Mesyuarat disambung semula pada Yang Mulia Timbalan ...majlis-mesyuarat.gov.bn/JMM...

26
PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 36 Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.00 petang Yang Berhormat Yang Di-Pertua: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Dalam persidangan kita yang telah diadakan pada pagi tadi, kita telah pun membincangkan beberapa soalan yang terkandung dalam Perkara V, Soalan- Soalan Yang Diberi Notis. Sebanyak 9 soalan telah pun dikemukakan dan dijawab sepenuhnya oleh Yang Berhormat Menteri-Menteri yang berkenaan. Manakala, Soalan-Soalan Yang Diberi Notis selebihnya, saya mencadangkan supaya ianya kita bincangkan pada kemudian hari nanti untuk membolehkan pihak-pihak yang berkenaan meneruskan persidangan ini bagi melancarkan perjalanan pentadbiran kita. Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan Majlis Mesyuarat Negara akan kita teruskan untuk membincangkan Perkara VI, Usul-Usul Yang Diberi Notis iaitu dalam menyembahkan sepenuh- penuhnya menjunjung kasih Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‟izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar „Ali Saifuddien Sa‟adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas keberangkatan Baginda ke Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesebelas Majlis Mesyuarat Negara ini. Yang Mulia Timbalan Jurutulis: Perkara VI, Usul-Usul Yang Diberi Notis yang akan dicadangkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Yang Berhormat Menteri Pendidikan. Yang Berhormat Menteri Pendidikan: Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahi Rabbil‟alameen. Wassalaatu Wassalaamu „Alaa Sayyidina Muhammadin, Wa‟alaa Aalihee Wasahbihee Ajma‟een. Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat, Alhamdulillah kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata‟ala kerana dengan izinNya jua Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kesebelas Majlis Mesyuarat Negara telah selamat disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‟izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar „Ali Saifuddien Sa‟adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 14 Jamadilawal 1436 Hijrah bersamaan 5 Mac 2015 Masihi. Lebih dahulu, saya mewakili Ahli-Ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini, sukacita mengucapkan setinggi- tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Yang Di-Pertua atas pelantikannya sebagai Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara. Abiskaola penuh percaya Yang Berhormat Yang Di-Pertua dengan kewibawaan Yang Berhormat Yang

Transcript of Mesyuarat disambung semula pada Yang Mulia Timbalan ...majlis-mesyuarat.gov.bn/JMM...

Page 1: Mesyuarat disambung semula pada Yang Mulia Timbalan ...majlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_7Mac2015ptg.pdf · Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.00 petang

PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 36

Mesyuarat disambung semula pada

pukul 2.00 petang

Yang Berhormat Yang Di-Pertua:

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh. Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Dalam persidangan kita yang telah

diadakan pada pagi tadi, kita telah pun

membincangkan beberapa soalan yang

terkandung dalam Perkara V, Soalan-

Soalan Yang Diberi Notis. Sebanyak

9 soalan telah pun dikemukakan dan

dijawab sepenuhnya oleh Yang

Berhormat Menteri-Menteri yang

berkenaan. Manakala, Soalan-Soalan

Yang Diberi Notis selebihnya, saya

mencadangkan supaya ianya kita

bincangkan pada kemudian hari nanti

untuk membolehkan pihak-pihak yang

berkenaan meneruskan persidangan ini

bagi melancarkan perjalanan

pentadbiran kita.

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Persidangan

Majlis Mesyuarat Negara akan kita

teruskan untuk membincangkan Perkara

VI, Usul-Usul Yang Diberi Notis iaitu

dalam menyembahkan sepenuh-

penuhnya menjunjung kasih Kehadapan

Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan Haji

Hassanal Bolkiah Mu‟izzaddin

Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji

Omar „Ali Saifuddien Sa‟adul Khairi

Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam atas

keberangkatan Baginda ke Istiadat

Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama

Dari Musim Permesyuaratan Kesebelas

Majlis Mesyuarat Negara ini.

Yang Mulia Timbalan Jurutulis:

Perkara VI, Usul-Usul Yang Diberi Notis

yang akan dicadangkan oleh Yang

Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna

Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu

Bakar bin Haji Apong, Yang Berhormat

Menteri Pendidikan.

Yang Berhormat Menteri

Pendidikan: Assalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Alhamdulillahi Rabbil‟alameen.

Wassalaatu Wassalaamu „Alaa Sayyidina

Muhammadin, Wa‟alaa Aalihee

Wasahbihee Ajma‟een. Yang Berhormat

Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang

Berhormat, Alhamdulillah kita bersyukur

ke hadrat Allah Subhanahu Wata‟ala

kerana dengan izinNya jua Istiadat

Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama

Dari Musim Permesyuaratan Kesebelas

Majlis Mesyuarat Negara telah selamat

disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

Haji Hassanal Bolkiah Mu‟izzaddin

Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji

Omar „Ali Saifuddien Sa‟adul Khairi

Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam pada

14 Jamadilawal 1436 Hijrah bersamaan

5 Mac 2015 Masihi.

Lebih dahulu, saya mewakili Ahli-Ahli

Yang Berhormat di Dewan yang mulia

ini, sukacita mengucapkan setinggi-

tinggi tahniah kepada Yang Berhormat

Yang Di-Pertua atas pelantikannya

sebagai Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat

Negara. Abiskaola penuh percaya Yang

Berhormat Yang Di-Pertua dengan

kewibawaan Yang Berhormat Yang

Page 2: Mesyuarat disambung semula pada Yang Mulia Timbalan ...majlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_7Mac2015ptg.pdf · Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.00 petang

PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 37

Di-Pertua akan dapat melaksanakan

amanah yang diberikan dengan

kepimpinan yang tinggi lagi penuh

bertanggungjawab demi menaikkan lagi

martabat Majlis Mesyuarat Negara

sebagaimana jua hasrat Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Majlis ini

menjunjung kasih setinggi-tingginya jua

atas keberangkatan Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

Haji Hassanal Bolkiah Mu‟izzaddin

Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji

Omar „Ali Saifuddien Sa‟adul Khairi

Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam bercemar

duli ke Istiadat Pembukaan Rasmi

Mesyuarat Pertama Dari Musim

Permesyuaratan Kesebelas Majlis

Mesyuarat Negara dan seterusnya

berkenan mengurniakan titah.

Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

sesungguhnya padat dan bernas yang

mengandungi nasihat dan peringatan,

pengamatan tajam serta pandangan

jauh, mencerminkan dengan jelas

keprihatinan dan kebijaksanaan Baginda

dalam memastikan kemakmuran dan

kesejahteraan negara sentiasa terjamin

apa lagi berhadapan dengan berbagai-

bagai cabaran masa ini.

Majlis ini menjunjung kasih atas titah

Baginda dan atas pemerhatian dan

pengamatan Baginda yang telah

beberapa kali Baginda ingatkan akan

peranan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat

Negara bagi mengetengahkan

pendekatan terbaik, berpandangan jauh

dan seterusnya menghidangkan idea-

idea besar dan bernas untuk kemajuan

negara. Pendekatan kontekstual secara

positif setentunya akan dapat

membentuk minda yang sihat dalam

kalangan rakyat secara amnya.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Dengan itu, saya bangun berdiri di sini

mencadangkan satu usul yang berbunyi:

“Majlis ini bersetuju meluluskan satu

usul menyembahkan sepenuh-penuhnya

menjunjung kasih Kehadapan Majlis

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan Haji Hassanal

Bolkiah Mu‟izzaddin Waddaulah ibni

Al-Marhum Sultan Haji Omar „Ali

Saifuddien Sa‟adul Khairi Waddien,

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam atas keberangkatan

Baginda ke Majlis ini pada hari Khamis,

14 Jamadilawal 1436 Hijrah bersamaan

5 Mac 2015 Masihi dan atas titah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan Haji Hassanal

Bolkiah Mu‟izzaddin Waddaulah ibni

Al-Marhum Sultan Haji Omar „Ali

Saifuddien Sa‟adul Khairi Waddien,

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam yang majlis ini

menjunjung kasih dengan sepenuh-

penuhnya.”

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Negara Brunei

Darussalam alhamdulillah sentiasa

diberkati dengan kurnia kekayaan

sumber aslinya termasuk minyak dan

Page 3: Mesyuarat disambung semula pada Yang Mulia Timbalan ...majlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_7Mac2015ptg.pdf · Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.00 petang

PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 38

gas yang menjadi nadi kepada

kestabilan ekonomi dan keharmonian

sosial negara. Kita bagaimanapun, tidak

dapat lari daripada cabaran politik,

keselamatan dan kemelesetan

kewangan yang dialami dunia.

Alhamdulillah, kita sejauh ini telah dapat

mengharungi badai cabaran seperti

Krisis Kewangan Asia 1997 Masihi dan

Krisis Kewangan Global 2008 Masihi

dengan melaksanakan dasar kewangan

berhemah yang telah memastikan

kemajuan negara sentiasa dapat

berdaya tahan.

Dengan trend harga minyak mentah

dunia yang tidak menentu, kita sekali

diuji. Pengalaman kita dalam menangani

krisis terdahulu masih belum berjaya

membudayakan kita dengan strategi-

strategi yang mapan. Kita seharusnya

menggunakan peluang ini bagi

memastikan kita akan lebih bersedia

dalam mengharungi apa jua cabaran-

cabaran baru yang mungkin melanda.

Sama-samalah kita berusaha mengambil

iktibar daripada krisis dan keadaan ini.

Mungkin ramai yang memikirkan kita

hanya berdepan dengan krisis harga

minyak yang jauh merudum. Saya

bagaimanapun, berpendapat ada

cabaran yang lebih besar daripada ini,

iaitu kemampuan kita untuk bertindak

balas dengan pantas dan bijak terhadap

kejatuhan harga minyak dan merancang

masa depan yang cerah untuk Negara

Brunei Darussalam yang kita cintai ini

dengan cara yang kukuh dan berdaya

tahan.

Inilah sebenarnya takrifan pembentukan

jati diri dan daya tahan bangsa. Krisis

penurunan harga minyak ini bukan kali

pertama dan sudah setentunya bukan

yang terakhir, bahkan cabaran pada

masa akan datang mungkin akan lebih

complex daripada ini. Oleh itu, kita

perlu mengelakkan diri daripada sikap

leka atau complacent dan

mempersiapkan diri kita semua dengan

berusaha keras dan keluar daripada

comfort zone demi menjamin masa

depan negara yang berdaya tahan.

