Menterjemah Skrip

11
PPPJ 2443 TERJEMAHAN ARAB-MELAYU-ARAB 2 Menterjemah Skrip Oleh: Mohd Haffizzuddin bin Kamaruddin A144955 Pensyarah: Dr.Maheram binti Ahmad

Transcript of Menterjemah Skrip

Page 1: Menterjemah Skrip

PPPJ 2443TERJEMAHAN ARAB-MELAYU-ARAB 2

Menterjemah SkripOleh:

Mohd Haffizzuddin bin KamaruddinA144955

Pensyarah:Dr.Maheram binti Ahmad

Page 2: Menterjemah Skrip

Jenis-jenis Terjemahan Skrip

Terjemahan Skrip

Sari Kata

Skrip Drama Pentas

Skrip Alih Suara

Skrip Dialog

Page 3: Menterjemah Skrip

Terjemahan Sari Kata

Terjemahan sari kata diperlukan untuk dibaca oleh mata penonton. Dari sudut ini, penonton sesebuah rancangan harus sempat membaca sari kata yang tertulis pada skrin mereka. Terjemahan sari kata sangat dikongkong oleh saiz sesebuah skrin. Jadi, makin ringkas sari kata itu adalah lebih baik.

Page 4: Menterjemah Skrip

Kepandaian mencari perkataan, ejaan, frasa dan ayat yang lebih ringkas adalah kemahiran yang sangat diperlukan oleh penterjemah sari kata. Penterjemah sari kata juga mesti pandai mengurangkan apa yang boleh dikurangkan dalam sesebuah sari kata. Isu menokok tambah tidak timbul dalam terjemahan sari kata ini.

Page 5: Menterjemah Skrip

Terjemahan Skrip Drama Pentas

• Terjemahan skrip drama pentas diperlukan untuk dilakonkan oleh pelakon pentas dan juru alih suara.• Terjemahan ini mestilah memenuhi kriteria boleh

dilakonkan.• Terjemahan skrip drama pentas tidak terkongkong

kepada format teknikal seperti yang berlaku kepada terjemahan skrip alih suara dan sari kata.

• Penggunaan bahasa yang ringkas dan mudah dapat menarik minat penonton untuk memahami skrip drama pentas ini.

Page 6: Menterjemah Skrip

Terjemahan Skrip Alih Suara

Terjemahan skrip alih suara amat diperlukan bagi memudahkan penonton untuk memahami sesebuah cerita dengan lebih cepat. Terjemahan alih suara sangat dikongkong oleh gerak bibir pelakon. Terjemahan itu mestilah sama panjangnya dengan tempoh mulut pelakon itu bergerak- gerak, tidak boleh lebih lama mahupun kurang.

Page 7: Menterjemah Skrip

Ada kalanya penterjemah perlu menokok tambah perkataan supaya ayat dialog itu betul- betul selari dengan gerak bibir pelakon. Faktor terpenting dalam terjemahan alih suara ialah sistem bunyi. Bunyi-bunyi bahasa yang diucapkan oleh manusia ditentukan oleh bentuk pergerakan bibir. Oleh itu, terjemahan teks alih suara perlu mencari bunyi-bunyi yang mirip pergerakan bibir pelakon terutamanya bunyi pembukaan dan penutup dialog skrip yang diucapkan oleh pelakon.

Page 8: Menterjemah Skrip

Terjemahan Skrip Dialog

Penterjemahan skrip dialog banyak didapati dalam penterjemahan bahan-bahan seperti skrip filem, skrip televisyen, skrip drama, skrip iklan, novel dan lain-lain. Terdapat tiga syarat utama yang dikenakan kepada para penterjemah sewaktu menterjemah skrip dialog bagi mewujudkan terjemahan yang dinamik;

Page 9: Menterjemah Skrip

Syarat Utama dalam Penterjemahan Skrip Dialog

• Penterjemah dapat mengungkapkan perasaan sebenar watak yang mengucapkan dialog tersebut.

(1) Memenuhi Fungsi Ekspresif

Bahasa

• Dapat menghasilkan terjemahan yang sejadi atau bersahaja dalam bahasa penerima.

• Menimbulkan keselesaan pengucapan yang lebih bertenaga dari para pelakon.

(2) Sesuai dengan Kepanjangan Nafas

Manusia

• 1) Fakta am yang biasanya mudah ditafsirkan maknanya dan mudah diterjemahkan.

• 2) Berjaya mengungkapkan perasaan yang mengiringi pengucapan dialog tersebut.

• 3) Maklumat terselindung di sebalik dialog yang mencerminkan sikap atau prasangka tertentu penutur.

(3) Memenuhi Tiga Aspek

Maklumat yang Utama

Page 10: Menterjemah Skrip

KESIMPULAN Terjemahan skrip juga penting dalam masyarakat kita masa kini. Terjemahan skrip tidak hanya tertumpu pada penterjemahan skrip dialog semata-mata bahkan turut meliputi terjemahan skrip drama pentas, alih suara dan juga sari kata.

Page 11: Menterjemah Skrip

RUJUKAN

• Ainon Mohd dan Abdullah Hassan. 2008. Teori dan Teknik Terjemahan. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd.