Menyemarakkan patriotik bahasa

16
Menyemarakkan Patriotik Bahasa Pengenalan Walaupun kita sering menggunakan bahasa ketika berkomunikasi tetapi kita tidak pernah menyelidiki mengapa kita mampu berbahasa. Bahasa adalah sistem yang arbitrari. Bahasa berupa simbol bunyi bersuara yang digunakan oleh manusia dalam berkomunikasi (Wardhaugh, 1972). Tabiat berbahaa sering ditanda dengan keperluan bagi memahami struktur bahasa itu dapat dikuasai dengan menekankan kepentingan tingkah laku penutur bahasa itu. Bagi golongan behaviourisme kebolehan berbahasa peperlukan penutur menguasai aspek tingkah laku berbahasa yang dibina melalui sistem bahasa yang dapat diterima bersama. Namun demikian bagi golongan mentalis kebolehan bahasa itu bukan sahaja disebabkan oleh peniruan atau pengaruh persekitaran tetapi kebolehan itu disebabkan pengetahuan sedia ada dalam jentera pemerolehan bahasa atau yang disebut sebagai LAD (Language acquisition device). LAD ini wujud sejak daripada detik kelahiran manusia ke dunia. LAD ini juga wujud dalam akal budi manusia dalam bentuk tatabahasa sejagat. Ahli mentalis juga menganggap bahasa terbina melalui pembinaan 1

Transcript of Menyemarakkan patriotik bahasa

Menyemarakkan Patriotik Bahasa

Pengenalan

Walaupun kita sering menggunakan bahasa ketika berkomunikasi tetapi kita tidak

pernah menyelidiki mengapa kita mampu berbahasa. Bahasa adalah sistem yang arbitrari.

Bahasa berupa simbol bunyi bersuara yang digunakan oleh manusia dalam berkomunikasi

(Wardhaugh, 1972). Tabiat berbahaa sering ditanda dengan keperluan bagi memahami

struktur bahasa itu dapat dikuasai dengan menekankan kepentingan tingkah laku penutur

bahasa itu. Bagi golongan behaviourisme kebolehan berbahasa peperlukan penutur

menguasai aspek tingkah laku berbahasa yang dibina melalui sistem bahasa yang dapat

diterima bersama.

Namun demikian bagi golongan mentalis kebolehan bahasa itu bukan sahaja

disebabkan oleh peniruan atau pengaruh persekitaran tetapi kebolehan itu disebabkan

pengetahuan sedia ada dalam jentera pemerolehan bahasa atau yang disebut sebagai LAD

(Language acquisition device). LAD ini wujud sejak daripada detik kelahiran manusia ke

dunia. LAD ini juga wujud dalam akal budi manusia dalam bentuk tatabahasa sejagat. Ahli

mentalis juga menganggap bahasa terbina melalui pembinaan rumus bahasa yang dipelajari.

Golongan ini menganggap bahasa terdiri daripada unsur-unsur dimana penggunaannya

dikawal oleh rumus tatabahasa yang bersifat formal.

Mereka menganggap rumus tatabahasa yang wujud perlu dipelajari secara beransur-

ansur sehingga membentuk operasi kesatuan rumus yang utuh dan berupaya melakukan

operasi membina ayat. Berbahasa untuk tujuan berkomunikasi ada banyak caranya, tetapi

yang jelas dalam dunia moden ini selain daripada berinteraksi secara bersemuka kita juga

mampu menggunakan bahasa dalam bentuk bertulis. Bahasa dalam bentuk tulis juga sudah

semakin dipermudah dengan adanya kemudahan digital. Kita mampu berkomunikasi di

1

antara satu sama lain dalam lingkungan beribu-ribu kilometer hatta menjangkau ke angkasa

lepas. Ironisnya apabila kita dikehendaki bercakap secara biasa dalam bentuk ujaran, kita

menjadi gugup dan akhirnya gagal untuk menyampaikan tujuan ujaran sebenarnya.

