MEREKOD STOK

6
MEREKOD STOK Prosedur ini bertujuan untuk memastikan pengurusan stok dibuat secara cekap, berkesan dan mematuhi peraturan-peraturan kewangan yang ditetapkan dan sedang berkuatkuasa. Setiap guru penasihat persatuan perlu mengetahui cara merekod stok. Untuk tujuan rekod perbendaharaan, Buku stok merupakan buku yang merekod dan mencatatkan semua stok atau benda atau harta yang dipunyai oleh sesebuah persatuan. Buku ini penting-diperlukan bagi mengawal dan mengenalpasti sama ada sesuatu benda atau harta itu masih terdapat dalam simpanan persatuan atau sebaliknya. Juga menjadi rujukan bagi sebarang pertambahan atau pengurangan stok. Cth; stok kertas pendua persatuan pada bulan Mac ialah 6 rim, maka persatuan masih lagi mempunyai 4 rim kertas pendua. Buku rekod ini perlu dikemaskini terutama akhir tahun Setiap persatuan harus mempunyai beberapa buku stok seperti buku daftar inventori, stok bekalan pejabat, dan daftar pergerakan harta dan inventori. Kebanyakan sekolah menyimpan buku stok ini di pejabat sekolah. Satu daftar hendaklah disimpan untuk merekod dan di maktab boleh dikategorikan kepada 2; Harta atau barang luak (termasuk alat tulis) / yang habis digunakan.cth; dakwat, stensil, pen, kertas, carta, kompang dll Harta tak luak atau Harta kekal seperti khemah, periuk, bola, carta, kompang dan sebagainya. Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1991, inventori ialah barang-barang tak luak bernilai kurang daripada RM 500 setiap satu pada masa perolehan. Daftar inventori merekodkan perolehan dan penempatan inventori. Daftar ini diadakan dalam bentuk kad untuk memudahkan penyusunan dan membuat rujukan. Kad-kad disusun mengikut jenis inventori dan abjad.

description

penerangan ringkas tentang merekod stok

Transcript of MEREKOD STOK

Page 1: MEREKOD STOK

MEREKOD STOK

Prosedur ini bertujuan untuk memastikan pengurusan stok dibuat secara cekap, berkesan dan mematuhi peraturan-peraturan kewangan yang ditetapkan dan sedang berkuatkuasa. Setiap guru penasihat persatuan perlu mengetahui cara merekod stok. Untuk tujuan rekod perbendaharaan, Buku stok merupakan buku yang merekod dan mencatatkan semua stok atau benda atau harta yang dipunyai oleh sesebuah persatuan. Buku ini penting-diperlukan bagi mengawal dan mengenalpasti sama ada sesuatu benda atau harta itu masih terdapat dalam simpanan persatuan atau sebaliknya. Juga menjadi rujukan bagi sebarang pertambahan atau pengurangan stok. Cth; stok kertas pendua persatuan pada bulan Mac ialah 6 rim, maka persatuan masih lagi mempunyai 4 rim kertas pendua. Buku rekod ini perlu dikemaskini terutama akhir tahun

Setiap persatuan harus mempunyai beberapa buku stok seperti buku daftar inventori, stok bekalan pejabat, dan daftar pergerakan harta dan inventori. Kebanyakan sekolah menyimpan buku stok ini di pejabat sekolah. Satu daftar hendaklah disimpan untuk merekod dan di maktab boleh dikategorikan kepada 2;

Harta atau barang luak (termasuk alat tulis) / yang habis digunakan.cth; dakwat, stensil, pen, kertas, carta, kompang dll

Harta tak luak atau Harta kekal seperti khemah, periuk, bola, carta, kompang dan sebagainya.

Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1991, inventori ialah barang-barang tak luak bernilai kurang daripada RM 500 setiap satu pada masa perolehan. Daftar inventori merekodkan perolehan dan penempatan inventori. Daftar ini diadakan dalam bentuk kad untuk memudahkan penyusunan dan membuat rujukan. Kad-kad disusun mengikut jenis inventori dan abjad.

Manakala Kad Harta Modal bagi barang-barang tak luak yang bernilai RM500.00 ke atas dan Kad inventori pula khusus merekod untuk barang-barang tak luak yang bernilai kurang RM500.00. Tajuk harta persatuan dalam buku stok disusun mengikut abjad. Semua maklumat harta direkodkan seperti nombor pesanan, pembekal, tarikh, jumlah penerimaan. Apabila harta atau barangan dikeluarkan/ digunakan maklumat seperti tarikh, jumlah dikeluarkan, nama dan tandatangan penerima. Baki harta atau barang boleh dicatat diruangan baki. Pergerakan harta kekal perlu dicatat dalam sebuah buku stok lain atau khusus. Beberapa maklumat perlu dicatat dalam buku berkenaan seperti jenis, jenama dan model, nombor siri pembuat dn pendaftaran serta pegawai yang mengeluarkan. Selain itu, dicatatkan nama peminjam, tarikh dikeluarkan dan maklumat-maklumat lain.

