Menyambung Kasih Ilahi, HIV AIDS Ditangani...

5
1 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia “MENYAMBUNG KASIH ILAHI, HIV/ AIDS DITANGANI” (24 DISEMBER 2010 / 18 MUHARRAM 1432H) Muslimin Yang di Rahmati Allah, Di kesempatan berada pada hari Jumaat yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah yang bertajuk: “MENYAMBUNG KASIH ILAHI, HIV/AIDS DITANGANI ” Muslimin Yang di Rahmati Allah, AIDS ialah sindrom kurang daya tahan penyakit yang disebabkan oleh virus HIV melalui pelbagai cara seperti perhubungan seks, penagih dadah yang berkongsi jarum suntikan dan pemindahan darah. Mereka yang dijangkiti HIV positif ini dikatakan pesakit AIDS.

Transcript of Menyambung Kasih Ilahi, HIV AIDS Ditangani...

Page 1: Menyambung Kasih Ilahi, HIV AIDS Ditangani rumimarine21.marine.gov.my/appl/misc/khutbahjumaat/24122010... · melalui pelbagai cara seperti perhubungan seks, penagih dadah yang berkongsi

1

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“MENYAMBUNG KASIH ILAHI, HIV/ AIDS DITANGANI”

(24 DISEMBER 2010 / 18 MUHARRAM 1432H)

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Di kesempatan berada pada hari Jumaat yang mulia ini, saya berpesan kepada diri

saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan

ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala

perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita

memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan

di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah yang bertajuk:

“MENYAMBUNG KASIH ILAHI, HIV/AIDS DITANGANI ”

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

AIDS ialah sindrom kurang daya tahan penyakit yang disebabkan oleh virus HIV

melalui pelbagai cara seperti perhubungan seks, penagih dadah yang berkongsi jarum

suntikan dan pemindahan darah. Mereka yang dijangkiti HIV positif ini dikatakan

pesakit AIDS.

Page 2: Menyambung Kasih Ilahi, HIV AIDS Ditangani rumimarine21.marine.gov.my/appl/misc/khutbahjumaat/24122010... · melalui pelbagai cara seperti perhubungan seks, penagih dadah yang berkongsi

2

Menurut laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga kini pengidap

HIV/AIDS adalah seramai 87,710 orang dan apa yang menyedihkan 7 daripada setiap

10 kes adalah warga Melayu beragama Islam.

Penghidap HIV/AIDS sama halnya dengan pesakit-pesakit yang lain seperti

pesakit jantung, buah pinggang, kencing manis, barah dan lain-lain penyakit kronik

yang mengharapkan bantuan dan simpati orang ramai. Walau bagaimanapun

berdasarkan pemerhatian mimbar masih terdapat di kalangan masyarakat kita yang

menganggap penghidap HIV/AIDS seseorang yang sangat hina dan menjijikan

sehingga kehidupan mereka dipinggirkan. Terdapat laporan penghidap HIV/AIDS

yang beragama Islam ini dipinggirkan dari keluarga mereka dan mencari

perlindungan di pusat-pusat jagaan bukan Islam serta meninggal dunia di situ.

Persoalan besar timbul di sini ialah apakah pandangan jijik ini selari dengan ajaran

Islam?.

Mimbar ingin mengingatkan kepada Jemaah dan umat Islam sekalian bahawa

bersangka buruk dan memandang hina kepada orang yang dalam keadaan sakit sangat

dibenci di dalam Islam. Prasangka buruk terhadap pembawa HIV/AIDS menyebabkan

mereka menyisihkan diri daripada masyarakat dan mencari perlindungan di tempat

yang lain. Seharusnya mereka ini sama sekali tidak boleh dipinggirkan apatah lagi

disisihkan dari masyarakat. kita sepatutnya perlu memberi mereka sokongan, bahkan

sewajarnya perlu diberi perlindungan dan pertolongan. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya:“Sesiapa yang memberi pertolongan kepada orang yang sedang menderita, Allah akan mengampunkan 73 kesalahannya. Salah satu daripadanya akan diberi kemudahan urusan dalam hidupnya di dunia, manakala 72 lagi akan diberi pada hari akhirat nanti.” (Riwayat al-Bukhari)

Page 3: Menyambung Kasih Ilahi, HIV AIDS Ditangani rumimarine21.marine.gov.my/appl/misc/khutbahjumaat/24122010... · melalui pelbagai cara seperti perhubungan seks, penagih dadah yang berkongsi

3

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada manusia. Dalam usaha

menunjukkan Islam adalah agama rahmat, maka Islam menyuruh umatnya agar

sentiasa menghormati sesama insan dan menolong mereka yang mengalami musibah.

Prinsip 'menolong dalam hal kebajikan' sangat dituntut oleh Allah SWT menerusi

firman-Nya dalam surah al-Taubah ayat 71:

Maksudnya:" Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat baik, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya.."

