Meningkatkan Kemahiran ti Nombor 1 Hingga 9 Dengan Sebutan Angka Yang Betul Melibatkan 5 Orang Dari...

download Meningkatkan Kemahiran ti Nombor 1 Hingga 9 Dengan Sebutan Angka Yang Betul Melibatkan 5 Orang Dari 8 Orang Murid Tahun Satu a Melalui Pendekatan Permainan Roda Hikmah.

of 9

Transcript of Meningkatkan Kemahiran ti Nombor 1 Hingga 9 Dengan Sebutan Angka Yang Betul Melibatkan 5 Orang Dari...

  • 8/14/2019 Meningkatkan Kemahiran ti Nombor 1 Hingga 9 Dengan Sebutan Angka Yang Betul Melibatkan 5 Orang Dari 8 Ora

    1/9

    MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENALPASTI NOMBOR 1 HINGGA 9 DENGAN SEBUTAN ANGKA YANG BETULMELIBATKAN 5 ORANG DARI 8 ORANG MURID TAHUN SATU A MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN RODA HIKMAH.

    Oleh :

    KHALIDAH MASTURAH BINTI KALIMINSekolah Kebangsaan Seri Bukit Panjang

    81500 Pekan Nenas,

    Pontian.

    ABSTRAK

    Kajian Tindakan ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan tahap penguasaan matematik bagi murid

    Tahun Satu A yang menghadapi masalah mengenal nombor 1 hingga 9 dengan sebutan yang betul. Bagi

    mata pelajaran matematik, mengenal nombor 1 hingga 9 adalah satu kemahiran asas yang sangat penting

    untuk membina kognitif murid. Bermula tahun 2004 pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris mula

    dilaksanakan menyebabkan murid-murid mengalami masalah untuk mengikuti perubahan tersebut.

    Tambahan pula, apabila melihat latar belakang keluarga murid-murid yang tidak didedahkan dengan

    pembelajaran Bahasa Inggeris. Hasil pemerhatian awal, seramai 5 orang murid iaitu 3 orang lelaki dan 2

    orang perempuan tidak menguasai kemahiran asas dalam matematik iaitu mengenal nombor 1 hingga 9.

    Murid bukan sahaja tidak mengenal nombor 1 hingga 9 malah mereka juga tidak dapat menyebutnya

    dengan sebutan yang betul. Apabila diberikan kad nombor, murid hanya membaca nombor dalam tempoh

    5 minit awal. Selebihnya mereka menghabiskan masa dengan berbual-bual dan bermain. Apabila teguran

    diberikan, mereka mengatakan perasaan bosan dan menunjukkan muka yang muram . Pendekatan

    Permainan Roda Hikmah membantu murid untuk mengenal nombor 1 hingga 9 dengan sebutan yang

    betul berbanding menggunakan kad nombor. Hasil dapatan menunjukkan keputusan ujian pos meningkat

    kepada 80% berbanding ujian pra iaitu 0%. Dapatan pemerhatian menunjukkan murid kelihatan lebih ceria

    dan aktif ketika menjalankan permainan ini. Permainan Roda Hikmah ini telah membantu menarik minat

    murid serta mempertingkatkan penguasaan mengenal nombor 1 hingga 9 dengan sempurna.

    1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Saya merupakan guru matematik lepasan Maktab Perguruan. Saya telah ditugaskan di sebuah sekolahKurang murid (SKM) di Daerah Pontian bermula tahun 2005 sehingga kini. Salah satu peranan saya disekolah tersebut adalah sebagai Guru Matematik Tahun Satu . Saya sedar akan tanggungjawab yangharus saya laksanakan lebih-lebih lagi saya menghadapi murid-murid luar bandar yang hanyabergantung harap kepada guru untuk berjaya. Tahap penguasaan matematik di sekolah ini beradapada tahap sederhana. Oleh itu, saya membuat satu kesimpulan, murid-murid ini perlu dibentukbermula dari awal iaitu bermula dari tahun satu hingga tahun seterusnya bagi menguasai semuaformula asas dan konsep matematik.

