Mereka Akan Hidup Berjiran
-
Upload
gouri-vediappan -
Category
Documents
-
view
14 -
download
1
Transcript of Mereka Akan Hidup Berjiran
Mereka akan hidup berjiran, bergotong-royong dan sama-sama berkongsi
perasaan sedih dan duka dalam masalah kemanusiaan. Dialog dalam bentuk ini
paling kerap dikesan berlangsung dalam kehidupan masyarakat Malaysia
walaupun kadang-kadang bersifat superficial dan ditaja khusus dalam bentuk
iklan media massa bagi memberi tunjuk ajar kepada anggota masyarakat.
Falsafah pembangunan negara sejak selepas merdeka hinggalah pada masa
sekarang yang menekankan integrasi nasional lebih menekankan elemen dialog
dalam bentuk patriotisme ini tanpa menjuruskan kepada isu nilai-nilai agama
yang cukup serius (Abdul Rahman, 2004).
Dialog ialah satu bentuk komunikasi. Budaya ialah apa yg kita amalkan. Jadi
bentuk bentuk 'komunikasi ke arah kebaikan perlu dijadikan amalan semua peringkat.
Itulah Budaya Dialog.
rakan2 kekuatan dialog :
1. menghilangkan prejudis/prasangka buruk perkauman
2. mewujudkan toleransi kaum/etnik
3. memupuk perpaduan/keharmonian
4. membentuk sikap dan persepsi positif
kekuatan budaya dialog 1.menjadi sarana untuk saling memahami ,menerima,mengembang dam
hidup secara harmoni
2.memecah masalah perkauman yang selama ini menjadi duri dalam daging
3.beri peluang kepada individu untuk menyampaikan pendapatnya secara langsung tanpa
dibayangi pihak yang ketiga
kelemahan 1.kekurangan jurucakap yang dapat menyampaikan maklumat dan fakta dengan tepat dan
tidak menimbulkan sebarang konflik
sikap individu dan masyarakat yang masih tertutup dan tidak keterbukaan dalam
perbincangan.maksudnya masih berselindung dan tidak mahu berterus terang tentang topik yang
didialogkan
1.sikap fanatik dan obses pada kaum, 2.perspektif yg salah faham pada pihak yang lain, 3.komunikasi
yang terhad,4.kurang toleransi
Apakah Dialog? Dialog adalah sejenis wacana(saluran) khas yang membolehkan individu
dengan perspektif dan pandangan yang berbeza duduk berbincang (bersemuka)
bersama-sama untuk mencari satu kefahaman . Tujuannya adalah untuk
Menghilangkan ketidakpercayaan dan mewujudkan iklim/suasana yang harmoni
Memecahkan stereotaip yang negatif
Mengalih tumpuan daripada transaksi hubungan, mewujudkan masyarakat yang bersatu
Mewujudkan peserta lebih bersimpati antara satu sama lain walaupun mereka tidak
bersetuju
Menyediakan platfom untuk rundingan atau membuat keputusan mengenai isu-isu yang
berkaitan emosi
membuka ruang kepada bilangan individu yang komited untuk membuat keputusan
mengenai isu-isu yang mencabar
Untuk menjelaskan dialog kita bezakan dengan perbahasan, dua bentuk wacana yang
lebih biasa digunakan. Kedua-duanya adalah penting dalam membuat keputusan, tetapi
mereka mempunyai tujuan yang berlainan. Perbahasan adalah tentang kemenangan;
dialog adalah tentang pembelajaran dan kefahaman.
Untuk mencapai persefahaman yang baik kerana setiap bangsa mempunyai ideologi yang
berbeza, kita perlu kembali kepada Tunggak Wawasan 2020 yang mempunyai sembilan
cabaran. Antaranya bolehlah dinyatakan di sini iaitu:
1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yg sama.
2. Mewujudkan masyarakat yg berjiwa bebas, tenteram, bangga dgn apa yg dicapai
3. Membangunkan masyarakat demokratik yg matang, mengamalkan satu bentuk
persefahaman yang ada toleransi berasaskan masyarakat Malaysia.
Mewujudkan masyarakat penyayang yg menumpukan kepada satu sistem sosial yang
mengutamakan masyarakat.
Ini antara cabaran yang kita perlu lalui untuk menjamin wujudnya perpaduan dan
seterusnya Integrasi nasional.
cadangan dalam mempertingkatkan pelaksanaan dialog antara kaum/etnik/budaya
dan peradaban:1.bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum/2.Institusi
pendidikan btgjwb menerapkan smngt bersatu padu/3.Rakyat perlu mnghindari sbrng
tindkn yang dapat mencetuskan provokasi kaum
para pelajar,
Dalam usaha memupuk perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia, semua pihak mesti
bersikap terbuka dan berfikiran positif. Bukan berfikiran tertutup. Berfikiran terbuka @
open-minded bermaks...
Tidak perlu sertakan dialog tokoh-tokoh. Tetapi perlu disertakan pandangan ahli sosiologi
tentang kepentingan dialog atau perbincangan untuk meningkatkan perpaduan dan
integrasi nasional dalam kalangan pelbagai bangsa di Malaysia. Pandangan atau
pendapat ahli sosiologi atau dapatan kajian para pengkaji perlu disertakan adalah untuk
menyokong atau mengukuhkan hujah pelajar.
