MENGUMUMKAN KETIBAAN

8
MENGUMUMKAN KETIBAAN Mengumumkan ketibaan, Yang berbahagia, Tuan Haji Mohamed Mustafa bin Ahmad, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Diiringi oleh, Yang erusaha, Tuan Haji Hashim bin Asman, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Tuan Haji Abdullah bin Mat, Pengerusi !ambutan "# tahun IPDA Tuan Haji Alias bin !idek Pengerusi !ambutan Hari Guru peringkat IPG Kampus Darulaman, Ketua$ketua jabatan , Para pens%arah , serta arisan &a'atankuasa Per'akilan Pelajar IPGKDA "()#*"()+, Para guru pelatih serta para hadirin tuan$tuan dan puan$puan %a dihormati sekalian NYANYIAN LAGU NEGARAKU , LAGU NEGERI KEDAH DAN AMAUL HUNA Hadirin sekalian, Marilah kita bersama$sama men%an%ikan lagu -egaraku, lagu negeri Kedah dan mengalunkan .ikir Asmaul Husna //////////////////////////////// /////////////////////// Para tetamu kehormat dan para hadirin dipersilakan duduk Terima kasih diu0apkan

description

klklj

Transcript of MENGUMUMKAN KETIBAAN

MENGUMUMKAN KETIBAAN

Mengumumkan ketibaan,Yang berbahagia,Tuan Haji Mohamed Mustafa bin Ahmad,Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman,

Diiringi oleh,Yang Berusaha,Tuan Haji Hashim bin Asman,Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman,Tuan Haji Abdullah bin Mat,Pengerusi Sambutan 25 tahun IPDATuan Haji Alias bin SidekPengerusi Sambutan Hari Guru peringkat IPG Kampus Darulaman,Ketua-ketua jabatan ,Para pensyarah , sertaBarisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKDA 2015/2016,Para guru pelatih serta para hadirin tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian .

NYANYIAN LAGU NEGARAKU, LAGU NEGERI KEDAH DAN ASMAUL HUSNA

Hadirin sekalian,Marilah kita bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri Kedah dan mengalunkan zikir Asmaul Husna.Para tetamu kehormat dan para hadirin dipersilakan duduk. Terima kasih diucapkan.

BACAAN DOA

BissmillahhirrahmanirrahimAssalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Serta sahabat dan keluarga baginda.Cenderawasih terbang melayang,Dari Perlis sampai ke Kedah;Salam kasih bertaut sayang,Pembuka majlis pagi nan indah.

Sirih berlipat, sirih pinang ,Sirih dari pulau mutiara,Pemanis kata selamat datang ,Awal bismillahi pembuka bicara.

Yang berbahagia,Tuan Haji Mohamed Mustafa bin Ahmad,Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman,Yang Berusaha,Tuan Haji Hashim bin Asman,Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman,Tuan Haji ,Pengerusi Sambutan Hari Guru peringkat IPG Kampus Darulaman,Tuan Haji Abdullah bin MatPengerusi Sambutan 25 tahun IPDAKetua-ketua jabatan ,Para pensyarah , serta Barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKDA 2015/2016, Para guru pelatih serta para hadirin tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian . Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu wataala kerana dengan limpah kurnia-Nya diberi-Nya kita peluang untuk berkumpul bagi mengikuti Majlis Sambutan Hari Guru dan pelancaran sambutan 25 tahun jubli perak IPGKDA.Bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu wataala kerana dengan limpah kurnia-Nya diberi-Nya kita peluang untukberkumpul bagi mengikuti Majlis Sambutan Hari Guru dan pelancaran sambutan 25 tahun jubli perak IPGKDA

Kalau pergi Tanjung Keramat,Anak manis jangan diangkat;Bersama kita memohon rahmat,Moga majlis mendapat berkat.

Tetak buluh kajang sepuluh,Laksana dititing kias ibarat;Angkat tangan jemari sepuluh,Doa di pohon biar selamat.

Sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian,Bagi memohon keredhaan, keberkatan dan kerahmatan ke atas majlis bersejarah ini, majlis dengan sukacitanya ingin menjemput dan mempersilakan saudara .bagi memimpin bacaan doa. Falyata faddol masykura................................................................................................................................Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian saudara memimpin bacaan doa sebentar tadi. Terima kasih diucapkan.

