MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard...

123
1 Bahagian Dewan Undangan Negeri, PSUKPP NEGERI PULAU PINANG PENYATA RASMI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEEMPAT BELAS 4 NOVEMBER 2019 (ISNIN) Dikeluarkan oleh BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

Transcript of MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA DEWAN …dun.penang.gov.my/images/Hansard...

1

Bahagian Dewan Undangan Negeri, PSUKPP

NEGERI PULAU PINANG

PENYATA RASMI

MESYUARAT KEDUA

PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS

4 NOVEMBER 2019 (ISNIN)

Dikeluarkan oleh

BAHAGIAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

PULAU PINANG

2

LAPORAN PERSIDANGAN

MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS

4 NOVEMBER 2019 (ISNIN)

Kandungan Muka Surat

KEHADIRAN AHLI-AHLI YANG BERHORMAT 4 - 6

SOALAN-SOALAN LISAN

Soalan No. 6 – Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy)

7

Soalan No. 8 – Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) 11

Soalan No. 9 – Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit) 14

Soalan No. 10 – Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim) 17

Soalan No. 11 – Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil)

20

Soalan No. 12 – Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen)

21

Soalan No. 13 – Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq)

25

Soalan No. 14 – Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim)

27

Soalan No. 15 – Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee) 29

Soalan No. 16 – Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam)

31

PENGUMUMAN MELANJUTKAN MASA PERSIDANGAN OLEH YAB. KETUA MENTERI DI BAWAH PERATURAN 6A(1)

32

3

Kandungan Muka Surat

PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN TAHUN 2020 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN TAHUN 2020

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor) mengambil bahagian dalam sesi perbahasan

33

DEWAN DITANGGUHKAN.

DEWAN DISAMBUNG SEMULA

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd

Noor) menyambung semula perbahasan.

61

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution

Bin Ismail) mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.

78

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq) mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.

86

Ahli Kawasan KOMTAR (YB. Teh Lai Heng) mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.

97

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik) mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.

106

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye) mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.

114

DEWAN DITANGGUHKAN

4

LAPORAN PERSIDANGAN

MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA

DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

YANG KEEMPAT BELAS

Tarikh : 4 NOVEMBER 2019 (ISNIN)

Masa : 9.30 Pagi

Tempat : Dewan Persidangan, Dewan Sri Pinang Jalan Tun Syed Sheh Barakbah

Pulau Pinang. HADIR

Bil. Nama Ahli Kawasan

1. YB. Dato' Law Choo Kiang Yang di-Pertua

Dewan Undangan Negeri

2. YAB. Chow Kon Yeow Ketua Menteri / Padang Kota

3. YB. Dato' Ir. Haji Ahmad Zakiyuddin Bin

Abd. Rahman

Timbalan Ketua Menteri I /

Pinang Tunggal

4. YB. Prof. Dr. P. Ramasamy A/L Palanisamy Timbalan Ketua Menteri II / Perai

5. YB. Chong Eng Padang Lalang

6. YB. Jagdeep Singh Deo A/L Karpal Singh Datok Keramat

7. YB. Phee Boon Poh Sungai Puyu

8. YB. Zairil Khir Johari Tanjung Bunga

9. YB. Dato' Haji Abdul Halim Bin Haji Hussain Batu Maung

10. YB. Yeoh Soon Hin Paya Terubong

11. YB. Soon Lip Chee Bagan Jermal

12. YB. Dr. Amar Pritpal Bin Abdullah Timbalan YDP Dewan/Sungai

Bakap

13. YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail

Pantai Jerejak

14. YB. Teh Lai Heng KOMTAR

15. YB. Lim Siew Khim Sungai Pinang

16. YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin Penanti

17. YB. Lee Khai Loon Machang Bubuk

18. YB. Ong Ah Teong Batu Lancang

Bil. Nama Ahli Kawasan

5

19. YB. Satees A/L Muniandy Bagan Dalam

20. YB. Azrul Mahathir Bin Aziz Bayan Lepas

21. YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil Permatang Pasir

22. YB. Jason Ong Khan Lee Kebun Bunga

23. YB. Gooi Hsiao-Leung Bukit Tengah

24. YB. Syerleena Binti Abdul Rashid Seri Delima

25. YB. Lee Chun Kit Pulau Tikus

26. YB. Zolkifly Bin Md. Lazim Telok Bahang

27. YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq Bertam

28. YB. Kumaresan A/L Aramugam Batu Uban

29. YB. Mustafa Kamal Bin Ahmad Telok Ayer Tawar

30. YB. Joseph Ng Soon Siang Air Itam

31. YB. H'ng Mooi Lye Jawi

32. YB. Haji Mohd Tuah Bin Ismail Pulau Betong

33. YB. Goh Choon Aik Bukit Tambun

34 YB. Daniel Gooi Zi Sen Pengkalan Kota

35. YB. Heng Lee Lee Berapit

36. YB. Zulkifli Bin Ibrahim Sungai Acheh

37. YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor Ketua Pembangkang/Sungai Dua

38. YB. Nor Hafizah Binti Othman Permatang Berangan

39. YB. Mohd. Yusni Bin Mat Piah Penaga

TIDAK HADIR

Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan

1. YB. Dr. Afif Bin Bahardin Seberang Jaya

2. YB. Lim Guan Eng Air Putih

6

AHLI-AHLI YANG HADIR MENGIKUT BAHAGIAN I BAB 3 PERKARA 6A PERLEMBAGAAN NEGERI PULAU PINANG.

HADIR

Bil. Nama Jawatan/Ahli Kawasan

1. YB. Dato’ Seri Haji Farizan Bin Darus Setiausaha Kerajaan Negeri

2. YB. Dato’ Norazmi Bin Mohd. Narawi Penasihat Undang–Undang Negeri

3. YB. Dato’ Sarul Bahiyah Binti Haji Abu Pegawai Kewangan Negeri

TURUT HADIR

Cik Maheswari A/P Malayandy - Setiausaha Dewan Undangan Negeri

Encik Mohd Roshidi Bin Azmi - Timbalan Setiausaha Dewan Undangan Negeri

7

Dewan mula bersidang pada jam 9.30 pagi.

Setiausaha Dewan:

Ahli-Ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Yang di-Pertua Dewan Undangan

Negeri.

Setiausaha Dewan:

Bacaan Doa.

Timbalan Setiausaha Dewan:

Bacaan Doa.

Setiausaha Dewan:

Soalan Lisan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Ahli-Ahli Yang Berhormat dewan bersidang semula dan kita masih berada dalam sesi soalan lisan. Dipersilakan Soalan Nombor 6.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Terima kasih Dato’ Yang di-Pertua soalan saya soalan Nombor 6.

No. 6. Apakah pendirian Kerajaan Negeri tentang pandangan sempit

sesetengah pihak kononya Sekolah vernakular adalah penghalang kepada perpaduan, walaupun hakikatnya sesetengah parti politik

yang memecah-belahkan masyarakat Malaysia?

(a) Bagaimanakah bantuan Kerajaan negeri kepada sekolah-

sekolah vernakular telah memperkasakan pendidikan di negeri Pulau Pinang untuk menjadi negeri maju?

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Dato' Yang di-Pertua, terima kasih kepada Bagan Dalam. Kerajaan Negeri tidak bersetuju dengan pandangan setengah pihak bahawa sekolah vernakular

adalah menghalang kepada perpaduan masyarakat di Malaysia. Sekolah vernakular merupakan tempat untuk menanam semangat dan nilai-nilai seperti kesamarataan, saling hormat-menghormati dan toleransi dikalangan murid yang

berlainan bangsa, budaya dan agama. Tambahan lagi berdasarkan rekod Jabatan Pendidikan Negeri, populasi murid sekolah vernakular di Pulau Pinang terdiri

daripada pelbagai kaum iaitu seramai 3,552 orang pelajar selain daripada bangsa Cina dan India. Inilah menunjukkan bahawa sekolah vernakular merupakan salah satu platform bagi membangun semangat perpaduan dalam kalangan rakyat

berbilang bangsa di Pulau Pinang dan Malaysia. Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan memberi bantuan kepada semua jenis sekolah termasuk vernakular di negeri

Pulau Pinang dibawah Program Bantuan Pendidikan setiap tahun.

8

Pada tahun 2019 Kerajaan Negeri telah menyalurkan sebanyak RM8.4 juta kepada sekolah mubaligh, Cina persendirian dan RM2 juta kepada sekolah-sekolah

tamil juga tidak lupa sekolah agama. Kerajaan Negeri terus memberi perhatian khusus kepada pendidikan agama Islam menerusi peruntukan tahunan sebanyak

RM2.5 juta bagi sekolah agama rakyat, saluran sehingga ke Maahad Tahfiz, Tadika-Tadika Islam dan Sekolah-Sekolah Pondok. Tambahan lagi mulai tahun ini sebanyak 170 buah Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan

turut menerima peruntukan RM3.0 juta daripada Kerajaan Negeri untuk tujuan pembaikan dan penyelenggaraan infrastruktur, mungkin ini akan dapat ditambah

pada tahun depan. Melalui penyaluran bantuan-bantuan ini Kerajaan Negeri berharap sekolah-sekolah di Pulau Pinang dapat menerima hasrat Kerajaan Negeri untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran, berdaya saing serta

mempunyai sahsiah yang tinggi untuk terus memacu pembangunan sektor ekonomi di Pulau Pinang. Terima kasih.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Soalan tambahan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sila.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Okey. Terlebih dahulu, terima Kasih kepada Kerajaan Negeri yang turut memperluaskan bantuan kewangan kepada Sekolah-Sekolah Kebangsaan dan

Sekolah Menengah Kebangsaan di Pulau Pinang. Kawasan saya tidak dapat, sekolah kebangsaan. Kawasan Pembangkang dapat lebih, Sungai Dua dan Permatang Berangan. Soalan saya adalah sejak kebelakangan ini, sejak BN,

khususnya UMNO hilang kuasa. Ada suara-suara sumbang yang mempersoalkan kewujudan sekolah vernakular. Seolah-olah sekolah vernakular ini satu masalah

selepas 60 tahun. Sebelum ini okey saja. Ada pula yang memfailkan kes di mahkamah, cabar kewujudan sekolah vernacular, walaupun Perlembagaan Persekutuan Artikel 12, 15 mengiktiraf kewujudan sekolah vernakular di Malaysia

ini. Adakah pendekatan Kerajaan Negeri akan berubah mengikut perkembangan ini atau hak masyarakat Malaysia untuk belajar bahasa pilihan mereka di sekolah

vernakular akan dipertahankan. Itulah soalan saya, Terima kasih.

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Terima kasih soalan tambahan daripada Bagan Dalam. Memang saya rasa

pendirian Kerajaan Negeri, saya rasa, tidak berubah mengenai sekolah vernakular ini, apa ini kita mengadakan sekolah vernakular. Tapi isu ini dibangkit semula

sekarang, ini bukan yang baru ada pihak tertentu mempersoalkan sama ada sistem vernakular ini memberi manfaat kepada perpaduan negara. Ini memang daripada kalangan mereka yang sudah hilang kuasa. Tapi semasa mereka

memerintah soalan ini tidak dibangkit, tapi sekarang dibangkit kita pun faham kenapa.

9

Tapi saya rasa ini memang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dan juga Akta Pendidikan Negara. Baru-baru ini ada satu usaha supaya untuk

mencabar sama ada Parlimen berkuasa untuk, apa ini, membuat undang-undang mengenai kewujudan sekolah-sekolah vernakular, saya rasa ini satu kes di

mahkamah federal dan jangan lupa pada tahun 1978 ada satu, seorang bekas wakil Parlimen daripada Sabah, Mark Odeng telah timbulkan, dia minta bahawa sekolah Cina dan Tamil dihapuskan. Kemudian walaupun ini dibangkit di Parlimen,

macam kononnya Parlimen ada kekebalan tapi ini telah dibawa ke mahkamah pada tahun 1982 ia telah didakwa dibawah Akta Hasutan. Dia tidak boleh

mempersoalkan sekolah vernakular sama ada di Parlimen atau di luar Parlimen.

Dalam kes ini saya tidak tahu. Saya rasa sampai sekarang tidak ada laporan polis mengenai usaha ini untuk apa ini mempersoalkan dari segi undang-undang

ataupun sama ada Parlimen ini berhak untuk apa ini meluluskan undang-undang atau Akta Pendidikan yang membenarkan sekolah vernakular. Tapi itu dari

segi politik, dari segi perundangan. Tapi tengok macam mana realitinya.

Semalam saya saya ada peluang untuk melawat sekolah Cina di Permatang Pauh nama sekolah adalah Seng Keow, SRJK Cina dan jumlah pelajar

adalah 600 dan 100 pelajar adalah dari masyarakat Melayu, 70%. Yang ini bukan satu contoh sahaja tapi di seluruh negara bahawa peningkatan masyarakat Melayu

untuk sekolah Cina ini telah meningkat. Saya rasa 15% ke 20%. So, hakikat ini tidak disentuh oleh pihak yang mencabar sekolah vernakular. Sebab itu saya

katakan percubaan untuk mencabar sekolah vernakular adalah politik daripada pihak tertentu. Tapi memang saya rasa ibu bapa yang menghantarkan anak-anak mereka ke sekolah Cina atau sekolah Tamil juga masyarakat Tamil yang hantar

pelajar-pelajar, ibu-bapa menghantar pelajar ke sekolah Cina dan saya dengar daripada guru besar sekolah itu mungkin saya rasa ada antara 56-60 pelajar

daripada masyarakat Tamil ke sekolah Cina. Maka mereka menerima bahawa sekolah Cina ini bukan penghalang kepada perpaduan negara. Maka sistem Pendidikan sekolah ini mungkin adalah berkualiti tinggi. Ini dirasai oleh ibu bapa

yang menghantar pelajar-pelajar mereka ke sekolah-sekolah Cina kebangsaan jadi apa masalahnya. Masalahnya adalah dari segi pemikiran dan politik dan

sebagainya. Jangan lupa bahawa perlembangaan ini ada tempat untuk sekolah vernakular ini mungkin sejarah tidak boleh nafikan tapi adakah sekolah ini semata-mata sekolah vernakular yang saya rasa yang membawa kepada masalah

perpaduan. Saya rasa isu perpaduan ini lebih besar dari sekolah-sekolah vernakular sama ada, ada sekolah vernakular atau tidak.

Dari dulu kita juga bersetuju bahawa sama ada Kerajaan Negeri ini berhak apa ini mewajibkan pelajaran bahasa di sekolah kebangsan, mewajibkan Bahasa Cina, Bahasa India. Tapi ini tidak diambil kira bahawa pergerakan untuk apa ini

mempertahankan sekolah vernakular ini sangat kuat menjadi saya rasa soalan tadi, berbalik pada soalan tadi sama ada menjadi penghalang kepada perpaduan.

Saya tidak katakan begitu. Sebab saya rasa ini merupakan satu warisan sejarah negara ini dan saya rasa kalau mahu lihat apakah masalah perpaduan ini lebih besar daripa sekolah vernakular. Ini bukan dasar kerajaan yang kita dari dulu

sampai sekarang di mana adalah dimana berdasarkan pada kaum dan agama. Ini yang jadi yang saya rasa masalah yang terutama sebelum kita sentuh isu

perpaduan atau tidak perpaduan di sekolah vernakular.

10

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih Perai. Soalan tambahan. Yang bersangkut paut la, kalau di

bidang apa nama Kerajaan Pusat.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Terima kasih Dato’ yang di-Pertua. Tentang persolan yang dibangkitkan tentang isu sekolah vernakular. Isu yang saya rasa sudah lama diutarakan. Cuma apa yang saya nak sentuh disini dalam Perlembagaan tidak menghalang sekolah

vernakular. Cuma kita nak lihat dari segi pendekatan sekolah-sekolah yang terlibat. Kita mengharapkan sekolah menjadi tempat untuk menjalin

hubungan peringkat awal, dari kecil kita kena groom ataupun lahirkan semangat perpaduan ini, maknanya kena ada pelbagai kaum. Alhamdulillah di sekolah Cina, SJKC, SJKT sudah ada orang Melayu dan bangsa lain yang ada di sekolah tersebut.

Sekolah Cina pun ada Tamil, orang India tidak ada masalah dan apa yang saya nak persoalkan di sini adalah, di setengah negara di negara-negara lain

contonhnya di Indonesia, di Thailand dan sebagainya. Yang mana tidak ada sekolah untuk kaum lain, walaupun ada kaum lain ada orang India, ada orang Cina di Indonesia dan sebagainya tidak ada langsung Perlembagaan Undang-

Undang negara tersebut tidak membolehkan tidak mewujudkan sekolah vernakular ini untuk kaum lain. Tapi di Malaysia Alhamdulillah kita wujudkan.

Apakah pandangan Perai yang saya nampak pendekatan sekolah itu penting. Itu yang saya nampak. Pendekatan diperingkat sekolah. Di sekolah SJKC

ataupun SJKT pendekatan diperingkat perhubungan antara pelajar supaya dia melahirkan semangat perpaduan dari segi percakapan, bercakap dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Melayu perlu ditambahkan supaya semangat perpaduan di

peringkat sekolah vernakular ini tidak dipertikaikan. Kita bukan mempertikaikan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Jelas. sila.

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Terima kasih kepada, saya tak boleh nampak, Sungai Dua. Saya memang

setuju bahawa sistem persekolahan ini cuma sebahagian dalam masyarakat ini mesti menanam semangat perpaduan kalangan pelajar-pelajar terutama kaum

yang berlainan agama yang berlainan. Jadi bagaimanapun tidak faham tentang kewujudan sekolah-sekolah di negara-negara lain terutama India ini saya rasa walaupun bahasa Hindi adalah bahasa rasmi tapi di sekolah-sekolah Tamil ia tidak

membenarkan untuk mempelajari bahasa Hindi, walaupun bahasa hindi adalah Bahasa Kebangsaan. Atas semangat nasionalisme tamil sangat kuat dan wilayah-

wilayah lain di India dan negara-negara lain saya rasa kita belum faham apa sejarah pendidikan ini. Berbalik kepada soalan ini saya rasa memang masalah bukan saya rasa semata-mata muncul daripada sekolah vernakular. Jangan cuma

fokuskan pada sekolah-sekolah vernakular tapi, kita tidak fokuskan kepada isu-isu yang lebih besar misalnya Dasar. Dasar Kebangsaan, Dasar Pendidikan dan

sebagainya. Sebagai, vernakular ini, mungkin saya rasa 1 manifestasi seperti sekolah kebangsaan dan sebagainya.

11

Jadi, saya rasa kita perlulah alih fikiran kita. Adakah semata-mata sekolah, saya memang. Saya rasa saya bersetuju bahawa memang banyak yang kita boleh

buat, banyak kebaikan kita boleh apa ini memperkenalkan kepada pendidikan sekolah, apatah lagi dalam zaman di mana kita perlu mengejar Revolusi Industri

4.0. Tapi semata-mata apabila kita fokuskan kepada sekolah vernakular sahaja, saya rasa kita cuma nampak sekolah vernakular, kita tidak nampak pada apa tu satu gambaran yang lebih luas yang membawa kepada sekolah vernakular dari

zaman British sampai sekarang. Jadi, saya rasa kalau kita perlu rombakan kita juga perlu rombakan dasar kita. Dasar yang berdasarkan kepada agama, dasar

yang berdasarkan kepada etnik dan lain lain.

So, katakanlah satu senario yang hypo typical katakan kita hapuskan sekolah agama, sekolah vernakular you adakah bahawa di serta merta perpaduan

akan diwujudkan. Saya rasa itu salah anggapan. Satu yang saya rasa tidak ada asas daripada realiti ini, tapi cuma ini apa yang perlu adalah dasar-dasar supaya

kita melihat semula sistem pendidikan. Bukan sahaja sekolah vernakular, sistem juga kebangsaan, sekolah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan, segala sistem pendidikan. Sampai ke hari ini, walaupun Pakatan Harapan ini memang

tidak ada satu usaha untuk memperlihatkan sistem pendidikan negara.

Jadi, saya rasa kalau seolah-olah kita fokuskan kepada sekolah vernakular,

dan kita rasa sekolah vernakular yang jadi penghalang, saya rasa ini ini adalah satu yang tidak benar. Inilah satu di mana kita mungkin sesat daripada fahaman

kita. Jadi balik kepada soalan ini, itulah apa ni pandangan saya. Itu perkara ini mungkin lebih rumit daripada apa yang kita bincang disini, mungkin ini adalah satu yang bersejarah, yang contemporary dan juga mengenai masa depan negara

ini. Terima kasih.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih Menteri. EXCO. Seterusnya saya ingin persilakan soalan nombor 7, soalan nombor 7 telah pun dijawab bersama dengan soalan 1, maka kita menjemput Bukit Tambun. Soalan yang seterusnya.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Speaker. Soalan saya, soalan nombor

8.

No. 8. Apakah status permohonan kebenaran merancang cadangan menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang

(a) Adakah permohonan ini meliputi cadangan menaik taraf sistem lalu lintas di sekeliling lapangan terbang;

(b) Nyatakan kos pemajuan dan sumber kewangan; dan

(c) Adakah cadangan lapangan terbang baru masih akan diteruskan dan lokasinya.

12

YAB. Ketua Menteri:

Selamat pagi Dato’ Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Dewan. Untuk menjawab

soalan 8 daripada Yang Berhormat Bukit Tambun, pihak Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) telah mengemukakan Pelan Kebenaran Merancang projek menaik

taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kepada pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), untuk pertimbangan dan kelulusan pada 19 haribulan Julai tahun 2019. Pelan Kebenaran Merancang ini, masih dalam

penelitian dan pertimbangan untuk kelulusan oleh pihak MBPP.

Bagi jawapan kepada bahagian (a),

(a) Laporan Kajian Impak Lalu Lintas atau (TIA) telah disyaratkan untuk permohonan ini. Kajian ini akan meliputi cadangan menaik taraf sistem lalu lintas di sekeliling kawasan lapangan terbang. Walau bagaimanapun, pihak

MAHB buat masa ini, masih belum mengemukakan kajian TIA kepada MBPP untuk penelitian lanjut.

(b) Berdasarkan maklumat pihak Kementerian Pengangkutan, kos pemajuan hanya dapat dikenal pasti setelah projek ini diluluskan untuk pemajuan, dan setelah reka bentuk terperinci siap sepenuhnya. Manakala sumber

pembiayaan seperti yang dimaklumkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan, iaitu Kementerian Kewangan adalah melalui pembiayaan swasta atau

Private Funding Initiative.

(c) Kerajaan Negeri melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN),

sebelum ini telah merangka terma rujukan untuk melantik juruperunding bagi membuat Kajian Kebolehlaksanaan Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Koridor Utara.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tidak meneruskan kajian tersebut atau menangguhkan usaha ini, memandangkan pihak MAHB kini sedang

melaksanakan kajian semula pembangunan lapangan-lapangan terbang di seluruh Malaysia. Setelah kajian MAHB ini selesai, Kerajaan Negeri akan meneliti kajian tersebut untuk perancangan masa hadapan.

Kerajaan Negeri percaya pembangunan lapangan terbang baharu, memerlukan satu kajian yang diteliti secara mendalam dan lebih terperinci

terutamanya kepada impak pembangunan ekonomi dan sosial kepada penduduk di Negeri Pulau Pinang, khususnya dan seluruh wilayah utara amnya. Sekian.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):

Soalan tambahan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sila.

13

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):

Yang Berhormat Dato’ Speaker dan juga Yang Amat Berhormat Padang

Kota. Apakah pendirian Kerajaan Negeri tentang cadangan Northern Malaysia International Airport (NMIA) yang dicadangkan di Seberang Perai seperti yang

dilaporkan di dalam media.

Soalan kedua, apakah impak politik dan impak ekonomi terhadap bahagian pulau, sekiranya lapangan terbang baru dibina di Seberang Perai. Terima kasih.

YAB. Ketua Menteri:

Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Tambun atas soalan

tambahan. Sememangnya cadangan ini pernah dilaporkan dalam akhbar tempatan. Tetapi, pada masa terbitan laporan itu, pihak Kerajaan Negeri masih tidak dikemukakan apa-apa cadangan oleh konsortium yang terlibat.

Tetapi selepas itu saya rasa dalam bulan September, pihak Kerajaan Negeri telah menerima satu taklimat berhubung dengan cadangan ini, iaitu satu

cadangan untuk North Malaysia International Airport yang dicadangkan di Seberang Perai, dan kalau diperluaskan dalam masa hadapan mungkin juga melangkau ke negeri Perak dan amat dekat dengan negeri Kedah juga.

Jadi, lokasi itu memang dicadangkan dan antara butir cadangan walapun ini bukan dimuktamadkan lagi termasuk penutupan Bayan Lepas, sekiranya NMIA

ini dibina. Itu cadangan pihak swasta, dan sememangnya ini seperti mana Yang Berhormat kata akan membawa impak yang besar, positif kepada pembangunan

northern region, tetapi dengan khususnya Yang Berhormat lihat juga impak negatif kalau Bayan Lepas ditutupkan.

Dan mungkin tanah diatas lapangan terbang itu, akan digunakan untuk

tujuan-tujuan pembangunan termasuk industri dan sebagainya. Kita menerima taklimat ini dengan hati terbuka, sebab nampaknya senario lapangan terbang di

negara ini, tiba-tiba ramai yang amat minat untuk bina lapangan terbang. Itu sebab MAHB sedang buat satu kajian termasuk penstrukturan konsesi dan sebagainya.

Walaupun lapangan terbang adalah dibawah Kerajaan Persekutuan, saya percaya setiap negeri di Malaysia ini menjadi stake holders yang penting sebab

akan sama ada membawa implikasi amat positif, mahupun implikasi amat negatif. Tertakluk kepada di mana dan apakah jenis cadangan ini. Saya boleh katakan ini cuma cadangan awal, konsortium yang membangkit cadangan ini

perlulah meneruskan usaha mereka di peringkat kementerian, beberapa kementerian yang bertanggungjawab dan kalau mereka ada apa-apa makluman

terkini, Kerajaan Negeri sedia melihat dan mendengar cadangan mereka. Itulah kedudukan sekarang.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih. Seterusnya saya minta Pulau Tikus.

14

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya nombor 9.

No. 9. Memandangkan Parlimen Malaysia telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan had umur

kelayakan mengundi kepada 18 tahun, adakah Kerajaan Negeri akan meneruskan sokongan terhadap program Sidang Muda oleh PYDC?

(a) Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memperluaskan pengaruhnya.

Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):

Terima kasih Dato’ Speaker. Saya menjawab soalan 9. Kerajaan Negeri melalui Penang Youth Development Corporation (PYDC) menyokong Program

Sidang Muda kerana program seumpama ini mampu melatih dan membina platform untuk melahirkan pemimpin yang berbakat. Program Sidang Muda

adalah ruang di mana suara para belia berhubung isu semasa negeri Pulau Pinang dapat didengari.

Penganjuran Program Sidang Muda bermula pada tahun 2016, dengan

sekali setahun oleh PYDC. Walau bagaimanapun, mulai tahun 2019 PYDC telah mengerapkan penganjuran Program Sidang Muda seperti Persidangan Dewan

Undangan Negeri iaitu sebanyak dua (2) kali setahun. Seperti yang telah dijalankan semalam, satu Sidang Muda Khas untuk membahaskan bajet yang

telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri. Bajet 2020 di mana kita mendapat sambutan yang bagus. Terdapat 33 belia yang telah ambil bahagian, tetapi ada yang mereka tidak dapat hadir semalam. 21 calon ataupun

candidate yang telah ambil bahagian dalam Sidang Muda Khas semalam dan mereka telah berbahas isu-isu berkaitan dengan belia. Penganjuran program

secara berkala ini akan memberikan ruang kepada alumni untuk berbahas, dan menyuarakan pendapat sejajar dengan perkembangan semasa negeri Pulau Pinang.

Untuk menggalakkan golongan belia menyuarakan pandangan terhadap isu-isu semasa dan polisi kerajaan, Program Sidang Muda pada tahun 2020 akan

dianjurkan dua kali setahun iaitu sebelum setiap Persidangan Dewan Undangan Negeri supaya pandangan para belia dapat dibawa dan dibincangkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri dan kita juga galakkan ADUN-ADUN wakil

rakyat juga boleh hadir dalam sidang muda yang dianjurkan oleh PYDC ini supaya mereka boleh membawa topik-topik yang berkenaan bukan saja topik berkenaan

belia, kadang-kadang ada belia yang mengemukakan isu seperti yang paling panas iaitu isu perumahan, isu Jabatan Pengairan dan Saliran, isu JKR dan lain-lain. Saya rasa ini satu platform yang bagus supaya wakil-wakil rakyat juga boleh

mengambil isu semasa yang dibincang di kalangan golongan belia untuk dapat bincang di dalam sidang dewan ini.

Program Sidang Muda adalah terbuka kepada golongan belia yang berumur 16 tahun hingga 30 tahun. Ia juga merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri untuk menggerakkan golongan beliau yang berumur di bawah umur 18 untuk

mengambil bahagian dan berani menyuarakan pandangan mereka. Ini juga salah

15

satu inisiatif yang kita dapat lihat Kerajaan Persekutuan telah menurunkan had umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun dan kita menggalakkan golongan

muda ambil bahagian untuk salah satu program dianjurkan PYDC iaitu Program Sidang Muda.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):

Soalan tambahan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Ya, sila.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih jawapan

yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Bagan Jermal berhubung dengan Program Sidang Muda yang dianjurkan di bawah PYDC. Sebenarnya Program

Sidang Muda ini sebelum dikendalikan oleh PYDC memang ia telah dimulakan terlebih awal lagi atas inisiatif Yang Amat Berhormat Padang Kota pada masa ketika itu dan kita juga gembira memaklumkan bahawa saya sendiri, Yang

Berhormat Bagan Dalam dan Yang Berhormat Pulau Tikus juga merupakan alumni bagi sidang muda yang dianjurkan di Negeri Pulau Pinang ini. Soalan saya adalah

memandangkan terdapat sekumpulan alumni yang telah melalui Program Sidang Muda yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri, apakah perancangan Kerajaan Negeri

terhadap kumpulan alumni ini? Adakah kita ada sebarang program bagi melibatkan alumni yang pernah menyertai sidang muda ini. Terima kasih.

Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):

Terima kasih kepada Pengkalan Kota. Soalan yang bagus. Memang kita setiap tahun akan mengadakan Program Sidang Muda seperti yang kita telah anjur

pada tahun 2016 kita telah dapat banyak alumni yang kita telah lahirkan setiap tahun dan alumni-alumni ini dapat dijadikan fasilitator untuk Sidang Muda seperti kali ini kita menjalankan Sidang Muda Khas dari 1-3 November dan pada 2

November seperti yang telah ambil bahagian oleh saudara Pengkalan Kota, saudara Machang Bubuk dan juga Ahli Parlimen Batu Kawan. Mereka telah

memberikan sumbangan dengan jadi fasilitator untuk Sidang Muda Khas ini. YB. ADUN Kawasan Seri Delima juga dijemput tetapi beliau ada open house dan tidak dapat hadir. Kita dapat tahu alumni-alumni ini dapat menyumbang sedikit

sebanyak usaha atau pun pengalaman yang mereka tengah ambil bahagian semasa mereka dalam sidang muda itu dan golongan belia yang baru-baru

berminat untuk ambil bahagian ini mereka dapat sedikit sebanyak fakta-fakta ataupun cara-cara macam mana sebagai candidates untuk Sidang Muda apa yang kita boleh buat untuk kepada mereka dan juga PYDC ada membuat rancangan

pada tahun depan kita hendak mempromosikan lebih banyak golongan muda ambil bahagian dalam Sidang Muda yang dianjur oleh PYDC, kita rancang supaya

boleh masuk universiti ataupun colleges dan sekolah menengah jika dapat jabatan pendidikan negeri punya keizinan kita akan masuk supaya dapat mempromosikan

16

apa itu Sidang Muda dan juga apakah peranan yang boleh dimainkan oleh golongan muda terutama yang mereka berumur 16 tahun kerana sumbangan

semasa Sidang Muda Khas ini ada salah satu candidate yang paling muda iaitu yang berumur 16 tahun saya rasa Pengkalan Kota ada masa bagi forum itu dan

juga Machang Bubuk ada jumpa beliau dan belia memang berkaliber dan juga semasa mereka present…(dengan izin) Dato’ Speaker, fakta-fakta itu memang mereka layak untuk future…(dengan izin) Dato’ Speaker, dan tambahan juga kita

dapat lihat fasilitator-fasilitator ini, harap mereka dapat menyumbang kepada candidate yang berminat untuk mengambil bahagian dalam sidang muda saya

hendak cadangkan di sini kalau boleh setiap fasilitator ini setiap tahun mereka boleh mencadangkan satu atau dua calon yang baru untuk ambil bahagian dalam sidang muda supaya kita dapat sambutan yang lebih banyak ambil bahagian

dalam sidang muda yang akan datang.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Soalan tambahan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Bagan Dalam.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Terima kasih Dato’ Speaker. Saya hendak tanya apakah implikasi kewangan

penganjuran dewan belia ini dan kenapakah dewan belia ini tidak diperluaskan ke setiap daerah untuk mencungkil bakat lebih ramai anak muda di Pulau Pinang. Sebab saya dengar tadi, ada 21 peserta dalam dewan belia ini. Kalau ia

diperluaskan ke setiap daerah, seperti sebelum ini saya pernah buat dewan belia Butterworth. Kita ada lima daerah di Pulau Pinang. Kenapakah kita tidak

memperluaskannya kelima-lima daerah buat dewan belia untuk daerah tersebut dan mencungkil lebih banyak bakat anak muda. Kerana baru-baru ini, Malaysia Kini Debathon pun yang dibuat di USM saya nampak ada pelajar 16 tahun muncul

sebagai johan, I mean pendebat terbaik, so apakah rancangan PYDC, in future are you going to expend it to the districts level? Dengan izin. Terima kasih.

Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):

Terima kasih soalan yang bagus yang oleh kawasan Bagan Dalam. Memang kita tahun depan 2020 akan memperluaskan sidang muda dan satu tahun dua (2)

kali dan kita memang terhad dengan peruntukan yang sedia ada kerana peruntukan setiap sidang muda yang akan dijalankan adalah RM50,000 dan PYDC

cuma dapat RM300,000 peruntukan setiap tahun dan kita juga menggalakkan supaya setiap daerah punya calon mereka juga boleh datang kerana masa bengkel yang kita adakan kita dapat lihat banyak yang mereka ambil bahagian ini

termasuk ke lima-lima daerah tetapi mungkin kadang-kadang ada yang mereka telah daftar tetapi last minute mereka tarik balik, tarik diri dan kita cuba akan

mempertimbangkan cadangan ini supaya kita memperluaskan ke setiap daerah saya rasa ini akan dipertimbangkan pada masa depan.

17

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Seterusnya saya ingin…(gangguan).

Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid):

Soalan tambahan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sudah tamat. Sila duduk. Mereka yang lalu telah pun tanya lebih daripada soalan tambahan yang diizinkan. Maaf. Sungai Pinang saya persilakan.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim):

Terima kasih Yang Dipertua Dato’ Speaker. Soalan saya soalan ke sepuluh.

No. 10. Inisiatif Kerajaan Negeri iaitu Sports For All untuk menggalakkan rakyat bersukan sangat disanjungi. Kebanyakan pusat gimnasium adalah usaha pihak swasta

yang mengenakan caj yuran.

(a) Adakah Kerajaan Negeri atau agensi kerajaan

mempunyai pusat gimnasium sendiri? Senaraikan.

Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):

Terima kasih Dato’ Speaker. Saya menjawab soalan 10. Terdapat tujuh pusat

gimnasium yang dimiliki oleh kerajaan. Lima daripadanya adalah milik Kerajaan Negeri seperti berikut:-

(i) Gimnasium di Taman Bandaraya yang diuruskan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang;

(ii) Gimnasium di Kompleks Sukan Balik Pulau yang diuruskan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang;

(iii) Gimnasium di Kompleks Sukan MBSP Bertam yang diuruskan oleh

Majlis Bandaraya Seberang Perai;

(iv) Gimnasium di Astaka Padang Awam Jawi yang diuruskan oleh Pejabat

Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan;

(v) Gimnasium Wira di Pantai Robina, Telok Ayer Tawar yang baru-baru ini diambil balik awal tahun ini daripada ADUN sebelum ini yang

tanah miliki Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara dan sekarang diuruskan oleh ADUN Kawasan Telok Ayer Tawar, ADUN

baru.

Manakala dua (2) gimnasium lagi iaitu Gimnasium Rakyat Daerah Seberang Perai Selatan dan Gimnasium Rakyat Daerah Timur Laut milik Kerajaan

Persekutuan yang diuruskan oleh Jabatan Beliau dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Kesemua gimnasium tersebut dibuka kepada orang ramai mengikut masa

18

penggunaan yang ditetapkan. Kadar bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut:-

(i) Gimnasium di Taman Bandaraya dengan kadar bayaran sebanyak RM10.00 untuk tiga (3) tahun;

(ii) Gimnasium di Kompleks Sukan Balik Pulau dengan kadar bayaran sebanyak RM30.00 untuk tiga (3) tahun;

(iii) Gimnasium di Kompleks Sukan MBSP Bertam dengan kadar bayaran

RM2.00 setiap sesi;

(iv) Gimnasium di Astaka Padang Awam Jawi adalah percuma;

(v) Gimnasium Rakyat Daerah Seberang Perai Selatan dan Timur Laut dengan kadar bayaran RM3.00 walk in atau RM20.00 sebulan; dan

(vi) Gimnasium Wira di Pantai Robina, Telok Ayer Tawar adalah

percuma.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih sangat jelas.

Ahli Kawasan Sungai Pinang (YB. Lim Siew Khim):

Soalan tambahan saya. Terima kasih kepada Bagan Jermal. Soalan saya

adalah adakah Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan memberi peruntukan atau menambah peralatan sukan bagi pusat gimnasium yang sedia ada dan

sementara waktu ini kos penyelenggaraan pusat gimnasium yang sedia ada ditanggung oleh pihak mana? Terima kasih.

Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):

Terima kasih soalan tambahan daripada Sungai Pinang. Untuk peruntukan ataupun tanggungan kos kita Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memberi

sebanyak RM4,000 untuk menambah alatan sukan bagi Gimnasium Wira Telok Air Tawar pada tahun 2019 dan untuk kebajikan penggunaan gimnasium kawasan

tersebut ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memajukan kemudahan sukan dan merealisasikan inisiatif sukan untuk semua. Sementara waktu, alat-alat sukan dalam pusat gimnasium ini pejabat

saya masih belum terima sebarang permohonan untuk pusat gimnasium. Pusat gimnasium di Taman Bandaraya kos di tanggung oleh MBPP, gimnasium di

Kompleks Sukan Balik Pulau juga di tanggung oleh MBPP, gimnasium di Kompleks Sukan MBSP Bertam juga ditanggung oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai, Gimnasium di Astaka Padang Awam Jawi ditanggung oleh Pejabat Daerah SPS

dengan Gimnasium Wira di Pantai Robina ditanggung oleh ADUN Kawasan Teluk Air Tawar.

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq):

Salan tambahan.

19

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Bersabit dengan gimnasium. Sila.

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq):

Sabit dengan sport. Sport for all. Terima kasih. Dato’ Yang Dipertua, Yang

Berhormat Bagan Jermal kita semua faham bahawa sukan untuk semua atau pun sport for all telah pun memantapkan program sukan di negeri ini dan memandangkan soalan ini berkenaan sport for all soalan saya adalah apakah

perancangan Kerajaan Negeri di bawah program sport for all untuk tahun 2020? Itu sahaja.

Ahli Kawasan Bagan Jermal (YB. Soon Lip Chee):

Perancangan Sport For All untuk tahun 2020, saya cerita sedikit latar belakang anjuran tahun 2019. Memang kita menganjurkan Sport for All (Sukan

Untuk Semua), satu bulan satu tema di mana tahun 2020 satu tahun akan menganjurkan 2 tema sukan. Tahun 2021, satu bulan akan anjurkan 3 tema

sukan sampai tahun 2022, di Negeri Pulau Pinang kita dapat lihat tak kira sukan yang popular atau tak popular. Kita akan berjaya anjur semua acara sukan. Contoh sukan yang popular seperti bola sepak, badminton, sepak takraw, sukan

yang tak popular seperti floorball, wood ball, tennis akan dianjurkan ataupun adakan klinik di Negeri Pulau Pinang kerana Sports for All (Sukan Untuk Semua),

kita bukan sahaja untuk menganjurkan pertandingan tetapi juga memberi ruang mempromosi sukan ini di kalangan rakyat jelata.

Sememangnya objektif kita untuk melancarkan Sukan Untuk Semua adalah supaya kita dapat memupuk lebih banyak atlet-atlet baru, seperti contoh tennis, wood ball, floorball dan lain-lain yang kurang popular kita dapat kekalkan

persatuan ataupun atlet tersebut dan kita juga dapat menarik lebih banyak peminat-peminat sukan. Seperti tahun ini kita menganjurkan Sukan Untuk

Semua, kita ada buat mixture, ada yang buat klinik, ada yang buat pertandingan. Mulai tahun 2020, kita tumpukan lebih banyak kepada klinik dan kita juga akan masuk ke sekolah seperti tahun ini kita cuba mempromosikan

floorball di sekolah baru iaitu Sekolah Menengah Bagan Ajam, Sekolah St. Mark dan juga sekolah-sekolah lain di mana mereka betul-betul tak pernah sentuh

ataupun tak tahu apa itu sukan floorball. Saya rasa inisiatif untuk Sukan Untuk Semua, kita dalam empat tahun ini, kita dapat lihat di Negeri Pulau Pinang, semua sukan kita akan memberikan penganjuran dan juga akan adakan klinik supaya

lebih banyak atlet yang kita dapat.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih. Sila duduk. Permatang Pasir, silakan.

20

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil):

Bismillahi rahmanir rahim. Dengan izin Dato’ Speaker. Soalan saya

nombor 11.

No. 11. Minta Kerajaan Negeri Pulau Pinang jelaskan bilakah Majlis

Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) akan membuat pelantikan Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid yang baru?

(a) Apakah mekanisme yang akan digunakan bagi

pemilihan Ahli Jawatankuasa Kariah?

YB. Timbalan Ketua Menteri 1:

Assalamualaikum warahmatullah. Yang di-Pertua Dewan, soalan daripada Permatang Pasir mengenai pelantikan Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid yang baru, bila dan bagaimana ianya akan dibuat. Dato’ Yang di-Pertua, tempoh

perkhidmatan Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid pada masa ini sepatutnya tamat pada 30 April 2019. Namun begitu, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang telah

memberi pelanjutan bagi tempoh setahun sehingga 30 April 2020. Sehubungan itu, pelantikan Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid yang baharu akan dibuat sebelum 30 April 2020 dan ahli jawatankuasa yang baharu ini akan mula berkhidmat pada

1 Mei 2020.

Mengenai kaedah, Majlis Agama Islam masih mengekalkan dasar dan

kaedah pelantikan Jawatankuasa Kariah Masjid berdasarkan syor daripada ahli kariah melalui mesyuarat agung. Dalam masa yang sama, MAINPP juga akan

menambahbaik mekanisme pelantikan secara penilaian terhadap pencapaian dan prestasi perkhidmatan berasaskan Key Performance Indicator (KPI) jawatankuasa kariah yang sedia ada.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil):

Soalan tambahan Dato’ Yang di-Pertua.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sila.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhammad Faiz Bin Fadzil):

Kita sedia maklum bahawa terdapat beberapa masjid di negeri Pulau Pinang yang digunakan oleh sesetengah penceramah sebagai medan untuk menyebarkan fahaman-fahaman yang tidak tepat dengan ikhtiar di negeri ini yang boleh

membawa kepada perpecahan di kalangan masyarakat yang berbilang kaum di negeri ini terutamanya, Dato’ Yang di-Pertua.

21

Jadi soalan saya adakah ada perancangan pihak Kerajaan Negeri atau Majlis Agama Islam dalam perlantikan ini untuk menempatkan mana-mana pegawai

daripada Majlis Agama Islam sebagai salah seorang jawatankuasa masjid atau kariah bagi mengawal pengurusan masjid supaya ia tidak disalahgunakan untuk

menyebarkan fahaman-fahaman yang tidak bertepatan dengan kehendak dan polisi Kerajaan hari ini yang membawa konsep ataupun agenda “Rahmatan Lil Alamin”. Kita tidak mahu masjid digunakan sebagai medan atau premis untuk

menyebarkan fahaman yang boleh membawa perpecahan. Jadi kawalan oleh Kerajaan adalah penting. Kita tidak boleh bersikap apologetic dalam perkara

ini. Jadi soalan saya, sama ada, ada hasrat atau perancangan Kerajaan untuk memposisikan mana-mana pegawai daripada Majlis Agama Islam setiap masjid atau kariah. Terima kasih.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sila.

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Dato’ Yang di-Pertua, buat masa ini tidak ada rancangan daripada pihak Kerajaan untuk menempatkan pegawai di masjid-masjid namun pemantauan

dibuat oleh PMS, Pegawai Masjid dan Surau di Pejabat Agama Daerah. Terima kasih.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih. Sila, saya ingin mempersilakan YB. Pengkalan Kota.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):

Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Soalan Pengkalan Kota, soalan ke-12.

No. 12. Isu kontena sisa plastik.

(a) Sila nyatakan jumlah kontena sisa plastik yang telah

dihantar balik ke negara asal dari Pulau Pinang selepas arahan dari Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC).

(b) Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah pengimportan kontena sisa plastik buangan ini?

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Terima kasih Ahli Yang Berhormat daripada Pengkalan Kota. Izinkan saya menjawab soalan nombor 12. Sebagai makluman Yang Berhormat, di Pulau

Pinang sebanyak 116 kontena yang mengandungi sisa plastik telah disita dan dilucut hak oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia setelah tidak ada syarikat tampil

membuat pengisytiharan (declaration) selepas tamat tempoh yang diberikan. Susulan itu, pada 29 Julai 2019, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) telah mengarahkan Pihak Berkuasa Pelabuhan supaya

menghantar pulang kontena-kontena ini ke negara asal. Sebanyak 10 kontena telah dihantar pulang pada 20 Ogos 2019 oleh JPSPN melalui pihak berkuasa

22

pelabuhan. Manakala baki 100 kontena telah diserahkan oleh JPSPN kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 22 Ogos 2019 pada urusan penghantaran pulang

kontena-kontena ini ke negara asal mengikut prosedur Basel Convention selaras dengan arahan YB. Menteri Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar

dan Perubahan Iklim (MESTECC). Selain itu, berdasarkan laporan daripada Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB), sehingga 30 September 2019, masih tedapat sebanyak 255 kontena sisa plastik import yang ditahan di Pengkalan Kontena

Butterworth Utara (NBCT) dan Custom Detention Yard. Sejumlah 130 kontena yang belum ikrar Borang K1 akan diserahkan kepada JPSPN untuk tindakan

seterusnya. Manakala 125 kontena yang telah isytiharkan K1, diperiksa dan tidak mempunyai Approved Permit (AP) akan dikompaun dan dilucuthak oleh JKDM. Kontena ini akan dipindahkan ke Custom Detention Yard yang ditetapkan

sementara menunggu tindakan seterusnya oleh pihak JKDM. 255 kontena sisa plastik yang dilaporkan oleh PPSB adalah merupakan kes berlainan dan tidak

termasuk sebahagian daripada 116 kontena terdahulu yang sedang dalam tindakan untuk penghantaran pulang. Bagi mengatasi masalah pengimportan kontena sisa plastik buangan ke negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri telah

mengambil langkah proaktif dengan mengemukakan surat secara rasmi kepada MESTECC dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan

Tempatan (KPKT) bagi mengemukakan cadangan pelaksanaan langkah-langkah kawalan melibatkan industri kitar semula plastik yang diimport.

