Mesyuarat Pertandingan Esei & Pidato (1)

19
MINIT MESYUARAT PENYELARASAN PERTANDINGAN MENULIS ESEI DAN PIDATO SEMPENA PERTABALAN DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN KE-35 Tarikh : 16 Disember 2014 (Selasa) Masa : 9.00 – 11.15 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat Seri Budi, Jabatan Pendidikan Perak Pengerusi Mesyuarat : Pn Hjh Noor Lailie Bt Yeop Mohd Yunus Ketua Penolong Pengarah Kehadiran: 1 Pn Hjh Noor Lailie bt Yeop Mohd Yunus Ketua Penolong Pengarah (Bahasa Melayu) 2 YM Raja Yusoff b. Raja Baniamin Ketua Penolong Pengarah (Bahasa Inggeris) 3 En Norhazamin b Muhammad Yusof Penyelia Perhubungan & Pendaftaran, JPN Perak 1

Transcript of Mesyuarat Pertandingan Esei & Pidato (1)

Page 1: Mesyuarat Pertandingan Esei & Pidato (1)

M I N I T M E S Y U A R A T P E N Y E L A R A S A N P E R T A N D I N G A N M E N U L I S E S E I D A N P I D A T O S E M P E N A P E R T A B A L A N D Y M M P A D U K A S E R I

S U L T A N P E R A K D A R U L R I D Z U A N K E - 3 5

Tarikh : 16 Disember 2014 (Selasa)Masa : 9.00 – 11.15 pagiTempat : Bilik Mesyuarat Seri Budi, Jabatan Pendidikan PerakPengerusi Mesyuarat : Pn Hjh Noor Lailie Bt Yeop Mohd Yunus

Ketua Penolong Pengarah

Kehadiran:

1

Pn Hjh Noor Lailie bt Yeop Mohd Yunus Ketua Penolong Pengarah (Bahasa Melayu)

2 YM Raja Yusoff b. Raja Baniamin Ketua Penolong Pengarah (Bahasa Inggeris)

3 En Norhazamin b Muhammad Yusof Penyelia Perhubungan & Pendaftaran, JPN Perak

4 En Omar bin Ibrahim Penolong Pengarah Kokurikulum (Koakademik)

1

Page 2: Mesyuarat Pertandingan Esei & Pidato (1)

5 En Ahmad Tarmizi b Zainal Abidin Penolong Pengarah (Kajian Kemasyarakatan)

6 Tn Hj Ahmad Faisal b Zakaria PPD Hilir Perak

7 En Mohd Yusof bin Hassandi PPD Kinta Utara

8 YM Raja Faridah bt Raja Md Esa PPD Hulu Perak

9 Pn Hjh Noria bt Salleh PPD Kerian

10 Pn Amnah bt Jalaludin PPD Kinta Utara

11 Pn Roziana bt Arriffin PPD Kerian

2

Page 3: Mesyuarat Pertandingan Esei & Pidato (1)

12 Pn Hjh Asfalaila bt Ajis PPD Manjung

13 En Mohammad Munis b Musa PPD Perak Tengah

14 En Muhamad Rafangai bin Bardi PPD Hilir Perak

15 Pn Zakidah bt Hj Abdullah PPD Batang Padang

16 En Erman bin Tazardin PPD Larut , Matang & Selama

17 En Kairol Anuar b Nayan PPD Larut , Matang & Selama

18 En Mahathir bin Radzi PPD Hulu Perak

3

Page 4: Mesyuarat Pertandingan Esei & Pidato (1)

19 En Azman b Mazlan PPD Kuala Kangsar

20 En Mohamad Fadly b Mohd Alias PPD Kinta Selatan

21 En Mohd Ramsul b Abd Rahman PPD Perak Tengah

22 En Kamarulazua b Abu Kassim PPD Kuala Kangsar

Urus setia Mesyuarat :

23 En. Yusman bin Hashim Penyelia Kurikulum (Bahasa Melayu)

4

Page 5: Mesyuarat Pertandingan Esei & Pidato (1)

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir.

1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Perak terlibat sebagai JK Seranta, Penerbitan, Cenderamata, Belia dan Pelajar sempena Majlis Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Ke-35. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh YB Dato' Seri Mohd Anuar bin Zaini.

