merotan

download merotan

of 3

description

assignment

Transcript of merotan

Malaysia telah menguatkuasakan Akta Kanak-kanak 2001 dan memasukkan pelbagai peruntukan undang-undang untuk melindungi kanak-kanak. Islam ialah agama yang mementingkan kasih sayang. Dalam dalil sebuah hadis Nabi S.A.W Ajarilah anakmu untuk menunaikan solat ketika usianya tujuh tahun dan pukullah mereka sekiranya sudah berusia 10 tahun dan pisahkanlah tempat tidur mereka (lelaki dan perempuan). Ibu Qudamah berpendapat hokum sebatan terhadap kanak-kanak merupakan hukuman pemulihan disyariatkan untuk melatih kanak-kanak melakukan sesuatu kewajipan seperti solat. Ada yang berpendapat kanak-kanak boleh dikenakan sebatan ringan untuk tujuan pendidikan dan wajib bagi bapa atau datuk melaksanakannya dan hanya kanak-kanak berusia lebih 10 tahun boleh dikenakan sebatan ringan.Namun demikian, terdapat juga hadis yang menunjukkan Nabi S.A.W tidak suka kepada orang yang menghukum kanak-kanak secara fizikal.Hadis Ibnu Abbad meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : Gantunglah rotan sehingga rotan itu dapat dilihat oleh ahli keluarga, sesungguhnya itu boleh mendidik mereka.Al-Manawi pula berkata bahawa rotan tersebut adalah pendorong kepada seseorang untuk beradab dan berakhlak mulia yang kebanyakan jiwa yang keras menanggung kesusahan yang berat untuk melaksanakannya. Pandangan ini membuktikan bahawa rotan secara simbolik tanpa perlu digunakan boleh memberikan kesan kepada tingkah laku seseorang. Jika dilihat daripada pandangan di atas, ibu bapa mempunyai kewajipan mendidik ilmu agama terlebih dahulu sebelum dididik dengan perkara ilmiah yang lain.Sekiranya anak-anak menerima pendidikan agama yang cukup, menerima dan melaksanakan ajaran Islam selengkapnya, mereka tidak akan ada masalah dari segi disiplin dan tatacara sebagai anak dan pelajar. Dewasa ini, selidiklah mengapa anak-anak berkelakuan kurang ajar, malas membuat kerja sekolah, tidak mendengar arahan guru dan melawan gurucubalah tanya mereka, adalah mereka solat Subuh hari itu? Soalan ini pernah saya utarakan kepada murid-murid Tahun Enam yang bakal menduduki UPSR, dapat dibuat kesimpulan rata-rata daripada 40 orang murid Tahun Enam sebagai contohnya, hanya dua atau tiga orang yang menunaikan solat Subuh.

Berdasarkan takrifan pada Kamus Dewan Edisi Keempat, tekanan adalah keadaan atau sesuatu yang menekan dengan kuat seperti desakan dan paksaan. Tekanan emosi merujuk kepada keadaan yang mengganggu perjalanan fikiran. Manusia memerlukan tekanan untuk menjalani aktiviti harian. Manusia mampu melakukan kerja dengan cemerlang sekiranya ada tekanan. Walau bagaimanapun, tekanan sekiranya melebihi had seseorang, ianya mampu menggugat kestabilan emosi seseorang.Tekanan melampau dialami oleh individu apabila tidak berkeupayaan menangani situasi ditambah pula dengan hubungan sesama manusia yang tidak berlangsung dengan baik. Darsawarsa ini, guru menghadapi tekanan emosi akibat beban kerja, masalah murid dan perubahan dasar-dasar yang kerap berlaku.Tekanan emosi mengakibatkan perasaan gementar dalam diri individu yang terlibat, perasaan bimbang, kecewa dan murung yang membawa kepada cepat marah, hilang pertimbangan dan yang paling kronik adalah mengalami gangguan jiwa.Bukti berlakunya tekanan emosi di kalangan guru kerana beban tugas dapat dilihat daripada carian di internet berapa banyak tajuk yang melibatkan tekanan kepada guru.