Cadangan-cadangan yang dikemukakan adalah:

i. Pemberian AP kepada operator atau pengilang plastik kitar semula semua perlu mendapat ulasan dan persetujuan Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa

Tempatan (PBT) dan Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang. Pengimport dengan AP dan Sijil Pengesahan Barang Bersih dari negara asal pengimport

dikehendaki sebelum kontena dibenarkan mendarat di pelabuhan;

ii. Pre-consumer plastic waste (clean plastic) sahaja yang dibenarkan untuk diimport bagi tujuan kitar semula;

iii. Pemegang AP hanya dibenarkan untuk mengimport 70% sahaja pre-consumer plastic waste dari kapasiti keseluruhan operasinya dan baki 30%

kapasiti selebihnya hendaklah diperolehi dari sumber tempatan;

iv. Kilang yang akan menerima dan memproseskan setiap pre-consumer plastic waste yang diimport perlu dinyatakan dalam AP bagi tujuan

pemantauan, pengauditan dan penguatkuasaan;

v. Kilang yang memproses pre-consumer plastic waste perlu mempunyai

scrubber system yang diiktiraf oleh JAS bagi merawat udara dan air kumbahan sebelum dibebaskan (discharge) ke persekitaran;

vi. Pengimport pre-consumer plastic waste perlu mengadakan End of Life

Waste Disposal Report kepada JAS;

vii. Senarai pemegang AP dan kilang yang mengimport pre-consumer plastic

waste dipanjangkan kepada JAS dan PBT mengikut negeri bagi penyelarasan, pemantauan serta penguatkuasaan secara bersepadu;

23

viii. Setiap kontena yang digunapakai untuk pengimportan sisa plastik perlu diimbas (scan) sebelum dibawa keluar ke kilang pemprosesan; dan

ix. Sekiranya terdapat operasi penguatkuasaan yang perlu dilaksanakan ke atas import sisa plastik atau penyitaan kontena, adalah disarankan supaya

kontena terlibat dilakri dan diperiksa di kilang yang berkaitan.

Secara kesimpulannya, Kerajaan Negeri sentiasa konsisten dan bertindak tegas untuk memastikan kontena plastik yang diimport tanpa AP dihantar balik ke

negara asal. Manakala pemegang AP Sisa Plastik (HS3915) daripada JPSPN pula perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi teknikal termasuk

memasang kelengkapan sistem kawalan pencemaran udara dan air yang efektif.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):

Soalan tambahan. Terima kasih Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Terima kasih kepada jawapan yang amat teliti yang diberikan oleh Yang Berhormat Sungai Puyu. Sememangnya kita berasa amat terkejut apabila

kontena-kontena ini telah dibuka dan kita boleh nampak bukan sahaja sisa plastik malahan ada sesetengah sisa yang tidak boleh langsung dikitar semula telah

dimasukkan ke negeri kita. Jadi apakah pendapat khususnya Kerajaan Negeri tentang kelemahan-kelemahan yang wujud ini sebab saya rasa perkara ini

sebenarnya telah berlarutan dengan lama tetapi selepas Pakatan Harapan mengambil alih pucuk pimpinan di Kerajaan Pusat barulah kita ada political will untuk membuka perkara ini. Saya rasa ini sememangnya merupakan satu

kelemahan yang agak lama sudah. Jadi apakah pandangan atau cadangan Kerajaan Negeri agar kita dapat menyelesaikan masalah ini secara

keseluruhannya?

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Terima kasih. Memang perkara ini telah lanjut lebih kurang enam (6) tahun

iaitu kata sebelum Pakatan Harapan menjadi Kerajaan Pusat. Saya sendiri telah beberapa kali membangkitkan isu-isu ini akan tetapi pada masa ini, saya percaya

bahawa ada udang di sebalik batu kerana ada begitu banyak AP-AP dikeluarkan tanpa kawalan. Walaupun AP-AP holder yang bukan pengkilang tetapi satu syarikat trading company juga dapat AP. Itulah kelemahan. Akan tetapi pada

kini, saya juga amat sedihlah, amat kecewa, walaupun pada tahun 2018 tindakan telah diambil bulan Ogos dan walaupun pada November 2018 selepas ucapan

saya, KPKT juga turun pergi NBCT, telah buka dan temui apa yang saya cakap adalah benar, selepas itu saya telah minta bahawa AP tidak boleh dikeluarkan. Marilah kita selesaikan masalah ini. Ada banyak kontena dalam

NBCT ini terumur lebih 700 hari duduk di sana. Tak boleh selesai. Kalau tak boleh selesai kenapa nak bagi lagi AP masuk? Selepas tahun ini, 2019 di Mei di Basel

telah berbincang isu-isu ini ada buyer, ada syarikat-syarikat di negeri-negeri telah menandakan ini walaupun Amerika Syarikat tidak mahulah dan bila kami kata di Basel Convention selepas tarikh ini mereka akan kuatkuasa pada tahun 2023.

Mengapa 2023 dan bukan serta-merta? Dan semua tahu baru-baru ini bila kami

24

bertegas bahawa kena hantar balik ada wakil daripada luar negara memang mai jumpa saya nak bincang perkara ini daripada bulan ini juga bulan Oktober. Bila

wakil daripada United Kingdom hantar balik hendak periksa 42 kontena yang pi yang hendak hantar balik semula pada mereka kami tunjuk bukti bahawanya 42

hendak hantar balik. Tiba-tiba dua (2) hari yang kelmarin.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Yang Berhormat, rumuskan jawapan sekarang.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Ya, saya kena bagi dia keterangan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Rumus.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Iaitu kata tiga kontena baru masuk dengan AP semua dokumen tunjuk bukti, dibuka sendiri tengok sisa-sisa semua. Apakah yang dimaksud adalah

kelemahan juga kemungkinan rasuah kalau takda macam mana boleh hingga sini? Walaupun kita bincang beberapa kali daripada Amerika daripada Kanada daripada UK sampai sekarang tak boleh hantar balik kerana kata Basel Convention iaitu

kata apa pun ditetapkan sebagai sisa dihendaki kebenaran G2G. Kalau G2G kerajaan asal tidak bagi surat kebenaran kita tak boleh hantar balik. Itu itu sudah

jadi satu masalah.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Okey. Sekarang soalan tambahan.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

Datuk Speaker saya rasa ini satu perkara yang penting khasnya ia

melibatkan satu isu yang besar sebab ini sisa plastik ini bukan sekadar isu di Pulau Pinang tapi seluruh negara dan seluruh dunia. Tadi YB. Sungai Puyu telah

menunjukkan bahawa kontena itu telah stuck 255 kontena telah di stuck di tanah air kita iaitu di negeri Pulau Pinang dan tidak dapat dihantar balik. Yang tadi cakap hantar balik ke negara asal itu hanya slogan saja. Tapi perlaksanaan kita semua

tahu tidak mungkin.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Soalan.

Ahli Kawasan Machang Bubuk (YB. Lee Khai Loon):

So, apakah tindakan yang 255 kontena itu akan diletakkan di Pulau Pinang

selama-lamanya atau tunggu untuk Basel Convention itu dipinda di peringkat antarabangsa baru boleh kita hantar balik ke negara asal?

25

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Bukan 255, 255 ada kontena yang belum selesai. Yang selesai ada 116

kontena di mana 10 dikatakan telah ambil balik dan saya telah minta dokumen Kastam 5 dari JPSPN. Okay. Lagi satu di sini kami telah minta

bahawanya kena ada satu keputusan di antara dua (2) kementerian. Satu KPKT satu dari MESTECC. Please make a decision. The state want a decision. Kerana ini bukan kuasa Kerajaan Negeri, ini kuasa kementerian. So we want to settle

problem ini iaitu kata kalau lupus hak atau apabila lupus hak apa kami nak buat? Negara asal tidak mahu, nak letak di mana? They have to be process. We

have to mintalah selection, syarikat-syarikat yang ada kemudahan-kemudahan yang boleh memproses ini, yang boleh tetapkan syarat-syarat yang telah dikeluarkan ini oleh Kerajaan Negeri dan cadangkan oleh Kerajaan Negeri kami

boleh minta mereka buat auction ni kalau auction proses di sana dengan kawalan. Scrabble system the latest dengan empat (4). Satu dengan air, satu dengan pasir,

satu aktiviti karbon satu dengan heat sistem. Bukan semua syarikat ada. So they have called consortium, consortium tu mai bincang selepas bincang tu satu open tender oleh kastam lupus kerana semua lupus hak sama mereka. Itu satu syarat

yang boleh selesaikan. Dan pada hari semua kontena nak masuk mai mesti ada AP before landing. Mesti ada satu surat kebersihan daripada syarikat asal. Itulah

tadi macam saya kata apa yang telah dicadangkan oleh Kerajaan Negeri untuk selesaikan masalah ini. Saya berharaplah KPKT, JPSPN mesti hormat semua

cadang syarat Negeri Pulau Pinang untuk menerima guna pakai kelak hari.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih. Sila Bertam.

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq):

Dengan izin Dato Yang di-Pertua. Soalan Bertam nombor 13.

No. 13. Ada aduan dibuat bahawa Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan dan juga Pentadbir Tanah menyekat penjualan tanah persendirian. Kita dimaklumkan bahawa, ada

sesetengah syarikat yang menjadi broker menjual tanah Gred A tanpa mendapat kelulusan dari PDT dan juga tertakluk

kepada Akta Parit dan Saliran.

(a) Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menangani masalah ini?

YAB. Ketua Menteri:

Terima kasih Dato yang di-Pertua. Untuk menjawab soalan yang

dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bertam, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian atau Pejabat Daerah dan Tanah tidak mempunyai kuasa untuk menyekat sebarang penjualan tanah persendirian. Namun begitu sekiranya tanah

persendirian tersebut terdapat sekatan kepentingan yang menghalang penjualan tanah seperti tercatat pada hak milik pemilik tanah, perlu mendapat kebenaran

Pihak Berkuasa Negeri terlebih dahulu sebelum proses urusniaga dilakukan. Bagi tanah-tanah yang tiada sekatan kepentingan, pemilik tanah berkenaan boleh melakukan urusniaga secara terus dengan pembeli yang berminat. Antara contoh

26

sekatan kepentingan pada hak milik yang memerlukan kelulusan Kerajaan Negeri untuk urusniaga adalah sekatan kepentingan yang dinyatakan seperti berikut

sebagai contoh:

• Tanah yang diberimilik ini tidak boleh dipindah milik, dicagar, dipajak,

dipajak kecil, atau terlibat dengan sebarang bentuk urusniaga tanpa mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Negeri. Bagi tanah-tanah yang diwartakan di bawah Akta Kawalan Pengairan atau Ordinan Tali Air 1953,

Pihak Berkuasa Negeri tidak menyekat urusniaga dilakukan jika tanah terbabit tidak mempunyai sebarang sekatan kepentingan. Akta ini hanya

menghalang urusan pembangunan dilakukan di atas tanah-tanah tersebut. Mengenai kegiatan broker tanah, pemilik-pemilik tanah khususnya tanah-tanah sawah bendang dinasihatkan tidak terpedaya dengan apa-apa janji

yang broker bagi untuk mengubah syarat kegunaan tanah sehingga menyebabkan mereka diambil tindakan undang-undang kerana langgar

syarat-syarat guna tanah atau undang-undang berkaitan pembangunan tanah.

Isu ini ada dua bahagian. Satu pemilikan. Kalau tak ada sekatan, maka

urusniaga pemilikan itu boleh berlaku. Satu bahagian adalah pembangunan. Pembangunan perlu melalui proses kebenaran merancang dan lain-lain kelulusan.

Jadi kita nak mengingatkan semua di Negeri Pulau Pinang bahawa walaupun permohonan untuk mendapat consent atau kebenaran dikemukakan, tidak

semestinya pihak Kerajaan Negeri perlu memberi consent. Sekiranya tanah itu sudah ubah kegunaannya, maksudnya ada banyak kes tambak tanah-tanah pertanian baru nak pohon untuk mendapat consent daripada pihak Kerajaan

Negeri supaya dia boleh urus melakukan urusniaga.

Baru-baru ini Jawatankuasa Tanah telah menolak permohonan sedemikian

untuk mendapat consent kerana tanah-tanah pertanian sudah pun ditambak baru mereka nak dapat consent. Jadi ini satu ingatan kepada tuan-tuan tanah, kepada broker-broker juga jangan sewenang-wenangnya memberi janji yang mungkin

tidak dapat mereka tunaikan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Soalan tambahan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sila.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Saya nak tanya tapi kalau tak macam kalau tanah-tanah yang nak dijual tapi maknanya tu dalam provision kerajaan sekarang ni tanah pertanian untuk

tanah lot lidi dia boleh membina lima (5) rumah iaitu apa yang terjadi sekarang broker-broker tanah maknanya ada kelonggaran dalam undang-undang yang kita

ada sekarang ni. Jadi saya nak minta jika Pihak Berkuasa Negeri sebab MBSP

27

memang tak boleh buat apa-apa sebab ni kira tanah pertanian tapi tambakan sebagai contohnya tambakan paya semua kawasan-kawasan sensitif ini yang akan

merosakkan alam sekitar dan juga kalau ditambak tanah paya untuk pembinaan rumah-rumah kita takut apa yang berlaku di Taman Guar Perahu sekarang. Kita

berlaku banyak kebakaran spontaneous combustion sampai Jabatan Geosains dan Jabatan Kimia sekarang tengah buat siasatan sebab bila kita tambak tanah-tanah paya, karbon dan kalau letak clay, oksigen semua tak boleh keluar ini boleh

menyebabkan gas-gas di bawah itu tidak dapat. Jadi saya nak minta kalau Kerajaan Negeri ada jawapan dari segi tanah-tanah pertanian lot lidi yang dijual

sekarang ni dengan berleluasa sejak bulan April 2019.

YAB. Ketua Menteri:

Ini lebih kurang apa yang kita bangkitkan tadi. Walaupun undang-undang

tanah ataupun undang-undang lain menganugerahkan hak kepada pemilik untuk memiliki dan adanya syarat-syarat kegunaan tanah yang mungkin terkandung

dalam guna tanah tersebut ataupun sekatan kepentingan dan lain-lain. Itu merupakan penganugerahan hak yang tidak mutlak tetapi bergantung kepada kelulusan yang lain sebelum tanah itu dapat digunakan untuk tujuan yang selain

daripada tujuan asal. Jadi kita berharap semua pemilik seperti isu yang bahaskan panjang lebar dalam sidang yang lalu, kebenaran merancang dan juga perkara

yang berhubung dengan isu-isu tanah harus dilihat bersama dan bukan secara berasingan supaya dapat mengelakkan isu-isu yang selalu kita hadapi. Dia sudah

tambak rumah, mungkin sudah bina, nak pohon consent, kita mendapati kegunaan asalnya pertanian. Jadi, mungkin pada masa-masa lalu ada kelulusan. Mungkin ahli-ahli politik kesian pada pemohon. Rumah pun sudah dibina jadi bagi

juga consent. Tetapi ini menggalakkan satu gejala di mana ada broker atau pihak-pihak yang masuk tambak tanah-tanah pertanian dan belakang kira apa-apa

masalah sebab ahli politik senang dipujuk. Tetapi Jawatankuasa Tanah telah putuskan Pihak Berkuasa Negeri tidak akan memberi kelulusan kepada kes-kes sedemikian.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih. Sungai Acheh.

Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim):

Terima kasih Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua. Daun nyoq daun palas, soalan Sungai Acheh nombor 14.

No. 14. Berapakah jumlah ladang solar yang dibenarkan beroperasi di Negeri Pulau Pinang?

(a) Sejak bilakah operasi mereka dibenarkan?

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Terima kasih YB Berhormat dari Sungai Acheh. Izinkan saya menjawab.

Sehingga 30hb September tahun 2019, terdapat dua projek jana kuasa solar yang telah diluluskan perlaksanaan di Pulau Pinang di bawah Large Scale Solar

Programme (LSS) oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC). Pihak yang memajukan oleh syarikat PLB Green

28

Solar Sdn. Bhd. dengan kapasiti 20 megawatt di Seberang Perai Selatan telah mula beroperasi pada 30hb November tahun 2018. Manakala satu lagi projek yang

dimajukan oleh syarikat Hong Seng Assembly Sdn. Bhd. dengan kapasiti satu megawatt di Seberang Perai dijangka mula operasi pada Disember tahun 2020.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim):

Soalan tambahan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sila.

Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim):

Bagaimana pula kalau ada ladang-ladang solar ini yang masih belum dapat

kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri dan juga syarat-syarat untuk rumah-rumah kediaman yang sekarang ini kita tengok ada juga rumah-rumah kediaman

yang letakkan panel-panel solar di bumbung rumah tu dan apakah syarat-syarat, rumah kediaman tu sama dengan ladang-ladang solar yang dibina ini, terima kasih.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Memang banyak rumah sekarang dipasangkan mereka juga dapat feed-in

tariff tetapi bukanlah last skill. Walaupun pada dulunya kami telah memohon banyak untuk kilang-kilang termasuk bangunan-bangunan Kerajaan Negeri pada

masa itu Kerajaan tidak bagi kebenaran. Pada kini mereka mula bagi. Apa yang rasa bimbang bahawa feed-in tariff dia punya harga turun terlampau banyak, a lot of players dan kini mereka sedang memohon dan akan dapat kelulusan dengan

secepat mungkin dan ini juga termasuk dengan biogas. Saya tau Ahli Yang Berhormat daripada Bukit Tambun mesti dia akan tanya mengapa biogas sudah

empat (4) tahun belum dapat lagi. Saya akan selesai perkara itu dan berharap bahawa tahun depan kami akan dapat biogas di Valdor.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Soalan tambahan. Saya nak tahu berapakah cukai tanah yang dibayar oleh ladang solar yang berdekatan dengan Kampung Terus tapi di, kalau ikut kawasan

dia daerah SPU tapi di sebelah Kampung Terus. Jadi saya nak tahu yang apakah kerajaan dapat in terms of ladang solar sebab ladang solar ini tidak ditukar syarat, dia masih hutan darat, makna kalau hutan darat cukai tanah hanya sangat murah

dan juga apakah cukai taksiran yang dibayar oleh ladang solar berdekatan dengan Kampung Terus yang telah beroperasi sejak Disember 2017 one megawatt solar

farm.

29

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Iaitu 2017, saya tidak dimaklum bahawa di sana ada, apa yang saya

dimaklum ada 2 yang besar kerajaan kini. Saya akan periksa dan jika kata cukai tanah itu luar bidang kuasa saya, cukai tanah.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Saya nak tahu apakah benefits nya kepada Kerajaan Negeri apabila ladang solar dibina tetapi cukai pendapatan Kerajaan Pusat yang dapat tapi kalau ladang-

ladang solar dibenarkan beroperasi tanpa menukar syarat tanah, maknanya dia tak payah bayar cost conversion yang RM600,000, dia hanya bayar cukai tanah

hutan darat which is RM60.00 setahun sahaja, so at the end of the day, apa yang Kerajaan Negeri dapat? Dan juga apakah cukai taksiran yang dibayar oleh ladang solar yang seperti yang saya tahu sebab kerisauannya kalau tak perlu ada

pertukaran syarat tanah, maknanya tambakan paya-paya dan hutan boleh dilakukan sewenang-wenangnya untuk bina ladang solar.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih Ahli Kawasan Penanti.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Iaitu kata kalau tanah pertanian itu di Kampung Terus jumlah ada 11,540 unit di sana dan mereka di sana dia terlibat adalah 11,540 dan dia punya cukai

tidak ada perubahan. Ini untuk menggalakkan bahawa tempat-tempat yang tertentu di mana mereka boleh ada solar di atas pertanian di bawah double usage

of the land itu tetapi cara macam mana mereka bina di Kampung Terus saya tidak dapat disemak, saya akan semak dan maklum kepada Ahli Yang Berhormat kelak.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih Ahli Kawasan Sungai Puyu. Dipersilakan Ahli Kawasan

Berapit.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee):

Terima kasih kepada Dato’ Yang di-Pertua. Soalan saya soalan 15.

NBo. 15. Nyatakan bilangan pelarian (UNHCR) di negeri ini mengikut negara asal.

(a) Adakah Kerajaan Negeri mengetahui maklumat pelarian seperti tempat tinggal dan tempat kerja?

(b) Pelarian dari negara mana yang dibenarkan untuk

bekerja?

30

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Terima kasih Ahli Yang Berhormat Berapit. Berdasarkan statistik yang

dikeluarkan oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai pelarian (UNHCR) sehingga 31 Ogos 2019, terdapat seramai 177,698

pelarian dan pemohon suaka di Malaysia. Daripada jumlah ini, seramai 126,130 orang merupakan pelarian dan 51,568 orang adalah pemohon suaka. Bagi Negeri Pulau Pinang, statistik yang diterima oleh UNHCR sehingga 31 Jun 2019 pula

seramai 19,370 orang pelarian dan permohonan suaka. Daripada jumlah ini, 82% (15,883 orang) adalah terdiri daripada Etnik Rohingya yang berasal daripada

Myanmar.

Kerajaan Negeri tidak mempunyai maklumat seperti tempat tinggal dan tempat kerja bagi pelarian-pelarian ini. Ini kerana Malaysia bukanlah Negara Ahli

kepada Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951 dan Protokol Status Pelarian 1967 dan urusan berkaitan pelarian dilaksanakan oleh UNHCR. Justeru itu,

Kerajaan Pusat akan berhubung dengan pihak UNHCR sekiranya terdapat keperluan untuk mendapatkan maklumat semasa berkaitan pelarian seperti tempat tinggal dan pekerjaan. Namun demikian, Kerajaan melalui Kementerian

Dalam Negeri juga telah melaksanakan program Tracking Refugees Information System (TRIS) bagi tujuan pengesahan dan pendaftaran pelarian secara

pentadbiran kepada Kerajaan Malaysia.

Dalam isu berkaitan pekerjaan, dasar sedia ada kerajaan adalah tidak

membenarkan pelarian pemegang kad UNHCR untuk bekerja secara sah di Malaysia. Pemegang tidak boleh terlibat dalam sebarang bentuk pekerjaan berbayar atau dalam seberang perniagaan atau pekerjaan professional. Namun

atas dasar kemanusiaan, mereka dibenarkan bekerja di sektor-sektor tidak formal untuk tujuan sara hidup.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee):

Soalan tambahan.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sila.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee):

Di kawasan Kadun Berapit di taman terutamanya di Flat Taman Permata

terdapat komuniti Rohingya di sana. Saya tidak pasti berapa jumlahnya tetapi agak besar jumlahnya dan anak-anak kepada golongan Rohingya tersebut mereka

tidak bersekolah tetapi diminta adakan satu kelas agama oleh MPKK saya sebab atas perikemanusiaan dan saya ingin tanya adakah Kerajaan Negeri boleh menyediakan tempat seperti sekolah agama atau membenarkan mereka masuk

ke sekolah agama yang berada di negeri ini supaya anak-anak ini dapat belajar dengan lebih selesa dan satu lagi soalan adakah Yang Berhormat Sungai Puyu

31

setuju dengan ketidakpastian data-data pelarian ini dalam negeri ini akan menambahkan risiko keselamatan dalam negeri ini. Terima kasih.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Saya bersetuju kerana ini adalah satu isu yang sentiasa dan tiap-tiap tahun,

dua (2) kali saya berbincang dengan UNHCR bila mereka datang di sini. Saya juga mengatakan juga bahawa ada human trading di sini. Di mana ada sindiket-sindiket yang bawa mereka masuk dan itulah satu perkara yang kami tidak dapat untuk

uruskan. Dalam operasi-operasi selamatkan mereka oleh Jabatan Kebajikan Malaysia selalu bila kami dapat dan disyak kemungkinan mereka pelarian atau

warga asing, kami serah kepada pihak polis dan Imigresen untuk siasat. Apabila terlibat dengan pelarian, selalunya UNHCR akan turun. Saya juga memohon kepada mereka kena provide card reader. Pasukan peguatkuasaan supaya card

reader ini boleh baca dia punya kad-kad yang ada simkad. Itu adalah satu cara untuk membuat kawalan. Dan untuk pendidikan-pendidikan, bahawa Kerajaan

Negeri tidak akan terlibat. Jika mereka hendak sekolah agama, ini kena rujuk kepada TKM1, bukan bidang kuasa saya.

Tetapi atas kemanusiaan, memang saya berusaha dengan NGO-NGO iaitu

kami juga bagi kewangan kepada mereka juga mereka buka sekolah-sekolah sendiri, sendiri punya komuniti kerana kami tidak terlibat secara langsung. Dan

untuk kesihatan, kami ada medical camp. Itu juga melalui NGO. G2G itu kami tidak boleh kerana ASEAN partners kami tidak dikawal non interference because

mereka adalah pelarian. Pelarian itu sudah jadi political issues. Political issues kami tidak terlibat. Oleh sebab atas kemanusiaan, kami menggunakan NGO-NGO untuk sampai kepada mereka.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih Ahli Kawasan Sungai Puyu. Seterusnya, Ahli Kawasan Batu

Uban.

Ahli Kawasan Batu Uban (YB. Kumaresan A/L Aramugam):

Terima kasih Dato’ Speaker. Soalan saya No.16

No. 16. Isu jajaran LRT di hadapan Masjid Jamek Sungai Nibong.

(a) Sila nyatakan pendirian Kerajaan Negeri mengenai

bantahan yang telah dibuat oleh pihak Masjid.

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Dato’ Yang di-Pertua, soalan daripada Ahli Kawasan Batu Uban, Isu jajaran

LRT di hadapan Masjid Jamek Sungai Nibong. Sila nyatakan pendirian Kerajaan Negeri mengenai bantahan yang telah dibuat oleh pihak Masjid. Saya percaya

soalan yang sama telah timbul di luar Dewan sekarang atau baru lepas.

Dato’ Yang di-Pertua, pembinaan Masjid Sungai Nibong Besar adalah di atas lot 3423 dan Lot 10067 Mukim 13, Daerah Timur Laut di mana masjid ini terletak

di antara laluan Jalan Sultan Azlan Shah dan cadangan jajaran Transit Aliran Ringan (LRT). Setelah masjid ini dirobohkan untuk pembinaan semula, terdapat

cadangan daripada pihak Kerajaan Negeri untuk menjajarkan semula jajaran LRT,

32

di mana pada asalnya jajaran LRT ini berada di hadapan mehrab masjid yang jarak antara LRT ini dengan bangunan masjid adalah hanya 2.7 meter sahaja.

Penjajaran semula jajaran LRT ini juga telah menyebabkan pelaksanaan projek ini tertangguh disebabkan oleh pihak JKR perlu membuat pindaan susun atur pelan

masjid berdasarkan perubahan tersebut. Mengikut perancangan JKR, pembinaan masjid ini akan dimulakan semula, akan diteruskan semula pada Januari 2020 setelah pindahan dibuat. Kerajaan Negeri berpendirian bahawa jajaran LRT yang

akan dilaksanakan adalah jajaran yang terbaik untuk semua pihak. Ini setelah mengambil kira nasihat dan keputusan daripada Agensi Pengangkutan Awam

Darat (APAD) dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.

Dari segi teknikal, jajaran LRT yang telah dipilih ini merupakan jajaran yang lebih sesuai dari segi geometri dan dapat mengurangkan kos penyelenggaran

untuk tempoh masa yang panjang. Jajaran LRT ini juga akan berada selari dan hanya menggunakan bahu Jalan Sultan Azlan Shah sahaja. Jajaran LRT ini tidak

mengganggu kawasan perumahan yang berdekatan dan tidak memberikan impak kepada pembinaan masjid yang baru. Cadangan jajaran ini tidak akan mengubah pelan asal pembinaan masjid di mana masjid akan dibina di atas tapak asal masjid

dan pihak masjid juga akan mendapat tanah tambahan, iaitu bersebelah dengan Lot 10067 Mukim 13 Daerah Timur Laut, iaitu di hadapan mehrab masjid.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, 1 jam 30 minit untuk soalan lisan

telah pun tamat dengan sedikit masa kecederaan. Dipersilakan Yang Amat Berhormat.

YAB. Ketua Menteri:

Dato’ Yang di-Pertua, selaras dengan Peraturan 6A(1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, saya mohon supaya masa

persidangan hari ini dilanjutkan sehingga jam 7.00 petang.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih, saya memerlukan sokongan.

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Saya mohon menyokong.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih YB Perai, Ahli-ahli Yang Berhormat, Y.A.B. Ketua Menteri telah pun mengemukakan usul di bawah Peraturan 6A(1) untuk melanjutkan tempoh

masa persidangan hari ini 4 November 2019 hari Isnin sehingga jam 7.00 petang. Ahli-ahli Yang Berhormat yang bersetuju katakan ‘Ya’.

Ahli-ahli Kerajaan:

“Ya.”

33

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Ahli-Ahli Yang Berhormat yang tidak bersetuju katakan ‘Tidak’. Usul

dipersetujui sebulat suara.

Ahli-ahli Yang Berhormat, 1 jam 30 minit telah pun tamat untuk sesi soalan

lisan. Kita sekarang berada dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2020 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2020. Ahli-ahli Yang Berhormat, siapa yang ingin mengambil bahagian dalam perbahasan? Sila

Ketua Pembangkang.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Assalamualaikum Warrahmatullahi wabaraktuh dan salam sejahtera, Bismillahi Rahmanirahim, Alhamdulillahirabbil alamin. (Bacaan Doa).

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua, rakan-

rakan Ahli Yang Berhormat, Ketua-ketua Jabatan, wakil-wakil Ahli-ahli Dewan, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Alhamdulillah

syukur kita kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin limpah rahmat inayahNya kita masih lagi diberikan kesihatan dan juga kekuatan untuk kita sama-sama berada di Dewan yang mulia ini untuk kita sama-sama melaksanakan tugas dan

tanggungjawab kita sebagai wakil kepada rakyat. Tugas dan tanggungjawab kita untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan masalah rakyat yang perlu

diselesaikan, perkara tentang pentadbiran dan juga pengurusan Kerajaan Negeri dalam memastikan segala isu dan masalah dapat kita tanggani sebaik mungkin,

InsyaAllah. Dan saya sebagai Ketua Pembangkang, ini kali yang keempat saya memulakan perbahasan, kali yang kedua berbahas tentang bajet. Dan inilah merupakan satu perkara yang penting yang perlu sama-sama kita di Dewan dan

saya sebagai Pembangkang akan cuba untuk memberikan pandangan dan juga buah fikiran.

Kita berdiri sebagai orang yang mewakili rakyat perlu mendengar masalah rakyat, perlu mengutarakan masalah rakyat. Bila orang bercakap dengan kita di kawasan, di luar, tentang isu-isu jadi kita akan bangkitkan dalam Dewan. Kita

akan suarakan isu-isu ini supaya rakyat rasa puas hati, Kerajaan Negeri juga dapat mendengar keluhan dan masalah. Kita pemimpin ini kadang-kadang kita

tak nampak ataupun tak dengar keluhan di peringkat akar umbi ini, peringkat bawah ini. Kita mungkin di peringkat pertengahan, peringkat pertengahan semua nampak okey, semua nampak elok, tak ada masalah tapi di akar umbi di peringkat

bawah, rakyat masih lagi menghadapi pelbagai masalah, pelbagai isu yang perlu kita selesaikan bersama-sama.

Sungai Dua mengucapkan ribuan terima kasih di atas peluang yang diberikan untuk terlibat dalam membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 dan Usul Anggaran Pembangunan Negeri 2020 yang telah dibentangkan oleh

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri pada hari Jumaat yang lepas. Bajet yang membawa tajuk “Penang2030 Teras Kejayaan Kemakmuran Bersama”. Dan kita

tengok tajuk ini nampak cukup hebat, maknanya Teras Kejayaan Kemakmuran Bersama, maksudnya kejayaan yang akan dicapai oleh Kerajaan Negeri dalam pentadbiran perlu melihat kemakmuran bersama dengan rakyat, tak boleh kita

capai untuk pihak-pihak yang tertentu sahaja, untuk pihak mungkin syarikat-syarikat swasta, pemaju dan sebagainya tetapi kita juga kena melihat

34

kemakmuran rakyat yang ada di bawah. Kalau kemakmuran rakyat tidak dapat diberikan sebaliknya masalah sahaja yang timbul, pelbagai masalah ditimbulkan,

pelbagai isu yang berbangkit ini masih lagi bukan Teras Kejayaan, kejayaan tidak menyeluruh, tidak memberi hasil yang baik kepada rakyat marhaen ini kepada

golongan bawah ini. Kerana pembahagian ekonomi ataupun bajet ini perlu melihat golongan-golongan ini lebih-lebih lagi daripada golongan-golongan yang marhein kerana merekalah golongan yang teramai, golongan menengah dan juga golongan

bawahan, yang perlu kita berikan perhatian yang sewajarnya, yang perlu Kerajaan Negeri melihat isu-isu yang berkaitan dengan golongan-golongan bawahan dan

juga marhaen, InsyaAllah.

Terlebih dahulu saya mewakili pihak Pembangkang merakamkan ucapan terima kasih kepada Y.A.B. Pengkalan Kota, betul? Padang Kota, Pengkalan Kota

bakal PM, minta maaf, Yang Amat Berhormat Padang Kota, merangkap Ketua Menteri atas pembentangan Bajet Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2020. Saya pasti

situasi ekonomi yang agak tidak memberangsangkan sepanjang tahun ini, kos sara hidup yang meningkat maksudnya sewa rumah dan sebagainya kos sara hidup serta harga barang yang tidak juga turun walaupun dilaporkan ada barang

yang turun, tetapi yang saya lihat barang-barang ini masih lagi tinggi harganya. Saya jarang pergi market, sejak jadi YB ini tak pergi dah….(gangguan).

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Ketua Pembangkang, saya cuma nak peringatkan ini bukannya Parlimen.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Ya bukan. Kenaikan harga barang ini bukan rasa di seluruh negara lain di Pulau Pinang pun rasa, Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua. Rakyat di Pulau

Pinang juga merasakan keperitan tentang harga barang ini bukan hanya di negeri-negeri lain, itu memang hakikatnya kita tidak boleh tolak bahawa harga barang

masih lagi tinggi, masih lagi tinggi banding dengan sebelum ini. Walaupun selepas pelaksanaan SST dikatakan akan turun tetapi masih tak turun menyebabkan Bajet 2020 Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini menjadi bajet yang amat ditunggu-tunggu,

amat dinanti-nantikan oleh semua pihak khasnya yang bawah-bawah ini. Apa Kerajaan Negeri nak buat, mungkin nanti kata ini Kerajaan Pusat, Persekutuan

punya keputusan tetapi di Negeri Pulau Pinang mesti ada strategi dan juga kaedahnya untuk menyelesaikan isu-isu tadi, isu kos sara hidup, isu harga barang, isu macam-macam lagi yang akan saya sebut nanti, perlu dilihat untuk

diselesaikan, tidak boleh kita tuding jari kepada oh ini Pusat punya, ini Kerajaan Persekutuan, ini Menteri dan sebagainya tetapi di Negeri Pulau Pinang perlu ada

kaedah dan juga cara untuk menyelesaikan isu-isu yang berbangkit di Negeri Pulau Pinang ini sendiri.

Harapan rakyat Pulau Pinang sudah pasti menggunung tinggi, tinggi lagi

Bukit Bendera ini, tinggi lagi harapan rakyat Pulau Pinang, tinggi lagi Gunung Jerai Kedah, tinggi lagi tapi Kedah kalah baru ini. Mengharapkan sesuatu yang bukan

sahaja progresif tetapi mampu memberikan kesejahteraaan dalam kehidupan mereka. Ini yang rakyat nak tengok, yang rakyat nak lihat, kita tak mahu jadi isu di kedai-kedai kopi, sembang kenapa kerajaan sekarang macam ini, kita tak

mahu, kita pun nak tengok, nak dengar benda yang baik-baik, orang bercakap yang baik-baik tapi tak mahulah cerita yang tak baik itu timbul di kedai-kedai kopi

dan sebagainya. Jadi kita nak pastikan harapan rakyat nak melihat suatu yang

35

progresif di peringkat Negeri Pulau Pinang, suatu yang boleh menyelesaikan isu rakyat di Pulau Pinang dapat dilaksanakan, disusun strateginya. Mungkin tak boleh

buat cepat tapi disusun. Ada kaedah, cara untuk selesaikan isu ini. Malangnya walaupun saya, bukan orang yang mahir dalam mengkaji belanjawan tapi apa

yang saya lihat sepintas lalu, Bajet Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2020 yang telah dibentangkan Jumaat lalu nampaknya lebih menfokuskan kepada golongan-golongan pemodal, golongan pelobi syarikat-syarikat besar dan tidak memberikan

perhatian yang serius kepada rakyat biasa yang lebih memerlukan melainkan adalah isu bantuan kebajikan, perkara-perkara yang berkaitan dengan, mungkin

ada sedikit perumahan yang boleh menjurus kepada rakyat marhaen di bawah tapi selebihnya projek-projek yang besar, projek yang berkaitan dengan digital economy, itu perkara utama yang Ketua Menteri sebut, yang Padang Kota sebut

kita nak pergi ke arah economic digital.

Kita sembang economic digital ini senang, economic digital tapi

pelaksanaannya bukan mudah, memakan masa dan kos yang begitu tinggi dan kesediaan rakyat untuk menghadapi economic digital ini kena ada, tak boleh tak buat. Tapi kesediaan itu kena ada, kita nak pastikan rakyat jelata ini faham

economic digital, apa nak buat, apa benda yang depa boleh dapat dan sebagainya, itu satu benda yang bukan senang, yang perlu disusun betul-betul strategi untuk

economic digital , tak boleh nampak mudah saja kita nak buat, ini perlu kita fokuskan. Saya minta Kerajaan Negeri fokuskan, kalau nak sebut tentang

economic digital kita perlu membuat persediaan yang rapi, bukan hanya infrastruktur tetapi dari segi orang yang nak menerima, melaksanakan, terlibat dengan economic digital ini supaya economic digital nanti tidak akan fokus kepada

pihak-pihak yang tertentu sahaja, orang yang mahir, orang yang pandai, orang yang hebat dalam teknologi maklumat mungkin akan dapat hasil yang lebih tinggi

tetapi orang kampung masih tak memperolehi apa-apa kelebihan daripada economic digital ini.

Seperti yang kita sedia maklum, saya sebagai Ketua Pembangkang

memohonlah ruang yang seluasnya pada pagi ini untuk saya menyentuh beberapa perkara yang orang kampung minta saya sampaikan. Saya pi tengok jenazah,

ziarah jenazah, sembang juga bab-bab ini sikit, walaupun tak baik kita sembang bab-bab lain di tempat orang mati, tapi sembang juga, cerita juga tentang isu-isu yang dibangkitkan, jadi kita kena sampaikan kepada pihak pentadbiran, pihak

Kerajaan Negeri kerana inilah merupakan saluran yang sebaik mungkin, yang terbaik untuk saya sampaikan isu dan masalah dan saya mohon ruang untuk terus

menyentuh beberapa perkara tentang perbahasan saya. Pertamanya saya akan sentuh tentang kepentingan dan mustahaknya bajet, itu sedikit sahaja. Kedua, kesusahan dan keperitan hidup rakyat, saya ulang sedikit lagi benda yang saya

telah sebutkan dulu, keperitan dan kesusahan rakyat. Kerajaan Pakatan Harapan kalau nak perintah lagi, kena tengok isu ini, kesusahan dan keperitan rakyat.

Rakyat kalau merasa susah, merasa tak selesa, merasa macam-macam masalah, saya tak mahu sebut hal Parlimen, Dato’ Speaker, tak bagi sebutkan, isu negeri sajalah, nak sebut isu Parlimen banyak. Isu di peringkat Parlimen banyak, sawit

dan sebagainya, tetapi kita tok sah sebutlah yang itu. Kita akan betanding di Parlimen, InsyaAllah kalau bagi ruang, Parlimen. Itu melawak sajalah. Jadi kita

akan sebut tentang kesusahan dan keperitan hidup rakyat.

Ketiga, saya akan ulas sedikit pencapaian Bajet 2019. Saya dapat tengok, saya yang kerdil ini dapat lihat apa pencapaian Bajet 2019 yang sehingga bulan

September, mungkin ada kesilapan nanti, tuan-tuan bangkitkan untuk saya

36

perbetulkan. Keempat, saya akan kupas dan beri pandangan tentang Bajet 2020 dan juga Rang Undang-undang Perbekalan dan Pembangunan. Kelima saya akan

sentuh tentang isu-isu Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Pakatan Harapan, ini mungkin akan makan masa sedikit untuk saya sentuh isu-isu yang

agak banyak juga dan yang keenam saya akan sentuh tentang penjelasan dan isu daripada jawapan soalan bertulis yang saya dapat jawapan saya akan bangkitkan balik untuk diulas, digulung oleh EXCO nanti. Dan yang ketujuh, kalau ada

kesempatan tentang isu-isu berkaitan PAC, saya sebagai Pengerusi PAC dengan YB-YB yang ada, InsyaAllah, kita dah bermesyuarat dan sebagainya, saya akan

sentuh sedikit tentang isu ini dan akhir tentang isu-isu dalam kawasan Sungai Dua dan juga kawasan Tasik Gelugor. Ini akan saya sentuh dalam perbahasan saya. InsyaAllah

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Okey Ahli Kawasan Sungai Dua masuk gear…(dengan izin), masuk

gear….(dengan izin).

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Saya lambat sikit, gear (dengan izin) saya slow (dengan izin) dia tak boleh,

kereta lama, kena overhaul (dengan izin) balik, tukar enjin baru. Yang Berhormat Dato’ Yang diPertua, kepentingan dan mustahaknya bajet saya cuma akan pergi

sekali lalu saja. Apa kepentingan bajet yang telah dibentangkan dan oleh Padang Kota. Bajet ni pertamanya, kita rakyat ni, kepentingannya kita nak tengok hala

tuju, hala tuju Kerajaan Negeri dalam menghadapi ekonomi yang mencabar ini. Itu pertama, maknanya Yang Amat Berhormat Padang Kota dah bentangkan hala tuju dengan empat (4) teras. Hala tuju Kerajaan Negeri teras ke arah

Penang2030. Jadi itu telah dibentangkan dan kita rakyat boleh tengoklah dan dengar dan boleh lihat apa hala tuju Kerajaan Negeri samaada hendak pergi ke

arah negeri totally…(dengan izin), negeri hijau nak jaga alam sekitar dan sebagainya, rakyat boleh kaji sendiri. Kedua, apakah peluang-peluang pembangunan ekonomi untuk rakyat Pulau Pinang, rakyat nak lihat apa peluang-

peluang ekonomi yang ada. Yang boleh rakyat ikut serta, yang boleh rakyat maksud rakyat yang di peringkat atasan, peringkat bawahan. Kena buat banyak

peluang-peluang untuk peringkat-peringkat bawahan. Ketiga, pengagihan ekonomi yang disediakan kepada para rakyat jelata kena adil, itu juga menjadi kepentingan bajet. Secara adil pada orang kita kena lihat, pecahan penduduk,

pecahan jantina, umur, kena seadil-adilnya macam tu, tak boleh bagi kawasan bandar banyak, kawasan luar bandar kurang. Itu kena bagi adil juga. Kena bagi

sama adil nak lihat pengagihan ekonomi dan juga projek pembangunan ini. Dan yang keempat, kepentingan dan mustahaknya bajet ialah bentuk bantuan dan sumbangan yang akan diberikan kepada rakyat, ini rakyat memang nak tengok

apa dia nak dapat, apa bentuk bantuan yang dia perolehi.

Yang kelima, dari mana sumber pendapatan atau hasil Negeri. Ini juga

dapat kita lihat dan kaji daripada bajet yang disediakan. Yang penting sekali peluang-peluang pekerjaan dalam bajet juga dilihat disebut tentang peluang-peluang pekerjaan yang akan disediakan. Adakah peluang-peluang ini banyak?

Adakah boleh menampung bilangan, bilangan graduan-graduan dan juga lepasan sekolah yang ada di negeri Pulau Pinang ini dalam jangka masa mungkin sepuluh

tahun hampir 2030 apa peluang-peluang pekerjaan untuk tahun depan, apa peluang-peluang pekerjaan yang disediakan. Seterusnya Dato’ Yang diPertua,

37

saya sentuh sedikit tentang kesusahan dan keperitan hidup rakyat, ini topik yang menjadi perbualan di peringkat bawahan. Mungkin Kerajaan Negeri Pulau Pinang

tidak terlibat dalam perkara ini, tapi saya sebut keperitan dan kesusahan supaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang, kepimpinan negeri boleh melihat isu ini, untuk

diselesaikan untuk diolah supaya masalah keperihatan kesusahan ini dapat kita selesaikan.

Pertama, harga barang, saya sebut tadi. Harga barang keperluan harian

semakin tinggi. Tak taulah saya sebut saya tak pernah jarang ke market….(dengan izin) tapi orang yang ke market….(dengan izin) sebut. Kalau

bawa RM50.00 pergi market boleh beli satu raga kecil ja. Dia beli sayur sikit, dia beli ikan, mungkin ayam seekor, habislah RM50.00. Ayam dua kilo dok ada berapa ringgit RM16.00, RM17.00, kalau kata RM7.00 sekilo, RM7.90, dua kilo dok ada

RM15.00. Lebih, tak masuk lagi beli sayur beli ikan dan sebagainya. Maknanya kos semakin tinggi dan ini kena diambil tindakan oleh pihak kerajaan. Mungkin

kita nak selesaikan isu harga barang ini. Kalau kita masih beli barang luar banyak, beli sayur dari Cameron Highlands tu luar lah, tak semestinya daripada luar negeri, daripada Cameron Highlands bawa mai ke sini apa cara kita nak selesaikan

isu ini. Kita kena keluarkan usahakan, untuk dihasilkan di peringkat negeri Pulau Pinang ini untuk mencukupi keperluan domestik. Macam yang lebih SSL di Pulau

Pinang ini daging khinzir, Dato’ Yang di-Pertua, daging khinzir ni ada 300,000 tan, ia lebih, keperluan banyak ni, bekalan dia lebih. Maknanya lebih dari permintaan,

bekalan dia lebih, hat yang lain-lain tak cukup, padi pun xcukup. Kita baru ada 75% hasil SSL padi di Pulau Pinang. Tu pun dok tambun tanah macam-macam dah, tambak tanah sana sini nak kurangkan keluasan tanah padi, tapi yang ada

kawasan sepuluh ribu, dua belas ribu hektar pun tak cukup untuk supply….(dengan izin) satu Pulau Pinang. Saya sebut dulu, sorang makan nasi,

keperluan beras dia 80 kilo, orang macan saya ni 60 kilo, orang macam, Bagan Dalam,

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Jangan menyakitkan hati,

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Mana, mungkin lebih, dia perlukan maksimum 80 kilo dia perlukan beras untuk setahun, bukan sehari. Maknanya kita kira-kira dengan jumlah penduduk kita perlu ada berapa puluh tan, berapa ribu tan, kita baru keluar kan dalam 75%.

Ahli Kawasan Telok bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim):

Minta laluan

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Ya.

Ahli Kawasan Telok bahang (YB. Zolkifly Bin Md. Lazim):

Saya dok tengok tadi Dato’ dok kempen, kubur pon sama dah, saya nak tanya ni Dato’ nak cakap tentang barang di pasaran tak ada ataupun harga naik

38

ataupun keluaran kurang, tadi Dato’ kata barang mahal pasaran tak ada, adakah barang tak ada di pasaran, itu saja. Terima kasih.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Maksud saya tadi kita tak bekalkan secara domestik secukupnya.

Contohnya keperluan sayur-sayuran, banyak kita ambil daripada luar, melalui orang tengah dan sebagainya. Bila melalui orang tengah termasuklah mungkin ikan dan sebagainya, melalui orang tengah harga itu akan meningkat, dia beli

daripada, daripada pengeluar mungkin contohnya cendawan lah kata, pengeluar jual RM 4.00 sekilo, orang buat cendawan jual RM 4.00 sekilo bila melalui orang

tengah dia akan jadi RM 10.00 kerana dia melalui suatu proses pemasaran, dia kena ada kos-kos yang terlibat, dia nak untung lagi dan sebagainya, makna kita kena pastikan pengeluaran bahan-bahan ni perlu di keluarkan dengan lebih pesat,

dengan lebih banyak untuk menyelesaikan masalah mengambil, membeli barang-barang daripada luar. Cabai melaka pon kita beli daripada Thailand banyak, cabai

melaka kalau tanya pertanian depa tau berapa banyak cabai melaka, cili padi kita masuk dari Thailand, kedua kos sara hidup

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang):

Minta laluan

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Yang lain saya rasa tidak perlu.

Ahli Kawasan Air Itam (YB. Joseph Ng Soon Siang):

Saya ada sikit saja, Dato’ Sungai Dua saya hanya nak bangkitkan apabila Dato’ bangkitkan bahawa barang naik dan Kerajaan Negeri tidak mengambil berat atau cuba membantu. Adakah Sungai Dua ambil maklum bahawa tahun lalu bulan

Mei 2018, Kerajaan Negeri telah melancarkan Food Bank Mutiara, yang telah kita lancarkan. Adakah Sungai Dua, melancarkan juga di kawasan anda untuk

membantu rakyat-rakyat, penduduk-penduduk.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Terima kasih Air Itam. Sebenarnya saya dah cuba buat di Sungai Dua

dengan kerjasama Jabatan Pertanian. Saya buat hektar equivalent….(dengan izin). Maknanya setiap rumah perlu tanam, saya bagi kat kampung Nyior

Sebatang, Air Itam, seribu pokok cabai melaka, cili padi untuk ditanam di setiap rumah, kawan ni tanam seratus pokok, ni tanam lima puluh pokok dan sebagainya. Kita pasarkan, kita lantik seorang untuk pasarkan dan kita akan buat

cendawan. Cendawan ni kita dah cuba buat untuk kumpulkan pengusaha yang berminat cendawan untuk kita buat secara macam tu seorang lima ribu

polybag….(dengan izin), sini lima ribu, bila banyak kita boleh control….(dengan izin), pasaran, kita boleh bekalkan dan kita pelbagaikan keluaran cendawan. Begitu juga dengan ternakan ikan, kita cuba buat tapi dulu senang, bila Jabatan

Pertanian boleh bantu, Perikanan boleh tolong, la ni tak boleh dah, lani saya kena sorang-sorang, saya tak boleh. Jabatan mungkin, tak berapa nak bantu, ADUN-

ADUN pembangkang itu masalahnya.

39

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):

Dato’ Sungai Dua merupakan, minta maaf bagi laluan, Dato’ Sungai Dua

merupakan MMK bagi Pertanian, saya ingat Dato’ juga menghadiri mesyuarat MMK pada, saya juga hadir setiap kali. Saya ingat pihak jabatan tidak pernah, tidak

menolong pihak Ketua Pembangkang.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Tak palah ini saya yang rasa, mungkin Bukit Tambun pun tak rasa, dulu

saya banyak buat program dengan jabatan, tapi la ni kita taka da program dah Hari Ladang dan sebagainya, tak ada dah.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Yang Berhormat, peringatan sudah tiga puluh minit sudah lalu,

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Okey, seterusnya tentang peluang kerja ramai pekerja hilang pekerjaan iaitu merupakan kesusahan dan keperitan rakyat. Perlu dilihat dan diselesaikan

masalah ini. Saya minta tolong, saya minta kepada Kerajaan Negeri sila lihat isu ini, kerja, peluang kerja semakin kurang atau pekerja diberhentikan dan sebagainya. Ini merupakan masalah yang akan menjurus kepada hidupnya

semakin susah. Pengangguran juga mungkin akan meningkat kalau kita tak selesaikan masalah ini. Begitu juga isu perumahan tentang B40 juga perlu dilihat

supaya kita boleh selesaikan masalah isu perumahan. Yang Berhormat Dato’ Yang diPertua seterusnya saya ingin buat ulasan sedikit tentang pencapaian bajet 2019

setakat yang saya boleh buat ulasan mungkin ada kekurangan minta diperjelaskan nanti. Pertama tentang pembangunan infrakstrukur di kawasan luar bandar. Yang saya nampak sekarang ni masih lagi agak tertinggal, kalau kita

banding dengan infrastuktur di kawasan-kawasan pekan, bandar dan sebagainya. Kita masih lagi kekurangan longkang-longkang di kawasan luar bandar. Tolong

tengok, perhatian. Beri perhatian tentang ini. Walaupun banjir tak begitu hebat sangat berlaku di kawasan luar bandar ini sekarang. Tapi keperluan longkang dan jalan-jalan kampung di kawasan luar bandar perlu diberi keutamaan dan perlu

diseimbangkan di antara peruntukan kawasan bandar dan kawasan luar bandar. Sebab orang kampung juga perlukan benda yang macam ini. Benda, kemudahan

asas yang begini perlu disampaikan kepada penduduk secara sama rata.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Saya nak membantah sedikit. Actually, banjir di kawasan luar bandar

seperti di kampung di Penanti pada Deepavali dah seminggu tu hujan dia 500 mm, lebih daripada 550 mm sama dengan 3 bulan punya hujan dan memang

menyebabkan banjir yang sangat-sangat teruk di Penanti.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Terima kasih Penanti. Memang banjir baru ini berlaku banyak di kawasan

SPT. Mungkin air daripada Sungai Kulim. Itu yang saya rasa perlu dimasukkan di dalam RTB Yang Berhormat Padang Kota sebut. Pembersihan Sungai Kulim itu

perlu dibuat. Tapi bukan Sungai Kulim saja Padang Kota. Perlu juga dilihat

40

kawasan Tasek Gelugor, Sungai Kereh, Sungai Lahar, Sungai Perai yang masuk ke Sungai Dua dan juga sungai-sungai yang ada di kawasan, Sungai Makloom

perlu dibuat RTB juga. Kerana RTB ini saya tengok banyak difokuskan di kawasan-kawasan lain, perlu juga dilihat RTB di kawasan Tasek Gelugor, di kawasan Sungai

Dua yang juga merupakan kawasan yang dekat atau pun pernah merupakan kawasan banjir yang begitu besar juga di kawasan Lahar Yooi dan sebagainya.

Seterusnya tentang pembangunan Bandar Pintar, Smart City. Saya rasa benda ini masih dalam peringkat perlaksanaan. Jadi saya minta kita nak buat

Smart City perlulah kita smartkan semuanya. Tak boleh hanya smart pakaian luar sahaja tapi dalamnya masih lagi penuh dengan panau-panau dan sebagainya. Jadi perlu kita lihat Smart City, nama cantik, Smart City. Kita kena pastikan. Segala

kemudahan, segala apa benda yang berkaitan dengan program Smart City ini perlu diselaraskan dan disekalikan. Tak boleh hanya di kawasan bandar.

Ketiga, pembangunan rumah mampu milik kategori A dan B dan rumah juga PPR. Jadi, pembinaan ini kalau ikut apa yang dimaklumkan masih terdapat seramai 43 ribu permohon yang menunggu untuk perumahan mampu milik RMM

A dan B dan juga C. Tapi banyaknya A dan B. Cuma saya ingin memohon supaya RMM A dan B ini diperbanyakkan. Saya minta pandangan nanti daripada Datok

Keramat sebab golongan inilah yang sangat-sangat memerlukan rumah. Mereka tidak mampu hendak membeli rumah C, RMM C yang harganya mungkin di Penang

RM300,000.00, di seberang mungkin harga RM250,000.00. Tak mampu hendak beli dengan gajinya RM3,000.00 ataupun RM2,000.00 sebulan. Tak mampu untuk memberi rumah yang berharga RM300,000.00, RM250,000.00 ke atas. Saya pun

tak mampu. Manakala bagi rumah PPR bagi pencapaian Bajet 2019, saya lihat pencapaiannya yang baru siap di kawasan Tok Suboh dan juga di Mak Mandin. Itu

dilaporkan dalam soalan bertulis dan kita ada rumah PPR yang agak banyak YB ya. Kita ada di yang dah lama di Ampang Jajar, Bukit Mertajam, Thamby Kechik, di Penang ada dua tiga termasuk Kampung Manggis dan sebagainya. Ini

merupakan kampung PPR yang bergitu memberi kebaikan kepada rakyat yang tak boleh nak beli rumah. Dia gaji RM1,000.00, RM2,000.00. Tanggungannya

banyak. Dia tak boleh nak pinjam pun. Tak boleh nak beli rumah. Dia sekadar mampu duk rumah sewa atau pun rumah PPR. Jadi apa jawapan yang saya dapat, rumah PPR ini kita cadangkan 5 yang baru YB Dato‘ Keramat di setiap daerah ada

5. Saya cadangkan kepada pihak KPKT, jawapan KPKT dia akan buat request for proposal untuk rumah RM90,000.00 hingga RM300,000.00 untuk buat rumah. Dia

tak mau buat dah rumah PPR. Tak tau lah, kalau salah tolong jelaskan. Dia tak kan, dia tak mau buat rumah PPR, dia buat rumah mampu milik. Tapi apa yang akan jadi pada mereka yang betul-betul tidak mampu ini. Ramai. Yang menunggu

PPR 2,000 orang saya rasa 2,000 lebih yang menunggu untuk PPR untuk mohon rumah PPR yang sedia ada ini. Jadi, kalau boleh, kalau Kerajaan Pusat tak bagi

peruntukan untuk buat rumah PPR. Kalau boleh, Kerajaan Negeri fikir-fikirkanlah untuk buat rumah PPR. Dulu kita ada rumah kos rendah Kerajaan Negeri, dulu. Kalau boleh itu pun juga perlu difikirkan untuk buar rumah kos rendah Kerajaan

Negeri di tanah Kerajaan Negeri dan juga rumah PPR. Rakyat akan cukup berterima kasih kalau kita boleh buat rumah PPR untuk membantu mereka yang

memang tidak boleh nak beli.

Saya minta perhatian YB. Dato Keramat. Rumah PPR ini kalau kita lihat masalah sosialnya cukup tinggi. Masalah kemiskinannya, hidup melarat, nak bayar

sewa pun tak boleh. RM100 ja, tapi tak mampu. Kalau boleh, penyewa-penyewa

41

rumah-rumah PPR ini kita bagi bantuan yang layak kebanyakannya layaklah sebab depa dapat rumah PPR ini. Kita bagi bantuan RM300.00 sebulan. Bantuan AES ka

apa ka, Bantuan JKM ini. Kerajaan Negeri potong terus. Cadanglah, potong RM100.00 terus, RM300.00 potong RM100.00 sebab kalau dia dapat pendapatan

kalau RM300.00 ataupun RM500.00 sebulan. Dia akan utamakan makan dan juga sekolah. Yang sewa ini, tak pa la.. xpayah bayar. Itu yang jadi masalah tertunggak banyak tak boleh bayar sebab dia tak utamakan pemotongan bayaran. Dia kata

tak pa la.. sewa xpa lagi RM100, dia utamakan makan. Memanglah makan yang penting, nak makan. Nak cari makan, anak-anak sekolah dan sebagainya. Ia akan

diberi keutamaan. Kalau boleh saya cadangkan kita bagi bantuan kat dia, yang layak potong terus. So, dia tak payah fikir dah. Tu yang nak bayar api lagi, hat mai kat saya dari Ampang Jajar, tu bukan kawasan saya. Ampang Jajar tu

kawasan Seberang Jaya ka kawasan Bagan Dalam. Bagan Jermal. Mai kat saya banyak. Mai kat saya minta bantuan, YB, api kena potong. Mai kad merah dah ni.

Tu pun kadang-kadang kad PBA. Bukan banyak pun PBA ni kadang RM30, RM40 sebulan, dua bulan tapi tak boleh bayar kerana pendapatan sikit dan sebagainya.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Ketua Pembangkang, saya minta mencelah sikit saja. Tentang Ampang Jajar. Saya pun ada terima ramai yang datang minta bantuan. Nak bayar bil

elektrik, bil TNB ada tetapi satu tren yang saya nampak sekarang hampir daripada 70% yang datang kepada saya kesemua daripada mereka yang dahulu mengundi

di kawasan Bagan atau Bagan Jermal, Bagan Dalam ditukar menjadi penggundi di Nibong Tebal. Ketua Bahagian UMNO yang terdahulu. Menukar mereka semua pergi ke Nibong Tebal. Macam mana kita semua nak bantu? Setujukah kalau itu

satu tindakan yang salah dan sekarang telah menjadikan kesemua mereka sebagai mangsa keadaan.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Okey. Saya tak boleh nak komen yang tu. Sebab itu conflict of interest, strategi politik mungkin sebab kita nak pindahkan penggundi. Itu atas

persetujuan

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Mereka dikatakan nak diberi bantuan. Minta

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Yang Berhormat yang lain, saya rasa tak perlu. Saya nak minta Ketua

Pembangkang gear masuk lagi.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Baru gear satu, nak masuk gear dua. Ok tentang.. saya terlupa tentang PPR kalau boleh juga diberi perhatian tentang perkara yang berkaitan dengan sosial. Buat program kaunseling, program penambahbaikan sosial. Saya pergi

kerumah PPR ini, saya pun takut, nak tinggal kereta di bawah. Macam-macam benda. Satgi mai dengan moto dengan rambut merah, rambut kuning. Macam-

macam. Penagih. Kita boleh faham, nampak orang pun kita tau penagih ini duk berkeliaran di kawasan itu dan ini menjejaskan anak-anak kecil. Anak - anak yang

42

berumur 10 tahun, 12 tahun, umur 15 tahun akan terjebak dengan benda ini. Jadi pencuri dan sebagainya kerana persekitaran di situ. Tolong lihat benda ini supaya

isu kita bagi rumah tapi juga kena tengok dari segi sosial penduduk, penghuni di situ. Supaya persekitaran tak membentuk anak - anak ini menjadi mereka yang

bermasalah.

Seterusnya tentang pencapaian 2019 juga iaitu berkaitan dengan kebajikan. Saya jumpa ramai orang samada betul atau tidak saya minta Sungai

Puyu perjelaskan nanti. Bantuan kebajikan untuk masyarakat ini bila ada kemaskini selepas dikemaskini, kebanyakannya dipotong ataupun diberhentikan.

Padahal memang orang itu kita tengokpun memang kita tahu yang dia masih memerlukan. Kadang-kadang adalah mungkin anak dia sorang dua tapi tak duduk sekali, mungkin duduk di tempat lain dan bekerja pon, kerja driver ja pun. Tapi

dia ambil kira anak tu untuk dipotong bantuan ini. Anak tu tak bagi pun. Tak bagi kat ayah pun, kat mak pun. YB. Sungai Pinang pun setuju. Tak bagi bantuan pun.

Tak bagi sumbangan pun kat mak. P minta kat mak tu lagi pun ada,. Itu masalah anak - anak la ni. Pi kahwin, dia pi minta lagi. Jadi, kalau boleh jangan dikurangkan. Yang betul-betul perlu ini, yang betul-betul susah ini. Perlu diberi

perhatian, tidak dikurangkan saya minta penjelasan Sungai Puyu nanti untuk beri senarai berapa yang telah ditolak atau diberhentikan, berapa tambahan supaya

kita jelas. Kitapun jelas, kita boleh cerita. Tak banyak pun, hampa cerita ja kata banyak tapi tak banyak pun. Jadi ini perlu kita jelaskan dari segi penerima

bantuan.

Yang kelima tentang Mutiara Food Bank yang menjadi ikutan ataupun telah diangkat sebagai projek di bawah Kementerian di peringkat pusat. Cuma tak tahu

la saya yang daif ini tak berapa nampak program ini di Pulau Pinang. Tak tau la kawasan lain mungkin ada, kawasan lain mungkin ada tapi tempat saya

ini kuranglah dan tak berapa nak menyeluruh. Jadi kalau boleh EXCO yang terlibat untuk memastikan benda ini berlaku secara menyeluruh, diberikan secara berkesan dan barang-barang diperolehi juga adalah barang yang berkualiti. Itu

yang penting. Kadang-kadang barang yang tidak berkualiti. Saya pernah tengok dulu sendiri sekali, sayur yang dibagi itu, sayur yang di market orang mai kutip

bagi makan ternakan. Tak makan dah. Maknanya sayur yang dah lesu dan tak boleh makan, tak da kualiti, tak da vitamin, tak da zat dah…(gangguan).

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):

Minta laluan sekejap Dato‘ Ketua Pembangkang. Saya nak celah sikit. Dengar apa yang Dato‘ kata tadi ada nampak yang tak kena dengar saya tak pergi

market tapi ada orang pergi market dengar sini dengar sana. Apa semua yang apa ini semua adalah fakta kita nak membahas di sini pun kita kena membahas mengenai fakta tetapi macam ada program yang kita mengambil, ada beberapa

ADUN yang membuat inisiatif sendiri yang macam foodbank ini kita yang mengambil inisiatif untuk melaksanakan program itu, so kalau nak melaksanakan

Dato’ pun boleh mengambil inisiatif untuk melaksanakan.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Terima kasih, Pulau Tikus sahabat saya. Teguran yang cukup baik. (Dewan

Ketawa). Dia kadang-kadang hear say. Ada yang kita boleh dengar ada yang kita tak boleh dengar, hear say tentang isu rakyat ini atau pun makluman di kedai kopi

sembang, maklumat yang realiti. Depa alaminya. Kita pun tengok keadaan depa

43

memang susah sungguh. Memang dia hadapi. Saya nak ada maklumat yang lengkap mungkin tak ada la. Kalau benda itu tak betul, tak payah ambil tindakan.

Simpan la. Kalau betul harga barang naik dan sebagainya tolong ambil tindakan itu sahaja la. Itu teguran saya nak bagi, kalau boleh diselesai, selesaikan. Rakyat

akan cukup gembira kalau boleh selesai isu-isu ini.

Seterusnya tentang Pusat Transit Gelandangan. Jadi saya minta projek ini disegerakan. Ataupun dah siap ka belum. Yang saya dengar belum siap

sepenuhnya. Belum siap Pusat Transit Gelandangan yang saya nampak banyak di Pulau Pinang, di Seberang saya pergi ke Bagan tak banyak dia tidur atas apa

highway. Tidur kat tiang. Tapi tak banyak. Tapi di belah Penang banyak…(gangguan).

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Ini melibatkan kawasan saya. Kawasan saya mempunyai bilangan yang gelandangan terbanyak di Seberang Perai paling banyak adalah penagih dadah.

Mereka yang datang dari kawasan-kawasan seperti Sungai Dua, Tasek Gelugor datang juga tetapi kurang la khususnya daripada mereka datang dari luar negeri seperti Perak, Kedah datang berkumpul di Bagan Dalam sama banyak seperti di

kawasan Pulau bukan kurang. Saya hadapi banyak masalah dalam isu ini.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Terima kasih. Masukkan dalam ucapan saya. Banyak juga di Seberang bukan di Penang saja. Butterworth juga kena buat Pusat Transit Gelandangan.

Setuju.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Habis?

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Jadi saya harap teruskan pembinaan di kawasan Butterworth. Banyak lagi

Dato’. Pusat Transit Gelandangan perlu difokuskan untuk menyelesaikan masalah gelandangan.

Dan seterusnya tentang isu pembaikan pembangunan pencerobohan

kawasan cerun dan lereng bukit. Jadi apa yang kita lihat masih lagi berlaku dan kerja-kerja mitigasi mungkin sedang dilaksanakan tapi kalau boleh tolong

pastikan kerja-kerja pembaikan cerun dan sebagainya ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Saya dengar baru ini di kawasan Bukit Bendera juga berlaku banyak runtuhan, cerun-cerun runtuh dan sebagainya daripada taklimat yang

diberikan oleh Perbadanan Bukit Bendera banyak kawasan bukit-bukit di kawasan itu mula runtuh. Puncanya kita kena kaji sebabnya dan sebagainya dan selesaikan

isu ini. Kerana kita nak kekalkan bukit-bukit dan lereng-lereng bukit ini supaya anak cucu kita dapat tengok. Esok ini macam di Singapore, orang Singapore tak tahu pokok padi, dia kata pokok padi lain, pokok beras lain. Padahal sama sahaja.

Dia tak paham tak pernah tengok pokok padi pun dia kata beras ini pokok lain, itu tak nak berlaku pada generasi kita pada masa akan datang.

44

Seterusnya adalah banjir kilat. Terima kasih kerana telah melaksana 6 projek RTB dan dua (2) dalam sedang pemilihan kontraktor. Cuma saya sebut tadi

RTB kalau boleh dimasukkan kawasan Tasek Gelugor dan Sungai Dua, Kepala Batas juga saya rasa hasil daripada RTB dulu dah banyak kurang banjir, dulu

kawasan Dato’ SUK juga kawasan banjir, kawasan Bertam, dulu mula-mula buka Bertam Indah itu kawasan tu banjir, tapi bila zaman Pak Lah buat RTB, RTB telah memberikan kesan yang baik di kawasan Kepala Batas. Jadi kita nak juga benda

yang sama di semua kawasan termasuklah kawasan Sungai dua, Tasek Gelugor. YB. Nor Hafizah pun setuju. Jadi kita pun bila hujan boleh tidur lena. Ini bila hujan

daripada pagi sampai malam kita duk tunggu telefon ja. Sat lagi telefon masuk, YB. banjir, air masuk dah kena pergi. Jadi YB. yang lain pun sama la. Kawasan-kawasan lain juga menghadapi benda yang sama bila banjir kilat, banjir yang

berlaku ini.

Seterusnya tentang pembinaan pusat-pusat dan kompleks sukan ini 2019

punya bajet la. Banyak lagi projek yang masih belum dapat dilaksanakan. Janji dalam bajet dulu hebat la, nak buat valedrom, nak buat gelanggang bola keranjang, nak buat stadium dekat Sungai Pinang dan sebagainya. Futsal seluruh

daerah. Jadi benda ini clear. Ada benda yang telah dilaksanakan. Ada benda yang ditukar daripada tukar pusat rekreasi taman dalam bandar dan sebagainya. Okey

lah. Cuma kalau boleh kita fokuskan kepada janji yang kita nak buat ini khasnya melibatkan pembangunan di kawasan luar bandar. Dan yang ke-sepuluh (10)

tentang bajet ini apa yang saya lihat kutipan hasil dah mencapai 84%. Tahniah. Kira efisien la bajet 2019. Kutipan hasil RM426,988,841.00 bajet RM505,000,000.00. Makna 54% dah capai. Maknanya kutipan hasil cukai lansung,

cukai tak lansung, penerimaan bukan cukai dan sebagainya telah mencapai tahap yang dibajetkan. Ini saya heran. Perbelanjaan hingga September, perbelanjaan

mengurus baru 44.85%. RM404 juta daripada anggaran RM901 juta, baru 45% la. Bulan 9 dah. Bulan September dah kita baru capai 45% belanja mengurus sama ada belanja mengurus nak dibuat dalam masa sebulan dua ini atau tak buat

dah. Kalau tak buat dah sudah semestinya lah akan berlaku bajet lebihan. Lebihan. Itu taktik ja tu. Taktik ja. Kebetulan. Minta maaf. Saya tarik balik ayat

taktik. Bagi bajet belanja mengurus tinggi tapi belanja kurang. Jika ditolak dapat lebihan (surplus). Dari segi pembangunan 40%. Pembangunan pun baru 40% belanja Jabatan Pertanian, belanja semua JKR, belanja JPS baru 40 daripada

120. 360 juta baru belanja RM123 juta. Maknanya tolong percepatkan la pembangunan ini, untuk rakyat. Pasaipa jadi 40% baru. Jadi tolong tengok balik

supaya apa yang kita bajetkan dapat kita belanjakan. Tak seluruh pun 80%, 85%, 90% okey la. Ini baru 40. Kalau nak ambil lagi 2, 3 bulan saya ingat boleh pi sikit lagi. Tolong tengok yang ini. Tahniah la Insyallah. Bajet ini akan jadi surplus.

Guarantee. Okey Dato’ Yang di-Pertua baru saya nak kupas. Saya tak mahu bagi dah. Baru saya akan buat kupasan dan padangan mengenai Bajet 2020. Panjang

hari ni.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Yang lain jangan ikut. Yang lain, cuma Ketua Pembangkang ada time yang

boleh diizinkan….(gangguan). Yang lain nanti jadi Ketua Pembangkang. Baru dia dapat. Sila-sila.

45

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

YB. Dato’ Yang di-Pertua hari ni genaplah kali ke-12 Kerajaan Pakatan

Rakyat dulu dan Pakatan Harapan membentangkan Bajet 2020 dan juga Rang Undang-Undang Perbekalan dan Pembangunan. Tahniah kepada YB. Padang Kota

yang telah berjaya membentangkan bajet yang ke-12 untuk kerajaan Pakatan Harapan sebenarnya bajet yang saya lihat ini tidak begitu banyak perkara baru berbanding 2019, lebih kurang ja. Sebab teras pun sama. Adalah tambahan sikit-

sikit. Cuma tak banyak cadangan baru untuk kepentingan rakyat terutamanya dalam sektor pertanian, keselamatan, ketenteraman awam, ekonomi anak muda

tak disebut program ekonomi anak muda tak difokuskan tak dispesifikan, penyelesaian isu sosial juga tak banyak selesaikan masalah sosial masyarakat. Dan juga pembangunan kawasan luar bandar tidak banyak disentuh.

Bajet masih lagi defisit setinggi sebanyak RM273.5 juta, Bajet 2020. Kuranglah daripada tahun 2019 395. Maknanya bajet masih defisit dan tuan-tuan

jangan risau bajet ini akan jadi surplus pada tahun hadapan. InsyaAllah. Sebab dah 9 atau 10 tahun dah. 9 tahun dah berturut-turut Kerajaan Negeri berjaya melahirkan bajet surplus selepas bajet defisit. Kerajaan Negeri efisien okey, saya

tak dengar.

Kedua Bajet 2020 menyaksikan perbelanjaan wang yang agak besar iaitu

RM790 juta dalam belanja mengurus. Jadi kalau boleh RM792 juta belanja lah RM700 juta. Jangan belanja RM300, RM400 juta. Jadi akan banyak benda tak

dapat dilaksanakan atau ditinggalkan. Antara sebab pengurangan ini mungkin pengurangan caruman Kumpulan Wang Pembangunan Negeri, dulu dicarumkan RM230 sekarang tinggal RM130 jadi tang itu dah lari RM80 juta ya Padang Kota.

Mungkin itu sebab belanja mengurus ini kurang dari tahun yang lepas. Perbelanjaan Pembangunan 2020 RM269 juta berkurangan sebanyak RM37.04

juta banding bajet yang 2019. Maknanya 2019 RM306, sekarang RM269. Semua bajet pembangunan meningkat tapi meningkat pun tak banyak. Jabatan Pertanian RM4.0 Juta, Veterinar RM2.9 juta perkara yang berkaitan dengan ekonomi rakyat

marhean ini sikit-sikit ja. Hat lain JPS mungkin untuk petani la, JPS, JKR ada dalam itu. Pejabat SUK dengan Kewangan dia kurang banyak. Tak tau pasaipa. Bawah

Pembangunan ini peruntukan kurang. RM41.35 juta berbanding dengan 2019 mungkin ada rasionalnya kurang banyak 41.35. Ini menyebabkan mungkin bajet itu berkurangan daripada 306 ke 269.

Dan keempat bajet juga masih lagi tidak mempunyai tambahan sumber hasil negeri. Hanya tertumpu kepada hasil cukai lansung, tidak lansung, hasil

bukan cukai dan terimaan bukan hasil. Masih lagi tertumpu kepada empat, lima perkara ini item ini sahaja. Dan dalam Bajet, pihak Padang Kota menyebut akan cuba untuk mengenal pasti sumber alternatif hasil baru dari pelaburan. Saya

biasa cadang dahulu, kita tambah cukai baru. Tapi, tidak apalah saya cadang, siapa nak buatkan. Cukai yang buat di Singapore, kalau tuan-tuan ingat cukai

untuk bangunan-bangunan, mahal-mahal ini, ditingkatkan. Depa mampu bayar. Syarikat besar-besar ini, pemilik bangunan dan sebagainya. Jangan bagi cukai dekat orang-orang kampung ini. Cukai kepada yang besar-besar, kena buat

camtu baru nampak kesannya.

Yang Berhormat Dato’ Yang di-Pertua, saya terus kepada perkara

seterusnya iaitu kelemahan dan kekurangan Bajet Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2020. Pertamanya, kita tengok sedap saja. Tengok Bajet baca, Padang

46

Kota bentangkan nampak okey. Macam nampak okey kan. Tapi bila saya pi satu persatu, adalah kekurangan-kekurangan yang saya sebutkan. Yang saya

nampak, rakan-rakan saya nampak kekurangan-kekurangan yang boleh kita perbaiki.

Pertamanya, peluang pekerjaan, kemahiran dan ekonomi golongan muda. Saya tak nampak dalam Bajet ini, disentuh secara detail, secara terperinci tentang peluang pekerjaan dan juga kemahiran, termasuk peluang ekonomi

kepada golongan muda. Cuma disebut kilang-kilang ini akan buat, akan tambah pelan dan sebagainya. Ada pelaburan daripada luar, tetapi tidak disebut berapa

sumber pekerjaan, sebab kita nak selaraskan dengan keperluan tenaga kerja yang ada. Kita ada tenaga kerja, tahun depan mungkin tambah. Graduan keluar, lepasan sekolah yang akan bertambah lagi. Mungkin sekarang ada berapa ribu.

Minta maaf Pulau Tikus, saya tak ada maklumat details, saya sebut saja. Kita ada mungkin sekarang ada 20,000 tenaga kerja yang nak tunggu kerja

ini. Tahun depan mungkin bertambah lagi, akan bertambah, bertambah dan bertambah. Had pencen tak ramai, 60 tahun baru hendak pencen. Itu pun kalau bagi peluang kerja, kerja lagi tu. Saya tak mau kerja dah 60 tahun itu,

pencenlah. Ni Pinang Tunggal, 60 tahun tu buat kerja lainlah.

Okey, saya perlu menekankan di sini bahawa walaupun kadar

pengangguran di Pulau Pinang rendah, 2018 pengangguran 2.2%. Okey, Pulau Tikus tu saya dapat fakta. 2.2% pengangguran di Pulau Pinang pada tahun

2018. Kecil saja, sedikitlah pengangguran. Tapi kalau kita tidak menyediakan peluang pekerjaan yang mencukupi, selaras dengan kedudukan kemahiran ataupun kelayakan yang depa ada, kita sediakan tinggi-tinggi pun tidak

boleh. Pelajar yang tidak ada kelayakan ini pun ramai juga, yang lepas sekolah tidak belajar tinggi, lepas SPM tak mau pi sekolah dah, tak mau mengaji dah,

lepas tingkatan 3 tak mau pi sekolah, itu banyak.

Kita kena lihat sampai ke tahap itu untuk seimbangkan antara peluang pekerjaan yang disediakan dengan tenaga kerja yang bakal timbul, bakal ada,

bakal wujud. Jadi ini perlu diselaraskan, dan juga bagi kemahiran saya harap kemahiran perlu dijadikan satu topik utama. Satu perkara utama di peringkat

Kerajaan Negeri, untuk fokus kepada kemahiran. Sebab kemahiran inilah yang akan menentukan dia dapat sumber, dapat peluang pekerjaan yang sebaik mungkin. Sebab, kadang-kadang anak-anak muda dia tak minat tentang

kemahiran. Tapi, kita kena sediakan.

Kerajaan Negeri perlu sediakan peluang kemahiran yang selari dengan

keadaan, bilangan anak muda lepasan sekolah yang ada. Perbanyakkan peluang-peluang kemahiran dari segi welding dan sebagainya, dari segi machining dan lain-lain yang selaras dengannya. Kita nak wujudkan pekerja-pekerja yang mahir,

InsyaAllah.

Bajet 2020 juga tiada tumpuan kepada golongan muda belia. Selain

daripada sukan, selain daripada peluang dalam PYDC, tapi Bajet lain tak banyak difokuskan kepada anak muda, khasnya dalam perkara yang berkaitan dengan ekonomi dan sebagainya, usahawan dan sebagainya, kalau boleh kita

berikan tumpuan yang lebih kepada golongan-golongan muda.

47

Ketiganya Kebajikan, Bajet 2020 menekankan kepada peningkatan bayaran penghargaan. Saya amat alu-alukan bantuan one-off pada warga emas, naik

RM20.00. RM130.00 jadi RM150.00 setahun sekalilah, jadi one-off. Annual. Setahun lah, setahun sekali la. Okey, setahun sekalilah, one-off

setahun sekali dan juga OKU kita bagi sama RM130.00 naikkan jadi RM150.00 dengan jumlah peruntukan RM28.2 juta bagi tahun 2020.

Saya amat menghargainya. Tapi, RM20.00 ni orang tua-tua nak buat

apa. Kalau boleh, kita bagi lebih la sikit. Warga emas dengan OKU, memang orang yang cukup perlu, cukup memerlukan warga emas. saya sebut tadi warga

emas tak ada sapa nak tengok dah. OKU ni kadang-kadang, mak dia tengok mak dia pun tak dak kerja. Mak dia pun dok harap bantuan OKU JKM sahaja, RM250.00 sebulan. Itulah nak beli pampers dia, nak beli itu, nak beli ini. Kadang tidak boleh

berjalan, terlantar, makan susu itulah kos yang dia tanggung oleh mak kepada OKU ini. Dia dapat setahun sekali sahaja itu. RM150.00 bahagi dengan 12 bulan,

dapat berapa ringgit sahaja. RM10.00, RM10.50 sebulanlah. Terima kasihlah, cuma kalau boleh YB. up sikit la. Tahun depan lah tahun ni oklah kita dah tarik dah masuk dalam bajet. Benda ini kena diberi perhatian. Kalau nak bagi, bagi

betul-betul.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Ketua Pembangkang sudah ambil tak duit warga emas. Conflict of interest sebab ambil duit warga emas, minta dinaikkan daripada RM150.00.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Saya tak ambil lagi. Tak sampai 60 lagi. 56. Okey, Program Bantuan i-Sejahtera dan bantuan JKM perlu dikekalkan bagi mereka yang layak dan tak

mampu, tak berkemampuan. Telah sebutkan tadi Sungai Puyu. Ada bantuan-bantuan yang diberhentikan, diberhentikan kadang-kadang tak

dimaklumkan. Kesian dekat orang ini. Dia kena berhenti tapi, surat tak sampai. Mungkin sampai ke lain ka, kita tak tau la. Mungkin hantar, tapi tak sampai kat dia ka. Ataupun tak dihantar. Kalau boleh hubungilah, bagitau kata

‘mak long oii bantuan tak dapat dah’. Ni dia dok tunggu.

Dia mai pejabat saya ni, makcik dok tunggu ni awal bulan ni patut dapat

JKM, tapi tak dapat-dapat lagi. Kita check-check, bantuan dah dipotong. Potong dah, dah diberhentikan. Sebab adalah alasan-alasan dia. Mungkin pendapatan isi rumah lebih dan sebagainya. Tapi kalau boleh disemak betul-betul, di check

sungguh-sunguh dari segi ini. Kadang-kadang dia mungkin ada anak, tapi saya sebut tadilah anak tidak menyumbang kat dia pun. Dia duduk sorang-sorang pun,

jadi kena lihat benda ni, benda ni yang banyak berlaku.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Minta jalan. Ya, itu adalah satu dasar selepas kami ditegur oleh ni Ketua

Audit di mana jika kami tidak buat pembaharuan setiap-tiap tahun. Ada orang yang telah pindah lain negeri. Ada yang telah kembali, dia punya rumah anak

ambil. Oleh demikian, telah enam (6) tahun kami telah menggunakan kaedah ini iaitu kata tiga (3) bulan sebelum tarikh luput, anda diwajib untuk membaharui.

48

Sebagai ADUN, saya percaya ini anda juga tahu bukan kali yang pertama. Baru-baru mau tanya, sudah lama mereka tanya. Oleh demikian,

mintalah bahawanya nasihat kepada mereka atau ambillah ni apa ni data-data di sana, sebelum tarikh luput maklum pada mereka, mereka boleh membaharui.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Terima kasih Sungai Puyu. Saya akan maklumkan. Tapi minta jabatan pun tolong maklumlah. Kadang-kadang orang tua-tua ni, dia tak faham YB. Sungai

Puyu. Dia tak faham, dia kena buat apa. Dia hantar borang pun kadang borang kosong. Dia tak isi penuh pun. Kita kena tolong isi kat dia, kita jadi pengisi

borang untuk dia. Itu berlaku. Yang sign pun tak kadang-kadang. Itu masalah yang teknikal yang kadang direject, ditolak.

Seterusnya tentang Bajet 2020 juga, saya melihat isu naik taraf ekonomi

bagi peningkatan pendapatan isi rumah. Tumpuan kepada usahawan kecil, usahawan kecil dan juga asas tani. Saya nampak tak banyak difokuskan industri

kecil. IKS ni sebenarnya industri yang volume dia besar, walaupun dia nama Industri Kecil Sederhana tapi volume dia agak tinggi. Mungkin mencapai RM500,000.00, RM1,000,000.00 punya volume sebulan, itu IKS. Cuma saya nak

tekankan, naik taraf ekonomi dan peningkatan pendapatan isi rumah ini, kita kena tengok secara menyeluruh, semua. Terutamanya usahawan kecil industri kecil ni,

di kampung-kampung ni dan juga asas tani yang pendapatannya kecil sahaja. Kalau buat kuih ni, sikit ja sebulan mungkin RM1,000.00, RM3,000.00 ka

sale, RM4,000.00 dia dapat untung dalam RM1,000.00, RM2,000.00 sebulan. Yang ni kita kena fokus lebih, pasal kita nak tingkatkan pendapatan isi rumah. Isi rumah yang ramai, yang benda ni. Yang IKS ni tak banyak pun,

tak ramai pun. Taklah banyak macam industri kecil ni, yang asas tani ni lebih tinggi, lebih ramai lagi kalau kita tengok di seluruh Pulau Pinang ni, data tu saya

rasa ada dekat Jabatan Pertanian jumlah industri asas tani, industry kecil ni banyak ada. Kat FAMA pun ada maklumat tu, banyak yang perlu kita beri perhatian bersama-sama.

Seterusnya tentang kesihatan dan kesejahteraan rakyat, saya tengok fokus dalam Bajet cuma PenBar (Penang Bebas Asap Rokok), itu yang diberi

perhatian. Alhamdulillah saya pun berhenti dah, kerana nak mai dewan ni berhenti, tapi dah berhenti dah berhenti merokok dua (2) tahun, sebab saya dulu dengan Dr. Thanabalan tu, Batu Uban dia nasihat saya kata YB. Berhentilah. Jadi,

saya ikut nasihat Dr. Jayabalan. Ada juga sikit.

Okey, fokus cuma PenBar dan memogram dalam Bajetlah. Kalau boleh

perkara lain yang agak besar juga perlu diberi perhatian. Di Penang ni isu yang besar denggi, tengok denggi tenggelam dah dalam ni, dalam Bajet. Dulu ada lagi, tahun lepas ada. Tentang kita nak usaha pencegahan nyamuk aedes, denggi dan

sebagainya. Tentang isu sakit jiwa juga perlu dilihat, la banyak orang sakit jiwa. Orang mental, mental break down bila tak dapat BRIM, dia mental break

down. Banyak berlaku ni, mental mental break down perlu juga dilihat dalam isu kesihatan dan kesejahteraan rakyat, bercerai rumah tangga macam-macam benda berlaku.

49

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Minta jalan. Minta penjelasan. Bila kata tidak dapat BRIM itu mental break

down, itu satu tuduhan. Apa saya lihat mental break down, adalah selepas hilang kuasa. Bila hilang kuasa, mereka telah mental break down, mereka break down

sampai tiga dua saja base on religion.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Terima kasih Sungai Puyu.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sudah.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Dia kalau mental break down, kita tidak akan bangkit. Dia duduk senyap teruslah. Mental break down, saya rasa tak mental break down lagi. In shaa

allah. Dengan ada penyatuan baru ini, InsyaAllah.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Dato’ Ketua Pembangkang.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Menjadi satu kebangkitan yang hebat.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Dato’, Dato’ Ketua Pembangkang. Berapa lama?

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Mahu sejam lagi.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Nanti saya mental breakdown. Sila cepatkan.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Tentang bajet ini juga 2020. Bajet yang saya nampak tak banyak fokus tentang alam sekitar. Ha, satgi Sungai Puyu bangkit lagi dan juga membaik pulih

alam sekitar. Dari segi membaik pulih cerun dan sebagainya mungkin ada peruntukan yang di peringkat jabatan agensi tapi di peringkat kerajaan negeri fokus itu tidak dapat di lihat tentang pembaikan cerun, bukit-bukit, macam-

macam benda yang ada kaitan dengan alam sekitar ini. Dulu sebut penanaman pokok tapi saya tengok penanaman pokok itu 100,000 untuk lima (5) tahun

rupanya bukan untuk setahun YB? Untuk jangka masa lima (5) tahun, maknanya 100,000 untuk lima tahun maknanya sampai tahun 20 berapa? Maknanya setahun dalam 10,000 begitu saja. 10,000, 20,000 setahun. Bukan kata serentak hendak

tanam, pokok yang kita telah hilang kita kena ganti semula supaya, okey.

50

Itu juga perlu difokuskan sebab dalam bajet saya tengok ia hanya fokus kepada persijilan indeks kepada bangunan hijau, Hari Tanpa Beg Plastik dan Dasar

Pengasingan Sisa di Punca. Itu yang difokuskan lebih berkaitan dengan alam sekitar. Kalau boleh kita juga melihat benda-benda yang lain yang berkaitan

dengan pembaikan alam sekitar berkaitan dengan penanaman pokok bakau, pemulihan sungai. Sungai ini, Alhamdulillah walaupun masih ada lagi sungai yang kotor yang tercemar tapi kena buat usaha-usaha untuk membaiki pencemaran

sungai khasnya di kawasan belah SPS, belah utara di kawasan Sungai Kereh yang berlaku banyak pencemaran daripada najis khinzir.

Seterusnya berkaitan dengan meningkatkan produktiviti sektor pertanian. Kita sedia maklum bahawa kepentingan sektor pertanian dalam menjamin bekalan makanan negeri ini perlu diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri. Bahan makanan

yang kita import sudah pasti akan meningkatkan harga kepada pengguna. Ini kita faham senang faham tengok pun kita faham bila kita beli daripada luar akan

meningkatkan harga. Sebarang usaha untuk memodenkan dan mempelbagaikan pertanian amat dialu-alukan tapi cadangan ini belum dapat saya lihat belum dapat dihuraikan dalam bajet Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2020. Senarai projek

pertanian bahan makanan yang perlu difokuskan, perlu disenaraikan. Kita perlu fokus bahan makanan apa dan benda itu perlu dijadikan perhatian dan juga

penekanan kepada jabatan untuk pelaksanaan. Dasar Pertanian Negeri yang sedang disediakan perlu melihat perkara-perkara ini. Saya rasa tidak siap lagikan?

Baru diusahakan, baru sedang dibuat Dasar Pertanian Negeri Tahun 2030. Jadi perlu dilihat perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan pertanian walaupun tanah kita tidak luas tidak banyak ada, kawasan padi pun cuma tinggal

12,000 hektar, termasuk luar jelapang, kawasan tanaman sayur pun tidak banyak, buah-buah pun tidak begitu banyak tapi perlu kita selaraskan dengan

keperluan masyarakat dan juga rakyat. Tidak boleh tanam ikut dan saja, tanam halia di Permatang Pauh agro park tanam halia empat ekar, dua ekar lebih tanam halia. Kadang-kadang halia ini tidak begitu diperlukan untuk masyarakat ia

mungkin untuk industri untuk makanan pun tidak banyak jadi kena tengok apa bentuk komoditi yang perlu selaraskan dengan keperluan perancangan yang akan

di buat di bawah pertanian.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Minta laluan. Ini adalah satu projek oleh NCIA dan pertanian di Ara Kuda,

di mana mereka telah membina begitu banyak green house di sana. Untuk menyelamatkan projek ini kami telah minta satu syarikat untuk tanam halia. Saya

percaya bahawa tapak itu boleh dibuka jadi orang kata komuniti farming. Di mana mereka ada satu peluang untuk setiap enam (6) bulan kami bagi peluang kepada mereka untuk meningkatkan pendapatan mereka jika hendak faham satgi jumpa

saya di luar saya boleh bagi penjelasan semua masa tidak izin di sini.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Terima kasih, saya pun sudah pergi tengok tapak itu. Dia ada 26 green house yang tertinggal/terbengkalai. Saya pernah cadangkan kepada NCIA dulu untuk kita buat ladang sayur-sayuran dan juga mungkin tanaman kontan yang

boleh pergi petik green house itu 26 tapi kita boleh di samping kita jual kepada domestik kita juga boleh bawa pelancong petik hendak petik cabai, petik jagung

sebagainya di bawah 26 green house ini banyak, 26 yang telah dibina tapi terbengkalai.

51

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Air yang tidak sesuai dan tanah tidak sesuai kena buat self-renovation di

sana iaitu kata kami tidak menggunakan teknologi yang baru untuk…(gangguan)

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

You sudah menjadi EXCO Pertaniankah?

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Bukan, kerana kawan saya dia tidak ada di sini.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Sudah, sudah. Jangan mengganggu. Ketua Pembangkang sila lajukan

sudah satu jam setengah lagi.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Saya tidak suruh berhenti tapi Dato’ Speaker suruh stop. Memang pertanian

ini kena sesuai dari segi tanah kalau tanah tidak sesuai dengan keperluan jenis tanaman ia tidak akan jadi satu benda yang berhasil jadi itu penting.

Seterusnya tentang ternakan. Ternakan juga termasuk dalam sektor pertanian cuma kalau boleh kita fokuskan juga kepada ternakan walaupun khinzir ini sudah melebihi SSL kalau boleh isu yang berkaitan dengan ladang tertutup

ladang tertutup khinzir ini yang ada 166 ladang di seluruh kawasan utara dengan selatan kot tengah sikit Penang tidak ada Penang. 166 yang bersetuju untuk buat

ladang tertutup ini 64 atau 66 yang setuju yang dah laksana dua. Dua sahaja baki 62 lagi belum buat apa-apa. Jadi dilanjutkan sampai hujung tahun ini, kita

bagi ruang kalau boleh enakmen ini kena dikuatkuasakan. Tidak boleh kalau kita tidak kuatkuasa ia akan berlaku masalah, masalah pencemaran sungai, masalah pencemaran laut mungkin daripada sungai pergi ke laut ia akan menjadi masalah

kepada hidupan sungai dan sebagainya ini akan menimbulkan masalah.

Balik kepada ternakan tadi, fokus kepada mungkin tanah kurang kita fokus

kepada feed lot kita tidak boleh buat penternakan terbuka kerana kita tidak ada padang ragut yang luas jadi kita kena buat secara feed lot semua orang tahu feed lot ini kita membesarkannya di dalam kandang tidak dikeluarkan bagi makan

secukupnya, penambahan daging yang tinggi, berat yang tinggi jadi boleh diusahakan cara itu, termasuk lembu dan juga kambing yang masih lagi kurang

pembekalannya ataupun pengeluarannya di peringkat Negeri Pulau Pinang.

Dato’ Yang Di-Pertua, seterusnya tentang bantuan bencana. Saya mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih dalam bajet 2020 juga

disebut tentang bantuan bencana. Terima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri, pihak zakat dan juga pihak NADMA yang telah menyediakan bantuan kepada

3,075 orang yang ditimpa ribut Taufan Lekima. Kawasan saya banyak juga. Malam itu sampai pukul tiga empat pagi jalan tengok, semua YB. yang terlibat pun macam itu. Cuma saya terima kasih kerana cadangan saya dalam mesyuarat yang

lepas untuk diuruskan pembaikan rumah secara efisien ini sudah dibuat walaupun tidak penuh. Pejabat Daerah turun dengan kontraktor dengan peruntukan

mungkin daripada Parlimen dan sebagainya buat rumah yang kena taufan teruk

52

ini. Alhamdulillah sudah buat tapi masih ada lagi rumah-rumah yang tidak diperbaiki walaupun laporan sudah dibuat kepada Pejabat Daerah senarai semua

sudah ada bantuan pun sudah terima RM400.00 baru ini daripada zakat baru ini RM200.00, RM200.00 baru ini daripada NADMA. RM200.00 dan RM500.00 yang

teruk RM500.00 sudah diberi baru ini minggu lepas. Jadi masih ada lagi yang tertinggal ini mungkin kita kena lihat dari segi keberkesanan badan atau pun mereka yang bertindak di peringkat bawah ini.

Di peringkat kampung ini maksud saya saya di sini MPKK kita tidak boleh harap kepada Pejabat Daerah saja dekat Penghulu, Penghulu tu sampai tidak

duduk rumah buat kerja sungguh Penghulu saya Suhaidi sampai marah kat saya telefon tidak berhenti, hantar whatsapp tidak berhenti sebab kita hendak pergi cari siapa lagi cari penghulu. Dan ada lagi yang tidak dapat dan dijanjikan oleh

NADMA mai pejabat yang sudah buat sendiri dia akan dapat balik bantuan depa pun buat sendiri rumah bumbung habis terkeluar kena buat ada yang belanja

habis RM5,000.00, RM4,000.00 buat sendiri. Pi dekat NADMA dia akan beri balik akan buat bayaran balik untuk pembaikan, bawa resit-resit bayaran tapi baru ini dapat RM200.00 saja RM200.00 dan RM500.00 hak buat RM5,000.00 kira perbaik

bumbung saja perbaik bumbung sendiri.

