Metodologi Syeikh Daud Al-Fatani Dalam Kitab Bughyah Al-Tullab
Transcript of Metodologi Syeikh Daud Al-Fatani Dalam Kitab Bughyah Al-Tullab
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
1
METODOLOGI SYEIKH DAUD AL-FATANI DALAM KITAB BUGHYAH AL-TULLAB :SATU ULASAN
ABDUL AZIS BIN AWANG KECHIK
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Bangi, Selangor.
ABSTRAK
Sheikh Daud al-Fatani salah seorang ulama dan pengarang terulung di Asia Tenggara.
Sumbangan beliau dalam bidang keilmuan di Nusantara khususnya dalam menghasilkan karya-
karya Jawi tidak dapat dipertikaikan lagi. Kitab Bughyah al-Tullab merupakan salah satu
daripada hasil karya beliau berkaiatan dengan fiqh.Metodologi yang digunakan oleh Sheikh
Daud al-Fatani telah membahagikan perbincangan terhadap kitab tersebut kepada beberapa
kitab, bab dan fasal. Segala pembahagian tersebut memberikan kemudahan kepada beliau utuk
menjelaskan satu persatu perbincangan dan permasalahan yang akan dibicarakan. Terdapat
lima kitab atau tajuk utama yang diperbincangkan oleh Sheikh Daud al-Fatani dalam jilid kedua
iaitu Kitab al-Jana'iz, Kitab al-Zakah, Kitab al-Sawm, Kitab al-I‘tikaf dan Kitab al-Hajj wa al-
'Umrah. Keseluruhan kitab atau tajuk utama ini kemudiannya dibahagikan pula kepada
beberapa bab tertentu atau terus melalui pembahagian kepada beberapa fasal. Namun, dalam
bab tertentu, pembahagian bab tersebut disertakan pula beberapa pembahagian fasal atau
diboleh disebutkan sebagai sub bab.. Dengan itu, melalui kajian ini pengkaji berusaha untuk
mendedahkan bukan sahaja berkaitan pengarang kitab tersebut dan maklumat kitab itu, tetapi
usaha pengkaji untuk mendedahkan bagaimana Sheikh Daud al-fatani menggarap karya beliau
dalam bentuk metododologi yang amat memenuhi disiplin keilmuan, menjadikan kitab tersebut
digunapakai di suara, masjid hingga keperingkat pengjian tinggi bahkan menjadi rujukan dalam
pelbagai masalah fiqh.Hasil daripada kajian ini dapat dirumuskan dan dibuat kesimpulan yang
menyeluruh terhadap kitab tersebut.
Kata Kunci: al-Fatani, al-Tullab, metodologi, fiqh, hadith
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
2
PENGENALAN
Dalam perbincangan ini, perbahasan tertumpu pada usaha penulis untuk memperkenalkan kitab
Bughyah al-Tullab yang merangkumi maklumat latar belakang kitab, cetakan dan terbitan,
kandungan perbahasan kitab, jumlah hadith yang dimuatkan di dalam kitab itu dan beberapa
maklumat lain yang berkaitan. manakala dalam perbahasan seterusnya, adalah kajian penulis
terhadap metodologi penulisan dan penyusunan kitab tersebut merujuk kepada jilid kedua sahaja.
Kajian terhadap metodologi tersebut tertumpu pada kandungan kitab tersebut yang akan diteliti
satu persatu.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang dilakukan terhadap kitab jawi Bughyah al-Tullab.
Kajian ini tertumpu pada metodologi penulisan kitab jawi yang mnggunakan kaedah pendekatan
daripada kitab arab kemudian diterjemahkan kepada bahasa Melayu dalam bentuk edisi jawi
lama.
PENGENALAN KITAB BUGHYAH AL-TULLAB
Sebelum penulis membahaskan dengan lebih mendalam berkaitan Kitab Bughyah al-Tullab,
penulis mendahului dengan memperkenalkan beberapa manuskrip kitab tersebut yang biasa
dijumpai sama ada lengkap ataupun daripada manuskrip yang tidak lengkap. Kebanyakan
manuskrip tersebut boleh di dapati di Perpustakaan Negara Malaysia.
Menyentuh tentang manuskrip yang wujud, Wan Mohd Shaghir pernah membahaskan
dan menyenaraikan beberapa manuskrip yang diperolehi beliau sama ada daripada manuskrip
simpanan beliau atau daripada Perpustakaan Negara Malaysia. Antara manuskrip tersebut
adalah;
1. Manuskrip Bughyah al-Tullab, koleksi Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara
Malaysia (selepas ini menggunakan singkatan PMM-PNM), nombor kelas MS 156
dengan ketebalan 378 halaman, berukuran 22.7x16.7sm dan merupakan satu-satunya
manuskrip yang lengkap di PMM-PNM.
2. Manuskrip Bughyah al-Tullab, koleksi PMM-PNM, nombor kelas MS 270, dengan
ketebalan 161 halaman dan berukuran 24x16.5sm. Manuskrip ini tidak lengkap, namun
beberapa maklumat dapat diperoleh daripada manuskrip ini khususnya dicatatkan bahawa
penyalin manuskrip tersebut adalah Muhammad Zain bin Tuan Haji Muhammad Salih
dari Pulau Pinang. Manuskrip ini selesai disalin pada pukul 10.00 pagi, hari Selasa di
Mekah pada tarikh 25 Zulkaedah 1280M (1863M).
3. Manuskrip Bughyah al-Tullab, koleksi PMM-PNM, nombor kelas MS 277, dengan
ketebalan 324 halaman dan berukuran 23.4x16.6sm serta merupakan manuskrip yang
tidak lengkap.
4. Manuskrip Bughyah al-Tullab, koleksi PMM-PNM, nombor kelas MS 635(2), dengan
ketebalan 10 halaman sahaja dan berukuran 24.1x17sm serta telah disalin oleh
Muhammad Salih anak Bilal Abdus Samad Kalantani pada 6 Zulkaedah 1296H.
5. Bughyah al-Tullab, cetakan pertama oleh Matba‘ah al-Miriyyah, Mekah pada tahun
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
3
1310H dengan ketebalan 538 halaman dan berukuran 27x18.7sm iaitu ukurun biasa kitab-
kitab kuning. Bahagian tepi kitab ini dicetak pula dengan sebuah kitab berjudul Nahj al-
Raghibin, juga dari pengarang yang sama iaitu Sheikh Daud al-Fatani.