Jadual di bawah menunjukkan tanggungjawab dan tindakan untuk perbendaharaan mengikut spesifikasi atau prosedur yang telah ditetapkan oleh kementerian kewangan

Page 2: MEREKOD STOK

TANGGUNGJAWAB TINDAKAN

Pengetua/ guru besar

JK Kewangan

Penolong Kanan / Penyelia Petang / Ketua Panitia

Penolong Kanan / Penyelia Petang / Ketua Panitia Mata Pelajaran

Penolong Kanan / Penyelia Petang / Ketua Panitia Mata Pelajaran

Penolong Kanan / Penyelia Petang / Ketua Panitia Mata Pelajaran

A. PEMBELIAN TERUS

1. Mengadakan mesyuarat dengan Jawatankuasa Kewangan pada awal tahun persekolahan bagi menetapkan dasar-dasar pembelian dan pembayaran mengikut pekeliling kewangan.

2. Merancang pembelian berdasarkan keperluan, kedudukan stok dan peruntukan yang diberi.

3. Mengemukakan Nota Minta kepada P/GB untuk mendapatkan kelulusan

4. Mengisi Pesanan Sekolah setelah diluluskan oleh P/GB bagi bekalan yang bernilai kurang daripada RM10,000.00 (Pesanan Sekolah mesti ditandatangan oleh P/GB )

5. Menerima Bekalan dan memastikan prosedur yang berikut dipatuhi:

a) Salinan Asal Pesanan Sekolah dikembalikan dan telah diperakukan oleh pembekal.

b) Menandatangani perakuan penerimaan pesanan sekolah dan perakuan masuk stok.

c) Bil/Invois Asal disertakan dan dicop: akuan tarikh penerimaan akuan pengesahan P/GB d) Menyerahkan bekalan kepada guru yang

membuat pesanan.

B. PENGURUSAN STOK

6. Merekod dan melabel bekalan yang diterima.

7. Menyediakan Buku Log untuk agihan bekalan tidak luak kepada guru-guru.

8. Menyemak dan mengemaskini stok pada akhir tahun

C. PEMBAYARAN

Page 3: MEREKOD STOK

Penolong Kanan / Penyelia Petang / Ketua Panitia Mata Pelajaran Ketua Pembantu Tadbir / Pembantu Tadbir

Ketua Pembantu Tadbir / Pembantu Tadbir

Pengetua/ guru besar/ Ketua Pembantu Tadbir / Pembantu TadbirPengetua/ guru besar/ Ketua Pembantu Tadbir

Pembantu Tadbir

Guru

Pengetua/ guru besar/ Ketua Pembantu Tadbir

Ketua Pembantu Tadbir/ Pembantu Tadbir

Ketua Pembantu Tadbir/ Pembantu TadbirKetua Pembantu Tadbir/ Pembantu Tadbir

9. Memastikan dokumen-dokumen berikut disediakan dan lengkap:

o pesanan sekolah o invois o baucar bayaran

10.Menyediakan cek, melengkapkan dan mengemaskinikan:

o buku tunai o daftar bil o subsidari

11.Memastikan Pembayaran selaras dengan peruntukan yang ditetapkan.

12.Setiap pembayaran menggunakan baucar bayaran yang disediakan oleh PT, diperakukan dan diluluskan oleh pegawai yang telah diberi kuasa.

13.Mengeluarkan cek setelah baucar bayaran diluluskan dan ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa.

D. PEMBELIAN DAN PEMBAYARAN SECARA PANJAR WANG RUNCIT

14.Membuat pembelian tunai dan menyerahkan ke pejabat bil tunai dan mengisi baucer kecil bayaran.

15.Mengesahkan dan membuat pembayaran kepada guru berdasarkan bil tunai dan baucar kecil bayaran

16.Merekup Panjar Wang Runcit berdasarkan perbelanjaan yang telah dibuat.

17.Merekod bekalan dari pembelian tunai

18.Mendaftar pembekal dan membuat penilaian prestasi pembekal setelah semua bekalan disempurnakan

Page 4: MEREKOD STOK

REKOD KUALITI

Jadual di bawah menunjukkan jenis rekod dan tempoh simpanan dan lokasi simpanan rekod-rekod atau dokumen berkaitan secara umumnya.

Bil JENIS REKOD TEMPOH SIMPANAN

LOKASI

1 Invois 7 tahun Pejabat Sekolah 2 Baucar Bayaran 7 tahun Pejabat Sekolah 3 Borang Pesanan

Sekolah 7 tahun Pejabat Sekolah

4 Kew. 313, 314 dan 315

7 tahun Pejabat Sekolah

5. Kew 312 Selagi harta modal digunakan

Pejabat Sekolah

5 Butir Penyenggara Harta Modal

7 tahun Pejabat Sekolah

6 Daftar Inventori 7 tahun Pejabat Sekolah 7. Buku Tunai 7 tahun Pejabat Sekolah 8. Akaun Subsidari 7 tahun Pejabat Sekolah 9. Baucar Kecil

Bayaran 7 tahun Pejabat Sekolah

10. Anggaran Perbelanjaan

1 tahun Fail Panitia

11. Nota Minta 1 tahun Pejabat Sekolah 12. Buku Log 1 tahun Fail Panita 13 Analisis Prestasi

Pembekal 7 tahun Pejabat Sekolah

14 Pendaftaran Pembekal

7 tahun Pejabat Sekolah