Merejam Lembing

15
Merejam Lembing Sejarah Rejam lembing (javelin) adalah acara olahraga yang tertua dan dipercayai dimainkan sejak zaman purba lagi. Ketika itu lembing digunakan untuk memburu dan sebagai senjata dalam peperangan. Acara merejam lembing mula di pertandingkan dalam Sukan Olimpik Moden pada tahun 1912. Sejak itu, acara merejam lembing merupakan satu acara balingan dalam semua acara sukan dunia. Acara ini juga dipertandingkan di peringkat negeri, daerah atau sekolah. Prinsip asas merejam lembing Merejam lembing berbeza daripada aktiviti membaling yang lain seperti melontar peluru dan melempar cakera. Ini kerana terdapat perbezaan di antara bentuk alatan yang digunakan dan juga kawasan untuk bergerak bagi ketiga-tiga acara sukan itu. Dalam acara merejam lembing, pelatih menggunakan aksi membaling yang lebih kurang sama dengan tindakan membaling sebiji batu atau bola tenis. Selain itu, pelatih hendaklah mempelajari teknik menggunakan keseluruhan badan mereka untuk menghasilkan tindakan yang berkesan semasa merejam lembing. Latihan ansur maju hendaklah dimulakan dengan mengajar para pelatih tentang cara memegang lembing, berlari dengan lembing, merejam dengan cara berdiri dan seterusnya sehingga mereka dapat berlari sambil merejam lembing. Butiran seperti pentingnya meleding badan sebelum merejam, langkah larian yang licin, keadaan tangan yang lurus semasa membawa lembing dan tindakan tumit untuk membantu pergerakan badan adalah perlu kepada para pelatih. Keselamatan para pelatih

description

olahraga rejam lembing

Transcript of Merejam Lembing

Page 1: Merejam Lembing

Merejam Lembing

Sejarah

Rejam lembing (javelin) adalah acara olahraga yang tertua dan dipercayai dimainkan sejak

zaman purba lagi. Ketika itu lembing digunakan untuk memburu dan sebagai senjata dalam

peperangan. Acara merejam lembing mula di pertandingkan dalam Sukan Olimpik Moden pada

tahun 1912. Sejak itu, acara merejam lembing merupakan satu acara balingan dalam semua acara

sukan dunia. Acara ini juga dipertandingkan di peringkat negeri, daerah atau sekolah.

Prinsip asas merejam lembing

Merejam lembing berbeza daripada aktiviti membaling yang lain seperti melontar peluru dan

melempar cakera. Ini kerana terdapat perbezaan di antara bentuk alatan yang digunakan dan juga

kawasan untuk bergerak bagi ketiga-tiga acara sukan itu. Dalam acara merejam lembing, pelatih

menggunakan aksi membaling yang lebih kurang sama dengan tindakan membaling sebiji batu

atau bola tenis.

Selain itu, pelatih hendaklah mempelajari teknik menggunakan keseluruhan badan mereka untuk

menghasilkan tindakan yang berkesan semasa merejam lembing. Latihan ansur maju hendaklah

dimulakan dengan mengajar para pelatih tentang cara memegang lembing, berlari dengan

lembing, merejam dengan cara berdiri dan seterusnya sehingga mereka dapat berlari sambil

merejam lembing. Butiran seperti pentingnya meleding badan sebelum merejam, langkah larian

yang licin, keadaan tangan yang lurus semasa membawa lembing dan tindakan tumit untuk

membantu pergerakan badan adalah perlu kepada para pelatih.

Keselamatan para pelatih

Semasa membawa lembing

Mata lembing biarlah menghadap ke bawah

Jangan berlari

Semasa latihan

Page 2: Merejam Lembing

Pastikan tidak ada orang di kawasan merejam

Perhatikan pergerakan orang lain di sekitar kawasan

Para pelatih lain yang masih menunggu giliran mereka mestilah berada di kawasan

yang telah ditetapkan oleh jurulatih

Amalkan dasar semua memungut lembing setelah semua merejam

Susunan dan organisasi kelas hendaklah diatur rapi bagi membolehkan penyertaan

setiap pelajar secara maksimum

BAHAGIAN – BAHAGIAN LEMBING

Lembing biasanya diperbuat daripada besi atau logam campuran. Bahagian-bahagian lembing

terdiri daripada kepala, grip dan ekor. Terdapat dua jenis gaya rejaman yang boleh digunakan

oleh perejam lembing. Kedua-dua gaya ini sering digunakan oleh perejam-perejam amatur

mahupun professional. Gaya rejaman tersebut ialah Gaya Rejaman Dari Atas Bahu dan Gaya

Rejaman Dari Bawah Bahu.