Walaupun kitab Bughyah al-Tullab terdiri daripada manuskrip yang berbeza dan cetakan
yang berbeza, dalam menjalankan kajian ini serta mudahkan analisis dilakukan terhadap selok
belok kitab dan kandungannya, penulis merujuk kepada kitab Bughyah al-Tullab yang dicetakan
dan diterbitkan oleh Maktabah wa Matba‘ah Muhammad al-Hind wa Awladuh di Bangkok,
Thailand. Akan tetapi tidak dapat dikenal pasti tahun cetakan dan terbitannya. Kitab Bughyah al-
Tullab adalah merupakan sebuah karya Sheikh Daud al-Fatani khusus dalam bidang fikah yang
menyentuh persoalan ibadat umat Islam. Judul lengkap kitab ini adalah Bughyah al-Tullab li
Murid Ma‘rifah al-Ahkam bi al-Sawab. Judul atau nama lengkap ini boleh dilihat dengan jelas
pada muka hadapan kitab tersebut. Namun, kitab ini lebih dikenali dengan nama Bughyah al-
Tullab.1
Sebagai maklumat awal, kitab Bughyah al-Tullab adalah merupakan salah satu daripada
lima buah kitab yang semodel atau reka ciptanya semodel seperti mana disebutkan oleh Wan
Mohd Shaghir. Ini bermakna kelima-lima buah kitab tersebut mempunyai persamaan yang
hampir sama iaitu kitab yang khusus membicarakan berkaitan ibadat. Kelima-lima buah kitab
tersebut selain kitab Bughyah al-Tullab adalah kitab Sirat al-Mustaqim karya Sheikh Nuruddin
al-Raniri yang ditulis pada 1044H-1054H (1634M-1644M), kitab Sabil al-Muhtadin oleh Sheikh
Muhammad Arsyad al-Banjari (m.1227H) yang ditulis pada 1193H-1195H, Kitab Fath al-Mubin
karya Sheikh Muhammad Salih bin Muhammad Murid al-Rawa yang ditulis pada 1272H/1885M
dan kitab al-Bahr al-Wafi wa al-Nahr al-Safi oleh Sheikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fatani
iaitu ditulis pada tahun 1331H/1912M.2 Namun begitu karya yang paling awal dihasilkan
daripada kelima-lima karya tersebut adalah Sirat al-Mustaqim karya Sheikh Nuruddin al-Raniri
dan diikuti Sabil al-Muhtadin oleh Sheikh Muhammad Arsyad al-Banjari.3 Bahkan, Fauzi
Deraman dalam kajian beliau menyebutkan bahawa kitab ini adalah penyambung dan pelengkap
kepada dua karya utama iaitu Sirat al-Mustaqim karya Sheikh Nuruddin al-Raniri dan Sabil al-
Muhtadin karya Sheikh Muhammad Arsyad al-Banjari.4
Pada bahagian mukadimah, Sheikh Daud al-Fatani mencantumkan beberapa hadith
tentang ilmu pengetahuan dan sejarah ringkas Imam Syafie. Kitab ini telah banyak kali dicetak di
Mekah, Mesir dan Turki pada masa dahulu dengan diusahakan oleh Sheikh Muhammad Zain bin
Mustafa al-Fatani dan kemudian diteruskan oleh ahli waris iaitu Sheikh Abdullah Daud al-
Fatani, Sheikh Muhammad Daud al-Fatani dan Sheikh Nur Daud al-Fatani. Manuskrip kitab ini
yang berupa tulisan tangan tersimpan di Pusat Islam bernombor M.I.407, M.I.306, menyebut
1 Sheikh Daud al-Fatani (t.t), Bughyah al-Tullab li Murid Ma‘rifah al-Ahkam bi al-Sawab, Bangkok, Thailand:
Maktabah wa Matba‘ah Muhammad al-Hind wa Awladuh, hlm 1. Lihat juga Wan Mohd Shaghir Abdullah (1991),
"Mengenal Pelbagai Peristilahan Fekah dan Gaya Bahasa Dalam Kitab Bughyah al-Tullab Sheikh Daud bin
Abdullah al-Fatani", Jurnal Dewan Bahasa, Mac 1991, hlm 252. 2 Wan Mohd Shaghir Abdullah (1991), ibid., hlm 253.
3 Ibid. dan lihat juga Utusan Online dalam ruangan Bicara Agama, http://www.utusan.com.my/
utusan/info.asp?y=2008&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm, 10 Mei 2008.
Artikel dalam ruangan tersebut telah disiarkan pada 18 Februari 2008. 4 Fauzi Deraman (1997), op.cit., hlm 389-390.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
4
juga kitab bertajuk Perhubungan Bughyah al-Tullab, yang ditulis oleh Muhammad Salib bin Jaib
pada 10 Safar 1275 H.5
Kandungan Perbahasan Kitab Bughyah al-Tullab
Dalam menghasilkan karya Bughyah al-Tullab, Sheikh Daud al-Fatani telah menjadikan
beberapa buah karya lain sebagai rujukan bagi mendapatkan pandangan para ulama terhadap
sesuatu perkara yang dibincangkan di dalam suatu tajuk. Karya-karya tersebut dapat dikenal
pasti pada kandungan kitab Bughyah al-Tullab berdasarkan catatan Sheikh Daud al-Fatani
apabila mengemukakan suatu pandangan ulama. Melalui penelitian penulis dan disokong oleh
kajian yang dilakukan oleh Wan Mohd Shaghir, kitab-kitab yang menjadi rujukan Sheikh Daud
al-Fatani dalam menyusun dan menulis kitab Bughyah al-Tullab adalah seperti; 6 Minhaj al-
'Abidin karya Imam Nawawi (m.1277H), Tuhfah oleh Ibn Hajar al-Haythami (m.1567H), al-
Nihayah oleh Sheikh Shamsuddin al-Ramli (m.1596) dan Fath al-Wahhab oleh Zakaria al-
Ansari (m.1520H).Keempat-empat rujukan di atas telah disebutkan oleh Fauzi Deraman dalam
tesis beliau. Namun, daripada catatan daripada tulisan Wan Mohd Shaghir, beliau
menyenaraikan lagi beberapa buah kitab yang menjadi rujukan dan panduan Sheikh Daud al-
Fatani dalam menghasilkan kitab Bughyah al-Tullab. Kitab-kitab tersebut adalah seperti; Sharh
al-Darimi, al-Mughni oleh 'Allamah, Khatib Sharbaini, Sharh al-Tahrir, Madabaghi, Sharqawi,
Sabil al-Muhtadin oleh Sheikh Muhammad Arshad al-Banjari.
