:M..enjeja Warisan (Pahang

13
SEMINAR PERSURATAN PAHANG :M..enjeja� Warisan (Pahang Kebudayaan Pahang Dalam Alaf Baru Oleh: Profesor Madya Dr. Hanafi Dollah 27 - 28 Oktober 2001 Tempat : Auditorium Taman Budaya, Kuantan )lnjuran lBersama: labatan Kebudayaan &. Kesenian Pahang (lKKP) Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) (/)ennan 1(erjasama Yayasan Pahang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kerajaan Negeri Pahang

Transcript of :M..enjeja Warisan (Pahang

Page 1: :M..enjeja  Warisan (Pahang

SEMINARPERSURATAN PAHANG

:M..enjeja� Warisan (Pahang

Kebudayaan Pahang Dalam Alaf Baru

Oleh:

Profesor Madya Dr. Hanafi Dollah

27 - 28 Oktober 2001

Tempat : Auditorium Taman Budaya, Kuantan

)lnjuran lBersama:

labatan Kebudayaan &. Kesenian Pahang (lKKP)Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP)

(/)ennan 1(erjasamaYayasan Pahang

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)Kerajaan Negeri Pahang

Page 2: :M..enjeja  Warisan (Pahang

1

KEBUDAYAAN PAHANG DALAM ALAF BARU

Profesor Madya Dr. Hanapi DollahJabatan Persuratan Melayu

Universiti Kebangsaan Malaysia

Pendahuluan

Suatu hal yang agak 'ganjil' terjadi kepada Pahang ialah ia dipisahkan dengan negeri­

negeri jirannya yang terdekat iaitu Terengganu dan Kelantan, sebaliknya digabungkandengan negeri-negeri pantai barat Semenanjung. Akibatnya sehingga sekarang, Pahangseolah-olah menjadi 'marginal' baik dalam konteks negeri-negeri pantai timur mahupun

negeri-negeri pantai barat. Apabila menyebut tentang pantai timur, ingatan terns kepada

Terengganu atau Kelantan dan begitu juga kepada pantai barat, terns mernjuk kepada

Selangor dan Perak. Dalam pada itu, Pahang adalah salah sebuah negeri tua yang tidak

kurang penting kedudukannya baik dari sejarah mahupun kebudayaan. Dari segikebudayaan, Pahang sudah tentu lebih dekat kepada wilayah pantai timurnya, yang bukan

sahaja meliputi Terengganu dan Kelantan dan negeri-negeri pantai timur Semenanjung

yang lain seperti Johor dan Riau tetapi juga tanah seberang lautan China seperti Borneo,

Sulawesi, Jawa dan lain-lain.

Dengan itu tidak hairanlah kalau di negeri ini terdapat banyak keistimewaan baik dari

sejarah dan kebudayaannya. Dari segi sejarah silam, Pahang adalah tapak: arkeologi yang

kaya dan sehingga sekarang sebahagian kecil sahaja dicarigali (lihat. Bellwood 2000).Dari segi sejarah tua, ia tidak sunyi daripada pertalian pusat-pusat kebudayaan lain

seperti Melaka dan Jawa. Dari segi sejarah yang bam lalupun, Pahang masih panas dan

segar dengan para pahlawan dan tokoh anak watangnya, daripada Tok Gajah, Dato'

Bahaman dan Mat Kilau kepada Ishak Muhamad dan Kris Mas. Putera Pahang, Tun

Abdul Razak Hussein adalah seorang Perdana Menteri yang sangat berjasa kepada orang

Melayu, baik dari segi ekonomi, kebudayaan dan sistem pendidikan. Dengan itu, Pahangbukanlah suatu daerah pinggir (marginal) tetapi suatu negeri yang mempunyai kekayaandan keistimewaan tersendiri. Kekayaan dan keistimewaan itu semakin terserlah kalau

Page 3: :M..enjeja  Warisan (Pahang

2

dilihat dalam kontek semasa dan akan datang. Sekarang Pahang merupakan negeridestinasi utama pelancong. Tempat-tempat seperti Pulau Tioman, Cheranting dan

Genting Hinglands adalah tempat-tempat yang sudah dikenali di peringkat antarabangsa.Dalam suasana tersebut, negeri Pahang mempunyai peluang yang lebih besar untuk

membanguri kebudayaan tradisionaInya. Kebudayaan tradisional di sini termasuklah

kesenian.

