Mengurangkan kos pengurusan ladang -...

12

Transcript of Mengurangkan kos pengurusan ladang -...

Lambakan buah-buahan dari negara jiran

dengan harga murah menyebabkan permintaan

terhadapnya semakin tinggi tetapi tanpa disedari

kebanyakan produk tersebut berkualiti rendah serta

mempunyai kandungan racun yang boleh

memudaratkan kesihatan.

Menyedari perlunya usaha untuk menyekat lambakan

tersebut, kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan

Industri Asas Tani menggalakkan pengeluaran dalam

negara ditingkatkan agar dapat memenuhi permintaan

domestik dan seterusnya mengurangkan

pergantungan daripada luar kerana kebanyakan

buah-buahan yang dibawa masuk boleh dikeluarkan

dalam negara.

Memandangkan kesesuaian yang ada dengan

permintaan yang tinggi, Tuan Haji Che Husain @ Che

Ahmad bin Che Kob, 56 tahun dari Kampung Gong

Kulim, Pasir Puteh, Kelantan mengambil inisiatif

mengusahakan tanaman masmelon dan labu madu

yang banyak dibawa masuk dari negara jiran.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Che Mat

memperuntukkan modal sendiri sebanyak RM5,000,

bagi mengusahakan tanaman masmelon dan labu

madu sejak tahun 2000 di Kampung Kuala Kemubu,

Ketereh dengan keluasan 3.5 hektar yang

menggunakan kaedah drip sistem (sistem titis) dan

silver shine. Kaedah ini dijalankan dengan

menyalurkan air baja menggunakan tiub khas ke

pangkal pokok plastik yang ditutupi hamparan plastik

sebagai sungkupan kepada batas tanaman pada

peringkat penyediaan kawasan. Menurut beliau

terdapat beberapa kebaikan jika menggunakan drip

sistem dan plastik sebagai sungkupan. Antara

kebaikan yang diperolehi ialah:

> Mengelakkan pembaziran baja kerana larutan

baja disalurkan terus ke pangkal pokok untuk

memudahkan akar menyerap unsur-unsur

NPK.

> Mengawal pertumbuhan rumpai yang menjadi

persaingan terhadap tanaman mendapatkan

unsur-unsur NPK daripada tanah.

> Mengawal kelembapan dengan menghalang

pancaran matahari terus kepada tanah.

> Mengurangkan serangan serangga perosak di

mana kebanyakan serangga perosak

menjadikan permukaan bawah daun sebagai

pelindung. Dengan menggunakan silver shine,

pancaran matahari yang panas akan

dipantulkan semula ke permukaan bawah

daun bagi menghindarkan serangga tersebut.

2

3

> Mengurangkan kos pengurusan ladang

terutama kos pengawalan rumpai dan

serangga.

Bagi memastikan usaha yang dilakukan berdaya

saing, beliau sentiasa menimba pegetahuan dengan

menghadiri kursus anjuran pelbagai jabatan dan

agensi. Kursus Usahawan Budaya Cina anjuran

Lembaga Pertubuhan Peladang dan Pengendalian

Lepas Tuai anjuran Lembaga Pemasaran

Persekutuan (FAMA) adalah antara kursus yang telah

dihadiri.

Walaupun kaedah yang digunakan lebih kepada

kaedah konvensional tetapi kesesuaiannya terhadap

tanaman masmelon dan labu madu ternyata berjaya

memberi pulangan memberangsangkan dengan

hanya menggunakan dua orang tenaga pekerja.

Beliau yang merupakan Peladang Jaya Lelaki

Kebangsaan 1996 dan ahli Pertubuhan Peladang

Kawasan (PPK) Bukit Awang memperolehi bekalan

input pertanian secara kredit daripada PPK. Selain

daripada itu, PPK juga turut memasarkan masmelon

dan labu madu yang beliau hasilkan. Kebanyakkan

masmelon dan labu madu, beliau pasarkan sendiri

ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Dalam usaha mencari ruang pasaran baru, Che Mat

memasarkannya kepada FAMA secara kontrak hanya

“Projek ini diusahakan kerana

pasaran yang telah tersedia

berikutan PPK menjadi pembekal cili

secara kontrak farming kepada

Syarikat Nestle.”

untuk buah masmelon sahaja. Pasaran buah

masmelon dan labu madu yang diusahakan mampu

memberi pulangan kasar sebanyak RM15,000

semusim iaitu tiga bulan.