Dorongan Sheikh Daud al-Fatani Menulis Kitab Bughyah al-Tullab
Berkaitan dengan dorongan atau galakan yang mendorong seseorang ulama untuk melakukan
sesuatu pekerjaan khususnya dalam usaha mengarang atau menghasilkan sesebuah karya, sudah
pasti berdasarkan sesuatu permintaan atau dorong yang tertentu.
Keadaan ini dapat dilihat kepada kesungguhan Sheikh Abdul Samad al-Falimbani, salah
seorang ulama sezaman Sheikh Daud al-Fatani yang juga merupakan di antara ulama yang giat
mengarang dan menulis kitab. Melalui kajian yang dilakukan oleh Khadher bin Ahmad, beliau
yang mengkaji kitab Hidayah al-Salikin7 menyebutkan bahawa Sheikh Abdul Samad al-
Falimbani juga mempunyai tujuan atau dorong yang tersendiri dalam mengarang karya tersebut.
Salah satu dorongan penghasilan karya tersebut adalah kesedaran al-Falimbani bahawa karya
tersebut mengandungi ilmu yang bermanfaat. Bagi al-Falimbani, ilmu yang bermanfaat adalah
merujuk kepada ilmu fardu 'ain yang wajib dipelajari oleh setiap orang yang mukallaf.
Kesedaran tersebut memberi dorongan kuat kepada beliau untuk menghasilkan karya Hidayah
al-Salikin bagi manfaat masyarakat seluruhnya dan khususnya di alam Melayu yang kurang
5 Op.cit., hlm 253-254.
6 Wan Mohd Shaghir Abdullah (1991), ibid., hlm 255 dan Fauzi Deraman (1997), op.cit., hlm 390.
7 Kitab Hidayah al-Salikin atau nama lengkapnya adalah Hidayah al-Salikin fi Suluk Maslak al-Muttaqin iaitu karya
Sheikh Abdul Samad al-Falimbani yang khusus dalam bidang tasawuf. Lihat Syeikh Abdul Shamad al-Falimbani
(2006), Hidayah al-Salikin fi Suluk Maslak al-Muttaqin, Ahmad Fahmi Zamzam terj. Pokok Sena, Kedah: Khazanah
Banjariah dan Pustaka Suhbah, cet.1, hlm vii-x.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
5
memahami bahasa 'Arab.8
Dengan itu, Sheikh Daud al-Fatani juga mempuyai dorongan yang khusus dan tertentu
dalam menghasilkan karya ini. Secara umumnya, minat dan kesungguhan yang dimiliki oleh
beliau menjadi faktor utama beliau mengarang karya ini dan karya-karya yang lainnya. Beliau
sehingga kini masih digelar sebagai pengarang terulung Asia Tenggara. Jika dibandingkan
dengan ulama lainnya, boleh dikatakan bahawa beliau adalah seorang ulama yang terkehadapan
dalam bidang penulisan karya sama ada karya berbahasa 'Arab atau berbahasa Melayu tulisan
Jawi atau daripada karya asli atau merupakan daripada karya terjemahan. Bukti yang jelas adalah
apabila sepanjang hidup, beliau telah menghasilkan kira-kira 64 buah karya tulisan dalam
pelbagai bidang keilmuan. Menurut Rosni Wazir dalam penyelidikan beliau, Sheikh Daud telah
menghabiskan 32 tahun bersusah payah dan berusaha gigih bergelar sebagai seorang pengarang.
Dengan itu menjadikan bahawa purata setiap tahun beliau menghasilkan karya adalah dua buah
kitab dan menjadi ulama paling produktif. Dengan itu, dapat dilihat bagaimana minat dan
kesungguhan beliau yang kuat dalam menghasilkan karya-karya tersebut termasuk Bughyah al-
Tullab tersebut.
Faktor lain yang mendorong beliau menghasilkan karya ini adalah di atas ketinggian dan
mendalamnya ilmu yang dimiliki. Sebagaimana diketahui bahawa Sheikh Daud al-Fatani
menguasai pelbagai bidang keilmuan. Namun, pada masa yang sama beliau cenderung kepada
tiga bidang utama iaitu fikah, tasawuf dan akidah. Dengan kemahiran dan kelimuan yang tinggi
dalam bidang fikah tersebut mendorong beliau untuk mengarang karya Bughyah al-Tullab
tersebut. Tambahan lagi, beliau menguasai perbincangan empat mazhab fiqh. Atas sebab itu,
tidak memberi kesukaran kepada beliau untuk menulis dan mengarang karya-karya dalam bidang
fikah itu. Malahan, karya Bughyah al-Tullab adalah salah satu daripada karya fiqh beliau.
METODOLOGI PENYUSUNAN BUGHYAH AL-TULLAB JILID KEDUA
Secara umumnya kitab Bughyah al-Tullab, Sheikh Daud al-Fatani telah membahagikan
perbincangan terhadap beberapa kitab, bab dan fasal. Segala pembahagian tersebut memberikan
kemudahan kepada beliau utuk menjelaskan satu persatu perbincangan dan permasalahan yang
akan dibicarakan. Terdapat lima kitab atau tajuk utama yang diperbincangkan oleh Sheikh Daud
al-Fatani dalam jilid kedua iaitu Kitab al-Jana'iz, Kitab al-Zakah, Kitab al-Sawm, Kitab al-
I‘tikaf dan Kitab al-Hajj wa al-'Umrah. Keseluruhan kitab atau tajuk utama ini kemudiannya
dibahagikan pula kepada beberapa bab tertentu atau terus melalui pembahagian kepada beberapa
fasal. Namun, dalam bab tertentu, pembahagian bab tersebut disertakan pula beberapa
pembahagian fasal atau diboleh disebutkan sebagai sub bab. Berdasarkan pengamatan penulis,
pembahagian bab hanya dilakukan terhadap tajuk utama yang luas perbincangannya sahaja.
