menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

61
MENYENTUH DAN MENGUBAH KEHIDUPAN, MENGHUBUNGKAN KOMUNITI PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AWAM DARAT 2010-2015

Transcript of menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

Page 1: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

MENYENTUH DAN MENGUBAH KEHIDUPAN,MENGHUBUNGKAN KOMUNITI

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AWAM DARAT 2010-2015

Page 2: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti
Page 3: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

id

ISI KANDUNGAN

EVOLUSI

ii Evolusi Pengangkutan Awam Darat

1 MEMACU EKOSISTEM PENGANGKUTAN AWAM DARAT YANG BERTARAF DUNIA, MAMPAN DAN PROGRESIF

Perutusan YAB Perdana Menteri

3 KE ARAH KESALINGHUBUNGAN, KECEKAPAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN PENGANGKUTAN AWAM DARAT BERFOKUSKAN RAKYAT

Perutusan Pengerusi

5 PENYAMPAIAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AWAM DARAT: LIMA TAHUN YANG PERTAMA

Ulasan Ketua Pegawai Eksekutif

8 PEMBENTUKAN SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AWAM DARAT 2010-2015

11 Menggerakkan Transformasi Pengangkutan Awam Darat

23 Membangunkan Perkhidmatan Bas Yang Selamat, Relevan dan Dipercayai

41 Pemantapan Sistem Rel: Memperkukuh Tunjang Transit Massa

59 Meningkatkan Taraf Industri Teksi

69 Mempertingkatkan Pengangkutan Kenderaan Barangan

75 Memastikan Pengangkutan Berkualiti Bagi Pelancongan Darat Pilihan

83 Mewujudkan Pengalaman Berkomuter Yang Lancar Melalui Pengangkutan Awam Berintegrasi

97 Menguatkuasakan Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat

103 Kesalinghubungan Dan Kemudahan: Membayangkan Perjalanan Ulang-Alik Pada Masa Depan

109 Peta Transit Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang Bersepadu

110 Peta Jaringan Rel Semenanjung Malaysia

RENCANA

19 Penambahbaikan Perkongsian Mod Pengangkutan Awam Darat pada Landasan yang Tepat

21 Meraikan Kemunculan Zaman Kegemilangan Pengangkutan Awam Malaysia

37 Memperkukuh Pengangkutan Awam Darat di Iskandar Malaysia

39 Meningkatkan Landskap Pengangkutan Awam Darat NCER untuk Merangsang Aktiviti Ekonomi

55 MRT Menjadi Elemen Terpenting Transformasi Pengangkutan Awam Darat

57 ECRL Memangkin Perkembangan SosioEkonomi di ECER

67 Transformasi Industri Teksi: Suatu Agenda Berterusan

79 Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) KL-Singapura: Transformasi yang Mengubah Segalanya

81 KTMB Menjadikan Rel Mod Pengangkutan Awam Darat

91 Prasarana Memacu Masa Depan Pengangkutan Awam Darat di

Malaysia

93 Transformasi Perjalanan Menaiki Bas Hasil Gandingan Pengendali Terminal dan Bas

Page 4: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

1 Jun - Perkhidmatan KTM Komuter diperluaskan dari

Rawangke Tanjung Malim

Okt 2009: Makmal Pengangkutan Awam Bandar

diselenggarakan oleh PEMANDU bertujuan mencari

hala tuju bagi penambahbaikan pengangkutan awam di kawasan Greater Kuala

Lumpur/ Klang Valley

Perkhidmatan Teksi dilancarkan buat pertama kalinya

16 Dis - Fasa 1 LRT Star memulakan operasinya

1 Jun - Landasan kereta api yang pertama di Malaya antara Taiping & Port Weld dilancarkan oleh Sir Hugh Low

Bas Mini – “Pengangkutan Awam Terkenal” memulakan operasinya di Greater KL & Lembah Klang di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan

Pembukaan Hentian Pudu di KL oleh mantan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn, merupakan stesen bas antara bandar yang pertama

Ogos - Tren KTM Komuter yang pertama memulakan operasinya di antara KL & Rawang

15 Feb - Projek Usahasama Transit Ringan Automatik

Sdn Bhd (Putra LRT) ditubuhkan

30 Ogos - Kerja-kerja pembinaan LRT Star &

Putra dimulakansecara rasmi

Laluan Pantai Barat di antara Prai & Johor Bahru siap & dibuka

prai

johor bahru

Laluan Pantai Timur yang pertama dibuka antara Gemas & Bahau

Bas ‘KL Hop-On Hop-Off’ dilancarkan di sekitar KL,

khususnya bagi lokasi pelancong dan tapak

bersejarah

Hentian Bas Pasar Rakyat dibina untuk menampung bilangan bas

antara bandar yang semakin meningkat dan mengurangkan

kesesakan trafik di Puduraya

Nov- Rapid KL mengambil alih LRT Star & LRT Putra

1 Jul - Kad Touch ‘n Go diterima pakai sebagai kad tambang elektronik di semua stesen KTM Komuter

Jul - LRT Putra & LRT Star dinamakan semula masing-masing sebagai Laluan Kelana Jaya & Laluan Sri Petaling

Terminal Amanjaya (Ipoh) ditubuhkan sebagai terminal pengangkutan bersepadu, hab pengangkutan dan kompleks beli-belah milik swasta yang pertama di Malaysia.

28 Jan - NKRA Pengangkutan Awam Bandar diumumkan di bawah GTP lantas memberikan sasaran terfokus untuk menambah baik industri pengangkutan awam darat selain menambah perkongsian mod pengangkutan awam kepada 40% menjelang tahun 2030

Ogos - Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dilancarkanuntuk laluan Ipoh ke Seremban

28 Apr – Gerabak khasuntuk wanita diperkenalkanoleh KTM Komuter

rawang

tanjung malim

Dua laluan pertama bagi perkhidmatan Bas Bandar GoKL memulakan operasi

Perkhidmatan bas RapidKuantan diperkenalkan

TR1MA dilancarkan oleh Perdana Menteri sewaktu Perhimpunan Teksi Rakyat 1Malaysia

Kemudahan Park & Ride dibina di 8 stesen KTM

Simposium Pengangkutan Awam Darat diadakan buat pertama kalinya untuk semua pihak berkepentingan & pemain industri

ISBSF dilancarkan oleh Kerajaan bagi membantu bas berhenti-henti yang mengambil laluan tanpa pulangan komersial

Terminal Bas Putra ditutup dan operasi dipindahkan ke TBS

Laluan Bas GoKL dalam bandar diperluas dengan 2 laluan tambahan

Kemudahan Park & Ride dilancarkan

Liberalisasi tambangBas Sekolah diperkenalkan dan mula berkuat kuasa pada 2015

Kereta Api Berkelajuan Tinggi yang pertama di Asia

Tenggara bakal menampilkan perjalanan dari Kuala Lumpur

ke Singapura dengan hanya 90 minit

Laluan Rel PantaiTimur siap (ECRL)

MRT2 Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya,

manfaat 2 juta penduduk

LRT3 Bandar Utama,Damansara-Johan Setia,

Klang, untuk manfaat 2 juta penduduk

Cadangan Projek MRT Laluan 3 (Laluan orbital) (sedang menjalani Kajian

Kebolehlaksanaan)

Bas Rapid Transit(BRT) Kl-Klang

Bus Rapid Transit(BRT) Kota Kinabalu

kuala lumpur

klang

1885

1909 1909 1994 1996

1910 1976 1995

Stesen KL Sentral dibuka untuk menggantikan

stesen kereta api KL yang lama sebagai stesen

rel antara bandar yang utama di Kuala Lumpur

2001 2007 2009

Teksi yang menggunakan NGV diperkenalkan

1997 2002 2005 2008 2010 2012 2014

1 Jun- Landasan rel bawah tanah yang pertama di Malaysia, iaitu Fasa 2 LRT Putra memulakan operasinya dari Pasar Seni ke Terminal Putra

pasar seni

terminal putra

1999

1998

14 Apr - KLIA Ekspres yang dikendalikan oleh Express Rail Link Sdn Bhd memulakan operasi

1 Jun - KLIA Transit dilancarkan dengan 3 stesen tambahan di sepanjang laluan antara KL Sentral & KLIA

1 Sept - Pengendalian LRT Putra & LRT Star diambil alih oleh Prasarana Bhd lalu dinamakan semula, masing-masing sebagai Putraline & Starline

Sistem Pengurusan Tiket Bersepadu yang pertama

dilancarkan bagi Laluan Kelana Jaya & Laluan Ampang

14 Mei - Penyambungan Laluan KTM Komuter : Laluan

Rawang-Seremban dilanjutkan ke Senawang & Sg. Gadut

SPAD ICOP-SHE mengadakan sesi pertama bagi program

kesedaran keselamatan khusus untuk pengendali bas

Jun- SPAD ditubuhkan sebagai badan pengawal selia bagi

pengangkutan awam darat di Malaysia

Terminal BersepaduSelatan (TBS) dibuka

July - Majlis pecah tanah dan perlancaran MRT

2011

seremban

sg. Gadut

senawang

Rapid Bus Sdn Bhd ditubuhkan bagi mengurus

& mengendalikan rangkaian bas RapidKL, RapidPenang &

RapidKuantan

Okt- Audit keselamatan terhadap pengendali bas

dilaksanakan buat pertama kali oleh pasukan SPAD ICOP-SHE

Skim Penggantian Bas Sekolah dilancarkan untuk

memperbaik kualiti & perkhidmatan bas sekolah

Skim Insurans MuridSekolah diperkenalkan

Mac- TEKS1M dilancarkan oleh Perdana Menteri &

1,000 lesen teksi individu turut dikeluarkan

Apr- TR1MA 2.0 dilancarkan berserta

baucar penggantian tayar khusus untuk pemandu teksi

16 Okt: Rancangan Induk Pengangkutan Awam

Darat Negara diluluskan oleh Kabinet

2013

myBAS: Perkhidmatan Bas Berhenti-henti yang ditaja

oleh Kerajaan dilancarkan di lima buah bandar

Papan InformasiHentian Bas dinaik taraf

di hentian bas sekitar KL & Lembah Klang

Dis 2015: Makmal Transformasi Teksi

dianjurkan oleh SPAD sebagai usaha mencari jalan

penyelesaian ke atas masalah yang melingkari industri teksi

2015 2020 & Seterusnya

8 Apr - Aplikasi “MeterOn” dilancarkan sebagai saluran yang

membolehkan pemandu berhemah diiktiraf & perkhidmatan yang tidak

memuaskan dilaporkan

Apr - myHSR Corp ditubuhkan sebagai badan yang

bertanggungjawab mengurus projek Kereta Api Berkelajuan

Tinggi Kuala Lumpur-Singapura

Laluan ETS dilanjutkan dari Butterworth ke Padang Besar

1 Sept - Fasa 1 LRT Putra memulakan operasinya di

antara Depoh Subang & Pasar Seni

Bas Mini dihentikan & digantikan dengan

perkhidmatan Intrakota Sdn Bhd

Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB)

ditubuhkan untuk menstrukturkan semula

sistem pengangkutan awam darat di

Malaysia

Aplikasi mudah alih “mySPAD” dilancarkan

38 set 6-gerabak yang baharu ditambah kepada

perkhidmatan KTM Komuter

ERL dipanjangkan ke stesen KLIA2 yang baru dibuka

Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat

Negara (NLPTMP) menerima kelulusan Kabinet

Program Latihan Pemandu TEKS1M yang pertama

Penambahan Flit Monorel menyaksikan set tren 4-gerabak yang baharu dilancarkan

Ogos - Projek LRT 3 menjangkaui 37km, merentasi 26 stesen dari Bandar Utama ke Klang diumumkan

Sept - Majlis Pecah Tanah bagi projek MRT 2, Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) yang bakal menjangkaui 52.2km dan merentasi 37 stesen kesemuanya

Ogos - Rancangan Transformasi Industri Teksi diluluskan oleh Kabinet

Akademi SPAD menawarkan kursus berkaitan industri pengangkutan awam & akan memberikan akreditasi kepada pengendali pengangkutan awam & mempertingkat tahap perkhidmatan & kualiti untuk manfaat negara

Projek Penyambungan LRT Laluan Ampang menyaksikan pelancaran 11 stesen baharu dari Sri Petaling yang berakhir di Putra Heights

Jun - Projek Penyambungan LRT Laluan Kelana Jaya menyaksikan penambahan 13 stesen baharu dari Kelana Jaya ke Putra Heights

2016

ERL dipanjangkan ke KLIA2 yang baru dibuka

2 Jun - Bas Rapid Transit (BRT) Sunway dilancarkan sebagai perkhidmatan BRT yang pertama di Malaysia

Sistem Pemantauan Prestasi Hab bermula

Transit Aliran Massa Lembah Klang (MRT1)

bagi laluan Sg. Buloh ke Kajang bakal siap

menjelang Julai 2017

Sistem Pembayaran Umum Bersepadu

disasarkan bermula

sg. buloh

kajang

2017

2018

RapidPenangdiperkenalkan

Ogos - KL Monorail mula beroperasi

2004

2003

teks1m

Page 5: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

21

MEMACU EKOSISTEM PENGANGKUTAN AWAM DARAT YANG BERTARAF DUNIA, MAMPAN DAN PROGRESIF

Sistem pengangkutan awam darat Malaysia telah mencatatkan kemajuan yang signifikan sejak pembukaan landasan rel negara yang pertama pada 1885. Hari ini, menjengah lebih seratus tahun kemudian, landasan rel negara gagah melingkari bandar dan pinggir bandar, menyumbangkan khidmatnya kepada berjuta-juta penumpang setiap tahun, malah, jumlah ini bakal dilonjakkan lagi menerusi pembinaan rel laju Kuala Lumpur – Singapura (HSR). Apabila siap kelak, HSR mampu menghubungkan kedua-dua bandar tersebut dalam tempoh kurang dari 90 minit. Perkembangan ini jelas membuktikan betapa kita sedang menyaksikan suatu era kesalinghubungan dan mobiliti yang baharu bagi negara.

Penambahbaikan pengangkutan awam darat yang kini sudah mula menampilkan impaknya di seluruh negara mungkin tidak dapat tercapai sekiranya kita tidak memberanikan diri untuk berdepan dengan beberapa persoalan introspektif sebelum memulakan Program Transformasi Negara (NTP) – Di manakah kedudukan Malaysia berbanding negara-negara maju? Apakah hala tuju ekonomi global? Bagaimanakah dapat kita kekal relevan dan kompetitif sedangkan status quo sentiasa menuntut perubahan?

Dalam hal ini, kita amat peka akan imperatif sosial, yakni kepentingan masyarakat yang sentiasa berubah. Perhatian perlu diberikan kepada percambahan urbanisasi dan cabaran berkait.

Dari situ, jelaslah bahawa negara memerlukan game-changers yang mampu menampilkan Malaysia setaraf dengan negara-negara termaju di dunia. Demi mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, penyampaian perkhidmatan Kerajaan perlu diperkasa dan sektor swasta pula dijadikan pemacu utama pertumbuhan ekonomi yang mampan dan inklusif. Berikutan inilah Kerajaan bertindak mengenal pasti bidang-bidang utama yang mewajarkan pembaharuan di bawah NTP.

Pada hemat saya pengangkutan awam yang mantap merupakan perkara asas untuk menyokong pertumbuhan sosioekonomi, bagi membolehkan peningkatan taraf hidup, peningkatan produktiviti, pelaburan dan penciptaan pekerjaan bernilai tinggi untuk kesejahteraan rakyat. Ekoran kesemua pertimbangan tersebut, Pengangkutan Awam Bandar dipilih sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara pada 2010 di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang bernaung di bawah NTP.

Dasar tersebut disusuli pula dengan penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada 3 Jun 2010, malah terus diperkukuh dengan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara pada 2013. Rancangan Induk ini menampilkan strategi komprehensif untuk tempoh 20 tahun bagi mencapai hasrat Kerajaan iaitu menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan mobiliti rakyat menjelang 2030. Berlandaskan peranan SPAD sebagai badan penguat kuasa pengangkutan awam darat negara, perlaksanaan Rancangan Induk ini telah diamanahkan di bawah pimpinan SPAD.

Justeru, saya amat gembira kerana seiring dengan pencapaian signifikan yang diraih menerusi pelaksanaan NTP setakat ini, transformasi sistem pengangkutan awam darat negara turut melaporkan kemajuan yang boleh dibanggakan. Selain pembangunan rancak dalam sektor rel negara – iaitu tunjang pengangkutan awam darat negara, Kerajaan turut menyokong sepenuhnya agenda transformasi perkhidmatan bas, sekali gus memastikan kemampanan golongan pengendali bas. Hal ini demi menjamin kelangsungan perkhidmatan bas ke setiap kawasan yang terpencil, hatta ceruk kampung sekalipun tidak akan tersisih daripada memperoleh perkhidmatan bas yang selamat dan cekap. Program Transformasi Industri Teksi juga sedang dirombak untuk mengangkat taraf perkhidmatan teksi Malaysia agar setanding dengan bandar-bandar utama dunia.

Sesungguhnya, penambahbaikan pengangkutan awam darat di Malaysia tercatat antara agenda transformasi yang paling bererti kepada barisan pentadbiran yang saya terajui kerana agenda ini berjaya membawakan perjalanan harian yang lebih baik untuk sekalian rakyat.

PENGANGKUTAN AWAM DARAT

Kerajaan akan terus menangani keperluan pengangkutan awam secara holistik dan inklusif, sama ada di kawasan bandar atau luar bandar, demi memastikan sistem pengangkutan awam darat negara kekal relevan, seiring dengan keperluan rakyat dan setanding standard negara maju. Justeru, pada kesempatan ini, saya ingin menyeru semua rakyat agar terus menyokong SPAD dalam usahanya untuk menyediakan sebuah jalinan pengangkutan awam darat yang akan merangsang pertumbuhan ekonomi dan peningkatan taraf hidup rakyat.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucap tahniah atas segala usaha SPAD yang gigih menyempurnakan sebuah sistem pengangkutan awam darat bertaraf dunia untuk negara, selain sumbangannya membangunkan pelan transformasi negara. Walaupun masih banyak yang perlu didepani sebelum terlaksana matlamat Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara keseluruhannya, saya yakin bahawa setiap warga Malaysia bakal menikmati perkhidmatan pengangkutan awam dengan kadar tambang yang berpatutan, selamat dan diyakini pada tahun-tahun yang akan datang.

“Pada hemat saya pengangkutan awam yang mantap merupakan perkara asas untuk menyokong pertumbuhan sosioekonomi, bagi membolehkan peningkatan taraf hidup, peningkatan produktiviti, pelaburan dan penciptaan pekerjaan bernilai tinggi untuk kesejahteraan rakyat.”

YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN HJ ABDUL RAZAKPERDANA MENTERI MALAYSIA

Page 6: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

43

KE ARAH KESALINGHUBUNGAN, KECEKAPAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN PENGANGKUTAN AWAM DARAT BERFOKUSKAN RAKYAT

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah ditubuhkan pada tahun 2010 untuk mewujudkan fokus dan disiplin tindakan yang lebih baik dalam melaksanakan wawasan ke arah sistem pengangkutan awam yang lebih baik secara meluas di bawah agenda transformasi nasional Kerajaan. Dilihat sebagai salah satu pemangkin utama untuk menyokong usaha negara mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, SPAD sedar akan keperluan pengangkutan awam di Malaysia, iaitu rangkaian yang cekap dan boleh diharap yang mampu disesuaikan dengan cabaran sebuah negara yang sedang melalui proses peralihan, menuju masa depan yang lebih mampan dengan manfaat inklusif untuk seluruh rakyat.

Meskipun pelbagai kekompleksan yang menempatkan kedudukan pengangkutan awam darat sebagai satu bidang yang mempunyai kepentingan awam yang besar merentas pelbagai jabatan dan agensi, kami telah mencatatkan kemajuan yang kukuh sejak SPAD ditubuhkan pada tahun 2010. Pelbagai pembaharuan untuk memperkukuh pengangkutan awam darat telah diperkenalkan dan pada masa yang sama memantau bebanan kerja yang tinggi dalam pelaksanaan projek infrastruktur besar yang direka khusus untuk mempertingkatkan kesalinghubungan pengangkutan awam sambil memastikannya kekal boleh diakses oleh rakyat daripada segenap lapisan masyarakat.

Suruhanjaya telah mampu untuk melaksanakan perubahan ini kerana kami telah mengambil pendekatan yang berbeza pada asasnya terhadap perancangan

pengangkutan awam melalui pelaksanaan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara (NLPTMP) yang diperkenalkan pada tahun 2013, untuk menzahirkan struktur keseluruhan rangkaian pengangkutan awam negara. Sasaran Kerajaan di bawah NLPTMP adalah bercita-cita tinggi, iaitu untuk mencapai 40% perkongsian mod pengangkutan awam di Semenanjung Malaysia menjelang tahun 2030. Sebab utama yang mendasari matlamat ini adalah jelas: penggunaan pengangkutan awam mengurangkan kesesakan lalu lintas, meningkatkan produktiviti dan lebih mampan dari aspek alam sekitar. Mustahil bagi kita untuk mencapai matlamat ini tanpa pelan yang berstruktur dan agensi peneraju seperti SPAD.

SPAD SEBAGAI BADAN PERANCANG PENGANGKUTAN AWAM darat

Penubuhan SPAD membolehkan kewujudan pihak berkuasa perancang pusat untuk meneliti dan mengkaji kertas cadangan projek-projek pengangkutan awam untuk memastikan kebolehlaksanaan dan kerelevanan dengan NLPTMP yang sejajar dengan dasar-dasar negara. Ketiadaan agensi utama untuk memperkemas dan menyelaraskan perancangan pengangkutan awam sebelum SPAD diwujudkan menyebabkan projek-projek yang ada dilaksanakan menggunakan pendekatan yang tidak bersistematik, lazimnya kekurangan pandangan jauh dari aspek kemampanan dan daya maju jangka panjang. Ini seterusnya menampilkan cabaran dalam merealisasikan wawasan Kerajaan untuk menjadikan pengangkutan awam satu usaha pembangunan negara yang bersepadu.

Menerusi Rancangan Induk, SPAD mampu memacu integrasi rangkaian pengangkutan awam dan memastikan perjalanan yang selamat dan lancar untuk rakyat. Di samping itu, Rancangan Induk memastikan standard perkhidmatan dan keselamatan yang lebih tinggi yang mampu mencetuskan dan meningkatkan keyakinan orang ramai.

Sebagai badan perancang yang proaktif dan pengawal selia industri, SPAD bekerjasama dengan jabatan dan agensi Kerajaan yang lain, seperti Kementerian Pengangkutan dan Unit Perancang Ekonomi bagi isu berkaitan dengan dasar; agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan, serta Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) bagi pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pengangkutan Awam Bandar. Sebagai keperluan, SPAD juga mendekati pihak berkuasa tempatan dan wilayah, penggubal undang-undang, organisasi bukan kerajaan dan orang ramai untuk memastikan semua titik sentuh diliputi sebagai sebahagian daripada usaha perancangan dan pelaksanaan kami.

RAKYAT DIDAHULUKAN

Terdapat salah faham dalam kalangan rakyat bahawa peranan SPAD adalah terhad kepada pemantauan standard prestasi pengangkutan awam serta penguatkuasaan undang-undang dan peraturan semata-mata. Walaupun ini merupakan sebahagian daripada mandat kami, SPAD pada hakikatnya memberikan keutamaan kepada kepentingan rakyat. SPAD ditubuhkan untuk memastikan sistem pengangkutan awam adalah selamat, relevan, disepadukan dengan kukuh dan dikendalikan dengan cekap dalam usaha untuk memenuhi keperluan dan jangkaan orang ramai yang menggunakan pengangkutan awam.

Sejak tahun 2010, Kerajaan telah berusaha dengan sedaya upaya dalam membuat pelaburan yang besar ke arah meningkatkan infrastruktur pengangkutan awam di seluruh negara. Berdepan dengan cabaran urbanisasi yang semakin meningkat, Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang (GKL) memerlukan peluasan laluan LRT serta pengenalan MRT untuk mengurangkan kesesakan dan menangani isu alam sekitar. Penyiapan projek-projek ini yang mengikut jadual dan dalam lingkungan bajet yang ditetapkan bukan sahaja merupakan pencapaian kami yang membanggakan, tetapi juga bukti kepada kepentingan yang diberikan perhatian dalam memastikan keperluan rakyat diutamakan mengatasi segala kepentingan yang lain.

Di luar kawasan GKL, rakyat hari ini dapat menikmati kesinambungan perkhidmatan bas henti-henti hasil dana bernilai jutaan Ringgit yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan untuk memastikan kawasan yang kurang diberikan perkhidmatan terus diliputi oleh pengendali bas yang berkemungkinan akan mengabaikan kawasan yang tidak memberikan keuntungan. Walaupun matlamat kami adalah untuk menjadikan semua laluan dapat mencapai kemampanan kendiri, kami akur bahawa sesetengah laluan ini berdepan dengan cabarannya yang tersendiri. Kami terus komited untuk memastikan liputan yang menyeluruh di kawasan-kawasan ini dan pada masa yang sama kami berusaha mencari jalan penyelesaian untuk mengekalkan laluan-laluan ini.

Demikian juga, SPAD sedang berusaha untuk merapatkan jurang antara bandar dengan luar bandar menerusi pengenalan sambungan rel baharu, termasuk ECRL, di samping perkhidmatan sedia ada seperti perkhidmatan Komuter Wilayah Utara dan Selatan, dan juga Perkhidmatan Tren Elektrik yang berhenti di bandar-bandar utama sepanjang laluan Padang Besar ke Gemas.

Dalam memberikan khidmat yang lebih baik kepada rakyat, SPAD berusaha dengan sedaya upaya dalam mencipta inovasi yang akan membantu menjadikan pengangkutan awam mod pengangkutan yang berdaya maju. Berbekalkan semangat ini, kami mengalu-alukan penggunaan kemajuan teknologi dalam pengangkutan awam, yang kini mendapat sambutan yang menggalakkan oleh rakyat. Walau bagaimanapun, peranan kami adalah untuk memastikan keselamatan awam dan pengendali pengangkutan awam berpegang kepada prinsip dan tingkah laku yang bertanggungjawab dan profesional pada setiap masa. Atas sebab-sebab ini dan banyak lagi, kami telah memutuskan untuk mengawal selia perkhidmatan e-hailing dan bukannya mengharamkan perkhidmatan itu sama sekali.

Mentransformasikan pengangkutan awam darat untuk masa depan yang lebih baik

Buat julung-julung kalinya dalam sejarah negara kita, pembangunan pengangkutan awam menjadi bidang pembangunan negara yang terpenting. Usaha kerajaan untuk membangunkan pengangkutan awam kini mengubah landskap sosioekonomi, mencipta peluang baharu dan memangkinkan transformasi dengan cara yang tersendiri sifatnya terhadap naratif negara ini. Oleh yang demikian, sudah tentulah SPAD akan menjadi perhatian dan fokus penelitian pada tahun-tahun yang akan datang.

Kami akur bahawa sebagai agensi kerajaan yang baharu, terdapat keperluan untuk melabur dalam sumber kami, serta keperluan untuk melatih dan membangunkan masyarakat kita, dan bekerja secara menyeluruh dengan rakan agensi Kerajaan dan juga pihak berkepentingan luar. Kami sedar akan keperluan untuk mempertingkatkan tahap prestasi kami dan pada masa yang sama memastikan peserta industri berpegang dengan standard yang tertinggi.

Sesungguhnya pembinaan infrastruktur merupakan satu langkah ke hadapan dalam inisiatif mentransformasikan pengangkutan awam negara. Turut diperlukan ialah bakat, dasar dan struktur yang tepat dan bersesuaian untuk memastikan perusahaan pengangkutan awam kita adalah mampan dan selamat selain tahap perkhidmatannya mampu memenuhi ataupun mengatasi jangkaan orang ramai. Meskipun SPAD terus memainkan peranan sebagai pengawal selia pada ketika ini, saya berharap bahawa masanya akan tiba pada suatu hari nanti untuk kita membenarkan kawalan kendiri yang lebih meluas pada pihak industri.

Penghargaan

Bagi pihak Suruhanjaya, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak dan Jemaah Menteri Malaysia yang telah menetapkan wawasan dan menggerakkan inisiatif untuk mencipta masa depan yang gemilang bagi pengangkutan awam darat, satu rahmat dan kemudahan yang akan memberikan manfaat kepada banyak generasi rakyat Malaysia pada masa hadapan. Di samping itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna yang memilih pengangkutan awam dan mewujudkan faktor yang mencetuskan dorongan kepada kami untuk memulakan perjalanan transformasi ini. Usaha ini bertujuan memberikan manfaat kepada anda semua dan saya menggesa lebih ramai orang mengambil langkah untuk beralih daripada kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam.

Saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada rakan agensi Kerajaan, sesungguhnya sokongan dan komitmen yang anda berikan kepada transformasi pengangkutan awam amat membanggakan.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih yang setulusnya kepada semua pengendali pengangkutan awam di Malaysia yang telah bekerja dengan penuh ketekunan bersama-sama dengan SPAD untuk menyelesaikan masalah industri dan mencari penyelesaian yang akan memacu kita ke arah menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan pengangkutan utama.

Transformasi rangkaian pengangkutan awam kita bukan sahaja akan membentuk perubahan yang fundamental kepada infrastruktur negara, bahkan membawa satu era baharu pertumbuhan dan kehidupan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia, ketika perjalanan transformasi Malaysia dalam tahun-tahun kebelakangan ini berkesudahan dengan pencapaian status negara maju negara direalisasikan menjelang tahun 2020.

YBHG TAN SRI DATO’ SERI DR. SYED HAMID SYED JAAFAR ALBARPENGERUSI, SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT

Page 7: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

65

Penyampaian Transformasi Pengangkutan Awam DARAT: Lima Tahun yang Pertama

“Saya berbesar hati melaporkan bahawa kami sedang menuju ke arah mencapai matlamat kami dalam mentransformasikan sistem pengangkutan awam darat di Malaysia.”

keseimbangan yang baik antara perkhidmatan yang berpatutan dengan kemampanan kewangan pengendali kami. Pengangkutan awam juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan kelestarian alam sekitar menerusi usaha mengurangkan pencemaran dan memulihara alam sekitar yang lebih baik.

Untuk mencapai matlamat ini, beberapa projek pengangkutan awam ikonik telah dilaksanakan di bawah inisiatif pengangkutan awam bandar di bawah NTP. Projek Penyambungan Jajaran LRT bagi Laluan Kelana Jaya dan Laluan Ampang yang bermula pada tahun 2010 telah mula beroperasi pada 30 Jun 2016. Laluan 1 Transit Aliran Massa (MRT) Lembah Klang yang mula menjalankan kerja pembinaan pada tahun 2011, dijangka mula beroperasi untuk Fasa 1 perkhidmatannya dari Sungai Buloh - Semantan pada Disember 2016, dan pembukaan sepenuhnya ke Kajang pada Mac 2017. Kedua-dua projek ini merupakan projek yang bersifat transformatif dan akan memberikan keredaan kepada koridor berpenduduk padat di Lembah Klang apabila lebih ramai pengguna beralih daripada kenderaan persendirian kepada pengangkutan rel.

Di samping fokus yang disasarkan terhadap peningkatan rel, SPAD juga berperanan aktif dalam usaha memperbaik perkhidmatan bas dalam negara. Pelaksanaan inisiatif termasuk Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti di seluruh negara, Program Transformasi Bas Berhenti-henti di beberapa ibu kota Semenanjung Malaysia dan Penyusunan Semula Jaringan Bas di Greater Kuala Lumpur/Klang Valley memperlihatkan betapa kami serius untuk bekerjasama dengan pengendali bas agar kebolehyakinan dan kualiti perkhidmatan bas dipertingkat untuk manfaat pengguna.

Rancangan Transformasi Industri Teksi juga merupakan langkah transformasi penting yang digiatkan oleh SPAD. Program ini berusaha merungkai beberapa permasalahan yang melibatkan struktur industri sehingga menjejaskan kualiti perkhidmatan dalam industri teksi, antara lain, melalui penerapan teknologi, pewujudan ‘padang permainan sama rata’ yang merangsang daya saing dalam pasaran dan juga pilihan yang lebih adil buat manfaat pemandu teksi.

Dalam satu lagi langkah lain untuk meningkatkan penyepaduan, kami sedang melaksanakan usaha bersepadu untuk menjadikan maklumat perjalanan tersedia kepada pengguna pengangkutan awam. Melalui Panel Informasi Hentian Bas

Sepanjang lima tahun yang lepas, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan menerusi Program Transformasi Negara (NTP) dan diikuti dengan penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang telah mengubah wajah pengangkutan awam di negara ini.

Manfaat yang diraih daripada pembangunan pengangkutan awam sesungguhnya tidak dapat dipertikaikan lagi. Pengangkutan awam yang lebih baik memberi kesalinghubungan dan produktiviti yang lebih baik, seterusnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Pembangunan pengangkutan awam juga mengurangkan bilangan kenderaan di atas jalan raya sekali gus mengurangkan pencemaran dan mewujudkan persekitaran yang lebih bersih. Akhirnya, sistem pengangkutan awam yang cekap juga menawarkan mobiliti yang lebih baik untuk rakyat, mempertingkatkan kualiti hidup mereka secara berkesan dan menyediakan peluang sosioekonomi yang lebih besar.

Saya berbesar hati melaporkan bahawa kami sedang menuju ke arah mencapai matlamat kami dalam mentransformasikan sistem pengangkutan awam darat di Malaysia. Berusaha ke arah mencapai 40% perkongsian mod pengangkutan awam bandar bagi kawasan Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang (GKL) pada tahun 20301, tahun 2015 menunjukkan perkongsian mod meningkat sebanyak 21% daripada 10% pada tahun 2009. Jumlah penumpang waktu puncak pagi bagi perkhidmatan bas dan rel telah meningkat hampir dua kali pada tahun 2015, iaitu 447,195 penumpang berbanding dengan 236,412 penumpang pada tahun 20101, manakala purata penumpang harian bagi perkhidmatan rel dan bas melepasi tahap 1 juta setakat akhir tahun 2015 dengan mencatatkan 1.152 juta penumpang. Ini jelas menunjukkan permintaan yang tinggi terhadap pengangkutan awam dan kami nekad untuk memastikan SPAD mampu memenuhi permintaan itu dengan satu sistem yang cekap dan efektif melalui kesalinghubungan dan kebolehpercayaan.

Mengutamakan kesalinghubungan dan integrasi dalam pengangkutan awam bandar

Beberapa keutamaan penting telah dikenal pasti sebagai imperatif strategik Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara (NLPTMP). Ini termasuk kemampanan sistem pengangkutan awam negara, yang bertujuan mengekalkan

(BSIP), aplikasi Perancang Perjalanan yang akan muncul tidak lama lagi dan pelbagai inisiatif lain, pengguna akan dapat merancang perjalanan mereka terlebih dahulu untuk memastikan perjalanan yang selesa dan cekap dari destinasi asal hingga destinasi akhir mereka. Pada tahun 2017, kami menjangkakan kewujudan 6,000 BSIP yang akan ditempatkan merentas pelbagai terminal dan perhentian bas untuk menyediakan pengguna bas dengan data masa sebenar yang tepat mengenai waktu ketibaan dan berlepas bas masing-masing.

Memastikan Pembangunan yang Inklusif

Di luar GKL/LK, NLPTMP juga menetapkan matlamat integrasi berkaitan dengan pengangkutan antara bandar. Dengan sukacitanya saya melaporkan bahawa kami berada di landasan yang tepat ke arah mencapai matlamat itu. Kami telah menyiapkan projek pembinaan landasan berkembar yang menghubungkan Ipoh ke Padang Besar dan Seremban ke Gemas yang telah memperluaskan perkhidmatan Komuter dan ETS di utara antara 10 hingga 20 perjalanan setiap hari. Dalam fasa pelaksanaan yang seterusnya, Kerajaan akan terus memperluas laluan elektrik berkembar dari Gemas ke Johor Bharu yang akan siap menjelang tahun 2021.

Di samping itu, dengan pemeteraian Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Malaysia dengan Singapura pada Julai 2016 sebelum perjanjian dua hala yang akan ditandatangani pada akhir tahun 2016, kami terus mencatat kemajuan yang baik dalam membangunkan laluan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) ke Singapura. HSR akan memainkan peranan penting dalam mengembangkan kesalinghubungan antara bandar dan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi di bandar-bandar di sepanjang laluan KL-Singapura.

Melangkah ke hadapan, rakyat juga akan menyaksikan pembangunan laluan Pantai Timur yang baharu dari KL ke Bentong, Kuantan dan Tumpat, yang akan merangsang pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), iaitu sebuah kawasan berkeluasan 66,000km2 dengan populasi penduduk melebihi 4.43 juta.

1 Tinjauan Bidang Ekonomi Utama Negara Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang2 Berdasarkan data operator rel

Page 8: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

87 PENYAMPAIAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AWAM DARAT: LIMA TAHUN YANG PERTAMA

Menggunakan standard bertaraf dunia

SPAD juga komited untuk mempertingkatkan budaya keselamatan dalam semua perkara yang kami laksanakan - daripada pembinaan infrastruktur sehingga operasi pelbagai mod pengangkutan awam. Kami harus mengamalkan sikap sifar toleransi terhadap keselamatan penumpang kami, dan kami sedang berusaha untuk menyarankan sikap ini kepada semua pengendali dan pihak berkepentingan melalui keperluan pengawalseliaan yang perlu dipatuhi oleh pengendali di bawah syarat-syarat pelesenan. SPAD komited untuk melaksanakan hanya amalan yang terbaik dalam aspek keselamatan kerana itu merupakan penentu utama reputasi dan kebolehpercayaan rangkaian kami secara keseluruhan. Sebagai contoh, Program Keselamatan SPAD ICOP (Tata Amalan Keselamatan Industri Pengangkutan Awam Darat) telah diwujudkan pada tahun 2012 untuk memastikan budaya keselamatan diamalkan oleh semua pengendali pengangkutan awam selain memastikan penerapan nilai keselamatan oleh pengendali pada setiap peringkat organisasi. Di bawah program ini, pengendali bas dan perkhidmatan pengangkutan menjalani Program Latihan Keselamatan yang membantu memacu kesedaran terhadap keperluan keselamatan yang perlu dipatuhi oleh pengendali ini . Di samping itu, SPAD juga menjalankan audit Keselamatan terhadap pemegang lesen untuk memastikan kepatuhan terhadap peraturan ICOP. Dalam memudahkan akses yang saksama untuk semua pengguna pengangkutan awam, SPAD memastikan semua terminal dan kemudahan baharu memenuhi keperluan pengguna kurang upaya. Sebagai contoh, SPAD memastikan semua kemudahan MRT adalah mesra OKU, dan memastikan semua kereta api dan bas dilengkapi kemudahan akses bagi golongan kurang upaya. Tumpuan terhadap akses OKU merupakan bahagian penting daripada matlamat keseluruhan kami untuk menjadikan pengangkutan awam dapat diakses oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengambil kira walau apa pun jua latar belakang mereka.

Mewujudkan perkongsian yangmenguntungkan dan membangunkan bakat

SPAD merupakan organisasi yang bermotivasi tinggi namun usianya masih agak muda. Justeru, SPAD bekerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi seperti Kementerian Pengangkutan dan agensi yang berkaitan dengannya, iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Berkuasa Wilayah dalam melaksanakan rancangan, pelaksanaan dasar dan tugas pengawalseliaan. SPAD juga terus bekerjasama dengan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dalam merealisasikan matlamat di bawah NKRA UPT.

Untuk memudahkan lagi pembangunan bakat bagi industri pengangkutan awam darat, Akademi SPAD telah ditubuhkan sebagai pusat pengetahuan multidisiplin bagi mengumpulkan bakat pengangkutan awam yang terbaik dari seluruh negara untuk berkongsi ilmu pengetahuan. Kami juga cenderung untuk belajar dari negara-negara lain dan telah menandatangani perjanjian mengenai kepakaran rel dengan Transport for London, bersama-sama dengan Kerajaan Jepun. Kami telah menghantar kakitangan kami untuk belajar daripada organisasi-organisasi ini dan pada masa yang sama kami juga mengundang jurulatih luar yang boleh menyebarkan pengetahuan yang penting ini kepada pengendali kami.

Penghargaan

Bagi pihak SPAD, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih yang setulusnya dan menghargai sumbangan Kerajaan, terutamanya Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak atas pandangan jauh dan kepemimpinan beliau dalam menjadikan pengangkutan awam sebagai keutamaan penting negara. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berkepentingan dalam pengangkutan awam, termasuk pengendali individu, atas sumbangan anda dalam mentransformasikan sistem pengangkutan awam Malaysia. SPAD menyedari bahawa kita berada pada tempoh yang mengujakan dalam bidang ini, dan kami berharap dapat menjalin hubungan yang saling bermanfaat bagi semua yang terlibat meskipun terdapat perubahan terhadap landskap industri. Sudah pastinya kami juga ingin mengucapkan sekalung terima kasih kepada semua pengguna pengangkutan awam atas sokongan anda. Pembangunan pengangkutan awam hanya akan menjadi usaha yang sia-sia tanpa semua pengguna, dan kami teruja untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda melalui penyediaan infrastruktur pengangkutan awam yang bersepadu sepenuhnya dan moden. Secara peribadi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi, Anggota Suruhanjaya, Pengurusan dan kakitangan SPAD atas sokongan padu yang diberikan berikutan pelantikan saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada tahun 2015. Saya ingin merakamkan penghargaan saya terhadap semua usaha yang telah dilakukan sehingga mencapai tahap ini dan saya berharap agar hubungan yang produktif bersama anda semua akan terus kukuh pada tahun-tahun yang akan datang.

Daripada pembinaan megastruktur rel yang telah mengubah latar langit kawasan GKL hinggalah pembuatan dasar yang membolehkan kami terus memberikan khidmat kepada pengguna di kawasan luar bandar, semua inisiatif ini secara langsung telah meletakkan kami pada laluan yang tepat ke arah menjadikan pengangkutan awam mod pengangkutan pilihan di negara ini. Laporan ini menampilkan maklumat yang rinci berkaitan dengan perjalanan transformasi setakat ini dan saya ingin mempelawa anda semua untuk melihat dengan lebih dekat perjalanan yang ditelusur sejauh ini selain menjadi sebahagian daripada perjalanan yang kami terokai untuk membuktikan keberkesanan pengangkutan awam di Malaysia pada masa hadapan.

MOHD AZHARUDDIN MAT SAHKETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT

Penguatkuasaan Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 714) telah memaktubkan pembentukan, bidang kuasa dan fungsi SPAD, yang lantas menyaksikan penubuhannya pada 3 Jun 2010. Sejurus selepas pewartaan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, SPAD mula menggalas bidang kuasa sepenuhnya pada 31 Januari 2011.

Pembentukan SPAD tercakup antara agenda transformasi penyampaian perkhidmatan awam yang disasarkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Atas sebab itu, SPAD diamanahkan mandat yang besar untuk mempertingkat industri pengangkutan awam darat di Semenanjung Malaysia dengan matlamat untuk meningkatkan kualiti hidup dan standard daya huni rakyat.

Dari sisi sejarah, sistem pengangkutan awam di negara bermula sebagai suatu inisiatif swasta yang dibina atas dasar permintaan dan bekalan. Namun begitu, perkembangan ekonomi serta perubahan corak populasi telah menyaksikan kompleksiti yang baharu, justeru menuntut campur tangan Kerajaan untuk menyelesaikan beberapa isu yang tercetus, antaranya, pengintegrasian antara perancangan penggunaan tanah dan pengangkutan awam serta penyelarasan antara perancangan pengangkutan awam dan impak daripada perkongsian mod yang rendah dalam penggunaan pengangkutan awam terhadap landskap sosioekonomi negara turut menuntut campur tangan Kerajaan.

Berlatarkan masalah-masalah yang menuntut penyelesaiannya seperti di atas, maka penubuhan SPAD amat wajar. Lantaran itu, makmal Program Transformasi Kerajaan yang diadakan pada 2009 telah menyaksikan wacana berkaitan pengangkutan awam bandar (UPT) disusuli dengan pembentukan Bidang Keberhasilan Utama Negara UPT yang terangkum di bawah Program Transformasi Negara. Makmal ini mengenal pasti beberapa aspek melibatkan pengangkutan awam darat yang perlu dirungkai sebaik mungkin. Antara lain, pembaharuan yang disasarkan adalah memperluas infrastruktur rel bandar kepada penduduk di kawasan Greater Kuala Lumpur/Klang Valley, mewujudkan penyepaduan sistem

pengangkutan awam darat yang lebih baik dan menambah baik batuan pertama dan terakhir bagi mod pengangkutan lain seperti bas dan teksi.

Dalam pada itu, semua perancangan tersebut turut mengetengahkan permasalahan baharu. Kerajaan menyedari betapa hampir mustahil untuk mentransformasikan sebuah industri yang sekian lama dilingkari perpecahan dan ketiadaan penyelarasan yang kukuh. Bahkan, sebelum penubuhan SPAD, 13 agensi Kerajaan yang berbeza terlibat dalam perancangan pengangkutan awam dalam pelbagai aspek, tanpa suatu hala tuju yang jelas, sehinga menimbulkan banyak cabaran dalam memastikan penyelarasan dan kepaduan dari sisi perangkaan dan pelaksanaan dasar. Dengan mengambil teladan daripada model-model yang telah dilaksanakan dengan jayanya, seperti Penguasa Pengangkutan Singapura dan Transport for London di United Kingdom, Kerajaan melihat kewajaran sebuah badan khas yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perancangan dasar dan pemantauan kawal selia pengangkutan awam darat.

Dengan hal yang demikian, Perdana Menteri dalam Ucapan Belanjawan 2010 mengumumkan bahawa SPAD bakal ditubuhkan pada pertengahan tahun 2010. Tidak lama selepas itu, SPAD ditubuhkan pada 3 Jun 2010 di bawah bidang kuasa Perdana Menteri, dengan berperanan sebagai satu-satunya agensi Kerajaan yang akan mengemudi pengangkutan awam negara selain membawakan pembaikan yang amat didambakan rakyat dari segi pengangkutan awam yang memenuhi keperluan mereka.

