Mengukur Suhu Badan Dan Suhu Cecair

download Mengukur Suhu Badan Dan Suhu Cecair

of 6

description

s

Transcript of Mengukur Suhu Badan Dan Suhu Cecair

Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran HarianMata Sains:SainsKelas: 1 AmanahMasa:2 waktu (80 minit)Bab / Tajuk:Pengenalan Kepada SainsObjektif Pembelajaran: Memilih alat yang betul serta mengukur suhu badan dan suhu cecair.Hasil Pembelajaran: - Mewajarkan kepentingan memilih alat penyukat yang betul. Menerangkan secara ringkas ciri dan fungsi termometer Menghubungkait ciri termometer dengan kegunaannya. Mengenali bahagian-bahagian termometer.Pengetahuan sedia ada: i- Murid telah didedahkan dengan kuantiti fizik dan Unit SI nya. ii- Murid telah didedahkan dengan peta pemikiran i-Think. Iii - Murid tahu menggunakan termometer dengan kaedah yang betul. Kemahiran Saintifik: Membaca skala, mengguna dan mengelola alat dengan cara yang betul. Kemahiran berfikir: Membanding dan membeza, menciri, menjana idea dan membuat kesimpulan.Sikap Saintifik dan nilai murni :Minat dan bersifat ingin tahu tentang termometer serta fungsinya dan berani mencuba.Bahan bantu mengajar: Air suam, ais, termometer klinik, termometer makmal, Lembaran kerjaPendekatan: Peta PemikiranFasa/Langkah/ MasaAktiviti Pengajaran dan PembelajaranKomunikasi dan nota

Orentasi (5 minit)Guru meletakkan dua bekas legap yang masing-masing mengandungi ais dan air suam. Guru meminta seorang wakil murid mencelup dan merasa dengan jari bahan tersebut.Guru bertanya soalan kepada murid tersebut dan meminta murid memaklumkan kepada kelas pemerhatian beliau.

1. Beradsarkan pemerhatian, bolehkan kamu mengenalpasti bahan tersebut?Jangkaan jawapan ais dan air suam

2. Bagaimanakah kamu dapat membezakan dua bahan tersebut?-jangkaan jawapan suhu berbeza

3. Apakah alat yang sesuai digunakan untuk menyukat suhu?Jangkaan jawapan - termometer

Cetusan Idea Penstrukturan semuala idea(50 minit)Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan untuk melaksanakan aktiviti seperti lampiran 1.

Murid diminta mencirikan dan membuat perbandingan termometer yang digunakan dengan menggunakan peta minda.

Guru membimbing murid dalam perbincangan dan murid membuat pembentangan hasil dapatan mengikut kumpulanSoalan1. Berdasarkan aktiviti yang dilakukan, bolehkan anda menjelaskan fungsi termometer mengikut jenisnya?Jangkaan jawapan - menyukat suhu- termometer klinik untuk menyukat suhu badan manakala termometer makmal untuk menyukat suhu bahan.

2. Nyatakan bagaimana anda dapat mengenalpasti jenis termometer?Jangkaan jawapan Berdasarkan saiz, skala, pencerutan.

3. Berdasarkan maklumat yang telah dikumpul dari aktiviti anda dikehendaki menerangkan ciri termometer menggunakan Peta Bulatan.Jangkaan jawapan- Lampiran 2

4. Berdasarkan pencirian yang telah dibuat, murid diminta untuk membuat banding beza dengan menggunakan Peta Pemikiran Buih Berganda.Jangkaan jawapan Lampiran 3

Aplikasi Idea(15 minit)Termometer klinik digunakan di semua klinik untuk menyukat suhu badan.Termometer ini sesuai digunakan kerana mempunyai pencerutan.Termometer makmal tidak memerlukan pencerutan kerana tidak digunakan untuk menyukat suhu badan.Murid berbincang dan memberi maklum balas tentang pernyataan tersebut.1. Berikan pendapat anda mengapa pencerutan diperlukan dalam termometer klinik?Jangkaan jawapan supaya merkuri tidak turun dengan cepat setelah dikeluarkan dari mulut dan memberi peluang untuk membaca sukatan dengan tepat.2. Pada pandangan anda mengapakah skala bacaan pada termometer klinik hanya bermula dari 30C hingga 42C sahaja berbanding termometer makmal yang mempunyai skala bacaan yang lebih besar dan pelbagai?Jangkaan jawapan suhu badan manusia hanya dalam julat 35C hingga 40C sahaja, maka tidak memerlukan skala bacaan selain dari julat itu.

3. Ramalkan apa akan berlaku sekiranya minyak masak diguna menggantikan merkuri di dalam bebuli termometer. Terangkan jawapan anda.Jangkaan jawapan peningkatan atau penurunan suhu berlaku sangat sedikit. Ini berikutan minyak bukan konduktor haba yang baik berbanding merkuri yang merupakan konduktor haba yang baik dan lebih peka haba.

4. Pada pandangan anda bolehkan termometer makmal digunakan untuk menyukat suhu badan? Jelaskan pendapat anda.Jangkaan jawapan Tidak boleh kerana tiada pencerutan yang menyebabkan sukar untuk menbaca skala dengan tepat. Boleh tetapi bacaan skala perlu diambil ketika termometer masih berada dalam mulut untuk memastikan bacaan yang lebih tepat.

Refleksi(10 minit)Guru menyoal secara lisan kepada murid untuk menguji hasil pembelajaran.

Murid menjawab soalan lisan yang diajukan guru.Soalan lisan dari guru1. Sekiranya berlaku kemalangan dan menyebabkan termometer pecah, apakah tindakan sewajarnya dilakukan?Jangkaan jawapan memaklumkan pada guru dengan segera memandangkan merkuri merupakan bahan yang beracun.

Lampiran 1Aktiviti muridPanduan aktiviti1. Anda diberikan termometer klinik dan termometer makmal.2. Anda akan diberikan satu bikar yang berisi air beserta tungku kaki tiga dan penunu bunsen untuk proses pemanasan.3. Anda dikehendaki memilih termometer yang sesuai untuk digunakan menyukat suhu air dalam tempuh 15 minit pemanasan.4. Anda juga dikehendaki memilih termometer yang sesuai untuk menyukat suhu badan salah seorang rakan anda.5. Keputusan yang diperolehi perlu dicatat dalam buku nota anda.6. Anda diminta mencirikan dan membuat perbandingan termometer yang digunakan dengan menggunakan peta minda.7. Hasil dapatan perlu dibentangkan dihadapan kelas mengikut kumpulan.

Lampiran 2 (Jangkaan Jawapan Pelajar)Peta bulatan

Julat skala besar

Unit darjah Celsius ( C )

Turus merkuri lurus

TermometerMakmal

Sukat suhu bahanMengandungi merkuri

Saiz panjang

Termometer Klinik

Pencerutan pada turus merkuriJulat skala 30C hingga 42C sahajaSaiz pendekUnit darjah Celsius ( C )Mengandungi merkuriSukat suhu badan

Lampiran 3 Peta Buih BergandaTermometer KlinikTermometer MakmalJulat skala 30C hingga 42C sahaja Sukat suhu badan

Pencerutan pada turus merkuri

Julat skala besar

Sukat suhu bahan

Turus merkuri lurus

Unit darjah Celsius ( C )

Mengandungi merkuri

Menyukat suhu