Meningkatkan Kemahiran Lompat Jauh Berdiri Dalam Ukfm

download Meningkatkan Kemahiran Lompat Jauh Berdiri Dalam Ukfm

of 9

Transcript of Meningkatkan Kemahiran Lompat Jauh Berdiri Dalam Ukfm

  • 8/14/2019 Meningkatkan Kemahiran Lompat Jauh Berdiri Dalam Ukfm

    1/9

    MENINGKATKAN KEMAHIRAN LOMPAT JAUH BERDIRI DALAM UKFMDI KALANGAN SEORANG MURID TAHUN 3 CERDIK BERBADAN BESAR

    MENGGUNAKAN KAEDAH TIRU MACAM SAYA.

    Oleh:

    SYAHIDA BINTI MIADSekolah Kebangsaan Api-Api

    Parit 2, Kampung Api-Api82000, Pontian

    Johor Darul Takzim

    ABSTRAKKajian Tindakan ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh

    seorang murid tahun 3 Cerdik yang berbadan besar semasa melakukan Bateri Ujian Lompat JauhBerdiri dalam UKFM. Seorang murid Tahun 3 Cerdik Sekolah Kebangsaan Api-Api, Pontian Johor dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui UjianKecergasan Fizikal Malaysia ( UKFM ) semester pertama pada 18 Mei yang lalu mendapati murid inihanya mendapat keputusan pencapaian tidak cergas dengan gred E untuk bateri ujian lompat jauhberdiri sedangkan ini diantara aktiviti yang agak mudah untuk dicapai dengan gred yang baikwalaupun mereka berbadan besar. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untukmeningkatkan kemahiran menggunakan kaedah Tiru Macam Saya. Murid telah didedahkan kepadakaedah Tiru Macam Saya selama 30 minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 4 minggudengan 12 kali pertemuan. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid yangagak ketara. Dapatan soal selidik pula menunjukkan murid kini memahami kaedah yang betul dantidak melakukan kesilapan lagi.

    1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALUSaya dapati semasa murid melakukan Ujian Kecergasan Fizikal Malaysia (UKFM), terdapatseorang murid perempuan Tahun 3 Cerdik yang berbadan besar tidak dapat melakukan lompat

    jauh berdiri dengan kaedah yang betul .

    Saya perhatikan kesilapan banyak berlaku ketika murid melakukan hayunan, lonjakan, lentingandan pendaratan yang betul. Jika perkara ini tidak diatasi awal ia akan berlanjutan sehingga ketahun 4 dan dikhuatiri tidak dapat mengubah keputusan yang lebih baik UKFM yang lebih baik

    untuk semester yang akan datang.

    Justeru itu saya terpanggil untuk mengadakan mesyuarat Panitia Pendidikan Jasmani danKesihatan untuk berbincang dengan guru-guru Pendidikan Jasmani yang lain tentang masalahyang dihadapi oleh murid ini.

    Kebanyakan guru membuat kesimpulan yang sama, mengatakan murid ini sukar untuk mengikutipergerakan yang diperlukan semasa melakukan lompatan berkenaan. Mungkin disebabkan faktor saiz dan berat badannya. Namun, jika menggunakan teknik yang betul, saiz dan berat badanbukanlah penghalang untuk mendapatkan gred yang baik dalam bateri ujian lompat jauh berdiri.Kini saya sedar, masalah ini adalah berpunca daripada teknik yang salah.

    Oleh itu, dengan sukacitanya saya mengetengahkan kajian saya ini bagi membantu murid

    tersebut memahirkan diri untuk melakukan teknik lompatan yang betul seperti kangaroomelakukan lompatan di Australia. Diharapkan dengan cara dan teknik yang betul akanmempertingkatkan jarak lompatan serta memperbaiki keputusan UKFM murid Tahap 1( perempuan ) untuk semester 2 nanti.

    2.0 FOKUS KAJIAN

    Saya dapati murid saya ini menghadapi masalah dalam melakukan teknik hayunan, lonjakan,lentingan dan pendaratan yang betul. Berdasarkan keputusan UKFM pada semester 1, didapati

  • 8/14/2019 Meningkatkan Kemahiran Lompat Jauh Berdiri Dalam Ukfm

    2/9

    murid ini tidak berjaya mendapat keputusan gred C, gred B apatah lagi gred A. Murid ini hanyamemperolehi keputusan tidak cergas bersamaan gred E dengan jarak 65 cm sahaja. Kelemahanmurid berpunca daripada teknik lompatan yang salah. Murid dilihat melakukan lompatanmengikut cara dan gaya sendiri. Dengan membantu murid melakukan teknik yang betul, sayayakin murid boleh melakukan lompatan yang lebih jauh seterusnya dapat meningkatkan gredpencapaian UKFM murid Tahap 1 ( perempuan ) untuk semester 2 nanti.