Pembentukan jati diri yang seiring

dengan realiti baharu dalam dunia masa

ini memerlukan pendekatan yang

bersepadu. Selain sikap yang positif

kepada perubahan, kita memerlukan

pengetahuan dan kemahiran. Dalam

konteks ini, keupayaan kita untuk

mempelbagaikan ekonomi perlulah

menjadi agenda utama kita dalam

mengenal pasti bidang-bidang

keutamaan ekonomi atau economic

priorities yang jelas. Di samping itu,

pelaburan dalam sains dan teknologi

adalah amat penting bagi menyumbang

kepada pertumbuhan ekonomi dan

penyelidikan asas.

Dalam hubungan ini, kepimpinan

berwawasan Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan

Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam adalah amat jelas terpancar

melalui aspirasi negara dalam Wawasan

Negara 2035 yang memfokuskan

kepada pembangunan sumber tenaga

manusia, ekonomi yang dinamik dan

kualiti kehidupan tinggi. Wawasan ini

adalah satu aspirasi yang menyatukan

Page 4: Mesyuarat disambung semula pada Yang Mulia Timbalan ...majlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_7Mac2015ptg.pdf · Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.00 petang

PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 39

kita semua dalam menuju ke satu

destinasi yang sama. Oleh itu, adalah

amat penting bagi kita semua

mempunyai pemahaman dan

penghayatan yang sama dalam

mencapai wawasan ini.

Penjana untuk menuju ke destinasi ini

ialah rakyat negara ini sendiri. Oleh itu

pihak kerajaan tidak kendur-kendur

sentiasa komited untuk melabur dalam

pembentukan sumber tenaga manusia

yang berkemahiran terutamanya para

belia.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam telah bertitah agar

Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara akan

mampu untuk mengetengahkan

pendekatan-pendekatan terbaik untuk

permbangunan termasuklah penyerapan

positif mindset kepada rakyat supaya

mereka lebih matang bertindak selaras

dengan tuntutan zaman.

Inilah peranan kita bagi sama-sama

menyemai mindset yang positif. Kita

sewajarnya menjunjung tinggi titah

Baginda ini bagi membuat anjakan

paradigma bagi mengubah mindset kita

kepada budaya suka bergantung

daripada budaya suka bergantung pada

mindset berdikari dan berusaha.

Pengikisan sikap ini akan menjadi benih

kepada budaya suka berjimat cermat.

Kita haruslah menanam budaya

berbelanja dengan berhemah dan value

for money di setiap peringkat

masyarakat, bermula dari individu,

keluarga sehinggalah kepada komuniti.

Sama-samalah kita menggunakan

budaya berhemah dari awal lagi

di rumah agar ia menjadi budaya kita

untuk berbelanja mengikut kemampuan

dengan mengukur baju di badan sendiri.

Penyerapan positif mindset ini juga

berkait rapat dengan pemikiran

keusahawanan atau (entrepreneurial

mindset) di kedua-dua sektor awam dan

swasta.

Adalah penting pemikiran

keusahawanan ini dipupuk sedari awal

melalui pendidikan. Oleh itu, Agenda

Keusahawanan Kebangsaan ataupun

National Entrepreneurship Agenda

(NEA) yang diungkayahkan oleh

Kementerian Pendidikan melalui

Universiti Brunei Darussalam mulai April

2014 Masihi, adalah bertujuan untuk

memupuk minda keusahawanan dalam

kalangan rakyat dan penduduk

di negara ini. Agenda ini meliputi tiga

(3) tunggak iaitu pendidikan teras,

pendidikan tinggi dan komuniti yang

melibatkan masyarakat umum.

Ia diharap akan memupuk nilai-nilai

seperti berdikari, berdaya cipta, inovatif,

berpandangan jauh, mampu melihat

peluang, mengenal pasti risiko dan cara

mengurangkannya mempunyai sense of

urgency dan pandai berikhtiar atau

(resourcefullnes).

Setakat ini seramai 1,222 orang pelajar

telah terlibat dalam inisiatif ini dan

beberapa success stories telah dapat

dicapai. Sebagai contoh, tujuh (7) buah

syarikat telah ditubuhkan oleh para

Page 5: Mesyuarat disambung semula pada Yang Mulia Timbalan ...majlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_7Mac2015ptg.pdf · Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.00 petang

PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 40

pelajar yang ada antaranya telah

berjaya mendapat kontrak

perkhidmatan. Ini membuktikan orang-

orang kitani dapat berjaya dengan

usaha dan cara mereka sendiri.

Harapan untuk negara melahirkan lebih

ramai ahli perniagaan dalam kalangan

anak tempatan telah di titahkan oleh

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

semasa Istiadat Pembukaan Rasmi

Mesyuarat Pertama Dari Musim

Permesyuaratan Kesepuluh Majlis

Mesyuarat Negara pada tahun lepas.

Bidang keusahawanan bukan hanya

akan dapat melahirkan generasi yang

tidak hanya bergantung pada bantuan

pihak kerajaan atau mempunyai sikap

menanti-nanti malahan mempunyai

sikap yang lebih ambitious dan

kompetitif serta mampu mencari dan

mengambil peluang bagi kemajuan diri

dan masyarakat umum. Ini antara ciri-

ciri yang akan membawa kita berjaya

menembusi arena global dalam apa jua

bidang yang diceburi.

Insya-Allah, ia juga akan dapat menjana

perkembangan ekonomi negara.

Justeru, penglibatan dan kerjasama

semua pihak berkepentingan adalah

mustahak bagi memastikan kemajuan

yang signifikan akan dapat dicapai.

Ini juga bertepatan dengan titah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

bagi para usahawanan yang sedia ada

di negara ini untuk bergerak

mengembangkan lagi perniagaan dan

industri masing-masing dan tidak

terhenti setakat tangga pertama sahaja.

Perusahaan kecil dan sederhana

ataupun SMEs (small medium

enterprises) khusunya perlu mengambil

perhatian akan perkara ini dalam

meningkatkan lagi sumbangan SME

kepada kemajuan ekonomi dan sosial

negara.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam juga bertitah bagi

kita semua di Dewan yang mulia ini

membincangkan usaha-usaha negara ke

arah mengukuhkan asas-asas ekonomi

negara, termasuk memperkasa sektor

awam untuk lebih berkesan

dan berkualiti dan dasar fiskal negara

yang stabil, terutama dalam

mempertimbangkan peruntukan

kewangan dan perbelanjaan negara.

Pada masa yang sama, rakyat negara ini

juga diseru untuk sentiasa berjimat

cermat dalam pengurusan perbelanjaan.

Perkara ini juga disentuh oleh Kebawah

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam dalam titah

Baginda sempena Sambutan Ulang

Tahun Hari Kebangsaan Kali Ke-31 pada

tahun ini.

Peranan kerajaan dan sektor swasta

adalah amat penting dalam memacu

pertumbuhan ekonomi sesebuah

negara. Sehubungan dengan itu,

Page 6: Mesyuarat disambung semula pada Yang Mulia Timbalan ...majlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_7Mac2015ptg.pdf · Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.00 petang

PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 41

penambahbaikan urus tadbir dalam

kerajaan dan perniagaan adalah amat

penting. Pihak kerajaan pada masa ini

giat berusaha memperkukuhkan

persekitaran sektor awam dan ekonomi

agar lebih berkualiti dan kondusif bagi

meningkatkan daya saing negara.

Antara langkah yang telah dan

sedang dilaksanakan termasuklah

mengurangkan birokrasi, memperkemas

dan permudahkan prosedur bagi

menjalankan perkhidmatan awam dan

perniagaan dan meningkatkan sense of

urgency demi memastikan yang kita

akan dapat memantau kemajuan yang

berorientasikan hasil dan impak dalam

mencapai hasrat Wawasan Negara

2035.

Sehubungan dengan itu, usaha

penggerak di Jabatan Perdana Menteri

ke arah mempertingkatan daya saing

dan tahap produktiviti negara ini amat

dihargai. Antara usaha yang telah

diambil ialah peningkatan ease of doing

business melalui penggantian lesen

rampaian kepada lesen perniagaan bagi

lesen perniagaan dapat diperolehi dalam

tempoh satu hari. Permohonan dan

kebenaran pendaftaran syarikat secara

online, projek meningkatkan prestasi

Penilaian Sekolah Rendah (PSR) dan

inisiatif yang lain sedang diusahakan.

Kita berharap dalam tempoh terdekat,

kita akan dapat memperkasakan sektor

awam yang berkualiti dan berkesan.

Sehubungan dengan itu juga, sektor-

sektor lain juga perlu bergerak ke arah

tujuan yang sama dalam memberikan

perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan

berkesan. Ini akan membantu

mengubah imej negara selaras dengan

wawasan untuk menjadikan ekonomi

Brunei Darussalam antara yang teratas

di dunia.

Namun begitu masih banyak lagi yang

perlu kita usahakan. Ia memerlukan

usaha secara menyeluruh dan inklusif

untuk memahami ekspektasi dan

kebergantungan pelbagai pihak

berkepentingan di negara ini, baik di

sektor awam dan swasta, komuniti,

masyarakat dan individu. Justeru,

keperluan merentasi agensi untuk

mengurangkan silo dan menambah

sinergi untuk memanfaatkan kelebihan

masing-masing adalah perlu apatah lagi

dalam memastikan penyejajaran usaha

dalam kita mendekati 2035 Masihi.

Pendekatan secara menyeluruh dan

inklusif akan memastikan kita membuat

perancangan dan pelaksanaan sesuatu

inisiatif itu secara holistik dan strategik.

Matlamat inisiatif perlu dikenal pasti dan

dikupas dengan lebih mendalam untuk

memastikan pulangan pelaburan

ataupun return of investments (ROIs)

yang memuaskan, penggunaan sumber

(resources) yang bijak, dan memberikan

impak yang maksimum termasuklah

pembawaan manfaat dan kesan

berganda ataupun multifie effect kepada

sektor-sektor lain.

Sebagai contoh, transformasi pendidikan

teknikal di Kementerian Pendidikan

memberikan impak bukan sahaja

kepada kualiti kurikulum, bahkan yang

lebih utama, ialah kerjasama erat

dengan pihak industri atau agensi-

Page 7: Mesyuarat disambung semula pada Yang Mulia Timbalan ...majlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_7Mac2015ptg.pdf · Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.00 petang

PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 42

agensi kerajaan yang berkepentingan

umpamanya Jabatan Tenaga di Jabatan

Perdana Menteri (EDPMO) melalui

Energy Industry Competency

Framework (EICF) dalam memastikan

peluang pekerjaan dapat dijamin.

