Menurut

2
Menurut An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Penyampaian pengajaran guru di dalam bilik darjah di sekolah mempunyai impak yang mendalam terhadap keberkesanan proses pembelajaran pelajar. Bagi seseorang yang baru menjejakkan kakinya dalam arena pengajaran konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pendidikan pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan. Menurut Rashidi Azizan dan Abdul Razak (1995), guru perlulah memilih dan menggunakan kaedah kaedah yang paling sesuai bagi membantu pelajar-pelajar dan dirinya sendiri bagi mencapai objektif pengajaran yang dirancangkan. Terdapat dua perkataan yang mempunyai maksud yang hampir sama dengan kaedah iaitu teknik dan pendekatan. Menurut Edward M. Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Aksiomatik ialah penyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti dan alasan. Kaedah pengajaran pula menurut Mok Song Sang (1992), cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun. Pendapat ini disokong oleh Edward M. Anthony (1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun, berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam mengelolakan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Azman Wan Chik (1987), teknik ialah apa yang dilihat dalam bilik darjah. Sebagai contoh guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa. Walau bagaimanapun, mengikut pandangan daripada Edward M. Anthony (1963), teknik mengajar merujuk kepada muslihat, atau strategi, atau satu kemahiran yang digunakan oleh guru dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum. Kaedah pengajaran yang baik ialah mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Keberkesanaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan. Menurut Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1995), guru perlulah memilih dan menggunakan kaedah-kaedah yang paling sesuai bagi membantu pelajar-pelajar dan dirinya sendiri bagi mencapai objektif pengajaran yang dirancangkan.

description

menurut ...

Transcript of Menurut

Menurut An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Penyampaian pengajaran guru di dalam bilik darjah di sekolah mempunyai impak yang mendalam terhadap keberkesanan proses pembelajaran pelajar. Bagi seseorang yang baru menjejakkan kakinya dalam arena pengajaran konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pendidikan pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan. Menurut Rashidi Azizan dan Abdul Razak

(1995), guru perlulah memilih dan menggunakan kaedah kaedah yang paling sesuai bagi membantu pelajar-pelajar dan dirinya sendiri bagi mencapai objektif pengajaran yang dirancangkan. Terdapat dua perkataan yang mempunyai maksud yang hampir sama dengan kaedah iaitu teknik dan pendekatan. Menurut Edward M. Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Aksiomatik ialah penyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti dan alasan. Kaedah pengajaran pula menurut Mok Song Sang (1992), cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun. Pendapat ini disokong oleh Edward M. Anthony (1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun, berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam mengelolakan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Azman Wan Chik (1987), teknik ialah apa yang dilihat dalam bilik darjah. Sebagai contoh guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa. Walau bagaimanapun, mengikut pandangan daripada Edward M. Anthony (1963), teknik mengajar merujuk kepada muslihat, atau strategi, atau satu kemahiran yang digunakan oleh guru dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum.

Kaedah pengajaran yang baik ialah mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Keberkesanaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan. Menurut Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1995), guru perlulah memilih dan menggunakan kaedah-kaedah yang paling sesuai bagi membantu pelajar-pelajar dan dirinya sendiri bagi mencapai objektif pengajaran yang dirancangkan. Menurut Esah Sulaiman (2003), pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan seperti pendekatan berpusatkan guru, pendekatan berpusatkan pelajar dan pendekatan berpusatkan bahan. Pemilihan dan perancangan guru dalam menentukan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti dalam sesuatu pengajaran untuk mencapai objektif adalah yang dikatakan strategi pengajaran.