    3.0 OBJEKTIF KAJIANSelepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid akan mencapai objektif berikut:

    3.1 Objektif Am

    Kajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran lompat jauh berdiri dalam UKFM.

    3.2 Objektif Khusus

    1. Memperbaiki teknik lompatan murid.2. Meningkatkan jarak lompatan murid .3. Mengubah cara pengajaran guru supaya murid lebih jelas semasa sesi penerangan.4. Meningkatkan gred murid ke tahap sederhana cergas (Gred C) dalam bateri ujian lompat

    jauh berdiri.

    4.0 KUMPULAN SASARAN:

    Kajian ini melibatkan seorang murid Melayu perempuan Tahun 3 Cerdik.

    Bilangan Murid SeorangJantina PerempuanTahap SatuKelas 3 CerdikUmur 9 TahunTinggi (cm) 140 cmBerat Badan (kg) 63 kg

    Tindakan yang dicadangkan:

    5.0 PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah

    Tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, Ujian Pra dan Pos dan Soal Selidik.5.1.1 Pemerhatian

    Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses peneranganberlangsung dan selepas kajian. Sebelum membuat kajian, murid kurang berminat dan memberitumpuan kerana baginya, aktiviti tersebut sukar dilakukan oleh dirinya. Saya juga telah merakamaksi lompatan murid ini menggunakan video rakaman sebelum dan selepas membuat kajian.

    5.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pos

    Ujian pra diberikan kepada murid untuk mengesahkan sejauh mana pengaplikasian kemahiranlompatannya betul. Murid kemudiannya diminta mengikuti Program Tiru Macam Saya yangdiadakan selama 30 minit bersamaan 1 waktu Pendidikan Jasmani. Aktivitinya adalah sepertiberikut :

    Aktiviti 1 : Menayangkan tayangan video tentang Kangaroo.

  • 8/14/2019 Meningkatkan Kemahiran Lompat Jauh Berdiri Dalam Ukfm

    3/9

    Aktiviti 2 : Guru menunjuk cara teknik lompatan yang betul langkah demi langkah ( tunjuk cara ).Aktiviti 3 : Murid meniru lompatan yang ditunjukkan oleh guru.Aktiviti 4 : Adakan permainan kecil. Aya Cik Siti.

    5.1.3 Soal Selidik

    Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada murid untuk mendapatkan maklumbalas berkenaan bateri ujian Lompat Jauh Berdiri sebelum dan selepas Program Tiru MacamSaya diperkenalkan kepadanya.

    5.2 ANALISA TINJAUAN MASALAH

    5.2.1 Analisa PemerhatianBerdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap murid ini didapati:

    Murid berjaya memperbaiki teknik lompatannya dengan teknik hayunan, lonjakan,lentingan dan pendaratan yang betul.

    Murid berjaya meningkatkan jarak lompatan yang lebih baik berbanding jarak lompatan

    sebelum kajian iaitu hanya 65 cm dengan gred E. Kini jarak yang diperolehi menjangkau jarak 78 cm dengan gerd D. Pada minggu seterusnya, walaupun perolehan gred masihditahap sama iaitu D, namun jaraknya telah meningkat kepada 84 cm. Manakala, padaminggu ketiga pula, jarak lompatan bertambah kepada 90 cm dengan gred D. Setelah 4minggu murid ini mengikuti Program Tiru Macam Saya, jarak lompatan kini melonjakkepada 101 cm dengan perolehan gred C.

    Suasana pengajaran dan pembelajaran guru lebih menyeronokan dan efektif.

    5.2.2 Analisa Ujian Pra dan PosPerbandingan pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos adalah seperti berikut :

    Ujian Pra Pos 1 Pos 2 Pos 3 Pos 4

    Minggu SebelumKajian

    Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4

    Jarak 65 cm 78 cm 84cm 90cm 101cm

    Gred E D D D C

    GRAF PERBANDINGAN UJIAN

    65

    7884

    90

    101

    60

    70

    80

    90

    100

    110

    PRA POS 1 POS 2 POS 3 POS 4

    UJIAN

    J A R A K

    ( C M

  • 8/14/2019 Meningkatkan Kemahiran Lompat Jauh Berdiri Dalam Ukfm

    4/9

    Dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukan terdapat peningkatan dari segi jarak lompatanmurid. Murid kini berjaya membuat lompatan yang baik dan murid lebih berkeyakinan semasamelakukan aktiviti lompatan.