Pembentukan SPAD pada 2010 menempa sejarah baharu yang begitu signifikan dalam perjalanan transformasi industri pengangkutan awam di negara. Hal ini dikatakan demikian kerana, buat pertama kalinya, semua tugas membabitkan pengangkutan awam diletakkan di bawah satu bumbung, lantas, hanya sebuah badan berkuasa yang bertanggungjawab merangka dasar dan memantau perancangan dan pengawalseliaan semua aspek yang meliputi perkhidmatan rel, bas dan teksi. Bahkan, kenderaan barangan yang menggunakan jalan raya dan rel turut tersenarai dalam bidang kuasa SPAD. Di samping itu, SPAD turut

PEMBENTUKAN SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT

Page 9: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

109 PEMBENTUKAN SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT

memegang peranan penguatkuasaan yang dilaksanakan secara rapat bersama dengan agensi penguatkuasaan yang lain iaitu Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Sementara itu, SPAD telah mengambil alih tanggungjawab Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Jabatan Keretapi Malaysia (DOR) dan pelesenan kenderaan pelancongan yang dahulu terangkum di bawah Kementerian Pelancongan di Semenanjung Malaysia. Pada ketika ini, LPKP, DOR dan Kementerian Pelancongan meneruskan peranan mereka di Sabah dan Sarawak.

Penstrukturan SPAD mengambil pendekatan yang berbeza berbanding standard yang lazim dilihat dalam sesebuah jabatan kerajaan. Hal yang demikian ini bagi memupuk budaya profesionalisme dan kelangsungan yang lebih mantap dalam kalangan petugas SPAD, selain memberikan mereka kebebasan profesional yang lebih utuh dan mengekalkan amalan tadbir urus yang lebih jitu selaku sebuah badan petugas di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Mandat SPAD bukan setakat mencakup tanggungjawabnya sebagai pengawal selia, kerana selaku badan penyelaras industri, SPAD turut melaksanakan perancangan membabitkan jaringan pengangkutan awam yang menyasarkan penyepaduan mod pengangkutan awam berasaskan jalan raya dan sistem pengangkutan awam berasaskan rel.

Sejurus selepas penubuhannya, pada September 2012, SPAD melancarkan Rangka Kerja Pengangkutan Awam Darat Negara (NLPTF) yang merangkumi segala aspek melibatkan prinsip panduan, dasar, standard, metodologi perancangan dan inisiatif penambahbaikan membabitkan pengangkutan awam. Secara asasnya, NLPTF terdiri daripada Dasar Pengangkutan Awam Darat Negara dan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara (NLPTMP) mencakupi semua wilayah dan sektor di Semenanjung Malaysia. NLPTMP yang bertempoh 20 tahun ini meletakkan sasaran perkongsian mod pengangkutan awam sebanyak 40% menjelang tahun 2030 dan merupakan dokumen teras yang dirujuk SPAD dalam merealisasikan hasrat untuk mempertingkat pengangkutan awam di kawasan bandar dan luar bandar merentasi seluruh Semenanjung Malaysia.

Pengerusi SPAD Tan Sri Dato’ Seri Dr Syed Hamid Syed Jaafar Albar (keempat dari kiri) bersama Anggota Suruhanjaya dan kakitangan SPAD di Perbincangan Strategik Suruhanjaya pada 17-19 April 2015

Pengerusi SPAD Tan Sri Dato’ Seri Dr Syed Hamid Syed Jaafar Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Azharuddin Mat Sah bersama Pengurusan dan kakitangan SPAD di ibu pejabat Suruhanjaya, Platinum Sentral

Transformasi pengangkutan awam darat di bawah teraju pemimpin dan pakar industri tersohor

Sebaik sahaja SPAD ditubuhkan, Perdana Menteri mengamanahkan pucuk pimpinan SPAD kepada tokoh-tokoh terhormat yang berpengalaman luas dalam bidang perkhidmatan dan pengangkutan awam.

Justeru, pada 3 Jun 2010, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Bin Syed Jaafar Albar dilantik sebagai Pengerusi SPAD yang pertama untuk menggalas pucuk pimpinan SPAD, bersandarkan kecemerlangan dan kepimpinan beliau yang begitu dikagumi. Ketokohan Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid terserlah berdasarkan kedudukan beliau yang menyandang pelbagai jawatan menteri dalam Kabinet sejak tahun 1990 hingga 2009, antaranya, sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Undang-Undang, Menteri Pertahanan, Menteri Luar Negeri dan Menteri Dalam Negeri. Kesemua ini jelas membuktikan pemilihan beliau untuk menguruskan suatu gagasan transformasi yang begitu besar skalanya dan pastinya tidak mudah.

Berikutan pelantikan Pengerusi SPAD pada 2010, tujuh lagi pegawai kerajaan dan pakar industri terkemuka dilantik sebagai Anggota Suruhanjaya. Bersama-sama Tan Sri Dato’ Seri Syed Hamid, Anggota Suruhanjaya yang lain termasuklah Prof. Dr. Ahmad Farhan Sadullah, YBhg Datuk Himmat Singh Ralla Singh, YBhg Datuk Khalid Ahmad, YBhg Dato’ Dr. Mahani Zainal Abidin, YBhg Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah, YBhg Dato’ Siow Kim Lun dan YBhg Datuk Wan Ahmad Shihab Ismail Wan Ismail. Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, yang sebelum ini mengetuai makmal Pengangkutan Awam Bandar (UPT) untuk Program Transformasi Kerajaan pada tahun 2009 (sebelum penubuhan SPAD) telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif SPAD yang pertama.

Pada 1 September 2015, En. Mohd Azharuddin Bin Mat Sah dilantik oleh Perdana Menteri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif SPAD yang baharu, menggantikan En. Mohd Nur Ismal Bin Mohamed Kamal yang kini menerajui myHSR Corp, sebuah syarikat yang menguruskan projek laluan rel laju KL-Singapura, sebagai CEO yang baharu. En. Mohd Azharuddin ialah mantan pengarah unit Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Greater KL/Klang Valley dan NKRA Pengangkutan Awam Bandar (UPT) di Unit

Membina teras pertumbuhan industripengangkutan awam darat

Seiring dengan usaha Kerajaan untuk mendorong penggunaan pengangkutan awam sebagai mod perjalanan yang lebih digemari di seluruh negara, beberapa organisasi penting turut ditubuhkan untuk melaksanakan projek-projek infrastruktur pengangkutan awam yang berskala besar dan berciri kompleks, yang menelan kos berbilion-bilion ringgit. Impak dan pengaruh yang dibawakan oleh SPAD dalam perancangan jaringan pengangkutan awam dan pemantauan terhadap projek-projek mega jelas terbukti berdasarkan pembentukan badan-badan besar seperti MRTCorp dan myHSR Corp, hasil peranan penting yang dimainkan oleh SPAD.

Bukan setakat itu sahaja, bahkan SPAD turut membekalkan pegawai-pegawai terbaiknya ketika sesetengah organisasi terbabit amat memerlukan sentuhan eksekutif yang berkemahiran tinggi dan kompeten. Sebagai contoh, mantan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal, mantan Ketua Pegawai Operasi SPAD, Dato’ Sri Shahril Mokhtar dan mantan Ketua Pegawai Pembangunan SPAD, Dato’ Azmi Abdul Aziz yang telah disalurkan oleh SPAD bukan calang-calang orang.

Dengan gagasan yang sedang diaspirasikan oleh negara kita, iaitu penyepaduan pengangkutan awam dan kelangsungan urbanisasi yang mampan, SPAD terus gigih memupuk dan mengupayakan warga Malaysia yang berbakat dan berpotensi dengan sandaran kemahiran dan pengetahuan yang relevan, agar mereka mampu mengamalkan konsep-konsep yang dimatlamatkan ini dari segenap segi. Berlatarkan sumber petugas yang kini mencecah hampir 1000 orang, SPAD telah memperlihatkan keutuhannya sebagai pemangkin upaya dan pemudah cara kepada takungan bakat Malaysia yang bakal menerajui pengangkutan awam darat. Dalam hal ini, SPAD akan terus melaksanakan peranan yang digalasnya.

Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU). Kehadiran beliau mengukuhkan lagi hala tuju SPAD, malah, beliau diyakini mampu mengangkat keupayaan pegawai-pegawai SPAD dari sisi kejelasan mandat dan hala tuju seterusnya. Hal ini dikatakan demikian kerana En. Mohd Azharuddin merupakan antara perunding utama ketika makmal UPT dijalankan, iaitu sebelum SPAD ditubuhkan.

Hari ini, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid masih memegang tampuk pimpinan SPAD sebagai Pengerusinya dengan gandingan bersama Professor Dr. Ahmad Farhan, YBhg Datuk Himmat Singh, YBhg Dato’ Siow Kim Lun dan YBhg Datuk Wan Ahmad Shihab Ismail yang masih kekal sebagai Anggota Suruhanjaya sejak awal penubuhannya.

Sementara itu, YBhg Datin Paduka Dr. Dahlia Rosly dan Encik Asri Hamidin @ Hamidon telah dilantik sebagai Anggota Suruhanjaya masing-masing pada 1 September 2015. Datuk Dr. Ismail Haji Bakar telah meletakkan jawatan beliau pada 21 September 2015 manakala YBhg Tan Sri Dr. Mohd Irwan dan YBhg Datuk Khalid Ahmad pula menamatkan tempoh perkhidmatan mereka pada 23 Julai 2013.   Allahyarhamah  YBhg Dato’ Dr. Mahani Zainal Abidin kekal sebagai Anggota Suruhanjaya sehingga beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada 22 Jun 2013.

Dengan sandaran bilangan petugas yang hanya terdiri 20 individu ketika awal pembentukannya, SPAD telah berkembang maju sehingga tampil hari ini dengan kekuatan badan petugas seramai 980 orang setakat akhir tahun 2015. SPAD terus berdiri kukuh dengan sokongan pemimpin kanan eksekutif yang berpengalaman luas dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam aspek pengangkutan awam darat, di samping pasukan-pasukannya yang lain, yang melaksanakan tugas mereka merentas 21 Bahagian semuanya di SPAD.

Kini, SPAD yang beribu pejabat di Platinum Sentral, KL Sentral, Kuala Lumpur telah melebarkan sayapnya ke seluruh negara dengan kehadiran Pejabat Wiayah yang terdapat di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelana Jaya, Putrajaya, Seremban, Melaka, Johor Bahru, Pahang, Terengganu dan Kelantan. SPAD juga mempunyai pejabat-pejabat miliknya di Pusat Transformasi Bandar di Sabah dan Sarawak yang dipertanggungjawabkan ke atas beberapa projek khas.

Page 10: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

MENGGERAKKAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AWAM DARAT

Page 11: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

1413

PENGANGKUTAN AWAM DAN NTP

Sejak awal lagi, pengangkutan awam dikenal pasti salah satu NKRA di bawah GTP. Disebabkan potensinya yang signifikan untuk memperkukuh pembangunan sosioekonomi, Kerajaan komited memperuntukkan pelaburan yang besar untuk membina infrastruktur dan merombak dasar pengangkutan awam. Malah, manfaat ekonomi daripada pengangkutan awam begitu ketara sehinggakan salah satu projek utama iaitu pembinaan sistem MyMRT telah tersenarai sebagai projek penting dalam NKEA Greater Kuala Lumpur.

Di bawah NTP, pengangkutan awam turut dikenal pasti sebagai pemangkin utama kepada pembangunan sosioekonomi yang lebih kukuh di kawasan bandar dan luar bandar di seluruh Semenanjung Malaysia. Namun, fokus yang disasarkan di setiap wilayah dan kawasan pastilah berbeza. Berbanding lokasi luar bandar yang memerlukan kesalinghubungan dan akses kepada pasaran sebagai prioriti utama, fokus terhadap pembangunan di bandar pula ialah penyelesaian kepada kesesakan trafik serta menyediakan perjalanan ulang-alik yang lancar untuk rakyat.

Seperti mana kekangan untuk mendapatkan pilihan pengangkutan yang berpatutan di kawasan-kawasan luar bandar di Malaysia telah menjejaskan pembangunan ekonomi, kesesakan trafik di bandar pula mengakibatkan kerugian berbilion ringgit kepada penduduk bandar rentetan kehilangan produktiviti. Sebagai contoh, data daripada Bank Dunia menganggarkan kerugian Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) antara 1.1% dan 2.2% pada tahun 2014 berikutan kesesakan trafik di Greater Kuala

PROGRAM TRANSFORMASI NEGARA

Program Transformasi Negara Malaysia (NTP) yang menggabungkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) merangkumi satu siri inisiatif berpaksikan dasar transformasi yang luas, untuk meningkatkan profil sosio-ekonomi negara menjadi setaraf dengan negara-negara maju. Diperkenalkan pada 2010, kedua-dua program tersebut mengetengahkan perancangan terperinci bagi memenuhi matlamat Modal Ekonomi Baru yang diterajui oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak untuk menjadikan Malaysia negara status berpendapatan tinggi menjelang 2020 melalui langkah-langkah yang mampan dan inklusif.

Dipimpin oleh Perdana Menteri dan Kabinet, NTP mempunyai beberapa komponen teras yang dinamakan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah GTP dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) di bawah ETP. Kedua-dua program tersebut menampilkan pembaharuan berstruktur yang disasarkan untuk mentransformasikan perkhidmatan awam dan menggiatkan bidang-bidang ekonomi utama agar perkhidmatan yang disampaikan kepada rakyat mampu dipertingkat. Selain itu, kedua-dua program juga disasarkan untuk merancakkan pembangunan ekonomi di samping membina kemampanan kewangan negara. NTP menumpukan perhatian terhadap sektor-sektor utama termasuklah sektor yang menitikberatkan manfaat sosial iaitu membanteras jenayah dan membasmi kemiskinan, di samping bidang-bidang ekonomi utama termasuklah memperkukuh ekonomi bandar serta pembangunan pertanian.

Lumpur, bersamaan kerugian produktiviti bernilai antara RM3.7 bilion dan RM7.4 bilion3.

Sehubungan dengan itu, NTP mengunjurkan matlamat untuk menyelesaikan isu yang membabitkan pengangkutan awam melalui rombakan yang sistematik ke atas sistem pengangkutan awam. KPI utama di bawah NTP adalah untuk menggandakan perkongsian mod dalam penggunaan pengangkutan awam bandar kepada 40% menjelang tahun 2030, berbanding kira-kira 20% ketika ini, sekali gus memastikan jalinan pengangkutan awam yang efisien dan tambang yang berpatutan disediakan bagi segenap daerah dan pelosok Semenanjung Malaysia.

PENUBUHAN SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAMDARAT MALAYSIA

Kerajaan peka sejak awal lagi bahawa transformasi pengangkutan awam yang holistik mewajarkan penubuhan sebuah badan penguatkuasaan khusus untuk memantau dan menguruskan proses transformasi ini. Menyedari hakikat ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat atau SPAD telah ditubuhkan pada 3 Jun 2010 susulan akta Parlimen yang memberi kuasa kepada SPAD untuk menggalas tanggungjawab tersebut. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar dilantik sebagai Pengerusi SPAD yang pertama dan masih memegang tampuk pimpinan SPAD sehingga hari ini.

SPAD berperanan sebagai badan yang bertanggungjawab dalam misi penggubalan dasar pengangkutan awam darat, perancangan dan peraturan kawal selia meliputi segala aspek berkaitan pengangkutan awam darat, malah, SPAD melapor terus kepada Perdana Menteri. Mod pengangkutan awam yang dipantau oleh SPAD termasuklah perkhidmatan tren, bas, teksi dan kenderaan barangan. SPAD juga diberi fungsi untuk menguatkuasakan peraturan pengangkutan awam yang dilaksanakan dengan agensi penguatkuasaan yang lain seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara bersama.

Tanggungjawab utama SPAD adalah terhadap rakyat. Sejak penubuhannya, SPAD telah menyuntik nafas baharu dalam dasar perancangan pengangkutan awam menerusi pelancaran rancangan induk pengangkutan awam yang disasarkan untuk negara dan wilayah-wilayah setempat. Kedua-dua rancangan ini bukan setakat memperincikan matlamat dan wawasan SPAD serta Kerajaan secara komprehensif dan jelas, bahkan turut menghuraikan inisiatif-inisiatif khusus untuk mengangkat tahap perkhidmatan dan standard keselamatan pengangkutan awam secara keseluruhan. Ini termasuklah inisiatif penguatkuasaan terhadap pengendali pengangkutan awam dan juga kenderaan komersial di jalan raya.

Seiring dengan itu, selaku badan berkuasa yang menguruskan setiap aspek berkaitan pengangkutan awam, SPAD turut bertanggungjawab ke atas perancangan dan pemantauan membabitkan pembinaan dan juga pembangunan infrastruktur pengangkutan awam. Hal ini telah menyaksikan, antara lain, Projek Penyambungan Jajaran LRT (LEP), pembinaan rangkaian MRT, penaiktarafan KTMB Berhad dan kerja-kerja naik taraf terminal dalam tempoh lima tahun yang lepas. Namun, berbeza daripada pembangunan terdahulu yang sering kali dilaksanakan tanpa menghiraukan impaknya terhadap sistem pengangkutan awam secara keseluruhan, pembentukan SPAD telah mewujudkan satu platform khas yang membolehkan setiap inisiatif dipertimbangkan berdasarkan merit dan nilai masing-masing ke atas seluruh sistem. Sebagai contoh, disebabkan peranan SPAD yang mengawal selia dan memantau perancangan bagi laluan rel dan bas, SPAD dapat memastikan perkhidmatan pengantara tersedia di stesen-stesen tren, antaranya, di Ipoh dan Arau.

Akhir sekali, SPAD turut berperanan sebagai badan advokasi pengangkutan awam yang bertanggungjawab di dalam melibatkan rakyat dan pihak-pihak berkepentingan bagi mengenal pasti sebarang masalah berbangkit dan penyelesaian yang sewajarnya. Walaupun tahap kepuasan pengguna dan kadar penggunaan pengangkutan awam terbukti meningkat sejak penubuhan SPAD pada 2010, SPAD sedar bahawa sokongan orang awam merupakan aspek paling penting untuk menggerakkan pengangkutan awam, justeru sokongan rakyat sentiasa didahulukan dalam semua aktivitinya.

Walaupun tanggungjawab terhadap pembangunan infrastruktur pengangkutan bukan digalas oleh SPAD semata-mata, namun penubuhan SPAD telah membolehkan, buat pertama kalinya, wujud sebuah agensi pusat yang mampu menangani malah menguruskan penyepaduan inisiatif pengangkutan awam dan matlamat pembangunan negara. Ini disebabkan kesedaran bahawa pengangkutan awam darat tidak boleh dibangunkan secara terpisah dan terasing.

MENGGERAKKAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AWAM DARAT

3 Bank Dunia, Laporan ‘Malaysia Economic Monitor, June 2015 – Transforming Urban Transport’. Dipetik dari http://www.worldbank.org/en/country/malaysia/publication/malaysia-economic-monitor-june-2015

Majlis pelancaran ibu pejabat SPAD di Platinum Sentral, yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Turut sama dalam gambar perasmian ini ialah Pengerusi SPAD, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar, mantan Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal dan mantan Ketua Pegawai Pembangunan, Dato’ Azmi Abdul Aziz

Page 12: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

1615

4 Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan semua daerah di Selangor kecuali Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor

5 Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang6 Dirujuk sebagai Program Transformasi Industri Teksi, atau TITP selepas 16 Ogos 2016

MENGGERAKKAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AWAM DARAT

MEMANFAATKAN PENGANGKUTAN AWAM UNTUK MENGANGKAT DAYA HUNI DI BANDAR Penggunaan pengangkutan awam di GKL/KV masih rendah, namun yang lebih membimbangkan, perkongsian mod pengangkutan awam telah jatuh - antara 10-12% pada tahun 20085 berbanding 34% pada tahun 1980-an. Kejatuhan kadar penggunaan pengangkutan awam di GKL/KV memperlihatkan beberapa faktor yang menyumbang kepada penggunaan pengangkutan awam yang semakin rendah: bilangan lebuh raya yang semakin bertambah, pertumbuhan kekayaan, kemampuan membeli kenderaan terutamanya kereta serta akses pengangkutan awam dan tahap kebolehpercayaan perkhidmatan yang rendah.

Rancangan wilayah yang terkandung dalam NLPTMP ini menyasarkan beberapa matlamat termasuk meningkatkan perkongsian mod pengangkutan awam, meningkatkan kebolehpercayaan dan tempoh masa perjalanan, meningkatkan keselesaan dan kemudahan serta menambahbaik akses dan kesalinghubungan. Pada ketika ini, GKL/KV bergantung pada tiga mod pengangkutan awam iaitu rel, bas dan teksi, namun ketiga-tiga mod pengangkutan awam tersebut berdepan dengan beberapa isu berbangkit seperti yang berikut:

• Rel:Sekiranyapenambahbaikantidakdilaksanakan,sistemLRT,KTMKomuterdan Monorel tidak berupaya menampung keperluan bandar yang sedang berkembang pesat

• Bas: Prestasi daripada kalangan pengendali bas memerlukan peningkatanlantaran liputan rangkaian perkhidmatan bas yang tidak sekata dan penjadualan perkhidmatan yang tidak menepati masa. Sesetengah laluan sosial pula dilihat tidak menawarkan pulangan komersial yang mampan kepada industri

• Teksi:Isumembabitkanstrukturmengekangperkembanganindustriteksi,sekaligus menyumbang kepada tahap perkhidmatan yang rendah secara amnya

Di samping itu, populasi di GKL/KV dijangka terus meningkat justeru menyebabkan permintaan perkhidmatan semakin mendesak. Oleh kerana wilayah ini sudah tertakluk kepada beberapa pelan guna tanah yang mengunjurkan corak perjalanan tertentu, rancangan wilayah GKL/KV ini perlu mengambil kira semua faktor dan kelompok bandar berkaitan bagi memastikan penyediaan rangkaian pengangkutan awam yang optimum.

Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat GKL/KV menggariskan tiga matlamat teras:

i. Mengenal pasti suatu strategi pengangkutan awam yang tunggal, kukuh dan tersokong bagi wilayah GKL/KV

ii. Menyepadukan kesemua mod pengangkutan awam darat untuk menyediakan perjalanan yang lancar dan berkualiti tinggi

iii. Membuat perancangan untuk memenuhi keperluan semasa dan masa hadapan berpandukan prinsip-prinsip yang logik, pragmatik dan mampan.

Ketiga-tiga matlamat tersebut seterusnya ditunjangi oleh rancangan transformasi melibatkan setiap mod pengangkutan awam, iaitu Rancangan Pembangunan Rel Bandar (URDP), Rancangan Transformasi Bas (BTP) dan Program Transformasi Industri Teksi6 (TITP). Serentak dengan itu, Rancangan Pertukaran dan Penyepaduan (IIP), Rancangan Guna Tanah (LUP) dan Rancangan Pengurusan Permintaan Perjalanan (TDMP) menggariskan langkah sokongan kepada pelaksanaan ketiga-tiga rancangan transformasi tersebut.

kerana kapasiti jalan raya adalah terhad dan tidak membenarkan penambahan kenderaan. Bahkan, jalan raya di beberapa pusat bandar seperti Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang (GKL/KV) sudah mencecah atau hampir mencecah kapasiti maksimum sehingga kerap mengakibatkan kesesakan trafik yang membawa kepada kerugian produktiviti.

Selain itu, walaupun Malaysia sudah dilengkapi dengan pelbagai pilihan pengangkutan awam - bas, teksi, KTM Komuter, monorel dan LRT, sebagai contoh – masih terdapat beberapa isu berbangkit sehingga operasi perkhidmatan tidak mencapai kadar kecekapan terbaik. Isu-isu ini meliputi pelbagai aspek, antara lain, kekangan yang dihadapi rakyat untuk mengakses kemudahan yang ada, keperluan dasar yang lebih relevan dan peningkatan di dalam penguatkuasaan. Dengan hal yang demikian, NLPTMP menangani isu-isu tersebut serta hal berbangkit yang lain menerusi pelaksanaan beberapa keperluan strategik yang berperanan sebagai asas dan sandaran kepada semua pembangunan pengangkutan awam pada masa depan.

KEPERLUAN STRATEGIK NLPTMPRancangan Induk NLPTMP mengandungi lima prinsip asas yang dinamakan Keperluan Strategik. Setiap keperluan ini berperanan sebagai rangka tindakan dan prinsip teras untuk dijadikan panduan kepada sebarang pembaharuan melibatkan infrastruktur pengangkutan awam yang sedia ada dan juga pembangunan masa depan. Pelaksanaan kelima-lima teras ini secara serentak akan memastikan matlamat ke arah penyepaduan, kemampuan, ketersediaan akses, kebolehpercayaan dan kemampanan pengangkutan awam bakal tercapai.

Keperluan strategik 1: Meningkatkan kesalinghubungan rangkaian pengangkutan awam darat merentasi kelompok bandar dan laluan di kawasan luar bandarKeperluan strategik ini bertujuan memperbaik kesalinghubungan dalam kelompok bandar bagi menampung permintaan mobiliti yang tinggi daripada kalangan penduduk bandar. Inisiatif di bawah teras ini memfokuskan peningkatan kapasiti menerusi penambahbaikan kelengkapan dan penyambungan laluan di samping mencipta inovasi lain untuk memperbaik ketersediaan akses dan kemampanan pengangkutan awam darat.

Keperluan strategik 2: Memastikan perkhidmatan pengangkutan awam yang mampu dibayar dan dapat diakses dengan meningkatkan struktur industriRancangan Induk ini menitikberatkan penyertaan sektor swasta yang aktif

untuk mempertahankan kemampanan industri pengangkutan awam dalam usaha menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang murah dan mudah diakses. Justeru, model dan struktur perniagaan sedia ada, termasuklah laluan perkhidmatan, tambang dan struktur pemilikan akan dikaji semula untuk membuka ruang kepada pembentukan sebuah industri yang mantap.

Keperluan strategik 3: Meningkatkan tahap perkhidmatan dan keselesaan dengan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan, serta integrasi mudah (soft integration)Kepuasan dan keselesaan penumpang ialah faktor penting dalam aspek penyampaian perkhidmatan pengangkutan awam. Teras keperluan ini menyarankan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan ke atas kualiti, kebolehpercayaan, keselamatan dan kemudahan pengangkutan awam menerusi pengawalseliaan yang dipertingkat terhadap sistem pengangkutan awam dan dengan inisiatif-inisiatif yang menekankan kecekapan dan keberkesanan. Penyelesaian jangka panjang pula perlu merangkumi semakan berkala ke atas prosedur penguatkuasaan, latihan dan program pembangunan secara berterusan bagi kakitangan barisan hadapan dan mengekalkan peruntukan sumber yang mencukupi untuk semua aspek yang diperlukan.

Keperluan strategik 4: Meningkatkan tahap keselamatan pengangkutan awamKeselamatan merupakan satu lagi faktor utama yang memberikan keyakinan kepada pengguna pengangkutan awam. NLPTMP menekankan pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang dirangka khusus untuk meminimumkan risiko kemalangan dan insiden jenayah yang melibatkan pengangkutan awam darat. Langkah-langkah tersebut perlu disokong oleh prosedur penguatkuasaan yang ketat seperti yang terkandung dalam Rancangan Induk ini.

Keperluan strategik 5: Mengurangkan kesesakan dan pencemaran, serta meningkatkan aktiviti berbasikal dan berjalan bagi kilometer pertama dan terakhir (first-and last-mile) Matlamat memperluas penggunaan pengangkutan awam antara lain bertujuan menjamin pemeliharaan dan kelestarian alam sekitar. Oleh yang demikian, Rancangan Induk ini turut mengemukakan garis panduan ke arah pengurangan pembebasan karbon dan kesan karbon daripada trafik dengan mengehadkan bilangan kenderaan di jalan raya. Pengguna juga digalakkan mencuba pilihan alternatif untuk perjalanan kilometer pertama dan terakhir (first-and last-mile) seperti berbasikal dan berjalan kaki, dan menggunakan kemudahan yang disediakan bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna.

RANCANGAN INDUK PENGANGKUTAN AWAM DARATGreater Kuala Lumpur/Lembah Klang

Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang (GKL/KV) ialah rancangan induk berasaskan wilayah4 yang tertumpu pada wilayah GKL/KV. Rancangan ini terkandung dalam NLPTMP, cuma bezanya adalah, rancangan ini memperincikan inisiatif dan prinsip panduan yang dirangka khas berdasarkan keperluan khusus wilayah tersebut. Cabaran utama yang dikenal pasti dalam rancangan wilayah GKL/KV adalah meningkatkan perkongsian mod pengangkutan awam - pada 16% ketika rancangan induk ini dikemukakan – yakni suatu jumlah yang agak rendah berbanding bandar-bandar utama yang lain di seluruh negara.

Namun, memandangkan statusnya sebagai pusat wilayah negara dengan kepadatan penduduk tertinggi, GKL/KV menjadi penentu dalam corak penggunaan pengangkutan awam secara amnya dan merupakan wilayah utama yang bakal memanfaatkan sebuah sistem pengangkutan awam termaju. Dengan itu, di bawah rancangan induk ini, status GKL/KV sebagai hab pengangkutan awam terpenting negara akan dipertingkat melalui jaringan tambahan yang menghubungkan GKL/KV dengan koridor-koridor ekonomi yang lain merentasi seluruh negara.

Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat GKL/KV terdapat dalam talian di: http://www.spad.gov.my/sites/default/files/new-land-public-transpor-master-plan.pdf

RANCANGAN INDUK PENGANGKUTAN AWAM DARATNEGARA (NLPTMP)

NLPTMP terkandung sebagai sebahagian NTP dan berperanan menyokong usaha ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi yang inklusif dan mampan menerusi penyampaian pengangkutan awam yang efektif dan efisien. Matlamat asas rancangan ini adalah meningkatkan perkongsian mod pengangkutan awam kepada 40% di kawasan-kawasan bandar, mempertingkat akses bagi kawasan luar bandar yang kurang mendapat perhatian dan menambah baik kesalinghubungan merentasi seluruh Semenanjung Malaysia. Rancangan ini mengandungi dasar dan prinsip makro untuk dijadikan asas sandaran kepada semua inisiatif pengangkutan awam yang bakal dilaksanakan oleh mana-mana badan berkuasa dan agensi berkaitan di seluruh negara.

Rancangan Induk ini turut menyatakan matlamat pengangkutan awam darat Malaysia berlatarkan pembangunan industri dan peluang-peluang yang tersedia. Dengan peranan yang dimainkan oleh pengangkutan awam sebagai pemangkin sosioekonomi yang utama, NLPTMP memperincikan objektif strategik membabitkan keperluan mobiliti NLPTMP serta realiti ekonomi yang didepani negara.

NLPTMP boleh didapati dalam talian di: http://www.spad.gov.my/media-centre/research-publications

MENDEPANI CABARAN TERKINI DALAM INDUSTRIPENGANGKUTAN AWAM DARATUrbanisasi yang begitu pantas berserta pertumbuhan kekayaan sepanjang 20 tahun lepas telah menyaksikan ledakan populasi di pusat-pusat bandar selari dengan perkembangan ekonomi dan peningkatan aktiviti ekonomi. Pertumbuhan kekayaan sekali gus meningkatkan permintaan untuk mobiliti yang lebih meluas memandangkan kadar perjalanan meningkat kepada 40 juta perjalanan pada tahun 2010 berbanding hanya 13 juta pada tahun 1991. Sekiranya trend ini berterusan, permintaan bakal mencecah 133 juta perjalanan pada tahun 2030.

Dalam pada itu, percambahan kekayaan turut menyumbang kepada peningkatan signifikan dari segi pemilikan kenderaan peribadi di seluruh negara. Walaupun penggunaan kenderaan peribadi mampu mengatasi isu mobiliti, namun hal ini tidak dianggap sebagai penyelesaian yang mampan dan inklusif

Page 13: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

1817 MENGGERAKKAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AWAM DARAT

RANCANGAN-RANCANGAN TRANSFORMASIRancangan Induk Pengangkutan Awam Darat GKL/KV terbahagi kepada enam bidang fokus yang berbeza iaitu URDP, BTP, TITP, IIP, LUP dan TDMP. SPAD, selaku agensi utama yang bertanggungjawab memantau pembangunan pengangkutan awam memainkan peranan penting dalam usaha pelaksanaan ketiga-tiga rancangan transformasi tersebut.

URDPMatlamat URDP adalah untuk mengoptimumkan kegunaan aset rel semasa serta mempertingkat kualiti perkhidmatan, meningkatkan kapasiti menerusi penambahan laluan dan perkhidmatan serta membina laluan baharu bagi memenuhi permintaan masa depan. Di bawah URDP, suatu analisis berkaitan permintaan sedang dijalankan untuk mengkaji koridor yang berpotensi mencetuskan permintaan tambahan sekali gus membandingkan pilihan-pilihan lain yang ada. Apabila URDP ini siap kelak, suatu penilaian teknikal yang lebih terperinci akan dijalankan bagi menentukan keperluan-keperluan dari aspek kejuruteraan dan operasi, termasuklah penilaian ke atas jajaran aliran rel.

Pada ketika ini, URDP telah menyarankan beberapa sambungan laluan termasuklah usaha naik taraf stesen dan pembangunan laluan pintas kereta api barangan. Senarai penuh inisiatif URDP dihuraikan secara komprehensif dan terperinci dalam Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat GKL/KV.

BTPBTP menggariskan beberapa cadangan untuk mentransformasikan rangkaian bas di wilayah GKL/KV. Elemen-elemen yang diterapkan ke dalam BTP termasuklah:

• Mentransformasikanperkhidmatanbasagarmenepatimasadanbolehdiharap,justeru memberikan daya tarikan kepada pengguna

• Menyediakan akses perkhidmatan yang lebih baikmelalui penyediaan aksespejalan kaki

• Menyepadukanperkhidmatanbaskedalamsistempengangkutanawamdaratsecara menyeluruh bagi membekalkan rangkaian yang lebih luas

• Membantu menyediakan masa perjalanan yang lebih kompetitif melaluipengangkutan awam darat untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang lebih tinggi

• Menyediakankenderaanmodenyangselesadanpemanduyangterlatihuntukmeningkatkan tahap perkhidmatan

• Membekalkansistemmaklumatpenumpangyangtepatdanterkinibertujuanmemperbaik pengalaman pengguna

• Memastikanperjalananyangselamatdanterlindungbagipengguna• Melaksanakansistemtambangyangmemberikankadartambangyangsesuai

dan disepadukan dengan mod pengangkutan awam lain• Mewujudkan industri yang mampan yang membenarkan industri untuk

beroperasi, membangun dan melabur untuk masa hadapan

Senarai penuh inisiatif bersandarkan semua elemen di atas dihuraikan secara terperinci dalam Rancangan induk Pengangkutan Awam Darat GKL/KV.

TITPIndustri teksi ketika ini berdepan dengan persepsi khalayak awam yang tidak memuaskan rentetan pelbagai isu berhubung dengan kualiti perkhidmatan. Namun, disebabkan industri teksi ini dimiliki sepenuhnya oleh sektor swasta, SPAD akan menggunakan pendekatan berlatarkan pasaran bagi memastikan proses transformasi ini mampu menarik penyertaan yang baik daripada khalayak sektor swasta. TITP menyarankan beberapa perubahan yang ditumpukan kepada:

• Peningkatanrangkakerjapengawalseliaan• Menaikkanstandardpemandu• Menaikkanstandardkenderaan• Menambahbaiksistemtempahanteksi• Penjenamaanteksi• Infrastruktur• Penguatkuasaan

Di bawah NLPTMP, teksi diberikan peranan khusus di dalam membekalkan perkhidmatan kilometer awal dan terakhir. TITP disasarkan untuk menyemarakkan semula industri teksi dengan mengangkat taraf perkhidmatan secara menyeluruh.

IIP, LUP DAN TDMPObjektif ketiga-tiga rancangan ini adalah untuk menilai dan mempertingkat penyepaduan pengangkutan awam berteraskan dasar pembangunan tanah bagi memastikan terbentuknya jalinan pembangunan tanah yang bersepadu di seluruh negara. Elemen yang dikenal pasti dalam ketiga-tiga rancangan ini termasuklah kesalinghubungan antara kilometer awal dan terakhir, penggunaan mod-mod pengangkutan awam yang berbeza iaitu dari satu mod ke mod lain, dan perancangan guna tanah dengan tujuan memprioritikan pembangunan kediaman berkepadatan tinggi untuk memastikan ketersediaan akses pengangkutan awam yang baik.

Selain itu, TDMP pula menggariskan inisiatif ‘tolakan’ yang bertujuan mendorong orang awam agar beralih dan menggunakan pengangkutan awam. Namun, SPAD juga sedar bahawa penambahbaikan perkhidmatan semata-mata tidak berupaya meningkatkan penggunaan pengangkutan awam, walaupun penambahbaikan tersebut merupakan suatu faktor ‘tarikan’. Tuntasnya, matlamat akhir adalah mengurangkan kesesakan dan menggalakkan anjakan sikap untuk mewujudkan sebuah jaringan perkhidmatan pengangkutan awam yang efektif dan efisien di GKL/KV.

MEMPERKUKUH PENGAWALSELIAAN DAN MENGANGKAT STANDARD PERKHIDMATAN

Kedua-dua Rancangan Induk NLPTMP dan GKL/KV memprioritikan pengukuhan pengawalseliaan dan peningkatan standard penguatkuasaan. SPAD, selaku badan berkuasa terhadap pengangkutan awam, berfungsi sebagai badan yang membangunkan dan menyelaras semua aspek pengawalseliaan melibatkan operasi, keselamatan dan prestasi pengangkutan awam darat di Semenanjung Malaysia. Selain itu, SPAD juga berfungsi sebagai badan yang menguruskan aspek pelesenan pengendali perkhidmatan, penyelenggaraan kargo dan pengendalian kenderaan komersial.

Pengukuhan pengawalseliaan yang dilaksanakan oleh SPAD terbahagi kepada dua bidang tugas: pindaan atau memperkenalkan peraturan dan penguatkuasaan.

Dari aspek kawal selia, SPAD melakukan semakan dan pindaan ke atas perundangan berdasarkan kesesuaiannya, kemudian cadangan tersebut akan dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan dan diluluskan oleh Jemaah Menteri. SPAD juga mencadangkan peraturan baharu atau melakukan pindaan ke atas peraturan sedia ada melibatkan setiap mod pengangkutan awam yang berbeza bagi memastikan tahap keselamatan dan perkhidmatan semua mod terkawal dan terpelihara.

Berhubung dengan peranan penguatkuasaan pula, SPAD berganding bahu dengan PDRM dan JPJ untuk melaksanakan pemantauan dan pendakwaan secara bersama. SPAD mempunyai petugas penguatkuasaan khas dengan penjadualan khusus untuk menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan yang lazim dan aktiviti khas di seluruh Semenanjung Malaysia.

Seperti yang dinyatakan dalam kedua-dua Rancangan Induk tersebut, peraturan dan penguatkuasaan merupakan elemen penting yang diperlukan untuk menambahbaik standard perkhidmatan dalam kalangan pengendali pengangkutan awam, dan memperkukuh kedudukan industri agar lebih mampan. SPAD komited dalam usaha mewujudkan medan yang adil dan saksama bagi semua pihak berkepentingan sekali gus memastikan semua pengendali mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

NKRA•Menyediakansatusiriinisiatifyang

menjadi asas LPTMP•MemperbaikiLPTbandar

NLPTMP•Visi•Objektif•PrinsipPanduan•GarisPanduan

GREATER KL/KV LPTMP•MemanfaatkanpanduanNPTF•RancanganJangkamasa20tahunbagi

wilayah•Bertindakbalasterhadapisu-isutempatan•Perbincangandenganpihakberkepentingan•BertujuanuntukselarasdenganRancangan

Negeri dan Bandar

RAJAH 1: Hubungkait Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang

Page 14: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

2019

Penambahbaikan perkongsian mod pengangkutan awam pada landasan yang tepat

“Pada hakikatnya, transformasi pengangkutan awam darat telah meningkatkan kualiti hidup rakyat kerana berupaya menawarkan RANGKAIAN pengangkutan awam berasaskan tambang yang berpatutan dengan kadar kemampuan rakyat, serta boleh mereka harapkan.”

Transformasi pengangkutan awam darat negara yang mula dilaksanakan sejak 2010 telah membantu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kecekapan dan kebolehpercayaan rangkaian pengangkutan awam. Hal ini terbukti berikutan pelancaran Bas Rapid Transit Sunway dan Penyusunan Semula Rangkaian Bas Berhenti-henti pada 2015, selain peluasan perkhidmatan rel yang telah menyaksikan peningkatan perkongsian mod dalam pengangkutan awam di Greater Kuala Lumpur mencecah 21% pada tahun 2015 berbanding 10% pada tahun 2009. Peningkatan ini semakin menghampiri sasaran pada tahun 2030, yakni perkongsian mod pengangkutan awam sebanyak 40%.

Menurut YBhg. Datuk Seri Hj. Saripuddin Hj. Kasim, Ketua Setiausaha di Kementerian Pengangkutan, perkembangan ini memperlihatkan keyakinan orang ramai yang semakin utuh terhadap sistem pengangkutan awam. “Pada hakikatnya, transformasi pengangkutan awam darat telah meningkatkan kualiti hidup rakyat kerana berupaya menawarkan rangkaian pengangkutan awam berasaskan tambang yang berpatutan dengan kadar kemampuan rakyat, serta boleh mereka harapkan. Lagi pula, rakyat turut diberi pilihan dari sisi mobiliti dan akses pengangkutan yang lebih mudah. Pada masa yang sama, ekonomi Malaysia turut mendapat tempiasnya kerana keadaan trafik yang tidak menyesakkan akan menyumbang kepada peningkatan produktiviti. Selain itu, perjalanan yang lancar membawa kesan positif kepada pelancong tempatan dan juga luar negara,” ujar beliau.

Meskipun begitu, pencapaian yang terjana daripada transformasi ini tidaklah datang bergolek. Pelbagai usaha telah digembleng bertujuan untuk mendorong rakyat beralih meninggalkan kenderaan peribadi dan menggunakan pengangkutan awam, serta usaha yang dilaksanakan untuk menambah kadar penumpang. Menurut Datuk Seri Hj. Saripuddin lagi, transformasi ini turut berdepan cabaran untuk merealisasikan penghijrahan mod dan meraih keyakinan rakyat terhadap pembaikan jalinan pengangkutan awam. Sementara itu, Kerajaan juga perlu memastikan agar semua program dan projek terlaksana menurut jadual. Dalam hal ini, perkembangan mungkin terhambat apabila agensi-agensi yang terbabit dalam transformasi ini turut berdepan dengan cabaran masing-masing.

“Masih ada ruang penambahbaikan dari sisi penyampaian perkhidmatan pengangkutan awam,” Datuk Seri Hj. Saripuddin berkongsi pendapatnya, sambil menambah bahawa pihaknya di Kementerian mengadakan mesyuarat bulanan yang bertujuan, antara lain, meneliti perkembangan projek yang dijalankan, mengenal pasti isu-isu yang timbul, membangunkan cadangan yang perlu melibatkan masalah berbangkit, mendapatkan status terkini projek dan memantau setiap projek dari segala sisi. Pada masa yang sama, Kementerian juga bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan, yang termasuk sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan.

SPAD adalah salah satu pihak berkepentingan yang diberikan gandingan khusus oleh pihak Kementerian sejak awal penubuhannya, demi memastikan inisiatif yang disasarkan dalam pengangkutan awam ini berjaya. Datuk Seri Hj. Saripuddin berkata, hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak merupakan hasil perkongsian ilmu dan pengalaman sesama mereka, selain menitikberatkan komunikasi terbuka dan perbincangan yang kerap. Kementerian dan SPAD juga mengambil pendekatan menghormati perbezan pandangan dan pendapat antara mereka. Hal ini kerana menyedari bahawa natijah yang dimatlamatkan oleh kedua-dua pihak ialah pewujudan sebuah sistem pengangkutan awam yang boleh diharap, selamat, lancar dan cekap.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pengangkutan kini sedang merencanakan beberapa inisiatif lanjut untuk membantu jaringan pengangkutan awam beranjak ke tahap tertinggi dalam transformasinya menjelang 2030. Usaha ini digerakkan seiring pelaksanaan beberapa projek utama, termasuk penyambungan Laluan LRT Kelana Jaya dan Laluan LRT Ampang, pelancaran aplikasi Perancang Perjalanan yang dijangka siap pada akhir 2016, yang turut memuatkan maklumat perjalanan bas dan tren berserta tambang secara ‘real-time’ atau masa sebenar bagi membantu penumpang melakukan perjalanan mereka dengan lebih terancang, selain Laluan MRT Sungai Buloh-Kajang yang bakal beroperasi pada 2017.

Menurut Datuk Seri Hj. Saripuddin lagi, inisiatif penting yang sedang digiatkan termasuk “Parkway Dropzone” yakni laluan khusus untuk menurunkan penumpang di hab-hab pengangkutan awam, serta kemudahan “Park n Ride” yang akan ditambah. Kementerian juga akan memfokuskan usaha untuk mengatasi masalah yang tercetus pada 2015 di samping melaksanakan strategi terancang demi merealisasikan aspirasi Kerajaan iaitu peningkatan mod pengangkutan awam sebanyak 40% menjelang tahun 2030.

“Saya yakin, melihatkan kemajuan dan pencapaian yang telah tercapai setakat ini, kami mampu memperoleh sasaran tersebut. Apa pun, untuk memastikan usaha ini berhasil, kami perlu membangunkan strategi-strategi yang terarah demi mempertingkat pengangkutan awam negara dan keyakinan rakyat terhadap sistem pengangkutan awam kita, terutamanya dari aspek pengangkutan awam bandar kerana di kawasan bandarlah yang berlaku kesesakan yang perlu ditangani,” tegas beliau. Berkongsi perancangan Kementerian untuk mencapai tujuan tersebut, Datuk Seri Hj. Saripuddin menyatakan, antara lain, usaha akan dirancakkan bagi memastikan peningkatan tahap kecekapan dan keberkesanan pengangkutan awam khususnya di sekitar pusat bandar, sekali gus kerjasama yang mantap dengan semua pihak berkepentingan yang terlibat bagi memacu transformasi berimpak tinggi yang dapat dinikmati oleh sekalian rakyat Malaysia.

YBhg. Datuk Seri Hj. Saripuddin Hj. KasimKetua SetiausahaKementerian Pengangkutan

Page 15: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

2221

Meraikan Kemunculan Zaman Kegemilangan Pengangkutan Awam Malaysia

DATO’ SRI IDRIS JALAKetua Pegawai EksekutifUnit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU)

Menjelang tahun 2020, kawasan Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang diunjurkan bakal mengalami ledakan populasi ekoran penghijrahan penduduk yang semakin ramai ke bandar untuk mengintai peluang kehidupan yang lebih baik. Peningkatan populasi secara mendadak ini akan memaksa suatu proses urbanisasi yang amat pantas, yang turut mengundang pelbagai cabaran ke atas penduduk bandar dan pihak berkuasa sekiranya ledakan ini tidak didepani secepat mungkin.

Berlatarkan gambaran inilah maka Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) menggesa semua pihak terbabit untuk berusaha merungkai permasalahan tersebut dari aspek pertumbuhan ekonomi dan daya huni yang kelak menghimpit Kuala Lumpur.

“Susulan beberapa sesi makmal dan penstrukturan pelan induk yang kami laksanakan pada 2009, kami menjalankan suatu simulasi. Jika beginilah keadaan KL sekarang, bagaimana agaknya KL pada tahun 2020? Itulah soalan yang kami lontarkan. Apa yang harus kita usahakan untuk meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) agar Malaysia beranjak ke status pendapatan tinggi? Bandar-bandar utama sering kali berperanan sebagai benih ekonomi yang banyak menyumbang kepada KDNK seluruh negara. Kita berdepan dengan risiko kehilangan pelbagai urus niaga dan pelaburan jika warga yang bekerja di Kuala Lumpur tidak berminat untuk menetep di situ,” jelas Dato’ Sri Idris Jala, Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU.

Sewaktu sesi-sesi makmal diadakan pada 2009, perkongsian mod pengangkutan awam tercatat lebih kurang 11%. Sekiranya pecahan ini kekal pada tahun 2020 sedangkan ketika itu populasi penduduk sudah mencecah 10 juta berbanding 6 juta pada tahun 2009, Kuala Lumpur berisiko menghadapi kesesakan trafik yang teruk seperti yang berlaku di Bangkok dan Jakarta. Apatah lagi dengan pemilikan kenderaan peribadi penduduk Malaysia yang tercatat antara tertinggi di dunia, ditambah pula warga yang memiliki lebih daripada sebuah kereta, masalah kesesakan ini pasti mengundang tekanan yang hebat.

Lantaran itu, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pengangkutan Awam Bandar diperkenalkan pada 2010 selari dengan pelaksanaan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang. PEMANDU memberikan pertimbangan khusus terhadap aspek kemampanan, keterangkuman dan penambahbaikan kualiti hidup rakyat ketika menggariskan hala tuju bagi kedua-dua pelan tersebut. Serentak dengan itu, projek Transit Aliran Massa (MRT) disasarkan sebagai projek mega yang akan memacu matlamat ini.

Hal ini dikatakan demikian kerana MRT bukan sahaja berupaya mengurangkan bilangan kereta di jalan raya dan meredakan kesesakan trafik, bahkan turut melegakan pencemaran di bandar. Analisis awal menunjukkan bahawa pengeluaran karbon daripada MRT kelak menjunam lebih 70%, justeru projek ini adalah satu-satunya projek hijau yang terbesar pernah diusahakan di Malaysia setakat ini.

MEREMPUH JALAN BERLIKUStatus projek MRT sebagai projek terbesar yang pernah dilaksanakan Kerajaan semenjak kemerdekaan telah mencetuskan pelbagai rintangan yang terpaksa diharungi, terutamanya dalam usaha meyakinkan rakyat dan Kerajaan.

“Projek ini tidak mungkin terlaksana jika ia diusulkan sebagai sebuah projek tunggal. Pulangan hasil jualan tiket semata-mata tak mungkin setimpal modal awal untuk membina MRT dan tak mungkin cukup untuk menguruskan kos pengendaliannya. Lantaran itu, kami tidak mengajukan projek ini sebagai sebuah projek MRT atau pun LRT. Sebaliknya, kami menampilkannya sebagai sebuah projek di bawah Greater Kuala Lumpur,” jelas beliau lagi.

“Antara rintangan paling rumit yang kami hadapi adalah untuk meyakinkan Kerajaan untuk memperuntukkan dana kepada pembaikan pengangkutan awam sedangkan terdapat kepentingan-kepentingan lain yang turut menuntut pendanaan Kerajaan. Hal ini kerana infrastruktur yang terbabit sangat mahal, lantas ramai pihak yang mempersoalkan mengapa kami (Kerajaan) tidak menyalurkan wang sebanyak itu untuk membantu golongan susah sama ada di luar bandar atau pun di sekolah,” tambah beliau sambil mendedahkan bahawa projek ini telah dibahaskan selama tujuh tahun sebelum diberikan kelulusan, susulan perancangan pelaksanaan yang sangat terperinci yang dibentangkan di bawah NTP.

“Banyak perbezaan pandangan dan perselisihan dari segi permintaan dan keperluan dibangkitkan, namun kami tidak pernah berganjak daripada keputusan kami. Pendirian kami jelas, yakni, jika Greater Kuala Lumpur hendak dibangunkan, Pengangkutan Awam Bandar juga perlu ditingkatkan jika kita benar-benar mahu merealisasikan wawasan 2020,” tegas beliau.

Sebuah sistem pengangkutan awam walau bagaimanapun tidak akan berjaya tanpa gabungan faktor ‘tolakan’ dan ‘tarikan’. Hal ini dapat diperhatikan daripada bandar-bandar pesat dunia seperti Hong Kong, Singapura dan London yang bergantung pada pengangkutan awam sebagai mod pengangkutan utama.

“Tiada sebuah negara pun di dunia yang mampu meraih pecahan mod pengangkutan awam yang tinggi sekiranya rakyat negara itu tidak tertarik menggunakannya. Justeru, perkhidmatan tren dan bas, sebagai contoh, mestilah menepati jadual dan selesa dinaiki. Selain itu, faktor ‘tolakan’ juga perlu digerakkan secara agresif,” kata beliau sambil menyenaraikan, antara lain, caj memasuki bandar (congestion charge) dan pengurangan subsidi minyak sebagai tindakan yang boleh diambil Kerajaan untuk mengasak warga Malaysia agar berhijrah menggunakan pengangkutan awam. Pada masa yang sama, Kerajaan juga perlu menampilkan suatu tarikan tersendiri dalam pengangkutan awam agar faktor ‘tolakan’ ini berkesan.

BERGANDING BAHU DEMI MENINGKATKAN STANDARDPENGANGKUTAN AWAMDato’ Sri Idris menegaskan bahawa pembangunan Greater Kuala Lumpur dan jalinan Pengangkutan Awam Bandar di Malaysia tidak mungkin dapat dijayakan tanpa kerjasama SPAD kerana SPAD memainkan peranan yang kritikal selaku badan pengawal selia dan penyelaras pengangkutan awam darat.

Menurut beliau, SPAD merupakan sandaran penting bagi Malaysia memandangkan tugasnya yang membabitkan perancangan yang teratur, yang melibatkan pelaksanaan projek-projek rumit, selain meningkatkan standard penyampaian perkhidmatan.

“Sebelum penubuhan SPAD, gabungan pengendali-pengendali pengangkutan awam tidak teratur, lantas sukar memperoleh pengintegrasian sesama mereka. Dalam hal ini, SPAD merupakan faktor kritikal yang telah berupaya membawa semua pihak [berkepentingan] untuk mencapai kata sepakat,” ujar beliau.

Oleh hal yang demikian, sejak penubuhan SPAD lagi, PEMANDU telah menjalinkan hubungan rapat dan sentiasa berganding bahu dengan SPAD.

Malah, beberapa pegawai PEMANDU kini memegang jawatan penting dalam SPAD, termasuk entiti-entiti pengangkutan awam yang lain. Disebabkan hubungan kerja yang telah terbina kukuh bertahun-tahun sebelum ini, Dato’ Sri Idris yakin akan kewibawaan dan kemampuan pegawai-pegawai tersebut untuk mengemudi matlamat yang disasarkan bersama.

“Rakan-rakan saya ini mempunyai latar pemahaman yang mantap [tentang pembangunan pengangkutan awam] dan tahu selok-belok industri ini. Hal ini memudahkan tugasan kami. Apatah lagi, kami semua sehaluan dan seangkatan dari segi matlamat yang kami hasratkan. Malah, saya berani mengisytiharkan di sini bahawa Malaysia bakal meraikan kemunculan zaman kegemilangan pengangkutan awam di negara.

PERUBAHAN BESAR BAKAL TERSERLAH“Kami benar-benar gembira melihat perkembangan Pengangkutan Awam Bandar ketika ini. MRT sedang dibangunkan mengikut jadual dan terkawal dari segi kos. Kerajaan pula tidak putus-putus memberikan galakan kepada usaha penambahbaikan pengangkutan awam.”

Dato Sri Idris turut menyedari keterujaan yang kian hangat diperkatakan dalam khalayak awam tentang perkembangan pengangkutan awam darat, khususnya di kawasan Greater Kuala Lumpur. Menurut beliau, perkembangan yang disaksikan sekarang hanyalah tapak permulaan dan warga kota kelak akan menyaksikan perubahan-perubahan besar semakin terserlah apabila beberapa projek utama yang lain siap secara berperingkat pada tahun-tahun akan datang. Projek-projek ini, antara lain, ialah Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura, LRT 3, MRT 2 dan projek MRT Laluan Orbital.

“Transformasi pengangkutan awam darat akan membuahkan kejayaan sepenuhnya apabila lebih ramai warga dilihat berhijrah kepada pengangkutan awam dan pecahan mod yang disasarkan tercapai. Sudah tentu transformasi ini tidak terkecuali cabaran-cabaran yang perlu ditangani. Biarpun begitu, yang penting, perkembangan sudah pun terserlah, bahkan, saya yakin bahawa segala usaha ini telah membina asas kepada sebuah legasi pemerkasaan pengangkutan awam yang kelak melimpahkan manfaatnya untuk diwarisi generasi-generasi Malaysia yang akan datang,” begitu ujar beliau mengakhiri perbualan.

Page 16: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

MEMBANGUNKAN PERKHIDMATAN BASYANG SELAMAT, RELEVAN DAN DIPERCAYAI

Page 17: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

2625

MEMBANGUNKAN PERKHIDMATAN BASYANG SELAMAT, RELEVAN DAN DIPERCAYAI“Pasaran bebas yang beroperasi tanpa kawal selia tidak menjamin penyelesaian yang optimum untuk sistem pengangkutan awam. Kawasan dengan kadar permintaan yang tinggi akan menerima liputan perkhidmatan pengangkutan awam yang melebihi permintaan. Dalam keadaan ini, penumpang menikmati kadar tambang yang lebih murah. Walau bagaimanapun, kadar saing yang terlalu tinggi mengakibatkan penurunan tahap perkhidmatan dan model perniagaan yang tidak mampan, seperti yang berlaku pada sektor bas henti-henti. Kawasan dengan kadar permintaan yang rendah pula hanya menerima perkhidmatan pengangkutan awam yang terhad yang seterusnya mengakibatkan kos perjalanan menjadi lebih tinggi. Cabaran bagi pihak berkuasa ialah memastikan keseimbangan antara kecekapan pasaran dengan pengekalan piawaian minimum, di samping memastikan kawasan luar bandar menerima perkhidmatan yang cukup.”

- Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara (NLPTMP)

PENGENALAN

Bas merupakan antara mod pengangkutan yang paling popular pada tahun 1970-an dan 1980-an, yang turut menyaksikan bas mini digunakan secara meluas oleh penumpang bas di pusat-pusat bandar di sekitar Lembah Klang. Walaupun mula dikendalikan sebagai inisiatif sektor swasta, sistem bas mini ini akhirnya menjadi terlalu sendat kerana tidak mampu menampung kapasiti susulan peningkatan populasi dan kesan rebakan bandar. Apatah lagi, kawasan bandar yang baru dibuka ketika itu masih membangun, berpopulasi rendah dan tidak memberikan pulangan komersial, justeru pengendali bas tidak berminat untuk membuka khidmat bas di laluan-laluan baharu secara teratur. Serentak dengan itu, pendapatan yang semakin meningkat serta pembaikan infrastruktur jalan raya, seiring dengan pembangunan ekonomi negara, menyumbang kepada penghijrahan orang awam kepada penggunaan kenderaan peribadi sekali gus khidmat bas semakin kurang digemari sebagai suatu mod pengangkutan. Pihak berkuasa tempatan pula tidak cenderung meneruskan campur tangan dalam hal ini sehinggalah pengangkutan awam mula menampakkan daya majunya semula.

Pada 1987, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan ditubuhkan untuk menguruskan pelesenan bagi pengangkutan awam di jalan raya, termasuklah sektor bas. Namun, tidak lama selepas itu, dasar pemantauan pengangkutan awam di Malaysia ini mula menampakkan keretakan dari segi pelaksanaannya kerana 12 agensi Kerajaan yang lain turut terlibat dalam pemantauan ini lantas menghambat keberkesananan sistem bas.

Dengan hal yang demikian, penubuhan SPAD pada tahun 2010 menyasarkan penambahbaikan sistem bas sejajar dengan wawasan Kerajaan untuk menawarkan perkhidmatan bas yang boleh diharap, mudah diakses, selamat dan selesa agar mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bandar-bandar terkemuka dunia.

Dari tahun 2010-2015, SPAD telah melaksanakan beberapa inisiatif yang merupakan sebahagian agenda transformasi pengangkutan awam darat membabitkan sektor bas:

1. Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF)2. Kod Amalan Industri (ICOP) Keselamatan3. Perkhidmatan myBAS 4. Diskaun Kadar Tambang 30% (DKAT 30%)5. Liberalisasi kadar tambang bas sekolah6. Perkhidmatan Bas Bandar GoKL7. Bas Rapid Transit8. Penyusunan Semula Rangkaian Bas Berhenti-Henti9. Panel Informasi Hentian Bas10. Sistem Pemantauan Prestasi Hab (PMHS)

20122015100

pengendali bas85

Peratusan penumpang50.12 JUTA

HAMPIR

93 JUTA

laluan586

608

Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF)

DIPERKENALKAN

INISIATIF

myBASBas berhenti-henti diraikan sejarahnya di Malaysia, bahkan berperanan utama sejak tahun 1940-an kerana manfaat yang disalurkan kepada orang awam untuk bergerak di sekitar kota. Akan tetapi, model pengendaliannya yang mengutamakan laluan yang hanya berlandaskan pertimbangan komersial dan mengetepikan keperluan penumpang adalah suatu model perniagaan yang sudah lapuk, sehingga mengakibatkan liputan perkhidmatan bas berhenti-henti tidak sekata.

Sehubungan dengan usaha ke arah menjamin kemampanan industri bas, pada tahun 2015, SPAD melancarkan myBAS, iaitu sebuah model perniagaan yang baharu, yang juga merupakan sebahagian program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti (SBST) bertujuan mewujudkan nilai jangka panjang bagi perkhidmatan bas berhenti-henti, selain memperbaik penyusunannya agar lebih diyakini. Matlamat keseluruhan myBAS adalah untuk menggantikan Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF) secara berperingkat.

Dalam hal ini, SPAD berperanan sebagai badan perancang yang bertanggungjawab ke atas rangkaian bas berhenti-henti serta kos pengendalian myBAS, di samping menerima pulangan tambang (fare-box revenue). Perkhidmatan ini turut dirangka bagi memastikan penumpang memperoleh khidmat bas sepanjang laluan sosial yang dulunya kurang mendapat perhatian, di samping mengurangkan pertindihan laluan bas agar liputan perkhidmatan tersebut mencapai tahap optimum.

Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF)Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara mengenal pasti pendanaan sebagai elemen utama dalam pelaksanannya. Bagi sektor bas, Rancangan Induk menyatakan bahawa suatu penyelesaian jangka panjang diperlukan untuk membina daya kemampanan dan kemampuan sektor tersebut. Justeru, pada 3 Januari 2012, Kerajaan melancarkan Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF) bertujuan memperbaik kualiti perkhidmatan bas sekali gus menggalakkan penumpang untuk terus menggunakan bas sebagai suatu mod perjalanan yang efektif. Inisiatif ini berfungsi sebagai langkah sementara untuk membantu menampung kerugian yang ditanggung oleh pengendali bas berhenti-henti yang terkesan dalam operasi harian mereka, khususnya yang membabitkan laluan sosial. Inisiatif ini merangkumi semua perkhidmatan bas di seluruh Malaysia.

Setakat Disember 2015, RM498.25 juta daripada jumlah RM689.74 juta yang diperuntukkan Kerajaan sehingga akhir tahun 2016 telah diagihkan kepada pengendali.

Bilangan pengendali yang telah memanfaatkan ISBSF ini meningkat kepada 100 orang pada tahun 2015 berbanding 85 orang pada tahun 2012. Ekoran itu, bilangan laluan turut berkembang kepada 608 berbanding 586 dalam tempoh yang sama. Sejak pelancarannya, seramai 394.4 juta penumpang telah memanfaatkan ISBSF sehingga akhir Disember 2015.

Page 18: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

2827

7 Memulakan operasi pada Januari 2016

ICOP

Program LatihanKeselamatan ICOPuntuk pengendalibas DIlancarkan

4,071pengendali bas

MENJALANILATIHANICOP

320AUDIT pematuhan

dijalankan keatas35 Pengendali bAsSPAD mengarahkan pengendali bas untuk mematuhi pemeriksaan pematuhan keselamatan selepas kemalangan ICOP

2012

ICOP-SHE DIwajibkankepada pengendali bas dan kenderaan barangan

2013

2015

Siasatan Kemalangan MIROS 2007 - 2014

Jalanraya & Persekitaran

20%DUI alkohol

/dadah

5%“Visibility”

4%Lebih

Muatan

3%Kelajuan

20%Kerosakan

tayar

3%

Memandusecara

bahaya

26%Kerosakan

brek

4%“Fatigue”

15%

RAJAH 3: Punca kemalangan bas untuk tempoh tahun 2007-2014

SKS-KL(Pengendali)

** BET 5 & BET 6

Dari Bandar Tasik Puteri / Bukit

Beruntung

BET 5Dari Country

Home

RM210.00

RM147.00

RM220.00

RM154.00

RM250.00

RM175.00

RM104.00

RM73.00

RM130.00

RM91.00

RM154.00

RM108.00

RM132.00

RM92.00

*LaluanKhas

LALUANBIASA

Suasana Edaran & SKB (Pengendali)

•Inisiatifbermula1hbSeptember2015hingga29hb Februari 2016

•Inisiatifinitelahdilanjutkanuntuktempoh10bulan bermula 1hb Mac 2016 hingga 31hb Disember 2016

•Tambangbulanandiberikandiskaunsebanyak30%

*Laluan Khas : Terminal - Pejabat / Taman Perumahan - Pejabat ** BET 5: Bandar Tasik Puteri - Country Home - Kuala Lumpur BET 6: Bukit Beruntung - Kuala Lumpur

LALUAN

SEREMBAN - KL KLANG - KL RAWANG - KL

Tambang Bulanan Sebelum Diskaun

Harga tambang Pas Bulanan Diskaun yang

dibayar penumpang

RAJAH 2: Diskaun Kadar Tambang 30% (DKAT 30%)

8 Diskaun turut ditawarkan kepada penumpang bas berhenti-henti yang menggunakan laluan yang sama yang turut dikendalikan oleh pengendali bas ekspres terlibat

MEMBANGUNKAN PERKHIDMATAN BAS YANG SELAMAT, RELEVAN DAN DIPERCAYAI

Pencapaian Dalam Pelaksanaan myBAS:• 2012: SPAD berserta Unit Perancang Ekonomi bagi negeri-negeri

terbabit menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pengangkutan Awam bagi membolehkan kerajaan negeri dan agensi lain meneliti isu berkaitan pengangkutan awam setempat

• 10 Oktober 2014: Lima bandar dikenal pasti dalam Bajet 2015 untukpelaksanaan myBAS termasuk Kangar, Seremban, Ipoh, Kuching dan Kuala Terengganu, bersandarkan peruntukan sebanyak RM100juta

• 23 Januari 2015: Pelantikan MARA Liner Sdn Bhd dan Cityliner Sdn Bhd,masing-masing untuk mengendalikan perkhidmatan myBAS di Kangar dan Seremban

• 1 Ogos 2015: Pelancaran perkhidmatanmyBAS di Kangar dengan 27 bas,meliputi 15 laluan sepanjang 337km, pada purata kekerapan setiap satu jam

• 15November2015:myBASdiperkenalkansecaraberperingkatdiSeremban,dengan sejumlah 111 bas, meliputi 27 laluan merentasi 656km, pada purata kekerapan setiap 45 minit7

Bas EkspresPerkhidmatan bas ekspres merupakan suatu aspek pengangkutan awam darat jarak jauh yang penting di Malaysia. Pada tahun 2010, perkhidmatan bas ekspres oleh 48 pengendali berlesen yang menguruskan sekurang-kurangnya 73 jenama bas telah mencatatkan lebih 8,000 perjalanan berlepas setiap hari. Selaku penguatkuasa pengangkutan awam darat, SPAD kini memantau lebih 100 pengendali bas ekspres, dan bidang kuasanya merangkumi isu seperti penjualan tiket haram, pemanduan yang cuai serta kewajipan pematuhan laluan dan penjadualan bas seperti yang ditetapkan.

Langkah transformasi pengangkutan awam darat turut menyaksikan pelbagai inisiatif yang diumumkan atau telah pun dilaksanakan oleh SPAD sejak tahun 2010, yang menyasarkan penambahbaikan taraf perkhidmatan serta akses penumpang kepada perkhidmatan bas ekspres, yang turut merangkumi usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan di hab dan terminal pengangkutan awam.

Inisiatif ini termasuklah:

• PengoperasianTerminalBersepaduBandarTasikSelatan(ITT-BTS)padatahun2011 bertujuan melegakan kesesakan di Kuala Lumpur berserta arahan kepada 500 bas ekspres (yang menuju ke Selatan) untuk mula bertapak di Terminal tersebut, agar berada jauh daripada kesesakan kawasan pusat perniagaan

• Pengubahsuaian ke atas Terminal Puduraya (yang kini dikenali sebagai PuduSentral) pada tahun 2011, yang juga merupakan pengubahsuaian pertama sejak terminal ini mula dibuka pada tahun 1976

• Pembukaan terminal Amanjaya pada September 2012, sekali gus lokasi basekspres yang beroperasi di Terminal Medan Gopeng ditukarkan ke Terminal Amanjaya

• Tapakperkhidmatanbasekspres jarak jauhdipindahkanke ITT-BTSdariPuduSentral pada tahun 2015

• PelaksanaanpelansubsiditambangyangditerajuiKerajaanbagipenggunabasantara bandar yang berulang-alik dari Kuala Lumpur menggunakan pas bulanan yang dikeluarkan oleh pengendali bas ekspres dan bas berhenti-henti. Subsidi ini menawarkan diskaun 30% kepada penumpang untuk tempoh bermula 1 September 2015-30 Mac 20168 bagi laluan Rawang - Kuala Lumpur, Klang - Kuala Lumpur dan Seremban - Kuala Lumpur

• Kawalseliakeselamatandiperketatbagimemastikanperjalananyangselamatdan selesa bagi penumpang bas ekspres. Ini termasuklah arahan menggunakan Garis Panduan Keselamatan ICOP (Kod Amalan Industri) SPAD dan pemasangan GPS (yang berfungsi sepenuhnya) pada semua bas ekspres

Kod Amalan Industri (ICOP) KeselamatanKeselamatan dan perlindungan penumpang turut diketengahkan dalam Rancangan Induk sebagai elemen penting yang perlu dilaksanakan. Walaupun keselamatan dan perlindungan menjadi keutamaan dalam semua mod pengangkutan awam, Rancangan Induk mengetengahkan bas ekspres secara khusus (dari bandar ke bandar) yang masih perlu dipertingkatkan keselamatannya demi menghindari kemalangan yang sepatutnya boleh dielakkan. Hal ini rentetan kemalangan bas yang berlaku berturut-turut akibat pemandu yang tertidur sewaktu memandu lantaran terlalu penat. Bahkan, data daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya menyatakan bahawa sehingga 26% kemalangan bas antara tahun 2007 dan 2014 berlaku akibat pemanduan berbahaya oleh pemandu bas.

Berikutan itu, SPAD telah melancarkan Program Latihan Keselamatan ICOP pada tahun 2012 yang disasarkan terhadap pengendali bas. Program ini mewajibkan

pematuhan standard yang telah ditetapkan dalam Kod Amalan yang membabitkan keselamatan, khususnya yang membabitkan aspek persekitaran, bertujuan mengurangkan kemalangan melibatkan pengangkutan awam.

Program ini dimulakan dengan sesi perbincangan bersama pengendali bas dengan hasrat untuk meningkatkan kesedaran mereka tentang keselamatan, dan disusuli dengan arahan pada tahun 2013, untuk mematuhi ICOP-SHE yang diwajibkan ke atas semua pengendali bas dan kenderaan barangan.

SPAD telah memulakan kursus pengendali bas pada 2013 untuk memastikan pengendali bas mematuhi garis panduan keselamatan ICOP. Setakat Disember 2015, sejumlah 4,071 pengendali telah pun menamatkan kursus tersebut. Antara tahun 2014 dan 2015, seramai 320 pengendali yang bersabit kemalangan telah dikenakan pemeriksaan pematuhan keselamatan oleh SPAD. Susulan itu, seluruh flit kenderaan milik 127 pengendali telah digantung sehingga semua pengendali terbabit mematuhi garis panduan keselamatan ICOP sepenuhnya. Sementara itu, sejumlah 4,917 pengendali bas yang lain telah menjalani pemeriksaan pematuhan keselamatan antara Oktober 2015 dan Disember 2015, yang merupakan antara syarat pembaharuan.

Page 19: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

3029

menggalakkan ibu bapa dan penjaga untuk menggunakan bas sekolah yang berdaftar dan berlesen dengan SPAD sebagai mod pengangkutan pergi dan balik sekolah, SPAD memperkenalkan SIMS pada tahun 2013 untuk melindungi murid sekolah yang menggunakan bas sekolah berlesen. Skim yang ditawarkan di seluruh Malaysia ini menyediakan suatu jaringan keselamatan untuk murid sekolah dan keluarga mereka sekiranya berlaku kemalangan. Skim ini turut meliputi lawatan sekolah dan perjalanan kokurikulum murid sekolah.

Di bawah skim ini, murid sekolah dan keluarga mereka memperoleh perlindungan untuk:

• Kematianakibatkemalangan• Kecacatankekal• PembiayaanPerubatan• Elaunwadhospital• KhairatKematian

Menjelang akhir tahun 2015, skim ini memberikan perlindungan kepada kira-kira 1.5 juta murid sekolah dalam lingkungan umur 7 hingga 19 tahun.

SKIM PENGGANTIAN BAS SEKOLAHSPAD dan BSN telah melancarkan skim penggantian bas sekolah secara bersama bermula Januari 2013 sehingga Disember 2014 bagi melaksanakan skim

kewangan dua tahun untuk pengendali bas sekolah seperti yang diumumkan dalam Bajet 2013. Skim ini membolehkan mereka menggantikan kenderaan yang sudah uzur, sekali gus menjamin keselamatan perjalanan murid sekolah. Skim pinjaman mudah sebanyak RM200 juta ini ditawarkan pada kadar tetap 2% dan menyasarkan 2,885 pengendali yang memiliki bas yang sudah uzur. Kementerian Kewangan turut memperuntukkan RM10 juta bagi menyalurkan rebat tunai RM10,000 sebagai bayaran pendahuluan bagi pembelian bas baharu serta subsidi ke atas pembayaran balik.

BSN pula telah meluluskan 213 pinjaman bernilai RM18.5 juta daripada 233 permohonan kesemuanya, dengan mengambil kira 20 permohonan ditolak kerana status muflis pemohon.

Sebagai salah satu usaha yang dilakukan oleh SPAD untuk menggesa pengendali bas sekolah agar turut serta dalam skim ini, SPAD mengadakan sesi perbincangan awam dengan 44 pertubuhan bas sekolah di seluruh negara dan menyebarkan notis berkaitan skim tersebut kepada 3,000 pengendali bas. SPAD turut menawarkan lanjutan polisi secara ‘1+1’ bagi membolehkan pengendali bas terus menggunakan bas yang berusia lebih daripada 25 tahun, dengan syarat bas tersebut diluluskan oleh Puspakom dari aspek keselamatannya. Selain itu, pada Julai 2014, skim tersebut diperluas kepada pengendali yang memiliki bas berusia kurang daripada 25 tahun.

LIBERALISASI TAMBANG BAS SEKOLAHSPAD juga bertindak meliberalisasikan tambang bas sekolah pada suku pertama tahun 2015 susulan pengumumannya untuk berbuat demikian pada tahun 2014. Sebelum liberalisasi tersebut dibuat, yang membenarkan tambang bas sekolah ditentukan menurut permintaan dan bekalan pasaran, tambang pergi balik maksimum untuk perjalanan bas sekolah di kawasan bandar ialah RM27.43 untuk kilometer pertama, dan RM2.02 untuk setiap kilometer seterusnya. Sementara itu, tambang di kawasan luar bandar pula ditetapkan pada RM20.61 untuk kilometer pertama dan RM2.02 untuk setiap kilometer seterusnya. Liberalisasi ini juga membenarkan pengendali bas untuk menetapkan tambang mereka sendiri menurut kesesuaian saiz bas, kapasiti enjin dan lokasi perjalanan.

Bas SekolahSyarat kelayakan yang terendah menyaksikan pelbagai latar belakang pengendali bas, yang turut merangkumi suri rumah selain syarikat besar. Dalam pada itu, penggunaan bas sekolah haram dan kenderaan lama pula merupakan antara kebimbangan paling ketara membabitkan sektor ini.

Justeru, sejak tahun 2010, SPAD telah mengumumkan dan melancarkan pelbagai inisiatif yang disasarkan terhadap peningkatan taraf perkhidmatan bas sekolah serta akses murid sekolah sebagai penumpang. Kesemua inisiatif ini merupakan sebahagian agenda transformasi perkhidmatan bas sekolah.

Inisiatif ini termasuk:

• 2013:SkimInsuransMuridSekolah• 2013 - 2014: Skim Penggantian Bas Sekolah dengan kerjasama Bank

Simpanan Nasional (BSN) • 2015: Liberalisasi tambang bas sekolah, yang membolehkan tambang bas

ditentukan mengikut tuntutan pasaran

SKIM INSURANS MURID SEKOLAH (SIMS)Pada tahun 2015, terdapat lebih 10,000 pengendali berlesen yang menguruskanlebih 15,000 bas sekolah untuk manfaat 1.5 juta murid sekolah setiap hari. Namun, berlatarkan matlamat untuk meningkatkan kualiti industri bas sekolah dan bagi

Skim InsuransMurid SekolahDIPERKENALKANOLEH kerajaan

meliputi

1.5 JUTAmurid sekolah dalam lingkungan umur 7 hingga 19 tahun

2013

menjelangakhir

2015

LAMA BARu

dengan kerjasama Bank SimpananNasional (BSN), SPAD melancarkan

skim penggantian bas sekolah

213permohonan

DILULUSKAN:

233permohonan

RM18.1 JUTA

DITERIMA:

JUMLAH PINJAMAN DILULUSKAN:

2013 - 2014

MEMBANGUNKAN PERKHIDMATAN BAS YANG SELAMAT, RELEVAN DAN DIPERCAYAI

“Saya sentiasa mempunyai pengalaman yang baik ketika menaiki bas dan mendapati bas sesuai dan selesa sebagai satu mod perjalanan. Saya telah menyaksikan banyak peningkatan dalam perkhidmatan bas seperti kekerapan bas dan saya suka menggunakannya kerana perkhidmatan bas membantu saya mengurangkan perbelanjaan. Saya juga ingin melihat semua bas menyediakan perkhidmatan Wi-Fi.”

Krishna,20, pembantu jualan

“Saya sendiri menggunakan perkhidmatan bas untuk perjalanan dari Melaka ke Seremban kerana perkhidmatan bas adalah berpatutan dan pantas. Bas-bas kini lebih selesa dan menawarkan harga yang berpatutan. Saya menggalakkan pengguna lain untuk menaiki bas kerana perkhidmatan bas adalah berpatutan dan dapat mengelakkan pengguna daripada terperangkap dalam kesesakan trafik.”

Sridaran A/L Kumaran,49, pemandu bas dan pengguna bas henti-henti

Page 20: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

3231

8,450 38,06125,92721,67520152013 20142012

RAJAH 4: Kadar purata penumpang harian 2012-2015

RAJAH 6: Tujuan Perjalanan Penumpang GoKL

33%BERULANG ALIK, KERJA

13%BERULANG ALIK

20%BERCUTI

23%MEMBELI BELAH

6%LAIN-LAIN

5%BERULANG ALIK, BELAJAR

RAJAH 5: Kadar Penumpang GoKL - Kekerapan Penggunaan

42% HARIAN

35% BULANAN

18% MINGGUAN 5% SEKALI-SEKALA

JUNE 2015BRT SunwayDILANCARKAN

MELIPUTILALUAN

5.4kmBASELEKTRIK15

7 STESEN

Disepadukan dengan:• STESEN KTM Setia Jaya• laluan sambungan LRT di USJ7

RAJAH 8: Laluan bagi BRT Sunway

JUMLAH

Jumlah

38,061

12,917 17,774 3,895 3,475

LUAR WAKTU PUNCAK

Jumlah

11,791

3,181 5,032 1,915 1,663

PETANG - WAKTU PUNCAK

Jumlah

14,017

6,635 5,775 936 671

Jumlah

12,253Purata kadar penumpang per jam

4,084

Purata kadar penumpang per jam

1,179

Purata kadar penumpang per jam

3,504

Purata kadar penumpang per jam

2,239

3,101 6,967 1,044 1,141

PAGI - WAKTU PUNCAK

RAJAH 7: Kadar Penumpang Harian GoKL (2015)

Bilangan penumpang:

LaluanHijau

LaluanUngu

LaluanMerah

LaluanBiru

GoKL Pada tahun 2012, SPAD melancarkan perkhidmatan bas percuma di sekitar bandar yang boleh diharap, mudah diakses, selamat dan selesa untuk perjalanan batuan pertama dan terakhir, meliputi sekitar Pusat Bandar Kuala Lumpur, tanpa sebarang bayaran tambang. Perkhidmatan yang mula ditawarkan pada tahun 2012 ini dibuka untuk dua laluan berikut:

• LaluanUngu :PasarSeni–BukitBintang• LaluanHijau :KLCC–BukitBintang

Pada bulan Mei 2014, perkhidmatan GoKL diperluas ke dua laluan tambahan:

• LaluanMerah :KLSentral–TerminalJalanTunRazak• LaluanBiru :BukitBintang–TerminalJalanTunRazak

Sejak diperkenalkan, kadar penumpang harian secara purata untuk bas GoKL telah mencecah 38,061 penumpang pada 2015, berbanding 8,450 penumpang pada 2012, bersamaan pertumbuhan setinggi 350%. Pada 2020, kadar penumpang harian secara purata dijangka meningkat ke 58,562.

Menurut kajian dalaman yang dijalankan oleh SPAD, perkhidmatan GoKL dimanfaatkan oleh penumpang tempatan dan juga pelancong, dengan jumlah penumpang Malaysia dan pelancong luar negara masing-masing pada 63% dan 7%. Selain itu, perkhidmatan tersebut digunakan secara konsisten oleh 60% penumpang yang menaikinya setiap hari dan setiap minggu, dengan 33% untuk berulang-alik ke tempat kerja dan 23% untuk membeli-belah. Penumpang lain termasuklah pelajar kolej dan warga yang bergerak di sekitar ibu kota, manakala 20% pula terdiri daripada penumpang yang sedang bercuti dan menaiki GoKL untuk bersiar-siar.

Data SPAD turut menunjukkan bahawa 94% penumpang GoKL berpuas hati dengan perkhidmatannya, dan hanya 6% yang berasa sebaliknya.

Bas Rapid Transit (BRT)Sistem BRT diusulkan buat pertama kalinya di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (Pengangkutan Awam Bandar) di bawah Program Transformasi Kerajaan pada tahun 2009. Sistem yang berasaskan model BRT yang sudah terlaksana dengan jayanya di Curitiba, Brazil dan Bogota, Colombia, merupakan antara jaringan bas yang paling komprehensif di dunia, dan mula diperkenalkan di Malaysia apabila BRT Sunway dilancarkan pada Jun 2015. BRT Sunway adalah sebahagian daripada 12 koridor BRT yang telah dikenal pasti di bawah pelan BRT.

BRT Sunway yang berjarak 5.4km meliputi 7 stesen merentasi Sunway dan Subang Jaya, malah laluannya disepadukan dengan stesen KTM di Setia Jaya dan dengan lanjutan laluan LRT di USJ 7. Sistem ini telah berjaya menambah baik kesalinghubungan antara Sunway, Mentari dan USJ 7, justeru berupaya menampung keperluan kira-kira 500,000 penduduk. BRT ini menawarkan penggunaan lorong-lorong khas, bas yang mesra alam di samping infrastruktur yang mesra penumpang. Ciri-ciri unik tersebut menandakan fasa seterusnya dalam agenda transformasi pengangkutan awam darat di Malaysia dan telah mempelopori suatu era baharu dalam perkhidmatan bas.

BRT menawarkan kekerapan bas setiap empat minit ketika waktu puncak dan setiap lapan minit di luar waktu puncak pada hari-hari biasa. Ketika cuti awam dan hari-hari minggu pula, BRT beroperasi pada kekerapan setiap enam minit. Tambang bas ditetapkan daripada RM1.60 dan tambang maksimum RM5.40 untuk setiap perjalanan.

MEMBANGUNKAN PERKHIDMATAN BAS YANG SELAMAT, RELEVAN DAN DIPERCAYAI

perkhidmatan bas percuma GoKLdi sekitar bandardiperkenalkan oleh spad

2012

pasar seni bukit bintanglaluanungu

klcc bukit bintanglaluanhijau

kl sentral terminal jln. tun razaklaluanmerah

bukit bintang terminal jln. tun razaklaluanbiru

kadar penumpang harian Sejak diperkenalkan

8,4502012

38,0612015

pertumbuhan SETINGGI 350%

SunwaySETIA JAYA(Laluan ke KTM Setia Jaya)

MENTARI SUNMED

LAGOON

SUN U-MONASH

SOUTH QUAY

USJ 7(Laluan ke Stesen LRT USJ7)

Page 21: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

3433

2015

SPAD memperkenalkan

Penyusunan Semula Rangkaian Bas Berhenti-Hentipada disember 2015

penyusunan semula Koridor yang sedia kepada

8koridor yang lebih kecil

Memperbaik kekerapan

108LALUAN

KORIDOR Ampang

KORIDOR Jalan IpoH

KORIDOR Jalan Pahang

KORIDOR Cheras

KORIDOR Sungai Besi

KORIDOR Klang Lama

KORIDOR Lebuhraya Persekutuan

KORIDOR Damansara

hanya kepada

5 HINGGA 30MINIT

76 LALUANKesalinghubungan untuk

batuan pertama dan terakhir disediakan di

10 Panel Informasidi Hentian Bas

DIPASANG di kawasan kawasan tumpuan penumpang di sekitar Greater KL/Lembah Klang sebagai suatu projek rintis di bawah BNR

NOV 2015 DIS 2015

RAJAH 9: Kadar Purata Penumpang Harian yang dicatatkan oleh semua pengendali berbanding November 2015 (Sebelum Pelaksanaan BNR)

256,029320,149

Panel Informasi Hentian Bas Ketiadaan maklumat laluan yang secukupnya amat merumitkan penumpang bas, sekali gus meruncingkan isu kekerapan dan kebolehpercayaan terhadap perkhidmatan bas. SPAD mengambil tindakan penting untuk menangani masalah ini menerusi pemasangan panel informasi di hentian-hentian bas di kawasan sekitar Greater KL/Lembah Klang, yang turut tercatat antara projek rintis yang diusahakan di bawah BNR.

Panel informasi ini membantu pengguna pengangkutan awam membuat perancangan bagi perjalanan mereka dengan lebih efektif kerana nombor laluan serta dan senarai hentian bas terpapar pada semua bas.

Bas PengantaraBas pengantara berperanan penting untuk menyediakan kesalinghubungan batuan pertama dan terakhir. Disebabkan matlamatnya, iaitu memberikan perkhidmatan yang pantas dan boleh diharap, laluan bas pengantara lazimnya tidak melebihi 10km. Secara amnya, perkhidmatan ini disediakan di semua stesen rel seperti LRT, ERL dan KTM. Penambahbaikan perkhidmatan rel, khususnya LRT telah menyumbang kepada jumlah pengguna bas pengantara secara signifikan. Setakat ini, 51,000 penumpang menggunakan perkhidmatan ini secara harian, merentasi 55 laluan.

Sistem Pemantauan Prestasi Hab (PMHS)PMHS dikenal pasti di bawah Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara sebagai salah satu usaha untuk memantau dan menyemak perkembangan transformasi pengangkutan awam darat di Malaysia. PMHS disasarkan untuk memperoleh data penting bagi membolehkan pemantauan dibuat ke atas sistem pengangkutan awam darat di seluruh negara dan untuk mengesan cabaran di

2014

562BAS BERHENTI-henti

DImiliki OLEH lapan pengendali mula dipantau

samping isu-isu lain yang memerlukan pembaikan. Berdasarkan data terkumpul, kelak suatu indeks kematangan akan dibangunkan oleh SPAD bagi membantu menjalankan penilaian terhadap kemajuan transformasi pengangkutan awam darat berdasarkan matlamatnya yang asal.

SPAD berjaya mengoperasikan PMHS pada tahun 2015 berasaskan sebuah pangkalan data berpusat melingkungi semua perkhidmatan pengangkutan awam, yang dipantau sendiri oleh SPAD. Sistem ini dimulakan dengan pemantauan bas berhenti-henti dan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun yang sama. Sistem PMHS membolehkan pemantauan dan laporan prestasi dibuat ke atas semua perkhidmatan pengangkutan awam, di samping menyediakan maklumat perjalanan secara ‘real-time’ kepada pengguna pengangkutan awam.

Pada tahun 2015, PMHS memantau sejumlah 562 bas berhenti-henti di GKL/Lembah Klang yang dimiliki oleh pengendali-pengendali bas berikut:

• CitylinerGoKL• CitylinerKKBB• SyarikatBasLenSeng• MetrobusNationwide• SelangorOmnibus• Seranas• SriIndahJaya• WawasanSuteraTravel&Tours

MEMBANGUNKAN PERKHIDMATAN BAS YANG SELAMAT, RELEVAN DAN DIPERCAYAI

Penyusunan Semula Rangkaian Bas Berhenti-Henti (BNR) Penyusunan Semula Rangkaian Bas Berhenti-Henti yang diperkenalkan di Lembah Klang pada Disember 2015 adalah sebahagian usaha untuk memperbaik kesalinghubungan bas dari batuan pertama dan terakhir dengan memperluas liputan laluan bas di samping meningkatkan kekerapan dan kebolehpercayaan terhadap perkhidmatan bas. Matlamat yang disasarkan di bawah BNR termasuklah memperluas liputan bas di Greater KL/Lembah Klang sebanyak 17% dan menambah bilangan laluan bas kepada 241 berbanding 182 sebelumnya. Walaupun masih pada tahap awal pelaksanaannya, BNR setakat ini sudah berjaya menyusun semula koridor bas sedia ada kepada 8 koridor yang lebih kecil yang terdiri daripada:

• KoridorJalanIpoh• KoridorJalanPahang• KoridorAmpang• KoridorCheras• KoridorSungaiBesi• KoridorKlangLama• KoridorLebuhrayaPersekutuan• KoridorDamansara

Laluan-laluan bas yang khas dibahagikan kepada pengendali bas yang berbeza masing-masing agar mereka dapat memperbaik flit dan kekerapan bas, justeru hasilnya nanti, kualiti perkhidmatan bas turut dipertingkat.

Setakat akhir tahun 2015, BNR telah mengurangkan persiapan masa kepada 5 hingga 30 minit ketika waktu puncak di 108 jalan-jalan utama di kawasan tumpuan yang berkepadatan tinggi. 76 laluan tempatan yang selebihnya menyediakan

perkhidmatan batuan pertama dan terakhir bagi perjalanan jarak dekat. Sementara itu, BNR terus dimantapkan menerusi pewujudan 12 laluan lebuh raya transit bas ekspres (BET) untuk menyediakan penumpang dengan perjalanan yang pantas untuk ke pusat bandar ketika waktu puncak.

Susulan pelaksanaan BNR pada Disember 2015, kadar purata penumpang harian meningkat daripada 256,000 pada November 2015 kepada 320,000 pada bulan seterusnya.

KalyshaMarie Haramugam,20, PELAJAR

“Saya telah menggunakan perkhidmatan bas dan rel di KL sejak saya berusia 16 tahun. Kebiasaannya saya membuat perjalanan dari Ampang ke Kelana Jaya pada hari bekerja, kerana saya tidak mempunyai lesen memandu. Saya suka menggunakan bas kerana ia membolehkan saya untuk pergi hampir ke mana sahaja tempat yang ingin saya tuju.

