Microsoft Word - Kemahiran Berkomunikasi

4
Berkomunikasi Secara Profesional Melambangkan Pendidik Cemerlang  (Ucapan Profesional ini telah disampaikan dalam Perhimpunan Bulanan MPTAA pada 27 Julai 2004 di Dewan Darul Makmur MPTAA)  Oleh: Mohd Rasdi Saamah Jabatan Pengajian Melayu Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan Dalam kehidupan kita seharian, bertutur atau berkomunikasi secara verbal merupakan perkara yang wajib dan dilakukan oleh semua orang, kecuali mereka yang tidak mempunyai keupayaan disebabkan oleh kecacatan. Dengan kata lain selagi seseorang itu boleh bertutur, maka selagi itulah bahasa digunakan dalam komunikasi mereka atau dengan kata lain mereka boleh berbahasa. Tanpa mengira bahasa, bertutur merupakan saluran komunikasi yang penting bagi setiap individu dalam proses pertukaran pengetahuan dan pengalaman dengan individu yang lain. Ada orang yang menguasai bahasa tetapi tidak dapat menyampaikan hujah dengan baik kerana gagal menyusun secara teratur bahasa tersebut. Kegagalan seseorang itu menguasai kemahiran bertutur dan berbahasa dengan baik tentunya akan merencatkan keberkesanan mesej yang akan disampaikannya. Menurut Abdullah Hassan (2002) kemahiran bertutur dan berbahasa mempengaruhi kejayaan seseorang di dalam kerjayanya, kehidupan peribadinya, kebahagiaannya dan malah juga turut mempengaruhi kesihatan mentalnya. Banyak kerjaya yang memerlukan kemahiran bertutur dan berbahasa umpamanya kerjaya sebagai ahli politik, peguam, juruhebah, pengacara, penceramah, pendakwah, pakar motivasi, pemimpin masyarakat dan tidak terkecuali guru. Dalam konteks kerjaya sebagai seorang guru, kemahiran ini merupakan aset yang utama kerana guru banyak berinteraksi secara interpersonal dengan orang lain. Guru perlu berhadapan dengan murid-murid, guru perlu berhadapan dengan rakan setugas, guru perlu berhadapan dengan pentadbir sekolah dan jabatan, guru perlu berhadapan dengan para ibu bapa dan guru juga perlu berhadapan dengan masyarakat di sekitarnya. Oleh itu dalam konteks sedemikian, apakah kita benar-benar berkemahiran dalam bertutur? Dan sejauhmanakah kita sebagai pengguna bahasa akur kepada kesopanan dalam bertutur? Inilah persoalan-persoalan yang akan dirungkaikan dalam ruang yang terbatas ini. Penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kemarahan, kegusaran atau rasa kecil hati daripada pihak yang lain merupakan bahasa yang sopan. Penggunaan bahasa yang kasar dan kurang sopan akan menimbulkan kesan yang sebaliknya, malah akan menjejaskan hubungan kedua-dua pihak yang terbabit. Perumpamaan Melayu ada menyatakan ‘ sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa ’ yang mana mempunyai falsafah yang cukup tinggi dalam konteks kemahiran bertutur dan berbahasa. Malah dalam konteks agama Islam dan agama-agama lain juga, aspek tutur kata dan berbahasa ini diambil kira sebagai perkara yang amat penting, kerana ia turut melibatkan hubungan perasaan antara manusia dengan manusia yang lain. Kesantunan berbahasa atau kesopanan bahasa boleh ditakrifkan sebagai bentuk yang bermaksud untuk berlaku sopan kepada orang yang mendengar atau diajak bercakap bagi tujuan menghormatinya. Kesantunan dalam berbahasa akan

Transcript of Microsoft Word - Kemahiran Berkomunikasi

Page 1: Microsoft Word - Kemahiran Berkomunikasi

7/29/2019 Microsoft Word - Kemahiran Berkomunikasi

http://slidepdf.com/reader/full/microsoft-word-kemahiran-berkomunikasi 1/4

Berkomunikasi Secara Profesional Melambangkan Pendidik Cemerlang 

(Ucapan Profesional ini telah disampaikan dalam Perhimpunan Bulanan MPTAA pada 27 Julai 2004 di Dewan Darul Makmur MPTAA) 

Oleh: 

