Mercu Tanda Malaysia skrap

35
MERCU TANDA NEGARA

description

mercu tanda di negara kita Malaysia yang menjadi lambang kebanggaan. Ianya menjadi tanda negara kiata yang mempunyai identiti yang unik disebabkan rakyatnya yang berbilang kaum

Transcript of Mercu Tanda Malaysia skrap

Page 1: Mercu Tanda  Malaysia skrap

MERCU

TANDA

NEGARA

Page 2: Mercu Tanda  Malaysia skrap
Page 3: Mercu Tanda  Malaysia skrap

KOTA A FAMOSA

Page 4: Mercu Tanda  Malaysia skrap

A FamosaMerupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.

Page 5: Mercu Tanda  Malaysia skrap

MASJID SULTAN ABU BAKAR

Page 6: Mercu Tanda  Malaysia skrap

Masjid Negeri Sultan Abu Bakar

Masjid negeri Johor yang terletak diJohor Bahru. Masjid ini telah dibuka dengan rasminya oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pada 1900. Masjid ini diberi nama Masjid Abu Bakar kerana mengambil sempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim yang telah menitahkan pembinaannya kira-kira dalam tahun 1892 dengan perbelanjaan lebih dari $400,000.Masjid yang dibangunkan di atas sebuah bukit kecil di tepi Selat Tebrau menghala ke Singapura ini mempunyai 4 buah menara yang menyerupai beberapa buah masjid di negara-negara Asia Barat terutamanya di Mesir. Menaranya berbentuk 2 tingkat bulat di atas dan empat persegi di bawah serta berkubah. Masjid ini boleh memuatkan kira-kira 3,000 umat Islam bersolat.Seni bentuk bangunan masjid ini telah direka oleh Tuan Haji Mohamed Arif bin Punak di bawah penguasaan jurutera Yang Berbahagia Dato' Yahya bin Awalluddin. Masjid ini juga merupakan mercutanda yang membuktikan bahawa jurutera-jurutera Melayu juga berkeupayaan membina bangunan-bangunan besar yang indah dan kukuh seperti di Eropah danTimur Tengah pada hujung abad ke-19.

Page 7: Mercu Tanda  Malaysia skrap

MENARA KUALA LUMPUR

Page 8: Mercu Tanda  Malaysia skrap

Menara Kuala Lumpur

Sebuah menara terletak 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996. Menara ini merupakan bangunan komunikasi ketujuh tertinggi di dunia.

Page 9: Mercu Tanda  Malaysia skrap

MENARA BERKEMBAR PETRONAS

( KLCC )

Page 10: Mercu Tanda  Malaysia skrap

Menara Petronas Direka oleh jurubina César Pelli dari Argentina ini, siap dibina pada tahun 1998 setelah menelan masa tujuh tahun sehingga menjadi bangunan tertinggi di dunia sewaktu disiapkan. Menara ini dibina di atas tapak lumba kuda Kuala Lumpur.Kedalaman batuan dasar menjadikan bangunan ini dibina pada tapak yang paling dalam di dunia. Tapak sedalam 120 meter itu memerlukan sejumlah konkrit yang berlebihan untuk dibina dalam masa 12 bulan oleh Bachy Soletanche.Menara setinggi 88 tingkat ini banyak dibuat daripada konkrit bertetulang dengan muka bangunan buatan keluli dan kaca yang direka untuk menyerupai motif kesenian Islam untuk mencerminkan agama Islam di Malaysia.[12] Satu lagi pengaruh seni Islam dalam bangunan ini ialah keratan rentas kedua-dua menara yang berbentuk Rub el Hizb, ditambah dengan bahagian bundar untuk memenuhi keperluan ruang pejabat.[13]

Menara 1 dibina oleh konsortium Jepun yang dipimpin oleh Hazama Corporation manakala Menara 2 dibina oleh dua kontraktor Korea Selatan, iaitu Samsung C&T dan Kukdong Engineering & Construction. Jejantasnya pula disiapkan oleh Kukdong.

