MENYELAMI HIDUP ANDA Oleh ZUBAIDAH IBRAHIM · PDF filepihaknya memerlukan kira-kira 600 hingga...

2
K 2 MENYELAMI HIDUP ANDA 22 RENCANA UTAMA KOSMO! RABU 5 JULAI 2017 Diet tentukan darah sihat Jangka hayat darah ialah sekitar 120 hari. Ia mengambil masa antara empat hingga enam minggu untuk menggantikan darah baharu manakala plasma baharu akan terbentuk dalam tempoh 24 jam. K EMALANGAN jalan raya yang dialami kira-kira lapan tahun lalu tidak pernah luput dalam ingatan Anwar Aizuddin Abdul Wahab, 39, kerana dia hampir kehilangan nyawa. Mengimbau kejadian itu, bapa kepada dua orang cahaya mata tersebut dalam perjalanan pulang dari rumah ibunya di Bandar Baru Bangi, Selangor ke tempat tinggalnya di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. “Apabila membuka mata, saya sudah berada di unit kecemasan Hospital Kajang, Selangor dan doktor memaklumkan kecederaan yang dialami sangat serius. “Kaki, tangan dan paha saya patah, begitu juga rahang muka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini. Jelas anak keenam daripada lapan adik- beradik itu, doktor terpaksa melakukan pembedahan segera kerana keadaannya yang sangat parah. Sehubungan itu, Anwar Aizuddin yang tergolong dalam kumpulan darah B+ memerlukan bekalan darah yang banyak bagi menyelamatkan nyawa terutamanya apabila terpaksa dibedah. Kawal air “Saya menjalani tiga pembedahan di dua hospital berbeza iaitu pertama di Hospital Kajang bagi merawat kaki dan tangan yang patah manakala di Serdang pula untuk membetulkan tulang rahang muka. “Dek kerana ada jangkitan pada paha kiri, saya terpaksa melalui satu lagi pembedahan susulan untuk memotong tiga sentimeter bahagian itu,” ceritanya yang berasal dari Kajang, Selangor. Kemalangan itu menyebabkan Anuar Aizuddin mengalami kecacatan kekal dan tidak mampu bergerak aktif seperti dahulu namun, dia bersyukur kerana masih berpeluang meneruskan kehidupan bersama keluarga. Sementara itu, Ketua Pegawai Perubatan, Hospital Columbia Asia- Petaling Jaya, Petaling Jaya, Selangor, Dr. Jonathan S. Nair berkata, lapan peratus cecair dalam badan manusia ialah darah. “Kandungan darah dalam badan bergantung kepada umur, jantina dan saiz. Orang dewasa mempunyai lebih banyak darah berbanding kanak-kanak. “Darah mempunyai dua bahagian iaitu cecair (plasma) dan sel iaitu sel darah merah, putih serta platelet,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Hospital Columbia Asia-Petaling Jaya, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Dianggarkan 55 peratus kandungan darah terdiri daripada plasma dan selebihnya adalah sel. Plasma mengandungi lemak, vitamin serta asid amino. Jelasnya, darah mempunyai fungsi yang sangat penting dalam tubuh badan manusia iaitu untuk mengangkut oksigen dan karbon dioksida, perlindungan daripada penyakit, pengawalan potential of hydrogen atau pH dan mengawal kandungan air dalam badan. Oksigen daripada paru-paru akan dibawa oleh darah ke seluruh badan dan organ manakala karbon dioksida dikeluarkan daripada tisu badan ke paru-paru serta dihembuskan keluar. “Dalam darah ada sel darah putih yang bertindak mencegah dan melawan penyakit, meningkatkan daya tahan badan, melawan bakteria serta virus. “Komponen darah juga mengandungi platelet yang berperanan membeku dan menghentikan pendarahan,” tuturnya. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai pengawalan pH. Jika tubuh mengalami lebihan asid atau alkali, maka darah akan menormalkannya. Darah turut bertindak mengawal kandungan air dalam badan. Sekiranya berlaku kekurangan air, ia akan menyebabkan kita berasa sangat dahaga kerana cecair yang hilang itu digantikan semula. Mengulas mengenai jenis-jenis darah, Jonathan berkata, terdapat empat kumpulan utama iaitu O, A, B dan AB. “Mereka yang mempunyai darah jenis O merupakan penderma universal dan semua orang boleh menerimanya tetapi individu darah O hanya boleh menerima darah jenis itu. “AB pula penerima universal, ia boleh PUSAT Darah Negara memerlukan kira-kira 600 hingga 650 beg darah sehari untuk menampung keperluan hospital kerajaan dan swasta di sekitar Lembah Klang. TERDAPAT empat kumpulan darah yang utama iaitu O, A, B dan AB. SAYURAN hijau, daging dan bijirin mengandungi zat besi. ANWAR AIZUDDIN JONATHAN JENIS darah dipercayai mempengaruhi personaliti dan karakter individu. Oleh ZUBAIDAH IBRAHIM

Transcript of MENYELAMI HIDUP ANDA Oleh ZUBAIDAH IBRAHIM · PDF filepihaknya memerlukan kira-kira 600 hingga...