Fikiran saya tenang apabila memikirkan bahawa saya tidak memberikan sumbangan tambahan kepada kesesakan trafik di KL dan pada masa yang sama, saya mengurangkan pembebasan karbon dioksida. Selain itu, menaiki bas jauh lebih murah daripada memandu, dengan itu saya dapat menjimatkan wang sambil menyelamatkan bumi daripada pencemaran. Sekiranya perjalanan dirancang dengan baik, saya juga dapat menjimatkan masa. Walau bagaimanapun, saya mendapati pengendali bas tidak menerangkan dengan jelas laluan bas baharu yang diperkenalkan pada tahun lepas. Saya juga ingin melihat papan informasi yang lebih baik di hentian bas.

Dari sudut yang positif, saya mendapati beberapa pemandu bas adalah berhemah dan bertimbang rasa. Walau bagaimanapun, mereka perlu lebih tegas dalam memastikan penumpang beratur dahulu sebelum menaiki bas. Adakalanya, pengguna perlu diberi peringatan supaya mengamalkan adab yang betul.”

PENINGKATAN25%

Page 22: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

3635 MEMBANGUNKAN PERKHIDMATAN BAS YANG SELAMAT, RELEVAN DAN DIPERCAYAI

CABARAN

Walaupun SPAD dan pihak berkepentingan telah mengusahakan pelbagai inisiatif dan pembaharuan yang signifikan terhadap sistem bas dari tahun 2012 hinggalah 2015, masih terdapat beberapa cabaran yang mengekang keberhasilan transformasi ke atas sistem ini. Sebagai contoh, walaupun myBAS boleh dikatakan berjaya meningkatkan kadar penumpang, sistem ini mungkin perlu diperhalusi berdasarkan keperluan setiap bandar yang berbeza. Sementara itu, BRT Sunway pula belum mencatatkan kadar penumpang yang dijangkakan disebabkan tambang yang secara relatifnya tinggi, namun kadar tambang tersebut diperlukan oleh pengendali untuk menampung kos pengendaliannya. Biarpun begitu, tambang myBAS dijangka akan dikurangkan sebaik sahaja perkhidmatan yang masih baharu ini mula menarik lebih ramai penumpang, sekali gus membuka peluang kepada pengendali untuk menampung kos tambang yang tinggi.

Inisiatif yang digiatkan oleh SPAD untuk menggabungkan operasi BNR di Lembah Klang turut menampilkan cabarannya sendiri, justeru SPAD terpaksa berusaha untuk mendidik orang awam dan juga pengendali bas tentang peri pentingnya sistem baharu ini. Cabaran turut tercetus di pihak beberapa pengendali yang tidak berupaya menepati tahap perkhidmatan yang ditetapkan oleh SPAD, selain

isu membabitkan beberapa koridor yang memerlukan sumber menjangkaui perencanaan awal. Sebagai contoh, terdapat pengendali yang tidak mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk mengendalikan kadar penumpang yang lebih tinggi.

Sementara itu, SPAD telah mengambil inisiatif untuk memperoleh maklum balas daripada pengguna dan pengendali agar dapat memperbaik perkhidmatan bas, di samping memantau prestasi semua pengendali bas bagi memastikan mereka melunaskan perkhidmatan menurut tahap yang ditetapkan. Pengendali yang tidak cekap telah dibatalkan permit mereka dan telah digantikan dengan pengendali yang lebih cekap.

Dari segi bas pengantara pula, SPAD masih perlu berdepan dengan sikap segelintir penumpang yang masih menggemari kenderaan peribadi mereka berbanding perkhidmatan bas untuk perjalanan batuan pertama dan terakhir. Dalam hal ini, isu berkaitan kebolehpercayaan dan kekerapan bas pengantara turut menghambat kecenderungan pengguna untuk menggunakan perkhidmatan tersebut, justeru pengendali perlulah lebih gigih mematuhi jadual bas untuk menarik penumpang. Akan tetapi, usaha ini juga terkekang akibat kesesakan trafik yang turut menyukarkan pemandu bas untuk sampai ke destinasi masing-masing tepat pada waktunya.

HALA TUJU MASA DEPAN

ISBSFKerajaan dijangka menyalurkan pendanaan tambahan berjumlah RM142.74 juta kepada ISBSF pada tahun 2016 yang mengunjurkan manfaat kepada 65 pengendali bas berhenti-henti. Langkah seterusnya bakal menyaksikan bilangan pengendali dan laluan bas semakin menurun sejajar dengan pelaksanaan myBAS di Perlis, Seremban dan Ipoh (di bawah inisiatif ISBSF). Walaupun ISBSF akan dikekalkan untuk manfaat kawasan yang tidak tercakup dalam program myBAS, program tersebut akan diluputkan sebaik saja program myBAS ini terlaksana di seluruh negara.

myBASmyBAS sudah pun dimulakan di Kangar dan Seremban pada 2015, dan di Ipoh pada 1 Jun 2016. Sementara itu, perancangan untuk memulakan perkhidmatan yang sama bakal dilaksanakan di Johor Bahru dan Kuala Terengganu. Di Kangar, perkhidmatan ini berjaya meningkatkan bilangan penumpang bas sebanyak 33% setakat Julai 2016, berbanding jumlah awal yang dicatatkan pada Ogos 2015. Di Seremban pula, pelaksanaan sepenuhnya sedang dijalankan dan dipantau rapi. Fasa 1 myBAS Ipoh dilancarkan pada 1 Jun 2016 dengan meliputi 6 laluan, dan pelaksanaan sepenuhnya bermula pada 1 September 2016.

BRTDalam pada itu, SPAD telah mengenal pasti perancangannya yang baharu untuk inisiatif yang sedia ada, termasuklah penambahan 11 laluan di bawah program BRT yang memberikan hak penggunaan laluan secara eksklusif kepada bas, dan terasing daripada lalu lintas yang lain. Laluan tersebut termasuk:

1. KL – Klang2. KL - Ampang3. KL - Taman Melawati4. KL - Puchong5. Ampang - Kepong6. Alam Damai – Kerinchi 7. Kinrara – Damansara 8. Putrajaya – Kajang 9. Putrajaya – Putra Heights10. Shah Alam - Putra Heights11. Kota Damansara – Shah Alam

Selari dengan perancangan ini, SPAD berhasrat mengusulkan saranan tersebut menjelang awal tahun 2017, iaitu usul untuk membina BRT di sepanjang Lebuhraya Persekutuan bagi laluan Klang-Kuala Lumpur. SPAD juga sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk memperketat peraturan yang melarang kenderaan lain daripada menggunakan laluan bas yang khas ini agar kecekapan perkhidmatan bas dapat dipertingkat.

BNRUntuk BNR pula, setakat Jun 2016, kadar penumpang bas di semua koridor BNR telah distabilkan pada 327,000. Langkah seterusnya penambahbaikan berterusan dalam program, pengenalpastian lebih banyak kawasan yang masih berdepan masalah ketidakcukupan perkhidmatan bas serta pemasangan alat pengesan GPS (Unit dalam Bas, ‘Onboard Unit’) pada setiap bas yang terbabit. Sistem Pemantauan Prestasi Hab (PMHS) yang dipantau oleh Pusat Kawalan SPAD akan mengawasi Unit GPS tersebut, yang akan dipasang secara berperingkat.

BSIPSerentak dengan itu, 3,000 Panel Informasi Hentian Bas dijadualkan pemasangannya pada tahun 2016 di hentian-hentian bas terpilih dan di hab-hab utama di sekitar Greater KL. Sebanyak 3,500 lagi akan dipasang secara berperingkat menjelang tahun 2017 di bawah proses khas yang akan dilaksanakan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan. Dijangkakan bahawa semua hentian bas yang menggunakan perkhidmatan bas BNR secara aktif bakal dipasang dengan panel informasi ini menjelang pertengahan tahun 2017.

BAS PENGANTARAUsaha bagi memperluas perkhidmatan bas pengantara pula bakal menyaksikan SPAD menyediakan bas pengantara untuk perkhidmatan MRT yang meliputi 26 laluan merentasi 12 stesen pada fasa pertama setelah pelancaran MRT pada Disember 2016. Sebanyak 22 laluan tambahan pula bakal diperkenalkan apabila kesemua 31 stesen MRT memulakan operasinya pada Jun 2017 kelak. Sementara itu, Program Penyambungan Laluan LRT juga membuka 12 laluan bas pengantara berserta 47 bas baharu.

“Sebelum Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-henti (BNR), semua bas tidak tidak berjalan mengikut jadual dan perkhidmatan yang diberikan tidak begitu selesa. Dengan adanya BNR, perkhidmatan dan keselesaan bas telah ditingkatkan, walaupun saya mencadangkan kadar yang lebih berpatutan untuk menggalakkan lebih ramai penumpang menggunakan bas.”

Mohd AMIR Akmal,Penolong Arkitek

Page 23: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

3837

Memperkukuh Pengangkutan Awam Darat di Iskandar Malaysia

“PERKONGSIAN mod pengangkutan awam kini telah meningkat kepada 18% pada tahun 2015 berbanding 10% pada tahun 2009. Murid sekolah di kawasan-kawasan pedalaman kini mempunyai akses pengangkutan awam ke sekolah. Orang awam juga semakin peka akan perkhidmatan bas susulan penjadualan dan penyebaran maklumat yang lebih teratur.”

Datuk Ismail Ibrahimketua eksekutifPihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA)

Transformasi pengangkutan awam darat di wilayah Iskandar, Johor yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA) kian kukuh bertapak sejak tahun-tahun belakangan ini, dengan menyasarkan kebanyakan usahanya terhadap penambahbaikan perkhidmatan dan laluan bas.

Pelaksanaan projek Bas Iskandar Malaysia pada 2009 menyaksikan pembaikan ketara termasuk peluasan rangkaian laluan, kadar kekerapan, ketepatan masa dan kebolehpercayaan perkhidmatan bas. Projek ini diusahakan secara bersama dengan SPAD, majlis tempatan, agensi-agensi Kerajaan negeri dan persekutuan menerusi sebuah platform dikenali sebagai Pasukan Pengangkutan Awam Iskandar Malaysia di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Pemandu Pengangkutan Iskandar Malaysia.

“Projek Bas Iskandar Malaysia menyediakan perkhidmatan bas ke laluan-laluan sosial ekoran perkhidmatan bas yang sedia ada tidak beroperasi di laluan-laluan tersebut. Perkhidmatan ini meliputi kawasan-kawasan bandar yang padat dan matang, bandar-bandar baharu dan juga kawasan-kawasan luar bandar. Justeru, projek ini telah menyalurkan banyak manfaat kepada masyarakat setempat, khususnya murid-murid sekolah dan warga berpendapatan rendah,” jelas Datuk Ismail Ibrahim, Ketua Eksekutif IRDA.

Selain itu, IRDA telah melaksanakan pemasangan 219 panel maklumat penjadualan bas dan pembinaan 65 hentian bas baharu, selain 49 hentian bas yang telah dibaik pulih oleh Pengangkutan Awam Johor (PAJ). PAJ dan majlis

tempatan juga melancarkan Bas Muafakat Johor dan menggiatkan kerja-kerja pemulihan dan peluasan beberapa terminal pengangkutan awam darat utama. Malah, sebagai langkah pembaikan dari aspek tempoh perjalanan di koridor-koridor utama, IRDA turut melancarkan Bas Express Transit (BeXTRA).

Lanjutan daripada itu, projek ini turut merangkumi model latihan bagi pemandu dan pengendali bas, termasuk Kod Amalan SHE dan kursus khidmat pelanggan cemerlang. Sebuah rangkaian program juga dianjurkan bersama masyarakat setempat, pemaju dan murid-murid sekolah, dan di beberapa universiti bertujuan mempromosi dan memanjangkan maklumat berkaitan Bas Iskandar Malaysia, BeXTRA dan pengangkutan awam secara amnya.

Menurut Datuk Ismail, kadar penumpang telah melonjak dengan begitu ketara. “Perkongsian mod pengangkutan awam kini telah meningkat kepada 18% pada tahun 2015 berbanding 10% pada tahun 2009. Murid sekolah di kawasan-kawasan pedalaman kini mempunyai akses pengangkutan awam ke sekolah. Orang awam juga semakin peka akan perkhidmatan bas susulan penjadualan dan penyebaran maklumat yang lebih teratur,” ujar beliau.

Dalam pada itu, beberapa inisiatif sedang diusahakan ketika ini menerusi Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri berdasarkan matlamat pembaikan secara berterusan terhadap pengangkutan awam merentasi sempadan. Antara inisiatif tersebut termasuklah Sistem Transit Laju (RTS) dari Johor Bahru ke

Woodlands di Singapura, Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) di antara Kuala Lumpur dan Singapura, perkhidmatan bas berhenti-henti selain teksi yang merentasi sempadan. Malah, Shuttle Tebrau KTMB, sebuah perkhidmatan tren ‘shuttle’ khas dari JB Sentral ke Woodlands CIQ turut dilancarkan.

Berbalik kepada perancangan tambahan yang menyasarkan pengukuhan pengangkutan awam di Iskandar Malaysia, Datuk Ismail berkata, “Pada 2010, IRDA menyiapkan sebuah Rancangan Induk (Blueprint) Pengangkutan Iskandar Malaysia, yakni sebuah dokumen berciri integratif dan komprehensif, yang mengetengahkan garis panduan melibatkan pengangkutan awam, pengangkutan peribadi, kenderaan barangan dan pengangkutan hijau. Dokumen ini turut menyasarkan aspek sistem jaringan dan hierarki jalan raya, pengangkutan tanpa motor dan pembangunan berorientasikan transit. IRDA juga telah menyiapkan Rancangan Induk Laluan Pejalan Kaki dan Basikal pada 2015, yang menyasarkan pelaksanaan dan pembaikan kemudahan pejalan kaki dan penunggang basikal di Iskandar Malaysia. Dokumen ini berperanan penting untuk menambah baik akses batuan terakhir dan kesalinghubungan secara amnya.”

Baru-baru ini, IRDA telah mengumumkan perancangan sistem Bas Rapid Transit (BRT) yang bakal siap menjelang 2020. IRDA sedang bekerjasama dengan SPAD bagi memastikan sistem ini berjaya dilancarkan menerusi kelulusan Skim BRT, input teknikal dan operasi dalam perincian reka bentuk serta penjuruteraan sistem agar semuanya siap mengikut jadual. Antara lain, aspek-aspek ini melibatkan khidmat nasihat berkenaan dasar, peraturan dan pengawalseliaan, struktur tambang, tadbir urus projek, penilaian terhadap penyedia perkhidmatan, pengendali dan lain-lain, di samping khidmat pengantaraan dengan pihak berkuasa dan kementerian berkaitan.

Menurut Datuk Ismail lagi, masih terdapat cabaran yang perlu diatasi, khususnya melibatkan pendanaan projek-projek infrastruktur pengangkutan awam yang penting. Biarpun begitu, IRDA tetap akan melaksanakan inisiatif-inisiatif terpenting dalam lima tahun akan datang, antara lain, projek BRT, Sistem Pengurusan Mobiliti dan Pusat Komuniti, inisiatif pengangkutan hijau dan transformasi industri teksi. Pada masa yang sama, IRDA akan terus menyalurkan sokongan di samping memantau projek-projek lain di Iskandar Malaysia terutamanya RTS, HSR dan Landasan Berkembar Gemas - Johor Baru. Kesemua projek ini melambangkan pencapaian yang begitu signifikan yang menampilkan pembangunan di Iskandar Malaysia, berikutan manfaat ekonomi yang dibawakan kepada wilayah ini, sekali gus membuka peluang yang lebih banyak untuk penduduk di Iskandar Malaysia.

Menyentuh tentang sumbangan SPAD terhadap usaha IRDA, Datuk Ismail menegaskan, “SPAD telah banyak memberikan sokongan kepada usaha kami untuk mentransformasikan industri pengangkutan awam, terutamanya sokongan yang membantu melancarkan pelesenan demi memastikan projek ini terlaksana mengikut jadual. SPAD menjadi penasihat dalam banyak inisiatif IRDA, mencakupi isu undang-undang, pelaksanaan, malah termasuk aspek pengendalian.”

Page 24: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

4039

Datuk Redza Rafiqketua eksekutifPihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA)

Meningkatkan Landskap Pengangkutan Awam Darat NCER untuk Merangsang Aktiviti Ekonomi

“Dalam tempoh beberapa tahun yang akan datang, landskap pengangkutan awam darat di NCER bersedia untuk berkembang.”

Mandat untuk membangunkan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) adalah untuk menjadi destinasi pilihan bagi pelaburan, pekerjaan dan kehidupan yang merangkumi pembinaan sistem dan kemudahan pengangkutan awam darat bertaraf dunia yang secara keseluruhannya menyediakan kesalinghubungan yang lebih baik. Untuk mencapai tujuan ini, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), iaitu badan berkanun yang diwujudkan untuk memacu dan melaksanakan hala tuju, dasar dan strategi NCER di negeri Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang, telah mencapai kemajuan yang ketara dalam tempoh lima tahun yang lalu.

Antara pencapaian NCIA adalah termasuk pembangunan berorientasikan transit yang pertama di NCER, iaitu terminal pengangkutan bersepadu Penang Sentral di Seberang Perai, sebuah hab bagi perkhidmatan rel, jalan raya (bas dan teksi) serta feri yang memberikan perkhidmatan bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi juga di seluruh NCER. Hab ini juga menyepadukan pembangunan runcit, komersial dan kediaman dalam lingkungan kawasan seluas enam juta kaki persegi itu.

Perkhidmatan bas Rapid Penang juga telah memperluaskan laluannya dan memperkenalkan kenderaan dua tingkat untuk memberikan perkhidmatan kepada lebih ramai penumpang, sementara Bridge Express Shuttle Transit - iaitu perkhidmatan bas percuma park-and-ride negara yang pertama merentas Jambatan Pulau Pinang di antara Seberang Perai dengan Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas - telah diperkenalkan untuk membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas semasa waktu puncak.

NCIA juga bekerjasama dengan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membangunkan Pelan Induk Pengangkutan Negeri Pulau Pinang (PTMP), yang bertujuan mempertingkatkan sistem pengangkutan semasa di negeri ini. Pelan ini mencadangkan beberapa projek seperti pembangunan perkhidmatan LRT, monorel, trem dan BRT bagi sistem pengangkutan awam massa yang akan menghubungkan kawasan berpenduduk padat dengan pusat bandar dan lokasi-lokasi yang menarik. Ini termasuk perkhidmatan untuk menghubungkan Pulau Pinang dengan tanah besar di samping cadangan bagi pembinaan lebuh raya dan jalan.

NCER telah menyaksikan penyempurnaan projek landasan elektrik berkembar antara Padang Besar dengan Ipoh, Perak dalam tempoh lima tahun yang lepas. KTMB juga telah memperkenalkan perkhidmatan kereta api ETS yang menghubungkan Kuala Lumpur hingga Padang Besar.

Perkhidmatan kereta api KTM telah diperkenalkan untuk menghubungkan Stesen Padang Rengas, Perak dengan Stesen Padang Besar, Perlis, menjangkau sempadan semua empat negeri di NCER.

Kita juga telah menyaksikan pelancaran perkhidmatan myBas di bandar utama di Perlis dan di Ipoh, Perak. Terminal bas Amanjaya di Ipoh juga telah dibuka pada

Oktober 2013 sekali gus menghubungkan pengguna dengan bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia dari Ipoh.

NCIA telah merintis sebuah projek yang menyediakan penyelesaian pengangkutan awam darat bersepadu kepada masyarakat di kawasan Greater Kamunting, yang dilancarkan pada 3 Mac 2016. Inisiatif itu memanfaatkan kekuatan pelbagai agensi dan organisasi menggunakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Inisiatif itu mengumpulkan NCIA, Prasarana Malaysia/Rapid Bus, KTMB dan Majlis Perbandaran Taiping untuk melaksanakan penyampaian yang berimpak tinggi, cekap dan pantas yang memberikan manfaat yang terbesar kepada rakyat, dan dalam konteks ini melalui pengenalan perkhidmatan pengangkutan awam bersepadu di kawasan Greater Kamunting.

Mengulas mengenai pembangunan di Kamunting, Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq Abdul Razak berkata, “Sebagai pemangkin wilayah ini kami optimis mengenai kerjasama yang telah diwujudkan daripada inisiatif ini. Pelbagai agensi dan GLC telah berganding bahu untuk memperkenalkan perkhidmatan pengangkutan awam pelbagai mod di kawasan Greater Kamunting, sejajar dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan. Inisiatif ini berfungsi mempertingkatkan kesalinghubungan wilayah dan melonjakkan lagi program Jejak Warisan Taiping. Sejak dilancarkan, bilangan penumpang di Kamunting tahun berakhir pada 31 Julai 2015 ialah 136,728 penumpang dengan purata harian 918 penumpang dan jumlah ini terus meningkat.”

Dalam tempoh beberapa tahun yang akan datang, landskap pengangkutan awam darat di NCER bersedia untuk terus berkembang. Datuk Redza berkata terdapat rancangan untuk terus mempertingkatkan kesalinghubungan di koridor utara. Oleh itu, beliau sebagai ketua eksekutif, menjangkakan peningkatan dalam pelaburan modal oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri dalam penyediaan infrastruktur sistem pengangkutan awam darat. Terdapat juga dorongan untuk menggalakkan dan memberikan inisiatif kepada sistem pengangkutan awam yang bersih dan hijau seperti penggunaan kereta api dan bas elektrik.

Untuk memastikan pembangunan masa depan berjalan dengan lancar, Datuk Redza berkata, “Perkara yang terpenting untuk dilakukan adalah untuk memperolehi sokongan daripada semua pihak berkepentingan sejak dari awal lagi. Usaha bersepadu dan jalinan kerjasama sedemikian akan memastikan objektif yang disasarkan berada dalam kedudukan yang teratur dan terancang serta akhirnya membawa kepada penyampaian inisiatif kami yang lancar.”

Datuk Redza menambah lagi terdapat beberapa cabaran lain yang perlu ditangani seperti kesalinghubungan yang rendah di antara perkhidmatan berlainan dan liputan perkhidmatan ke kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi dengan kawasan tumpuan, serta usaha bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Kesemua itu memerlukan usaha ke arah mendidik dan mewujudkan kesedaran.

Page 25: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PEMANTAPAN SISTEM REL:MEMPERKUKUH TUNJANG TRANSIT MASSA

Page 26: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

4443

“Rangkaian rel antara wilayah di Malaysia ketika ini tidak dimanfaatkan sebaik mungkin lantaran kesesuaiannya yang tidak memenuhi kehendak populasi abad kedua puluh satu. Justeru, penambahbaikan terhadap perkhidmatan rel antara bandar akan menyasarkan usaha secara holistik demi mengatasi kualiti tahap perkhidmatan, masa perjalanan dan kekerapan perkhidmatan bagi meningkatkan pengalaman perjalanan menggunakan sistem rel. Sinergi sesama perkhidmatan rel dan segmen pengangkutan yang lain juga akan diteroka. Penyempurnaan elektrifikasi ke atas rangkaian rel antara wilayah akan membolehkan peningkatan signifikan dilakukan dalam aspek perkhidmatan. Peningkatan yang mungkin mewajarkan pendanaan awam ini termasuklah sebuah sistem pengurusan prestasi bagi memastikan pulangan pelaburan diperoleh menerusi peningkatan tahap kebolehharapan dan kepuasan penumpang.”

- Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara (NLPTMP)

PEMANTAPAN SISTEM REL: MEMPERKUKUH TUNJANG TRANSIT MASSA

9 Projek Pemanjangan Laluan LRT yang menyambungkan laluan Ampang-Kelana Jaya ke Lembah Subang dan Putra Heights telah memulakan operasinya pada Jun 2016 10 Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan 2014

PENGENALAN

Rangkaian rel telah sekian lama berperanan sebagai tunjang pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran Malaysia. Walaupun kini, rel lebih cenderung digunakan untuk mengangkut barangan di antara bandar-bandar utama negara, hakikatnya, perkhidmatan rel pernah menjadi pilihan utama rakyat Malaysia untuk melakukan perjalanan ke segenap daerah negara. Namun, susulan peningkatan pendapatan isi rumah serta pertumbuhan populasi yang tercetus seiring ledakan ekonomi negara dalam dekad-dekad berikutnya, kereta semakin digemari sebagai mod perjalanan yang lebih berekonomi. Kekayaan yang semakin bercambah, saiz isi rumah yang semakin mengecil, ketersediaan jenis kereta yang lebih murah serta kemajuan dalam jalinan lebuh raya di seluruh negara selanjutnya pula semakin menyaksikan lebih banyak kereta membanjiri jalan raya.

Namun begitu, ketika Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara dirangka, standard pengangkutan awam di Malaysia sudah mula tercatat antara isu yang merisaukan rakyat. Sementara itu, kajian pula menunjukkan bahawa di lokasi-lokasi penempatan yang paling padat, perjalanan menggunakan rel masih didapati paling efektif.

Di kawasan Greater Kuala Lumpur/ Lembah Klang (GKL), rangkaian rel sudah terlalu terbeban dan tidak berupaya memenuhi tuntutan populasi yang semakin

berkembang di samping permintaan perkhidmatan yang semakin meningkat, walhal kedua-duanya ini merupakan trend yang sedang berlaku. Tambahan pula, sistem rel tidak diselenggarakan secara teratur dan tidak dipertingkatkan secara terancang selama ini. Sebagai contoh, KTM Komuter berulang-alik merentasi koridor landasan kereta api yang tertua di negara, sementara bagi sistem transit rel ringan (LRT) pula, setakat akhir 2015 belum pernah disalurkan dengan sebarang pemanjangan rel sedangkan sistem ini dibina hampir 20 tahun yang lalu9.

Berlatarkan pelbagai cabaran yang perlu ditangani dalam sistem rel inilah maka terbentuknya Rancangan Pembangunan Rel Bandar bertempoh 20 tahun, yang merupakan sebahagian daripada Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat GKL/Lembah Klang, yang disasarkan untuk meningkatkan kapasiti, menyediakan kerja naik taraf ke atas kualiti perkhidmatan, mengekalkan perkhidmatan berkualiti secara konsisten di samping mengembangkan lagi keupayaan sistem yang sedia ada.

Bagi daerah-daerah lain di Semenanjung Malaysia, inisiatif khusus telah pun dimulakan bagi memperluas dan mempertingkat rangkaian rel di daerah berkaitan. Inisiatif ini termasuklah pelaksanaan projek landasan berkembar elektrik di sepanjang Gemas-Johor Bahru, kerja pemulihan landasan KTM di sepanjang Tumpat-Gemas, projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur – Singapura dan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan Tumpat-Terengganu-Kemaman-Kerteh-Kuantan-Kuala Lumpur.

INISIATIF

Rancangan Pembangunan Rel Bandar yang turut tersenarai dalam Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat GKL/Lembah Klang

Peningkatan Tahap Perkhidmatan KTMB

KTM KOMUTERKTM Komuter menelusuri antara koridor landasan yang tertua di negara. Perkhidmatannya pula sudah terlalu terbeban ekoran ketidakcukupan kapasiti dan aset yang sudah uzur. Justeru, matlamat yang disasarkan adalah untuk mempertingkatkan perkhidmatan KTMB mencakupi koridor antara negeri dan juga di sekitar radial koridor GKL. Laluan KTM Komuter yang sedia ada diperkenalkan buat pertama kalinya pada 1995 yang menyediakan perkhidmatan ke Rawang (kawasan Utara), Seremban (kawasan Selatan), Sentul (kawasan Timur) dan Port Klang (kawasan Barat). Serentak dengan itu juga, kedua-dua sistem STAR dan PUTRA LRT turut memulakan operasi masing-masing di GKL. Tidak lama selepas itu, KL Monorel juga dilancarkan dengan landasan tinggi meliputi 8.6km merentasi Kuala Lumpur.

Sebaik sahaja Rancangan Pembangunan Rel Bandar dirangka, Kerajaan telah pun mengenal pasti beberapa isu penting berdasarkan penilaian yang dibuat ke atas stesen-stesen KTM yang sedia ada, termasuklah kemudahan, akses dan pengangkutan pengantara di sekitarnya. Isu yang tersenarai ialah keperluan memperbaik tempoh menunggu atau persiapan masa sebelum ketibaan tren (headway) dan keperluan menambah bilangan gerabak bagi meningkatkan kapasiti penumpang.

Setakat 2015, KTM Komuter telah menampakkan pembaikan yang signifikan berdasarkan persiapan masa yang disingkatkan kepada 15 minit berbanding 30 minit sebelumnya. Pada 2014, faktor muatan KTM Komuter juga telah meningkat kepada 92% menurut tinjauan trafik, sementara prestasi ketepatan masa pada waktu puncak pagi mencecah 97.5%10. Walaupun Rancangan Pembangunan Rel Bandar menyasarkan tempoh waktu menunggu bagi laluan dalam bandar dipendekkan kepada kurang 10 minit, prestasi yang sudah tercapai menandakan pembaikan yang ketara dalam perkhdimatan KTM Komuter.

Dalam hal ini, pemendekan persiapan masa merupakan kesan langsung daripada pelaburan Kerajaan yang membolehkan pembelian set gerabak baharu untuk tujuan pembaikan tersebut. Pada 2012, KTMB turut melaburkan RM1.8 bilion bagi pembelian 38 unit set enam-gerabak yang kini membawa penumpang di laluan Sg Gadut – Rawang dan Pelabuhan Klang – Batu Caves.

LALUAN SKYPARK SUBANGLaluan Skypark ialah pembangunan sebuah laluan rel yang menghubungkan stesen KTMB di Subang Jaya ke Terminal SkyPark di lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah. Kerajaan telah menganugerahkan projek ini kepada Konsortium Skypark Link Sdn Bhd dan Lion Pacific Sdn Bhd untuk membina landasan rel berkembar elektrik sepanjang 4.09km termasuk kerja-kerja berkaitan. Projek ini disasarkan siap menjelang Januari 2017 berlandaskan kelulusan yang telah pun diterima daripada Kementerian Pengangkutan.

Laluan Skypark mula dibina

PM memberikan kelulusan akhir bagi Skim Keretapi pada 20 April 2014

Kerja-kerja pembinaan sedang berjalan dan disasarkan siap pada Januari 2017

2013 20152014

38 unit set enam-gerabak EMU (Electric Multiple Unit)mula beroperasi pada 8 Mac 2012

sg. gadut rawangpelabuhan klang batu caves

LALUAN perkhidmatan:

KADAR penumpang:

34.8 JUTA(2012)

49.6 JUTA(2015)

Ketepatan waktuperkhidmatanmencapai:

76%

90%

15MINIT

kekerapan maksimum ketika waktu puncak dengan satu tren setiap

Page 27: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

4645 PEMANTAPAN SISTEM REL: MEMPERKUKUH TUNJANG TRANSIT MASSA

PENYAMBUNGAN Laluan Rel yang Sedia AdaBagi menyediakan perkhidmatan kepada penempatan berpopulasi tinggi tetapi kurang diberikan tumpuan, kedua-dua laluan LRT, iaitu Laluan Kelana Jaya dan Ampang telah dipanjangkan. Pada 2015, penyambungan Laluan Ampang merentasi Sri Petaling menerusi Bandar Kinrara telah siap dibina dan dibuka sepenuhnya kepada orang awam pada 30 Jun 2016.

Seiring dengan itu, set gerabak tambahan turut dilancarkan bagi menambah kapasiti penumpang harian dan memperbaik kadar penumpang. Pada 2015, Prasarana yang merupakan pengendali dan pemilik sistem LRT tersebut meningkatkan kapasiti Laluan Kelana Jaya menerusi penambahan 35 set empat gerabak. Usaha ini turut menyaksikan peningkatan kekerapan dan kadar penumpang di samping mengekalkan ketepatan waktu perkhidmatan mencecah 99%.

CADANGAN KVMRT laluan 2 52.2kmmerentasijarak

37mencakupi STESEN

MonorelPada 2011, Prasarana telah memesan 12 set empat-gerabak yang baharu di bawah perancangan peluasan kapasiti tren bagi KL Monorel. Akan tetapi, isu kelewatan menyebabkan hanya 5 tren diperoleh setakat akhir 2015. Walau bagaimanapun, kedua-dua pihak Prasarana dan kilang tren berkenaan sedang giat bekerjasama demi memastikan tren selebihnya dihantar menjelang 2017.

MRTProjek MRT telah diluluskan Kerajaan pada Disember 2010 sebagai sebuah projek di bawah Bidang Ekonomi Utama Greater Kuala Lumpur/ Lembah Klang yang tercakup di bawah Program Transformasi Negara, yang bertujuan menyelesaikan masalah kesesakan trafik sekali gus menawarkan suatu mod pengangkutan awam yang selesa, efisien dan mesra alam kepada warga kota. Laluan 1 MRT Sungai Buloh-Kajang dilancarkan pada 8 Julai 2011 sementara MRT Corp ditubuhkan pada September 2011 untuk meneraju projek tersebut.

Cadangan Laluan 2 Lembah Klang MRT telah diberikan Kelulusan Akhir di bawah Skim Keretapi pada 7 Oktober 2015. Laluan 2 bakal menghubungkan kawasan

yang sedang membangun seperti Sungai Buloh dan Kepong ke KLCC, Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia yang bakal dimajukan, dan terus ke Seri Kembangan, Serdang dan Putrajaya. Laluan ini bakal menjangkau sehingga 52.2km dan meliputi sejumlah 37 stesen.

EXPRESS Rail Link Laluan yang dibina oleh Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) ketika negara dilanda krisis kewangan Asia merupakan perkhidmatan rel berkelajuan tinggi yang pertama seumpamanya dibina di Malaysia. Perkhidmatan yang menjadi lambang kemegahannya - KLIA Ekspres dan KLIA Transit – dilancarkan pada 2012. KLIA Ekspres ialah perkhidmatan harian yang berkelajuan tinggi, tidak henti-henti dan menghubungkan kedua-dua KLIA dan KLIA2 ke Terminal Udara Kuala Lumpur di KL Sentral. Sementara itu, KLIA Transit pula ialah perkhidmatan komuter yang merentasi tiga hentian awal, di Bandar Tasik Selatan, Putrajaya & Cyberjaya, dan Salak Tinggi.

Setakat 2015, servis ERL telah berupaya menarik lebih ramai penumpang, justeru bercadang membeli empat unit CRS ‘Electric Multiple Unit’ yang baharu dan dua unit ERL ‘Electric Multiple Unit’ bagi mengembangkan flit tren yang dimilikinya.

“Memandu ke tempat kerja bermaksud saya memulakan hari dengan rasa tertekan kerana perlu berdepan dengan kesesakan trafik yang teruk. Justeru, saya mengambil keputusan untuk beralih kepada perkhidmatan LRT, terutamanya selepas sambungan LRT Laluan Kelana Jaya dibuka, yang memberi saya akses kepada bukan sahaja kepada satu, malah tiga stesen dari kawasan kediaman saya. Tambahan pula, dari tempat kerja saya ke stesen LRT hanya mengambil masa lima minit berjalan kaki.

Ketika menaiki LRT pada waktu pagi, saya gembira bahawa saya berkesempatan untuk melihat e-mel kerja dan juga membaca. Saya mungkin dapat membaca 10 buah buku dalam setahun! Selain itu, menaiki tren juga mewujudkan ruang untuk berfikir dengan tenang dan bermeditasi, yang membantu untuk mengurangkan stres. Tambahan pula, saya dapat menjimatkan ratusan ringgit setiap bulan dengan menaiki LRT. Berdasarkan semua ini dan banyak lagi, saya akan terus menggunakan LRT sebagai pilihan utama saya untuk pergi ke tempat kerja.

Namun begitu, saya ingin mencadangkan penggunaan tren empat gerabak pada waktu puncak bagi menggantikan tren dua gerabak yang sedia ada untuk menampung permintaan yang tinggi. Satu lagi cadangan yang perlu dipertimbangkan pada waktu puncak ialah menyediakan perkhidmatan kereta api tertentu yang hanya berhenti di stesen-stesen utama sepanjang Laluan Kelana Jaya. Dengan cara ini, masa perjalanan contohnya, dari Subang ke pusat bandar mungkin dapat dikurangkan.

Didorong oleh usaha-usaha SPAD, sistem pengangkutan awam Lembah Klang telah mencatatkan kemajuan yang ketara untuk menjadi lebih kemas dan teratur, dan ini terbukti menerusi sistem tiket dan pertukaran perjalanan, sama ada dari satu tren ke tren yang lain, atau dari tren ke bas dan monorel. Tidak seperti sebelum ini, perjalanan harian menggunakan pengangkutan awam sebahagian besarnya tidaklah menyukarkan. SPAD juga telah memastikan bahawa laluan MRT pada masa hadapan adalah bersepadu dengan laluan yang sedia ada, dan amat mengujakan untuk kita melihat bagaimana MRT membentuk semula landskap pengangkutan KL yang lebih besar.”

Lynn Lim,34, PENGURUS

penambahan oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad untuk meningkatkan kapasiti Laluan Kelana Jaya

35 set empat-gerabak

PENCAPAIAN KADAR penumpang:

4.8 jutapenumpang pada JANUARi

6.8 JUTApenumpang pada Disember

Ketepatan waktuperkhidmatan MENCECAH: 99%

LALUAN kelana jaya:2010

2.5MINIT

kekerapan maksimum ketika waktu puncak dengan satu tren setiap

12 tren 4-gerabak baharu

untuk perkhidmatan penumpanG

menggantikan kenderaan 2-gerabak sedia ada

“Saya menggunakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) untuk pulang ke kampung di Ipoh, Perak untuk melawat keluarga saya. Secara keseluruhan, perkhidmatan yang disediakan cekap dan tren biasanya berlepas dan tiba dalam masa anggaran 10 minit waktu ketibaan. Meskipun terdapat kelewatan dan kejadian yang tidak dijangka dari masa ke semasa, perkhidmatan ETS terus menjadi pilihan pengangkutan awam yang dipercayai buat saya. Dengan ETS, saya tidak perlu bersusah payah memandu atau menaiki bas, sebaliknya saya dapat duduk, berehat, dan menikmati perjalanan yang selesa dalam gerabak berhawa dingin sambil menikmati makanan ringan dan menonton filem. Dalam tempoh dua setengah jam, saya akan tiba di Stesen Keretapi Ipoh tanpa terperangkap dalam kesesakan di lebuh raya. Walau bagaimanapun, peristiwa perlanggaran tren pada awal tahun ini menimbulkan kebimbangan kepada pengguna tetap terhadap keselamatan perkhidmatan ETS. Namun begitu, saya percaya pada masa akan datang lebih ramai orang akan memilih ETS sekiranya laluannya diperluas ke Wilayah Selatan iaitu Seremban, Melaka dan Johor, serta apabila kekerapan perjalanan dan kapasiti terus ditingkatkan. Sepanjang musim perayaan dan cuti sekolah, perkhidmatan ETS agak sesak, namun KTM berjaya menangani masalah ini dengan menyediakan gerabak tambahan. Pada masa hadapan, saya ingin melihat lebih banyak kepelbagaian dalam filem yang ditayangkan di dalam tren dan pilihan makanan yang ditawarkan. Selain itu, saya juga berharap agar harga makanan dan minuman akan lebih berpatutan.”

Shireen Koshy,40, EDITOR NASKHAH

Penyambungan laluan LRT turut menyaksikan 14 set tren empat-gerabak tambahan jenis INNOVIA Metro-300 diperoleh untuk Laluan Kelana Jaya pada 2014. Peningkatan bilangan set tren pastinya membantu usaha Prasarana untuk memenuhi komitmen tempoh menunggu selama 180-saat selain menepati unjuran peningkatan kadar penumpang seperti yang disasarkan.

Sementara itu, 30 set baharu untuk menggantikan flit sedia ada termasuk 20 set tren tambahan turut diperoleh bagi tujuan perkhidmatan di laluan Ampang yang telah dipanjangkan. Prasarana telah memperoleh set pertama bagi tren enam-gerabak yang baharu ini pada Januari 2015.

14 SET TREN4-GERABAK

ditempah khusus untuk keperluan projek pemanjangan LRT

LALUANkelana

jaya

30 kenderaan rel ringan

ditempah khas untuk menggantikan tren sedia ada

20 set tren baru

ditempah khas untuk keperluan projek pemanjangan LRT

Laluan Ampang/Sri

Petaling

2014

Page 28: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

4847

KADAR PENUMPANG

63,246SEPT-DIS 2015

44,168OKT-DIS 2015

44perjalanan

50perjalanan

JUMLAH PERJALANAN

HARIAN

perkhidmatan Komuter utara

perkhidmatan Komuter selatan

KADAR PENUMPANG

433,093Julai-Dis 2015

perjalanan sehari22

KTM KOMUTER - PERKHIDMATAN UTARA DAN SELATANPada 11 September 2015, Perkhidmatan Komuter Utara di antara Kamunting dan Gurun mula beroperasi. Pada awalnya, KTMB menawarkan 14 perjalanan setiap hari, namun kemudian telah ditambah kepada 44 perjalanan sehari berikutan permintaan yang semakin meningkat daripada khalayak penumpang. Setakat akhir 2015, sebanyak 63,246 kadar penumpang dicatatkan.

Perkhidmatan tersebut disusuli oleh Komuter Selatan yang menghubungkan Seremban ke Gemas yang memulakan perkhidmatannya pada 10 Oktober 2015 dengan penawaran awal sebanyak 50 perjalanan sehari. Setakat ini, sejumlah 44,168 kadar penumpang telah dicatatkan.

SHUTTLE TEBRAUPada Julai 2015, KTMB memperkenalkan perkhidmatan Shuttle Tebrau bertujuan mengurangkan kesesakan di antara Stesen JB Sentral di Johor Bahru dan Stesen Woodlands di Singapura. Perkhidmatan ini dilancarkan dengan 22 perjalanan sehari dan telah dimanfaatkan oleh 433,093 penumpang.

Wilayah dan Kawasan Selainnya di Semenanjung Malaysia

Penambahbaikan Perkhidmatan KTMB

PROJEK LANDASAN BERKEMBAR ELEKTRIK (EDT)& PERKHIDMATAN TREN ELEKTRIK (ETS)

Pelancaran Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Kuala Lumpur ke Ipoh dan Seremban pada 2010 telah membuka suatu era baharu dalam penyampaian perkhidmatan daripada KTMB. Landasan yang dibaik pulih susulan projek Landasan Berkembar Elektrik (EDT) kini menyediakan tren yang lebih baharu dan pantas untuk dimanfaatkan oleh penumpang

Oleh itu, KTMB meletakkan sasarannya terhadap pengembangan flit ETS serta penambahan laluan bertujuan untuk mempertingkatkan rangkaian rel sedia ada. Penambahan tren yang baharu berupaya memperbaik kesalinghubungan di antara bandar di Semenanjung Malaysia, malah berjaya memendekkan tempoh perjalanan lebih separuh. Kini, ETS turut meliputi lokasi yang lebih jauh di wilayah utara dan selatan berbanding penawaran sebelum ini. Pada 2015, perkhidmatan ke Utara merentasi Kuala Lumpur – Padang Besar, Ipoh – Butterworth, dan Butterworth – Padang Besar dilancarkan pada bulan Julai, manakala perkhidmatan ke Selatan menerusi Seremban – Gemas pula dimulakan pada Oktober.

Kesalinghubungan turut diperkukuh bersandarkan usaha KTMB yang berterusan dalam projek Landasan Berkembar Elektrik (EDT) untuk laluan Ipoh dan Padang Besar, dan untuk laluan Seremban ke Gemas. Pada 6 Julai 2015, Perdana Menteri meluluskan pembukaan kedua-dua laluan tersebut sepenuhnya.

Pemanjangan kedua-dua laluan Ipoh–Padang Besar dan Seremban–Gemas melibatkan pemasangan landasan berkembar elektrik yang baharu, stesen baharu termasuklah sistem isyarat dan komunikasi yang diperlukan. Projek ini turut

membabitkan pembinaan landasan berkembar elektrik sepanjang 329km dan 23 stesen baharu bagi unjuran Ipoh–Padang Besar, sementara pemanjangan laluan Seremban–Gemas pula merangkumi landasan berkembar elektrik berjarak 94km dan pembinaan enam buah stesen.

PEMANTAPAN SISTEM REL: MEMPERKUKUH TUNJANG TRANSIT MASSA

ipoh padang besar

329kmlandasan berkembar elektrik sepanjang 23

stesenbaharu

seremban gemas

94kmlandasan berkembar elektrik sepanjang

PENYAMBUNGAN EDT:

6stesenbaharu

Page 29: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

5049 PEMANTAPAN SISTEM REL: MEMPERKUKUH TUNJANG TRANSIT MASSA

8 STESENDIKENALPASTi

bandar malaysia putrajaya seremban ayer keroh

muar batupahat

iskandarputeri

SingapURA

Kereta API Berkelajuan Tinggi Malaysia – SingapuraProjek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur – Singapura di Koridor Selatan tercatat antara Projek Permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi yang menyasarkan hasrat untuk meningkatkan kedinamikan ekonomi Kuala Lumpur selaku ibukota Malaysia dan mengangkat kedudukan daya huni Kuala Lumpur relatif kepada bandar-bandar global yang lain. HSR bakal memendekkan tempoh perjalanan di antara kedua-dua negara kepada hanya 90 minit berbanding tempoh lima hingga enam jam dengan menggunakan kereta atau bas. Tren akan bergerak pada kelajuan luar biasa melebihi 300km/jam. HSR akan merentasi lapan stesen – terminal akhir di Bandar Malaysia dan Singapura, serta enam stesen lain di Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri. Pelaksanaan projek HSR secara bersama oleh Malaysia dan Singapura dan kesalinghubungan berkelajuan tinggi yang direncanakan

ialah bukti jelas yang mencerminkan matlamat integrasi ekonomi bagi mempermudah kelangsungan perniagaan di rantau ini, di samping melonjakkan keyakinan pelabur.

Sistem Transit Pantas Malaysia – Singapura (RTS)Sistem Transit Pantas (RTS) ialah sistem rel yang menghubungkan Bukit Chagar, Johor Bahru di Malaysia dan Woodlands di Singapura yang dijangka siap menjelang 2024. Kajian Penjuruteraan Fasa 1 untuk projek ini diarahkan secara bersama oleh kedua-dua Kerajaan Malaysia dan Singapura pada 2 Mei 2012, akhirnya siap lantas disusuli pengesahan ke atasnya oleh Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri (JMC) pada Disember 2013 dan Januari 2014, berserta 29 opsyen yang ditampilkan untuk menyeberang Selat Johor.

RAJAH 10: Purata Kadar Penumpang GKL Rel, KTMB ETS & KTMB Intercity 2010 - 2015

KLIATRANSIT

KLIAEKSPRES MONOREL LALUAN

KELANA JAYALALUAN SRI PETALING / AMPANG

KTMBKOMUTER

KTMBETS

KTMBINTERCITY

2010 2011 2012 2013 2014 2015

14

12

10

8

6

4

2

11,552

8,37210,096

7,4056,089

5,520

RIBU

kadar pertumbuhan tahunan kompaun (2010-2015): -13.73%

2010 2011 2012 2013 2014 2015

6

5

4

3

2

1 588

3,2332,499

4,282 4,6355,643

RIBU

kadar pertumbuhan tahunan kompaun (2010-2015): 57.20%

2010 2011 2012 2013 2014 2015

700

600

500

400

300

200

100

469,394

524,208511,195

588,957618,127

631,680

RIBU

kadar pertumbuhan tahunan kompaun (2010-2015): 6.12%

Page 30: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

5251

HALA TUJU MASA DEPAN

Lembah Klang/ Greater Kuala Lumpur

NAIK TARAF Landasan Berkembar Lembah KlangBermula 2016, KTMB akan melaksanakan projek Landasan Berkembar Lembah Klang yang disasarkan siap pada November 2019. Projek yang bertujuan mengurangkan persiapan masa dari 15 minit yang dicatatkan pada tahun 2015, kepada separuh tempoh tersebut, akan melibatkan penyusunan landasan yang baharu, alat persemboyanan yang baharu menggantikan alat lama yang sudah berusia 20 tahun, pemasangan sistem radio, naik taraf terhadap 16 stesen dan pembinaan sebuah sistem bekalan di Sentul untuk menjana tenaga elektrik tambahan sekali gus menambah kekerapan tren.

Projek ini akan diusahakan dalam empat fasa membabitkan kawasan-kawasan berikut:

• FASA1A:[Rawang–SimpangBatu]Rawang–Kuang–SungaiBuloh–KepongSentral – Kepong – Segambut

• FASA1B:[KualaLumpur–SimpangPelabuhanKlang]KualaLumpur–KLSentral• FASA2: [SimpangBatu–KualaLumpur]Segambut–Putra–BankNegara–

Kuala Lumpur• FASA3:[Sentul–SimpangBatu]Sentul–Putra–Segambut• FASA4:[SimpangPelabuhanKlang–SalakSelatan]KLSentral–MidValley–

Seputeh – Salak Selatan

Sementara itu, pada Mei 2016, Perkhidmatan Komuter Selatan telah dijajarkan dari Batu Caves ke Tampin susulan kerja baik pulih KVDT yang sedang dilaksanakan.

Laluan 3 LRTPada 6 November 2015, Kerajaan meluluskan projek Laluan 3 LRT di bawah Skim Keretapi yang melibatkan pembinaan sebuah laluan LRT yang baharu dari Bandar Utama ke Johan Setia, Klang. Landasan berjarak 37.2km ini akan mencakupi 26 stesen dan dijangka memulakan operasinya menjelang Ogos 2020. Pelaksanaan laluan ini bertujuan memperbaik kesambungan ke Shah Alam, sekali gus memenuhi permintaan yang kian bertambah.

ERLSemua tren baharu ini akan siap beroperasi secara berperingkat menjelang akhir 2016 dan sedang menjalani ujian kelulusan kilang pada waktu ini.

Laluan Rel Bandar yang BaharuMenjelang akhir 2016, Laluan 1 Transit Aliran Massa Lembah Klang (KVMRT) yang menghubungkan Fasa 1 Sg Buloh – Semantan dijangka beroperasi sepenuhnya, manakala Laluan Fasa 2 Sg Buloh – Kajang pula diunjurkan beroperasi bermula Julai 2017. Pembinaan landasan sedang dilaksanakan menurut jadual.

SPAD telah mensyaratkan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) untuk memperbaik kebolehyakinan perkhidmatannya dengan memastikan ketersediaan bekalan kuasa dan pengurusan insiden dengan lebih baik. Justeru, SPAD kini sedang dalam proses untuk melantik juruaudit teknikal bebas untuk menjalankan penilaian dalam aspek kebolehyakinan, ketersediaan, penyelenggaraan, keselamatan (RAMS) dan daya tahan operasi ke atas Laluan LRT Kelana Jaya. Langkah ini merupakan suatu langkah prioriti segera bagi SPAD yang akan siap dalam tempoh tiga bulan. Langkah ini penting untuk meneliti isu sistemik yang menjangkaui skop tugasan Prasarana, iaitu menerusi

semakan dan pengukuhan penyelenggaraan aset yang disasarkan untuk memperoleh kebolehyakinan perkhidmatan bertaraf tinggi secara mampan. Di bawah Rancangan Pembangunan Rel Bandar yang menyasarkan peningkatan kesalinghubungan di sekitar GKL, cadangan pembinaan Laluan 3 MRT (Circle Line – Laluan Orbital) sedang dinilai menerusi suatu Kajian Kebolehlaksanaan yang dilaksanakan oleh MRT Corp. Laluan ini akan dibina menghubungkan sekitar Pusat Bandar Kuala Lumpur dan bakal menghubungkan kawasan-kawasan pembangunan utama yang dikenal pasti dalam Rancangan Bandaraya DBKL, termasuklah kawasan yang kurang diberikan tumpuan setakat ini.

MRT Corp berhasrat memuktamadkan kajian kebolehlaksanaan ke atas Laluan MRT 3 ini untuk diserahkan kepada SPAD menjelang akhir tahun ini. Laluan yang turut dikenali sebagai Laluan Lingkaran MRT ini dijangka berupaya menghubungkan wilayah tengah Lembah Klang ke laluan lain yang sedia ada, justeru membolehkan kesalinghubungan dan integrasi yang lebih luas tercapai.

Kajian Penilaian Permintaan di Koridor serta Kajian Kebolehlaksanaan bagi pembinaan perkhidmatan trem Putrajaya-Cyberjaya juga sedang dalam perancangan. Perkhidmatan ini bertujuan menghubungkan Putrajaya Sentral ke Laluan MRT 2.

PEMANTAPAN SISTEM REL: MEMPERKUKUH TUNJANG TRANSIT MASSA

CABARAN

Sungguhpun sistem rel bandar telah menyaksikan penambahbaikan yang begitu mendadak dalam tempoh lima tahun yang lalu, berbanding 20 tahun sejak pelancaran LRT buat pertama kalinya, masih banyak ruang yang memerlukan penambahbaikan, bukan hanya di Greater Kuala Lumpur malah meliputi rangkaian rel di seluruh negara. Meskipun perkhidmatan rel bandar memperlihatkan trend kadar penumpang yang semakin meningkat, perkhidmatan rel antara bandar pula masih ada ruang pembaikan (lihat rajah 10). Perkhidmatan Komuter Wilayah Utara dan Selatan, selain Perkhidmatan Tren Elektrik disasarkan akan memenuhi keperluan komuter bagi segmen ini..

Segala projek terhadap pembaikan rangkaian rel negara dirancang bagi menangani cabaran seperti kesalinghubungan, penyepaduan, kesesakan di bandar dan faktor daya huni. Antara projek rel yang menyasarkan transformasi bertujuan menangani cabaran ini termasuklah projek seperti MRT dan Penyambungan Laluan LRT. Projek-projek yang menembusi koridor berkepadatan populasi tinggi seperti ini dimatlamatkan secara khusus untuk melegakan kesesakan trafik dalam kawasan bandar selain menawarkan penumpang suatu pengalaman ulang-alik yang lebih selesa.

Dengan mengambil kira kadar penumpang yang akan meningkat susulan kesalinghubungan dan penyepaduan yang semakin baik, SPAD menyedari keperluan kerja-kerja pemulihan dan naik taraf ke atas landasan dan aset rel yang sudah uzur dimakan usia. Hal yang demikian ini penting bagi menjamin kebolehyakinan perkhidmatan. Justeru, SPAD akan berganding bahu dengan semua pengendali rel, sekali gus memastikan mereka mengambil langkah proaktif bagi mengelakkan gangguan perkhidmatan atau kerosakan.

Kedua-dua HSR dan ECRL apabila siap kelak bakal mencetuskan pertumbuhan ekonomi merentasi pekan-pekan dan bandar-bandar di luar kawasan GKL, selain turut memberikan pilihan perjalanan yang lebih luas kepada penumpang.

Selain itu, RTS berperanan mengurangkan kesesakan di Woodlands dan mempermudah perjalanan bagi pelancong dan warga yang bekerja di sepanjang Johor Bahru dan Singapura. HSR pula akan menyediakan kesalinghubungan yang pantas dan mudah, bukan hanya bagi perjalanan merentasi sempadan di antara Kuala Lumpur dan Singapura, bahkan bandar-bandar di sepanjang laluan rel ini turut menerima manfaat dari aspek perkhidmatan dalam negara.

Page 31: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

5453

Wilayah dan Kawasan Selainnya di Semenanjung Malaysia

Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-JBDalam perkembangan lain, projek pemanjangan EDT juga termasuk landasan sepanjang 197km dan 11 stesen di antara Gemas dan Johor Bahru. Perdana Menteri telah memberikan kelulusan bersyarat di bawah Skim Keretapi untuk projek ini pada 2 Julai 2015. Pelaksanaan projek ini akan bermula sebaik sahaja paparan umum diadakan dan kelulusan untuk peringkat terakhir Skim Keretapi diberikan oleh Kementerian Pengangkutan. Sementara itu, sepuluh unit set tren elektrik enam- gerabak sudah pun dipesan bagi tujuan perkhidmatan ETS KTMB ini.

Sistem Transit Laju Malaysia – Singapura (RTS)Pertemuan JMC ke-12 yang diadakan di Singapura pada 8 Mac 2016 mempersetujui konsultan projek RTS ini untuk memulakan Kajian Reka Bentuk Penjuruteraan Terperinci (Fasa 2) berasaskan dua opsyen terpilih, iaitu pembinaan jambatan tinggi oleh Malaysia dan jambatan rendah oleh Singapura.

Pada 26 April 2016, kedua-dua SPAD dan LTA melantik Aecom secara bersama untuk memulakan Fasa 2 tersebut dan merangka dokumen Reka Bentuk Permulaan yang akan diputuskan sebagai opsyen tunggal oleh kedua-dua Kerajaan Malaysia dan Singapura menjelang akhir Disember 2016.

KERETA API Berkelajuan Tinggi Malaysia- SingapuraPada 19 Julai 2016, Malaysia dan Singapura telah memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) yang merupakan hasil perbincangan yang mendalam dan menyeluruh antara pegawai-pegawai terbabit dari kedua-dua negara. MOU ini menyenaraikan usul penting yang dimuktamadkan dalam projek ini, antara lain, parameter teknikal, model komersial, kastam, pelepasan imigresen dan kuarantin (CIQ), isu keselamatan dan perlindungan, rangka kerja kawal selia serta pengurusan projek ini kelak. MOU ini berperanan sebagai rangka kasar kepada Perjanjian Dua Hala (Bilateral) yang akan dimeterai oleh kedua-dua negara menjelang akhir 2016 dan mempunyai status sah di sisi undang-undang.

Laluan Rel Pantai TimurWilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) melingkupi kawasan seluas lebih 66,000km sepanjang Pantai Timur yang merentasi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan daerah Mersing di Johor. Selaras dengan aspirasi Program Transformasi Negara, ECER menyasarkan untuk membuka potensi pertumbuhan kluster ekonomi termasuk sektor pembuatan, minyak, gas dan petrokimia, pelancongan, pertanian dan pembangunan modal insan. Rancangan Induk ECER yang menggariskan panduan asas ke atas pembangunan ECER sehingga tahun 2020 mengenal pasti projek dan program yang mampu merapatkan jurang sosioekonomi antara wilayah, membasmi kemiskinan dan menambah baik agihan pendapatan dan kekayaan dengan cara yang lebih mampan11.

Pembangunan infrastruktur begitu kritikal bagi mencetuskan pertumbuhan ECER, justeru Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dikenal pasti sebagai projek infrastruktur berimpak tinggi yang difokuskan sebagai tunjang utama kepada infrastruktur pelbagai mod pengangkutan di ECER, sekali gus berfungsi sebagai pelengkap kepada lebuh raya sedia ada seperti Lebuhraya Pantai Timur dan Laluan Pantai Timur KTMB, malah pelengkap kepada pelabuhan-pelabuhan yang ada.

Berlandaskan peranannya sebagai pencetus sosioekonomi utama di wilayah tersebut, ECRL diunjurkan berupaya mengangkat tahap kesalinghubungan antara kawasan-kawasan industri, pusat ekonomi dan pelabuhan, di samping menawarkan pilihan perjalanan alternatif kepada penumpang. Dari aspek manfaat perniagaan pula, kajian kebolehlaksanaan ECER menunjukkan bahawa ECRL berpotensi mengurangkan kos pengangkutan barangan (kurang 40%-50% berbanding pengangkutan jalan raya), mengurangkan kos perjalanan penumpang (30%-50% berbanding kereta), menyediakan akses yang lebih baik ke 10 hab industri di Pantai Timur, sekali gus merapatkan jurang ketaksamaan ekonomi berasaskan penawaran kerja yang lebih banyak serta menyalurkan nilai modal yang lebih tinggi ke ECER. Faktor yang turut diketengahkan termasuklah, rel lebih efisien dan lebih mesra alam dari aspek kemampanannya sebagai mod pengangkutan.

Pada 15 Mac 2016, SPAD dan Majlis Pembangunan ECER (ECERDC) menjalankan usaha secara bersama demi mengenal pasti minat terhadap projek ini dari sudut pasaran, serta mengumpulkan pendapat terhadap ECRL. Sejumlah 27 maklum balas diterima daripada syarikat dan konsortium di Asia Tenggara – 6 dari Eropah, 2 dari Asia Timur dan 1 masing-masing dari Asia Selatan, Amerika Utara dan Australia. Responden mencakup entiti yang mengendalikan infrastruktur dan pembinaan, konsultansi teknikal, tren (rolling stock) serta pembiayaan kewangan sistem dan projek.

KAJIAN-KAJIAN LAINSPAD akan menjalankan beberapa kajian yang disasarkan siap pada 2017:

• Kajian Kebolehlaksanaan Trem Kuala Lumpur: Kajian Kebolehlaksanaan Trem Kuala Lumpur bertujuan mengkaji penggunaan trem sebagai suatu mod pengangkutan awam alternatif di Kuala Lumpur disebabkan cirinya yang lebih efisien dan mesra alam, justeru berupaya menjadikan Kuala Lumpur bandar yang paling tinggi daya huninya di Malaysia. Kajian ini akan membolehkan tinjauan dibuat sekali gus menentukan daya maju pelaksanaan dan pengendalian perkhidmatan trem di pusat bandar Kuala Lumpur yang akan menyentuh secara khusus, permintaan sebenar dari aspek penumpang, impak ekonomi yang diunjurkan serta langkah teknikal dan kewangan yang diperlukan untuk menyokong pengendalian trem kelak. Kajian ini disasarkan siap sepenuhnya menjelang akhir 2017

• Kajian Pembaikan Batuan Pertama dan Terakhir (First-Last-Mile, FLM) Rel Bandar Greater KL: Kajian ini bertujuan merancang prioriti dan pelan jangka panjang terhadap akses FLM di GKL, termasuk kesalinghubungan dan cakupan menerusi langkah penambahbaikan ke atas rangkaian bas, medan pejalan kaki dan laluan berbasikal. Serentak dengan itu, SPAD juga merancang untuk melaksanakan satu siri projek rintis FLM untuk mempertingkat akses FLM di GKL dengan menggunakan kenderaan pengangkutan awam bersaiz

kecil. Laluan rintis FLM yang pertama (stesen LRT Kelana Jaya– stesen KTM Setia Jaya KTM/BRT menerusi Pusat Bandar Kelana Jaya) bakal dilancarkan pada suku akhir 2016 untuk tempoh minimum selama tiga bulan.

• Kajian Kawal Selia Operasi Tren dan Pengurusan Infrastruktur KeretaApi: Bagi memperkukuh dasar yang telah digariskan dalam Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara, Kajian Kawalselia Operasi Tren dan Pengurusan Infrastruktur Kereta Api (TOIMRF) akan meneliti mekanisme kawal selia terhadap pengendalian dan pengurusan aset kereta api secara efisien di Malaysia. Kajian ini akan meninjau pelbagai aspek, termasuk struktur undang-undang dan tadbir urus, pengurusan kapasiti di samping keselamatan dan pengendalian antara sistem kereta api yang berbeza. Apabila kajian ini siap kelak, undang-undang kecil akan dicadangkan sebagai rangka kerja bagi memastikan penggunaan aset kereta api secara optimum. Hal yang demikian ini perlu untuk menampung bilangan penumpang dan perkhidmatan kenderaan barangan yang semakin meningkat, selain mendorong pemain-pemain industri agar lebih kompetitif sesama mereka.

• KajianStandardKeretaApiMalaysia: Projek ini bermatlamat menghasilkan senarai standard teknikal berasaskan prestasi yang akan diwajibkan ke atas pemilik projek landasan kereta api dan pengendali berlesen di Malaysia. Standard tersebut berperanan memastikan suatu pendekatan yang diperkemas melibatkan pembinaan dan pengendalian kereta api bagi menjamin kepentingan kerajaan dan orang awam. Antara aspek yang akan dirangkumi dalam senarai standard ini kelak ialah keselamatan, akses, kebolehyakinan, ketersediaan, penyelenggaraan, kualiti dan pengendalian sesama sistem kereta api tersebut. Projek ini dijangka siap pada Disember 2016.

11 Sumber: Laman Web Wilayah Ekonomi Pantai Timur (http://www.ecerdc.com.my)

PEMANTAPAN SISTEM REL: MEMPERKUKUH TUNJANG TRANSIT MASSA

Page 32: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

5655

Dato’ Sri Shahril MokhtarKETUA PEGAWAI EKSEKUTIFMASS RAPID TRANSIT CORPORATION SDN BHD (MRT CORP)

Bayangkan situasi ini: Menjelang tahun 2020, terdapat kira-kira 10 juta penduduk tinggal di Lembah Klang dan semua penduduk ini bergerak di kawasan Greater Kuala Lumpur dengan kereta. Dengan pertumbuhan yang sedemikian tinggi dalam populasi penduduk dan jumlah kereta, jalan raya tidak akan mampu menampung semua kenderaan yang akan bergerak masuk dan keluar dari bandar. Keadaan trafik hanya akan menjadi lebih buruk dan mengalami kesesakan lalu lintas dalam tempoh yang lama.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Dato’ Sri Shahril Mokhtar berkata, “Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) membayangkan bahawa Aliran Transit Massa (MRT) akan menjadi penyelesaian kepada kesesakan lalu lintas dengan mengurangkan jumlah pengguna yang bergantung pada kereta persendirian untuk berulang-alik.”

MRT Corp menganggarkan kira-kira 400,000 orang akan menggunakan laluan MRT Sungai Buloh - Kajang (SBK) sebaik sahaja laluan SBK mula beroperasi. Di samping itu, apabila laluan MRT Sungai Buloh - Serdang - Putrajaya (SSP) mula beroperasi pada tahun 2022, dianggarkan 529,000 pengguna akan menggunakan laluan SSP setiap hari.

Selain penyelesaian untuk keperluan pengangkutan, Dato’ Sri Shahril berkata projek MRT akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada kira-kira 130,000 orang. Ini seterusnya akan menjana Pendapatan Negara Kasar (PNK) antara RM3 bilion hingga RM4 bilion setahun daripada pembinaan dan operasi sahaja dari tahun 2011 hingga 2020.

Tambahan pula, di samping meningkatkan kesalinghubungan dan merangsang pertumbuhan ekonomi, MRT diharapkan dapat membawa pelbagai manfaat lain seperti keuntungan produktiviti yang lebih tinggi dan kualiti hidup yang lebih baik.

“Sebagai contoh, dengan masa perjalanan dikurangkan, disebabkan orang ramai tidak lagi terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, produktiviti dijangka meningkat kepada 280 juta jam setiap tahun. Ini bermaksud RM20 bilion setahun dari segi penjimatan masa,“ kata Dato’ Sri Shahril.

“MRT pastinya menjadi elemen terpenting dalam mengubah landskap pengangkutan awam darat di Malaysia. Dengan tahap kebolehpercayaan, keselamatan dan integrasi yang tinggi, mudah-mudahan MRT akan dapat mengubah pemikiran rakyat untuk menggunakan MRT.“

Tambahan pula, MRT juga merupakan pemangkin kepada langkah ke arah Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD). Kejayaan MRT di Lembah Klang pasti akan merintis jalan ke arah pelaksanaan projek yang sama di kawasan bandar lain di Malaysia, ujar Dato’ Sri Shahril lagi.

Pada akhir tahun 2015, laluan MRT SBK telah siap 77.77% dengan seluruh pembinaan laluan pandu bertingkat dan kerja-kerja penggalian terowong telah siap masing-masing pada bulan Ogos dan April 2015. Struktur bagi semua stesen bertingkat telah dibina kecuali bagi Stesen Kajang, manakala kerja-kerja pembinaan

seni bina, mekanikal dan elektrikal (M & E) sedang dijalankan bagi semua stesen. Stesen Kajang kini sudah siap kira-kira 30%.

Sementara itu, kerja-kerja bawah tanah telah berjalan dengan lancar dan kini berada pada tahap 83.9%. Kerja penggalian untuk semua tujuh stesen bawah tanah telah disiapkan dan kerja sekarang sedang dijalankan di Paid Linkway (Sambungan Kawasan Berbayar) ke Stesen Merdeka dan laluan bawah tanah (subway) di stesen Bukit Bintang serta pintu masuk di stesen Maluri.

Sementara di laluan MRT SSP, pemeriksaan awam telah dijalankan antara 15 Mei 2015 hingga 17 Ogos 2015. Skim Kereta Api laluan SSP telah diberi kelulusan akhir pada 7 Oktober 2015. Pada masa yang sama, proses perolehan dan pengambilalihan tanah sedang dijalankan.

“Saya percaya terdapat dua faktor kejayaan kritikal dalam pelaksanaan projek MRT. Pertama, struktur projek MRT, dengan Jawatankuasa Eksekutif MRT yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, telah membolehkan pembuatan keputusan dan penyelesaian masalah yang cekap, terutama dalam perkara yang melibatkan pelbagai pihak dan agensi kerajaan,“ kata Dato’ Sri Shahril .

Beliau menyatakan bahawa jawatankuasa itu terdiri daripada ketua-ketua agensi dan pihak berkuasa. Sebarang isu yang timbul boleh diselesaikan pada peringkat tertinggi melalui forum ini, sekali gus memastikan pembinaan MRT dilaksanakan mengikut jadual. Di samping itu, rakan penyampaian projek ini menyediakan kepakaran pengurusan projek yang kukuh yang menghasilkan penyampaian yang tepat pada masanya oleh kontraktor. Selain itu, hubungan yang baik antara MRT Corp dengan SPAD menjadi kombinasi utama untuk menjalankan projek ini dengan lancar.

“Pelan Pembangunan Rel Bandar (URDP) adalah penting untuk memastikan sistem rangkaian rel bersepadu dengan kesalinghubungan yang baik dibangunkan. Projek MRT ialah komponen penting dalam Rangkaian Rel di Lembah Klang. Tambahan pula, SPAD ialah pihak berkuasa yang akan memberikan kelulusan akhir kepada kedua-dua Skim Kereta Api Laluan SBK dan SSP. Oleh itu, kami perlu bekerja dengan rapat untuk mendapatkan kelulusan akhir secekap yang mungkin,“ jelas Dato ‘Sri Shahril.

Penting diberikan perhatian juga bahawa SPAD mempengerusikan Jawatankuasa Teknikal MRT, yang bermesyuarat untuk menyelesaikan semua isu berkaitan dengan projek dan memastikan proses yang lancar dalam melaksanakan projek.

Memandangkan nilai tender boleh mencecah berbilion ringgit, proses penilaian tender yang ketat diwujudkan untuk memastikan ketelusan dalam pengurusan anugerah tender.

Semua kontrak yang diserahkan kepada MRT Corp dinilai terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Kerja, yang memantau penilaian teknikal, komersial, undang-undang dan offset. Setelah siap, tender diserahkan kepada Jawatankuasa Teknikal Sehenti (One Stop Technical Committee, OSTC) untuk peringkat penilaian yang seterusnya, diikuti oleh Jawatankuasa Perolehan Sehenti (One Stop Procurement Committee,

OSPC). OSPC mengandungi tiga peringkat yang menilai tender berdasarkan nilai masing-masing.

Peringkat pertama, bagi kontrak melebihi RM300 juta, OSPC 1, dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, yang juga merupakan Menteri Kewangan. Peringkat kedua, OSPC II, bagi kontrak antara RM50 juta hingga RM300 juta, dipengerusikan oleh Menteri Kewangan ii, manakala kontrak bernilai lebih rendah daripada RM50 juta dinilai oleh OSPC III, dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Walau bagaimanapun, sebuah projek yang mempunyai saiz dan magnitud seperti MRT menyaksikan MRT menghadapi cabarannya yang tersendiri. Ini termasuklah pembinaan merentas kawasan bandar yang sangat membangun menjadikan pembinaan satu cabaran kerana ruang untuk bekerja adalah terhad. Hal yang demikian juga menjadikan keselamatan kebimbangan yang besar kerana pembinaan mengambil tempat di kawasan laluan orang ramai, 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. MRT Corp menangani masalah ini dengan melaksanakan piawaian keselamatan yang tinggi di tapak pembinaan di samping pelbagai langkah lain seperti Pelan Pengurusan Trafik dan program kesedaran bersama orang ramai.

“MRT Corp amat mementingkan aspek Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHE). Pada masa ini, industri pembinaan di Malaysia mempunyai kefahaman yang sangat rendah mengenai SHE. MRT Corp bersama-sama dengan Rakan Penyampaian Projek memulakan kerjasama dengan CIDB Malaysia dan NIOSH Malaysia untuk meningkatkan lagi pendidikan mengenai keselamatan bagi projek MRT.

“Kerjasama ini akan menetapkan penanda aras bagi piawaian keselamatan Malaysia dalam industri pembinaan, secara tidak langsung menjadi tempat rujukan kepada peserta lain dalam industri pembinaan untuk meningkatkan piawaian keselamatan masing-masing,” jelas Dato ‘Sri Shahril.

Mengambil iktibar daripada pengalaman membina laluan SBK, MRT Corp telah memperkenalkan lima inisiatif utama untuk merangsang piawaian HSE bagi pembinaan KVMRT, iaitu Pengurusan Reka Bentuk Pembinaan, Spesifikasi dan Obligasi Kontrak, Skim Prestasi SHE, Skim Pasport Keselamatan, dan Program Jurulatih Induk. Inisiatif berkenaan bukan sahaja menyasarkan pengurangan jumlah kemalangan di tapak pembinaan Projek MRT malah juga pembangunan budaya kebertanggungjawaban terhadap aspek SHE oleh Kontraktor Pakej Kerja.

Melangkah ke hadapan, Dato’ Sri Shahril ingin melihat projek MRT sebagai projek yang menetapkan penanda aras dari segi pengurusan projek, pelaksanaan projek dan juga dari segi integriti dan tadbir urus yang baik. Bagi saiz dan nilai projek yang berasaskan penggunaan dana awam, penting untuk memastikan wujudnya tahap ketelusan yang tinggi.

“Akhirnya, nilai sesuatu hanya dapat dinilai daripada pengalaman sebenar. Bagi projek MRT, bukti kejayaan MRT Corp sudah tentulah dalam penyampaian yang tepat pada masanya, dalam lingkungan bajet yang ditetapkan, dan pewujudan sistem kereta api yang berkesan. Saya yakin matlamat ini akan dapat kita capai,” jelas Dato’ Sri Shahril.

MRT Menjadi Elemen Terpenting Transformasi Pengangkutan Awam Darat

Page 33: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

5857

Datuk Seri Jebasingam Issace JohnKetua Pegawai EksekutifMajlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur(ECERDC)

ECRL Memangkin Perkembangan SosioEkonomi di ECER

Kesalinghubungan darat merupakan komponen penting dalam pembangunan sosioekonomi sesebuah lokasi. Ini merupakan bidang utama yang sedang diusahakan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) untuk memulihkan ketidakseimbangan wilayah antara Pantai Barat dengan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), yang merangkum Kelantan, Terengganu, Pahang dan daerah Mersing di negeri Johor, iaitu kawasan seluas 66000 km persegi yang membentuk separuh daripada Semenanjung Malaysia.

Satu projek penting yang sedang digerakkan oleh ECERDC bersama-sama dengan SPAD ialah cadangan pelaksanaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan menjadi penyedia utama pengangkutan darat alternatif kepada pantai timur Semenanjung Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Daruk Seri Jebasingam Issace John berkata, “ECRL akan menyediakan kesalinghubungan rel dari Lembah Klang ke Kuantan, terus ke atas di sepanjang pantai ke Kuala Terengganu dan Kota Bharu dan juga akan menghubungkan Malaysia dengan Thailand, dan bergerak seterusnya hingga Kunming di China. Berdasarkan kekayaan sumber asli dan ketersediaan tanah ECER, dengan penyiapan ECRL, usaha membangunkan perniagaan di kawasan ini akan menjadi berkesan dari segi kos kepada pelabur tempatan atau asing, termasuk mereka yang meninjau pengembangan atau penempatan semula perniagaan memandangkan mereka akan mempunyai akses yang mudah kepada bahan mentah”.

Jumlah manfaat sosioekonomi ECRL dianggarkan berjumlah RM50 bilion dalam tempoh 54 tahun. “Ini akan membuka pasaran yang besar, meningkatkan perdagangan, menghubungkan kawasan-kawasan ekonomi utama di rantau ini, mengurangkan kos pengangkutan dan membolehkan membolehkan pertumbuhan perniagaan,” kata John. “Sebaik sahaja siap, ECRL akan menjadi mod pengangkutan yang lebih cekap dan lebih lestari dari segi alam sekitar untuk memudahkan pergerakan barangan seperti bijih besi dan kargo pukal. Pada masa yang sama, pekerjaan daripada sektor pembinaan dan operasi akan dijana.

Lebih-lebih lagi, bagi mereka yang ingin membuat perjalanan ke Lembah Klang dan sebaliknya akan dapat berbuat demikian menerusi ECRL dengan mengambil hanya separuh daripada masa semasa. Seseorang hanya perlu mengambil masa selama enam jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat di Kelantan berbanding dengan 12 jam masa perjalanan menggunakan sistem kereta api sedia ada.

Projek ini akan meneruskan inisiatif sedia ada untuk meningkatkan ketercapaian terutamanya di kawasan luar bandar dan kawasan yang terpinggir daripada pembangunan, mengurangkan masa perjalanan dan kos operasi kenderaan serta menggalakkan pembangunan mampan di wilayah ini menerusi peningkatan penggunaan pengangkutan awam.

Datuk Seri Jebasingam berkata, “Cabaran utama selain mempertingkatkan kesalinghubungan darat, sudah tentulah mempertingkatkan pengangkutan awam di ECER. Walaupun, keperluan ini tidaklah sebegitu mendesak berbanding dengan pantai barat, pengangkutan awam yang lebih baik dan yang dapat tembus lebih jauh akan memberikan banyak sumbangan dalam mengurangkan jurang sosioekonomi antara penduduk di kawasan luar bandar dengan pusat bandar.”

Berdasarkan hakikat ini, sejak 2010 ECERDC telah menerajui kerja-kerja jalan seperti Lebuh Raya Utama Tengah (Central Spine Road) dan Lebuh Raya Pantai Timur (East Coast Expressway), yang akan meperluas jangkaun Lebuhraya Pantai Timur di sepanjang pantai melalui Terengganu ke Kota Bharu, Kelantan. Selain sistem jalan raya yang lebih baik, pengangkutan awam seperti perkhidmatan bas Rapid Kuantan telah dilancarkan pada tahun 2012, yang menyediakan liputan perjalanan ke kawasan yang sehingga sekarang belum diberikan perkhidmatan.

Tahun berikutnya, iaitu tahun 2013 telah menyaksikan penyiapan Jengka Sentral, sebuah terminal pengangkutan awam bersepadu di Bandar Tun Abdul Razak di Jengka, Maran. Terminal ini merupakan pusat sehenti yang dilengkapi pelbagai kemudahan awam untuk warga tempatan, operator bas dan pengendali perniagaan.

Melangkah ke hadapan, penduduk yang tinggal di ECER dapat menjangkakan peningkatan kualiti hidup menerusi pembangunan akses kepada pengangkutan awam dan kesalinghubungan keseluruhan yang lebih baik. Ini “akan menambah baik rantaian logistik dan menyokong pembangunan ekonomi wilayah ini,” kata Datuk Seri Jebasingam.

“Ini seterusnya akan menghasilkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat. Setakat ini, dengan sokongan dan pelaksanaan projek infrastruktur kerajaan, ECER telahpun berjaya menarik pelaburan asing dan domestik sebanyak RM90.8 bilion, sekali gus menjana lebih 97,000 peluang pekerjaan kepada rakyat. Pada tahun 2020, ECERDC menetapkan sasaran untuk menarik RM110 bilion pelaburan dan menjana 200,000 peluang pekerjaan.”

“ECRL akan menyediakan kesalinghubungan rel dari Lembah Klang ke Kuantan, terus ke atas di sepanjang pantai ke Kuala Terengganu dan Kota Bharu dan juga akan menghubungkan Malaysia dengan Thailand, dan bergerak seterusnya hingga Kunming di China.”

Page 34: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

MENINGKATKAN TARAF INDUSTRI TEKSI

Page 35: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

6261

MENINGKATKAN TARAF INDUSTRI TEKSI

PENGENALAN

Teksi merupakan tonggak infrastruktur pengangkutan awam darat Malaysia yang menyediakan perkhidmatan perjalanan menyeluruh dan kesalinghubungan di antara batuan pertama dan terakhir. Teksi juga ialah pelengkap kepada perkhidmatan rel dan bas bersandarkan kesediaannya untuk membawa penumpang setiap masa, dan kesanggupannya untuk pergi balik ke lokasi yang tidak mendapat perkhidmatan pengangkutan awam yang lain. Di samping itu, teksi ialah pilihan pengangkutan awam yang penting di pusat-pusat bandar bagi jarak perjalanan yang dekat dan ketika penumpang lebih mengutamakan tempoh perjalanan yang pantas berbanding kos perjalanan.

Di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, SPAD mempunyai bidang kuasa untuk mengawal selia, menyemak serta menetapkan kadar tambang untuk semua kelas teksi termasuklah kereta sewa, kereta sewa dan pandu, teksi bajet, teksi lapangan terbang dan teksi limosin.

Selama beberapa tahun kebelakangan, industri teksi di Malaysia semakin terbeban ekoran cabaran melibatkan struktur industri sehingga menjejaskan kualiti perkhidmatan, sekali gus aduan daripada pengguna teksi turut meningkat. Menurut Bahagian Pengurusan Aduan SPAD, pada tahun 2015, sejumlah 9,202 aduan dilaporkan tentang teksi berbanding 3,249 aduan yang tercatat pada tahun 2012.

Susulan sesi perbincangan bersama dengan pihak berkepentingan dan pemain industri, SPAD telah mengenal pasti beberapa masalah yang mengekang perkembangan industri teksi, antara lain: i. Model perniagaan yang sudah lapuk dan tidak mampu memberikan pulangan

yang setimpal kepada pengendali teksiii. Kos mengendalikan teksi semakin meningkat sehingga melebihi perolehan

pendapataniii. Isu berkaitan kualiti pemandu dan piawaian kenderaaniv. Ketiadaan pengawasan berpusat bagi industri teksi menyebabkan

ketidakberkesanan dan jurang dalam aspek perkhidmatanv. Persepsi umum terhadap taraf perkhidmatan teksi tidak memuaskanvi. Cabaran daripada inovasi teknologi yang baharu, seperti perkhidmatan ‘e-hailing’

SPAD menyedari akan isu-isu membabitkan perkhidmatan teksi Malaysia sejak awal penubuhannya pada tahun 2010 lagi, justeru, SPAD memberikan prioriti utamanya kepada transformasi industri teksi. Teksi turut diutamakan apabila tercatat dalam NKRA Pengangkutan Awam Bandar (UPT) di bawah GTP, bermula dari tahun 2012. Malah, makmal teksi khas telah diadakan pada Disember 2015 bagi menyelaraskan inisiatif-inisiatif transformasi agar sesuai dengan perkembangan terbaharu.

Berikutan itu, inisiatif dan dasar yang dibentuk ke arah menambah baik perkhidmatan teksi tersebut dikelompokkan dalam Rancangan Transformasi Teksi (TTP) yang merupakan sebahagian komponen Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang. Di bawah TTP, tahap perkhidmatan teksi akan ditingkatkan menerusi pencapaian dalam aspek-aspek berikut:

• Rangkakerjakawalselia• Memperbaiktarafpemandu• Meningkatkanpiawaiankenderaan• Sistemtempahan• Penjenamaan• Infrastruktur• Penguatkuasaan12

Di samping penambahbaikan dari segi kualiti perkhidmatan, TTP turut menyasarkan suatu pendefinisian yang lebih jelas untuk industri teksi dalam integrasi sistem pengangkutan awam darat secara keseluruhannya. Dalam hal ini, peranan teksi akan berkembang seiring dengan pembangunan UPT yang lain di negara bagi memastikan setiap ruang perjalanan yang memerlukan perkhidmatan pengangkutan awam adalah terisi sekali gus mengangkat jalinan pengangkutan awam negara agar setaraf dengan negara-negara terbaik dunia.

12 Maklumat lanjut berkenaan objektif TTP terdapat pada ms..70-71 dan ms.325-336 Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang

“Rancangan Transformasi Teksi (TTP) adalah untuk menetapkan asas bagi pembangunan perkhidmatan teksi di wilayah Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang. Tujuannya adalah untuk menetapkan piawaian berdasarkan praktis antarabangsa terbaik yang patut diguna pakai bagi operasi teksi dan untuk mengenal pasti rangka kerja pengawalseliaan untuk diguna pakai di dalam perolehan dan pelesenan perkhidmatan teksi di wilayah ini yang akan memenuhi visi dan piawaian perkhidmatan yang dicadangkan.”

- Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara (NLPTMP)

INISIATIF

SPAD melaksanakan beberapa inisiatif antara tahun 2010 dan 2015 untuk meningkatkan perkhidmatan teksi sejajar dengan TTP. Antara inisiatif yang diusahakan termasuklah:

1. Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma)2. Teksi 1Malaysia (TEKS1M)3. Semakan Kadar Tambang 20154. Makmal Teksi 20155. Program Peningkatan Profesion

Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma)Pemandu teksi menghadapi pelbagai cabaran termasuklah kos hidup yang meningkat, kos penyelenggaraan kenderaan yang bertambah malah persaingan yang semakin sengit. Lantaran itu, pemandu teksi cenderung mengambil laluan-laluan yang sama sekiranya laluan tersebut dilihat lebih menguntungkan, namun hal tersebut mengakibatkan perkhidmatan teksi tidak tersedia sama rata di beberapa kawasan yang lain. TR1Ma diwujudkan untuk merungkai masalah yang dihadapi oleh pemandu teksi.

LIPUTAN JUMLAH•Kematianakibatkemalangan RM10,000.00

•Kecacatan kekal akibat kemalangan RM10,000.00

•Pembiayaan Perubatan RM500.00 (setiap lawatan)

•Pembiayaanpengebumianekorankematian akibat kemalangan

RM1,500.00

•Pembiayaan pengebumian mati biasa RM1,000.00

KERETA SEwa KERETA SEwa pandu teksi teksi lapangan

terbangteksi mewah/

limosineKERETA SEwa

pandu pelancong JUMLAH

JOHOR 2,428 9 5,421 90 82 124 8,154KEDAH 3,040 2 3 1 65 883 3,994KELANTAN 1,827 0 0 56 4 40 1,927MELAKA 1,133 0 43 0 30 24 1,230N.SEMBILAN 1,182 0 524 35 7 41 1,789PAHANG 1,759 7 17 35 29 9 1,856PERAK 2,479 0 5 0 4 92 2,580PERLIS 387 0 0 0 0 0 387PULAU PINANG 601 5 1,304 271 128 536 2,845SELANGOR 984 1,149 15,379 474 96 993 19,075TERENGGANU 787 0 5 84 9 49 934W.P. KUALA LUMPUR 412 10,643 21,133 2,110 600 5,598 40,496W.P. PUTRAJAYA 1 0 195 0 5 0 201JUMLAH MENGIKUTKELAS LESEN 17,020 11,815 44,029 3,156 1,059 8,389 85,468

Program TR1Ma merupakan usaha Kerajaan untuk menambah baik kualiti perkhidmatan teksi di negara. Program ini dilancarkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak pada tahun 2012 berikutan kos penyelenggaraan kenderaan yang kian menghimpit pengendali teksi. Oleh hal yang demikian, TR1Ma dirangka bagi membantu mengurangkan bebanan kewangan yang dihadapi oleh pengendali teksi agar mereka dapat memfokuskan peningkatan tahap perkhidmatan yang berkualiti.

Di bawah program ini, seramai 76,000 pemandu teksi telah memperoleh manfaat kewangan dan perkhidmatan termasuk:

• BaucarbernilaiRM520untukmembelitayarbaharubagisetiappemanduyanglayak• Perlindunganinsuranskemalanganperibadisepertiyangberikut:

Di bawah program ini juga, pemandu teksi memperoleh baucar bagi subsidi tayar bernilai RM520 untuk menggantikan empat tayar dalam tempoh setahun. Pemandu yang layak termasuklah pemandu teksi bajet, teksi eksekutif, kereta sewa dan teksi lapangan terbang. Selain itu, lebih RM1juta dibelanjakan bagi perlindungan kemalangan peribadi untuk dimanfaatkan lebih 100,000 pemandu di seluruh negara sebagai jaminan perlindungan tambahan kepada pemandu serta keluarga mereka sekiranya berlaku musibah kemalangan atau kematian.

TR1Ma berperanan sebagai bantuan jangka masa pendek yang diperlukan oleh pemandu teksi pada kadar segera sebelum pemuktamadan inisiatif TTP, yang juga meliputi semakan menyeluruh terhadap industri teksi. TTP yang siap bakal memperkukuh kedudukan kewangan industri dan pemandu teksi secara mapan, sekali gus membolehkan pemandu bersaing sama rata.

RAJAH 11: Kedudukan Lesen Terkumpul Mengikut Kelas Lesen dan Negeri (2015)

Page 36: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

6463 MENINGKATKAN TARAF INDUSTRI TEKSI

Semakan Kadar Tambang 2015Salah satu objektif TITP adalah memastikan kemampanan industri teksi Malaysia untuk jangka masa panjang. Walaupun penambahbaikan dari aspek perkhidmatan dan infrastruktur merupakan pertimbangan penting, kebajikan ekonomi dan kewangan industri dari perspektif pihak pengendali teksi tidak boleh diketepikan.

Sebagai contoh, kos pengendalian teksi meningkat kira-kira satu pertiga dari tahun 2009 hingga 2015 lantaran kenaikan kos gas asli cecair (LNG) iaitu bahanapi utama bagi kebanyakan teksi bajet, yang melingkungi 11.3% daripada jumlah peningkatan sebanyak 33%. Berlatarkan maklumat tersebut, sepatutnya kadar tambang sudah lama dinaikkan.

SPAD menjalankan semakan kadar tambang pada Disember 2015 berserta satu sesi penglibatan bersama dengan pelbagai pihak berkepentingan, termasuklah pengendali teksi, wakil-wakil persatuan teksi, golongan pengguna yang terdiri daripada pelajar dan golongan istimewa termasuklah orang awam.

Susulan dari sesi tersebut, tambang teksi diselaraskan bagi teksi bajet, TEKS1M dan kereta sewa di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Namun, tambang teksi lapangan terbang dan teksi eksekutif tidak berubah. Di samping itu, bagi memastikan kenderaan teksi kekal selamat dan selesa, hanya pengendali yang telah membuat kaliberasi meter mereka di PUSPAKOM sahaja dibenarkan untuk mengenakan tambang baharu tersebut.

Penetapan tambang baharu ini disesuaikan agar pemandu mendapat sekurang-kurangnya pulangan minimum untuk perjalanan yang singkat, di samping menampung kos pengendalian kenderaan dan tenaga kerja pemandu untuk seluruh perjalanan tersebut. Tambang baharu ini juga bertujuan meningkatkan

Perkhidmatan teksi jarak tambang tambang perbezaan (km) dahulu baharu (RM) (RM) (RM)

Teksi Bajet (Lembah Klang 5 6.50 8.00 1.50dan Johor Bahru)

10 10.80 14.30 3.50

Teksi Bajet (Pulau Pinang) 5 7.50 10.00 2.50

10 11.80 17.50 5.70

Kereta Sewa 5 7.00 8.25 1.25

10 12.00 14.50 2.50

TEKS1M (Lembah Klang 5 6.50 10.00 3.50dan Johor Bahru)

10 10.80 17.50 6.70

TEKS1M (Pulau Pinang) 5 7.50 11.00 3.50

10 11.80 19.80 8.00

RAJAH 13: Gambaran keseluruhan bagi tambang baharu bermula Mac 2015

bilangan penumpang ketika waktu puncak kerana pemandu akan memperoleh bayaran yang lebih memuaskan walaupun terpaksa bergerak menempuhi kesesakan trafik. Tambahan pula, tambang baharu ini juga dijangka dapat meningkatkan tahap perkhidmatan teksi secara amnya.