    Pada tahun ini, saya menerima 8 orang murid dari kelas tahun 1A. Minggu pertama pengajaran, sayadapat mengenal pasti masalah iaitu tahap penguasaan murid dalam matematik amat lemah. Setelahmembuat soal selidik, 3 orang murid menyatakan mereka tidak didedahkan dengan pendidikan awalsebelum melangkah ke sekolah. Hal ini menyebabkan murid tidak mengenal nombor 1-9 dengan baik.Tercetus beberapa persoalan antaranya dimanakah tanggungjawab ibu bapa untuk memberipendidikan kepada anak-anak mereka? Terdapat juga 2 orang murid yang di hantar ke sekolah TadikaKemas, tetapi masih tidak mengenal nombor. Saya berpendapat murid-murid ini mempunyai IQ ataukecerdasan otak yang amat lemah di samping tiada bimbingan daripada ibu bapa sewaktu di rumah.

    Seperti yang kita ketahui, pembelajaran bermaksud satu proses dalaman yang berlaku dalam akalfikiran dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Menurut teoripembelajaran Gagne, seseorang murid atau pelajar dapat memproses maklumat dengan betul. Namunbegitu, 5 orang murid yang saya kaji ini tidak dapat memproses maklumat dengan betul dan tepat.

    1

  • 8/14/2019 Meningkatkan Kemahiran ti Nombor 1 Hingga 9 Dengan Sebutan Angka Yang Betul Melibatkan 5 Orang Dari 8 Ora

    2/9

    Oleh itu, Gagne telah menyenaraikan 8 hierarki pembelajaran samada penerimaan pemprosesanmaklumat itu melalui isyarat, gerak balas, rangkaian motor dan sebagainya. Justeru, sayaberanggapan, bahawa 5 orang murid saya dapat menerima pemprosesan maklumat namun perludiberikan peneguhan atau pengukuhan bagi memudahkan perlaksanaan mereka menerima maklumat.

    Hal ini kerana, menurut Jerome Bruner ( 1961 ) murid dapat memproses maklumat denganmenggunakan gambaran atau simbol seperti roda hikmah yang telah dilaksanakan untuk mengenalnombor 1 hingga 9 dengan sebutan angka yang betul. Lebih nyata jika saya nyatakan bahawa,menurut tokoh Kognitif , Jean Piaget (1896-1980 ) mengatakan seorang guru matematik perlumenumpukan perhatian terhadap perkembangan kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit. Murid-murid sekolah rendah hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu,permainan Roda Hikmah ini adalah satu alat yang tepat untuk membantu murid mengenal nombor 1hingga 9 dengan sebutan angka yang betul.

    Namun demikian, sebagai seorang pendidik, memastikan anak didiknya mendapat segala ilmu yangdipelajari adalah suatu kewajipan walaupun ia bukan satu perkara yang mudah. Guru seharusnyamelaksanakan tugas dengan baik dan berkesan dengan menggunakan kaedah pengajaran danpembelajaran yang betul. Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang lepas, saya telahmenggunakan beberapa teknik untuk meningkatkan tahap penguasaan murid melalui teknik mengingatdan melukis nombor sambil menyebut . Contoh aktiviti yang telah saya gunakan adalah dengan

    menggunakan kad imbasan, latihan pengukuhan, tayangan LCD dan melalui aktiviti nyanyian. Namundemikian, daripada pemerhatian saya, didapati bahawa segelintir murid saya tidak dapat mengenal danmenyebut nombor dengan betul, terutama sewaktu saya menguji mereka dengan menunjukkan nombordengan menggunakan kad imbasan. Saya sering berfikir dan bertanya sendiri Adakah murid-muridsuka pengajaran aku ? Adakah mereka seronok belajar matematik ?

    Hal ini menimbulkan rasa terkilan dan bersalah sekiranya saya masih tidak dapat membentuk murid-murid untuk mengenal nombor 1 hingga 9 dan mempelbagaikan aktiviti untuk meningkatkan tahappenguasaan murid dengan lebih baik. Menyedari masalah ini, saya cuba untuk meningkatkan satukemahiran yang lebih seronok semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran melalui PermainanRoda Hikmah. InsyaAllah saya pasti anak murid saya dapat meningkatkan kemahiran mengenalnombor 1 hingga 9 dan menyebutnya dengan betul.

    Saya amat berharap agar kajian yang akan saya jalankan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Bagisaya, jika seseorang guru itu berusaha dengan bersungguh-sungguh, kejayaan pasti menunggunya.Namun begitu usaha yang dijalankan perlulah berterusan dan InsyaAllah saya akan mencuba untukmemperbaiki kesilapan yang lalu agar melahirkan murid-murid yang cemerlang, gemilang danterbilang.