Gaya memegang lembing

Terdapat tiga teknik asas memegang lembing iaitu;

Gaya Amerika

Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari yang lain.

Gaya Finnish

Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari tengah.

Page 3: Merejam Lembing

Gaya Pegangan – U

Lembing dipegang di antara jari telunjuk dan jari tengah.

Kawasan rejaman lembing

Kawasan rejaman hendaklah bebas daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak

membahayakan keselamatan orang ramai. Panjang kawasan larian tidak melebihi 36.5 m dan

lebar 4 m, manakala kawasan rejaman yang dilebarkan pada sudut 29 – 30 darjah mempunyai

jarak 8 m dari pusat lengkungan ke titik sudut. Panjang kawasan ini tidak mempunyai had

asalkan bersesuaian dengan taraf atau prestasi peserta.

Teknik rejaman lembing

Terdiri daripada empat fasa utama seperti berikut:

Fasa persediaan

Fasa lari landas

Fasa rejaman

Fasa ikut lajak

1. Fasa persediaan

Page 4: Merejam Lembing

Fasa ini memberi fokus kpada persediaan fizikal seperti teknik memegang dan menentukan

kedudukan lembing serta persediaan mental. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

Berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak dan seles

Pegang lembing mengikut gaya pegangan yang dipilih dengan kemas dan selesa

Lembing berada pada aras kepala dalam keadaan bersudut 40 darjah

Bahagian kepala lembing hendaklah menghala ke arah kawasan rejaman

Pandang kearah kawasan rejaman

2. Fasa lari landas

Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan kelajuan yang maksimum dan dalam keadaan terkawal.

Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

Mulakan larian sambil memegang lembing pada aras kepala

Tingkatkan kelajuan mewujudkan daya pecut secara terkawal

Langkah terakhir lebih besar daripada langkah – langkah sebelumnya

Tumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa memberhentikan larian supaya

kuasa larian dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa rejaman

3. Fasa rejaman

Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki ke lembing untuk memberi kelajuan

yang maksimum pada rejaman. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

Dalam keadaan tumit kaki hadapan menekan ke tanah, kilaskan badan ke sisi

Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan menggunakan tangan bebas dan kuasa

rotasi pinggang

Tolak lembing ke belakang dan tarik ke atas dan ke hadapan untuk melancarkan

lembing

Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan lentikan di belakang untuk

menambahkan kuasa rejaman

4. Fasa ikut lajak

Page 5: Merejam Lembing

Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan selepas merejam adalah penting. Perkara yang

perlu diberi perhatian ialah:

Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapak ke hadapan dan mendarat

dengan sebelah kaki

Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lagi

Rendahkan badan bagi mengimbang dan menstabilkan kedudukan badan

Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan lengkungan bulatan

REJAM LEMBING 1 CARA ATAU TEKNIK MELAKUKAN REJAMAN

Merejam lembing merupakan satu-satunya acara lontaran yang di lakukan dalam kawasan bukan

berbentuk bulatan seperti dalam acara lontaran lain. Sebaliknya, rejaman dilakukan daripada

lorong larian yang lurus yang memerlukan peserta membuat larian pada jarak lebih kurang antara

30 meter hingga 35 meter. Teknik rejaman antara seorang peserta dengan peserta lain

dibezakan menerusi cara membawa lembing, jumlah langkah atau larian yang dibuat dan cara

membuat pelepasan lembing. Selain daripada itu, peringkat atau aturan dalam melakukan

rejaman umumnya adalah sama, sama ada lembing itu di rejam o;eh peserta lelaki ataupun

wanita.