Jadi kena selaraskan dari segi itu hak mana kerosakan yang tinggi yang

besar itu kalau boleh betul-betul kita buat perinciannya pergi check betul-betul memang rumah itu satu keping bumbung itu habis hilang rosak so dia kena buat

juga tidak buat hujan datang turun lagi. Rumah makin masalah jadi dia buat dulu bila buat dulu dia tidak dapat balik ini..(gangguan).

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Di sini saya hendak minta dia punya nama alamat saya akan hantar Pejabat Daerah pergi siasat iaitu kata bencana kami telah ada SOP. SOP ada bahawa

setiap mangsa kena pergi buat laporan polis dan selepas laporan Polis itu dia kena serah kepada Pejabat Daerah maklum kepada pejabat ADUN kemungkinan dia punya kawasan dia tidak pergi jumpa ADUN. Kemungkinan dia tidak perjumpa

ADUN. ADUN tidak dapat cari oleh tertinggal kalau ada nama dan laporan polis kami buat siasatan.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Okey terima kasih. Sebenarnya yang buat dengan NADMA ini semua ada laporan itu memang ada laporan polis semua lengkap cuma mungkin peruntukan

ataupun kewangan di tabung bencana di NADMA itu mungkin tidak mencukup dan sebagainya.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Ini adalah satu tuduhan yang saya tidak terima iaitu kata pada mulanya kami dia punya cut off date pada mulanya adalah daripada 12 Ogos dilanjutkan

pada 20 lagi lanjut pada 30 lagi minta sampai 2 September iaitu kerana ada rayuan kami telah tiap-tiap kali untuk ini dan semua laporan yang telah siap

sediakan telah teliti dan telah hantar untuk peruntukan-peruntukan mencukupi telah dibagi. Oleh yang demikian buat tuduhan liar macam ini saya tidak terima tidak patut pada orang-orang di bawah sana yang bagi susah-susah berusaha di

sana tuduhan yang dia, minta tolonglah.

53

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Saya tarik balik tadi tuduhan cuma saya minta mereka yang rumah itu

masih lagi tidak mendapat yang masih lagi, dia ada perbaik sendiri dijanjikan akan dapat tapi tidak dapat, dipenuhi semua saya akan check balik dengannya.

Keempat okey cukup Sungai Puyu. Keempat bantuan kepada pesawah juga berkaitan dengan bantuan bencana. Pesawah ni terlibat masa padi nak masak dah ada isi dah berisi dekat nak masak bila angin sangat kuat dia rebah. Padi rebah ni

kalau nak tuai dulu dengan kita banting padi tu boleh dapat hasil lagi. Pasal kita pi potong dia, kita atur pastu kita ambil banting saya pernah banting padi. Tapi

kalau ambil dengan mesin, memang hasilnya akan kurang. 70% daripada hasil sepatutnya sebab dia dah rebah, ayaq hujan masuk dia tenggelam dia akan jadi padi yang rosak. Dia masam dan sebagainya. Memang tak akan ada hasil dah.

Kita katalah 80% padinya akan rosak. Hampir 80%. Mereka ni sampai sekarang tak dapat lagi kalau boleh Pantai Jerejak tolong habaq dekat YB. Menteri. Pasaipa

sampai la tak dapat cuma kita tuntut bantuan bencana ni untuk pesawah ni dua juta lebih ja. Daripada keseluruhan kawasan padi ni yang tuntut dua juta lebih. Ada petani yang tak tuntut. Dia kata tak palah buat macam mana dia nak rosak.

Tapi yang tuntut ni dua juta lebih. Maklumat detail ada dekat Jabatan Pertanian. Dan peruntukan tabung bencana di kementerian, kita check dengan kementerian

ada 16 juta tak digunakan lagi. Jadi kalau boleh tolonglah petani ni nak mai buat padi balik ni. Dahla bantuan musim menunggu padi masak takda. 200 sebulan. Ni

masalah bantuan bencana pula tak da. Jadi ini menimbulkan masalah. Kalau boleh tolong maklumkan dan kalau boleh Kerajaan Negeri pun tolong buat EXCO Pertanian buatlah tindakan sikit untuk tanya apa jadi dengan bantuan bencana

kepada petani-petani pesawah-pesawah ni. Yang duk tunggu ni nak beli benih. Dahla isu sekarang ni isu benih padi tak cukup. Tak cukup ni pertama kerana

kawasan padi jadi serentak. Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak. Dulu Perak dulu. Bagan Serai buat dulu. Lepas tu baru mai Penang pastu Kedah dan Perlis. Hal ini jadi serentak jadi mungkin sebab dia.

Keduanya, sebab pengusaha benih padi atau swasta ni depa jual kepada ejen. Jadi pi check di dia punya kilang, benih takda dah. Memang dah edar. Dia

jual dah. Pengusaha ni dilantik oleh kementerian. Untuk maklumat saya kerja bahagian ni dulu. Dilantik oleh kementerian sebagai pengusaha loji benih. Saya sebut nama Seri Merbuk. Dia dapat kuota paling banyak. Haji Mat Noor di Selangor

banyak kuota dia. PPK la hat hulu cuma 15-10 ribu metrik tan ja setahun. Dia dapat banyak dan kerajaan bagi subsidi harga benih padi di kilang melalui loji-loji

yang dilantik ini RM28 di pintu kilang. Campur orang tengah RM32. Jadi dia tolak kepada ejen ni habis. Ejen ni akan simpan tunggu petani mai beli. Bila petani nak buat bendang terpaksa cari benih, harga RM80 satu beg pun kena beli. Tanah dah

siap dah. Ayaq dah lepas. Siap semua dah.

Jadi kesempatan ni diambil oleh orang tengah ni bukan syarikat loji ni. Loji

ni dia duk bagi dekat orang tengah ni. Kat ejen dia lah. Loji ni dah dapat dah duit daripada kementerian. Subsidi yang kerajaan bayaq. Dia juai RM28 dia akan dapat subsidi tambahan dari kerajaan untuk setiap beg yang dia jual. Setiap metrik tan

yang dia dapat tu. Kerajaan bayaq dah kat dia. Dia claim dah. Ni masalah dekat ni. Ni tolong dilihat juga di peringkat negeri kalau boleh kita selaraskan supaya

benih padi ni sama ada swasta ka PPK ka dijual melalui Pertubuhan Peladang terus. Beri ruang kepada Pertubuhan Peladang untuk teruskan jualan. Senang. PPK ambil RM4 ja. RM28 loji keluaq. RM32 bagi dekat petani. Kalau swasta dia

54

akan juai dengan keadaan hari ini dia akan juai sampai 70, 80, 60 ke atas. Jadi membebankan petani. Terpaksa petani beli kerana benih takda.

Seterusnya tentang memelihara agama Islam. Dalam bajet yang dibentangkan saya melihat disebut bahawa RM4.65 juta tahun 2019 bagi

pembinaan Masjid Kampong Banggol dan Masjid Sungai Nibong Besar. Saya rasa bajet yang dikeluarkan bukan pada tahun 2019. Dia daripada tahun 2016 ataupun 2017 dikeluarkan bajet untuk pembinaan masjid ni lah. Masjid Banggol dengan

Masjid Sungai Nibong. Sungai Nibong baru. Ni yang Banggol lama. Sungai Nibong ni baru tahun lepas lah sebelum PRU 14. Tapi yang Banggol ni memang dah lama.

Sekali dengan Permatang Bogak dan sebagainya. Saya rasa bajet tu awal. Buku bajet ni kalau boleh diminta dibetulkan supaya orang tak keliru melihat dari segi kelulusan bajet RM4.65 pembinaan Masjid Banggol dan Sungai Nibong. Sungai

Nibong ni saya rasa betul. Tapi Banggol ni saya rasa dah lama dia punya peruntukan. Dia punya kelulusan.

Dan selain daripada itu kita nak juga bajet dalam memelihara agama Islam ni melihat dari segi bukan hanya sekadar pembinaan masjid dan sebagainya juga melihat dari segi pembangunan yang berkaitan dengan tanah wakaf dan

sebagainya kerana duit RM60 juta ni adalah merupakan duit belanja keseluruhan bukan hanya untuk fokus-fokus tertentu. Kira untuk keseluruhan. Emolumen pun

dalam tu, duit gaji, Pejabat Mufti semua dalam tu. Termasuk dalam RM60 juta. So kita nak ada pengasingan supaya nampak jelas di mana yang kata fokus

kepada pembangunan masjid, surau dan sebagainya supaya diasingkan dalam pecahan belanjawan supaya masyarakat jelas melihat apa yang dibuat. Yang emolumen tu kita letak sebelah dulu. Emolumen jangan sekalikan dalam RM60

juta ni termasuk emolumen pengurusan dan sebagainya. Kita asingkan.

Yang Berhormat Dato Yang di-Pertua, saya teruskan dengan perkara yang

berkaitan dengan isu-isu Kerajaan Negeri. Isu ni mungkin panas sikit. Pertamanya tentang isu berkaitan dengan pembangunan tanah wakaf. Saya nak penjelasan dari pihak Pinang Tunggal nanti ada saya melihat satu kenyataan surat daripada

pihak surat yang memberi ruang kepada PDC untuk membangunkan tanah wakaf kerana tanah wakaf ni dia ada syarikat dia kan. Syarikat wakaf. Mengapa kita

serahkan kepada pihak lain walaupun PDC anak syarikat Kerajaan Negeri tapi kalau boleh pembangunan tanah wakaf diuruskan sendiri oleh syarikat ini. Kita gajikan orang yang pakar mahir yang hebat-hebat dalam tu, lembaga wakaf pun

ada yang hebat-hebat tapi kita serahkan kepada PDC untuk bangunkan. Ini minta penjelasan kalau tak betul saya mohon maaf.

Dan tentang isu di Masjid Sungai Nibong Besar. Saya semalam sembang isu ni sampai pukul 3 pagi. Saya nak balik tidoq esok saya ada dewan saya nak bercakap. Dia tak bagi balik. Saya kata kacau ni. Ni kira tengah mengantuk ni.

Pukul 3 pagi tadi hantaq anak pukul enam, enam setengah. Jadi isu Masjid Sungai Nibong dia adalah isu yang berkaitan dengan pembinaan LRT. Jajaran LRT. Duit

orang jemaah yang bagi untuk bina masjid ni RM4.65 juta. Kira orang wakaf ni orang infaq ni untuk buat masjid ni tinggi. RM4.65 tak pernah tak banyak la masjid dapat kutip banyak tu. RM4.65 juta depa kutip depa minta sumbangan wakaf dan

sebagainya dapat RM4.65 juta. ICU setuju bagi RM1.8, RM1.7. Majlis agama RM1.5. Lebih kurang. RM1.1 juta ka RM1.5 juta ka untuk bangunkan Masjid

Sungai Nibong. Masjid yang cukup kaya dengan sejarah antara masjid awal ni di awal dibina ni. Saya rasa masa orang putih tak mai lagi pun masjid ni buat dah

55

ni. Masjid antara yang awal dibina masa kedatangan Islam di Pulau Pinang dulu ni. Ada sejarah dan juga sentimental value bagi kariah-kariah di situ.

Bila kita nak buat LRT SRS buat LRT yang mana LRT PIL 1 dan sebagainya antara benda yang saya bangkang dulu ni. Bukan bangkang tak

berapa setuju nak buat bila kita menjejaskan bukit-bukau, tebuk terowong dan sebagainya, dekat dengan sekolah dekat dengan perkuburan dan sebagainya itu benda-benda yang akan timbul yang macam ni lah, ini berlaku.

Pada peringkat awal perbincangan, laluan tu dia corner ke belakang. Dia pi kut Lintang Nipah di belakang. Ni saya dengaq depa cita semalam ni. Lintang

Nipah belakang tu belah sana Taman Lip Sin. Dah ada apartment dekat tu. Tembok apartment dan jalan ada jalan yang orang taman duk gunakan untuk pi hantaq anak sekolah belakang tu. Tanah MBPP. Pi kot tu. Pi corner belakang tu

dia patah balik. Katanya diubah kerana banyak lencongan kona banyak sangat. Dia kona banyak tak sesuai untuk buat LRT. Takut terbalik katanya. Kona laju

lajak pi ka. Tapi orang buat LRT tak pernah dengaq jatuh lagi di Malaysia ni. Tayar jatuh ya. Besi jatuh besa. Tapi LRT tak jatuh lagi. Di KL tu lagi banyak kona. Jadi takpa lah kita buat. Lepas masjid dirobohkan atas tanah wakaf ni wakaf masjid

wakaf khusus kuboq kita kena faham. Wakaf umum wakaf khusus dan sebagainya. Khusus ni dia kena buat tu lah dan dia bukan dengan di bawah tu. Peringkat

sampai atas tu pun masih lagi wakaf. Makna sini kalau buat wakaf ni sampai di atas. Tapi Alhamdullilah saya rasa kubur tak terlibat kan? Masjid ja. Jadi bila dah

buat dah runtuh dah masjid duit pun dah diserahkan, kontraktor pun dah dilantik. Bila kontraktor dilantik ni semua dah lengkap dah. Depa dah buat survey, buat design atas tanah tu okay ka tak okay ka ada paip ka takda paip ka apa check

dah JKR dah buat kerja dan teruih offer tanpa ada semakan laluan dan sebagainya. Mesti dah ada. Ni dah complete dah. Makna dah complete dah. Cuma

sekarang ni isu dia bila kita dah runtuh dah, depa pun pi sembahyang tempat lain dah. Jajaran tu nak buat ikut jalan depan. Depan masjid.

Okeylah dia nak buat depan masjid dia kena ambik 2.7 meter sebagai

reserved jalan. Takpa, dia orang masjid boleh terima 2.7. Lepas tu nak tambah 4 point lebih meter untuk sesuaikan dengan LRT. LRT rupanya bila dia nak buat dia

tak boleh dekat dengan bangunan. Jarak kena enam meter lebih. Kalau dua meter tak boleh. Satgi kot-kot orang sua tangan ka apa taktau la. Kot orang terjun ke apakah, kot dia beretoh bangunan ke apa ganggulah. So dia kena jarak enam,

so nak ambil lagi empat. So, Kita nak pertahan tanah wakaf tadi walaupun nak bagi wakaf baru, okay wakaf baru belakang. Bila pula nak buat? Projek ini

katanya nak start, jawapan bertulis kat saya katanya nak start 2020. 1 Januari nak start balik. Tapi kena selesai hat wakaf ini dulu. Wakaf nu dulu pun tak selesai lagi. Nak buat wakaf MBPP punya tanah tu, belakang tu pun bukan boleh

sehari dua. Bukan sebulan dua, mungkin ambil masa lagi. Duit dah bagi dah. Duit dah masuk RM4.65 juta. Itu isunya. Bila kita kata nak ubah pi

belakang, masjid tu akan dibuat di tanah MBPP belakang tu, hampir dengan tembok, akan hampir dengan tembok. Dan akan timbul isu lain pula. Isu penduduk tu marahlah. Akan jadi macam di Melaka, tutup jalan. Tutup jalan, tak

mau bagi jalan masuk dah, kena pi kot jauh. Nak pi masjid depan tu je kena pi pusing jauh. Pastu masjid pula dekat dengan apartment, orang pelbagai kaum

dan sebagainya, mungkin akan ada masalah ke depan. Saya takut akan ada masalah. Berlaku di kawasan masjid mana di Penang ini, Batu Uban ke? Dia baling benda daripada atas flat ke masjid, buang sampah dan sebagainya

masuk. Itu benda yang bakal berlaku nanti. Jadi apa yang saya nak kalau boleh

56

tadi diberi memorandum kepada saya pun, kalau boleh, penduduk ini mohon pertimbangan. Dia masih nak pakai hat depan tapi kena bincang dengan, dan

LRT ini kena balik kepada asalnya…(gangguan).

YB. Timbalan Ketua Menteri I:

Penjelasan. Kalau apa nama, Sungai Dua nak teruskan dengan isu ini boleh tapi saya ingin tegaskan di sini bahawa semua isu-isu yang dibangkitkan termasuk tanah, termasuk teknikal, termasuk pelan-pelan, pindaan telah pun diselesai dan

hanya menunggu JKR siapkan pelan pindaan untuk diserahkan kepada kontraktor sahaja dan ini penjelasan saya, ketegasan saya. Baik, terima kasih.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor):

Tak palah saya sebut supaya orang jelas tentang isu ini. Tapi kalau boleh fikir balik, timbang balik tengok supaya tak taulah kerugian kalau kita buat

lencongan adakah masalah? Teknikal…(gangguan).

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution bin

Ismail):

Pencerahan. Terima kasih. Saya bersama dengan Pinang Tunggal dan bekas EXCO Agama mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Pengerusi

dan Jawatankuasa Masjid. Yang paling akhir beberapa bulan lepas di Hotel The Light, Pulau Pinang bersama pengerusinya Professor Dr. Mahyuddin dan

jawatankuasa. Hal yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang tadi jelas dalam gambaran kita sebab itulah hujah yang mereka diberikan dan dalam penjelasan

balas yang kita beri, terdapat semacam satu persefahaman, moving forward…(dengan izin) bahawa pertama, tak ada gangguan ke atas tanah kubur, itu jelas walaupun di atas kertas memang tanah kubur memang enclosed atas

rizab lebih dari sepatutnya. Itu Kerajaan Negeri tak kacau apa pun, terus tak usik.

Komponen kedua adalah apakah mengganggu jadual pembinaan masjid? Itu pun tidak seperti mana diberi jaminan oleh Pinang Tunggal tadi bahkan yang disebut kontrak diberikan sebagainya. Tender yang dibuat itu satu

ketika telah memilih sebuah syarikat dan dekat-dekat nak buat syarikat itu tarik diri. Saya sendiri bantu bercakap dengan ICU dan JPM akhirnya pemilihan

kontraktor berikutnya dibuat tanpa melalui proses tender lagi dah. Sebab kalau tender lagi makan masa lagi. Jadi soal kontraktor selesai. Memang perbincangan selalu kita buat. Kemudian isunya adalah apakah nanti kalau dibangunkan masjid

itu dan membabitkan soal jajaran LRT dan sebagainya. Jadi hal itu juga telah kita bincang secara sangat kondusif, sangat sihat sebab dia melibatkan aspek teknikal

bahkan saya sendiri mencadangkan kepada Pinang Tunggal agar dibangunkan satu gambaran artis (artist impression) tentang bagaimana kalau nanti dibangunkan jajaran LRT, kedudukan masjid duduk di mana supaya jelas kepada

anak-anak kariah. Walaupun itu bukan kawasan sayalah, sempadan cuma pengundi kawasan saya sembahyang di Masjid Pak Leh itu. Dia dalam Batu Uban

tapi kita ambil tanggungjawab bersama. Kalaulah perkara dibangkitkan bertujuan untuk kita nak selesaikan masalah dengan betul, saya percaya kontraktor telah dipilih, komitmen Kerajaan Negeri tidak ada sebarang halangan untuk

meneruskan pembinaan. Dan kalau ada juga pandangan-pandangan sebaliknya, tugas kita adalah untuk tenangkan dan damaikan. Yang paling penting masjid

57

diteruskan pembinaan. Itu saya fikir menjadi fokus keutamaan kita sekarang. Terima kasih.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor):

Terima kasih Pantai Jerejak. Cuma saya mintalah, saya bangkitkan isu ini

dan kalau boleh diadakan perbincangan dan penyelarasan yang lebih terperinci kepada pihak yang terlibat supaya jelas isu-isu yang mungkin timbul itu akan diselesaikan macam mana. Dengan penduduk belakang, tanah dan sebagainya,

macam-macam isu lain yang dibangkitkan boleh kita selesaikan dan tanah kubur memang tak terlibat. So terima kasih. Itu tentang isu tanah wakaf Masjid Sungai

Nibong, kalau boleh walaupun dah dipersetujui tapi carilah satu kaedah yang boleh memenangkan kedua-dua pihak. Memuaskan hati semua pihak tentang isu tanah wakaf, tentang isu ini supaya tak jadi benda yang berlarutan, tuduh menuduh dan

sebagainya tidak berlaku dalam perkara ini.

Ketiga, tentang Enakmen Kawalan dan Sekatan Perkembangan Agama

Bukan Islam. Saya melihat dalam masyarakat di Negeri Pulau Pinang sendiri dan Perlembagaan Persekutuan menyebut tentang perkara ini dalam Perkara 3 (1) dan juga Perkara 11 (4) berkaitan dengan pengawalan dan menyekat penganut agama

lain untuk menyebarkan agama lain kepada orang Islam. Di negeri lain semua dah dilaksanakan pindaan ataupun penguatkuasaan Enakmen Kawalan dan

Sekatan ini cuma di Pulau Pinang, Perlis dan juga Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan juga Labuan. Lima (5) lagi yang belum menguatkuasakan

Enakmen Kawalan dan Sekatan ini. Ini untuk mengelakkan berlaku pelbagai masalah dari segi sensitiviti agama dan sebagainya. Saya rasa, cadangkanlah kalau boleh perkara ini diberi perhatian oleh pihak EXCO untuk dimasukkan. Dulu

saya ada dengar cadangan dah untuk masuk tapi tak tau terhenti di situ supaya ada tindakan yang boleh diambil kepada pihak-pihak yang sama ada

menyebarkan, Agama Islam adalah Agama Persekutuan, menyebarkan, memberi penerangan ke arah agama lain kepada orang Islam dan sebagainyalah. Tidak berlaku secara berleluasa di kalangan orang Islam di Negeri Pulau Pinang

ini. Maknanya kena ada undang-undang ini. Bila tak ada enakmen itu, tak ada hukuman yang boleh dibuat, maknanya benda ini berlaku secara terbuka, secara

berleluasa dari segi penyebaran bible yang haritu dua tahun, tiga tahun lepas, setahun lepas. Penyebaran bible dan sebagainya.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Boleh bagi rujukan kes? Saya percaya bahawa ini satu tuduhan di mana jika ada yang kes-kes itu mintalah bagi kes-kes tertentu, dia kata dua tiga tahun

yang lalu, ini tidak bagus.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor):

Saya rasa, kes baru ja edaran bible tu kes baru. Tahun lepas je edaran bible

kepada pelajar sekolah, kepada taman di Penaga. Penyebaran bible dalam Bahasa Melayu. Itu satu kaedah, cara yang bercanggah dengan enakmen. Ini

untuk keharmonian semua. Saya cadangkan supaya ada undang-undang ini sebab negeri lain semua dah buat kecuali Perlis ja, Pulau Pinang dengan Wilayah.

58

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Minta celah Dato’ Yang di-Pertua. Dato’ Ketua Pembangkang, cadangan

itu ditujukan kepada Kerajaan Negeri. Tiada apa-apa halangan. Itu adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Negeri tetapi jangan pula dikatakan

seolah-olah ada gerakan untuk mempromosi agama-agama lain di kalangan orang Islam. Memang tidak ada, kes pengedaran bible pun sudah dibuat laporan polis. Saya berharap pihak polis boleh ambil tindakan dan Kerajaan Negeri

sentiasa menegaskan kita tidak terlibat langsung dalam perkara ini. So jangan terus memainkan isu ini seolah-olah ada, ini berlaku di Pulau Pinang sahaja. This

is one isolated case. Mungkin berlaku di semua negeri yang lima negeri yang Perlis, di bawah Barisan Nasional,mungkin berlaku di sana juga tetapi tidak digembur-gemburkan. So saya minta kita jangan memainkan isu ini.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor):

Okey, terima kasih Bagan Dalam. Saya cuma nak minta tindakan dan

perhatian daripada pihak EXCO untuk beri perhatian kepada isu ini sebab negeri lain dah buat, kita buatlah, apa masalahnya? Saya rasa tak ada masalah pun untuk kita pastikan enakmen ataupun Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan

dipatuhi, diikuti dan juga Perkara 3(1), Islam Agama Persekutuan, itu saja sebab tindakan tak boleh diambil oleh polis kerana tak ada enakmen ini. Enakmen ini

tak dikuatkuasakan. Tak ada, tak boleh buat. Tak boleh diambil tindakan sebab enakmen ini tak dikuatkuasakan. Macam orang berkhalwatlah. Berkhalwat ni,

Polis tak ambil tindakan apa pun. Saya biasa bawa orang berkhalwat pergi Balai Polis, Polis kata tunggu penguatkuasa Pejabat Agama mai. Dia pun ada kes lain di tempat lain, kita tunggulah dengan orang yang khalwat ni, kita jadi macam jaga

orang khalwat pula. Sebabnya dia di bawah enakmen lain, Agama Islam dan sebagainya. Yang ini pun ada kaitan dengan macam tu. Kalau boleh, untuk

mengelakkan berlakulah. Mungkin tak berlaku, kita takut dia berlaku. Buat siap-siap, kuatkuasakan. Itu bukannya masalah besar mana pun, cuma nak laksanakan. Ini satu benda yang perlu…(gangguan).

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Saya nak mohon laluan sikit je because agak penting, saya rasa penting

sebab saya pernah mengalami benda yang sama tapi saya nak sebut.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Apa benda?

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Yang pasal bible dalam Bahasa Melayu itu. Okey, apa yang saya buat di

kawasan Penanti, saya nak minta Ketua Pembangkang mungkin kawan-kawan dari BN mempunyai pemikiran yang macam mana nak cakap, rasional sikitlah. Apa yang saya buat di Penanti ialah kawasan Penanti ini kita ni memang

kawasan kampung. 85% daripada penduduk ialah orang-orang Islam, orang-orang Melayu jadi memang kawasan ini memang kampung. Apa yang saya buat,

saya buat dua (2) hari wajib di Penanti, saya suruh semua pengerusi MPKK saya ajak semua pengerusi-pengerusi masjid, duduk dua (2) hari dan faham pasal agama-agama lain termasuk memahami apa kandungan dalam bible dalam

59

Bahasa Melayu supaya dan dua (2) hari itu saya ambil dari pensyarah-pensyarah universiti dengan Brother Jui Soon yang pendakwah itu, nak sebut di sini, kadang-

kadang orang-orang BN ke, orang-orang UMNO ke yang saya rasalah dia terlampau macam rasa macam kita ni orang Islam ni selalu dalam keadaan yang

macam agama kita ni, kalau orang tunjuk bible dalam Bahasa Melayu, wah! dia akan jadi Kristian. Sat lagi dia belajar pasal agama-agama lain nanti dia akan terpengaruh tapi yang saya nak sebut, bila saya buat dua (2) hari latihan tu, MPKK

saya, pengerusi-pengerusi masjid tu dekat Summit Hotel bersama dengan Jabatan Agama Islam pun datang untuk memantau, semua penduduk-penduduk

Melayu ni, yang ketua-ketua masyarakat ni diajar, okey orang Cina, budaya dia, dia sembah tuhan-tuhan ni, Kuan Yin ke apa benda so that dia faham, orang Kristian dia baca bible dan dalam Bahasa Melayu saya letak, bila kita ajar tu kita

ambil orang-orang Islam ni yang tak pernah tengok bible dalam Bahasa Melayu tu letak sebelah. Ni quran, ni bible cuba you baca, sama ke tak sama? Kadang-

kadang ada sama, kadang-kadang ada yang lain.

Hanya dari segi ini, kita nak masyarakat kita, kita duduk dalam masyarakat yang berbilang agama, kita nak kita memahami jiran-jiran yang kita duduk

sekampung selama 30 tahun supaya dia faham dan juga saya buat dengan tokong-tokong, dengan MPKK yang bukan Islam. Mereka saya buat, saya buat

macam dalam bahasa dia, explained dia nak tanya apa, kita tak ada nak bagi ceramah agama, tak ada. Dia boleh tanya apa pun pasal Agama Islam. Kenapa

orang ambil wuduk macam tu, kenapa dia pergi toilet, basahkan toilet, apa dia nak tanya, apa dia Undang-Undang Islam, kenapa kena tangkap orang semua-semua. Dia nak tanya apa pun semua boleh tanya. Dan so far, reaksi yang saya

dapat daripada masyarakat yang berbilang agama ni, kita kena ada sikap faham memahami. Saya khuatir apabila berlaku penggabungan antara PAS dengan

UMNO, saya yang khuatirnya racial incitement tu akan bertambah. Saya kalau boleh tak nak itu berlaku. Menakut-nakutkan masyarakat tu kalau boleh please jangan buat.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor):

Okey Penanti. Saya amat menghargai apa yang dibuat oleh Penanti cuma

dalam perkara yang disebut tadi berkaitan dengan penyebaran. Program tertutup untuk beri penjelasan, okey. Tapi kena ada orang yang terima penjelasan itu juga kena orang yang ada ilmu dia. Kena faham betul-betul. Nak belajar pelbagai

agama ni, isu pelbagai agamalah, contohlah pelbagai agama…(gangguan).

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Saja sebenarnya ni just nak bagi penerangan supaya kita tak rasa orang Melayu ni asyik-asyik dia rasa whoa! orang datang, tunjuk je bible terus jadi murtad. Kita tak nak macam tu, kita nak orang Melayu, dia tau oh! Kitab dalam

bible ajar benda ni. Ni verse dia dalam chapter genesis apa benda, ni quran macam ni, itu yang kita nak.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor):

Okey, faham Penanti.

60

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Terima kasih Penanti.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor):

Cuma kita nak itulah.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Ini Ketua Pembangkang, saya lihat hari ini Ketua Pembangkang hebat dari Ketua Menteri lagi. Masa yang telah diberi pun sudah lebih daripada Ucapan Bajet

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri berucap. Saya minta kalau boleh summarizedkan.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor):

Nak terus ke sambung petang?

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Banyak lagi?

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor):

Banyak lagi.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Oh! Nanti jangan pergi tempat yang lain, kita hala ke tuju yang Ketua

Pembangkang nak pergi sudah. Okey? Janji ya?

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd. Noor):

Okey-okey, janji.

YB. Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri:

Kena janji. Okey, Ahli-Ahli Yang Berhormat, rasanya kita perlu henti rehat dan Dewan bersidang semula pada jam 2.30 petang nanti. Terima kasih, Dewan ditangguhkan.

Dewan ditangguhkan pada jam 1.05 petang.

61

Dewan disambung semula pada jam 2.30 petang.

Setiausaha Dewan:

Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Ahli-ahli Yang Berhormat, sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahun 2020 dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2020. Ahli Yang

Berhormat, kita bersambung dengan Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Sungai Dua. Silakan.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Assalamualaikum

w.b.t. dan saya mohon untuk menyambung perbahasan berkaitan Rang Undang-Undang 2020 pada petang ini. Saya teruskan dengan perkara yang berkaitan dengan isu yang berlaku di Pulau Pinang iaitu isu yang seterusnya berkaitan

dengan pemilihan pelantikan Ahli Majlis Agama Islam dan juga peranan Majlis Agama Islam. Pertamanya, saya mengucapkan tahniah kepada Tuan Haji Zul,

sahabat lama saya yang telah dilantik sebagai Pengarah. Mungkin agak terlambat tapi saya ucapkan tahniah dan juga Setiausaha Majlis yang mana Majlis Agama Islam ini adalah merupakan tonggak dan badan yang cukup dihormati dan cukup

terkenal di nusantara ini khasnya bila tiba musim haji dulu ni dan juga tempat berkumpulnya alim ulama dan sebagainya di Negeri Pulau Pinang. Perkara

pertama yang akan saya sentuh berkaitan dengan pemilihan dan pelantikan Ahli Majlis, jadi saya melihat bahawa Ahli Majlis merupakan orang yang cukup penting dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan pengukuhan dan

memartabatkan agama Islam di Negeri Pulau Pinang dan pemilihan ini perlulah mencakupi kriteria-kriteria yang cukup penting dan cukup tepat bagi pemilihan

Ahli Majlis. Mereka mestilah orang yang dihormati, yang ada kelulusan, yang berwibawa dan sebagainya kerana mereka ini bukanlah hanya sekadar untuk memegang jawatan tapi juga sebagai mereka yang akan berfungsi sebagai

pemikir dan pencetus dan penyelesaian masalah Umat Islam di Negeri Pulau Pinang ini. Kita tak mau Pinang Tunggal sahaja yang pi dok jelas isu-isu, kita nak

kalau buat press statement ka apa ka, mesti ada Ahli Majlis kat belakang, baru nampak keyakinan dan kekuatan. Ni kadang-kadang Pinang Tunggal sorang-sorang saja buat statement pasal Sungai Nibong. Dah la dia tinggal sorang.

Sorang-sorang pulak dia nak menjawab. Kena ada ahli lain. Ahli Majlis tu kena bersama-sama dalam menjawab soalan, menyelesaikan masalah berkaitan agama

dan sebagainya. Baru nampak kekukuhan.

Dan seterusnya, fungsi Majlis Agama Islam juga perlu diperkasakan bagi menjamin kelestarian dan juga pembangunan termasuklah ekonomi masyarakat

Islam di Negeri Pulau Pinang. Ini perlu diteruskan termasuklah kita mengukuhkan aktiviti masjid dan juga surau di Negeri Pulau Pinang selain daripada aktiviti yang

lain. Peranan Pendidikan Agama, saya ucapkan tahniah kepada pihak Jabatan Agama Islam dan Majlis yang di bawahnya terdapat tujuh (7) institusi pendidikan agama iaitu tadika Islam, KAFA, sekolah agama rakyat, sekolah menengah agama

62

rakyat, tahfiz, pondok dan juga SABK. Jadi, saya ucapkan tahniah kepada KAFA. KAFA ni saya rasa dah dapat tiga (3) tahun berturut-turut sebagai KAFA terbaik

seluruh Malaysia. Maknanya kelulusan yang paling tinggi, paling ramai yang dapat 8A UPKK. Ini satu perkara yang cukup baik dan saya rasa telah dilihat UPKK ini

sebagai satu faktor, satu merit untuk masuk ke sekolah agama. Nak pi sekolah agama bantuan kerajaan ka, tahfiz dan sebagainya, kita tengok keputusan UPKK. Ini satu perkara yang telah diguna pakai. Jadi, apa yang saya nak lihat di sini, nak

cadangkan, nak syorkan supaya kita lihat pendidikan agama di peringkat bawah ini sangat-sangat penting. Kekuatan rohani kepada anak-anak kita ini amat

penting dalam dia menjadi satu kekuatan bagi dia untuk menghalang dia daripada terlibat dengan benda-benda yang tak baik. Cabaran semakin hebat sekarang ini dengan ada handphone dan sebagainya. Jadi dia kena ada kekuatan dalaman

rohani yang kuat baru dia boleh menepis segala cabaran-cabaran ini. Ini amat penting dan kalau boleh saya cadangkan pendidikan KAFA ini diwajibkan, diminta

setiap sekolah kebangsaan buat. Mungkin sebelah petang dibuat sekolah KAFA. Bukan hanya kita buat di sekolah agama rakyat sahaja, kita buat di sekolah-sekolah. Ada sekolah-sekolah sekarang ni yang ada kelas KAFA sekarang ni. Di

kawasan saya Sekolah Sungai Dua ada KAFA dan dia melahirkan pelajar yang hebat. Ini kalau boleh dibincangkan untuk kita masukkan sekolah KAFA ini di

semua sekolah macam di Johor. Saya rasa Johor buat lagu tu. Johor semua sekolah ada kelas KAFA. Jadi, akan melahirkan pelajar yang cemerlang dan juga

kuat.

Seterusnya tentang kutipan 10% dari kutipan tabung masjid, tabung Jumaat untuk tabung wakaf sumbangan masjid. Ini juga menjadi bualan panas.

Macam saya cerita la, pi kedai kopi sembang, pi ke bendang sembang, pi masjid surau pun sambil-sambil nak tunggu, sembang pasal ni. Dia kata kerajaan ni ambil

duit, dah kutip di masjid ni kalau kata RM1 ribu, 10% kena bagi kat tabung ni. Tujuan tabung ni baik, untuk beli aset, untuk beli tanah wakaf, macam-macamlah. Untuk kebaikan, untuk buat program. Cumanya, kefahaman masyarakat tu perlu

dijelaskan dan kita juga kena faham, duit yang orang sumbang tu adalah untuk tujuan pengimarahan. Niat dia nak bagi buat pengimarahan masjid, kalau boleh

kat masjid tu siap-siap buat tabung. Tulis macam di Masjid Pajak Song tu dia buat “ini untuk wakaf, ini untuk kelas agama, ini untuk tabung”. Jadi untuk tabung hari Jumaat tu, masuk la tabung. Duit daripada tulah. Sebab dia mungkin dia niat nak

wakaf untuk kelas-kelas mengaji, kuliah dan sebagainya. Bila kita ambil, jadi niat dia tu dah jadi lain. Jadi ini perlu kita lihat kembali dan jelaskan, yang pentingnya

jelaskan kepada masyarakat bahawa tujuan. Walaupun dah dikeluarkan surat, tapi kadang-kadang orang kampung ni dia tak faham, dia tak nampak.

Oleh itu tentang isu alam sekitar, seterusnya alam sekitar, saya cuba

cepatkan InsyaAllah. Alam sekitar, Cleaner, Greener Penang. Negeri Hijau. Kelestarian Alam Sekitar dan Pembangunan Mampan. Ini ayat-ayat yang kita dok

tengok, dok dengar, Cleaner Greener Penang, Negeri Hijau, Pembangunan Mampan, T.Y.T. sebut banyak kali, Pembangunan Mampan. Pembangunan yang mengambil kira generasi yang akan datang. Makna kalau pembangunan tu kena

fikirkan supaya generasi akan datang tu akan dapat tengok benda ni, dapat lihat benda ni, dapat ada ruang untuk dia di masa akan datang. Jadi, dalam

pembentangan Bajet saya nampak dia tak begitu banyak sangat. Saya tak pasti ada, rasanya ada tapi tak banyak untuk tujuan ini kecuali perkara berkaitan dengan hari tanpa beg plastik itu masuk dalam Bajet. Hari tanpa beg plastik dan

sebagainya tapi tentang kelestarian alam sekitar ni, saya rasa masih kurang dari

63

segi peruntukan yang disediakan untuk alam sekitar. Jadi, ini perlu diberi perhatian tentang isu kerosakan pembangunan bukit dan sebagainya. Ini perlu

diberi perhatian dan juga isu-isu lain. Antaranya isu tambakan laut….(gangguan).

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Minta laluan. Dalam Program Penang Cleaner Greener Safer and Healthier, kami telah tambah satu, Happier. Kerajaan ini bukan lihat kepada jumlah peruntukan yang diberi baru dia jalan program. Ia mustahak sekali the public

delivery system. Sampai tahap mana ini telah berjaya. Bukan kata dia sedikit, kami buat sedikit, tak ada. Kami buat dari hati, of passion for it. Tadi Ahli Yang

Berhormat Sungai Dua mengatakan bahawa dia landslide dan lain-lain, itu di bawah bahagian lain. Itu JKR yang akan buat, JKR akan buat pembaikan dan lain-lain. Bukan daripada JAS. JAS tak buat tu tapi JKR, harap difahamkan.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Okey, terima kasih Ahli Kawasan Sungai Puyu. Jelas bagi saya maknanya

isu pembaikan lereng dan sebagainya, adalah di bawah JKR. Jadi, maknanya pihak pentadbiran negeri perlu melihat isu inilah. Walaupun di bawah JKR, maka JKR akan lihat isu-isu berkaitan supaya tidak berlaku. Berbalik kepada tadi tentang

alam sekitar, saya sentuh isu pertama tentang tambakan laut. Kedua, isu tambakan laut Butterworth, isu tambakan tiga (3) pulau dan juga isu pembinaan

terowong. Jadi pertamanya isu tambakan laut di kawasan Butterworth. Kawasan ini dah hampir 20 tahun, sekarang dihidupkan atau dilaksanakan kembali di

kawasan Butterworth daripada kontena tu sampai ke Teluk Air Tawar akan dibangunkan tambakan laut sepanjang 7 ataupun 9 kilometer, sepanjang pantai tu oleh syarikat yang terlibat, Rayston tak silap saya, akan dibangunkan projek

tambakan laut yang melibatkan pantai itu sepanjang pantai itu sampai ke tengah laut untuk pembangunan bercampur.

Jadi, perkara ini akan sama juga dengan Penang Southern Reclamation (PSR) yang mana dianya akan melibatkan masalah nelayan. Nelayan akan terlibat isu tambakan ini. Ada 3 jeti nelayan sepanjangnya. Di Bagan Ajam contoh, di

kawasan Teluk Air Tawar, di kawasan dekat dengan Padang Benggali dekat Pekan Baru adalah merupakan kawasan nelayan yang agak ramai nelayannya di situ.

Saya tak pasti berapa ramai tapi saya rasa ramailah nelayan yang terlibat di kawasan itu yang akan perlu dilihat akan hilang mata pencarian sebab ditambun tu. Jeti nelayan nanti mungkin akan pi ke tengah sikit, kalau buat balik. Kalau tak

buat pun, habis.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Saya celah. Yang Berhormat Dato’ Ketua Pembangkang, bercakap tentang tambakan laut di Butterworth, tetapi sedarkah Dato’ Ketua Pembangkang, ini adalah Kerajaan Barisan Nasional yang telah menandatangani untuk tambakan

laut ini pada Jun 16, 1999? Ini adalah dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional terdahulu, pada masa itu Barisan Nasional menyokong dan mereka membawa

projek ini dan kenapa tiba-tiba sekarang beralih pula pandangan dan sekarang nyatakan ini akan mengakibatkan nelayan hilang mata pencarian dan sebagainya. Kenapa Barisan Nasional pada masa itu tidak pernah berfikir tentang nelayan, bila

jadi pembangkang saja cuba memainkan isu nelayan ini, ini soalan saya.

64

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Terima kasih Bagan Dalam. Dia orang alam sekitar pasai apa dia tak sokong

saya. Terima kasih, cuma projek ini projek tambakan laut untuk projek BORR, yang saya ingatlah, BORR dulu kan, BORR dengan apa, Terminal Cargo Container,

terminal dan sebahagian tambahannya adalah, saya tak pasti termasuk atau tidak, tambun daripada container terminal sampai Telok Ayer Tawar, saya rasa takat itu saja, takat BORR dengan Container Terminal saja, di bawah pakej dulu

ini. Yang baru ini saya tak pasti, sama ada, terkini ini daripada Container Terminal sampai ke Telok Ayer Tawar akan ditambun. Dah ada dalam akhbar pun disebut,

serahan, penyerahan projek itu kepada syarikat ini. Jadi cuma saya nak minta tolong perhati dari segi ini, dari segi, saya tak mahu benda yang sama akan berulang-ulang, nasib nelayan dan sebagainya, dari segi …..(gangguan)

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB Phee Boon Poh):

Minta jalan Dato’ Timbalan Speaker. Sepatut Barisan Nasional tidak ada hak

dan kuasa kerana sudah lupus hak bila kata tambakan laut ada di sini. BORR, RFP di panggil tahun 1995, 97 telah diberi kelulusan, 99 mereka minta apa, minta untuk nak tambah tanah kerana tidak cukup modal. 2003 baru masuk ini

tambakan laut 1,206 ekar atau 650 hektar di sana, semua di sana. Tahun 2004 bila mereka buat SPT 1, di Dewan yang mulia sebagai Ketua Pembangkang, saya

telah buat bantahan bahawanya sea bed mining di Bagan Ajam pada masa itu Barisan Nasional nafi kata tidak ada, kata tidak ada masalah, walaupun laporan

polis telah dibuat, begitu di mana saya juga tunjuk bukti-bukti yang kukuh berkenaan itu, Barisan Nasional khasnya UMNO, dia buat senyap-senyap, senyum saja walaupun seorang EXCO ada di kawasan sana, dia buat senyap saja. Hari ini

bila orang buat nak bising-bising apa? Tak malu kah, betul tidak? Tak malu kah, oleh yang demikian, saya bagi jaminan di sini iaitu kata semua kena ikut EIA, EIA

akan ada di sini, jangan di Dewan yang mulia kata di sini bagi separuh NBCT diperluaskan bagi semua yang serupa, tidak ada perubahan, kalau ada perubahan pun ada di bagi oleh UMNO, Barisan Nasional.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Okey, terima kasih. Benda yang sama juga dibangkitkan iaitu dulu Kerajaan

Barisan Nasional buat dan bila Kerajaan Pakatan Harapan nampak ada masalah, masalah, contohlah, masalah dari segi alam sekitar,nelayan dan sebagainya, jangan teruskanlah. Apa guna diteruskan kalau kata projek itu ada masalah dari

segi alam sekitar. Kita tak boleh berpandukan….(gangguan).

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Kalau kami tak teruskan you akan kata bahawa tengok sekarang Kerajaan

PH bila diluluskan oleh UMNO dia akan potong semua, akan teruskan dia kata

macam ni, tak teruskan dia kata macam ini. Pi mai pi mai tang tu saja, cukuplah,

jangan mislead the Dewan di sini.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Okeylah saya bukan nak mislead Dewan, cuma saya beri peringatan supaya projek ini melihat dari segi isu nelayan dan sebagainya, itu saja. Kalau Kerajaan

Negeri boleh tengok, tak ada masalahlah, buatlah, tapi akan ada isu, hari ini pun

65

nelayan mai berhimpun dekat sini tentang tambakan tiga pulau. Lepas ini di situ pula akan timbul isu, sekitar itu kawasan Melayu, lepas itu sampai hujung situ,

TUDM, kawasan kampung-kampung kecil ini, TUDM, bila buat rumah tinggi-tinggi, apa masalah dengan base TUDM keselamatan dan sebagainya. Banyak benda

akan timbul di situ, pembangunan bercampur dengan rumah yang mahal dan tinggi, dia akan jadi rumah tepi laut, mesti rumah mahal. Saya ingat RM400, RM500,000 mungkin lebih. Maknanya diluar kemampuan kita untuk membelinya

nanti. Itu yang kita kena lihat dari segi pembangunan selain daripada alam sekitar.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees a/l Muniandy):

Tentang Projek Rayston itu saya rasa, Dato’ Ketua Pembangkang kena mendalami dia punya terma perjanjian dulu sebab saya lihat kebesaran daripada tanah yang akan ditambak akan pergi ke Penang Port yang akan, sudah menjadi

satu pelabuhan yang penting untuk ekonomi Malaysia. Dan ada juga projek-projek perumahan untuk rakyat di tambakan tersebut. Jangan kita terus katakan, oh! ini

akan dibina bangunan rumah-rumah kondominium yang mahal dan sebagainya. Mendalami dulu terma agreement yang ditandatangani oleh Kerajaan Barisan Nasional pada tahun 1999.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Okey, terima kasih, ini sebagai peringatan awal. Kita kena lihat sebab saya

sentuh alam sekitar, sentuh alam sekitar kena sentuh benda-benda ini, nanti orang akan kata saya tak sentuh tentang masalah tambun tanah, ini kawasan

Tasek Gelugor itu, kawasan Telok Ayer Tawar, Kawasan DUN sampai ke Telok Ayer Tawar.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit)

Minta laluan, minta laluan.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Okey, saya tak bagi laluan dah, saya akan habiskan sikit lagi sebab masa agak panjang.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):

Sebelum saya keluar tadi untuk tolong mangsa kebakaran, cakap hearsay, sekarang saya balik sini belum habis hearsay, bagilah saya cakap sikit saja.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Okey saya bagi.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):

Okey, terima kasih, Dato’ Ketua Pembangkang. Walau pun Dato’ ada hak untuk membahas dengan kita mengenai isu alam sekitar, semua itu, saya rasa

juga parti-parti pembangkang sini patut berkonsisten mengenai isu ini sebab dalam online Harakah Daily mereka pula guna sentimen yang lain untuk bercakap mengenai projek tambakan in. “Sentimen Pulau Pinang akan jadi Singapura

66

kedua, yang bakal menjadi Singapura kedua yang akan dikuasai pihak antarabangsa”.

Apakah sentimen-sentimen semua ini, I mean kalau kita nak cari pasal alam sekitar, bagilah kita cakap pasal alam sekitar, tetapi nampaknya tak ada konsisten

dari segi parti-parti pembangkang kalau nak membahas mengenai perkara ini. Terima kasih.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Terima kasih, itu berita Harakah, bukan tak boleh pakai, sekarang kita sudah kawan, bila kawan boleh pakai….(ketawa). Sekarang sudah kawan.