    5.2.3 Analisa Soal Selidik

    Murid telah memberi respon positif manakala guru telah memberikan komen yang membina.Berikut adalah analisis soal selidik yang telah dijawab oleh murid:

    Sebelum:SKALA SETUJU TIDAK SETUJUITEM

    1 Lompatan sukar untuk dilakukan. x2 Saya tidak suka melakukan aktiviti lompatan. x3 Saya malu hendak melompat. x4 Saya tidak boleh melompat dengan baik. x5 Saya sukar untuk membayangkan cara sebenar Lompat

    Jauh Berdiri.

    x

    Selepas:SKALA SETUJU TIDAK SETUJUITEM

    1 Lompatan sukar untuk dilakukan. x2 Saya tidak suka melakukan aktiviti lompatan. x3 Saya malu hendak melompat. x4 Saya tidak boleh melompat dengan baik. x5 Saya sukar untuk membayangkan cara sebenar Lompat

    Jauh Berdiri.x

    5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

    1. Selepas murid menjalani Ujian Pra, saya telah meminta murid tersebut berjumpa dengansaya untuk menyertai Program Tiru Macam Saya bagi membantunya meningkatkankemahiran lompatan.

    2. Seterusnya, saya mengambil rakaman aksi lompatannya lalu menunjukan kepadanyasambil menerangkan kesilapan yang telah dilakukan olehnya.

    3. Murid diterangkan teknik lompatan yang betul adalah dengan menggunakan teknikhayunan, lonjakan, lentingan dan pendaratan yang betul.

    4. Murid kemudiannya ditunjukkan tayangan video yang memaparkan bagaimana kangaroobergerak.

    5. Murid melihat pula tunjuk cara oleh guru, lalu murid meniru perbuatan guru satu persatubermula dengan hayunan, lonjakan, lentingan dan akhirnya pendaratan. Murid jugadiminta membayangkan cara-cara kangaroo melompat seperti yang telah ditontonnyadalam video tadi.

    6. Murid menjalani Ujian Pos 1 pada minggu pertama, Ujian Pos 2 pada minggu kedua,Ujian Pos 3 pada minggu ketiga dan Ujian Pos 4 pada minggu keempat. Setiap kali Ujian

  • 8/14/2019 Meningkatkan Kemahiran Lompat Jauh Berdiri Dalam Ukfm

    5/9

    Pos dijalani oleh murid, guru akan merakam aksi lompatan sehinggalah pada mingguyang terakhir iaitu Ujian Pos 4.

    7. Setiap kali Ujian Pos diadakan, guru akan merakam dan menerangkan apakah kesilapanyang masih dilakukan oleh murid, dan murid pula akan memperbaikinya.

    5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN/ PENILAIAN

    Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 4 minggu sahaja dengan 14 kali pertemuan( seminggu 3 kali pertemuan ). Saya telah memperuntukkan 1 waktu Pengajaran danPembelajaran Pendidikan Jasmani ( 30 minit ) untuk membimbing murid ini. Semasa sayamenjalankan kajian ini, saya telah berjaya memperbaiki teknik lompatan murid sekaligusmeningkatkan jarak lompatannya.

    Murid telah diminta mengisi borang soal selidik tentang Lompat Jauh Berdiri sebagai langkahpertama sebelum kajian dijalankan. Tujuan mengedarkan borang soal selidik ini supaya muridlebih bebas dan selesa menjawab berbanding mendapatkan maklumat secara temubual.Kemudian, murid telah menjalani ujian Pos 1 pada pertemuan ke 3, setelah 2 kali pertemuan

    pada minggu pertama. Begitu juga untuk ujian Pos 2, 3 dan 4, kesemua ujian dijalankan padapertemuan ke 3 pada setiap minggu. Murid juga diminta mengisi borang soal selidik selepastamat kajian. Saya juga telah menerangkan secara ringkas mengenai program ini kepadabeberapa orang rakan guru dan meminta mereka memberikan pandangan.