Ada beberapa peringkat yang terdapat pada perlakuan rejaman lembing ini. Setiap peserta sama

ada yang baru menceburi diri dalam acaraini ataupun mereka yang sudah berpengalaman, harus

dapat memahirkan diri dalam setiap peringkat dengan penekanan perhatian diberikan kepada

kelicinan perlakuan serta keberkesanan rejaman supaya mendapat jarak sejauh mungkin.

Peringkat-peringkat itu adalah seperti berikut:

1.Cara memegang lembing.

2.Larian awal.

3.Peringkat rejaman lembing.

4.Peringkat pendaratan lembing dan ikut lajak.

5.Peringkat mengundurkan diri

CARA MEMEGANG LEMBING

Oleh sebab ini memerlukan setiap peserta menggunakan sesuatu alat khusus, iaitu lembing

untuk menyertai pertandingan, maka peserta pertama yang harus dilakukan oleh peserta itu ialah

mendapatkan lemning dan mengetahui cara memegang lembing. Menerusi latihan dan perlakuan

yang berulang-ulang, peserta harus dapat memahirkan diri dengan pegangan yang dianggap

paling selesa dan sesuai supaya mereka dapat melakukan rejaman dengan baik dan berkesan.

Pegangan lembing penting dari dua aspek, iaitu aspek keselesaan untuk mendapatkan jarak

yang sejauh mungkin dan aspek keselamatan yang juga berpunca atau ditentukan oleh cara

peserta memegang lembing. Jurulatih atau guru pengawas hendaklah menekankan kedua-dua

aspek ini semasa mejalankan latihan kepada peserta-peserta mereka. Dengan menguasai

aspek-aspek ini, maka peserta itu kini sudah bersedia untuk melakukan rejaman.

Umumnya, terdapat tiga cara atau kaedah memegang lembing yang biasa dan sering digunakan

oleh hamper semuapeserta acara ini, termasuk peserta wanita. Sebelum peserta dapat memilih

Page 6: Merejam Lembing

cara pegangan yang sesuai, adalah perlu dia didedahkan kepada ketiga-tiga cara pegangan ini

supaya dia dapat membezakan cara pegangan menerusi pengalaman iaitu dengan melakukan

sendiri perlakuan itu. Perkara ini penting didedahkan kepada mereka yang baru menceburkan diri

dalam acara ini kerana jika seseorang itu sudah biasa dengan sesuatu cara dia akan terus

menggunakan cara atau kaedah itu.

CARA PEGANGAN 1

Dalam kaedah pegangan lembing pertama ini peserta akan memegang lembing di antara ibu jari

dengan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari lain. Tangan peserta hendaklah berada pada

tempat pegangan dengan menadahkan tapak tangan ke atas untuk mendapatkan lembing.

Kemudian ibu jari akan memegang sambil menggenggam lembing, manakala tiga jari lain turut

memegang sambil memberikan sokongan kepada pegangan itu.

CARA PEGANGAN 2

Dalam kaedah pegangan lembing ini peserta memegang lembing di antara jari hantu dan

disokong oleh jari manis serta jari kelengkeng. Untuk melakukan pegangan peserta meletakkan

lembing di atas tapak tangan pada kedudukan di antara jari hantu dan jari manis. Manakala jari

kelengkeng bertindak memberi sokongan bagi mengemaskan pegangan. Cra ini mungkin kurang

sesuai bagi sesetengah peserta, tetapi boleh dicuba sekiranya cara ini memberi keberkesanan

kepada peserta.

CARA PEGANGAN 3

Dalam kaedah ini, lembing dipegang di antara jari telunjuk dengan jari hantu dengan dibantu jari-

jari lain. Untuk melakukan pegangan ini, peserta memegang lembing pada tampat pegangan

yang ditetapkan iaitu pada tapak tangan. Lembing diletak di antara jari telunjuk dengan jari hantu,

sambil dibentuk oleh ibu jari pada sebelah lembing dan dua jari lain di seblah lain. Cara

pegangan ini boleh digunakan oleh semua peserta.

Cara pegangan lembing adalah mengikut kesesuaian dan keselesaan peserta itu sendiri.