    2.0 FOKUS KAJIAN

    Daripada pemerhatian yang dijalankan terhadap 5 orang dari 8 orang murid dari kelas Tahun 1A sayamendapati mereka mudah bosan terhadap pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kadImbasan ( Nombor ). Murid-murid ini lebih cenderung kepada aspek permainan. Justeru itu, saya telahmembuat satu pendekatan menggunakan Kaedah permainan menggunakan kinestetik untuk menarikperhatian di samping menguasai kemahiran Mengenal dan Menyebut Nombor 1 hingga 9. Kajian ini

    berfokuskan kepada :-

    1. Meningkatkan kemahiran mengenal nombor 1 hingga 9 .2. Menyebut nombor 1 hingga 9 dengan betul.

    2

  • 8/14/2019 Meningkatkan Kemahiran ti Nombor 1 Hingga 9 Dengan Sebutan Angka Yang Betul Melibatkan 5 Orang Dari 8 Ora

    3/9

    3.0 OBJEKTIF KAJIAN

    3.1 Objektif AmTujuan kajian ini adalah untuk membantu murid meningkatkan kemahiran mengenalnombor 1 hingga 9 dengan sebutan angka yang betul.

    3.2 Objektif Khusus1. Meningkatkan kemahiran mengenal nombor 1 hingga 9 dengan sebutan angka yang betul.

    2. Membantu guru mengubah cara pengajaran supaya menimbulkan keseronokan semasa

    melakukan aktiviti.3. Menyemai sikap bertolak-ansur semasa menjalankan aktiviti.

    4.0 KUMPULAN SASARAN

    Kajian ini dijalankan kepada 5 orang daripada 8 orang murid Tahun Satu A di Sekolah KebangsaanSeri Bukit Panjang. Mereka ini terdiri daripada 3 murid lelaki dan 2 murid perempuan yang tidakmenguasai Kemahiran mengenal dan menyebut nombor 1 hingga 9.

    5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

    5.1 Tinjauan Masalah

    Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan kaedah pemerhatian danpenggunaan ujian pra dan ujian pos.

    5.1.1 Kaedah Pemerhatian

    Saya telah membuat pemerhatian awal ke atas sikap dan tingkah laku murid semasa proses

    pengajaran dan pembelajaran Matematik berlangsung. Pada awal pengajaran, apabila sayameminta murid menyebut nombor-nombor yang terdapat di dalam kad Imbasan nombor muridmula tidak menumpukan perhatian terhadap arahan yang diberikan. Mereka lebih gemarbermain daripada melihat kad nombor yang telah dilekatkan pada papan BBM. Saya dapatimurid juga tidak memberikan perhatian sepenuhnya terhadap pengajaran dan kurangmengambil bahagian semasa aktiviti di jalankan. Apabila ditanya secara lisan ( menggunakankad Imbasan nombor ), murid-murid ini tidak dapat menyebut nombor 1 hingga 9 dengan tepat.Dapat disimpulkan, masalah yang dihadapi oleh murid ialah :

    1. Murid tidak dapat mengenal nombor 1 hingga 9 dengan betul.2. Murid tidak dapat menyebut nombor 1 hingga 9 dengan betul.3. Murid sukar untuk mengingati nombor yang tertera dengan sebutannya.4. Murid tidak berminat melibatkan diri dalam aktiviti kelas.5. Murid hilang tumpuan kerana mudah tertarik dengan persekitaran luar.6. Murid cepat bosan.

    3

  • 8/14/2019 Meningkatkan Kemahiran ti Nombor 1 Hingga 9 Dengan Sebutan Angka Yang Betul Melibatkan 5 Orang Dari 8 Ora

    4/9

    Jadual 1 : Peratusan Dapatan murid Menyebut Nombor secara lisan

    BIL SEBUTAN NOMBOR

    KAD IMBASANNOMBOR

    BETUL SALAH JUMLAH

    a 2 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )

    b 9 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )c 1 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )

    d 4 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )

    e 6 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )

    f 8 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )

    g 3 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )

    h 7 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )

    I 5 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )

    j 4 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )

    k 7 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )

    l 3 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )

    m 5 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )

    n 8 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )

    o 2 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )p 3 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )

    q 9 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )

    r 4 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )

    s 6 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )

    t 1 0 ( 0% ) 5 ( 100% ) 5 ( 100% )

    5.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pos

    Ujian pra dijalankan pada 26hb Mac 2007 kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauhmana kemahiran murid dapat meningkatkan kemahiran mengenal nombor 1 hingga 9dengan sebutan angka yang betul . Ujian yang saya jalankan adalah selama 30 minit denganmemberikan 1 set kertas soalan yang mengandungi 20 soalan . Soalan yang diberikan adalahberbentuk soalan nombor dan gambar. Hasil daripada ujian tersebut, saya dapati 5 orang muridtidak dapat mengenal nombor 1 hingga 9 dan gagal untuk menyebut angka dengan betul.