Daripada lima kitab atau tajuk utama tersebut, hanya pada Kitab al-Zakah dan Kitab al-Hajj wa
al-'Umrah sahaja terdapat pembahagian bab. Manakala baki kitab yang lain terus dinyatakan dan
dibincangkan melalui pembahagian fasal sahaja. Keseluruhannya, dari pengiraan dan penelitian
penulis, daripada Kitab al-Jana'iz terdapat empat fasal dinyatakan dan di dalam Kitab al-Zakah
8 Khadher bin Ahmad (2007), "Sumbangan Syeikh Abd al-Samad al-Falimbani Dalam Bidang Hadith: Analisis
Metodologi dan Penyusunan Hadith Dalam Kitab Hidayah al-Salikin", (Disertasi Sarjana, Bahagian Usuluddin,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya), hlm 70-71.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
6
terdapat tujuh bab, lapan fasal dan satu kitab (tambahan). Manakala, dari Kitab al-Sawm terdapat
enam fasal, diikuti Kitab al-I‘tikaf dengan satu fasal, dan Kitab al-Hajj wa al-'Umrah dengan
empat bab, lapan fasal, satu tatimmah dan dua khatimah. Namun demikian, pembahagian yang
dilakukan oleh Sheikh Daud al-Fatani adalah tidak sekata dan tidak setara dalam setiap kitab atau
tajuk utama. Keadaan ini bergantung kepada bentuk dan tajuk perbincangan yang diutarakan.
Untuk mendapat gambaran pembahagian bab dan fasal dapat dirujuk kepada jadual di bawah.
Jadual 1.0: Kandungan Kitab Bughyah al-Tullab Jilid Kedua
Bil. Senarai Kandungan
1.
Kitab Pada Menyatakan Jenazah (Kitab Jana'iz)
- Fasal Pada Menyatakan Tajhiz Bagi Mayat
- Fasal Pada Menyatakan Perintah Kafan Dan Tanggung Mayat
- Fasal Pada Menyatakan Rukun Sembahyang Atas Mayat
- Fasal Pada Menyatakan Menanam Mayat
2.
Kitab Pada Menyatakan Hukum Zakat (Kitab al-Zakah)
- Bab Pada Menyatakan Zakat Haiwan
- Fasal Pada Menyatakan Zakat Bercampur
- Bab Pada Menyatakan Zakat Tumbuh-Tumbuhan
- Fasal Pada Menyatakan Kadar Bagi Wajib Dikeluarkan Zakat Buah-
Buahan Dan Biji-Bijian
- Bab Pada Menyatakan Zakat Naqd
- Fasal Pada Menyatakan Zakat Ma‘dan
- Fasal Pada Menyatakan Zakat Rikaz
- Fasal Pada Menyatakan Zakat Perniagaan
- Bab Pada Menyatakan Zakat Fitrah
- Khatimah, Wajid Diberikan Zakat Kepada Asnaf Yang Lapan
- Bab Pada Menyatakan Orang Yang Wajib Akan Dia Zakat Harta
Dan Barang Yang Wajib Padanya
- Bab Pada Menyatakan Niat Zakat Dan Menyegera Mengeluarnya
- Bab Pada Menyatakan Pada Menyatakan Wajib Menunaikan Zakat
Harta
- Kitab Pada Menyatakan Membahagi Zakat Bagi Mustahiqnya Dan
Sedekah Sunat
- Fasal Pada Menyatakan Barang Yang Menghukumkan Memberi
Zakat Bagi Mustahaqnya
- Fasal Pada Menyatakan Membagi Zakat Antara Bahagian Yang
Delapan Dan Menyatakan Memindah Zakat
- Fasal Pada Menyatakan Sedekah Yang Sunat
3. Kitab Pada Menyatakan Hukum Puasa (Kitab al-Sawm)
- Fasal Pada Menyatakan Rukun Puasa Dan Syaratnya
- Fasal Pada Menyatakan Beberapa Syarat Wajib Puasa Ramadan Dan
Barang Yang Harus Meninggalkan Puasa
- Fasal Menyatakan Sunat Yang Dikerjakan Pada Puasa Dan Yang
Makruh
- Fasal Pada Menyatakan Fidyah Luput Puasa Yang Wajib
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
7
- Fasal Pada Menyatakan Kifarat Jimak Pada Bulan Ramadan
- Fasal Pada Menyatakan Puasa Sunat
4. Kitab Pada Menyatakan I'tikaf (Kitab al-I‘tikaf)
- Fasal Pada Menyatakan Barang Yang Membatalkan I'tikaf
5. Kitab Pada Menyatakan Haji Dan Umrah (Kitab al-Hajj wa al-'Umrah)
- Tatimmah Sayugianya Hendak Diketahui Orang Yang Mengambil
Upah Haji
- Bab Pada Menyatakan Miqat Bagi Nusuk
- Bab Pada Menyatakan Ihram
- Fasal Pada Menyatakan Sunat Yang Bergantung Dengan Haji
- Bab Pada Menyatakan Masuk Orang Yang Ihram Ke Mekah
- Fasal Pada Menyatakan Barang Yang Dituntut Pada Tawaf
- Fasal Pada Menyatakan Wajib Pada Sa‘ie.
- Fasal Pada Menyatakan Wukuf di Arafah ..
- Fasal Pada Menyatakan Bermalam Di Muzdalifah
- Fasal Pada Menyatakan Bermalam di Mina dan Orang Yang Gugur
Bermalam dan Melontarnya
- Khatimah, Adab Ziarah Kubur Saydina Rasulullah
- Fasal Pada Menyatakan Rukun Haji dan Umrah
- Bab Pada Menyatakan Barang Yang Haram Bagi Ihram
- Fasal Pada Menyatakan Ihsar
- Khatimah, Barang Siapa Luput Wukuf di 'Arafah
Merujuk kepada jadual 1.0 di atas, dalam suatu bab tidak semestinya terdapat
pembahagian fasal dilakukan. Bahkan, jika diteliti, pembahagian antara bab dan fasal tidak
banyak perbezaan. Namun, dapat diandaikan bahawa, pembahagian bab dilakukan apabila
perbincangan terhadap suatu topik itu luas, di samping kepelbagaian perkara yang dibicarakan
dalam merujuk kepada suatu kitab atau tajuk utama tertentu. Keadaan ini dapat dilihat pada
Kitab al-Zakah (Kitab Pada Menyatakan Hukum Zakat) di mana corak penyusunan bab dan fasal
adalah bercampur. Tambahan pula disertakan satu lagi kitab (topik utama) selepas beberapa bab.