Mohd Rasdi SaamahJabatan Pengajian Melayu

Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan

Dalam kehidupan kita seharian, bertutur atau berkomunikasi secara verbal merupakanperkara yang wajib dan dilakukan oleh semua orang, kecuali mereka yang tidakmempunyai keupayaan disebabkan oleh kecacatan. Dengan kata lain selagi seseorangitu boleh bertutur, maka selagi itulah bahasa digunakan dalam komunikasi mereka ataudengan kata lain mereka boleh berbahasa. Tanpa mengira bahasa, bertutur merupakansaluran komunikasi yang penting bagi setiap individu dalam proses pertukaranpengetahuan dan pengalaman dengan individu yang lain. Ada orang yang menguasaibahasa tetapi tidak dapat menyampaikan hujah dengan baik kerana gagal menyusunsecara teratur bahasa tersebut. Kegagalan seseorang itu menguasai kemahiran bertuturdan berbahasa dengan baik tentunya akan merencatkan keberkesanan mesej yang akandisampaikannya. Menurut Abdullah Hassan (2002) kemahiran bertutur dan berbahasamempengaruhi kejayaan seseorang di dalam kerjayanya, kehidupan peribadinya,kebahagiaannya dan malah juga turut mempengaruhi kesihatan mentalnya.

Banyak kerjaya yang memerlukan kemahiran bertutur dan berbahasaumpamanya kerjaya sebagai ahli politik, peguam, juruhebah, pengacara, penceramah,pendakwah, pakar motivasi, pemimpin masyarakat dan tidak terkecuali guru. Dalamkonteks kerjaya sebagai seorang guru, kemahiran ini merupakan aset yang utama keranaguru banyak berinteraksi secara interpersonal dengan orang lain. Guru perlu berhadapandengan murid-murid, guru perlu berhadapan dengan rakan setugas, guru perluberhadapan dengan pentadbir sekolah dan jabatan, guru perlu berhadapan dengan paraibu bapa dan guru juga perlu berhadapan dengan masyarakat di sekitarnya. Oleh itudalam konteks sedemikian, apakah kita benar-benar berkemahiran dalam bertutur? Dansejauhmanakah kita sebagai pengguna bahasa akur kepada kesopanan dalam bertutur?Inilah persoalan-persoalan yang akan dirungkaikan dalam ruang yang terbatas ini.

Penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kemarahan, kegusaranatau rasa kecil hati daripada pihak yang lain merupakan bahasa yang sopan.Penggunaan bahasa yang kasar dan kurang sopan akan menimbulkan kesan yangsebaliknya, malah akan menjejaskan hubungan kedua-dua pihak yang terbabit.Perumpamaan Melayu ada menyatakan ‘sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa ’ yang mana mempunyai falsafah yang cukup tinggi dalam konteks kemahiranbertutur dan berbahasa. Malah dalam konteks agama Islam dan agama-agama lain juga,aspek tutur kata dan berbahasa ini diambil kira sebagai perkara yang amat penting,kerana ia turut melibatkan hubungan perasaan antara manusia dengan manusia yanglain.

Kesantunan berbahasa atau kesopanan bahasa boleh ditakrifkan sebagai bentukyang bermaksud untuk berlaku sopan kepada orang yang mendengar atau diajakbercakap bagi tujuan menghormatinya. Kesantunan dalam berbahasa akan

Page 2: Microsoft Word - Kemahiran Berkomunikasi

7/29/2019 Microsoft Word - Kemahiran Berkomunikasi

http://slidepdf.com/reader/full/microsoft-word-kemahiran-berkomunikasi 2/4

memperlihatkan kesopanan terhadap orang yang bercakap dan dianggap sebagaiseorang yang berbudi bahasa. Menurut Dr. Teo Kok Seong (2003) kesantunanberbahasa dalam sesebuah masyarakat itu tidak selalunya sama dengan kesantunanberbahasa yang wujud atau diamalkan dalam sebuah masyarakat lain. Menggunakan,misalnya strategi kesantunan berbahasa Inggeris semasa berbahasa Melayu, tidak

selalunya memberi jaminan bahawa seseorang itu boleh selalu berlaku sopan kepadapihak yang mendengar atau diajak bercakap.

Justeru itu, dalam kebanyakan masyarakat terdapat pelbagai tingkat kesopananyang dicerminkan oleh bahasa. Antaranya penggunaan bahasa halus, yakni bahasa yanglebih sopan daripada bahasa yang biasa digunakan seharian. Bahasa halus dalam ertikata yang lain, merupakan salah satu kelainan sosial yang ada dalam sesuatu bahasatertentu. Dalam masyarakat Melayu misalnya, penggunaan perkataan ‘saya ’ lebihbersopan daripada menggunakan perkataan ‘aku ’. Perkataan ‘anda ’ lebih sopan daripadaperkataan ‘awak ’ dan ‘kamu ’. Perkataan ‘perempuan ’ lebih sopan daripada perkataan‘betina ’. Perkataan ‘meninggal ’ lebih sopan daripada perkataan ‘mati ’ dan sebagainyayang sememangnya kita gunakan pada setiap hari.