Ahli Kawasan Permatang Pasir (YB. Muhmammad Faiz Bin Fadzil):

Hutang pun belum bayar, hutang pun belum bayar.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Benda itu mungkin ada kebenarannya tapi macam tadilah kena didalami.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):

Adakah konsisten cakap ada kebenaran…(gangguan).

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Ada kebenaran.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):

Ada kebenaran bahawa kalau tambakan ini dilakukan akan dikuasai oleh

pihak antarabangsa?

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Sebab dasar Kerajaan sekarang warga asing boleh beli rumah di Malaysia RM600,000 ….(gangguan)

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):

Bukan, adakah yang warga asing beli rumah di Malaysia itu dasar yang dulu…(gangguan).

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Cakap seorang, seorang.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Itu isu yang akan masuk.

67

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):

Ada kebenaran atau tidak mengenai perkara itu yang ditulis oleh

Harakah? ada kebenaran atau tidak ada? kalau tidak ada bukti minta tarik balik.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Ada kebenarannya. Harakah tadi.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):

Ada kebenaran? Harakah cakap kuasa asing, dikuasai, bakal menjadi

Singapura kedua yang akan dikuasai pihak antarabangsa.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Ada kebenaran. Penaga akan bahas.

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):

Ada kebenaran? Okay ingat semua yang dengar ini dia cakap ada

kebenaran.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Terima kasih. Okey, seterusnya tentang isu kita bagi panas sikit, sejuk sangat, tentang tambakan laut, balik kepada tadi. Isu Butterworth tadi dan juga isu di kawasan PSR, benda-benda ini saya cuma minta pihak Kerajaan Negeri

melihat kembali walau pun ada 72 kebenaran yang perlu dipenuhi, kelulusan dengan syarat yang perlu dipenuhi dan sebagainya dan mungkin pihak Kerajaan

Negeri akan cuba untuk melaksanakannya nanti. Cuma saya cakap di sini masukkan dalam hansard kita bahawa kita risau dari segi masalah alam sekitar,

masalah nelayan dan sebagainya. Risau dari segi projek pembangunan itu akan dipenuhi dengan rumah-rumah yang cukup tinggi harganya, kos yang begitu tinggi, harga yang mungkin kos tambun tanah mungkin akan meningkat ke seribu

sekaki dan rumah yang dibuat mestilah rumah yang mahal yang harganya tinggi dan akan dipenuhi dengan sesiapa nanti kita akan lihat kesannya lagi 10 tahun,

saya pun mungkin sudah tak ada dah, tapi tuan-tuan yang ada di sini tengok esok apa akan jadi. Kita tengok sama-sama kalau tidak di ambil tindakan dan perhatian…(gangguan).

Ahli Kawasan Pulau Tikus (YB. Lee Chun Kit):

Dato’, adakah Dato’ sedang bercakap bahawa semua EIA itu tidak dilakukan

secara transparent, adakah itu yang dimaksudkan kerana ada apa yang Dato’ cakap sekarang bahawa semua ini macam tak betul? Semua proses untuk mendapat kelulusan telah dilakukan, betul tak? So kalau proses telah dilakukan,

apakah masalah, apakah point Dato’ di sini? Konsisten, harap konsisten sikit, alam sekitar atau isu-isu lain yang ada berkaitan dengan pihak antarabangsa pula.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Saya konsisten tentang alam sekitar tadi, tentang antarabangsa itu akan dijawab oleh rakan saya daripada Penaga tentang penglibatan luar. Tapi konsisten

68

saya tentang alam sekitar, tentang rumah kos tinggi, kos yang akan tinggi yang akan dibeli oleh orang lain, orang yang mungkin lebih berkemampuan, untuk

rakyat Pulau Pinang mungkin kurang, itu yang kita lihat masalah-masalahnya. Okey saya teruskan …(gangguan).

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Itu kos yang tinggi mungkin harga tanah yang tinggi, betul tak? Betul tak? Konsisten tak? Kalau konsisten kenapa pada masa itu untuk 1,606 ekar, hanya

bagi 100 ekar kepada kerajaan sahaja walhalnya UMNO Barisan Nasional bagi 100 ekar tetapi bila kami buat semakan kami telah minta berapa dan telah dipersetujui

35% iaitu kata 400 lebih ekar untuk Kerajaan Negeri. Dulu bila you bagi kebenaran 100 ekar, selepas kami bagi tekanan dia bagi 35%, mengapa? Konsisten tidak itu?

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Okey, saya tidak jawab itu. Okey isu seterusnya tentang alam sekitar isu kilang plastik haram dan juga kilang recycle. Saya ada soalan bertulis yang

dijawab oleh EXCO berkaitan, terdapat sebanyak 371 kilang plastik berlesen di seluruh negeri dan 20 kilang plastik tidak berlesen yang telah diambil tindakan penguatkuasaan. Itu yang dikenal pasti, dan saya nampak di Tasek Gelugor juga

ada di kawasan Kampong Telok kalau tak silap saya, di Sungai Lokan ada kilang-kilang plastik yang mengusahakan industri plastik recycle dan sebagainya. Jadi ini

merupakan satu perkara yang perlu diberi perhatian yang lebih tegas oleh pihak Majlis, pihak PBT dan juga pihak Kerajaan Negeri kerana kilang plastik ini

pertamanya dia buang sisanya ataupun bahan terbuangnya kadang-kadang mencemarkan sungai dan sebagainya. Keduanya plastik ini merupakan bahan yang tidak dapat dihancurkan dan ini mungkin akan menjejaskan keadaan alam

sekitar.

Seterusnya isu pencemaran sungai dan laut, kesan daripada pembuangan

kumbahan khinzir, ternakan khinzir yang kawasan ternakan yang tidak diusahakan secara bersistem ini, dia lepaskan kumbahannya ke dalam sungai, direct ke dalam sungai yang ada 166 tadi, yang laksanakan baru dua (2), tertutup,

bakinya masih belum laksanakan, jadi ini menimbulkan masalah kepada pencemaran di sungai-sungai dan juga seterusnya mungkin ke laut yang akan

menjejaskan industri ternakan ikan, ternakan ikan dalam sungai, ternakan ikan dalam sangkar, pada pesawah-pesawah juga terjejas kerana kesan daripada pencemaran sungai dan juga laut ini daripada kumbahan khinzir dan juga

pembuangan sisa sampah di kawasan tempat pengumpulan sampah. Mungkin dia ada kesan mengalir ke laut dan sebagainya, mungkin menjejaskan. Saya minta

pihak Kerajaan Negeri dan EXCO terlibat untuk melihat isu ini supaya kesan-kesan tidak menjejaskan industri-industri yang lain ikan dalam sangkar dan sebagainya. Tanaman padi dan lain-lain yang boleh memberi kesan kepada pengusaha-

pengusaha yang terlibat.

Seterusnya isu pencerobohan Hutan Api-api, saya mendapat WhatsApp’s

daripada sahabat tentang gambar Google dan saya check dengan Pejabat Daerah kawasan tu kawasan Kuala Bekah tak silap saya ni belah Kuala Bekah. Kawasan tu dah kebanyakkan hutan api-api dah diceroboh dibuat kolam dan sebagainya.

Tak pasti dibuat apa tapi dah ditebang pokok Hutan Api-Api di situ. Jadi saya memohon supaya walaupun kawasan tu mungkin terlibat dengan kawasan ZIA,

terlibat dengan kawasan ZIA Sungai Puyu. Kawasan sebelah Teluk Air Tawar Kuala

69

Bekah sampai ke Penaga tak pasti. Tapi kawasan tu kalau tak terlibat dengan ZIA (Zon Industri Akuakultur) perlu diambil tindakan bagi pembersihan Hutan Api-Api

di kawasan tersebut.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Ya, di gambar ini adalah kolam-kolam ikan yang sedang di usaha.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Di mana Yang Berhormat?

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Selepas Pasir Gebu berdekatan dengan Kuala Muda. Ini memang dulu telah

diberi LPS dan yang lain tidak. Pada tahun 2013, bila ada sedikit pencerobohan kami telah ambil tindakan dan putar balik pada tahun 2014. Kami buat pemantauan yang begitu rapat.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Saya cuma minta kawasan hutan api-api di kawasan Teluk Ayer Tawar ini

dan juga di kawasan Kuala Bekah ini di semak kembali sama ada dia mendapat kelulusan atau tidak kerana kerja-kerja penebangan pokok itu sedang berlaku sekarang ini.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Itu cerita banyak lama, cerita banyak lama itu pada tahun 2013 bila ada

orang menceroboh sedikit kami telah mengambil tindakan. Pihak Berkuasa Tempatan termasuk dengan Pejabat Daerah telah ambil tindakan dan untuk di

Bagan Belat sampai sana memang tidak ada pencerobohan. Jika ada apa-apa maklumat panjangkan pada saya.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Dato’ Ketua Pembangkang, yang ini saya sokong. Tentang tindakan di kawasan paya bakau. Walaupun dia terlibat dalam kawasan lingkungan ZIA, dia

tidak boleh, kalau ada pencerobohan saya minta diambil tindakan sebab apa yang kita faham, ZIA tidak boleh dimulakan sebelum DEIA ataupun EIA dia lulus. So memang kita nampak ada pihak-pihak yang cuba menebang pokok-pokok bakau.

Bukan sahaja di kawasan ini, di banyak kawasan di Seberang Perai khususnya, saya minta diambil tindakan kalau ada pencerobohan sedemikian. Itu pandangan

saya.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Sekejab ya pun, ada pencerobohan sekarang ini macam for example di

Hutan Pelajaran Air Hitam tapi maknanya MBPP dah ambil tindakan tapi syarikat dah bayar fine. Saya nak minta kalau Kerajaan Negeri ada undang-undang yang

lebih ketat macam sekarang kita dari segi akta saya juga ada hantar soalan kita dari segi akta kita ada undang-undang against tambakan haram walaupun tanah first gred iaitu lima (5) tahun penjara dan RM50,000 fine dan juga dua (2) tahun

penjara dan RM500,000 fine tapi setakat ni saya tak ada kes-kes yang kita

70

kenakan hukuman seberat ini supaya ia dapat mencegah daripada kegiatan tambakan ini dibuat sebab kalau tambakan paya bakau ini memang kesan dia bagi

saya sangat impak kepada environment dan juga kepada rumah-rumah yang dibina atas seperti yang saya katakan tadi apa yang berlaku di Penanti.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Okey, terima kasih Penanti. Harap perkara yang dibangkitkan akan dilihat bagi diambil tindakan oleh pihak Kerajaan Negeri. Seterusnya isu-isu yang

berkaitan dengan…(gangguan).

Seterusnya isu-isu yang berkaitan dengan pentadbiran Kerajaan Negeri,

kalau tidak ada celahan kita akan cepat. Pertama isu penjualan rumah kepada warga asing. Isu ini bersangkutan dengan kes perkara yang berkaitan keputusan yang dibuat di peringkat Kerajaan Pusat. Cuma saya nak tanya soalan tambahan,

penjelasan daripada pihak EXCO, di Pulau Pinang ini berapa banyakkah rumah yang sedemikian yang tidak dapat di jual oleh pihak swasta ini yang bernilai RM1.0

juta ke atas yang sekarang ini diturunkan kepada RM600,000. Mohon disenaraikan berapa banyak yang belum terjual dan diturunkan harga dan adakah Kerajaan Negeri berhasrat menurunkan rumah yang berharga RM500,000 contohnya

kepada RM250,000 untuk yang tak terjual juga tapi harga dia RM500 ribu. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat nak kurangkan harga itu untuk diberikan kepada

mereka yang masih belum memiliki rumah di kawasan di Negeri Pulau Pinang.

Keduanya isu golongan pembeli rumah yang tak mampu langsung tak

mampu. Dia cuma boleh sertai skim sewaan ataupun rent to own….(dengan izin) jadi kalau boleh kita tambahkan saya cadangkan supaya ditambahkan rumah yang sebegini yang rent to own yang sewa beli. Dalam bajet saya rasa memang

dimasukkan 1,000 sahaja. 1,000 unit akan dibuat untuk rent to own kalau boleh ditambahkan bukan hanya sekadar 1,000, tapi mungkin ada lagi rumah-rumah

lain yang kita boleh buat skim ini. Kerana skim ini akan boleh membantu pembeli-pembeli rumah yang tidak ada bank statement dan sebagainya, slip gaji dan sebagainya tapi dia boleh membayar sewaan pada setiap bulan.

Seterusnya isu yang berkaitan dengan pembangunan Bukit Bendera, saya ucapkan tahniah kepada Pulau Pinang kerana mendapat peruntukan yang begitu

besar RM100 juta untuk pembangunan Bukit Bendera. Satu peruntukan satu allocation yang begitu tinggi dalam bajet Negeri Pulau Pinang pun tidak ada peruntukan yang sebanyak itu diberi pada mana-mana RM100 juta. Cuma saya

nak minta penjelasan di sini sebab apa yang saya nampak di Bukit Bendera itu pembangunannya akan dibuat oleh Perbadanan Bukit Bendera dan juga Habitat

satu syarikat swasta. Saya cuma risaukan pembangunan RM100 juta ini akan lebih menguntungkan syarikat swasta. Dia untunglah dia tidak payah keluar apa dapat satu peruntukan yang berkaitan dengan pembangunan Bukit Bendera ini dan dia

akan untung dari segi dapat kelebihan dari segi pembangunan ini. Sedangkan peruntukan yang besar itu mungkin boleh diberikan kepada lebih ramai lagi orang

selain daripada syarikat swasta ini.

Ketiga, seterusnya tentang isu tol Sungai Nyior. Jadi isu tol ini telah di sebut banyak kali dalam Sidang DUN yang lepas supaya dikecualikan daripada tol. Sebab

dulu pun pernah dalam PRU yang lepas-lepas yang lama-lama di sebut akan dimansuhkan tol di kawasan Sungai Nyior tapi masih lagi ada dan ditingkatkan

lagi sekarang ini RM1.50. Jadi kalau boleh tengoklah RM1.20 kalau boleh kita

71

tengok balik kaji balik supaya tol ini dimansuhkan. Satu (1) tol sahaja sikit sahaja tu, dimansuhkan tol Sungai Nyior RM1.20 supaya memberi satu kelegaan kepada

masyarakat yang menggunakan jalan tersebut.

Dan isu seterusnya tentang zoning. Ternakan ikan dalam sangkar

merupakan satu industri yang menyumbang begitu banyak kepada pendapatan ataupun ekonomi di Negeri Pulau Pinang. Sebanyak 23,380 metrik tan ikan dalam sangkar dengan nilai RM510 juta telah dihasilkan pada tahun 2017. Cuma apa

yang saya nak penjelasan supaya projek ternakan ikan dalam sangkar ini perlu diluaskan zonnya sekarang ada lima (5) zon. Lima (5) kawasan di lima (5) daerah

ini setiap daerah ada zon dia di Timur Laut di kawasan Pantai Jelutong dan sebagainya dan juga di kawasan-kawasan lain. Kalau boleh zoning ini diperluaskan supaya industri ini dapat diperkembangkan dan memberikan hasil dan pendapatan

yang lebih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan juga masyarakat yang mengusahakan industri ternakan ikan dalam sangkar.

Okey, saya ingat itu dari segi perkara yang berkaitan dengan isu-isu di Negeri Pulau Pinang. Sebelum saya terlupa saya nak sentuh juga isu, isu tentang komik. Komik yang telah menjadi isu besar sekarang ini. Isu komik daripada Isnin

21 Oktober isu ini telah tersebar ataupun telah diviralkan berkaitan dengan pameran komik bertajuk ‘Inisiatif Jalur Dan Jalar Untuk Manfaat Bersama’.

Ahli Kawasan KOMTAR (YB. Teh Lai Heng):

Dato’ Yang di-Pertua, komik dalam court kes so adakah sesuai untuk

dibangkitkan di sini?

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Ada court kes bukan rampas.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Sungai Dua kalau di mahkamah itu prejudis kalau kita bincang di sini. So

saya minta kita jangan bangkit isu komik di sini.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Cuma saya nak bangkitkan dari segi penglibatan sahaja tapi tak payah

bangkit. Penglibatan Kerajaan Negeri dalam isu ini dalam isu komik kalau tak ada penglibatan tak apa. Kita nak penjelasan ada tak penglibatan Kerajaan Negeri

sebab di banner itu tulis PYDC Strategies maknanya bajet tu turun daripada pihak Kerajaan Negeri untuk komik ini dan komik ini telah diambil tindakan oleh pihak KDN dan memang ada masalah dari segi fakta-fakta yang ada dalam komik

tersebut yang telah pun dan akan dipanjangkan ke sekolah-sekolah ini menimbulkan masalah. Kalau boleh diperjelaskan juga kalau ada ruang.

Okey, seterusnya tentang penjelasan soalan bertulis sedikit. Pertama tentang pembinaan rumah PPR saya dah sebut tadi akan dibuat dirancangkan di lima (5) di setiap daerah dan jawapan daripada pihak Kerajaan Pusat. Pihak

Kerajaan Pusat tidak akan melaksanakan pembinaan rumah PPR sebaliknya kawasan ini akan dibangunkan dengan rumah mampu milik RM90,000 ke

RM300,000. Jadi kalau boleh Kerajaan Negeri melihat untuk membina rumah PPR

72

ini. Sebab hanya rumah PPR inilah mampu untuk memberi kelonggaran dan juga ruang kepada penduduk yang tidak mampu untuk tidak mampu langsung untuk

membeli rumah. Dia perlukan rumah PPR, jadi kena fikirkan rancang untuk membina rumah PPR bagi pihak Kerajaan Negeri.

Ternakan khinzir saya dah sebut, cuma yang menjadi masalah bagi kita ternakan khinzir ini kalau boleh jawapan telah diberi kalau boleh penguatkuasaan dari segi ladang tertutup ini perlu disegerakan. Habis setahun ini tamat lepas itu

kita akan ambil tindakan bagi ladang-ladang ternakan khinzir yang tidak memohon kita ada tindakan yang perlu diambil sama ada diberhentikan dan

sebagainya dan bagi yang setuju untuk ladang tertutup kita teruskan dengan pembinaan ladang tertutup. Tentang isu tanda halal.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Belum lagi, ingat kot last sekali komik tadi.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Isu tanda halal bagi premis makanan dan juga syarikat penghantaran makanan. Terdapat premis makanan yang mempamerkan tanda halal yang tidak sah. Dalam soalan bertulis saya diberi jawapan bahawa bidang kuasa

penguatkuasaan di bawah KPDNHEP dan juga Jabatan Agama. Dan saya nampak kekuatan penguatkuasaan ini mungkin tidak mampu, tidak mencukupi untuk

melihat semua kedai-kedai makan, kedai-kedai makanan yang perlu pergi buat pemeriksaan secara teliti dari segi halal makanannya, dari segi penggunaan

minyak dan sebagainya. Itu perlu dilihat. Kalau setakat pergi di luar saja kita tak nampak. Kita kena pergi sampai ke dalam tempat memasaknya dan sebagainya baru kita nampak tentang halal dan tak halal ni. Ini perlu diberi perhatian oleh

pihak jabatan dan juga pihak KPDNKK kerana dia berkaitan dengan makanan kepada umat Islam yang makan makanan yang tidak halal ini, begitu juga dengan

syarikat penghantaran makanan yang memasukkan senarai syarikat-syarikat yang bukan Islam, yang namanya Islam sebagai salah satu syarikat dalam penghantaran. Orang Islam yang order makanan ni, dia tak tau pun kedai tu tak

halal. Dan dia order. Bila dia order, kedai tu rupanya, kedai yang masakan yang bercampur. Situlah masak masakan lain, campur dengan makanan yang halal.

Jadi ini perlu diberi perhatian kepada syarikat penghantaran ni dan juga senarai-senarai kedai yang ada. Halal ke tidak halal, maknanya dia kena masukkan dalam tu makanan yang halal sekian-sekian. Dan kita kena check senarai syarikat kedai

makan yang dalam senarai tu. Orang yang order ni dia tak tau. Dia order saja. Bila order, orang yang hantar tu dia tau. Dia ambil di kedai mana. Kalau yang

hantar tu dia bagitau dekat orang yang order makanan tu okay. Setengah tu dia tak bagitau. Ayam goreng kedai sekian-sekian, ayam tak tau la sama ada, ni dari segi orang Islam lah, sembelih ataupun tidak. Ini menimbulkan masalah.

Satu lagi tentang isu Buy Muslim First. Ini juga isu yang begitu panas berkaitan dengan Agama Islam. Program ini kadang-kadang menimbulkan satu

prasangka yang tidak, tidak begitu baik. Disebut bahawa orang Islam akan memboikot kedai-kedai lain. Saya rasa itu satu kenyataan yang tidak begitu tepat kerana Buy Muslim Product First adalah merupakan satu cara untuk kita

mengutamakan barang-barang Muslim khasnya makanan, khasnya barang-barang makan, industri makanan, barang-barang kuih dan sebagainya yang

berasaskan makanan, kita Buy Muslim Product First. Macam contohnya, kilang-

73

kilang dia nak ambil pekerja, dia tulis dalam iklan dia, keutamaan akan diberikan kepada yang boleh berbahasa Mandarin, contoh. Bahasa Mandarin ataupun boleh

berbahasa Inggeris. Itu keutamaan. Dari segi ini juga, BMF ini merupakan keutamaan. Kita jangan salah tafsir. Kita tak sebut kata nak boikot dan

sebagainya. Tu bukan masalah memboikot. Kita masih lagi membeli barang-barang yang di kedai-kedai biasa dan sebagainya. Cuma barang-barang Muslim Product maknanya pengeluaran. Maknanya industri Muslim, industri daripada

orang Muslim. Itu yang diberi keutamaan, Buy Product Muslim First.

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Nak tanya.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Ya.

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Soalan. Boleh?

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Boleh, boleh.

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Okey, terima kasihlah. Isu ini kontroversi beli barangan dihasilkan oleh orang Islam. Ini cuma bukan isu apa ni, benda makanan saja. Tapi sekarang ini

barang-barang pembuatan ini, dia ada telah melalui proses yang panjang. Apabila kita pun tidak tau siapa yang hasilkan? Islam ke bukan Islam. So macam mana

jawab apa ni Ketua Pembangkang, macam mana menentukan siapa yang sebenarnya hasilkan dari segi permulaan atau pada peringkat akhir saja? Siapa? Kita ambil kilang, dia proses ini. Kilang ini mungkin katakan contoh ni dimiliki oleh

bukan Islam. Majoriti pekerja adalah orang Islam. Dia beli barang, sumber-sumber ini asli ka, kemudian dia proses, akhir sekali dia buat buatan dengan apa

ni barang akhir sekali mungkin adalah benda apa tu manufacture item. So mana kita mahu tentukan, adakah ini buatan Islam atau bukan Islam. Macam mana?

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Okey, terima kasih Perai. Bagi menentukan produk tu Islam ataupun tidak, maknanya setiap produk yang diusahakan oleh orang Islam, makananlah,

makanan, khususnya makanan. Yang bukan makanan ni kita tak beri perhatian yang pentingnya makanan. Perlu mendapat sama ada kelulusan JAKIM ataupun pihak Jabatan Agama Islam dalam isu halal ni. Makna kena ada

permohonan kecuali yang masak di kampung-kampung kecil-kecil tu tak termasuklah. Yang ada industri kecil industri yang agak besar perlu ada certificate

daripada JAKIM. Itu yang saya nampak perlu ada lah. Kalau perusahaan tu selalunya makanan ni dia akan buat daripada mula, mungkin bahan lah, bahan mentah tu kita mungkin ambil daripada tempat-tempat lain. Tapi dalam usaha

untuk melaksanakan memasak dan sebagainya adalah merupakan dibuat oleh orang Islam…(gangguan).

74

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

Dato’ Ketua Pembangkang, saya pun ingin mencelah. Saya nak tanya

penjelasan sikit. Kalau begitu, katakan banyak restaurant, chain, fast food restaurant di Malaysia seperti Kenny Rogers, McDonalds’, dimiliki oleh satu

syarikat corporate, I think, if I’m not mistaken Tan Sri Vincent Tan. Dia seorang, bukan Muslim. Tetapi yang kerja di restoran dia semua from A to Z, saya pergi, most of the time, A to Z adalah orang Muslim. Tetapi pemiliknya bukan

seorang yang beragama Islam. So, bermakna kalau saya ikut hujah, hujahan Dato’ Ketua Pembangkang, dia lebih kepada makanan yang halal. Saya setuju. Itu

adalah hak dan industri halal itu sendiri besar. Saya setuju. Tetapi bagaimana yang kes ini dikatakan Buy Muslim First, kalau restoran besar yang chain restaurant itu dimiliki oleh seorang yang bukan Islam. Bila kita cakap boikot this

kind of brands, apa akan jadi kepada kebajikan mereka yang kerja dalam restoran-restoran sebegini? Hampir 90% adalah orang Islam yang bekerja dengan

syarikat-syarikat begini. Bagaimana pula dengan nasib mereka bila ada, there is a call for the boycott of these brands? Itu pertanyaan saya kepada Dato’ Ketua Pembangkang.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Okey, terima kasih. Dari segi syarikat-syarikat besar ni, ada syarikat yang

ada certificate halal tu. Bukan semua yang tak ada. KFC ada, McDonald’s juga ada, cuma ada isu-isu yang dibangkitkan berkaitan dengan pemilikan lah,

pemilikan syarikat mungkin daripada pihak-pihak tertentu yang mungkin akan

Ahli Kawasan Bayan Lepas (YB. Azrul Mahathir Bin Aziz):

Minta laluan. Okey, terima kasih Dato’. Setuju tak kalau saya punya

pandangan kita tukarkan daripada BMF tu Buy Muslim First, kita tukar kepada Buy Halal First. Saya rasa lebih molek lagi.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

Okey, okey. Yang tu terpulang. Saya tak ada masalah sebab kita nak makanan yang halal, Halalan Toyyiban, halal dan bersih, suci. So okey.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman):

Saya mohon mencelah. Untuk kempen BMF ni, saya rasa kita bukan

memboikot barang-barang ataupun produk-produk yang dikeluarkan oleh bukan Islam. Maksudnya seperti mana yang disebut oleh Bagan Dalam tadi, ia lebih kepada memperuntukkan ataupun daripada mana-mana produk yang dikeluarkan

oleh syarikat Muslim. Itu kita kempen untuk orang Islam beri keutamaan untuk membeli barangan-barangan daripada pengusaha-pengusaha Muslim. Jadi kita

tidak memboikot mana-mana syarikat macam KFC ataupun mana-mana syarikat-syarikat yang dimiliki oleh bukan Islam tetapi ianya halal, boleh makan, boleh beli, boleh seperti biasa.

Tetapi keutamaan diberikan kepada pengusaha-pengusaha Islam yang mana sebagai seorang Melayu Islam, Muslim menyokong pengusaha-pengusaha

yang menjalankan perniagaan seperti ini. Jadi kempen BMF ini tidak menolak ataupun tidak menidakkan keputusan mana-mana pengguna untuk membeli

75

daripada barangan ataupun produk yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat bukan Islam asalkan ianya halal. Terpulanglah nak makan macam biasa tetapi

keutamaan itu diberi lebih kepada menyokong syarikat-syarikat, pengusaha-pengusaha Muslim yang mengeluarkan produk-produk halal ini. Jadi kalau pun

tadi kita ada syarikat memang dah banyak dah, memang bertapak lama di Malaysia ini, jalankanlah perniagaan seperti biasa. Jadi kita tidak menghalang orang Muslim ini nak menggunakan ataupun nak membeli produk tersebut asalkan

kita tahu ianya dah ada certificate halal. Proceed lah macam biasa. Jadi yang kita sokong untuk BMF ini adalah untuk memastikan orang Melayu, Bumiputera Islam

ini menyokong pengusaha-pengusaha ataupun peniaga-peniaga yang mengeluarkan produk Muslim. Itu sahaja. Kita tak ada sebarang kempen no, tak payah beli yang bukan Muslim punya produk. No, tak ada. Maksudnya memberi

keutamaan dan menyokong pengusaha Bumiputera yang menjalankan perniagaan Muslim. Itu sahaja yang saya rasa. Terima kasih.

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Mulakan dengan boikot kemudian tukar kepada beli dengan, ini siapa idea? PAS ke UMNO? Mana? Itu saya nak tanya. Siapa punya idea ini?

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman):

Saya jawab saya rasa Ketua Pembangkang.

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Siapa punya idea? Saya cuba bagi kredit kepada orang ini… (gangguan).

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman):

Okey, Yang Berhormat Perai. Saya yakin ini adalah kumpulan bumiputera Islam yang memberi keutamaan, NGO yang memberi keutamaan untuk

membantu. Bukan PAS, bukan UMNO atau mana-mana pihak daripada Barisan Pembangkang tetapi NGO-NGO Muslim yang memberikan sokongan kepada

pengusaha-pengusaha ataupun peniaga-peniaga yang mengeluarkan produk-produk Muslim daripada kalangan orang Islam. Kita tak boikot. Barisan Pembangkang pun tak boikot sebarang penggunaan daripada produk-produk

keluaran bukan Islam, bukan Muslim. Tapi sekadar sokongan untuk memberi kekuatan kepada pengusaha-pengusaha Bumiputera Muslim sebagai sokongan

untuk tambahan. Sebab yang lain-lain tu produk dah kita tengok majoriti di Malaysia ini memang daripada bukan Islam banyak pemilik-pemiliknya. Dan saya tak menafikan pekerja-pekerjanya 99% adalah Muslim, yang mengendalikan

syarikat-syarikat pengedali makanan pun memang majoriti pengusaha dan pekerjanya adalah orang-orang Islam, supaya ciri-ciri certificate halal itu dipenuhi

dan tiada rasa syak daripada orang Islam untuk makan ataupun menggunakan produk tersebut. Itu sahaja.

Ahli Kawasan Seri Delima (YB. Syerleena Binti Abdul Rashid):

Ingin mohon mencelah. Terima kasih. Saya cuma nak tambah sikitlah memandangkan Malaysia negara kita ni, negara yang majmuk dengan 31.62 juta

penduduk ya. Saya rasa benda yang paling penting ini perlu kita utamakan adalah sepertimana yang telah dijelaskan oleh Yang Berhormat Pantai Jerejak. Baru-

76

baru ini menyatakan bahawa kita perlu ya mengutamakan produk Malaysia. Jadi, itulah yang pentingnya.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman):

Dato’ Yang di-Pertua, saya tambah. Saya rasa, itu bukan sekadar.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Kita dua faham tau.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman):

Ya, ya.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Pembangkang kata tak boikot. Okey. Sudah.

Ahli Kawasan Permatang Berangan (YB. Nor Hafizah Binti Othman):

Tak boikot.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Kita bagi Sungai Dua.

Ahli Kawasan Bagan Dalam (YB. Satees A/L Muniandy):

PAS cakap boikot.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Lagi dua tiga minit saja saya bagi Sungai Dua. Saya ingat you dah ambil masa 3 jam 3 minit dah Ketua Pembangkang.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato' Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor):

So, saya percepatkanlah. Tentang isu-isu lain, saya rasa dah selesai

disebut. Cuma tentang masalah PAC. Isu PAC untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan dan Ahli-Ahli dewan, saya sebagai pengerusi dan juga ahli jawatankuasa PAC telah membincangkan lebih kurang 10 perkara dalam PAC dan

mengeluarkan dua risalah untuk diambil tindakan.

Dan selainnya teguran kepada anak syarikat dan juga agensi-agensi yang

berkaitan. Cuma kita harap 10 perkara ini dapat perhatian kepada Kerajaan Negeri, untuk perlaksanaan dan juga penguatkuasaan. Kalau sekadar diberi teguran, tapi tidak dilaksanakan maka ianya tidak akan memberi kesan diatas apa

teguran yang kita buat. Antaranya isu:

(i) Tambakan tanah sawah,

(ii) Kebanjiran warga asing dalam menjalankan perniagaan,

(iii) Pengurusan anak syarikat PDC (PDC Setia Urus),

77

(iv) Pengurusan Kewangan dan Tender (GWHSB),

(v) Pengurusan Kewangan dan Tender oleh Penang Global Tourism,

(vi) Lesen Pendudukan Sementara,

(vii) Pembangunan Tanah Milik dan Seliaan CMI,

(viii) Projek Pembesaran Empangan Mengkuang,

(ix) Tindakan keatas pegawai yang menguruskan kuarters,

(x) Tanah dan hotel dibawah seliaan CMI; dan

(xi) Perbadanan Bukit Bendera

Ini 10 perkara yang dah kita bincang diperingkat PAC, dan banyak

keputusan yang kita buat, teguran-teguran ini perlu diberi perhatian oleh pihak yang terlibat. Pihak Kerajaan Negeri dan juga pentadbiran, supaya teguran kita memberi kesan dan juga memberi impak kepada apa yang telah dan akan

berlaku.

Dan akhir sekali saya nak sentuh tentang isu-isu dalam kawasan Sungai

Dua, dan mungkin ada perkara yang saya ulang kembali daripada yang lepas.

Pertama isu tanah perkuburan, saya minta tolong sangat tanah perkuburan ni menjadi isu yang begitu kritikal di kawasan Sungai Dua. Di kawasan Masjid

Abdul Rashid dan juga kawasan Pekan Sungai Dua, di kawasan Sungai Lokan banyak lagi tempat termasuk di kawasan mungkin ada di kawasan-kawasan yang

lain. Supaya benda ini menjadi perhatian, macam mana kita nak selesaikan masalah. Tanah perkuburan berpusat tidak akan menyelesaikan masalah, ia akan

menimbulkan lebih banyak masalah di kawasan.

Kedua, tentang isu projek RTB. Saya mohon dimasukkan kawasan sebelah Tasek Gelugor dan juga Sungai Dua, untuk tujuan Tebatan Banjir supaya isu banjir

boleh diselesaikan secara total.

Ketiga, tentang isu musuh tanaman, babi dan juga kera. Babi hutan masih

lagi banyak di kawasan Sungai Dua, Tasek Gelugor dan juga di kawasan-kawasan lain. Penaga pun ada, kawasan sebelah Bakau Tua. Terlampau banyak babi hutan, dan juga kera-kera ini telah mengganggu masyarakat, merosakkan

tanaman dan sebagainya. Tindakan yang begitu berkesan, tak dapat dibuat sehingga kini. Tembak dan sebagainya, pasang perangkat masih belum selesai

masalah, sehingga jadi kes di kawasan Padang Cempedak, babi itu menyerang penduduk di kawasan.

Ketiganya isu penagihan dadah. Kita melihat bahawa Pulau Pinang menjadi

tempat penangkapan dadah yang begitu besar di Pulau Pinang. Baru ni billion nilai dia, jadi kita minta penglibatan juga daripada pihak penguatkuasaan ataupun

Kerajaan Negeri, bagaimana kita nak selesaikan isu penagihan dan juga pengedaran dadah yang begitu membimbangkan. Termasuklah kita ibu bapa ni risau, di sekolah-sekolah dah mula terbabit dengan dadah sintetik yang baru ni,

ais dan sebagainya sebab mudah diperolehi dalam pasaran di semua peringkat. Dan ada pengedar pun di sekolah dan ada penagih pun di sekolah bila

78

pihak AADK check urine test di sekolah, memang ada penagih-penagih dikalangan pelajar.

Seterusnya tentang projek pembinaan masjid Sungai Lokan. Orang Sungai Lokan peringat kat saya, tolong habaq dekat TKM I, Pinang Tunggal pasai dah pi

tengok tapak tu dah. Tentang pembinaan masjid Sungai Lokan yang dalam keadaan tidak selamat, dia bangunan yang tak selamat dah. Sudah retak dia punya tiang, baru diperbaiki tapi tak begitu tahan lama. Jadi perlu dibuat baru,

InsyaAllah kalau boleh diberi perhatian tentang masjid Sungai Lokan. Kompleks Sukan di Tasek Gelugor yang telah pun diluluskan, tapi masih belum dilaksanakan

masih belum dapat kelulusan perlaksanaan dan juga gelanggang futsal di kawasan Sungai Dua.

Dah pi tengok dah dengan Bagan Jermal dan juga tentang isu kesesakan di

kawasan Sungai Dua. Masih lagi berlaku pagi dan juga petang. Masih belum ada penyelesaian untuk kita selesaikan isu kesesakan, sampai ke highway itu memang

jalan itu sesak dan jem terlampau teruk, sehingga menyebabkan menjejaskan perjalanan. Bila buat divider tengah tu lagi masalah, lagi jem. Timbul lagi masalah. Jadi, saya rasa itu dua tiga perkara tentang Sungai Dua.

Jadi, saya amat berterima kasih kepada semua pihak. Kepada pihak jabatan dan juga agensi yang telah, walaupun dalam keadaan sekarang banyak

membantu saya dalam melaksanakan tugas, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Diperingkat kawasan Sungai Dua, saya ucapkan terima kasih juga

kepada rakan-rakan Ahli Yang Berhormat yang memberi satu pandangan yang baik, kadang-kadang sembang untuk kita selesaikan masalah secara yang apa yang terbaiklah dalam menyelesaikan masalah.

Terima kasih banyak kepada Dato’ Farizan juga, kawan lama saya. Dia saya kenai dia masa DO, CADO di Kepala Batas di Seberang Perai Utara. Start

kenal masa tahun 90an, awai 90an sehinggalah ke sekarang, InsyaAllah. Terima kasih banyak diatas jasa yang telah diberikan di peringkat Negeri Pulau Pinang. Terima kasih kepada semua, saya minta maaf kalau ada salah silap dalam

perbentangan dan saya sudahi dengan Assalammualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Terima kasih Ketua Pembangkang. Yang Berhormat Sungai Dua, yang telah berbahas selama 3 jam 12 minit. Dan saya juga nak buat peringatan kepada

semua Yang Berhormat-Yang Berhormat di sini, tolong pastikan ucapan perbahasan kamu hanya adalah 30 minit. Sekian, terima kasih. Dipersilakan

Yang Berhormat Pantai Jerejak.

Ahli Kawasan Pantai Jerejak (YB. Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail):

Bismillah. Assalammualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh. Selamat petang. (bacaan doa)

Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2020. Saya mulakan dengan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Berhormat

79

Padang Kota, dan sekelian barisan pentadbir yang telah berjaya membentangkan satu Belanjawan yang pada saya, saya sifatkan sangat komprehensif, yang

mencakupi pelbagai perkara, tetapi berdiri diatas paksi yang membentuk Pulau Pinang 2030. Saya juga mendengar dengan teliti perbahasan rakan saya Ketua

Pembangkang yang mengambil masa yang begitu panjang dan itu memberikan saya satu ilham. Selama kurang lebih 20 tahun dalam Barisan Pembangkang, kita tidak pernah tertinggal membentangkan Belanjawan Alternatif di peringkat

Persekutuan. Saya tahu bahawa kerja untuk menggubal satu Belanjawan itu sangat rumit, ia membabitkan angka, data dan anggaran hasil ke mana

dibelanjakan dan sebagainya.

Jadi, alangkah baiknya kalau rakan-rakan kita Ahli Pembangkang yang berada dalam Dewan ini untuk tahun depan, kalau dapat dirangka satu

Belanjawan Alternatif Pulau Pinang, saya percaya rakan-rakan saya dalam PAS ramai para ahli ekonomi, cerdikiawan begitu juga dalam UMNO. Ketua

Pembangkang ada pengalaman lama dalam Dewan. Berbahas tiga (3) jam satu yang luar biasa tapi, dia akan jadi lebih menarik kalau barangkali dua tiga hari sebelum Padang Kota bentangkan Belanjawan, wakil-wakil pembangkang boleh

juga bentangkan, ini adalah Belanjawan Alternatif Pulau Pinang, mulakan pada tahun 2021 nanti.

Saya nak usulkan begitu. Jadi, kesannya adalah sebahagian besar daripada intipati ucapan boleh dijuruskan kepada strategi Belanjawan. Dan itu akan

memberikan satu panduan dan maklum balas yang juga berguna untuk Kerajaan Negeri secara polisinya. Tunjukkan Dasar Membantu Rakyat Miskin oleh Pembangkang Pulau Pinang, tunjukkan Dasar Pertaniannya, tunjukkan Dasar

ITnya, tunjukkan Dasar Perumahannya.

Jadi, itu akan memberi peluang kepada rakyat Pulau Pinang untuk

bertembung dari sudut melihat pertembungan dari segi Dasar. Itu akan menjadikan iklim politik Pulau Pinang, terutamanya akan menjadi lebih matang. Saya sarankan begitu.

Dato’ Yang di-Pertua, saya memilih untuk memulakan dengan membangkitkan dua tiga perkara berkaitan dengan DUN Pantai Jerejak. Saya

ucapkan terima kasih, kerana melalui peruntukan di bawah Caruman Perparitan Negeri, DUN Pantai Jerejak yang sejak 10, 12 tahun lepas seringkali mengalami banjir, telah berjaya mendapat peruntukan sebesar RM20.2 juta untuk Rancangan

Tebatan Banjir Bayan Baru. Dan ini sudah tentu akan bila siap nanti, memberikan satu kelegaan yang bukan sedikit kepada lebih 20,000 isu rumah dan 15,000

pengguna jalan raya di sekitar Bayan Baru.

Projek ini telah pun bermula Oktober 2018, kalau mengikut jangkaan tarikh siapnya adalah pada Oktober 2020. Namun setakat 31 Oktober 2019, progres

atau kemajuannya cuma mencapai 15%. Dan kemajuan ini saya anggap sangat perlahan dan membimbangkan. Antara lain yang menyumbang kepada

kelambatan ini adalah kerana laluan pelaksanaan projek ini, ikut melibatkan sedikit sebanyak proses ubah apa nama, beberapa batang pokok. 54 pokok dan kita kena potong, 24 semua itu telah dikenalpasti.

Jadi, saya fikir di sini barangkali Majlis Bandaraya Pulau Pinang dapat memberikan maklum balas yang lebih cekap, saya rayu ketika kita hendak menuju

ke arah negeri hijau penting dalam pemeliharaan pokok tapi kalau itu

80

membabitkan laluan satu projek yang boleh memberikan keuntungan yang lebih besar, manfaat kepada masyarakat, saya fikir pertimbangan itu adalah memilih

manfaat lebih besar. Jadi itu saya harap mendapat perhatian khususnya kepada Majlis Bandaraya.

Dato’ Yang di-Pertua, Caruman Perparitan Negeri ini bukan sekadar untuk membiayai Rancangan Tebatan Banjir saya dapati bahawa keadaan di DUN Pantai Jerejak ini dia punya spesifikasi atau piawaian longkang dia piawaian 30 tahun

dulu. Jadi dengan kadang-kadang masalah penyelenggaraan yang tidak begitu cantik ataupun tidak begitu kemas apabila hujan turun dengan kapasiti yang tinggi

itu akan menyebabkan banjir. Apakah mungkin caruman perparitan negeri ini dapat juga digunakan terutama untuk menaik taraf longkang atau parit di kawasan saya secara khusus Taman Perumahan Mayang Pasir, Kampung Jawa,

Pantai Jerejak dan Mahsuri. Ini di antara kawasan-kawasan saya yang agak hotspot dan ianya banyak di sumbangkan oleh keadaan penyelenggaraan

longkang dan juga piawaian yang sudah pun melepasi tempoh yang sewajarnya kalau mengikut standard kemajuan yang ada di kawasan itu.

Saya hendak ambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada Jabatan

Pengairan dan Saliran kerana ikut memasukkan dalam perancangan bagi peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 bagi Projek Tebatan Banjir di

Sunga Dua Batu Uban walaupun kawasan sahabat saya Batu Uban tetapi manfaatnya juga akan ikut dirasai oleh pengundi atau penduduk di kawasan Pantai

Jerejak.

Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada satu lagi isu iaitu sistem ataupun projek naik taraf sistem pembentungan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan

(JPP). Projek ini memang berada di tengah-tengah DUN Pantai Jerejak dengan nilai projek RM171 juta dengan lima (5) jajaran di sekitar bahagian selatan pulau

dan tiga (3) jajaran adalah di bawah kawasan saya termasuk loji rawatan kumbahan. Saya turun meninjau kemajuan projek ini telah beberapa kali dilanjutkan tempoh. Kemudian kesesakan itu luar biasa terutama masa puncak

dan ini merimaskan penduduk perlu ada kesabaran yang tinggi untuk menempuh keadaan ini dalam satu tempoh masa yang agak lama apa lagi kerana antara

punca yang menyumbang kepadanya adalah kerana kita tidak mempunyai satu maklumat yang tepat tentang isu kemudahan utiliti bawah tanah. Ini selalu yang menyumbang kepada kelambatan sesuatu tarikh kemajuan atau persiapan satu

projek kerana tiada satu maklumat atau data yang tepat pemetaan atau mapping bagi menentukan di mana lokasi kemudahan utiliti di bawah tanah itu sebab

apabila itu projek ini melibatkan kawasan yang membabitkan kedudukan utiliti maka terpaksa diubahsuai jajarannya dan ini yang berlaku pada projek ini.

Sekarang kita menerima cadangan daripada JKR supaya satu jajaran

diubahsuai ke kawasan lain dan bila jajaran diubah ke kawasan lain ia membabitkan penambahan kos sebanyak RM1.6 juta dan ini terpaksa dibuka pada

perolehan pula di peringkat kementerian dan ini sudah tentu memakan masa. Jadi saya juga mohon agar perkara ini dapat diberikan keutamaan kerana ini akan membantu melegakan masalah kesesakan di kawasan saya.

Dato' Yang di-Pertua, sememangnya kawasan Pantai Jerejak ini menerima limpahan kemajuan dan pembangunan kerana pandangan jauh Tun Dr. Lim Chong

Eu yang mendatangkan banyak program-program perindustrian dan melalui Penang Development Corporation ini cerita puluhan tahun yang lalu dan apabila

81

satu kawasan itu dibangunkan begitu atas nama program perindustrian maka banyak juga atau flat atau kawasan perumahan dibina maka Pantai Jerejak ini

padat dengan flat ada yang lima (5) tingkat, ada yang 12 tingkat kalau di Jalan Tengah itu ada 17 flat di Mayang Sari ada enam, di Mahsuri ada 25 jadi total saja

sudah 48. Jadi sekarang ini isunya ialah isu penyelenggaraan dan saya ucap terima kasih kerana PDC dengan formula 80:10:10 sedikit sebanyak dapat memberikan satu kelegaan terutama dalam membaiki tangki air, piping,

pendawaian dan sebagainya bahkan usaha untuk mengecat flat-flat yang dianggap uzur ini juga dilaksanakan. Saya ucapkan terima kasih dan saya juga

berharap formula ini dapat terus dikekalkan saya tahu kekangan kewangan kalau hanya ditumpukan kepada aspek penyelenggraan flat-flat lama namun selain daripada 48 yang saya sebut tadi ada 31 lagi flat di Mayang Pasir dan Mahsuri

juga berada dalam keadaan yang tidak berapa segaklah di pandang mata. Jadi ini memerlukan pembiayaan kerana di situlah diam golongan B40 di kawasan bandar

ini.

Dato’ Yang di-Pertua, Program Urban Regeneration….(dengan izin) dengan lima (5) point blok di Mahsuri telah dikenalpasti sebagai akan dilaksanakan projek

perintis. Namun saya dapati melalui engagement….(dengan izin) saya dengan penduduk terdapat kesamaran maklumat mereka hampir tidak ada sangat

maklumat tentang apa jadi pada status projek ini, bila hendak dibuat, komponen apa yang hendak dilaksanakan jadi ini akan sedikit sebanyak menimbulkan juga

masalah.

Dato' Yang di-Pertua, saya beralih kepada satu peruntukan yang secara relatifnya saya agak lumayan saya nampak iaitu peruntukan bajet 2020 sebesar

RM60.05 juta berbanding RM56.8 untuk peruntukan Hal Ehwal Islam. Saya ucapkan terima kasih syabas dan tahniah kepada YAB. Padang Kota perkara ini

tidak mudah ketika retorik politik di luar sana Islam terancam Melayu terabai semua masalah ini berpunca daripada satu parti sahaja. Jadi saya fikir komitmen ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri terus konsisten dalam bahasa lainnya

istiqamah dalam meningkatkan pembiayaan untuk Hal Ehwal Islam. Ini kalau kita plot graf pun tahun 2009 RM35.78, 2010 RM37.5 kalau kita kita tengok 2018

RM53 juta, 2019 RM56.8 2020 tambah lagi RM60.05. Ini adalah angka dan fakta angka dan fakta tidak boleh berbohong jadi step yang pertama mengaku dulu bahawa memang ada perhatian yang serius diberikan oleh Kerajaan Negeri dan

bukannya bermusim tetapi konsisten berterusan ini mengingatkan saya bahawa dalam kita berbeza pendapat soal politik ada seorang ilmuan Islam politik

namanya Allal al-Fassi. Allal al-Fassi dia kata dia memberi makna politik itu kepada tiga yang pertama, mengakui keadilan, kalau ada keadilan berlaku ditegakkan dilaksanakan tugas kita mengaku ada. Itu tugas yang pertama.