Page 1: MENYELAMI HIDUP ANDA Oleh ZUBAIDAH IBRAHIM · PDF filepihaknya memerlukan kira-kira 600 hingga 650 beg darah sehari untuk menampung permintaan dan keperluan dari hospital-hospital

K2MENYELAMI HIDUP ANDA22

RENCANA UTAMA

KOSMO! Rabu 5 Julai 2017

Diet tentukan darah sihatJangka hayat darah ialah sekitar 120 hari. Ia mengambil masa antara empat hingga enam minggu untuk menggantikan darah baharu manakala plasma baharu akan terbentuk dalam tempoh 24 jam.

KEMALANGAN jalan raya yang dialami kira-kira lapan tahun lalu tidak pernah luput dalam ingatan Anwar Aizuddin Abdul Wahab, 39, kerana dia hampir

kehilangan nyawa.Mengimbau kejadian itu, bapa kepada

dua orang cahaya mata tersebut dalam perjalanan pulang dari rumah ibunya di Bandar Baru Bangi, Selangor ke tempat tinggalnya di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.

“Apabila membuka mata, saya sudah berada di unit kecemasan Hospital Kajang, Selangor dan doktor memaklumkan kecederaan yang dialami sangat serius.

“Kaki, tangan dan paha saya patah, begitu juga rahang muka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Jelas anak keenam daripada lapan adik-beradik itu, doktor terpaksa melakukan pembedahan segera kerana keadaannya yang sangat parah.

Sehubungan itu, Anwar Aizuddin yang tergolong dalam kumpulan darah B+ memerlukan bekalan darah yang banyak bagi menyelamatkan nyawa terutamanya apabila terpaksa dibedah.

Kawal air“Saya menjalani tiga pembedahan di dua

hospital berbeza iaitu pertama di Hospital Kajang bagi merawat kaki dan tangan yang patah manakala di Serdang pula untuk membetulkan tulang rahang muka.

“Dek kerana ada jangkitan pada paha kiri, saya terpaksa melalui satu lagi pembedahan susulan untuk memotong tiga sentimeter bahagian itu,” ceritanya yang berasal dari Kajang, Selangor.

Kemalangan itu menyebabkan Anuar Aizuddin mengalami kecacatan kekal dan tidak mampu bergerak aktif seperti

dahulu namun, dia bersyukur kerana masih berpeluang meneruskan kehidupan bersama keluarga.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perubatan, Hospital Columbia Asia-Petaling Jaya, Petaling Jaya, Selangor, Dr. Jonathan S. Nair berkata, lapan peratus cecair dalam badan manusia ialah darah.

“Kandungan darah dalam badan bergantung kepada umur, jantina dan saiz. Orang dewasa mempunyai lebih banyak darah berbanding kanak-kanak.

“Darah mempunyai dua bahagian iaitu cecair (plasma) dan sel iaitu sel darah merah, putih serta platelet,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Hospital Columbia Asia-Petaling Jaya, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Dianggarkan 55 peratus kandungan darah terdiri daripada plasma dan selebihnya adalah sel. Plasma mengandungi lemak, vitamin serta asid amino.

Jelasnya, darah mempunyai fungsi yang sangat penting dalam tubuh badan manusia iaitu untuk mengangkut oksigen dan karbon dioksida, perlindungan daripada penyakit, pengawalan potential of hydrogen atau pH dan mengawal kandungan air dalam badan.

Oksigen daripada paru-paru akan dibawa oleh darah ke seluruh badan dan organ manakala karbon dioksida dikeluarkan daripada tisu badan ke paru-paru serta dihembuskan keluar.

“Dalam darah ada sel darah putih yang

bertindak mencegah dan melawan penyakit, meningkatkan daya tahan badan, melawan bakteria serta virus.

“Komponen darah juga mengandungi platelet yang berperanan membeku dan menghentikan pendarahan,” tuturnya.

Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai pengawalan pH. Jika tubuh mengalami lebihan asid atau alkali, maka darah akan menormalkannya.