UCAPAN YANG DIPERTUA JPP 15/16Bukan keris tanpa ulunyabukan majlis kalau tanpa ucapannya

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Saudara Muhammad Amirul Syafiq Bin Md Yusuf Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 15/16 untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.------------------------------------------------------------------------------------------------Terima kasih diucapkan kepada Saudara Muhammad Amirul Syafiq Bin Md Yusuf atas ucapan itu tadi.

PENUTUP PERUTUSAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIATuan-tuan dan puan-puan,Bagi meneruskan majlis, kini pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan, Puan Hajah Siti Balkeh Bt Osman bagi membacakan perutusan hari guru daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan...........................................................................................................................................................Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Hajah Siti Balkeh Bt Osman atas kesudian membacakan perutusan hari guru sebentar tadi.

PERUTUSAN HARI GURU MENTERI PELAJARAN MALAYSIAHadirin sekalian,Bagi meneruskan agenda majlis, kini majlis dengan berbesar hati ingin menjemput dan mempersilakan, Tuan Haji Mohamed Mustafa bin Ahmad, Pengarah IPG Kampus Darulaman bagi membacakan perutusan hari guru Menteri Pelajaran Malaysia. Majlis dengan penuh takzimnya, mempersilakan...........................................................................................................................................................Sekalung penghargaan diberikan buat Tuan Haji Mohamed Mustafa bin Ahmad atas kesudian tuan membacakan perutusan hari guru Menteri Pelajaran Malaysia. Terima kasih diucapkan.

BACAAN IKRAR HARI GURUBunga selasih bunga kemboja,Kembang mekar di tepilah paya,Ikrar tanda taat setia,Moga janji terpahat di jiwa.

Sidang hadirin warga dewan sekalian, marilah kita sama-sama berdiri bagi membacakan ikrar hari guru.Bagi menyempurnakan upacara pembacaan ikrar, kini majlis dengan sukacitanya ingin menjemput dan mempersilakan Tuan Haji Abdul Rahim B Abdullah bagi memimpin bacaan ikrar hari guru. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan...........................................................................................................................................................Para tetamu kehormat dan para hadirin dipersilakan duduk. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Abdul Rahim B Abdullah atas kesudian memimpin bacaan ikrar itu tadi.

PERSEMBAHANIkrar sudah, gimik pun sudah,Ingin hiburan pengubat jiwa,Ayuh kita hayati puisinya,Moga terubat gundah gulana.Hadirin sekalian,Kini dengan sukacitanya, pihak majlis ingin menampilkan persembahan istimewa............................................................................................................................................................................................................ Dengan penuh takzimnya majlis mempersilakan.Begitu mendalam puisi yang dialunkan oleh pelajar-pelajar itu tadi..

Bagi menghangatkan lagi suasana pada hari ini majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan kumpulan nasyid....................untuk membuat persembahan, dengan segala hormatnya dipersilakan.Terima kasih diucapkan kepada kumpulan nasyid ..................diatas persembahan yang menarik sebentar tadi.

Seterusnya persembahan kemuncak pada hari ini adalah penampilan istimewa pensyarah kita sendiri. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan tuan haji rahim untuk membuat persembahan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Hadirin tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Majlis pada hari ini sudah sampai ke penghujungnya.Bunga dedap di atas para,Anak dusun pasang pelita;Kalau tersilap tutur bicara,Jemari disusun maaf dipinta.Dari Kedah ke pekan sari,Beli suasa di Kota Tinggi;Selesai sudah tugas diberi,Di lain masa bersua lagi.Sebelum mengakhiri majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama-sama berdiri bagi menyanyikan lagu IPGM dan lagu Guru Malaysia.Dengan berakhirnya nyanyian lagu sebentar tadi, maka majlis memohon dilabuhkan tirainya.Pihak majlis sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan sekali lagi majlis memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang majlis berlangsung .Segala yang baik datang dari Allah , dan segala yang buruk itu datang daripada kami sendiri . Semoga berjumpa di lain hari .Sekian , wabilahitaufiqwalhidayah wasalamualaikum w.b.t

BERSURAIMengumumkan pergerakan keluar dewan Tuan Pengarah diiringi para pensyarah , meninggalkan dewan.