Begitu juga, wujudnya satu khatimah ditengah-tengah perbincangan tersebut iaitu selepas "Bab
Pada Menyatakan Zakat Fitrah". Khatimah tersebut diletakkan tajuk "Wajid Diberikan Zakat
Kepada Asnaf Yang Lapan". Selepas khatimah tersebut Sheikh Daud al-Fatani menyambungkan
perbincangan dengan beberapa bab dan fasal lagi diikuti dengan "Bab Pada Menyatakan Orang
Yang Wajib Akan Dia Zakat Harta Dan Barang Yang Wajib Padanya" iaitu bab selepas
khatimah tersebut. Oleh itu, secara keseluruhannya dalam Kitab al-Zakah ini, pembahagian bab
dan fasal adalah bercampur aduk. Walaupun demikian, melalui kenyataan-kenyataan dalam
setiap bab dan fasal, dapat diandaikan bahawa pembahagian terhadap bab menunjukkan bahawa
perbincangan dalam kitab tersebut adalah luas. Manakala, perinciannya adalah melalui
pembahagian fasal-fasal.
Melihat pula kepada penulisan dan penyusunan perbincangan merujuk kepada setiap
kitab (tajuk utama), Sheikh Daud al-Fatani menyelaraskan penulisan beliau dengan mendahului
konsep dan pengertian serta beberapa perkara asas yang berkait dengan tajuk yang dibincangkan.
Contohnya, dalam Kitab al-Sawm, Sheikh Daud al-Fatani mendahului dengan menjelaskan
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
8
pengertian puasa dari sudut lughah (bahasa) dan pada syarak.9 Selepas itu, beliau membawakan
dalil-dalil daripada ayat al-Quran dan al-Hadith sebagai hujah menunjukkan difardukan puasa
oleh Allah s.w.t. Pada masa yang sama dalam huraian awal kitab ini, beliau turut menyatakan
tentang hikmah puasa. Menurut Sheikh Daud, hikmah wajib puasa ada tujuh perkara iaitu;10
(Pertama) Kata Hasan al-Basri disuruh melapar kerana memakan akan jamuan
Allah di Syurga Firdaus pada hari Kiamat.(Kedua) Disuruh berlapar supaya
kasihan akan orang yang lapar.(Ketiga) Membetulkan segala nafsu yang bengkok
daripada taat dengan api lapar seperti dibetulkan umpama besi yang bengkok
dengan api.(Keempat) Bahawasanya Malaikat mengadu mereka itu akan Allah
daripada banyak maksiat daripada orang Mukminin maka apabila puasa
Ramadan, firman Allah hai Malaikat Ku, jika ada mereka itu mengerjakan
maksiat mereka itu diluar Ramadan maka menanggung kepayahan bulan
Ramadan keran Ku, kembali segala malaikat daripada mengadunya kepada
minta syafaat bagi mereka itu dan ampun.(Kelima) Adalah dengan puasa itu hasil
dengan dia menzuhudkan yang wajib dan yang sunat iaitu zuhud daripada haram
dan yang halal. (Keenam) Bahawasanya tabib yang memberi nasihat itu
menyuruh dengan memantang bagi segala orang sakit, maka menyuruh Allah
segala hambanya yang sakit dengan maksiat dengan pantang iaitu puasa sebab
lemah lembut dan kasih sayang dengan dia.dan (Ketujuh) Bahawasanya syaitan
itu seteru bagi orang Mukmin, berlari pada tubuh anak Adam seperti berlari
darah maka disuruh picitkan dan sumbat tempat perjalanan Syaitan dengan
menahan makan dan minum.
Boleh dikatakan bahawa perbincangan awal dalam Kitab al-Sawn ini diperincikan dan
diselesaikan dahulu sebelum memasuki perbahasan yang lebih besar. Antara perkara lain yang
dinyatakan pada awal perbincangan adalah seperti berkaitan waktu memulakan puasa dan
tempohnya, proses penentuan awal Ramadan melalui kaedah melihat anak bulan, dan
pandangan-pandangan ulama terhadap segala permasalahan yang timbul. Metodologi yang sama
juga digunakan oleh Sheikh Daud al-Fatani dalam keterangan berkaitan Kitab al-I‘tikaf. Sheikh
Daud mendahului dengan keterangan awal khususnya berkaitan konsep dan pengertian i‘tikaf
dari sudut bahasa dan istilah, dalil-dalil al-Quran dan hadith berkaitan saranan beri‘tikaf, waktu
yang sesuai untuk beri‘tikaf dan segala perbincangan awal yang dinyatakan oleh beliau.
Perbincangan tersebut disertakan bersama pandangan daripada ulama-ulama terdahulu yang
muktabar. Daripada keseluruhan pembahagian kitab di dalam juzuk yang kedua ini, ternyata
Kitab al-I‘tikaf yang menjadi tajuk dengan satu sahaja pembahagian fasal dan paling pendek
perbahasannya. Walaupun demikian, perbincangan yang dibawa tetap menyeluruh dan
memenuhi kehendak tajuk utama tersebut.
Nas Daripada al-Quran Dan al-Hadith Menjadi Hujjah Terhadap Kenyataan Yang
Dikemukakan.
9 Lihat pada Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatani (t.t), Bughiyyah al-Tullab li Murid Ma‘rifah al-Ahkam bi al-
Sawab, Thailand: Maktabah wa Matba‘ah Muhammad al-Hind wa Awladuh, juz.2, hlm 94. 10 Ibid., hlm 95.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
9
Setelah daripada itu, merujuk pula kepada keterangan yang dinyatakan oleh Sheikh Daud al-
Fatani khususnya keterangan daripada nas al-Qur'an dan hadith, berdasarkan pengamatan penulis
terhadap kitab Bughyah al-Tullab, nas al-Qur'an dan hadith keseluruhannnya adalah menjadi
dalil atau hujah terhadap segala kenyataan dan keterangan yang disebutkan oleh beliau dalam
kitab tersebur. Bahkan, kebanyakan permasalahan yang dibincangkan oleh beliau dalam sesuatu
kitab dan bab, nas al-Qur'an atau hadith dinyatakan bersama bagi merujuk kepada suatu dalil
dalam menyelesaikan permasalahan tersebut dan mengukuhkan lagi segala kenyataan yang
disebutkan.
Untuk mendapatkan keterangan yang lebih jelas, penulis membawakan beberapa contoh
untuk menjelaskan keterangan di atas. Dalam Kitab al-Sawm (Kitab Pada Menyatakan Hukum
Puasa), di awal keterangan yang menjelaskan tentang difardukan puasa, Sheikh Daud al-Fatani
mendatangkan dalil yang menjelaskan difardukan berpuasa11
merujuk kepada nas al-Qur'an dan
hadith Rasulullah s.a.w iaitu; Firman Allah:
Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, telah difardukan ke atas kamu
puasa sepertimana difardukan ke atas orang-orang sebelum daripada kamu...".