Penyejajaran antara kursus yang

ditawarkan dengan keperluan dari

industri telah menarik ramai anak-anak

tempatan untuk melanjutkan pengajian

mereka dalam aliran teknikal. Usaha ini

bertepatan dengan titah Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam yang menginginkan

peluang pekerjaan dalam sektor industri

dapat diisikan oleh ramai anak

tempatan. Di sini, kita dapat lihat

kejayaan EICF dalam membukakan

peluang pekerjaan kepada anak

tempatan.

Adalah diharapkan, model EICF ini akan

dapat dilaratkan ke sektor ataupun

industri lain seberapa segera dengan

merangka industri competency

framework (ICF) masing-masing dalam

memastikan jaminan sumber tenaga

kerja tempatan yang memenuhi

keperluan pasaran dan industri.

Sehubungan dengan itu, kita

menjunjung titah Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam dengan memberi perhatian

terhadap peluang anak-anak tempatan

memegang jawatan-jawatan penting

di sektor swasta.

Ini sudah setentunya akan dapat

memberikan keseimbangan dalam

pengambilan pekerja tempatan dan

pekerja asing di sektor swasta di negara

ini, di samping menitikberatkan

kepentingan perkembangan kerjaya

atau career progression anak-anak

tempatan. Oleh itu, marilah kita sama-

sama menyediakan strategi-strategi

yang akan dapat meningkatkan

pembangunan kapasiti, capacity building

anak-anak tempatan secara sistematik.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Melalui

Persidangan Majlis Mesyuarat Negara

Yang Kesebelas ini, marilah kita semua

menggunakannya sebagai satu wadah

untuk kita sama-sama membincangkan

perencanaan langkah-langkah strategik

untuk memantapkan lagi kaedah

bagaimana kita di sektor awam dan

swasta dapat memperolehi faedah

maksimum daripada dasar,

perkhidmatan, infrastruktur dan sumber

yan sedang dan akan dirancangkan.

Berdasarkan apa yang telah dititahkan

oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam,

kita semua diseru agar memeduli semua

permasalahan rakyat dan penduduk

dengan perlu sama-sama berganding

bahu dan mengambil perspektif yang

benar-benar diyakini dapat memajukan

mereka.

Ini bermaksud, kita perlu mengkaji

permasalahan dan mencari jalan

penyelesaian dengan penuh masak

dalam menangani sesuatu isu itu.

Marilah kita sama-sama bermusyawarah

dengan membuat perundingan secara

Page 8: Mesyuarat disambung semula pada Yang Mulia Timbalan ...majlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_7Mac2015ptg.pdf · Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.00 petang

PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 43

baik. Inilah sebenarnya pendekatan

yang dianjurkan oleh Islam yang selaras

dengan konsep Melayu Islam Beraja

(MIB), falsafah negara kita.

Mudah-mudahan dengan perbahasan

yang matang dan berkualiti, kita akan

dapat melaksanakan tanggungjawab

kita dalam sama-sama memartabatkan

institusi Majlis Mesyuarat Negara

sebagai sebuah institusi penting bagi

pembangunan negara.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Sebelum

mengakhiri ucapan sembah menjunjung

kasih ini saya penuh berharap dengan

kepimpinan Yang Di-Pertua Majlis,

perbincangan-perbincangan yang akan

diadakan dalam beberapa hari akan

datang ini diharap akan mampu

membantu pihak kerajaan dalam

melaksanakan usaha-usaha dalam

membangun negara yang sama-sama

kita cintai ini.

Selari dengan pembangunan tersebut,

kita akan terus mengekalkan identiti kita

sebagai sebuah negara yang

berpaksikan kepada konsep Melayu

Islam Beraja yang rakyat dan

penduduknya akan terus hidup dalam

keamanan, ketenteraman serta

kesejahteraan yang berterusan dan

berkekalan, insya-Allah.

Sekian Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Wabillahit Taufik Walhidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua:

Terima kasih, Yang Berhormat Menteri

Pendidikan dan saya ingin mengucapkan

terima kasih atas ucap selamat yang

telah dikemukakan dengan lantikan saya

sebagai Speaker. Dengan itu, saya

meminta adakah ahli yang ingin

menyokong usul yang dikemukan oleh

Yang Berhormat Menteri Pendidikan itu.

Yang Berhormat Menteri

Kesihatan: Bismillahir Rahmanir

Rahim. Assalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang

Berhormat Yang Di-Pertua dan Ahli-ahli

Yang Berhormat. Saya menyokong

sepenuhnya Usul daripada Yang

Berhormat Menteri Pendidikan. Terima

kasih Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua:

Terima kasih Yang Berhormat Menteri

Kesihatan. Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Sebentar tadi Yang Berhormat Menteri

Pendidikan telah mencadangkan Satu

Usul menyembahkan sepenuhnya

menjunjung kasih Kehadapan Majlis

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan Haji Hassanal

Bolkiah Muizzaddien Waddaulah Sultan

dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam atas keberangkatan Baginda

Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat

Pertama Dari Musim Permesyuaratan

Kesebelas Majlis Mesyuarat Negara yang

telah diadakan pada hari Khamis,

5 Mac 2015 Masihi.

Usul ini telah disokong sepenuhnya oleh

Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

Maka sekarang, usul ini saya bukakan

untuk dibahas. Saya melihat bahawa

Page 9: Mesyuarat disambung semula pada Yang Mulia Timbalan ...majlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_7Mac2015ptg.pdf · Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.00 petang

PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 44

ada 11 Ahli Yang Berhormat yang telah

menyatakan untuk berucap dan

berhujah bagi usul ini, dan sekarang

dalam senarai saya yang pertama saya

persilakan Yang Berhormat Pehin Datu

Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji

Awang Abdul Hamid bin Bakal. Silakan

Yang Berhormat.

Yang Berhormat Pehin Datu Imam

Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji

Awang Abdul Hamid Bin Bakal: Saya

dengan hormat mengucapkan

berbanyak-banyak terima kasih kepada

Yang Berhormat Yang Di-Pertua kerana

memberi peluang bercakap bagi

menjunjung kasih atas kurnia titah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan Haji Hassanal

Bolkiah Mu‟izzaddin Waddaulah ibni

Al-Marhum Sultan Haji Omar „Ali

Saifuddien Sa‟adul Khairi Waddien,

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam pada hari Khamis

yang lalu di Dewan yang mulia ini.

Saya terlebih dahulu mengucapkan

setinggi tahniah atas pelantikan Yang

Berhormat Pehin sebagai Yang

Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara.

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh. Bismillahir Rahmanir

Rahim. Alhamdulillahi Rabbil‟alamin

Wassalaatu Wassalaamu „Alaa Asyrafil

Anbiya Walmursalin Sayyidina

Muhammaddin Wa‟ala Alihi Wasahbihi

Ajmain Amaa Ba‟adu

Yang Berhormat Pehin Datu Imam

Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji

Awang Abdul Hamid bin Bakal:

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh Wassalamu Alhamdulillahi

Rabbil‟alamin Wassalaatu Wassalaamu

„Alaa Asyrafil Anbiya Walmursaleen

Sayyidina Muhammaddin Wa‟ala Alihi

Wasahbihi Ajma‟een Amaa Ba‟adu.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Yang

Berhormat Menteri-Menteri Kabinet,

Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis

Mesyuarat Negara. Sebagaimana yang

sama-sama kita maklum bahawa

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan Haji Hassanal

Bolkiah Mu‟izzaddin Waddaulah ibni

Al-Marhum Sultan Haji Omar „Ali

Saifuddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam telah bertitah

di Dewan yang mulia ini pada hari

Khamis yang lalu, menggariskan empat

perkara yang perlu menjadi tumpuan

sidang Majlis Mesyuarat Negara kali

kesebelas ini, bagi memacu negara

menghadapi suasana kelembapan

ekonomi ke arah pembangunan dan

kemajuan yang mampan.

Perkara-perkara tersebut termasuklah:

1. Memperkasa sektor awam;

2. Mengekalkan dasar kestablian

fiskal;

3. Menggerakkan anak-anak

tempatan bagi mengisi peluang-

peluang pekerjaan; dan

4. Bidang Keusahawanan.

Baginda bertitah supaya ada

penghijrahan pemikiran daripada suka

bergantung pada bantuan kepada lebih

berdikari dan berusaha. Saya dalam

ucapan ini hanya akan menyentuh soal

Page 10: Mesyuarat disambung semula pada Yang Mulia Timbalan ...majlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_7Mac2015ptg.pdf · Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.00 petang

PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 45

mengenai perkara berdikari dan

berusaha.

Menyebut tentang perlunya tentang

berdikari dan berusaha, rakyat yang

terdiri daripada masyarakat Islam

khususnya di negara ini perlulah

menyedari bahawa agama Islam bukan

sahaja menggalakkan umatnya berdikari

dan berusaha untuk mendapatkan

perbelanjaan nafkah sara hidup bagi diri

dan ahli keluarga masing-masing,

bahkan Rasulullah Alaihi Wasallam

dalam sebuah hadis Baginda telah

bersabda “Talabul halal faridatun ba‟dal

faridah” ertinya berusaha dan bekerja

bagi mendapatkan rezeki yang halal

adalah suatu kewajipan fardu. Ini

bererti bekerja dan berusaha bagi

mendapatkan rezeki yang halal itu

hukumnya fardu atau wajib, bukan

sunat dan bukan harus. Sesiapa dalam

kalangan orang Islam yang tiada uzur

syar‟ie mengabaikan kewajipan

berusaha dan bekerja ini akan berdosa

dan orang yang melakukannya

mendapat pahala.

Sikap sesetengah orang yang layak dan

berdaya, berusaha dan bekerja yang

lebih suka menganggur dan hanya

mengharapkan bantuan-bantuan pihak

kerajaan atau pihak-pihak lain tidak

selari dengan ajaran-ajaran agama

Islam. Dalam satu hadis lain Rasulullah

Alaihi Wasallam telah bersabda

“Manhasamkalan mina‟amalihalali

Amsamalmakfurallah” ertinya sesiapa

yang pada waktu petangnya dalam

keadaan letih disebabkan bekerja untuk

mendapatkan rezeki halal dari paginya

nescaya dia mendapat keampunan

dosanya pada petang itu. Ini

menunjukkan bahawa Islam

memandang tinggi kepada orang-orang

yang bekerja dan berusaha pada

mendapatkan rezeki yang halal sehingga

kepenatan disebabkan bekerja dan

berusaha itu diberi nilai yang tinggi

oleh Allah Subhanahu Wata‟ala dengan

mengurniakan pengampunan dosa

kepada orang itu disebabkan berusaha

dan bekerja.

Rasulullah Sallallahu „Alaihi Wasallam

pernah juga menerangkan bahawa

orang yang berusaha dan bekerja untuk

menyara dirinya, isterinya dan anak-

anaknya yang lemah adalah beroleh

pahala seperti pahala orang berjihad

fisabilillah iaitu orang berjuang,

berperang bagi menegakkan agama

Allah. Melalui penerangan Baginda

Rasulullah Sallallahu „Alaihi Wasallam

itu, jelas kepada kita bahawa pahala

bekerja dan berusaha untuk

mendapatkan rezeki yang halal adalah

sama pahala dengan pejuang fisabilillah.

Selain itu, golongan peniaga pula,

adalah mendapat martabat yang tinggi

di sisi Allah Subhanahu Wata‟ala

sebagaimana yang telah diterangkan

Sallallahu „Alaihi Wasallam dalam

sebuah hadis sabda Baginda “Attajurus

sadukul aminu yuksyaruma

anabiyisidiqin” ertinya peniaga yang

lurus lagi jujur akan dihimpunkan

di akhirat bersama nabi-nabi dan orang-

orang sidiqin. Orang-orang sidiqin itu

adalah orang-orang yang mendapat

darjat yang tinggi di sisi Allah

Subhanahu Wata‟ala di akhirat yang

akan ditempatkan bersama nabi-nabi

Page 11: Mesyuarat disambung semula pada Yang Mulia Timbalan ...majlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_7Mac2015ptg.pdf · Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.00 petang

PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 46

Alaihi Wasallam di akhirat. Tetapi perlu

juga dingati bahawa seseorang yang

hendak menceburkan diri dalam satu-

satu pekerjaan atau perniagaan atau

perusahaan hendaklah lebih dahulu

mempelajari perkara-perkara perlu

diketahui yang dari segi hukum ugama

mengenai bidang yang hendak diceburi

itu supaya ia terhindar daripada

melakukan perkara-perkara yang

bercanggah dengan hukum agama

Islam.

Misalnya dalam bidang perniagaan, ia

mestilah mempelajari hukum-hukum

jual beli, riba, sewa beli dan sebagainya.

Begitu juga ia hendaklah mempelajari

etika sebenar berniaga secara lurus dan

jujur, niatnya juga hendaklah bagi

mendapatkan nafkah dan sara hidup

bagi diri dan orang-orang di bawah

tanggungannya. Dia juga perlu berniat

untuk menolong golongan miskin dan

orang-orang daif jika pendapatannya

melebihi daripada keperluannya dan

keperluan orang-orang di bawah

tanggungannya.

Satu perkara lagi yang perlu diambil

perhatian oleh umat Islam yang

menceburkan diri dalam suatu

pekerjaan atau perniagaan ataupun

perusahaan ialah tentang ibadat khusus

kepada Allah Subhanahu Wata‟ala.

Di samping menunaikan tugas bekerja

dan berusaha, dalam apa jua bidang

pun hendaklah jangan dicuaikan tugas

beribadat kepada Allah, misalnya

sembahyang lima waktu pada waktunya

dan kewajipan-kewajipan lain ibadat

khusus, jangan sampai dalam

menjalankan kewajipan satu fardu,

misalnya, bekerja dan berusaha

mendapatkan rezeki halal lalu kewajipan

lain seperti sembahyang umpamanya

diabaikan. Jika ini berlaku sudah tentu

akan mengundang kemurkaan Allah

Subhanahu Wata‟ala. Semua ajaran

agama Islam yang saya bentangkan tadi

merupakan antara motivasi bagi

merangsang umat Islam bekerja dan

berusaha, membuang sikap malas dan

berpada dengan bantuan-bantuan

daripada kerajaan dan pihak-pihak lain

atau suka meminta-meminta kepada

orang lain bagi keperluan sara hidupnya

dan sara hidup ahli-ahli keluarganya.

Buanglah sikap negatif pada diri masing-

masing supaya setiap orang hidup

berdikari demi kebaikan hidup mereka

di dunia dan juga di akhirat. Sekian

saja ucapan saya Wabillahit Taufik

Walhidayah, Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima

kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua:

Terima kasih, Yang Berhormat Pehin.

Sekarang saya jemput Yang Berhormat

Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato

Paduka Seri Awang Haji Yaakub bin

Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato

Paduka Awang Haji Zainal. Silakan,

Yang Berhormat.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya

Maharaja Kerna Dato Paduka

Awang Haji Yaakub bin Pehin

Orang Kaya Maharaja Diraja Dato

Paduka Awang Haji Zainal:

Bismillahir Rahmanir Rahim. Yang

Berhormat Yang Di-Pertua, Ahli-Ahli

Yang Berhormat. Saya menyokong usul

yang dicadangkan oleh Yang Berhormat

Page 12: Mesyuarat disambung semula pada Yang Mulia Timbalan ...majlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_7Mac2015ptg.pdf · Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.00 petang

PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 47

Menteri Pendidikan bagi menyembahkan

sembah ucapan menjunjung kasih yang

setinggi-tingginya Kehadapan Majlis

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

atas keberangkatan Baginda ke Istiadat

Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama

Dari Musim Permesyuaratan Kesebelas

pada hari Khamis, 14 Jamadilawal 1436

Hijrah bersamaan 5 Mac 2015 Masihi

dan titah kurnia Baginda dalam Istiadat

Perasmian tersebut. Merujuk kepada

titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam,

Baginda ada menyentuh perkara

berhubung dengan penyerapan positif

“mindset” kepada rakyat. Pentingnya

mindset yang postif kerana ianya akan

mempengaruhi segala tindak-tanduk

seseorang itu dalam apa jua perkara.

Dari itu, dengan titah Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam pada hari Khamis

yang lalu, menekankan hasrat Baginda

untuk melihat perubahan kehidupan

rakyat Baginda ke posisi yang lebih baik

dan lebih matang dalam mengharungi

kehidupan harian yang semakin

mencabar.

Kita semua berperanan untuk

menyerapkan nilai-nilai positif kepada

rakyat dan penduduk negara ini.

Tatacara penerimaan rakyat terhadap

perubahan yang baik memerlukan

perpaduan dari segenap penjuru.

Sebagai langkah pertama kita mesti

meyakinkan rakyat bahawa Kerajaan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

adalah agensi yang amat responsif

terhadap aspirasi dan sangat prihatin

terhadap keperluan rakyat.

Walau bagaimanapun, kita mesti

mencari jalan untuk mengubah sifat

rakyat yang terlalu bergantung pada

pihak kerajaan semata-mata dengan

mengubah pemikiran rakyat terhadap

kerajaan sebagai agensi pemudah cara,

bukannya menyediakan segala-galanya.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Ahli-

Ahli Yang Berhormat. Dalam menyentuh

ekonomi negara, alhamdulillah rakyat

dan penduduk negara ini menikmati

kehidupan yang selesa, walau

bagaimanapun adalah perlu bagi semua

pihak untuk sama-sama menanamkan

sikap seperti peribahasa; “sediakan

payung sebelum hujan”. Sikap

persediaan ini tidak begitu diambil berat

oleh sebahagian rakyat dan penduduk

di negara ini kerana alpa dalam

keselesaan dan keharmonian negara

kita.

Agensi-agensi yang berkenaan perlu

bekerjasama dalam memberi

pendedahan terhadap kepentingan siap

siaga dalam semua hal. Maklumat yang

ringkas, padat dan mudah difahami

berhubung dengan pasang surut

ekonomi negara perlu disuarakan

kepada rakyat dari semasa ke semasa

melalui pelbagai penyampaian sesuai

dengan konsep dunia terbuka masa kini.

Penghijrahan mindset ini juga perlu

ditekankan kepada pihak majikan sama

Page 13: Mesyuarat disambung semula pada Yang Mulia Timbalan ...majlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_7Mac2015ptg.pdf · Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.00 petang

PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 48

ada di sektor awan mahupun sektor

swasta kerana kejayaan bagi perubahan

dalam organisasi amat bergantung pada

cara penerimaan oleh orang bawahan.

Mereka akan menerima dengan mudah

jika segala justifikasi untuk perubahan

itu berjaya meyakinkan mereka. Justeru

peranan kepimpinan bagi setiap ketua

dalam sektor awan dan swasta adalah

penting kerana ia akan menentukan

keberkesanan segala usaha yang

diungkayahkan.

Pimpinan yang berwawasan, inovatif

dan mahir merupakan faktor paling

kritikal dan perlu dipandang serius

dalam menggalakkan transfomasi

pengurusan sumber manusia di sektor

awam dan juga di sektor swasta pada

abad ini. Dalam pada itu, pihak sektor

swasta juga perlu memainkan peranan

menuju penghijrahan mindset yang

positif dengan mengubah pemikiran dan

menanamkan keyakinan mereka

terhadap potensi warga tempatan dalam

penggerak ekonomi negara.

Alasan warga tempatan tidak

mempunyai pengalaman harus

dihapuskan dalam kamus sektor swasta.

Peluang haruslah diberikan kepada

warga tempatan. Pengalaman hanya

akan lahir setelah warga tempatan ini

memulakan pekerjaan. Pihak majikan,

seharusnya bersiap sedia dengan

menyediakan berbagai-bagai pelan

tindakan bagi mengasah kebolehan

warga tempatan ini.

Dalam perkara yang sama, warga

tempatan di negara ini seharusnya

bersikap terbuka dan tidak bersandar

pada pihak kerajaan dalam mencari

pekerjaan. Sikap yang suka memilih

kerja dan menjadikan sektor swasta

sebagai part-time job perlulah diubah.

Kita mesti berkeyakinan tinggi bahawa

kita sebagai rakyat dan penduduk

Negara Brunei Darussalam merupakan

agensi penggerak yang berkualiti

setanding dengan luar negara dan

mampu menggerakkan ekonomi negara

ke tahap yang lebih baik.

Wahai para usahawan sekalian yang

saya hormati, abiskita mesti

menggalakkan mengembangkan

perniagaan dan industri masing-masing

tanpa berhenti setakat peringkat

pertama sahaja tetapi perlu mendekati

dan mendakinya sehingga sampai ke

puncak. Hasrat Baginda yang murni ini,

ingin melihat rakyat Baginda maju

dalam apa jua bidang, terutama bidang

keusahawanan tanpa mengharapkan

semata-mata bekerja dengan kerajaan.

Pengusaha secara kecil-kecilan pada

masa ini memang banyak, terutamanya

sekali kita akan dapat melihat bila ada

perayaan-perayaan atau gerai-gerai

pada bulan Ramadan.

Alhamdulillah kebanyakannya ialah

anak-anak tempatan yang terdiri

daripada belia kitani. Mereka ini

berniaga di gerai-gerai dan juga

berniaga melalui secara online.

Sayangnya mereka ini setakat itu sahaja

tidak melangkah pergi jauh untuk usaha

yang lebih besar lagi. Seolah-olah

mereka ini tidak ada arah tuju yang

pasti untuk mereka meneruskan

perniagaan yang lebih mencabar.

Page 14: Mesyuarat disambung semula pada Yang Mulia Timbalan ...majlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_7Mac2015ptg.pdf · Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.00 petang

PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 49

Pada pandangan saya, sesetengah

pengusaha ini ibarat kanak-kanak yang

merangkak tanpa dipandu dan dipimpin

oleh indungnya. Tidak ada yang akan

menarik jika mereka tergelincir atau

rebah untuk mereka bangkit berdiri

dengan tegak semula. Tidak ada

tempat mereka untuk meminta nasihat

dan tunjuk ajar. Tidak ada yang

memberi semangat bila mereka ditimpa

oleh masalah.

Memandangkan perkara seperti ini,

maka saya mengusulkan di dalam

Dewan yang mulia ini, agar ditubuhkan

sebuah kementerian baru yang diberi

nama Kementerian Pembangunan

Keusahawanan, yang berfungsi khusus

bagi memantau dan memberi bantuan

pengurusan, kursus, dana, bimbingan

dan juga sokongan dan galakan yang

berterusan kepada usahawan

bumiputera yang berminat untuk

menceburi dalam keusahawanan yang

kira dapat menyumbang ke arah

mempertingkatkan pertumbuhan

ekonomi negara selain industri minyak

dan gas.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua, Ahli-

Ahli Yang Berhormat. Negara Brunei

Darussalam sudah dikenali dengan halal

produknya di rantau ini. Ini merupakan

senjata marketing kita yang amat

penting, seharusnya kita manfaatkan

dengan sebaik-baiknya. Saya berharap

kerajaan tidak akan teragak-agak untuk

memberikan peruntukan kewangan

yang secukupnya bagi merealisasikan

kejayaan projek ini kerana hasilnya

adalah semata-mata untuk

kesejahteraan rakyat dan negara ini

juga. Kita boleh mengadakan kilang-

kilang bagi memproses produk halal

untuk kegunaan dalam negeri dan

seterusnya boleh dieksport ke luar

negeri. Contoh, kita boleh mengimport

atau memasukkan buah-buahan dari

negara jiran dan memproses

pembungkusannya dan pemasarannya

dengan menggunakan jenama Brunei

Halal yang sedia ada.

Selain itu, perusahaan Small Medium

Entreprise (SME) bermula dari industri

kecil dan sederhana, seperti

pengeluaran plastik, baja, fibre-glass,

simen dan lain-lain yang dikira dapat

menghasilkan berjenis-jenis barangan

pengeluaran sendiri. Dengan

tertubuhnya Kementerian Pembangunan

Keusahawanan ini secara langsung akan

dapat membantu bumiputera yang

mempunyai kredibiliti untuk memulakan

sebarang perusahaan yang dirancang

dan secara automatik akan dapat

menyediakan beberapa kekosongan

pekerjaan dan jawatan untuk diisi oleh

para belia lepasan sekolah atau

universiti yang belum mempunyai

sebarang pekerjaan.

Dalam masa yang sama sekurang-

kurangnya akan dapat membantu

menyelesaikan masalah pengangguran

di negara ini. Marilah kita dengan

bertawakal kepada Allah Subhanahu

Wata‟ala berani maju ke hadapan bagi

melaksanakan Industri Perkilangan

(Manufacturing) untuk sama-sama

menjayakan visi atau projek ini.

Kerajaan seharusnya tidak akan

membiarkan kementerian baru ini

bersendirian mengungkayahkan malah

Page 15: Mesyuarat disambung semula pada Yang Mulia Timbalan ...majlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_7Mac2015ptg.pdf · Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.00 petang

PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 50

kementerian-kementerian yang

bersangkutan seperti Kementerian

Kewangan, Kementerian Perindustrian

dan Sumber-Sumber Utama dan

Kementerian Kebudayaan Belia dan

Sukan dapat memberikan kerjasama

kepada kementerian yang baru

ditubuhkan ini, kalaulah ia

diperkenankan insya-Allah.

Sebelum saya mengundur diri sekali lagi

dengan hati yang tulus ikhlas saya

merafak sembah menjunjung kasih atas

pengurniaan titah Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam yang mencerminkan

kewibawaan dan pandangan jauh

Baginda sebagai pemimpin dan raja

yang berjiwa rakyat yang senantiasa

memikirkan kesejahteraan rakyat dan

negara. Sekian, Wabillahit Taufik

Walhidayah, Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima

kasih, Yang Berhormat Yang Di-Pertua.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua:

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang

saya persilakan Yang Berhormat Haji

Awang Ahmad Morshidi bin Pehin Orang

Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila

Utama Haji Awang Abdul Rahman.

Silakan Yang Berhormat.

Yang Berhormat Haji Awang

Ahmad Morshidi bin Pehin Orang

Kaya Digadong Seri Diraja Dato

Laila Utama Haji Awang Abdul

Rahman: Terima kasih Yang Berhormat

Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang

Berhormat. Saya tidak lupa

mengucapkan setinggi-tinggi tahniah

ke atas pelantikan Yang Berhormat

sebagai Yang Di-Pertua Majlis

Mesyuarat Negara. Assalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam

sejahtera. Bismillahir Rahmanir Rahim.

Alhamdulillahi Rabbil‟alamin Wassalaatu

Wassalaamu „Alaa Asyrafil Anbiya

Walmursalin Sayyidina Muhammaddin

Wa‟ala Alihi Wasahbihi Ajmain. Saya

berdiri di Dewan yang mulia ini,

mewakili Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat

Negara Yang Dilantik Dari Orang-Orang

Yang Mencapai Kecemerlangan.

Saya menyokong dengan sepenuhnya

usul yang dicadangkan oleh Yang

Berhormat Menteri Pendidikan bagi

menyembahkan ucapan berbanyak-

banyak menjunjung kasih Kehadapan

Majlis Baginda bagi bercemar Duli

ke Istiadat Pembukaan Rasmi

Mesyuarat Pertama dari Musim

Permesyuaratan Kesebelas Majlis

Mesyuarat Negara dan berkenan

mengurniakan titah pada Hari Khamis

14 Jamadilawal 1436 Hijrah bersamaan

5 Mac 2015 Masihi.

Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat

Allah Subhanahu Wata‟ala yang telah

memberi rahmat nikmat keamanan dan

kesejahteraan di bawah kepimpinan

kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan

Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam. Harapan tinggi Baginda

yang diletakkan kepada peranan Ahli-

Ahli Majlis Mesyuarat Negara Yang

Dilantik adalah amat disanjung tinggi

sejak Majlis Mesyuarat Negara ini

berjalan selama 11 tahun yang lalu dan

adalah menjadi amanah yang perlu kita

Page 16: Mesyuarat disambung semula pada Yang Mulia Timbalan ...majlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_7Mac2015ptg.pdf · Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.00 petang

PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 51

jalankan sebaik yang terdaya untuk

menggalas tanggungjawab yang besar

ini untuk sama-sama memacu

pembangunan negara sesuai dengan

bidang masing-masing.

Peranan positif mindset kepada rakyat

supaya lebih matang bertindak selaras

dengan tuntutan zaman adalah juga

menjadi sukat-sukat dan asas bagi

setiap cadangan atau pandangan yang

kita utarakan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Seperti tahun-

tahun sebelumnya pada tahun ini kita

juga sangat berbesar hati dan berterima

kasih kepada kementerian-kementerian,

khususnya kepada menteri-menteri dan

pegawai-pegawainya yang telah

berkesudian mendengar persoalan-

persoalan dan pandangan daripada kita

semasa sesi permuzakarahan diadakan.

Ini semata-mata supaya dalam

Persidangan Majlis Mesyuarat Negara ini

nanti hanya perkara-perkara yang

difikirkan menjadi fokus utama saja

yang akan diketengahkan. Namun

begitu, akan timbul juga persoalan-

persoalan semasa untuk menjadi

maklum balas dan informasi kepada

orang ramai yang tidak kurang

kepentingannya kepada keharmonian

masyarakat di negara ini.

Sebagaimana juga titah Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam yang memperkasa

sektor awam supaya lebih berkesan dan

berkualiti adalah bertepatan dengan

situasi semasa yang memerlukan kitani

bertindak lebih proaktif, produktif dan

dinamik kerana sektor awam merupakan

jentera pentadiran yang melaksanakan

dasar dan keputusan kerajaan bagi

mencapai matlamat negara. Harapan

tinggi diletakkan kepada sektor awam

oleh kerajaan, rakyat dan juga pihak

swasta.

Perubahan mindset dan sikap setiap

warga perkhidmatan awam amat

penting untuk menggerakkan

perkhidmatan ke arah yang lebih

cemerlang. Ekspektasi orang ramai

semakin meningkat dan memerlukan

sistem perkhidmatan awam yang lebih

responsive, tulus dan berkesan.