Dalam berkomunikasi secara lisan, kita boleh mengamalkan konsep 3 SM, iaitusaling memahami , saling menghargai  dan saling menghormati . Dalam situasi tertentu,taraf dan peranan orang yang dilawan cakap (iaitu orang yang bercakap dengan kita) jugaperlu diambil kira kerana tiap-tiap satu peranan individu itu mempunyai kaitan denganindividu yang lain. Sebagai seorang guru atau pendidik, kita mungkin akan menghadapisituasi di mana kita ditugaskan mempengerusikan sesuatu mesyuarat, seminar,perbahasan atau majlis-majlis tertentu yang melibatkan ramai audien. Sebagai seorangpengerusi kita seharusnya bercakap kepada semua orang, bukannya kepada orang-orangtertentu di bahagian hadapan sahaja. Kita harus menyedari bahawa kehadiran audiensama pentingnya dengan kehadiran kita sebagai pengerusi. Begitu juga sebaliknyasekiranya kita sebagai audien, kita harus memahami, menghargai dan menghormati tugas

pengerusi dalam majlis berkenaan. Oleh yang demikian penggunaan bahasa yang sopandan sesuai menunjukkan kita saling memahami, menghargai dan menghormati orang lainyang akhirnya akan menimbulkan suasana harmoni dalam sesuatu majlis tersebut.

Dalam konteks yang sama, sebagai pengamal bahasa yang berpendidikan kitahendaklah menghargai pendapat, idea atau pandangan orang lain walaupun padaasasnya kita kurang bersetuju dengan pendapat tersebut. Menghargai pendapat oranglain bukan bererti kita bersetuju, tetapi kita boleh menyatakan pendirian kita dengan carayang lebih halus dengan menggunakan bahasa yang lebih sopan. Dalam masyarakatJepun misalnya, mereka sedaya upaya mengelakkan daripada menggunakan perkataan‘tidak ’ (no ) dalam interaksi lisan dengan orang lain. Untuk tidak menyinggung perasaanorang yang dilawan cakap mereka biasanya menggunakan ‘ya......tetapi ...’ (yes.....but ).

Contohnya “Ya, itu pendapat anda, tetapi pada pandangan saya...”. Justeru itu dalampenggunaan bahasa semasa pengajaran di kelas kita boleh mengamalkan konsep ini,iaitu tidak menyekat terus sebarang jawapan atau pandangan murid-murid sekiranyasalah. Kita seharusnya memberi peluang untuk mereka memberi alasan atau rasionalkepada jawapan atau pendapatnya itu. Tindakan menyekat atau memotong terussebarang jawapan yang salah akhirnya akan membunuh minat murid untuk melahirkanpendapat atau pandangan mereka.

Sehubungan dengan itu, penggunaan bahasa yang positif dalam pertuturan amatpenting bagi kita sebagai pendidik di sekolah. Kajian menunjukkan orang-orang yangberjaya banyak menggunakan bahasa yang positif, iaitu bahasa yang bolehmempengaruhi orang lain untuk ke arah kejayaan. Bahasa ini disampaikan dengan

Page 3: Microsoft Word - Kemahiran Berkomunikasi

7/29/2019 Microsoft Word - Kemahiran Berkomunikasi

http://slidepdf.com/reader/full/microsoft-word-kemahiran-berkomunikasi 3/4

penyampaian yang fasih, lancar dan teratur, serta menggunakan bahasa yang tersusunrapi. Pengunaan bahasa yang positif seperti “Kita ada harapan akan menang ” adalahlebih baik daripada bahasa yang negatif seperti “Ada kemungkinan kita akan kalah ”.“Idea ini bagus, kita akan usahakan kosnya ” lebih baik daripada “Idea ini mahal, kita tidak ada wang ”. Kepada murid yang gagal nyatakan “Awak masih ada harapan walaupun 

gagal ” atau “Awak mungkin lebih baik kalau cuba sekali lagi ” dan elakkan daripadamenyatakan “Awak memang tak ada harapan walaupun mencuba lagi ” yang akhirnyaakan memadamkan semangat individu berkenaan.