Page 11: Mercu Tanda  Malaysia skrap

BANGUNAN CONDONG

BANGUNAN CONDONG

Page 12: Mercu Tanda  Malaysia skrap

MERCU TANDA PULAU LANGKAWI

MERCU TANDA PULAU LANGKAWI

Page 13: Mercu Tanda  Malaysia skrap

Dataran Helang

Merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau Langkawi, Malaysia. Ia merupakan patung helang setinggi 12 meter yang menggambarkan Lang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung Lang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di pulau ini.Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi berasal “Lang” adalah sama atau dikata singkatan “helang” manakala “kawi” bermaksud perang merah di zaman Melayu purba.

Page 14: Mercu Tanda  Malaysia skrap

MASJID KRISTALTERENGGANU

MASJID KRISTALTERENGGANU

Page 15: Mercu Tanda  Malaysia skrap

Masjid Kristal Merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelanconganTaman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.

PerasmianMasjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8 Februari 2008 jam 6.00 petang.

PembinaanMasjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik.

Page 16: Mercu Tanda  Malaysia skrap

MERCU TANDA KELANTAN

MERCU TANDA KELANTAN

Page 17: Mercu Tanda  Malaysia skrap

MERCU TANDA PUTRAJAYA

MERCU TANDA PUTRAJAYA

Page 18: Mercu Tanda  Malaysia skrap

JAMBATAN PULAU PINANG

JAMBATAN PULAU PINANG

Page 19: Mercu Tanda  Malaysia skrap

Jambatan Pulau Pinang 

Merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysiadan keempat

terpanjang di Asia Tenggara. Jambatan mempunyai panjang kira-kira

13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut.

Jambatan ini menghubungkan Pulau Pinang di Lebuhraya Jelutong, 

Bayan Lepas dengan tanah besar semenanjung 

di Seberang Perai.

Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada

tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan memakan belanja sebanyak

RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia

diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini

adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-

penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.

Page 20: Mercu Tanda  Malaysia skrap

KAMPUNG BUDAYA, SARAWAK

KAMPUNG BUDAYA, SARAWAK

Page 21: Mercu Tanda  Malaysia skrap

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

Page 22: Mercu Tanda  Malaysia skrap

TUGU NEGARA

Page 23: Mercu Tanda  Malaysia skrap

STESEN KERETA APIKUALA LUMPUR

Page 24: Mercu Tanda  Malaysia skrap

MEMORIAL PERISYTIHARAN KEMERDEKAAN

Page 25: Mercu Tanda  Malaysia skrap

Tugu Negara Dikenali sebagai Tugu Negara Malaysiadisiapkan 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpurberhampiran dengan bangunan Parlimen.

Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.Dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon.

Page 26: Mercu Tanda  Malaysia skrap

Stesen Keretapi Kuala Lumpur

Merupakan sebuah stesen kereta api yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Selepas siap dibina pada tahun 1910untuk menggantikan sebuah stesen yang lebih lama pada tapak yang sama, stesen ini pernah dijadikan hab kereta api di bandaraya ini bagi Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Bahasa Inggeris: Federated Malay States Railway) dan Keretapi Tanah Melayu, sebelum Kuala Lumpur Sentralmengambil alih banyak peranannya pada tahun 2001. Stesen ini terkenal dengan gaya pembinaannya, mempunyai campuran rekaan Barat dan Timur.

Stesen ini terletak di Jalan Sultan Hishamuddin, dulu dikenali sebagai Victory Avenue, yang pernah merupakan sebahagian daripada Jalan Damansara. Stesen ini terletak berhampiran dengan Bangunan Kereta Api Tanah Melayuyang direka cipta dengan mirip, dan juga Masjid Negara dan Kompleks Dayabumi. Stesen LRT Pasar Seni terletak sejauh 400 meter, merentasiSungai Klang.

Page 27: Mercu Tanda  Malaysia skrap

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

Terletak di Bandar Melaka dan berhampiran dengan kesan-kesan sejarah yang lain sepertiA Famosa dan replika Istana Kesultanan Melaka.Di hadapan memorial ini ialah Dataran Pahlawan.Bangunan ini dibina pada tahun 1911. Sebelum itu bangunan ini dikenali sebagai Kelab Melaka. Bangunan ini juga digunakan untuk kegiatan sosial oleh golongan atasan dan pegawai-pegawai kerajaan pada zaman penjajahan Inggeris. Setelah merdeka, kelab ini dibuka kepada orang ramai. Kemudian pada 31 Ogos 1985, bangunan ini dijadikan memorial yang memuatkan segala dokumen tentang kemerdekaan.