5

Page 6: Mesyuarat Pertandingan Esei & Pidato (1)

1.3 Dalam mesyuarat JK Seranta, Penerbitan, Cenderamata, Belia dan Pelajar Bil. 1/2014 pada 17 Julai 2014 jam 12.30 tengah hari telah menetapkan bahawa pertandingan ini akan diadakan dalam 3 kategori iaitu Sekolah Rendah (SR), Menengah Rendah (MR) dan Menengah Atas (MA).

1.4 Pertandingan ini akan diadakan melibatkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk semua murid di SK, SJKC, SJKT, SMK, SABK, SMKA, dan SMJK.

1.5 Pertandingan ini perlu dilaksanakan mulai bulan Januari 2015 dan berakhir sebelum bulan Mei 2015.

1.6 Pengurusan pertandingan ini melibatkan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Kurikulum ) Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta Penolong Pegawai Kokurikulum Akademik Daerah.

Tindakan : Makluman

2.0 TAKLIMAT PERTANDINGAN

6

Page 7: Mesyuarat Pertandingan Esei & Pidato (1)

3.0

3.1 Maklumat pertandingan boleh dirujuk dalam lampiran yang disertakan.Maklumat mengenai pertandingan ini perlu dimaklumkan kepada semua sekolah pada atau sebelum 5 Januari 2015 untuk membolehkan pihak sekolah menyebar luas pertandingan ini kepada semua murid.

Tindakan : JPN/PPD

3.2 Pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) perlu menganjurkan pertandingan ini di peringkat daerah bagi kategori Sekolah Rendah dan Menengah Rendah. Pemenang di peringkat daerah akan bertanding di peringkat negeri.

3.3

Tindakan : PPD

3.4 Pihak Pejabat Pendidikan Daerah juga perlu melantik hakim bagi pertandingan peringkat daerah untuk memilih wakil daerah ke peringkat negeri.

7

Page 8: Mesyuarat Pertandingan Esei & Pidato (1)

Tindakan : PPD

3.5 Pertandingan Pidato peringkat Menengah Atas akan diadakan saringan awal. Pemilihan ini akan dibuat di peringkat negeri (JPN) bagi memilih 5 orang peserta terbaik kategori Bahasa Melayu dan 5 peserta terbaik kategori Bahasa Inggeris. Peringkat Akhir ini akan dihakimi oleh para hakim yang diketuai oleh Tan Sri Nordin Kardi, Rektor Kolej Universiti Sultan Azlan Shah. Kedudukan tempat ke-4 dan ke-5 akan ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal JPN.

Tindakan : JPN

8

Page 9: Mesyuarat Pertandingan Esei & Pidato (1)

3.6 Bagi Pertandingan Menulis Esei, pemilihan pemenang yang mewakili daerah ke peringkat negeri akan ditentukan oleh hakim yang dipilih di peringkat daerah. Esei yang terbaik yang mewakili setiap daerah akan dihakimi oleh para hakim yang diketuai oleh Tan Sri Nordin Kardi, Rektor Kolej Universiti Sultan Azlan Shah. Enam (6) esei terbaik akan dibukukan dan dijadikan sebagai cenderamata ke sekolah oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.

Tindakan : JPN/PPD

3.7 Urusan mencetak akan diurus oleh JK Seranta, Penerbitan, Cenderamata dan Belia dan Pelajar sempena program Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Ke-35 yang dipengerusikan oleh YB Dato' Seri Mohd Anuar bin Zaini.

9

Page 10: Mesyuarat Pertandingan Esei & Pidato (1)

Tindakan : JPN

3.8 Para pemenang akan menerima hadiah berbentuk wang tunai. Hanya satu ( 1 ) hadiah utama disediakan. Hadiah tersebut bernilai RM 1000.00 dan empat ( 4 ) hadiah sagu hati bernilai RM 750.00 disediakan bagi setiap pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan.

Tindakan : Makluman

4.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

10

Page 11: Mesyuarat Pertandingan Esei & Pidato (1)

4.1 Bayaran untuk hakim peringkat daerah4.2

3.1.1 Saguhati Hakim Pertandingan Menulis Esei RM18,000.00

3.1.2 Saguhati Hakim Pertandingan Pidato RM27,000.003.1.3 Perbelanjaan Mengurus Daerah RM30,000.00

Jumlah RM75,000.00

Tindakan : Makluman

4.3 Hakim Pertandingan Menulis Esei bagi setiap daerah ditetapkan seramai 12 orang dengan bayaran saguhati sebanyak RM150.00 seorang. Hakim Pidato peringkat daerah ditetapkan seramai 18 orang akan turut menerima bayaran saguhati sebanyak RM150.00 seorang. Bilangan hakim untuk semua pertandingan yang dirancang telah ditentukan seperti dalam mesyuarat JK. Seranta, Penerbitan, Cenderamata dan Belia.

