sains dan matematik yang menjalani

xiv

SENARAI SINGKATAN

BBM - Bahan Bantu Mengajar

ABM - Alat Bantu Mengajar

LM - Latihan Mengajar

f - Kekerapan

% - Peratus

SPN - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)

SPC - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)

SPF - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

SPM - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)

FP - Fakulti Pendidikan

Page 17: MENGKAJI PERMASALAHAN GURU-GURU PELATIH … filemengkaji permasalahan guru-guru pelatih universiti teknologi malaysia bagi program ijazah sarjana muda sains dan matematik yang menjalani

xv

SENARAI LAMPIRAN

NOMBOR TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 84

Page 18: MENGKAJI PERMASALAHAN GURU-GURU PELATIH … filemengkaji permasalahan guru-guru pelatih universiti teknologi malaysia bagi program ijazah sarjana muda sains dan matematik yang menjalani

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan bidang tugas seorang guru.

Kelebihan ini menjadikan guru adalah seorang yang profesional dalam mendidik

insan. Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dan teori psikologi diguna pakai

selain perlu mahir dari segi intelektual, emosi, sahsiah serta beriman demi mencapai

agendanya iaitu memanusiakan insan. Maka, untuk melahirkan seorang bakal guru

yang dapat memenuhi syarat tersebut, pendidikan yang harus dikuasai oleh bakal-

bakal guru adalah merupakan elemen yang sangat penting dan seharusnya tidak

diabaikan.

Page 19: MENGKAJI PERMASALAHAN GURU-GURU PELATIH … filemengkaji permasalahan guru-guru pelatih universiti teknologi malaysia bagi program ijazah sarjana muda sains dan matematik yang menjalani

2

Terdapat dua peringkat pendidikan guru iaitu di peringkat maktab dan di

peringkat universiti. Dengan adanya institusi berikut maka lahirlah bakal-bakal guru

dalam pelbagai bidang dan kemahiran. Bagi setiap institusi yang tersebut terdapat

satu latihan praktik yang dikenali sebagai Latihan Mengajar ( LM ) untuk peringkat

universiti dan di maktab pula dikenali sebagai Praktikum. Latihan ini bertujuan untuk

melatih bakal-bakal guru supaya menjadi seorang insan yang berwibawa sebagai

bekalan dalam memimpin pelajar-pelajar ke arah cemerlang , gemilang , terbilang

dan bertaqwa.

Terdapat beberapa institusi pendidikan awam di Malaysia yang telah

menawarkan kursus-kursus pendidikan kepada pelajar-pelajarnya. Salah satunya

adalah Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Fakulti Pendidikan (FP) merupakan

fakulti yang bertanggungjawab menguruskan siswa dan siswi yang akan menceburi

profesion perguruan ini. Pelajar-pelajar ini merupakan bakal-bakal guru dan mereka

perlulah mempelajari mata pelajaran yang berkaitan dengan perguruan sebagai

persediaan kepada para pelajar sebelum menghadiri latihan mengajar di sekolah.

Salah satunya ialah mengikuti kelas pengajaran mikro yang merupakan prasyarat

sebelum keluar menjalani latihan mengajar yang sebenar di sekolah.

Sebelum seseorang itu menjadi seorang guru, mereka perlulah menerima

latihan dalam bidang perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah.

Kelahiran guru-guru yang lebih ramai dan berkelayakan amatlah diperlukan bagi

menampung bilangan sekolah dan pelajar yang semakin meningkat. Sehubungan itu,

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan seseorang yang hendak menjadi

guru perlulah mengikuti kursus perguruan sebelum mereka diserapkan sebagai guru

sandaran terlatih di sekolah.

