Merawat Emosi Melalui EFT

15
Merawat Emosi Melalui EFT (Emotional Freedom Techniques®) Seorang pakar motivasi yang terkenal di Malaysia mengenakan bayaran RM650 hanya untuk mengajar teknik EFT. Setiap kali beliau menganjurkan seminar, lebih dari 100 orang akan mengikut seminar beliau. Jadi saya harap anda tidak akan mensia – siakan ilmu teknik EFT ini hanya kerana anda memperolehinya secara percuma. Bayangkan seorang rakan anda telah mengalami kemalangan sehingga patah kakinya. Selepas melalui rawatan perubatan moden, kaki rakan anda akan pulih dan kelihatan seperti biasa seperti sebelum beliau mendapat kemalangan. Tetapi tahukah anda semasa beliau mendapat kemalangan, rakan anda juga telah mengalami kejutan psikologi seperti ketakutan , trauma, terperanjat dan kesakitan emosi? Perubatan moden hanya merawat fizikal rakan anda. Kerana itu walaupun kaki rakan anda telah kelihatan seperti biasa, anda pasti akan mendengar keluhan kesakitan atau ketidak selesa pada kaki atau anggota tertentu rakan anda. Tahukah anda kenapa boleh jadi demikian? Ini kerana, kecederaan dalaman di tubuh rakan anda masih tidak dipulihkan. Dan selalunya mereka yang mengalami keadaan yang sama akan mengadu atau membawa kesakitan tersebut sehingga ke akhir hayat. Keadaan yang sama juga berlaku jika rakan anda mengalami masalah kegagalan atau kesusahan kewangan. Emosi dan mental rakan anda juga telah mendapat kecederaan atau kesakitan. E. F. T Emotional Freedom Techniques® Where astonishing emotional relief leads to profound physical healings. --Physician Approved-- PENGAKUAN SAYA DENGAN INI MENGAKUI DAN MEMAHAMI BAHAWA TEKNIK EFT INI HANYALAH MEMBANTU MERINGANKAN MASALAH EMOSI DAN TIDAK BERTUJUAN UNTUK MERAWAT ATAU MENGESAN SEBARANG PENYAKIT FIZIKAL ATAU MENTAL. TEKNIK INI JUGA BUKANLAH PENGGANTI UNTUK SEBARANG PROSES PERUBATAN BIASA ATAU PENJAGAAN PSIKOTERAPI. SAYA JUGA MENGAKU BAHAWA DENGAN MEMBACA DAN MEMPRAKTIKKAN KAEDAH EFT INI, TIDAK BERMAKSUD BAHAWA SAYA PERLU MEMBERHENTIKAN SEBARANG PENGAMBILAN UBAT YANG DIPRESKRIPSIKAN OLEH DOKTOR DAN HOSPITAL.

description

z

Transcript of Merawat Emosi Melalui EFT

Page 1: Merawat Emosi Melalui EFT

Merawat Emosi Melalui EFT (Emotional Freedom Techniques®)Seorang pakar motivasi yang terkenal di Malaysia mengenakan bayaran RM650 hanya untuk mengajar teknik EFT. Setiap kali beliau menganjurkan seminar, lebih dari 100 orang akan mengikut seminar beliau. Jadi saya harap anda tidak akan mensia – siakan ilmu teknik EFT ini hanya kerana anda memperolehinya secara percuma.

Bayangkan seorang rakan anda telah mengalami kemalangan sehingga patah kakinya. Selepas melalui rawatan perubatan moden, kaki rakan anda akan pulih dan kelihatan seperti biasa seperti sebelum beliau mendapat kemalangan. Tetapi tahukah anda semasa beliau mendapat kemalangan, rakan anda juga telah mengalami kejutan psikologi seperti ketakutan , trauma, terperanjat dan kesakitan emosi?

Perubatan moden hanya merawat fizikal rakan anda. Kerana itu walaupun kaki rakan anda telah kelihatan seperti biasa, anda pasti akan mendengar keluhan kesakitan atau ketidak selesa pada kaki atau anggota tertentu rakan anda. Tahukah anda kenapa boleh jadi demikian?

Ini kerana, kecederaan dalaman di tubuh rakan anda masih tidak dipulihkan. Dan selalunya mereka yang mengalami keadaan yang sama akan mengadu atau membawa kesakitan tersebut sehingga ke akhir hayat.