Keadaan ini bukan saja kalau pun pemerintah itu Muslim kena melakukan keadilan tapi kalau keadilan itu dilakukan oleh pemerintah bukan Muslim sekali pun maka

orang Islam dianjurkan supaya mengakui wujud dan pelaksananya keadilan. Itu step yang pertama.

Kedua, kata Allal al-Fassi berikan hak kepada yang berhak dan yang ketiga

mengurus tadbir kerajaan dengan baik. Saya fikir ini penting terutama kerana peruntukan yang besar ini tadi disebut oleh Ketua Pembangkang pencapaian

KAFA biasanya tiga tahun berturut-turut kedudukan yang teratas peperiksaan KAFA. Saya hendak sebut itu bukan berlaku by default….(dengan izin) sesungguhnya by design kerana ianya dirancang melalui sokongan peruntukan

jadi hampir 39,000 anak-anak orang Islam di Pulau Pinang yang belajar kelas

82

KAFA ini bila guru-gurunya dan keadaan pembelajarannya dengan dokongan Kerajaan Negeri maka itulah hasilnya.

Saya ingat yang ini harus kita akui dulu catat sebagai satu pengiktirafan bahawa dasar yang begitu jelas diikuti dengan pembiayaan peruntukan yang

sentiasa meningkat dan ini menjadikan Pulau Pinang ini unik sebab ketika retorika politik di luar melihat bagaimana semua permasalahan orang Melayu ini tidak ada parti lain bertanggungjawab melainkan DAP segala-galanya. Sehinggakan kalau

budak-budak Melayu paling ramai dadah salah DAP, Kedah kalah bola salah DAP, kalau boleh sampai itu keadaan menjadi sangat tidak masuk akal kadang-kadang.

Begitu saya hendak tengok yang menjadi kebimbangan saya begini negeri yang unik dan punya potensi yang cukup besar dari segi ekonomi penyumbang terbesar kepada GDP negara penduduknya pelbagai kaum maka hubungan orang

Muslim dengan non-Muslim sangat penting.

Kebimbangan saya begini kadang-kadang takrif yang sebenar tentang itu

kena hijack kena hijack. Bukan itu sebenarnya gambaran, saya ambil contoh saya ambil contoh, Saya tengah khatam buku ini The Higher Objective Of Humanity yang ditulis oleh Dr. Tareq Al-Suwaidah dan saya tertarik bila dia tulis begini ini

soal bagaimana hubungan antara Muslim dan non-Muslim. Dia tulis sini, dalam Sirah Tabaqat Ibn Sa'd, “It Is Mention In This Sirah Tabaqat Ibn Sa'd that when

a Christian delegation from Najran came to visit Madinah prophet Muhammad hosted them in his mosque and they perform the Christian service and prayers in

the prophet mosque”.

Dato' Yang di-Pertua, bayangkanlah kalau esok saya bersyarah kat luar Timbalan Ketua Menteri boleh host delegasi Buddha, Hindu, kristian di masjid

kiamat dunia. Cadangkan kalau kita hendak ikut the through teaching of Islam ikutlah contoh prophet dia tunjukkan nabi pesan apabila suatu itu dari urusan

dunia kamu maka kamu lebih mengetahuinya. Kalau urusan itu urusan dunia kamu kamu lebih mengetahuinya. Urusan hendak bentang belanjawan Pulau Pinang kamu lebih mengetahuinya. (Petikan ayat al Quran), kalau itu urusan

keduniaan kamu kamu lebih mengetahui. Namun apabila sesuatu itu dari urusan agama kamu maka rujuk aku kata nabi (Petikan ayat al Quran) rujuk aku dalam

soal hubungan Muslim dan bukan Muslim. Dalam Sirah Tabaqat Ibn Sa'd dia sebut dengan terang terima rombongan Kristian dari Najran nabi bukan sambut di pekan dalam masjid bukan sekadar itu delegasi ini perform dia Christian servicers and

prayer in prophet mosque. This is a through teaching of Islam tidak ada khilaf bab ini.

Namun kalau itu menjadi ambilan contoh kita, terutama dalam bukan saja negeri Malaysia seluruhnya suasana sekarang ianya suatu yang sukar kita bayangkan kalau kita tengok spektrum reaksi masyarakat kita akan tengok yang

paling kanan yang paling yang paling keras yang paling kiri yang paling lunak tidak ada yang garis tengah dan ini membimbangkan sebab itu dalam suasana

begini pun saya merasa sangat berbangga kerana Kerajaan Negeri terus konsistem meningkatkan peruntukan untuk Hal Ehwal Islam untuk rakyat Negeri Pulau Pinang. Saya harus ucapkan syabas dan tahniah.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga merasa berbangga dan merasa bersyukur kerana dalam pembentangan bajet, dalam teks setebal 47 muka surat ini tidak

ditinggalkan peri pentingnya Kerajaan Negeri mengambil tanggungjawab untuk

83

membina kekuatan sumber manusia. Ini kekuatan tambahan Pulau Pinang. Penting kerana zaman sudah berubah, punca revenue juga

berubah. Kalau ikut teori ekonomi klasik, sumber itu adalah tanah, buruh, apa lagi Penanti? Buruh, modal, sumber-sumber, kalau ikut teori ekonomi

klasik. Ekonomi tu kena ada tanah, modal, kena ada buruh, itu teori ekonomi klasik dan teori ekonomi klasik ini kata yang cekap menguruskan resources ini, sumber ini ada dua sahaja, kerajaan dan swasta. Dua saja.

Tuan Yang di-Pertua, swasta dan kerajaan. Kerajaan, dua dia sebut. Tapi saya nak bagitau dengan Perai, dia pensyarah saya dulu, saya nak bagitau. Pada

tahun 2009, ada seorang professor ekonomi, seorang perempuan, namanya Professor Dr. Elinor Ostrom, dia menang Nobel Peace Prize. Dia sanggah teori ekonomi klasik tu bila dia kata ada satu lagi segmen yang ketiga, non-stick

actors. Yang ini lebih cekap menguruskan sumber sebab kerajaan, dia akan terjebak dengan red tape, kerenah birokrasi. Swasta pula orientasinya

keuntungan. Jadi non-stick actors ini lebih cekap. Siapa non-stick actors? Civil societies, residence association, youth organization, woman organization. Mereka lebih cekap. Kebetulan, Dato’ Yang di-Pertua, bila kita mulakan Program

Foodbank, kita betul-betul menggerakkan non-stick actors, kita tak pakai pun pegawai-pegawai kerajaan, kita tak pakai pun sumber-sumber kerajaan di

peringkat awal pelaksanaan. Sebab itu saya nak sebut, bila model ini dapat kita buat dengan menggunakan non-stick actors, kerajaan kalau ada pun Sungai Puyu

bagi saya RM25,000.00, Pantai Jerejak bagi saya RM25,000.00 sebab nak bayar duit tol dan duit minyak. Tapi kita pergi ambil lebihan makanan, sayur, buah-buah, roti, kek, Tesco Alma, Tesco Kulim, Tesco Bertam, Tesco Seberang Jaya,

Tesco sebelah Pulau, kita letak di collection center, kita sorting, asingkan yang baik dan yang buruk dan hari ini 50,000 keluarga isi rumah mendapat manfaat

daripada program ini. Setiap hari, 365 hari setahun tanpa henti. Kerana peranan non-stick actors ini menjimatkan perbelanjaan kerajaan Negeri dan begitulah bila kita gerakkan di peringkat Nasional, hari ini Alhamdulillah 6,500 daripada anak-

anak siswa di kampus universiti awam, 19 universiti daripada 20 telah kita datangkan Program Foodbank, central kitchen kita masak dan juga food pantry,

makanan yang kita letak dan anak-anak kita yang datang keluarga miskin boleh ambil makanan itu setiap hari.

Manakala di luar komuniti sana selain Pulau Pinang, 365,000 ahli isi rumah

sedang menikmati daripada makanan yang kita selamatkan sebanyak 1,800 metrik tan yang telah kita selamatkan. Saya ucapkan terima kasih banyak kepada

Penanti yang banyak menyokong program saya sehingga menghasilkan satu idea retorts iaitu makanan daripada dapur hotel kita masukkan dalam plastik kedap udara dan kita masuk dalam mesin retorts 125 degree celsius selama 25

minit. Kita angkat hasilnya, hantar ke makmal. Makmal telah memberikan pengesahan bebas kuman, bebas bakteria, selamat untuk dimakan selama

setahun. Alhamdulillah dan kalau nanti musim banjir di Pulau Pinang, kita bukan lagi soal agih sardin atau ikan kering. Kita malah boleh agihkan makanan dari dapur hotel tujuh bintang, enam bintang, lima bintang. Sebab itu saya berjanji

untuk memberikan komitmen kuat kepada rakan saya daripada Penanti, kita akan adakan lebih banyak retort’s machine kerana kebetulan di bajet baru ini, saya pun

terima RM25 juta daripada sahabat saya sebelah ini untuk Program Foodbank. Jadi falsafahnya senang, kalau kita bantu orang miskin, kita bantu orang miskin, if we feed the poor’s, Insya-Allah, Allah akan lembutkan hati

kita. Hati yang lembut, dia tengok kebaikan, dia sokong, dia seronok. Hati yang

84

lembut, hati yang baik, hati yang sakit, dia tengok kebaikan, orang lain nampak, dia tak nampak. Orang lain boleh rasa, dia kata, aku tak rasa, tak nampak pun,

bila buat? Dia tak rasa. Jadi, saya sangat optimis, saya berbangga sebab disinilah kita memulakan idea itu dan hari ini sudah disambut di peringkat satu negara dan

kita terus maju dan bergerak dan saya yakin, model Pulau Pinang adalah model terbaik untuk kita tawarkan kepada rakyat di luar sana.

Dato’ Yang di-Pertua, saya nak ambil sikit saja lagi, saya patuh dengan Yang

di-Pertua. Saya ada satu cadangan kepada Pinang Tunggal. Pulau Pinang ini, kutipan zakat kita RM100 juta lebih saban tahun. Itu tidak termasuk yang

tawakuf. Tawakuf paling akhir saya difahamkan hampir RM65 juta. Tawakuf ini Yang di-Pertua, dia bayar bila hujung-hujung tahun, kita tak sempat habiskan. Zakat, tahun itu kutip, tahun itu kena bagi. Saya suka mencadangkan

sejak 2008, kita menjadi Kerajaan di Pulau Pinang. Alangkah baiknya kita boleh mulakan sekarang. Apa dia? Penggunaan sebahagian daripada wang zakat. Kita

pilih anak-anak orang Melayu Islam Pulau Pinang sebagai asnaf fisabilillah ini, orang yang menuntut ilmu ini, kita pilih the top achievers. Setahun barangkali 10 orang, 15 orang top achievers. Kita bukan sahaja biayai mereka RM1,000.00,

RM2,000.00. Tak. Sebab mereka ini top achievers, the best among the best. Pilih dan untuk ini kita gunakan sebahagian daripada dana zakat, kita hantar

mereka untuk kursus-kursus professional, program-program professional. Untuk jadi chartered accountants, untuk jadi doktor, jadi pada akhir tahun yang ke-

sepuluh, kalau setahun kita ambil 20 orang, kita telah menghasilkan 200 pelajar-pelajar top achievers ini melalui dana zakat. Saya fikir, kita boleh mulakan langkah yang pertama di sini.

Yang kedua, saya juga nak mencadangkan kepada Kerajaan Negeri terutamanya kepada EXCO yang menjaga soal Industri Kecil Dan Sederhana sebab

saya dari mana? Pinang Tunggal juga ya? Okey. Pulau Pinang ini lapangan terbangnya menampung hampir lapan ke sembilan juta penumpang setahun. Setahun. Di Malaysia ini, ada 39 lapangan terbang di bawah Malaysia

Airport Berhad. 39. Antarabangsa 5, domestik 18, bakinya lapangan terbang kecil. Setahun, yang terbang, yang menghantar orang terbang, yang sambut

orang balik daripada terbang, 100 juta penggunaan airport ini. Jadi saya cadangkan supaya Industri Kecil Dan Sederhana dari Pulau Pinang untuk dapat menempatkan barangan mereka di premis MAB kerana potensinya sangat

besar. Tak apalah kita tak sebut “buy Muslim” pun tak apa. Kita sebut “buy Penang products”. Kita sebut macam tu. Harga mesti kompetitif, kualiti yang

terbaik, peniaganya mengamalkan etika perniagaan yang terpuji. Kalau ianya makanan, berikan keutamaan kepada halal. Makanan halal ini kita jaga sungguh. Rasuah haram pun kadang-kadang kita confuse situlah. Bab makan

jaga sungguh tapi bila tengok perbuatan rasuah, khianat, penyelewengan kuasa kita tak rasa apa. Sedikit pun tak terdetik. Seolah-olah itu satu-satunya. Sebab

itu saya nak mencadangkan supaya perundingan ini dapat dimulakan. InsyaAllah saya akan cuba membantu kerana saya yakin dengan sembilan juta ini, ianya satu angka yang besar, yang sebenarnya boleh kita

tunjukkan terutamanya tahun depan dah Tahun Melawat Malaysia.

Saya nak sentuh sedikit sahaja, yang terakhir berkenaan dengan yang

dibangkit oleh sahabat saya daripada Sungai Dua, kos sara hidup. Benar. Kos sara hidup ini adalah isu affordability. Dia mampu atau tidak. Sama ada seseorang itu afford to pay, to buy, to purchased, affordability. Affordability ini

dua isu. Pertama income (pendapatan), yang kedua, kos sesuatu

85

barangan, dua. Dan kita ni mewarisi satu negara yang rakyatnya secara relative mempunyai pendapatan yang rendah. Saya dulu tamat mengaji tahun

1987. Kerja saya yang pertama Pengurus Ladang BMR, Balore Boustead di Kulim, Kilang Lama, tempat saya tinggal. Sekarang ini Kulim Hi-Tech Park. 1987, gaji

saya adalah RM1,685.00, kira genap RM1,700.00 lah. 1987. Sekarang 2019, 32 tahun. Saya ada seorang anak graduate, kerja, gaji graduate dia RM2,500.00. Ayah dia dulu, 32 tahun dulu, gaji RM1,700.00. Anak dia 32 tahun

kemudian, fast forward gaji cuma naik sebanyak RM800.00. 32 tahun dahulu saya sewa rumah RM150.00 di Jalan Kilang Lama, corner lot. Saya boleh bayar ansuran

kereta saya PBA 6487, Nissan Sunny putih. Saya boleh hantar duit kepada emak ayah di kampung, saya masih boleh belanja kawan-kawan makan di restoran. Masih ada lebihan dalam kocek, masih ada lebihan, disposable

income. Hari ini, RM2,500.00, RM2,600.00, dia bayar Myvi dia RM500.00, dia bayar sewa bilik dia RM500.00, dia bayar tol dan minyak dan makan, another

RM500.00. Pertengahan bulan, abah boleh pinjam sikit? Baik, ini isu yang sangat fundamental yang kita inherit, inilah negara yang kita ada. Untuk itu ianya mesti soal kos. Kos boleh dikurangkan kalau kita tingkatkan kecekapan dan kita

pelbagaikan inovasi dan ini adalah sumber. Saya dengar ucapan Sungai Dua tadi, Kerajaan Negeri boleh bincang pasal IT, artificial intelligence tapi persiapan rakyat

bagaimana? Saya setuju benar. Sebab itu saya petik, satu apa namanya ahli perdagangan British, dia sebut, saya quote, namanya Mark Getty, boleh Google

nama dia. Mark Getty. Dia ni ahli perniagaan British. Dia ni pengasas Getty Images. Dia kata “Intellectual property is the oil of the 21 century. Look at the richest men a hundred years ago; tengok orang kaya-kaya beratus tahun dahulu,

they all made their money extracting natural resources or moving them around. All of today's richest men have made their money out of intellectual property”. Bill

Gates, up dia punya IP dia apa dia? Intellectual property? Microsoft. Satu dunia guna, dia macam cop duit sahaja. FB founder, sapa Machang Bubuk? Test. Saya pun tak berapa ingat, bunyi Mark Zuckerberg apa semua entah, dia pun sama, dia

own IP untuk Facebook, dia pun print duit juga.

Jadi punca pendapatan baru bukan lagi sumber-sumber biasa, tanah, modal

dan sebagainya. Ianya soal inovasi dan saya tengok bajet ini ikut meletakkan landasan itu. Saya tengok dia letakkan landasan itu pada ucapan yang dibentang oleh Padang Kota. Kalau landasan itu diletakkan sekarang, saya percaya ianya

satu keputusan yang tepat yang memerlukan dokongan kita, ya, dokongan kita. Jadi saya telah mengambil 35 minit, ikut catitan saya, saya patuh dengan

Yang di-Pertua. Terima kasih banyak, saya gembira dapat ikut mengambil bahagian, syabas dan tahniah kepada Padang Kota dan pegawai-pegawai Kerajaan yang membantu membentuk bajet atau ucapan belanjawan ini. Terima

kasih juga sahabat-sahabat saya dari apa nama, dari Sungai Dua, Penaga dan Permatang Berangan. Saya akhiri dengan mengulangi syor saya bahawa tahun

depan tiga (3) hari sebelum pembentangan bajet, kita nak dengan dulu pembentangan bajet alternatif daripada rakan-rakan pembangkang. Terima kasih.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Terima kasih Yang Berhormat Pantai Jerejak. Dipersilakan Yang Berhormat Ahli Kawasan Bertam. Tengok waktu dulu, 4.17.

86

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab Bin Mohd Ishaq):

InsyaAllah. Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang

Berhormat, Asslamualaikum WBT, Salam Harapan dan Salam Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih.

Syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya, kita dapat sekali lagi berkumpul di dalam Dewan sementera ini, sementara untuk berbahas demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri Pulau Pinang yang

kita cintai.

Setelah menjangkau hampir setahun setengah Bertam mewakili pengundi

di N.02, banyak perkembangan dan pembaharuan telah dibuat dan dilaksanakan demi melihat kemajuan sekitar kawasan DUN Bertam. Program-program kerajaan seperti sumbangan Warga Emas, Ibu emas, Anak Emas dan Ibu tunggal

di bawah iSejahtera telah banyak disalurkan melalui Pusat Khidmat Adun dan Pejabat Daerah.

Pendek kata, sebab saya tak tinggi. Apa sahaja bentuk bantuan yang disalurkan demi kemaslahan rakyat, Bertam akan dahulukan. Bertam amat berbesar hati kepada Kerajaan Negeri yang telah memperuntukkan sebanyak

RM50 juta bagi terus melaksanakan iSejahtera bagi tahun 2020 demi kesejahteraan dan kebajikan rakyat Pulau Pinang dan kenaikan bayaran

penghargaan warga emas dan OKU dari RM120 ke RM150 jelas menunjukkan keprihatian Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap golongan-golongan ini. Syabas

Penang!

Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat,

Bertam amat berterima kasih dan menyokong pembentangan Bajet 2020

yang telah disampaikan oleh Y.A.B. Ketua Menteri Pulau Pinang pada tanggal 1 November yang lalu. Ianya satu bajet yang memberi penekanan kepada

penambahbaikan infrastruktur dan kemudahan awam, memupuk nilai kekeluargaan, kesukanan, penekanan terhadap penjagaan alam sekitar dan juga kepentingan perkembangan hubungan sosial. Sempena dengan tema Belanjawan

Tahun 2020 yang bertajuk “Penang2030 Teras Kejayaan Kemakmuran Bersama”, Kerajaan Negeri komited untuk menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai sebuah

negeri maju, pintar dan hijau yang menitikberatkan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Memandangkan fokus persidangan kali ini adalah lebih kepada Belanjawan,

Bertam ingin menyarankan agar bajet kepada Ahli-ahli Yang Berhormat untuk P16 bagi Maksud Perbekalan 03 dan Infrastruktur 02 juga dapat ditambah dari

RM120,000.00 ke RM200,000.00 bagi 03 Perbekalan dan RM180,000.00 kepada RM300,000.00 bagi Infrastruktur. Ahli-Ahli Yang Berhormat kalau sokong, sila tepuk kuat sikit. (Ahli-ahli Dewan menepuk meja). Terima kasih.

Bajet-bajet ini sememangnya digunakan sepenuhnya oleh Pusat-pusat Khidmat ADUN untuk membantu menyelesaikan masalah penduduk di kawasan

masing-masing, khususnya dalam pembaikan dan penambahan infra, kemudahan awam dan juga untuk menjaga kebajikan rakyat.

87

Kemudahan Infrastruktur yang dibangunkan oleh kerajaan terdahulu telah banyak yang perlukan pembaikan semula dan penaiktarafan sesuai dengan

keadaan semasa. Jika dahulunya, kepadatan penduduk di sesebuah kampung agak berkurangan, tetapi pertambahan bilangan rumah di sesebuah kampung

akan menyebabkan infrastruktur seperti longkang dan parit beransur menjadi sempit dan mengecil. Terdapat juga kawasan di mana pembangunan infra tidak sistematik dan perlukan penambahbaikan.

Jalan-jalan kampung yang dibina dahulunya, kini perlukan penurapan semula akibat dari kerosakan fizikal jalan tersebut. Jika dahulu hanya sebilangan

kecil kenderaan yang mengunakan jalan kampung, kini jumlahnya telah bertambah berkali-kali ganda dan ianya menyebabkan kerosakan pada jalan yang dibina. Jalan-jalan kampung ini tidak dapat lagi menampung jentera berat seperti

jentera Bomba yang paling penting untuk melalui jalan-jalan tersebut sekiranya terdapat apa-apa kecemasan ataupun kebakaran di dalam kampung.

Bertam faham dan akui bahawa, pembangunan dalam kampung agak tidak sistematik dan teratur dan ini akan menyukarkan pihak berwajib untuk membuat atau memperbesarkan jalan untuk tujuan tersebut. Walau bagaimanapun, soal

keselamatan penduduk mestilah diambil kira sekiranya ada pembinaan baru atau penurapan semula jalan kampung. Sekiranya sekarang lebarnya 8 kaki, ianya

perlu ditambah menjadi sekurang-kurangnya 10 kaki dengan ketebalan yang sesuai untuk menampung kenderaan.

Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat,

Kemudahan awam seperti padang permainan, tempat rekreasi keluarga amat diperlukan di Bertam. Walaupun Bertam mempunyai Stadium MPSP yang

menempatkan padang bola, padang hoki, boling padang dan gelanggang serbaguna seperti dalam dewan MPSP, tetapi kawasan riadah keluarga masih lagi

tidak dapat dibangunkan. Jika Pinang Tunggal mempunyai Vision Park yang mempunyai pemandangan yang indah dan sesuai untuk aktiviti keluarga, Bertam juga merasakan perlunya ada satu kawasan rekreasi di sekitar kawasan Bertam

dan di sini saya ingin mencadangkan kawasan di Padang Benggali sebagai kawasan riadah keluarga berhampiran dengan Sungai Abdul, Titi Mukim. Bertam

pernah menyuarakan cadangan ini di Sidang DUN yang lepas, namun masih lagi belum direalisasikan.

Sesuai dengan visi Penang2030 “Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan

Keluarga Inspirasi Negara”, Bertam merasakan kemudahan rekreasi keluarga ini amat penting dan perlu diberikan perhatian oleh pihak Kerajaan Negeri.

Bertam amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang akan meneruskan perkhidmatan bas percuma, Congestion Alleviation Transport atau singkatan CAT (C.A.T.) CAT Bertam yang telah beroperasi sejak Julai 2018 telah

memberikan satu kemudahan kepada penduduk di sekitar laluan bas tersebut. Namun, apa yang menyedihkan, perkhidmatan ini tidak digunakan sepenuhnya.

Pihak kami telah membuat siasatan dan penyelidikan terhadap tahap penerimaan perkhidmatan ini dan rata-rata menyatakan laluan bas melalui taman-taman di sekitar Bertam Perdana dan Bertam Putra tidak efektif kerana kebanyakkan

penghuni kawasan tersebut sudah pun mempunyai kenderaan tersendiri dan tahap keutamaan penggunaan bas percuma untuk penduduk di kawasan tersebut

amatlah rendah.

88

Bertam telah memanggil pihak BPEN untuk berbincang dan memohon untuk mengubah laluan bas ke kawasan yang lebih memerlukan seperti di kawasan

Permatang Rambai, Permatang Kuala, Permatang Pauh, Lahar Tabut, Permatang Berah hinggalah ke Padang Benggali dan permintaan penduduk di situ melalui

MPKK agar perkhidmatan bas percuma ini disediakan di kawasan kampung yang tiada perkhidmatan bas khususnya kepada pelajar-pelajar sekolah SMK Seri Gemilang, SK Seri Gemilang dan juga sebahagian daripada SMK Seri Muda

Penaga.

Pihak BPEN telah membuat lawatan dan telah membuat test run….(dengan

izin) sekitar bulan Mei 2019 untuk merealisasikan permohonan ini. Namun, hingga kini, permintaan ini masih belum dapat dipenuhi. Bertam berharap agar pihak yang bertanggungjawab boleh berbuat sesuatu untuk memastikan laluan ini

direaliasasikan setidak-tidaknya pada penghujung bulan Disember 2019 agar apabila bukanya sesi persekolahan 2020, pelajar-pelajar sekolah di sekitar

kawasan yang disebutkan dapat menggunakan perkhidmatan yang amat bermanfaat ini.

Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat,

Sukan dapat menjadikan warga Pulau Pinang lebih sihat dan apabila rakyat sihat, Pulau Pinang akan menjadi lebih makmur dan sejahtera. Peruntukan

Kerajaan Negeri untuk tahun 2020 sebanyak RM10.05 juta bagi merancakkan pembangunan sukan amatlah membanggakan. Tahniah Bertam ucapkan kepada

EXCO Belia dan Sukan, Yang Berhormat Soon Lip Chee atas kejayaan program-program Sports For All ataupun Sukan Untuk Semua yang telah membudayakan sukan ke arah kesejahteraan rakyat Pulau Pinang.

Pembangunan sukan terutama bola sepak di Pulau Pinang semakin menampakkan kemajuan di bawah kepimpinan baru bersama Presiden Pasukan

yang hebat, Timbalan Speaker DUN kita sendiri. Walaupun tak masuk final Piala Malaysia, namun kemaraan pasukan Pulau Pinang ke Piala Malaysia telah sedikit sebanyak membuka mata rakyat Pulau Pinang bahawa negeri kita ini masih lagi

mempunyai Harimau Kumbang yang bertaring.

Kemelut hutang yang membelenggu Pasukan Negeri sejak dahulu telah

berjaya dikurangkan sedikit demi sedikit dan yang paling penting sekali, tiada lagi laporan berita bahawa pemain Pulau Pinang tidak dibayar gaji ataupun gaji pemain Pulau Pinang masih tertunggak dan InsyaAllah, tahun 2020, pasukan Harimau

Kumbang akan mara ke Liga Perdana.

Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat,

Bertam telah memohon untuk mendapatkan Lampu Limpah untuk Stadium MPSP Bertam. Kemudahan bersukan di waktu malam dengan penganjuran sukan bola sepak di stadium tersebut di waktu malam akan merancakkan lagi aktiviti

sukan dan ekonomi di kawasan Bertam.

Bertam juga telah memohon untuk diadakan sebuah stadium tertutup

untuk kegunaan program sukan bola jaring, badminton, Muay Thai, silat dan sebagainya di dalam satu stadium. Kekangan yang dihadapi sekarang adalah tempat atau tanah untuk membina stadium tersebut. Bertam mencadangkan

kawasan tanah kerajaan yang masih belum digunakan seperti ada tanah lapang

89

di sebelah Stadium Millenium digunakan untuk dibina sebuah stadium tertutup. Ini akan merancakkan lagi kegiatan sukan di sekitar kawasan tersebut dengan

terbinanya sebuah stadium multi purpose….(dengan izin), di satu kawasan.

e-Sports atau sukan elektronik sudah pun menjadi satu trend masa kini

dan peruntukan belanjawan Kerajaan Pusat telah memberi satu indikator bahawa kerajaan memandang serius mengenai perkembangan sukan elektronik ini.

Namun begitu, terdapat beberapa persoalan yang perlukan jawapan:

Pertama sekali, peruntukan RM1 juta pada bajet 2018 yang disalurkan melalui Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang, adakah telah digunakan

sebaiknya untuk program pembangunan sukan elektronik ini? Berapakah jumlah program yang telah dilaksanakan dan berapakah jumlah yang telah dibelanjakan?

Keduanya, sukan elektronik merupakan sukan yang baru di Malaysia,

adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang menetapkan garis panduan untuk permohonan lesen perniagaan untuk Pusat Siber yang berkaitan dengan sukan

elektronik?

Persatuan Sukan Elektronik Pulau Pinang adalah sebuah badan sukan induk bagi sukan elektronik di Pulau Pinang dan soalan terakhir adalah, bagaimanakah

Kerajaan Negeri akan membantu persatuan ini dalam membangunkan potensi pemain sukan elektronik di negeri Pulau Pinang?

Bertam juga telah mengadakan beberapa program sukan elektronik di kawasan Bertam. Ianya berjaya menarik ramai peminat sukan ini untuk berada di

bawah satu bumbung pertandingan. Kegilaan ini jika dipupuk dengan baik dan betul, akan memberikan nilai positif terhadap pembangunan belia di negeri kita ini dan terdapat permintaan untuk menjadikan Bertam sebagai Hab Sukan

Elektronik, Bertam rasakan mengapa tidak” Why not? Itulah sebabnya Bertam memohon kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mempertimbangkan

sebuah stadium tertutup yang boleh juga menempatkan ruangan untuk sukan elektronik ini.

Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat,

Ekonomi merupakan nadi pembangunan sesuatu kawasan. Bertam tidak mempunyai kawasan industri kecil dan sederhana, jauh sekali mempunyai

kawasan perindustrian. Kilang-kilang kecil yang beroperasi seperti perusahaan makanan, plastic injection moulding, kilang papan dan sebagainya telah wujud sebelum Pakatan Harapan memerintah. Ada kilang-kilang yang terletak di

kawasan kampung-kampung atau lot tanah yang beroperasi secara haram. Kilang-kilang ini mendatangkan masalah dengan pencemaran bau dan bunyi dan

rungutan dan aduan telah dibuat kepada Pusat Khidmat ADUN dan pihak Pejabat ADUN telah meninjau kawasan penempatan kilang-kilang ini di Jalan Tiga, Pongsu Seribu dan juga Padang Benggali. Ada di antara kilang-kilang ini beroperasi tanpa

lesen dan mungkin juga tanpa pengetahuan Pihak Berkuasa Tempatan. Apa yang Bertam ingin sarankan adalah kilang-kilang perlulah diputihkan kilang-kilang

tersebut. Yakni diberi lesen sekiranya kilang-kilang ini tidak memberi masalah kepada penduduk setempat. Bertam memohon Pihak Berkuasa Tempatan untuk bersama-sama melihat serta memberi nasihat apakah keperluan untuk

memutihkan kilang-kilang ini. Bertam juga ingin memohon kepada pihak berwajib

90

untuk memutihkan juga penjaja-penjaja di tepi jalan yakni dengan memberi lesen menjaja dan menempatkan mereka di tempat yang lebih sesuai dari tepi jalan.

Bertam telah disarankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan terutama sekali Majlis Bandaraya Seberang Perai untuk mendapatkan kawasan bagi

menempatkan penjaja-penjaja ini dan pihak kami sedang berusaha untuk mendapatkan tapak yang sesuai. Bertam berharap masalah penjaja ditepi jalan juga dapat diselesaikan. Kita tidak mahu lagi peniaga-peniaga jalanan atau

penjaja ini berniaga secara tidak sah dan sentiasa terbuka kepada risiko keselamatan diri. Keperihatinan dan keselamatan penjaja di tepi jalan haruslah

dititikberatkan. Penjaja-penjaja ini sanggup mengambil risiko semata-mata untuk mencari rezeki. Sebagai sebuah kerajaan yang perihatin, Bertam berpendapat sekaranglah masa yang sesuai untuk Kerajaan Negeri memberi ruang dan peluang

kepada mereka untuk berniaga secara sah dan selamat.

Tragedi yang berlaku pada 15 Jun 2019 di mana pasangan suami isteri

peniaga nasi lemak di Taman Bertam Indah telah dilanggar oleh pemandu kereta yang mabuk sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada si suami dan kematian kepada si isteri masih segar lagi dalam ingatan saya. Mangsa merupakan

seorang sahabat dan juga sukarelawan yang telah berkempen siang malam demi memastikan kemenangan Pakatan Harapan di Bertam semasa kempen PRU14

yang lepas. Harapan Bertam adalah Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan memberikan kelonggaran kepada permohonan untuk mendapatkan

lesen penjaja statik ataupun lesen penjaja bergerak.

Di kesempatan ini juga Bertam memohon pihak Kerajaan Negeri melalui kuasa-kuasa yang ada untuk mencadangkan kepada pihak berwajib untuk melihat

serta mengkaji semula undang-undang jalan raya dan akta keselamatan jalan raya untuk memberi hukuman yang lebih berat kepada mana-mana pemandu

yang didapati memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian.

Tanggal 25 Oktober yang lalu pula seorang pekerja Majlis Bandaraya Pulau

Pinang telah terkorban akibat dilanggar seorang pemandu mabuk, sahabat saya Yang Berhormat Seri Delima, tidak bersama kita sekarang, telah lantang

mengecam insiden tersebut dan juga menggesa kerajaan supaya hukuman terhadap pemandu yang mabuk diberatkan lagi. Bertam menyokong penuh gesaan Seri Delima ini. Ini adalah kerana undang-undang yang sedia ada yang

termaktub di bawah Seksyen 44 Akta Kesalahan, maaf, Akta Pengangkutan Jalan buat masa ini tidak memberi kesan kepada pesalah yang mabuk, undang-undang

ini masih lagi ringan dan perlu diberatkan.

Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat,

Bertam amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah

mengadakan kelas tuisyen percuma kepada pelajar-pelajar UPSR, PT3 dan juga SPM melalui penggerak Komuniti Muda atau pun PEKA. Sambutan terhadap kelas-

kelas tuisyen percuma ini amatlah menggalakkan sehingga ada waris yang ingin menghantar anak-anak mereka yang berada di tahun 5 untuk kelas UPSR, tingkatan dua untuk kelas PT3 dan tingkatan 4 untuk kelas tuisyen SPM. Dan kelas

ini telah memberi manfaat kepada lebih dari 200 orang pelajar di DUN Bertam dari golongan yang berpendapatan rendah. Walau pun masih terlalu awal untuk

kita menilai pencapaian pelajar yang menyertai kelas tuisyen ini, namun

91

sekurang-kurangnya kita dapat menyediakan satu ruang untuk pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan ini untuk sama-sama menyertai kelas tuisyen

sebagai persediaan untuk mereka menghadapi peperiksaan yang besar.

Bertam amat berharap kelas tuisyen percuma ini akan diteruskan dengan

penambahbaikan yang perlu dikenalpasti oleh pihak PEKA. Kekangan yang dihadapi di Bertam adalah tempat atau lokasi kelas-kelas ini di mana ianya sekarang ini dijalankan di dewan-dewan yang kurang fasilitinya. Bertam ingin

mencadangkan kepada PEKA untuk bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah dan juga sekolah-sekolah untuk diadakan tuisyen percuma ini di kelas-

kelas sekolah-sekolah yang terpilih. Bertam juga ingin melahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah menaikkan elaun guru-guru KAFA sebanyak RM100.00 sebulan dengan menjadikan elaun guru-guru KAFA di Negeri

Pulau Pinang sekarang sebanyak RM1,050.00 sebulan mengikut Belanjawan 2020. Apa yang menjadi persoalan adalah, adakah guru-guru KAFA yang bersalin

mendapat, masih diberikan, mendapat elaun bersalin. Guru-guru KAFA yang menjadi tenaga pengajar tetap di sekolah-sekolah KAFA kebanyakannya wanita yang berkahwin. Adalah dimaklumkan bahawa guru-guru KAFA yang cuti bersalin

tidak dibayar elaun sepanjang cuti rehat bersalin tersebut. Bertam merasakan pihak JAKIM perlu memberi perhatian kepada kebajikan guru-guru ini yang

menjadi pendidik kepada pelajar-pelajar dan peranan guru KAFA sangat penting dalam membentuk individu muslim berkeperibadian mulia dan berpegang kepada

ajaran Islam apatah lagi dalam cabaran dunia globalisasi sekarang ini.

Bagi sekolah-sekolah kerajaan juga, sekolah-sekolah di Pulau Pinang mungkin tidak mengalami kekangan guru yang serius. Tetapi masalah bebanan

kerja guru yang menjadi tugas guru yang berat di sebabkan oleh tugasan yang bukan berkaitan dengan tugasan mendidik seperti penyediaan laporan yang dilihat

lebih kepada tugas perkeranian menjadi beban tambahan kepada guru-guru sekolah. Dan dengan ini Bertam berterima kasih kepada YB. Menteri Pendidikan yang telah menyarankan beberapa inisiatif untuk meringankan bebanan guru-

guru sekolah. Apa yang diharapkan inisiatif-inisiatif tersebut akan memberi nilai tambahan kepada profesyen perguruan di negara kita.

Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat,

Bertam pernah menyuarakan kebimbangan mengenai keadaan sekolah-sekolah di bawah Perunding Pengurusan Projek atau Project Management

Consultant (PMC). Isu ini masih lagi belum diselesaikan dan sekolah-sekolah di bawah PMC masih tidak dapat membuat pembaikan melalui Jabatan Kerja Raya.

Tahun berlalu, sekolah-sekolah di bawah PMC pastinya akan memerlukan pembaikan atau maintenance …(dengan izin) bagi keretakan atau pun kerosakan yang berlaku. Kepada agensi manakah permasalahan sekolah-sekolah ini akan

dirujuk? Pada persidangan yang lalu, jawapan yang telah diberikan kepada persoalan ini adalah pihak Kerajaan melalui Jabatan Pendidikan Negeri Pulau

Pinang telah mengenal pasti sebanyak 31 buah sekolah yang dibina di bawah Penang Management Consultang (PMC) tidak mempunyai sijil layak menduduki, Certificate of Completion and Compliance (CCC). Tindakan terhadap sekolah yang

tidak mempunyai sijil layak menduduki atau CCC adalah diluar bidang kuasa Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, daripada maklumat yang diperolehi

daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang isu sekolah yang diuruskan oleh PMC adalah merupakan isu nasional dan semua negeri mempunyai masalah yang

92

sama iaitu tidak mempunyai sijil layak menduduki, CCC. Isu ini dalam tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia selaku pemilik projek-projek tersebut.

Namun persoalannya sekarang ialah, adakah pihak Jabatan Pendidikan Negeri ataupun agensi-agensi yang berkenaan telah membuat follow up….(dengan

izin) terhadap Kementerian Pendidikan mengenai perkara yang dibangkitkan ini. Bertam juga ingin membangkitkan semula isu kuarters guru di Taman Seri Serdang yang seolah-olah diabaikan dan tidak terjaga. Ada sebahagian daripada

kuarters tersebut yang telah rosak dan ada yang sampai pokok pun sudah tumbuh di atas bumbung kuarters tersebut. Perkara ini jika dibiarkan akan membuatkan

kos pembaikan dan maintenance menjadi lebih tinggi. Bertam memohon sekali lagi agar pihak yang bertanggungjawab khususnya PPD atau JPN untuk membuat lawatan dan melihat sendiri kerosakan pada kuarters tersebut.

Ahli Kawasan Sungai Dua (YB. Dato’ Muhamad Yusoff bin Mohd Noor):

Soalan. Terima kasih Bertam. Saya cuma nak sentuh tentang isu kuarters

tadi. Sebenarnya kuarters ini dibelakang rumah saya, dulu disewa oleh AUCMS lepas itu langsung tidak ada orang mendudukinya dan bangunan itu semakin hari semakin usang dan Alhamdulillah tidak menjadi pot penagih-penagih tetapi

bangunan itu usang dan rugilah kos yang terlibat ini.Setuju tidak kalau saya cadangkan supaya Kerajaan Negeri dan juga Persekutuan melihat isu kuarters

yang tidak diduduki, senaraikan dan kalau boleh, kalau tidak menjadi masalah, disewakan ataupun dijual, disewakan kepada orang senarai tadi, yang

memerlukan rumah, banyak ini. Kuarters ini banyak kosong sebenarnya, sebab orang tak suka duduk kuarters sebab dia kena potong elaun perumahan, dia potong habis. Jadi itu pandangan saya kalau boleh. Setuju tidak dengan

pandangan?

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab bin Mohd Ishaq):

Saya setuju Sungai Dua, sebab itulah saya sarankan agensi-agensi kerajaan yang terlibat silalah ambil perhatian mengenai permasalahan ini.

Ahli Kawasan Bukit Tengah (YB. Gooi Hsiao Leung):

Atas isu yang sama, sekiranya boleh mencelah. Saya telah pun dalam sesi ini bertanya berapa kuarters PDRM yang usang dan tidak diduduki disebabkan

kerosakan. Dan jawapan yang saya diberikan untuk PDRM saja, living quarters di Seberang Perai Tengah ada 535 unit dan daripada itu 157 unit adalah rosak dan tidak diduduki. Dan kita tahu bahawa bidang kuasa untuk menyelaras ataupun

membuat pembaikan unit-unit ini berada dalam tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Bersetuju tidak kalau saya juga boleh mencadangkan supaya

Kerajaan Negeri boleh meminta supaya memberi tekanan kepada Kerajaan Pusat supaya mengambil tindakan bagi memulihkan unit-unit yang usang ini. Terima kasih.

YB. Timbalan Ketua Menteri II:

Bertam, boleh mencelah sikit? Mengenai bangunan sekolah-sekolah yang

telah dibina yang belum dapat CCC ini, saya dapat surat daripada Menteri Pendidikan baru-baru ini dan mungkin Menteri telah mengemukakan bahawa minta pandangan Kerajaan Negeri dan juga bantuan, Kemudian saya telah balas

93

surat ini bahawa kita bersedia apabila Pejabat Pendidikan Negeri ini dapat menghantar kepada kita senarai mana-mana sekolah bangunan baru yang belum

dapat lagi CCC dan mungkin kita akan berhubung sama Kerajaan Tempatan supaya kenapa proses ini lambat dan bagaimana Kerajaan Negeri akan bantu.

Saya rasa proses ini sedang dijalankan, mungkin dalam gulung saya akan sebut perkara ini. Jadi saya rasa tindakan telah diambil maka kita tunggu. Saya belum dapat mungkin dua tiga sekolah, mungkin senarai ini lebih besar daripada

itu,mungkin dapat kita boleh bantu, tidak ada masalah.

Ahli Kawasan Bertam (YB. Khaliq Mehtab bin Mohd Ishaq):

Saya setuju dengan Yang Berhormat Bukit Tengah tadi dan terima kasih kepada Yang Berhormat Perai atas pencerahan.

Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat, belia merupakan

tulang belakang dan juga pelapis untuk memimpin negara di masa hadapan. Fungsi dan peranan belia yakni anak-anak muda adalah amat penting di dalam

pentadbiran negara mahupun negeri. Bertam amat berterima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan dari Bagan yang telah melanjutkan Skim Perumahan Belia yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional mulai 1 Januari

2020 sehingga 31 Disember 2021 bagi membantu belia memiliki rumah pertama. Di bawah skim ini, pemohon akan menyewa rumah bagi tempoh sehingga lima

(5) tahun dan selepas setahun, diberi pilihan untuk membeli rumah kediaman berkenaan pada harga yang ditetapkan semasa perjanjian penyewaan

ditandatangani. Kerajaan juga akan memberi pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas instrumen pindah milik di antara pemaju dan institusi kewangan, serta di antara institusi kewangan dan bakal pembeli. Kediaman

pertama amatlah penting demi menjamin bahawa para belia kita dapat memiliki rumah kediaman sendiri dan Bertam berharap para belia dapat menggunakan

peluang ini dengan sebaiknya.

Bertam juga ingin menarik perhatian mengenai Penang Youth Development Corporation yang telah ditubuhkan untuk mengendalikan program-program di

bawah Belia dan Sukan. Soalan Bertam adalah selepas penubuhan, apakah peranan yang telah dimainkan dalam perlaksanaan program-program belia di

Negeri Pulau Pinang kerana sepanjang pengetahuan, PYDC belum lagi menjalankan atau melaksanakan program yang memberangsangkan di sebelah Seberang Perai terutama di kawasan Bertam.

Adakah peranan PYDC hanya terhad kepada penganjuran sukan dan tidak melibatkan soal-soal pembangunan belia? Apa yang Bertam harapkan ialah, ada

satu kerjasama yang erat di antara PYDC dan kelab-kela belia yang ditubuhkan khususnya kelab belia yang baru ditubuhkan selepas Kerajaan Pakatan Harapan memerintah. Peranan PYDC dalam merealisasikan Penang2030 juga penting

kerana pembentukan siasah belia, keluarga, persekitaran dan hubungan kaum perlu bermula dari kalangan belia kita.

Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat,

‘Penang2030’, merupakan wawasan Kerajaan Negeri untuk memacu Pulau Pinang ke tahap lebih tinggi ke arah mencapai ‘negeri lestari dan pintar.’ Kerajaan

Negeri juga telah memperkenalkan indeks kebahagiaan sebagai kayu pengukur

94

untuk rakyat memberikan reaksi dan menyatakan kepuasan mengenai dasar-dasar Kerajaan Negeri yang dilaksanakan.

Kebahagiaan keluarga amatlah penting dan ianya satu rumusan terbaik untuk melahirkan generasi yang cemerlang di masa hadapan. Pelbagai program

juga telah dilaksanakan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan seperti yang telah dilaksanakan oleh Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) melalui Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga (JPWK). Program-

program yang dijalankan menjurus kepada pembangunan wanita dan juga dari aspek hubungan kaum.

Oleh itu, Bertam berterima kasih kepada Kerajaan Negeri atas pemberian peruntukan sebanyak RM1.5 juta kepada PWDC, agar PWDC dapat terus memacu perlaksanaan agenda pembangunan wanita, keluarga dan keterangkuman

gender.

Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat,

Di Bertam, terdapat hanya sebahagian kecil golongan nelayan dan petani. Namun begitu, masalah-masalah golongan petani dan nelayan juga menjadi satu keutamaan.

Bertam juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri Industri Asas Tani di atas bajet yang dikemukakan.

Pertambahan peruntukan untuk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) jelas membuktikan kepentingan pembangunan sektor agromakanan ke

arah memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi dan selamat.

Seiring Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, belanjawan itu turut membantu meningkatkan pendapatan petani, penternak dan nelayan, selain

mampu menjadi pemangkin kepada Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) dan Dasar Agromakanan Negara 2.0.

Petani dan nelayan mewakili 12 peratus dari keseluruhan warga Bertam, namun apa yang menggusarkan Bertam ialah masalah harga padi benih yang menjadi rungutan petani sekarang ini. Jika musim yang lepas, harga RM30.00

hingga RM32.00/20kg sekampit tetapi kini meningkat kepada RM40.00 hingga RM48.00/20kg sekampit di samping kesukaran mendapat padi benih. Apakah

tindakan pihak Jabatan Pertanian Negeri untuk memastikan bahawa padi benih ini sentiasa mudah diperolehi dan bagaimana caranya untuk mengawal harga jualan benih padi?

Adakah Kerajaan Negeri juga akan menyediakan bantuan kepada graduan-graduan dalam bidang pertanian untuk menjadi usahawan tani? Para siswazah

perlukan galakan untuk menjadi petani moden dan untuk menjadi pengusaha yang berjaya dalam bidang pertanian.

Pulau Pinang kekal menduduki tempat pertama daripada segi purata hasil

pengeluaran padi dalam negara pada tahun lepas. Tahniah kepada EXCO Pertanian Yang Berhormat Dr. Afif Bahardin dan Jabatan Pertanian Negeri.

