Merah silu

26
Disediakan oleh ATIQAH,AZMEERA,LIANA,N ASRIN,ALIA

description

Bahasa Melayu Komsas (Merah Silu)

Transcript of Merah silu

Page 1: Merah silu

Disediakan olehATIQAH,AZMEERA,LIANA,NASRIN,ALIA

Page 2: Merah silu
Page 3: Merah silu

Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri Betong telah

mendapatkan dua orang anak, iaitu Merah Silu dan Merah

Hansum. Puteri Betong mempunyai sehelai rambut yang bewarna

keemasan di tengah-tengah kepalanya. Merah Gajah berdegil.

Tindakan Merah Gajah mencabut rambut tersebut menyebabkan

Puteri Betong mangkat. Ayahanda mentua Merah Gajah, iaitu Raja

Muhammad begitu marah lalu bertindak membunuh Merah Gajah.

Sebagai akibat tindakan Raja Muhammad itu, ayahanda Merah

Gajah, iaitu besannya, Raja Ahmad telah memerangi Raja

Muhammad. Akhirnya kedua-duanya mati dalam peperangan.

Page 4: Merah silu

Merah Silu dan adiknya Merah Hasum berhasrat

mahu meninggalkan negeri mereka yang bernama

Semerlanga. Di sana, Merah Silu telah menahan bubu

bagi menangkap ikan. Setiap kali diangkat, bubunya

dipenuhi cacing gelang-gelang. Setelah beberapa hari

keadaan yang sama berulang, akhirnya Merah Silu

membawa cacing gelang-gelang itu pulang lalu

direbusnya. Cacing gelang-gelang itu bertukar menjadi

seorang yang kaya-raya.

Page 5: Merah silu

Merah Hansum mendapatberita bahawa Merah Silu telah menjadi

kaya-raya. Merah Hasum terdiam dan tiada berkata-kata. Dalam

pada itu, antara hobi kegemaran Merah Suli termasuklah memikat

kerbau liar. Tindakan Merah Silu tidak digemari oleh Merah

Hasum. Baginya Merah Silu telah memalukannya kerana kerbau

tiada manfaatnya. Akhirnya, Merah Silu mencari petempatan baru

akibat perselisihan pendapat dengan Merah Hasum. Merah Silu

turut membawa harta dan kerbau-kerbaunya hinggalah tiba di

Hulu Karang.

Page 6: Merah silu

Kehadiran Merah Suli tidak disenangi oleh penduduk kampung

kerana kerana kerbau-kerbaunya memusnahkan tanaman. Merah

Suli berpindah lagi hingga tiba di negeri yang bernama Bulu

Telang. Dia bertemu dengan Megat Iskandar dan Merah Suli

menyatakan hasratnya untuk mendiami tempat tersebut. Megat

Iskandar pun bersetuju.

Page 7: Merah silu

Dalam pada itu,Megat Iskandar telah melantik Merah Silu

sebagai raja di Rimba Jerun. Pelantikan tersebut ditentang

oleh Tun Aria Benong. Pada suau hari, Sultan Maliku’l-

Nasar datng ke Rimba Jerun lalu tercetus peperangan

antara Merah Silu dengan Sultan Maliku’l-Nasar.

Peperangan antara Sultan Maliku’l-Nasar dengan Merah

Silu berlanjutan hingga beberapa tempat. Sultan Maliku’l-

Nasar tewas juga akhirnya. Baginda berundur ke Kumat

namun diserang pula oleh Megat Iskandar. Akhirnya,

Merah Suli secara rasminya ditabalkan sebagai Raja

Rimba.

Page 8: Merah silu

Cerita ini mengemukakan kehebatan dan

ketabahan anak raja yang bernama Merah Suli.

Page 9: Merah silu

PERSOALAN

Page 10: Merah silu

WATAK & PERWATAKAN

Page 11: Merah silu

MERAH SILU• Anak pertama Merah Gajah dengan Puteri Betong.

• Adindanya bernama Merah Hasum.

• Merah Silu menjadi yatim piatu sejak kecil.

• Merah Silu berusaha mencari petempatan baru untuk dijadikan sebagai

negeriselepas kedua-dua orang datuknya Raja Ahmad dan Raja Muhammad

meninggaldunia dalam peperangan.

• Merah Silu menjadi kaya-raya apabila cacing gelang-gelang yang memenuhi

bubunya bertukar menjadi emas dan perak.