    Berdasarkan pemerhatian saya, kaedah Tiru Macam Saya ini walaupun nampak klise danmudah, tetapi ianya dapat membantu murid yang menghadapi masalah untuk mengikuti setiappenerangan guru terutamanya untuk melakukan aktiviti yang sukar bagi murid yang berbadanbesar. Saya rasa sungguh gembira kerana telah berjaya mengeluarkan murid ini daripadakepompong yang dibuatnya sendiri. Murid berbadan besar ini juga mampu memperolehikeputusan yang lebih baik dalam UKFM akan datang dan tidaklah hanya setakat pencapaiantidak cergas pada setiap tahun.

    5.5 REFLEKSI KAJIAN

    Pencapaian murid dalam Ujian Pra, Pos 1, Pos 2, Pos 3 dan Pos 4 menunjukan peningkatanyang agak ketara. Hasil dapatan kajian menujukan murid berbadan besar tidak terkecuali untukmendapat jarak lompatan pada tahap yang lebih baik iaitu Sedehana Cergas bersamaan Gred C.Kajian ini juga dapat membantu murid meningkatkan keyakinan diri dan daya kefahamanterhadap apa yang dipelajari.

    Sesi penerangan dan tunjuk cara juga menjadi lebih menyeronokan dan menarik minat muridkerana murid dapat melihat sendiri kesilapan aksi yang dilakukan semasa membuat lompatanmelalui rakaman video oleh guru. Murid juga lebih berdisiplin semasa melakukan aktiviti,berbanding sebelum kajian dijalankan.

    Saya berasa amat gembira kerana murid yang sering menghadapi masalah kurang cergas dantidak suka bersukan ini, kini sangat menyukai matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatandan kelihatan aktif ketika bersukan. Walaupun murid ini mempunyai berat dan saiz badan yangbesar, tetapi jika diberi tumpuan dan penerangan yang jelas, pastinya murid ini juga dapatmenyaingi murid-murid lain.

    6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

    Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya:

  • 8/14/2019 Meningkatkan Kemahiran Lompat Jauh Berdiri Dalam Ukfm

    6/9

    1. Semua guru Pendidikan Jasmani mengguna pakai kaedah Tiru Macam Saya dalam sesipengajaran dan pembelajaran mereka.

    2. Program Tiru Macam Saya dijadikan Program Kelas Pemulihan Pendidikan Jasmani danKesihatan di sekolah untuk murid tidak cergas dan mengalami masalah memahamipenerangan teknik ( tunjuk cara ) yang disampaikan oleh guru-guru Pendidikan Jasmani.

    3. Guru mempelbagaikan lagi aktiviti permainan kecil supaya menjadikan sesi pengajarandan pembelajaran lebih menyeronokan.

    Hasil daripada penyelidikan yang dijalankan, saya dapati bahawa terdapat perubahan yangpositif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran murid. Semoga hasil kajiansaya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik,berkesan dan menyeronokan.

    RUJUKAN

    Atan Bin Long ( 1976 ). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Penerbit Adabi Sdn.Bhd.Muhamad Daud Hamzah ( 1994 ). Perkembangan Kanak-Kanak dan Pembelajaran . KualaLumpur: Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd.

    Teng Boon Tong ( 2001 ). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan , Petaling Jaya:Longman Malaysia.

    Teng Boon Tong ( 2001 ). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas , Petaling Jaya: LongmanMalaysia

    Wee Eng Hoe ( 1995 ). Pengajaran Pendidikan Jasmani dam Kesihatan, Shah Alam: Fajar Bakti.

  • 8/14/2019 Meningkatkan Kemahiran Lompat Jauh Berdiri Dalam Ukfm

    7/9

  • 8/14/2019 Meningkatkan Kemahiran Lompat Jauh Berdiri Dalam Ukfm

    8/9

    LAMPIRAN 2

    Norma Skor Mentah UKFM

    GRED

    PEREMPUAN

    7 TAHUN 8 TAHUN 9 TAHUN

    A

    SANGAT CERGAS121.10 ke atas 141.41 ke atas 152.91 ke atas

    B

    CERGAS101.16-121.09 115.53-141.40 126.77-152.90

    C

    SEDERHANA

    CERGAS

    81.21-101.15 87.64-114.52 100.63-125.76

    D

    KURANG CERGAS61.27-81.20 60.76-87.63 74.50-100.62

    E

    TIDAK CERGAS61.26 ke bawah 60.75 ke bawah 74.49 ke bawah

  • 8/14/2019 Meningkatkan Kemahiran Lompat Jauh Berdiri Dalam Ukfm

    9/9