Darah turut bertindak mengawal kandungan air dalam badan. Sekiranya berlaku kekurangan air, ia akan menyebabkan kita berasa sangat dahaga kerana cecair yang hilang itu digantikan semula.

Mengulas mengenai jenis-jenis darah, Jonathan berkata, terdapat empat kumpulan utama iaitu O, A, B dan AB.

“Mereka yang mempunyai darah jenis O merupakan penderma universal dan semua orang boleh menerimanya tetapi individu darah O hanya boleh menerima darah jenis itu.

“AB pula penerima universal, ia boleh

PUSAT Darah Negara memerlukan kira-kira 600 hingga 650 beg darah sehari untuk menampung keperluan hospital kerajaan dan swasta di sekitar Lembah Klang.

TERDAPAT empat kumpulan darah yang utama iaitu O, A, B dan AB.

SAYURAN hijau, daging dan bijirin mengandungi zat besi.

ANWAR AIZUDDIN

JONAThAN

JENIS darah dipercayai mempengaruhi personaliti dan karakter individu.

Oleh ZUBAIDAH IBRAHIM

O B AAB

Page 2: MENYELAMI HIDUP ANDA Oleh ZUBAIDAH IBRAHIM · PDF filepihaknya memerlukan kira-kira 600 hingga 650 beg darah sehari untuk menampung permintaan dan keperluan dari hospital-hospital

23

RENCANA UTAMA

K2MENYELAMI HIDUP ANDA

KOSMO! Rabu 5 Julai 2017

Bekalan darah meningkat musim perayaanDARAH tambahan sangat diperlukan apabila seseorang kehilangan banyak darah akibat kemalangan, ketika melahirkan anak atau mengalami kanser darah.

Menurut Ketua Bahagian Transfusi Klinikal, Pusat Darah Negara, Dr. Norasrina Ishak, pihaknya memerlukan kira-kira 600 hingga 650 beg darah sehari untuk menampung permintaan dan keperluan dari hospital-hospital di sekitar Lembah Klang.

“Semua kumpulan darah iaitu

O, A, B dan AB diperlukan. Darah yang didermakan akan diproses di makmal untuk menghasilkan komponen darah berbeza iaitu sel darah merah, platelet dan plasma.

“Setiap komponen perlu disimpan pada suhu tertentu untuk menjamin kualiti produk yang dihasilkan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Tambahnya, Pusat Darah Negara

mempunyai indikator tersendiri bagi memastikan keperluan darah sentiasa mencukupi pada setiap masa.

Menjelang musim perayaan dan cuti sekolah, kes-kes kecemasan disebabkan kemalangan yang memerlukan transfusi darah akan meningkat.

Norasrina menjelaskan, mengikut statistik Pusat Darah Negara yang terkini, jumlah

pendermaan daripada penderma baharu meningkat kepada 42 peratus tahun lalu berbanding 38 peratus pada tahun 2015.

“Ini menunjukkan bahawa tahap kesedaran masyarakat terhadap pendermaan darah semakin baik. Namun, kita masih perlu bersama-sama memastikan aktiviti menderma darah dijalankan sepanjang masa.

“Ia berikutan keperluan pesakit yang berterusan dan terus meningkat,” ujarnya.

NORASRINA

DarahnLapan peratus cecair

dalam badan adalah darah

nDarah mempunyai dua bahagian iaitu cecair (plasma) dan sel iaitu sel darah merah, putih serta platelet

nFungsi darah ialah untuk mengangkut oksigen dan karbo dioksida, perlindungan daripada penyakit, pengawalan pH serta mengawal kandungan air dalam badan

nTerdapat empat kumpulan utama darah iaitu O, A, B dan AB

nPengambilan vitamin B6, 12, zat besi dan asid folik sangat penting untuk pembentukan darah yang baik

INFO

menerima semua jenis darah manakala A hanya boleh menerima darah A dan O.

“Begitu juga B yang hanya boleh menerima darah jenis itu dan O. Darah yang paling sukar didapati adalah AB negatif kerana kurang satu peratus sahaja orang dilahirkan dengan darah itu,” ujarnya.

Berkongsi tip pemakanan terbaik untuk darah beliau berkata, terdapat empat diet penting yang harus diamalkan iaitu vitamin B6, B12, zat besi dan asid folik. Vitamin B6 dan B12 boleh didapati dalam ayam, ikan, daging dan bahan-bahan tenusu. Zat besi pula ada dalam daging, sayur-sayuran hijau dan bijirin.

DietAsid folik terdapat dalam sayur-

sayuran hijau seperti asparagus dan salad tetapi kita dinasihatkan agar ia tidak dimasak terlalu lama bagi mengelakkan kehilangan nutrien.