Keadaan yang sama juga berlaku jika rakan anda mengalami masalah kegagalan atau kesusahan kewangan. Emosi dan mental rakan anda juga telah mendapat kecederaan atau kesakitan.

E. F. TEmotional Freedom Techniques®Where astonishing emotional relief leads to profound physical healings.--Physician Approved--

PENGAKUAN

SAYA DENGAN INI MENGAKUI DAN MEMAHAMI BAHAWA TEKNIK EFT INI HANYALAH MEMBANTU MERINGANKAN MASALAH EMOSI DAN TIDAK BERTUJUAN UNTUK MERAWAT ATAU MENGESAN SEBARANG PENYAKIT FIZIKAL ATAU MENTAL. TEKNIK INI JUGA BUKANLAH PENGGANTI UNTUK SEBARANG PROSES PERUBATAN BIASA ATAU PENJAGAAN PSIKOTERAPI. SAYA JUGA MENGAKU BAHAWA DENGAN MEMBACA DAN MEMPRAKTIKKAN KAEDAH EFT INI, TIDAK BERMAKSUD BAHAWA SAYA PERLU MEMBERHENTIKAN SEBARANG PENGAMBILAN UBAT YANG DIPRESKRIPSIKAN OLEH DOKTOR DAN HOSPITAL.

Pandangan dari doktor-doktor perubatan moden 

"Someday the medical profession will wake up and realize that unresolved emotional issues are the main cause of 85% of all illnesses. When they do, EFT will be one of their primary healing tools .... as it is for me." - Eric Robins, MD

“EFT offers great healing benefits.” - Deepak Chopra, MD

Digunakan untuk semua isu termasuk:…Masalah seksual dan sukan …Penyakit serious (dari migraine hingga kanser)

Page 2: Merawat Emosi Melalui EFT

…Melegakan Kesakitan…Kemarahan…Ketagihan…Penurunan Berat Badan …Kemurungan…Trauma…Kerisauan Melampau…Ketakutan & Fobia …Alahan…Masalah Pernafasan…Tekanan Darah …Isu Perhubungan…Masalah Sakit Puan 

Apakah E.F.T?-EFT adalah satu terapi emosi yang berasal dari teknik Akupuntur China yang telah dimodenkan oleh pakar-pakar perubatan barat.

-Ia digunakan sebagai ikhtiar untuk memberi kebebasan dan ketenangan emosi ke tahap yang optimum.

-Di awal kajian EFT hanya menjurus kearah rawatan “psychotherapy” sahaja.

-Kemudian ia juga didapati mampu membantu dari segi rawatan penyakit fizikal 

-Ianya seumpama dengan akupuntur tetapi tidak menggunakan jarum.

-Ketukan pada titik-titik meridian akan bertindak menghantar tenaga kinetik kepada sistem tenaga dalam tubuh dan bertindak membersihkan sekatan-sekatan yang telah terbentuk akibat gangguan-gangguan yang terbina akibat peristiwa-peristiwa buruk dan pahit yang pernah dilalui oleh seseorang individu.

-Sekatan yang telah dibersihkan akan membenarkan tenaga mengalir dengan bebas semula.

Langkah-langkah dalam EFT

Terdapat 4 prosedur yang dikenali dengan RESEPI yang perlu dilakukan berturut-turut iaitu: 1. The Setup2. The Sequence3. The 9 Gamut Procedure4. The Sequence

Resepi 1...THE SETUP

Affirmasi dalam THE SETUP

Pengakuan/Pengesahan Masalah dan Kesediaan Ikhlas Diri Sendiri dalam Menerimanya

Walau pun saya mempunyai (Nyatakan masalah anda)___________________, Saya menerimanya dengan redha dan ikhlas.

ANTARA CONTOH AFFIRMASI

Page 3: Merawat Emosi Melalui EFT

**Even though I have this fear of publicspeaking, I deeply and completely accept myself.

**Even though I have this headache, I deeplyand completely accept myself.

**Even though I have this anger towards myfather, I deeply and completely accept myself.

**Even though I have this war memory, I deeplyand completely accept myself.

Katakan masalah anda adalah migraine, adalah dicadangkan supaya anda menyenaraikan antara 1-10 perincian terlebih dahulu dengan terperinci tentang masalah migraine anda seperti 1. Bila ia selalu menyerang 2. Bagaimana kesakitan yang anda rasai ketika ia menyerang 

BERIKAN SKALA (RATING) ANTARA 1-10 TENTANG KESAKITAN YANG DIRASAI

NYATAKAN PARAS/TAHAP MASALAH ANDA SEKARANG?