Tindakan : Makluman

11

Page 12: Mesyuarat Pertandingan Esei & Pidato (1)

4.4 Hakim pertandingan menulis esei dan pidato peringkat daerah dipilih oleh PPD.

4.5 Tiada peruntukan hadiah untuk peringkat daerah. PPD boleh mengeluarkan sijil kepada pemenang yang terpilih untuk ke peringkat negeri.

4.6 Pihak PPD akan menerima peruntukan sebanyak RM3000.00 sebagai perbelanjaan mengurus bagi pertandingan peringkat daerah.

Tindakan : PPD

5.0 PERANCANGAN PERTANDINGAN

12

Page 13: Mesyuarat Pertandingan Esei & Pidato (1)

5.1 Perancangan pertandingan menulis esei dan pidato telah ditetapkan seperti dalam lampiran.

5.2 Pemilihan pemenang iaitu untuk hadiah utama dan sagu hati bagi kedua-dua pertandingan akan ditentukan oleh panel hakim yang diketuai oleh Tan Sri Nordin Kardi, Rektor Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar.

Tindakan : Makluman

6.0 HAL-HAL LAIN

13

Page 14: Mesyuarat Pertandingan Esei & Pidato (1)

6.1 Mesyuarat memutuskan agar Unit Kokurikulum Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri dan Unit Kokurikulum Akademik, Pejabat Pendidikan Daerah terlibat dalam melaksanakan pertandingan pidato peringkat daerah dan peringkat negeri. Ini bagi memastikan pertandingan ini mengikut prosedur pertandingan yang ditetapkan. Pengerusi Teknik di daerah mempunyai kepakaran dalam melaksanakan pertandingan pidato.

Tindakan : SPK/PPD

6.2 Mesyuarat juga mencadangkan agar pertandingan menulis esei pula dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Akademik, Pejabat Pendidikan Daerah sama ada di peringkat sekolah atau di peringkat negeri.

Tindakan : SPA/PPD

14

Page 15: Mesyuarat Pertandingan Esei & Pidato (1)

6.3 Mesyuarat juga mencadangkan agar Mesyuarat Penyelarasan Antara Unit (Akademik dan Kokurikulum) di peringkat daerah diadakan bagi memastikan maklumat pertandingan menulis esei dan pidato ini dapat disampaikan kepada pengerusi teknik .

Tindakan : SPK/PPD

6.4 Mesyuarat mencadangkan agar maklumat pertandingan ini dimaklumkan kepada semua Ketua Sektor dan Pegawai Pendidikan Daerah dan memohon persetujuan supaya Unit Akademik dan Unit Kokurikulum Akademik, Pejabat Pendidikan Daerah bekerjasama dalam menjayakan pertandingan ini.

Tindakan : SPA

6.5 Ahli mesyuarat bersetuju untuk memohon bantuan dan kerjasama dengan Pegawai Perhubungan di daerah dalam menjayakan pertandingan ini.

15

Page 16: Mesyuarat Pertandingan Esei & Pidato (1)

Tindakan : SPS

6.6 Pihak PPD dimohon kerjasama agar dapat mengenal pasti sekolah-sekolah yang ada mewujudkan Sudut Sejarah yang bertemakan Sistem Beraja atau Kesultanan Perak. Pihak istana akan menilai dan melawat sekolah-sekolah yang dikenal pasti. Sudut Sejarah ini bertujuan menanamkan kesedaran akan kepentingn sistem beraja di negeri ini dan memupuk nilai taat dan setia kepada Raja.

Tindakan : SPA/SPK/PPD

. UCAPAN PENANGGUHANPengerusi menyatakan bahawa komitmen semua pihak amat diperlukan untuk menjamin sasaran yang telah ditetapkan tercapai.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.

16

Page 17: Mesyuarat Pertandingan Esei & Pidato (1)

Disediakan oleh,URUS SETIA MESYUARAT

17