Untuk mempelbagaikan projek sedia ada, beliau turut

mengusahakan tanaman cili di kawasan seluas 0.8

hektar. Projek ini diusahakan kerana pasaran yang

telah tersedia berikutan PPK menjadi pembekal cili

secara kontrak farming kepada Syarikat Nestle. Usaha

yang PPK lakukan ini mampu mewujudkan ramai

usahawan peladang di kalangan penduduk setempat.

Menceritakan mengenai perancangan masa hadapan,

beliau ingin mengusahakan tanaman cili yang sedia

ada menggunakan kaedah fertigasi dan rumah kalis

serangga kerana ia boleh dijalankan di kawasan

terhad yang mampu memberi pulangan tinggi.

4

Pendahuluan

Yayasan Pelajaran Peladang (YPP)

telah didaftarkan pada 23 Mei 1995 oleh

Pendaftar Pertubuhan Peladang sebagai satu kaedah

di bawah perlembagaan NAFAS. Langkah

penubuhan tersebut dilakukan demi kepentingan dan

kebajikan ahli dengan objektif tertentu. Antara objektif

penubuhan Yayasan Pelajaran Peladang ialah:

> Untuk membantu ahli-ahli Peladang yang tidak

mampu membiayai pendidikan anak-anak

Peladang di semua peringkat melalui

pemberian biasiswa, dermasiswa dan

pinjaman.

> Untuk menggalakkan pencapaian

kecemerlangan ilmu di kalangan anak-anak

peladang dengan memberi hadiah atau

anugerah kecemerlangan berbentuk wang dan

lain-lain.

> Untuk memberikan kemudahan persekolahan

kepada anak-anak peladang termasuk

membina asrama-asrama di bandar.

> Untuk menampung pelajaran anak-anak

peladang dengan mendirikan sekolah-sekolah

dan maktab-maktab swasta di tempat-tempat

yang sesuai.

> Untuk menggalakkan pengajian dan

penyelidikan ilmu dalam bidang-bidang yang

boleh dimanfaatkan masyarakat peladang di

negara ini dengan memberi hadiah atau geran

penyelidikan kepada para ilmuan yang

berkenaan.

> Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan

latihan kepada para Peladang yang

berkelayakan bagi mempertingkatkan

kemahiran dan produktiviti mereka.

> Lain-lain aktiviti di masa hadapan yang

difikirkan sesuai bagi mempertingkatkan

pencapaian ilmu dan kemahiran di kalangan

anak-anak peladang.

Oleh : Mohd Nor bin Jantan (NAFAS)

5

Jawatankuasa Tadbir Yayasan

Selaras dengan penubuhannya satu Jawatankuasa

Tadbir yang mengelolakan perjalanan YPP dibentuk

dan ia silih berganti sejak diwujudkan. Pada masa

kini jawatankuasa tersebut dianggotai oleh mereka

yang benar-benar berpengalaman dan komited

membantu ahli. Mereka adalah terdiri daripada:

i. Y.Bhg. Dato’ Sri Haji Abd. Rashid bin

Haji Abd. Rahman - Pengerusi

ii. Y.Bhg. Dato’ Dr. Haji Awang Ahmad

bin Haji Sulaiman

iii. YBhg.Dato Haji Abd Rahim bin Ahmad

- Wakil Pendaftar

iv. Y.Bhg.Dato’ Haji Abd Wahid bin Baba

v. Puan Hajjah Zaharah binti Yusoff

vi. Tuan Haji Mohd. Agil bin Awang

vii. Encik Ismail bin Umar

viii. Encik Bahren bin Samat

Pengurusan

Pengurusan YPP kini telah dikendalikan

sepenuhnya di NAFAS setelah diserahkan

pengurusannya oleh Bahagian Penyeliaan dan

Penguatkuasaan, Ibu Pejabat Lembaga

Pertubuhan Peladang pada 18 Oktober 2004

dengan pengurusannya dikendalikan oleh Encik

Mohd Nor bin Jantan sebagai Pengurus Eksekutif

dan Encik Umar Imran bin Sharudin sebagai

Pengurus Akaun. Kedua-dua mereka merupakan

pegawai LPP yang dipinjamkan untuk tujuan

pengurusan Yayasan.