Terserahlah kepada peserta untuk mendapatkan kedudukan lembing sama ada di bawah atau di

atas bahu. Jika lembing dipegang dan dibawa dari bawah bahu, ini bermakna peserta akan

melakukan rejaman menggunakan teknik bawah bahu, dan jika lembing dipegang pada atas aras

bahu, ini bermakna peserta akan membuat rejaman menggunakan teknik atas bahu. Pegangan

ini hendaklah disesuaikan dengan larian yang bakal dilakukan peserta.Pengenalan

     Merejam atau membaling lembing merupakan acara balingan yang tertua dan dipercayai dimainkan sejak purba lagi. Pada ketika itu, orang menggunakan lembing untuk memburu aerta sebagai senjata dalam peperangan. Dalam sukan, merejam lembing digunakan sebagai latihan untuk aktiviti-aktiviti yang lebih serius. Matlamat acara ini sebagai sekan ialah mendapatkan jarak paling jauh berbanding dengan peserta lain yang mengambil bahagian, mengikut peraturan yang ditetapkan.

     Sebagai sukan juga, merejam lembing turut menjadiacara dalam Sukan Olimpik Moden yang pertama pada tahun 1896. Hingga kini, merejam lembing adalah salah satu acara balingan yang paling penting di dalam sukan olahraga, khususnya dalam acara padang. Acara ini disertai oleh lelaki dan perempuan. Pemenang acara ini ditentukan menerusi jarak balingan terjatuh yang dicapai oleh seseorang peserta.

Page 7: Merejam Lembing

Kelengkapan

a) Lembing        Kelengkapan utama bagi acara ini ialah lembing dan kawasan membuat rejaman. Lembing yang digunakan biasanya diperbuat daripada kayu, besi atau logam campuran. Bahagian-bahagian lembing terdiri daripada kepala, grip dan bahagian hujung atau ekor yang tajam. BAhagian kepala diperbuat daripada besi yang berukuran 25-33 cm. Bahagian grip berukuran antara 15-16cm untuk lelaki dan 14-15cm untuk perempuan dan lelaki di bawah umur 18 tahun. Pada bahagian inilah letaknya pusat grativiti lembing. Berat minimum lembing untuk lelaki ialah 800g manakala untuk perempuan dan lelaki bawah 18 tahun ialah 600g.

b) Gelanggang              Gelanggang atau kawasan khas hendaklah disediakan untuk acara ini. Ia hendaklah bebas daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak menjejaskan keselamatan penonton atau orang ramai.Padang bola atau stadium terbuka sesuai digunakan sebagai gelanggang. Kawasan ini hendaklah mengandungi keperluan-keperluan berikut:* Kawasan larian yang panjangnya tidak melebihi 36.5m dan 4m lebar.* Penanda arc- yang merupakan sempadan antara kawasan larian dengan kawasan  rejaman dan tidak boleh dipijak oleh peserta.* Kawasan rejaman yang dilebarkan pada sudut 29-30 dan beriarak 8m dari penanda  arc ke titik sudut. Panjang kawasan ini tidak dihadkan, asalkan bersesuaian  dengan taraf atau prestasi peserta-peserta.

c) Kasut

     Kasut yang paling sesuai digunakan dalam acara ini ialah spike yang mempunyai enam paku di bahagian hadapan tapak dan dua paku di bahagian tumit. Spike yang digunakan untuk acara-acara lain boleh digunakan juga. Jika kasut getah digunakan, pastikan kasut itu dalam keadaan baik, terutama pada bahagian tapaknya.

Cara-cara Membuat Lembing

a) Memegang Lembing

     Sebelum mempelajari cara merajam lembing, seseorang perejam lembing hendakhlah terlebih dahulu memahirkan diri dalam teknik memegang lembing. Aspek ini sangat penting, sama ada daripada segi pencapaian dan juga keselamatan peserta. Umumnya, terdapat tiga acara memegang lembing yang biasa diamalkan. Jurulatih hendaklah menekankan ketiga-tiga cara ini, terutama kepada meraka yang baru meceburkan diri.* Memegang di antara ibu jari dengan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari  lain.* Memegang di antara jari hantu dan disokong oleh jari manis serta jari  kelengkeng.* Memegang di antara jari telunjuk dengan jari hantu. Cara ini kadang-kadang  disebut cara ladam kuda.