Page 20: MENGKAJI PERMASALAHAN GURU-GURU PELATIH … filemengkaji permasalahan guru-guru pelatih universiti teknologi malaysia bagi program ijazah sarjana muda sains dan matematik yang menjalani

3

Guru pelatih Sarjana Muda perlu menjalani LM selama 12 minggu dalam satu

semester. Guru pelatih dikehendaki menjalani LM di sekolah-sekolah yang telah

ditetapkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Latihan Praktik

Fakulti Pendidikan di sekolah-sekolah yang telah ditetapkan. UTM telah

menggariskan beberapa syarat untuk menjalani LM. Seorang guru pelatih mestilah:-

i) Seorang pelajar yang berdaftar di Fakulti Pendidikan UTM.

ii) Menjalani LM mengikut masa yang telah ditetapkan oleh fakulti.

iii) Disyaratkan lulus sekurang-kurangnya B+ dalam mata pelajaran

pengajaran mikro sebelum layak menjalani latihan mengajar.

iv) Menjalani LM selama 12 minggu.

v) Guru pelatih yang telah mendapat status ‘gagal’ hanya diberikan

peluang sekali sahaja mengulangi LM.

vi) Guru pelatih hendaklah memenuhi syarat minimum (PNGK sekurang-

kurangnya 2.00 dan lulus mata pelajaran pengkhususan).

LM memberi peluang kepada guru pelatih mengamalkan pengetahuan,

kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan

sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini memberi tumpuan kepada proses

pengajaran pembelajaran dengan bimbingan melalui perkongsian pintar dan

permuafakatan antara universiti, sekolah dan agensi-agensi lain yang berkaitan.

Saat yang paling teruji serta mencabar bagi seorang guru pelatih adalah

sepanjang menjalani proses LM. Ini adalah kerana mereka akan didedahkan buat

pertama kalinya dengan suasana kerja yang sebenar, diberikan tanggungjawab dalam

melaksanakan pelbagai tugas yang diamanahkan oleh pihak sekolah di samping

memberikan komitmen dalam bilik darjah sebagai seorang pendidik.

Page 21: MENGKAJI PERMASALAHAN GURU-GURU PELATIH … filemengkaji permasalahan guru-guru pelatih universiti teknologi malaysia bagi program ijazah sarjana muda sains dan matematik yang menjalani

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Arus pendidikan di Malaysia berada dalam gelombang perubahan seiring

dengan perkembangan dan keperluan semasa dunia. Kepentingannya jelas dapat

dilihat dalam Dasar Pendidikan Negara untuk meletakkan Malaysia sebagai pusat

pendidikan bertaraf dunia.

Perwujudan program LM oleh sesetengah institusi awam di Malaysia yang

menawarkan bidang pendidikan adalah merupakan salah satu titik tolak yang dilihat

sebagai menyokong pihak kerajaan yang sedang berusaha untuk memantapkan lagi

sektor pendidikan negara.

Program LM yang dianjurkan oleh UTM merupakan satu daripada syarat

yang diwajibkan untuk bakal guru bagi mendapatkan kelayakan untuk menjadi

seorang guru. LM ini merupakan peluang pertama bagi bakal guru untuk

mengaplikasikan teori-teori , kaedah-kaedah dan pendekatan-pendekatan yang telah

dipelajari daripada kuliah lalu.

LM merupakan titik permulaan awal bagi guru pelatih untuk menimba

pengalaman di sekolah terutamanya mendapatkan pengalaman mengajar, mengenal

suasana persekolahan yang sebenarnya dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan

pengurusan. Melalui LM guru pelatih juga akan dapat menghayati makna profesion

perguruan dan menikmati kerja pengajaran dengan hati yang terbuka. Terdapat

beberapa aspek penting semasa menjalani LM. Aspek-aspek umum yang menjadi

kelemahan guru pelatih ialah dari segi percakapan dan suara, penggunaan bahan

bantu mengajar (BBM), sifat dan sahsiah guru serta kurang mengetahui konsep atau

isi kandungan.(Mohammad Yusof Arshad, 1995).

Page 22: MENGKAJI PERMASALAHAN GURU-GURU PELATIH … filemengkaji permasalahan guru-guru pelatih universiti teknologi malaysia bagi program ijazah sarjana muda sains dan matematik yang menjalani

5

Bagi melahirkan generasi yang mempunyai pengetahuan teknologi tinggi,

mereka haruslah bermula daripada sekolah. Tetapi sebelum itu guru-guru di sekolah

perlu dilatih supaya dapat mencapai matlamat negara untuk membawa perubahan

kepada generasi baru dan bersedia untuk memikul tanggungjawab yang

diamanahkan.