Walaupun kawasan penanaman adalah lebih kecil dari negeri-negeri lain, tetapi dengan sistem yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian, IADA dan agensi-agensi lain yang terlibat, telah mendapatkan hasil dan pulangan yang tinggi.

95

Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat,

Tak banyak. Sikit lagi. Mutiara Food Bank di bawah Kerajaan Negeri Pulau

Pinang merupakan tanda aras kejayaan Food Bank Malaysia pada hari ini dan kini, Food Bank terus berkembang di seluruh Malaysia. Sekalung tahniah kepada Yang

Berhormat Menteri KPDNHEP dari Sungai Jerejak yang telah meninggalkan kita, Pantai Jerejak, maaf, 'sungai' pula, 'pantai'. Mutiara Food Bank juga telah mendapat peruntukan yang agak tinggi dari Kerajaan Negeri dan program Mutiara

Food Bank di bawah portfolio Yang Berhormat EXCO Phee Boon Poh telah dijalankan dengan cemerlang dan masih lagi berterusan hingga sekarang.

Apa yang ingin Bertam katakan pada kali ini ialah, program ini masih lagi belum dilaksanakan pada keseluruhan kawasan yang memerlukan. Program ini yang dahulunya dilaksanakan melalui JKKN atau Pusat Khidmat PPK, sekarang

jarang kelihatan lagi. Bertam ingin menyarankan bahawa program Mutiara Food Bank ini dirombak dan disesuaikan serta dilaksanakan melalui pusat-pusat

khidmat ADUN dan juga pusat khidmat PPK kawasan masing-masing. Segala data penduduk yang memerlukan bantuan Mutiara Food Bank boleh didapati dari pusat-pusat khidmat ADUN. Adalah diharapkan agar pihak yang

bertanggungjawab terhadap program ini peka dan prihatin akan masalah-masalah yang dihadapi di setiap kawasan termasuklah Bertam.

Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat,

Tahun 2020 merupakan Tahun Melawat Malaysia. Berbagai program telah

disusun atur oleh Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri untuk Program Experience Penang yang telah diterajui oleh YB Yeoh Soon Hin. Pejabat EXCO Pelancongan juga telah mengemukakan cadangan-cadangan

kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat mengenai potensi pelancongan di kawasan masing-masing. Bertam amat mengalu-alukan inisiatif ini untuk memajukan

kawasan DUN masing-masing sebagai tarikan pelancong.

Di sini, Bertam sekali lagi ingin mengemukakan permohonan kepada Yang Berhormat EXCO Pelancongan untuk melihat potensi di kawasan-kawasan berikut:

1. Pekan Kepala Batas sebagai Bandar Warisan

2. Padang Benggali sebagai kawasan eko pelancongan

3. Kiosk Bertam sebagai Hub Makanan

4. Taman Herba Bertam

Bertam juga ini mempopularkan sukan kegemaran melalui tarikan

pelancongan ke Bertam. Dan untuk makluman semua, Bertam dengan kerjasama Pejabat EXCO Belia dan Sukan, Amanah Ikhtiar Malaysia, dan agensi-agensi

kerajaan yang lain telah melaksanakan satu (1) program Larian Malam yang dikenali sebagai Bertam Glow Fun Run edisi kedua tahun ini pada 26 Oktober yang lalu. Sambutan yang cukup menggalakkan di mana seramai lebih 2000 orang

peserta telah menyertai acara larian malam kali ini dan sekiranya Pejabat EXCO Pelancongan juga bekerjasama dengan kami dengan meletakkan acara ini di

dalam kalendar pelancongan negeri, pastinya lebih ramai pelancong dari luar negeri Pulau Pinang akan ke Bertam.

96

Harapan Bertam ialah agar kami tidak disisihkan dari kemeriahan Tahun Melawat Malaysia 2020 dan kita sama-sama dapat mengalami pengalaman yang

indah di Bertam dengan tagline kami ‘This Is Bertam’.

Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat,

Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) merupakan jentera pentadbiran di peringkat kampung yang sangat penting di dalam memastikan segala program kerajaan dijalankan ataupun maklumat program kerajaan dapat

disampaikan dengan cepat, tepat dan meluas. MPKK juga menjadi mata dan telinga kerajaan dalam melaporkan segala kesusahan kawasan masing-masing

untuk tindakan pihak-pihak yang berwajib.

Soalan dari Bertam ialah jika terdapat MPKK yang tidak melaksanakan tugas dengan amanah yang telah diberikan, apakah tindakan yang akan diambil

oleh pihak kerajaan? Terdapat juga MPKK yang tidak mahu bekerjasama rapat dengan Pusat Khidmat ADUN dengan memberi pelbagai alasan yang tidak

munasabah. Ada juga MPKK yang tidak pasti kawasan mana yang diwakili dan tidak tinggal di kawasan yang diwakili. Inilah masalah-masalah ‘kecil’ tetapi membawa impak yang cukup besar sekiranya tidak ditangani dan tidak dibetulkan.

Kebijaksanaan dan kecekapan jentera dalam pengurusan sentiasa dititikberat dalam Pentadbiran MPKK. Pejabat Daerah sentiasa mengambil inisiatif

untuk memastikan kecekapan ini dengan menganjurkan kursus pemantapan pentadbiran MPKK bagi Daerah SPU. Bertam juga telah menganjurkan program

Pemantapan Pentadbiran MPKK DUN Bertam yang menyasarkan setiap ahli MPKK dari Pengerusi hinggalah ke Ahli Jawatankuasa.

Tapi malang sekiranya Ahli Jawatankuasa yang tidak aktif dan hanya

menunggu mesyuarat MPKK untuk membuat aduan dan untuk claim elaun. Kita memerlukan MPKK yang komited dengan perkhidmatan dan tanggungjawab

mereka.

Oleh itu, Bertam cadangkan agar pemilihan MPKK perlulah dilihat dari sudut kawasan yang diwakili dan bukan dari parti yang mewakili. Bagi memantapkan

lagi semangat berkebajikan MPKK kepada rakyat, Bertam juga berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah memperuntukkan sejumlah RM4.1 juta

sebagai penambahan kadar elaun selaras dengan elaun yang ditetapkan oleh KPLB dan KPKT.

Bertam juga mencadangkan kepada pihak KEMAS agar sentiasa merujuk

kepada Pusat Khidmat ADUN untuk kelulusan apa-apa program yang melibatkan peruntukan MPKK. Ini amat mustahak kerana ada juga program anjuran MPKK

yang mana pihak-pihak ADUN tidak dimaklumkan dan tidak langsung tahu mengenai program tersebut.

Sebagai sebuah Kerajaan Pakatan Harapan, kita perlu menunjukkan

kemuafakatan antara semua pihak. Bukan bertindak atas kapasiti sendiri ataupun syok sendiri dan akhir-akhirnya perkara yang mudah akan menjadi susah.

97

Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat,

Akhir kata sebelum Bertam mengundur diri, Bertam ingin merakamkan

ucapan tahniah dan syabas kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow kerana memacu negeri

Pulau Pinang di atas landasan yang betul dan terbaik selaras dengan visi Penang2030. Bertam percaya Kerajaan Negeri akan terus komited dalam melaksanakan pembangunan yang mampan, pintar serta inklusif demi

kesejahteraan rakyat Pulau Pinang.

Pulau Pinang muncul sebagai negeri yang mencatatkan pelaburan paling

tinggi di Malaysia bagi enam (6) bulan pertama tahun 2019, dengan jumlah pelaburan sebanyak RM9.214 bilion. Jumlah ini melepasi angka keseluruhan pelaburan yang diperoleh Pulau Pinang pada tahun lalu, iaitu keseluruhan

sebanyak RM5.781 bilion.

Pencapaian yang memberangsangkan ini menunjukkan bahawa Pulau

Pinang merupakan destinasi pelaburan yang menjadi pilihan pelabur dari luar negara.

Bertam juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat

bersara kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Farizan bin Darus yang akan menamatkan perkhidmatan beliau pada 7hb November ini, setelah berkhidmat

sebagai penjawat awam selama 35 tahun. Terima kasih ke atas bantuan dan sokongan yang telah Dato’ Seri berikan kepada Bertam. Saya harap dia tengah

dengar.

Dan kesempatan ini juga Bertam ingin mengucapkan terima kasih kepada Tenaga Nasional Berhad yang telah menerima saranan Bertam pada sidang DUN

yang lepas dan TNB akan berpindah dari premis sekarang ke premis yang lebih besar, selesa dan sesuai untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cekap

kepada warga Bertam. Terima kasih TNB dan berterima kasih juga kepada semua Jabatan-jabatan Kerajaan, semua agensi-agensi Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Pusat yang telah sama-sama berganding bahu menolong Bertam untuk

melaksanakan semua program demi kemasyarakatan dan pembangunan rakyat di Bertam. Terima kasih.

Dengan ini Bertam mengudur diri ke Tanjung Piai, tugasan menanti. Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Terima kasih Yang Berhormat Bertam, pujuk FAP sikit tapi ambil

kesempatan lebih. Dipersilakan Ahli Yang Berhormat KOMTAR.

Ahli Kawasan KOMTAR (YB. Teh Lai Heng):

Yang Berhormat, Yang diPertua, Ahli-Ahli Yang Berhormat Salam Sejahtera

dan Salam Harapan kepada semua. KOMTAR ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Yang diPertua kerana memberi peluang kepada

saya untuk mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan 2020 Negeri Pulau Pinang di dalam Dewan yang mulia ini.

98

Belanjawan 2020, yang telah dikemukakan oleh Ketua Menteri berlandaskan empat teras utama Penang2030, yang memastikan pembangunan

negeri Pulau Pinang yang seimbang dari semua aspek bukan saja meneruskan pelaksanaan projek-projek yang penting, mementingkan pendidikan dan menjaga

kebajikan akar umbi tetapi juga meningkatkan kuasa persaingan Pulau Pinang untuk terus berkembang maju pada era globalisasi dan teknologi tinggi ini.

KOMTAR berasa sukacita kerana bagi program iSejahtera pelan bayaran

untuk program penghargaan Warga Emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) telah ditambah dari RM130.00 kepada RM150.00 setahun. Kerajaan Negeri yang

berjiwa rakyat juga mengambil berat kepentingan rakyat, projek-projek penting seperti lapan Projek Tebatan Banjir berimpak tinggi akan siap pada tahun 2020 dan 2021. Harap selepas projek-projek ini siap banjir kilat yang kerap kami hadapi

sekarang dapat dikurangkan.

Walaupun dengan dana yang terhad, Kerajaan Negeri juga berusaha

bersungguh-sungguh dan berjaya memulakan pelaksanaan Jajaran Pakej Dua di dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang, iaitu jajaran lebuh raya sepanjang 5.7 kilometer yang menghubungkan Lebuhraya Thein Teik di bandar Air Itam

sehingga ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu. Satu langkah ke hadapan membuka ribuan langkah kejayaan, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif dengan

menubuhkan syarikat digital Penang dengan menerajui pelaksanaan projek-projek digital dan membangunkan transformasi digital Pulau Pinang. Ini adalah

strategi yang produktif untuk memperkasakan industri kita termasuk pembuatan, pertanian dan lain-lain ke era teknologi digital yang dapat menghadapi cabaran industri 4.0.

Anggaran defisit tahun 2020 sebanyak RM273.5 juta adalah lebih rendah daripada 30% jika berbanding dengan anggaran defisit tahun 2019 sebanyak

RM395.69 juta. Kerajaan Negeri akan terima bayaran balik pinjaman daripada PDC dan PBAPP pada tahun 2020. Oleh itu, Kerajaan Negeri telah mengurangkan belanja mengurus yang bukan sahaja dapat merendahkan anggaran defisit maka

projek-projek pembangunan yang telah dirancang untuk tahun 2020 juga tidak akan terjejas seperti apa yang dikatakan oleh Ketua Pembangkang tadi memang

Kerajaan Negeri tiada taktik yang khaslah untuk menjadikan bajet defisit kepada bajet yang surplus hanya dengan prinsip CAT maka ini boleh direalisasikan.

Dalam belanjawan 2020 ini, Ketua Menteri ada menyatakan bahawa

Kerajaan Pusat telah memberikan sokongan untuk menjayakan beberapa projek di negeri Pulau Pinang sama ada melalui bantuan kewangan ataupun kaedah lain

terutamanya RM100 juta untuk pembinaan kereta kabel baru di Bukit Bendera.

Saya berasa besar hati terhadap sokongan ini tetapi saya juga berharap agar Kerajaan Pusat dapat menghulurkan lebih banyak bantuan untuk

meringankan beban Kerajaan Negeri terutamanya kepada projek-projek infra di Pulau Pinang. Yang Berhormat Dato’ belum lagi ya, akan, Yang Berhormat Yang

di-Pertua sokongan penjawat awam adalah penting kepada kerajaan adalah amat penting untuk menjalankan segala dasar dan tindakan yang diambil oleh kerajaan, tetapi disebaliknya bilangan penjawat awam yang terlalu ramai juga akan

membebankan kerajaan yang mungkin membawa kepada masalah kewangan. KOMTAR menyokong sasaran Kerajaan Negeri mengurangkan 5% dari jumlah

tersebut secara berfasa hingga tahun 2021.

99

Selain itu langkah-langkah yang sesuai juga amat penting untuk mengubah pandangan negatif orang ramai terhadap penjawat awam seperti meningkatkan

kemahiran dan kecekapan penjawat awam dalam memberi perkhidmatan awam. Isu ini perlu dipandang serius kerana kerja-kerja penjawat awam juga adalah

penentu imej dan reputasi kerajaan serta melibatkan pandangan masyarakat terhadap Wakil Rakyat kawasan.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah

negeri maju berbanding dengan negeri-negeri lain adalah alasan yang seringkali digunakan oleh Kerajaan Pusat untuk tidak meluluskan permohonan dana bagi

membiayai sesuatu projek pembangunan di Pulau Pinang. Hasil negeri adalah terhad di Pulau Pinang berbanding dengan pusat. Maka Kerajaan Negeri terpaksa mencari alternatif untuk membiayai projek mega seperti PTMP.

Sebenarnya satu alternatif yang dapat menyelesaikan isu ini adalah dengan menepati janji ke 24 dalam Manifesto Pakatan Harapan Pusat iaitu menghidupkan

semangat sebenar konsep federalisme. Seperti yang dinyatakan dalam manifesto PH akan menghidupkan konsep menghidupkan semula konsep federalisme yang sebenar. PH mempunyai janji-janji khas untuk Sabah dan Sarawak. Pada masa

yang sama PH juga akan menghidupkan semangat faderalisme yang tulen ke semua negeri.

Pembahagian hak dan tanggungjawab seperti yang tersenarai dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan akan dihormati dan perubahan Jadual Ke

sembilan untuk menambah kuasa Kerajaan Pusat akan diminimumkan. Kuasa negeri-negeri akan diperkukuhkan dengan menurunkan beberapa kuasa yang sesuai kepada negeri seperti kuasa untuk pentadbiran pengangkutan, kebajikan,

perkhidmatan sosial, pertanian dan perlindungan alam sekitar.

Untuk membiayai kuasa negeri dengan yang dipulangkan ini, sekurang-

kurangnya 10% daripada hasil cukai pendapatan akan dipulangkan ke negeri-negeri tempat pembayar cukai pemastautin. Ini adalah apa yang ditulis dalam manifesto yang ke 24 PH Pusat. Selain manifesto PH Pusat, manifesto PH negeri

Pulau Pinang yang ke 65 turut menyatakan disentralisasi kuasa-kuasa kepada Kerajaan Negeri dalam bidang pengangkutan, perkhidmatan sosial, pertanian,

perikanan dan alam sekitar. Manifesto ke 66 pula menyatakan menuntut pengagihan hasil cukai yang saksama daripada jumlah RM5.8 billion cukai GST yang dibayar sejak April 2015 dan juga RM6 billion cukai-cukai lain setiap tahun.

KOMTAR ingin menyokong rakan-rakan saya dari Bukit Tambun, Bukit Tengah yang juga sentiasa membangkitkan isu ini dalam DUN dan mencadangkan

agar Kerajaan Negeri boleh menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk membincangkan isu ini dengan Kerajaan Pusat untuk memenuhi janji pilihan raya.

Sebagai contoh setiap tahun rakyat dan syarikat di negeri Pulau Pinang

membayar cukai sebanyak RM6 billion kepada LHDN, maka Kerajaan Negeri Pulau Pinang boleh dapat penggagihan hasil cukai sebanyak 10% iaitu RM 600 juta

setiap tahun. KOMTAR percaya pengagihan hasil cukai 10% ini cuma adalah satu permulaan. Kemungkingan pengagihan ini boleh dinaikkan kepada 20% atau 50% seperti negara-negara lain. Maka dengan adanya hasil cukai ini, projek

infrastruktur dan kebajikan sosial yang memanfaatkan rakyat boleh dilaksanakan. Di sini KOMTAR sanggup menawar diri sebagai ahli dalam jawatankuasa khas ini

dan Bukit Tengah juga dicadangkan sebagai ahli.

100

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Terminal Bas Sungai Nibong…(gangguan).

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Mohon laluan, yang soalan tadi pasal disentralisasi yang 10% tu, adakah KOMTAR, pihak, YB. KOMTAR berasakan perkara yang sama juga patut dibuat di

dalam Pulau Pinang itself sebagai contohnya pendapatan Pejabat Daerah SPT is between RM144 juta to RM175 juta setahun, tetapi untuk 2019 mereka hanya menerima RM50 ribu untuk kerja-kerja pembersihan kecemasan dan 2018 mereka

menerima RM100 ribu, tapi tahun ni kurang RM50,000 saja, so important di sini ialah Pejabat Daerah adalah satu-satunya agensi yang menjaga kawasan

kampung. Sebab tu saya rasa kalau disentralisasi diamalkan dan diperjuangkan untuk negeri Pulau Pinang, saya harap perkara yang sama juga akan dibuat di dalam negeri. Terima Kasih.

Ahli Kawasan KOMTAR (YB. Teh Lai Heng):

Terima kasih Penanti, ini adalah cadangan yang baguslah, Yang Berhormat

Yang di-Pertua, Terminal Bas Sungai Nibong mula beroperasi sejak Mei 2005. Setelah 15 tahun beroperasi banyak infrastruktur sudah ketinggalan zaman dan tidak mesra pengguna, ia terdapat 12 lorong yang tidak mempunyai kemudahan

escalator dan hanya dua buah lif disediakan. Bayangkan betapa susahnya penumpang untuk mengangkat luggage yang berat sekali naik ke tingkat satu

ruang beli tiket, atau ruang menunggu dan kemudian turun ke bas bersama luggage.

Penang Sentral di Butterworth telah siap dibina dan mula beroperasi pada tahun lepas. Ia dilengkapi dengan banyak kemudahan dan juga mendapat sambutan yang baik daripada pengguna. Penang Sentral sebenarnya agak sama

dengan rekaan KL Sentral yang berkonsep Transit Oriented Development (TOD), KOMTAR ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri supaya bekerjasama

dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk merancang penaiktarafan terminal bas Sungai Nibong dengan konsep TOD.

Memandangkan tapak pesta bersebelahan terminal bas ini, tapak pesta

cukup luas tetapi sayang sekali ruang tapak ini tidak digunakan dengan sepenuhnya. Mungkin ini adalah tapak yang sesuai untuk dimajukan. Kerajaan

Negeri boleh memanggil satu RFP bagi memajukan satu kawasan tersebut oleh sebab LRT yang dirancangkan juga akan membina stesen di situ.

Maka satu rancangan untuk mengintergrasikan terminal bas, terminal LRT,

teksi, tempat letak kereta, pusat membeli belah dan pejabat mahupun rumah kediaman juga boleh dibuat di tapak yang sama. Harap pembangunan ini boleh

dijadikan satu ikon yang baru di negeri Pulau Pinang selepas projek ini siap dibina. Tapak ini amat sesuai untuk dibangunkan sebagai hab pengangkutan baru di bahagian Pulau. KOMTAR berharap Kerajaan Negeri boleh mengkaji cadangan ini

dan melaksanakan projek ini secepat mungkin. Kawasan ini adalah antara kawasan yang paling sesak setiap hari terutamanya waktu balik kerja. Dengan

adanya pembangunan yang lebih cekap dan galakkan penggunaan pengangkutan awam, ianya akan mengurangkan masalah kesesakan lalulintas di kawasan ini.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, perkhidmatan bas mini percubaan di Kuala

Lumpur telah mendapat sambutan yang baik. Saya berpendapat bahawa negeri

101

Pulau Pinang juga boleh mengikut jejak langkah Kuala Lumpur dan memperkenalkan semula bas mini di negeri Pulau Pinang. Selaras dengan Plan

PTMP untuk menaiktaraf sistem pengangkutan di Pulau Pinang. Saya ingin mencadangkan satu projek susulan untuk pelan PTMP iaitu menggunakan bas mini

untuk membawa penduduk dari kawasan perumahan atau perkilangan ke stesyen LRT dengan memberikan akses mudah kepada penduduk untuk menggunakan sistem LRT yang baru. Ini boleh mendorong penduduk memilih pengangkutan

awam seperti pilihan utama. Sebagai pilihlah utama bagi pergerakan mereka dan mengurangkan carbon footprint di Pulau Pinang. Bas mini sering digunakan

sebagai feeder service iaitu memberi perkhidmatan di jalan yang berada di luar jalan utama. Biasanya di kawasan perumahan, lorong atau jalan yang lebih sempit. Bas mini memainkan peranan penting dalam sistem pengangkutan awam

di negeri Pulau Pinang suatu ketika dahulu terutamanya di kawasan bandar, tetapi selepas Rapid Penang mengambil alih tugas menaiktaraf pengangkutan awam

Pulau Pinang pada tahun 2007, bas mini telah dihentikan penggunaannya.

Salah satu sebab utama perkhidmatan bas mini dihentikan adalah kelemahan dari segi peraturan dan kawalan ke atas bas mini yang mengakibatkan

pelbagai masalah. Bas mini tidak mempunyai laluan tetap mahupun jadual waktu. Selalunya melebihi penumpang atau tidak mengikut peraturan jalan raya dan

berhenti di tepi jalan sesuka hati untuk mengangkat dan menurunkan penumpang. Pembangunan di Pulau Pinang mirip dengan Kuala Lumpur dengan

tambahan LRT dan monorel di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri boleh mencadangkan kepada Rapid Penang untuk menambah perkhidmatan bas mini di kawasan yang strategik. Kajian keberkesanan perlu bermula sekarang supaya perkhidmatan bas

mini boleh bermula dengan LRT apabila LRT siap dibina. Bas mini sukar dikawal pada masa dahulu kerana terdapat banyak syarikat persendirian yang

mengendalikan perkhidmatan bas mini. Pemandu bas juga perlu memajak bas mini daripada syarikat. Saya yakin dengan adanya penyertaan Rapid Penang yang berpengalaman dalam menguruskan sistem pengangkutan awam, mereka pasti

boleh menyediakan pelan bas mini yang komprehensif serta mengelakkan masalah yang dihadapi pada masa dahulu.

Penggunaan bas mini 8 meter dan bas mini 7 meter untuk perkhidmatan bas mini percubaan di Kuala Lumpur akan memberikan data yang penting untuk mengkaji penggunaan semula bas mini di kawasan perumahan. Selain itu.

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):

Minta penyelasan sikit.

Ahli Kawasan KOMTAR (YB. Teh Lai Heng):

Sikit lagi. Selain itu kita juga boleh mengkaji cara Hong Kong mengendalikan bas mini dimana Kerajaan Hong Kong telah menyediakan

peraturan yang ketat untuk mengawal lebih daripada 4,000 bas mini yang beroperasi di bandar tersebut secara berkesan.

Sekarang adalah perluang terbaik untuk kami memperkenalkan semula bas mini di Pulau Pinang. Saya berharap Kerajaan Negeri boleh mempertimbangkan cadangan ini memandangkan orang ramai di Kuala Lumpur juga menunjukkan

persepsi yang positif terhadap perkhidmatan bas mini ini.

102

Ahli Kawasan Pengkalan Kota (YB. Daniel Gooi Zi Sen):

Terima kasih Yang Berhormat KOMTAR. Sememangnya saya bersetuju

dengan pandangan yang dilontarkan tadi oleh Yang Berhormat KOMTAR berhubung dengan penggunaan bas mini khususnya untuk digunakan sebagai

connectivity, last-mile connectivity (dengan izin). Akan tetapi pada ketika masa kita merancang Pelan Induk Pengangkutan di negeri Pulau Pinang ini. Sememangnya kita perlu melihat kembali bukan saja peranan yang boleh

dimainkan saja oleh bas mini tetapi peranan bas yang sedia ada ini. Sebab dengan adanya, misalnya laluan LRT yang akan dijangka dibina ini sememangnya

perkhidmatan bas ini jugalah perlu mengubah laluan mereka sebab perkhidmatan untuk membawa penumpang itu telah ditambah baik dengan adanya LRT. Jadi, Rapid Penang juga seharusnya mengambil usaha ataupun dengan mengeluarkan

satu pelan untuk merangka semula laluan jalanan bas yang sedia ada agar ia dapat menambah lagi keberkesanan khususnya perkhidmatan LRT dan

pengangkutan.

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Saya nak mohon laluan. Di Penanti kita dah mohon dah lama sangat kan

kepada jawatankuasa. Banyak soalan setiap tahun saya buat soalan. Bila nak tengok semula permohonan saya untuk adakan feeder shuttle, van ataupun bas

mini. Bas mini desa dan bas mini. Kita sama-sama berjuang. So, hopefully kalau buat di George Town, kampung pun boleh.

Ahli Kawasan KOMTAR (YB. Teh Lai Heng):

Terima kasih Pengkalan Kota dan terima kasih kepada Penanti. Yang Berhormat Yang di-Pertua, kami mengalu-alukan pengumuman Kerajaan Pusat

tentang projek Penaiktarafan dan Pembesaran Lapang Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) yang akan dijalankan secara berperingkat di mana peringkat

pertama mengandungi Fasa 1 , 12 mppa (million passengers per annum) dan Fasa 2, 16 mppa. Peringkat kedua pula akan melibatkan pembesaran kepada kapisiti maksimum sehingga 20 mppa. 20 mppa adalah kapasiti maksimum untuk LTAPP

yang hanya mempunyai satu landasan. Untuk meningkatkan kapisiti maksimum melebihi 20 mppa, LTAPP perlu menambahkan lagi satu landasan. Untuk

makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, LTAPP sekarang menghadapi kekangan untuk menambah lagi satu landasan kerana tidak mempunyai tanah simpanan yang boleh dimajukan.

Adakah Kerajaan Negeri akan mengkaji opsyen mengosongkan tanah-tanah perindustrian di Batu Maung dan Bayan Lepas FTZ untuk pembinaan

landasan tambahan. Atau akan merancang satu lapangan terbang antarabangsa yang baru seperti apa yang dicadangkan oleh Y.A.B. Ketua Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2019 pada tahun lepas.

Lapangan terbang adalah amat penting kepada negeri Pulau Pinang yang sumber pendapatanya bergantung kepada industri pembuatan dan industri

pelancongan untuk kekal berdaya saing dan maju kehadapan. KOMTAR berharap Kerajaan Negeri boleh membuat rancangan yang lebih awal untuk menghadapi cabaran masa depan. KOMTAR tidak membantah cadangan lapangan terbang baru

di negeri-negeri lain tetapi keutamaan patut diberikan kepada penaiktarafan LTAPP dan LTAPP tidak boleh ditutup dengan apa-apa alasan.

103

Yang Berhormat Yang di-Pertua, KOMTAR ingin mengucapkan penghargaan saya terhadap penggumuman Kerajaan Pusat dalam Belanjawan 2020

untuk mengurangkan kadar tol untuk Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jambatan Kedua Pulau Pinang dari RM8.50 kepada RM7.00 bagi selaraskan

kadar tol kedua-dua Jambatan Pulau Pinang. Kadar bayaran yang lebih tinggi merupakan salah satu sebab utama rakyat memilih untuk tidak menggunakan jambatan tersebut. Sebagai langkah seterusnya, saya berharap faedah diskaun

20% yang dinikmati oleh rakyat negeri Pulau Pinang yang menggunakan Touch N Go card apabila menggunakan Jambatan Pulau Pinang Pertama boleh diperluaskan

kepada Jambatan Kedua Pulau Pinang juga.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Jambatan Pulau Pinang Pertama merupakan pilihan utama kepada orang ramai untuk keluar masuk ke bahagian

pulau dan seberang. Setiap hari terdapat lebih daripada 80,000 kenderaan yang menggunakan jambatan Pulau Pinang Pertama dan bilangan kenderaan ini sudah

melebihi tahap maksimum penggunaan jambatan. Oleh itu, sekiranya kemalangan tak kisah besar atau kecil berlaku di atas jambatan, ianya akan mengakibatkan kesesakan trafik yang akan berlanjut beberapa jam.

Kita tidak dapat menggelakkan sepenuhnya kemalangan berlaku di atas jambatan. Apa yang boleh dibuat adalah untuk menyediakan satu standard

operating procedure (SOP) untuk mengendali kerja pengalihan dan pembersihan di lokasi kemalangan secara cekap.

Setiap kali kemalangan berlaku di atas jambatan, kerja pembersihan akan memakan masa lebih daripada satu jam atau lebih. Antara sebabnya adalah kesukaran trak tunda untuk sampai ke lokasi kejadian akibat daripada

masalah trafik serta perlu menunggu pihak polis untuk menjalankan siasatan awal di lokasi kejadian.

Oleh itu, KOMTAR ingin mencadangkan supaya SOP disediakan oleh pihak PLUS untuk memastikan lokasi kemalangan dibersihkan dalam tempoh masa yang ditetapkan, sama ada kenderaan tersebut ditunda atau dialihkan ke lay-by yang

disediakan di tepi jambatan. Pihak PLUS boleh mengambil gambar kemalangan dan melekat pita pelekat di lokasi kemalangan sebagai bukti jika ia bukan

kemalangan yang serius, kenderaan itu boleh bergerak dan berhenti dekat lay-by baru bincang.

Peraturan dan penguatkuasaan yang tegas juga perlu dilaksanakan untuk

memastikan tiada halangan di semua laluan pada setiap masa. Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan kecil hanya boleh berhenti di lay-by jambatan. Kita

juga boleh merujuk kepada cara negara lain dalam mengendali masalah ini dan belajar daripada mereka.

Selain itu, KOMTAR juga ingin membangkitkan satu isu yang pernah

dibentangkan di dalam dewan ini mengenai perbezaan had laju di Jambatan Pulau Pinang Pertama. Terdapat dua had laju yang berbeza di atas jambatan iaitu

70km/j di tengah jambatan iaitu antara lot 5km hingga 8km dan 80km/j di bahagian jambatan yang lain.

KOMTAR berharap had laju yang sama iaitu 80km/j boleh ditetapkan di

seluruh jambatan. Had laju yang sama boleh mengelakkan kekeliruan pengguna jambatan terutamanya pemandu dari negeri yang lain. Kadang-kadang kami bawa

104

kereta tengok sign, pergi sana 80, kena tengok 70 kena stop. Kalau tak stop nanti kena saman. Ini adalah agak susah jugak lah.

Yang Berhormat Dato‘ Yang di-Pertua, KOMTAR yang telah dilengkapi dengan lampu hiasan melalui Projek ‘‘Gemilang Cahaya KOMTAR“ sejak tahun

2017 telah menjadi destinasi mengambil gambar yang terkenal. Saya berpendapat bahawa sampai masanya untuk kita menyalakan Jambatan Pulau Pinang untuk menjadikannya satu tarikan baru di Pulau Pinang.

Penggunaan lampu LED untuk menyalakan mercu tanda sebuah bandar merupakan trend baru di seluruh dunia sejak beberapa tahun dahulu. Jambatan

adalah antara lokasi yang paling banyak dipilih untuk dihiasi dengan lampu hiasan seperti Jambatan Nasha di Guangdong, Jambatan Manhattan di New York ataupun yang paling dekat dengan kita Jambatan Seri Saujana di Putrajaya. Jambatan-

jambatan ini boleh dijadikan rujukan untuk kerja hiasan jambatan kita.

Untuk mengindahkan lagi kawasan persisiran pantai di Pulau Pinang.

KOMTAR berharap Kerajaan Negeri boleh mendorong bangunan-bangunan dekat dengan persisiran pantai untuk menghiasi fasad bangunan dengan lampu LED seperti KOMTAR dan juga memohon dengan TNB untuk memberi kadar elektrik

istimewa kepada bangunan yang menyertai program ini.

Pada masa yang sama, KOMTAR juga ingin mencadangkan supaya syarikat

yang berminat boleh menawarkan perkhidmatan cruise di perairan Pulau Pinang pada waktu senja atau malam dan membawa pelancong untuk menikmati

pemandangan yang indah di negeri kita.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, penggunaan e-dompet untuk membeli-belah, membeli makanan, tiket wayang ataupun membayar bil-bil utiliti dan lain-

lain semakin meningkat di kalangan masyarakat. KOMTAR ingin mencadang kepada Kerajaan Negeri Pulalu Pinang supaya memperluaskan penggunaan e-

dompet dalam urusan pembayaran Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan seperti cukai taksiran, cukai tanah, bil air, sewa tapak gerai, sewa rumah kerajaan, pinjaman pendidikan dan lain-lain. Cadangan ini adalah selaras dengan

pengumuman Kerajaan Pusat dalam Belanjawan 2020 baru-baru ini iaitu penawaran rangsangan digital secara one-off bernilai RM30 kepada rakyat

Malaysia yang layak.

Menurut statistik yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan dalam Belanjawan 2020 Kerajaan Pusat, pada tahun 2018 jumlah urus niaga

pembayaran mudah alih meningkat 20 kali ganda kepada lebih 34 juta transaksi berbanding kurang daripada 2 juta transaksi pada tahun 2017. Akan tetapi,

laporan kajian Nielsen pada Januari tahun ini mendapati penerimaan keseluruhan e-dompet masih rendah pada lapan (8) peratus. Selain itu menurut satu kajian terkini, saya mendapati kira-kira setiap sepuluh peniaga hanya dua (2) peniaga

yang menggunakan e-dompet. Oleh itu, selain daripada usaha Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri juga perlu mendorong serta meningkatkan penggunaan e-

dompet.

Kira-kira 76% daripada jumlah rakyat Malaysia memiliki telefon pintar dengan perkhimatan internet mudah alih semakin menjadi perkara biasa. Ini

adalah masa yang tepat bagi mempromosikan dan menggalak e-dompet di mana-mana perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan

105

dan lain-lain. Penggunaan e-dompet dapat membolehkan perkhidmatan kerajaan ataupun swasta menjadi lebih cekap dan berkesan, di mana transaksi menjadi

lebih cepat dan kurang bergantung kepada cetakan resit. Orang ramai juga tidak perlu tunggu wang baki dan masa menunggu dapat dikurangkan.

KOMTAR juga ingin mencadangkan selain daripada perkhidmatan kerajaan, e-dompet juga boleh mula diperkenalkan kepada penjaja di pasar awam, ataupun peniaga di premis kerajaan, khususnya menyediakan mereka menjana

pendapatan melalui saluran bayaran tanpa tunai, demi meningkatkan persaingan mereka pada era globalisasi ini. Dengan menggunakan e-dompet untuk aktiviti

jual beli, peniaga-peniaga tidak lagi perlu menyediakan duit kecil, penggunaan e-dompet juga akan mengurangkan risiko peniaga apabila deposit wang tunai di bank ataupun di ATM. Kiraan pendapatan dilakukan secara automatik dengan lebih

tepat dan dapat mengelakkan pengiraan yang salah.

Sekali lagi KOMTAR ingin menekankan bahawa Negeri Pulau Pinang sebagai

leading state di Malaysia haruslah mempercepatkan transformasi penggunaan e-dompet di kalangan masyarakat dan peniaga serta menjadi teladan kepada negeri-negeri lain.

Yang Berhormat Yang di-Pertua, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengambil banyak inisiatif untuk memulihkan semula kegemilangan KOMTAR.

Saya amat berbesar hati kerana Ketua Menteri dalam ucapan belanjawan 2020 telah mengumumkan berita baik iaitu Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan mula

beroperasi di KOMTAR pada tahun depan.

Walau bagaimanapun, masih ada banyak unit kosong di Podium KOMTAR yang boleh diisi, salah satu faktor yang saya dapati melalui kajian yang dibuat

oleh saya adalah harga sewa tidak cukup menarik untuk peniaga. Saya ingin mencadangkan agar PDC dan pemilik kedai persendirian menawarkan harga sewa

yang lebih rendah daripada harga pasaran kepada pihak yang berminat terutamanya harga sewa bagi tahun pertama. Contohnya harga sewa pasaran adalah RM3.00 sekaki persegi, maka harga sewa yang cadang boleh ditawarkan

adalah RM1.50 sen atau lebih rendah bagi sekaki persegi. Cadangan ini akan dapat dapat menarik minat peniaga untuk cuba memulakan perniagaan mereka di

KOMTAR.

Seperti apa yang saya cadangkan pada DUN yang lepas, Podium KOMTAR yang mempunyai empat (4) tingkat boleh dikategorikan kepada empat (4) zon

yang berlainan, salah satu cadangan adalah tingkat tiga (3) boleh dijadikan sebagai zon pejabat kecil atau co-working space. KOMTAR yang juga merupakan

pusat pentadbiran Kerajaan Negeri akan memudahkan pejabat-pejabat ini mengendalikan urusan mereka dengan jabatan-jabatan kerajaan, tetapi infrastruktur penting seperti jalur lebar yang laju haruslah disediakan terlebih

dahulu untuk memenuhi keperluan mereka.

Kerajaan Negeri telah menyediakan empat (4) Perpustakaan Digital di Pulau

Pinang, dua (2) di Jalan Masjid Negeri, satu (1) baru-baru dirasmikan di Batu Maung dan satu (1) lagi akan dibuka di Butterworth. Saya ingin mencadangkan agar satu (1) Perpustakaan Digital dirancangkan dalam KOMTAR untuk

mewujudkan satu (1) ruang membaca yang selesa untuk penduduk-penduduk yang tinggal dekat dengan kawasan bandar. Hal ini akan dapat memupuk tabiat

106

membaca di kalangan masyarakat, termasuk pengunjung, peniaga dan kakitangan kerajaan yang bekerja di KOMTAR.

Mungkin disebabkan lokasi yang strategik dan kemudahan ada kemudahan bas, KOMTAR selalunya menjadi tempat warga emas berkumpul dan berehat.

Saya mencadangkan Pusat Aktiviti Warga Emas boleh ditubuhkan di KOMTAR. Pusat ini boleh menyediakan sudut membaca, sudut bercatur, sudut rehat, sudut pemeriksaan kesihatan yang asas seperti pemeriksaan tekanan darah. Ruang ini

juga boleh mengadakan aktiviti-aktiviti seperti kelas komputer atau telefon pintar, kelas menari dan menyanyi, ceramah kesihatan dan lain-lain. Saya

mencadangkan supaya bayaran sewa pusat ini di taja oleh PDC atau Kerajaan Negeri dan diuruskan oleh NGO yang berminat.

Satu (1) lagi cadangan mengenai KOMTAR adalah stesyen LRT yang akan

dibina di KOMTAR Fasa 5 boleh dipindah ke bangunan KOMTAR. Stesyen LRT ini jika dibina di KOMTAR akan menarik aliran trafik ke KOMTAR dan ini akan

membantu dalam usaha pemulihan KOMTAR. Cadangan penyediaan tandas di bas terminal KOMTAR telah saya bangkitkan pada DUN yang lepas, tetapi masih belum nampak apa-apa rancangan lagi. Saya berharap cadangan-cadangan yang

dikemukakan di dalam DUN oleh mana-mana Ahli Yang Berhormat, jabatan dan agensi patut memandang serius dan mengadakan perbincangan dan perancangan

agar masalah dan cadangan yang dibangkitkan dapat diselesaikan atau dilaksanakan demi kebaikan rakyat. Marilah kita bersama-sama bekerjasama

untuk mencapai Visi Penang2030 negeri pintar dan hijau berteraskan keluarga inspirasi negara. Dengan ini KOMTAR mohon menyokong.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Terima kasih Yang Berhormat KOMTAR. Dipersilakan Yang Amat Berhormat Bukit Tambun.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Timbalan Speaker, Yang Amat Berhormat Padang Kota, Barisan EXCO, rakan-rakan seperjuangan dan

tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saya berasa amat berbesar hati dan berterima kasih kerana diberi peluang untuk membahas Rang Undang-undang Pembekalan

dan usul anggaran pembangunan tahun 2020.

Pertamanya, saya bagi pihak penduduk DUN Bukit Tambun merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan kerana telah menurunkan

kadar tol Jambatan Sultan Abdul Halim Muazam Shah dari RM8.50 sen kepada RM7.00.

Kedua meluluskan pembinaan SJK(C) Kuang Yu di Batu Kawan dengan peruntukan RM4 juta dari Kementerian Pendidikan.

Ketiga meluluskan pembinaan Masjid Bandar Cassia di Batu Kawan dengan

peruntukan RM3.5 juta daripada Kerajaan Pusat dan RM1.5 juta dari Kerajaan Negeri.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, dalam tempoh 18 bulan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Padang Kota, Pulau Pinang kini telah memiliki

107

satu (1) hala tuju yang jelas menerusi Penang2030 ‘Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara’. Pada masa yang sama, baru-baru ini

Kerajaan Negeri telah menggazetkan Rancangan Struktur Pulau Pinang 2030 yang menjadi panduan kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya

Seberang Perai untuk merancang dan mengawal pembangunan di Negeri Pulau Pinang.

Sektor pembuatan terus menjadi tulang belakang kepada ekonomi Negeri

Pulau Pinang. Sehingga Jun 2019, MIDA telah meluluskan pelaburan berjumlah RM9.2 bilion di Pulau Pinang. Ini merupakan juara bagi seluruh negara. Di sini

saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Padang Kota, adakah jumlah pelaburan di Negeri Pulau Pinang bagi penghujung tahun 2019 dapat mencecah RM12 bilion?

Mengenai kecemerlangan ini saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Invest Penang kerana berjaya menarik pelaburan daripada

industri-industri yang mempunyai nilai tambah yang tinggi dan industri inisiatif pengetahuan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) kerana sentiasa memastikan bekalan tanah

industri mencukupi dan tersedia untuk dibangunkan. Pelaburan yang berterusan ini akan menjana pembangunan industri kecil dan sederhana serta selaras dengan

tema kedua Penang2030 iaitu menaik taraf ekonomi bagi meningkatkan pendapatan isi rumah.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, mengenai pelaburan sektor pembuatan yang bertali arus ini adakah Kerajaan Negeri mampu menyediakan bekalan tanah industri yang mencukupi dan bersesuaian untuk tempoh lima (5)

tahun yang akan datang. Kedua, adakah infrastruktur dan utiliti di sekeliling kawasan perindustrian terutamanya di Batu Kawan dapat disiapkan mengikut

jadual antaranya Jambatan Valdor-Batu Kawan dan juga cadangan Jambatan Batu Kawan-Byram. Pada masa yang sama Negeri Pulau Pinang merupakan negeri yang terhad dari segi tanah. Oleh itu, kita memerlukan pengurusan tanah yang

lebih cekap dan membuat keputusan tentang pembangunan sesebuah tanah dengan lebih efisyen. Kedua-dua PBT dan PTG perlu mengambil kira soalan saya

sejak Sidang DUN yang pertama iaitu tentang mempercepatkan proses kebenaran rancang serentak dengan permohonan ubah syarat tanah dan pecah sempadan.

Yang Berhormat Timbalan Speaker, sektor pelancongan terus menjadi

penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi utama negeri Pulau Pinang. Ini dapat dilihat menerusi peningkatan pelancong sebanyak 400,000 berbanding

tahun yang lalu melalui Lapangan Terbang Pulau Pinang dan juga peningkatan pelancong ke Bukit Bendera sejumlah 160,000, itu angka peningkatan.

Oleh yang demikian, saya menyokong Bajet 2020 yang memperuntukkan

sejumlah RM35.8 juta untuk sektor pelancongan pada tahun hadapan. Walau bagaimanapun, di sini saya menyeru agar peruntukan untuk program yang akan

dianjurkan oleh PETACH diagihkan secara meluas dan saksama. Misalnya, Pesta Chap Goh Meh di Padang Kota Lama dengan perbelanjaan RM254,009.84 yang dibelanjakan dihadiri dengan anggaran pelancong seramai 30,000 orang. Program

Chap Goh Meh di Bukit Tambun yang juga diiktiraf oleh Kerajaan Negeri walaupun hanya mendapat peruntukan khas daripada Pejabat Ketua Menteri RM5,000.00,

tetapi telah berjaya menarik kehadiran sejumlah 5,000 pengunjung. Walaupun 25,000 berbaning dengan RM5,000.00 tetapi kami juga berjaya menarik

108

pelancong ke program yang di luar dari George Town. Kita perlu juga menyokong program-program seperti Pesta Pulau Aman, Pesta Padi di Penanti serta Pesta

Bukit Mertajam. Berdasarkan, jawapan bertulis daripada EXCO PETACH, kebanyakan program yang membelanjakan ratusan ribu hanya had terutamanya

di George Town. Oleh itu saya berharap peruntukan RM35.8 juta ini dapat diagihkan secara lebih menyeluruh.

Yang Berhormat Timbalan Speaker,

Sektor penternakan dan akuakultur terus memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negeri Pulau Pinang. Antaranya nilai hasil ternakan

telah mencecah RM939 juta iaitu dekat RM1.0 bilion. Oleh itu, Kerajaan Negeri perlu mempertahankan kawasan ternakan sedia ada agar tidak ditakluki sektor perumahan. Di sini kita dapat kawal melalui penyediaan Rancangan Tempatan

yang kini dalam peringkat penyediaan dan juga melalui kawalan dari Jawatankuasa Perancangan Negeri yang dipengerusikan oleh Yang Amat

Berhormat Padang Kota. Sekiranya kawasan-kawasan penternakan ini diperlingkungan semula untuk kegunaan kediaman, keluasan kawasan ternakan akan berkurangan. Kedua, penduduk yang datang kemudian akan membuat

bantahan kepada industri penternakan ini. Sebab orang yang tidak pernah tinggal di kawasan SPS terutamanya berdekatan dengan kawasan penternakan, mereka

akan berasa kekok dan membuat bantahan kepada YB. Sungai Puyu. Walau bagaimanapun, kawasan perindustrian berasaskan pertanian dan penternakan

boleh digalakkan di kawasan sekeliling kawasan pertanian ini. Ini boleh mengurangkan tekanan untuk mendapatkan tanah industri di Batu Kawan dan juga bahagian Pulau. Kawasan jajaran seperti Jalan Tasek Valdor di bawah DUN

Sungai Bakap, Jalan Bukit Teh di DUN Machang Bubuk dan juga Kampung Selamat boleh dibangunkan untuk industri asas tani. Pada ketika ini, di jajaran ini memang

terdapat banyak industri yang masih dalam peringkat pemutihan.

Yang Berhormat Yang di-Pertua,

Dalam ucapan Belanjawan 2020, saya amat terkejut kerana sektor

akuakultur tidak disentuh. Mengikut profil perikanan tangkapan negeri Pulau Pinang 2018, bilangan bot 2,847 unit, bilangan nelayan 4,973 orang, pendaratan

tangkapan 54,854 tan metrik, ternakan ikan tawar 2,439 tan metrik, benih ikan tawar 9.4 juta ekor, ternakan ikan payau 44,580 tan metrik, benih ikan payau 461 juta ekor dan bagi ternakan ikan dalam sangkar 29,000 tan metrik dengan

nilai borong sejumlah RM551 juta. Ini bermakna industri akuakultur ini merupakan salah satu sektor ekonomi yang penting bagi negeri Pulau Pinang. Dalam perkara

ini, seperti yang saya syorkan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Pertama iaitu mencadangkan akuakultur ini perlu memiliki zoning sendiri seperti yang disebutkan oleh YB. Sungai Dua sebentar tadi.

Walau bagaimanapun, sektor akuakultur ini menghadapi ancaman pencemaran air dan juga perubahan iklim. Di sini saya memohon Kerajaan Negeri

dan Jabatan Alam Sekitar mengambil tindakan komprehensif untuk menangani pencemaran dari Pulau Burung, pencemaran sisa pembuangan kilang dan juga pencemaran daripada sisa kumbahan ternakan. Pada masa yang sama, Bukit

Tambun juga memohon agar Jabatan Perikanan dibekalkan bot baru. Pada ketika ini Jabatan Perikanan memiliki hanya dua (2) bot yang telah menjangkau umur

30 dan perlu menyelenggara dan juga menjalankan kerja-kerja penguatkuasaan bagi industri akuakultur yang disebutkan oleh saya tadi.

109

Ahli Kawasan Penanti (YB. Dr. Hajah Norlela Binti Ariffin):

Saya ada soalan. Boleh tak? Maknanya akuakultur tadi dari SPS, Bukit

Tambun, maknanya tidak ada keperluan kan untuk buat projek ZIA di paya bakau, Penaga, right? Sebab dah ada akuakultur industri, akuakultur yang sangat sihat

sudah di Bukit Tambun, sebab kampung saya pun di Bukit Tambun sebenarnya. Iya, memang tepi laut dan kita kecil-kecil boleh berenang ke Pulau Aman.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):

Ya, tentang cadangan ternakan di Penaga, memang terdapat perbezaan pendapat antara dua pihak iaitu seperti yang disebutkan oleh Penanti, Penanti

minta pihak Kerajaan Negeri memberi jawapan tentang ROI, ROA. Industri akuakultur merupakan satu industri yang penting bagi Negeri Pulau Pinang dan industri akuakultur ini memang dia lebih menjurus ke arah kawasan paya bakau.

Oleh itu, memang wujudnya konflik antara industri ini dengan pemeliharaan alam sekitar. Oleh itu, biarlah Kerajaan Negeri dan pihak yang bertanggungjawab untuk

menilai yang mana lebih sesuai dan mendatangkan manfaat yang lestari kepada Kerajaan Negeri dan generasi akan datang.

Baru-baru ini pihak Kerajaan Negeri telah menganjurkan satu forum yang

bertaraf antarabangsa iaitu Asia Pacific Urban Forum Yang Ke-7. Sebagai seorang peserta yang mengikuti sepanjang forum ini, saya mengucapkan tahniah kepada

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang kerana telah menganjurkan forum antarabangsa ini.

Walau bagaimanapun, kita tidak mengambil peluang sebaik-baiknya untuk menjalinkan hubungan dengan 60 negara dan 7,000 peserta yang menyertai forum ini. Dalam pengamatan saya, sepanjang empat (4) hari ini, saya nampak

selain daripada MBPP sebagai penganjur, PWDC sahaja yang paling aktif dan mengambil kesempatan untuk mengadakan perbincangan rundingan dan juga

mengambil peluang untuk bertukar-tukar fikiran dengan wakil-wakil dari seantero dunia. Oleh itu, saya berharap WCIT yang bakal diadakan pada September tahun 2020 akan datang ini, semua pihak termasuk EXCO, ADUN dan semua jabatan

perlu mengambil peluang ini untuk menimba ilmu, bertukar-tukar fikiran, kalau boleh dapat menandatangani MoU atau menjalinkan usahasama dengan wakil-

wakil dari seluruh dunia. Ini merupakan bukan peluang yang boleh diperolehi.

Ahli Kawasan Sungai Puyu (YB. Phee Boon Poh):

Minta laluan. Pada masa yang sama 14 Oktober negeri Pulau Pinang kami

ada tiga (3), tiga (3) mesyuarat yang amat penting. Satu APUF 7, satu World Zero Waste Conference di Seberang Perai di mana Pihak Berkuasa Tempatan, MBSP

yang bertanggungjawab, ada lagi satu yang dipanggil Side Conference yang dianjurkan oleh UNEP di mana saya diberi tanggungjawab. Kalau kata PWDC dan juga hanya MBPP, tidak betul. MBSP bertanggungjawab untuk kedua-dua. Iaitu

kata there is Side Conference dan juga di World Zero Waste Conference di Seberang Perai, untuk maklumat Yang Berhormat.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):

Terima kasih kepada Yang Berhormat Sungai Puyu. Saya memang dapat melihat WhatsApp yang dipaparkan oleh Yang Berhormat Sungai Puyu tentang

110

apa yang disebutkan World Zero Waste Conference tersebut. Di sini saya ingin mengajak semua ADUN dalam sidang Dewan ini mengambil peluang sedemikian

untuk menimba ilmu, bertukar tukar fikiran dan bersiap sedia untuk menyambut tetamu menjelang September 2020 akan datang.

Mengenai kesesakan lalu lintas, di sini MPSP telah dinaiktaraf menjadi MBSP. Oleh itu, di sini saya mencadangkan satu unit lalu lintas ditubuhkan untuk mengawal lalu lintas di kawasan-kawasan kesesakan pada waktu puncak. Bukan

semua kesesakan lalu lintas perlu diatasi dengan pembinaan jejambat atau melebarkan jalan.

Terdapat banyak persimpangan atau jalan-jalan tertentu hanya sesak dua jam atau tiga jam sahaja dalam satu hari dan pada hari bekerja sahaja. Oleh itu, kita tidak perlu menghabiskan wang ringgit yang berbilion bilion untuk menaik

taraf jalan-jalan berkenaan. Di sini, satu unit lalu lintas seperti yang ada di DBKL, menggabungkan mengambil kakitangan sedia ada dari Jabatan

Kejuruteraan, dari Polis Bantuan dan Jabatan Direktorat MBSP sedia ada untuk menubuhkan satu unit lalu lintas.

Pada masa yang sama, Jabatan Pengurusan Krisis MBSP perlu diperkasakan

dengan kelengkapan yang lebih canggih, kemahiran mereka perlu digilap dan kebajikan mereka perlu dipertingkatkan.

Mengenai Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, sejak penubuhan JPWK ini, program mendekati rakyat menjadi lebih menyeluruh dan

lancar. Ini adalah kerana, golongan wanita apabila menjalankan sesuatu program, mereka lebih komited. Setiap program dirancang dan dibincang dengan lebih terperinci berbanding dengan MPKK.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee):

Minta celah, adakah Bukit Tambun setuju dengan pertubuhan JPWK yang

dikatakan satu-satunya di Malaysia sahaja telah menjadikan aktiviti Kerajaan Negeri dengan konsep menteraskan keluarga dan juga membangunkan, memperkasakan wanita dengan lebih menyeluruh dalam satu tahun ini dan

adakah Bukit Tambun setuju kata program JPWK ini seharusnya dibawakan kepada tahun depan dan seterusnya supaya program ini dapat membantu,

melahirkan pemimpin wanita di dalam negeri ini.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):

Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Berapit, memang kalau di

DUN Bukit Tambun, empat (4) program utama yang diadakan, sambutan setiap program tidak pernah kurang daripada seribu peserta. Keempat-empat program

PWDC mempunyai rekod.

Saya pernah menghadiri mesyuarat pertama JPWK. Bila saya ada, saya saja yang berucap, saya saja yang bercakap dan mesyuarat tamat dalam masa satu

jam. Apabila mesyuarat diuruskan sendiri oleh kaum wanita, rupa rupanya mereka juga boleh bermesyuarat, berbincang dan melontarkan idea-idea. Mesyuarat

biasanya tamat dalam tiga (3) jam dan apa yang dibincangkan amat terperinci. Apabila program diadakan kelangsungannya begitu lancar dan semua aspek memang telah diambil kira.

111

Saya mengadakan program lebih dari 20 tahun, lazimnya berlaku kepincangan. Bagi tahun ini, program yang diadakan lebih lancar. Saya amat

bersetuju bahawa JPWK berjaya melahirkan kepimpinan wanita. Dulu, mereka tak berani berucap apabila saya ada. Tetapi kini apabila mereka mengadakan program

sendiri, bermesyuarat sendiri, prestasi mereka kini setanding YB Penanti.

Seterusnya, saya ingin menyentuh isu DUN Sungai Bakap. Bandar Tasek Mutiara mempunyai 6,000 unit kediaman, tetapi hanya mempunyai satu

jejambat yang merentasi landasan keretapi menghubungi Jalan Bukit Tambun ke Tol Bukit Tambun. Yang Berhormat Perai, Yang Berhormat Sungai Bakap, Yang

Berhormat Jawi dan saya menggunakan jejambat tersebut setiap hari. Mengenai perkara ini, saya sekali lagi meminta pihak JKR atau pemaju Bandar Tasek Mutiara untuk memberi pertimbangan yang lebih terperinci untuk melebarkan jejambat

ini.

Bagi tebatan banjir di persimpangan Jalan Persekutuan dan Jalan Changkat,

kawasan kedai di Jalan Besar Bandar Sungai Bakap dan Kampung Sepulau perlu dikaji secara komprehensif.

Bagi banjir di kawasan Kampung Sethu, saya mencadangkan agar satu

program pemindahan kampung ini perlu dilakukan. Apa kaedah tebatan banjir juga tidak akan menyelesaikan banjir di Kampung Sethu. Kampung ini perlu

dibangunkan semula.

Berbalik kepada permintaan-permintaan dari DUN Bukit Tambun. Disini,

saya menyeru Kementerian Kerja Raya untuk memulakan kerja-kerja menaik taraf Fasa 6 A iaitu jambatan Sungai Kerian dan Fasa 6 B yang melibatkan pembinaan u-turn di bawah jejambat merentasi landasan keretapi Valdor iaitu di

depan Taman Robena perlu dimulakan pada tahun depan sebelum Fasa 5 disiapkan. Oleh itu, disini saya meminta JKR negeri melanjutkan permohonan ini

kepada Kementerian Kerja Raya dengan kadar segera.

Kedua, meneruskan kerja-kerja menaik taraf Jalan Bukit Tambun dan Jalan Paboi. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Exco Kerja Raya iaitu

Yang Berhormat Tanjung Bunga kerana telah meluluskan RM260,000 untuk menaik taraf tol arah selatan Tol Bukit Tambun. Walau

bagaimanapun, penaiktarafan ini masih tidak boleh menyelesaikan masalah kesesakan ini sepenuhnya. Yang Berhormat Padang Kota sudah tersekat di tol ini pada 2 minggu yang lalu. Oleh itu, persimpangan ini Jalan Bukit Tambun dan Jalan

Paboi perlu dinaik taraf sepenuhnya.

Ketiga, pengurusan trafik pada waktu puncak di kedua-dua tol arah selatan

dan utara perlu dilakukan.

Keempat, mengazetkan perhentian bas CAT Design Village sebagai terminal. Di sini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada seksyen

pengangkutan yang diketuai oleh Dato’ Lim Hock Seng telah mengadakan satu mesyuarat melibatkan APAD, MBSP dan seksyen pengangkutan iaitu Encik

Mustaqin. Satu persetujuan awal telah dicapai iaitu ingin membuat permohonan kepada negeri untuk mengazetkan terminal ini sebagai terminal bagi tempoh 10 tahun akan datang. Diharap pihak Kerajaan Negeri dapat memberi pertimbangan

sewajarnya.

112

Kelima, bagi memastikan semua kolam tadahan, pintu air dan ban Sungai Junjung dan Sungai Jejawi sentiasa diselenggara dan berada dalam keadaan baik.

Saya berharap pihak yang berkenaan dapat merujuk balik soalan-soalan bertulis saya sejak Mesyuarat Pertama Penggal Pertama. Semua soalan yang berkaitan

dengan tebatan banjir telah saya ajukan dalam setiap sidang DUN yang telah diadakan.

Yang keenam, Bukit Tambun memerlukan hospital dan klinik kesihatan

yang kini terpaksa berkunjung ke Hospital Sungai Bakap dan Klinik Kesihatan Bandar Tasek Mutiara.

Ketujuh, loji kumbahan berpusat berteraskan biogas perlu dimulakan dengan segera di perkampungan Valdor.

Kelapan, Stadium Batu Kawan perlu digunakan secara optimum kerana

stadium ini telah terbiar selepas pelancaran pertukaran nama dari Batu Kawan kepada Bandar Cassia pada tahun 2004. Oleh itu, presiden FAP perlu memberi

pertimbangan semula untuk mengadakan sebahagian pertandingan bola sepak Liga Premier atau kalau berjaya ke Liga Super dan juga Piala FA dapat diadakan di Stadium Batu Kawan.

Ahli Kawasan Berapit (YB. Heng Lee Lee):

Saya minta celah, Bukit Tambun saya amat tertarik tentang stadium di Batu

Kawan disebabkan saya sendiri pun pada ketika selalu pergi ke sana jogging larian bersama dengan kumpulan kawan dan saya perhatikan, kemudahan tempat

duduk sana adalah terlampau tinggi, 40,000, jadi satu angka yang susah untuk (dengan izinya)….untuk maintain dan lagi kawasan lokasi tempat itu adalah sempit sebab jalan kalau nak hubung dengan highway di luar tempat disana agak

sempit. Semasa adakan program yang besar besaran kalau ada berlaku kemalangan atau ada kecemasan adalah sangat susah untuk kenderaan dialihkan

keluar.

Jadi saya ingin tanya dengan Bukit Tambun apakah pandangan Bukit Tambun supaya tempat stadium disana statusnya boleh dinaiktarafkan dan juga

tempat itu boleh dipakai oleh warga Pulau Pinang dengan lebih mudah berbanding dengan keadaaan sekarang. Terima kasih.

Ahli Kawasan Bukit Tambun (YB. Goh Choon Aik):

Stadium Batu Kawan ini seluas 150 ekar di mana PDC telah membelanjakan lebih kurang RM130 juta untuk membina stadium ini. Pada ketika ini, stadium ini

hanya dibangunkan lebih kurang 40 ekar di mana kolam renang, gelanggang bola keranjang, gelanggang badminton sehingga kini masih belum dibina dan di sini

saya juga telah dimaklumkan bahawa Perbadanan Pengurusan Stadium dan Kawasan Lapang telah ditubuhkan. Candidate CEO juga sudah ada. Oleh itu saya berharap Perbadanan Pengurusan Stadium ini dapat membuat kajian yang

komprehensif untuk mengguna pakai stadium yang berkapasiti 40,000 ini.

Mengenai laluan masuk ke Batu Kawan. Sebenarnya Batu Kawan ketika ini

mempunyai tiga laluan masuk. Pertama, melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang. Kedua, melalui persimpangan bertingkat Bandar Cassia. Ketiga, Bukit Tambun dan Jambatan Bukit Tambun akan disiapkan pada pertengahan tahun hadapan. Dan

113

satu lagi jambatan yang menghubungkan Batu Kawan dan Byram mungkin akan dimulakan pada tahun hadapan. Kalau PDC atau Kerajaan Negeri mempunyai duit

lebihan.

Seterusnya kesembilan, gelanggang futsal yang diluluskan di Simpang

Ampat masih belum dimulakan selepas satu tahun. Oleh itu saya ingin bertanyakan kepada EXCO Belia dan Sukan, Bilakah saya dapat melihat gelanggang futsal ini? Kesepuluh, bilakah MBSP akan memulakan pemasangan

lampu LED dan CCTV di Seberang Perai Selatan seperti jawapan yang diberi kepada saya. Itulah hanya 10 permintaan buat DUN Bukit Tambun untuk

Mesyuarat Kedua Penggal Kedua. Bagi Sungai Bakap, tadi saya sudah minta untuk jalan dan juga tebatan banjir. Saya berharap Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Padang Kota dapat memberi pertimbangan sewajarnya

memandangkan pembangunan pesat terutamanya di Batu Kawan. Batu Kawan yang menjadi bank tanah untuk ditawarkan kepada syarikat-syarikat dari luar

negara untuk tempoh lapan hingga sepuluh tahun akan datang. Sebelum mengundur diri, di sini saya ingin menyampaikan pantun buat rakan seperjuangan saya selama 20 tahun. Beliau juga merupakan guru saya dalam bidang tanah,

bidang pengambilan tanah dan hal ehwal Kerajaan Tempatan.

Cahaya liput serata alam,

Anak didik membawa salam,

Ilmu disebar dengan kalam,

Kini menjadi sejarah silam.

Hidup ibarat putaran roda,

Putaran berlegar mengikut masa,

Hari ini kanda berdua,

Lain ketika, kami menyusul pula.

Terima kasih saya ucapkan,

Kerana kanda selalu membantu,

Jasa dan bakti jadi taruhan,

Akan dikenang setiap waktu.

114

Terima kasih daun keladi,

Kerana sudi menolong kami,

Kalau ada kesulitan kami,

Diharap sudi, bantulah lagi.

Ini pantun buat Yang Berhormat Dato’ Seri Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Seri Farizan Darus yang telah berkhidmat selama 35 tahun buat Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Saya berharap, ayat terakhir itu, diharap sudi bantulah lagi.

Di sini saya berharap Kerajaan Negeri mungkin dapat mewujudkan satu jawatan tanpa gaji kepada beliau.

Akhir kata, di sini saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Barisan EXCO, rakan-rakan seperjuangan ketua-ketua jabatan dan juga para wakil media. Di sini Bukit Tambun menyokong

Bajet2020 ini. Sekian, terima kasih.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Terima kasih Yang Berhormat Bukit Tambun. Dipersilakan Yang Berhormat Jawi.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye):

Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua. Yang Amat Berhormat Padang Kota, para pimpinan barisan EXCO, Ahli-ahli Yang Berhormat.

Salam Harapan, Salam Sejahtera. Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dewan

yang mulia ini kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai dalam sesi perbahasan ke atas Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan Tahun 2020 dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Padang Kota

dalam Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Ke-14. Izinkan Jawi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima

kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat kerana memberi pandangan yang bernas samada daripada pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang iaitu yang diketuai oleh Datuk Sungai Dua yang mengambil selama tiga jam untuk

membantu Pulau Pinang mengorak langkah menuju ke arah Visi Penang2030 iaitu Negeri Pintar, Hijau dan Berteraskan Keluarga Yang Menginspirasikan Negara

menjelang tahun 2030.

Timbalan Yang di-Pertua,

Isu yang saya akan bangkitkan di Dewan yang mulia ini adalah berkaitan

dengan pengangkutan jalan raya di kawasan KADUN Jawi. Selaku wakil rakyat di Jawi saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana melalui

Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) telah membiayai pembinaan jambatan yang menghubungkan pekan Nibong Tebal ke Tanjung Berembang pada tahun 2017.

115

Dengan pembinaan jambatan ini kita dapat lihat potensi mengubah ekonomi di sekitar pekan Nibong Tebal dan saya percaya juga di kawasan Sungai

Acheh. Jambatan ini akan memudahkan lagi rangkaian ke had pembuatan di Penang Science Park dan Bandar Cassia, Batu Kawan pada masa akan datang.

Walau bagaimanapun, apabila jambatan baru ini siap sepenuhnya ia dijangka akan berlaku pertambahan isipadu trafik di Pekan Nibong Tebal. Saya difahamkan semasa pembinaan jambatan ini PDC tidak ada menjalankan Traffic Impact

Assessment iaitu (TIA) di kawasan Pekan Nibong Tebal. Jalan Victoria adalah menyambungan bagi jambatan baru ini dan terus ke persimpangan Jalan Ooi Kar

Seng. Sebagaimana semua sedia maklum, walaupun projek jambatan baru ini masih dalam fasa pembinaan tetapi keadaan Jalan Ooi Kar Seng ini telah mengalami kesesakan lalu lintas semasa waktu kemuncak bagi pengguna-

pengguna jalan raya yang menetap di kawasan pekan Nibong Tebal. Ini adalah disebabkan Jalan Victoria dan Jalan Ooi Kar Seng adalah jalan yang utama yang

melibatkan empat buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nibong, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Nibong Tebal dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pai Teik.

Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat,

Untuk makluman semua semasa waktu perlepasan sekolah, kenderaan

penuh di sepanjang Jalan Ooi Kar Seng. Ini disebabkan ibu bapa – ibu bapa yang datang untuk mengangkut anak-anak mereka. Trafik pada masa itu memang amat

sesak. Saya percaya, selepas pembukaan jalan baru pengguna jalan raya akan menggunakan jalan pintas tanpa menggunakan Jalan Persekutuan iaitu FT001. Iaitu jalan sedia ada yang merentasi jambatan Sungai Kerian dari Kawasan

Tanjung Berembang dan Sungai Udang. Sungai Udang. Oleh sebab itu saya memohon Kerajaan Negeri khasnya JKR perlu menjalankan kajian samada

pemasangan lampu isyarat perlu diadakan di persimpangan Jalan Ooi Kar Seng dan Jalan Victoria. Di samping itu, saya juga dimaklum bahawa JKR SPS telah membuat permohonan kepada Kerajaan Negeri melalui peruntukan pembangunan

P12/26 dengan tajuk menaik taraf jalan di atas di jalan atas serta lain-lain kerja yang berkaitan di seluruh Daerah Seberang Perai Selatan.

Oleh yang demikian Jawi ingin memohon agar Kerajaan Negeri memandang serius perkara ini. Jawi amat berharap agar permohonan peruntukan daripada JKR SPS dapat diluluskan oleh Kerajaan Negeri supaya dapat melaksanakan semua

projek di SPS yang dicadang untuk membantu rakyat SPS. Atas inisiatif saya selaku wakil rakyat di KADUN Jawi, sejak akhir tahun 2018 saya telah pun

bersama saudara Sungai Acheh dan Ahli Parlimen Nibong Tebal atas kerjasama JKR SPS dan MBSP. Satu usaha yang baik telah dibuat bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Jambatan Sungai Kerian Nibong Tebal. Saya di sini

mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Parlimen Nibong Tebal kerana telah menyalurkan peruntukan sebanyak

RM115,000.00 untuk melaksanakan projek ini, dan kami telah menutup lampu isyarat di persimpangan Jalan Persekutuan FT001 dan Jalan Erskin FT283 di mana penutupan lampu isyarat dan perlaksanaan left in left out (dengan izin) di

persimpangan ini yang telah membantu atas aliran trafik yang lancar sama ada dari Nibong Tebal ke arah Parit Buntar mahupun dari Parit Buntar ke Nibong Tebal.

Saya percaya bahawa sesiapa yang pernah melalui jambatan tersebut semasa waktu puncak iaitu pada jam 5.00 petang sehingga 8.00 malam. Kita akan mengambil dari Nibong Tebal ke Sungai Udang kita akan mengambil masa lebih

daripada lebih kurang daripada 45 minit sehingga satu jam dengan melaksanakan

116

left in left out kita hanya menggunakan lebih kurang 30 minit berbanding dengan satu jam. Dengan perlaksanaan ia telah menjimatkan masa pengguna jalan raya

yang sering menghadapi kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.

Walau bagaimanapun, ini merupakan satu usaha jangka masa pendek bagi

mengatasi masalah-masalah kesesakan yang semakin serius semasa waktu kemuncak sebelum Projek Fasa 6 diluluskan sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan. Atas perlaksanaan perubahan aliran trafik yang dilaksanakan. Kami

jangka, ia akan menyebabkan pertambahan isipadu trafik di jalan Bukit Panchor P146. Disebabkan pengguna akan menggunakan jalan Bukit Panchor untuk pergi

ke pekan Nibong Tebal dan arah utara dari penduduk Taman Pekaka, Taman Ilmu ataupun warga USM Nibong Tebal. Oleh yang demikian bagi memastikan isu keselamatan berdasarkan semakan JKR SPS selaras dengan arahan teknik jalan

ATJ 13/87 reka bentuk persimpangan Jalan Permai dan Jalan Bukit Panchor hendaklah dilaksanakan setelah signalize junction iaitu satu lampu isyarat harus

dipasangkan di persimpangan ini. Ini adalah kali kedua bagi saya membawa isu pemasangan lampu isyarat di persimpangan Jalan Bukit Panchor dan Jalan Permai di dalam sidang Dewan yang mulia ini. JKR dan MBSP harus memberi syarat

kepada pemaju JKP iaitu terletak di bersebelahan persimpangan ini. Supaya dapat memasang satu lampu isyarat dalam masa yang terdekat. Ini adalah kerana aliran

trafik semakin bertambah dan kemalangan jalan raya sering berlaku di kawasan tersebut. Keadaan akan bertambah serius apabila rumah siap dibina pada masa

yang akan datang.

Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat,

Berita kemalangan jalan raya di Malaysia bukanlah lagi satu perkara yang

asing. Peningkatan kes kemalangan sekian hari membimbangkan pelbagai pihak. Jika masalah ini tidak dibendung segera, ia bukan hanya mengancam nyawa

malah secara tidak langsung boleh menggugat pertumbuhan ekonomi negara. Walaupun pelbagai langkah telah diambil untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya namum ia semakin meningkat.

Terlalu banyak faktor yang menjadi punca berlakunya kemalangan. Namun begitu bilangan kawasan yang dilabelkan sebagai kawasan kemalangan juga tidak

dapat diturunkan. Beberapa kawasan yang sering berlaku kemalangan adalah di kawasan berisipadu trafik tinggi, persimpangan, kawasan berpenduduk padat, jalan berselekoh dan sebagainya.

Untuk pengetahuan semua, salah satu faktor yang menyebabkan kemalangan jalan raya adalah disebabkan penandaan garisan di atas jalan raya.

Penandaan garisan jalan adalah sangat penting dalam pembinaan jalan raya. Garisan jalan membahagikan sesebuah jalan raya kepada beberapa lorong untuk memastikan pemandu memandu mengikut lorong masing-masing. Tanpa garisan

jalan, maka sudah tentulah pemandu akan cenderung iaitu ”makan jalan” kerana pemandu akan kurang pasti kedudukan dimanakah mereka sepatutnya memandu

maka seterusnya boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya.

Garisan jalan juga boleh membolehkan sesebuah jalan raya mudah dilihat pada waktu malam serta semasa cuaca buruk. Kita perlu faham bahawa bukan

semua lampu jalan dapat dipasangkan di sepanjang jalan, akan tetapi sudah tentunya penandaan garisan jalan akan dilukis sepanjang jalan yang kita guna.

117

Di sini saya ingin sentuh perkara tentang keadaan garisan jalan di Seberang Perai. Saya tidak pasti berapa lamakah garisan jalan akan dilukis semula

oleh pihak JKR. Saya tidak berpuas hati keadaan sekarang kerana banyak jalan di Seberang Perai menghadapi masalah garisan jalan yang sudah pucat dan ada

sesetengah tidak dapat lihat langsung disebabkan cat atas jalan sudah keluar. Saya bagi contoh jalan-jalan tersebut adalah terletak di jalan persimpangan Jalan Persekutuan, Jalan Badak Mati iaitu terletak di kawasan Sungai Bakap, Bukit

Tambun dan kawasan Jawi juga dan banyak kawasan lagi di sepanjang Jalan Changkat yang mengarah ke Ladang Byram, mengarah ke Nibong Tebal. Juga

garisan-garisan atas jalan memang sudah pucat.

Saya merayu bahawa Kerajaan Negeri perlu mengambil tindakan segera tentang perkara yang saya bangkitkan khasnya jalan-jalan di bawah

penyelenggaraan JKR sama ada negeri atau persekutuan. Saya beri contoh, di persimpangan Jalan Persekutuan dan Jalan Badak Mati, di sepanjang Jalan

Changkat sehingga ke Ladang Byram dan ke Pulau Burung dan saya percaya lagi banyak kawasan-kawasan di Seberang Perai, saya tidak pasti di sebelah Pulau tetapi di kawasan Seberang Perai memang banyak kawasan, jalan-jalan kita,

dapat lihat jalan tetapi tidak dapat lihat garisan jalan yang betul-betul yang menentukan pemandu-pemandu. Di mana saya juga mendapati bahawa JKR

sudah tidak menjalankan kerja dengan mengecat semula garisan jalan dengan menggunakan cara thermoplastic sebagaimana yang digariskan oleh

spesifikasi. Walau bagaimanapun atas usaha JKR mengecat semula garisan jalan yang menggunakan cat sahaja walaupun hanya bersifat tidak tahan lama. Oleh yang demikian, saya mengharapkan Kerajaan Negeri dapat melakukan sesuatu

agar isu ini tidak hanya sekadar dibincangkan di dalam Dewan yang mulia ini sebaliknya suatu tindakan proaktif dilaksanakan.

Timbalan Yang di-Pertua,

Berdasarkan rekod statistik aduan yang saya terima, adalah lebih daripada 100 kes berkenaan dengan tumpahan sisa konkrit, crusher run dan tanah di

sekitar Jalan-jalan Negeri dan Persekutuan di kawasan KADUN Jawi. Saya percaya banyak wakil rakyat menghadapi masalah yang sama, kadang-kadang saya juga

terima panggilan daripada penduduk-penduduk di kawasan Bukit Tambun dan juga Sungai Bakap membuat aduan tentang ada tumpahan sisa-sisa konkrit atau crusher run. Ini bukan hanya melibatkan kawasan Jawi, tetapi sebahagian besar

seluruh daerah SPS, apa yang saya sebutkan tadi. Sisa tumpahan ini secara jelasnya akan meningkatkan risiko kemalangan jalan raya kepada penunggang

motosikal dan kenderaan lain. Di mana ia juga sebagai satu pembaziran sumber tenaga manusia kepada MBSP dan juga JKR.

Sumber tenaga boleh digunakan kepada tugas hakiki dan mengurangkan

kos tuntutan lebih masa bekerja iaitu OT kepada kerajaan. Oleh yang demikian, saya merayu bahawa Kerajaan Negeri harus mengetatkan peraturan-peraturan

dan syarat- syarat untuk pemberian permit, denda dengan tindakan tegas kepada pengusaha yang ingkar mengikut peraturan.

Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat,

Isu seterusnya adalah berkaitan dengan pembersihan parit di bawah penyelenggaraan JKR juga sering membawa masalah kepada wakil rakyat.

Berdasarkan kontrak konsesi, THB Sdn. Bhd. dengan Kementerian Kerja Raya bagi

118

penyelenggaraan Jalan Persekutuan, di dapati kontrak pencucian parit dan longkang hanya dihadkan kepada dua(2) pusingan setahun. Berdasarkan

pemerhatian saya, pencucian longkang enam (6) bulan sekali adalah amat tidak mencukupi. Selain sampah yang terhimpun akibat pembuangan oleh individu tidak

bertanggungjawab, tumbuhan bawaan air juga menjadi penyumbang kepada kemerosotan fungsi sistem saliran kita selain mendapan tanah/lumpur bawaan hujan.

Oleh yang demikian, apakah usaha Kerajaan Negeri dalam membantu isu penyelenggaraan ini seperti kelulusan peruntukan khas penggunaan MARRIS dan

lain-lain kepada JKR Negeri untuk membantu pembersihan parit yang hanya dibersihkan dua (2) pusingan setahun apabila diperlukan.

Untuk makluman semua, satu prosedur dan garis panduan pembinaan

menara dan struktur Pemancar Telekomonikasi Negeri Pulau Pinang telah berkuatkuasa pada 1 Jun 2015 untuk kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan. Akan

tetapi Kerajaan Negeri sering menerima aduan berkaitan dengan pembinaan menara dan struktur pemancar telekomunikasi berhampiran di kawasan kediaman mereka.

Pada 5.10.2019 satu statement daripada Bernama mengatakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) digesa memberi lebih

keutamaan kepada Pulau Pinang daripada Kuala Lumpur dan lima (5) negeri di negara ini bagi projek demontrasi 5G. Saudara Datok Keramat juga

memaklumkan bahawa, Pulau Pinang telah memulakan langkah awal untuk mewujudkan bandar pintar sebagai sebahagian daripada Visi Penang2030 yang memfokuskan kekeluargaan dalam persekitaran hijau dan pintar yang mampu

mengaspirasikan negara. Oleh sebab itulah Pulau Pinang merupakan negeri paling sesuai untuk menjalani ujian bagi projek demotrastrasi 5G tersebut.

Untuk menyambut kedatangan generasi 5G, saya ingin bercadang dalam Dewan yang mulia ini kepada Kerajaan Negeri supaya Pihak Berkuasa Tempatan boleh pengezonan kawasan-kawasan tertentu untuk pembinaan menara ataupun

struktur pemancar telekomunikasi. Saya berpendapat pembinaan sturktur pemancar telekomunikasi berhampiran di kawasan perumahan akan membawa

kebimbangan tentang kesihatan kepada penduduk sekitar walaupun kita faham ia memang tidak akan membawa sebarang masalah. Untuk mengelakkan kerisauan rakyat jelata, Kerajaan Negeri boleh mengezonkan beberapa kawasan tertentu

untuk pembinaan menara dan struktur pemancar telekomunikasi. Kawasan yang dizonkan sesuai berada di kawasan perniagaan atau kawasan industri.

Timbalan Yang di-Pertua,

Isu seterusnya adalah banjir. Isu banjir bukan topik yang baru di Parlimen Nibong Tebal khasnya di kawasan Jawi dan Sungai Bakap. Saya merakamkan

jutaan terima kasih kepada YAB. Padang Kota kerana dalam Belanjawan Tahun 2020 telah menyalurkan peruntukan sejumlah RM104.53 juta untuk memastikan

sistem saliran Kerajaan Negeri dinaik taraf dan masalah banjir dapat ditangani dengan baik pada tahun 2020. Walau bagaimanapun, tetapi banyak kawasan yang perlu kita mengambil perhatian khasnya di kawasan Jawi dan Sungai Bakap.

Jawi mengambil kesempatan di sini juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Saudara Tanjung Bunga kerana banyak membantu Jawi dalam

119

menyelesaikan masalah banjir seperti meluluskan penaiktarafan rumah pump di Bagan Buaya. Dengan penaiktarafan ini, ia telah mengurangkan masalah banjir di

kawasan Taman Cenderawasih dan juga di Taman Desa Jawi yang meliputi lebih 1000 biji rumah di dua-dua taman tersebut.

Namun begitu, masih banyak kawasan di Parlimen Nibong Tebal mengahadpi masalah banjir seperti di Taman Nibong Tebal, Kampung Sanglang, di sepanjang Sungai Baong, Sungai Kechil, Sungai Jawi termasuk juga Kampung

Sethu, yang tadi dibangkitkan oleh saudara Bukit Tambun, Perkampungan Jawi sebahagian daripada Sungai Acheh juga serta Kampung Titi Hitam yang perlu kita

mengatasi masalah ini juga.

Ahli Kawasan Sungai Acheh (YB. Zulkifli Bin Ibrahim):

Minta laluan. Terima kasih Jawi. Kita tengok seperti disebut oleh Jawi tadi,

kita juga ucapkan terima kasih kepada Tanjung Bunga yang perihatin tentang masalah banjir. Cuma saya rasa mungkin kita kena tengok juga dari segi kaedah

sungai-sungai yang mana saliran tersebut perlu mungkin ke depan kita perlu buat kajian untuk kita mendalamkan sungai-sungai yang ada macam Sungai Kerian ataupun Sungai Junjung di kawasan Pulau Pinang itu sendiri. Sebab kalau kita

tengok dengan air pasang, kita tengok baru ni yang Jawi itu,bukan sebab hujan, sebab air yang ada ini tak dapat tampung limpahan air sungai ia terlalu cangkat

sangat. Adakah Jawi juga ada pandangan yang sama? Terima kasih.

Ahli Kawasan Jawi (YB. H’ng Mooi Lye):

Terima kasih Sungai Acheh. Memang saya bersetuju dalam soalan saya pun sedang bertanya berkaitan dengan kedalaman sungai-sungai tertentu. Memang bagi saya, bagi pandangan saya, JPS hanya melaksanakan satu pusingan

untuk mendalamkan Sungai Jejawi di mana kawasan-kawasan pendalaman di Sungai Jejawi itu adalah terhad. Di sepanjang Sungai Jejawi saya rasa lebih

daripada 30 kilometer dari sebelah Relau sehingga saya rasa ke Bukit Tambun. Sungai Jejawi dia akan keluar ke Bukit Tambun tetapi sebelum sampai Bukit Tambun dia ada satu sungai tengah untuk ke muara laut. Saya rasa pendalaman

itu memang tidak cukup dan saya juga bertanya dalam soalan saya, sama ada kita membeli kepada syarikat-syarikat swasta supaya dapat mengambil,

membantu Kerajaan Negeri untuk mengeluarkan pasir-pasir, untuk mengeluarkan pasir-pasir supaya dapat, di samping itu, kita dapat mendalamkan sungai tersebut juga.

Okey, saya teruskan. Kawasan banjir yang berlaku pada 23.10.2019 yang lalu di Jawi selain daripada di depan rumah kedai Taman Jawi Jaya, Kampung Titi

Hitam dan Perkampungan Jawi dan semua kawasan di Jawi dianggap selamat. Rumah pump dan pintu air di kawasan masing-masing berfungsi seperti biasa.

Timbalan Yang di-Pertua,

Tidak saya tertinggal ke atas ucapan terima kasih juga kepada Pengarah JPS Tuan Haji Shukri kerana beliau juga turun ke tapak walaupun pada waktu

tengah malam dan selepas itu saya juga minum susu, minum susu lembu bersama dengan Pengarah JPS supaya kita dapat berbincang, bincang tentang keadaan, keadaan yang kita lihat pada waktu ketika itu. Saya juga percaya beliau dapat

melihat keadaan paras air di Sungai Jejawi yang telah melimpah keluar sehingga

120

ke permukaan jalan. So keadaan itu bagi saya, memang kita, memang risau sebab kita selalu apabila air hujan di bahagian Kedah dan selepas dua (2) jam di

upstream…(dengan izin), air di upstream itu ia akan tiba di kawasan Kampung Sethu, Sungai Bakap dan juga Bagan Buaya dan juga Perkampungan Jawi dan

semua akan bimbang, bimbang apa? Bimbang ban pecah. Sekiranya ban pecah, satu kampung ia akan hancur. Semua akan dilanda oleh air. So sebagai Wakil Rakyat Jawi, saya selalu terima panggilan daripada orang awam dan juga

pandangan serta cadangan orang awam berkaitan dengan ban-ban dan tebing-tebing di sepanjang Sungai Jejawi. Kerisauan dan kebimbangan khasnya para

penduduk di Kampung Sethu dan juga Perkampungan Jawi dan juga Kampun Bagan Buaya tidak pernah berhenti. Apabila ban sungai Jejawi pecah, satu kampong akan dilanda banjir seperti berlaku kerap di Kampung Sethu dan juga

Kampung Bagan Buaya termasuk di sebahagian Kampung Jawi. Sesungguhpun hujan telah berhenti di kawasan yang saya sebutkan di atas, tetapi air yang deras

tetap mengalir di sungai-sungai ini dan air ini adalah berasal dari Relau, negeri Kedah terletak di bahagian upstream….(dengan izin).

Ahli Parlimen Nibong Tebal pernah bercadang supaya satu kolam tadahan

harus dibina untuk mengurangkan kelajuan air sungai yang mengalir dari arah Kedah ke kawasan Seberang Perai, semua air akan mengalir keluar melalui Sungai

Jejawi dan terus ke muara laut melalu sungai tengah.

Satu kajian Pelan Induk Tebatan Banjir dan Saliran Mesra Alam bagi Daerah

SPS telah diadakan pada tahun 2017. Apakah hasil daripada kajian tersebut untuk kawalan banjir di kawasan SPS khasnya di KADUN Jawi dan Sungai Bakap? Bolehkah saya dapatkan maklumat yang terkini berkaitan dengan status kajian

tersebut?

Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat,

Untuk makluman dalam Dewan yang mulia ini, penagih dadah pada setiap hari semakin meningkat, adakah ia disebabkan kelemahan dalam penguatkuasa? Adakah ia disebabkan kekurangan program kesedaran di kalangan masyarakat?

Penagih dadah pada hari ini bukan sahaja terlibat dengan orang dewasa manakala di sekolah juga telah berlaku. Ia amat membimbangkan sekiranya kita

terus biar keadaan ini berterusan. Dalam maklumat yang saya terima, pelajar yang dikesan mengambil dadah semasa operasi saringan air kencing adalah seperti berikut:

Pelajar berumur 15, 9 orang; berumur 16, 15 orang; berumur 17, 22 orang, berumur 18, 4 orang dan berumur 19, 4 orang.

Saya difahamkan bahawa pihak AADK hanya dapat membuat ujian saringan awal air kencing di sekolah-sekolah tertentu dan hanya diberi 20 kuota sahaja untuk sebuah sekolah. Di sini saya ingin merayu bahawa Kerajaan Negeri harus

mengambil berat tentang perkara ini supaya dapat menyalurkan peruntukan untuk Jabatan Pendidikan Negeri bagi menjalankan lebih lagi program pencegahan

dadah, program kesedaran di sekolah-sekolah. Di mana saya juga berpendapat bahawa kita perlu menambah kouta untuk pengujian saingan awal air kencing di sekolah kerana bilangan 20 untuk sebuah sekolah adalah memang tidak

mencukupi.

121

Timbalan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat,

Saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan Negeri

atas usaha untuk projek pembinaan dewan badminton Nibong Tebal. Khasnya EXCO Belia dan Sukan, Saudara Bagan Jermal. Dalam jawapan yang saya terima

untuk projek ini, dimaklum bahawa semua proses dokumentasi dijangka akan dimuktamadkan pada akhir November tahun 2019. Cuma di sini saya amat berharap semua pihak yang terlibat dalam projek ini bantulah orang Seberang

Perai Selatan supaya dapat memastikan projek ini dijalankan dengan lancar dan secepat mungkin sebab kita nak tunggu dua (2) tahun sampai hari ini satu pelan

masih belum dikeluarkan.

Orang Seberang Perai Selatan sudah tunggu lama untuk permulaan projek ini. Di mana mantan Ketua Menteri pun pernah mengadakan PC untuk

pengumuman projek tersebut pada 19 Mac 2018. Saya mewakili orang Seberang Perai Selatan memohon sekali lagi pihak kerajaan untuk melihat semula

permintaan satu kolam renang di daerah Seberang Perai Selatan. Seluruh daerah di Seberang Perai mempunyai kolan renang kecuali Seberang Perai Selatan. Terdapat lebih kurang 100,000 pengundi di Seberang Perai Selatan yang meliputi

4 ADUN iaitu Bukit Tambun, Sungai Acheh, Sungai Bakap dan Jawi.

Jawapan yang saya terima dimaklum bahawa Kerajaan Negeri tidak

mempunyai perancangan untuk cadangan pembinaan kolam renang di Seberang Perai Selatan. Walaupun difahamkan jawapan pada sidang lepas memaklumkan

bahawa Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan tetapi di sini saya memohon supaya Kerajaan Negeri harus mempertimbangkan ini adalah atas permintaan daripada 100,000 pengundi di Seberang Perai Selatan.

Timbalan Yang di-Pertua,

Untuk makluman dalam Dewan yang mulia ini, terdapat 36 buah Pasukan

Bomba Sukarela ditubuhkan di negeri Pulau Pinang, dipanggil PBS. Semua PBS ini adalah dibawah jagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Objektif penubuhan PBS adalah untuk mengambil tindakan awal jika berlaku kebakaran

sebelum ketibaan Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Di mana ia juga mengeratkan koordinasi dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta agensi-

agensi berkaitan dengan keselamatan kebakaran. Dengan adanya PBS kita dapat membantu banyak rakyat jelata khasnya di negeri Pulau Pinang. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana

dapat menyalurkan peruntukan sebanyak RM3,000 untuk 35 buah PBS pada tahun 2018.

Saya ingin bercadang di sini supaya peruntukan ini dapat ditingkatkan sehingga ke RM10,000 untuk setiap PBS yang berdaftar atas mengikut syarat-syarat yang ditentukan. Ini adalah kerana PBS yang sentiasa berkhidmat secara

sukarela juga memerlukan perbelanjaan bulanan dan juga perlu peruntukan untuk membeli alat-alat keperluan untuk pasukan masing-masing seperti paip bomba,

mengisi minyak diesel untuk kereta bomba, penyelenggaraan untuk kereta bomba dan lain-lain lagi. Di samping itu, saya dimaklumkan bahawa sesetengah Pasukan Bomba Sukarela telah memohon lot tanah Kerajaan Negeri untuk membina

pejabat mereka seperti di Nibong Tebal, Pasukan Bomba Sukarela Nibong Tebal telah memohon satu lot di TOL Kerajaan Negeri. Di mana caj ke atas PBS untuk

bayaran TOL dan cukai pintu adalah salah satu tanggungan bagi PBS, dengan ini

122

saya ingin bercadang Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan supaya kerajaan boleh mengenakan caj dengan caj yang minima kepada PBS.

Timbalan Yang di-Pertua,

Industri perabut merupakan salah satu industri terkenal di daerah SPS

khasnya di Jawi dan Sungai Bakap, contohnya di kawasan Changkat dan Sungai Boang. Pihak kerajaan sentiasa menggalakan kilang-kilang tanpa lesen atau kilang haram menjalankan permutihan sejak beberapa tahun yang lepas. Namun begitu,

ada sesetengah kilang haram memang terletak di dalam kawasan zoning yang memang tidak dapat dizon sebagai kawasan zoning industri. Pada dua (2) tahun

yang lalu Kerajaan Negeri pernah mengadakan pengambilan tanah di kawasan Sungai Boang iaitu terletak di DUN Sungai Bakap. Difahamkan akan meluaskan industri perabut di kawasan Sungai Boang. Apakah status terkini berkaitan

dengan pengambilan tanah yang dirancang oleh Kerajaan Negeri? Sama ada pengambilan tanah masih berterusan atau ada apa-apa perubahan?

Banyak pengusaha daripada industri perabut sehingga hari ini masih tengah mencari kawasan industri untuk melabur. Ini adalah kerana kekurangan tanah industri perabut untuk mereka berbanding di Batu Kawan satu industri

elektronik dapat dibekalkan. Oleh sebab itu, saya memohon Kerajaan Negeri perlu melihat keperluan dan permintaan daripada pengusaha industri perabut ini.

Timblaan Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian,

Bagi pihak KADUN Jawi, khasnya pertamanya saya ingin merakamkan

sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih di atas khidmat bakti Yang Berbahagia Dato’ Seri Farizan Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang akan bersara tidak lama lagi. Sesungguhnya segala usaha, kudrat

dan pengorbanan yang telah disumbangkan secara langsung mahupun tidak langsung, telah membantu dan mencorakkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ke

arah hasrat Kerajaan Negeri menjadikan sebuah negeri tadbir urus yang baik sejak tahun 2008 lagi. Saya juga berasa bangga kerana sebelum dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri, beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah

Seberang Perai Selatan dari tahun 2004 sehingga tahun 2006. Dengan pengalaman yang beliau ada banyak cabaran dan kejayaan telah

diharungi. Yang Berbahagia Dato’ Seri bersama Kerajaan Negeri akan kekal dalam lipatan sejarah selamanya.

Timbalan Yang di-Pertua dan rakan-rakan seperjuangan saya,

Dalam semakan saya, sepanjang perkhidmatan Yang Berbahagia Dato’ Seri dalam Perkhidmatan Awam banyak jasa yang telah dicurahkan sepanjang

menjawat jawatan di dalam perkhidmatan negeri. Walaupun dalam persaraan, saya harap beliau boleh turut sama memberi buah fikiran dengan kepakaran dan pengalaman beliau yang beliau ada kepada Kerajaan Negeri agar matlamat

Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan yang ada sekarang akan tercapai kejayaan Visi Penang2030 nanti.

Selepas persaraan, saya juga percaya masyarakat masih memerlukan sumbangan Yang Berbahagia Dato’ Seri dan saya yakin segala pengalaman dan kemahiran yang dimiliki sangat berguna untuk meneruskan

khidmat kepada masyarakat.

123

Akhir kata dari saya, selamat bersara kepada Yang Berbahagian Dato’ Seri Farizan dan selamat maju jaya. Semoga kenangan menyertai perkhidmatan awam

khususnya dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini akan menjadi memori indah kepada Yang Berbahagia Dato’ Seri. Saya juga berharap Yang

Berbahagia Dato’ Seri diberi kesihatan yang baik serta bahagian di samping keluarga tersayang. Khasnya kepada Yang Berbahagian Dato’ Seri saya hadiahkan serangkap pantun.

Kalau ada pauh di daik,

Bawa sebiji ke tanah seberang,

Kalau ada budi yang baik,

Akhir hayat dikenang orang.

Sekian, terima kasih. Jawi mohon menyokong.

YB. Timbalan Yang di-Pertua Dewan:

Terima kasih Yang Berhormat Jawi. Dewan akan bersidang semula besok

pagi pukul 9.30 iaitu 5 haribulan November 2019, hari Selasa dan sekarang Dewan ditangguhkan.

Sekian, terima kasih.

Dewan ditangguhkan pada jam 7.00 petang.