Merakam Wawancara Dengan Baik

download Merakam Wawancara Dengan Baik

of 2

description

nota

Transcript of Merakam Wawancara Dengan Baik

MERAKAMKAN WAWANCARA DENGAN BAIK

Hasil sesuatu perojek itu adalah dalam dua bentuk iaitu rakaman dan transkrip akhir. Transkrip yang baik adalah bergantung pada hasil rakaman yang baik. Untuk menghasilkan rakaman yang baik interviewer perlulah memberi perhatian kepada beberapa cadangan berikut:Penggunaan Alat Yang Baik

Kualiti rakaman yang baik dapat dihasilkan dari penggunaan alat yang berjenama seperti alat perakam dan tape keluaran Syarikat Sony. Oleh kerana rakaman tape berkenaan perlu disimpan sebagai dokumen lisan tape berkenaan haruslah mempunyai 1.5 mil. Ketebalan. Sebaliknya juga gunakan alat perakam yang menggunakan mikrofon sama ada pin microphone atau mikrofon yang statik. Elakkan daripada menggunakan alat perakam yang mempunyai built in microphone kerana alat perakam jenis ini sukar menghasil rakaman yang bermutu tinggi. Penggunaan pin microphone adalah yang terbaik kerana ia sentiasa tersemat pada baju interviewee dan akan sentiasa merakamkan keterangan interviewee dalam apa juga ragam. Sering berlaku interviewee bangun mendapatkan sesuatu sambil memberikan keterangan dalam keadaan seperti ini mikrofon yang statik itu tidak dapat merakamkan keterangan dengan jelas. Interviewee juga perlu pastikan membawa alat yang lengkap seperti bateri, tape, soket, kamera serta filem yang diperlukan. Elakkan daripada kekekurangan tape dan bateri supaya perjalanan wawancara tidak terganggu.Latihan Menggunakan Alat Perakam

Walaupun cara penggunaan alat perakam itu suatu yang mudah namun seorang interviewer mestilah membuat latihan merakam sebelum wawancara. Sering berlaku di mana rakaman tidak terhasil dengan baik kerana kesilapan interviewer yang kurang memberikan perhatian kepada alat yang digunakannya. Pernah berlaku di mana seorang interviewer yang terlalu yakin telah menghasilkan rakaman yang tidak memuaskan selepas suatu sesi wawancara yang panjang. Oleh yang demikian, seorang itu perlulah membiasakan dengan tingkat volume yang sesuai dengan mesin perakam yang digunakan. Ini bergantung kepada jenis alat dan situasi tempat rakaman wawancara akan berlangsung. Situasi yang kurang baik memerlukan tingkat volume yang lebih tinggi dari situasi yang terselamat dari sebarang gangguan bising. Seorang interviewer perlu juga membiasakan penggunakan alat yang berkaitan, serta pengenalan butang dan kedudukan monitor switch alat yang akan digunakan.Suasana Tempat

Rakaman yang baik juga bergantung kepada suasana tempat yang bebas dari gangguan. Interviewer adalah bertanggungjawab untuk menentukan suasana tempat yagn terbaik. Sebaiknya rakaman wawancara itu berlangsung di tempat yang sunyi dan bebas daripada sebarang gangguan seperti bunyi telefon, kenderaan dan sebagainya. Sekiranya sesi itu dihadiri oleh pembantu atau mungkin isteri interviewee, interviewer perlu memberi penjelasan kepada mereka bahawa rakaman perlu dibuat dalam suasana yang terbaik. Kehadiran orang yang tiada berkaitan kadangkala boleh menjejaskan hasil rakaman. Begitu juga dengan bunyi radio, televisyen, kenderaan dan sebagainya boleh menjejaskan hasil rakaman.Mengekalkan Kualiti Rakaman Yang Baik

a)

Sebelum wawancara bermula interviewer perlulah memasang alat perakam. Tentukan hala kedudukan volumenya dan biarkan tape berjalan seketika. Interviewer perlu pastikan menekan butang rakaman.

b)Tape tidak boleh didedahkan pada cahaya matahari atau di tempat yang panas.

c)

Tape sentiasa dijauhkan dari apa jua jenis magnet.

d)

Elakkan daripada menggunakan tape pada pita mesin yang rosak.

e)Untuk menjaga hayat tape berkenaan ia perlu disimpan dalam tempat suhu yang sejuh. Sebaiknya dalam setahun tape itu perlu diputarkan sekurang-kurangnya dua kali bagi mengelakkan dari kerosakan.