Kebudayaan Pahang

Makalah ini tidak bertujuan untuk menghuraikan satu persatu latar di atas dan

kebudayaan Pahang kerana sebahagian perkara itu telahpun dibicarakan (lihat: AripinSaid 1997, Norazit Selat 1996, Zakaria Hitam 1991, Nik Hassan Shuhaimi 1997,

Bellwood 2000 dl1.). Pertama sekali Pahang mempunyai landskap fizikal yang begituistimewa berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Ia mempunyai pantai yang

cantik, pulau yang indah, rimba yang kaya, sungai yang memanjang ke pedalaman, tasik

yang penuh misteri serta kawasan tanah tinggi yang menyegarkan. Pusat peranginan

antarabangsa yang paling awal juga terdapat di negeri ini. Dengan itu dapat dikatakan

landskap fizikal negeri ini sudahpun terkenal di peringkat antarabangsa. Kedudukan ini

serta kekayaan alam semula jadi itu adalah tapak yang kukuh ke arab pembangunan dan

pelestarian kebudayaaannya.

Dari segi kebudayaan, Pahang boleh dikatakan mempunyai kesemua perkara, iaitu

daripada kebudayaan orang Asli seperti Semelai, Jah Hut dan Negrito kepada kehidupan

orang Melayu di rumah rakit dan kampung nelayan; daripada gua kepada istana; daripadaulit mayang kepada gamelang; daripada tarian halus wanita seperti tarian Iabi-labi kepadasilat kepahlawanan seperti silat pusaka dan mu'akat; daripada nyanyian rakyat ketika

menuai kepada dikir rebana di malam hari; dariapada kraftangan rakyat kepada tenunan

sutera; dan daripada pesta mengemping kepada perayaan kebesaran negeri. Kesemua itu

kalau dipadankan dengan keindahan alam semulajadi di atas memungkinkan Pahang

menjadi pengeluar dan pengeksport kebudayaan yang utama. Dalam waktu yang sarna, ia

Page 4: :M..enjeja  Warisan (Pahang

3

dapat memelihara, memulih, mengekal dan memajukan lagi setiap bentuk kebudayaanberkenaan.

Sebagaimana dimaklumi bahawa pada alaf bam ini dijangkakan kebangkitan apa yang

dinamakan oleh Alvin Toeffler, iaitu seorang peramal masa depan dunia ialah ekonomi

gelombang ketiga, iaitu ekonomi yang berasaskan komunikasi dan perkhidmatan. Dalam

ekonomi bentuk barn ini, peluang kerja bukan lagi dalam sektor pengeluaran barangan

tetapi sebagai pekerja kebudayaan, iaitu pekerja restauran, perkhidmatan perjalanan,

pasaran, perhotelan, dan sebagainya (Hall & Neitz 1993). Sebahagaian besar sektor

tersebut merupakan komponen kepada industri pelancongan. Industri ini diramalkan

menjadi kegiatan ekonomi utama dan akan mengatasi industri yang lain seperti

petrolium dan automobil. Sekarang pun ia sudah memperlihatkan kebangkitan itu, bukan

sahaja di peringkat antarabangsa tetapi juga di negara ini. Sekarang semua negara

melibatkan diri dalam memajukan industri tersebut, baik negara maju ataau negara

sedang membangun dan mundur. Dalarn pembangunan tersebut, antara lain kebudayaan

tempatan mendapat perhatian dan turnpuan kerana ia adalah suatu komponen pentingdalam industri itu.

Boleh dikatakan semua negara memberi perhatian ke arah membangun kebudayaan

tempatan masing-masing demi untuk mempertingkatkan lagi industri pelancongan. Bagi

negara-negara sedang membangun dan mundur yang masih menyimpan khazannah

kebudayaan rnereka berusaha mengekal dan memajukannya. Bagi negara maju, mereka

membina bentuk-bentuk kebudayaan yang barn seperti taman-taman bertema,

umpamanya Disneyland. Taman-taman buatan rnanusia tidak kurang hebatnya dari segisambutan orang rarnai dengan taman-taman semula jadi. Terdapat kajian yang

menunjukkan bahawa orang ramai lebih tertarik kepada binatang-binatang buatan di

taman-taman bertema daripada binatang asli yang terdapat dalam zoo-zoo. Dalam

industri pelancongan, pelancong kebudayaan menjadi sektor yang semakin berkembangdan penting (Richards 1996).