Makmal Industri Teksi 2015SPAD telah menganjurkan Makmal Industri Teksi pada Disember 2015 yang menggabungkan lebih 100 individu untuk tampil berkongsi pendapat mereka agar industri teksi dapat diperbaiki sesuai dengan keperluan dan permintaan pengguna yang kian berubah. Makmal tersebut menampilkan penyertaan ramai pihak berkepentingan termasuk pemandu, syarikat dan persatuan teksi, agensi dan kementerian Kerajaan, wakil pertubuhan bukan kerajaan serta berkepentingan khusus, malah termasuk golongan pengguna. Makmal tersebut bertujuan mengenal pasti suatu model perniagaan yang terbaik untuk industri ini selain mengatasi masalah ketidakcukupan teksi ketika waktu puncak dan masalah berbangkit yang berkaitan.

Lima tema utama dikenal pasti susulan makmal tersebut:

• Menyeragamkan ciri-ciri utamadalam industri teksi termasuk perkhidmatan,bagi mewujudkan persaingan yang adil dan sihat

• Memanfaatkan penggunaan teknologi bagi memperbaik kebolehpercayaanperkhidmatan

• Keperluan untuk pembaikan kebajikan dan peningkatan pulangan kepadapemandu teksi

• Memperbaiktarafpemanduteksidarisegioperasidankelakuanmereka• Memperkemaspengendalianteksidilapanganterbang

Dapatan yang diperoleh daripada makmal tersebut menjadi sandaran rujukan kepada SPAD ketika merangka Rancangan Transformasi Teksi yang mendapat kelulusan Kabinet pada Ogos 2016 (Sila rujuk ms. 66)

Program Peningkatan ProfesionProgram Peningkatan Profesion adalah suatu inisiatif terancang yang disasarkan untuk memperbaik reputasi dan kemahiran pemandu teksi di negara. Komponen yang terkandung dalam program ini termasuklah semakan profil pemandu, penilaian tatatertib, latihan keselamatan dan perlindungan, kursus khidmat pelanggan dan sesi taklimat tentang jalan raya dan tarikan pelancong.

Pada Februari 2014, SPAD menganjurkan inisiatif yang pertama di bawah Program Peningkatan Profesion ini iaitu Program Orientasi TEKS1M. Program yang disasarkan kepada pemegang permit/pemandu TEKS1M ini bertujuan memberikan kesedaran tentang peraturan dan kawal selia dalam industri teksi, etika pemandu dan cara mempertingkat tahap profesionalisme dalam kalangan pemandu. Setakat akhir tahun 2015, seramai 1,343 pemandu TEKS1M telah pun menghadiri program latihan tersebut.

Teksi 1Malaysia (TEKS1M)TTP turut memperuntukkan suatu peranan yang lebih jelas bagi industri teksi dalam sistem pengangkutan awam bandar secara menyeluruh. Di bawah rancangan ini, teksi tidak lagi berperanan sebagai perkhidmatan transit semata-mata, sebaliknya berkembang dan peranannya difokuskan sebagai perkhidmatan batuan pertama dan terakhir. Dalam hal ini, program TEKS1M dirangka pada tahun 2013 untuk memenuhi peranan tersebut sekali gus meningkatkan piawaian kenderaan dan pengendalian yang lebih baik.

TEKS1M ialah satu penjenamaan semula bagi perkhidmatan teksi di Malaysia yang mempunyai skim warna yang diseragamkan. SPAD telah mengumumkan pada 30 April 2014 bahawa semua teksi bermeter yang sedia ada mesti bertukar kepada TEKS1M menjelang tahun 2025.

Ketika TEKS1M dilancarkan pada tahun 2014, SPAD mengeluarkan 1,000 lesen kepada pemandu teksi yang layak, yang turut diberikan geran bernilai RM5,000 serta kadar pinjaman istimewa setinggi 2% setahun untuk membeli kenderaan yang tersenarai dalam syarat berkenaan. Sewaktu pelancaran program ini, SPAD memilih Proton Exora sebagai kenderaan TEKS1M manakala Toyota Innova pula turut disenaraikan pada tahun 2015. Catatan: Syarat kelayakan model kenderaan untuk TEKS1M bakal diliberalisasi di bawah Program Transformasi Industri Teksi, yang merupakan sebahagian langkah pembaharuan terhadap industri teksi.

Lebih 9,700 surat kelulusan TEKS1M telah dikeluarkan setakat akhir tahun 2015, sementara 1,082 kenderaan berdaftar di bawah TEKS1M.

LEBIH 9,700 SURAT PENGESAHAN TEKS1M DIkeluarkan dan lebih 1,000 KENDERAAN TEKS1m di jalan raya

RAJAH 12: Program TEKS1M

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan TEKS1M

2013

1,000 LESEN TEKS1M DIKELUARKAN kepada pemandu yang layak

2014

Toyota Innova DILULUSKAN SEBAGAI KENDERAAN TEKS1M

2015

AKHIR TAHUN2015

Pelancaran TEKS1M 2014

Page 37: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

6665

“Saya menggunakan LRT dan teksi untuk berulang-alik ke tempat kerja. Jika saya perlu menghadiri mesyuarat di luar pejabat, kebiasaannya saya akan menempah teksi menggunakan aplikasi. Dengan masa yang terhad untuk pergi dari satu tempat ke tempat yang lain, teksi merupakan penyelamat saya! Pemandu lebih arif akan laluan yang perlu diambil dan anda tidak perlu memikirkan tempat untuk meletakkan kereta anda. Memandangkan mesyuarat saya lazimnya di Lembah Klang, perjalanan lebih mudah dengan teksi. Saya mendapati penggunaan aplikasi e-hailing adalah cekap dan cepat serta tambang juga dimaklumkan lebih awal. Pada pandangan saya, pihak berkuasa perlu menggalakkan pemandu teksi untuk menggunakan aplikasi ini, yang juga akan membantu mereka untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan. Meskipun terdapat ulasan negatif, namun setakat ini saya tidak pernah menghadapi mana-mana pemandu yang tidak menyenangkan.

Pada masa akan datang, saya berharap SPAD dapat mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap ‘ulat teksi’ dan ‘teksi sapu’. Mereka juga perlu menilai semula caj perkhidmatan teksi lapangan terbang supaya teksi itu dapat bersaing dengan teksi e-hailing yang menawarkan harga yang lebih murah.”

Audi AmalinaSyahrul Malik,

30, EKSEKUTIF

CABARAN

Pembaharuan yang disasarkan dalam industri teksi di bawah TITP membawakan perubahan yang begitu besar dan signifikan tetapi perlu dilakukan oleh semua pihak berkepentingan termasuklah syarikat teksi, pemandu dan pengguna. SPAD sedar bahawa inisiatif TITP, seperti mana-mana inisiatif yang lazim dilihat ketika memperkenalkan pembaharuan yang besar, pasti berdepan dengan rintangan, justeru hal ini merupakan cabaran utama yang perlu didepani SPAD.

Penting dinyatakan di sini bahawa TITP bukanlah dirangka untuk manfaat satu-satu pihak sahaja. Sebaliknya, TITP dibentuk bagi mewujudkan suatu ekosistem yang mampan untuk semua pihak berkepentingan agar warga Malaysia dapat menikmati perkhidmatan teksi bertaraf dunia yang setanding dan seiring dengan mod-mod pengangkutan awam yang lain demi mencipta nilai yang dihasratkan oleh semua pihak. Permintaan dan kewajaran sebuah industri teksi yang berkhidmat lancar sudah sedia ada dan menanti, justeru SPAD ingin memastikan permintaan tersebut dapat ditampung dengan bekalan yang mencukupi daripada semua penyedia perkhidmatan.

Bagi menjamin penerimaan semua inisiatif baharu ini secara meluas, SPAD akan menjalankan penglibatan yang berterusan dengan semua pihak berkepentingan, mendengar luahan, malah berganding bahu dengan mereka untuk mengatasi segala halangan yang mungkin timbul demi membangunkan sebuah industri teksi bertaraf dunia.

Kami sedar bahawa matlamat untuk mengawal selia syarikat-syarikat e-hailing memerlukan komunikasi yang terbuka dan telus dengan pihak mereka. Kami turut peka bahawa kami terpaksa meyakinkan mereka akan kewajaran dan keperluan

untuk mematuhi peraturan serta syarat kelayakan yang kami tetapkan. SPAD begitu menghargai daya keusahawanan yang kreatif dan nilai keusahawanan yang memanfaatkan penggunaan teknologi untuk pengguna. Akan tetapi, teras tanggungjawab kami adalah untuk melindungi keselamatan orang awam, yakni tanggungjawab yang mengatasi kepentingan-kepentingan lain.

SPAD juga prihatin akan cabaran yang diharungi sesetengah pemandu teksi individu yang berdepan dengan masalah kewangan kerana mahu mengekalkan perniagaan mereka. Langkah yang dibawakan oleh TITP, iaitu liberalisasi ke atas pemberian permit teksi kepada pemandu individu akan membuka lebih banyak peluang untuk mereka menentukan sendiri model perniagaan yang mereka anggap paling sesuai, sekali gus memperkukuh pengurusan kendiri terhadap ekonomi masa depan mereka. TITP membenarkan pemandu memilih sama ada ingin kekal di bawah sistem pajak atau mengambil haluan sendiri sebagai pemandu individu, atau bekerja dengan syarikat aplikasi e-hailing. Kami tahu bahawa tidak semua pemandu berpengalaman dengan budaya perniagaan, maka atas sebab itulah SPAD bakal menganjurkan modul latihan yang khusus untuk memastikan pemandu membuat keputusan terancang dan sedar akan baik buruk keputusan mereka.

Selanjutnya, SPAD mengerti bahawa tahap penguatkuasaan harus ditingkatkan bagi membolehkan sebarang pelanggaran syarat oleh pengendali teksi atau kereta sewa dikenal pasti dan diberkas secara efektif. Langkah yang diketengahkan oleh TITP antara lain memperkenalkan Kad Pemandu serta sistem ‘merit dan demerit’ untuk membantu SPAD memantau prestasi pengendali teksi di Malaysia dengan lebih baik. Namun begitu, SPAD masih memerlukan bantuan orang ramai untuk mengesan pemandu yang tidak berhemah, malah memerlukan komitmen daripada pihak pengendali dan pemandu sendiri agar reputasi buruk industri teksi berjaya ditangkis akhirnya.

HALA TUJU MASA DEPAN

Pada 10 Ogos 2016, Kabinet telah meluluskan kesemua, iaitu 11 cadangan yang diusulkan di bawah Program Transformasi Industri Teksi (TITP), yang dirangka oleh SPAD. Semua cadangan tersebut dibangunkan dengan matlamat untuk memperkemas perkhidmatan teksi menerusi pembaharuan-pembaharuan penting, termasuklah pindaan ke atas Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, yang terkandung dalam TITP. Pembaharuan ini merangkumi suatu rombakan kawal selia yang menyeluruh terhadap industri teksi, yang turut memperincikan inovasi dan penambahbaikan ke atas model perniagaan sedia ada bagi mewujudkan sebuah ‘padang sama rata’ untuk semua pihak dalam industri teksi.

11 inisiatif di bawah TITP ini terbahagi kepada empat Bidang Utama:

• Bidang Utama 1: Mengawal selia aplikasi e-hailing sebagai penyedia perkhidmatan, di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010- Inisiatif 1: Inisiatif utama di bawah Bidang Utama ini akan mengawal selia

aplikasi e-hailing, dengan mensyaratkan: • Setiapsyarikate-hailing terbabit ditubuhkan di Malaysia• Kenderaanyangmerekagunakanberlesenkomersial• Syarikat mereka menyediakan insurans untuk kenderaan, penumpang

dan pemandu• PemandudisyaratkanmempunyaiKadPemanduyangdikeluarkanolehSPAD

• BidangUtama2:Mempertingkatkebajikanpemanduteksidanmenambahpendapatan mereka- Inisiatif 2: Kontrak pajak antara syarikat teksi dan pengendali distandardkan

di seluruh negara- Inisiatif 3: Membuka permohonan lesen teksi untuk individu- Inisiatif 4: Memperluas senarai kereta yang layak beroperasi sebagai teksi, untuk

turut merangkumi model kenderaan yang memenuhi sekurang-kurangnya taraf 3 bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (NCAP)

- Inisiatif 5: Meletakkan KPI ke atas syarikat-syarikat teksi, termasuklah syarat yang menggalakkan penggunaan teknologi dan tertakluk kepada syarat-syarat SPAD yang lain

• BidangUtama3:Mempertingkatkankualitidansikappemanduteksisecaraamnya- Inisiatif 6: Memperkenalkan modul latihan penambahbaikan pemandu teksi

yang akan memfokuskan perniagaan, perkhidmatan pelanggan dan ciri-ciri keselamatan membabitkan pengendalian teksi

- Inisiatif 7: Memperkenalkan syarat proses saringan permohonan sebelum diluluskan untuk mendapat Kad Pemandu

- Inisiatif 8: Memperkenalkan sistem ‘merit dan demerit’ berasaskan rekod pencapaian pemandu yang berkemungkinan menjejaskan permohonan pembaharuan semula Kad Pemandu

• BidangUtama4:Rasionalisasitambangteksi- Inisiatif 9: Tambang bagi teksi bermeter dirasionalisasi kepada satu tambang

yang seragam- Inisiatif 10: Semakan terhadap sistem kupon iaitu daripada sistem zon

kepada sistem berasaskan jarak- Inisiatif 11: Membenarkan tambang yang dinamik bagi teksi bermeter

ketika menggunakan aplikasi e-hailing, iaitu teksi boleh memilih untuk menggunakan tambang yang ditetapkan oleh aplikasi tersebut jika tempahan dibuat oleh pengguna menerusi aplikasi itu

Sebahagian besar TITP dijangka siap dilaksanakan menjelang akhir tahun 2017. Sementara itu, beberapa projek sudah mula diusahakan, termasuklah pendaftaran permohonan bagi permit teksi individu dan juga pendaftaran bagi Kad Pemandu.

SPAD optimis bahawa pelaksanaan semua inisiatif TITP sepenuhnya bakal merealisasikan sebuah persekitaran industri teksi yang adil dan sama rata untuk sekalian pemandu dan syarikat teksi. Prioriti segera adalah untuk memastikan setiap matlamat ke arah pencapaian dan tanda aras yang telah ditetapkan bagi setiap inisiatif di bawah TITP tercapai.

Dalam pada itu, menyedari peri pentingnya suatu budaya perkhidmatan berkelas dunia dipupuk dalam kalangan pemain industri teksi, SPAD akan meneruskan sesi pelibatan bersama pihak-pihak berkepentingan untuk membantu syarikat teksi, pengendali dan pemandu memahami dengan lebih mendalam akan nilai jangka panjang yang terdapat pada TITP, di samping berusaha mengatasi sebarang kegusaran yang mungkin tercetus.

Secara tuntasnya, SPAD juga akan terus memperkukuh kapasitinya dalam arena pelatihan, penguatkuasaan dan pengawalseliaan agar integriti industri teksi berjaya ditingkatkan. Dalam usaha untuk mencapai hasrat ini, Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara serta TITP akan menjadi sandaran SPAD kerana kedua-dua dokumen ini menampilkan arah dan sasaran terfokus yang dimatlamatkan dalam industri teksi.

MENINGKATKAN TARAF INDUSTRI TEKSI

Page 38: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

6867

Transformasi industri teksi:Usaha berterusan untuk mengembalikan keyakinan orang awamProgram Transformasi Industri Teksi (Taxi Industry Transformation Programme - TITP) yang diumumkan pada 16 Ogos 2016 baru mengorak langkah dan sedang melewati detik-detik awal pelaksanaannya. Program ini diperkenalkan bagi mengangkat industri teksi Malaysia dan merungkai permasalahan struktur industri yang telah mengakibatkan jurang yang ketara dalam perkhidmatan yang diberikan, yang turut menyumbang kepada peningkatan aduan secara mendadak daripada khalayak ramai. Sudahlah diasak pelbagai isu, kini industri teksi diuji pula dengan kemunculan perkhidmatan e-hailing berasaskan teknologi yang amat digemari pengguna teksi tempatan, bahkan penggunaannya jelas begitu meluas.

Berlatarkan pula suatu situasi yang kompleks rentetan pelbagai pihak berkepentingan dalam industri ini, termasuklah syarikat teksi, pemandu dan pengguna, sememangnya industri teksi tidak berupaya mencapai satu kata sepakat bagi mendapatkan jalan penyelesaian yang mudah. Biarpun SPAD yakin bahawa pembaharuan-pembaharuan yang diperkenalkan di bawah TITP dapat mengatasi isu-isu berbangkit ketika ini, sekali gus meningkatkan perkhidmatan teksi ke tahap yang lebih tinggi, ada juga pihak-pihak berkepentingan yang berpendapat bahawa usaha ke arah transformasi industri teksi mengetengahkan cabaran yang amat rumit untuk diatasi.

“Bukan suatu perkara mudah,” ujar Gor Bachan Singh, Presiden Persatuan Pemandu Teksi Kepong. “SPAD sedang berusaha sebaik mungkin dan kami sedar usaha ini amat sukar bagi SPAD yang tersepit antara syarikat teksi, pemandu dan pihak berkepentingan yang lain. Peranan SPAD penting, namun saya lihat banyak rintangan yang terpaksa dihadapi.”

Gor Bachan mengakui banyak penambahbaikan yang telah diusahakan oleh SPAD sejak penubuhannya pada tahun 2010, akan tetapi, sejak pengenalan syarikat e-hailing dalam beberapa tahun belakangan, suasana pengendalian teksi nampaknya semakin teruk. Beliau menambah bahawa pesaing daripada syarikat-syarikat ini telah “merosakkan industri”, dan beliau tidak pasti sama ada SPAD berupaya menahan tindak-tanduk mereka.

Chee Swee Keong, Pengerusi Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi Kuala Lumpur dan Selangor turut berpendapat bahawa kemunculan pesaing-pesaing ini merupakan masalah paling ketara yang menghimpit industri teksi masa kini. Pada hakikatnya, ‘persaingan yang adil’ sama sekali tidak adil ketika ini, dan belum jelas sama ada pembaharuan yang dibawakan oleh SPAD untuk mengawal selia perkhidmatan e-hailing akan mampu menyelesaikan masalah. Yang pasti, pemandu teksi tradisional sedang ketinggalan dalam usaha menarik penumpang.

“Contoh jelas ialah faktor tambang,” kata Chee. “Sebagai contoh, mereka cuma mengenakan tambang RM65 untuk perjalanan ke lapangan terbang, tetapi kami menggunakan meter dan harga tambang menjangkaui lebih RM80. Banyak

bezanya. Jika mereka menggunakan meter seperti kami, tidak mengapa, tetapi jika SPAD tidak mengawal mereka, keadaan akan semakin payah.”

Gor Bachan dan Chee turut mengutarakan kebimbangan mereka berkenaan pendanaan teksi untuk pemandu, terutamanya melibatkan pemandu yang lanjut usia. Menurut mereka, amat sukar, malah hampir mustahil bagi pemandu yang sudah berumur lewat 60 tahun untuk mendapatkan pembiayaan membeli kenderaan. Kata Chee lagi, separuh daripada ahli persatuannya seramai 500 orang berumur lebih 60 tahun.

Dari perspektif ini, matlamat liberalisasi permit teksi yang bertujuan membantu pemandu teksi menjana perniagaan mereka sendiri tidak akan berhasil sekiranya mereka tidak mampu membeli kenderaan milik sendiri. Menurut Chee, beliau ingin melihat pelaksanaan peruntukan kewangan yang khusus untuk membantu pemandu yang layak, sesuai dengan hasrat Kerajaan untuk meliberalisasi industri. Bagi Gor Bachan pula, beliau berharap sebuah mekanisme dapat diwujudkan bagi membolehkan pemandu-pemandu teksi berpengalaman diberikan kenderaan dan permit teksi sebaik sahaja mereka menamatkan tempoh pajak dengan syarikat teksi.

SPAD menegaskan bahawa pihaknya menyedari keluh-kesah yang dilontarkan oleh pemandu teksi, lantas SPAD sedang giat mencari jalan penyelesaian yang memanfaatkan semua pihak. Oleh hal yang demikian, pembaharuan yang diperkenalkan di bawah TITP disasarkan untuk dijadikan teras kukuh selaku rangka kawal selia dan pengendalian industri teksi agar mampu menghadapi perubahan dan perkembangan pada masa akan datang.

Pindaan yang bakal dilaksanakan di bawah TITP akan membenarkan perkhidmatan e-hailing diteruskan, tetapi masih tertakluk kepada syarat-syarat kawal selia oleh SPAD. Antara lain, syarikat-syarikat tersebut mestilah ditubuhkan di Malaysia, pemandu e-hailing mesti berdaftar dengan SPAD dan mereka wajib memastikan bahawa syarat-syarat yang dikenakan bagi menjamin keselamatan penumpang serta insurans perlindungan dilaksanakan.

Sementara itu, sebagai langkah membantu pemandu-pemandu teksi yang baru menapak dalam perniagaan mereka sendiri setelah menamatkan kontrak pajak, SPAD telah bertindak menarik semula pembekuan lesen individu untuk dikeluarkan kepada pemandu teksi. Serentak dengan itu, SPAD akan memberikan lesen-lesen individu kepada pemandu yang layak, malah, mereka akan turut menerima geran tunai sebanyak RM5,000 daripada Kerajaan untuk membantu mereka membeli kenderaan baharu.

TITP turut memberi nafas baharu dari segi pilihan model kenderaan yang ditawarkan kepada pemandu teksi, dengan meliberalisasikan senarai model dan

membuka lebih banyak pilihan kepada pemegang lesen. Sehubungan dengan itu, semua jenama kenderaan dan model yang memenuhi sekurang-kurangnya taraf 3 bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (NCAP) akan diluluskan. Langkah ini dapat mendorong pemandu untuk menggantikan kenderaan yang sudah lama, bahkan yang lebih penting, dapat mengurangkan struktur kos bagi manfaat pemandu dan pengendali teksi secara amnya.

Akan tetapi, bagi pemandu yang masih terikat dengan kontrak pajak, SPAD turut peka akan kewajaran terma-terma kontrak yang lebih adil dan saksama kepada pemandu teksi. Dalam hal ini, TITP akan menyaksikan SPAD melakukan pindaan undang-undang bertujuan menyeragamkan semua kontrak pajak dan menguatkuasakan syarat-syarat yang wajib dipatuhi oleh syarikat pengendali teksi. Terma-terma ini akan diwajibkan sebagai syarat mendapatkan lesen pengendali. Antara ciri terma yang dicadangkan termasuk pemeriksaan di PUSPAKOM yang mengecualikan pemandu teksi daripada membayar sewa pada hari tersebut, cuti tahunan dan cuti sakit, insurans kenderaan pihak pertama dan pemulangan deposit sebaik sahaja kontrak pajak tamat.

Sementara itu, TITP turut merangkumi langkah rasionalisasi terhadap semua teksi bajet dan TEKS1M dari aspek penetapan tambang, yang merupakan langkah untuk menangani aduan berkaitan isu tambang teksi. Oleh itu, tambang mengikut zon akan digantikan dengan pengiraan mengikut jarak bagi memastikan tambang lebih konsisten dan lebih adil kepada pemandu teksi di kawasan terminal dan lapangan terbang.

Langkah-langkah ini hanyalah sebahagian daripada inisiatif di bawah TITP yang kami yakin mampu mengatasi rungutan dan keluhan daripada khalayak pemain industri, dan kami sedar masih banyak usaha yang perlu dilakukan. Dalam pada itu, usaha mendidik dan meningkatkan kesedaran peserta industri tentang matlamat dan wawasan transformasi ini secara kolektif amat penting.

Tuntasnya, matlamat TITP disasarkan untuk menjadikan industri teksi lebih kompetitif dan memberikan daya tahan kepada industri teksi dalam menghadapi suasana permintaan daripada pengguna yang berubah begitu pantas. Kuasa pasaran berpotensi mencetuskan kesan positif kepada industri sekiranya semua pihak berani untuk berubah mengikut peredaran zaman. Transformasi ini masih terlalu awal, justeru kami mengharapkan kerjasama dan maklum balas yang lebih baik daripada industri untuk membantu kami memacu industri ini ke hala tuju yang betul. Biar apa pun, kami di SPAD kekal komited untuk memastikan terciptanya persaingan yang adil demi menjamin pulangan dan hasil yang lebih adil untuk pemandu teksi, pengendali dan penumpang.

Chee Swee KeongPengerusi Persatuan Kebajikan PemanduTeksi Kuala Lumpur dan Selangor

Page 39: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

MEMPERTINGKATKAN PENGANGKUTAN KENDERAAN BARANGAN

Page 40: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

7271

MEMPERTINGKATKAN PENGANGKUTAN KENDERAAN BARANGAN

RAJAH 14: Perkembangan Industri Kenderaan Barangan Dan Logistik Di Malaysia

INISIATIF

Bagi pengangkutan kenderaan barangan, SPAD membangunkan semua mekanisme yang diperlukan untuk memproses permohonan lesen dan juga Dasar Kenderaan Barangan. Di samping itu, SPAD juga bertanggungjawab untuk memacu Strategi Transformasi Kenderaan Barangan. Sejak tahun 2010, Suruhanjaya telah melaksanakan tiga inisiatif utama:

Kenderaan Barangan dan Pelesenan OperatorRangka kerja Lesen Operator (OL) yang diperkenalkan pada tahun 2010 merupakan inisiatif SPAD yang pertama. Rangka kerja OL menggariskan konsep rejim “Satu Pengendali, Satu Lesen” dan dasar yang berkaitan. Rangka kerja OL menyokong objektif meningkatkan ketelusan, akauntabiliti dan kualiti perkhidmatan di seluruh rangkaian pengangkutan awam darat. Di bawah rangka kerja ini, pengendali hanya perlu memiliki satu lesen yang membolehkan mereka untuk menggunakan mana-mana kenderaan dalam flit mereka bagi laluan yang ditetapkan, dan bukannya satu lesen bagi setiap kenderaan dalam fleet mereka. Rangka kerja OL juga menjadikan penguatkuasaan lebih berkesan kerana tindakan akan diambil terhadap pemegang lesen dan bukannya kenderaan yang terlibat dengan kesalahan.

RAJAH 15: Kelas OL dan keperluan masing-masing

KELAS MODALberbayar

modal tempoh sah lesen

usiakenderaan

jenistrak

laluan persendirian ekuitisimbol

C RM250,000

30%daripada

hargakenderaan

1, 3, 5, 7 tahun

Bawah 10 tahun bagi

permohonan baharu

RIGIDPM : Treler

1 : 1

Sjung. Msia Dibenarkan 100% ekuiti asing

dibenarkanC

A

30%daripada

hargakenderaan

1, 3, 5, 7 tahun

Bawah 10 tahun bagi

permohonan baharu

Sjung. Msia

100% Tempatan

Syarikat asing:49% asing &

51% tempatan

**bagi syarikat kurier,100% ekuiti asing

dibenarkan

RM250,000Am

RIGIDPM : Treler

1 : 1DibenarkanA

RM500,000

Kontena(KA)

ArticulatePM : Treler

1 : 7KA

Tidakdibenarkan

PENGENALAN

Pengangkutan kenderaan barangan yang selamat dan boleh dipercayai merupakan prasyarat yang utama dan penting dalam perdagangan. Hal ini sememangnya benar dalam sebuah negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia yang menyaksikan pengangkutan kargo dan bahan menjadi keutamaan yang penting. Selain itu, perkhidmatan logistik yang maju dan cekap merupakan tarikan utama bagi pelabur yang menganggap pengangkutan yang cekap sebagai pemacu penting prestasi ekonomi.

Industri kenderaan barangan telah berkembang di Malaysia sejak tahun 1960-an hingga meliputi perkhidmatan yang lebih pelbagai dan khusus. Selama bertahun-tahun, industri ini berkembang seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara dan meletakkan Malaysia pada kedudukan sepuluh teratas antara negara berpendapatan sederhana menurut kaji selidik Connecting to Compete 2012 yangdijalankan oleh Bank Dunia.

Sejak penubuhannya pada tahun 2010, SPAD telah diberi kuasa untuk mengawal selia industri kenderaan barangan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Sejak itu, Suruhanjaya telah membuat peningkatan yang ketara untuk memastikan industri logistik mampu untuk menyediakan secara andal pelbagai barangan dan perkhidmatan kepada entiti perniagaan dan pengguna akhir. Penambahbaikan ini menangani seluruh rantaian nilai industri kenderaan barangan, dan menyentuh aspek penting yang meliputi pelesenan kenderaan dan pengendali hinggalah pengenalpastian strategi yang berdaya maju dan mampan bagi industri ini dalam melangkah ke hadapan.

Terdapat tiga kelas berasingan OP seperti yang digariskan dalam Jadual 15.

Pada akhir Disember 2015, SPAD telah mengeluarkan 40,555 OL dan 246,890 Permit Kenderaan.

40,555LESEN OPERATOR

246,890permit kenderaan dikeluarkan

SEHINGGA AKHIR DISEMBER 2015

VPVP VP

“Logistik merupakan tulang belakang kepada perdagangan. Justeru, logistik merupakan pemacu penting prestasi ekonomi. Perniagaan amat banyak bergantung pada rantaian bekalan yang cekap untuk mengintegrasikan proses pengeluaran dan menyampaikan keluaran siap kepada pasaran dalam cara yang tepat pada masanya dan cekap dari segi kos.”

- Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara (NLPTMP)

Page 41: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

7473 MEMPERTINGKATKAN PENGANGKUTAN KENDERAAN BARANGAN

Kod Amalan Keselamatan Industri (ICOP) untukKenderaan Barangan Pada 2013, SPAD mula melaksanakan kursus dan pemeriksaan ke atas pemandu lori bagi memastikan mereka mematuhi garis panduan keselamatan (ICOP) SPAD. Sejak dimulakan dan setakat Disember 2015, sejumlah 2,147 pengendali lori telah menamatkan kursus tersebut. Program latihan ini sedang diteruskan dengan kerjasama pengendali lori. SPAD turut melaksanakan pemeriksaan pematuhan ke atas pengendali lori yang bersabit kemalangan (post-crash), dengan menyaksikan 158 pengendali flit digantung perkhidmatannya antara Jun 2014 dan Disember 2015.

Bagi memastikan aspek keselamatan terus terjamin, pada September 2015, SPAD mula menjalankan pemeriksaan pematuhan yang menjadi syarat sebelum pembaharuan lesen dibenarkan. Setakat Disember 2015, sejumlah 1,591 pengendali lori dikenakan pemeriksaan tersebut.

Bekerjasama untuk menggalakkan kesedaran lebih tinggi dan kepatuhan lebih baikSPAD terlibat dalam meningkatkan kesedaran mengenai peraturan semasa dan isu-isu industri dalam kalangan pihak berkepentingan kami. Sehubungan dengan itu, Bahagian Kenderaan Barangan mengadakan mesyuarat berkala dan pelbagai aktiviti dan program yang melibatkan pihak berkepentingan dan agensi Kerajaan yang berkaitan. Sebahagian daripada pihak berkepentingan utama kami termasuk:

• PersatuanHaulierMalaysia(AMH)• PersatuanPemilikLoriPan-Malaysia(PMLOA)• PersatuanPenghantarFretUdaraMalaysia(AFAM)• AhliBertauliahPersatuanPenghantarandanLogistikSelangor(SFFLA)• Persekutuan Persatuan-Persatuan Pemilik Bengkel Kereta Malaysia

(FAWOAM) • Agensi Kerajaan, contohnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT) / Kerajaan Negeri

Pada masa yang sama, sebagai pihak berkuasa nasional bagi isu-isu kenderaan barangan, Suruhanjaya menjalankan kerjasama dengan organisasi sektor awam dan swasta dalam mengadakan perbincangan mengenai isu-isu pembangunan industri. Beberapa kerjasama yang diadakan termasuk:

• Bekerjasama dengan Petronas Dagangan Berhad untuk melaksanakanTaklimat Kod Keselamatan Amalan Industri SPAD pada tahun 2015. Lebih 200 peserta daripada agensi pengangkutan awam dan industri kenderaan barangan menghadiri taklimat, yang diadakan di Pahang, Terengganu dan Kelantan.

• Mengambil bahagian dalam Dialog Dasar Logistik bersama-sama denganKementerian Pengangkutan Malaysia dan Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pelancongan Jepun.

• Penyertaan dalam Projek Penyelidikan Bank Dunia bertajuk “MemangkinPerniagaan Pertanian - Pengangkutan”.

Strategi Pembangunan IndustriStrategi Pembangunan Industri SPAD merupakan perancangan yang direka khusus untuk menambah baik perniagaan pengangkutan kenderaan barangan negara. Bahagian Kenderaan Barangan ini berfungsi mewujudkan beberapa strategi untuk barangan dan kenderaan kargo, yang dilaksanakan secara bebas dan dengan kerjasama agensi-agensi Kerajaan yang lain. Matlamat strategi ini adalah untuk menerajui transformasi sektor dan memangkin ekonomi nasional secara keseluruhan. Strategi ini juga mengambil kira Strategi Transformasi Kenderaan Barangan, yang dikaitkan dengan NLPTMP.

CABARAN

Dalam membangunkan NLPTMP, Kerajaan mendapati bahawa sektor kenderaan barangan darat adalah berfragmen, yang mengakibatkan ketidakcekapan dalam penggunaan sumber dan infrastruktur kenderaan barangan. Misalnya, kenderaan kargo tidak bergerak pada tahap muatan yang optimum, dengan itu menyebabkan ketidakcekapan di seluruh rantaian bekalan, sekali gus menyebabkan kos yang lebih tinggi, kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara yang lebih tinggi. Satu lagi penemuan utama ialah penggunaan perkidmatan kenderaan barangan kereta api yang tidak mencukupi untuk mengangkut kargo . Walaupun lebih cekap dari segi kos dan dari segi teorinya lebih andal, namun kekangan dalam rangkaian kereta api turut sama menyebabkan ketidakcekapan dalam pengangkutan barangan.

Pada masa yang sama, Suruhanjaya juga bimbang tentang rekod keselamatan kenderaan kenderaan barangan. Berdasarkan analisis data, SPAD mendapati bahawa terdapat empat kali lebih banyak kemalangan yang melibatkan lori dan van daripada kemalangan yang melibatkan bentuk kenderaan persendirian yang lain. Antara tahun 2002 hingga 2007, kira-kira 125,000 kemalangan yang melibatkan trak besar dan lebih 80,000 kemalangan yang melibatkan trak kecil dilaporkan kepada pihak berkuasa.

NLPTMP menetapkan tiga kepentingan utama untuk pembaharuan sektor kenderaan barangan, yang termasuk :

• Meningkatkankecekapandanfleksibilitisektorkenderaanbarangan• Meningkatkankebolehpercayaan• Menggalakkankeselamatandankesejahteraan

Sementara itu, SPAD telah mengenal pasti lima cabaran untuk ditangani segera:

i. Bilangan pemandu yang tidak mencukupi: Imbuhan pemandu yang kecil banyak

membawa kepada tindakan buruh dan kadar pusing ganti kerja pemandu yang tinggi. Akibatnya, pemandu cenderung untuk tidak bermotivasi dan /atau tidak berpengalaman.

ii. Tempat letak kereta haram bagi kenderaan barangan: Trak yang diletakkan semalaman di sepanjang jalan-jalan awam dan dalam kawasan perumahan, menimbulkan bahaya keselamatan kepada pengguna jalan raya dan penduduk. Ini juga amat berbahaya kepada pejalan kaki yang perlu mengelakkan trak yang bergerak masuk dan keluar dari kawasan perumahan.

iii. Kenderaan digunakan melebihi usia perkhidmatan: Terdapat sejumlah besar kenderaan barangan yang lebih berusia di jalan raya yang mencetuskan kesan negatif terhadap taraf keselamatan, kualiti alam sekitar dan operasi perniagaan. Contohnya, SPAD menemui beberapa kenderaan berusia sehingga 44 tahun masih digunakan di jalan raya.

iv. Kos operasi yang meningkat: Pelbagai faktor penyumbang kepada peningkatan dalam kos operasi kenderaan barangan termasuk saiz trak yang tidak sesuai, kenderaan lama terbiar kerana permintaan bermusim, waktu kerja yang terhad, keadaan jalan raya yang sesak, kepakaran yang tidak mencukupi dan kenaikan kos memandu dan buruh.

v. Pergerakan kenderaan barangan dengan lebih muatan: Kenderaan barangan yang membawa muatan berlebihan mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain kerana kenderaan sebegini mengorbankan cara pemanduan berhemah dan keselamatan semata-mata untuk membawa beban yang lebih besar. Selain itu, kenderaan ini menyumbang kepada kesesakan trafik kerana mereka tidak boleh memandu pada kelajuan yang disyorkan, dan juga mengambil ruang yang lebih besar di jalan raya.

SPAD menyedari bahawa beberapa pihak akan terus berkeras untuk melakukan perubahan. Oleh yang demikian, Bahagian Kenderaan Barangan komited untuk mengadakan penglibatan yang berterusan dengan pihak berkepentingan dan agensi yang berkaitan untuk memahami dan menyelesaikan isu secara baik.

HALA TUJU MASA DEPAN

Dalam memperbaik rangka kerja pengawalseliaan perkhidmatan kenderaan barangan, Suruhanjaya akan memfokuskan penyempurnaan tindakan yang berikut dalam tempoh jangka pendek:

• Menggubal peraturan bagi kenderaan decontrolled,misalnya untuk lori beratkurang daripada 5 tan

• Menggubalperaturanbagitraktunda• Mewujudkansyaratpelesenanbagipengendalikenderaanbarangan

SPAD pada masa ini juga merupakan sebahagian daripada Kumpulan Kerja Pemudahan Pengangkutan yang diterajui oleh Kementerian Pengangkutan bagi Perjanjian Rangka Kerja ASEAN mengenai Pemudahan Pengangkutan Barangan Dalam Transit (AFAGIT), Perjanjian Rangka Kerja ASEAN mengenai Pemudahan Pengangkutan Antara Negara (AFAFIST) dan Perjanjian Rangka Kerja ASEAN mengenai Pengangkutan Multimodal (AFAMT). Ini merupakan perbincangan peringkat tinggi yang melibatkan anggota negara ASEAN yang lain.

Melangkah ke hadapan, SPAD akan terus memperkenalkan inisiatif baharu untuk mempertingkatkan kecekapan dan keselamatan kenderaan barangan selaras dengan matlamat keseluruhan program transformasi. Dengan melaksanakan inisiatif itu, SPAD menetapkan sasaran untuk membantu pembangunan industri kenderaan barangan dan logistik yang mampan dan andal, yang akan menyokong keperluan industri dan pada masa yang sama menyumbang secara positif kepada pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan.

Page 42: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

(Sumber gambar: KL Hop-On Hop-Off City Tour, Elang Wah Sdn Bhd)

MEMASTIKAN PENGANGKUTAN BERKUALITI BAGI PELANCONGAN

Page 43: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

7877

MEMASTIKAN PENGANGKUTAN BERKUALITI BAGI PELANCONGAN

PELANCONGAN

Kerajaan Malaysia telah mengenal pasti pelancongan sebagai Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) di bawah Program Transformasi Negara (NTP). Pelancongan dianggap sebagai sektor ekonomi yang penting dan teras kepada transformasi ekonomi negara, pelancongan pada hari ini merupakan penyumbang ketiga tertinggi kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) negara. Sejumlah 25.7 juta pelancong melawat Malaysia pada tahun 2015, sekali gus menyumbangkan sebanyak RM69.1 bilion kepada PNK pada tahun 2015. Banyak yang dapat ditawarkan oleh Malaysia kepada para pelancong dari segi sumber asli serta warisan budaya negara kita yang pelbagai. Malaysia juga menjadi tarikan kepada pelancong beragama Islam disebabkan pengiktirafan Islam sebagai agama rasmi negara dan industri halalnya yang meluas.

Keadaan pengangkutan Malaysia mempunyai kesan secara langsung dan tidak langsung terhadap sektor pelancongan memandangkan pelancong, secara definisinya, cenderung untuk mengembara secara ekstensif di dalam negara.

Pelancong perlu memilih sama ada untuk menyewa kenderaan mereka sendiri ketika berada di Malaysia atau menggunakan sistem pengangkutan awam darat untuk bergerak. Inisiatif SPAD untuk mempertingkatkan pengangkutan awam termasuk bas, rel dan teksi mempunyai pengaruh yang penting terhadap sektor pelancongan kerana kemudahan pengangkutan awam itu saling membantu dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas dan seterusnya memastikan perjalanan pelawat ke negara kita diintegrasikan dengan baik.

Pada masa yang sama, SPAD turut bertanggungjawab terhadap pemantauan pengendali dan perkhidmatan kenderaan pelancongan. Suruhanjaya telah mengambil alih pengawalseliaan perkhidmatan kenderaan pelancongan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) pada 31 Januari 2011 seperti yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Perkara-perkara di bawah bidang kuasa SPAD termasuk:

• Keadaankeselamatankenderaanpelancongan• Tingkahlakupemandukenderaanpelancongan• Kebolehpercayaanperkhidmatankenderaanpelancongan

SPAD juga telah mengambil alih semua isu pelesenan, yang sebelum ini oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan KPK. Semua isu berkaitan dengan pelesenan kenderaan komersial sewa dan pandu, kenderaan pelancongan sewa dan pandu, termasuk bas persiaran diproses di Ibu Pejabat SPAD di Kuala Lumpur. Di bawah peraturan yang sedia ada, bas persiaran serta kenderaan di bawah kelas pelancongan sewa dan pandu perlu mendapatkan Lesen Perniagaan Pengendalian Pelancongan & Agensi Pengembaraan (TOBTAB) daripada MOTAC sebagai prasyarat.

CABARAN

SPAD terus berinteraksi dengan pertubuhan pelancongan utama untuk memastikan operator yang memberikan perkhidmatan mematuhi prosedur bagi permohonan baharu dan juga pembaharuan permit. Operator perlu merancang dengan lebih baik operasi flit dan model perniagaan masing-masing untuk diselaraskan dengan pelesenan TOBTAB di bawah MOTAC dan juga syarat-syarat Permit Kenderaan SPAD. Cabaran yang dihadapi adalah untuk memastikan pematuhan dan pada masa yang sama, memudahkan operasi

operator pelancongan untuk menggalakkan pelancongan. Penguatkuasaan terhadap kenderaan pelancongan oleh Jabatan Penguatkuasaan SPAD sering dilihat dilaksanakan berdasarkan asas yang sama seperti PDRM dan JPJ, namun hakikatnya, setiap penguatkuasaan ini berpandukan undang-undang masing-masing. 

HALA TUJU MASA DEPAN

SPAD kini berkerjasama dengan MOTAC untuk memastikan operator pelancongan dimaklumi dengan sewajarnya mengenai semua aspek keperluan pelesenan oleh kementerian dan agensi yang berkaitan. SPAD juga mengadakan perbincangan dengan Persatuan Institut-Institut Latihan Pelancongan Malaysia setiap enam hingga lapan minggu untuk memastikan kepatuhan terhadap syarat-syarat, manakala penglibatan antara agensi dan antara kementerian yang rapat akan terus melindungi kelestarian dan kepentingan operator pelancongan tempatan dan yang lebih penting, mempertingkatkan daya saing mereka sejajar dengan semangat ASEAN.

31 Januari 2011: SPAD mengambil alih pengawalseliaan perkhidmatan kenderaan pelancongan daripada Kementerian Pelancongandan Kebudayaan

SPAD juga mengambil alih semua isu pelesenan, yang sebelum ini diuruskan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

pengawalseliaan perkhidmatan kenderaan pelancongan

(Sumber gambar: KL Hop-On Hop-Off City Tour, Elang Wah Sdn Bhd)

Page 44: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

8079

Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) KL-Singapura: Transformasi Yang Mengubah Segalanya

MyHSR Corporation (MyHSR) membayangkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) sebagai game-changer yang bakal melonjakkan kesalinghubungan serantau dan mentransformasikan corak perjalanan penumpang di antara Kuala Lumpur dan Singapura, selari aspirasi Kerajaan untuk meletakkan Malaysia ke status negara berpendapatan tinggi.

Sejajar pembentukannya sebagai penggerak dan pelaksana yang disasarkan khusus untuk menyempurnakan aspek teknikal dan komersial bagi projek HSR ini, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal yakin bahawa pengintegrasian stesen-stesen HSR dengan pengangkutan awam bandar di pekan-pekan terpilih akan menyediakan pilihan perjalanan yang mudah, selamat dan boleh diharap kepada penumpang.

“Kesalinghubungan antara HSR dengan mod-mod pengangkutan awam yang lain mampu mewujudkan suatu rangkaian pengangkutan awam yang lebih bersepadu dan efisien berikutan akses dan mobiliti yang dipertingkat di antara kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar, selain menjimatkan masa perjalanan,” ujar beliau.

HSR yang pertama kalinya dibina di Malaysia ini berperanan penting untuk memperkukuh hubungan di antara dua jentera ekonomi yang paling rancak dan paling pantas berkembang di Asia Tenggara, di samping peranannya sebagai pencetus pertumbuhan negara. HSR menjadi pemangkin kerana penghubungan dua aglomerat bandar seumpamanya ini berupaya menampung permintaan yang semakin bertambah, merangsang perkembangan ekonomi, meningkatkan daya saing ekonomi untuk jangka panjang, malah menambah baik kualiti hidup penduduk. Pada masa yang sama, projek ini dengan penampilan yang tersendiri bakal menggiatkan, juga membuka peluang pekan-pekan kecil di Semenanjung Malaysia kerana turut berpeluang memanfaatkan jalinan penghubungan di antara kedua-dua metropolis utama ini.