TITIK-TITIK MERIDIAN DALAM THE SETUP : 

1. KARATE CHOP (KC)

Page 4: Merawat Emosi Melalui EFT

2. SORE SPOT

LANGKAH-LANGKAH DALAM THE SET-UP :

Mula-mula, baca affirmasi seperti yang diatas sebanyak 3 kali dgn fokus yang menyeluruh terhadap pengakuan anda sambil mengetuk KC, ATAU menggosok sore spot dengan tapak tangan (pilih mana-mana cara yang anda rasa lebih selesa).

“Ketukan adalah sebuah ketukan perlahan menggunakan hujung jari telunjuk dan jari hantu (jari tengah) yang dirapatkan”

Page 5: Merawat Emosi Melalui EFT

Resepi 2...The Sequence 

Buat ketukan pada semua titik-titik meridian yang ditunjukkan dibawah dengan cara:

-7 ketukan di setiap titik (tidak mengapa jika terlebih ketuk, tetapi jangan kurang) Sambil membuat ketukan, fokus dan perhatian mesti diberi kepada kesakitan kepada ‘masalah’ yang diucapkan pada affirmasi tadi. Cth: jika masalah migraine, fokuskan pada : “aku sedang membersihkan diri dari migraine..migraine..migraine” disepanjang membuat 7 ketukan ini.

SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK MEMPERBESARKAN

Page 6: Merawat Emosi Melalui EFT

Resepi 3…The 9 Gamut Procedure

Buat ketukan tidak berhenti pada gamut point sambil melakukan proses dibawah:

1.Mata terbuka 

2.Mata ditutup 

Page 7: Merawat Emosi Melalui EFT

3.Anak mata diarah kekanan bawah dengan kuat 

4.Anak mata diarah kekiri bawah dengan kuat 

5.Buat pusingan anak mata kekanan umpama jarum jam dengan perlahan 

6.Buat pusingan anak mata kekiri umpama jarum jam dengan perlahan 

7.Buat ‘humming’ lagu yang menyeronokkan anda antara 2-5 saat (cth: Selamat harijadi/ Hari Raya)

8. Buat kiraan dengan laju dan kuat angka 1 hingga 5.

9. Ulang humming lagu yang menyeronokkan tadi.

ULANG SEMULA RESEPI THE SEQUENCE

........PROCEDUR EFT TAMAT..............

Sekarang cuba lihat kembali masalah anda tadi, cuba anda buat sekali lagi Skala (rating) antara 1-10 tentang ‘permasalahan anda tadi, apakah masih sama, semakin bertambah, atau makin berkurangan?

Lakukan setiap hari pada masa-masa yang terluang, sehingga anda dapat merasai perubahan positif pada rating yang anda berikan. Adalah dicadangkan dilakukan pada waktu yang sama setiap hari, cth: pukul 9 pagi dan 10 malam setiap hari. Selamat mencuba Untuk maklumat lanjut, sila layari:http://www.emofree.comPosted by arjunasetia at 12:34 AM   Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to PinterestLabels: EFT

Reactions: 

4 comments:

ladybee said...

good info terima ksh

March 17, 2013 at 5:20 PM

Page 8: Merawat Emosi Melalui EFT

Saaaaa said...

minta copy dan amalkan dan minta admin halalkan ilmu yang saya dapat ini. moga admin

dipermudahkan jalan rezeki dan panjang umur.amin.

March 23, 2014 at 11:10 AM

Syam said...

minta copy dan amalkan dan minta admin halalkan ilmu yang saya dapat ini. moga admin

dipermudahkan jalan rezeki dan panjang umur.amin.

March 23, 2014 at 11:13 AM

Tips Dan Inspirasi Menangani Masalah Anak Yang Nakal Dan Mencabar

Gambar HiasanAnak adalah anugerah dan amanah Allah SWT kepada ibubapa. Mereka ibarat kain yang putih yang bersih lagi suci. Kecantikan dan keindahan kain itu bergantung kepada ibubapa itu sendiri untuk mencorakkannya. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini untuk membentuk budi pekerti yang mulia berlandaskan syariat Islam. Pembentukan itu haruslah dilakukan ketika mereka masih di dalam kandungan ibu lagi.