    Ujian pos dijalankan pada 28 Mei 2007. Sebanyak 25 soalan yang berbentuk nombor dangambar diberikan kepada murid-murid . Ujian ini dijalankan selama 30 minit. Walaupun soalanyang diberikan adalah berbeza dari Ujian pos, namun dari segi kemahiran adalah sama iaituMengenal nombor 1 hingga 9 dengan sebutan angka yang betul.

    5.2 Analisis Tinjauan Masalah

    Analisa dilakukan berdasarkan kepada dua aspek iaitu :-

    1. Kaedah Pemerhatian berdasarkan tingkah laku murid dan sebutan nombor 1 hingga

    9.2. Kaedah Ujian Pra dan Pos

    5.2.1 Pemerhatian berdasarkan tingkah laku dan sebutan nombor 1 hingga 9.

    Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati :-1. Murid lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diutarakan oleh guru dan lebih berani

    untuk menjawab segala soalan yang telah diajukan.

    2. Murid dapat menyiapkan segala kerja yang diberikan dengan cepat dan pantas.

    4

  • 8/14/2019 Meningkatkan Kemahiran ti Nombor 1 Hingga 9 Dengan Sebutan Angka Yang Betul Melibatkan 5 Orang Dari 8 Ora

    5/9

    3. Suasana di dalam kelas lebih menyeronokkan dan murid lebih aktif dan tidak bosan ketikamenjalankan aktiviti.

    Jadual 2 : Peratusan Dapatan murid Menyebut Nombor secara lisan

    BIL SEBUTAN NOMBOR

    KAD IMBASANNOMBOR

    BETUL SALAH JUMLAH

    a 2 5 ( 100% ) 0 ( 0% ) 5 ( 100% )

    b 9 4 ( 80% ) 1 ( 20% ) 5 ( 100% )

    c 1 5 ( 100% ) 0 ( 0% ) 5 ( 100% )

    d 4 5 ( 100% ) 0 ( 0% ) 5 ( 100% )

    e 6 4 ( 80% ) 1 ( 20% ) 5 ( 100% )

    f 8 4 ( 80% ) 1 ( 20% ) 5 ( 100% )

    g 3 5 ( 100% ) 0 ( 0% ) 5 ( 100% )

    h 7 4 ( 80% ) 1 ( 20% ) 5 ( 100% )

    I 5 4 ( 80% ) 1 ( 20% ) 5 ( 100% )

    j 4 5 ( 100% ) 0 ( 0% ) 5 ( 100% )

    k 7 4 ( 80% ) 1 ( 20% ) 5 ( 100% )

    l 3 5 ( 100% ) 0 ( 0% ) 5 ( 100% )

    m 5 4 ( 80% ) 1 ( 20% ) 5 ( 100% )

    n 8 4 ( 80% ) 1 ( 20% ) 5 ( 100% )

    o 2 5 ( 100% ) 0 ( 0% ) 5 ( 100% )

    p 3 5 ( 100% ) 0 ( 0% ) 5 ( 100% )

    q 9 4 ( 80% ) 1 ( 20% ) 5 ( 100% )

    r 4 5 ( 100% ) 0 ( 0% ) 5 ( 100% )

    s 6 4 ( 80% ) 1 ( 20% ) 5 ( 100% )

    t 1 5 ( 100% ) 0 ( 0% ) 5 ( 100% )

    Analisa data dalam Jadual 2 menunjukkan kad Imbasan a,c,d,g,j,l,o,p,r, dan t menunjukkanpeningkatan peratusan manakala kad imbasan b,e,f,h,i,k,m,n,q,r,s,t, menunjukkan masihterdapat seorang murid yang masih tidak menguasai mengenal dan menyebut nombor 1hingga 9 dengan betul dan tepat.