“HSR bukan setakat projek pengangkutan semata-mata, bahkan suatu pencetus sosioekonomi yang mampu meledakkan pembangunan di Kuala Lumpur, dengan melimpahkan cetusan ekonomi di sepanjang koridor HSR di seluruh negara,” tegas Mohd Nur Ismal.

Perancangan teratur dan hasil kejayaan yang dicerap secara langsung daripada kisah-kisah HSR global, antaranya, HSR London-Paris dan HSR Tokyo-Osaka akan menyaksikan penjajaran HSR Kuala Lumpur-Singapura merangsang bandar-bandar di sepanjang koridor agar bangun dan mengeksploitasi ekonomi aglomerat

dengan bersandarkan peningkatan mobiliti dan akses yang dipermudah antara bandar-bandar terbabit.

“Sebagai contoh, kesan langsung dari aspek pembangunan bioteknologi dan industri ICT di Shin-Yokohama, Jepun begitu terserlah hasil sokongan dasar dan insentif yang disasarkan secara padu untuk memacu usaha di bandar ini. Dalam hal ini, Shin-Yokohama menyaksikan peningkatan populasi mencecah 147% selain peluang pekerjaan kira-kira 700,000 yang tercipta antara tahun 1966 dan 2006,” jelas Mohd Nur Ismal.

Secara perbandingan, di Lille, Perancis, faktor galakan pemilikan yang diperlihatkan Datuk Bandar ketika itu telah berhasil mendorong kerjasama yang lebih erat daripada sektor swasta untuk membangunkan industri, antara lain, industri tekstil secara teknikal. Bandar tersebut lantas menyaksikan pertumbuhan populasi sebanyak 31% dan kira-kira 10% peningkatan pekerjaan dari tahun 1990 sehingga 2006, yang tercetus susulan pelancaran HSR London-Paris.

“Harapan saya ialah HSR KL-Singapura ini kelak dijadikan tanda aras bagi pembangunan HSR yang lain pada masa depan, dari segi reka bentuk dan pengendaliannya,” tambah Mohd Nur Ismal.

Jarak jajaran projek antara Kuala Lumpur dan Singapura tersebut dianggarkan sepanjang 350km, dengan kelajuan tren dijangka melebihi 300km/sejam. Lapan stesen terpilih sepanjang laluan ini, dengan tujuh daripadanya di Malaysia. Dua terminal utama HSR terletak di Bandar Malaysia, Kuala Lumpur dan di Jurong East, Singapura, manakala enam stesen perantara pula ialah Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri. Kesemua stesen tersebut bakal disepadukan dengan sistem pengangkutan awam setempat di bandar masing-masing bagi memastikan kesalinghubungan yang lancar.

Ketika ini, MyHSR telah mengenal pasti beberapa aspek penting dalam pelaksanaan HSR seperti yang digariskan dalam mandatnya, termasuk:

i. Teknikal – aspek am, sistem, darat, pengendalian dan pengurusan projekii. Komersial – pemerolehan, pembangunan berorientasikan pengangkutan (TOD) dan pengurusan kewanganiii. Pembangunan sosioekonomi – merangkap pembangunan peluang-peluang ekonomi, keterangkuman dan kelestarian yang melingkungi setiap kawasan stesen terpilih

iv. Pelibatan – kerjasama antara kedua-dua Kerajaan, termasuk pada peringkat Persekutuan dan Negeri, agensi-agensi Kerajaan berserta orang awam

Bagi perancangan masa depan, menurut Mohd Nur Ismal, MyHSR menanam hasrat agar tahap perkhidmatan HSR kelak mampu menawarkan pilihan perjalanan alternatif secara kompetitif, yang setaraf dan setanding standard antarabangsa dari segi perkhidmatannya.

“Mengikut perencanaan kami, tren HSR ini bakal berlepas dari Kuala Lumpur pada kekerapan setiap 15 minit, mengikut kadar permintaan penumpang. Selepas 10 tahun pelancarannya, kami menjangka seramai 22 juta penumpang menggunakan perkhidmatan HSR, bukan hanya di antara KL dan Singapura, tetapi turut meliputi destinasi-destinasi lain di sepanjang laluannya,” kata beliau lagi.

Namun demikian, pada masa yang sama, MyHSR menyedari akan cabaran yang perlu ditempuhi sewaktu pelaksanaan projek ini.

“Aspek pendanaan dijangka salah satu cabaran utama. Hal yang demikian ini kerana Malaysia ketika ini sedang mengusahakan pembinaan baharu bagi MRT, LRT dan landasan rel konvensional. Suasana kewangan semasa turut membawakan cabaran yang signifikan melibatkan aspek perancangan dan pelaksanaan projek ini. Meskipun begitu, kami akan terus berusaha untuk merealisasikan sebuah sistem HSR yang berkualiti tinggi, selamat dan boleh diharap,” jelas beliau lagi.

Sehubungan dengan itu, sokongan dan kerjasama daripada semua pihak, termasuk kerajaan Persekutuan dan Negeri, agensi-agensi berkaitan dan sektor swasta amat penting demi memastikan kelangsungan projek yang berperanan sebagai game-changer ini, tambah beliau.

Selaku pemilik dan pemaju projek HSR, MyHSR meletakkan sasarannya untuk meneruskan prestasi yang telah ditampilkan oleh SPAD yang giat mengusahakan perancangan dan pelaksanaan projek HSR, sehingga merangkumi pembinaan projek tersebut.

“MyHSR menyokong SPAD dalam setiap usahanya untuk membangunkan dan memperkemaskan rangka dasar dan kawal selia bagi memastikan projek ini dikendalikan dengan selamat, boleh dipercayai dan efisien. Bahkan, SPAD kekal berperanan aktif dalam perbincangan dua hala yang dilakukan bersama Singapura,” ujar Mohd Nur Ismal mengakhiri wawancara.

Mohd Nur Ismal Mohamed KamalKETUA PEGAWAI EKSEKUTIFMyHSR CORPORATION SDN BHD

Page 45: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

8281

KTMB Menjadikan Rel Mod Pengangkutan Awam Darat Pilihan

“Menjelang akhir tahun 2021, rakyat akan dapat melihat penyempurnaan laluan landasan berkembar dari Utara ke Selatan, pemulihan laluan Pantai Timur, pemerolehan set tren baharu, dan penyelenggaraan berat kenderaan rel (ETS, DMU, lokomotif dan gerabak baharu).”

Kereta api yang pantas dan cekap membentuk bahagian penting yang memberikan kesan dan perlu diberikan perhatian dalam sistem pengangkutan awam bertaraf dunia. Untuk memberikan khidmat yang lebih baik kepada rakyat di Semenanjung Malaysia, operator rel KTM Berhad (KTMB) telah berusaha ke arah mewujudkan perkhidmatan tren yang lebih baik, menangani kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan dan memenuhi permintaan yang lebih tinggi.

Tempoh lima tahun yang lalu telah menyaksikan beberapa pencapaian yang membanggakan, satu daripadanya ialah penambahan 38 set Tren Enam Gerabak - sebelumnya ialah Tren Tiga Gerabak - yang telah memberikan perkhidmatan di Lembah Klang sejak tahun 2011. Ini bermakna lebih ramai penumpang boleh ditempatkan pada bila-bila masa. Pengenalan koc wanita khusus bagi penumpang wanita pada tahun 2010 juga telah menjadikan situasi lebih selesa kepada wanita untuk menaiki tren. Malah pada tahun lepas, perkhidmatan dari Tanjung Malim ke Pelabuhan Klang dan dari Batu Caves ke Tampin telah dipertingkatkan sepenuhnya. Selain itu, laluan Komuter telah ditambah di kawasan Utara, khususnya dari Kamunting ke Butterworth dan Gurun,serta baru-baru ini ke Padang Rengas dan Taiping.

Perkembangan kereta api antara bandar ialah satu lagi pencapaian penting KTMB. Pada tahun 2010, Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) diperkenalkan, dengan laluan yang hanya meliputi Seremban ke Ipoh dan Ipoh ke Seremban. Pada tahun lepas, laluan itu dipanjangkan, mengambil penumpang dari KL hingga Padang Besar, Perlis. Bukan itu sahaja, pelaksanaan projek landasan berkembar di Utara bermakna bahawa perkhidmatan tren diesel telah berakhir dan digantikan dengan perkhidmatan tren elektrik sepenuhnya.

“Bagi kedua-dua ETS dan Komuter, KTMB berusaha untuk memastikan piawaian keselamatan dan kebolehpercayaan tren (rolling stock) sepanjang masa,” kata Presiden KTMB, Leftenan Kolonel Dato‘ Haji Sarbini bin Tijan (R).” KTMB akan memastikan infrastruktur di semua stesen berada dalam keadaan yang baik untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.”

Rangkaian operator rel meliputi sepanjang Semenanjung Malaysia, dengan spur line yang bermula dari Gemas, Negeri Sembilan ke Tumpat, Kelantan. Projek landasan berkembar utara-selatan telah menjadi tulang belakang kepada pengangkutan penumpang dan barangan dengan cara yang cekap, boleh dipercayai, selamat dan mampan. Kebanyakan pelabuhan utama, seperti Terminal Kargo Ipoh dan Terminal Kargo Padang Besar, dihubungkan dengan sistem kereta api.

Usaha KTMB dalam mempertingkatkan dan mengembangkan perkhidmatan mereka adalah selaras dengan matlamat Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara, yang dibangunkan oleh SPAD dan diluluskan oleh Parlimen pada tahun 2013 dengan tujuan mewujudkan program jangka panjang untuk menangani kemerosotan semasa dalam pengangkutan awam serta melaksanakan produk berimpak tinggi dan berkesan untuk mewujudkan perkhidmatan pengangkutan awam darat yang berkualiti dan mampan untuk negara.

“Menjelang akhir tahun 2021, rakyat akan dapat melihat penyempurnaan laluan landasan berkembar dari Utara ke Selatan, pemulihan laluan Pantai Timur, pemerolehan set tren baharu, dan penyelenggaraan berat kenderaan rel (ETS, DMU, lokomotif dan gerabak baharu),” Dato ‘Haji Sarbini berkongsi perancangan yang akan dilaksanakan untuk KTMB.

“Misi KTMB adalah untuk menjadi pengangkutan darat pilihan. Oleh itu, dengan adanya garis panduan dan perhatian yang hebat yang diberikan oleh SPAD, KTMB berharap bahawa kami akan dapat memberikan kualiti yang terbaik kepada penumpang mengikut prinsip-prinsip yang dipegang,” tambah beliau.

LT. COL. DATO’ HAJI SARBINI BIN TIJAN (R)PRESIDEN KTM BERHAD (KTMB)

Page 46: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

MEWUJUDKAN PENGALAMAN BERKOMUTER YANG LANCAR MELALUI PENGANGKUTAN AWAM BERINTEGRASI

Pudu Sentral

Page 47: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

8685

MEWUJUDKAN PENGALAMAN BERKOMUTER YANG LANCAR MELALUI PENGANGKUTAN AWAM BERINTEGRASI

PENGENALAN

Kejayaan sesebuah sistem pengangkutan awam darat bukanlah dinilai berdasarkan efisiensi mod pengangkutan secara khusus atau pun kualiti sistem tersebut secara amnya. Sebaliknya, sebuah sistem dikatakan berjaya jika sistem tersebut berupaya mencipta penyepaduan sesama pelbagai mod pengangkutan – awam, peribadi, berjalan kaki dan berbasikal – sehingga mampu mewujudkan sebuah persekitaran yang holistik dan mudah diakses untuk manfaat seluruh pengguna.

Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara (NLPTMP) memilih pewujudan pengalaman penumpang yang lancar merentasi pelbagai mod dalam jalinan pengangkutan awam darat sebagai salah satu keperluan strategik yang disasarkannya. Hal tersebut berikutan masalah kesalinghubungan yang kerap timbul merentasi rangkaian pengangkutan awam sedia ada disebabkan penyepaduan yang terhad dalam jalinan pengangkutan, justeru usaha yang disasarkan termasuklah penyepaduan kemudahan seperti sistem pembayaran serta perkhidmatan untuk menyokong perancangan perjalanan.

NLPTMP turut mengetengahkan penambahbaikan yang perlu ditingkatkan di antara kelompok-kelompok bandar terutamanya di kawasan berkepadatan penduduk paling tinggi kerana di sinilah mobiliti pengangkutan paling diperlukan. Serentak dengan itu, usaha untuk menambah baik akses dan kemampanan pengangkutan awam darat di kawasan luar bandar serta kesalinghubungan di antara bandar perlu dilaksanakan dengan memfokuskan kualiti perkhidmatan yang sedia ada.

Selain usaha tersebut, aspek penting yang juga berpotensi membuahkan pengalaman yang lebih baik untuk penumpang ialah penyediaan sistem tiket yang membolehkan pengguna memakai hanya satu sistem tiket/kad pintar (smart-card) untuk semua mod.

Bersandarkan matlamat tersebut, Kerajaan telah melancarkan beberapa inisiatif dalam tahun-tahun kebelakangan bertujuan mewujudkan perjalanan yang lebih lancar untuk semua pengguna pengangkutan awam, dari awal hingga akhir perjalanan mereka. Oleh sebab rel dan bas merupakan teras sistem pengangkutan awam, SPAD kini berupaya merancang penyepaduan sistem dengan lebih baik usulan pembinaan sistem rel dan laluan bas yang baharu, yang sudah dibuka atau yang akan siap tidak lama lagi. Hal yang demikian ini membantu merealisasikan inisiatif-inisiatif yang disasarkan.

Sejak 2013, inisiatif-inisiatif berikut telah dilaksanakan:

• TerminalBersepadu• PelesenanTerminal• Park&Ride• PerancangPerjalanan• MeterOn• PengurusanTiketBersepadu

INISIATIF

Terminal-terminal BersepaduSatu keputusan telah diambil sebagai langkah untuk mengalih keluar kesesakan yang berlaku di pusat bandar Kuala Lumpur, iaitu dengan menukar lokasi hentian bas dan mewujudkan terminal bersepadu. Usaha ini akhirnya melahirkan Terminal Pengangkutan Bersepadu-Bandar Tasik Selatan (yang lebih dikenali sebagai Terminal Bersepadu Selatan, TBS) yang menawarkan akses mudah menerusi Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) dan Lebuhraya Ekspres Sungai Besi, selain berperanan sebagai hab pengangkutan yang beroperasi 24 jam untuk menghubungkan tiga laluan rel utama dan menghubungkan penumpang ke lebih 90 destinasi di Semenanjung Malaysia. Penyepaduan mod-mod pengangkutan ini penting bagi menjamin keselamatan, perlindungan dan akses mudah kepada pelbagai mod pengangkutan awam darat. Berikutan itu, pada 2015, perkhidmatan Bas Ekspres Pudu Sentral juga dipindahkan ke TBS untuk melegakan kesesakan trafik di sekitar kawasan Pudu.

Stesen bersepadu turut disaksikan di bandar-bandar lain yang sedang dimajukan sebagai hab bandar, sebagai contoh, Terminal AmanJaya, iaitu satu-satunya terminal bas ekspres yang diwartakan di Ipoh pada tahun 2014. Terminal ini menyediakan, antara lain, kesalinghubungan bas ke Stesen Rel Ipoh, 400 ruang meletak kereta dan 50 ruang meletak motosikal, selain hotel bajet di premis yang sama untuk kegunaan penumpang yang perlu bermalam. Melaka Sentral juga berperanan sebagai terminal bas berhenti-henti dan ekspres yang menghubungkan penumpang dari daerah selatan ke pelbagai destinasi termasuk KLIA, Kuala Lumpur, Singapura dan Genting Highlands.

Park & RideLangkah selanjutnya untuk meningkatkan lagi pengalaman penumpang ialah Park & Ride yang memudahkan perjalanan untuk batuan pertama dan terakhir. Park & Ride tidak terhad hanya sebagai kemudahan untuk meletak kereta semata-mata, malah turut berfungsi sebagai hentian untuk menurunkan penumpang yang akan memulakan perjalanan dan merupakan infrastruktur yang amat diperlukan dalam sistem pengangkutan awam darat. Dalam tempoh antara 2010 dan 2015, sejumlah 24 stesen Park & Ride telah dibina di sekitar kawasan Greater Kuala Lumpur/ Lembah Klang yang menyediakan 10,024 petak letak kereta di terminal-terminal pengangkutan awam utama. Kemudahan meletak kereta pastinya menggalakkan rakyat agar lebih cenderung menggunakan sistem rel sebagai jalinan pengangkutan awam kerana mereka sudah ditawarkan ruang yang memudahkan perjalanan batuan pertama dan terakhir dari rumah mereka ke stesen berdekatan.

2011

2012

2013

2014

2015

JUMLAH

TAHUN

Terminal Bersepadu Selatan

LRT Bandar Tun Razak

LRT Gombak

KTM Batu Tiga

KTM Padang Jawa Lot A

KTM Kepong

KTM Salak Selatan

KTM Batang Benar

KTM Kajang

KTM Petaling

KTM Seremban

KTM Bangi

KTM Seri Setia

LRT Pudu

LRT Sungai Besi

Bandar Tasik Selatan

LRT Ampang

KTM Padang Jawa Lot B

KTM Shah Alam

LRT Asia Jaya

ERL Salak Tinggi (Open carpark)

LRT Awan Besar

LRT Muhibbah

LRT Kinrara (BK5)

STESEN PARK-N-RIDE

1,200

400

1,260

106

113

141

189

126

430

222

600

288

94

416

213

991

1,140

102

558

607

229

182

229

188

10,024

ruang meletak kereta

RAJAH 16: Pengagihan Stesen Park-n-Ride

“Perkhidmatan pengangkutan awam darat perlu meliputi seberapa banyak penduduk bandar yang mungkin, dengan menyediakan rangkaian yang meluas bagi memenuhi permintaan mobiliti yang ekstrem. Hal ini memerlukan penyelesaian pelbagai mod yang komprehensif bagi meningkatkan laluan kepada penumpang dalam kelompok bandar. Penyelesaian ini hendaklah menyeluruh dengan merangkumi peningkatan dan penyambungan kepada perkhidmatan sedia ada, pelaburan dalam infrastruktur dan perkhidmatan baharu, dan pelaburan dalam penyepaduan antara pelbagai mod pengangkutan.”

- Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara (NLPTMP)

TerminalBersepaduSelatan(TBS)dibina

menghubungkanpenumpang ke

LEBIH

90destinasi di seluruh negara

24-jamhab pengangkutanbersepadu

2013

TERMINAL BERSEPADU:

Page 48: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

8887

Pelesenan terminalAntara langkah seterusnya untuk memperbaik pengalaman pengguna pengangkutan awam darat ialah Pelesenan Terminal yang dirangka bagi memastikan setiap terminal memenuhi syarat minimum berkanun dari segi keselamatan, perlindungan, operasi dan penyebaran maklumat. Rancangan ini menggariskan langkah-langkah sandaran yang perlu diusahakan sebelum pelaksanaan proses Pelesenan Terminal serta kaedah pengendalian proses tersebut termasuklah kaedah pelesenan semula.

Perancang PerjalananAkses kepada maklumat yang tepat dan mengikut masa sebenar (real-time) amat penting untuk membantu penumpang melakukan perjalanan secara efisien di sekitar Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang. SPAD yakin bahawa bekalan maklumat secara ‘real-time’ berupaya meningkatkan keyakinan orang awam terhadap sistem pengangkutan, bahkan mampu memperkukuh kebolehharapan sehingga menyumbang kepada peningkatan perkongsian mod pengangkutan awam daripada khalayak orang ramai.

Bersandarkan matlamat ini, SPAD telah memulakan proses mencipta suatu aplikasi Perancang Perjalanan mudah alih bagi membantu penumpang mencari pengangkutan awam untuk tujuan destinasi mereka. Aplikasi ini bakal menyediakan penumpang dengan sebuah platform bersepadu yang turut memuatkan maklumat perkhidmatan pelbagai-mod dan pelbagai-pengendali menerusi enjin carian. Aplikasi ini turut memaparkan pilihan terbaik untuk sesebuah perjalanan dengan menyediakan maklumat ‘real-time’ sebagai rujukan sejurus selepas pengguna memasukkan maklumat pergi balik ke/dari destinasi mereka.

Komponen-komponen utama yang dimuatkan dalam Perancang Perjalanan ini termasuklah:

1. Anggaran tempoh perjalanan2. Lokasi kenderaan mod yang tepat dan jitu, (KTMB dan operator bas henti-henti)3. Maklumat daripada pengendali-pengendali pengangkutan secara ‘real-time’ jika

terdapat sebarang gangguan yang menjejaskan perkhidmatan mereka

Aplikasi tersebut akan dipantau oleh SPAD dengan kerjasama pengendali-pengendali utama yang membuka khidmat mereka di sepanjang jaringan pengangkutan awam yang melingkungi Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Meter OnSeiring dengan perkembangan teknologi, SPAD membawakan penciptaan beberapa aplikasi digital yang disasarkan untuk memperbaik pengalaman pengguna pengangkutan awam. Antara aplikasi yang dimaksudkan ialah MeterOn yang memberikan ruang dan peluang kepada pengguna teksi untuk menilai perkhidmatan teksi dan prestasi pemandu, malah untuk melaporkannya kepada SPAD jika perlu. Aplikasi ini turut berperanan sebagai platform untuk mengesahkan identiti pemandu hanya dengan memasukkan nombor pendaftaran teksi tersebut. Pengguna bukan sahaja berpeluang menengok rekod pemandu dan kesalahan trafik sekiranya berkaitan, bahkan maklum balas daripada pengguna-pengguna lain juga turut tercatat dalam aplikasi ini.

Projek ini tercetus rentetan pelbagai aduan awam terhadap pemandu teksi yang enggan menggunakan meter. Penumpang yang tidak berpuas hati dengan kelakuan pemandu telah melaporkan secara terus kepada SPAD. MeterOn tercipta susulan replikasi daripada pangkalan data SIKAP. Pangkalan data tersebut memerlukan replikasi untuk mengelakkan keterkaitan secara langsung dengan sistem SIKAP yang pernah menjadi pangkalan rujukan utama bagi SPAD.

Menjelang akhir tahun 2015, sejumlah 19,812 muat turun dicatatkan. Malah, MeterOn turut memenangi anugerah tempat kedua di Hari Anugerah Inovasi anjuran SPAD yang bertempat di Jabatan Perdana Menteri.

Penyepaduan Pengurusan TiketSPAD turut menggalas tanggungjawab untuk memulakan inisiatif yang bakal menyaksikan penyedia perkhidmatan pengangkutan awam menyepadukan sistem tambang masing-masing menerusi sistem pembayaran umum bersepadu (ICPS) yang kini sedang dibangunkan. Projek ini akan mewujudkan sebuah persekitaran sistem pengurusan tiket yang tunggal merentasi semua pengendali transit di Lembah Klang, yang turut melibatkan kerjasama dengan Touch n’ Go untuk mengeluarkan kad perjalanan yang umum.

Di bawah sistem ICPS ini, perjalanan merentasi pelbagai pengendali pengangkutan awam yang berbeza akan dikendalikan sebagai satu perjalanan tunggal, yakni disepadukan lantas menawarkan pengurangan tambang untuk semua penumpang.  

Di samping menawarkan perjalanan yang lebih murah dan lancar, penumpang diberi pilihan sama ada menggunakan pas bulanan, pas mingguan atau pun pas lawatan, yang boleh diubahsuaikan kemudian jika perlu. ICPS dijangka akan dilancarkan di Lembah Klang bagi perkhidmatan Rel Bandar yang merangkumi LRT, Monorel, KTM Komuter, MRT dan seterusnya dilanjutkan kepada BRT Sunway. Tambang bagi Bas RapidKL pula akan disepadukan selepas beberapa waktu.  Inisiatif ini akan melibatkan penyepaduan kemudahan lapisan belakang (back-end) untuk menyeragamkan sistem tambang daripada pengendali yang berbeza, termasuklah mekanisme pembayaran. Apabila dilancarkan kelak, kad Touch n’ Go yang sedia ada dan sedang digunakan juga akan termasuk dalam sistem tersebut. ICPS juga membolehkan pembayaran transit dibuat di pintu-pintu masuk menerusi kad ATM/Debit yang baharu, yang merupakan sebahagian usaha SPAD untuk menampilkan pelbagai pilihan pembayaran ketika transit.

Pada ketika ini, penumpang LRT menikmati diskaun ke atas kadar tambang tunai yang terbaharu sekiranya mereka melakukan perjalanan menggunakan kad atau kaedah ‘tanpa tunai’ seperti Touch n’ Go dan MyRapid. Sebagai insentif tambahan, pengguna “MyRapid Smart 7 Weekly” atau “MyRapid Smart 30 Monthly” akan memperoleh diskaun lanjutan ke atas kadar tunai, masing-masing antara 17% dan 26%, dan antara 23% dan 35%, berdasarkan jarak perjalanan yang dibuat. Komuter KTMB Lembah Klang masih meneruskan tawaran diskaun antara 9% dan 16% untuk pengguna Touch n’ Go, sementara pengguna tiket mingguan mendapat diskaun sehingga 24%.

MEWUJUDKAN PENGALAMAN BERKOMUTER YANG LANCAR MELALUI PENGANGKUTAN AWAM BERINTEGRASI

“Walaupun menetap di Nilai, saya mempunyai akses yang mudah kepada perkhidmatan KTM dan inilah sebabnya KTM menjadi pengangkutan awam pilihan saya untuk berulang-alik ke bandar dan ke mana sahaja. Saya menghargai ketepatan masa perjalanan tren kerana ia memastikan saya sampai ke destinasi tepat pada waktunya. Tambahan pula, tren yang baharu seronok untuk dinaiki kerana tren yang disediakan bersih, selesa dan luas. Setiap perjalanan adalah lancar dan menyenangkan. Satu lagi kelebihannya ialah penumpang boleh membawa basikal lipat mereka ke dalam tren sekiranya mereka ingin berbuat demikian.

Yang paling penting bagi saya, menggunakan KTM menjimatkan kos, terutamanya apabila saya menggunakan Touch ‘n Go yang memberikan lebih rebat. Sebagai contoh, perjalanan saya dari Batang Benar ke Taman Wahyu yang melalui 16 stesen secara keseluruhan ialah RM7.80 jika dibayar secara tunai tetapi kosnya hanya RM6.60 jika saya menggunakan kad Touch ‘n Go.

Saya ingin menggesa agar lebih banyak kaunter Touch ‘n Go dibuka di stesen Batang Benar yang setakat ini hanya terdapat satu kaunter. Penyediaan kaunter tiket layan diri secepat mungkin pada masa hadapan merupakan suatu langkah yang baik untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cekap kepada pelanggan.“

Ismadi Yusuff,34, PENGURUS

“Saya sentiasa menggunakan perkhidmatan teksi dan LRT untuk pergi dan balik daripada bekerja. Saya juga merupakan pengguna aktif aplikasi MeterOn untuk membuat sebarang aduan mengenai pengangkutan awam. Saya menggalakan setiap orang menggunakan pengangkutan awam sebagai alternatif untuk membuat perjalanan pergi dan balik daripada bekerja.”

MuhammadMuaz,

29, JURUTERA

Page 49: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

9089

CABARAN

Penyepaduan dalam sistem pengangkutan awam darat memerlukan usaha yang amat besar membabitkan pelbagai pihak pengendali mod dan sistem pembayaran yang tidak sekata ketika ini. Lantaran itu, inisiatif ini mewajarkan perancangan yang menyeluruh untuk merealisasikan sebuah sistem yang lancar dan licin untuk sekalian pengguna, bahkan tempoh masa yang agak panjang diperlukan sebelum hasilnya terserlah dengan ketara.

Pertimbangan seterusnya membabitkan penyepaduan antara terminal memandangkan kapasiti terminal-terminal yang ada kini semakin sesak berikutan permintaan yang meningkat dengan signifikan hasil peluasan rangkaian pengangkutan awam darat di sekitar Greater Kuala Lumpur. Dalam pada itu, Pelesenan Terminal memerlukan pindaan ke atas undang-undang yang menyentuh bidang kuasa SPAD bagi membolehkan peraturan kawal selia dirangka sejajar dengan inisiatif tersebut. Serentak dengan itu, SPAD akan memberikan pemahaman kepada pengendali-pengendali terminal berkenaan peri pentingnya rancangan induk ini serta impak yang bakal dilihat setelah dilaksanakan secara keseluruhannya kelak.

“Saya telah menggunakan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) sejak saya mula bekerja di sekitar KLCC lima tahun yang lalu. Sejak itu, perkhidmatan LRT telah bertambah baik dengan ketara. Kekerapan tren telah meningkat dan tren kini adalah lebih besar. Bagi saya, peningkatan yang paling ketara adalah pembinaan parkir bertingkat di Stesen Gombak, di mana saya menaiki tren. Biasanya saya meletakkan kereta dan menaiki tren dari Setiawangsa, yang agak sukar, namun kini, saya berundur beberapa hentian ke belakang dan meletakkan kereta saya di Stesen Gombak. Soal muzik, saya tahu perkara ini kecil, namun menikmati muzik yang dimainkan di stesen membantu mewujudkan pengalaman yang lebih baik bagi penumpang seperti saya. Pengumuman waktu solat juga amat berguna terutamanya bagi mereka yang berpuasa. Walau bagaimanapun, jika terdapat sebarang kelewatan atau masalah, saya berharap pihak LRT dapat membuat pengumuman berterusan menerusi sistem PA di stesen dan bukannya untuk memastikan pengguna terus dimaklumkan dengan perkembangan terkini di stesen.”

Nurul Hasanah Awang,29, eksekutif komunikasi

HALA TUJU MASA DEPAN

TERMINAL-TERMINAL BERSEPADU LAINLangkah selanjutnya adalah mewujudkan terminal bersepadu yang lain dengan pembukaan Terminal Bersepadu Gombak (TBG) dan Terminal Bersepadu Sg Buloh (TBSB) yang dijadualkan siap menjelang 2020. Berbeza dengan pembinaan dan operasi TBS dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan, kedua-dua TBG dan TBSB akan dibangunkan dan dikendalikan masing-masing menerusi konsesi dan pendanaan swasta.

PELESENAN TERMINAL Pelesenan Terminal disasarkan pelancarannya menjelang akhir 2016. Ia merupakan langkah mewujudkan piawaian ke atas setiap terminal pengangkutan awam darat. Bagi memastikan pelaksanaan secara optimum, SPAD sedang melaksanakan sesi perbincangan dengan pengendali-pengendali terminal terlebih dahulu agar semua pihak terbabit memahami syarat-syarat yang ditetapkan.

PARK & RIDEBagi kemudahan Park & Ride, perancangan telah dimulakan untuk membina 3,955 petak kereta tambahan menjelang 2019, selari dengan pembinaan laluan rel yang bakal beroperasi ketika itu. Justeru, menjelang 2019 kelak, kira-kira 30 kemudahan Park & Ride bakal terbina di kawasan-kawasan berkepadatan tinggi di sekitar bandar.

APLIKASI BERASASKAN TEKNOLOGIAplikasi Perancang Perjalanan pula disasarkan pelancarannya menjelang akhir 2016. Sementara itu, SPAD telah membuat perencanaan untuk membangunkan aplikasi seumpama MeterOn namun dikhususkan untuk pengguna bas ekspres.

PENYEPADUAN BAYARAN TAMBANG Dalam perkembangan selanjutnya, pelaksanaan ICPS disasarkan pada 2018 berserta rancangan untuk turut memanjangkan skim yang sama kepada pengguna Park and Ride. Penjualan kad MyRapid akan dihentikan sebelum penyepaduan ICPS diaktifkan kerana masalah pengendalian yang mungkin tercetus, sekali gus akan digantikan dengan kad baharu di bawah ICPS yang turut menawarkan produk seakan-akan MyRapid, antara lain, Smart 7 dan Smart 30 dan pas Lawatan. Proses yang sama juga bakal dilakukan terhadap produk Komuter KTMB Lembah Klang. Apa pun, kadar diskaun yang muktamad akan ditetapkan setelah perbincangan terakhir sesama pengendali transit memutuskan kadar diskaun terbaik pada waktu yang sesuai kelak.

Dalam usaha mendepani isu kemampuan warga penumpang, inisiatif terbaharu daripada Kerajaan ialah pengumuman diskaun 50% untuk pengguna LRT antara pukul 6pagi sehingga 7pagi. Diskaun yang mula ditawarkan pada 16 September 2016 ini bukan sahaja membantu menggalakkan perjalanan di luar waktu puncak dan meringankan bebanan kos para penumpang, bahkan disasarkan untuk mendorong permintaan perkhidmatan yang lebih tinggi sekali gus membuahkan hasil perkhidmatan yang lebih baik.

“Saya selalu menggunakan perkhidmatan bas dan teksi dalam tempoh lima tahun yang lalu, saya telah menyaksikan peningkatan perkhidmatan bas terutamanya dengan pengenalan perkhidmatan bas percuma, yang telah menarik lebih ramai pengguna. Saya percaya bahawa pengangkutan awam adalah penting kerana kemudahan ini boleh mengurangkan kos sara hidup dan menyediakan perjalanan yang selesa.”

Mohd Amir Abdullah,25, pekerja sektor swasta

MEWUJUDKAN PENGALAMAN BERKOMUTER YANG LANCAR MELALUI PENGANGKUTAN AWAM BERINTEGRASI

Terminal Bersepadu Selatan

Page 50: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

9291

DATO’ AZMI ABDUL AZIZPRESIDEN DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULANPRASARANA MALAYSIA BERHAD

Prasarana Malaysia Bhd, yang memiliki dan mengendalikan rangkaian LRT dan Monorel KL serta perkhidmatan bas RapidKL, RapidPenang dan RapidKuantan, melihat masa depan pengangkutan awam di Malaysia terletak pada Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD), dengan stesen rel berperanan lebih daripada sekadar pusat transit untuk penumpang.

TOD merupakan gabungan projek komersial dan kediaman yang direka khusus, dibangunkan dan disepadukan ke dalam operasi stesen LRT. Di bawah rancangan perniagaan baharu Prasarana, TOD disasarkan untuk mengubah landskap bandar di Malaysia, menyediakan ruang komuniti untuk orang ramai mendiami, bekerja dan juga bermain bersama.

“Pertama sekali, kita mesti memahami bahawa konsep TOD adalah agak baharu di Malaysia. Kami membangunkan perkongsian awam-swasta dan dalam perkongsian ini pemaju diundang untuk mengambil bahagian dalam pembangunan tanah utama dalam rangka kerja yang ditentukan oleh Prasarana. Satu projek yang ideal ialah Stesen Sentral Kuala Lumpur yang ikonik,” jelas Dato’ Azmi Abdul Aziz, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana.

TOD Prasarana yang pertama ialah Latitud8, iaitu satu gabungan pembangunan komersial yang akan dibina di Stesen LRT Dang Wangi. Dilancarkan pada 19 April 2016, Latitud8 akan menampilkan podium runcit gaya hidup dengan kemudahan perniagaan dan konvensyen, ruang pejabat terbuka, suit SOFO (Pejabat Kecil Pejabat Fleksibel), SOHO (Pejabat Kecil Pejabat Rumah), kediaman dan dupleks serta ruang istirahat berbumbung dan bar. Projek itu akan menyaksikan pembinaan sebuah bangunan 43 tingkat di atas struktur stesen sedia ada dan disasarkan siap pada akhir tahun 2019.

Dengan Latitud 8 menerajui pendekatan ini, Prasarana bekerjasama dengan Naza TTDI Sdn Bhd untuk mengendalikan pembinaan pangsapuri premium berservis di Taman Tun Dr Ismail, berdekatan dengan stesen MRT TTDI. Pelbagai projek pembangunan yang hampir sama juga telah dirancang untuk Ara Damansara, Awan Besar, Kelana Jaya, IOI Puchong Jaya dan Lot 1233 di Brickfields berhampiran dengan Stesen Monorel Tun Sambanthan.

Dengan Laluan LRT 3 yang bakal dibina, Prasarana optimis terhadap prospek untuk membina lebih banyak TOD. Tiga belas daripada 26 stesen di sepanjang Laluan LRT3 sejauh 37 km mempunyai potensi untuk TOD pada masa hadapan. Sepuluh daripada stesen ini akan mempunyai kemudahan Park n Ride.

“Apabila anda melihat tempat-tempat di Jepun dan Hong Kong yang telah bermula kira-kira 20 tahun yang lalu, mereka melaksanakan TOD dengan penuh kejayaan. Kini, kita hanya perlu mengubah suai projek ini untuk persekitaran Kuala Lumpur

dan Malaysia. Kita perlu memahami faktor kejayaan dan mengenal pasti elemen yang sesuai dengan persekitaran kita,” jelas Dato’ Azmi.

TOD akan mengikuti usaha Prasarana untuk menggalakkan dan menyepadukan pengangkutan awam di Malaysia. Ini termasuk menyepadukan sistem LRT dengan bas, Express Rail Link (ERL) dan perkhidmatan KTM Komuter di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan, menghubungkan stesen pertukaran di antara Laluan KL Monorel dengan Laluan Kelana Jaya di Dang Wangi dan KL Sentral, menyepadukan Laluan Kelana Jaya dan Laluan Sri Petaling/Ampang di Masjid Jamek, serta Laluan Sri Petaling/Ampang dengan Laluan Monorel KL di stesen Hang Tuah dan Titiwangsa, sekali gus mempertingkatkan kesalinghubungan dan pergerakan orang ramai untuk berulang-alik.

Prasarana juga berjaya mengintegrasikan sistem penjualan tiket di laluan-laluan yang berbeza di bawah projek Kutipan Tambang Automatik pada tahun 2011, yang membolehkan perjalanan dan perpindahan dari satu laluan ke laluan yang lain berjalan dengan lancar.

Dalam tempoh lima tahun yang lalu, Prasarana telah menggantikan beberapa aset rel dengan model yang baharu dan lebih moden, memperkenalkan kereta api monorel empat gerabak yang berkapasiti lebih besar dan kereta api enam gerabak untuk LRT Laluan Sri Petaling/Ampang dan kereta api empat gerabak bagi LRT Laluan Kelana Jaya. Prasarana juga telah meluaskan rangkaian LRT melalui penyambungan Laluan Kelana Jaya dan Sri Petaling/Ampang sehingga Putra Heights, sekali gus mempertingkatkan kesalinghubungan ke stesen KTM Komuter di Subang Jaya dan menyepadukan Laluan Kelana Jaya dengan Laluan Sunway BRT di USJ 7.

Kumpulan Prasarana juga menaik taraf infrastruktur sokongan seperti hab bas, laluan berbumbung, laluan pejalan kaki bertingkat, kemudahan Park n Ride selain mempertingkatkan kemudahan akses universal di LRT dan stesen monorel.

Di samping itu, untuk memastikan hubungan batuan pertama dan terakhir diperkukuh, Prasarana menambah baik kesalinghubungan antara bas awam, terutamanya perkhidmatan bas GoKL dan Rapid KL di Pasar Seni dan KLCC. Rangkaian bas pengantara juga direka khusus untuk menghubungkan pengguna LRT dengan bas RapidKL.

“Kami mahukan orang ramai mempunyai tanggapan yang positif terhadap perkhidmatan bas. RapidKL merupakan perkhidmatan bas baharu, kami mahu orang ramai mengubah persepsi mereka terhadap hakikat bahawa bas ialah kenderaan yang uzur dan berasap hitam pada suatu ketika dahulu,” kata Dato’ Azmi, sambil menambah bahawa perkhidmatan bas lebih daripada sekadar perkhidmatan yang tepat pada masanya dan layanan yang baik oleh Kapten Bas.

Prasarana juga menerima rangsangan oleh langkah yang diambil SPAD pada Disember 2015 untuk melaksanakan langkah Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-henti (BNR), yang melibatkan penyusunan semula sejumlah lapan koridor bas di kawasan Greater Kuala Lumpur/ Lembah Klang.

Melangkah ke hadapan, rakyat boleh mengharapkan perkhidmatan pengangkutan awam bertaraf dunia. Mempertingkatkan laluan rel utama di Lembah Klang, dan juga ke Selatan dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia, akan membawa transformasi ini menjadi realiti yang diimpikan. Peningkatan kapasiti perkhidmatan Monorel dan LRT akan memastikan lebih ramai penumpang boleh digerakkan pada satu-satu masa, terutamanya pada waktu puncak. Perkembangan selanjutnya dalam perkhidmatan sampingan seperti bas, teksi, dan dengan adanya kemudahan Park n Ride akan membantu meningkatkan penggunaan pengangkutan awam di Malaysia.

Dato ‘Azmi, yang dahulunya mencurahkan khidmat bersama SPAD, menyatakan bahawa Suruhanjaya dan Prasarana mempunyai hubungan kerja yang baik dan melihat SPAD sebagai pengawal selia pengangkutan awam dan penggubal Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara serta Pelan Pembangunan Rel Bandar, “Kami ingin menyatakan bahawa peranan SPAD adalah sangat penting. SPAD dan Prasarana sudah seperti askar yang sama-sama berjuang,” jelas Dato’ Azmi.

Prasarana menyokong SPAD sepenuhnya dalam inisiatifnya untuk melaksanakan projek yang memberikan manfaat kepada orang ramai. “Kita mesti ingat bahawa rangkaian dan tulang belakang pengangkutan awam yang baik merupakan nadi pertumbuhan ekonomi negara kita,” kata Dato ‘Azmi.

“Kita mesti ingat bahawa rangkaian dan tulang belakang pengangkutan awam yang baik merupakan nadi pertumbuhan ekonomi negara kita.”

Prasarana Memacu Masa Depan Pengangkutan Awam DARAT di Malaysia

Page 51: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

9493

Transformasi Perjalanan Menaiki Bas Hasil Gandingan Pengendali Terminal dan Bas

Tatkala melangkah masuk ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan, anda akan berasa seolah-olah anda berada di sebuah lapangan terbang kecil. Bahkan, perasaan inilah yang ingin dicetuskan untuk penumpang, begitulah hasrat Maju TMas Sdn Bhd, pengendali terminal TBS, seiring gandingan usahanya bersama Kerajaan untuk meraih kembali keyakinan orang ramai terhadap sistem pengangkutan awam.

“Ini memang terminal bas, tetapi pengalaman yang dirasakan seumpama berada di sebuah lapangan terbang. Hal ini kerana infrastruktur yang terbina membantu kami untuk memisahkah antara penumpang yang sedang berlepas dan penumpang yang baru tiba. Dengan cara ini, kami dapat menguruskan penumpang dengan lebih baik selain menjamin senarai butiran penumpang untuk kegunaan pihak pengendali bas lebih tersusun. Setiap penumpang yang berlepas dari terminal ini tercatat butirannya dalam senarai tersebut, yang kami edarkan kepada pengendali bas dan kami simpan sebagi rekod. Semua ini sebagai langkah keselamatan, sejajar usaha kami untuk mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap pengangkutan awam,” ujar En. Mohamed Roslan Dato’ Shariff, pengarah urusan Maju TMas.

Selaku pengendali terminal, Maju Tmas turut mengusahakan penjualan semua tiket TBS di bawah Sistem Penjualan Tiket Terpusat (CTS), yang membolehkan penumpang membeli tiket bas di sebarang kaunter, yang terdiri 70 kaunter semuanya, dan 12 mesin pengendalian tiket kendiri (self-purchase ticket vending machines). Harga tiket diatur oleh SPAD dan tercatat di permit pengendali bas masing-masing. Maju Tmas turut berperanan dalam menguatkuasakan dan memastikan setiap permit pengendali bas adalah sah.

GENERASI BAHARU TERMINAL BAS“Di sinilah terletaknya keunikan dan transformasi utama yang ditonjolkan oleh TBS,” ujar En. Mohamed Roslan apabila menceritakan tentang CTS. Penjualan tiket secara ini mencegah campur tangan orang tengah, dan sekiranya penumpang membeli tiket mereka dari tempat lain sekalipun, tiket-tiket ini masih perlu ditukarkan kepada pas pelepasan (boarding pass) di TBS. Lagi pula, sebelum menaiki bas, tiket mesti ditunjukkan kepada petugas TBS di pintu berlepas bagi memastikan penumpang menaiki bas yang betul. Petugas TBS kemudiannya mengimbas tiket penumpang di mesin yang menyalurkan maklumat tersebut ke sistem TBS secara automatik, sekali gus butiran penumpang berkaitan akan terpapar serta-merta.

“Ini hanyalah sebahagian langkah yang telah kami jalankan untuk mengembalikan keyakinan orang ramai. Kami berusaha menyelaraskan khidmat kami seperti di lapangan terbang apabila melibatkan isu-isu penting seperti perlindungan, keselamatan dan kemudahan – Terminal Bas, Suasana Lapangan Terbang,” tambah En. Mohamed Roslan lagi.

Terminal ini terdiri daripada 19 pintu pelepasan dan satu balai ketibaan yang menyediakan 18 lorong ketibaan. Sebelum menurunkan penumpang di lorong ketibaan, bas-bas terlebih dahulu harus melalui dua pintu kawalan keselamatan di kawasan menunggu. Di sini, maklumat berkaitan, antara lain, maklumat untuk tujuan Sistem Paparan Maklumat Umum TBS (PIDS) dicatat. Sistem yang julung-julung kali dilaksanakan di terminal bas ini memaparkan semua maklumat ketibaan dan pelepasan mengikut masa sebenar (real-time). Di samping itu, TBS juga menyediakan kemudahan yang lazim seperti di terminal-terminal lain, termasuk ‘food court’ dan gerai-gerai makanan, kedai-kedai runcit kecil, selain kemudahan khas untuk golongan OKU dan kemudahan awam seperti Pos Malaysia dan kaunter PTPTN.

Walaupun pada asalnya dilancarkan untuk perjalanan bas ke koridor selatan, TBS kini turut menyediakan perjalanan ke koridor utara dan timur, mencakupi 170 destinasi kesemuanya. “Terminal ini sangat teratur dan terancang; kami pastikan suasana kekal bersih dan tidak menampakkan suasana kelam-kabut,” ujar En. Mohamed Roslan.

