Mengungkap Misteri Yakjuj Makjuj

download Mengungkap Misteri Yakjuj Makjuj

of 4

Transcript of Mengungkap Misteri Yakjuj Makjuj

  • 8/9/2019 Mengungkap Misteri Yakjuj Makjuj

    1/4

    Mengungkap Misteri Yakjuj Makjuj

    Saya petik dan edit sedikit bahasa dan ejaan artikel yang bersumberkan ibnuyusof megasutera.Selanjutnya:

    Kaum Yakjuj dan Makjuj ialah kaum ganas yang menjadi

    misteri kepada umat manusia di atas muka bumi ini hinggalahsampai waktu hampir kiamat. Manusia tidak tahu secara tepat

    tarikh kiamat akan berlaku tetapi tanda-tanda kecil berkaitandengannya dikatakan sudah banyak berlaku. Kemunculan

    semula Yakjuj dan Makjuj pada akhir zaman adalah salahsatu daripada 10 tanda besar hampirnya kiamat. Sebenarnya,

    Zulkarnain punmerupakan satu misteri, siapakah beliausebenarnya? Lokasi tembok Yakjuj & Makjuj yang dibina

    oleh baginda pun masih tiada jawapan yang jelas.

    Kitab suci al-Quran memerihalkan semua hal ini agar umat

    Islam kajian lanjut. Itu kehendak Allah. Keadaan ini lebihbaik berbanding dengan spoon-feeding kerana hal itu akan

    menghidupkan minda danmemajukan pemikiran. Kejadian-kejadian terserempaknya

    manusia di atas muka bumi ini dengan UFO dan "alien"menyebabkan kita ingin tahu dengan lebih lanjut: Adakah kejadian itu ada kaitan secara

    langsung dengan kaum Yakjuj dan Makjuj? Adakah sebahagian kecil dari kaum ini telah terlepasatas muka bumi?

    Siapakah sebenarnya kaum Yakjuj dan Makjuj? Berdasarkan sumber al-Quran dan hadis,

    ternyata bahawa mereka adalah dari bangsa manusia. Jelasnya, mereka adalah anak-anak Adamjuga. Mereka adalah dari keturunan Yafits bin Nuh a.s. Umur mereka panjang dan berkembang

    biak mengatasi bilanganmanusia di atas muka bumi. Saya berpendapat bahawa mereka ini terkepung atau terpenjara di

    bawah bumi, yang terdapat tempat-tempat kediaman selesa yang amat besar (bukan semata-matabersaiz gua).

    Bagaimanakah rupa kaum Yakjuj dan Makjuj menurut sumber hadis? Dalam Fathul-Bari

    terdapat berbagai-bagai riwayat yang menyebut mengenai rupa kaum ini, dan boleh dibahagikankepada 3 jenis, iaitu (1) Sebahagiannya punya ketinggian seperti pokok Arz, iaitu sekitar 120

    kaki (2) Sebahagiannya setinggi empat hasta dan selebar empat hasta (3) Sebahagiannya akanmenjadikan sebelah daripada telinganya sebagai hamparan untuk tidur sementara sebelah lagi

    sebagai selimut. Ada juga riwayat menyatakan bahawa tinggi mereka 2 hasta dan yang palingtinggi ialah tiga hasta. Tetapi kesemua riwayat itu dianggap lemah dan

    tidak layak dijadikan hujah. Sebuah hadis sahih diriwayatkan oleh Nawwas bin Saman dalamHadis Muslim menyatakan bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj adalah amat kuat dan gagah dan

    tidak mampu dikalahkan oleh manusia di muka bumi. Diriwayatkan juga bahawa mereka ini

    http://encikbaca.files.wordpress.com/2010/01/phpthumb_generated_thumbnailjpg.jpg
  • 8/9/2019 Mengungkap Misteri Yakjuj Makjuj

    2/4

    mempunyai muka yang lebar, mata kecil, rambutnya kelabu keputihan, dan muka mereka adalahseperti perisai yang ditutupi oleh kulit. (Musnad Ahmad).

    Berapa ramaikah bilangan kaum Yakjuj dan Makjuj ? Daripada sumber hadis, ternyata bahawa

    bilangan mereka amat banyak dan jauh lebih banyak berbanding dengan manusia yang berada di

    atas muka bumi. Menurut riwayat Abdullah bin Umar r.a., beliau berkata bahawa Rasulullahbersabda Allah telah membahagikan manusia kepada 10 bahagian. Sembilan bahagian ialahYakjuj dan Makjuj sementara bakinya (iaitu bahagian kesepuluh) ialah manusia biasa (yang di

    atas muka bumi). Ini bermakna jika seluruh umat manusia di atas muka bumi berjumlah 6 bilionorang, jumlah mereka ialah sekitar 54 bilion orang. Dengan bilangan sebegitu banyak, logikkah

    bagi mereka mendiami bawah bumi yang sempit? Saya berpendapat bahawa sebenarnyamanusia di atas muka bumi tidak tahu keadaan sebenar di bawah bumi. Teori magma (bahawa di

    bawah bumi suhunya amat panas) mungkin ada kebenarannya tetapi teori planet bumi berlubangtidak boleh ditolak begitu saja apabila kita mengambil kira faktor kaum Yakjuj Makjuj dan juga

    berita mengenai dabbatul ard. Sekadar menambah pengetahuan, mungkin anda tahu bahawaCalifornia di Amerika itu berlubang di bawahnya, dan seluruh bumi California itu mendap

    sekitar 3 inci setiap tahun. California mungkin akan runtuh dan tenggelam ke dalam laut padasatu hari nanti.