Surah al-Baqarah (2):183
Sabda Rasulullah s.a.w:
"
Maksudnya: "Islam itu dibina atas lima perkara (salah satunya iaitu berpuasa di
bulan Ramadan)"
Begitu juga dalam menjelaskan tentang diwajibkan berpuasa dengan sebab melihat anak bulan.
Sheikh Daud al-Fatani mendahului dengan mengemukan sebuah hadith iaitu sabda Nabi s.a.w:
Maksudnya: "Puasalah kamu kerana melihat anak bulan dan berbukalah (raya)
dengan melihat anak bulan. Maka jika mendung, maka sempurnakanlah
(genapkan) bilangan Sya‘ban tiga puluh hari".
Kemudian beliau berkata;
"(Dan wajib) pula puasa bulan Ramadhan dengan khabar yang mutawatir pada
melihat bulan kerana khabar yang mutawatir itu memberi faedah akan ilmu yang
daruri"12
11 Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatani (t.t), ibid., hlm 94.
12 Ibid., hlm 96.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
10
Dalam perbincangan yang lebih terperinci Sheikh Daud al-Fatani memperincikan lagi
perbahasan dengan mengemukakan bahawa dalam proses menentukan awal Ramadan dengan
kaedah ru'yah (melihat anak bulan), beliau mengatakan memadai dengan seorang sahaja yang
melihat anak bulan tersebut. Kenyataan beliau tersebut adalah merujuk kepada sebuah hadith
Rasulullah s.a.w iaitu merujuk kepada hadith Ibn 'Umar r.a., sepertimana Sheikh Daud al-Fatani
berkata;
"(Bermula asalnya) yang mensabitkan memadai dengan seorang saksi iaitu
hadith Ibn 'Umar r.a. katanya....13
Maksudnya: "Aku khabar (memberitahu) akan Nabi s.a.w akan bahawasanya aku
melihat anak bulan Ramadan, maka puasa ia dan menyuruh segala manusia
dengan berpuasa akan dia."
Begitu juga dalam Kitab al-Hajj wa al-'Umrah (Kitab Pada Menyatakan Haji dan
Umrah), beliau menyebutkan bahawa haji merupakan satu rukun yang amat nyata daripada rukun
Islam yang lima. Haji ada satu ibadah yang wajib ditunaikan sekali dalam seumur hidup dan
merupakan satu kesudahan dan kesempurnaan Islam. Beliau memetik sebuah firman Allah s.w.t.
dan sebuah hadith Rasulullah s.a.w. iaitu;
ا
Maksudnya: "..Pada hari 'Arafah, kami sempurnakan bagi kamu agama kamu
dan kami tamamkan atas kamu nikmat kami dan kami reda bagi kamu Islam
agama..".
Surah al-Ma'idah (5): 3
Maksudnya; "Barang siapa yang meninggal dunia, dan tidak pernah menunaikan
haji, maka dia mata sama adalah jika sebagai Yahudi atau Nasrani."14
Demikian, beberapa contoh yang memberikan gambaran bahawa nas al-Qur'an dan hadith
yang disebutkan oleh Sheikh Daud al-Fatani dalam kitab tersebut, telah dijadikan sebagai dalil
dan hujah dalam mengukuhkan segala kenyataan dan menyelesaikan permasalahan yang
berkaitan dengan tajuk perbincangan. Keadaan ini memberikan gambaran bahawa segala
kenyataan yang disebutkan oleh Sheikh Daud al-Fatani mempunyai asas dalil dan hujah yang
jelas dan terang sekali.
13 Ibid.
14 Ibid., hlm 136.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
11
Dalam Kitab Atau Bab Akan Disertakan Beberapa Permasalahan Yang Diperbincangkan.
Selain daripada pembahagian kitab dan bab untuk perbahasan terhadap kandungan kitab
Bughyah al-Tullab ini, Sheikh Daud al-Fatani juga memasukkan satu lagi item atau perkara bagi
memudahkan perbahasan tersebut. Perkara tersebut diistilahkan di dalam kandungan kitab ini
sebagai "masalah".
Dalam menjelaskan tentang "masalah" ini, Sheikh Daud telah mengasingkan
permasalahan tersebut dengan meletakkan kalimah "masalah" dalam kurungan, selepas sesuatu
perbincangan yang dibawa. Ini bermakna, selepas sesuatu bab atau fasal dinyatakan dan
disertakan perbincangannya, maka dalam keadaan dan situasi tertentu beliau memasukkan
sesuatu permasalahan yang berkait dengan tajuk yang dibincangkan tersebut. Namun demikian,
tidak semua bab atau fasal yang dinyatakan bersama permasalahannya. Bahkan, dalam sesuatu
bab atau fasal kadang kala terdapat lebih daripada satu permasalahan.
Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, contoh dibawah akan menerangkan
bentuk permasalahan yang dinyatakan oleh Sheikh Daud al-Fatani tersebut. Contohnya, dalam
Fasal Akran al-Sawm (Ini Suatu Fasal Pada Menyatakan Rukun Puasa), beliau telah
menyebutkan sepuluh masalah.
"(Masalah): Jikalau serupa atas seseorang bulan Ramadan dengan bulan yang
lain sebab tertawan oleh kafir atau terpenjara, maka hendaklah ia ijtihad seperti
ijtihad pada menentukan kiblat dan waktu bagi sembahyang…"15
"(Masalah): Jika menggaru-garu ia kan zakarnya kerana sangat gatal atau
barang sebagainya maka lalu ia inzal tiadalah batal puasa….."16
"(Masalah): Jikalau keluar dubur bagi yang berpenyakit buasir, maka tiada batal
puasa dengan memasukkan dia atau masuk ia sendirinya kerana sangat darurah
lagi sangat hajat kepada memasukkan dia…."17
"(Masalah): Jikalau dibelakan seseorang dengan sentiasa berdarah gusinya
umpamanya atau pada ghalibnya sekira-kira sukar memeliharakan daripadanya,
maka dimaafkan dan memadalah dia meludahkan dia ganti membasuh dia dan
tiada diberatkan dia membasuh dia pada tiap-tiap ketika…"18
"(Masalah): Jikalau menelan seseorang akan setengah benang pada malam
hingga sampai ia ke dalam perutnya dan setengah pada zahir mulutnya lalu
fajarlah dengan hal yang demikian itu pada hal ia puasa, maka jika ditelannya
atau ditariknya batal puasa kerana dinamakan memasukkan 'ain pada
rongga……."19
15 Ibid., hlm 102.
16 Ibid., hlm 103
17 Ibid., hlm 106
18 Ibid., hlm 107
19 Ibid.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
12
"(Masalah): Jikalau masuk air madmadah atau air istinsaq pada had batin maka
ditilik jika ada air madmadah atau istinsaq itu dengan tiada mubalaghah maka
tiada batal…."20
"(Masalah): Sunat Muakkad mencungkil giginya pada malam dan menghilangkan
bekas makanan daripada antara giginya atau barang sebagainya supaya keluar
daripada khilaf orang yang mewajibkan dia."21
"(Masalah):Jika syak seorang makan sahur atau berbuka puasa dengan
ijtihadnya akan keadaaannya malam kemudian, maka nyata salahnya seperti
jatuh makannya itu pada siang nyata batallah puasanya…."22
"(Masalah): Jikalau terbit fajar sidik, tatkala ia makan makan hendaklah
dikeluarkan barang yang ada di dalam mulutnya…."
