Menurut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010

5
Menurut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 (SKPM), kemenjadian murid bermaksud keupayaan murid yang terbentuk hasil daripada peningkatan ilmu, penguasaan kemahiran yang merangkumi kemahiran insaniah, teknik dan kompetitif secara kreatif dan inovatif; peningkatan sikap, etika dan nilai murni; peningkatan sahsiah dan kecerdasan yang merangkumi pembangunan kebijaksanaan, kecerdasan akal, emosi, spiritual dan kecerdasan fizikal (Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, 2010). Definisi yang diberikan cukup meluas dan merangkumi setiap aspek dalam membentuk seorang insan yang sempurna. Namun, tanpa aktiviti-aktiviti bersesuaian yang dirancang dan dilaksanakan, maka definisi ini hanya akan tinggal coretan semata-mata tanpa output yang disasarkan. Dalam konteks sekolah, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) menilai impak sekolah berkesan dari aspek kemenjadian murid. Kemenjadian murid merupakan salah satu daripada lima Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 yang menekankan kewajaran 35% dalam pembinaan pendidikan yang berkualiti. Dalam erti kata lain, "kemenjadian murid" itu adalah "outcome" atau rupa bentuk insan yang kita mahu hasilkan dari kerjabuat kita mendidik sama ada ianya benar-benar terjadi dengan sempurna, kurang sempurna atau tidak menjadi langsung. Rupa bentuk insan yang kita mahukan itu telah digaris secara sempurna dan bertulis dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan Standard ke-5 SKPM 2010, aspek kemenjadian murid bagi peringkat sekolah rendah salah satunya diukur melalui aspek pengukuhan aqidah. Ini dinyatakan dalam kriteria ke-15 iaitu mengukuhkan asas aqidah (kepercayaan kepada Tuhan) dan mengamalkan nilai murni. Aqidah ialah kepercayaan dan keyakinan yang pasti dan tidak berbelah bagi serta tanpa keraguan dan syak wasangka kepada Allah dan segala sifatnya (Sayyid Sabiq 2000). Aqidah atau iman disebut sebagai keyakinan bersungguh-sungguh bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. adalah Tuhan bagi segala sesuatu, Maha Kuasa dan Maha Pencipta. Muhammad Abduh (1994) pula mengatakan aqidah ialah keyakinan kepada kewujudan dan keesaan Allah s.w.t. dan keyakinan kepada kewujudan dan keesaan Allah s.w.t. dan keyakinan kepada sifat-sifat serta perbuatan-perbuatan yang sabit denganNya kerana sesungguhnya Allah merupakan matlamat akhir dan tempat kembali segala makhluk di alam ini. Gejala sosial dalam kalangan murid yang kian meningkat hari demi hari berpunca daripada pelbagai faktor. Salah satunya faktor kekurangan ilmu agama

description

SKPM EDU sem 8

Transcript of Menurut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010

Page 1: Menurut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010

Menurut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 (SKPM), kemenjadian murid

bermaksud keupayaan murid yang terbentuk hasil daripada peningkatan ilmu, penguasaan

kemahiran yang merangkumi kemahiran insaniah, teknik dan kompetitif secara kreatif dan

inovatif; peningkatan sikap, etika dan nilai murni; peningkatan sahsiah dan kecerdasan yang

merangkumi pembangunan kebijaksanaan, kecerdasan akal, emosi, spiritual dan

kecerdasan fizikal (Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, 2010).

Definisi yang diberikan cukup meluas dan merangkumi setiap aspek dalam membentuk

seorang insan yang sempurna. Namun, tanpa aktiviti-aktiviti bersesuaian yang dirancang

dan dilaksanakan, maka definisi ini hanya akan tinggal coretan semata-mata tanpa output

yang disasarkan. Dalam konteks sekolah, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) menilai

impak sekolah berkesan dari aspek kemenjadian murid. Kemenjadian murid merupakan

salah satu daripada lima Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 yang menekankan

kewajaran 35% dalam pembinaan pendidikan yang berkualiti.

Dalam erti kata lain, "kemenjadian murid" itu adalah "outcome" atau rupa bentuk insan yang

kita mahu hasilkan dari kerjabuat kita mendidik sama ada ianya benar-benar terjadi dengan

sempurna, kurang sempurna atau tidak menjadi langsung. Rupa bentuk insan yang kita

mahukan itu telah digaris secara sempurna dan bertulis dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

Berdasarkan Standard ke-5 SKPM 2010, aspek kemenjadian murid bagi peringkat sekolah

rendah salah satunya diukur melalui aspek pengukuhan aqidah. Ini dinyatakan dalam

kriteria ke-15 iaitu mengukuhkan asas aqidah (kepercayaan kepada Tuhan) dan

mengamalkan nilai murni.