Page 5: :M..enjeja  Warisan (Pahang

4

Pelancongan Kebudayaan

Sebagaimana dimaklumi bahawa kebelakanagan ini, kerajaan memberi perhatian yang

serius kepada pelancongan sebagai sektor ekonomi negera. Malah, tidak: keterlaluan kalau

dikatakan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan itu lebih merupakanKementerian Pelancongan. Walau apapun, perkembangan di atas adalah suatu yang

menepati waktu yang sudah berubah. Konsep kebudayaan sendiri sekarang telah berubah.

Pada masa lalu kebudayaan ditakrifkan sebagai cara, peraturan dan kebiasaan hidup. Ia

dikongsi bersama dan menjadi panduan kepada semua orang. Di samping pengertian itu

masih dipakai, sekarang kebudayaan juga ditakrifkan sebagai produk, iaitu sesuatu yang

dihasilkan oleh anggota masyarakat sebagai barangan (komoditi) yang boleh

didagangkan. Takrifan kebudayaan sebagai produk inilah yang telah merapatkan

kebudayaan dengan pelancongan sehingga muneul konsep pelancongan kebudayaan

(culturral tourism) ataupun kebudayaan touristik. Pelancongan kebudayaan merujuk

kepada tujuan pelancong mencari keaslian dan makna melalui pengalaman melancong,

Seseorang pelancong melawati sesebuah destinasi dan dalam lawatan itu, dia

memperolehi pengalaman tentang kebudayaan destinasi tersebut. Dalam waktu yang

sama, pelancong juga mengkonsumpsikan kebudayaan tempatan dan apa yang

dikonsumpsikan itu adalah produk (Richards 1996). Dalam pelancongan terdapat apa

yang dipanggilnya sebagai pengeluaran kebudayaan.

Pengeluaran atau produk kebudayaan yang dicadangkan ialah seperti berikut :

1. Tapak arkeologi dan Muzium.

2. Senibina (runtuhan, bangunan terkenal, seluruh bandar).3. Kesenian, ukiran, kraf, galeri, perayaan dan peristiwa).4. Muzik dan tarian (klasikal, lisan, kontemporari).5. Drama (teater, artis).6. Bahasa dan sastera.

7. Perayaan keagamaan.8. Kebudayaan warisan silam (orang Asli).

Page 6: :M..enjeja  Warisan (Pahang

5

Produk di atas menjadi daya tarikan pelancong kerana ia menawarkan pengalaman dan

pengetahuan tentang sejarah dan warisan atau kehidupan semasa orang lain yang

lazimnya berbeza dengan mereka dan tempat-tempat lain yang pemah mereka lawati. Ia

memberi sesuatu yang baru, yang diistilahkam sebagai asli atau autentik. Seandainya,

produk itu juga sesuatu yang bermutu, kemungkinan besar mereka akan kembali semula

untuk mengulangi kunjungannya.

Apa yang menarik tentang Pahang dalam konteks produk kebudayaan, ialah tanpa

disedari bahawa terdapat produk yang telahpun mendapat sambutan di kalangan

pelancong asing sejak awal lagi, iaitu sebelum usaha-usaha promosi dilakukan. Pada

tahun-tahun 1970-an, satu penyelidikan telah dibuat oleh Couillard (1980), seorang ahli

antropologi Perancis ke atas kebudayaan orang Jah Hut (Asli), di Jerantut, Pahang. Pada

waktu itu, pelancongan belum menjadi sektor ekonomi yang penting. Pelanncongan yang

ada pada masa itu lebih bersifat pelancongan berasaskan keindahan landskap fizikal. Pada

peringkat ini juga, ahli-ahli antropologi tidak memberi perhatian kepada fenomena

pelancongan kebudayaan, termasuk Couillard sendiri. Penyelidikan itu sendiri bukan

untuk melihat fenomena pelancongan tetapi lebih memberi perhatian kepada perubahankebudayaan akibat perkembangan ekonomi pasaran. Beliau membuat penelitian terhadapkesan ekonomi pasaran ke atas kehidupan sekelompok penduduk di pedalaman yang padamasa lalu boleh dikatakan tertutup kepada dunia luar. Kelompok itu, ialah orang Asli Jah

Hut.