Memperkasa sektor awam tidak

memerlukan banyak perubahan kerana

yang terpilih di sektor awam memang

sudah mempunyai kelulusan yang

tinggi, hanya memerlukan satu attitude

bagi melaksanakan tanggungjawab yang

sentiasa mempunyai positif mindset

kepada stability dan pemudah cara

untuk maju ke hadapan bagi menjana

ekonomi yang memerlukan tindakan

yang positif bagi menggerakkan semua

warga di sektor awam dan juga sektor

swasta dengan pengenalan program-

program negara bagi membantu

peniaga-peniaga kecil dan sederhana

dan pengusaha-pengusaha yang mahu

maju ke hadapan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita

menyokong penuh titah Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam mengenai peluang-

Page 17: Mesyuarat disambung semula pada Yang Mulia Timbalan ...majlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_7Mac2015ptg.pdf · Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.00 petang

PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 52

peluang pekerjaan untuk anak

tempatan. Satu pemerhatian yang

sangat disanjung tinggi daripada

seorang ketua negara yang

berpandangan jauh dan berwawasan.

Maka, hal ini hendaklah kitani tangani

dan laksanakan dengan segera kerana

untuk mencapai matlamat Wawasan

Negara 2035, sumber manusia dalam

kalangan anak-anak tempatan

yang berilmu dan berkualiti adalah

pencapaian yang utama

demi kelestarian pembangunan-

pembangunan bangsa, agama dan

negara, begitu juga dalam bidang

industri dan swasta dalam kalangan

anak-anak tempatan sudah ramai yang

berkelayakan, berpengalaman dan

berkemahiran. Sudah tiba masanya

mereka ini diberi peluang dan

kesempatan untuk membuktikan

kebolehan dan kepakaran mereka dalam

bidang masing-masing dan sudah

setentunya penilaian dan pengetahuan

dibuat untuk kita sama-sama mendapat

hasil yang diharapkan.

Dasar dan akta pekerja asing yang

digubal oleh kerajaan adalah

satu langkah awal untuk melihat

perkembangan ini, begitu juga dasar

mendapatkan lesen perniagaan yang

cepat adalah bukti kesungguhan

kerajaan untuk membantu rakyat dan

penduduk dalam bidang perniagaan

dan perekonomian mereka. Namun

perkara ini juga memerlukan ketelusan

dan pemantauan yang teliti supaya

ianya benar-benar menepati tujuannya

diadakan.

Sebagai Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat

Negara Yang Dilantik kita menyokong

dan bersetuju dengan titah Kebawah

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan

negara Brunei Darussalam untuk

diversify ekonomi daripada minyak

dan gas dan juga dilihat hasil

pendapatan negara 90 peratus dari

minyak telah turun kepada 50 peratus

dan pengeluaran minyak telah turun

kepada 40 peratus. Maka negara akan

mendapat masalah dari fizikalnya.

Sudah tiba masanya untuk

mempebagaikan ekonomi dan

perniagaan daripada berharap

pendapatan minyak dan gas. Ini boleh

dilaksanakan dengan jayanya jika ada

satu badan yang membimbing

monitoring sesiapa yang berminat dalam

perniagaan dengan program-program

bantuan kewangan perlu diperkukuhkan

daripada yang sedia ada seperti

dari Lembaga Kemajuan Ekonomi,

Kementerian Perindustrian dan Sumber-

Sumber Utama, Kementerian Hal

Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian

Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Perubahan

mindset untuk berdikari daripada hanya

mengharapkan bantuan adalah satu

idea bernas yang perlu dikembangkan

kerana kitani secara teori dalam

beberapa kajian yang dibuat sudah

mendapati beberapa faktor menyebab

kenapa masih ramai memerlukan

bantuan. Kitani masih boleh lagi

mestilah dibantu, dibimbing untuk

mengenal pasti potensi keberanian,

kemahuan untuk orang-orang Brunei

Page 18: Mesyuarat disambung semula pada Yang Mulia Timbalan ...majlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_7Mac2015ptg.pdf · Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.00 petang

PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 53

maju dalam apa juga bidang, insya-

Allah. Kita ungkapkan pepatah melayu,”

Kalau hendak seribu daya, kalau tidak

hendak seribu dalih.”

Pada saat-saat ekonomi global yang

sedang menunjukkan penurunan ketara

seperti harga minyak yang jauh turun,

terutama sekali pendapatan negara

lebih dari 90 peratus dari hasil minyak

dan gas. Satu program jangka pendek

perlu dilaksanakan seperti perbelanjaan

yang tidak mustahak hendaklah

diketepikan buat sementara, dan jua

mengawal pembelian aset rumah

perseorangan keluar negeri. Percutian

dan perbelanjaan negeri jiran akan

menambah kos bagi negara, membawa

balik wang yang dibelanjakan di sana

dan cara ini ia boleh mengurangkan

foreign exchange lost dan cost saving

dari segi foreign transaction.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah,

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua:

Saya persilakan sekarang Yang

Berhormat Awang Haji Gapor @ Haji

Mohd. Daud bin Karim.

Yang Berhormat Awang Haji Gapor

@ Haji Mohd. Daud bin Karim:

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang

Berhormat, Yang Di-Pertua, Yang

Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat

Negara dan rakan-rakan. Lebih dahulu

kola mengucapkan ribuan terima kasih

di atas kesempatan yang diberikan

kepada kaola.

Di samping itu juga saya mengucapkan

setinggi-tinggi tahniah kepada Yang

Berhormat Pehin atas pelantikannya

sebagai Yang Di-Pertuan Majlis

Mesyuarat Negara. Yang Berhormat,

Yang Di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang

Berhormat saya menyokong untuk

sama-sama, menyokong usul yang

dicadangkan oleh Yang Berhormat,

Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri

Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar

bin Haji Apong, Menteri Pendidikan

Negara Brunei Darussalam iaitu usul

menyembahkan menjunjung kasih

Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam di atas keberangkatan

Baginda ke Majlis Pembukaan Rasmi

Mesyuarat Negara pada hari Khamis,

14 Jamadilawal 1436 Hijrah bersamaan

dengan 5 Mac 2015 Masehi.

Semasa persidangan Majlis Mesyuarat

Pertama Dari Musim Permesyuaratan

Kesebelas atas kurnia titah Baginda

di Majlis bersama pada hari tersebut.

Antara lain Baginda bertitah,

penghijrahan mindset ataupun

pemikiran perlu juga mengubah sikap

daripada semata-mata meminta suka

bergantung pada bantuan haruslah

dikikis dan fikiran bertukar kepada

lebih daripada berdikari dan berusaha

dalam memperbagaikan jurusan seperti

pertanian, perniagaan, nelayan,

penternak. Semua usaha-usaha ini

akan dapat dibantu oleh kementerian-

kementerian seperti Kementerian

Perindustrian dan Sumber-Sumber

Utama, Kementerian Kebudayaan, Belia

dan Sukan dan Kementerian-

Page 19: Mesyuarat disambung semula pada Yang Mulia Timbalan ...majlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_7Mac2015ptg.pdf · Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.00 petang

PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 54

Kementerian yang lain. Semoga perkara

ini untuk menjamin masa hadapan yang

cerah bagi mereka tersebut.

Mengenai ekonomi global yang sedang

terjadi ini adalah penurunan ketara

harga-harga minyak yang jauh

menjunam. Dalam situasi ini Kerajaan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang

Di-Pertuan negara Brunei Darussalam

akan melaksanakan langkah-langkah

untuk menambahkan lagi ke arah

keazaman bagi menerokai lagi aset-aset

ekonomi negara.

Sehubungan dengan itu Baginda

seterusnya bertitah supaya perlu

mendekatkan dasar kestabilan fiskal

terutamanya dalam perbelanjaan

peruntukan kewangan, kementerian-

kementerian dan jabatan-jabatan

supaya memikirkan perbelanjaan-

perbelanjaan berhemah dan berjimat

cermat dan mampu menabung lebihan

perbelanjaan peruntukan tersebut bagi

kegunaan yang lebih penting.

Yang Berhormat, Yang Di-Pertua dan

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Menyentuh

mengenai perkara bagi anak-anak

tempatan, Baginda menekankan

perhatian perlulah sebulat untuk

membenarkan anak-anak tempatan dan

memberi peluang yang ada supaya

sudah sekian lamanya masih lagi

dimonopli oleh pekerja-pekerja asing.

Sehubungan dengan itu, anak-anak

tempatan kita boleh mampu memegang

jawatan-jawatan yang penting di sektor

industri kerana mereka ini mempunyai

kelulusan, kemahiran serta pengalaman.

Dalam hubungan ini, adalah usaha kita

mengurangkan pembaziran tenaga

dan kewangan.

Dalam kesempatan ini, saya

juga menyembahkan sepenuhnya

menjunjung kasih Kehadapan Majlis

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

atas kesudian Baginda berangkat

bercemar duli dan seterusnya

menyerahkan pengagihan sebanyak

1,738 buah anak-anak kunci rumah

Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampung

Mata-Mata, Skim Tanah Kurnia Rakyat

Jati Kampung Meragang, Rancangan

Perpindahan Tanah Jambu, Rancangan

Perpindahan Negara Mengkubau pada

3 Rabiulakhir 1436 Hijrah bersamaan

dengan 24hb Januari 2015 Masihi.

Sebelum mengakhiri titah, Baginda

menyeru kepada Ahli-Ahli Yang

Berhormat supaya meneruskan dan

meningkatkan usaha dalam memeduli

permasalahan rakyat dan penduduk

mahupun di dalam dan di luar bandar.

Saya selaku Ahli Yang Berhormat Majlis

Mesyuarat Negara akan lebih berusaha

dengan sepenuh bagi menyahut titah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah,

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua:

Saya mempersilakan, Yang Berhormat

Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin.

Page 20: Mesyuarat disambung semula pada Yang Mulia Timbalan ...majlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_7Mac2015ptg.pdf · Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.00 petang

PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 55

Yang Berhormat Awang Haji

Tahamit bin Haji Nudin: Bismillahir

Rahmanir Rahim. Assalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh. Yang

Berhormat Yang Di-Pertua, Ahli-Ahli

Yang Berhormat. Saya ingin bergabung

dengan Yang Berhormat Pehin Orang

Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.)

Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong,

Menteri Pendidikan menjunjung kasih

setinggi-tingginya atas titah Kebawah

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam.

Isi petikan titah Kebawah Duli Yang

Maha Mulia di Pembukaan Rasmi

Mesyuarat Pertama Dari Musim

Permesyuaratan Kesebelas Majlis

Mesyuarat Negara Tahun 2015 Masihi

terdapat dua point utama yang ingin

saya sentuh:

1 Penghijrahan mindset daripada

semata-mata suka bergantung

pada bantuan kepada lebih

berdikari dan berusaha adalah

suatu kelebihan yang perlu

dihuraikan oleh majlis ini; dan

2 Memberikan perhatian kepada

bidang keusahawanan untuk

merangsang iklim perniagaan,

perekonomian yang lebih kondusif.

Untuk mengurangkan masyarakat

mengharap dan seterusnya

merangsang iklim perniagaan dan

perekonomian yang lebih kondusif,

kerajaan perlu bertindak memberi

pendedahan kepada masyarakat

awam akan kelebihan self

employment dan mengadakan

program-program yang

menyokong self employment

seperti bidang keusahawanan

perusahaan kecil dan sederhana

(small and medium enterprise).

Selain itu, kerajaan juga perlu

meningkatkan pelaburan dalam self

employment programmes melalui

program-program yang berkesan,

seperti kursus-kursus kemahiran,

perniagaan dan sebagainya di samping

mengadakan program yang menjana

peningkatan social capital melalui

program-program yang memberi inisiatif

kepada lebih banyak perekonomian

negara. Terutama bagi mereka yang

menerima bantuan kerajaan atau yang

menceburi bidang keusahawanan

mestilah dipantau dan seboleh-bolehnya

diberikan pendidikan mengenai selok

belok perniagaan daripada pihak-pihak

yang berkenaan.

Ini bertujuan untuk membantu mereka

yang mendapat bantuan kerajaan dan

juga SME (small and medium

enterprise) ini untuk lebih berdikari dan

seterusnya mengurangkan kadar

kegagalan dalam bidang keusahawanan.

Mengikut kajian di negeri-negeri asing,

institusi-institusi kerajaan perlulah

berganding bahu dengan sektor-sektor

awam terutama dalam aspek

pembangunan ekonomi negara. Untuk

menangani masalah ini dengan lebih

efektif, perlu ada pengukuhan pusat

perancangan (central planning).

Untuk keberkesanan kerjasama daripada

institusi-institusi kerajaan dengan sektor

awam, pusat perancangan ini bertujuan

Page 21: Mesyuarat disambung semula pada Yang Mulia Timbalan ...majlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_7Mac2015ptg.pdf · Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.00 petang

PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 56

untuk mengadaptasi dan

mengimplementasikan policy-policy

makroekonomi dan dasar-dasar yang

menggalakkan pekerjaan dan

pencapaian hasil pembangunan ekonomi

rakyat. Terutama melalui program

self employment dalam bidang

keusahawanan.

Mengikut kajian di negeri-negeri asing,

pendekatan ini mempunyai kesan

langsung yang positif terhadap

kebajikan rakyat yang mendapat

penggalakan penyertaan rakyat yang

berkesan dalam ekonomi dan

menyumbang secara positif kepada

pembangunan ekonomi negara.

Terutamanya bagi mereka yang

bergantung kepada social welfare atau

bantuan dari kerajaan.

Dengan bantuan kemahiran dan

pembentukan modal sosial (social

capital) yang berkesan, peningkatan

peluang pekerjaan yang produktif dalam

kalangan small and medium enterprise

dan dalam kalangan mereka yang

berpendapatan rendah adalah lebih kos

efektif dan menjimatkan kos subsidi

dalam jangka masa panjang, akan

tetapi, pemantauan yang berkesan

memerlukan program yang efisien dan

diurus dengan baik dan kerap dinilai

untuk memastikan ia memenuhi

matlamat yang dititahkan Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan dan Yang Di-Pertuan, cara yang

kos efektif untuk mengelakkan

pembaziran sumber kos. Sekian, terima

kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua:

Terima kasih, Yang Berhormat,

sekarang saya mempersilakan Yang

Berhormat Awang Haji Jumat bin Akim.

Yang Berhormat Awang Haji Jumat

bin Akim: Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh. Alhamdulillahi

Rabbil‟alameen. Wassalaatu Wassalamu

„Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina

Muhammadin, Wa‟alaa Aalihee

Wasahbihee Ajma‟een. Lebih dahulu,

peramba, kaola, saya, sama-sama

dengan rakan-rakan ingin mengucapkan

syabas dan tahniah kepada Yang

Berhormat Yang Di-Pertua kerana telah

dilantik menjadi Yang Di-Pertua Majlis

Mesyuarat Negara dan berdoa semoga

Allah Subhanahu Wata‟ala akan sentiasa

memberikan taufik dan hidayah kepada

Yang Berhormat Yang Di-Pertua Majlis

Mesyuarat Negara.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Kita

panjatkan syukur ke hadrat Allah

Subhanahu Wata‟ala kerana

mengizinkan kita semua bertemu

di Dewan yang mulia ini. Istiadat

Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama

Dari Musim Permesyuaratan Kesebelas

Majlis Mesyuarat Negara telah selamat

disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

Haji Hassanal Bolkiah Mu‟izzaddin

Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji

Omar „Ali Saifuddien Sa‟adul Khairi

Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam pada

14 Jamadilawal 1436 Hijriah bersamaan

5 Mac 2015 Masihi.

Page 22: Mesyuarat disambung semula pada Yang Mulia Timbalan ...majlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_7Mac2015ptg.pdf · Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.00 petang

PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 57

Yang Berhormat Yang Di-Pertua dan

Ahli-Ahli Yang Berhormat. Saya berdiri

di sini bagi mewakili bagi kawasan Zon 4

Daerah Brunei dan Muara dengan

sukacita menyokong sepenuhnya usul

yang telah dicadangkan oleh Yang

Berhormat Menteri Pendidikan

bagi menyembahkan setinggi-tinggi

menjunjung kasih Kehadapan Majlis

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

di atas keberangkatan baginda

ke Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat

Pertama Dari Musim Permesyuaratan

Kesebelas Majlis Mesyuarat Negara

berlangsung pada 14 Jamadilawal 1436

Hijrah bersamaan 5 Mac 2015 Masihi

serta atas kurnia titah Baginda dalam

istiadat tersebut.

Saya dengan penuh hormat dan

takzim menyembahkan setinggi-tinggi

penghargaan dan menjunjung kasih

Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam atas kurnia titah baginda

yang sangat bernas dan

menggambarkan betapa kasih sayang

baginda kepada rakyat dan negara

dengan menyediakan peruntukan

belanjawan yang besar serta berhemah

dengan hasrat bagi menjalankan aktiviti

berbagai pembangunan negara.

Kurnia titah baginda itu ibarat mutiara

yang sangat bernilai serta berharga. Kita

juga bersyukur kerana kerajaan

di bawah kepimpinan Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam cemerlang dengan

melaksanakan projek mega yang

bernilai tinggi untuk kesejahteraan

rakyat. Baginda juga merakamkan titah

penghargaan kepada Yang Berhormat

Pehin Orang Kaya Seri Laila Dato Seri

Setia Awang Haji Abdul Rahman bin

Dato Setia Haji Mohamed Taib menjadi

Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara

dan seterusnya baginda juga

merakamkan penghargaan kepada Yang

Berhormat Pehin Orang Kaya Laila

Setia Bakti Setia Diraja Dato Laila Utama

Haji Awang Isa bin Pehin Datu Perdana

Manteri Dato Seri Laila Utama Haji

Awang Ibrahim atas sumbangan dan

khidmat bakti Yang Berhormat pada

masa yang lampau.

Baginda penuh yakin Majlis Mesyuarat

Negara sebagai platform untuk menjadi

ejen yang mampu menjana kemajuan

negara dengan ketokohan Ahli-Ahli

Majlis Mesyuarat Negara dan juga

Menteri-Menteri Kabinet yang dihormati

sekalian baginda penuh mengharapkan

kitani semua akan membuat pelan

strategik yang lebih mapan dan

mantap, cara berfikir dan bertindak

rakyat hendaklah mengutamakan

tindakan yang lebih menjurus kepada

suasana dan pendekatan dunia yang

sentiasa cepat berubah dan berkembang

menurut arus perkembangan semasa.

Baginda menarik perhatian ahli-ahli

majlis agar menumpukan fokus kepada

penilian dan idea yang tidak hanya

memikirkan kepentingan jangka pendek

tetapi perlu keluar daripada amalan

tradisional seperti pengurusaan yang

kurang berkesan serta menukar sikap

Page 23: Mesyuarat disambung semula pada Yang Mulia Timbalan ...majlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_7Mac2015ptg.pdf · Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.00 petang

PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 58

dan tabiat buruk yang tidak

menguntungkan kepada negara. Maka

ke arah itu kita hendaklah bersikap

positif, akfiktif dan produktif dalam

memikul setiap tanggungjawab yang

di amanahkan demi kesejahteraan

bangsa dan negara yang sama-sama

kita cintai ini.

Baginda seterusnya mengingatkan kita

semua supaya berpindah daripada

pemikiran yang suka menghitung,

menunggu-nunggu dan berharap

dengan sokongan dan bantuan tetapi

perlu berkarih dan berjarih dengan

keringat sendiri.

Ini dapat diterjemahkan bahawa

Baginda ingin melihat rakyat dan

penduduk negara ini bergiat aktif dalam

semua bidang terutama sekali bidang

perniagaan dan perekonomian yang

perlu diambil alih oleh orang-orang

kitani Brunei. Yang satu ketika dulu

orang-orang Brunei merantau berniaga

di seluruh nusantara ini. Peringatan

Baginda ini amat jelas dengan melihat

ekonomi sejagat yang semakin

merisaukan. Kita menyedari sumber

terbesar ekonomi negara ialah minyak

dan gas kerana maka dengan itu titah

Baginda rakyat dan penduduk negara ini

akan lebih bersedia untuk menjana

pendapatan negara yang lebih berdaya

saing dan berdaya tahan dengan

mempebagaikan sumber yang sedia ada

termasuk sumber tenaga manusia

yang berpendidikan, berkualiti dan

mempunyai ketahanan diri serta mampu

berdaya saing di peringkat nasional dan

antarabangsa.

Baginda ingin menjadikan sektor awam

dapat meningkatkan urus tadbir yang

efisien, jujur lagi amanah dengan niat

ikhlas kerana Allah juga sementara

rakyat dan penduduk negara ini harus

menggunakan peluang ease of doing

business sebagai landasan untuk

mengambil alih urus niaga yang banyak

dimonopoli oleh orang-orang asing. Kita

kikis stigma yang mengatakan orang

Melayu tidak bijak mengurus perniagaan

hidangan telah disediakan cuma

menunggu untuk dimakan rebutlah

peluang dengan persaingan yang sihat

demi bangsa dan negara yang ingin

mendaki puncak kejayaan. Apa yang

baginda harapkan dari aspek kewangan

dan dasar fiskal penting diberikan

perhatian dan yang paling penting agar

setiap projek menepati piawaian yang

dikehendaki dengan nilai yang

diperuntukkan yang disediakan.