Aqidah ialah kepercayaan dan keyakinan yang pasti dan tidak berbelah bagi serta tanpa

keraguan dan syak wasangka kepada Allah dan segala sifatnya (Sayyid Sabiq 2000).

Aqidah atau iman disebut sebagai keyakinan bersungguh-sungguh bahawa sesungguhnya

Allah s.w.t. adalah Tuhan bagi segala sesuatu, Maha Kuasa dan Maha Pencipta.

Muhammad Abduh (1994) pula mengatakan aqidah ialah keyakinan kepada kewujudan dan

keesaan Allah s.w.t. dan keyakinan kepada kewujudan dan keesaan Allah s.w.t. dan

keyakinan kepada sifat-sifat serta perbuatan-perbuatan yang sabit denganNya kerana

sesungguhnya Allah merupakan matlamat akhir dan tempat kembali segala makhluk di alam

ini.

Page 2: Menurut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010

Gejala sosial dalam kalangan murid yang kian meningkat hari demi hari berpunca daripada

pelbagai faktor. Salah satunya faktor kekurangan ilmu agama dalam diri murid. Perkara asas

dalam agama ialah mengenal pencipta yakni tuhan. Timbulnya gejala keruntuhan akhlak

pada era ini adalah kerana murid tidak dididik untuk mengenal tuhan dalam kehidupan

seharian mereka. Kemenjadian murid bukan sahaja dinilai melalui aspek kecemerlangan

akademik bahkan kecemerlangan rohani perlu dititikberatkan. Jesteru tidak hairan jika timbul

isu pelajar pintar yang terjebak dengan masalah sosial seperti dadah, seks bebas,

pelacuran, buli dan sebagainya. Hal ini kerena tuhan telah hilang dalam hati mereka. Apabila

hilangnya tuhan dalam diri murid, tugas guru menjadi semakin sukar untuk mengawal

tingkah laku anak dan murid.

Al-Attas (1985) berpendapat, pendidikan aqidah adalah satu proses berterusan dalam hidup

manusia di muka bumi dan menjadi tanggungjawab kepada semua ahli masyarakat. Objektif

pendidikan dalam Islam ialah untuk melahirkan manusia yang baik dan seimbang, iaitu

manusia yang adil kepada diri dengan membina keyakinan dan keimanan yang teguh

kepada Allah s.w.t. yang merupakan satu-satunya realiti yang mutlak. Pendidikan yang

sebenar ialah integrasi daripada pelatihan fizikal dan pendisiplinan bahagian kerohanian

manusia kearah mencapai nilai kebahagiaan kerohanian yang merupakan kebahagiaan yang

tertinggi dan bersifat abadi.

Jika dilihat kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK), Aqidah menjadi suatu aspek

penekanan utama dalam sistem pendidikan nasional. Penyataan FPK adalah seperti berikut:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Penekanan terhadap aqidah dapat dilihat melalui frasa ‘..berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan.’ Meskipun perkataan Allah tidak digunakan bagi menampakkan

bahawa sistem pendidikan dijalankan untuk semua, ia tetap menampakkan penekanan

terhadap konsep tauhid kepada Pencipta melalui konsep uluhiah dan rububiyah bagi orang

Islam dan hanya rububiyah bagi bukan Islam.

Page 3: Menurut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010

Dalam melaksanakan Pendidikan Islam di Malaysia, kerajaan menetapkan pula Falsafah

Pendidikan Islam. Falsafah Pendidikan Islam di Malaysia adalah :

“Falsafah Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu,

kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk

sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah untuk

membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia

dan kesejahteraan abadi di akhirat.”

Oleh yang demikian, satu langkah intervensi telah diambil dengan menubuhkan sebuah

kelab dibawah seliaan Panitia Pendidikan Islam. Nama Al-Falah telah dipilih bagi kelab ini.

Perkataan arab ‘Al-Falah’ yang bermaksud kejayaan mempunyai falsafahnya yang tersendiri

sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-Mukminun dalam ayat 1 yang bermaksud

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.”