Maksud bahasa

Bahasa merupakan alat untuk membentuk minda, perasaan dan keinginan. Selain

penanda bangsa, bahasa juga dapat merefleksikan latar budaya. Bahasa juga merupakan

sistem syarat yang berupa gabungan makna dengan bayangan bunyi yang bersifat psikologi.

Bahasa mencakup sistem komunikasi, alat berfikir dan pemangkin untuk pembinaan manusia.

Bahasa bukan sahaja digunakan untuk berkomunikasi malah untuk penyataan perasaan dan

pernyataan fikiran. Bahasa juga adalah penggunaan kode yang merupakan gabungan fonem

sehingga membentuk kata dengan sintaks untuk membentuk kalimat yang memiliki erti.

Definisi bahasa oleh para sarjana

Terdapat pelbagai definisi yang telah diutarakan oleh pelbagai golongan sarjana tempatan

mahupun sarjana luar Negara daripada pelbagai ilmu, akan tetapi definisi yang diberikan oleh

sarjana linguistik ataupun pengkaji bahasa lebih tepat dan diutamakan di sini:

Menurut Kamus Dewan, edisi keempat, bahasa didefinisikan sebagai sistem ‘Lambang

bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok

manusia. Ia berlaku diantara seorang individu dengan individu yang lain.

Yunus Maris dalam Kamus Fajar mendefinisikan bahasa sebagai tutur kata, ‘pertuturan,

bunyi yang dituturkan oleh manusia menjadi perkataan,rangkai kata, ayat, apa-apa yang

tertulis, adab dan budi pekerti. Beliau lebih menekankan tiga unsur utama, iaitu

pertuturan yang terangkum di dalamnya bunyi, perkataan dan ayat, manuskrip atau bahan

bertulis dan adab atau sopan santun.

2

A.S. Hornby dan E.C. Parnwell dalam The Progressive English Dictionary pula

mendefinisikan bahasa sebagai perkataan dan penggunaannya yang diwujudkan oleh

sesuatu bangsa dan digunakan oleh Negara tersebut. Dengan perkataan lain bahasa ialah

cara penggunaan perkataan yang tertentu oleh penutur atau bangsa atau Negara tersebut.

Menurut Keraf dalam Smarapradhipa (2005:1), memberikan dua pengertian bahasa.

Pengertian pertama menyatakan bahasa sebagai alat komunikasi antara anggota

masyarakat berupa symbol bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap manusia. Kedua, bahasa

adalah sistem komunikasi yang mempergunakan simbol-simbol vocal (bunyi ujuran) yang

bersifat arbitrer.

Menurut Owen dalam Stiawan (2006:1), menjelaskan definisi bahasa iaitu language can

be defined as a socially shared combinations of those symbols and rule governed

combinations of those symbols (bahasa dapat didefinisikan sebagai kode yang diterima

secara social atau sistem konvensional untuk menyampaikan konsep melalui kegunaan

symbol-simbol yang dikehendaki dan kombinasi simbol-simbol yang diatur oleh

ketentuan).

Pendapat di atas juga mirip dengan apa yang diungkapkan oleh Tarigan (1989:4), beliau

memberikan dua definisa bahasa. Pertama, bahasa adalah suatu sistem yang sistematik,

mungkin juga generatif. Kedua, bahasa adalah seperangkat lambang-lambang mana suka

atau simbol-simbol arbitrari.

Menurut Santoso (1990:1), bahasa adalah rangkaian bunyi yang dihasilkan oleh ucap

manusia secara sedar.

Definisi lain, bahasa adalah suatu bentuk dan bukan suatu keadaan (language may be

form and not matter) atau sesuatu sistem lambang bunyi yang arbitrari, atau juga suatu

sistem dari sekian banyak sistem-sistem, suatu sistem dari suatu tatanan atau suatu

tatanan dalam sistem-sistem. Pengertian tersebut dikemukakan oleh Mackey (1986:12).

3

Menurut Wibowo (2001:3), bahasa adalah sistem simbol bunyi yang bermakna dan

bererti (dihasilkan oleh alat ucap) yang bersifat arbitrari dan konvensional, yang dipakai

sebagai alat berkomunikasi oleh sekelompok manusia untuk melahirkan perasaan dan

pikiran.