Sebagai umat Islam kita hendaklah sentiasa membajai hati kita dengan sifat-

sifat tolong menolong dan berkasih sayang sesama manusia khususnya terhadap umat

Islam. Dengan cara ini akan meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada Allah SWT.

Orang yang hidupnya sentiasa menjaga persaudaraan akan diberi beberapa keutamaan

dan dilindungi di bawah naungan oleh Allah SWT di akhirat. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: " Sesungguhnya Allah SWT pada hari akhirat berfirman: di manakah orang yang kasih- mengasihi kerana keagonganku ? pada hari ini aku akan menaungi mereka dalam naunganku, pada hari yang tiada naungan selain naunganku." ( Riwayat Muslim)

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menetapkan tarikh 01 Disember setiap

tahun sebagai Hari AIDS Sedunia semenjak tahun 1988. Hari AIDS Sedunia

merupakan satu kempen untuk meningkatkan kesedaran berkaitan penyakit AIDS atau

Page 4: Menyambung Kasih Ilahi, HIV AIDS Ditangani rumimarine21.marine.gov.my/appl/misc/khutbahjumaat/24122010... · melalui pelbagai cara seperti perhubungan seks, penagih dadah yang berkongsi

4

bahaya HIV. Melalui kempen ini diharap pesakit-pesakit HIV dan orang awam dapat

mengetahui tentang bahaya penyakit AIDS serta penyakit-penyakit yang timbul

akibat HIV.

Justeru, bagi mereka yang telah disahkan positif HIV, mimbar menegaskan

agar pastikan sentiasa menjaga kesihatan dengan menjalani pemeriksaan kesihatan

secara berkala yang telah disediakan secara percuma oleh pihak kerajaan serta

mematuhi peraturan-peraturan rawatan yang ditetapkan. dalam masa yang sama

jangan lupa memohan keampunan dengan Allah SWT melalui taubat yang sebenar-

benarnya, mudah-mudahan segala dosa-dosa yang lampau akan diampuni.

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani terhadap hamba-

hamba-Nya. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 222 :

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.”

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Sejajar dengan semangat ajaran Islam dan menjaga nama baik umat Islam, maka

mimbar menyeru muslimin sekalian khususnya kepada ibubapa, kaum kerabat, jiran

tetangga agar bersikap prihatin membantu mereka yang menerima musibah

HIV/AIDS ini. Mudah-mudahan dengan cara kita mengambil berat tentang diri

mereka ini dapat menyambung kasih dan memberi sinar cahaya untuk mereka

meneruskan kehidupan di bumi Allah serta mengelakkan golongan ini terjerumus ke

lembah kebinasaan yang berterusan atau terjebak kepada akidah yang lain.

Sebagai kesimpulan beberapa pengajaran yang dapat dipetik daripada khutbah

hari ini ialah:Pertama:Islam menegah sikap memandang hina, prasangka dan

menindas kepada mangsa HIV/AIDS demi masa depan mereka, Kedua:Agama Islam

juga menuntut kita mengasihi insan lemah dan menghulurkan bantuan setiap masa,

Ketiga:Islammenuntut tanggungjawab bersama dalam menegakkan kebenaran dan

Page 5: Menyambung Kasih Ilahi, HIV AIDS Ditangani rumimarine21.marine.gov.my/appl/misc/khutbahjumaat/24122010... · melalui pelbagai cara seperti perhubungan seks, penagih dadah yang berkongsi

5

meruntuh kemungkaran, Keempat: Anak-anak hendaklah dididik dengan didikan

agama yang sempurna, tanamkan penghayatan akidah dalam hati dan jiwa mereka.

Disamping mengawasi dan memastikan mereka tidak mengabaikan kewajipan ibadah

kepada Allah SWT, Kelima:. Kerjasama semua pihak amat penting dalam

membendung wabak dan mencegah HIV dan AIDS. Termasuklah masyarakat perlu

memberi sokongan dan menerima mereka yang ingin kembali ke pangkal jalan serta

telah insaf bertaubat dan keenam: Para pendidik, ketua-ketua dan para pemimpin

masyarakat hendaklah sama-sama memberi dorongan dan mendidik generasi belia

khususnya, agar benar-benar menghayati roh Islam dalam kehidupan dan sentiasa

memberi contoh tauladan yang terbaik.

Mengakhiri khutbah Pada minggu ini mimbar menyeru, marilah kita bersama-

sama menyemai perasaan kasih sayang dan memberi layanan secara adil kepada

individu yang dijangkiti HIV/AIDS supaya mereka dapat menjalani kehidupan

sepertimana insan-insan yang lain, di samping berusaha bersama-sama mencegah

anggota masyarakat daripada ancaman HIV/AIDS. Marilah sama-sama kita merenung

firman Allah SWT dalam surah al-A’raaf ayat 96:

Maksudnya:"Dan Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan."