MIB Perlu Terus Dipelihara, Dipupuk Sebagai Kebanggaan Dan Warisan

3
PENSYARAH Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam, Pengiran Khairul Rijal bin Pengiran Abdul Rahim ketika menyampaikan taklimat. (Foto: Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali) BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 21 Januari. - Mahasiswa mahasiswi seramai 30 orang yang menuntut di luar negara antaranya di Australia, New Zealand, dan Malaysia menyertai Kursus Sivik Mahasiswa Negara Brunei Darussalam Sebarang Laut 2014 anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri. Para peserta berpeluang mendengar siri taklimat mengenai "Kepimpinan Dalam Konteks Melayu Islam Beraja (MIB)" yang dikelolakan oleh Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja dan telah disampaikan oleh Pensyarah Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam, Pengiran Khairul Rijal bin Pengiran Abdul Rahim bertempat di Hotel Badi'ah, Jalan Tutong, di sini. Beliau dalam taklimatnya antara lain menyentuh mengenai MIB di bawah kepimpinan bijaksana seorang raja dalam menuju Wawasan 2035 dengan mengekalkan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara Melayu Islam Beraja yang merdeka. Tambahnya lagi, MIB diisytiharkan secara rasmi sebagai 'Konsep Negara' menerusi Titah Permasyhuran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984, sebagaimana yang dipetik "Negara Brunei Darussalam adalah dengan izin serta limpah kurnia Allah Subhanahu Wata'ala akan untuk selama-lamanya kekal menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang merdeka, berdaulat dan demokratik, berdasarkan kepada ajaran-ajaran agama Islam menurut Ahlussunnah Wal Jemaah". Walau bagaimanapun MIB sebenarnya bukanlah suatu konsep baharu tetapi telah berevolusi sejak orang Melayu Brunei menerima sistem beraja dan agama Islam dalam kehidupan mereka. Pengisytiharan MIB sebagai 'Konsep Negara Brunei Darussalam' itu pula telah memberikan pengesahan dan pengenalan semula identiti orang Melayu Brunei dalam aspek kehidupan bermasyarakat, beragama dan bernegara melalui sistem pemerintahan beraja. Selain itu jelasnya, tanggungjawab dan amanah terhadap MIB itu pula terletak pada diri kita selaku bangsa dan rakyat, malah kita perlu jawat anugerah itu dan berikutnya kita pelihara, pakai dan pupuk terus sebagai kebanggaan dan warisan. Menyentuh mengenai pengertian MIB, dalam konsep Negara Brunei Darussalam menurutnya, ialah sebuah negara yang mengamalkan cara hidup kemelayuan yang berpandukan kepada akidah agama Islam dengan sistem pemerintahan beraja yang diketuai oleh seorang sultan. Dalam pada itu, Majlis Tertinggi Kebangsaan MIB pada 14 Februari 1994 memutuskan takrif MIB adalah sebagai Melayu iaitu hak bangsa Melayu yang terdiri daripada tujuh puak jati bangsa Melayu yang dinamik dan dominan menjadi sandaran kehidupan beraja, berkeluarga, bermasyarakat, berbangsa dan bernegara.

description

MIB Perlu Terus Dipelihara, Dipupuk Sebagai Kebanggaan Dan Warisan

Transcript of MIB Perlu Terus Dipelihara, Dipupuk Sebagai Kebanggaan Dan Warisan

Page 1: MIB Perlu Terus Dipelihara, Dipupuk Sebagai Kebanggaan Dan Warisan

PENSYARAH Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam, Pengiran Khairul Rijal bin Pengiran Abdul Rahim ketikamenyampaikan taklimat. (Foto: Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 21 Januari. - Mahasiswa mahasiswi seramai 30 orang yang menuntut di luarnegara antaranya di Australia, New Zealand, dan Malaysia menyertai Kursus Sivik Mahasiswa Negara BruneiDarussalam Sebarang Laut 2014 anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri.

Para peserta berpeluang mendengar siri taklimat mengenai "Kepimpinan Dalam Konteks Melayu Islam Beraja (MIB)"yang dikelolakan oleh Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja dan telah disampaikan oleh Pensyarah Akademi PengajianBrunei, Universiti Brunei Darussalam, Pengiran Khairul Rijal bin Pengiran Abdul Rahim bertempat di Hotel Badi'ah,Jalan Tutong, di sini.

Beliau dalam taklimatnya antara lain menyentuh mengenai MIB di bawah kepimpinan bijaksana seorang raja dalammenuju Wawasan 2035 dengan mengekalkan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara Melayu Islam Berajayang merdeka.

Tambahnya lagi, MIB diisytiharkan secara rasmi sebagai 'Konsep Negara' menerusi Titah Permasyhuran KemerdekaanNegara Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984, sebagaimana yang dipetik "Negara Brunei Darussalam adalahdengan izin serta limpah kurnia Allah Subhanahu Wata'ala akan untuk selama-lamanya kekal menjadi sebuah NegaraMelayu Islam Beraja yang merdeka, berdaulat dan demokratik, berdasarkan kepada ajaran-ajaran agama Islammenurut Ahlussunnah Wal Jemaah".

Walau bagaimanapun MIB sebenarnya bukanlah suatu konsep baharu tetapi telah berevolusi sejak orang MelayuBrunei menerima sistem beraja dan agama Islam dalam kehidupan mereka. Pengisytiharan MIB sebagai 'KonsepNegara Brunei Darussalam' itu pula telah memberikan pengesahan dan pengenalan semula identiti orang MelayuBrunei dalam aspek kehidupan bermasyarakat, beragama dan bernegara melalui sistem pemerintahan beraja.