Hampir sama dengan pendapat Wibowo, Walija (1996:4), mengungkapkan definisi

bahasa ialah komunikasi yang paling lengkap dan efektif untuk menyampaikan idea,

pesan, maksud, perasaan dan pendapat kepada orang lain.

Menurut Syamsuddin (1986:2), beliau memberi dua pengertian bahasa. Pertama, bahasa

adalah alat yang dipakai untuk membentuk fikiran dan perasaan, keinginan dan

perbuatan-perbuatan, alat yang dipakai untuk mempengaruhi dan dipengaruhi. Kedua,

bahasa adalah tanda yang jelas dari kepribadian yang baik mahupun yang buruk; yang

jelas dari keluarga dan bangsa dan juga yang jelas dari budi kemanusiaan.

Sementara Pengabean (1981:5), berpendapat bahawa bahasa adalah suatu sistem yang

mengutarakan dan melaporkan apa yang terjadi pada sistem saraf.

Menurut Soejono (1983:01) pula, bahasa adalah suatu sarana perhubungan rohani yang

amat penting dalam hidup bersama.

Pentingnya bahasa

Selain menyampaikan maklumat yang difikirkan atau diterbitkan daripada akal

manusia, bahasa membolehkan kita menerima maklumat daripada persekitaran, sama ada

dalam bentuk rangsangan lisan ataupun tulisan, bahasa adalah antara penanda jati diri

yang penting bagi seseorang atau sesuatu kelompok masyarakat. Melalui bahasa dengan

mudah kita dapat meneka tempat asal seseorang daripada pertuturannya, sama ada

daripada aksennya, iaitu nahu dan kosa kata yang berciri istimewa yang digunakannya.

Dalam konteks yang lebih luas, bahasa dapat berfungsi sebagai identiti sesuatu bangsa

4

atau negara. Struktur masyarakat juga terbina berasaskan skema perhubungan yang saling

memahami melalui bahasa yang digunakan oleh masyarakat yang berbilang bangsa.

Bahasa merangkumi pelbagai komponen dalam bidang kajian yang formal bahasa Melayu

dalam bidang aplikasi atau interdisiplin. Menurut Zulkifley Hamid et. al (2007), bidang

kajian formal melibatkan aspek-aspek yang berkaitan fonologi, morfologi, sintesis dan

semantik.

Manakala bidang aplikasi atau interdisiplin yang melibatkan kajian psikolinguistik,

sosiolinguistik, dialektologi, linguistic sejarah dan lain-lain lagi. Kesemua bidang kajian

ini, mempunyai hubungan rapat antara bahasa dan masyarakat. Bahasa juga dapat

meningkatkan lagi nama negara di persada dunia. Kita lihat bahasa melayu atau dikenali

sebagai Lingua Franca adalah satu bahasa yang dahulu, bahasa ini dipelajari oleh semua

perdangang dari luar semata-mata untuk berdagang ke tanah melayu. Pendek kata, Lingua

Franca adalah bahasa yang dikongsi bersama oleh rakyat dalam perhubungan rasmi dan

kehidupan bermasyarakat. Dalam konteks Negara Bangsa Malaysia, Bahasa Melayu

adalah Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi yang menjadi alat perpaduan dan juga

selaku bahasa perhubungan utama masyarakat.

Cabaran yang dihadapi bahasa Kebangsaan

Cabaran yang lebih besar dan getir, sama ada yang bersifat luaran atau dalaman,

terpaksa dihadapi bahasa Melayu pada abad ke-21 yang didasari era globalisasi serta era

kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi. Kesan daripada pelbagai cabaran ini,

bahasa Melayu terus dihambat oleh pelbagai isu yang tidak berkesudahan.

Antara cabaran yang dihadapi adalah:

Perluasaan penggunaan bahasa Inggeris yang sukar dibendung.

5

Bahasa Inggeris dianggap penting

Bahasa Inggeris digunakan secara meluas dan mendominasi di dunia pada hari ini.