Aspek yang ditelitinya ialah amalan pengukiran patung-patung yang dipanggil oleh

penduduk tempatan sebagai patung hantu Bes. Hantu Bes adalah kuasa luar biasa yang

dipercayai mengatur kehidupan mereka. Patung ini secara tradisi hanya diukir oleh orang­

orang tua yang mempunyai pengetahuan tentang mitos dan kepercayaan mereka. Namun

demikian, setelah ukiran itu diperkenalkan kepada para pelancong Eropah, ia mendapatsambutan baik. Ukiran kayu itu bukan sahaja dibeli oIeh pelancong tetapi akhimya telah

dieksport ke sana. Ukiran itu yang pada asalnya berkait dengan kepercayaan dan norma

kehidupan orang Jah Hut, akhimya menjadi produk - komoditi yang didagangkan di

Page 7: :M..enjeja  Warisan (Pahang

6

pasaran antarabangsa. Sekarang, patung-patung tersebut bukan sahaja diukir oleh orang­

orang tua, tetapi juga orang rnuda, terrnasuk orang perernpuan.

Meskipun tindakan orang-orang rnuda dan perernpuan rnengukir patung-patung tersebut

untuk tujuan kornersial adalah bertentangan dengan tradisi kepercayaan tradisional

mereka, tetapi ia juga perlu dilihat sebagai suatu perkernbangan positif Mengikut tradisi,

patung-patung tersebut adalah objek yang kudus dan penuh kesenian. Tindakan para

pengukir muda berkenaan walaupun boleh dianggap telah menjadikan patung-patung itu

tidak kudus lagi tetapi ia memberi nnafas baru kepada tradisi pengukiran itu. Dari sudut

pandangan para pelancong asing, ukiran itu .adalah suatu yang autentik dan mempunyaimutu kesenian yang tinggi. Ia adalah suatu produk kebudayaan Pahang yang boleh

dibanggakan.

Produk kebudayaan barangkali lebih berupaya menarik pelancong terutama apabila ia

dapat dikaitkan dengan ciri keaslian dan autentik itu. Keadaan yang sedernikian jugaberlaku ditempat-tempat lain seperti di Sarawak, Bali dan New Guinea. Di Sarawak

kebudayaan rumah panjang telah dijadikan produk atau daya tarikan pelancong ke negeriitu. Apa yang dihidangkan kepada para pelancong bukan sahaja kehidupan harlan di

rumah panjang tetapi segala aktiviti seperti upacara, kesenian, makanan, kraf,

mengembara di sungai, di hutan dan di huma. Rumah panjang merupakan produk

pelancongan yang hanya terdapat di Sarawak. Para pelancong asing yang sebahagian

besarnya datang dari Eropah berrninat untuk mendapat pengalaman dan mengetahui

kebudayaan tempatan. Kajian yang dibuat oleh Gewertz dan Errington (1991) di New

Guinea telah menunjukkan bahawa para pelancong Eropah datang ke New Guinea untuk

melihat kebudayaan penduduk Asli. Hal yang sarna dapat dilakukan di neggeri Pahang.

Barangkali pelancongan di Tasik Bera rnempunyai potensi yang besar sebagai suatu

destinasi utama. Produk kebudayaan bukan sahaja boleh berupa barangan kraf sepertiukiran ataupun kelengkapan sebuah rumah tradisional seperti rurnah panjang tetapi jugakeseluruhan persekitaran tempatan, terrnasuklah persernbahan dan upacara.

Page 8: :M..enjeja  Warisan (Pahang

7

Memandangkan banyak perkara yang dimiliki oleh negeri ini yang boleh dijadikan

produk pelancongan, maka usaha memulih dan memelihara khazanah lama itu

mempunyai masa depan yang cerah. Ia bukan semata-mata mengekalkannya dalam

konteks sejarah tetapi dalam konteks semasa dan kesemuanya itu mungkin kalau

digabung dengan pelancongan. Usaha-usaha mempertingkatkan perkembanganpelancongan sekalu gus harus melibatkan pembangunan kebudayaan tersebut.

Perkembangan yang sedang berlaku sekarang ialah pelancongan bukan lagi milik orang

asing atau segelintir penduduk tempatan yang kaya-kaya tetapi juga semakin merebak

kepada orang ramai yang brependapatan sederhana. Ringkasnya, perkembangan

pelancongan domestik sedang berlaku sekarang. Perkembangan itu sangat membantu

dalam perkembangan industri pelancongan dan sekali gus melibatkan penyediaan

produknya. Di sinilah datangnya kebudayaan tempatan. Produk-produk kebudayaan itu

boleh dibangunkan secara bermutu dan menawarkan harga yang berpatutan kepada

pelanggan dalam pakej tertentu. Ramai orang mahu me1ancong, tetapi sukar mencari

destinasi yang sesuai baik dari segi produk dan harganya.

