Mesyuarat disambung pada Yang jam 2.30 petang Yang Images/reports/hansard... · PDF...
date post
28-Mar-2019Category
Documents
view
216download
0
Embed Size (px)
Transcript of Mesyuarat disambung pada Yang jam 2.30 petang Yang Images/reports/hansard... · PDF...
PETANG HARI SELASA, 3 RABIULAKHIR 1432 / 8 MAC 2011 281
Mesyuarat disambung pada jam 2.30 petang
Yang Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir
Rahim, Ahli-Ahli Yang Berhormat,
Persidangan Majlis Mesyuarat Negara
sekarang disambung semula dan masih lagi
kita membahaskan Tajuk-Tajuk Rang
Undang-Undang Perbekalan 2011/2012.
Pagi tadi Mesyuarat Jawatankuasa telah
selesai meluluskan 4 buah tajuk di bawah
Kementerian Perindustrian dan Sumber-
Sumber Utama maka bagi membolehkan
Mesyuarat Jawatankuasa bersidang
semula dengan sepenuhnya maka majlis
Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini
ditangguhkan. Sekian
(Majlis Mesyuarat ditangguhkan)
(Majlis bersidang sebagai Jawatankuasa)
Yang Berhormat Pengerusi: Bismillahir
Rahmanir Rahim, Ahli-Ahli Yang Berhormat,
kita masih lagi membincangkan Tajuk-Tajuk
di bawah Kementerian Perindustrian
dan Sumber-Sumber Utama. Sekarang
Mesyuarat Jawatankuasa ini berpindah
kepada Tajuk seterusnya iaitu Tajuk Kecil
SH05A - Badan Kemajuan Industri Brunei
(BINA).
Jurutulis: Tajuk SH05A - Badan Kemajuan
Industri Brunei (BINA).
Yang Berhormat Pengerusi: Ahli-Ahli Yang
Berhormat, sekarang saya bukakan Tajuk
SH05A - Badan Kemajuan Industri Brunei
(BINA) untuk diperbahaskan.
Yang Berhormat Pengerusi: Yang
Berhormat Awang Haji Sulaiman bin Haji
Ahad, silakan.
Yang Berhormat Awang Haji Sulaiman
bin Haji Ahad: Bismillahir Rahmanir
Rahim, Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh. Terima Kasih Yang
Berhormat Pehin Pengerusi dan Ahli-ahli
Yang Berhormat. Bagi rakyat dan penduduk
Daerah Temburong terutamanya bagi
peladang-peladang atau petani-petani
dan pengusaha-pengusaha lainnya, tidaklah
keterlaluan abis kaola mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan terima kasih
di atas usaha-usaha yang sedang dan telah
dibuat oleh Kementerian Perindustrian
dan Sumber-Sumber Utama dalam
memperkembangmajukan apa-apa jua
projek di Daerah Temburong sama ada
di bidang pertanian, perikanan dan
perusahaan dan dalam mengatasi masalah-
masalah yang dihadapi.
Perkara yang akan kaola suarakan di dewan
yang mulia ini mengenai dengan tapak
Industri Batu Apoi, Temburong. Oleh
kerana pengusaha bumiputera di Daerah
Temburong ini kurang berkemampuan dari
segi membangunkan perusahaan dan
industri yang kecil dan sederhana di Tapak
Industri Batu Apoi yang ada pada masa ini,
walaupun bayaran sewa dikenakan pihak
kerajaan adalah murah, namun jika diambil
kira pandangan daripada penduduk atau
pengusaha di daerah ini telah menjelaskan
bahawa mereka kurang berkemampuan
mengusahakan perusahaan di tapak
tersebut, memandangkan kos pembinaan
dari segi bangunan yang tidak termasuk
dengan kos yang lain yang ditanggung oleh
PETANG HARI SELASA, 3 RABIULAKHIR 1432 / 8 MAC 2011 282
pengusaha. Yang Berhormat Pehin
Pengerusi, dari itu dicadangkan akan
mendapat pertimbangan daripada pihak
kerajaan melalui Kementerian Perindustrian
dan Sumber-Sumber Utama akan dapat
mengkaji semula penyewaan tapak
berkenaan. Cadangan ialah di Tapak
Industri Batu Apoi yang ada pada masa ini
yang masih lagi belum dibangunkan
hendaklah dibangunkan dengan bangunan
yang baru.
Bangunan itu disewakan kepada pengusaha
adalah sama seperti penyewaan bangunan
di tapak industri di daerah yang lain, yang
mana bangunan telah di buat oleh kerajaan
dan disewa oleh pengusaha. Kaola juga
ingin bertanya bilakah Tapak Industri Batu
Apoi yang ada pada masa ini dapat
dibangunkan? Sekian, Yang Berhormat
Pehin Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi: Terima kasih,
ada lagi Ahli-Ahli Yang Berhormat lain yang
ingin bercakap. Silakan Yang Berhormat Haji
Mohd. Shafiee bin Ahmad.
Yang Berhormat Awang Haji Mohd.
