Menyatakan Tujuan Penilaian Dan Analisis Prestasi Fizikal

2
Menyatakan tujuan penilaian dan analisis prestasi fizikal , aplikasi pengukuran dan penilaian dalam pendidikan jasmani dan sukan. Menurut Norkhalid Salimin (2011), terdapat tujuh tujuan ujian pengukuran dan penilaian dalam Pendidikan Jasmani iaitu menempatkan pelajar, diagnosis, motivasi, membuat jangkaan, penilaian prestasi, penilaian program dan membina norma dan skala skor. Ujian boleh digunakan bagi menempatkan pelajar dalam kumpulan mengikut keupayaan masing-masing. Biasanya pelajar akan bersama kumpulan yang mempunyai kebolehan dan keupayaan yang hampir sama. Penilaian terhadap keputusan ujian biasanya digunakan untuk menentukan kelemahan atau kekurangan pelajar dalam sesuatu kemahiran sukan. Ujian juga bolah mengenal pasti komponen-komponen tertentu dalam kecergasan fizikal yang telah menunjukkan peningkatan kesan daripada latihan dan pengajaran. Proses pengukuran dan penilain jika dijalankan dengan betul, mampu meningkatkan motivasi pelajar. Biasanya pelajar ingin mengetahui tahap prestasi kecergasan motor, kecergasan fizikal dan kemahiran sukan. Keputusan yang diperolehi dapat digunakan untuk menilai pencapaian mereka berbanding dengan rakan yang lain. Keputusan ujian boleh digunakan untuk menjangkakan tahap prestasi pencapaian pelajar dalam aktiviti sukan yang mempunyai potensi masa hadapan. Ujian kemahiran permainan digunakan bagi mengenal pasti pelajar yang berpotensi dalam aktiviti sukan dan permainan tertentu. Pengukuran dan penilaian dijalankan bagi menentukan prestasi pencapaian pelajar dan objektif pengajaran dan

description

1

Transcript of Menyatakan Tujuan Penilaian Dan Analisis Prestasi Fizikal

Page 1: Menyatakan Tujuan Penilaian Dan Analisis Prestasi Fizikal

Menyatakan tujuan penilaian dan analisis prestasi fizikal , aplikasi pengukuran dan

penilaian dalam pendidikan jasmani dan sukan.

Menurut Norkhalid Salimin (2011), terdapat tujuh tujuan ujian pengukuran dan

penilaian dalam Pendidikan Jasmani iaitu menempatkan pelajar, diagnosis, motivasi,

membuat jangkaan, penilaian prestasi, penilaian program dan membina norma dan

skala skor. Ujian boleh digunakan bagi menempatkan pelajar dalam kumpulan mengikut

keupayaan masing-masing. Biasanya pelajar akan bersama kumpulan yang mempunyai

kebolehan dan keupayaan yang hampir sama. Penilaian terhadap keputusan ujian

biasanya digunakan untuk menentukan kelemahan atau kekurangan pelajar dalam

sesuatu kemahiran sukan. Ujian juga bolah mengenal pasti komponen-komponen

tertentu dalam kecergasan fizikal yang telah menunjukkan peningkatan kesan daripada

latihan dan pengajaran.

Proses pengukuran dan penilain jika dijalankan dengan betul, mampu

meningkatkan motivasi pelajar. Biasanya pelajar ingin mengetahui tahap prestasi

kecergasan motor, kecergasan fizikal dan kemahiran sukan. Keputusan yang diperolehi

dapat digunakan untuk menilai pencapaian mereka berbanding dengan rakan yang lain.

Keputusan ujian boleh digunakan untuk menjangkakan tahap prestasi pencapaian

pelajar dalam aktiviti sukan yang mempunyai potensi masa hadapan. Ujian kemahiran

permainan digunakan bagi mengenal pasti pelajar yang berpotensi dalam aktiviti sukan

dan permainan tertentu.

Pengukuran dan penilaian dijalankan bagi menentukan prestasi pencapaian

pelajar dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mengetahui tahap

penguasaan pelajar terhadap sesuatu kemahiran bagi menilai keberkesanan

pengajarannya. Pencapaian selalunya digunakan untuk menentukan gred dalam

Pendidikan Jasmani dan guru dapat membahagikan pelajar yang mempunyai tahap

pencapaian kemahiran yang hampir sama dalam satu kumpulan. Kaedah ini mampu

meningkatkan pengajaran dan pembelajaran guru.

Pengukuran dan penilaian dilakukan ke atas pelajar bagi menilai sejauh

manakah objektif pengajaran dan pembelajaran yang terkandung dalam mata pelajaran

Pendidikan Jasmani sudah tercapai. Menilai sama ada guru berjaya menguasai

kandungan pengetahuan pedagogi dalam pengajarannya. Bagi mengetahui

keberkesanan sesuatu program pengajaran, guru boleh membandingkan keputusan

Page 2: Menyatakan Tujuan Penilaian Dan Analisis Prestasi Fizikal

ujian pelajarnya dengan skor ujian pelajar bagi kelas yang diajar oleh guru Pendidikan

Jasmani yang lain dalam sekolahnya. Selain itu, data yang dihasilkan melalui proses

pengukuran dapat digunakan untuk membentuk norma ujian dan skala skor atau kedua-

duanya sekali. Walau bagaimanapun pelajar perlu diambilkira semasa menjalankan

ujian.