Bahasa Inggeris berperanan sebagai bahasa diplomatic, bahasa perdangangan

antarabangsa dan bahasa ilmu. Khususnya, yang berkaitan dengan bidang sains dan

teknologi yang menjadi teras kemajuan bangsa dan pembangunan negara.

Langkah-langkah memperkasakan Bahasa Kebangsaan

Disini, kita dapat lihat beberapa cara untuk memperkasakan bahasa kebangsaan

ataupun bahasa ibunda. Sikap positif dalam menyemai perasaan cinta dan bangga yang

kuat terhadap sesuatu bahasa itu dan diikuti pula oleh penggunaan bahasa tersebut,

khususnya dalam bidang yang penting seperti pendidikan, perundangan dan perdagangan,

dapat menjamin kelangsungann hayat sesuatu bahasa. Walaupun dilindungi peruntukan

undang-undang dan diiktirafkan sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa rasmi, hal ini

tidak memberikan jaminan bahawa bahasa Melayu berada dalam kedudukan yang selamat

di sendiri. Hal ini dikatakan demikain kerana bahasa Melayu tidak pernah sunyi daripada

menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran. Satu demi satu rintangan terpaksa dilalui

bahasa Melayu bagi memastikan statusnya sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi

kekal terpelihara.

Dalam ketaasuban untuk menguasai bahasa Inggeris, kita tidak seharusnya melakukan

tindakan yang tidak wajar yang boleh mengancam kedudukan bahasa kebangsaan kita

sendiri. Dengan demikian, penggunaan bahasa tidak seharusnya dipandang remeh. Tidak

mungkin bahasa Melayu akan pupus melainkan masyarakat bahasa itu sendri yang tidak

mahu lagi menggunakan bahasanya. Oleh hal yang demikian, melalui pelestarian

semangat patriotic terhadap bahasa, dalam konteks di Malayasia ialah bahasa Melayu,

6

rakyat Malaysia seharusnya berperanan besar untuk memperkasakan bahasa kebangsaan

Negara kita agar tidak menghadapi nasib yang dialami bahasa yang telah pupus itu.

Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi telah termaktub dalam Fasal 152

Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 1967.

“Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan

sebagaimana yang diperlukan dengan undang-undang oleh Parlimen:”

Dengan syarat bahawa:

Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-

apa maksud, lain daripada maksud rasmi) atau ditahan daripada menggunakan

(bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi) atau daripada mengajar atau

belajar, apa-apa bahasa lain.

Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh Hak Kerajaan Negeri bagi

memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum

lain dan Persekutuan.”

Seksyen 5 Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (Disemak 1978) [Akta 213] dan

diperluas melalui Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (Pindaan dan Perluasan) 1995 [Akta

A930] untuk membina dan memperkayakan Bahasa Kebangsaan, memperkembangkan

bakat sastera, mencetak dan menerbitkan bahan bacaan dalam Bahasa Kebangsaan dan

menggalakkan penggunaan Bahasa Kebangsaan yang betul. Dalam bidang pendidikan,

Akta Pelajaran 1961 yang dirangka berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman

Talib 1960 telah menekankan penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan.

Penyata Razak 1956 menyatakan:

7

“Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan

budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu

peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa

Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tiada dapat

dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-

ansur.”

Akta Pendidikan 1996 menegaskan kepentingan Bahasa Kebangsaan dengan

memperuntukkan penggunaannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem

pendidikan kebangsaan dan ia hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib di semua

sekolah.

Kedudukan Bahasa Melayu sudah terjamin sebagai Bahasa Kebangsaan

Bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan dan Dewan Bahasa dan Pustaka

(DBP) telah ditubuhkan untuk tujuan-tujuan tersebut, namun kemerosotan Bahasa

Melayu terus berlaku, khususnya dari segi tahap dan mutu penggunaannya.