Berbeza dengan kelab pendidikan islam yang ada di sekolah rendah, kelab Al-Falah lebih

memfokuskan kepada proses pemantapan aqidah murid. Antara aktiviti yang dilaksanakan

oleh kelab ini ialah bacaan asmaul husna beramai-ramai sebelum bermulanya sesi

pengajaran dan pembelajaran. Asmaul husna yang menekankan tentang 99 nama-nama

Allah amat penting diketahui oleh setiap murid yang beragama islam. Melalui aktiviti ini

juga,murid dapat mengenal sifat kesempurnaan Allah. Sasaran aktiviti ini adalah seluruh

murid dan guru di sekolah. Guru penasihat akan memilih murid yang mempunyai sebutan

yang baik dan lancar untuk membacakan asma al-husna berdasarkan teks yang disediakan.

Bacaan ini akan dilakukan di bilik siaraya sekolah. Aktiviti ini akan dilaksanakan setiap hari

kecuali hari perhimpunan mingguan. Waktu 10 minit sebelum bermulanya sesi pengajaran

dan pembelajaran, murid yang bertanggungjawab akan meminta semua murid di setiap

kelas bersedia dengan teks asma al-husna yang telah diedarkan. Masa yang diperuntukkan

adalah 3 minit. Selesai bacaan, sesi P&P dijalankan seperti biasa.

Objektif aktiviti ini adalah supaya murid mengenal Allah swt sebagai zat yang menciptakan

dan mengatur alam semesta. Kekuasaan Nya tidak terbatas, kekuatan Nya tidak dapat

diukur, keluasan ilmu Nya tidak dapat diketahui, kebesaran Nya tidak dapat ditandingi oleh

siapapun. Karena itu keaguangan dan kebesaran hanyalah milik Allah swt. Sedangkan

manusia, betapapun hebat dan unggulnya, ia hanyalah salah satu makhluk dari berjuta-juta

makhluk Allah swt yang sangat memerlukan pertolongan dan perlindungan dari Nya.

Page 4: Menurut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama

Allah gemetarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya,

bertambahlah iman mereka kerananya dan hanya kepada Rabb mereka, mereka

bertawakkal.” (QS. Al-Anfal: 2).

Oleh karena itu semakin seseorang itu mengenal Allah swt, maka akan semakin kuat imanya

dan semakin takut kepada Nya.

Langkah intervensi kedua yang dilakukan oleh kelab Al-Falah adalah dengan memasang

papan digital di bangunan sekolah. Papan digital tersebut adalah seperti yang terdapat di

masjid-masjid seluruh negara. Penggunaan media seperti ini pastinya akan menarik

perhatian murid untuk membaca apa yang terpapar berbanding kaedah konvensional seperti

melekatkan kad grafik, dan lukisan mural pada dinding bangunan sekolah. Sasarannya ialah

seluruh warga sekolah. Pada papan digital ini akan dipaparkan tentang rukun islam, rukun

iman, sifat-sifat Allah dan perkara-perkara berkaitan aqidah. Guru penasihat akan

mempastikan papan digital ini sentiasa berfungsi seawal sesi persekolahan bermula

sehingga tamat sesi persekolahan.

Norton dan Winburg (2003) menjelaskan Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)

mempunyai peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Namun

begitu, ia bukanlah bertujuan untuk menggantikan tempat guru ataupun mengambil alih

peranan sekolah. Kemudahan yang diberikan oleh teknologi tesebut menjadi sebahagian

daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, sebagaimana ianya menjadi

sebahagian daripada pengalaman pembelajaran di luar sekolah. Jesteru, intervensi ini dilihat

sebagai satu langkah yang sangat relevena dalam usaha mendekatkan diri murid dan

seluruh warga sekolah kepada pencipta.

Page 5: Menurut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010

Al-Quran

Abdul Latif Bin Muda dan Rosmawati bt, Ali @ Mat Zin, 1998. Pengantar Ilmu Tauhid. Kuala

Lumpur : Pustaka Salam Sdn Bhd.

Dr. Abul Salam Muhamad Shukri, 2003. Panduan Mengajar Akidah Kepada Kanak-kanak.

Pahang : PTS Publication.

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti . (2010). Standard kualiti pendidikan Malaysia 2010. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Othman B. Md. Johan & Lukman Bin Dinyati. 2011. Persepsi guru-guru Pendidikan Islam

terhadap penggunaan ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran Sekolah

Kebangsaan Di Daerah Kluang. Journal of Social Science.

.