Cadangan Pembangunan Kebudayaan

Di sebalik kekayaan yang disebutkan di atas, sebenarnya kebudayaan

tempatanltradisional di mana-mana sahaja sedang mengalami proses kemerosotan. Apa

yang diperkatakan di atas lebih merupakan 'bayangan' tentang apa yanag sepatutnya

berlaku. Pada realiti tidak begitu. Sebahagaian besar bentuk-bentuk kebudayaan itu

sekarang semacam khazanah lama yang semakin hari semakin dilupakan. Dalam

kehiduan harian sekarang, bersama cara hidup yang tidak lagi menekankan kepadatradisi dan norma lama telah mengetepikan bentuk kehidupaan lama yang mendokong

kebudayaan yang disebut di atas. Dalam waktu yang sama, perkembangan media cetak

dan elektronik menyebabkan kebudayaan bentuk barn yang didatangkan dari Barat, iaitu

apa yang disebut budaya popular lebih cepat berkembang. Hari ini, lebih ramai orang

dapat menyanyi lagu-lagu pop, tetapi tidak ramai tahu (bukan lagi menyanyi) lagu-lagu

Page 9: :M..enjeja  Warisan (Pahang

8

rakyat. Ringkasnya, kekayaan kebudayaan tempatan terpinggir sebaliknya kebudayaan

asing semakin meluas berkembang.

Dengan perkembangan industri pelancongan memungkinkan bentuk-bentuk kebudayaanlama itu dibangkitkan semula, dikembang dan dimajukan. Industri pelancongan yang

mempunyai sektor penginapan, makanan dan daya tarikan memerlukan sokongan produk

pelancongan seperti di atas. Tempat-tempat penginapan seperti hotel memerlukan

persembahan kebudayaan sarna ada sebagai produk jualan langsung atau nilai tambahan,

Restauran pula memerlukan makanan tempatan untuk memberi citra tempatan kepadanyadan lebih menarik lagi kalaua ada persembahan muzik dan lagu tradisional. Semua itu

memerlukan produk kebudayaan, Tanpa daya tarikan, pelancong tidak datang ke

sesebuah destinasi. Kehadiran pengembara atau melawat mesti mempunyai sebab

tertentu. Dalam kes pelancongan, sebab tersebut diberikan oleh produknya.

Sebagaimana dimaklumi bahawa pada asalnya Bali hanya mempunyai alam semulajadi

seperti pantai yang indah untuk ditawarkan kepada pelancong di. samping gambaran

'syurga' yang diberikan kepadanya. Kebudayaan sebagai daya tarikan utama hanyaberlaku kemudian. Tarian, teater dan muzik sebahagiannya didatangkan dari Jawa,

digubah dan diolah semula sehingga ia terbangun sebagai suatu bentuk khusus dan

akhirnya dikenali sebagai kebudayaan Bali (Picard 1996). Barangkali apa yang berlaku

dan dilakukan di Bali itu boleh menjadi contoh kepada pembangunan kebudayaan di

Pahang. Berbanding dengan negeri-negeri lain, Pahang adalah destinasi yang palingramai menenrima pelancong asing.

Jadual: Jumlah pelancong.

Langkah awal yang boleh diambil untuk pembangunan kebudayaan tersebut ialah

pemetaan atau iventori mengikut jenislbentuk dan lokaliti. Ia adalah semacam senarai

produk: tempat, benda dan peristiwa. Umpamanya, contohnya kawasan Pekan. Mungkin

Page 10: :M..enjeja  Warisan (Pahang

9

di senaraikan di sini produk kebudayaan itu seperti senarai di atas, iaitu (1) tapak

arkeologi dan muziurn, (2) Senibina (bangunanbersejarah - istana, masjid dll), (3)Kesenian (ukiran, kraf kostum, galerilparneran dll), (4) Persembahan (tarian, muzik dll),

(5) Sastera (lisan, pantun dll), (6) Perayaan (agama, upacara, hari kebesaran negeri dll),dan (7) Kebudayaan Orang Asli. Seandainya terdapat iventori secara detail di seluruh

daerah negeri Pahang, secara langsung dapat diketahui jumlah produk yang ada. Dalam

waktu yang sarna juga dicatatkan tarikh dan waktu produk itu boleh diperolehi pengguna

(para pelancong). Pemetaan dan iventori ini sangat berguna untuk membentuk satu jadualpelancongan negeri dan ia merupakan bahan informasi dan promosi yang penting.