Page 8: Merejam Lembing

b) Peringkat-peringkat Merejam Lembing

     Pendekatan merejam lembing boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu peringkat berlari, peringkat transisi, peringkat melepas dan peringkat mengundurkan diri.

Peringkat Berlari

1) Peserta berdiri dengan merapatkan kedua-dua belah kaki di dalam kawasan yang   disediakan sambil memegang lembing mengikut keselesaan masing-masing.2) Lembing diletakkan pada bahu dan siku tangan yang memegang lembing hendaklah   membengkok ke hadapan.3) Mulakan langkah menggunakan kaki kanan dengan 4-12 langkah pada kelajuan   sederhana atau perlahan.

Peringkat Transisi

1) Larian sejauh 5-6 langkah hendaklah dilakukan.2) Lembing dan badan peserta bergerak ke kedudukan ke belakang.3) Pandangan mata hendaklah ke hadapan apabila melangkah.4) Peserta mendarat di belakang penanda arc dengan menggunakan tumit kanan serta   membawa berat badan ke belakang.

Peringkat Melepas

1) Peserta membuka langkah seluas mungkin.2) Dada dan bahu dipusingkan, lengan kanan di atas bahu dan siku dibiarkan   berdasarkan tinggi dan rejaman yang akan dibuat.3) Mendaratlah pada kaki kanan berhampiran penanda arc, tetapi jangan menyentuh   atau melepasinya. Untuk mengimbangkan badan, peserta boleh melompat   menggunakan kaki kanan sambil dibantu oleh tangan.4) Lepaskan lembing pada sudut 30-40 daripada padang sekuat yang boleh dengan   memastikan agar lembing akan mendarat sambil meninggalkan kesan pada padang.

Peringkat Berundur

1) Peserta hendaklah menunggu di dalam kawasan berlepas sehingga lembing   mendarat.2) Peserta hendaklah beredar dari kawasan larian atau berlepas ke belakang   daripada penanda arc. Jangan sekali-kali beredar  ke hadapan melepasi penanda   arc.3) Kembalilah ke tempat peserta untuk menanti giliran rejaman berikutnya.

Undang-undang Dan Peraturan

Page 9: Merejam Lembing

1) Lembing hendaklah dipegang pada bahagian gripnya. Semasa merejam, lembing   haruslah berada di atas bahu. Cara memegang dan kedudukan lembing di atas bahu   bergantung pada keselesaan peserta.2) Peserta akan diberikan enam kali rejaman sekiranya terdapat kurang daripada   lapan orang peserta. Jika bilangannya melebihi lapan orang, tiga rejaman akan   diberikan kepada setipa peserta. Lapan peserta terbaik dengan jarak rejaman   paling jauh akan mara ke pusingan akhir. Mereka akan diberikan tiga rejaman   lagi.3) Semasa membuat rejaman, peserta harus berlari dalam kawasan yang ditetapkan   dan lembing yang direjam hendaklah mendarat di dalam kawasan yang diberikan.   Lembing yang direjam tidak semestinya terpacak di atas padang, cukup sekadar   kepala lembing menyentuh tanah dahulu.4) Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan rejaman selagi lembing belum   mendarat. Apabila keluar daripada kawasan merejam, peserta hendaklah keluar   dari bahagian belakang. Rejaman dikira batal jika peserta berjalan ke hadapan   dan terpijak penanda arc walaupun lembing mendarat dengan sempurna.5) Peserta yang berjaya membuat rejaman paling jauh dikira pemenang, dengan   syarat dia tidak melanggar peraturan yang ditetapkan oleh rejamannya sempurna.   Jika terdapat dua peserta atau lebih yang mencapai jarak yang sama, mereka   akan diberikan peluang membuat rejaman penentuan dan sebarang jarak yang   melebihi peserta lain dikira pemenang.6) Terdapat empat orang pengadil atau pegawai yang mengadili acara ini. Pengadil   1 memastikan sama ada peserta memijak penanda arc atau tidak. Pengadil 2   memastikan peserta memegang lembing dengan betul atau tidak. Pengadil 3 dan 4   akan mengenal pasti pendaratan lembing.7) Pengukuran dibuat pada tempat terdekat kepada titik di mana kepala lembing   mendarat dengan garisan, dengan menggunakan pita pengukur. Dalam pertandingan   antarabangsa, pengukuran dibuat menggunakan alat elektronik.