"(Masalah): Jikalau terbit fajar sidik, tatkala ia jimak, maka wajib atasnya
mengeluarkan zakarnya dengan bersegera serta dengan niat meninggalkan
jimak…."23
Begitu juga dalam Kitab al-I‘tikaf, dipenghujung bagi perbahasan awal dalam bab ini,
beliau mengemukakan satu permasalahan yang berkait dengan tajuk perbincangan tersebut.
"(Masalah): Haram iktikaf isteri dan sahaya dengan tiada izin suaminya dan
penghulunya……"24
Penulis sekadar menyatakan keterangan awal dan pendek sahaja dalam setiap masalah
yang disebutkan di atas. Perbincangan yang sebenar adalah lebih panjang dan teliti dengan
disertakan bersama andaian keadaan dan situasi dalam menghadapi masalah yang dikemukakan.
Dalam sesetengah keadaan, permasalahan tersebut dilakukan dan dipersembahkan oleh
Sheikh Daud melalui soal jawab di mana beliau mendahului dengan pertanyaan terhadap suatu
permasalahan, lalu kemudiannya beliau menjawap persoalan tersebut. Contohnya;
"….(soal): jika memakan seorang akan sahur kerana puasa atau supaya kuat ia
puasa atau minum air supaya ia tiada dahaga pada siangnya atau enggan ia
daripada makan atau minum atau jimak kerana takut ia akan terbit fajar, adakah
memadai yang demikian itu akan niat atau tiada? (jawab): memada jika ada yang
demikian bergerak pada hatinya akan niat puasa dengan segala sifat yang
disyaratkan pada niat seperti tergerak pada hatinya….."25
20 Ibid., hlm 108.
21 Ibid., hlm 109.
22 Ibid.
23 Ibid.
24 Ibid., hlm 134,
25 Ibid., hlm 101.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
13
Melalui pernyataan masalah di dalam perbahasan terhadap kandungan ini memberikan
satu kemudahan dan manfaat yang berguna kepada pembaca kitab ini. Permasalahan tersebut
kebanyakannya melibatkan masalah yang berkait dengan kehidupan masyarakat dan
berkonsepkan semasa dan akan datang.
Membawa Pandangan Ulama Dalam Perbincangan
Selain itu, dalam menyatakan dan menjawab sesuatu persoalan, Sheikh Daud tidak hanya
merujuk kepada pendapat beliau sendiri. Bahkan, beliau telah memetik pendapat-pendapat ulama
tertentu untuk menjawab persoalan dan menjelaskan sesuatu kenyataan itu. Penulis memetik
beberapa contoh secara rawak sepertimana telah disebutkan oleh Sheikh Daud di dalam karya
beliau tersebut.
Kata Sheikh Shibr Amlasi: dan diambil daripadanya asap itu bukan dinamakan
'ain bahawasanya tiada batal puasa dengan menghisap asap tembakau…"26
"…disebutkan oleh Sheikh 'Abd al-Wahab al-Ghamari al-Khatib pada kitabnya
yang bernama 'Uruf al-Nadi fi Sharh Qasidah bin al-Waradi, telah bersalah-
salahan ulama padanya setengahnya berkata dengan halal mengisap
tembakau…."27
"…kata Imam al-Shafi'i; maka jika syak ia pada bilangannya (sa‘i) maka
hukumnya seperti pada tawaf di sana dan dibilangkan perginya sekali dan
kembalinya sekali yang lain demikianlah hingga tujuh kali."28
"..kata Sheikh Ibn Hajar pada Tuhfahnya, tiada sunat bagi orang yang Qarin
(haji Qarin), sa‘i dua kali kerana memelihara akan qawl yang mewajibkan dia
dua tawaf dan sa‘i sebab menyalahi zahir hadith……."29
"..Kata Sheikh Jamal pada Hashiyah Fath al-Wahhab, telah menaqal setengah
daripada Ahl al-Sufi bahawasanya barang siapa membaca akan doa ini pada
hari 'Ashura', tiada mati pada tahunnya…"30
"(dan harus), bagi laki-laki dan perempuan menghiasai akan Quran dengan
perak dan perempuan dengan emas tiada laki-laki, kata qil; harus bagi laki-laki
pula, kata qil; haram bagi keduanya demikianlah menyebutkan khilaf ini Sheikh
Jalal al-Mahalli pada Sharh Minhaj.."31
Daripada beberapa contoh di atas, jelas memberikan gambaran bahawa Sheikh Daud al-
Fatani banyak merujuk dan mengambil pendapat beberapa orang ulama dalam menyatakankan
perbahasan terhadap sesuatu permasalahan yang dibincangkan. Bahkan beliau sama sekali tidak
hanya merujuk kepada pendapat peribadi beliau, tetapi menjadikan ulama-ulama lain beserta
26 Ibid., hlm 105.
27 Ibid.
28 Ibid., hlm 184.
29 Ibid., hlm 185.
30 Ibid., hlm 127.
31 Ibid., hlm 54.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
14
karya-karya mereka tempat rujukan. Dengan itu, segala perbincangan yang dikemukakan
menjadi tidak taksub atau terikat dengan satu pandangan sahaja
Memasukkan Nazam Arab Dalam Perbahasan
Di samping itu, Sheikh Daud juga memasukkan nazam atau syair dalam perbincangan beliau
terhadap sesuatu tajuk. Perletakkan nazam tersebut telah memberikan satu perbincangan yang
menarik dan mudah untuk difahami.
