MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF - mswg.org.my filePengumuman Suruhanjaya Tenaga mengenai...

3
06.06.2014 MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF Pengumuman Suruhanjaya Tenaga mengenai penganugerahan projek loji janakuasa 4A secara tender runding terus kepada satu konsortium yang dianggotai oleh YTL Power International Bhd, Tenaga Nasional Bhd dan SIPP Energy Sdn Bhd telah menimbulkan sedikit kebimbangan di dalam pasaran. Kebimbangan ini bertumpu kepada proses pembidaan yang kurang kompetitif bagi projek tersebut. Pengumuman di Bursa Malaysia berkaitan kelewatan penyerahan laporan kewangan teraudit bagi dua syarikat tersenarai yang berpengkalan di China, China Stationery dan HB Global telah memberikan tanda amaran mengenai masalah yang mungkin dialami oleh syarikat-syarikat ini. Kegagalan syarikat-syarikat ini untuk mematuhi peraturan Bursa Malaysia mengenai tempoh masa penyerahan akaun teraudit adalah membimbangkan. Menyentuh isu kawal selia, Bank Negara dilaporkan akan memudahkan proses untuk mendapatkan lesen wakil penasihat kewangan untuk menarik minat lebih ramai calon menyertai industri ini. Pada masa ini setiap calon perlu melengkapkan kira-kira 42 jam bagi setiap modul. Walaupun perkembangan ini mungkin dapat menarik lebih ramai calon untuk menjadi wakil penasihat kewangan, kami berharap tidak akan ada kompromi mengenai standard untuk memperolehi kelayakan tersebut. Salam, Rita Nota: Tiada penerbitan Mesej Ketua Pegawai Eksekutif pada minggu hadapan. MSWG telah menerbitkan Laporan Tadbir Urus Korporat Malaysia-ASEAN 2013 yang mengandungi penemuan mengenai penilaian ke atas 862 syarikat tersenarai di Bursa Malaysia menggunakan Kad Skor Tadbir Urus Korporat ASEAN. Laporan tersebut boleh dimuat turun daripada laman web kami di www.mswg.org.my

Transcript of MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF - mswg.org.my filePengumuman Suruhanjaya Tenaga mengenai...

Page 1: MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF - mswg.org.my filePengumuman Suruhanjaya Tenaga mengenai penganugerahan projek loji janakuasa 4A ... Nota: Tiada penerbitan Mesej Ketua Pegawai Eksekutif

06.06.2014

MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Pengumuman Suruhanjaya Tenaga mengenai penganugerahan projek loji janakuasa 4A

secara tender runding terus kepada satu konsortium yang dianggotai oleh YTL Power

International Bhd, Tenaga Nasional Bhd dan SIPP Energy Sdn Bhd telah menimbulkan

sedikit kebimbangan di dalam pasaran. Kebimbangan ini bertumpu kepada proses

pembidaan yang kurang kompetitif bagi projek tersebut.

Pengumuman di Bursa Malaysia berkaitan kelewatan penyerahan laporan kewangan

teraudit bagi dua syarikat tersenarai yang berpengkalan di China, China Stationery dan

HB Global telah memberikan tanda amaran mengenai masalah yang mungkin dialami

oleh syarikat-syarikat ini. Kegagalan syarikat-syarikat ini untuk mematuhi peraturan Bursa Malaysia

mengenai tempoh masa penyerahan akaun teraudit adalah membimbangkan.

Menyentuh isu kawal selia, Bank Negara dilaporkan akan memudahkan proses untuk mendapatkan lesen

wakil penasihat kewangan untuk menarik minat lebih ramai calon menyertai industri ini. Pada masa ini

setiap calon perlu melengkapkan kira-kira 42 jam bagi setiap modul. Walaupun perkembangan ini

mungkin dapat menarik lebih ramai calon untuk menjadi wakil penasihat kewangan, kami berharap

tidak akan ada kompromi mengenai standard untuk memperolehi kelayakan tersebut.

Salam,

Rita

Nota: Tiada penerbitan Mesej Ketua Pegawai Eksekutif pada minggu hadapan.