MENGATUR SESI DIALOG
Dalam kegawatan politik, sosial, ekonomi dan sebagainya yang menjalar masuk ke dalam masyarakat kita akhir-akhir ini, maka langkah terbaik pada pandangan saya ialah mengumpulkan pihak-pihak yang bertelagah dan bertikai itu dalam satu sesi dialog yang sihat, bertukar pandangan dengan kepala yang dingin, dan mengelakkan konfrontasi atau sikap keras kepala.
Usaha mengadakan dialog ini adalah amat baik dalam menyelesaikan beberapa isu yang berbangkit diantara beberapa pihak, dan meredakan ketegangan akibat dari kerisis yang timbul. Bagaimana pun, kaedah dialog ini dan konsepnya haruslah difahami dengan baik, dan dihormati oleh semua pihak yang terlibat dalam mencari penyelesaian.
Dialog tidaklah seharusnya menjadi satu perdebatan dalam cara dan matlamatnya yang berbeza-beza, sebaliknya dialog akan menjadi forum perbincangan dan pertukaran pandangan yang terbuka untuk mencari sesuatu penyelesaian yang baik bagi kepentingan umum.
Pengalaman kita menunjukkan bahawa dalam beberapa majlis debatyang diadakan diantara ahli politik, ternyata bahawa pihak yang berdebat bukan mencari penyelesaian, tetapi masing-masing menegakkan hujah untuk menentang dan mengalahkan lawannya, dan orang awam yang melihatnya hanya mahu mengetahui siapakah yang menang dan siapakah yang kalah di dalam debat itu, terutamanya kerana ahli politik adalah merupakan orang-orang yang akan mempertahankan ideologi dan agenda partinya sahaja, bukan berdifat kecuali untuk kepentingan semua orang.
Oleh itu, satu peraturan dan etika yang tetap haruslah digubal tentang cara melaksanakn sesi dialog, malah yang lebeh penting ialah memilih wakil-wakil untuk menyertai majlis dialog itu, iaitu yang terdiri daripada orang-orang yang berilmu, bersikap terbuka, dan tidak merupakan orang yang fanatik melulu, atau bersikap partisan melampau.
DIALOG DAN DEBAT
Secara ringkasnya rukun-rukun dialog dan perbezaanya dari debatadalah seperti berikut "
Dialog bertujuan mencari persefahaman : Pihak yang berdialog berusaha dan bertindak ke arah mendapatkan persefahaman. Sebaliknya debat adalah merupakan pertentangan : Pihak yang berdebat akan menetang sama sendiri dan bertungkus lumus untuk membuktikan pihaknya saja yang benar, dan pihak lain adalah salah
Dalam dialog : matlamatnya ialah mencari persetujuan bersama. Tetapi dalam debat : kemenangan dan kelainan pandangan yang menjadi matlamatnya, walau pun kemenangan itu hanya merupakan "menang sorak, kampung tergadai"
Dalam dialog : Peserta mendengar pandangan orang lain untukmemahami, meneliti isu dan mendapatkan persepakatan.Dalam debat : seorang peserta atau kumpulan
berusahamencari kelemahan orang lain dan menekannya habis-habisan
Dialog boleh mengembangkan sesuatu isu dan fikiran, yang berkemungkinan pula dapat mengubah pandangan peserta yang lain. Debat pula hanya akan terus menerus memperkuatkanpandangan satu pihak sahaja secara melulu
Dialog berkemungkinan dapat menilai semula sesuatu andaian atau pemikiran asal yang dibuat sebelumnya. Debatmemperkuatkan sesuatu andaian tanpa mengubah barang sedikit pun, malah andaian yang sedia itu dianggap sebagaibenar
Dialog membuka peluang untuk mencapai penyelesaian yang lebeh baik daripada penyelesaian asal. Debat mempertahankanpenyelesaian yang dicadangkan sebagai penyelesaian yang terbaik
Dalam dialog, peserta mengemukakan pandangannya yang terbaik, tetapi sentiasa bersedia menerima pandangan orang lain yang mungkin dapat memperbaiki pandangannya menjadi lebeh baik lagi. Dalam debat, peserta mengemukakan pandangan yang terbaik, dan mempertahankannya secara membuta tuli dengan tujuan membuktikan bahawa pandangannya saja yang terbaik
Dalam dialog, peserta berusaha mencari penyelesaian dan permuapakatan yang asasi, tetapi dalam debat peserta berusaha mencari titikperselisihan yang amat ketara, semata-mata kerana tidak mahu menerima persetujuan lain, walau pun mendapat sokongan majoriti.
Falsafah berdialog ini haruslah difahami oleh pihak-pihak yang mahu berdialog, yang benar-benar ingin mencari penyelesian untuk kebaikan bersama, bukan menambahkan lagi jurang perbezaan dan perselisihan pandangan serta pendirian diantara pihak-pihak yang bertikai atau berselisih pendapat.
Meskipun hal ini nampaknya enak di atas kertas, tetapi sukar untuk dilaksanakan di dalam suasana kegawatan melampau di dalam masyarakat kita sekarang ini, tetapi saya rasa, kita harus mencubanya, dan dalam percubaan itu kita juga mendidik orang
ramai, terutamanya generasi muda, supaya belajar menerima realiti manusia dan masyarakat dalam konteks bangsa dan negara serta agama.