Pendapatan YPP

Pendapatan utama YPP adalah daripada caruman

yang dikenakan berdasarkan jumlah keuntungan

bersih tahunan pertubuhan Peladang (PP). Daripada

keuntungan bersih itu, potongan sebanyak 2% akan

dikenakan sebagai caruman dalam YPP.

Caruman oleh PP akan digunakan untuk kebajikan

ahli dalam menjalankan aktiviti membabitkan ahli

dan anak ahli. Penyata caruman oleh PP sehingga

31 Mei 2006 ditunjukkan dalam jadual 1.

Bil Negeri Peruntukan Jumlah Jumlah

caruman (RM) diterima (RM) belum berbayar (RM)

1 Perlis 19,403 17,173 2,230

2 Kedah 107,347 81,251 26,096

3 Pulau Pinang 131,629 104,116 27,513

4 Perak 282,661 213,021 69,646

5 Selangor 140,858 94,580 46,278

6 Negeri Sembilan 77,588 67,722 9,866

7 Melaka 40,313 34,125 6,188

8 Johor 362,353 297,232 65,121

9 Pahang 182,629 123,674 58,955

10 Terengganu 166,707 120,666 46,041

11 Kelantan 122,664 58,970 63,694

12 W.P. Labuan 6,620 5,714 906

13 Sabah 95,552 72,805 22,747

14 KADA 116,892 75,577 41,315

15 NAFAS 140,000 140,000 0

Jumlah 1,993,216 1,506,626 486,590

Jadual 1

6

Aktiviti-aktiviti

Dengan peruntukan caruman yang ada YPP boleh

merangka dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang

dibenarkan berkaitan kebajikan ahli. Terdapat pelbagai

aktiviti yang boleh dilaksanakan melibatkan ahli dan

anak ahli. Antara aktiviti tersebut ialah:

Anak Angkat

Seramai 10 orang anak ahli terpilih menjadi anak

angkat YPP sempena Perlancaran Pertubuhan

Peladang Berkualiti (PPQ). YPP menyumbangkan

wang tunai untuk pembiayaan pelajaran berjumlah

RM200 seorang diperingkat sekolah rendah dan

RM500 diperingkat sekolah menengah setiap tahun.

Hadiah Kecemerlangan Pelajaran

Anugerah Hadiah Kecemerlangan Pelajaran diberikan

kepada anak ahli yang mencapai kecemerlangan di

peringkat UPSR, PMR dan SPM. Peruntukan

sebanyak RM3,000 disediakan oleh YPP untuk setiap

PPN. Pembayaran akan dilakukan setiap tahun

semasa mesyuarat agung PPN.

Anugerah Perdana

Anugerah ini diberikan kepada pelajar-pelajar yang

mendapat keputusan cemerlang diperingkat IPTA

setiap tahun semasa perasmian mesyuarat agung

tahunan NAFAS.

Pinjaman Pendidikan ke IPTA

Dalam membantu anak ahli yang berjaya melanjutkan

pelajaran ke IPTA, satu kemudahan pinjaman

pendidikan disediakan. Jumlah pinjaman yang

diperuntukan untuk seorang anak ahli ialah

RM1,000.

Program Motivasi Anak-anak Peladang/Anak

Angkat

Pihak pengurusan YPP telah menyusun program

motivasi ini dalam usaha memberi galakan dan

semangat kepada anak ahli. Kursus dijalankan untuk

anak ahli yang akan menghadapi peperiksaan dan

sebagainya serta dijalankan di tempat tertentu atau

di PPK sendiri.

Kursus Kepimpinan Unit Ahli

Kursus bertujuan memberi pendedahan kepada

pemimpin-pemimpin dipelbagai peringkat khususnya

diperingkat unit mengenai kepentingan menjiwai

kemahiran dan juga prinsip-prinsip asas kepimpinan

yang diperlukan untuk memastikan kejayaan usaha

yang dirancang.

Program Bakti Siswa di Unit Peladang

Program ini bertujuan mendedahkan pelajar IPTA

kepada kehidupan masyarakat peladang dengan

mengadakan pelbagai aktiviti dalam usaha

meningkatkan keceriaan dan kemajuan unit peladang

tersebut.