• Kegemaran Merah Silu ialah menangkap kerbau liar dan menyabung ayam.

• Merah Silu kerap menang dalam beberapa siri peperangan.

• Merah Silubersikap pemurah kerana memberikan seekor kerbau kepada setiaporang

yang datang menyaksikan pertandingan ayam sabung.

• Merah Silu ditabalkan sebagai raja di Rimba Jerun oleh Megat Iskandar.

Page 12: Merah silu

MERAH HASUM

• Adinda kepada Merah Silu.

• Setelah kematian ibu baps, baginda bersama-sama

dengan Merah Silu merantaumencari petempatan baru.

• Merah Hasum tidak suka akan sikap Merah Silu yang

gemar memikat kerbau.

• Merah Hasum tidak menghormati kakandanya, sanggup

mengusir kakandanya hanyakerana tidak sefahaman.

Page 13: Merah silu

MERAH GAJAH• Merah Gajah ialah ayahanda kepada Merah Silu dan Merah

Hasum.

• Isteri Merah Gajah bernama Puteri Betong.

• Merah Gajah tidak mendengar kata, mencabut rambut

keemasan yang ada di tengah-tengah kepala Puteri Betong

dan tindakannya itu menyebabkan isterinya mangkat.

• Baginda matidibunuh oleh ayahanda mentuanya, Raja

Muhammad yang marahterhadap perbuatan Merah Gajah

yang mencabut rambut emas Puteri Betonghingga

menyebabkan kematiannya.

Page 14: Merah silu

PUTERI BETONG

• Puteri Betong ialah anakanda Raja Muhammad.

• Puteri Betong merupakan bonda Merah Silu dan Merah

Hasum.

• Suami Puteri Betong bernama Merah Gajah.

• Baginda mempunyai sehelai rambut berwarna keemasan

di tengah-tengah kepalanya.

• Puteri Betong meninggal dunia apabila rambut emasnya

itu dicabut oleh MerahGajah.

Page 15: Merah silu

MEGAT ISKANDAR

• Megat Iskandar ialah saudara kandung kepada Megat

Kedah dan Sultan Maliku'l-Nasar.

• Megat Iskandar seorang yang pengasih dan baik hati.

• Megat Iskandar sanggup menerima Merah Silu yang

tiada tempat perlindungan dan tinggal di Buluh Telang

Page 16: Merah silu
Page 17: Merah silu

• Peristiwa-peristiwa dalam cerita ini dijalin secara kronologi.

• Pada bahagian pengenalan atau eksposisi, diceritakan tentang Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri

Betong dan dikurniai dua orang anak, iaitu Merah Siludan Merah Hasum. Puteri Betong mangkat selepas

sehelai rambut emasnya dicabutoleh Merah Gajah. Peristiwa itu telah mencetuskan perbalahan keluarga

hinggamencetuskan peperangan antara dua buah negara.

• Plot terus berkembang apabila Merah Silu dan Merah Hasum keluar dari negeri asal mereka, Semerlanga

kerana keluarga mereka sudah porak-peranda. Mereka merantau dan membuka negeri Beruana. Di sinilah

Merah Silu menjadi kaya-raya apabila cacing gelang-gelang dalam bubunya bertukar menjadi emas setelah

direbus.

• Pada bahagian perumitan, Merah Silu keluar dari Beruana kerana adindanya tidak suka akan sikapnya yang

dikatakan suka melakukan kerja yang sia-sia. Merah Silu terus merantau hinggalah bertemu dengan Megat

Iskandar di Buluh Telang. Megat Iskandar sangat mengasihinya hingga mahu mengangkat Merah Silu sebagai

raja disitu. Namun, cadangan itu dibantah oleh Tun Aria Benong.

• Plot mencapai kemuncak atau klimaks apabila Sultan Maliku'l-Nasar datang ke negeri Buluh Telang dan

menyerang Merah Silu setelah baginda dilantik sebagai raja.Peperangan tersebut berlanjutan hingga ke

beberapa tempat.6. Pada bahagian peleraian, Sultan Maliku'l-Nasar kalah dalam peperangan tersebut.Baginda

berundur ke Kumat tetapi akhirnya diserang oleh Megat Iskandar. Akhirnya,Merah Silu ditabalkan secara rasmi

sebagai Raja Rimba Jerun.