Maksud kualiti kerja berbaloi dengan

value for money. Kerajaan dan rakyat

diingatkan perlu berhemah dalam

menguruskan kewangan dengan

bijaksana seperti kata orang „biar bijak

pandai berjimat biar sebelum habis‟ dan

„biar cangkik jangan putus‟ dengan yang

demikian mengelakkan pembaziran

serta menyediakan „payung sebelum

hujan‟. Semangat patriotik Baginda

amat jelas ingin melihat anak watan

akan merebut peluang dan ruang yang

ada di bandar, di kampung dan di desa

terutama di bidang industri perniagaan

dan kedai runcit yang tumbuh seperti

„cendawan tumbah pada waktu hujan‟.

Jangan sampai kita dan generasi yang

akan datang menjadi penonton dan

pengemis di negara sendiri.

Page 24: Mesyuarat disambung semula pada Yang Mulia Timbalan ...majlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_7Mac2015ptg.pdf · Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.00 petang

PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 59

Kita dituntut muhasabah dan merenung

pada masa yang telah berlalu, sedang

orang lain bergerak cepat menikmati

kemudahan peluang yang sedia

terhidang di depan mata, di sini Baginda

mahu melihat kelibat kita ahli-ahli

dewan yang mulia ini memberikan

perhatian, sokongan dan petunjuk bagi

mereka yang ingin mereka ceburi. Yang

Berhormat Yang Di-Pertua, SME atau

pengusaha kecil dan sederhana agar

mereka mampu mendaki puncak seperti

mana yang dititahkan hasrat dan

harapan Baginda ini hanya akan menjadi

kenyataan melalui usaha yang sepadu

antara rakyat dan berbagai agensi yang

terlebih supaya keadaan tidak akan

tempang atau pincang untuk mencapai

apa yang dititahkan oleh Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam.

Amanat Baginda dalam mengheret titah

Baginda yang sangat bernilai lagi

berharga itu menekankan apa juga

masalah ditangani dan dipeduli dengan

bijaksana. Apa yang penting tindakan

penyelesaiaan berkesan seperti

isu kemiskinan, pengangguran,

kesejahteraan dan keselamatan dan

tidak kurang pentingnya isu pendidikan

dengan memberikan penekanan kepada

ibu bapa bahawa supaya lebih peka

terhadap Wawasan Negara 2035 yang

ingin melihat rakyat yang berilmu

berketerampilan, berdisiplin, berintegriti

dan taat kepada hukum Allah, setia

pada bangsa dan raja. Sekian, Yang

Berhormat Yang Di-Pertua. Wabillahit

Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua:

Terima kasih Yang Berhormat. Sekarang

saya mempersilakan Yang Berhormat,

Awang Haji Mohd. Shafiee bin Ahmad.

Silakan.

Yang Berhormat Awang Haji Mohd.

Shafiee bin Ahmad: Bismillahir

Rahmanir Rahim. Assalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam

sejahtera. Yang Berhormat Yang

Di-Pertua, Yang Berhormat Menteri-

Menteri Kabinet serta Ahli-Ahli Yang

Berhormat yang kaola hormati sekalian.

Saya dan rakan sejawat Yang Berhormat

Awang Haji Mohd. Yusof bin Haji

Dulamin mewakili Daerah Belait serta

rakyat di Daerah Belait dengan penuh

hormat dan takzim menyokong dan

bersetuju atas cadangan Yang

Berhormat Pehin Orang Kaya Seri

Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang

Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri

Pendidikan Negara Brunei Darussalam

bagi menyembahkan sepenuh-penuhnya

menjunjung kasih Kehadapan Majlis

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

atas keberangkatan Baginda bercemar

Duli ke Istiadat Pembukaan Rasmi

Mesyuarat Pertama Dari Musim

Permesyuaratan Kesebelas Majlis

Mesyuarat Negara di Dewan yang mulia

ini pada hari Khamis, 5 Mac 2015 Masihi

yang baru lalu.

Dalam kesempatan ini, saya ingin

mengucapkan tahniah atas pelantikan

Yang Berhormat Pehin sebagai Yang

Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara. Saya

penuh berkeyakinan Yang Berhormat

Page 25: Mesyuarat disambung semula pada Yang Mulia Timbalan ...majlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_7Mac2015ptg.pdf · Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.00 petang

PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 60

Pehin mampu memikul dan menjalankan

tanggungjawab yang diamanahkan

oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Di samping itu, saya juga mengucapkan

setinggi-tinggi penghargaan dan terima

kasih kepada mantan Yang Di-Pertua

Majlis Mesyuarat Negara, Yang

Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia

Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji

Awang Isa bin Pehin Datu Perdana

Manteri Dato Laila Utama Haji Awang

Ibrahim atas bimbingan, tunjuk ajar dan

nasihatnya kepada kami semasa

bertugas dahulu.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua, saya

sangat menjunjung tinggi atas titah

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

yang Baginda telah mengingatkan kita

semua bahawa Majlis Mesyuarat Negara

berperanan besar sebagai pemacu

pembangunan negara.

Dalam hubungan ini, ada beberapa isu

telah pun disampaikan dalam titah

Baginda. Saya akan menyentuh secara

ringkas, antaranya ialah pertama,

penghijrahan mindset daripada terus

bergantung pada bantuan daripada

lebih berdikari dan berusaha. Tidak

dinafikan bantuan-bantuan sering

dihulurkan kepada orang-orang yang

memerlukan bantuan setelah dinilai

keadaan individu dan keluarga tersebut,

Tetapi ada kalanya penerima-penerima

itu menerima bantuan lebih dari satu

sumber.

Ini disebabkan ada dalam kalangan

sektor awam yang berkenaan dalam

memberikan bantuan terlepas pandang

untuk berkomunikasi, berkoordinasi

kalangan mereka sehingga

menyebabkan perkara itu berlaku. Kita

perlu memantau keadaan ini dan

mengemaskinikan peraturan kita supaya

jangan sampai penerima bantuan

merasa selesa dan kurang bersemangat

untuk berusaha dan berdikari dalam

mengharungi kehidupan masing-masing.

Kedua, memperkasakan sektor awam

dalam memberi perkhidmatan yang

lebih berkesan kepada orang ramai dan

merangsang iklim perniagaan dan

perekonomian yang lebih kondusif. Pada

pandangan saya, bagi memberikan

perkhidmatan yang lebih berkesan, kita

hendaklah berusaha gigih untuk

mengurangkan sungutan orang ramai

terhadap sesetengah sektor awam.

Antaranya ialah, layanan dan

perkhidmatan yang diberikan tidak

sejajar dengan apa yang dipaparkan

di TPOR mereka.

Seterusnya, dalam bidang

keusahawanan pula, Baginda mendapati

tidak seimbang kerana diceburi dan

diberi peluang kepada segelintir pihak

tertentu sahaja. Sebagai satu contoh,

di Negara Brunei Darussalam terdapat

hanya dua syarikat yang mengendalikan

Pakej Umrah dan Haji. Kita harus

membukakan kepada yang lain, biar

ramai kerana ramai itu menandakan

kemajuan, demikian titah Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda

Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam. Kos Pakej Umrah

Page 26: Mesyuarat disambung semula pada Yang Mulia Timbalan ...majlis-mesyuarat.gov.bn/JMM Images/laporan2015/hansard_7Mac2015ptg.pdf · Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.00 petang

PETANG HARI SABTU, 16 JAMADILAWAL 1436H / 7 MAC 2015M 61

dan Haji di Negara Brunei Darussalam

lebih separuh mahal kalau dibandingkan

kos mengerjakan haji dan umrah

di negara-negara jiran. Kita perlu

menyelidiki perkara ini jangan sampai

ada yang mengaut keuntungan

berlebih-lebihan.

Seterusnya, saya ingin menyentuh

tentang isu di sektor industri di negara

ini Baginda menitahkan supaya anak-

anak tempatan diberi peluang untuk

menjawat jawatan penting dan jangan

dibiarkan jawatan penting itu masih

dimonopoli oleh pekerja-pekerja asing.

Saya mendapat makum, bahawa

terdapat hanya 35 peratus anak

tempatan yang memegang jawatan

dalam kumpulan 3 ke atas di sektor

industri yang menjadi nadi negara.

Peratus ini menurun jika dibandingkan

dengan 5 tahun sebelumnya bahawa

hampir 50 peratus anak tempatan

berada dalam kumpulan tersebut. Saya

bersetuju, dengan titah Baginda supaya

keadaan ini perlu dipantau dan

dimuhasabahkan dari semasa

ke semasa secara bersepadu.

Isu yang terakhir, mengekalkan dasar

kestabilan fiskal terutama dalam

peruntukan kewangan dan perbelanjaan

negara dengan menitik beratkan

perbelanjaan berhemah dan value for

money, sebagaimana titah Baginda.

Kadang-kadang perbelanjaan kita

tersasar dari apa yang dirancang dan

yang diatur. Ada kalanya projek siap,

tetapi tidak digunakan sepenuhnya dan

lain-lain lagi. Mungkin penelitian awal

dan penilaian kurang kemas dan

sempurna.

Demikian saja yang dapat sampaikan

dan saya berharap rundingan di Dewan

yang mulia ini dapat sama-sama

memanfaatkannya demi memberi

perhatian sepenuhnya kepada

permasalahan yang dititahkan oleh

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka

Seri Baginda Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah,

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh. Terima kasih.

Yang Berhormat Yang Di-Pertua:

Ahli-Ahli Yang Berhormat, saya masih

mempunyai beberapa orang lagi yang

ingin untuk memberikan ucapan

mengenai perkara yang kita bincangkan

ini, iaitu Perkara VI Usul-Usul Yang

Diberi Notis. Oleh sebab pada malam ini

kita ada satu Majlis Makan Malam, maka

untuk membolehkan kita membuat

persediaannya saya tangguhkan majlis

ini dan kita akan bersidang semula pada

hari Isnin, 18 Jamadilawal 1436 Hijrah

bersamaan 9 Mac 2015 Masihi pada

pukul 9.30 pagi, insya-Allah. Sekian,

Wabillahit Taufeq Walhidayah,

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.

(Majlis Mesyuarat Ditangguhkan)