    5.1.1 Analisis Ujian Pra Dan Pos

    Perbandingan pencapaian murid dalam Ujian Pra penilaian dan Ujian Pos adalah seperti berikut :-

    Jadual 3 : Senarai Nama Murid Tahun 1 A Yang Menguasai Dan Tidak Menguasai KemahiranSelepas Menjalani Kajian ( UJIAN PRA DAN UJIAN POS )

    BIL KEMAHIRAN TIDAK DIKUASAI ( TANDA X )

    NAMA MURID UJIAN PRA UJIAN POS

    MENGENALNOMBOR

    MENYEBUTANGKA

    MENGENALNOMBOR

    MENYEBUTANGKA

    1 MOHAMAD SHAHERY BIN SHAHRIL X X / /

    2NORAMIRA BTE JAMAL

    X X / /

    3MOHAMAD FARID GHAZALI BIN ABDRAHMAN

    X X / /

    4 MOHAMAD DANIEL HAKIM BIN YUSRIX X / /

    5 NURUL HUSNA BTE RASHIDX X X X

    5

  • 8/14/2019 Meningkatkan Kemahiran ti Nombor 1 Hingga 9 Dengan Sebutan Angka Yang Betul Melibatkan 5 Orang Dari 8 Ora

    6/9

    Jadual 4 : Data Murid Yang Menguasai Dan Belum Menguasai Kemahiran Mengenal Nombor 1Hingga 9 Dengan Sebutan Angka Yang Betul ( Ujian Pra Dan Ujian Pos )

    KEMAHIRANUJIAN PRA UJIAN POS

    KEMAHIRANMENGENAL

    NOMBOR

    KEMAHIRANMENYEBUT

    ANGKA

    KEMAHIRANMENGENAL NOMBOR

    KEMAHIRANMENYEBUT

    ANGKAMENGUASAI 0

    ( 0% )0

    ( 0% )4

    ( 80% )4

    ( 80% )

    BELUMMENGUASAI

    5( 100% )

    5( 100% )

    1( 20% )

    1( 20% )

    JUMLAH 5( 100% )

    5( 100% )

    5( 100% )

    5( 100% )

    5.3 Tindakan Yang Dijalankan

    1. Saya telah memperkenalkan Permainan yang dinamakan Roda Hikmah kepada 5 Orang muridtahun 1A yang berunsurkan permainan supaya menarik minat murid dan dapat membantumurid Mengenal dan menyebut nombor 1 hingga 9 dengan betul dan tepat.

    5.4 Perlaksanaan Tindakan dan Pemerhatian

    6

    GRAF PERATUSAN PERBEZAAN MARKAHMURID

    BAGI UJIAN PRA DAN UJIAN POS

    MENGUASAI, 0

    MENGUASAI, 80

    TIDAK

    MENGUASAI, 100

    TIDAK

    MENGUASAI, 20

    0

    20

    40

    60

    80

    100

    120

    UJIAN PRA UJIAN POSJENIS UJIAN

    PERATUS

    MENGUASAI

    TIDAK MENGUA

  • 8/14/2019 Meningkatkan Kemahiran ti Nombor 1 Hingga 9 Dengan Sebutan Angka Yang Betul Melibatkan 5 Orang Dari 8 Ora

    7/9

    Permainan Roda Hikmah ( Sila rujuk di Lampiran A ) dijalankan pada 15 minit awal pengajaran danpembelajaran Matematik selama 6 minggu.

    5.5 Refleksi Kajian

    Semasa sesi bimbingan, saya merasa sangat kecewa, sedih dan hilang keyakinan kerana murid yangsaya terima pada tahun ini mempunyai pelbagai permasalahan dalam pembelajaran. Murid tidakmenumpukan sepenuhnya terhadap pengajaran saya. Adakalanya saya rasa tertekan dan putus asa.Namun, semangat dalam diri ingin membantu anak-anak melayu yang semakin mundur membuatkansaya semakin mengorak langkah ke hadapan . Namun begitu, selepas minggu kedua menggunakankaedah permainan Roda Hikmah ini, perubahan yang lebih positif telah ditunjukkan oleh 5 orang muridini seperti menjalankan permainan Roda Hikmah dengan bersungguh-sungguh dan menumpukanperhatian pada pengajaran guru.

    Walaubagaimanapun, terdapat seorang pelajar saya yang sangat lemah. Tetapi setelah saya membuatsedikit tinjauan, saya dapati murid ini selalu tidak hadir ke sekolah dan murid ini baru sahaja berpindahke SK Seri Bukit Panjang pada bulan 4 tahun 2007. Hal Ini menyebabkan pencapaian murid dalam

    Ujian Pos tidak mencapai seratus peratus kelulusan.