Kemerosotan dalam aspek mutu penggunaan Bahasa Kebangsaan termasuklah:

i. kecenderungan dan kelaziman penggunaan bahasa rojak, bahasa dalam sistem

pesanan ringkas (SMS) dan bahasa dalam sembang di internet dikhuatiri

menular dalam situasi rasmi;

ii. peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi seperti yang ditafsirkan dalam

Perlembagaan masih belum dilaksanakan sepenuhnya. Penggunaan Bahasa

Inggeris dalam urusan dan majlis rasmi seperti mesyuarat dan seumpamanya

masih diutamakan oleh sesetengah pihak;

iii. tanggapan bahawa penggunaan Bahasa Kebangsaan menyebabkan seseorang

itu dianggap tidak terdidik atau kurang berketerampilan turut merendahkan

pandangan orang terhadap Bahasa Kebangsaan;

8

iv. penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam sektor swasta masih pada tahap

minimum walaupun pelbagai galakan dan pengiktirafan telah diberikan oleh

Kerajaan melalui DBP;

v. jumlah penerbitan buku dalam Bahasa Kebangsaan, terutama judul umum dan

karya ilmiah, fiksyen, bukan fiksyen, sains dan teknologi yang secara relatifnya

rendah menyebabkan masyarakat beralih atau mencari sumber alternatif; dan

vi. kadar penterjemahan karya daripada bahasa asing kepada Bahasa Kebangsaan

yang secara relatifnya rendah dan lambat menyebabkan kebergantungan

terhadap sumber dalam bahasa asing semakin meningkat.

Bagi mengatasi isu-isu tersebut di atas, dan untuk memperhebat serta

memperkasakan Bahasa Kebangsaan, Jawatankuasa Induk Memperkasakan Bahasa

Kebangsaan (JKIMBK) telah diwujudkan yang dipengerusikan bersama Y.B. Menteri

Pelajaran, Y.B. Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, dan Y.B. Menteri

Penerangan. JKIMBK telah mewujudkan enam buah jawatankuasa kecil khusus bagi

membantu JKIMBK melunaskan tugasan asas memperkasakan Bahasa Kebangsaan.

Jawatankuasa kecil tersebut dianggotai oleh pihak yang berkaitan dengan pelaksanaan

Bahasa Kebangsaan. 42 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 nilai-nilai

perpaduan dijadikan teras Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk menjamin

kesejahteraan dan kepentingan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Perpaduan

yang diwujudkan mesti berupaya menangkis gejala-gejala seperti perkauman,

keturunan, agama, bahasa dan perasaan kedaerahan yang boleh memecah belahkan

rakyat. Untuk pengetahuan semua, hingga kini bahasa Melayu tersenarai sebagai

bahasa yang kelima terbesar penututrnya di dunia. Bahasa Melayu di setiap Negara

berkembang mengikut garis panduan masing-masing. Yang jelas, bahasa Melayu

sebagai bahasa serumpun mempunyai jumlah penutur yang bukan sedikit.

9

Rumusan

Secara tuntasnya, kita sememangnya boleh berbangga dan bersikap sombong

bahasa dengan bahasa Melayu yang telah melalui tempoh hayat yang panjang. Dalam

konteks di Malaysia, hanya bangsa Malaysia mengagungkan bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita. Walaupun statistik menunjukkan

Bahasa Melayu mempunyai lebih daripada 300 juta penutur namun penggunaan

Bahasa Melayu sangat bergantung kepada kesetiaan hanya 25 juta penutur di

Malaysia. Dalam era globalisasi, penggunaan Bahasa Inggeris sebagai lingua franca

menyebabkan kedudukan Bahasa Kebangsaan semakin tergugat.

Usaha yang lebih mantap bagi memperkasakan Bahasa Kebangsaan perlu

digerakkan dengan mewujudkan sasaran yang jelas, pendekatan yang menyeluruh dan

koordinasi antara badan penggerak utama bahasa. Usaha ini amat penting untuk

memupuk perasaan cintakan Bahasa Kebangsaan kerana ia merupakan identiti unik

Bangsa Malaysia. Selain itu, usaha ini juga bertujuan untuk memperkukuh kedudukan

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa

ilmu dan bahasa komunikasi moden. Matlamatnya adalah untuk melahirkan generasi

masa depan Bangsa Malaysia yang fasih, menghormati dan berbangga dengan bahasa

yang menjadi identiti mereka sehingga dapat mempromosikannya di mana sahaja

mereka berada.

10