Rejam LembingPrinsip Asas Merejam Lembing

Merejam lembing berbeza daripada aktiviti membaling yang lain seperti melontar

peluru dan melepar cakera. Ini kerana terdapat perbezaan di antara bentuk alatan yang

digunakan dan juga kawasan untuk bergerak bagi ketiga-tiga acara sukan tersebut.

Biasanya, dalam acara melontar peluru tindakan menolak untuk menggerakkan peluru

itu digunakan manakala untuk acara melempar cakera ia melibatkan pergerakan

melempar. Bagi acara merejam lembing pula, aksi membaling yang lebih kurang sama

dengan tindakan membaling sebiji batu atau bola tenis digunakan.

Walaupun lembing berukuran kecil yang beratnya di antara 400 – 500 gm tidak

terlalu berat, namun belum tentu ia dapat dibaling dengan mudah ke arah suatu jarak

Page 10: Merejam Lembing

yang tertentu. Semasa merejam lembing, teknik keseluruhan badan digunakan untuk

menghasilkan tindakan yang berkesan.

Latihan ansur maju hendaklah dimulakan dengan mempelajari tentang cara

memegang lembing, berlari dengan lembing, merejam dengan cara berdiri dan

seterusnya berlari sambil merejam lembing. Butiran seperti pentingnya meleding badan

sebelum merejam, langkah larian yang licin, keadaan tangan yang lurus semasa

membawa lembing dan tindakan tumit untuk membantu pergerakan badan adalah

perlu ditekankan.

Keselamatan Semasa Merejam Lembing

Langkah keselamatan yang harus diambil supaya kejadian yang tidak diingini

dapat dielakkan semasa melakukan latihan merejam lembing. Antaranya adalah:-

a)         Semasa membawa lembing

            i)          Mata lembing hendaklah menghadap ke bawah.

            ii)         Jangan berlari.

b)         Semasa latihan

            i)          Pastikan tidak ada orang di kawasan balingan.

            ii)         Perhatikan pergerakan orang lain di sekitar kawasan.

iii)        Pelontar lain yang masih menunggu giliran mereka mestilah berada di kawasan

selamat yang telah ditetapkan.

Latihan Merejam Lembing

A.        Teknik Memegang Lembing

Terdapat tiga teknik asas memegang lembing iaitu:-

a)         Memegang lembing antara jari telunjuk dengan ibu jari (dikenali sebagai gaya

Amerika).

b)         Memegang lembing di antara ibu jari dengan jari tengah (dikenali sebagai gaya

Finnish).

Page 11: Merejam Lembing

c)         Memegang lembing di antara jari telunjuk dengan jari tengah (dikenali sebagai “U-

Grip).

Walau apa pun teknik atau cara yang digunakan, perlu dipastikan bahawa

sebahagian daripada tapak tangan (termasuk jari-jari) sentiasa bersentuhan dengan

balutan lembing itu. Selain itu, tapak tangan yang sedang memegang lembing

hendaklah dihadapkan ke atas.

Gaya Membawa Lembing

Semasa bersedia untuk membuat larian, seseorang pelontar boleh membawa

lembing dengan dua gaya. Gaya yang lebih biasa dan popular ialah gaya atas bahu.

Dalam gaya ini lembing dipegang secara berpenjuru merentangi tapak tangan. Pelontar

harus memegang lembing itu pada aras yang lebih kurang sama dengan aras telinga

dan selari dengan tanah.

Gaya yang kedua ialah gaya sisi di mana lembing itu dipegang dengan tangan

lurus ke belakang. Lembing itu berada di bahagian rusuk pada aras pinggang semasa

pelontar bersedia untuk berlari, semasa berlari dan sehingga tiba masa lembing itu

hendak dilancarkan.