Page 18: Merah silu
Page 19: Merah silu

LATAR TEMPAT• Di Semerlanga.

Negeri asal Merah Silu dan Merah Hasum sebelum mereka keluar merantau.

• Di Beruana.

Perkampungan baru yang dibuka oleh Merah Situ dan Merah Hasum.

• Di Kerbau Kampung.

Tempat Merah Silu memikat kerbau liar.

• Di hulu Sungai Pasangan dan di hulu Karang.

Tempat persinggahan Merah Situketika dalam perjalanan selepas mengambil keputusan keluar dari tempat

MerahHasum.

• Di Buluh Telang.

Peristiwa Merah Silu bertemu dengan Megat Iskandar.

• Di Benua, di Pertama Terjun, di Gunung Telawas, dan diKumat.

Sultan Maliku'l-Nasar melarikan diri selepas berlaku peperangan dengan Merah Silu.

• Di Rimba Jerun.

Merah Silu ditabalkan menjadi raja oleh Megat Iskandar.

Page 20: Merah silu

LATAR MASA

• Latar masanya adalah ketika Puteri Betong mengandungkan Merah Silu

hingga Baginda mati dibunuh oleh ayahanda mentuanya, Raja Muhammad

yang marah terhadap perbuatan Merah Gajah yang mencabut rambut emas

Puteri Betong hingga menyebabkan kematiannya.

• Merah Silu dewasa dan dirajakan oleh Megat Iskandar di Rimba Jerun.

Page 21: Merah silu

LATAR MASYARAKAT

• Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.Contohnya, MerahSilu telah ditabalkan sebagai raja di Rimba Jerun.

• Masyarakat bangsawan yang gemar berperang.Contohnya, Raja Muhammad dan Raja Ahmad berperang hingga banyak rakyat terkorban dancedera.

• Masyarakat yang gemar berpindah-randah dan membuka negeri baru. Contohnya,Merah Gajah dan Merah Hasum meninggalkan negeri asal mereka, Semerlanga danmembuka perkampungan baru bernama Beruana.

• Masyarakat yang percaya kepada mitos.Contohnya, Merah Silu telah membawapulang cacing gelang-gelang yang memenuhi bubunyaselama beberapa hari. Apabila direbus, cacing gelang-gelang itu telah bertukar menjadi emasdan buihnya bertukar menjadi perak.

• Masyarakat yang suka melakukan pekerjaan yang sia-sia.Contohnya, Merah Silu suka memikat kerbau liar dan bersabung ayam.

Page 22: Merah silu
Page 23: Merah silu

• Nilai taat setia

Setiap rakyat haruslah menumpahkan taat setia kepada rajanya.Contohnya, rakyat jelata taat

akan anak raja yang bernama Merah Silu.

• Nilai murah hati.

Kita haruslah bermurah hati kepada orang lain seandainya berkemampuan. Contohnya, Merah

Silu menghadiahkan seekor kerbau kepada mereka yang bermain sabung ayam dan orang yang

datang menonton.

• Nilai berdikari.

Sikap berdikari dapat mematangkan diri agar tabah dengan cabaranhidup. Contohnya, Merah Silu

mencari negeri baru kerana tidak mahu bersama-sama dengan adiknya Merah Hasum.

• Nilai keberanian.

Semangat berani harus ada dalam diri pemimpin. Contohnya,Merah Silu berani menentang

musuh-musuhnya dalam peperangan.

• Nilai baik hati.

Kita haruslah baik hati dan bersedia membantu insan yang memerlukan. Contohnya, Megat

Iskandar menerima kedatangan Merah Silu dengantangan terbuka dan membenarkan baginda

tinggal di Buluh Telang

Page 24: Merah silu
Page 25: Merah silu

• Kita janganlah melakukan perbuatan yang dapat memudaratkan orang lain.

• Kita hendaklah menyelesaikan masalah yang timbul di meja rundingan

bukannyamelalui peperangan.

• Janganlah suka menganiayai haiwan kerana haiwan adalah makhluk Tuhan yang

bernyawa.

• Kita hendaklah berani menentang musuh.

• Nasihat yang baik perlu dijadikan teladan walaupun daripada orang yang

lebihmuda.

• Kita haruslah menghargai budi baik dan kepercayaan orang lain dengan sebaik

mungkin.

Page 26: Merah silu

SEKIAN TERIMA KASIH