Penutup

Berdasarkan peranan, perancangan dan aktiviti yang

dijalankan oleh YPP, kebajikan ahli terjaga dan

matlamat serta objektif penubuhan YPP akan

terlaksana. Di samping itu pengurusan YPP akan

memastikan setiap program yang dijalankan

melibatkan ahli peladang keseluruhannya.

7

Cameron Highlands, Pahang terkenal

sebagai salah sebuah tempat peranginan di

Malaysia. Selain daripada itu, daerah ini merupakan

pusat pengeluaran utama sayuran tanah tinggi,

bunga-bungaan, buah-buahan dan teh.

Kesuburan tanah dan kesesuaian iklim membuatkan

kebanyakan tanaman boleh diusahakan. Melihatkan

peluang yang ada ramai penduduk sekitar negeri

Perak berhijrah ke tanah tinggi tersebut awal 70 an

untuk bekerja di ladang teh atau kebun-kebun sayur.

Tidak terkecuali Tuan Haji Jamaluddin bin Lawani

yang berasal dari Teluk Intan, Perak ini turut berhijrah

ke Cameron Highlands pada tahun 1977 ketika

berusia 23 tahun untuk bekerja di sebuah kebun sayur

dan bunga. Setelah menimba pengalaman yang

cukup selama lima belas tahun di situ, beliau telah

memberanikan diri untuk menjalankan sendiri usaha

tersebut pada tahun 1992.

Dengan bermodalkan sebanyak RM7,000 serta

bantuan tenaga daripada ahli keluarga yang lain,

beliau mulakan dengan mengusahakan tanaman

sayuran. Beliau kini merupakan antara salah seorang

peladang yang berjaya di Cameron Highlands.

Peringkat permulaan Haji Jamaluddin mengusahakan

tanaman kobis bulat, bunga kobis, capsicum dan

ketumbar serta tanaman bunga carnation di Kampung

Gerak Sepadu, Sungai Palas.

Memandangkan usaha yang dijalankan memberi

pulangan yang menguntungkan beliau terus

memperkembangkan projek dengan mengambil

inisiatif menyewa tanah yang tidak diusahakan

daripada penduduk setempat.

Sebagai ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK)

Cameron Highlands, beliau memohon peruntukan

daripada Lembaga Pertubuhan Peladang melalui

Program Pembangunan Usahawan Peladang

sebanyak RM20,000, manakala Bank Pertanian

Malaysia menyalurkan pinjaman bernilai RM70,000

bagi membesarkan usaha yang ada.

Oleh kerana keluasan tanah dan permintaan terhadap

sayur-sayuran serta bunga semakin tinggi, beliau tidak

mampu mengusahakannya secara bersendirian

bersama keluarga. Bermula masa itu, beliau telah

menggaji pekerja yang sehingga kini seramai 23 orang

untuk bekerja di ladangnya seluas 15 hektar.

Sejajar dengan usaha kerajaan mentransformasi

sektor pertanian, Peladang Jaya Kebangsaan 1995

ini mengambil pendekatan menggunakan teknologi

terkini dalam usaha yang dijalankan. Sistem Fertigasi

“Sejajar dengan usaha

kerajaan mentransformasi

sektor pertanian, Peladang Jaya

Kebangsaan 1995 ini mengambil

pendekatan menggunakan

teknologi terkini dalam

usaha yang dijalankan.”

digunakan untuk tanaman sayuran seperti tomato

yang memudahkan pengurusan ladang dan

menjimatkan kos tenaga buruh.

Kelebihan sebagai ahli PPK digunakan bagi

mendapatkan bantuan berupa khidmat nasihat dan

input pertanian pada peringkat permulaan

menggunakan kaedah fertigasi. Setelah beberapa

pusingan menggunakan kaedah ini ternyata ia

memudahkan pengurusan tetapi menurut beliau

perkara yang amat ketara ialah kurangnya serangan

serangga perosak terhadap tanaman.

Di samping itu, tanaman bunga carnation turut

ditingkatkan dengan menggunakan benih yang

terjamin supaya hasil yang diperolehi berkualiti.

Tanaman sayuran yang beliau usahakan

mengeluarkan hasil antara 1-2 tan sehari, sementara

tanaman bunga carnation memberikan hampir 5,000

kuntum bunga sehari.