Jika ditakdirkan mereka ini anak yang degil, keras hati, keras kepala dan nakal, janganlah anda kecewa dan patah semangat dalam menangani masalah ini. Anggaplah ia sebagai satu ujian Allah SWT kepada hambaNya yang dikasihi. Ingat hakikat bahawa Allah SWT uji hambaNya setakat kemampuan hambaNya untuk menanggung ujian itu. Jadi janganlah sesekali merasa kecewa atau patah semangat. Malahan, Nabi bersabda: Allah amat benci orang yang mudah patah semangat dan syaitan amat suka orang yang mudah patah semangat.

Page 9: Merawat Emosi Melalui EFT

Setiap masalah berpunca daripada: 

1. Hati yang kotor.

2. Fikiran yang negatif. 

3. Amalan yang tidak betul.

4. Gangguan metafizikal termasuk sihir.

5. Jahil tentang agama & tanggungjawab, atau

6. Semata-mata ujian Allah SWT kerana sayangNya kepada anda.

Jadi cuba semak diri anda tentang apakah punca sebenar masalah yang anda hadapi itu.

Pesan Nabi SAW: 

Anak-anak yang nakal semasa kecil, akan menjadi orang dewasa yang bijaksana. Jadi tukar

paradigma  tentang anak anda itu. Fikiran dan kata-kata ibubapa adalah DOA YANG MAKBUL.

Sabda Nabi SAW: Allah SWT bertindak seperti mana yang difikirkan oleh hambaNya. Nabi

pesan, anak berumur 1 - 7 tahun, didik dengan kasih sayang dan banyak bergurau. Jadi bagi

sesiapa yang selalu memukul anak, mulai hari ini jangan lagi memukul anak anda itu. Besar

kemungkinan dia RASA CEMBURU KEPADA ADIK. Sejak ada adik, ibubapa banyak

melebihkan adik tanpa sedar. Dia rasa terbiar. Pada abang atau kakak ni, kena marah atau

pukul adalah PERHATIAN DARIPADA IBUBAPA! Amat sedih bila ini berlaku!

Di antara perkara yang boleh dilakukan untuk bantu anak anda yang nakal untuk mendengar

cakap dan terlalu manja:

1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya

mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan

mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1 ½ jam makan. Jadi anak boleh belajar

dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang

makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak

pemarah dan agrasif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM

makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C

membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit.

2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa

selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.

Page 10: Merawat Emosi Melalui EFT

3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan

tingkatkan keberkatan dalam belajar.

4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA

baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan

ibubapa dan tidak banyak meragam.

5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk

bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.

6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan

kuatkan daya ingatannya.

7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatehah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak

dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan

pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.

8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan

oren akan rangsang anak jadi agrasif dan hyperaktif.

9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah

Nabi SAW.

10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara

haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezki

yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agrasif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra

nakal.

11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan

cemerlang.

Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan

semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT

akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.

Page 11: Merawat Emosi Melalui EFT

Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:

1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba'diah untuk menampung

segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.

2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan

tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam

sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah

SWT.

3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah

jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.

4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim

(ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.

5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi.

Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang

akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai,

selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti

enggan solat, dan sebagainya. Saya sertakan setDoa Harian untuk anda amalkan. Kongsikan

doa-doa tersebut dengan kawan-kawan dan keluarga yang lain. Sila klik Di Sini.

6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan.

Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.

7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24),

Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian

yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.

8. Layan anak  lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.

9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3

kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan

menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia

Page 12: Merawat Emosi Melalui EFT

supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan

ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.

10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya

'Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem

depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap

atau hujah ibu.

11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:

    i. Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.

   ii. Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.

  iii. Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau

       bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar,

       baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah

       hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.

12. Baca Al-Fatehah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita

setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak

mulia dan taat kepada ibubapa.

13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap

dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan

sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita

semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.

Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah

segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.

Selamat beramal dan moga berjaya, wassalam.

Sumber Inspirasi Dan Motivasi: Prof. Madya Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah.

.