Contohnya, dalam menjelaskan tentang tarikh atau waktu terjadinya lalilatul qadar
berdasarkan kiraan dan pandangan para ulama tasawuf, beliau menjelaskannya dengan
membawa datang sebuah nazam yang berbunyi:32
Maksudnya:
(dan) kami sekalian jika kami puasa hari Jumaat maka di dalam 29 ambil olehmu
malam lailatul Qadar
(dan) jika ada hari Sabtu awal puasa kita maka malam 21, maka i‘timad olehmu
akan dia dengan tiada uzur
(dan) jika sehari bulan hari puasa pada Ahad maka di dalam malam 27maka
dituntut engkau maka tetap ia
(dan) jika sehari bulan dengan Isnin maka ketahui olehmu bahawasanya maka
menyempurnakan dikau perhubungan pada malam 29
(dan) jika hari Selasa jika nyata bulan maka berpegang olehmu atas 25 dapat
kemenangan dengan dia maka ketahui
(dan) jika malam Rabu jika sehari bulan hai orang yang menuntut tadi maka
ambil akan dia menuntut yang menyampaikan 27
(dan) jika hari Khamis nyata bulan maka bersungguh-sungguh menyempurnakan
dikau kemudian daripada dua puluh iaitu selikur malam lailatul Qadar.
32 Ibid., hlm 131-132
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
15
Contoh kedua, dalam menjelaskan bahan makanan yang boleh digunakan untuk
membayar zakat fitrah mengikut keutamaannya iaitu seperti mana Sheikh Daud memetik kata-
kata Sheikh Barmawi pada Hashiyah Kitab Fath al-Qarib iaitu katanya:33
"Bermula yang terlebih tinggi kuat itu gandum, kemudian salt ( )(garam),
kemudian sha‘ir ( شعير) (gandum),kemudian dhurrah (ذره) (jagung), kemudian ruz
,(معش ) kemudian mash ,(kacang kuda) (حمع ) yakni beras, kemudian hams (رز)kemudian ful ( فعع)(kacang soya), kemudian tamar ( تمعع), kemudian zabib
(لعن ) kemudian laban ,(susu yang dikeringkan) (اقع ) kemudian aqut ,(kismis)(زبرع )(susu masam), kemudian jaban ( جعن) (mentega), dan telah menazamkan yang
demikian itu setengah ulama katanya:
.
DAPATAN KAJIAN
Daripada keseluruhan perbincangan dalam kitab, ini dengan jelas memperlihatkan bahawa karya
Bughyah al-Tullab merupakan sebuah karya yang mempunyai keunikan yang tersendiri. Bahkan,
Sheikh Daud al-Fatani merupakan tokoh pengarang yang pintar dan seorang yang mahir dalam
aktiviti penulisan dan penghasilan karya-karya di alam Melayu. Dengan mengemukan
metodologi yang begitu unit sekali sebab itu selayaknya beliau mendapat penghormatan sebagai
Pengarang Terulung Asia Tenggara.Walaupun karya tersebut sebuah karya yang mengkhususkan
perbincangan terhadap fiqh dan permasalahannya, namun pada masa yang sama memuatkan
sejumlah hadith yang banyak. Tambahan lagi perbincangan yang dibawa disusun dengan teratur
mengikut bab dan tajuk perbahasan.
PENUTUP
Berdasarkan dapatan kajian ini, penulis menyarankan agar Peranan para pelajar dan pensyarah
seharusnya perlu dipertingkatkan lagi dalam usaha menjalankan kajian dan penyelidikan
khususnya pengkajian terhadap khazanah Melayu atau Nusantara yang masih banyak belum
dikaji.Peranan yang perlu dimainkan kepada setiap jabatan khususnya di Akademi Pengajian
Islam yang terus menerus perlu memberi galakan dan saranan kepada para pelajar khususnya di
peringkat Ijazah Tinggi untuk terus memberi fokus kajian terhadap khazanah Nusantara. Setiap
jabatan boleh mengkhususkan setiap bidang ilmu seperti akidah, pemikiran, dakwah, tafsir.
Hadis, sejarah dan lain-lain lalu diadakan seminar khusus untuk khazanah Nusantara.Beberapa
33 Ibid., hlm 62.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
16
pihak yang berwajib, sepatutnya mengambil inisiatif dengan mencetak semula karya-karya Jawi
dengan edisi yang dikemaskini dan ditahkikkan agar ia dapat dimanfaat bersama.
RUJUKAN
Engku Ibrahim Ismail (1992) Syeikh Dawud al-Fatani: Satu Analisis Peranan Dan
Sumbangannya Terhadap Khazanah Islam di Nusantara, Kuala Lumpur: Akademi
Pengajian Melayu Universiti Malaya.
Falimbani, Syeikh Abdul Shamad al- (2006), Hidayah al-Salikin fi Suluk Maslak al-Muttaqin,
Ahmad Fahmi Zamzam terj. Pokok Sena, Kedah: Khazanah Banjariah dan Pustaka
Suhbah.
Fatani, Ahmad Fathy al- (1994) Pengantar Sejarah Patani, Alor Setar: Pustaka Darussalam.
Fatani, Sheikh Daud al- (t.t), Bughyah al-Tullab li Murid Ma‘rifah al-Ahkam bi al-Sawab,
Bangkok, Thailand: Maktabah wa Matba‘ah Muhammad al-Hind wa Awladuh.
Idris Awang, Dr. (2001) Kaedah penyelidikan : Suatu Sorotan, Kuala Lumpur: Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya, Intel Multimedia and Publication.
Ismail Che Daud (1989), Tokoh Ulama Semenanjung Melayu (1), Kota Bharu: Majlis Ugama
Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
_______________ (1992), Tokoh-Tokoh Ulama’Semenanjung Melayu (1), Kota Bharu:
Percetakan Nik Daud.
________________, (1996), Tokoh-Tokoh Ulama Semenanjung (2), Kota Bharu: Majlis Agama
dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
Mahayudin Haji Yahya (1994), Naskah Jawi Sejarah dan Teks Jilid 1, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ma’tuk Fedrik (1993) Mu’jam al-`Ulum al-Ijtima’iyyah, Akadamiyy Internasional, t.t.t.
Martin Van Bruinessen (1995M/1415H), Kitab Kuning Pesentren dan Tarekat: Tradisi-Tradisi
Islam di Indonesia, (Abdurrahman Wahid) Bandung: Penerbit Mizan.
Mohd Majid Konting (1990), Kaedah Penyelidikan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Zamberi A.Malek (1994), Patani Dalam Tamdun Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.