Kebanyakan sayur yang dihasilkan dihantar ke Kuala

Lumpur dan turut dieksport ke Singapura serta Taiwan.

8

9

Sementara itu bunga carnation dieksport terus ke

Thailand dan Taiwan kerana harga yang ditawarkan

tinggi berbanding pasaran tempatan.

Melihat kedatangan pelancong dalam dan luar negara

ke Cameron Highlands semakin bertambah, terlintas

difikiran beliau untuk memasarkan hasil ladang secara

segar kepada mereka. Ramai pengusaha ladang

bersetuju dengan cadangan tersebut dan beliau telah

mengenalpasti kawasan yang strategik bagi

menjalankan perniagaan itu.

Oleh kerana usaha tersebut memerlukan modal yang

agak besar, beliau bersama beberapa orang

pengusaha berkongsi membangunkan Arked pada

tahun 2001. Setelah setahun mengusahakan

perniagaan tersebut sambutan pelancong amat

menggalakkan.

Komen daripada pelancong yang ditemui menyatakan

di Arked Peladang, pelbagai barangan yang dihasilkan

di Cameron Highlands terdapat di sini. Ini memberikan

pilihan kepada pelancong mendapatkan barangan

yang dikehendaki. Antara barangan dan kemudahan

yang terdapat di sini ialah:

> Pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan

> Bunga-bungaan

> Tanaman hiasan

> Kraftangan

> Sudut menjamu selera dengan pelbagai

makanan

> Ruang untuk pelancong berehat

Disebabkan pertambahan bilangan pelancongan

terutama dihujung minggu, beliau ingin membesarkan

lagi perniagaan yang ada. Beliau bercadang menyewa

Arked Peladang milik PPK bersebelahan dan

perbincangan sedang dijalankan. Jika persetujuan

dicapai, barangan yang terdapat akan dipelbagaikan

untuk menarik pelancong singgah, berehat dan

seterusnya membeli sebagai buah tangan untuk

dibawa pulang.

Untuk kesemua usaha yang dijalankan, Tuan Haji

Jamaluddin memperoleh pendapatan kasar

RM500,000 bagi projek sayur-sayuran dan bunga.

Manakala bagi perniagaan jualan di arked, beliau

mendapat RM700,000 setahun. Beliau kini sedang

memohon tanah daripada Kerajaan Negeri Pahang

dalam usaha menceburi bidang perladangan.

10

Perusahaan Kecil Sederhana pada

masa kini sedang berkembang dengan galakan

yang diberi kerajaan dalam usaha mempelbagaikan

produk keluaran tempatan bertepatan kempen “Satu

Kampung Satu Industri”.

Kebanyakan Perusahaan Kecil Sederhana dijalankan

oleh golongan bumiputera dengan tumpuan lebih

kepada pemprosesan makanan. Pelbagai jenama

makanan proses yang ada dipasaran dikeluarkan

untuk memenuhi permintaan pengguna.

Memandangkan permintaan yang terdapat dan untuk

menyahut seruan kerajaan, Tuan Syed Mashor bin

Syed Ahmad, 43 tahun dari Negeri Kelantan telah

mengusahakan projek pemprosesan makanan. Projek

ini telah dimulakan secara kecil-kecilan bersebelahan

rumahnya pada tahun 1989 berbekalkan modal sendiri

berjumlah RM5,000 atas nama Adilah Products. Pada

masa itu tumpuan diberikan kepada pemprosesan sos

cili dan tomato serta kicap masin dan manis untuk

pasaran sekitar menggunakan jenama Adilah.

Pengalaman dalam mengusahakan sesuatu projek

perlu bagi memastikan keberkesanan dan terus

berdaya maju. Untuk itu, beliau telah menghadiri

pelbagai kursus dan latihan dalam usaha menambah

pengalaman dan pengurusan projek yang dijalankan.

Antara kursus dan latihan yang dihadiri ialah:

> Kursus Pemprosesan Makanan Anjuran

MARDI

> Kursus Pengurusan dan Pemasaran Anjuran

MARA

> Kursus Perakaunan Anjuran NPC

Beliau merupakan AJK Kelab Usahawan Tani

Malaysia (KUAT), Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan

Peladang Negeri dan ahli Pertubuhan Peladang

Kawasan (PPK) Pengkalan Chepa, turut

mendapatkan bantuan bagi memperolehi bahan

mentah seperti cili dan tomato yang kebanyakkan

diusahakan oleh ahli PPK.