Di UTM pemberian markah di dalam penyeliaan latihan mengajar adalah

berdasarkan sistem gred. Mengikut sistem ini, guru pelatih mestilah memperoleh

sekurang-kurangnya gred C untuk dipertimbangkan lulus dalam LM. Berdasarkan

Buku Laporan Penyelia Latihan Mengajar Fakulti Pendidikan, penilaian diberikan

kepada tiga bahagian iaitu dari segi persediaan mengajar, markah yang

diperuntukkan sebanyak 30%, penyampaian 55%, dan keperibadian serta ikhtisas

15%.

Dengan persediaan mengajar yang baik, guru akan boleh melaksanakan

pengajarannya dengan lebih berkesan. Persediaan mengajar juga penting supaya

pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efektif dan berkesan. Mengikut

pengalaman penyelidik sendiri, untuk menyediakan buku persediaan mengajar

memerlukan usaha yang tinggi untuk memastikan pengajaran yang dijalankan

bermutu. Secara tidak langsung aspek penyediaan mengajar ini kadang kala dianggap

satu beban kepada guru pelatih akibat kurang pengetahuan, bahan, sumber, masa dan

sebagainya yang berkaitan.

Penyelidik ada juga mendengar rungutan yang menyatakan bahawa guru

pelatih ini diberikan tugas-tugas sampingan yang agak membebankan mereka semasa

menjalani latihan mengajar. Tugas-tugas sampingan yang dimaksudkan termasuk

kerja-kerja pentadbiran dan kokurikulum. Oleh kerana itu penyelidik mempunyai

minat yang mendalam untuk membuat penyelidikan terhadap beban tugas dan

Page 23: MENGKAJI PERMASALAHAN GURU-GURU PELATIH … filemengkaji permasalahan guru-guru pelatih universiti teknologi malaysia bagi program ijazah sarjana muda sains dan matematik yang menjalani

6

masalah-masalah dihadapi dan ditanggung oleh guru pelatih semasa menjalani

latihan mengajar.

1.3 Pernyataan Masalah

Pada sekitar tahun 40-an dan sebelumnya sehingga tahun 60-an, guru adalah

segala-galanya bagi seorang murid. Hanya guru sahaja sumber ilmu untuk mereka.

Jelas di sini bahawa guru sememangnya merupakan antara elemen yang

penting dalam sesebuah proses pengajaran dan pembelajaran. Kesediaan diri yang

seimbang dan kukuh dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sahsiah adalah

penting dalam melahirkan bakal pendidik yang memenuhi syarat yang dikehendaki

kerajaan bagi menuju ke arah pembangunan sesebuah Negara yang maju dari segala

bidang termasuklah bidang pendidikan itu sendiri.

Maka, seharusnya segala permasalahan yang berlaku sepanjang menjalani

LM bagi seseorang bakal guru dikaji bagi membolehkan penyelesaian secara

sistematik dapat dilakukan dalam usaha untuk memastikan segala permasalahan yang

timbul semasa LM tidak berulang sewaktu seseorang bakal guru tersebut melangkah

ke alam pendidikan yang lebih serius kelak.

Page 24: MENGKAJI PERMASALAHAN GURU-GURU PELATIH … filemengkaji permasalahan guru-guru pelatih universiti teknologi malaysia bagi program ijazah sarjana muda sains dan matematik yang menjalani

7

Tujuan kajian ini ialah penyelidik ingin mengenal pasti kategori masalah dan

mengumpul komen serta cadangan bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi

oleh guru-guru pelatih. Berdasarkan latar belakang masalah yang dikenal pasti,

pengkaji ingin mendapatkan maklumat dan mengenal pasti masalah yang dihadapi

oleh guru pelatih semasa menjalani LM di sekolah.

Kajian ini menumpu kepada tiga aspek iaitu, penyediaan pengajaran dan

pembelajaran, kemahiran mengajar dan masalah persekitaran. Antaranya ialah seperti

hubungan guru pelatih dengan penyelia, pengetua sekolah, guru-guru kanan dan para

pelajar sekolah, penguasaan isi mata pelajaran, kurang keyakinan diri, serta beban

kerja yang banyak.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi

oleh guru pelatih ketika menjalani LM dari aspek berikut:

1. Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru pelatih dari aspek

penyediaan bahan pengajaran.

2. Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru pelatih dari aspek

penyediaan buku persediaan mengajar.

3. Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru pelatih dari aspek masalah

persekitaran.