Selain itu jelasnya, tanggungjawab dan amanah terhadap MIB itu pula terletak pada diri kita selaku bangsa dan rakyat,malah kita perlu jawat anugerah itu dan berikutnya kita pelihara, pakai dan pupuk terus sebagai kebanggaan danwarisan.

Menyentuh mengenai pengertian MIB, dalam konsep Negara Brunei Darussalam menurutnya, ialah sebuah negarayang mengamalkan cara hidup kemelayuan yang berpandukan kepada akidah agama Islam dengan sistempemerintahan beraja yang diketuai oleh seorang sultan.

Dalam pada itu, Majlis Tertinggi Kebangsaan MIB pada 14 Februari 1994 memutuskan takrif MIB adalah sebagaiMelayu iaitu hak bangsa Melayu yang terdiri daripada tujuh puak jati bangsa Melayu yang dinamik dan dominanmenjadi sandaran kehidupan beraja, berkeluarga, bermasyarakat, berbangsa dan bernegara.

Page 2: MIB Perlu Terus Dipelihara, Dipupuk Sebagai Kebanggaan Dan Warisan

PARA mahasiswa dan mahasiswi sedang mendengar taklimat. (Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)

Manakala takrif Islam dijelaskan sebagai agama rasmi negara menurut akidah Ahli Sunah Waljamaah Mazhab Syafieyang dihayati menjadi cara hidup yang lengkap, sempurna dan unggul. Sementara, Beraja pula ialah pemerintahanberaja iaitu Sultan selaku pemimpin dan penaung kepada rakyat baginda memegang amanah Allah bagi menjalankankuasa tertinggi memerintah negara.

Turut disampaikan pada taklimat tersebut ialah mengenai ciri-ciri MIB yang merupakan wawasan masa kini dan masadepan untuk meningkatkan dan memajukan kehidupan orang Brunei dengan agama Islam sebagai landasan pemikirandan tindakan, di samping ianya mengingatkan supaya orang Brunei bersedia bersaing maju dengan memperkuat jatidiri demi mengenal kekuatan dan kelemahan diri sendiri untuk kebaikan bangsa Melayu.

Menjelang 2035, kita berhasrat untuk menjadikan Negara Brunei Darusaslam dikenali di seluruh dunia dengan Rakyatyang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya; Kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi; dan Ekonomi yangdinamik dan berdaya tahan. Namun ke arah mencapai wawasan tersebut rakyat perlu bersatu dalam kesetiaan kepadasultan dan negara; keyakinan terhadap nilai-nilai Islam; dan keharmonian sosial dan amalan tradisi berbaik-baik.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalamtambahnya lagi adalah merupakan teladan dan contoh kepimpinan yang beracuan MIB. Ini jelas dengan sifat-sifatkepimpinan yang ada pada baginda antaranya baginda merupakan seorang pemimpin yang bijaksana, adil dansaksama, berjiwa rakyat dan berjiwa Islam ke arah penjelmaan 'Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur'.

Kebijaksanaan baginda terserlah dalam menyusun dan memperkemas pentadbiran negara dengan memperkenalkanpentabdiran berkabinet yang menjadi teras pembangunan dan kemajuan negara, yang mana melalui sistempentadbiran berkementerian itu baginda dapat melaksanakan pentadbiran dan pemerintahan negara denganmenyusun pelbagai projek dan rancangan pembangunan negara terutama dalam bidang pembangunan.

Menyentuh mengenai kepimpinan Kebawah Duli ke arah penjelmaan 'Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur', inilahkekuatan kepimpinan baginda yang berpandukan Islam sebagai teras dan rujukan utama dalam kepimpinan, sentiasamengambil berat terhadap kebajikan dan kesejahteraan rakyat demi memandu ke arah jalan yang diredhai oleh AllahSubhanahu Wata'ala. Di samping sentiasa memberi peringatan dan nasihat kepada rakyat yang berugama Islamsupaya sentiasa mengingati dan bersyukur terhadap nikmat Allah (Negara Zikir) dan menjadikan Al-Quran sebagaipanduan utama.

Pelbagai perkara juga telah dilaksanakan untuk mencapai visi sebagai negara yang aman dan sejahtera di bawahkeredhaan Allah Subhanahu Wata'ala iaitu antaranya dengan mengharamkan arak di negara ini, menyarankanpenubuhan bank-bank Islam, pengagihan zakat kepada yang berhak, pengharaman rokok, penguatkuasaan AktaPendidikan Ugama Wajib Penggal 215, penubuhan Mahad Tahfiz Al-Quran, penubuhan Universiti Islam, penutupansementara premis perniagaan pada setiap hari Jumaat dan pelaksanaan hukuman Kanun Jenayah Syari'ah.

Kesimpulannya di sini, konsep MIB bukan hanya berorientasikan masa lalu tetapi adalah forward looking yanghendaklah dijawat, dipelihara, dipakai dan dipupuk oleh semua lapisan rakyat bagi mengekalkan Negara BruneiDarussalam sebagai sebuah negara MIB, di mana setiap perubahan dan kemajuan negara adalah dalam usaha untukmenuju dan mencapai Wawasan 2035 yang memerlukan kepimpinan yang berlandaskan MIB, jelas PensyarahAkademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam, Pengiran Khairul Rijal

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultandan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga tegasnya, adalah pemimpin sepanjang zaman yang beracuanMIB dan wajib diteladani dan dicontohi dalam menjelmakan negara 'Baldatun Tayyibatun Wa Rabbun Ghafur'.

Page 3: MIB Perlu Terus Dipelihara, Dipupuk Sebagai Kebanggaan Dan Warisan