Melihat produk yang dikeluarkan semakin mendapat

tempat dipasaran sehingga kadang kala tidak mampu

memenuhinya, beliau mengambil keputusan untuk

mendirikan kilang pemprosesan yang boleh menghasilkan

kuantiti produk yang banyak bagi memenuhi permintaan

pengguna.

Untuk membesarkan perusahaan yang ada, Syed Mashor

menggunakan pinjaman daripada MARA untuk

memperbesarkan kilang dan menambah mesin-mesin supaya

pengeluaran dapat ditingkatkan. Dengan penambahan mesin-

mesin tersebut, kilang yang terletak di Lot 932, Kampung Pasir

Hor, Kota Bahru, Kelantan itu dapat mengeluarkan kicap dan

sos sebanyak 10,000 sehari.

Dengan peralatan yang ada sekarang kilang tersebut

mampu mengeluarkan sebanyak 21,000 botol sehari.

Produk keluaran juga telah dipelbagaikan untuk pasaran

seluruh Pantai Timur, Pantai Barat dan Selatan Semenanjung.

Antara produk lain dihasilkan selain produk yang ada ialah:

> Kicap > Sos cili

> Sos tomato > Sos pencecah

> Cuka > Garam debu

> Perasa sirap ros > Sos bilis (budu)

Oleh kerana kilang yang didirikan mampu mengeluarkan

produk dalam kuantiti yang banyak, ruang pasaran baru perlu

dicari supaya tidak berlaku lambakan produk. Beliau telah

meneroka ruang pasaran untu produknya di Thailand

khususnya di bahagian selatan negara itu yang majoritinya

beragama Islam.

Atas usaha yang dijalankan, beliau telah membuka

kilang dengan nama Mashor Product Groups

Thailand Co. Ltd yang beroperasi di Hatyai, Songkla

11

Thailand dan melantik beberapa ejen pemasaran di

Selatan Thailand.

Produk yang dikeluarkan untuk pasaran di sana

menggunakan dua jenama iaitu Adilah dan Mashor

kerana telah dikenalpasti mendapat sambutan

menggalakkan daripada penduduk setempat. Kilang

yang diusahakan tersebut merupakan satu-satunya

PKS Bumiputera yang beroperasi di luar negara.

Sementara itu untuk pasaran tempatan jenama Adilah

mempunyai permintaan tinggi oleh pengguna sekitar

Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kebanyakkan

produk diedarkan sendiri kepada pengguna atau

melalui pemborong-pemborong yang dilantik.

Bagi memastikan produk sentiasa berada dipasaran,

beliau turut membuat kontrak bekalan kepada syarikat

tempatan untuk jangkamasa panjang. Sebagai ahli,

beliau turut mendapatkan bantuan PPK dalam

mempromosikan produk keluarannya sekitar

Kelantan.

Semua urusniaga yang dijalankan mampu menjana

pendapatan bernilai RM1.8 - 2.5 juta setahun. Melihat

kepada perkembangan tersebut, Syed Mashor ingin

meningkatkan pengeluaran dan mempelbagaikan lagi

produk untuk pasaran seluruh Malaysia pada masa

depan dan membuat kontrak farming bagi

mendapatkan bahan mentah daripada pengusaha

yang terdiri ahli PPK.

Penaung

Y. Bhg. Dato’ Haji Abd. Rahim bin Haji Ahmad

Penasihat

Y. Bhg. Haji Arpan Shah bin Satu

Ketua Pengarang

Abd. Nasir bin Haji Ismail

Edisi Internet

Haninah bte Abd. Rahman

Diterbitkan Oleh:

Lembaga Pertubuhan Peladang,Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara, 50990 Kuala Lumpur.

Penyunting

Azizan bin OthmanRohman bin Jasmani

Grafik/Illustrator

Rohman bin JasmaniKamaruzzan bin Hanif

Berita Transformasi Elektronik

boleh dilayari di

http://www.lpp.gov.my

“Produk yang dikeluarkan untuk

pasaran di sana menggunakan

dua jenama iaitu Adilah dan

Mashor kerana telah dikenalpasti

mendapat sambutan

menggalakkan daripada penduduk

setempat.”

12