Teknik Merejam Lembing Yang Betul

A.        Fasa Pergerakan

a)         Semasa membuat larian di landas laro (gaya atas bahu)

            i)          Lembing berada di atas kepala dan selari dengan tanah.

            ii)         Siku tangan yang  memegang lembing mengarah ke hadapan.

            iii)        Tangan yang bebas dibengkokkan dan menyilang badan di aras muka.

            iv)        Berlari dengan lurus.

b)         Semasa bersedia untuk merejam

            i)          Langkah akhir lebih besar daripada langkah-langkah sebelumnya.

ii)         Tumit kaki hadapan menekan kuat ke atas tanah apabila larian dihentikan dengan tiba-

tiba.

Page 12: Merejam Lembing

iii)        Berat badan dirasa di kaki belakang.

iv)        Lentikkan badan ke belakang.

c)         Semasa merejam lembing

            i)          Tarik lembing dengan kuat melalui atas bahu.

            ii)         Tangan bebas digerakkan ke belakang.

            iii)        Kaki belakang menolak kuat (pergerakan pinggang).

            iv)        Berat badan dipindahkan ke kaki hadapan.

d)         Ikut lajak dan pulihan

i)          Kaki belakang bertapak di hadapan selari dengan garis lengkungan bulatan.

ii)         Bahu kanan menghala ke kawasan hadapan.

iii)        Mata mengikut pergerakan lembing.

Aktiviti/Permainan Berkaitan Dengan Latihan Merejam Lembing

a)         Membaling bola ke sasaran

Pelontar cuba membaling bola tenis supaya kena pada sasaran di dinding. Gaya

membaling adalah dari belakang bahu dan atas kepala. Para pelontar boleh bermula

dengan kedudukan berdiri atau secara berlari beberapa langkah sebelum membaling

bola. Aktiviti ini boleh dipertandingkan sebagai permainan berpasukan atau

berseorangan. Pasukan atau pemain perseorangan yang mendapat jumlah mata yang

tertinggi di akhir bilangan pusingan yang telah ditetapkan dikira sebagai pemenang.

b)         Merejam lembing ke sasaran

Pelontar cuba merejam lembing ke sasaran yang ditandakan di atas tanah. Dalam

aktiviti ini teknik menggerakkan lembing dan ketepatan mengenai sasaran lebih

dititikberatkan daripada jarak rejaman lembing. Pasukan atau individu yang berjaya

mengumpulkan jumlah mata yang tertinggi dikira sebagai pemenang. Bilangan rejaman

bagi setiap pasukan atau individu ditetapkan terlebih dahulu.

Kesalahan Biasa Semasa Merejam Lembing

Page 13: Merejam Lembing

a)         Menggenggam lembing terlalu kuat.

b)         Larian tidak lurus dan langkah-langkah larian tidak teratur.

c)         Lembing tidak ditarik ke belakang degan sepenuhnya.

d)         Sudut rejaman terlalu besar menyebabkan lembing direjam terlalu tinggi ke

atas.

Peraturan Asas Pertandingan Merejam Lembing

a)         Lembing mesti dipegang di bahagian balutannya.

b)         Rejaman dikira batal sekiranya mata lembing (kepalanya) tidak menyentuh tanah

terlebih dahulu iaitu tidak mendahului bahagian-bahagian lain lembing.

c)         Rejaman dikira batal jika pelontar menyentuh garis lengkungan bulatan atau kawasan

di hadapannya.

d)         Pelontar hanya boleh meninggalkan landas lari setelah lembing itu mendarat.

e)         Lembing mestilah direjam melalui atas bahu atau bahagian lengan.

f)         Cara merejam yang luar biasa tidak dibenarkan.

Walau apapun gaya yang dilakukan oleh pelari untuk menamatkan larian pecut,

adalah penting untuk bagi seseorang pelari itu mengekalkan postur mekanis yang baik.

Ini kerana sekiranya sebaliknya berlaku, kepantasan dan imbangan badan pelari

mungkin akan terjejas.