Langkah selanjutnya ialah mengadakan semacam suatu festival sarna ada di peringkatdaerah (atau lokaliti tertentu) berdasarkan inventori di atas. Umparnanya di bali diadakan

'Festival Kesenian Bali'. Melalui peristiwa ini, akan lebih ketara penonjolan bentuk­

bentuk kebudayaan itu sarna ada untuk kegunaan para pelancong mahupun untuk

membina kesedaran di kalangan penduduk tempatan. Peneyertaan penduduk tempatan

dengan secara langsung menghidup dan membangkitkan bentuk-bentuk kebudayaan yang

kian terpeinggir itu. Malah di Bali, bersama festival itu diutarakan slogan-slogan tentang

'Pembinaan Kebudayaan Bali' dan 'Bersama Festival Kesenian Kami Membangunkan

Pelancongan Kebudayaan'. Dalam festival seperti ini, diadakan persembahan, pameran,

pertandingan dan pembarisan. Malah teater tradisional yang diadakan dalam festival itu

dapat menarik penonton seramai 7,000 orang.

Pembangunan pelancongan dan kebudayaan Malaysia yang ada sekarang lebih tertumpu

kepada kawasan Pusat, iaitu ibukota. Daerah di luarnya termasuklah peringkat negeri

agak tertinggal. Ringkasnya, Malaysia sering kali dilarnbangkan dengan Kuala Lumpur.Untuk memperluaskan kawasan pelancongan dan citra Malaysia, negeri seperti Pahangboleh memainkan peranan penting. Seandainya terdapat festival seperti itu, ia bukan

sahaja dapat menonjolkan Pahang sebagai destinasi utarna tetapi sekali gus juga Malaysiaseluruhnya. Festival yang dimaksudkan ini bukan suatu yang diadakan untuk penduduk

Page 11: :M..enjeja  Warisan (Pahang

10

tempatan tetapi sebagai suatu festival negara. Negeri Pahang bukan sahaja menawarkan

pelancongan berasaskan alam semula jadi yang masih asli tetapi juga kebudayaan yang

juga tidak kurang autentiknya.

Kelebihan dalam pembangunan kebudayaan di atas dalam industri pelancongan bukan

sahaja dapat meIstarikan kebudayaan tradisionalriya tetapi juga boleh menguatkan nilai

kebudayaan tempatan terutama sekali apabila berdepan dengan nilai dan kebudayaan

yang di bawa oleh para pelancong. Pembangunan kebudayaan tempatan dengan

sendirinya juga membawa kepada pengekalan nonnaini1ai asalnya. Dengan perkataan

lain, penduduk tempatan lebih berminat dan tertarik kepada kebudayaan mereka

berbanding dengan kebudayaan asing kerana produk pelancongan perlu mempertahankanciri autentiknya itu. Lebih jauh lagi, industri ini seperti juga industri yang lain, barangan

yang ada perlu mempunyai citra (brand image) dan jatidiri (identity marker). Untuk

membentuk citra dan jatidiri itu, kebudayaan tempatan sebaiknya tidak dicemari oleh

unsur-unsur asing.

Kesimpulan

Kebudayaan dan kesenian yang ada boleh dijadi sumber dan modal dalam pembangunanpada masa-masa mendatang. Dengan itu, ia adalah suatu warisan dan tinggalan yang

sangat penting dan perlu diberi perhatian yang jitu. Kebudayaan bukan lagi suatu yang

bersifat 'non-material' tetapi boleh menjadi komoditi yang penting. Sesuai dengan

kepelbagaian kebudayaan yang ada di Malaysia, maka negeri Pahang dapat mewujudkansuatu produk yang tersendiri. Dalam usaha industri pelancongan Malaysia menawarkan

citra 'Malaysia sebagai Asia', ia juga turut membuka ruang kepada Pahang untuk

membentuk produk yang tersendiri yang bukan sahaja untuk kegunaan pelancong asing

tetapi juga pelancong domestik. Di paras negara, Malaysia menawarkan pengalaman

kepelbagaian kebudayaan dan etnik seperti seperti etnik pribumi seperti Melayu, Than,

Page 12: :M..enjeja  Warisan (Pahang

11

Bidayuh dan Kadazan; etnik Cina dan India; serta etnik berbaur seperti Cina Baba,

Chetty India dan Portugis.