    Mengapakah Yakjuj dan Makjuj tidak mampu memecahkan tembok Zulkarnain sejak zaman-

    berzaman sedangkan Zulkarnain hanya membina tembok itu dalam jangka masa yang singkat?Kalaulah kaum Yakjuj dan Makjuj ini berteknologi tinggi, tentulah mereka dapat memecahkan

    tembok itu dengan mudah. Sebenarnya Allah belum menghendaki Yakjuj dan Makjuj keluarsemula ke permukaan bumi kerana masanya belum sampai. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan

    bahawa pada setiap hari Yakjuj dan Makjuj cuba menggali atau memecahkan tembok Zulkarnainhinggalah mereka sampai ke peringkat mereka sudah nampak cahaya di luar. Kemudian mereka

    pulang dengan berkata Esok kita akan dapat membolosinya. Tetapi Allah telah menjadikantembok itu kembali kepada bentuk asalnya menyebabkan mereka terpaksa menggalinya semula.

    Proses ini berterusan hari demi hari selama Allah menghendaki mereka ini terkepung. ApabilaAllah menghendaki mereka keluar, di hujung hari mereka menggali itu mereka berkata

    InsyaAllah, esok kita akan dapatmembolosinya. Pada esoknya mereka akan dapati tembok ituberkeadaan seperti yang telah ditinggalkan pada hari semalam, dan setelah memecahkan

    bakinya, mereka akan keluar (Ahmad, Tirmidhi, Ibn Majah). Mengenai hadis di atas Ibn Arabiberpendapat bahawa sebenarnya Allah masih tidak mengizinkan mereka keluar. Dijangka

    mereka bekerja memecah tembok pada waktu malam dengan bergilir-gilir kerana bilanganmereka yang banyak. Menurut riwayat Wahab bin Munabbih, kaum Yakjuj dan Makjuj

    mempunyai teknologi (mempunyai pelbagai jenis peralatan), dan mereka dengan mudahmenggunakan peralatan mereka untuk keluar. Ibn Arabi menyatakan bahawa perkataan

    InsyaAllah tidak pernah mereka ucapkan hinggalah sampai pada saat Allah menghendakimereka keluar, maka mereka akan mengucapkannya.

  • 8/9/2019 Mengungkap Misteri Yakjuj Makjuj

    3/4

    BERITA GEMPAR DARI NASA BARU-BARU INI.

    WASHINGTONWeekly World News

    telah mendedahkan tentang penemuanmengejutkan mengenai satu kaum primitifyang di panggil Mole People hidup 20 batu

    di bawah tanah, menggunakan terowongrahsia untuk memasuki United States!

    Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahlikaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang

    menggali jauh ke dalam Bumidan merekacuba menyembunyikan kewujudan kaum ini

    dari pengetahuan awam.. Seorang pekerjaNASA yang tidak mahu dikenali telah

    mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum orang gua ini.

    Cerita ini harus diberitahu, kata sumber itu. Ia terlalu besar untuk disorok. Sumber itu telahmendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People. Nampaknyer mereka seperti kaum

    yang peramah, beliau berkata, Tetapi mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi denganmereka, tetapi ia satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English.

    Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke muka Bumi(surface world), kata sumber itu.

    Dengan demikian, President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati.

    Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia diatas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami baru melihat satu bandar setakat ini,

    dengan anggaran 2000 orang Mole tinggai di situ. Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawamungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah tanah,

    berselerak di bawah muka Bumi. Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusiadan juga sedikit perbezaan.

    Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusiabiasasetinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka

    juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku moleKulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan

    yang teruk di bawah Bumi. Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antaramanusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulumereka bercakap di dalam bahasa yang

    hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

    Sumber itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang sangatbesar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu

    menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang

    beliau.

    Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau

    http://2.bp.blogspot.com/_EELWlS_z3Ys/SfZ2RgbLYQI/AAAAAAAABsQ/Dfv6TkI0HfI/s1600/guatemala_sink_hole_2.jpg
  • 8/9/2019 Mengungkap Misteri Yakjuj Makjuj

    4/4

    bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu. Kaum Mole amatberminat dengan dunia atas muka Bumipakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka

    amat meminati buah-buahan segar.

    Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria, mengikut kata

    sumber.Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan

    mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi. NASA amat berminat untuk mengkaji kaumMole. Kami mahu tahu segala-galanya mengenai merekaapa yang mereka makan,bagaimana

    mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia.

    Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang

    tertentu. Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?

    Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole.Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa atau saki baki

    orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang. Pakar juga berkata penemuan ini telahmenimbulkan beberapa tanda tanya.

    Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupun peramah dan sanggup bekerjasama?Dan bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki

    mereka: kaum Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah untukmeneroka ruang angkasatelah menjumpai kaum yang hidup di bawah muka Bumi? Jurucakap

    NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dariwartawan, jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House

    untuk disebarkan. Teapi beliau telah memberi amaran mungkin tidak untuk jangkamasa yangterdekat. Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos

    ketika sedang menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole satu inisiatifdimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan

    teknologi bawah tanah. Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawahtanah di kawasan sekitar Washington States Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga

    gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanyamanusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi.

    Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi samada

    makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.