Sebagai seorang pendidik yang profesional, kita bukan sahaja perlu berfikir,bekerja dan bertindak secara profesional, malah kita juga perlu bertutur dan berhujahsecara profesional. Tetapi malangnya, dalam situasi-situasi tertentu seperti di seminar,mesyuarat atau majlis-majlis tertentu yang kita hadiri, masih ada kalangan profesionalyang berbangga jika soalannya gagal dijawab oleh pembentang kertas kerja ataupengerusi mesyuarat. Mereka yang dianggap ‘profesional’ ini cukup bangga jikasoalannya dapat memerangkap pembentang kertas kerja atau pengerusi mesyuaratberkenaan tanpa mempedulikan lagi soal saling memahami, menghargai dan

menghormati, iaitu konsep 3SM tadi. Apakah sebenarnya tujuan kita bertanyakan soalansekiranya mengharapkan orang yang ditanya gagal menjawabnya? Apakah sebenarmatlamat kita menyoal jika bukan untuk mendapatkan jawapan? Dalam situasi seperti ini,kita harus ingat bahawa segala tutur kata dan cara kita berbahasa sebenarnya secaratidak disedari kita dinilai oleh khalayak.

Menjadi pendidik pada zaman yang mencabar ini memerlukan banyakpengorbanan yang perlu melibatkan fizikal dan mental. Sebagai bakal guru, segalamacam kerenah manusia bakal menunggu anda di dalam ruang lingkup kehidupan yangberbeza antara satu kelompok dengan kelompok yang lain dan antara individu denganindividu yang lain. Mahu tidak mahu segala macam kerenah ini perlu ditempuhi selagi kitamengiktiraf diri kita sebagai seorang guru yang cemerlang dan dedikasi. Justeru itu,

memiliki Keupayaan Kecerdasan Intelek (IQ) yang tinggi sahaja tidak akan menjaminseseorang itu akan menjadi cemerlang dalam realiti kehidupan hari ini. KeupayaanKecerdasan Intelek (IQ) perlu diseimbangkan dengan kekuatan Kecerdasan Emosi (EQ)barulah dapat melengkapkan kestabilan individu dalam menghadapi seribu macamkerenah manusia pada hari ini. Tanpa kedua-dua gandingan kecerdasan tersebutakhirnya akan melahirkan satu iklim komunikasi yang suram dan tegang apabila kedua-dua pihak gagal mengawal emosi diri masing-masing. Justeru itu kita sebagai guru perlumempunyai kesedaran dan pengurusan kendiri yang tinggi, yang di dalamnyatermasuklah kesedaran emosi kendiri, keyakinan diri, penghormatan kendiri, kawalanemosi kendiri, kebolehsuaian dan sebagainya.

Untuk memantapkan soal komunikasi ini di kalangan guru, kurikulum pendidikan

bahasa di maktab tidak boleh hanya melibatkan pengajaran dan pembelajaran kemahirandan struktur bahasa semata-mata, kurikulum juga hendaklah memasukkan pengajiantentang gagasan sosiobudaya yang terkandung dalam bahasa berkenaan secaramenyeluruh. Pengajian itu antaranya boleh berbentuk nilai, susila, adat dan adab yangmewakili akal budi kelompok yang merupakan penutur asal bahasa itu. Sesebuahkurikulum pendidikan bahasa itu hendaklah memasukkan akal budi linguistik para penuturasli bahasa yang ingin diajarkan dan dipelajari itu.

Dalam hubungan ini, kurikulum pendidikan bahasa Melayu misalnya, hendaklahmempunyai matlamat pengajian bahasa Melayu yang mengambil kira pengajaran danpembelajaran akal budi linguistik yang mewakili dua komponen utama bahasa, iaitulinguistik atau strukturnya dan sosiolinguistik atau sosiobudayanya. Oleh itu untuk

Page 4: Microsoft Word - Kemahiran Berkomunikasi

7/29/2019 Microsoft Word - Kemahiran Berkomunikasi

http://slidepdf.com/reader/full/microsoft-word-kemahiran-berkomunikasi 4/4

berfungsi dengan baik sebagai salah seorang penutur bahasa Melayu yang cekap,seseorang itu hendaklah menguasai bahasa Melayu yang melewati komponen linguistikatau struktur bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana kebolehan berbahasa Melayubukan setakat memerlukan pengetahuan menghasilkan ayat yang gramatis tetapipenuturnya juga perlu mengetahui tentang apa yang boleh dilafazkan, kepada siapa

sesuai dilafazkan, dan dalam situasi yang bagaimana serta cara melafazkannya.

Akhir kata, pada pandangan saya kesegakan dan kecantikan rupa paras,kekemasan berpakaian, kesesuaian bertata rias dan ketinggian ilmu pengetahuan tidak akan sempurna sekiranya tanpa dilengkapi dengan kesopanan tutur kata dan keluhuran budi bicara .

Yang kurik itu kendi

Yang merah itu saga

Yang cantik itu budi

Yang indah itu bahasa.

Sekian, terima kasih.

Wasallammualaikum....