Memorial ini ditubuhkan untuk mengambil dokumen tentang kemerdekaan negara. Selain itu, pameran di bangunan ini meliputi ZamanKesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Barang-barang yang dipamerkan meliputi dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan, pita rakaman, minit-minit mesyuarat, majalah, keratan akhbar dan bahan-bahan artifek yang berkaitan dengan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan.

Page 28: Mercu Tanda  Malaysia skrap

PERDANA PUTRA

Page 29: Mercu Tanda  Malaysia skrap

Perdana Putra

Merupakan bangunan pejabat Perdana Menteri yang terletak kira-kira 50meter dari aras laut mengadap tasik Putrajaya. Ia mempunyai bangunan berdinding batu asli dengan atap hijau dan kubah berbentuk bebawang, dikelilingi oleh empat kubah lebih kecil membentuk mercu tanda di Putrajaya.

Pembinaan bermula pada tahun 1997 dan disiapkan pada awal 1999. Bangunan ini pertama kali diduduki pada April 1999 selepas kesemua seksyen Jabatan Perdana Menteri berpindah dari Kuala Lumpur ke Putrajaya. Perdana Putra merupakan bangunan pejabat Perdana Menteri yang terletak kira-kira 50meter dari aras laut mengadap tasik Putrajaya. Ia mempunyai bangunan berdinding batu asli dengan atap hijau dan kubah berbentuk bebawang, dikelilingi oleh empat kubah lebih kecil membentuk mercu tanda di Putrajaya.

Page 30: Mercu Tanda  Malaysia skrap

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

Page 31: Mercu Tanda  Malaysia skrap

Bangunan Sultan Abdul Samad menjadi mercu tanda bandar rayaKuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan Selangor pada masa ia mula dibina 1894.Di hadapan bangunan indah ini beberapa peristiwa sejarah berlaku. Di sinilah tempat di mana bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Jalur Gemilang dikibarkan. Peristiwa ini menunjukkan berlalulah satu era dijajah kepada era masyarakat yang merdeka.Bangunan ini diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dalam kategori Tapak Warisan pada 2007 oleh Jabatan Warisan Negara,Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia di bawah Akta 645.

Page 32: Mercu Tanda  Malaysia skrap

BANGUNAN PARLIMEN, MALAYSIA

Page 33: Mercu Tanda  Malaysia skrap

Bangunan Parlimen Malaysia

Merupakan sebuah bangunan yang tersegam indah di bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia dan merupakan simbol demokrasi berparlimen serta simbol perpaduan kerajaan persekutuan Malaysia. Lokasinya terletak berhampiran Tugu Peringatan Negara di Taman Tasik Perdana.Kompleks bangunan Parlimen ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sebuah bangunan utama 3 tingkat dan sebuah menara setinggi 17 tingkat. Bangunan utama 3 tingkat ini menempatkan dua buah dewan utama iaituDewan Rakyat dan Dewan Negara manakala sebuah menara setinggi 17 tingkat pula menempatkan pejabat pentadbiran, pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Yang di-Pertua Dewan Negara.Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, menyetujui cadangan pembinaan Parlimen pada Disember 1959. Kerja-kerja pembinaan disiapkan pada September 1962, dan perasmian bangunan Parlimen yang baru dijalankan oleh Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong yang ketiga, pada 21 November 1963. Pembinaan bangunan ini menelan kos perbelanjaan sebanyak RM18 juta.

Page 34: Mercu Tanda  Malaysia skrap

BIL ISI KANDUNGAN

1. MENARA KUALA LUMPUR

2. MENARA BERKEMBAR PETRONAS(KLCC)

3. JAMBATAN PULAU PINANG

4. MASJID SULTAN ABU BAKAR

5. MASJID KRISTAL, TERENGGANU

7. DATARAN HELANG, PULAU LANGKAWI

8. KOTA A FAMOSA

9. TUGU NEGARA

10. STESEN KERETA API KUALA LUMPUR

11. MEMORIAL PERISYTIHARAN KEMERDEKAAN

12. BANGUNAN PARLIMEN MALAYSIA

13. BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD

14. PERDANA PUTRA

Page 35: Mercu Tanda  Malaysia skrap

JUITA MAISARAH

NUR ZUHAIRAH

MOHAMAD SYAFIQ