Dalam perkembangan yang sama, Terminal AmanJaya, iaitu satu-satunya terminal bas ekspres yang diwartakan di Ipoh, merupakan satu lagi hab perjalanan yang sedang gigih mempertingkat pengalaman perjalanan untuk penumpang, bersandarkan 17 balai pelepasan dan lima balai ketibaan yang juga mengamalkan kaedah pengasingan seperti TBS. Terminal ini mempunyai 40 balai menunggu dan menempatkan 33 pengendali bas ekspres yang membuat perjalanan dari Ipoh ke bandar-bandar dan pekan-pekan lain di seluruh Semenanjung Malaysia. Terminal ini turut menyediakan, antara lain, ruang kedai dan pejabat, dan juga sebuah hotel bajet.

“Pembangunan terminal bersepadu yang dilengkapkan dengan pelbagai infrastruktur sokongan seperti maklumat penjualan tiket dan penjadualan bas, kemudahan Park & Ride, selain kemudahan awam dan khidmat tambahan yang lain berupaya menawarkan keselesaan dan keselamatan kepada penumpang. Selain itu, akses kepada maklumat perjalanan dan kaedah pengumuman yang lebih baik, termasuk pembaikan jaringan pengangkutan kepada penumpang turut disediakan,” jelas YBhg Dato’ Sri Cheong Kong Fitt, pengarah urusan Perak Transit Bhd yang mengendalikan Terminal Amanjaya.

Pengalaman perjalanan seperti ini jugalah yang ingin ditampilkan oleh Kerajaan bagi terminal-terminal yang lain, antaranya, Terminal Sentral Kuantan (TSK), yang dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Menurut En. Wan Zaid Wan Ahmad, ketua pengurusan TSK, MPK merancang untuk mengehadkan akses ke balai pelepasan hanya kepada pemegang-pemegang tiket, sebagai usaha mewujudkan suasana di lapangan terbang. Hal ini kerana, pada ketika ini, balai pelepasan TSK terbuka kepada semua.

Walaupun operasi TSK baru bermula pada Ogos 2013, TSK sudah mencatatkan aktiviti yang signifikan. Menurut En. Wan Zaid, terminal ini merekodkan kira-kira 107,000 perjalanan pada tahun 2015 yang mencakupi 140 pelepasan dan 150 ketibaan sehari. Hal yang demikian ini bererti, seramai kira-kira 3.2 juta penumpang telah menggunakan terminal ini pada tahun 2015 dan menggunakan 32 kaunter tiket yang dikendalikan oleh 32 syarikat bas yang sedang menawarkan khidmat di TSK.

Terminal ini juga menyediakan 16 platform pelepasan untuk bas ekspres, dua platform bagi perkhidmatan bas berhenti-henti daripada RapidKuantan serta 15 balai menunggu bagi bas-bas yang sedang tiba. Kemudahan lain yang terdapat di TSK termasuk ‘food court’, tempat letak kereta harian dan semalaman yang dikhususkan kepada kenderaan peribadi, tempat letak motosikal percuma, bilik solat, tandas awam yang mesra golongan OKU serta bilik sakit bagi penumpang yang akan ditemani petugas TSK sementara menanti bantuan perubatan. Menurut En. Wan Zaid lagi, bagi mengelakkan kesesakan terutamanya ketika waktu puncak, terminal tersebut telah melaksanakan pengasingan lorong di antara lorong bas yang bertolak, kereta sewa dan kenderaan peribadi. Selain itu, MPK turut mengambil inisiatif untuk menambah tempat duduk di balai pelepasan yang lazimnya memuatkan 400 tempat duduk, sebagai usaha memastikan keselesaan para pengunjung terutamanya ketika waktu puncak.

Sejajar matlamatnya untuk menyediakan suasana lapangan terbang, langkah-langkah terpenting yang bakal dilaksanakan oleh TSK, selain memperketat syarat masuk ke balai pelepasan adalah, penambahan bilangan CCTV dan pembaikan pencahayaan sebagai langkah keselamatan dan perlindungan. TSK turut merancang untuk menyediakan kemudahan yang dipertingkat untuk dimanfaatkan oleh pemandu bas dan penumpang, antara lain, bilik rehat khas untuk pemandu serta mengambil pendekatan untuk menerima pakai CTS dan PIDS. Pada ketika ini, penumpang boleh menyemak maklumat pelepasan secara ‘real-time’ dengan melayari laman web khusus yang diselenggarakan oleh MPK, yang kelak akan turut memuatkan maklumat ketibaan.

“Semua ini sebagai langkah keselamatan, sejajar usaha kami untuk mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap pengangkutan awam.”

Page 52: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

9695

En. Mohamed Roslan Dato’ ShariffPENGARAH URUSANmaju tmas

TRANSFORMASI PERJALANAN MENAIKI BAS HASIL GANDINGAN PENGENDALI TERMINAL DAN BAS

diketengahkan oleh TBS, yakni satu-satunya terminal yang bersambung ke laluan-laluan rel: Laluan Rel Ekspres ke KLIA, Komuter KTM dan Rel Rapid. Kelak, TBS juga akan dihubungkan ke stesen MRT Serdang yang merupakan sebahagian daripada Laluan 2 MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya. Di samping itu, TBS mudah diakses menerusi beberapa lebuh raya utama yang menghubungkannya ke kawasan-kawasan berpopulasi tinggi di sekitar Greater KL dan Lembah Klang, justeru membolehkan penumpang menaiki bas RapidKL dan bas shuttle KLIA terus ke TBS. Selain itu, TBS juga menyediakan hentian teksi untuk teksi bermeter.

TRANSFORMASI BAS MENEMUKAN PENYERTAAN SETIAP PIHAK Di samping usaha yang digiatkan oleh pihak pengurusan terminal untuk mentransformasikan perjalanan dengan bas, pihak pengendali bas juga tidak terketepi menyumbangkan usaha untuk menarik penumpang. “Di pihak kami, kami telah menggantikan bas-bas lama sebagai usaha memastikan penumpang berasa lebih selesa, seiring dengan dasar kami untuk menggunakan flit bas yang masih baharu. Kami juga bangga dengan kesopanan yang dipamerkan oleh pemandu bas kami, bahkan, beberapa pemandu kami merupakan penerima Anugerah Pemandu Berhemah daripada Ketua Polis Negara.

“Bagi perancangan masa depan, kami berhasrat mahu terus memberikan perkhidmatan yang selesa kepada penumpang kami, selain memastikan mereka sampai ke destinasi masing-masing dengan tambang yang berpatutan dan tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Kami juga berhasrat menambah flit bas kami untuk menawarkan lebih banyak destinasi kepada penumpang kami,” jelas En. Mohd Salleh Hassan, daripada Syarikat Pengangkutan Maju Bhd di Johor.

Dalam pada itu, Perak Transit, yang juga pengendali bas henti-henti, turut mengambil langkah pembaikan terhadap perkhidmatannya iaitu menggunakan bas baharu dan berhawa dingin, malah mengambil pemandu terlatih yang menyerlahkan ciri-ciri pemandu yang berhemah. Langkah lain termasuk peluasan perkhidmatan bas ke kawasan-kawasan luar bandar dan laluan yang tidak membawa pulangan komersial. Pada masa yang sama, Perak Transit turut menitikberatkan ketepatan masa dan perkhidmatan bas yang boleh diharap.

Kebanyakan langkah ini telah diusahakan dengan sokongan SPAD dan Kerajaan, bahkan, pihak pengendali terminal dan bas menyatakan bahawa transformasi bas yang dipelopori kini tidak mungkin tercetus tanpa sokongan kedua-dua pihak SPAD dan Kerajaan.

“Kami cuba pastikan pemandu kami menghadiri kursus keselamatan jalan raya yang dianjurkan oleh SPAD. Di situ, pemandu dilatih untuk mengamalkan

sikap prihatin dan berhati-hati ketika memandu, juga menitikberatkan sikap dan tanggungjawab mereka untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini,” tambah Dato’ Sri Cheong. Puan Agnes Tan daripada syarikat pengendali bas, Handal Indah Sdn Bhd juga menyebut bahawa SPAD telah banyak membantu pengendali bas memendekkan tempoh pembaharuan permit, malah, pengurusan proses kini lebih efisien di bawah SPAD.

Kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif bertujuan meningkatkan standard perkhidmatan bas, sekali gus menyalurkan sokongan pendanaan kepada pengendali bas henti-henti menerusi Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF). En. Mohd Salleh berkata bahawa, ISBSF telah banyak membantu meringankan bebanan pengendali bas yang mengalami kerugian dalam aspek pulangan mereka lantaran perkhidmatan bas ke laluan-laluan sosial yang tidak menguntungkan.

“ISBSF dijangka berupaya mendorong kelangsungan dan kesinambungan perkhidmatan bas dan mempromosi perkhidmatan bas sebagai mod pengangkutan yang efektif. Dalam hal ini, Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST) yang dibawakan oleh Rancangan Induk Pengangkutan Awam Negara menyasarkan fokus untuk pembaikan daya maju pengendali bas termasuk peluasan cakupan bas, yang dilakukan menerusi penghijrahan kepada model ‘penyampaian perkhidmatan berasaskan kos kasar’, daripada model awal iaitu ‘model pungutan pulangan berasaskan kutipan tambang’,” jelas Dato’ Sri Cheong.

Gandingan kerjasama rapat sesama pengendali terminal dan bas, berserta SPAD dan agensi-agensi Kerajaan yang lain ini berkait rapat dengan kejayaan transformasi pengangkutan awam darat, yang telah mendapat sambutan semua pihak berkaitan.

“Selaku pengendali terminal, kami melapor terus kepada Kerajaan (pemilik TBS). Namun, dari aspek perancangan operasi dan pelaksanaan yang dianjurkan oelh pelbagai agensi Kerajaan, sebagai contoh, kempen kesedaran bersama SPAD, semua aspek ini kami selaraskan sendiri,” tambah En. Mohamed Roslan, yang turut berkongsi tentang prosedur menaiki bas yang telah diperketat, inisiatif penjadualan pelepasan dan saringan ke atas kesihatan pemandu bas, termasuk pemeriksaan kesihatan percuma untuk pemandu yang disediakan di TBS.

“Pokok pangkalnya, transformasi ini membawa kebaikan kepada rakyat dan semua pihak yang terlibat; pengendali bas, pemandu dan pemandu ganti, penumpang dan pengendali terminal, justeru amatlah wajar agar semua pihak menerapkan nilai-nilai yang baik ini,” begitu ujar beliau lagi.

En. Mohd Saleh Jusman, pengurus besar Panorama Melaka Sdn Bhd yang merupakan pengendali Terminal Melaka Sentral menyebut bahawa, perkembangan yang sama juga sedang dilaksanakan di terminal tersebut, yang menyasarkan pelaksanaan CTS pada separuh pertama tahun 2017. Melaka Sentral setakat ini telah pun melaksanakan langkah-langkah bertujuan memastikan pengendalian terminal secara selamat dan terancang, sebagai contoh, dengan menyekat kenderaan-kenderaan peribadi daripada masuk ke kawasan bas, selain memperbaik sistem PA agar pengumuman yang dibuat lebih jelas terdengar. Terminal ini juga bakal memperoleh 38 bas ‘hijau’ pada Mac 2017 sebagai tambahan kepada 2 bas ‘hijau’ yang sedia ada. Hal ini seiring inisiatif yang digiatkan untuk menjadikan Melaka Sentral sebuah terminal hijau, yang telah menyaksikan pokok-pokok bunga dan tanaman lain ditanam di sekitar terminal itu.

Namun demikian, pembaikan yang paling dinantikan di Melaka Sentral adalah penyepaduan pengangkutan awam, yang turut mendukung matlamat pelaksanaan terminal-terminal bas generasi baharu di Malaysia.

MENGHUBUNGKAN PENGANGKUTAN AWAM DARATMenurut En. Mohd Saleh lagi, perancangan selanjutnya bagi Melaka Sentral bakal menghubungkan terminal tersebut ke monorel Melaka, yang disasarkan oleh Kerajaan Negeri untuk dipulihkan perkhidmatannya kelak. Selain itu, di bawah fasa kedua pembangunan Melaka River Cruise, Melaka Sentral juga akan dihubungkan ke Melaka River Cruise melalui sebuah hentian khas di bahagian belakang binaan Melaka Sentral.

Langkah penyepaduan sudah pun terserlah di semua terminal bas, yang berperanan penting selaku hab perjalanan utama yang menghubungkan perkhidmatan bas, tren, teksi dan kereta sewa untuk membolehkan penumpang sampai ke destinasi mereka. Sebagai contoh, Terminal AmanJaya yang memulakan operasi pada 2012 turut diwartakan sebagai stesen teksi untuk membolehkan penumpang bergerak ke destinasi-destinasi lain, begitu menurut Dato’ Sri Cheong. “Selain itu, bas berhenti-henti yang mengikut laluan di Terminal AmanJaya juga mengambil dan menurunkan penumpang di balai ketibaan bas ekspres di Terminal AmanJaya,” tambah beliau.

Di TSK pula, menurut En. Wan Zaid, terdapat 40 hentian kereta sewa, selain lima hentian menunggu bagi kereta sewa yang membolehkan mereka mengikut sistem giliran. Penumpang boleh menempah kereta sewa di kaunter yang diuruskan oleh TSK untuk membuat perjalanan mereka seterusnya.

Apa pun, pada ketika ini, penyepaduan yang paling komprehensif pastinya

Page 53: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG PENGANGKUTAN AWAM DARAT

Page 54: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

10099

MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG PENGANGKUTAN AWAM DARAT

PENGENALAN

Di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, SPAD diberikan bidang kuasa, selaku badan yang mengawal selia pengangkutan awam darat negara, untuk menguatkuasakan peraturan yang digariskan di bawah Akta tersebut dan memastikan rakyat berupaya menikmati pengangkutan awam yang selamat, boleh diharap dan sah di sisi undang-undang. Bidang kuasa ini merupakan antara peranan terpenting dalam mandat yang diberikan kepada SPAD, sejajar dengan salah satu keperluan strategik yang tercatat dalam NLPTMP, iaitu meningkatkan tahap perkhidmatan dan keselesaan pengangkutan awam darat dengan cara memperkukuh pemantauan dan penguatkuasaan.

Di bawah bidang kuasa ini juga, SPAD berhak mengaudit, menyiasat, mengeluarkan kompaun/menggantung/membatalkan lesen pengendali termasuk merampas dan melelong kenderaan jika didapati bersabit kesalahan menggunakan kenderaan secara haram.

Secara amnya, Bahagian Penguatkuasaan SPAD melaksanakan aktiviti yang melibatkan perkara-perkara berikut:

• Operasi pelesenan yang lazim dijalankan dan pemantauan harian ke ataspengendali/pemandu pengangkutan awam;

• MenyokongBahagianSumberManusiaSPADmenerusilatihanyangdiberikankepada petugas penguatkuasaan;

• MenyiasatsemuaaduanyangditerimadaripadaCMDatauorangawam;dan• Menyiasat semua kes yang dikenal pasti ketika melakukan operasi

penguatkuasaan• Menjalankansoalsiasatdansoaljawabdengansemuasaksisebelumkertas

siasatan disiapkan bagi setiap kes, sebelum dipanjangkan kepada Bahagian Undang-undang SPAD yang akan memutuskan sama ada kes dikenakan tawaran kompaun atau dibawa ke mahkamah

INISIATIF

Operasi Penguatkuasaan dan PemantauanAntara aktiviti utama yang kerap dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan SPAD ialah operasi penguatkuasaan dan pemantauan harian terhadap pengendali pengangkutan awam bagi memastikan mereka menunaikan perkhidmatan berdasarkan syarat dan peraturan yang digariskan dalam Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010).

Dalam melakukan usaha-usaha tersebut, petugas penguatkuasaan SPAD berhak mengenakan hukuman kepada pihak yang didapati melakukan penipuan, juga berhak membuat tangkapan dan mengumpulkan maklumat sulit untuk tujuan sekatan jalan. Di samping itu, SPAD juga diberi kuasa untuk menjalankan pemeriksaan ke atas:

• pengangkutanawamdarat sertakenderaanpelancongandanbaranganbagimemastikan kesemua kenderaan ini dalam keadaan baik;

• kesahihanlesenkenderaandandokumen-dokumenlainyangdianggaprelevan;• pemandu,konduktorbasdanpemandusampinganuntukmemastikanmereka

sihat dari segi perubatan untuk bekerja; dan • tiketperjalananbagimemastikantiket-tikettersebutadalahsah

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar, Pengerusi SPAD merasmikan ibu pejabat penguatkuasaan SPAD di Persada PLUS. Lokasi ibu pejabat tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian akses, justeru memudahkan pengendali pengangkutan awam darat untuk membuat aduan dan melaporkan sebarang insiden membabitkan kenderaan mereka. Ibu pejabat tersebut turut dibuka kepada orang awam

Selain itu, petugas SPAD juga berhak menghalang penjualan tiket haram dan sebarang usaha untuk ‘mengumpan’ pembeli tiket secara haram, di samping penggunaan kenderaan haram oleh pengendali pengangkutan dan juga orang awam.

Demi memastikan keberkesanan tugas mereka, pegawai SPAD berganding usaha berserta pegawai penguatkuasaan daripada agensi-agensi lain, seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tahun pertama operasinya pada 2011 menyaksikan SPAD menjalankan aktiviti-aktiviti penguatkuasaan yang difokuskan bukan hanya terhadap pelanggaran peraturan melibatkan pengendalian sistem pengangkutan awam darat, malah turut ditumpukan ke arah membina kesedaran dalam kalangan pengendali pengangkutan awam darat dan orang awam berkenaan peraturan dan undang-undang pengangkutan awam darat negara yang baru dikuatkuasakan. Tahun itu juga menyaksikan SPAD mula membangunkan kapasiti penguatkuasaannya menerusi pelantikan seramai 157 pegawai yang ditugaskan ke seluruh Semenanjung Malaysia.

Susulan daripada itu, Ibu Pejabat Penguatkuasaan SPAD dilancarkan di Persada PLUS yang terletak bersebelahan dengan Plaza Tol Subang PLUS pada 28 Feb 2012.

Selanjutnya, tahun 2012 pula mencatatkan pengembangan aktiviti SPAD dalam tugasan penguatkuasaan setelah SPAD melancarkan kerjasama dengan PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Kerja Raya, Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) dan Perbadanan

Putrajaya yang bertujuan menyelaras dan memperkemas peranan dan fungsi setiap agensi berkaitan agar penguatkuasaan undang-undang pengangkutan awam dan trafik dilaksanakan secara relevan dan teratur.

Peningkatan kapasiti dalam Bahagian Penguatkuasaan ini membolehkan SPAD mengambil tindakan tegas dalam tugas penguatkuasaannya terhadap perundangan pengangkutan awam, sekali gus menyaksikan SPAD mencatat sejumlah 31,751 operasi dari Jun 2011 sehingga Disember 2015, yang mencakup operasi rutin, operasi khas dan operasi bersama. Dalam tempoh yang sama, Bahagian ini juga menjalankan sebanyak 717,557 pemeriksaan kenderaan, dengan majoriti aktiviti tersebut melibatkan teksi. Sementara itu, Bahagian Penguatkuasaan berupaya menyelesaikan 98% daripada 28,776 kesalahan yang dilakukan dalam tempoh lima tahun lepas. Kesalahan yang dilakukan membabitkan teksi, kenderaan individu/syarikat, bas, teksi dan penjualan tiket haram.

Dalam hal yang sama, pada 2015 sahaja, Bahagian Penguatkuasaan berjaya mengesan sejumlah 9,170 kesalahan membabitkan pelbagai mod pengangkutan, antaranya, penjual tiket haram dan pengendali haram yang beroperasi tanpa lesen yang sah, manakala 43% daripadanya melibatkan trak. Namun demikian, SPAD juga gembira melaporkan bahawa 93% daripada kenderaan yang diperiksa didapati mematuhi undang-undang. Dalam usaha untuk meneruskan pencapaian berimpak tinggi dalam industri pengangkutan awam darat sekali gus mengatasi masalah kekangan petugas, Bahagian Penguatkuasaan akan mempertingkat tumpuan ke arah menjalankan operasi secara bersama dengan rakan-rakan agensi penguatkuasaan yang lain.

RAJAH 17: Aktiviti Penguatkuasaan dari Jun 2011 - Disember 2015

27,325 ops

1,386 ops

JUMLAH KENDERAAN DIPERIKSA (717,557)

OPERASI(31,751)

KES DIKENALPASTI (28,776)98% SELESAI, 2% DALAM SIASATAN

AKTIVITI RUTIN

OPS KHAS (3,040 ops):

OPS BERSAMA:

100%

PENJUALAN TIKET HARAM: 275 KES

SELESAI

98% 2%

BAS: 8,117 KES

SELESAI DALAM SIASATAN

97% 3%

TRAK: 10,384 KES

SELESAI DALAM SIASATAN

99% 1%TEKSI: 9,414 KES

SELESAI DALAM SIASATAN

100%SELESAI

kenderaan individu/syarikat: 586 KES

serkap806 ops

parasit/alien200 ops

Tegas 1,079 ops

Hippo955 ops

425,908TEKSI

413PENJUALAN

TIKET HARAM

261,544BAS

29,692TRAK

“Seiring dengan pembangunan yang berorientasikan rakyat, tumpuan harus diberikan terhadap peningkatan kualiti perkhidmatan, keselamatan dan keselesaan bagi menambah baik pengalaman penumpang yang menggunakan pengangkutan awam darat. Hal ini dapat dimulakan degan meningkatkan pengawalseliaan terhadap sistem pengangkutan awam darat dan pemanduan yang cekap dan berkesan.”

- Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara (NLPTMP)

Page 55: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

102101 MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG PENGANGKUTAN AWAM DARAT

Semua pegawai ini telah ditugaskan ke seluruh Semenanjung Malaysia; kehadiran kami di wilayah tengah diwakili petugas di MITC Melaka dan Persada PLUS, di Sungai Petani dan Pulau Pinang bagi wilayah utara, di Kuala Terengganu bagi wilayah timur dan di Johor Bahru bagi wilayah selatan.

SPAD juga gembira untuk melaporkan bahawa, bersandarkan sokongan yang kami terima daripada Bahagian Sumber Manusia dan Bahagian Kewangan SPAD, sehingga hari ini, kami bukan sahaja berjaya mengekalkan petugas penguatkuasaan kami yang cukup terlatih, malah kami juga berhasil menggantikan petugas yang bersara ataupun terpaksa berhenti, justeru membolehkan tugas-tugas penguatkuasaan dilaksanakan dengan lancar dan licin.

TAHUNJumlah Pegawai TerlatihWilayah Tengah Wilayah Selatan Wilayah Utara

Pegawai Terlatih

Wilayah Timur

2011

2012

2013

2014

2015

87

196

216

211

200

25

41

67

67

67

24

30

63

63

59

21

40

56

54

52

157

307

402

396

378

RAJAH 18: Jumlah Pegawai Penguatkuasa yang dilatih setiap tahun 2011 hingga 2015

RAJAH 19: Kawasan Di Bawah Bidang Kuasa CABARAN

Walau kami berusaha sedapat mungkin untuk mengekalkan pegawai petugas penguatkuasaan kami, kekangan utama yang dihadapi oleh Bahagian ini masih melibatkan kekurangan petugas. Hal yang demikian ini menyebabkan timbul suatu persepsi dalam kalangan sesetengah pengendali dan pemandu yang tidak berasa gentar ditangkap bila melakukan kesalahan, bahkan turut menjejaskan liputan dan jangkauan operasi SPAD. Sebagai satu jalan penyelesaian, SPAD akan melalukan operasi bersama dengan rakan-rakan agensi penguatkuasaan yang lain secara lebih kerap di samping bekerjasama rapat dengan Bahagian Sumber Manusia dan Bahagian Kewangan untuk memastikan keperluan tenaga kerja dapat dipenuhi.

Daripada pemerhatian kami juga, kami mendapati bahawa tahap kesedaran orang awam, pengendali dan pemandu terhadap Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 masih rendah, sehinggakan kadar kesalahan masih tinggi. Oleh

sebab itu, kami menyarankan hukuman yang lebih keras dikenakan ke atas pesalah sebagai satu usaha membendung masalah ini. Sementara itu, kami akan terus menyebarkan maklumat tentang SPAD dan Akta tersebut demi memastikan semua peraturan berkaitan pengangkutan awam darat dipatuhi dengan sempurna.

HALA TUJU MASA DEPAN

Perencanaan yang dimatlamatkan oleh Bahagian Penguatkuasaan untuk masa depan merangkumi usaha untuk memperkukuh gandingan operasi secara bersama dengan agensi-agensi yang relevan pada semua peringkat dan memastikan penguatkuasaan yang tegas terhadap undang-undang pengangkutan awam. Perancangan ini turut mencakup peningkatan bilangan pejabat di setiap negeri di Semenanjung Malaysia serta penambahan bilangan petugas penguatkuasaan.

kakitangan SPAD serta agensi-agensi penguatkuasaan yang lain, malah akan turut memudahkan proses penyiasatan, sekali gus membolehkan penyelarasan kertas siasatan dilakukan dengan lebih baik.

LatihanPengukuhan keupayaan dalam kalangan pegawai penguatkuasaan SPAD penting bagi memastikan tugas-tugas penguatkuasaan ke atas peraturan dan perundangan pengangkutan awam darat terlaksana secara tegas dan tuntas. Dalam hal ini, tempoh antara tahun 2011-2015 menyaksikan penambahan pegawai penguatkuasaan SPAD kepada 378 berbanding 157 pada awalnya. Jadual di bawah menunjukkan bilangan petugas yang dilatih setiap tahun dalam tempoh tersebut.

“Pada masa ini, saya menggunakan LRT lima hari seminggu untuk perjalanan ke tempat kerja di Kerinchi. Setakat ini, saya berasa selesa dengan pengalaman yang saya lalui tetapi LRT menjadi sesak pada waktu puncak. Pada pandangan saya dari segi penjimatan kos, menaiki LRT hampir sama dengan penggunaan kereta, tetapi LRT menjimatkan masa saya daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada SPAD atas inisiatifnya dalam mempertingkatkan pengangkutan awam. Walau bagaimanapun, saya ingin melihat bas sampai tepat pada waktunya. LRT ialah pengangkutan awam yang boleh dipercayai, walaubagaimanapun orang ramai tidak perlu berasa bahawa mereka akan lambat untuk ke tempat kerja jika mereka terlepas bas. Apa pun, saya amat menggalakkan orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam bagi mengurangkan pencemaran karbon dan menambah baik alam sekitar.”

Keishan,25, Eksekutif

Telekomunikasi

Di samping itu, sayap Logistik di Bahagian Penguatkuasaan turut memperluas kapasitinya sejak 2011, lantas berjaya meningkatkan aset seperti kenderaan bagi kegunaan operasi dan sokongan, gandar penentu berat yang mudah alih (portable axe weighers) dan walkie-talkie bagi membantu melicinkan tugas penguatkuasaan.

Dalam perkembangan yang lain, tahun 2015 turut menyaksikan integrasi antara sistem pendaftaran pendakwaan SPAD dan sistem pelesenan pengendali (SPO) yang bakal dilaksanakan oleh SPAD. SPAD turut membangunkan satu set prosedur pengendalian standard (SOP) yang telah diperakui oleh pihak pengurusannya. Prosedur baharu tersebut dijangka berupaya mempertingkat tahap perancangan yang digiatkan oleh Bahagian Penguatkuasaan di samping membantu memperbaik proses perkongsian maklumat dalam kalangan

Persada plus

MITC MELAKA

KUALA TERENGGANU

Wilayah Utara

WilayahTengah

Wilayah Timur

Wilayah Selatan

JOHOR BAHRU

PULAU PINANG

SUNGAI PETANI

Page 56: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

KESALINGHUBUNGAN DAN KEMUDAHAN: MEMBAYANGKAN PERJALANAN ULANG-ALIK PADA MASA DEPAN

Stesen LRT Taman Perindustrian Puchong

Page 57: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

106105

KESALINGHUBUNGAN DAN KEMUDAHAN: MEMBAYANGKAN PERJALANANULANG-ALIK PADA MASA DEPAN

Pengangkutan awam darat di negara ini sememangnya telah bertambah baik dalam masa sedekad yang lalu. Sebagai pengguna perkhidmatan KTM Komuter selama 9 tahun, kini saya dapat menikmati perkhidmatan tren yang lebih selesa dengan gerabak tren yang lebih panjang berbanding sebelum ini. Saya juga dapat menikmati pelbagai pilihan pengangkutan seperti bas dan LRT untuk berulang alik dari rumah ke pusat bandar Kuala Lumpur. Saya juga berharap agar pengangkutan awam darat di Malaysia akan terus maju dan satu hari bertaraf antarabangsa.

AMY ONG BEE WAN,22 TAHUN,PELAJAR,SUBANG JAYA

Berdasarkan pengalaman saya melancong ke luar negara seperti di Singapura, Bangkok, dan Hong Kong, perkhidmatan rel transit mereka adalah sistematik dan terancang. Saya bersyukur kerana Malaysia sebagai sebuah negara yang membangun, Kerajaan gigih berusaha untuk merancang dan merealisasikan perkhidmatan rel transit seperti sambungan laluan LRT , serta MRT bakal beroperasi akhir tahun nanti. Saya berharap Kerajaan akan giat memajukan industri pengangkutan awam kepada yang lebih baik pada masa akan datang.

JASON DEVADASON, 32 TAHUN,EKSEKUTIF OPERASI, KUALA LUMPUR

Perubahan ketara pada pengangkutan awam darat Malaysia adalah pengenalan perkhidmatan tren ETS dan LRT. Sebagai pengguna dari Ipoh, Perak, saya sering menggunakan perkhidmatan ETS yang pantas dan selesa untuk ke Kuala Lumpur berbanding sebelum ini. Tibanya di Kuala Lumpur, saya lebih mudah menggunakan perkhidmatan LRT untuk menguruskan hal kerja. Namun, bagi perkhidmatan bas dan teksi, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh Kerajaan, khususnya kepada pengguna seperti saya dan warga kota bersama.

EDWARD LIEW KAI BIN,25 TAHUN,EKSEKUTIF KOMERSIAL,IPOH

“Pada saya, memang ketara betapa meluasnya pembaikan yang sedang diusahakan ke atas pengangkutan awam sekarang, bahkan saya sendiri tidak sabar menunggu untuk menggunakan perkhidmatan yang bakal tiba. Saya tinggal di Kota Damansara tetapi keluarga, termasuk ibu saya, menetap di kampung halaman, di Muar. Bila saya mendapat tahu tentang projek kereta api berkelajuan tinggi KL-Singapura, saya begitu teruja kerana Muar turut terpilih sebagai salah satu hentian. Apabila ianya siap kelak, saya pasti akan menjadi pengguna tetap perkhidmatan tersebut, kerana aspek masa dan kesenangan apabila membuat perjalanan jauh lebih penting berbanding terpaksa meredah kesesakan trafik hujung minggu. Malah, mungkin lebih cepat bagi saya untuk sampai ke kampung berbanding masa yang saya ambil untuk memandu ke pejabat. Pengurangan masa perjalanan juga membuatkan saya terfikir, mungkin saya boleh kembali menetap di kampung halaman saya bersama keluarga satu hari nanti, dan berulang-alik ke tempat kerja di Kuala Lumpur.

Saya juga gembira melihat pelbagai mod pengangkutan yang lebih bersepadu sekarang, kerana saya kerap ke sana dan ke sini. Kini, lebih banyak pilihan untuk saya membuat sebarang perjalanan. Sebagai contoh, jika saya perlu ke lapangan terbang, kalau trafik terlalu sesak atau jika tiada teksi ketika itu, saya boleh menaiki MRT dan ERL untuk ke KLIA. Dalam kalangan teman-teman apartmen saya pun, kami tidak sabar menanti perkhidmatan MRT bermula. Ramai antara kami yang sudah merancang untuk menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja.”

ROSLINA MD YASSIN,36 TAHUN,JURUTERA PERANGKAIAN,KOTA DAMANSARA

“Kemudahan dan kesenangan yang disediakan oleh pengangkutan awam negara sekarang langsung tidak dibayangkan ketika saya muda dulu. Pada zaman saya, pengangkutan awam yang biasa digunakan ialah Bas Mini. Memanglah kami sampai ke tempat di tuju, tapi bab keselamatan dan keselesaan kami tidak dihiraukan. Kini, anak perempuan saya menggunakan LRT setiap hari untuk berulang-alik ke pejabatnya. Hati saya senang memikirkan bahawa dia tidak perlu membawa kereta kerana dapat bergantung pada kemudahan LRT yang dikendalikan secara profesional. Pengangkutan awam yang baik dapat meringankan bebanan warga pekerja daripada terpaksa membeli kereta atau mendiami kawasan mahal hanya kerana lokasi tempat kerja. Selain itu, sebagai warga emas, saya dapat menikmati diskaun tambang apabila menggunakan Kad Konsesi untuk pengangkutan awam. Bagi saya, Kerajaan telah mengambil langkah yang betul apabila mengutamakan pembaikan pengangkutan awam dan membina asas kukuh menerusi infrastruktur bertaraf dunia yang setanding negara-negara maju. Generasi akan datang pastinya beroleh manfaat hasil daripada segala usaha ini.”

MD PILUS ZAINAL,66 TAHUN,PESARA,PETALING JAYA

(Sumber gambar: myhsr.com.my)

Page 58: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

108107 KESALINGHUBUNGAN DAN KEMUDAHAN: MEMBAYANGKAN PERJALANAN ULANG-ALIK PADA MASA DEPAN

suatu persekitaran pengangkutan awam yang mampu menarik pengguna. Perjalanan yang lancar untuk penumpang terus diusahakan menerusi Sistem Pembayaran Tanpa Tunai (ICPS) yang disasarkan bermula pada tahun 2018. Sistem ini menawarkan kemudahan kad perjalanan umum yang boleh digunakan oleh penumpang merentasi pelbagai mod dan pengendali perkhidmatan, yang bukan setakat menyenangkan perjalanan, bahkan menampilkan perjalanan yang lebih murah dan lancar tanpa sebarang halangan.

Sementara itu, transformasi yang disasarkan untuk meningkatkan industri teksi setaraf dunia telah membuahkan Program Transformasi Industri Teksi (TITP), bertujuan mewujudkan persaingan yang adil dalam industri teksi di samping mengatasi isu-isu berkaitan struktur industri yang telah membawa kesan langsung terhadap kebajikan pemandu teksi. Rancangan ini mentakrifkan standard yang wajar diguna pakai dalam pengendalian teksi, berdasarkan amalan-amalan terbaik dunia. Rancangan ini juga mengenal pasti rangka kerja yang perlu diguna pakai membabitkan perolehan dan pelesenan teksi termasuk cadangan-cadangan tentang piawaian perkhidmatan teksi yang mampu menepati, malah menjangkaui kehendak orang awam.

Dalam perkembangan teksi pula, walaupun perkhidmatan seperti UBER dan Grab telah membawa impak besar terhadap industri teksi, SPAD memahami bahawa permintaan untuk perkhidmatan ini begitu tinggi ekoran kelemahan-kelemahan yang masih menghambat perkhidmatan teksi yang sedia ada. Menyedari hakikat ini, SPAD akan mengawal selia aplikasi e-hailing sebagai usaha untuk melindungi hak dan kepentingan pengguna dan pemandu teksi.

Sungguhpun rangkaian pengangkutan awam diperkukuh dengan ketara di bandar raya ekonomi utama negara, penambahbaikan ini langsung tidak menyingkirkan bandar, pekan dan kampung yang lain di seluruh Semenanjung Malaysia. Inisiatif myBAS yang telah dilaksanakan di Kangar, Seremban dan Ipoh bakal disediakan juga di Johor Bahru dan Kuala Terengganu. Pelaksanaan myBAS ini mempelopori suatu era baharu dari aspek perjalanan dalam bandar yang membuka lebih banyak laluan pada kekerapan yang lebih tinggi. Pada masa yang sama, Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-henti (ISBSF) membolehkan penduduk di sepanjang laluan-laluan sosial terus menerima perkhidmatan dan kesalinghubungan.

Dengan berperanan sebagai pelengkap kepada usaha untuk mendorong penggunaan pengangkutan awam secara lebih meluas, kesalinghubungan rel turut dipertingkat di seluruh Semenanjung. Justeru, Kereta Api Berkelajuan Tinggi bukan setakat menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura dalam tempoh 90 minit, bahkan turut menawarkan perkhidmatan untuk manfaat warga tempatan menerusi 7 hentian di bandar-bandar utama sepanjang laluannya dari Bandar Malaysia ke Iskandar Puteri. Selain itu, Laluan Rel Pantai Timur apabila siap kelak akan menampilkan perkhidmatan alternatif bagi perjalanan dari Lembah Klang ke negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Lebih daripada itu, kesemua projek ini bakal mencipta kesan pertumbuhan berganda yang akan memberikan manfaat sosioekonomi merentas setiap kawasan yang tercakup dalam projek-projek tersebut.

Perkhidmatan ‘shuttle’ yang akan disediakan untuk kedua-dua Sistem Transit Laju Malaysia-Singapura dan Kereta Api Bekelajuan Tinggi di antara Iskandar Puteri dan Singapura juga akan menyediakan lebih banyak pilihan kepada beribu-ribu penumpang yang kerap melakukan perjalanan merentasi kedua-dua negara.

Bersandarkan rangkaian rel yang berperanan sebagai tunjang sistem pengangkutan awam darat negara, SPAD turut merancang untuk membangunkan Rancangan Transformasi Rel bagi memastikan perkhidmatan rel terus ditingkatkan. Rancangan ini akan didahului oleh kajian-kajian berkaitan yang dijangka siap pada tahun 2017.

Pelbagai rancangan yang diusahakan oleh SPAD turut menyasarkan kajian dan penerokaan sehingga tahun 2030, kerana SPAD tetap komited untuk merealisasikan peratusan perkongsian mod mencecah 30% kelak.

Berbalik kepada Rancangan Transformasi Rel, kajian-kajian berkaitan yang sedang dilakukan termasuklah Kajian Kebolehlaksanaan Trem Kuala Lumpur, Kajian Pembaikan Batuan Pertama dan Terakhir (First-Last-Mile, FLM) Rel Bandar Greater KL, Kajian Pengendali Pelbagai Tren dan Kajian Piawaian Landasan Keretapi Malaysia. Berikutan tarikh persiapan kajian-kajian ini yang disasarkan pada akhir 2017, gambaran yang lebih jelas tentang projek rel serta corak permintaan yang diunjurkan pada waktu akan datang dapat diperoleh.

Selari dengan perkembangan ini, SPAD juga bakal memulakan kajian bertempoh satu tahun di bawah Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Wilayah dengan tujuan memahami keperluan pengangkutan awam darat di wilayah Utara, Selatan dan Timur Semenanjung Malaysia dengan lebih mendalam, selain memastikan sebarang usaha yang dilaksanakan adalah sejajar dengan matlamat Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat (NLPTMP). Wilayah Utara merangkumi Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan Perak manakala Wilayah Selatan pula meliputi Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Sementara itu, Pahang, Terengganu dan Kelantan tersenarai di bawah Wilayah Timur.

Sehubungan dengan itu, SPAD akan bekerjasama dengan pihak berkuasa negeri dan agensi-agensi berkaitan untuk mengkaji pembaikan pengangkutan awam di negeri-negeri tersebut di samping meneliti corak perjalanan serta impak rancangan pengangkutan dan cadangan berkaitan di kawasan-kawasan terbabit. Dari aspek perancangan, SPAD akan meneliti peningkatan pengangkutan awam pada tiga peringkat iaitu peringkat antara wilayah, bandar-bandar sekitar dan pusat-pusat bandar. Dengan yang demikian, keperluan pengangkutan awam di wilayah tersebut akan memberikan manfaat bukan sahaja kepada warga tempatan tetapi turut menyokong sektor pelancongan bersandarkan pelbagai mod perkhidmatan yang akan dipanjangkan ke wilayah-wilayah ini.

Secara tuntasnya, dengan berteraskan kesemua perancangan di atas, SPAD menyasarkan usaha untuk menyediakan sebuah sistem pengangkutan awam yang komprehensif meliputi koridor-koridor berpopulasi tinggi dengan lebih meluas berbanding sistem yang ada sekarang. Sebagai kesinambungan janji Kerajaan terhadap pelaksanaan pengangkutan awam yang lebih baik, kami amat yakin bahawa transformasi pengangkutan awam darat ini bakal dinikmati sepenuhnya oleh rakyat jelata apabila mereka berupaya meraih lebih banyak peluang sosioekonomi justeru membolehkan mereka menikmati kualiti hidup yang lebih baik. SPAD kekal komited untuk terus menyokong pembangunan pengangkutan awam darat secara lebih holistik, sekali gus meningkatkan sistem pengangkutan awam darat untuk meluaskan manfaatnya kepada Malaysia dan seluruh warga Malaysia menjangkaui generasi-generasi akan datang.

MEMBAWAKAN KESALINGHUBUNGAN YANG LEBIH BAIK SEPERTI YANG DIJANJIKAN

Kisah-kisah yang dikongsikan di atas memaparkan gambaran orang awam tentang suasana pengangkutan awam darat di Semenanjung Malaysia pada masa akan datang, berlatarkan beberapa pembaikan yang telah pun siap dan perkembangan yang disaksikan setakat ini.

Berikutan segala usaha perancangan dan pelaksanaan yang dilakukan secara komited oleh SPAD, dengan mengambil kira kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan, transformasi industri pengangkutan awam darat telah mempamerkan momentum yang signifikan antara tahun 2010 dan 2015, malah semakin hampir untuk merealisasikan wawasan yang dimatlamatkan.

Dalam tempoh lima tahun terdekat, penduduk di sekitar Greater Kuala Lumpur/ Lembah Klang bakal menikmati suatu era kesalinghubungan dalam pengangkutan awam yang belum pernah mereka saksikan sebelum ini. Usaha intensif sedang digiatkan untuk melonjakkan rel sebagai tunjang pengangkutan awam, yang akan menyaksikan projek penyambungan laluan LRT, MRT 1 dan MRT 2, serta projek LRT 3 bertujuan memperluaskan kesalinghubungan dalam bandar kepada berjuta-juta penduduk yang menetap merentasi kawasan Sungai Buloh, Petaling Jaya, Puchong, Ampang, Serdang, Putrajaya dan Klang. Sebagai pelengkap kepada peluasan rel ini, Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-henti dan Bas Rapid Transit dijangka berupaya mentransformasikan perjalanan menggunakan bas di Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang. Hal yang demikian ini kerana matlamat SPAD adalah menjadikan perkhidmatan bas di ibu kota negara setanding dan setaraf bandar-bandar utama dunia.

Serentak dengan peningkatan jalinan pengangkutan awam darat yang sedang digiatkan, penyepaduan kesemua mod pengangkutan awam merupakan langkah penting demi merealisasikan wawasan SPAD dan Kerajaan, iaitu, pewujudan sistem pengangkutan awam yang boleh diharap, mudah diakses, selamat dan menawarkan tambang yang murah. Dalam hal ini, penambahan bilangan Terminal Bersepadu, kemudahan Park & Ride dan penciptaan aplikasi mudah alih, Perancang Perjalanan, berperanan penting untuk menciptakan

Page 59: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

PERJALANAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN AW

AM DARAT 2010-2015

110109

RAIL LINE

BUS RAPID TRANSIT LINE

IOI MALL

ITT Sg. Buloh

&

Future Project

PETA TRANSIT GREATER KUALA LUMPUR/LEMBAH KLANG bersepadu

KESALINGHUBUNGAN DAN KEMUDAHAN: MEMBAYANGKAN PERJALANAN ULANG-ALIK PADA MASA DEPAN

Terminal Lapangan Terbang

Terminal Bas Park and Ride StesenPenghubung

StesenPertukaran

Stesen UtamaBersepadu

PETA Jaringan Rel Semenanjung Malaysia

Perlis

Kedah

PulauPinang

Perak

Selangor

Melaka Johor

Singapore

Kelantan

Terengganu

NegeriSembilan

Gemas

Pahang

Putrajaya

Seremban

Ayer Keroh

Muar

Batu Pahat

Iskandar Puteri Johor Bahru

Tumpat

Kuala Terengganu

Kota Bharu

Kuantan

Kemaman

Kertih Port

Port Klang

Bandar Malaysia

Kulai

Kluang

SegamatTampin

Bahau

MentakabITT Gombak

Jerantut

Kuala Lipis

Gua Musang

Dabong

Krai

Wakaf Bharu

Padang Besar

Alor Setar

Sungai Petani

Bukit Mertajam

Butterworth

Taiping

Kuala Kangsar

Ipoh

Kampar

Sungkai

Tanjung Malim

Rawang

Proposed Kuala Lumpur - Singapore High Speed Rail (HSR)

Proposed Rapid Transit System (RTS)Proposed East Coast Rail Line (ECRL)

KTMB LineGemas - Johor Bahru Double Tracking (in progress)

Station Interchange Station

Legend

PENINSULAR MALAYSIA RAIL NETWORK

Kuala LumpurBentong

Thailand

C

M

Y

CM

MY

CY

CMY

K

new malaysia map v3 latest - BM.pdf 1 8/10/2016 4:11:50 PM

Laluan KTMB: Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru (sedang dijalankan)

Cadangan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)

Cadangan Sistem Transit Laju (RTS)

Cadangan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur - Singapura

Stesen

Stesen Pertukaran

Penafian: Lukisan ini mungkin tidak tepat dan merupakan ilustrasi projek rel semasa dan akan datang di Semenanjung Malaysia

Page 60: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

Hak cipta © 2016

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian dokumen ini tidak dibenarkan untuk dihasilkan semula dalam apa bentuk sekalipun sama ada secara elektronik, salinan foto, mekanikal, rakaman atau sebagainya tanpa izin pemilik hak cipta.

Page 61: menyentuh dan mengubah kehidupan, menghubungkan komuniti

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)Block D, Platinum Sentral, Jalan Stesen Sentral 2Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia

SPAD Hotline: 1-800-88-SPAD (7723)[email protected]

www.spad.gov.my SPAD.my SPADchannel