Shafiee bin Ahmad: Yang Berhormat Pehin
Pengerusi, Saya ingin menyentuh satu
perkara iaitu bahawa selain dari memberi
perkhidmatan kemahiran dan mengadakan
kursus-kursus keusahawan dan bantuan
pinjaman mikro kepada pengusaha-
pengusaha tempatan, dicadangkan BINA
harus juga memikirkan supaya
mengintegrasikan semua SME yang ada
di Negara Brunei Darussalam supaya
mereka lebih bersatu dan kuat dalam
menyumbang khidmat kepada negara tanpa
bersaing sesama sendiri terutama sekali
dalam menembusi pasaran antarabangsa.
Jadi integrasi ini adalah sebagai satu
langkah usaha ke arah membantu
pengusaha-pengusaha kecil di seluruh
negara memandangkan saiz penduduk
negara kita yang kecil ini.
Soalan saya apakah perancangan strategik
MIPR khususnya BINA ke arah membantu
SME meningkatkan prestasi penerokaan
pasaran antarabangsa. Sekian Yang
Berhormat Pehin Pengerusi.
Yang Berhormat Pengerusi: Terima kasih,
ada lagi Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain.
Silakan.
Yang Berhormat Awang Haji Bakar bin
Mansor: Terima kasih Yang Berhormat
Pehin Pengerusi. Abis kaola bercakap
mengenai dengan koperasi-koperasi yang
ada di Negara Brunei Darussalam,
khususnya di Daerah Brunei dan Muara.
Melihat situasi koperasi-koperasi yang ada
sekarang nampaknya ada di antara koperasi-
koperasi yang sudah lama ianya hanya kalau
dikatakan hanya mendatar sahaja
kemajuannya dan ada pula koperasi-
koperasi yang belum lama ditubuhkan
kemajuannya adalah melonjak daripada
koperasi-koperasi yang sudah lama. Walau
macamanapun mengikut pandangan saya,
melihat dari segi kemajuan koperasi-koperasi
yang ada ini besar kemungkinan ianya akan
lebih menurun dan dikhuatiri ianya akan lebih
tidak maju. Dipohonkan dan disarankan
kepada pihak yang berkenaan supaya
koperasi-koperasi yang ada di Daerah
Brunei dan Muara ini supaya ianya dapat
PETANG HARI SELASA, 3 RABIULAKHIR 1432 / 8 MAC 2011 283
dipantau dan dibantu dalam beberapa segi
supaya koperasi-koperasi yang ada ini tidak
akan lebih mendapat kerugian dan lebih
teruk di masa yang akan datang. Terima
kasih.
Yang Berhormat Pengerusi: Terima kasih,
ada lagi Ahli-Ahli Yang Berhormat yang lain.
Kalau begitu saya persilakan Yang
Berhormat Menteri Perindustrian dan
Sumber-Sumber Utama.
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri
Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya
bin Begawan Mudim Dato Paduka
Haji Bakar: Bismillahir Rahmanir
Rahim, Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh. Yang Berhormat Pehin
Pengerusi dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat
Negara. Mengenai dengan Tapak Industri
Batu Apoi yang di sebelahnya telah pun
dibina satu bangunan dan sebelahnya itu
masih kosong. Ini akan dibangunkan
secepat mungkin dalam tahun ini juga,
Kawasan itu memanglah sudah lapang untuk
disiapkan tetapi memandangkan keperluan
di Temburong seperti yang disebutkan
oleh Yang Berhormat itu keupayaan untuk
membayar mungkin kurang daripada
koperasi-koperasi lain barangkali terpaksa
kementerian menilai konsep yang sesuai
untuk membina bangunan yang sesuai
di sana supaya mereka boleh bertapak
di sana dengan sewa dan harga kos
pembangunan yang rendah. Jadi barangkali
itu dapat disesuaikan. Di samping itu
barangkali dalam keadaan menimbangkan
sewa-sewa yang sesuai itu seperti yang
disebutkan oleh Yang Berhormat Awang Haji
Sulaiman bin Haji Ahad, Daerah Temburong
merupakan daerah yang dikenakan sewa
yang paling rendah bagi bangunan tapak-
tapak industri yang dikawal oleh BINA. Ini
adalah disebabkan memandangkan
keperluan demand di Temburong tidak
begitu banyak. Jadi yang paling
rendah adalah di Daerah Temburong. Walau
macamanapun, memandangkan seperti yang
disampaikan oleh Yang Berhormat itu, akan
diteltii keperluan itu secara case-by-case.
Tetapi untuk menyeluruh diturunkan,
mungkin payah bagi kementerian untuk
melakukannya.
Dan soalan daripada Yang Berhormat
Awang Haji Mohd. Shafiee mengenai
dengan perancangan strategik BINA ataupun
kementerian ini untuk mengintegrasikan
koperasi. Ia berhubung kait dengan soalan
daripada Yang Berhormat Awang Haji Bakar
bin Mansor. Jadi kalau dapat saya jawab dua
soalan ini.
Pertama, keupayaan SME masa ani
ditingkatkan terutama segi manpower
capacity. BINA mengadakan