    Hampir 2 bulan saya menjalankan kajian Mengenal nombor 1 hingga 9 dan menyebut angka denganbetul dengan menggunakan kaedah atau pendekatan Roda Hikmah. Berdasarkan ujian Pos yang telahsaya jalankan untuk mengesan tahap pencapaian murid selepas diberikan bimbingan oleh guru, sayadapati keputusan dan analisa yang diperoleh menunjukkan tanda-tanda positif. Murid-murid bolehmengenal nombor tanpa mengira gambar yang ditunjukkan dan mereka boleh menyebut angka dengantepat jika disoal atau diberikan ujian. Ini memberikan perubahan yang positif dan membuahkan hasilyang positif bagi diri saya serta murid-murid itu sendiri. Murid-murid lebih ceria ketika menjalankanaktiviti kerana melibatkan perubahan dalam pengajaran guru serta menggunakan bahan bantumengajar yang menarik.

    Walaubagaimanapun, saya tetap berbangga dengan usaha saya dengan mencari satu alternatif

    menggunakan kaedah Roda Hikmah untuk memperbaiki kelemahan murid secara individu. Saya jugaberasa gembira kerana diberikan peluang untuk melaksanakan kajian tindakan ini serta menimbapengalaman baru untuk memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran saya di sekolah.

    Terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga saya yang banyak mengorbankan masa dantenaga dalam membantu saya untuk menyiapkan kajian tindakan ini dengan jayanya. Selain itu, jutaanterima kasih kepada pihak sekolah yang telah banyak membantu dalam melaksanakan kajian ini..Semoga pengalaman yang diperoleh dapat dipraktikkan dan sekaligus membantu saya untuk menjadiseorang guru yang berinovasi dan berwawasan tinggi. Harapan saya, semoga usaha yang sayalakukan dapat diteruskan oleh semua guru-guru untuk melahirkan generasi akan datang yang lebihpragmatik dan inovatif.

    6.0 Cadangan Untuk Meneruskan Kajian

    Melalui kajian yang telah saya laksanakan dengan menggunakan Kaedah Roda Hikmah ini,menunjukkan pencapaian dan penguasaan murid dalam mempelajari sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Oleh itu, saya telah memikirkan satu alternatif berhubung kait dengan roda hikmah tersebut.

    1. Saya akan menggunakan Roda Hikmah ini untuk murid-murid pengayaan atau pemulihandengan melekatkan nombor-nombor lain yang lebih besar atau kecil denganmempelbagaikannya mengikut tahap kognitif murid.

    7

  • 8/14/2019 Meningkatkan Kemahiran ti Nombor 1 Hingga 9 Dengan Sebutan Angka Yang Betul Melibatkan 5 Orang Dari 8 Ora

    8/9

    2. Selain itu, saya boleh mempelbagaikan aktiviti bukan sahaja tertumpu kepada mengenalnombor malah saya boleh aplikasikan ketika mengajar tajuk-tajuk matematik yang lain sepertipecahan, penambahan, penolakan atau sebagainya. Oleh sebab itu , saya telah memikirkansatu alternatif agar Roda Hikmah ini boleh digunakan lagi untuk pelbagai aktiviti. Oleh itu sayatelah menggukan zip pelekat ( Zip kain ) dan dilekatkan pada Roda Hikmah agar bolehdigantikan atau ditanggalkan dengan pelbagai bahan yang lain . Sekaligus ianya menjimatkanmasa, wang dan tenaga daripada terbuang untuk membuat roda lain.

    Rujukan

    Ee Ah Meng (1992). Pedagogi satu Pengenalan. Kuala Lumpur : Siri Pendidikan Fajar Bakti

    Pusat Perkembangan Kurikulum, (1998).Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran &Pembelajaran. Kuala Lumpur :Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Tang Chee Yee (1996). Bimbingan Dan Kaunseling Untuk Sekolah Rendah dan Menengah : KumpulanBudiman Sdn. Bhd.

    Muhd. Mansur Abdullah, S. Nordinar Mohd. Tamin (1996). Proses Kaunseling. Kuala Lumpur : DewanBahasa Dan Pustaka.

    Mok Soon Sang (1996). Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

    8

  • 8/14/2019 Meningkatkan Kemahiran ti Nombor 1 Hingga 9 Dengan Sebutan Angka Yang Betul Melibatkan 5 Orang Dari 8 Ora

    9/9

    Lampiran A

    9