Apabila Kuala Lumpur mempunyai Chinatown seperti Jalan Petaling, Little India sepertidi Jalan Masjid India dan kawasan Melayu seperti Jalan Chow Kit dan Kampung Bahru,maka Pahang pula boleh mempunyai, umpamanya bandar budaya seperti Pekan dengan

dilingkari oleh muzium, istana, bangunan lama, kraf tenunan dan persembahan gamelan.Atau perkampungan Orang AsH di Tasik Bera dengan suasana kehidupan di pedalaman

yang rapat dengan alam sekitarnya. Dengan berkembangkan kebudayaan sebagai suatu

produk pelancong, bukan sahaja dapat menambah bilangan pelancong yang masuk tetapi

juga membuat mereka tinggallebih lama dan berbelanja lebih banyak.

Selain kebudayaan sebagai produklkomoditi kepada industri pelancongan, ia juga adalah

suatu proses yang memberi impak kepada kebudayaan. Pada satu paras, kebudayaan

tempatan mendapat nafas baru untuk hidup dan berkembang. Pada paras yang. lain,

pelancongan boleh memberi impak yang mempengaruhi kebudayaan tempatan dan

akhirnya boleh melibatkan perubahan kepada kebudayaan berkenaan. Apa yang terjadi

kepada Jah Hut, Than dan Chamberi di New Guinea di atas memberi gambaran bahawa

kebudayaan tempatan bukanlah suatu yang pasif dalam kontek pelancongan tetapi

sebaliknya memberi tindak balas yang sewajarnya. Dengan perkataan lain, ia bukan

sahaja mengalami perubahan akibat kehadiran para pelancong tetapi perubahan itu lebih

bercorak pembentukan semula kebudayaan berkenaan. Ini menunjukkan kedinamikan

kebudayaan atau apa yang disebut oleh ahli-ahli antropologi bahawa kebudayaan itu

berubah. Sudah lama dimaklumi bahawa apa yang disebut tradisi dalam sesebuah

kebudayaan bukanlah suatu yang usang dan purba tetapi sesuatu yang baru kerana ia

sentiasa dicipta semula atau dalam istilah Gewertz dan Errington 'tradisi bam' (new

traditionalism). Justeru, kebudayaan lama tersebut bukanlah suatu khazanah yang patut

dilupakan. Sebaliknya, ia boleh dibangunkan dan amat berguna kepada pembangunan

pada masa-masa mendatang nanti.

Page 13: :M..enjeja  Warisan (Pahang

12

Rujukan

Aripin Said. 1997. Lagu-Lagu Tradisional Rakyat Pahang, Kuala Lumpur: KKKP

Bellwood, P. 2000. Prasejarah Kepulauan Indo-Malaysia, Jakarta:Gramedia.

Couillard, M 1980. Tradition in Tension: Carving in Jah Hut Community, Penang:Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Gewertz, D. B. & Errington.F. K. 1991. Twisted Histories, Altered Contexts: RepsentingChambri in a World System, Carnbridge:Cambrigde University Press.

Hall, J. R. & Neitz, M. 1. 1993, Culture: Sociological Perspectives, Englewood Cliffs,N.J: Prentice-Hall.

Kadir H. Din. et. al. 1997. Tourism and Cultural Development in Asia and Oceania,Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

.

Nik Hassan Shuhaimi Abd. Rahman et. al. 1997. Pembangunan Arkeologi PelanconganNegeri Pahang, Kuantan : Lembaga Muzium Negeri Pahang.

Norazit Selat. 1996. Pahang Dahulu dan Sekarang, Kuala Lumpur: Persatuan Muzuim

Malaysia.

Picard, M. 1996. Bali Cultural Tourism and Touristic Culture, Singapore: ArchipelagoPress.

Zakaria Hitam. 1991. Asal-usul Nama Tempat Bersejarah, Pekan: Lembaga Muzium

Negeri Pahang.

Zakaria Hitam. 1979. Folk Tales ofMalaysia, New Delhi: Sterling.