Mengukur Kadar Nadi Latihan

1

Click here to load reader

Transcript of Mengukur Kadar Nadi Latihan

Page 1: Mengukur Kadar Nadi Latihan

MENGUKUR KADAR NADI LATIHAN

Keupayaan otot jantung bekerja dapat diukur dengan cara mengira denyutan nadi

Denyutan jantung ini dapat kita rasakan dengan cara meletakkan jari telunjuk atau jari hantu kita di pergelangan tangan ataupun di leher sebelah kiri (carotid)

Kadar nadi maksima ialah

KNM = 220 - umur

Angka 220 telah ditetapkan oleh ahli fisiologi senam sebagai satu angka tetap formula.

Katakan umur peserta ialah 24 tahun, maka kadar nadi maksimum (KNM) peserta ialah

KNM = 220 – 24= 196 denyutan seminit.

Sementara, kadar nadi rehat pula ialah__________ dan sebaik-baiknya diambil sebaik sahaja anda bangun dari tidur, kerana pada waktu itu kita tidak melakukan sebarang aktiviti. Ambil kiraan nadi selama 10 saat dan didarabkan dengan 6 untuk mendapatkan kadar nadi rehat unutk seminit.