MSWG telah menerbitkan Laporan Tadbir Urus Korporat Malaysia-ASEAN 2013 yang mengandungi

penemuan mengenai penilaian ke atas 862 syarikat tersenarai di Bursa Malaysia menggunakan Kad

Skor Tadbir Urus Korporat ASEAN. Laporan tersebut boleh dimuat turun daripada laman web kami

di www.mswg.org.my

Page 2: MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF - mswg.org.my filePengumuman Suruhanjaya Tenaga mengenai penganugerahan projek loji janakuasa 4A ... Nota: Tiada penerbitan Mesej Ketua Pegawai Eksekutif

PANDANGAN RINGKAS MSWG MENGENAI TRANSAKSI KORPORAT SEMASA

KIAN JOO CAN FACTORY BERHAD (“KIAN JOO”)

Pada 29 Mei 2014, Kian Joo mengumumkan bahawa Bursa Malaysia menerusi suratnya yang bertarikh 27 Mei 2014 (yang diterima pada 29 Mei 2014) telah meluluskan lanjutan masa bagi penyerahan draf surat pekeliling kepada pemegang saham berkaitan cadangan pelupusan dari 24 Mei 2014 hingga 23 Ogos 2014. KOMEN MSWG:

Adakah syarikat patut meneruskan cadangan pelupusan tersebut memandangkan kes mahkamah sivil

terhadap pemberi tawaran oleh Dato’ Anthony See masih belum selesai? Surat tawaran yang diberikan

oleh pemberi tawaran pada 26 November 2013 menyatakan bahawa pemberi tawaran boleh menarik

balik tawaran cadangan pelupusan jika terdapat tindakan mahkamah yang boleh memberikan kesan

buruk terhadap tawaran tersebut.

Penganalisa MSWG

Lya Rahman, Pengurus Besar, Khidmat Korporat, [email protected]

Chong Chee Fern, Pengurus Besar, Pemantauan Korporat [email protected]

Rebecca Yap, Ketua, Pemantauan Korporat [email protected]

Quah Ban Aik, Ketua, Pemantauan Korporat [email protected]

Ng Hoon Ho, Pengurus Kanan, Pemantauan Korporat [email protected]

Norhisam Sidek, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]

Shahnul Niza Mohd Yusof, Pengurus, Penyelidikan [email protected]

Lee Chee Meng, Pengurus, Pemantauan Korporat [email protected]

Wong Kin Wing, Penganalisa Kanan, Pemantauan Korporat, [email protected]

Nor Khalidah Khalil, Penganalisa, Pemantauan Korporat [email protected]

Vinodth Ramasamy, Penganalisa, Pemantauan Korporat [email protected]

PENZAHIRAN KEPENTINGAN

• Sehubungan dengan syarikat-syarikat yang dinyatakan, MSWG memegang jumlah saham yang minima di dalam syarikat-syarikat yang dinyatakan di dalam surat berita ini.

Maklumbalas Kami mengalu-alukan maklumbalas anda mengenai surat berita dan khidmat kami. Sila e-mel komen dan cadangan anda ke [email protected].

PENOLAKAN TUNTUTAN Surat berita ini dan isi kandungannya berserta semua hak-hak berkaitan dengannya termasuk hak cipta dimiliki oleh Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti Berhad, juga dikenali sebagai Minority Shareholder Watchdog Group (MSWG).

Page 3: MESEJ KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF - mswg.org.my filePengumuman Suruhanjaya Tenaga mengenai penganugerahan projek loji janakuasa 4A ... Nota: Tiada penerbitan Mesej Ketua Pegawai Eksekutif

Isi kandungan dan pendapat yang dinyatakan di dalam surat berita ini adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada domain awam dan bertujuan untuk memberikan maklumat umum kepada pengguna dan adalah untuk rujukan sahaja. Usaha terbaik telah dilakukan untuk memastikan maklumat yang terkandung di dalam surat berita ini adalah tepat dan terkini pada tarikh penerbitan. Walaubagaimanapun, MSWG tidak membuat sebarang waranti nyata atau tersirat atas ketepatan atau kelengkapan maklumat dan pendapat yang terkandung di dalam surat berita ini. Tiada maklumat di dalam surat berita ini yang bertujuan atau patut dianggap sebagai syor untuk membeli atau menjual atau jemputan untuk melanggan sekuriti tertentu, pelaburan yang berkaitan atau mana-mana instrumen kewangan. MSWG perlu diberikan perakuan bagi mana-mana bahagian surat berita ini yang diterbitkan semula. MSWG tidak akan bertanggungjawab atau menanggung sebarang liabiliti atas kebergantungan kepada sebarang maklumat atau komen yang terkandung di dalam surat berita ini atau jika ianya diterbitkan semula oleh pihak ketiga. Semua pembaca atau pelabur dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat perundangan atau nasihat profesional yang lain sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan surat berita ini.