Jonathan berkata, melihat kepada hidangan makanan rakyat Malaysia, empat diet itu sangat mencukupi untuk pembentukan darah yang sihat.

Darah dalam badan mempunyai jangka hayat selama 120 hari dan mengambil masa empat hingga enam minggu untuk menggantikan darah baharu manakala plasma baharu akan terbentuk dalam tempoh 24 jam.

Sehubungan itu, bagi individu yang menderma darah, mereka dinasihatkan agar melakukannya tiga bulan sekali untuk memberi masa sel-sel darah baharu terbentuk di dalam badan.

Tambahnya, menderma darah mempunyai pelbagai kebaikan. Antaranya, membakar kalori sebanyak 650 kal, mengurangkan risiko penyakit jantung dan ada satu kajian yang sedang dijalankan mendapati ia juga mampu mencegah penyakit kanser.

Bantuan darah ini sangat diperlukan oleh individu yang mempunyai penyakit kanser darah akibat pengeluaran sel darah putih berlebihan, malah ia juga sangat diperlukan jika mengalami pendarahan teruk akibat kemalangan.

Begitu juga bayi yang mengalami

demam kuning dalam prosedur pemindahan darah.

Jelasnya, kehilangan darah boleh berlaku disebabkan oleh kemalangan, melahirkan anak, cacing dalam perut yang menghisap darah pada usus dan pendarahan daripada ulser perut.

Pada perkembangan yang sama, penyelidikan mengenai jenis darah dan

personaliti telah dilakukan secara meluas di Jepun sejak enam dekad lalu.

Majikan di negara itu melakukan ujian jenis darah bagi mencari pekerja kerana mereka yakin personaliti akan terserlah menerusi komponen darah itu. Begitu juga jika ingin mendapatkan pasangan.

Perkara itu telah menarik minat Pakar Perubatan Naturopathic Kanada, Dr. James L. D’Adamo dan anak lelakinya, Peter D’Adamo

untuk menjalankan kajian terperinci mengenai perkara ini.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, mereka mendapati individu yang mempunyai darah jenis A suka bekerjasama, bijak, sensitif dan bersemangat.

40 peratus rakyat Jepun mempunyai darah jenis A dan 30 peratus adalah darah O manakala B pula sebanyak 20 peratus. Hanya 10 peratus berdarah AB.

Oleh itu, mereka banyak berjaya dalam bidang elektronik dan permotoran.

Namun, terlalu banyak tekanan akan melemahkan imuniti mereka berbanding kumpulan darah lain.

Asid perut yang lemah merupakan masalah biasa yang dihadapi oleh golongan darah ini, maka mereka perlu mengambil makanan yang mudah dicerna seperti ikan mentah dan diperam.

Kumpulan darah B pula mampu berfikir

seperti A dan bercita-cita seperti O. Mereka sangat empati, mudah memahami situasi orang lain, suka menyahut cabaran dan mempunyai ramai kawan yang rapat.

PersonalitiMereka mendapati, sistem

imunisasi mereka kuat dan mampu memperlahankan jangkitan virus serta keletihan kronik.

Sekiranya mengambil pemakanan yang tidak sesuai, mereka akan mempunyai masalah hipoglisemia dan gula dalam darah.

Darah AB mempunyai personaliti yang menarik dan popular. Mereka tidak mudah cemas dan seorang yang sangat ceria sehingga sesiapa sahaja akan berasa terhibur berdampingan dengannya.

Mereka juga bijak menangani tekanan dengan baik, aktif, kuat dan lebih baik daripada darah A tetapi perlu memberi banyak perhatian terhadap tekanan agar tidak mengganggu sistem imuniti.

AB tidak suka dikongkong dan lebih selesa menjalani kehidupan mengikut cara mereka sendiri.

Darah O pula suka menyendiri, seorang pemimpin, fokus, berani dan bergantung kepada diri sendiri.

Mereka mampu menangani tekanan berbanding jenis darah lain dan mempunyai sistem imunisasi yang kuat serta pertumbuhan fizikal yang baik.

Walaupun begitu, segelintir ahli psikologi tidak bersetuju apabila jenis darah itu dijadikan sebagai ukuran bagi mengenali personaliti individu kerana ia bukanlah faktor utama yang membentuk kepada sikap manusia.

Sebaliknya, perbuatan itu akan menutup peluang seseorang untuk berjaya dalam kerjaya dan timbul isu rasis disebabkan kumpulan darah yang mengalir dalam dirinya.

D’ADAMO

MANGSA kemalangan memerlukan pemindahan darah tambahan. – Gambar hiasan